Tafsir Surah an-Nisa Ayat 87 – 89 (Berperang dengan golongan Munafikin)

Ayat 87: Tujuan Jihad Qital (Jihad Perang) adalah untuk memperkenalkan tauhid kepada Allah. Untuk mencapai maksud itu, Jihad Qital perlu dijalankan untuk menentang mereka yang menghalang agama tauhid ini disampaikan kepada manusia.

Sebenarnya, mereka yang menghalang tidak ramai, tetapi kerana mereka itu ada di tampuk pemerintahan, maka kena juga lawan dengan mereka. Jangan kasihan kepada mereka, kerana disebabkan oleh merekalah yang menyebabkan ramai manusia yang masuk neraka.

Begitulah asal jihad adalah supaya manusia kenal Allah, bukan suka-suka nak bunuh orang. Jadi ayat ini adalah Dakwa kepada jihad dan takhwif ukhrawi.

اللَهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَٰمَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللهِ حَدِيثًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh – there is no deity except Him. He will surely assemble you for [account on] the Day of Resurrection, about which there is no doubt. And who is more truthful than Allāh in statement.

MALAY

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada syak padanya. Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah?

 

اللَهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ

Allah, tiada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia.

Oleh kerana asal jihad adalah untuk memperkenalkan Allah, maka dalam ayat ini diingatkan tentang tauhid kepada Allah.

Tidak boleh seorang hamba tak kenal Allah, maka hendaklah kita berdakwah kepada manusia memperkenalkan Allah. Maka, kadang-kadang untuk menjalankan kerja dakwah itu, terpaksa kita memusnahkan mereka yang menghalang dakwah itu dari sampai kepada manusia. Kerana kita tetap kena sampaikan dan kita kena hilangkan perkara yang menghalang.

 

لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيٰمَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ

Sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada syak padanya.

Ini adalah ayat Takhwif Ukhrawi. Allah hendak kita takut dengan kiamat. Selain dari takut kepada Allah, Allah ingatkan dalam ayat ini untuk manusia takut kepada Hari Kiamat yang pasti datang. Tidak ada syak tentang kedatangannya, maka kita mahu atau tidak mahu, kenalah bersedia untuknya. Jangan buang masa lagi.

Pada hari itu, segala perbuatan kita di dunia akan dipertimbangkan dan akan diberi balas, samada baik atau buruk. Ambillah masa semasa di dunia ini untuk melakukan kebaikan sebanyak mungkin.

 

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللهِ حَدِيثًا

Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah?

Tiada ucapan dan berita yang lebih benar dari berita dari Allah. Maka, kita kena sampaikan berita itu kepada manusia. Jangan kita simpan sendiri. Ini adalah kerana kebenaran mesti disampaikan.

Bayangkan kalau tidak ada sesiapa yang menyampaikan kebenaran Islam ini kepada kita, apa akan jadi dengan kita? Lalu bagaimana pula kalau ianya sekarang tidak disampaikan kepada orang kafir di seluruh dunia? Tidakkah mereka menuju kepada kehancuran kalau kita tidak sampaikan?

Habis Ruku’ ke 11 dari 24 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 88: Ini adalah Hukum ke 4 kepada pemerintah. Ayat ini berkenaan keperluan untuk berjihad dengan munafikin yang berpaling tadah. Mereka keluar dari negara Islam kerana mereka menghalang orang lain dari Islam.

Ada antara orang-orang munafik itu yang akan beriman akhirnya, setelah mereka terus duduk dekat dengan Nabi dan orang Islam yang lain. Walaupun mereka tidak beriman, tapi sifat mereka lebih ke arah Islam. Kerana mereka boleh lagi duduk dengan orang Islam. Mereka masih lagi duduk dalam kalangan orang kafir yang menentang Islam. Maka mereka ini ada harapan lagi untuk benar-benar menjadi mukmin.

Tapi ada yang teruk dan sifat mereka itu lebih ke arah kafir, walaupun mulut mereka mengatakan mereka Muslim. Kita nampak mereka pun dah macam orang kafir dah. Mereka inilah yang menyusahkan agama Islam dari berkembang dan ditegakkan.

Oleh kerana sudah tahu bahayanya mereka itu, maka ada kalangan sahabat yang buat cadangan untuk memerangi mereka. Tapi ada pula dari kalangan sahabat yang kata jangan serang mereka lagi, kerana mereka itu masih orang Islam. Oleh itu, telah ada perselisihan dalam kalangan sahabat tentang kedudukan orang munafik itu. Allah sentuh tentang perselisihan mereka itu dalam ayat ini.

فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنٰفِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَهُ أَرْكَسَهُم بِمَا كَسَبُوا أَتُرِيدُونَ أَن تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللهُ وَمَن يُضْلِلِ اللَهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

What is [the matter] with you [that you are] two groups concerning the hypocrites,¹ while Allāh has made them fall back [into error and disbelief] for what they earned.² Do you wish to guide those whom Allāh has sent astray? And he whom Allāh sends astray – never will you find for him a way [of guidance].³

  • i.e., divided between two viewpoints – whether or not they should be fought and killed.
  • As the result of their disobedience and disloyalty.
  • Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā) leaves or sends astray those who choose to reject His guidance.

MALAY

Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

 

فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنٰفِقِينَ فِئَتَيْنِ

Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu,

Allah tegur umat Islam: kenapa kamu berpecah dua tentang puak Munafikin itu? Kenapa tidak bersatu hati dan bulat keputusan? Ini tidak patut berlaku.

Mengenai latar belakang turunnya ayat ini diperselisihkan. Salah satu pendapat yang dikeluarkan adalah berdasarkan hadis ini:

فقال الإمام أحمد: حَدَّثَنَا بَهْز، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ عَدِيُّ بْنُ ثَابِتٍ: أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ إِلَى أُحُد، فَرَجَعَ نَاسٌ خَرَجُوا مَعَهُ، فَكَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهِمْ فِرْقَتَيْنِ: فِرْقَةٌ تَقُولُ: نَقْتُلُهُمْ. وَفِرْقَةٌ تَقُولُ: لَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ} فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّهَا طَيْبة، وَإِنَّهَا تَنْفِي الخَبَث كَمَا تَنْفِي النَّارُ خَبَثَ الْفِضَّةِ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Bahz, telah menceritakan kepada kami Syu’bah yang mengatakan bahwa Addi ibnu Sabit pernah mengatakan, telah menceritakan kepadanya Abdullah ibnu Yazid dari Zaid ibnu Sabit, bahawa Rasulullah Saw. berangkat menuju medan Perang Uhud, lalu di tengah jalan sebagian orang yang tadinya berangkat bersama baginda kembali lagi ke Madinah. Sahabat-sahabat Rasulullah Saw. dalam menanggapi mereka yang kembali itu ada dua pendapat: Suatu golongan berpendapat bahawa mereka harus dibunuh; sedangkan golongan yang lain mengatakan tidak boleh dibunuh, dengan alasan bahawa mereka masih orang-orang mukmin. Maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Maka mengapa kalian menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik. (An-Nisa: 88) Maka Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya Madinah itu adalah Tayyibah, dan sesungguhnya Madinah dapat membersihkan kotoran, sebagaimana pandai besi dapat membersihkan kotoran (karat) besi.
Imam Bukhari dan Imam Muslim mengetengahkannya melalui hadis Syu’bah.

Satu lagi pendapat:

Al-Aufi meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan suatu kaum yang tinggal di Mekah. Mereka telah masuk Islam, tetapi mereka membantu kaum musyrik. Lalu kelompok ini keluar dari Mekah dalam rangka suatu keperluan yang menyangkut kepentingan mereka (berniaga). Mereka mengatakan, “Jika kita bersua dengan sahabat-sahabat Muhammad, kita pasti tidak akan diapa-apakan oleh mereka.” Lain halnya dengan kaum mukmin yang bersama Rasul Saw. ketika disampaikan kepada mereka berita keluarnya kelompok tersebut dari Mekah, maka segolongan dari kaum mukmin mengatakan, “Ayuh kita kejar pengecut-pengecut itu dan kita bunuh mereka, kerana sesungguhnya mereka telah membantu musuh untuk melawan kita.” Sedangkan golongan yang lainnya mengatakan, “Mahasuci Allah —atau kalimat semacam itu—, apakah kalian akan membunuh suatu kaum yang pembicaraannya sama dengan apa yang kalian bicarakan (yakni seagama) hanya kerana mereka tidak ikut hijrah dan tidak mahu meninggalkan rumah mereka, lalu kita dapat menghalalkan darah dan harta benda mereka?” Demikianlah tanggapan mereka terbagi menjadi dua golongan, sedangkan Rasul Saw. saat itu berada di antara mereka, dan baginda Saw. tidak melarang salah satu golongan dari keduanya melakukan sesuatu. Lalu turunlah ayat berikut, yaitu firman-Nya: Maka mengapa kalian menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik (An-Nisa: 88)

 

وَاللَهُ أَرْكَسَهُم بِمَا كَسَبُوا

padahal Allah telah membalikkan mereka disebabkan apa yang telah mereka usahakan

Allah beritahu yang Dia telah membalikkan mereka kepada kekufuran disebabkan oleh perangai mereka dan kedegilan mereka. Memang nampak mereka itu sudah kufur. Kenapa lagi mereka hendak duduk di kalangan orang kafir sedangkan sudah ada Madinah tempat orang mukmin boleh mengamalkan agama Islam dengan aman dan sempurna?

Mereka tidak mahu berhijrah itu kerana degil sahaja. Maka kalau dah degil begitu sekali, maka mereka bukan lagi mukmin. Mereka sudah dikira sebagai munafik. Maka boleh perangi mereka. Kenapa ada rasa sangsi lagi terhadap mereka?

 

أَتُرِيدُونَ أَن تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَهُ

Adakah kamu hendak memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah?

Allah nak beritahu yang orang munafik yang teruk itu tidak akan dapat hidayat. Walau bagaimana cara pun kita lakukan untuk mengajak mereka kepada Islam, mereka tidak akan ikut, kerana mereka telah ditetapkan oleh Allah yang mereka akan sesat. Kalau sudah begitu, adakah kamu sangka kamu boleh beri hidayah kepada mereka, sedangkan Allah sudah tidak hingin lagi beri hidayah kepada mereka?

Siapakah golongan munafik yang dimaksudkan dalam ayat ini?

Selepas umat Islam diwajibkan hijrah ke Madinah, ada golongan muslim yang tidak hijrah ke Madinah walaupun mereka boleh dan berkemampuan untuk berhijrah. Mereka itu ada dari kalangan orang Mekah dan dari tempat-tempat lain juga. Memang ada yang tidak mampu melakukan hijrah atas beberapa sebab, tapi ada yang sengaja tidak hijrah walaupun mereka mampu dan boleh untuk berhijrah.

Mereka tidak hijrah itu mungkin kerana tidak mahu tinggalkan harta mereka yang banyak di Mekah atau di tempat asal mereka. Mereka juga tidak mahu meninggalkan keluarga mereka yang masih kafir. Oleh kerana itu mereka tetap tinggal di kawasan orang kafir, tempat asal mereka.

Oleh itu, ada lagi golongan yang dikatakan Muslim yang ada di Mekah itu. Dan sekarang arahan untuk jihad sudah dikeluarkan. Maka ada para sahabat yang bertanya: kalau mereka itu Muslim, bagaimana nanti keadaan mereka kalau mereka berperang nanti? Takut-takut nanti akan terbunuh mereka yang Muslim pula.

Para sahabat kata mereka itu Muslim kerana mereka telah mengucap dua Kalimah Syahadah, solat dan puasa. Tapi Allah nak beritahu yang mereka itu sebenarnya dah kufur.

 

وَمَن يُضْلِلِ اللَهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا

Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

Dan Allah menekankan bahawa sesiapa yang Allah telah tetapkan sudah kufur, mereka tidak akan beriman sampai bila-bila. Tidak ada cara untuk kita membawa mereka kepada iman yang sebenar. Walaupun kita telah tunjukkan kepada mereka berbagai-bagai dalil bukti. Semoga kita tidak termasuk orang-orang yang sebegini. Ameen.

Mereka dikira kufur kerana tidak menyerahkan diri mereka 100% kepada agama. Mereka masih sayang kedudukan dan kesenangan mereka di dunia. Mereka tidak percaya kepada janji Allah bahawa sesiapa yang menyerahkan diri mereka kepada Allah, akan selamat.

Hukum berkenaan munafik adalah tidak boleh dibunuh kerana mereka menyembunyikan kekufuran mereka. Tapi dalam ayat ini, Allah memberitahu boleh bunuh orang munafik yang telah jelas menunjukkan kekufuran mereka.


 

Ayat 89: Ayat ini adalah tentang munafik yang ghuluw. Mereka duduk dalam golongan muslim, tapi sebenarnya mereka menentang Islam.

وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً فَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ أَوْلِيَاءَ حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا فِي سَبِيلِ اللهِِ فَإِن تَوَلَّوْا فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ وَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They wish you would disbelieve as they disbelieved so you would be alike. So do not take from among them allies until they emigrate for the cause of Allāh. But if they turn away [i.e., refuse], then seize them and kill them wherever you find them and take not from among them any ally or helper,

MALAY

Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;

 

وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا

Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, 

Golongan munafik itu sebenarnya suka kalau orang Islam jadi kafir macam mereka juga. Oleh itu mereka mengajak kepada kekufuran. Mereka itu pula mungkin jenis orang yang berperawakan menarik (dari segi luaran mereka) dan kerana itu mereka boleh menarik orang lain ke arah mereka.

 

فَتَكُونُونَ سَوَاءً

supaya menjadilah kamu sama seperti mereka.

Mereka mahu kita jadi macam mereka, supaya senanglah mereka nak buat apa-apa sahaja.

Bayangkan kalau mereka sahaja yang buat perangai engkar, tentu nampak lain macam, bukan? Tapi kalau semuanya sama sahaja, tidaklah nampak macam mereka sahaja yang berperangai teruk. Maka kerana itu mereka mengajak mukmin jadi seperti mereka.

 

فَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ أَوْلِيَاءَ

Oleh itu janganlah kamu mengambil di antara mereka menjadi teman rapat kamu,

Maka, kalau mereka sudah berperangai begitu, janganlah pula jadikan mereka sebagai teman rapat kita. Oleh itu, tidak boleh meminta tolong kepada orang kafir. Tidak boleh berkawan rapat dengan mereka kerana bahaya. Kerana kita mungkin terikut-ikut dengan cara hidup mereka.

 

حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا فِي سَبِيلِ اللهِ

sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah

Jangan jadikan mereka sebagai teman rapat kita, sehinggalah mereka berhijrah secara sukarela kerana Allah. Sehingga mereka sanggup meninggalkan kesenangan keduniaan untuk berada di dalam negara Islam.

Orang munafik tidak akan buat begitu. Dulu mereka duduk di Madinah tapi kemudian mereka telah pindah duduk dekat kawasan kafir harbi. Sampai tidak tahu dah samada mereka itu orang kafir atau Islam. Yang terus duduk di Mekah pula pula tidak mahu berkorban meninggalkan kampung halaman.

Maka jangan berkawan rapat dengan mereka melainkan mereka yang sebegitu hijrah dan duduk dalam kawasan umat Islam. Mereka kena tunjukkan pengorbanan mereka dahulu.

Golongan inilah yang menjadi perbezaan pendapat di kalangan golongan mukmin. Ada sahabat kata mereka itu orang kafir dan ada sahabat yang kata mereka itu masih muslim lagi.

 

فَإِن تَوَلَّوْا فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ

Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemui mereka; 

Kalau mereka sengaja berpaling dari hijrah, sudah diajak dan disuruh hijrah tapi masih tidak mahu juga, maka bolehlah tangkap mereka dan bunuh mereka di mana sahaja jumpa mereka. Ini kerana mereka masih berada dalam negara kafir yang menentang Islam. Jadi mereka terlibat dalam usaha meruntuhkan Islam.

Dalam ayat ini Allah telah beri kebenaran untuk berperang dengan mereka. Anggap mereka orang kafirlah kalau begitu. Jangan sibuk-sibuk lagi nak berpecah pendapat lagi. Mulai dari saat ini, kalau perang nanti boleh sahaja bunuh mereka.

 

وَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;

Dan Allah ingatkan sekali lagi supaya jangan ambil mereka sebagai teman rapat. Kerana bahaya kalau berkawan dengan mereka kerana mungkin terikut-ikut pula dengan perangai mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Mei 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

3 thoughts on “Tafsir Surah an-Nisa Ayat 87 – 89 (Berperang dengan golongan Munafikin)”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s