Tafsir Surah an-Nisa Ayat 75 – 76(Jihad)

Ayat 75: Kita masih lagi dalam bahagian ayat-ayat Sura an-Nisa ini kepada pemerintah. Ini adalah Hukum ke 3 kepada pemerintah.

Sebagai pemerintah, kena pastikan orang Islam, walau di mana sahaja mereka, kena bebas dari dizalimi. Walaupun mereka duduk di luar kawasan pemerintahan Islam, mereka tetap dipelihara.

Oleh kerana itu, pemerintah Islam kena tanya khabar mereka dan tahu keadaan mereka. Entah-entah ada orang Islam yang duduk dalam negara kafir yang tertindas. Kalau mereka tertindas atau dizalimi, kena lepaskan mereka.

Dalam ayat ini, Allah menjelaskan tentang perkara itu sebagai targhib untuk melakukan jihad.

وَما لَكُم لا تُقٰتِلونَ في سَبيلِ اللَّهِ وَالمُستَضعَفينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدٰنِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what is [the matter] with you that you fight not in the cause of Allāh and [for] the oppressed among men, women, and children who say, “Our Lord, take us out of this city of oppressive people and appoint for us from Yourself a protector and appoint for us from Yourself a helper”?

MALAY

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”.

 

وَمَا لَكُمْ لَا تُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah

Allah memberi soalan retorik kepada orang-orang yang beriman. Allah tanya mereka: kenapa mereka tidak mahu berperang? Apakah yang menghalang mereka berjihad atas jalan Allah?

Kemudian Allah sebut kenapa mereka perlu berjihad fisabilillah.

 

وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدٰنِ

orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak,

Apa alasan kamu untuk tidak berperang, sedangkan ada umat Islam yang tertindas yang duduk dalam negara kafir harbi atau di mana-mana sahaja. Samada mereka telah ditawan dan dibawa ke sana atau dia masuk Islam semasa tinggal dalam negara kafir itu dan tidak dapat berhijrah ke negara Islam.

Ini adalah kerana ada juga yang masuk Islam secara senyap-senyap. Mungkin keluarga dia sendiri yang tindas mereka.

Ada tiga golongan yang disebut dalam ayat ini: orang-orang lelaki yang lemah, perempuan dan kanak-kanak. Kerana mereka inilah yang selalu kena tindas.

 

الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا

iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim,

Dan mereka sentiasa berdoa kepada Allah. Allah menyebutkan apakah doa mereka. Mereka berdoa kepada Allah untuk mengeluarkan mereka dari negara yang zalim itu, yang penduduknya dan pemerintahnya mengamalkan syirik kepada Allah.

Dan mereka menindas orang-orang Islam, tidak membenarkan mereka menjalankan agama seperti yang sepatutnya. Jadi mereka bukan sahaja terganggu dalam kehidupan seharian mereka, tapi dalam amal ibadat juga. Dalam keadaan begini, Khalifah tidak boleh berdiam diri.

Asalnya ayat ini tentang orang Muslim yang tidak dapat keluar dari Mekah waktu hijrah. Mereka telah masuk Islam dan mereka tidak mampu untuk keluar dari Mekah. Ini berbeza dengan mereka yang telah masuk Islam tapi tidak mahu keluar dari Mekah.

Mereka itu tidak patut ditolong dan nanti akan disebut tentang mereka dalam ayat-ayat seterusnya. Tetapi, kepada mereka yang lemah, tujuan utama sekarang adalah untuk bawa mereka ke negara Islam waktu itu – Madinah.

Mereka tidak dapat berhijrah kerana mereka tidak ada kemampuan dari segi fizikal dan kewangan. Kemudian mereka pun dihalang oleh musyrikin Mekah dari berhijrah ke Madinah. Dan musyrikin Mekah telah melakukan berbagai-bagai kekejaman kepada mereka dengan tujuan hendak mengembalikan mereka kepada agama asal tok nenek mereka.

Walaupun asal ayat ini adalah tentang penduduk Islam yang tertindas di Mekah pada zaman Nabi, tapi ianya tidak terhad kepada zaman itu sahaja, tapi ianya terpakai untuk setiap zaman.

 

وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا

dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin

Mereka berdoa kepada Allah untuk memberikan pemimpin kepada mereka yang dapat memberi perlindungan kepada mereka. Begitulah maksud ‘wali’ dalam ayat ini.

 

وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا

dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membantu kami 

Mereka juga memohon kepada Allah untuk menghantar golongan yang boleh membantu mereka membebaskan diri mereka. Itulah yang dimaksudkan adalah tentera dari negara Islam.

Oleh itu, negara Islam hendaklah mempunyai kekuatan tentera yang kuat supaya mereka boleh pergi ke negara yang zalim itu dan membebaskan penduduknya yang Islam. Kalau tidak ada semangat jihad, bagaimanakah ayat ini hendak diamalkan? Kalau tidak ada diajar tentang jihad kepada umat Islam sekarang, bagaimana ayat ini boleh dijalankan?

Dan, kalau tidak ada kekuatan ketenteraan, makanya negara Islam hanya dapat melihat sahaja. Lihatlah bagaimana ada negara yang penduduknya yang Islam telah dijajah dan mereka yang muslim dipenjarakan tanpa belas kasihan. Dan ada juga negara yang menghalang umat Islamnya dari menjalankan kehendak agama. Sebagai contoh, ada negara yang tidak membenarkan umat Islam memakai tudung tutup kepala sedangkan itu adalah kewajipan wanita muslim.

Lihatlah juga keadaan negara Palestin yang entah berapa lama telah ditindas rakyatnya terang-terangan, dan entah bilakah lagi mereka akan terus tertindas. Malangnya, kita hanya dapat tengok sahaja. Ini adalah kerana semangat jihad dalam diri umat Islam telah dimatikan.

Kepada umat Islam yang tertindas di Mekah pada zaman Nabi, doa mereka telah dijawap oleh Allah apabila mereka telah dibebaskan dengan kedatangan tentera Islam semasa Pembukaan Mekah.

Ayat ini juga mengajar mereka yang tertindas di mana-mana, untuk meletakkan pengharapan kepada Allah dan berdoa kepadaNya. Ikutlah sunnah para sahabat di Mekah itu. Kerana hanya Allah sahaja yang dapat menyelamatkan mereka.


 

Ayat 76: Orang mukmin akan menggunakan apa sahaja yang dia ada, untuk tujuan agama. Antaranya dia akan menggunakan nyawanya pada jalan Allah untuk berjihad perang.

Dan ini adalah tahap kemuncak keimanan seseorang. Kerana bukan senang untuk berjihad perang. Ianya memerlukan kekuatan iman yang tinggi dan kepercayaan kepada janji Allah kepada syuhada’. Maknanya, orang yang telah turun berjihad itu telah berjaya melawan hawa nafsu dia, kalau tidak dia tidak akan turun berperang, bukan?

الَّذِينَ ءآمَنُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطّٰغُوتِ فَقٰتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطٰنِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطٰنِ كَانَ ضَعِيفًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who believe fight in the cause of Allāh, and those who disbelieve fight in the cause of ṭāghūt.¹ So fight against the allies of Satan. Indeed, the plot of Satan has ever been weak.

  • See footnote to 4:60.

MALAY

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

 

الَّذِينَ ءآمَنُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah;

Allah memberitahu sifat orang mukmin dalam ayat ini. Mereka sanggup berperang untuk agama. Mereka tidak takut mati kerana mereka tahu bahawa balasan berperang pada jalan Allah adalah terbesar sekali. Mereka mendambakan janji Allah itu.

Tujuan orang Islam berjihad adalah untuk menyebarkan dakwah Islamiah dan memperkenalkan Allah (Tauhid) kepada manusia dan supaya manusia hanya mentauhidkan Allah sahaja.

 

وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطّٰغُوتِ

dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). 

Dalam masa yang sama, golongan kafir degil pun akan berperang juga. Cuma bezanya mereka berperang untuk jalan taghut – iaitu jalan selain menuju kepada Allah.

Sebenarnya mereka pun sanggup mati. Ini kerana mereka dijanjikan dengan berbagai-bagai motivasi – perempuan, harta, nama dan sebagainya. Kerana mereka mahu apabila mati kelak, mereka diingat sebagai seorang pejuang.

Tujuan mereka adalah untuk menjalankan program dan propaganda syaitan. Mereka dipandu oleh syaitan dan syaitan mahu menyebarkan akidah syirik kepada manusia.

Kalau ada orang kafir yang sanggup mati untuk melawan Islam, takkan tidak ada orang Islam yang sanggup mati lawan orang kafir? Malulah kita kalau kita tidak buat apa-apa. Macam kita lebih lemah dari orang kafir pula. Sedangkan mereka dijanjikan dengan benda yang tidak benar, tapi kita dijanjikan dengan kelebihan dari Allah sendiri. Manakah janji yang lebih benar? Tentunya janji dari Allah, bukan?

 

فَقٰتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطٰنِ

Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, 

Maka jangan umat Islam berdiam diri, melihat sahaja tentera kafir menyerang kita atau umat Islam yang lain. Kita kena lawan mereka yang bertemankan syaitan itu. Kita bertemankan Allah, takkan nak kalah dengan mereka pula?

 

إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطٰنِ كَانَ ضَعِيفًا

sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Orang kafir juga merancang strategi mereka dan mereka dipandu oleh syaitan yang akan memberi idea-idea kepada mereka. Tapi rancangan syaitan itu akan jadi amat lemah kalau orang Islam lawan mereka. Syaitan itu bukannya kuat sangat. Dia hanya akan jadi kuat kalau orang Islam tidak berjuang.

Ini seumpama rumah yang tidak ada tuan, maka barulah labah-labah boleh buat sarang. Tapi kalau ada tuan, sarang labah-labah itu senang sahaja dihapuskan.

Mana mungkin kita akan kalah dengan tentera yang dipandu oleh syaitan, sedangkan kita orang Mukmin dipandu dan dibantu oleh Allah? Dan Allah telah berjanji untuk membantu tentera Islam. Begitulah yang terjadi semasa Perang Badr. Waktu itu syaitan telah menjanjikan berbagai-bagai motivasi dan berjanji untuk menolong puak kafir. Tapi apabila syaitan melihat tentera Islam dibantu oleh para malaikat, mereka telah melarikan diri bertempiaran.

Tentera Islam pasti akan ditolong oleh Allah asalkan tentera Islam itu memenuhi syarat-syaratnya. Syarat-syarat tentera Islam telah disebut dalam Surah Baqarah sebelum ini dan boleh rujuk di situ. Tapi, dalam ayat ini sendiri, sudah ada dua syarat yang diletakkan:

  1. الَّذِينَ ءَامَنُواْ orang-orang yang berperang itu mestilah orang-orang yang beriman
  2. يُقاتِلونَ في سَبيلِ اللهِ mereka itu berperang pada jalan Allah, bukan kerana hendak mendapatkan harta, meluaskan kawasan jajahan dan sebagainya, bukan.

Allahu a’lam. Habis Ruku’ ke 10 dari 24 ruku’ dalam surah ini. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 4 Mei 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 71 – 74 (Rakyat yang berperang)

Ayat 71: Kembali kita kepada arahan kepada pemimpin. Ini adalah Hukum ke 2 untuk pemerintah. Negara Islam jangan tunggu musuh datang baru nak kelam kabut mempertahankan negara. Pemimpin Negara Islam kena pastikan rakyat telah siap sedia untuk mempertahankan negara dan berjihad untuk menegakkan agama Allah. Inilah sifat yang kita kena ada.

Dalam peranglah akan teruji keimanan seseorang muslim. Kalau nak kira buat ibadat dalam keadaan aman, munafik pun boleh duduk saf hadapan semasa zaman Nabi. Tapi bagaimana keadaan mereka apabila mereka diarah dengan perang?

يَٰأَيُّهَا الَّذِينَ ءآمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ فَانفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انفِرُوا جَمِيعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, take your precaution and [either] go forth in companies or go forth all together.

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.

 

يٰأَيُّهَا الَّذِينَ ءآمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, ambillah persediaan kamu

Ini adalah arahan kepada pemimpin negara. Negara Islam kena ada pejuang yang sanggup untuk berjuang dan berjihad. Oleh itu kena pastikan yang negara Islam ada bala tentera yang sudah bersiap sedia untuk bergerak dan berperang apabila dikeluarkan arahan oleh Khalifah.

Bukan sahaja kena bersedia dengan tentera, tetapi negara Islam hendaklah menyediakan negara dengan kelengkapan perang. Kalau zaman sekarang, kenalah ada missile, jet pejuang, kapal tanker dan macam-macam lagi.

Bukan pasukan tentera sahaja yang kena bersedia, tapi rakyat jelata pun kena bersedia juga. Kena bersedia kalau-kalau pemimpin panggil untuk mempertahankan negara atau menyerang negara kafir.

Tidak sama keadaan negara yang bersedia dan negara yang tidak bersedia. Kalau zaman sekarang, ada negara yang sentiasa bersedia untuk bertindak kerana mereka memang selalu diserang. Keadaan mereka sentiasa berjaga-jaga dan tidak leka sangat. Bayangkan kalau zaman perang dulu, semua rakyat bersedia dan tahu apa yang perlu dibuat bila ada serangan. Kalau sekarang kita kena serang, tak tahulah macam mana.

Kerana itu bagusnya ada latihan seperti ‘Khidmat Negara’ yang dilakukan sekarang, kerana membiasakan rakyat dengan suasana perperangan. Tidaklah kelam kabut sangat kalau ada apa-apa terjadi. Banyak negara yang mewajibkan rakyat mereka menjalani latihan tentera selama beberapa tahun. Ini semua termasuk persediaan yang perlu dilakukan. Maka Negara Islam pun kena buat juga.

 

فَانفِرُوا ثُبَاتٍ

kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, 

Perkataan فَانفِرُوا bermaksud ‘menyerang’ dan bukanlah ianya bermaksud ‘mempertahankan’. Macam keadaan semasa di Madinah sebelum Badr, Nabi mencari-cari peluang untuk menyerang musyrikin. Maknanya, memang baginda ada niat untuk menyerang. Kalau belajar hadis tentang Perang Badr, kita akan tahu bagaimana peperangan Badr itu telah dirancang sebenarnya.

Maksud potongan ayat ini, kena bersedia untuk keluar berjihad secara berkumpulan atau berseorangan. Ini ikut arahan bergantung kepada keadaan. Kerana mungkin seseorang kena keluar seorang kerana mungkin dia kena jadi spy. Lafaz ثُبَاتٍ bermaksud bilangan yang kurang dari 10. Mungkin boleh kita andaikan mereka ini adalah elite force.

Atau ia mungkin bermaksud tentera yang memang sudah ada latihan berperang kena bersedia. Apabila dikeluarkan arahan untuk bertindak dan bergerak, mereka sudah bersedia.

Dalam zaman Nabi, Nabi tidaklah sentiasa menghantar tentera yang besar. Ada ekspedisi ketenteraan yang dilakukan dalam kumpulan yang kecil yang dinamakan sariyyah.

 

أَوِ انفِرُوا جَمِيعًا

atau maralah serentak beramai-ramai.

Sebelum ini tentang tentera yang telah dilatih sahaja yang dikerahkan untuk berperang. Dalam potongan ayat ini, ia boleh bermaksud rakyat semua sekali kena bersedia untuk bertindak. Ini bergantung kepada keadaan. Ada keadaan semua rakyat kena sedia.

Contohnya, dalam keadaan banyak sangat musuh yang menyerang, sampaikan tidak cukup tentera sahaja yang berperang, maka rakyat pun kena angkat senjata dan mempertahankan negara Islam. Maka, rakyat tidak boleh goyang kaki sahaja dalam keadaan begitu.

Ayat ini diturunkan selepas Perang Uhud dimana umat Islam telah dikalahkan oleh musyrikin Mekah. Jadi musuh setempat di luar Madinah rasa yang mereka ada peluang untuk menyerang Madinah waktu itu. Maka umat Islam di Madinah kena bersiap siaga sebenarnya.


 

Ayat 72: Allah memberitahu dalam ayat ini, kalau orang itu munafik, dia tidak turut dalam peperangan itu.

ُوَإِنَّ مِنكُمْ لَمَن لَّيُبَطِّئَنَّ فَإِنْ أَصٰبَتْكُم مُّصِيبَةٌ قَالَ قَدْ أَنْعَمَ الله عَلَيَّ إِذْ لَمْ أَكُن مَّعَهُمْ شَهِيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, there is among you he who lingers behind; and if disaster strikes you, he says, “Allāh has favored me in that I was not present with them.”

MALAY

Dan sesungguhnya ada di antara kamu: orang-orang yang sengaja memberat-beratkan dirinya (juga orang lain, daripada turut mara ke medan perang). Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (tercedera atau terbunuh) ia berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka”.

 

وَإِنَّ مِنكُمْ لَمَن لَّيُبَطِّئَنَّ

Dan sesungguhnya ada di antara kamu: orang-orang yang sengaja memberat-beratkan dirinya

Kalimah لَّيُبَطِّئَنَّ dari katadasar ب ط أ yang bermaksud lambat, lengah, perlahan. Ada dari kalangan orang yang mengaku Muslim, yang sangat lambat untuk sahut seruan jihad kerana hati mereka sebenarnya enggan berjihad. Dia akan buat-buat lambat dan lengah-lengahkan persediaan dan akan melambatkan orang lain.

Sedangkan kalau perang mana boleh lambat-lambat, semua kena pantas. Tapi mereka itu ada sahaja alasan mereka untuk melengahkan. Sudahlah mereka lambat, mereka lambatkan orang lain pula. Maknanya mereka juga menjatuhkan semangat orang Islam yang lain.

Dalam ayat ini, digunakan perkataan: مِنكُمْ (dari kalangan kamu). Ayat ini boleh membawa dua maksud: Samada yang dimaksudkan adalah ‘orang mukmin yang lemah iman’ atau ia boleh jadi bermaksud ‘orang munafik’. Dua-dua kemungkinan ini ada disebut dalam kitab tafsir.

 

فَإِنْ أَصَابَتْكُم مُّصِيبَةٌ قَالَ قَدْ أَنْعَمَ اللهُ عَلَيَّ

Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (tercedera atau terbunuh) dia berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, 

Mereka ini adalah orang yang teruk sangat sifat mereka. Mereka akan berkata dengan kata-kata yang tidak molek sekali.

Sudahlah mereka melengahkan diri mereka sampai tidak menyertai peperangan, dan kalaulah Allah takdirkan orang Islam kalah, mereka kata Allah beri nikmat kepada mereka kerana mereka tidak turut sama berperang.

Asalnya mereka sengaja tinggal di belakang. Dan umat Islam kalah, mereka kata nasib mereka baik kerana mereka lambat. Mereka kata, kalau mereka ikut sekali dengan golongan yang berperang itu, tentu mereka pun akan mati juga. Mereka sangka mereka mendapat nikmat. Mereka guna nama Allah pula dalam dalihan mereka. Mereka kata Allah yang beri nikmat selamatkan mereka.

 

إِذْ لَمْ أَكُن مَّعَهُمْ شَهِيدًا

kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka”.

Lafaz شَهِيدًا maksudnya mereka bersyukur kerana mereka tidak mati syahid. Maknanya mereka tidak faham maksud mati syahid. Sepatutnya seorang Islam mencari peluang untuk mati syahid, tapi mereka suka pula kalau mereka tidak mati syahid.

Juga bermaksud mereka rasa dapat nikmat sebab tak nampak pun peperangan itu. Kerana kalimah ش ه د bermaksud ‘nampak’, ‘saksi’. Maknanya, hendak menyaksikan peperangan itu pun mereka tidak mahu.

Begitulah teruknya mereka. Sedangkan mereka duduk sekali di negara Islam itu, meraih apa-apa kebaikan dari negara itu, tapi apabila tiba masa untuk mereka berkhidmat, mereka melarikan diri pula.


 

Ayat 73: Ayat sebelum ini adalah kalau tentera Islam kalah; bagaimana pula kata mereka kalau tentera Islam menang?

وَلَئِنْ أَصٰبَكُمْ فَضْلٌ مِّنَ اللهِ لَيَقُولَنَّ كَأَن لَّمْ تَكُن بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُ مَوَدَّةٌ يٰلَيْتَنِي كُنتُ مَعَهُمْ فَأَفُوزَ فَوْزًا عَظِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if bounty comes to you from Allāh, he will surely say, as if [i.e., showing that] there had never been between you and him any affection, “Oh, I wish I had been with them so I could have attained a great attainment.”¹

  • The spoils of war. Although having pretended to befriend the believers in support of Allāh’s religion, the hypocrite will not be willing to fight except for material gain.

MALAY

Dan demi sesungguhnya kalau kamu beroleh limpah kurnia (kemenangan) dari Allah, sudah tentu ia mengatakan (dengan sesalnya), seolah-olah tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya: “Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar”

 

وَلَئِنْ أَصٰبَكُمْ فَضْلٌ مِّنَ اللهِ

Dan kalau kamu beroleh limpah kurnia dari Allah, 

Kalau menang dalam peperangan, tentu akan dapat harta rampasan perang – ghanimah. Itulah ‘limpah kurnia’ yang dimaksudkan dalam ayat ini.

Memang dalam sejarah peperangan, kalau disebut tentang harta rampasan, memang hebat. Kita boleh bayangkan, musuh yang kalah itu telah simpan dan kumpul harta mereka selama beratus tahun, tapi bila orang Islam serang mereka dan menang, kadang hanya ambil masa tiga hari sahaja peperangan itu.

Maka dengan sebab perang dan ghanimah ini, para sahabat ramai jadi kaya raya.

Apa kata orang munafik kalau orang Islam menang perang dan dapat harta ghanimah?

 

لَيَقُولَنَّ كَأَن لَّمْ تَكُن بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُ مَوَدَّةٌ

pasti mereka mengatakan, seolah-olah tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya:

Yang tak pergi perang, waktu itu mereka akan rasa rugi. Macam dia bukan orang Islam yang diajak sama berperang pula. Mereka cakap macam yang pergi berjihad itu tidak ada kena mengena dengan mereka pula. Dan memang begitulah layanan orang munafik kepada orang mukmin sebab jiwa mereka bukan jiwa Islam pun. Padahal mereka sama-sama mengaku beragama Islam.

Oleh kerana mereka tidak ikut berperang sekali, maka kata-kata mereka itu dikeluarkan semasa menyambut pulang tentera yang pergi berjihad. Sepatutnya mereka sambut tentera yang baru pulang dari berjihad itu dengan gembira dan suka kerana mereka pulang dengan selamat dan kemenangan. Kalau sayang kepada sesama muslim, itulah perasaan yang mereka patut ada.

Tapi tidaklah begitu yang terjadi. Allah beritahu dalam ayat ini yang mereka tidak menunjukkan rasa sayang pun kepada tentera muslim itu.

 

يٰلَيْتَنِي كُنتُ مَعَهُمْ فَأَفُوزَ فَوْزًا عَظِيمًا

“Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar”

Mereka mengatakan kesedihan dan kesesalan mereka kerana tidak ikut serta. Yang mereka fikirkan adalah pulangan dunia sahaja. Mereka hanya terfikir tentang harta ghanimah yang mereka tidak dapat.

Atau pun mereka mahu mendapat pujian sebagai tentera Islam. Kerana kalau menang, tentu bangga kerana dapat pujian orang. Itu sahaja yang mereka fikirkan.


 

Ayat 74: Ini adalah ayat targhib (ajakan) kepada qital (perang), iaitu puncak kepada jihad.

فَلْيُقٰتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَوٰةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ وَمَن يُقٰتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So let those fight in the cause of Allāh who sell the life of this world for the Hereafter. And he who fights in the cause of Allāh and is killed or achieves victory – We will bestow upon him a great reward.

MALAY

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

 

فَلْيُقٰتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ

Maka hendaklah mereka berperang pada jalan Allah

Allah menyuruh umat Islam berperang pada jalan Allah. Siapakah yang disuruh itu?

 

الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَوٰةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ

orang-orang yang menjual kebahagiaan kehidupan dunia untuk mendapat akhirat,

Allah memberitahu siapakah yang patut berjuang di jalan Allah dalam perang. Iaitu mereka yang mahukan pulangan akhirat berbanding kesenangan hidup di dunia. Iaitu mereka yang melebihkan akhirat dari dunia.

Kita kena faham bahawa peperangan peringkat awal dalam sejarah Islam adalah atas kerelaan, bukan paksaan dan bukan wajib. Sebab kerajaan Islam tidak ada tentera khusus waktu itu. Ianya terbuka kepada mereka yang mahu sahaja. Sesiapa yang mahu dan layak, boleh menyertai perang.

Maka penyertaan peperangan waktu itu adalah atas dasar sukarela, sehinggalah pada Perang Tabuk dimana semuanya dikerah untuk berperang. Kerana waktu itu semua umat Islam yang mampu, kena keluar perang. Dan kalau tak boleh, kena datang dan beri alasan kenapa tak boleh pergi.

Mereka yang mahu berjihad perang di jalan Allah itu sama dengan mereka yang sanggup jual dunia untuk dapat akhirat. Mereka itulah yang kena berperang di jalan Allah. Mereka sanggup hilang nyawa mereka kerana mereka percaya kepada janji Allah yang mereka akan dibalas dengan kebaikan yang banyak di akhirat kelak.

Maka dari ayat ini kita mendapat isyarat bahawa jihad ini bukanlah untuk orang yang cinta dunia. Kalau ada cinta dunia seperti orang munafik itu, maka mereka tidak akan sanggup nak keluar berjihad.

 

وَمَن يُقٰتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ

Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan,

Ini adalah janji Allah kepada mereka yang sanggup keluar jihad: Kalau sesiapa yang pergi berperang di jalan Allah, ada dua kemungkinan sahaja – kalah atau menang. Samada mati syahid atau pulang dengan kemenangan.

 

فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Samada mati syahid atau menang, Allah janjikan pasti dapat balasan yang sangat besar.

Kalau mati, dapat mati syahid. Ini adalah balasan yang amat-amat besar.

Dan kalau tak mati dan menang pula, akan dapat harta rampasan dan akan dapat juga pahala yang besar. Bukanlah kalau menang dan dapat harta ghanimah, tak dapat pahala pula. Pasti akan dapat.

Jadi, tidak akan rugi apa-apa sebenarnya. Kalau kalah atau menang, dua-dua akan dapat balasan yang besar. Tidak ada rugi langsung. Inilah motivasi yang Allah berikan kepada orang Islam.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 30 April 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 66 – 70 (Empat golongan yang diberi nikmat)

Ayat 66: Allah nak beritahu dalam ayat ini, keputusan yang telah diberikan oleh Nabi itu, samada berat atau ringan, kena diterima.

Juga Allah nak beritahu bahawa apa sahaja yang Allah telah putuskan, itu adalah untuk kebaikan kita sebenarnya. Memang kena ikut pun tapi untuk kebaikan kita sebenarnya. Kena percaya dan jangan tolak untuk terima.

Dan sekarang Allah hendak menceritakan sifat mereka yang lemah iman:

وَلَو أَنّا كَتَبنا عَلَيهِم أَنِ اقتُلوا أَنفُسَكُم أَوِ اخرُجوا مِن دِيٰرِكُم مّا فَعَلوهُ إِلّا قَليلٌ مِّنهُم ۖ وَلَو أَنَّهُم فَعَلوا ما يوعَظونَ بِهِ لَكانَ خَيرًا لَّهُم وَأَشَدَّ تَثبيتًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if We had decreed upon them, “Kill yourselves” or “Leave your homes,” they would not have done it, except for a few of them. But if they had done what they were instructed, it would have been better for them and a firmer position [for them in faith].

MALAY

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

 

وَلَو أَنّا كَتَبنا عَلَيهِم أَنِ اقتُلوا أَنفُسَكُم

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri,

Kalaulah Allah suruh mereka bunuh diri mereka sendiri, macam yang telah diarahkan kepada umat Nabi Musa dahulu, apakah yang mereka akan lakukan?

Seperti yang kita telah belajar dalam Baqarah:54, puak Yahudi yang telah melakukan kesalahan menyembah patung anak sapi betina itu telah diarahkan untuk membunuh diri mereka dan mereka lakukan.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Mahmud ibnu Gailan, telah menceritakan kepada kami Bisyr ibnus Sirri, telah menceritakan kepada kami Mus’ab ibnu Sabit, dari pamannya (yaitu Amir ibnu Abdullah ibnuz Zubair) yang mengatakan sehubungan dengan firman-Nya: Dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan kepada mereka, “Bunuhlah diri kalian atau keluarlah kalian dari kampung kalian,” niscaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sebahagian kecil dari mereka. (An-Nisa: 66) Ketika ayat ini diturunkan, maka Rasulullah Saw. bersabda:

“لَوْ نَزَلَتْ لَكَانَ ابْنُ أُمِّ عَبْدٍ مِنْهُمْ”.

Seandainya perintah itu diturunkan. niscaya Ibnu Ummi Abdin termasuk dari mereka (yang menaati-Nya).

Tapi, kalau puak munafik itu disuruh membunuh diri mereka, adakah mereka akan buat? Maksudnya, katakanlah Allah suruh mereka yang datang itu kena bunuh diri mereka, adakah mereka akan lakukan?

 

أَوِ اخرُجوا مِن دِيٰرِكُم

atau keluarlah dari tempat kediaman kamu

Atau, katakanlah mereka diarahkan oleh Allah untuk keluar dari kampung halaman mereka sebagaimana yang telah diarahkan kepada umat Nabi Musa, adakah mereka akan lakukan?

Orang yang benar-benar mukmin akan sanggup untuk meninggalkan daerah tempat tinggal mereka. Jangan kita lupa bahawa telah ada kalangan umat yang sebegitu – golongan Muhajirin telah meninggalkan tempat tinggal mereka, rumah mereka, tanah mereka, keluarga mereka dan kekayaan mereka kerana menyahut arahan Allah untuk berhijrah.

 

مّا فَعَلوهُ إِلّا قَليلٌ مِّنهُم

nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. 

Allah nak beritahu yang mereka tidak akan mampu ikut kecuali sedikit sahaja dari kalangan mereka.

Ini adalah kerana mereka tidak beriman sebenarnya. Ataupun mereka itu lemah iman dan mereka tidak akan sanggup nak berkorban atas agama. Mereka tidak akan membahayakan nyawa mereka dan meninggalkan kampung halaman mereka untuk agama Islam.

 

وَلَو أَنَّهُم فَعَلوا ما يوعَظونَ بِهِ لَكانَ خَيرًا لَّهُم

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka

Kalaulah mereka ikut apa yang telah diarahkan kepada mereka, itu lebih baik untuk mereka. Kerana arahan itu datang dari Allah. Dan apa yang datang dari Allah tentunya baik belaka.

Maka ini mengajar kita yang kita kena taat sepenuhnya kepada apa yang Allah suruh. Dah pernah jadi kepada kaum Musa pun dan mereka ikut. Dan selagi mereka ikut, maka mereka mendapat pertolongan dari Allah.

Walaupun arahan yang Allah berikan itu nampak macam tak masuk akal (akal tidak dapat terima kerana akal kita lemah), maka jangan kita ikut pemikiran kita yang cetek ini. Ketahuilah yang apa sahaja arahan dari Allah adalah tepat sekali, cuma kita sahaja yang tidak nampak kebaikannya.

 

وَأَشَدَّ تَثبيتًا

dan lebih meneguhkan

Itulah perbuatan yang kukuh. Kita kena ikut apa sahaja arahan Allah samada kita nampak hikmahnya atau tidak dalam hukum itu. Perbuatan itu akan mengukuhkan iman mereka. Kerana setiap arahan dari Allah ada hikmahnya, cuma kita sahaja mungkin tidak nampak.

Para ulama selalu mencari apakah hikmah kepada sesuatu amalan itu, tapi ada yang dapat difahami dan ada yang tidak. Tapi kita tetap kena taat juga, bukan?

Surah ini tentang hukum dan tentang golongan munafik. Ada kaitan kenapa disebut keduanya sekali dalam surah ini. Ini adalah kerana golongan munafik itu ada masalah nak ikut hukum yang Allah telah putuskan. Mereka akan rasa berat sahaja nak ikut apa yang telah disampaikan. Mereka akan cari jalan nak tolak dan tidak taat dengan hukum itu. Antaranya mereka kata: “tak masuk akallah kenapa kita kena buat begini… “


 

Ayat 67: Ini balasan kepada mereka yang mahu ikut hukum yang telah disampaikan oleh Allah.

وَإِذًا لَّآتَينٰهُم مِّن لَّدُنّا أَجرًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And then We would have given them from Us a great reward.

MALAY

Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka – dari sisi Kami – pahala balasan yang amat besar;

 

وَإِذًا

Dan jika begitu,

Jika sekiranya mereka dapat pegang hukum yang telah disampaikan oleh Allah.

 

لَّآتَينٰهُم مِّن لَّدُنّا أَجرًا عَظيمًا

tentulah Kami akan berikan kepada mereka – dari sisi Kami – pahala balasan yang amat besar;

Mereka akan diberikan pahala yang sangat besar.

Dan Allah kata pemberian itu dari SisiNya, jadi ianya bukanlah perkara yang biasa, tapi ianya adalah sesuatu yang amat istimewa.


 

Ayat 68: Ini pula adalah kelebihan kedua yang mereka akan dapat kalau jaga hukum dan taat kepada Rasul.

وَلَهَدَينٰهُم صِرٰطًا مُّستَقيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We would have guided them to a straight path.

MALAY

Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.

Selalu di dalam solat kita, kita minta kepada Allah supaya bawa kita ke arah ‘Jalan yang lurus’. Nah, sekarang Allah dah beri caranya.

Sekarang Allah beritahu bahawa jalan yang lurus itu adalah dengan taat kepada segala arahan hukum yang datang dari Rasulullah. Dan apabila dapat ikut, mahu ikut, cuba untuk ikut, Allah akan pimpin mereka ke jalan lurus yang membawa ke syurga.


 

Ayat 69: Seperti yang kita selalu dengar pepatah: “tak kenal maka tak cinta”. Kerana kita tidak kenal siapakah Nabi itulah yang menyebabkan kita tidak taat kepada apa yang baginda sampaikan. Maka kita kena kenal Nabi dahulu dan mereka yang mengikuti para Nabi dahulu.

Ayat ini adalah penjelasan siapakah golongan yang ‘diberi nikmat’ dalam Surah Fatihah. Iaitu ayat صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم. Kita kena kenal siapakah mereka supaya kita boleh jadikan mereka sebagai tauladan buat kita. Ada empat golongan yang disebut dalam ayat ini.

Kalau kita nak masuk ke dalam golongan yang mendapat nikmat dari Allah itu, maka hendaklah kita kenal mereka dan cuba ikut jejak langkah mereka.

وَمَن يُطِعِ اللَهَ وَالرَّسولَ فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَهُ عَلَيهِم مِّنَ النَّبِيّينَ وَالصِّدّيقينَ وَالشُّهَداءِ وَالصّٰلِحينَ ۚ وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever obeys Allāh and the Messenger – those will be with the ones upon whom Allāh has bestowed favor of the prophets, the steadfast affirmers of truth, the martyrs and the righteous. And excellent are those as companions.

MALAY

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

 

وَمَن يُطِعِ اللَهَ وَالرَّسولَ

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, 

Mereka yang boleh taat kepada Allah adalah hanya mereka yang kenal Allah (seperti yang patut dikenali di dalam Qur’an). Oleh kerana itu, kita kena kenal Allah sebagaimana yang Allah kenalkan DiriNya dalam Qur’an. Maka, kena belajar Tafsir Qur’an, baru boleh kenal Allah.

Bukannya belajar Ilmu Makrifat dari jalan tareqat itu kerana itu bukan caranya. Itu adalah cara khayalan sahaja dan reka-rekaan sahaja. Nak kenal Allah, kenalah kenal dengan ilmu.

Mereka yang boleh taat arahan Rasul adalah kerana mereka kenal baginda. Oleh kerana itu, kena kenal Rasul dengan mempelajari sunnah-sunnah baginda dan sejarah hidup baginda – iaitu Sirah Nabawi. Ini adalah pembelajaran wajib yang perlu ada dalam masyarakat kita.

Dan kita kena faham bahawa untuk taat kepada Allah, kita kena taat kepada Rasulullah. Itulah caranya dan tidak ada cara lain. Kerana bagaimana nak taat kepada Allah, kerana kita tidak tahu apakah yang Allah hendak?

Maka, Allah telah lantik Nabi sebagai Rasul untuk menyampaikan kehendakNya, maka kenalah kita ikut apa yang disampaikan oleh Nabi kerana baginda menyampaikan kehendak Allah. Kita tidak akan dapat maklumat terus dari Allah, bukan?

Allah beri hidayah kepada kita melalui NabiNya. Memang Allah telah beri Qur’an dan Qur’an itu telah sampai pun kepada kita, tapi kalau bukan Nabi yang jelaskan, kita takkan faham.

Oleh kerana itu, amatlah dangkal sekali fikiran mereka yang menolak hadis Nabi seperti golongan anti-Hadis.

Ada pula yang terlalu sesat sampai mereka kata mereka boleh berhubung terus dengan Allah. Ini adalah mereka yang sesat. Itu adalah orang gila. Yang ikut golongan seperti itu pun gila juga.

Ada takdim dan ta’khir dalam ayat ini. Allah mulakan taat kepada Allah sebelum taat kepada Rasul. Oleh itu, taat kepada Qur’an adalah lebih utama daripada taat kepada hadis. Memang kena ikut hadis tapi kena cari ayat Qur’an dahulu sebagai dalil dan nas dalam menghukum. Kalau tidak ada dalam Qur’an, baru kena cari dalam hadis.

Ini seperti hadis yang menceritakan bagaimana Nabi menghantar Muaz untuk menjadi gabenor:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ فَذَكَرَ: ” كَيْفَ تَقْضِي إِنْ عَرَضَ لَكَ قَضَاءٌ؟ ” قَالَ: أَقْضِي بِكِتَابِ اللهِ. قَالَ: ” فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي كِتَابِ اللهِ؟ ” قَالَ: فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللهِ قَالَ: ” فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي سَنَةِ رَسُولِ اللهِ؟ ” قَالَ: أَجْتَهِدُ رَأْيِي وَلَا آلُو. قَالَ: فَضَرَبَ صَدْرِي فَقَالَ: ” الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَا يُرْضِي رَسُولَهُ “

Ketika Nabi Muhammad SAW mahu mengutuskan Mu`az ke Yaman, baginda bertanya: Bagaimanakah kamu akan berhukum apabila datang kepadamu suatu masalah? Beliau menjawab: Aku akan berhukum dengan Kitabullah (Al-Qur’an). Soal Nabi lagi: Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Kitabullah? Maka Mu`az menjawab: Maka aku akan berhukum dengan Sunnah Rasulullah SAW. Soal baginda lagi: Bagaimana pula jika ia tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Aku akan berijtihad dengan pandanganku dan tidak akan melampau. Kemudian Mu`az bercerita; Setelah itu, Rasulullah menepuk dadaku sambil berkata: Segala puji hanya bagi Allah yang telah membuat sepakat utusan Rasulullah yang menjadikan rasul-Nya redha.

Jadi, di dalam potongan ayat ini sudah ada dua perkara utama yang kita kena jadikan sebagai pegangan kita: Qur’an dan Sunnah. Sebab itu selalu diulang-ulang oleh golongan Sunnah di negara kita (samada para ustaz atau pendakwah), kenalah ikut Qur’an dan Sunnah.

 

فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللهُ عَلَيهِم

maka mereka yang bersifat sebegitu, akan bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka,

Mereka yang taat kepada Allah dengan taat kepada Rasul itulah yang akan diberi ‘nikmat’ oleh Allah. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja sampailah ke hari kiamat.

Mereka inilah yang dimaksudkan telah mendapat nikmat dalam Surah Fatihah itu: صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم. Maka, kalau kita hendak mendapat nikmat seperti yang dijanjikan oleh Allah dalam surah Fatihah itu, kita kena ikut sunnah Nabi.

Jangan tinggalkan sunnah, jangan lupa belajar sunnah Nabi. Nak belajar benda lain boleh, tapi kenalah belajar tafsir Qur’an dan sunnah Nabi dahulu. Kena dahulukan yang penting dahulu. Kerana nak habiskan tafsir Qur’an dan hadis ini pun ambil masa juga. Jadi kena ada usaha yang fokus.

 

مِّنَ النَّبِيّينَ

iaitu dari kalangan Nabi-nabi,

Kemudian Allah berikan hirarki empat golongan yang telah diberi nikmat itu. Ini adalah susunan keutamaan dan kemuliaan.

Allah mulakan dengan para Nabi dahulu kerana merekalah insan teristimewa yang telah diberikan dengan ilmu pengetahuan yang terus dari Allah dan mereka telah berkorban untuk menyampaikannya.

Kita memang tidak boleh menjadi seperti mereka kerana tidak ada manusia yang akan menjadi Nabi selepas Nabi Muhammad. Tapi walaupun kita tidak boleh menjadi seperti mereka, kita boleh ikut sunnah-sunnah mereka dan apakah perbuatan mereka yang boleh diikuti.

Mereka telah menyampaikan ajaran tauhid kepada umat manusia dan telah berkorban untuk melakukannya. Maka kita pun kenalah sampaikan ajaran tauhid ini kepada manusia dan bersedia untuk berkorban untuk menyampaikannya.

 

وَالصِّدّيقينَ

dan orang-orang Siddiqiin,

Lafaz ‘Siddiq’ adalah dalam sighah mubalaghah – bersangatan, ekstrem. Ini adalah kerana mereka ini adalah mereka yang ‘amat benar’. Kerana merekalah yang mula-mula percaya dan membenarkan para Nabi. Mereka membenarkan para Nabi itu sewaktu tidak ada orang yang terima.

Lihatlah contoh Siddiq yang terkenal, iaitu Abu Bakr as-Siddiq, bagaimana beliau amat percaya kepada Nabi Muhammad. Semua sahabat waktu itu pada mulanya ada ragu-ragu dengan dakwah baginda, tapi Abu Bakr tidak pernah ragu. Dia terus terima apa yang baginda sampaikan.

Oleh itu, golongan siddiqin adalah mereka yang terima kebenaran walau macam mana keadaan pun. Mereka percaya kepada apa yang disampaikan dari Nabi, tapi menuntut dalil kebenarannya. Dan mereka juga golongan yang sanggup berkorban untuk agama.

Lagi satu, mereka ini adalah orang yang ‘benar’. Maksudnya benar percakapan dan perbuatan mereka. Tidaklah mulut cakap lain tapi perbuatan lain pula. Maknanya, orang boleh percaya apa yang mereka kata. Kawan ataupun lawan pun sudah tahu yang dia ini boleh dipercayai kerana dia ada prinsip.

 

وَالشُّهَداءِ

dan orang-orang yang Syahid,

Golongan yang ketiga adalah mereka yang sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk menegakkan agama Allah. Mereka berjihad fisabilillah dan mereka telah diberikan dengan kelebihan yang amat-amat tinggi iaitu dimatikan semasa berjuang di jalan Allah.

Kalimah syahid ini dari segi bahasa bermaksud ‘nampak’, ‘saksi’. Maka dari segi syarak, orang yang syahid ini ada beberapa definisi:

1. Seperti kita sebut di atas, iaitu mereka berjihad fi sabilillah. Sampai mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk menegakkan agama. Mereka membuktikan keimanan mereka sehingga sanggup menyabung nyawa. Ini yang biasa kita dengar.

2. Dalam bentuk umum, seorang yang syahid itu menampakkan keimanannya dalam segenap kehidupan dia.

3. Mereka ini orang yang dikenali boleh dipercayai, sampaikan kalau mereka jadi saksi sahaja, semua orang akan percaya dan yakin dengan persaksiannya.

وَالصّٰلِحينَ

serta orang-orang yang soleh. 

Dan golongan yang terakhir sekali adalah golongan yang soleh. Iaitu seorang yang beramal mengikut apa yang diajar dan ada contoh dari Nabi. Mereka tidak mengamalkan amalan bidaah.

Mereka adalah orang yang baik tabiatnya, suci dan bersih dari kekotoran rohani dan jasmani. Mereka sentiasa berusaha meninggalkan dosa. Segala kehidupan mereka menuju ke arah kebaikan dan menjauh dari keburukan.

Nota: Ada takdim (datang dahulu) dan ta’khir (datang kemudian) dalam ayat ini. Ada susunan menurun. Tentu ada beza empat kedudukan itu dan kerana itu Allah susun begitu. Allah mulakan dengan golongan yang paling utama – para Nabi sampai kepada golongan yang terakhir sekali – solehin.

Ini mengajar kita yang golongan Solehin adalah tahap yang paling rendah untuk selamat dari neraka. Maksudnya, untuk mendapat kedudukan dalam syurga, sekurang-kurangnya kena jadi golongan solehin. Inilah golongan yang ‘cukup-cukup makan’ sahaja untuk masuk syurga, kalau kurang dari ini, tidak akan masuk syurga.

 

وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا

Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan

Merekalah yang terbaik untuk dijadikan teman di dalam syurga nanti. Kerana kalau kita jadi salah satu dari empat golongan inilah sahaja untuk melayakkan kita masuk syurga. Maka nak jadikan mereka sebagai teman di akhirat, di dunia lagi dan kena berteman dengan orang yang jenis macam itu. Mereka inilah yang selayaknya untuk diikuti jejak langkah.

Banyak perkataan ‘teman’ dalam Qur’an. Apa beza lafaz teman yang lain dengan رَفيقًا seperti dalam ayat ini? Lafaz رَفيقًا dari katadasar yang bermaksud ‘bantal’ yang memberi maksud kita selesa sebab kita selesa apabila kepala kita dialas oleh bantal. Maksudnya mereka itu jenis kawan yang kalau mereka ada, kita rasa selesa dan tenang.

Dalam Tafsir ibn Kathir, ada dibawa satu hadis yang menceritakan asbabun nuzul ayat ini:

Diriwayatkan oleh At-Thabrani dan Ibnu Marduwaih dengan sanad La ba’sa bihi yang bersumber dari ‘Aisyah: bahawa seorang laki-laki menghadap Nabi Saw dan berkata: Ya Rasulallah! Aku cintai tuan lebih daripada cinta kepada diriku dan anakku sendiri. Dan jika aku sedang di rumah selalu ingat tuan dan tidak sabar ingin segera bertemu dengan tuan. Dan jika aku ingat ajalku dan ajal tuan, aku yakin bahwa tuan akan diangkat beserta Nabi-nabi di syurga. Apabila masuk syurga, aku takut kalau-kalau tidak bisa bertemu dengan tuan”. Maka Nabi terdiam tidak menjawab sedikit pun sehingga turun Jibril dengan membawa ayat ini (An-Nisa ayat 69) sebagai janji Allah kepada orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Maksudnya, mereka yang taat kepada Allah dan Rasul, akan mendapat peluang untuk duduk bersama dengan golongan Nabi, siddiqin, syuhada’ dan solehin. Maka, berusahalah kita untuk mencapai kedudukan ini supaya kita nanti akan bersama dengan golongan yang diberi nikmat itu. Dan ini dimulai dengan ilmu, dan ilmu yang mula kena belajar adalah ilmu tafsir Qur’an.

Lafaz ini juga adalah lafaz terakhir yang diucapkan oleh Nabi Muhammad semasa baginda menghembuskan nafas terakhir:

حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ يُونُسُ قَالَ الزُّهْرِيُّ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ فِي رِجَالٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَهُوَ صَحِيحٌ إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِيٌّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنْ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُخَيَّرَ فَلَمَّا نَزَلَ بِهِ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِي غُشِيَ عَلَيْهِ ثُمَّ أَفَاقَ فَأَشْخَصَ بَصَرَهُ إِلَى سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الْأَعْلَى فَقُلْتُ إِذًا لَا يَخْتَارُنَا وَعَرَفْتُ أَنَّهُ الْحَدِيثُ الَّذِي كَانَ يُحَدِّثُنَا وَهُوَ صَحِيحٌ قَالَتْ فَكَانَتْ آخِرَ كَلِمَةٍ تَكَلَّمَ بِهَا اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الْأَعْلَى

Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Muhammad, Telah menceritakan kepada kami Abdullah, Yunus berkata; Az Zuhri berkata; Telah mengabarkan kepadaku Sa’id bin Al Musayyab -di antara orang-orang yang berilmu-, bahawa Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata; Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berada dalam keadaan sihat wal afiat, beliau pernah bersabda: ‘Sesungguhnya seorang nabi tidaklah diwafatkan hingga diperlihatkan kepadanya tempatnya di syurga lalu ia dipersilakan untuk memilih.’ Aisyah berkata; “Ketika malaikat pencabut nyawa datang kepada Rasulullah, sementara kepala beliau berada di pangkuan saya, maka Rasulullah pengsan beberapa saat. Tak lama kemudian ia sedar kembali. Setelah itu, beliau menatap pandangannya ke atas sambil mengucapkan: Ya Allah, (aku memilih) bersama-sama Rafiqul A’la! ‘ Aisyah berkata; “Dengan demikian, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak memilih untuk hidup lebih lama lagi bersama kami.” Aisyah pernah berkata; “Saya teringat ucapan yang pernah beliau sampaikan kepada kami ketika beliau masih sihat; “Itulah kata-kata terakhir yang pernah beliau ucapkan, yaitu: ‘Ya Allah, pertemukanlah aku dengan kekasihku Yang Maha Tinggi.’


 

Ayat 70:

ذٰلِكَ الفَضلُ مِنَ اللهِ ۚ وَكَفىٰ بِاللهِ عَليمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That is the bounty from Allāh, and sufficient is Allāh as Knower.

MALAY

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui.

 

ذٰلِكَ الفَضلُ مِنَ اللهِ ۚ

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; 

Mereka akan mendapat nikmat dan limpah kurnia yang besar dari Allah. Mereka mendapat kedudukan itu bukanlah kerana usaha mereka sahaja, tapi kerana rahmat dan limpah kurnia dari Allah.

Kerana kalau bukan Allah yang memberi taufik hidayah kepada hambaNya, mereka tidak akan mendapat menjalankan kehidupan mereka dengan baik.

 

وَكَفىٰ بِاللهِ عَليمًا

dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui 

Cukuplah Allah mengetahui siapakah kamu. Tidak payah dikenali oleh makhluk, asalkan Allah kenal. Tidak ada majlis perisytiharan kamu termasuk dalam golongan yang mana, asalkan Allah tahu kamu termasuk dalam golongan yang mana.

Ia juga bermaksud, cukuplah Allah yang mengetahui siapakah yang layak mendapat kedudukan yang tinggi itu. Untuk mendapat kedudukan itu, Allah beri hidayah kepada mereka dan Allah lah yang Maha Mengetahui, siapakah yang layak mendapat hidayah itu.

Habis Ruku’ ke 9 dari 24 ruku’ dalam surah ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 26 April 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 63 – 65 (Kena rela dengan hukum Nabi)

Ayat 63: Mereka kata mereka mahukan kebaikan dan perdamaian dalam ayat sebelum ini. Tapi dalam ayat ini, Allah beritahu mereka sebenarnya tidak begitu.

أُولٰئِكَ الَّذينَ يَعلَمُ اللهُ ما في قُلوبِهِم فَأَعرِض عَنهُم وَعِظهُم وَقُل لَّهُم في أَنفُسِهِم قَولًا بَليغًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those are the ones of whom Allāh knows what is in their hearts, so turn away from them¹ but admonish them and speak to them a far-reaching [i.e., effective] word.

  • i.e., use not violence against them.

MALAY

Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.

 

أُولٰئِكَ الَّذينَ يَعلَمُ اللهُ ما في قُلوبِهِم

Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, 

Allah tahu apa yang dalam hati mereka. Mereka bukan muslim sejati, tapi mereka munafik sebenarnya. Mereka adalah orang-orang munafik, Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, dan kelak Allah akan memberikan balasan terhadap mereka atas hal tersebut.

Kerana sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah. Kerana itu, serahkanlah urusan mereka kepada Allah, hai Muhammad, sebab Dia Mengetahui lahiriah mereka dan apa yang mereka sembunyikan.

 

فَأَعرِض عَنهُم

oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka,

Jangan peduli perbuatan mereka yang hendak membela perbuatan orang munafik yang dibunuh itu. Allah tahu apa yang dalam hati mereka.

‘Berpaling dari mereka’ itu maksudnya, jangan hukum Saidina Umar kerana membunuh lelaki munafik itu, jangan ikut cakap orang-orang munafik itu. Puak munafik itu datang kerana mereka mengadu yang Umar telah membunuh saudara mereka dan mereka kata mereka mahu pengadilan ke atas Umar.

Tapi ayat ini membebaskan Umar dari apa-apa kesalahan pun. Kisah ini terdapat dalam hadis ini:

قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى قِرَاءَةً، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ لَهِيعة، عَنْ أَبِي الْأُسُودِ قَالَ: اخْتَصَمَ رَجُلَانِ إِلَى رَسُولِ الله صلى الله عليه وسلم فقضى بَيْنَهُمَا، فَقَالَ الَّذِي قُضِيَ عَلَيْهِ: رُدَّنَا إِلَى عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “انْطَلِقَا إِلَيْهِ” فَلَمَّا أَتَيَا إِلَيْهِ قَالَ الرَّجُلُ: يَا ابْنَ الْخَطَّابِ، قَضَى لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى هَذَا، فَقَالَ: رُدَّنَا إِلَى عُمَرَ. فَرَدَّنَا إِلَيْكَ. فَقَالَ: أَكَذَاكَ؟ فَقَالَ: نَعَمْ فَقَالَ عُمَرُ: مَكَانَكُمَا حَتَّى أَخْرُجَ إِلَيْكُمَا فَأَقْضِيَ بَيْنَكُمَا. فَخَرَجَ إِلَيْهِمَا مُشْتَمِلًا عَلَى سَيْفِهِ، فَضَرَبَ الَّذِي قَالَ رُدَّنا إِلَى عُمَرَ فَقَتَلَهُ، وَأَدْبَرَ الْآخَرُ فَارًّا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَتَلَ عُمَر وَاللَّهِ صَاحِبِي، وَلَوْلَا أَنِّي أعجزتُه لَقَتَلَنِي، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “مَا كُنْتُ أَظُنُّ أَنْ يَجْتَرِئَ عُمَر عَلَى قَتْلِ مُؤْمِنٍ” فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {فَلا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ} الْآيَةَ، فَهَدَرَ دَمَ ذَلِكَ الرَّجُلِ، وَبَرِئَ عُمَرُ مِنْ قَتْلِهِ، فَكَرِهَ اللَّهُ أَنْ يُسَنَّ ذَلِكَ بَعْدُ، فَقَالَ: {وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِنْ دِيَارِكُمْ مَا فَعَلُوهُ إِلا قَلِيلٌ مِنْهُمْ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا}

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yunus ibnu Abdul A’la secara qiraah, telah menceritakan kepada kami Wahb, telah menceritakan kepadaku Abdullah ibnu Luhai’ah, dari Al-Aswad yang menceritakan bahawa ada dua orang lelaki mengadukan persengketaan yang terjadi di antara keduanya kepada Rasulullah Saw. Maka Rasulullah Saw. memberikan keputusan peradilan yang seimbang di antara keduanya. Kemudian pihak yang dikalahkan mengatakan, “kembalikanlah perkara kami ini kepada Umar ibnul Khattab.” Maka Rasulullah Saw. bersabda, “Baiklah,” lalu keduanya berangkat menuju tempat Umar ibnu Khattab. Ketika keduanya sampai pada Umar, maka lelaki yang mempunyai usul tadi mengatakan, “Hai Ibnul Khattab, Rasulullah Saw. telah memutuskan perkara kami untuk kemenangan orang ini. Maka kukatakan, ‘Kembalikanlah kami kepada Umar ibnul Khattab.’ Maka beliau mengizinkan kami untuk meminta keputusan hukum darimu.” Umar bertanya, “Apakah memang demikian?” Si lelaki itu berkata, “Ya.” Umar berkata, “Kalau demikian, tetaplah kamu berdua di tempatmu, hingga aku keluar menemuimu untuk memutuskan perkara di antara kamu berdua.” Maka Umar keluar menemui keduanya seraya menyandang pedangnya, lalu dengan serta-merta dia memukul pihak yang mengatakan kepada Rasulullah Saw., “Kembalikanlah kami kepada Umar,” dengan pedang itu hingga mati seketika itu juga. Sedangkan lelaki yang lain pergi dan datang menghadap Rasulullah Saw., lalu berkata, “Wahai Rasulullah, demi Allah Umar telah membunuh temanku. Seandainya aku tidak mempunyai kemampuan menghadapinya, niscaya dia akan membunuhku pula.” Rasulullah Saw. bersabda, “Aku tidak menduga bahawa Umar berani membunuh seorang mukmin.” Maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) belum beriman hingga menjadikan kamu hakim mereka. (An-Nisa: 65), hingga akhir ayat. Dengan demikian, tersia-sialah darah lelaki itu dan bebaslah Umar dari tuntutan membunuh lelaki itu. Akan tetapi, Allah tidak suka bila hal ini dijadikan sebagai teladan nanti. Maka diturunkan-Nyalah firman-Nya: Dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan kepada mereka “Bunuhlah diri kalian.” (An-Nisa: 66), hingga akhir ayat.

Ataupun, ayat ini bermaksud: jangan hukum mereka lagi. Kerana mereka tidak buat salah apa-apa pun lagi. Yang salah itu hanyalah di dalam hati mereka dan Allah tahu apa yang di dalam hati mereka. Biarkan Allah sahaja yang menguruskan hal mereka.

 

وَعِظهُم

dan nasihatilah mereka,

Tapi jangan putus memberi nasihat kepada mereka. Sebab mereka tidak buat kesalahan. Mereka hanya mahu membela sahaja. Yang penting, kena terus nasihati mereka kerana iman mereka masih lemah lagi.

 

وَقُل لَّهُم في أَنفُسِهِم قَولًا بَليغًا

serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.

Beritahu mereka dalam suasana berseorangan. Itulah maksud في أَنفُسِهِم dalam ayat ini. Asingkan mereka dari orang lain semasa memberi nasihat itu. Kerana kalau nasihat dalam suasana yang ramai, mereka tak rasa nasihat itu untuk mereka.

Allah beritahu secara khusus kerana selalunya Nabi Muhammad beri nasihat kepada para sahabat dalam suasana yang ramai. Nabi akan beri nasihat secara umum sahaja kerana Nabi tidak mahu sesiapa rasa malu kalau Nabi sebut nama. Tapi, kalau Nabi nasihat macam itu, mungkin mereka tak rasa nasihat dan teguran itu dikenakan kepada mereka. Jadi bila jadi macam ni, kena nasihat secara khusus kepada mereka. Supaya mereka tahu yang nasihat itu memang khusus untuk mereka.

Kalimah بَليغًا bermaksud ‘sampai’. Maksudnya, beri nasihat biar sampai dalam hati mereka. Beri nasihat yang memberi bekas pada jiwa. Beritahu mereka yang sifat munafik yang ada pada mereka itu akan memakan diri mereka sendiri nanti. Mereka kena ubah perangai mereka.

Syaitan sentiasa sahaja menggalakkan permusuhan di kalangan manusia. Dan salah satu cara adalah dengan menghasut manusia untuk menggunakan kata-kata yang tidak baik, buruk dan menyakitkan hati.

Maka Qur’an banyak mengajar kita cara-cara berkomunikasi. Antaranya di dalam ayat ini:

a. Qawlan Ma’roofan: seperti yang disebut dalam Nisa:5. Ia bermaksud apabila bercakap, gunakan kata-kata yang senang difahami. Jangan cakap berbelit-belit sampai orang pun tidak faham.

b. Qawlan Sadeedan: seperti yang disebut dalam dalam ayat Nisa:9. bermaksud ucapan baik yang menepati syariat. Percakapan yang jelas, jangan samar-samar. Cakaplah dengan jelas dan tepat dan jangan sorok perkara yang kita tahu.

c. Qawlan Baleeghan: seperti yang disebut dalam ayat ini. Ia bermaksud kata-kata nasihat yang memberi kesan. Nasihatilah manusia biar sampai nasihat itu sampai ke dalam hati mereka. Bercakaplah dengan baik supaya nasihat itu memberi bekas pada jiwa.

d. Qawlan Kareeman: seperti yang disebut dalam Isra’:23. Menegur dengan menggunakan kalimah yang sesuai. Isra’:23 adalah tentang berkomunikasi kepada ibubapa. Kalau mereka salah, memang boleh tegur tapi kena pakai kalimah yang sesuai. Terutama apabila hendak menegur orang tua memang kena dengan caranya. Bercakaplah dengan mereka dan dengan orang lain pun dengan adab.

e. Qawlan Maisooran: seperti yang disebut dalam Isra’:28. Menggunakan ucapan yang lembut. Ayat Isra’:28 ini memberi contoh apabila tidak dapat memberi infak kepada orang yang meminta. Kita mahu membantu tapi waktu itu tak mampu nak membantu. Maka kita jelaskan kepada mereka kenapa kita tidak dapat membantu. Gunakan penjelasan yang mudah difahami dan jangan berbelit-belit. Waktu itu yang meminta itu memang sedang mengharap dan kalau kita berbelit kata, mereka akan tambah seksa.

f. Qawlan Layyinan: seperti yang disebut dalam Taha:44. Maksudnya bercakap dengan lemah lembut. Memang ini bukan mudah untuk dilakukan terutama kepada mereka yang telah melakukan kesalahan. Akan tetapi kita kena cuba kerana ayat Taha:44 ini arahan Allah kepada Nabi Musa untuk bercakap dengan lembut kepada Firaun dalam berdakwah. Kalau dengan Firaun pun kena bercakap lembut, apatah lagi dengan orang lain.


 

Ayat 64: Allah nak beritahu yang Dia hantar Nabi bukan main-main. Bukanlah Nabi itu digunakan pendapat baginda dan penghakiman dari baginda apabila rasa nak pakai sahaja, masa tak suka tidak dipakai. Nabi itu adalah seorang Rasul yang mulia dan perlu dirujuk kepada baginda dalam hal agama, dunia dan penghakiman.

Saidina Umar dah tahu tentang perkara itu. Itulah sebabnya dia telah membunuh lelaki yang tidak menghormati hukuman yang telah diberikan oleh baginda itu. Ini mengajar kita yang kita wajib untuk taat kepada Rasulullah.

وَما أَرسَلنا مِن رَّسولٍ إِلّا لِيُطاعَ بِإِذنِ اللهِ ۚ وَلَو أَنَّهُم إِذ ظَّلَموا أَنفُسَهُم جاءوكَ فَاستَغفَرُوا اللهَ وَاستَغفَرَ لَهُمُ الرَّسولُ لَوَجَدُوا اللهَ تَوّابًا رَّحيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not send any messenger except to be obeyed by permission of Allāh. And if, when they wronged themselves, they had come to you, [O Muḥammad], and asked forgiveness of Allāh and the Messenger had asked forgiveness for them, they would have found Allāh Accepting of repentance and Merciful.

MALAY

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

 

وَما أَرسَلنا مِن رَّسولٍ إِلّا لِيُطاعَ بِإِذنِ اللهِ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya dia ditaati dengan izin Allah.

Rasul mana pun yang diutuskan oleh Allah, mereka itu diutus supaya ditaati oleh umatnya. Oleh itu, kena ikut apa yang telah diberitahu oleh Nabi, apa yang telah dihukumkan oleh Nabi.

Ini juga menolak pendapat mereka yang kata kena pakai Qur’an sahaja. Ada golongan yang sesat yang mengatakan sedemikian dan ramai juga dari kalangan orang kita yang percaya. Mana boleh pakai Qur’an sahaja. Bukan satu sahaja sumber hukum dan wahyu kepada kita.

Kita kena juga ikut apa yang disampaikan oleh Nabi kerana Nabi yang ajar agama kepada kita. Dalam Qur’an kita disuruh solat, tapi kalau kita nak solat sendiri pun tak boleh tanpa Nabi ajar kepada kita cara-caranya. Kalau tidak kerana panduan dari Nabi, kita nak solat dua rakaat pun tidak boleh, percayalah.

Allah sebut para Rasul itu ditaati ‘dengan izin Allah’. Maknanya, Allah yang perintah kita ikut dan taat kepada Nabi. Kalau tidak taat kepada Nabi, maknanya kita tidak taat kepada Allah.

Menurut pendapat Mujahid pula, makna yang dimaksud ialah tiada seorang pun yang taat kepadanya kecuali dengan izin Allah. Dengan kata lain, tiada seorang pun yang taat kepada rasul kecuali orang yang telah Allah telah berikan kepadanya taufik untuk itu.

 

وَلَو أَنَّهُم إِذ ظَّلَموا أَنفُسَهُم

Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri 

Tapi para munafik tidak taat kepada Nabi. Mereka sanggup mendapatkan penghakiman dari pihak lain selain daripada Nabi Muhammad. Mereka tidak pandang keputusan Nabi Muhammad itu sebagaimana yang sepatutnya. Mereka masih nak pakai hukum orang lain lagi. Itulah maksudnya mereka ‘menzalimi’ diri mereka sendiri.

 

جاءوكَ فَاستَغفَرُوا اللهَ

datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, 

Begitu pun, kalau mereka telah buat salah, tapi mereka datang berjumpa dengan Nabi dan memohon keampunan kepada Allah, itu adalah lebih baik.

 

وَاستَغفَرَ لَهُمُ الرَّسولُ

dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, 

Kalaulah mereka jumpa Nabi selepas mereka buat salah dengan minta kehakiman selain Nabi, dan minta ampun kepada Nabi, Nabi aminkan, tentu Allah akan ampunkan.

Atau mereka kena minta maaf kepada Nabi Muhammad kerana mereka tidak datang kepada baginda untuk mendapatkan kehakiman.

Atau dalam kes yang telah disebut, setelah Nabi memberi keputusan, ada yang tidak puas hati. Itu adalah kesalahan kepada Nabi Muhammad juga kerana telah menyakitkan hati Nabi Muhammad. Seumpama mengatakan yang penghakiman Nabi itu tidak adil.

 

لَوَجَدُوا اللهَ تَوّابًا رَّحيمًا

tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Tentulah mereka akan diampuni oleh Allah. Itu adalah langkah yang lebih baik untuk mereka. Apabila sudah buat salah, diberi nasihat, ikutlah nasihat itu, jangan degil.

Tidak taat kepada pemerintah adalah satu kesalahan. Mereka yang munafik itu ada masalah dengan pemerintah. Mereka susah hendak menerima autoriti yang di atas mereka. Mereka tetap mahu buat ikut kepala mereka sendiri.


 

Ayat 65: Kalau sesiapa yang ada masalah untuk berhukum dengan apa yang disampaikan oleh Nabi, mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka sahaja yang kata mereka beriman tetapi sebenarnya tidak.

فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤمِنونَ حَتّىٰ يُحَكِّموكَ فيما شَجَرَ بَينَهُم ثُمَّ لا يَجِدوا في أَنفُسِهِم حَرَجًا مِّمّا قَضَيتَ وَيُسَلِّموا تَسليمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But no, by your Lord, they will not [truly] believe until they make you, [O Muḥammad], judge concerning that over which they dispute among themselves and then find within themselves no discomfort from what you have judged and submit in [full, willing] submission.

MALAY

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

 

فَلا وَرَبِّكَ

Maka demi Tuhanmu

Ini adalah Lafaz Tahkik dan Qosam (sumpah). Allah bersumpah dengan KedudukanNya. Kalau Allah sampai bersumpah begitu, tentu sesuatu yang besar yang hendak diberitahu. Kerana banyak juga ayat-ayat dimana Allah bersumpah tapi selalunya dengan makhlukNya. Tapi sekarang Allah bersumpah dengan DiriNya sendiri. Maka kena dengar betul-betul.

 

لا يُؤمِنونَ حَتّىٰ يُحَكِّموكَ فيما شَجَرَ بَينَهُم

Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka,

Allah beritahu yang muslim sebenarnya tidak beriman, sehinggalah mereka melantik Nabi Muhammad menjadi hakim untuk menyelesaikan sebarang perselisihan antara mereka.

Lafaz شَجَرَ yang dari sudut bahasa bermakna ‘pokok’ memberi isyarat kepada apa-apa perkara baru yang timbul. Kerana pokok akan bercambah dan mengeluarkan dahan baru, bukan? Kadangkala ada sahaja timbul permasalah baru yang kita tahu jalan penyelesaiannya, bukan? Maka kena rujuk kepada Rasulullah.

Jadi, ini adalah hukum yang universal: Tidak dikira beriman sehinggalah kita menjadikan Nabi sebagai penghukum dalam permasalahan kita.

Lihatlah bagaimana Allah tak kata Qur’an pun dalam ayat ini. Ini kerana kita kena ikut cara Nabi faham Qur’an. Kerana kalau kata ikut ‘Quran’ sahaja, ada yang pakai ayat Qur’an tapi mereka tafsir ikut faham mereka sahaja dan kata mereka kononnya ikut Qur’an.

Tidaklah boleh begitu.. kita kena faham Qur’an sebagaimana yang Nabi faham. Dan Nabi dah ajarkan kepada sahabat yang menyampaikan kepada kita pemahaman itu. Ini boleh dirujuk dalam banyak ayat-ayat Qur’an.

 

ثُمَّ لا يَجِدوا في أَنفُسِهِم حَرَجًا مِّمّا قَضَيتَ

kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan,

Bukan sahaja kena ambil Nabi sebagai penghakim, tapi setelah Nabi buat keputusan, kena terima tanpa sukar. Kadangkala ada yang pergi jumpa Nabi tapi berat nak terima. Sebagaimana kisah Bishr yang munafik itu. Dia telah pergi dah jumpa Nabi minta selesaikan perbalahan antara beliau dan lelaki Yahudi itu, tapi apabila sudah diberi keputusan oleh Nabi, dia tidak puas hati pula. Ini adalah salah.

Seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis yang mengatakan:

“وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبَعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ”

Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, tidak sekali-kali seseorang di antara kalian beriman sebelum keinginannya mengikuti keputusan yang telah ditetapkan olehku.

Ada orang yang tidak puas dengan keputusan dan Sunnah Nabi. Sebagai contoh, Nabi telah menyampaikan kelonggaran untuk menggunakan tayamum jikalau tiada air atau dalam kesakitan. Tapi kalau ada sesiapa yang rasa tak selesa dengan apa yang disampaikan Nabi itu, maknanya dia ada masalah dengan iman dia. Kena jaga-jaga kalau begitu.

Begitu juga, kita dalam beramal, kena cari amalan yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Kalau ada rasa macam amalan baginda tidak lengkap, tidak cukup, sampai nak kena pakai amalan yang tidak ada dalil dari perbuatan baginda, ini pun menunjukkan ada masalah dengan iman.

Itulah sebabnya, kalau sesiapa dari masyarakat yang melakukan amalan bidaah, mereka sebenarnya ada masalah iman. Mereka rasa tidak cukup dengan apa yang Nabi telah amalkan.

 

وَيُسَلِّموا تَسليمًا

dan mereka menyerah diri mereka dengan sepenuhnya.

Bukan sahaja kena jadikan Nabi sebagai penghukum dan terima dengan senang hati segala keputsan dari baginda, tapi kita kena terima keputusan Nabi sepenuhnya. Itulah maksud sallama. تَسليمًا adalah perkataan dalam bentuk maf’ul mutlak. Tidak boleh tinggal sedikit pun.

Sekarang Nabi memang sudah tiada di kalangan kita, tapi hadis dan sunnah baginda masih ada lagi. Maka apa-apa perselisihan sekarang pun kena rujuk kepada hadis. Kena cari apa yang Nabi telah putuskan sebelum ini.

Maka, kenalah rujuk kepada mereka yang tahu tentang hadis dan sunnah. Jangan tanya kepada ustaz yang tak berapa faham atau tidak belajar tafsir Qur’an dan hadis. Memang kita ada banyak ustaz dalam negara ini, tapi kebanyakan dari mereka tak belajar pun tafsir Qur’an dan hadis. Jadi macam mana mereka nak beri keputusan berdasarkan apa yang Nabi telah putuskan, sedangkan mereka sendiri tidak tahu?

Janganlah sebab mereka digelar ‘ustaz’ sahaja, terus mereka diterima pakai. Kena hati-hati. Kena cari ustaz yang amalkan Sunnah dan bila mereka bercakap, mereka berikan dalil dari Qur’an dan sunnah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 26 Oktober 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 60 – 62 (Tolak hukum Allah adalah munafik)

Ayat 60: Ayat sebelum ini tentang suruhan merujuk kepada Allah dan RasulNya untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan atau pertembungan pendapat dengan menggunakan Qur’an dan Sunnah. Sekarang dalam ayat ini pula, terdapat larangan untuk merujuk kepada yang selainnya. Ayat ini adalah Zajrun kepada golongan munafiqin.

Asbabun Nuzul ayat: ada seorang munafik (dikatakan namanya adalah Bishr) yang bertelingkah dengan seorang lelaki Yahudi. Mereka telah bermuamalah dan telah ada perselisihan antara mereka. Untuk mencari penyelesaian, mereka bersetuju untuk merujuk perkara itu kepada pihak lain.

Lelaki munafik itu ajak lelaki Yahudi itu untuk jumpa pemuka Yahudi yang bernama Kaab ibn Ashraf untuk selesaikan masalah mereka itu. Lelaki Yahudi itu pula mengajak mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad.

Kenapa lelaki munafik itu mengajak berjumpa dengan pemuka Yahudi pula, sedangkan dia mengaku dia Muslim? Ini adalah kerana dia tahu yang dia salah dan dia juga tahu yang Nabi Muhammad itu adil. Maka dia rasa dia akan ada peluang untuk menang kalau masalah mereka itu dihakimi oleh Kaab. Sedangkan lelaki Yahudi itu mengajak berjumpa dengan Nabi Muhammad kerana dia juga tahu yang Nabi Muhammad itu adil dan dia tahu yang dia di pihak yang benar.

Tetapi setelah mereka berbincang lanjut, mereka bersetuju untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad. Apabila mereka berjumpa Nabi dan setelah diberikan maklumat tentang perselisihan itu, Nabi telah membuat keputusan yang berpihak kepada lelaki Yahudi itu.

Malangnya, lelaki munafik itu sangsi dengan keputusan Nabi Muhammad kerana dia rasa Nabi Muhammad buat keputusan itu kerana baginda hormat kepada lelaki Yahudi itu sampai baginda telah buat keputusan yang tidak adil. Jadi dia telah ajak lelaki Yahudi itu jumpa Sayidina Umar pula kerana dia rasa Umar lebih tegas dan tidak tunduk atau berlembut dengan orang Yahudi (dia sangka Nabi berlembut dengan  Yahudi sebab itu beri keputusan berpihak kepada Yahudi). Dia juga rasa yang Sayidina Umar keras terhadap orang kafir, maka dia rasa dia ada peluang untuk mengubah keputusan itu.

Bila jumpa Sayidina Umar, lelaki Yahudi itu cepat-cepat jelaskan kepada Umar bahawa mereka sebenarnya telah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan Nabi telah memberi keputusan berpihak kepada beliau. Mendengar perkara itu dan setelah pastikan dengan lelaki munafik itu yang itulah yang terjadi, Umar suruh mereka tunggu.

Sayidina Umar telah masuk ke dalam rumah dan bawa keluar pedang dan terus bunuh munafik itu kerana pada beliau, lelaki itu sudah murtad kerana tidak puas hati dengan keputusan Nabi.

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ يَزعُمونَ أَنَّهُم ءآمَنوا بِما أُنزِلَ إِلَيكَ وَما أُنزِلَ مِن قَبلِكَ يُريدونَ أَن يَتَحاكَموا إِلَى الطّٰغوتِ وَقَد أُمِروا أَن يَكفُروا بِهِ وَيُريدُ الشَّيطٰنُ أَن يُضِلَّهُم ضَلٰلًا بَعيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you not seen those who claim to have believed in what was revealed to you, [O Muḥammad], and what was revealed before you? They wish to refer legislation to ṭāghūt,¹while they were commanded to reject it; and Satan wishes to lead them far astray.

  • False objects of worship or those transgressors who usurp the divine right of government.

MALAY

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

 

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ يَزعُمونَ أَنَّهُم ءآمَنوا بِما أُنزِلَ إِلَيكَ

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu

Mereka sahaja perasan mereka beriman tetapi sebenarnya mereka itu adalah munafik. Lafaz يَزعُمونَ dalam ayat ini bermaksud mereka itu amat yakin dalam anggapan mereka. Mereka sangka mereka telah beriman. Mereka sangka mereka telah beriman dengan Qur’an tapi sebenarnya tidak.

Macam juga dari kalangan masyarakat kita. Kalau kita kata mereka tidak beriman dengan Qur’an, tentu mereka marah. Sebab mereka memang hormat betul dengan Qur’an. Boleh kata hari-hari baca Qur’an (sekurang-kurangnya surah Fatihah). Kemudian mereka letak tinggi di dalam almari, kalau pegang Qur’an mereka akan cium dan letak atas kepala; tapi sebenarnya mereka tidak beriman pun dengan Qur’an kerana mereka tidak belajar isi kandung Qur’an itu.

 

وَما أُنزِلَ مِن قَبلِكَ

dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu

Mereka juga sangka mereka telah beriman dengan Kitab-kitab suci sebelum ini seperti Taurat dan Injil. Ini merujuk kepada puak Yahudi dan Nasrani. Mereka juga sangka mereka beriman, tapi sebenarnya mereka tidak beriman.

 

يُريدونَ أَن يَتَحاكَموا إِلَى الطّٰغوتِ

Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut,

Mereka sangka mereka beriman, tapi dalam masa yang sama mereka cari penghakiman kepada taghut. Taghut adalah apa sahaja yang mengajak kepada selain Allah. Dan ia juga bermaksud penghakiman yang tidak menggunakan hukum Allah.

Ini merujuk kepada keinginan Bishr untuk membawa penghakiman urusan muamalah mereka itu kepada Kaab bin Ashraf. Jadi kalau kita macam dia juga, maknanya samalah dengan dia. Iaitu tidak mencari penghakiman dari Qur’an dan Sunnah, tapi cari penghakiman dengan cara lain.

Apabila menggunakan sumber lain selain dari Nabi dan Allah sebagai penghukum, itu dikatakan merujuk kepada Taghut.

 

وَقَد أُمِروا أَن يَكفُروا بِهِ

padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. 

Sedangkan Muslim kena tolak taghut. Ramai yang mengaku Muslim dan kata baca Qur’an dan Sunnah, tapi dalam hal penghakiman, ramai yang pakai sumber yang lain. Mereka rasa seperti undang-undang Islam ini tidak layak dipakai dan tidak dapat menyelesaikan masalah mereka.

 

وَيُريدُ الشَّيطٰنُ أَن يُضِلَّهُم ضَلٰلًا بَعيدًا

Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Mereka sebenarnya dibisik oleh syaitan untuk tidak berpegang dengan undang-undang Islam.  Syaitan nak mereka sesat dari ajaran yang benar. Syaitan yang suruh mereka jauh dari Allah, jauh dari Nabi.

Kita jangan rasa ayat ini tidak kena kepada kita. Memang Nabi Muhammad sudah tidak ada di kalangan kita untuk mengadili sesuatu perselisihan. Tapi bukankah sunnah Nabi ada di kalangan kita lagi? Bukankah kita sepatutnya merujuk apakah kata-kata baginda dengan mempelajari hadis baginda?

Tetapi berapa ramai yang tidak kisah pun dengan hadis dan sunnah Nabi tapi mereka buat keputusan dengan merujuk kepada selain nas dan menggunakan akal fikiran sahaja.


 

Ayat 61: Mereka yang tidak mahu berhukum dengan hukum yang disampaikan oleh Nabi adalah bersifat munafik.

وَإِذا قيلَ لَهُم تَعالَوا إِلىٰ ما أَنزَلَ اللهُ وَإِلَى الرَّسولِ رَأَيتَ المُنٰفِقينَ يَصُدّونَ عَنكَ صُدودًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when it is said to them, “Come to what Allāh has revealed and to the Messenger,” you see the hypocrites turning away from you in aversion.

MALAY

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Qur’an yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

 

وَإِذا قيلَ لَهُم تَعالَوا إِلىٰ ما أَنزَلَ اللهُ وَإِلَى الرَّسولِ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,”

Ini adalah apa yang diajak kepada mereka. Mereka diajak menggunakan hukum yang telah disampaikan oleh Allah dan apa yang disampaikan oleh Rasulullah. Begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang mengaku mukmin.

 

رَأَيتَ المُنٰفِقينَ يَصُدّونَ عَنكَ صُدودًا

nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

Orang munafik tidak terima penghukuman yang menggunakan ayat Qur’an dan sunnah. Mereka akan halang dengan keras. Mereka tidak suka menyelesaikan masalah mereka menggunakan wahyu.

Mereka nak guna akal manusia sahaja kerana kalau guna akal, mereka boleh ubah ikut kehendak mereka. Mereka bukan sahaja tidak mahu menggunakan hukum dari nas, tapi mereka akan menghalang orang lain dari menggunakannya juga. Itu adalah sifat orang munafik.

Tapi kalau mereka rasa hukum yang diberikan berpihak kepada mereka, mereka akan pakai juga. Tapi kalau mereka rasa macam akan berlawanan dengan kehendak mereka, mereka tidak akan bawa.

Begitulah juga masyarakat kita yang munafik. Kalau nas dari agama itu bersesuaian dengan kehendak mereka, mereka akan pakai; tapi kalau tidak sesuai, mereka akan tolak…


 

Ayat 62: Kita kena tahu bahawa Sayidina Umar ada kelebihan. Memang apa yang dia lakukan itu (membunuh lelaki munafik itu) tidak merujuk kepada Nabi Muhammad, tapi berdasarkan pemahaman beliau tentang agama Islam.

Dia memang pernah buat sesuatu yang bertepatan dengan hukum Allah walaupun hukum itu belum dikeluarkan lagi. Tetapi perbuatan beliau itu telah dibenarkan oleh wahyu selepas itu. Begitu juga perbuatan Umar membunuh lelaki yang telah bertanya hukum kepadanya selepas bertanya kepada Nabi.

Dalam ayat ini, Allah tidak menegur perbuatan Sayidina Umar itu, malah mengiyakan apa yang telah dilakukan oleh beliau.

فَكَيفَ إِذا أَصٰبَتهُم مُّصيبَةٌ بِما قَدَّمَت أَيديهِم ثُمَّ جاءوكَ يَحلِفونَ بِاللهِ إِن أَرَدنا إِلّا إِحسٰنًا وَتَوفيقًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So how [will it be] when disaster strikes them because of what their hands have put forth and then they come to you swearing by Allāh, “We intended nothing but good conduct and accommodation.”

MALAY

Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: “Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)”.

 

فَكَيفَ إِذا أَصٰبَتهُم مُّصيبَةٌ بِما قَدَّمَت أَيديهِم

Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri,

‘Musibah’ yang dimaksudkan adalah lelaki munafik itu telah dibunuh oleh Sayidina Umar. Lelaki itu dibunuh kerana salah dia sendiri. Memang patut dia kena begitu.

 

ثُمَّ جاءوكَ يَحلِفونَ بِاللهِ

kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah dengan nama Allah,

‘Mereka’ yang dimaksudkan itu adalah keluarga lelaki munafik itu. Keluarga dia telah kelam kabut datang jumpa Nabi sebab tak puas hati dengan perbuatan Umar.

Mereka datang itu kerana hendak bela perbuatan keluarga mereka yang munafik. Sampai mereka sanggup bersumpah atas nama Allah. Ringan sekali sumpah pada lidah mereka. Begitulah orang munafik akan guna apa sahaja untuk menyelamatkan diri mereka dan untuk dapat apa yang mereka hendak. Mereka tidak kisah pun menggunakan nama Allah kerana ringan sahaja nama Allah bagi mereka.

 

إِن أَرَدنا إِلّا إِحسٰنًا وَتَوفيقًا

kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian

Mereka bersumpah dengan nama Allah, yang kedatangan mereka untuk mengadu itu adalah untuk kebaikan dan mendapatkan perdamaian sahaja.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 April 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi