Tafsir Surah Ghafir Ayat 17 – 21 (Kerlipan mata pun Allah tahu)

Ghafir Ayat 17: Dalam ayat sebelum ini, telah disebut tentang Hari Akhirat. Sekarang Allah teruskan lagi penerangan tentang Hari itu. 

اليَومَ تُجزىٰ كُلُّ نَفسٍ بِما كَسَبَت ۚ لا ظُلمَ اليَومَ ۚ إِنَّ اللهَ سَريعُ الحِسابِ

Sahih International

This Day every soul will be recompensed for what it earned. No injustice today! Indeed, Allah is swift in account.

Malay

“Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya. 

 

الْيَوْمَ تُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ

Pada hari itu dibalas setiap jiwa dengan apa yang telah dilakukan.

Makhluk akan dibalas dengan apa yang mereka perbuat sahaja. Kalau tidak buat, tidak dapat balasan azab atau balasan pahala. Ini menolak pegangan kebanyakan orang kita yang percaya pahala boleh disedekahkan kepada orang yang sudah mati.

Maka, mereka akan baca Surah Fatihah apabila dengar orang mati, mereka ada yang baca Al-Qur’an selama beberapa hari untuk sedekahkan pahala bacaan kepada si-mati, dan ramai yang buat Majlis Tahlil supaya buat amal ibadat baca Al-Qur’an dan zikir untuk dihadiahkan pahala kepada si-mati.

Ayat ini dengan jelas menolak pendapat itu. Maknanya, kalau nak dapat pahala, kena buat sendiri. Tidak boleh orang lain yang buat amal, tapi serahkan pahalanya kepada orang lain. Bukan ayat ini sahaja yang menolak pendapat sedekah pahala itu, tapi banyak ayat-ayat yang lain.

Tidak ada dalil dari perbuatan mereka melainkan dalil-dalil yang tidak kuat sahaja. Maka eloklah berhenti dari melakukan perkara yang tidak berfaedah dan membazir wang dan masa. Seeloknya, kita buat yang sunnah sahaja, iaitu mendoakan supaya si-mati diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Tidak dinafikan pada pendapat ulama’ yang kata pahala itu sampai. Tapi itu hanya pendapat sahaja dan tidak ada dalil khusus tentangnya. Maka kita dengan hormatnya tidak berpegang dengan pendapat itu.

 

لَا ظُلْمَ الْيَوْمَ

Tidak dizalimi mereka pada hari itu.

Allah hendak memberitahu kepada kita bahawa Dia tidak zalim walaupun Dia boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Supaya kita jangan takut yang Dia akan memberi keputusan dengan zalim.

Banyak ayat dalam Al-Qur’an berkenaan ‘tidak ada kezaliman’. Memang tidak ada kezaliman kerana pahala dibalas sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda, dan boleh sampai berjuta-juta kali ganda. Dosa pula, kalau buat satu, akan dibalas satu juga, tidak lebih, atau boleh diampun terus. Maknanya, tak zalimlah kalau macam tu.

Tidak akan dikurangkan sedikit pun balasan pahala kepada mereka yang melakukan kebaikan; tidak akan diazab kepada mereka yang tidak melakukan kesalahan.

Ini berbeza dengan dunia. Sebagai contoh, kalau di dunia kita kerja lebih, majikan kadang-kadang tidak beri gaji lebih pun, sebab dia tidak tahu kita buat kerja lebih itu; tapi Allah Maha Tahu dengan segala perbuatan kita.

Begitu juga, kadang-kadang di dunia, seseorang manusia boleh dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana kesalahan yang mereka tidak buat. Mungkin mereka kena fitnah dan segala bukti menunjukkan mereka bersalah, maka mahkamah terpaksa buat keputusan yang mereka kena penjara dan sebagainya. Ini adalah kerana mahkamah tidak tahu apakah yang sebenarnya terjadi; tapi Allah Maha Tahu apa yang kita lakukan dan apa yang kita tidak lakukan. Jadi, Allah tidak akan tersalah hukum makhluk.

 

إِنَّ اللهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Sesungguhnya Allah menghisab amal itu sangat cepat sekali.

Ini adalah lawan kepada ‘zalim’. Kalau di dunia, kalau penghakiman dilakukan lambat, ianya adalah satu kezaliman. Kadang-kadang kena tunggu bertahun-tahun barulah keputusan dibuat. Itu adalah kezaliman kepada mereka yang tertindas. Kerana mereka kena tunggu lama dan penantian itu sebenarnya adalah satu penyeksaan.

Tapi Allah tidak biarkan makhlukNya tunggu lama. Perbicaraan dan keputusan akan diberikan dalam masa setengah hari sahaja. Allah boleh buat penghakiman di Mahsyar serentak kepada semua orang pada satu masa. Boleh sahaja Allah buat dan tidak mustahil bagi Allah.

Caranya, kita tidak tahu dan tidak perlu tahu. Mungkin akal kita tidak dapat terima bagaimana Allah boleh buat – tapi percayalah yang Allah mampu melakukannya. Dan nanti apabila telah sampai masa untuk Allah menghisab perbuatan mereka di dunia, Dia akan cepat menghitung. Begitulah dikatakan bahawa apabila Allah telah buka mahkamah penghakiman di akhirat kelak, hanya mengambil masa selama setengah hari sahaja. Atau sekadar waktu tidur di tengahari sahaja (tidur qailullah).

Imam Al-Muzani rahimahullah berkata,

وَبَعْدَ البِلَى مَنْشُوْرُوْنَ وَيَوْمَ القِيَامَةِ إِلَى رَبِّهِمْ مَحْشُوْرُوْنَ وَلَدَى العَرْضِ عَلَيْهِ مُحَاسَبُوْنَ بِحَضْرَةِ الموَازِيْنِ وَنَشْرِ صُحُفِ الدَّوَاوِيْنَ وَنَسُوْهُ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِيْنَ أَلْفَ سَنَةٍ لَوْ كَانَ غَيْرُ اللهِ الحَاكِمَ بَيْنَ خَلْقِهِ لَكِنَّهُ اللهُ يَلِي الحُكْمَ بَيْنَهُمْ بِعَدْلِهِ بِمِقْدَارِ القَائِلَةِ فِي الدُّنْيَا “وَهُوَ أَسْرَعُ الْحَاسِبِينَ”[الأنعام:٦٢] كَمَا بَدَأَهُ لَهُمْ مِنْ شَقَاوَةٍ وَسَعَادَةٍ يَوْمَئِذٍ يَعُوْدُوْنَ “فَرِيْقٌ فِي الجَنَّةِ وَفَرِيْقٌ فِي السَّعِيْرِ” [الشورى:٧]

“Setelah hancur, manusia dibangkitkan. Dan pada hari kiamat, manusia dikumpulkan di hadapan Rabb-Nya. Di masa penampakan amal manusia dihisab. Dengan dihadirkannya timbangan-timbangan dan ditebarkannya lembaran-lembaran (catatan amal). Allah menghitung dengan teliti, sedangkan manusia melupakannya. Hal itu terjadi pada hari yang kadarnya di dunia adalah 50 ribu tahun. Kalaulah seandainya bukan Allah sebagai hakimnya nescaya tidak akan mampu, akan tetapi Allahlah yang menetapkan hukum di antara mereka secara adil. Sehingga lama waktunya (bagi orang beriman) adalah sekadar masa istirehat siang di dunia, dan Allah Yang Paling Cepat Perhitungan Hisabnya. Sebagaimana Allah memulai menciptakan mereka, ada yang sengsara atau bahagia, pada hari itu mereka dikembalikan. Sebahagian masuk syurga, sebahagian masuk neraka.”

Ini seperti firman Allah di dalam Baqarah:202

أُولٰئِكَ لَهُم نَصيبٌ مِّمّا كَسَبوا ۚ وَاللَّهُ سَريعُ الحِسابِ

Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

Apabila Allah sebut hisabNya amat cepat, ia mempunyai tiga makna,

1. Hisab Allah sudah dekat, boleh datang bila-bila masa sahaja. Maka jangan lengah dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Dalilnya adalah Anbiya’:1

اقتَرَبَ لِلنّاسِ حِسابُهُم وَهُم في غَفلَةٍ مُعرِضونَ

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).

2. Hisab sebelum mati. Allah boleh beri terus balasan semasa di dunia lagi dan kadangkala ia sangat cepat. Contohnya selepas kita baca Al-Qur’an dan selepas solat, kita terus rasa tenang. Dan kalau kita buat dosa, selepas buat dosa sahaja kita rasa bersalah, bukan? Kadang selepas kita buat dosa, Allah terus beli balasannya secara ‘cash’. Sebagai contoh, maka kita melihat aurat orang lain, kemudian Allah beri kepala kita terlanggar dinding.

3. Apabila Allah buat pengiraan hisab di akhirat, ia cepat sahaja. Menunggu di Mahsyar yang lama, sampai keresahan yang amat besar sampaikan makhluk akan pergi dari satu Rasul ke Rasul yang lain untuk minta Allah percepatkan hisab. Dan apabila Mahkamah Pengadilan dimulakan, ia akan selesai dalam masa setengah hari sahaja. Ada yang kata satu hari dan ada yang kata selama memerah susu sahaja. Bagaimana mungkin Allah lakukan audit yang sebegini?

Pernah Saidina Ali ditanya tentang hal ini. Beliau jawab sebagaimana Allah mampu untuk memberikan rezeki kepada semua makhlukNya tanpa tertinggal, maka begitu jugalah Allah mampu untuk membuat pengiraan hisab itu serentak. Kita sahaja yang tidak dapat bayangkan kerana ia adalah perkara ghaib dan akal kita tidak mampu mencapai pemahaman itu.

Dan setiap orang akan jumpa Tuhan seorang, seorang. Duduk depan Tuhan. Dan akan ditanya, apa kamu buat untuk Aku atas umur kamu serta 4 soalan berikut:

1. Seumur hidup kamu, apa kamu buat untuk Allah?

2. Ilmu ugama yang diberi, apa yang kamu buat untuk Tuhan? Nak jawab macam mana? Jadi, kena sebar balik pengetahuan agama yang kita dapat. Dan apabila sebar agama kepada orang lain, Allah akan balas dengan kebaikan. Kalau kita tidak boleh mengajar, kita ajak mereka ke kelas-kelas pengajian Sunnah. Atau kita sampaikan kepada mereka bahan bacaan. Atau, kita beri bantuan kewangan kepada kumpulan yang menjalankan kerja dakwah.

Kadang-kadang, memang kita rasa amat sukar nak sampaikan kebenaran kepada manusia. Amat susah nak cakap tentang perkara bidaah yang orang buat hari-hari. Rasa macam gunung atas kepala apabila kita nak sampaikan. Kerana amat ramai yang melakukan perkara bidaah, dan yang buatnya pula imam, mufti dan orang lain yang amat ramai.

Tapi kita terpaksa beritahu juga. Kalau tak beritahu, kita akan dipanggil ‘syaitan bisu’. Maknanya jadi syaitan juga. Masuk neraka juga akhirnya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله pernah berkata: “Orang yang berdiam diri dari menyampaikan kebenaran (padahal dia mampu menyampaikannya) adalah Syaitan Akhros (Syaitan yang Bisu dari jenis manusia).” (Lihat Majmu’ Fatawa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah).

 

3. Harta kamu, selepas kamu keluarkan zakat dan sebagainya,  apa yang kamu buat untuk ugama Allah? Takkan nak kata apa yang kita beri di masjid pada hari Jumaat sahaja? Cukup sudah apa yang kita sudah tidak buat dulu. Mulakan melakukan perkara yang baik. Mula infakkan dan sedekahkan harta kita untuk jalan agama.

4. Masa muda kamu, kamu buat apa untuk agama? Akan ditanya tentang umur masa muda sebab masa muda lain dengan masa tua. Masa tua, semua sudah jadi orang baik, sudah mula pergi masjid kerana tenaga nak buat jahat pun sudah tidak ada; tapi masa muda, bagaimana?

Waktu zaman muda itulah dugaan amat berat. Macam-macam perkara tak tentu hala yang kita nak buat. Tenaga memang tengah kuat waktu itu dan kerana itu macam-macam perkara lagha kita nak buat. Maka, kalau kita sudah ada atas jalan agama masa kita muda, itu amat berharga.

Kalau kita tidak gunakan masa muda untuk belajar agama, maka itu amatlah rugi. Kerana masa mudalah otak masih segar untuk belajar agama. Kerana belajar agama mengambil masa juga dan kalau sudah tua baru nak belajar, maka sudah banyak kerugian di situ.

Kerana itulah kita lihat AJK Masjid dan Surau itu selalunya banyak masalah, kerana sudah tua baru nak dekat kepada agama, tapi pengetahuan agama amat kurang. Tapi kita nak tegur mereka pula mereka tidak mahu dengar sebab mereka sudah sombong kerana sudah dapat pangkat jadi AJK Masjid. Jadi mereka rasa mereka hebat dan tidak boleh ditegur dan diajar lagi.

5. Masa sihat sebelum sakit. Adakah kita isi masa lapang kita dengan perkara-perkara agama, atau kita hanya buang masa untuk keduniaan sahaja?

20190208_153740_0001

Yang paling penting kita kena jaga adalah akidah kita. Itulah perkara penting yang akan menentukan kita masuk syurga atau neraka. Kalau ada masalah dengan akidah, kita akan duduk di neraka, kekal tak keluar. Ini adalah kerana Allah sudah beritahu yang Dia tidak akan ampunkan dosa syirik. Kalau dosa lain, ada kemungkinan Allah boleh ampunkan lagi. Tapi kalau dosa syirik, tidak ada harapan.


 

Ghafir Ayat 18: Ini adalah ayat Takhwif Ukhrawi

وَأَنذِرهُم يَومَ الآزِفَةِ إِذِ القُلوبُ لَدَى الحَناجِرِ كٰظِمينَ ۚ ما لِلظّٰلِمينَ مِن حَميمٍ وَلا شَفيعٍ يُطاعُ

Sahih International

And warn them, [O Muhammad], of the Approaching Day, when hearts are at the throats, filled [with distress]. For the wrongdoers there will be no devoted friend and no intercessor [who is] obeyed.

Malay

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabat pun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.

 

وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْآزِفَةِ

Dan berilah ancaman kepada mereka tentang hari yang mendekat

Tidak banyak masa antara kita dan Hari Kiamat itu. Kita sahaja yang rasa macam lama, tapi sebenarnya tidak. Adakah kita bersedia? Memang kena buat persediaan kerana ianya amat dekat. Mati sahaja, terus bermula hari akhirat bagi kita, iaitu dalam alam kubur. Dan kita semuanya menunggu mati sahaja. Dan entah bila-bila sahaja kita boleh mati, sebentar lagi pun tidak mustahil.

Maka ini adalah arahan dari Allah untuk Nabi mengingatkan manusia tentang hari akhirat yang kian mendekat. Dan kita sebagai penyambung tugas Nabi hendaklah bersedia sentiasa untuk memberitahu kepada manusia tentang Hari Kiamat.

 

إِذِ الْقُلُوبُ لَدَى الْحَنَاجِرِ

ketika jantung naik ke halqum.

Ini adalah peribahasa Arab. Kenapa jantung naik sampai ke halqum? Kerana waktu itu dalam keadaan takut yang amat sangat. Rasa macam jantung nak pecah. Tidak pernah manusia mengalami rasa takut yang sebegini. Ini adalah kerana kalau kita dalam ketakutan sangat, kita rasa ada lump di tekak kita, bukan? Nak bercakap pun tak keluar, bukan? Maka orang Arab kata itu seperti jantung naik ke halqum.

Waktu itu semua dalam ketakutan, sama ada mereka akan dimasukkan ke dalam golongan yang selamat atau dimasukkan ke dalam golongan ahli neraka. Semua dalam ketakutan menunggu keputusan dibuat oleh Allah.

 

كٰظِمِينَ

memendam perasaan

Memendam perasaan atau menahan di halqum takut jantung keluar. Mereka menahan ketakutan, kesedihan dan kesesalan dalam hati mereka. Mereka juga amat marah kepada diri sendiri kerana kesalahan yang mereka telah lakukan.

Mereka akan cuba tahan, tapi akhirnya akan keluar juga perasaan itu pada wajah mereka. Mereka akan rasa sesal yang amat sangat kerana peluang untuk menyelamatkan diri tidak ada lagi. Kerana peluang itu hanya ada semasa hidup di dunia. Tapi kalau lepaskan peluang itu, tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan di akhirat kelak.

 

مَا لِلظّٰلِمِينَ مِنْ حَمِيمٍ

Tidak ada bagi orang-orang zalim ini sebarang teman rapat

‘Zalim’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah zalim dalam akidah – melakukan syirik. Mereka tidak akan ada yang akan menolong mereka. Kalau dalam dunia, kita ada kawan rapat yang akan membantu kita kalau kita ada masalah. Tapi di akhirat kelak, tidak ada sesiapa yang akan membantu.

Mungkin ada yang menaruh harapan kepada sembahan-sembahan mereka yang mereka sembah semasa di dunia dulu – Nabi, wali dan malaikat yang mereka puja, mereka jadikan sebagai wasilah, yang mereka seru minta berkat, syafaat dan sebagainya dulu.

Puak-puak sesat rasa mungkin sembahan-sembahan mereka itu boleh menyelamatkan mereka, sebab semasa di dunia, mereka itu selalu puja dan seru sembahan itu. Tapi Allah jawab dalam ayat ini bahawa tidak ada harapan langsung.

 

وَلَا شَفِيعٍ يُطَاعُ

dan tidak ada yang beri syafaat yang ditaati.

Tidak ada sesiapa yang akan boleh beri syafaat kepada mereka. Dan kalau ada juga yang nak tolong beri syafaat kepada mereka, ianya tidak akan diterima – tidak akan ditaati syafaat mereka itu. Syafaat mereka itu tidak laku di sisi Allah.

Syafaat akan diterima kalau penerima syafaat itu layak untuk menerima syafaat. Oleh itu, orang yang buat syirik tidak layak menerima syafaat. Maka, kalau ada yang nak beri pun, mereka tidak akan dapat menerima syafaat itu.

Maka, janganlah kita berharap dan meminta-minta syafaat dalam dunia ini kalau dalam masa yang sama kita ada buat kezaliman kepada Allah. Itulah kezaliman syirik yang banyak dilakukan oleh manusia kerana mereka tidak sedar bahawa apa yang mereka lakukan selama hari ini adalah perkara syirik.

Kalau mereka tidak melakukan syirik, maka ada harapan untuk dapat syafaat lagi. Kerana ada orang yang tidak melakukan syirik, tapi kerana mereka banyak dosa, maka mereka dimasukkan ke dalam neraka. Tapi Allah boleh benarkan Nabi dan orang-orang lain memberi syafaat kepada mereka.

Tapi ianya hanya terbuka kepada mereka yang tidak mengamalkan syirik, tidak berdoa kepada selain dari Allah. Tapi, kalau di dunia dahulu, mereka bertawasul kepada para Nabi, wali dan malaikat, tidak ada harapan lagi. Kerana mereka mengamalkan syirik dalam berdoa.


 

Ghafir Ayat 19: Allah hendak memberitahu yang Dia Mengetahui segala yang dilakukan oleh makhlukNya. Makhluk kadang-kadang lupa apa yang telah dilakukan kerana memang manusia bersifat pelupa. Kelmarin buat, hari ini sudah lupa.

Tapi Allah tahu segala-galanya. Masalahnya, apabila manusia lupa dengan dosa yang telah dilakukan, maka mereka rasa bebas dan tidak rasa bersalah. Mereka tidak sedar yang dosa sedang bertumpuk di belakang mereka.

يَعلَمُ خائِنَةَ الأَعيُنِ وَما تُخفِي الصُّدورُ

Sahih International

He knows that which deceives the eyes and what the breasts conceal.

Malay

Allah mengetahui pengkhianatan pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. 

 

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ

Dia mengetahui khianat mata.

Allah tahu apakah kesalahan yang dilakukan oleh mata manusia. Ada orang yang tengok maksiat dengan hujung-hujung mata. Kepala tak gerak, tapi mata curi pandang. Sebagai contoh, mata orang lelaki yang nakal melihat kepada perempuan yang bukan mahramnya.

Kalau kali pertama kita terlihat, itu dimaafkan. Tapi kalau kita melihat semula, itulah yang salah. Inilah satu masalah dengan mata, ianya senang sangat nak buat salah dengan mata ini. Inilah dugaan kepada kita dan memang susah hendak dijaga.

Allah hendak memberitahu kita, perkara sekecil pandangan mata yang mencuri-curi tengok pun akan dibentangkan dan akan diadili. Kalau yang kecil pun kena bentang, apatah lagi kalau perkara yang besar-besar? Ma sha Allah!

Ada orang yang melakukan kesalahan dengan kerlingan mata sahaja. Contohnya, dia sedang bercakap dengan seseorang dan dalam masa yang sama, dia akan kerling kepada orang yang di belakang untuk melakukan khianat kepada lelaki yang di hadapannya. Orang itu mungkin tidak tahu, tapi Allah tahu.

Termasuk juga dalam perkara ini adalah melihat perkara yang kita tidak patut lihat, seperti kita lihat surat-surat rahsia orang lain, hak-hak orang lain, fail-fail orang lain. Kita sangka tidak ada sesiapa yang tahu, tapi Allah tahu. Allah Maha Tahu apa yang dilihat oleh mata kita. Oleh itu, berhati-hatilah dengan pandangan mata kita.

Ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an: kalimah عين asalnya bermaksud ‘mata’ dan ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata).

Jamak bagi عين adalah أعيُن dan عُيُون dan digunakan di dalam Bahasa Arab untuk jamak bagi mata dan juga mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah أعيُن sentiasa digunakan bagi mata dan kalimah عُيُون sentiasa digunakan bagi mata air.

 

وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

dan apa yang tersembunyi dalam dada.

Pandangan mata adalah kesalahan zahir yang dilakukan oleh manusia. Bagaimana pula kalau perkara dalam hati? Allah beritahu dalam ayat ini yang Dia juga Maha Tahu apa yang dalam hati kita. Allah akan balas dengan apa yang disimpan dalam hati kita. Kadang-kadang mulut kita kata lain, tapi hati kata lain.

Tapi, yang diambil kira adalah perkara yang ada niat. Kalau lintasan hati sahaja, tidaklah dipertanggungjawabkan. Kerana lintasan hati sentiasa sahaja ada, tapi tidak sampai ke tahap ‘niat’ lagi. Niat adalah apabila sudah ada kehendak untuk melakukan sesuatu.


 

Ghafir Ayat 20: Ini adalah ayat Tanwirul Dakwa – Tambahan kepada Dakwa Surah

وَاللهُ يَقضي بِالحَقِّ ۖ وَالَّذينَ يَدعونَ مِن دونِهِ لا يَقضونَ بِشَيءٍ ۗ إِنَّ اللهَ هُوَ السَّميعُ البَصيرُ

Sahih International

And Allah judges with truth, while those they invoke besides Him judge not with anything. Indeed, Allah – He is the Hearing, the Seeing.

Malay

Dan Allah memutuskan hukum dengan adil, sedang yang mereka sembah yang lain dari Allah – tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. 

 

وَاللهُ يَقْضِي بِالْحَقِّ

Dan Allah beri keputusan dengan benar.

Allah boleh buat keputusan dengan adil, kerana Allah tahu segala-galanya. Dalam ayat sebelum ini, kita telah diberitahu yang Allah tahu apa yang kita lihat dan apa yang kita simpan dalam hati kita. Kalau Allah sudah tahu segalanya, maka keputusan yang Allah buat tentulah tepat.

Kalau dalam dunia, seorang hakim tidak tahu segala-galanya – dia tidak tahu apakah sebenarnya yang kita lakukan, apa yang kita lihat dan apa yang kita simpan dalam hati kita. Oleh itu, keputusan yang seorang hakim itu buat belum tentu tepat. Dia hanya boleh membuat keputusan berdasarkan luaran sahaja. Tapi, Allah tidak begitu. Keputusan yang Allah buat adalah adil, kerana Allah tahu segala-galanya.

Ayat ini juga bermaksud, Allah menentukan (taqdir) segala kejadian di dunia. Allah yang menentukan siapa yang akan dapat apa semasa mereka di dunia. Semua yang terjadi dalam alam ini adalah atas keputusan Allah yang dilakukan atas kebijaksanaanNya.

 

وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِ

dan yang diseru selain dariNya,

Bermaksud segala seruan-seruan merangkumi Nabi, wali, malaikat dan jin yang diseru oleh manusia. Iaitu sembahan-sembahan kepada tuhan dan ilah selain Allah.

 

لَا يَقْضُونَ بِشَيْءٍ

mereka tidak boleh membuat keputusan apa-apa pun

Sembahan-sembahan yang diseru selain Allah itu tidak dapat membuat keputusan apa-apa kerana mereka tidak ada pengetahuan sepertimana yang Allah ada. Allah telah beritahu yang Dia Maha Mengetahui segala-galanya, termasuk pandangan mata kita dan apa yang ada dalam dada kita – oleh itu, Allah sahaja yang boleh memberi keputusan yang adil.

Seperti yang telah disebut, hanya Allah sahaja yang taqdirkan segala kejadian dalam alam ini. Selain dari Allah tidak boleh. Mereka tidak ada kuasa untuk buat apa-apa pun. Oleh itu, kenapa nak seru selain Allah? Perbuatan itu sia-sia sahaja.

 

إِنَّ اللهَ هُوَ السَّمِيعُ

SesungguhNya Allah Dia Maha Mendengar.

Ini adalah Jumlah Ta’liliyah. Oleh kerana Allah Maha Mendengar segala-galanya, maka sepatutnya hanya kepada Dia sahaja tempat kita berdoa kerana selain Allah tidak mendengar. Kalau kita minta kepada Nabi, wali dan malaikat, mereka tidak mendengar permintaan kita. Jadi doa tawasul kepada mereka adalah sia-sia kerana mereka tidak dengar pun. Mereka hidup di alam yang lain, lalu bagaimana nak dengar permintaan doa kita?

Allah juga hendak memberitahu yang Dia Maha Mendengar rintihan orang yang sebar agama. Susah payah kita dakwah agama ini kepada manusia akan dibalas oleh Allah. Dan juga Allah maha mendengar kata-kata orang yang mengutuk mereka yang sebar agama. Semua itu akan dibalas oleh Allah nanti di akhirat.

 

الْبَصِيرُ

Dia Maha Melihat. 

Begitu juga, oleh kerana Allah sahaja yang Maha Melihat segalanya, Dialah sahaja tempat berdoa kerana selain Allah, tidak mempunyai kuasa ini.

Allah Maha Melihat usaha orang yang sebar agama, orang yang taat kepada agama dan juga orang-orang yang engkar.

Oleh itu, hanya Allah sahaja yang boleh membuat keputusan yang adil. Dan hanya Allah sahaja yang layak diseru.

Habis Ruku’ ke 2 dari 9 ruku’ dalam surah ini.


 

Ghafir Ayat 21: Ini adalah ayat Takhwif Duniawi. Selepas Allah memberitahu dalam ayat-ayat sebelum ini kejadian dan balasan yang boleh dikenakan di akhirat, Allah sekarang hendak memberitahu kita semua, terutama Musyrikin Mekah itu, bahawa azab itu bukan sahaja boleh dikenakan di akhirat sahaja, tapi boleh dikenakan semasa di dunia lagi pun. 

Allah ceritakan juga tentang azab yang di dunia, kerana manusia kadang-kadang terkesan kalau apa-apa terjadi kepada mereka semasa di dunia, kerana mereka amat mementingkan dunia. Bila mereka dengar tentang azab di akhirat, mereka mungkin rasa jauh sahaja dari mereka lagi. Allah amat kenal hambaNya, maka Dia tahu bagaimana nak mengingatkan manusia.

۞ أَوَلَم يَسيروا فِي الأَرضِ فَيَنظُروا كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ الَّذينَ كانوا مِن قَبلِهِم ۚ كانوا هُم أَشَدَّ مِنهُم قُوَّةً وَءآثارًا فِي الأَرضِ فَأَخَذَهُمُ اللهُ بِذُنوبِهِم وَما كانَ لَهُم مِّنَ اللهِ مِن واقٍ

Sahih International

Have they not traveled through the land and observed how was the end of those who were before them? They were greater than them in strength and in impression on the land, but Allah seized them for their sins. And they had not from Allah any protector.

Malay

Tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. 

 

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ

Tidakkah mereka pergi bermusafir di muka bumi

Allah menyebut kehairanan tentang penolakan Musyrikin Mekah itu. Tidakkah mereka telah mengembara melihat tempat-tempat di dunia ini? Mereka juga ada mengembara semasa musafir perdagangan mereka, bukan? Dengan mengembara di atas dunia ini, kita boleh belajar banyak benda, bukan? Tidakkah mereka lihat tempat kaum-kaum dahulu yang telah dimusnahkan?

Ayat ini bukanlah suruhan kepada kita untuk mengembara di dunia melihat tempat-tempat kemusnahan kaum-kaum yang degil. Kerana ada larangan dari Nabi untuk berbuat demikian. Kerana tidak perlu kita pergi ke tempat-tempat itu. Cuma kalau mereka yang menentang, barulah disuruh mereka pergi ke tempat-tempat itu.

 

فَيَنظُرُوا

dan perhatikan.

Perhatikanlah apa yang ada dalam dunia ini. Sebagai contoh, perhatikan tempat tinggalan Firaun, tempat kaum Aad, kaum Madyan dan sebagainya. Atau tentang mereka yang membunuh Nabi Yahya dalam Surah Yaasin, iaitu di Antioch.

 

كَيْفَ كَانَ عٰقِبَةُ الَّذِينَ كَانُوا مِن قَبْلِهِمْ

bagaimanakah kesudahan orang-orang yang dahulu sebelum mereka?

Kita boleh tengok contoh mereka yang buat syirik dulu. Boleh nampak kesan-kesan peninggalan mereka. Kita boleh lihat bagaimana mereka yang telah melakukan kesalahan terhadap Allah, Allah telah binasakan mereka.

Memang mereka hebat semasa kehidupan di dunia dahulu, tapi kita bukan nak tengok kehidupan mereka semasa di dunia, tapi apakah kesudahan mereka. Kita nak tengok bagaimana mereka semasa mereka hendak mati. Mereka telah dimusnahkan dan oleh kerana itu, cara mereka hidup tidak boleh diikuti.

Kerana itu kita disuruh ikut orang yang telah mati yang telah selamat, seperti para sahabat. Kerana mereka mati dalam iman. Kalau kita ikut cara orang yang masih hidup, mereka belum tentu lagi akan selamat kerana fitnah masih ada atas mereka dan kita tidak tahu adakah cara mereka selamat atau tidak.

Bolehlah kalau kita nak ikut mereka yang masih hidup, tapi kena pastikan yang mereka itu ikut cara-cara mereka yang telah selamat.

 

كَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً

Mereka dulu lebih kuat dari mereka

Tubuh badan mereka yang telah dimusnahkan itu lebih kuat dari orang-orang Mekah. Kaum Aad boleh cabut pokok kurma dengan sebelah tangan sahaja. Kaum-kaum yang lain pun kuat-kuat juga, hebat-hebat juga. Sebab itulah mereka boleh bina Piramid, buat rumah dari batu-batu gunung.

Allah nak beritahu Musyrikin Mekah supaya jangan berlagak dengan apa sahaja kehebatan yang mereka ada – orang-orang dahulu yang dimusnahkan itu lebih kuat dari mereka pun, tapi dimusnahkan juga akhirnya. Kalau nak dibandingkan orang-orang dahulu dengan Musyrikin Mekah yang sedang tolak Nabi waktu itu, mereka tidak ada apa-apa. Tapi dalam tidak ada apa-apa itu, mereka masih lagi nak degil dari terima ajaran wahyu.

 

وَءآثَارًا فِي الْأَرْضِ

dan mereka meninggalkan lebih banyak kesan sejarah di muka bumi.

Contohnya kesan Firaun yang kita boleh lihat sampai hari ini iaitu Piramid. Orang Mekah itu tidak ada apa-apa peninggalan pun selain dari Kaabah itu. Mekah itu memang tidak ada apa-apa, sampai bahan makanan pun mereka bergantung kepada Syam dan Yaman sahaja.

 

فَأَخَذَهُمُ اللهُ بِذُنُوبِهِمْ

mereka diazab oleh Allah kerana dosa-dosa syirik mereka.

Mereka yang dahulu dimusnahkan bukan kerana mereka kuat/gagah/banyak pembangunan, tapi kerana dosa syirik mereka dahulu. Allah tak pandang apakah kejayaan keduniaan seseorang. Yang dipandang adalah apa yang mereka lakukan dalam agama. Oleh kerana mereka sesat, Allah hancurkan mereka sehancur-hancurnya – langsung tidak tinggal zuriat langsung.

Inilah ancaman dari Allah – Allah boleh sahaja untuk menurunkan azab kepada manusia yang engkar kepadaNya. Jangan kita sangka kita selamat. Kita pun Allah boleh kenakan azab sebegitu kalau Allah hendak.

 

وَمَا كَانَ لَهُم مِّنَ اللهِ مِن وَاقٍ

Dan tidak ada bagi mereka selain Allah sebarang penyelamat.

Mereka sangka ada yang akan menyelamatkan mereka, tetapi itu adalah harapan yang sia-sia sahaja. Kalau Allah sudah tentukan azab kepada manusia, tidak akan selamat mereka itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 24 Oktober 2023

Ringkasan Surah Ghafir


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubari

Tafsir Surah Ghafir Ayat 12 – 16 (Doalah kepada Allah sahaja)

Ayat 12: Allah jawap doa mereka yang telah disebut dalam ayat sebelum ini. 

ذٰلِكُم بِأَنَّهُ إِذا دُعِيَ اللهُ وَحدَهُ كَفَرتُم ۖ وَإِن يُشرَك بِهِ تُؤمِنوا ۚ فَالحُكمُ ِللهِ العَلِيِّ الكَبيرِ

Sahih International

[They will be told], “That is because, when Allah was called upon alone, you disbelieved; but if others were associated with Him, you believed. So the judgement is with Allah , the Most High, the Grand.”

Malay

(Lalu dikatakan kepada mereka): “Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru dan disembah, kamu kufur (dan menolak cara bertauhid itu); dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya (dan menerima bawaan syirik itu). Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Maha Tinggi (dari apa yang dipersekutukan), lagi Yang Maha Besar (pemerintahanNya)”.

seterusnya

ذَٰلِكُم بِأَنَّهُ إِذَا دُعِيَ اللهُ وَحْدَهُ

Demikianlah bagi kamu kerana kamu sebelum ini ketika diseru ibadat dan doa hanya kepada Dia sahaja,

Pengakuan mereka sebelum ini tidak diterima lagi. Kerana ia sudah terlambat. Mereka tidak akan dipulangkan kembali ke dunia untuk memulakan kembali kehidupan yang baru.

Ini adalah kerana mereka dimasukkan ke neraka itu adalah kerana kesalahan mereka sendiri. Kita telah disuruh untuk buat ibadat HANYA kepada Allah; kita juga diajar, berdoa HANYA kepada Allah sahaja. Tapi apakah yang dilakukan oleh manusia yang dimasukkan ke dalam neraka itu?

seterusnya

كَفَرْتُمْ

kamu semua telah ingkar.

Mereka telah diajar kepada tauhid semasa mereka di dunia, tapi mereka engkar untuk berdoa hanya kepada Allah sahaja. Mereka juga telah menyeru kepada berbagai-bagai wali, Nabi dan malaikat untuk menyampaikan doa mereka, tanpa ada dalil pun perbuatan itu pernah dibuat atau diajar oleh Nabi.

Mereka juga telah reka cara berdoa. Contohnya, mereka melakukan solat hajat berjemaah, sedangkan solat hajat berjemaah itu adalah satu contoh menggunakan perantaraan dalam beribadat. Solat untuk meminta hajat tidak boleh berjemaah. Kerana solat sebegini tidak pernah diajar oleh Nabi dan tidak pernah dilakukan oleh sahabat. Orang kemudianlah yang mereka-reka cara berdoa dengan solat hajat ini.

Kita memang disarankan untuk meminta pertolongan dengan solat. Tapi itu adalah solat sunat. Iaitu kita melakukan amal ibadat sebelum kita meminta doa kepada Allah. Tapi, apabila dilakukan solat sunat itu, manusia memberikan nama ‘Solat Hajat’ kepada solat itu, padahal tiada nama yang Nabi beri. Jadi bila sudah ada nama, mulalah kita tanya rakaat pertama baca apa, rakaat kedua baca apa dan sebagainya.

Nabi sendiri tidak pernah buat macam tu. Nabi sendiri tidak pernah buat solat hajat berjemaah. Kalau minta hujan, itu memang ada solat berjemaah kerana minta hujan, iaitu dinamakan Solat Istisqa’. Tapi dalam permintaan kepada Allah, tidak pernah Nabi buat sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang kita sekarang.

Berbagai-bagai hujah dan dalil yang diberi oleh mereka untuk membenarkannya, tapi tidak ada satu pun dalil yang boleh dipakai untuk membolehkan Solat Hajat berjemaah. Tapi, apabila kita beritahu yang tidak ada Solat Hajat dalam Islam, mereka engkar, mereka bantah, mereka nak buat juga.

seterusnya

وَإِن يُشْرَكْ بِهِ تُؤْمِنُوا

dan apabila disyirikkan Allah, kamu beriman.

Bermaksud, mereka percaya kepada ajakan syirik yang diajak oleh guru-guru sesat mereka semasa mereka di dunia. Apabila diajak kepada tauhid, mereka tolak, tapi apabila diajak kepada melakukan syirik, mereka terima pula.

Contohnya bila dikatakan apabila nak belah mulut kena pakai cincin, mereka pakat-pakat suka nak buat; bila diajar doa kena sebut nama wali songo, Syeikh Abdul Qadir Jailani, mereka suka dan terus amalkan; dan banyak lagi.

Masyarakat kita, dalam amalan yang melibatkan syirik, mereka cukup-cukup suka. Tapi kalau nak buat perkara-perkara sunnah, mereka cukup payah.

seterusnya

فَالْحُكْمُ ِللهِ

Maka keputusan itu milik Allah. 

Sama ada kamu suka ataupun tidak, ketetapan agama datangnya dari Allah. Kita kena ikut syariat yang Allah telah tetapkan.

Juga bermaksud, segala keputusan semuanya di Tangan Allah. Apakah keputusan Allah dalam ayat ini? Keputusan untuk memasukkan mereka yang engkar itu ke dalam neraka, mereka yang melakukan syirik kepadaNya. Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah keputusan Allah. Keputusan muktamad adalah milik Allah sahaja. Segala permintaan mereka untuk dikembalikan ke dunia tidak dilayan.

seterusnya

الْعَلِيِّ الْكَبِير

yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Kita kena ikut ketetapan agama yang Allah telah berikan kepada kita kerana Dialah sahaja yang Maha Tinggi dan Maha Besar.

seterusnya


Ayat 13: Ini adalah targhib kepada Dakwa surah ini.  

هُوَ الَّذي يُريكُم ءآيٰتِهِ وَيُنَزِّلُ لَكُم مِنَ السَّماءِ رِزقًا ۚ وَما يَتَذَكَّرُ إِلّا مَن يُنيبُ

Sahih International

It is He who shows you His signs and sends down to you from the sky, provision. But none will remember except he who turns back [in repentance].

Malay

Dialah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).

seterusnya

هُوَ الَّذي يُريكُم ءآيٰتِهِ

Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tandaNya,

Allah menunjukkan segala bukti QudratNya. Allah hendak memberitahu bahawa Dia ada Qudrat, dan Qudrat itu hanya ada pada Dia sahaja. Allah telah memperlihatkan tanda-tandaNya kepada manusia. Maknanya, Allah bukan ajak kosong, tapi Allah beri dengan tanda dan dalil sekali.

Kenapakah manusia boleh lagi melakukan syirik kepada Allah, sedangkan Allah telah memberikan entah berapa banyak tanda-tanda kewujudanNya dalam alam ini dan juga dalam ayat-ayat Al-Quran? Allah telah memberikan kepada kita banyak tanda-tanda, sebagaimana yang Allah telah sebut dalam Fussilat:37 –

وَمِن آياتِهِ اللَّيلُ وَالنَّهارُ وَالشَّمسُ وَالقَمَرُ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan.

Dan Allah telah memberi tanda tinggalan kaum-kaum dahulu sebagai peringatan dan tanda kepada kita sebagaimana Allah telah sebut dalam Ankaboot:35

وَلَقَد تَرَكنا مِنها آيَةً بَيِّنَةً لِقَومٍ يَعقِلونَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah tinggalkan bekas-bekasnya sebagai tanda yang jelas bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.

Sebagai contoh, Allah telah meninggalkan kesan-kesan tempat yang telah dihancurkan kerana kesyirikan manusia, dan Allah telah meninggalkan kesan bahtera Nabi Nuh untuk peringatan kepada manusia. Allah juga telah memberikan tanda dalam diri kita sendiri seperti yang Allah telah sebut dalam Fussilat:53,

سَنُريهِم آياتِنا فِي الآفاقِ وَفي أَنفُسِهِم حَتّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُم أَنَّهُ الحَقُّ

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di ufuk-ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar.

Allah memberikan tanda dalam alam ini di merata-rata tempat dan juga dalam diri kita sendiri. Apabila kita melihat diri kita dengan segala keindahan dan kehebatan tubuh badan kita sendiri, memberitahu kita bahawa tentunya ada Pencipta yang Maha Agung yang menjadikan segalanya ini.

Dengan segala tanda-tanda yang Allah telah berikan kepada manusia, kenapakah lagi manusia boleh lagi melakukan syirik kepadaNya?

seterusnya

وَيُنَزِّلُ لَكُم مِنَ السَّماءِ رِزقًا

dan yang menurunkan untuk kamu dari langit, rezeki.

Allah telah menurunkan ‘sebab-sebab turunnya rezeki’ kepada kita dari langit. Sebagai contoh, dari langit itu turunnya air hujan; dan dari langit juga turunnya pancaran matahari; dengan keduanya, telah menyebabkan tumbuhnya tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman; dengan tanaman itu, memberi makan kepada kita dan kepada binatang-binatang. Dan ada antara binatang itu kita jadikan bahan makanan kita juga. Rezeki itu Allah yang turunkan, tapi dalam bentuk asbab seperti air hujan, cahaya matahari dan sebagainya.

Rezeki yang turun dari langit itu juga boleh bermaksud ‘keputusan’ yang turun dariNya untuk memberi rezeki kepada kita. Maknanya, apa-apa sahaja rezeki yang dapat kepada kita adalah dari keputusanNya. Rezeki itu telah ditetapkan untuk kita. Kalau bukan rezeki kita, kita tidak akan dapat.

Ringkasnya, rezeki datangnya dari Allah. Maka kenapa berdoa lagi kepada selain Allah? Kenapa tidak tumpukan doa kita hanya kepada Allah sahaja? Maka mintalah dengan Allah sahaja, tidak perlu menggunakan perantaraan.

seterusnya

وَما يَتَذَكَّرُ إِلّا مَن يُنيبُ

Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang pulang (kepada Allah).

Telah banyak pengajaran dan tanda-tanda yang telah diberikan kepada kita, tapi yang hanya dapat mengambil pengajaran adalah mereka yang mahu pulang kepada Allah. Iaitu mereka yang ada sifat ‘inabah’.

Mereka itu adalah manusia yang mahukan kebenaran. Mereka tertanya-tanya apakah kebenaran itu dan mereka melalui hidup mereka mencari-cari kebenaran itu. Apabila mereka mencari, maka Allah akan mudahkan jalan untuk mereka menjumpainya. Kerana itu menarik kalau kita baca kisah orang yang lahir dalam keluarga bukan Islam dan bagaimana mereka jumpa Islam. Mereka melakukan kajian yang banyak sebelum buat keputusan itu.

Mereka itulah yang sentiasa menghadapkan wajahnya kepada Allah, mengharap kepada Allah, sentiasa ingat kepada Allah, sentiasa memulangkan nasibnya kepada Allah. Hanya mereka yang sebegini sahaja yang boleh mengambil pelajaran dan peringatan dari tanda-tanda yang Allah telah berikan. Tetapi kebanyakan manusia tidak begitu.

Dakwa maksud surah ghafir

Ayat 14: Inilah Ayat Dakwa Surah ini, iaitu perkara paling penting yang hendak disampaikan dalam surah ini. Setelah kita diberikan dengan dalil-dalil itu, maka Allah beritahu apakah yang perlu kita lakukan.

فَادعُوا اللهَ مُخلِصينَ لَهُ الدّينَ وَلَو كَرِهَ الكٰفِرونَ

Sahih International

So invoke Allah, [being] sincere to Him in religion, although the disbelievers dislike it.

Malay

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).

seterusnya

فَادعُوا اللهَ

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah

Huruf فَ dalam lafaz فَادعُوا ini dinamakan fa’ fasihah. الفاء الفصيحة. Maknanya ayat yang selepasnya merujuk ayat-ayat sebelumnya. Allah hendak memberitahu, selepas diberitahu dengan diberikan berbagai dalil dan hujah dalam ayat-ayat sebelumnya, ‘maka’ seru dan sembahlah Allah sahaja.

Bukankah sebelum ini telah belajar bagaimana Allah sahaja yang mempunyai sifat ilah? Kalau begitu, mintalah doa kepada Allah sahaja. Jangan minta kepada yang selain Allah.

Kita kena faham bahawa lafaz ‘sembah’ bukan hanya bermaksud ibadat seperti rukuk dan sujud sahaja, tetapi ia juga bermaksud ‘doa’. Doa juga salah satu perkara ibadat, malah ianya adalah ibadah yang paling penting. Dalam hadis ada disebut bahawa doa itu adalah ‘otak’ ibadah. Dan memang dalam setiap ibadah ada doa sebenarnya. Inilah yang tidak difahami oleh kebanyakan manusia. Mereka tidak faham apakah maksud ibadat itu sendiri.

Oleh itu, ayat ini memberitahu kepada kita, hanya doa kepada Allah sahaja, jangan doa kepada selain dari Allah.

Dan jangan juga guna perantaraan sesiapa sahaja dalam doa itu, tidak wali, Nabi atau malaikat pun. Kita tidak memerlukan sesiapa pun untuk menyampaikan doa kita kepada Allah. Sebaliknya, terus sahaja doa kepada Allah. Kerana Allah dengar semua doa kita.

seterusnya

مُخلِصينَ لَهُ الدّينَ

dengan mengikhlaskan seruan dan ibadat kepadaNya

Maksud ‘ikhlas’ itu adalah tidak mencampurkan ibadah dan doa kepada selain dari Allah. Itu bermaksud kita kena menjauhi amalan syirik dalam ibadat dan dalam doa. Jauhi syirik itu adalah dengan tidak beribadat kepada selain dari Allah.

Tapi untuk menjauhi syirik itu, kita kenalah kenal apakah yang dimaksudkan dengan ‘syirik’. Kerana tidak faham maksud syiriklah, ramai dari kalangan orang kita yang buat perkara syirik kerana mereka tidak sangka yang itu adalah syirik.

Apabila dikatakan ‘ibadat’, kita jangan buat ibadat kepada entiti yang lain. Maka, kalau kita berzikir, jangan kita berzikir kepada selain Allah – termasuk kepada Nabi Muhammad pun. Jangan kita seru Nabi Muhammad, kerana kita hanya boleh seru Allah sahaja.

Lalu bagaimana dengan puak-puak Habib yang sedang mengajar masyarakat kita menyeru Nabi Muhammad dalam majlis-majlis Selawat mereka? Mereka juga mengajar masyarakat kita untuk menyembah kubur-kubur yang kononnya kubur para wali. Mereka ini adalah puak sesat yang perlu kita bongkar kesesatan mereka kerana ramai yang terpedaya dengan dakwah mereka.

Dan seperti yang kita telah sebut, sembah dan ibadat itu termasuk juga dengan ‘doa’, maka kita hanya boleh berdoa kepada Allah sahaja. Terus sahaja doa kepada Allah. Jangan minta kepada selain dari Allah, rasanya ramai yang faham kerana mereka tahu yang Allah sahaja yang boleh mengabulkan doa.

Tapi ramai yang keliru adalah tentang tawasul (perantara). Ramai yang sampaikan doa mereka kepada Nabi, wali atau malaikat supaya Nabi, wali dan malaikat itu sampaikan pula kepada Allah. Ini adalah perbuatan yang salah. Kerana Allah Maha Mendengar, maka apa sahaja yang kita doa, Allah akan mendengar doa kita itu. Tidak perlu kita nak sampaikan kepada entiti lain.

Oleh itu, jangan juga kita gunakan perantaraan (Tawasul) dalam doa kita. Kita terus doa kepada Allah sahaja. Allah suruh kita ibadah dan doa kepadaNya sahaja. Inilah konsep La ilaaha illa Allah yang kita perlu terapkan dalam diri kita. Oleh itu, ini juga mengajar kita, dalam kita berdoa, hendaklah kita menekankan ketauhidan Allah itu. Sebagai contoh, lihatlah bagaimana doa Nabi Yunus a.s. semasa baginda di dalam perut ikan yang Allah ceritakan dalam Anbiya:87

لا إِلٰهَ إِلّا أَنتَ سُبحانَكَ إِنّي كُنتُ مِنَ الظّالِمينَ

“Sesungguhnya tiada ilah melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

Lihatlah bagaimana dalam doa Nabi Yunus a.s. itu, baginda memulakan dengan penekanan tauhid – لا إِلٰهَ إِلّا أَنتَ. Begitulah cara yang molek untuk kita memulakan doa. Tetapkan tauhid dalam fahaman kita, kemudian berdoalah.

seterusnya

وَلَو كَرِهَ الكٰفِرونَ

sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai 

Apabila dikatakan bahawa orang kafir ‘tidak suka’, ia bermaksud mereka tidak akan duduk diam tengok kita hanya berdoa kepada Allah sahaja, ibadat kepada Allah sahaja, kerana mereka benci dengan cara begitu. Mereka akan kacau, mereka akan lawan kita kerana mereka hendak pisahkan kita dari tauhid. Mereka tidak rela kita duduk dalam tauhid.

Oleh itu, kita kena dakwah kepada mereka kerana kalau tidak, orang yang asalnya mahu amal tauhid pun lambat laun akan jadi syirik juga. Oleh kerana orang kafir hendak mematikan syirik, maka kita kena perjuangkan tauhid. Jangan kita kalah dengan mereka.

Sebenarnya, mereka jadi begitu kerana mereka dihasut oleh syaitan. Syaitanlah yang menggerakkan mereka untuk mengganggu kita. Kalau ikut mereka sendiri, mereka pun mungkin tidak kisah pun kita nak buat apa.

Tapi syaitan tidak mahu manusia mati dalam tauhid. Jadi mereka akan gerakkan orang-orang kafir untuk membawa manusia jauh dari tauhid. Jadi, ayat ini memberitahu kita bahawa ada perancangan dari orang kafir hendak memusnahkan tauhid. Mungkin kita nampak mereka duduk diam, tapi mereka tidak duduk diam sebenarnya.

Orang-orang kafir tidak suka dengan cara amalan kita yang demikian. Mereka tidak suka hanya menyembah satu Tuhan sahaja, maka kerana itulah mereka akan sembah banyak-banyak ilah. Mereka kata, kalau banyak ilah, lagi bagus daripada satu. Kerana itulah, mereka ada banyak upacara-upacara penyembahan kepada dewa ini dan dewa itu.

Orang kafir tidak berdoa terus kepada Allah. Mereka akan menggunakan perantaraan mereka untuk menyampaikan doa dan pengharapan mereka kepada tuhan. Mereka akan minta Nabi, wali dan malaikat untuk menyampaikan doa mereka.

Kristian – mereka menyampaikan doa kepada Jesus untuk menyampaikan doa kepada Tuhan Bapa.

Hindu – dewa-dewa yang mereka sembah itu adalah para malaikat sebenarnya (tapi telah diselewengkan jadi ‘dewa’). Mereka jadikan malaikat-malaikat itu dalam bentuk patung dan mereka sampaikan doa mereka kepada malaikat-malaikat itu supaya menyampaikan doa mereka kepada ‘tuhan yang satu’.

Taoisme – mereka menyembah tok nenek mereka yang telah mati, untuk menyampaikan doa mereka kepada tuhan. Kerana mereka sangka, kerana tok nenek mereka itu adalah orang yang baik-baik, telah jadi wali, tentulah mereka boleh sampaikan doa kepada tuhan. Kerana kalau mereka baik, tentu duduk tinggal dalam istana tuhan.

Jadi, di atas adalah contoh salah faham agama lain dalam hal berdoa.

Bagaimana pula dengan orang kita? Orang kita yang tidak faham apakah maksud ‘tauhid dalam berdoa’, menyampaikan doa kepada ketiga-tiganya sekali! Ada yang doa kepada wali seperti Wali Songo, Sheikh Abdul Qadir Jalani; ada yang berdoa kepada para Nabi, seperti mereka minta kepada Nabi Zakariya, ada yang minta kepada Nabi Muhammad; dan ada yang berdoa kepada para malaikat, seperti meminta perlindungan daripada Jibrail dan sebagainya.

Maka, kalau orang kita buat begitu, mereka lebih teruk dalam orang-orang kafir! Orang kafir pakai satu sahaja, tapi kita pakai sampai tiga-tiga terus! Sebenarnya, orang Islam kita pun banyak terpedaya dan sama sahaja amalan dengan agama orang kafir. Banyak buat ibadat kepada entiti lain. Ada majlis untuk wali ini dan wali itu.

Sebagai contoh, mereka akan buat Majlis Haul (meraikan kematian) untuk wali ini dan itu. Mereka akan buat majlis memperingati wali-wali itu kerana mereka hendak berdoa kepada wali-wali yang sudah mati itu untuk menyampaikan permintaan mereka kepada Allah. Itulah yang dinamakan tawasul yang dilarang.

Oleh itu, belajarlah beribadat dengan cara Islam. Jangan ikut cara ibadat orang-orang kafir. Pastikan yang cara ibadat kita tidak sama dengan ibadat mereka. Maka, kenalah tahu sedikit sebanyak apakah akidah dan cara ibadat mereka supaya boleh dibandingkan dengan cara-cara ibadat kita. Jangan pula kita kutuk mereka kerana kafir, tapi bila diperiksa, akidah dan amalan kita dan mereka sama sahaja.

Ayat ini juga memberitahu kita bahawa orang kafir tidak suka dengan cara hidup Islam kita. Mereka mahu supaya kita ikut cara hidup mereka. Kerana itu mereka mempropagandakan cara kehidupan kita dalam media massa yang mereka kawal. Mereka hasad dan dengki kalau kita amalkan agama kita. Padahal bukan kacau mereka pun, tapi mereka tetap dengki juga.

Oleh kerana itu, kita boleh lihat bagaimana masyarakat Islam kita banyak yang terpengaruh dengan cara hidup barat. Merekalah yang kata kalau pakai tudung tutup aurat, itu adalah perkara yang mengawal wanita kita, jadi tidak elok pakai tudung, mereka kata. Dan macam-macam lagi. Mereka akan kutuk dan kritik amalan dan cara hidup kita dan mereka promosikan cara hidup mereka supaya kita ikut.

seterusnya


Ayat 15:

رَفيعُ الدَّرَجٰتِ ذُو العَرشِ يُلقِي الرّوحَ مِن أَمرِهِ عَلىٰ مَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ لِيُنذِرَ يَومَ التَّلاقِ

(Saheeh International)

[He is] the Exalted above [all] degrees, Owner of the Throne; He places the inspiration of His command [i.e., revelation] upon whom He wills of His servants to warn of the Day of Meeting.

Malay

Dia lah Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaanNya); Dia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya), supaya Dia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan,

seterusnya

رَفيعُ الدَّرَجٰتِ

Dia lah Yang Maha tinggi darjat kedudukanNya,

Allahlah yang paling tinggi kedudukanNya. Tidak ada yang lebih tinggi derajat dari derajat Allah.

Sudahlah Dia mempunyai derajat yang paling tinggi, Dialah juga yang menaikkan derajat seseorang yang dikehendakiNya. Maksudnya, Allah akan naikkan darjat mereka yang membela tauhid.

Sebagai contoh, Allah boleh menaikkan derajat ahli syurga untuk menaiki syurga yang lebih tinggi lagi; satu lagi contoh, Allah menaikkan derajat mereka yang ada ilmu.

seterusnya

ذُو العَرشِ

yang mempunyai Arasy 

Arasy adalah makhluk Allah yang paling besar dan hebat. Ianya adalah makhluk Allah yang paling tinggi. Allah masukkan tentang Arasy dalam ayat ini kerana Allah boleh naikkan darjat mereka yang membela tauhid ke ketinggian Arasy.

Allahlah tuan Arasy yang maha tinggi dan maha hebat itu. Oleh itu, kalau Arasy itu pun dipunyai oleh Allah, maka Allah itu sendiri tentu lebih hebat. Jadi, ayat ini untuk melambangkan keagungan dan kekuasaanNya.

seterusnya

يُلقِي الرّوحَ مِن أَمرِهِ عَلىٰ مَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ

Dia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya),

Perkataan الرّوحَ boleh membawa banyak maksud dalam Al-Qur’an. Bukan setakat ‘roh’ yang kita faham sahaja. Roh juga boleh bermaksud Malaikat Jibrail. Roh juga boleh bermaksud ‘Al-Qur’an’. Jadi, makna roh dalam mana-mana ayat Al-Qur’an kena disesuaikan dengan konteks ayat.

‘Roh’ dalam ayat ini bermaksud ‘wahyu’. Tidak ada khilaf di kalangan ulama tafsir, ‘roh’ dalam ayat ini, bermaksud ‘wahyu’. Wahyu itu diberikan dengan perintahNya, kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah juga yang akan kekalkan wahyu dalam diri hambaNya yang memperjuangkan tauhid. Kerana itu apabila wahyu disampaikan kepada Nabi Muhammad, baginda tidak terlupa.

Allahlah yang memilih sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima wahyu itu. Tidak ada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk menentukan siapa yang mendapat wahyu itu. Allah juga tidak tersalah pilih sesiapa yang dikehendakiNya itu.

Jadi, tidak ada sesiapa yang layak mempersoalkan keputusan Allah memilih siapa yang menjadi Nabi. Maka, salahlah pemahaman sesetengah golongan Syiah yang sampai sanggup mengatakan yang Jibrail telah tersalah pilih memberi wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Mereka kata, Allah suruh beri wahyu kepada Saidina Ali, tapi Jibrail pula yang tersalah pilih beri wahyu kepada Nabi Muhammad.

Semua makhluk adalah hambaNya, jadi ikut Allah kepada siapa yang Dia hendak beri wahyu itu. Maka, salahlah juga puak Yahudi yang mempersoalkan Allah kerana memberi wahyu dan pangkat kenabian kepada Nabi Muhammad. Seperti yang kita telah tahu, mereka hanya mahu mengikut Nabi dari kalangan mereka sahaja. Oleh itu, apabila wahyu diberikan kepada bangsa Arab, mereka tidak dapat terima.

seterusnya

لِيُنذِرَ يَومَ التَّلاقِ

supaya dia memberi amaran tentang Hari Pertemuan,

Apakah tujuan wahyu yang diturunkan kepada kita? Nabi Muhammad telah diberikan dengan wahyu untuk mengingatkan kita kepada Hari Kiamat. Kerana rahmatNyalah kita diperingatkan dengan Hari itu. Itulah tugas utama Nabi Muhammad dan kita sekarang kena teruskan rahmat itu dengan menyampaikan ajaran tauhid ini kepada manusia.

Kenapa Hari Kiamat dinamakan dengan ‘Hari Pertemuan’? Iaitu apabila manusia bertemu dengan amalan mereka yang telah mereka lakukan di dunia. Mereka akan dibalas berdasarkan amalan itu. Kalau amalan baik, akan dibalas baik; dan kalau amalan buruk, pun akan dibalas juga. Oleh itu, ingatlah yang amalan kita semasa di dunia, tidak akan hilang begitu sahaja. Kita akan berjumpa dengan amalan kita itu. Ada yang gembira dan ada yang menyesal pada hari itu.

Selain dari itu, manusia juga akan berjumpa sesama sendiri. Semua sekali akan berkumpul di satu tempat. Yang menzalimi akan bertemu dengan yang dizalimi. Kalau di dunia, bolehlah mereka selamat kerana mereka mungkin berkuasa di dunia, tapi di Hari Kiamat mereka tidak akan selamat.

Pertemuan itu juga boleh bermaksud ahli keluarga yang sudah lama tidak bertemu. Mereka juga akan dapat bertemu di akhirat kelak. Manusia juga akan bertemu dengan Nabi mereka. Sebagai contoh, kita akan dapat bertemu dengan Nabi Muhammad di Telaga Kautsar kalau kita mengamalkan sunnah. Jadi ‘pertemuan’ itu boleh membawa maksud banyak sekali makna.

Pada hari itu, pertemuan itu juga bermaksud pertemuan dengan Allah. Jadi kita kena fikirkan bagaimana cara kita nak jumpa Allah? Adakah kita hendak bertemu dengan Allah dalam Allah suka kepada kita atau Allah benci kepada kita? Tentunya kita hendak Allah suka dengan kita, kasih kepada kita. Kalau begitu, hendaklah kita menjalankan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Pada hari itu juga, roh akan bertemu kembali dengan tubuh badan. Pada hari itu juga, penduduk bumi akan bertemu dengan penduduk langit. Selama hari ini, kita mendengar sahaja kisah mereka. Nanti di akhirat kita akan dapat lihat mereka yang kita selalu baca sahaja. Kerana perkara ghaib akan nyata di akhirat kelak.

Mereka yang berbuat syirik juga akan bertemu dengan sembahan syirik mereka. Kalau mereka menyembah wali, Nabi, malaikat dan jin, maka mereka akan bertemu dengan wali dan jin mereka itu. Waktu itu mereka akan menyesal yang amat sangat. Kerana mereka akan sedar yang sembahan mereka itu tidak setuju pun dengan penyembahan kepada mereka.

Mereka akan menyesal waktu itu kerana mereka sedar yang sepatutnya mereka menyembah Allah sahaja, tapi mereka telah sembah entiti lain pula. Semua yang disembah itu tidak mengaku yang mereka pernah suruh manusia sembah mereka. Jadi rugilah segala perbuatan sembahan mereka kepada entiti-entiti itu.

seterusnya


Ayat 16: Jumlah badaliah (penjelasan) kepada ayat sebelum ini. Bagaimana keadaan pada ‘Hari Pertemuan’ itu? Allah beri gambarannya dalam ayat ini. 

يَومَ هُم بٰرِزونَ ۖ لا يَخفىٰ عَلَى اللهِ مِنهُم شَيءٌ ۚ لِّمَنِ المُلكُ اليَومَ ۖ ِللهِ الوٰحِدِ القَهّارِ

Sahih International

The Day they come forth nothing concerning them will be concealed from Allah . To whom belongs [all] sovereignty this Day? To Allah , the One, the Prevailing.

Malay

Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatu pun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): “Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? “Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya! 

seterusnya

يَوْمَ هُم بٰرِزُونَ

Pada hari mereka dinyatakan dengan jelas

Iaitu pada hari mereka dibangkitkan dari kubur masing-masing. Mereka akan dizahirkan dari kubur masing-masing. Ada makhluk yang ada kubur dan ada yang tidak, umpamanya mereka yang mati dibaham harimau – mereka tidak ada kubur, tapi mereka akan dizahirkan ke Mahsyar. Mereka akan keluar dari tempat simpan mereka.

Semua akan jelas kelihatan, tidak boleh menyorok di mana-mana. Tidak kira di mana mereka mati dahulu, mereka akan tetap dibangkitkan dan akan dikumpulkan di satu tempat. Tidak kira sama ada tubuh badan mereka hancur atau dibakar dan telah menjadi abu – semua akan dibangkitkan dan terpampang kelihatan kepada semua. Mereka akan terlanjang bulat. Waktu itu, tidak boleh menyorok apa-apa.

seterusnya

لَا يَخْفَىٰ عَلَى اللهِ مِنْهُمْ شَيْءٌ

Tak tersembunyi sedikit pun kepada Allah tentang mereka itu.

Semua sekali akan dihadapkan di hadapan Allah. Tidak akan ada yang tersembunyi dari Allah. Tidak akan tersembunyi amal zahir ataupun amal batin dari Allah. Hendaklah kita berusaha di dunia ini supaya amal yang baik sahaja yang akan zahir.

Bayangkan, semua sekali akan bertelanjang di hadapan Allah. Kita semua akan mengadap Allah dalam keadaan asal kita. Semua dalam keadaan berlutut bersaf-saf dalam keadaan telanjang. Memang tidak ada apa yang tersembunyi dari Allah semasa di dunia pun, tapi pada hari akhirat nanti, nampak jelas tanpa syak lagi kepada semua.

Bukan fizikal sahaja zahir pada Allah tapi perkara yang tersembunyi dalam hati termasuk segala amalan kita. Kalau di dunia, ada yang sangka ada perkara yang Allah tak tahu. Di Hari Kiamat nanti, semua akan jelas yang tidak ada apa yang tersembunyi dari Allah. Barulah mereka akan sedar dengan sesedar-sedarnya.

seterusnya

لِّمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ

Pada hari ini kerajaan ini milik siapa?

Pada hari itu, Allah akan tanya kepada semua: Kerajaan ini milik siapa pada hari ini?

Ada dua pendapat tentang kejadian ini: Sama ada Allah tanya kepada semua makhluk atau Allah tanya itu semasa makhluk semua sudah mati. Kenapa Allah tanya kalau tiada ada sesiapa yang boleh jawab? Kerana Allah hendak tsabitkan kekuasan mutlaqNya.

Atau, Allah tanya dua kali: sekali waktu semua telah mati, dan kali kedua selepas semua makhluk dibangkitkan.

seterusnya

لِلهِ الْوٰحِدِ الْقَهَّارِ

Milik Allah Tuhan yang tunggal yang Maha Esa dan Maha Mengalahkan.

Inilah jawapan makhluk kepada soalan Allah tadi. Pada hari itu, semua makhluk akan jawab yang kerajaan adalah milik tunggal Allah.

Mungkin dua kali soalan ini keluar, lagi sekali semasa tiupan sangkakala pertama. Waktu itu, tiada makhluk yang jawap sebab semua sudah mati. Tuhan sendiri jawab waktu itu. Di Mahsyar, dikatakan sekali lagi ayat ini, dan makhluk semuanya akan jawap.

Cuba bayangkan keadaan di masa itu. Tiada siapa berani bersuara. Melainkan bisik-bisik sahaja. Mereka hanya berani bertanya-tanya sesama sendiri: “Dah berapa lama dah tunggu ni?” Berpeluh-peluh semuanya menunggu di Mahsyar. Semua tak bergerak ke mana-mana. Dan Mahsyar itu keadaannya rata macam air.

Waktu itu semua akan jawab dengan rela kerana itulah kenyataannya dan semua akan terima. Tapi semasa di dunia, ada yang tidak terima begitu dan mereka itu akan celaka. Maka, hendaklah kita jawab dengan jawapan dalam ini semasa kita di dunia lagi. Tunduk kepada Allah sahaja dalam akidah dan syariat. Terimalah yang kerajaan alam ini adalah milik Allah semua sekali. Kalau kita tunduk semasa di dunia lagi, maka kita akan selamat di akhirat. Jangan kita hanya sebut di Mahsyar sahaja, tidak selamat kalau begitu.

Semua makhluk bersusun bersaf-saf. 120 saf adalah orang mukmin yang dapat masuk syurga tanpa hisab. 80 saf dari mereka adalah umat Nabi Muhammad. Kita semua kena berharap kita masuk dalam 80 saf tu. Kalau tak, kena tunggu syafaat kedua baru dapat masuk syurga iaitu selepas masuk neraka dulu.

Ada 4 syafaat semua sekali. Yang pertama adalah mereka yang masuk syurga tanpa hisab. Hanya dibacakan sahaja apa yang telah mereka lakukan.

Kedua, umat Islam yang kena masuk neraka dulu. Ini adalah mereka yang tidak ada melakukan syirik tapi ada dosa. Mereka kena dimasukkan ke dalam neraka dahulu untuk membersihkan dosa mereka. Entah berapa tahun kena tinggal dalam neraka. Ribu juta tahun mereka mungkin kena duduk dalam neraka. Tanpa syafaat, manusia tidak boleh keluar dari neraka.

Jadi, mereka adalah orang beriman, tapi ada dosa. Maka, Nabi pun sujud di Arasy. Nabi minta beri syafaat untuk dikeluarkan mereka dari dalam neraka. Kalau kira dosa, tak lepas lagi, kena duduk lagi dalam neraka sebenarnya. Tapi, Allah akan membenarkan Nabi untuk mengeluarkan mereka dari neraka.

Syafaat ketiga, akan diberikan kepada orang yang amal ibadat mereka sebanyak duit satu dinar nilainya. Nabi sujud lagi entah berapa lama setelah kumpulan pertama dikeluarkan. Maknanya, waktu itu mereka kena azab dalam neraka. Setelah Nabi diberikan dengan kuasa syafaat, barulah dikeluarkan mereka yang dalam neraka.

Syafaat keempat, Nabi sujud lagi untuk keluarkan saki baki mereka yang tinggal, yang amal ibadat mereka lebih kecil dari debu. Tapi mereka tidak melakukan syirik kepada Allah. Mungkin juga mereka ada buat syirik, tapi sudah sempat bertaubat sebelum mereka mati.

Orang yang tidak belajar tafsir, tidak faham tentang syafaat. Mereka mengharapkan syafaat, sampai ada yang minta syafaat di kubur Nabi dengan cara yang salah. Sebab mereka nak minta syafaat, tapi cara mereka adalah salah. Bukan begitu caranya. Sebenarnya, syafaat itu tidak payah diminta-minta, Allah akan beri sendiri.

Macam mana pula dengan iman? Iman ada tingkatan-tingkatan. Mungkin seseorang tu tak banyak amal, tapi banyak iman. Contoh, seorang pergi ke hotel makan malam. Ada bos yang dia hormati, tetamu  dan sebagainya. Mereka order arak dan ajak dia minum. Tapi dia tak minum kerana dia ikut hukum Allah. Maknanya, dia tidak minum kerana iman. Bukan buat ibadat masa tu, tapi ada iman.

Iman adalah sesuatu yang abstrak, Tuhan sahaja yang tahu nilainya. Jadi, ibadat satu hal, iman adalah satu hal. Kemudian, tubuh badan juga ditimbang. Rezeki yang haram, ada makan tak? Jadi mungkin ada orang yang ibadat tak banyak, tapi imannya kuat. Sebab ada orang yang imannya lemah.

Dan pahala dan dosa akan dikira. Kalau semua itu berat dari dosa, maka syurganya tempatnya.

Lagi satu adalah keikhlasan hati. Satu perkara yang abstak jugak. Tuhan sahaja yang tahu apa ikhlas itu. Ikhlas pun ada banyak jenis. Jadi walaupun kecil perkara dibuatnya, tapi kalau tinggi ikhlasnya, maka ianya akan bermanfaat untuk dirinya. Dalam kuasa Tuhan untuk beri kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Ihsan pula adalah satu perkara yang kita payah nak cakap. Ianya adalah apabila seseorang itu berasa Tuhan sedang tengok dia masa dia sedang beribadat. Oleh kerana itu dia sentiasa membaiki dirinya.

Satu lagi adalah ihsan sesama manusia dan ihsan sesama makhluk. Ingatlah cerita seorang pelacur Yahudi, dia berjalan di padang pasir dan nampak seekor anjing yang haus dan dia turun masuk dalam perigi, ambil air guna kasut dan beri minum kepada anjing itu. Allah ampunkan segala doasanya. Itu adalah ihsan manusia kepada makhluk. Itupun Tuhan buat kira. Bayangkan, seekor anjing diberi minum dengan kasut, juga diampun dosa.

Yang pasti, dia kenalah status seorang Muslim. Baru akan bermanfaat apa yang dia lakukan. Kalau seorang kafir bersedekah banyak mana pun, dia tidak akan dapat pahala. Tapi dia akan dibalas dengan kebaikan semasa di muka bumi, supaya mereka tidak boleh nak minta lagi di akhirat. Lihatlah bagaimana mana-mana orang kafir yang kuat sedekah, mereka akan dapat lagi banyak kekayaan semasa di dunia lagi. Ini kerana Allah sudah beri balasan kepada mereka semasa di dunia lagi. Tapi tiada bahagian untuk dia di akhirat nanti.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 17 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 155 – 158 (Khatmul Qalbi)

Creative-Dark-Night-Wallpaper-Hd-720x1200-picsay-1
Hati-hati dengan sikap dan reaksi kita terhadap seruan agama. Jangan membantah dan menentang. Dikhuatiri kelak Allah kunci mati hati dan dicop sebagai penghuni neraka, kekal selamanya.

Ayat 155: Dalam ayat sebelum ini Allah ‎ﷻ telah menceritakan tentang kedegilan Bani Israil. Dan Allah ‎ﷻ telah menyambung lagi tentang mereka di dalam ayat ini. Ada empat kesalahan yang disebut di sini. Ini adalah antara kesalahan-kesalahan mereka, tapi tentulah bukan ini sahaja.

فَبِما نَقضِهِم مّيثٰقَهُم وَكُفرِهِم بِئآيٰتِ اللهِ وَقَتلِهِمُ الأَنبِياءَ بِغَيرِ حَقٍّ وَقَولِهِم قُلوبُنا غُلفٌ ۚ بَل طَبَعَ اللَهُ عَلَيها بِكُفرِهِم فَلا يُؤمِنونَ إِلّا قَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [We cursed them]¹ for their breaking of the covenant and their disbelief in the signs of Allāh and their killing of the prophets without right and their saying, “Our hearts are wrapped” [i.e., sealed against reception]. Rather, Allāh has sealed them because of their disbelief, so they believe not, except for a few.¹

  • Another interpretation is “And [We made certain good foods unlawful to them],” based upon verse 160.
  • Or “except with little belief.”

MALAY

Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).

 

فَبِما نَقضِهِم ميثٰقَهُم

Maka (Kami laknat mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, 

Kesalahan pertama mereka yang disebut dalam ayat ini, ialah mereka telah memutuskan perjanjian mereka dengan Allah ‎ﷻ. Padahal perjanjian dengan Allah ‎ﷻ itu bukanlah perjanjian biasa. Jadi, ini adalah kesalahan yang amat berat. Mereka telah berjanji untuk taat, tetapi mereka telah memungkiri janji mereka itu.

 

وَكُفرِهِم بِئآيٰتِ اللهِ

dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,

Yang kedua, mereka telah kufur dengan ayat-ayat Allah  ‎ﷻ yang disampaikan melalui Nabi Musa عليه السلام dan nabi-nabi mereka yang lain. Mereka tidak memandang ayat-ayat Allah ‎ﷻ sebagai sesuatu yang penting. Sampaikan mereka berani hendak menukar ayat-ayat Allah ‎ﷻ itu sesuka hati mereka.

 

وَقَتلِهِمُ الأَنبِياءَ بِغَيرِ حَقٍّ

dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, 

Yang ketiga, mereka sampai sanggup membunuh para nabi mereka kerana mereka tidak suka dengan apa yang disampaikan oleh para Nabi itu. Mereka tidak dapat melawan apa yang disampaikan oleh rasul mereka, maka mereka ambil keputusan untuk membunuh terus para nabi.

Ramai dari kalangan para Nabi dari kalangan Bani Israil yang telah dibunuh. Mereka membunuh itu dengan tidak ada alasan yang kukuh. Kalau para Nabi itu berbuat salah, maka bolehlah dibunuh, tetapi apakah kesalahan mereka, selain hanya menyebutkan tentang kebenaran?

 

وَقَولِهِم قُلوبُنا غُلفٌ

dan mereka juga mengatakan: “Hati kami tertutup”

Dan yang keempat, mereka kata hati mereka tertutup dari menerima dakwah Nabi Muhammad ﷺ. Ada dua tafsir bagi lafaz غُلفٌ itu.

Pertama, mungkin mereka berkata hati mereka telah penuh dengan ilmu sampaikan tidak boleh dimasukkan lagi ajaran Nabi Muhammad ﷺ; atau mereka maksudkan memang hati mereka tertutup daripada menerima ajaran Nabi ﷺ. Mereka mengaku secara terang-terangan kerana mereka menyangka amalan agama mereka telah kuat dan tidak perlu kepada agama yang baru. Perkara ini telah disebut dan ditafsirkan dalam Baqarah:88.

Ini sama sahaja dengan fahaman orang kita yang masih mahu berpegang teguh dengan ajaran dan amalan tok nenek kita. Maka apabila ada yang hendak mengajar amalan yang benar dari Qur’an dan Sunnah, mereka  lalu berkata yang amalan mereka sudah diamalkan sejak turun temurun, maka mengapa harus perlu ditukar lagi? Sama sahaja fahaman orang jahil dahulu dan sekarang.

Jadi, itulah empat kesalahan mereka yang disebut dalam ayat ini. Tetapi kenapa seperti tergantung ayat ini? Tidak disambung dengan apakah hukuman ke atas mereka? Ini adalah kerana ada hazaf dalam ayat ini.

Allah ‎ﷻ tidak sebutkan apakah yang akan dikenakan kepada mereka kerana kesalahan mereka itu. Mereka akan tahu nanti apabila mereka mendapat azab itu. Memang menakutkan kalau tidak cakap apakah yang akan dikenakan. Bayangkan kalau guru sekolah kata seperti itu: “Jagalah kamu semua. Kamu akan tahulah akibatnya nanti….”. Guru bercakap begitu sahaja tanpa menyebut apakah hukuman yang akan dikenakan.

Maka anak murid akan tertanya-tanya apakah hukuman yang akan diberikan oleh guru itu. Kepala mereka akan memikirkan apalah hukuman itu agaknya dan mereka tentu akan memikirkan perkara yang buruk-buruk sahaja. Ini akan menambahkan rasa takut. Inilah kesan dalam ayat ini.

 

بَل طَبَعَ اللَهُ عَلَيها بِكُفرِهِم

bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. 

Sebenarnya mereka jadi begitu kerana Allah ‎ﷻ yang mengunci mati hati mereka kerana kekufuran sehinggakan mereka tidak dapat beriman lagi.

Bukanlah Allah ‎ﷻ membuat keputusan untuk terus mengunci mati hati mereka dari awal lagi, tetapi kerana mereka yang tidak mahu menerima kebenaran, maka sebab itulah mereka ditutup dari menerima hidayah selepas itu.

 

فَلا يُؤمِنونَ إِلّا قَليلًا

Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja

Sedikit sahaja yang mereka percaya. Dan kerana kalau percaya sedikit sahaja tidak menjadikan mereka beriman penuh. Begitulah juga orang Islam mestilah percaya keseluruhan dari agama. Tidak boleh sekadar memilih sahaja.

Atau, ia mungkin bermaksud, sedikit sahaja dari kalangan mereka yang beriman. Kita tahu ada dari kalangan mereka yang beriman dengan agama Islam tetapi kebanyakan dari mereka tidak beriman.


 

Ayat 156: Ini adalah sambungan bagi kesalahan mereka.

وَبِكُفرِهِم وَقَولِهِم عَلىٰ مَريَمَ بُهتٰنًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [We cursed them] for their disbelief and their saying against Mary a great slander,¹

  • When they accused her of fornication.

MALAY

Demikian juga (Kami laknat mereka) dengan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Maryam (dengan tuduhan yang amat dusta).

 

وَبِكُفرِهِم

Demikian juga dengan sebab kekufuran mereka

Dengan sebab kekufuran mereka, maka mereka telah dilaknat. Laknat itu maksudnya jauh dari rahmat Allah ‎ﷻ, tidak berpeluang untuk mendapat rahmat dari Allah ‎ﷻ.

 

وَقَولِهِم عَلىٰ مَريَمَ بُهتٰنًا عَظيمًا

dan tuduhan mereka terhadap Maryam

Satu lagi kesalahan besar mereka adalah tuduhan mereka terhadap Maryam. Mereka telah menuduh Maryam berzina dengan seorang lelaki yang bernama Yusuf an Najr dan mereka berkata yang dari penzinaan itulah lahirnya Nabi Isa عليه السلام.

Lafaz بُهتانًا bermaksud tuduhan yang berat. Ini adalah kerana tuduhan mereka itu amat berat kerana menuduh orang yang suci telah melakukan perkara yang buruk.

Mereka telah beramai-ramai menghina Maryam  apabila beliau membawa pulang anaknya Nabi Isa عليه السلام. Apabila mereka bising-bising menuduhnya, maka Maryam telah menunding jari ke arah anaknya yang masih bayi itu. Dan diringkaskan kisah, Nabi Isa عليه السلام turun dari pelukan ibunya dan berkata-kata kepada mereka. Ini telah ditafsir dalam ayat Maryam:30.

Maka mereka sendiri nampak dengan mata mereka bagaimana Nabi Isa عليه السلام itu bukanlah anak kecil yang biasa. Apabila baginda berumur 30 tahun dan mula berdakwah ke arah kebenaran, mereka menentang baginda pula. Ini adalah kerana baginda telah menegur kesalahan pendeta Yahudi yang telah menukar agama.

Maka untuk menutup mulut Nabi Isa عليه السلام, mulalah mereka membuat tuduhan yang Nabi Isa عليه السلام itu adalah anak luar nikah dan Maryam telah berzina. Padahal dulu mereka sendiri tahu yang Nabi Isa عليه السلام itu bukanlah anak biasa.

Tapi itu pun tidak berjaya, maka mereka telah membuat rancangan untuk membunuh baginda kerana susah untuk ditutup mulut baginda kerana apa yang baginda sebut adalah kebenaran. Tapi oleh kerana mereka tidak berkuasa pada waktu itu, maka, mereka telah membuat helah kepada Kerajaan Rom untuk membunuh Nabi Isa عليه السلام. Mereka berkata yang baginda hendak merampas kerajaan Rom.


 

Ayat 157: Allah ‎ﷻ telah menyambung lagi dalam memperkatakan kesalahan mereka.

وَقَولِهِم إِنّا قَتَلنَا المَسيحَ عيسَى ابنَ مَريَمَ رَسولَ اللهِ وَما قَتَلوهُ وَما صَلَبوهُ وَلٰكِن شُبِّهَ لَهُم ۚ وَإِنَّ الَّذينَ اختَلَفوا فيهِ لَفي شَكٍّ مِّنهُ ۚ ما لَهُم بِهِ مِن عِلمٍ إِلَّا اتِّباعَ الظَّنِّ ۚ وَما قَتَلوهُ يَقينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [for] their saying, “Indeed, we have killed the Messiah, Jesus, the son of Mary, the messenger of Allāh.” And they did not kill him, nor did they crucify him; but [another] was made to resemble him to them. And indeed, those who differ over it are in doubt about it. They have no knowledge of it except the following of assumption. And they did not kill him, for certain.¹

  • Another meaning is “And they did not kill him, being certain [of his identity],” i.e., they killed another assuming it was Jesus (upon whom be peace).

MALAY

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

 

وَقَولِهِم إِنّا قَتَلنَا المَسيحَ عيسَى ابنَ مَريَمَ رَسولَ اللهِ

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”.

Mereka berkata dengan bangganya yang mereka telah membunuh Nabi Isa عليه السلام yang ‘dikatakan’ sebagai Rasulullah itu. Mereka bangga kerana telah dapat membunuh Nabi.

Mereka menghina pula dengan mengatakan orang yang ‘dikatakan’ sebagai Rasul itu telah mereka bunuh. Kerana mereka tidak menerima kenabian Nabi Isa عليه السلام. Mereka seolah-olah berkata: “orang yang dikatakan sebagai Rasul itu… kami dah bunuh pun…”.

Atau, mereka memang tahu yang Nabi Isa عليه السلام itu memang Rasulullah, tetapi mereka membunuhnya juga. Ini memang pelik dan susah untuk kita fahami kerana kita bukannya mereka. Bayangkan mereka itu tahu itu Nabi lagi Rasul, tetapi mereka sanggup membunuhnya juga. Ini adalah kerana mereka itu sememangnya kaum yang amat teruk.

Lafaz المَسيحَ berasal dari kata yang bermaksud ‘basuh’. Jadi ia bermaksud mereka yang ‘dimuliakan’. Juga bermaksud yang ‘disembelih’.

 

وَما قَتَلوهُ وَما صَلَبوهُ

Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (salib)

Tetapi sebenarnya mereka tidak membunuh Nabi Isa عليه السلام pun. Mereka juga tidak berjaya menyalib baginda, seperti yang selalu difahami oleh manusia. Kisah salib ini amat popular sampaikan banyak sekali difilemkan dan penganut Kristian pun memakai tanda salib sebagai mewakili agama mereka. Tetapi, ia sebenarnya tidak terjadi pun.

 

وَلٰكِن شُبِّهَ لَهُم

tetapi diserupakan bagi mereka

Yang dibunuh adalah lelaki yang diserupakan dengan rupa baginda. Dalam riwayat, ada disebut yang dia adalah seorang pengikut Nabi Isa عليه السلام yang derhaka kepada baginda. Dia telah bersekongkol dengan pihak pemerintah untuk menangkap Nabi Isa عليه السلام. Dia berjanji untuk mengecam dan mengenalpasti rupa Nabi Isa عليه السلام kerana pemerintah Rom tidak tahu yang mana satu Nabi Isa عليه السلام.

Tetapi apabila lelaki itu masuk ke dalam kalangan Nabi Isa عليه السلام dan sahabat baginda, rupa baginda telah disamakan dengan Nabi Isa عليه السلام, maka dialah yang ditangkap oleh orang Rom kerana waktu itu rupanya memang sama dengan rupa Nabi Isa عليه السلام yang dicari-cari.

Atau, kalimah شُبِّهَ juga boleh dimaksudkan dengan ‘samar’. Maka telah dijadikan samar kejadian pembunuhan itu. Ceritanya mereka mencari Nabi Isa عليه السلام tetapi Nabi Isa عليه السلام tidak ada kerana telah diangkat ke langit. Tapi oleh kerana ingin membunuh juga, maka, mereka membunuh orang Yahudi sendiri yang mereka pilih secara rawak, dan mereka membuat propaganda yang mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa عليه السلام.

Mereka membuat perkara itu dalam rahsia, dan tidak membenarkan orang lain untuk melihat mayat yang dikatakan Nabi Isa عليه السلام itu. Ini kerana mereka tidak mahu malu kalau orang berkata rancangan mereka telah gagal. Sampai ke hari ini mereka tidak dapat menunjukkan bukti yang memang Nabi Isa عليه السلام telah dibunuh.

Persoalan: Di manakah jasad Nabi Isa عليه السلام jika benar baginda telah dibunuh? Ini tidak pernah dijawab dan kita pun tahu yang mereka memang kuat menipu.

Satu lagi tafsir yang diberi, apabila telah sampai berita yang Nabi Isa عليه السلام akan dibunuh, maka para pengikut baginda telah berkumpul bersama baginda. Empat ribu tentera telah berkumpul untuk membunuh baginda dan mereka telah menunggu di luar. Nabi Isa  عليه السلام telah menawarkan kepada para sahabat baginda, siapakah yang sanggup untuk mengambil tempat baginda? Seorang sahabat baginda telah sanggup dan telah memakai pakaian Nabi Isa عليه السلام dan beliaulah yang dibunuh. Inilah yang terdapat dalam Tafsir Qurtubi.

Allahu a’lam. Hanya Allah ‎ﷻ sahaja yang tahu apakah yang sebenarnya yang terjadi.

 

وَإِنَّ الَّذينَ اختَلَفوا فيهِ لَفي شَكٍّ مِّنهُ

Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham tentang perkara itu, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu).

Mereka tidak jelas tentang kedudukan perkara itu. Dan golongan Nasara pun percaya yang Nabi mereka telah dibunuh. Padahal, baginda tidak dibunuh pun, tetapi mereka sendiri telah tertipu tentang kisah Nabi Isa عليه السلام itu, sedangkan itu Nabi mereka.

Selepas ditipu, mereka membuat cerita pula yang baginda mati untuk menyucikan dosa umat baginda. Padahal itu adalah berdasarkan kepada penipuan Yahudi. Maka ini adalah ‘tipu atas tipu’. Sudahlah mereka ditipu, mereka mereka-reka pula penipuan baru kepada penganut mereka.

Dalam fahaman mereka pun, ada banyak pemahaman yang tidak sama. Antaranya:

1. Yang dibunuh adalah orang lain, dan waktu disalib itu Nabi Isa عليه السلام tengok sahaja dari jauh.
2. Nabi Isa عليه السلام yang disalib, tetapi tidak mati selepas disalib.
3. Nabi Isa عليه السلام mati disalib, tetapi kemudian telah dihidupkan semula dan telah bersembang dengan pengikut baginda sampai sepuluh kali.
4. Nabi Isa عليه السلام mati disalib, tetapi itu tubuh sahaja, tapi sifat ketuhanannya telah diangkat ke langit.
5. Baginda mati disalib tapi kemudian telah dihidupkan semula dan kemudian baru diangkat ke langit.

Maka kita boleh lihat bagaimana mereka pun mempunyai banyak fahaman yang bercanggah.

Oleh itu, malang sekali kalau orang kita pun mengikut kepercayaan mereka. Kita pun tertipu oleh mereka. Ada yang percaya pula dengan kisah penyaliban Nabi Isa عليه السلام itu. Ini akan terjadi kalau tidak belajar agama, dan hanya menggunakan maklumat dari media sahaja. Sedangkan Qur’an telah menjelaskan perkara yang sebenarnya.

 

ما لَهُم بِهِ مِن عِلمٍ إِلَّا اتِّباعَ الظَّنِّ ۚ

Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; 

Inilah kesamaran yang besar. Sehingga hari ini, mereka masih ragu kerana maklumat yang tepat tidak ada. Antara ahli-ahli agama Kristian pun ada perselisihan pendapat. Mereka tidak mendapat maklumat yang mereka boleh rasakan sebagai tepat. Kebanyakan dari mereka hanya mengikut sangkaan sahaja. Dan dari sangkaan itu pelbagai kisah yang mereka rekakan pula.

 

وَما قَتَلوهُ يَقينًا

dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

Yang pasti, mereka pun tidak dapat memastikan yang mereka telah membunuh Nabi Isa عليه السلام. Sememangnya baginda tidak dibunuh. Dan mereka yang mengatakan Nabi Isa عليه السلام dibunuh pun, tidak dapat membuktikan kejadian itu.


 

Ayat 158: Allah ‎ﷻ memberitahu apa yang sebenarnya terjadi.

بَل رَّفَعَهُ اللهُ إِلَيهِ ۚ وَكانَ اللهُ عَزيزًا حَكيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Rather, Allāh raised him to Himself. And ever is Allāh Exalted in Might and Wise.

MALAY

Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

بَل رَّفَعَهُ اللهُ إِلَيهِ

Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; 

Inilah yang terjadi sebenarnya. Allah ‎ﷻ telah mengangkat Nabi Isa ke langit. Maknanya, Nabi Isa عليه السلام masih hidup lagi, tapi berada di langit. Dan baginda akan turun akhir zaman nanti. Ini adalah dalil yang kukuh kerana ianya dari pemberitahuan Allah ‎ﷻ sendiri.

Daripada lafaz ayat yang digunakan, memang Allah ‎ﷻ telah naikkan tubuh badan Nabi Isa عليه السلام. Bukannya naikkan darjat, seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang. Kerana ada yang berkata, yang diangkat dalam ayat ini adalah ‘darjat’, bukan batang tubuh Nabi Isa عليه السلام.

Tapi pendapat ini lemah kerana kalau darjat yang diangkat, memang ayat Qur’an akan menyebut ‘darjat’ di dalam ayat itu. Dalam ayat-ayat lain yang menyebut darjat, kalau yang dimaksudkan adalah penaikan darjat, memang akan digunakan kalimah darjat. Ini seperti yang disebut dalam An’am:83

وَتِلكَ حُجَّتُنا آتَيناها إِبراهيمَ عَلىٰ قَومِهِ ۚ نَرفَعُ دَرَجاتٍ مَن نَشاءُ

Dan itulah hujah Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim untuk menghadapi kaumnya. Kami tinggikan siapa yang Kami kehendaki beberapa darjat.

Tapi ayat dalam Surah Nisa ini tidak ada sebut ‘darjat’ pun. Jadi, apabila tidak disebut, ia bermaksud memang batang tubuh Nabi Isa عليه السلام yang diangkat.

Perkara ini juga telah disebut dalam Ali Imran:55.

إِذ قالَ اللَّهُ يا عيسىٰ إِنّي مُتَوَفّيكَ وَرافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذينَ كَفَروا

(Ingatlah), ketika Allah berfirman: “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir

 

وَكانَ اللهُ عَزيزًا حَكيمًا

dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah ‎ﷻ Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja; dan Allah ‎ﷻ Maha Bijaksana untuk menguruskan apa-apa sahaja. Kalau Allah ‎ﷻ ingin mengangkat Nabi Isa عليه السلام ke langit, adalah sebabnya. Dan Allah ‎ﷻ mampu untuk mengangkat Nabi Isa ke langit, tidak ada masalah sedikit pun bagiNya.

Walaupun mereka ramai dan berkuasa pada waktu itu, tetapi rancangan mereka untuk membunuh Rasul Allah tidak akan berjaya kalau Allah ‎ﷻ tidak membenarkannya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 17 September 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 153 – 154 (Kedegilan Golongan Yahudi)

Ayat 153: Mereka yang tidak mahu beriman, menggunakan alasan kenapa Qur’an tidak turun sekaligus seperti kitab Taurat. Ini adalah tambahan dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Yahudi itu.

Orang-orang Yahudi memang sentiasa melemparkan pelbagai kata-kata buruk serta membuat permintaan yang tidak patut terhadap Nabi Muhammad ﷺ. Maka, Allah ‎ﷻ mengajar Nabi ﷺ‎ bagaimana hendak melayan dan menjawab mereka.

يَسأَلُكَ أَهلُ الكِتٰبِ أَن تُنَزِّلَ عَلَيهِم كِتٰبًا مِّنَ السَّماءِ ۚ فَقَد سَأَلوا موسىٰ أَكبَرَ مِن ذٰلِكَ فَقالوا أَرِنَا اللَهَ جَهرَةً فَأَخَذَتهُمُ الصّٰعِقَةُ بِظُلمِهِم ۚ ثُمَّ اتَّخَذُوا العِجلَ مِن بَعدِ ما جاءَتهُمُ البَيِّنٰتُ فَعَفَونا عَن ذٰلِكَ ۚ وَآتَينا موسىٰ سُلطٰنًا مُّبينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The People of the Scripture ask you to bring down to them a book from the heaven. But they had asked of Moses [even] greater than that and said, “Show us Allāh outright,” so the thunderbolt struck them for their wrongdoing. Then they took the calf [for worship] after clear evidences had come to them, and We pardoned that. And We gave Moses a clear authority.

MALAY

Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: “(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)”. Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).

 

يَسأَلُكَ أَهلُ الكِتٰبِ أَن تُنَزِّلَ عَلَيهِم كِتٰبًا مِّنَ السَّماءِ

Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. 

Mereka meminta kitab Qur’an diberikan sekaligus, barulah mereka beriman. Mereka tidak percayakan Nabi Muhammad ﷺ dan mereka hendak Nabi  ﷺ membuktikannya dengan menurunkan kitab dari langit dengan lengkap, bukan sedikit demi sedikit seperti yang dilakukan oleh Allah ‎ﷻ terhadap Nabi Muhammad ﷺ.

Atau mereka hendak melihat sendiri bagaimana Qur’an diturunkan sebagaimana telah ditunjukkan kepada tok nenek mereka dahulu.

 

فَقَد سَأَلوا موسىٰ أَكبَرَ مِن ذٰلِكَ

sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. 

Allah ‎ﷻ telah menjawab permintaan mereka yang tidak patut itu, di dalam bentuk zajrun. Dahulu puak mereka telah meminta soalan yang tidak berfaedah kepada Nabi mereka (Nabi Musa) dan permintaan mereka itu lebih dahsyat lagi. Jadi, jangan hairan dengan permintaan mereka kali ini. Mereka memang dari puak yang sama pun.

Ini juga mengajar kita sebagai pendakwah, sememangnya akan ada orang degil yang tidak mahu menerima kebenaran, dan mereka akan meminta pelbagai hujah dan dalil yang tidak masuk akal. Mereka hanya ingin memberikan alasan dan helah sahaja untuk tidak menerima kebenaran. Maka bersabarlah dalam melayani mereka.

Apakah yang telah diminta oleh golongan mereka yang terdahulu?

 

فَقالوا أَرِنَا اللَهَ جَهرَةً

Mereka berkata: “(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata”

Apakah yang telah mereka minta dahulu? Mereka meminta untuk melihat Allah ‎ﷻ secara terang-terangan, dengan mata zahir. Ini adalah permintaan yang memang tidak patut dan amat kurang ajar sekali.

Jadi, alasan mereka untuk pelbagai permintaan itu bukanlah datang dari hati yang ikhlas untuk beriman. Ini kerana dahulu pun kaum mereka kebanyakannya tidak beriman, sekarang pun begitulah juga. Maka, kita boleh agak yang membuat pelbagai permintaan sebegitu adalah mereka yang sememangnya tidak mahu beriman.n

Namun begitu, ingatlah yang bukan semuanya begitu, kerana terdapat  di kalangan mereka yang baik, terus sahaja beriman apabila diberikan dengan dalil-dalil yang terang dan nyata.

 

فَأَخَذَتهُمُ الصّٰعِقَةُ بِظُلمِهِم ۚ

Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka

Mereka telah dikenakan dengan azab itu kerana kezaliman mereka — maknanya ini adalah sejenis soalan permintaan yang zalim. Kisah ini ada disebutkan di dalam Baqarah:55. Allah ‎ﷻ telah menyebut secara ringkas sahaja di dalam Surah Nisa’ ini maka haruslah dirujuk di tempat yang lain.

 

ثُمَّ اتَّخَذُوا العِجلَ مِن بَعدِ ما جاءَتهُمُ البَيِّنٰتُ

kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas

Bukan itu sahaja, kaum Yahudi itu telah menyembah anak patung sapi betina yang terang-terangan adalah perbuatan syirik. Mereka sendiri telah melihat banyak tanda-tanda kenabian, mereka telah diselamatkan dari Firaun, telah menyeberangi Laut Merah dan lain-lain lagi. Itu semua adalah tanda kekuasaan Allah ‎ﷻ, tetapi mereka masih lagi hendak menyembah selain dari Allah ‎ﷻ? Maka dari sini tahulah kita betapa teruknya mereka itu.

 

فَعَفَونا عَن ذٰلِكَ

lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu

Walaupun perbuatan itu amat berat, tetapi mereka tetap Allah ‎ﷻ ampunkan selepas mereka bertaubat. Tetapi, mereka mestilah membunuh diri mereka supaya taubat mereka diterima. Itu adalah syariat pada waktu itu.

Walaupun mereka teruk sangat, tetapi Allah ‎ﷻ masih menerima taubat mereka. Allah ‎ﷻ ingin memberitahu  mereka yang degil bahawa pintu taubat masih terbuka. Jangan lepaskan peluang itu. Kalau sebelum ini kamu telah melakukan kesalahan, hatta kesalahan syirik pun, pintu taubat masih terbuka.

 

وَآتَينا موسىٰ سُلطٰنًا مُّبينًا

Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata

Allah ‎ﷻ memberitahu yang Dia telah memberikan autoriti kenabian kepada Nabi Musa عليه السلام. Walaupun mereka membuat banyak perkara-perkara yang salah, tetapi apabila dikeluarkan hukum dari Tuhan melalui Nabi Musa عليه السلام, mereka patuh  juga.

Sebagai contoh, arahan untuk membunuh diri kerana mereka telah menyembah patung anak sapi, dan mereka juga mesti memusnahkan patung itu. Mereka taat dan akur juga kerana Nabi Musa عليه السلام mempunyai autoriti. Dan dalam masa yang sama,  Allah ‎ﷻ ingin memberitahu yang Dia juga memberikan autoriti kepada Nabi Muhammad ﷺ. Kalau mereka menerima Nabi Musa عليه السلام sebagai seorang Nabi, maka mereka kenalah juga menerima Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi.


 

Ayat 154:

وَرَفَعنا فَوقَهُمُ الطّورَ بِميثٰقِهِم وَقُلنا لَهُمُ ادخُلُوا البابَ سُجَّدًا وَقُلنا لَهُم لا تَعدوا فِي السَّبتِ وَأَخَذنا مِّنهُم ميثٰقًا غَليظًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We raised over them the mount for [refusal of] their covenant; and We said to them, “Enter the gate bowing humbly”; and We said to them, “Do not transgress on the sabbath”; and We took from them a solemn covenant.

MALAY

Dan Kami telah mengangkat “Gunung Tursina” ke atas mereka disebabkan (mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat), dan Kami perintahkan mereka: “Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu dengan merendah diri” dan Kami juga perintahkan mereka: “Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu”, dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh (yang mewajibkan mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya).

 

وَرَفَعنا فَوقَهُمُ الطّورَ بِميثٰقِهِم

Dan Kami telah mengangkat “Gunung Tursina” ke atas mereka disebabkan perjanjian setia mereka

Oleh kerana mereka adalah umat yang degil, Allah ‎ﷻ telah mengangkat Bukit Thursina ke atas mereka, untuk memaksa mereka memegang perjanjian dengan Allah . ‎ﷻ. Kalaulah mereka tidak menerima perjanjian itu, mereka akan dihempap dengan bukit itu.

Begitu sekali Allah ‎ﷻ terpaksa melakukan sebegitu rupa dengan mereka ini sebab mereka sememangnya umat yang degil. Kerana telah diangkat gunung di atas kepala mereka, tentulah mereka sujud tunduk kepada Allah ‎ﷻ, tetapi dalam masa yang sama, kepala mereka terdongak juga ke atas kerana takutkan gunung itu akan menimpa ke atas mereka.

 

وَقُلنا لَهُمُ ادخُلُوا البابَ سُجَّدًا

dan Kami perintahkan mereka: “Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu dengan merendah diri”

Dan kemudian mereka telah diarahkan untuk memasuki Kota (Kota Eliah) yang telah dijanjikan kepada mereka, tetapi haruslah memasukinya dengan keadaan  merendahkan diri. Tetapi perkara ini pun mereka buat main-main. Dalam riwayat disebut mereka masuk dengan punggung dahulu. Ini kerana mereka memang bangsa yang degil.

 

وَقُلنا لَهُم لا تَعدوا فِي السَّبتِ

dan Kami juga perintahkan mereka: “Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu”, 

Dan mereka juga telah dilarang daripada bekerja pada hari Sabtu. Selepas mereka telah memasuki Kota tempat yang telah dijanjikan, mereka telah diarahkan untuk menumpukan hari Sabtu sebagai hari untuk beribadat sahaja. Mereka tidak dibenarkan bekerja pada hari tersebut.

Tetapi ada kalangan mereka yang bekerja menangkap ikan telah mencari helah. Mereka telah menahan pukat pada hari Jumaat dan mengangkat pukat itu pada hari Ahad. Jadi nampaklah seperti mereka tidak bekerja, tetapi sebenarnya mereka telah mencari helah untuk tidak taat kepada arahan itu. Ini kerana mereka sememangnya degil.

 

وَأَخَذنا مِنهُم ميثٰقًا غَليظًا

dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh

Yang telah disebut di atas adalah semua perjanjian yang telah dimeterai dengan Yahudi. Perkataan ميثاقًا bermaksud perjanjian yang sangat kuat. Sehinggakan Allah ‎ﷻ telah mengangkat gunung ke atas kepala mereka kerana mahukan mereka ikut.

Waktu itu memang mereka terima. Tapi kemudian mereka derhaka pula. Allah ‎ﷻ hendak menceritakan apakah yang tidak kena dengan Bani Israil itu. Dan kerana kedegilan mereka itu, kedudukan mereka sebagai orang Islam telah ditarik balik dan telah diberikan kepada Bangsa Arab dari keturunan Nabi Ismail عليه السلام.

Ini mengajar kita, kalau kita pun tidak menjaga amanah agama yang telah diberikan kepada kita ini, maka kelebihan kita sebagai orang Islam ini boleh sahaja ditukar oleh Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ boleh menarik balik kelebihan ini dan diberikan kepada orang lain, bangsa lain atau makhluk lain. Tiada yang mustahil bagi Allah ‎ﷻ.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 27 Ogos 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Ghafir Ayat 8 – 11 (Tauhid Dalam Doa)

Ayat 8: Sambungan doa para malaikat-malaikat itu dari ayat sebelum ini:

Ghafir ayat 8 dan 9 doa para malaikat
Doa para malaikat meliputi hingga kepada kaum kerabat, pasangan, datuk nenek, zuriat sekaliannya supaya dimasukkan ke dalam syurga Adnin…

رَبَّنا وَأَدخِلهُم جَنّٰتِ عَدنٍ الَّتي وَعَدتَّهُم وَمَن صَلَحَ مِن ءآبائِهِم وَأَزوٰجِهِم وَذُرِّيّٰتِهِم ۚ إِنَّكَ أَنتَ العَزيزُ الحَكيمُ

Sahih International

Our Lord, and admit them to gardens of perpetual residence which You have promised them and whoever was righteous among their fathers, their spouses and their offspring. Indeed, it is You who is the Exalted in Might, the Wise.

Malay

“Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

seterusnya

رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنّٰتِ عَدْنٍ

Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami masukkanlah mereka semua ke dalam syurga Adnin”

Mereka bukan sahaja mendoakan untuk kebaikan dunia sahaja kepada orang-orang yang beriman seperti dalam ayat sebelum ini; tapi dalam ayat ini, mereka juga mendoakan kebaikan akhirat untuk orang-orang yang beriman, bertaubat dan berada dalam jalan Allah.

Mereka berdoa kepada Allah untuk memasukkan orang-orang yang beriman yang berakidah tauhid itu ke dalam syurga. Dalam ayat sebelum ini, para malaikat itu berdoa supaya diselamatkan mereka itu dari neraka. Tapi takkan selamat dari neraka sahaja, tapi tak masuk syurga pula, bukan?

Maka, mereka tidak lupa untuk doa kepada Allah untuk memasukkan orang-orang yang telah disebut sebelum ini ke dalam syurga. Itulah tempat kembali yang paling baik.

Nota: potongan ayat ini dengan potongan seterusnya adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut. Jadi kena dibaca jannaati adninillati.

seterusnya

الَّتِي وَعَدتَّهُمْ

“yang Kau telah janjikan kepada mereka”

Janji untuk memasukkan mereka yang beriman ke dalam syurga adalah janji dari Allah sendiri. Dan tentunya Allah tidak memungkiri janjiNya, seperti yang telah disebut dalam ayat-ayat yang lain.

seterusnya

وَمَن صَلَحَ

“Dan sesiapa yang soleh”

Dan bukan sahaja memasukkan mereka yang mengamalkan tauhid sahaja, tapi memasukkan juga ahli keluarga mereka. Tapi ahli keluarga itu kenalah mereka yang soleh sahaja.

seterusnya

مِنْ ءآبَائِهِمْ

“Daripada bapa-bapa mereka”

Dari bapa mereka ke atas. Iaitu termasuk datuk juga. Termasuk juga ibu.

seterusnya

وَأَزْوٰجِهِمْ

“Dan isteri-isteri mereka”.

Isteri yang solehah sahaja yang akan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi kena cerita tentang tauhid dan agama yang benar kepada isteri kita. Jangan kita sahaja yang faham agama, tapi anak dan isteri tidak tahu. Kerana memang tanggungjawab seorang suami dan ayah untuk menyampaikan ajaran agama kepada anak dan isteri.

seterusnya

وَذُرِّيّٰتِهِمْ

“Dan zuriat-zuriat mereka.”

Anak-anak mereka yang mana beriman sahaja yang boleh masuk ke dalam syurga. Jadi kena jaga agama zuriat-zuriat kita. Daripada masa mengandung lagi, ibu kena sentiasa baca Al-Quran. Dan ikut semua sunnah yang benar. Jangan buat amalan-amalan mengarut yang bukan dari ajaran Islam.

Lihatlah bagaimana malaikat-malaikat itu bukan sahaja mendoakan kepada orang-orang yang beriman sahaja, tapi mendoakan juga kepada keluarga mereka. Kerana kita bukan hanya mahukan kebaikan untuk diri kita, tapi untuk ahli keluarga kita juga.

Kalau kita masuk syurga pun, kita hendak sangat supaya kita dimasukkan sekali dengan ahli keluarga kita. Kita rapat dengan mereka semasa di dunia, maka tentunya kita mahu bersama dengan mereka di syurga juga.

Keluarga boleh duduk bersama dalam syurga kalau mereka semuanya ahli syurga. Katakanlah seorang anak sudah dapat masuk syurga, tapi di kedudukan yang rendah dari ayahnya. Ayahnya itu boleh minta supaya dinaikkan kedudukan anaknya itu sama dengannya supaya mereka boleh duduk bersama.

Inilah rahmat Allah. Rahmat ini amat besar, kerana kalau di dunia, belum tentu ahli keluarga dapat duduk sekali kerana masing-masing ada keluarga masing-masing dan duduk pun jauh-jauh. Kadang-kadang hanya berjumpa masa hari raya sahaja.

Kalau orang kafir, kalau anak atau bapa mati, tidak ada kemungkinan langsung mereka akan berjumpa lagi. Tapi bagi orang Islam, masih ada kemungkinan lagi untuk berjumpa dengan keluarga kita di syurga nanti.

Jadi Allah boleh kumpulkan mereka itu duduk sekali dalam syurga dalam tempat yang sama. Tapi, kenalah masuk syurga dahulu. Kerana kalau keturunan mereka itu sudah masuk dalam neraka, tidaklah boleh nak keluarkan mereka dari neraka.

Oleh itu, apabila kita berdoa, jangan hanya mendoakan untuk diri kita sahaja, tapi doakan juga kepada ahli keluarga kita sekali. Belajarlah dari malaikat-malaikat ini, bagaimana cara doa mereka.

seterusnya

إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Sesungguhnya Engkau Maha Gagah dan Maha Bijaksana.

Allah maha berkuasa untuk menghukum sesiapa sahaja. Tapi Allah Maha Bijaksana untuk menangguh hukum dan tidak terus memberi azab kepada manusia, supaya mereka ada peluang untuk bertaubat.

seterusnya


Ayat 9:

وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ ۚ وَمَن تَقِ السَّيِّئَاتِ يَومَئِذٍ فَقَد رَحِمتَهُ ۚ وَذٰلِكَ هُوَ الفَوزُ العَظيمُ

Sahih International

And protect them from the evil consequences [of their deeds]. And he whom You protect from evil consequences that Day – You will have given him mercy. And that is the great attainment.”

Malay

“Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)”.

seterusnya

وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ

“Dan jauhilah/jagalah mereka daripada segala kejahatan dosa”.

Malaikat berdoa semoga orang beriman itu tidak buat dosa. Atau tidak cenderung berbuat dosa. Jenis bukan orang yang buat dosa.

Atau, mereka mendoakan supaya mereka yang berdoa itu tidak menerima kesan yang buruk dari dosa-dosa yang mereka lakukan. Setiap dosa ada kesannya yang buruk – di dunia dan juga di akhirat.

Atau, kalau mereka buat dosa pun, mereka tidak buat dosa itu berkekalan. Minta Allah ampunkan dosa mereka. Dan minta Allah beri taufik kepada mereka untuk meminta ampun. Kadang-kadang manusia pun sudah lupa apakah dosa-dosa yang mereka lakukan sampai mereka tidak minta ampun.

Tapi kalau Allah beri taufik kepada mereka, mereka akan teringat untuk minta ampun. Tengah bawa kereta, teringat dosa kita, maka waktu itu teruslah minta ampun. Allah sengaja ingatkan dosa kita supaya kita terus minta ampun dan kerana Dia yang ingatkan, maksudnya Dia nak ampunkan lah itu.

Kerana kalau sudah diberi taufik itu meminta ampun, itu tandanya Allah sudah hendak memberi ampun. Maka, semoga dosa-dosa itu diampunkan semua sekali supaya boleh terus masuk ke dalam syurga dan tidak perlu masuk neraka dahulu.

seterusnya

وَمَن تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ

Dan sesiapa yang dijaga dari dosa, pada hari ini mereka telah dapat banyak rahmat.

Mereka yang diselamatkan dari kesan buruk dosa itu adalah mereka yang mendapat rahmat yang amat besar. ‘Hari’ dalam ayat ini, boleh jadi semasa di dunia dan juga di akhirat kelak. Boleh merangkumi kedua-duanya.

seterusnya

وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Dan sesiapa yang dapat demikian itu, ialah mereka yang mendapat kejayaan agung.

Kejayaan yang agung sebenarnya adalah yang selamat di Mahsyar dan di akhirat. Bukanlah kejayaan yang di dunia. Yang penting sekali adalah kejayaan di akhirat kelak.

Begitu sekali panjang doa para malaikat itu. Maka beruntunglah mereka yang mengamalkan tauhid dalam ibadah dan tauhid dalam berdoa.

Habis Ruku’ 1 dari 9 ruku’ dalam surah ini.


Ayat 10: Ini pula adalah tentang mereka yang kufur. Selepas Allah menyentuh tentang mereka yang beriman, Allah menceritakan tentang mereka yang kufur pula. 

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا يُنادَونَ لَمَقتُ اللهِ أَكبَرُ مِن مَّقتِكُم أَنفُسَكُم إِذ تُدعَونَ إِلَى الإيمٰنِ فَتَكفُرونَ

Sahih International

Indeed, those who disbelieve will be addressed, “The hatred of Allah for you was [even] greater than your hatred of yourselves [this Day in Hell] when you were invited to faith, but you refused.”

Malay

Sesungguhnya orang-orang yang kafir akan dipanggil dan dikatakan kepada mereka (pada hari kiamat): “Demi sesungguhnya! Kebencian Allah (kepada kamu) lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri sendiri, (sebabnya kerana) semasa kamu diseru dan diajak (di dunia dahulu) supaya beriman, (kamu enggan dan menolak), lalu kamu terus berkeadaan kufur”.

seterusnya

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنَادَوْنَ

Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir, akan dikatakan kepada mereka

Kata-kata ini akan disebut kepada mereka yang kufur semasa mereka sedang kena azab. Kafir yang dimaksudkan adalah ‘Kafir Degil’. Kata-kata ini adalah sebagai menambah kesesalan kepada mereka. Sudahlah tubuh mereka diseksa, sekarang diseksa lagi dengan azab emosi.

seterusnya

لَمَقْتُ اللهِ أَكْبَرُ مِن مَّقْتِكُمْ أَنفُسَكُمْ

“Kemurkaan Allah lebih besar daripada kemurkaan kamu kepada diri kamu sendiri”

Di Mahsyar nanti, mereka akan kata kepada diri mereka apabila mereka masuk neraka: “kenapalah kami tidak beriman dahulu?” Mereka akan marah dan benci kepada diri sendiri kerana tidak beriman semasa di dunia. Ayat ini mengatakan bahawa Allah lagi murka dan marah kepada mereka. Kemurkaan Allah itu semasa di dunia lagi. Cuma di akhirat, baru Dia balas.

Perkataan مَقْتُ bermaksud marah yang amat sangat apabila melihat orang lain melakukan perkara yang salah. Dan dosa itu adalah dosa yang amat besar. Kalau pada zaman jahiliah, ia digunakan untuk menceritakan perbuatan kahwin dengan balu arwah ayah. Allah amat marah perbuatan yang buruk itu sampaikan digunakan kalimah مَقْتُ.

Mereka amat marah kepada diri mereka sendiri sampaikan mereka akan menggigit dan memakan jari-jari mereka. Begitu teruk kemarahan mereka kepada diri mereka. Akan tetapi kemarahan Allah lebih teruk lagi.

seterusnya

إِذْ تُدْعَوْنَ إِلَى الْإِيمٰنِ فَتَكْفُرُونَ

ketika kamu diseru beriman kepada Allah, kemudian kamu ingkar

Dulu, kamu telah diajak kepada kebenaran tapi kamu tidak mahu menerimanya. Sekarang, kamu sudah menyesal bukan? Kamu marah diri kamu sendiri sekarang, bukan? Allah lagi marah daripada apa yang kamu marah diri kamu pada waktu kamu menolak kebenaran.

Sewaktu manusia menolak untuk beriman dan mengamalkan tauhid, waktu itu Allah amat marah kepada mereka. Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada mereka yang apabila kita ajak mereka kepada jalan sunnah,  mereka menolak? Mereka tidak sedar yang waktu dan saat itu Allah amat marah kepada mereka.

seterusnya


Ayat 11: Sekarang lihat apa kata ahli neraka itu.

قالوا رَبَّنا أَمَتَّنَا اثنَتَينِ وَأَحيَيتَنَا اثنَتَينِ فَاعتَرَفنا بِذُنوبِنا فَهَل إِلىٰ خُروجٍ مِّن سَبيلٍ

Sahih International

They will say, “Our Lord, You made us lifeless twice and gave us life twice, and we have confessed our sins. So is there to an exit any way?”

Malay

Mereka akan berkata: “Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?”

seterusnya

قَالُوا رَبَّنَا

Mereka berkata: “wahai Tuhan kami”

Sekarang baru mereka hendak mengaku yang Allah itu adalah Rabb mereka. Baru nak jadi hamba kepada Rabb. Baru nak jadi taat dan sekarang berharap kepada Allah.  Lihatlah apa rayuan ahli-ahli neraka itu:

seterusnya

أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ

“Kamu sudah matikan kami dua kali”

Pertama, sebelum kita dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan mati – kerana mati adalah keadaan ‘tanpa nyawa’, dan bukankah sebelum kita diberikan dengan nyawa dan dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan ‘mati’?; kemudian menjalani kehidupan kita di dunia, kemudian kita dimatikan sekali lagi.

Itulah maksudnya, kita mati dua kali. Memang Allahlah yang mematikan kita. Tidak ada sesiapa lagi yang boleh buat begitu.

seterusnya

وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ

“dan Kamu sudah hidupkan kami dua kali”

Kita dihidupkan kali pertama apabila kita dilahirkan dan kemudian kita mati setelah menjalani kehidupan di dunia; hidup yang kedua adalah apabila kita dihidupkan kembali pada Hari Akhirat.

Jadi, kita dua kali hidup dan dua kali mati. Mereka sekarang sedang mengaku yang hidup dan mati mereka itu adalah dari Allah belaka. Mereka juga sedang merayu dengan Allah – Allah telah berikan mati dan hidup dua kali – apa salahnya bagi hidup sekali lagi?

seterusnya

فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا

“kami mengaku semua dosa-dosa kami”

Setelah masuk neraka baru mereka mengaku dengan dosa-dosa mereka. Mereka mengaku itu kerana mereka nak bodek Allah. Mereka mengaku yang selama mereka di dunia, mereka telah melakukan banyak dosa, terutama sekali dosa dalam tauhid, dosa tidak berdoa hanya kepada Allah sahaja.

Mereka sedang mengaku yang mereka dahulu telah melakukan syirik dalam berdoa. Tapi itu semuanya tidak berguna lagi. Kerana, sepatutnya kita mengaku dosa kita semasa kita di dunia lagi. Sekarang bila di akhirat, tidak laku lagi segala penyesalan. Cakaplah apa sahaja, mengakulah apa sahaja, tapi ia tidak berguna lagi. Amatlah malang sekali kalau manusia hanya menyedari setelah mereka mati.

seterusnya

فَهَلْ إِلَىٰ خُرُوجٍ مِّن سَبِيلٍ

“Maka adakah jalan keluar dari neraka ini?”

Mereka mula dengan berkata bahawa Allah telah berikan kehidupan dan kematian dua kali tapi mereka telah mensia-siakannya. Itu sebenarnya hanyalah mukaddimah kata-kata mereka sahaja. Mereka sebenarnya ada hajat yang besar nak minta kepada Allah.

Sekarang, mereka meminta supaya Allah memberikan mereka kehidupan kembali ke dunia supaya mereka boleh beriman dan beramal soleh, tidak melakukan syirik dalam berdoa lagi. Banyak kali kita boleh baca dalam Al-Quran permintaan sebegini. Dalam Sajdah:12,

وَلَو تَرىٰ إِذِ المُجرِمونَ ناكِسو رُءوسِهِم عِندَ رَبِّهِم رَبَّنا أَبصَرنا وَسَمِعنا فَارجِعنا نَعمَل صالِحًا إِنّا موقِنونَ

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Juga dalam An’am:27,

وَلَو تَرىٰ إِذ وُقِفوا عَلَى النّارِ فَقالوا يا لَيتَنا نُرَدُّ وَلا نُكَذِّبَ بِآياتِ رَبِّنا وَنَكونَ مِنَ المُؤمِنينَ

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: “Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman”.

Tetapi, bagaimana cara mereka minta pun supaya dikembalikan ke dunia, permintaan mereka itu tidak akan dilayan. Sudah terlambat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 17 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair