Tafsir Surah Hud Ayat 72 – 77 (Kedatangan malaikat kepada Nabi Luth)

Ayat 72: Ini adalah kata-kata Sarah selepas beliau mendapat berita dari malaikat yang dia akan mengandung dan akan melahirkan anak.

قالَت يا وَيلَتىٰ أَأَلِدُ وَأَنا عَجوزٌ وَهٰذا بَعلي شَيخًا ۖ إِنَّ هٰذا لَشَيءٌ عَجيبٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

She said, “Woe to me!¹ Shall I give birth while I am an old woman and this, my husband, is an old man? Indeed, this is an amazing thing!”

  • An expression of surprise and amazement.

(MALAY)

Isterinya berkata: “Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula? Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh”.

 

قالَت يا وَيلَتىٰ أَأَلِدُ وَأَنا عَجوزٌ

Isterinya berkata: “Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, 

Sarah amat terkejut apabila mendapat berita yang dia akan melahirkan anak. Ini adalah kerana umurnya waktu itu sudah tua. Waktu itu dikatakan yang umur beliau adalah 70 tahun. Kalau ikut kadar normal, itu bukanlah waktu untuk beranak lagi.

 

وَهٰذا بَعلي شَيخًا

dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula?

Bukan sahaja beliau sudah tua, tapi suaminya iaitu Nabi Ibrahim juga sudah tua. Ada riwayat yang mengatakan Nabi Ibrahim waktu itu berumur 120 tahun.

 

إِنَّ هٰذا لَشَيءٌ عَجيبٌ

Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh”.

Sarah mengatakan yang ini adalah perkara yang amat luar biasa. Kerana umur mereka berdua sudah melebihi umur normal untuk mendapatkan anak. Selama mereka bernikah, Sarah tidak pernah melahirkan anak lagi.


 

Ayat 73: Ini jawapan dari para malaikat yang telah menyampaikan berita gembira itu apabila Sarah macam tidak percaya yang dia akan mengandung.

قالوا أَتَعجَبينَ مِن أَمرِ اللَّهِ ۖ رَحمَتُ اللَّهِ وَبَرَكاتُهُ عَلَيكُم أَهلَ البَيتِ ۚ إِنَّهُ حَميدٌ مَجيدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Are you amazed at the decree of Allāh? May the mercy of Allāh and His blessings be upon you, people of the house. Indeed, He is Praiseworthy and Honorable.”

(MALAY)

Para malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.

 

قالوا أَتَعجَبينَ مِن أَمرِ اللَّهِ

Para malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah?

Malaikat tanya balik: apakah kamu rasa hairan dengan Qudrat Allah? Qudrat Allah tidak tertakluk kepada hukum alam biasa. Allah boleh buat apa sahaja yang Allah mahu. Urusan Allah boleh melampaui adat biasa. Walaupun sudah tua atau mandul, Allah tetap boleh menyebabkan beliau mengandung.

 

رَحمَتُ اللَّهِ وَبَرَكاتُهُ عَلَيكُم أَهلَ البَيتِ

rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! 

Semua yang diberikan itu adalah sebagai Rahmat dariNya. Kalau Allah nak beri, tidak ada sesiapa yang boleh halang.

Lihatlah bagaimana penggunaan lafaz ‘ahlul bait’ (ahli rumah) yang digunakan dalam ayat ini. Ahlal bait itu merujuk kepada isteri Nabi Ibrahim. Oleh itu, ahlil bait bukan merujuk kepada anak cucu sahaja seperti yang dikatakan oleh puak Syiah. Mereka kata anak cucu Nabi Muhammad lah ahlil bait seperti Fatimah, Hasan, Husain dan sebagainya.

Mereka kata isteri-isteri Nabi Muhammad seperti Aisyah dan Habsah itu bukan ahlil bait. Itu adalah pandangan yang sempit sedangkan ‘ahlul bait’ dalam Qur’an merujuk kepada isteri. Dan termasuk juga anak dan anak cucu di masa hadapan.

 

إِنَّهُ حَميدٌ مَجيدٌ

Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.

Allah boleh beri apa sahaja kepada makhluk yang dikehendaki dengan segala rahmat, kerana Dia Amat Pemurah sekali.


 

Ayat 74: Habis kisah tentang anak Nabi Ibrahim, sekarang masuk kepada kisah Nabi Luth pula.

فَلَمّا ذَهَبَ عَن إِبراهيمَ الرَّوعُ وَجاءَتهُ البُشرىٰ يُجادِلُنا في قَومِ لوطٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when the fright had left Abraham and the good tidings had reached him, he began to argue [i.e., plead] with Us¹ concerning the people of Lot.

  • i.e., with Our angels.

(MALAY)

Maka tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth.

 

فَلَمّا ذَهَبَ عَن إِبراهيمَ الرَّوعُ

Maka tatkala rasa takut hilang dari Nabi Ibrahim

Setelah hilang takut dari hati baginda. Takut yang mana? Iaitu ketakutan dengan kedatangan para malaikat itu yang disangka mahu membunuh baginda, kerana mereka tidak makan hidangan yang disajikan kepada mereka. Setelah baginda tahu yang mereka adalah malaikat dan bukannya datang untuk membunuh baginda, maka hilanglah rasa takut itu.

Kalimah الرَّوعُ merujuk kepada perasaan takut berserta dengan perasaan terkejut sekali. Keadaan ini sampaikan menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir dengan jelas.

 

وَجاءَتهُ البُشرىٰ

dan berita gembira telah datang kepadanya, 

Dan setelah sampai berita gembira, iaitu baginda akan dikurniakan dengan anak yang bernama Ishak dan cucu yang bernama Ya’kob. Memang emosi baginda pada hari itu lain macam. Sudahlah takut, kemudian diberitahu dengan berita gembira pula. Sekejap takut dan sekejap gembira.

 

يُجادِلُنا في قَومِ لوطٍ

dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth.

Setelah perasaan baginda kembali tentang dari ketakutan dan kegembiraan mendapat berita mendapat anak dan cucu itu berlalu, baginda mula bertanya khabar tentang kaum Nabi Luth a.s. Nabi Luth adalah anak saudara baginda. Jadi tentunya baginda terkesan dengan berita malaikat datang itu adalah untuk menghancurkan umat Nabi Luth.

Kalimah يُجادِلُنا maknanya baginda nak minta supaya jangan apa-apakan Nabi Luth. Nabi Ibrahim tanya malaikat dan ada soal jawab dengan malaikat. Baginda juga mungkin hendak menyelamatkan kaum Nabi Luth itu. Ini adalah kerana baginda tidak faham bahawa kaum itu tidak dapat diselamatkan lagi. Mereka itu semuanya kufur kecuali Nabi Luth dan anak-anak baginda sahaja.

Maka Nabi Ibrahim berkata kepada mereka, “Apakah kalian akan menghancurkan suatu kota yang di dalamnya terdapat tiga ratus orang mukmin?” Mereka menjawab, “Tidak.” Ibrahim berkata, “Apakah kalian akan membinasakan suatu kota yang di dalamnya terdapat dua ratus orang mukmin?” Mereka menjawab, “Tidak.” Ibrahim berkata, “Apakah kalian akan menghancurkan suatu kota yang di dalamnya terdapat empat puluh orang mukmin?” Mereka menjawab, “Tidak.” Ibrahim berkata, “Tiga puluh orang mukmin?” Mereka menjawab, “Tidak,” hingga sampai menyebut lima orang mukmin, dan mereka menjawab, “Tidak.” Nabi Ibrahim bertanya, “Bagaimanakah pendapat kalian jika di dalamnya terdapat seorang lelaki Muslim, apakah kalian akan menghancurkan mereka juga?” Mereka menjawab, “Tidak.” Maka pada saat itu juga Ibrahim berkata, seperti yang disebut oleh firman-Nya:

{إِنَّ فِيهَا لُوطًا قَالُوا نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَنْ فِيهَا لَنُنَجِّيَنَّهُ وَأَهْلَهُ إِلا امْرَأَتَهُ}

“Sesungguhnya di kota itu ada Luth.” Para malaikat berkata, “Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami sungguh-sungguh akan menyelamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya.” (Al-‘Ankabut: 32), hingga akhir ayat.

Maka Ibrahim diam tidak membantah mereka dan hatinya menjadi tenang.


 

Ayat 75: Kenapa Nabi Ibrahim cuba menyelamatkan kaum Nabi Luth itu?

إِنَّ إِبراهيمَ لَحَليمٌ أَوّاهٌ مُنيبٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Abraham was forbearing, grieving¹ and [frequently] returning [to Allāh].

  • i.e., sighing or moaning during supplication out of grief for people and fear of Allāh.

(MALAY)

Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.

 

إِنَّ إِبراهيمَ لَحَليمٌ

Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba

Baginda cuba berhujah bagi pihak kaum Nabi Luth itu kerana baginda seorang yang memiliki hati yang lembut lagi tabah. Baginda amat sayang kepada manusia lain.

Baginda juga seorang yang mudah menangis. Iaitu seorang yang apabila berdoa kepada Allah, akan berdoa dengan suara yang lirih dan mengharap. Sampaikan keluar suara dari diri baginda. Oleh itu, apabila kita baca ayat tentang doa Nabi Ibrahim, kita kena bayangkan baginda semasa berdoa itu dengan tangisan sekali kerana baginda amat mengharap.

 

أَوّاهٌ مُنيبٌ

dan suka kembali kepada Allah.

Baginda sentiasa kembali bertaubat kepada Allah. Seperti yang kita selalu sebut, maksud taubat itu adalah kembali kepada Allah.


 

Ayat 76: Ini adalah jawapan kepada rayuan Nabi Ibrahim a.s.

يا إِبراهيمُ أَعرِض عَن هٰذا ۖ إِنَّهُ قَد جاءَ أَمرُ رَبِّكَ ۖ وَإِنَّهُم آتيهِم عَذابٌ غَيرُ مَردودٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[The angels said], “O Abraham, give up this [plea]. Indeed, the command of your Lord has come, and indeed, there will reach them a punishment that cannot be repelled.”

(MALAY)

Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak.

 

يا إِبراهيمُ أَعرِض عَن هٰذا

Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini,

Baginda diminta jangan lagi merayu bagi pihak kaum Nabi Luth itu. Jangan peduli kaum yang degil itu. Mereka itu bukannya kaum baginda tapi begitulah Nabi Ibrahim, mempunyai hati yang penyantun.

Ayat ini sebenarnya memuji Nabi Ibrahim kerana sifat-sifat baik yang dimilikinya. Allah amat sayang kepada baginda, maka Allah memberitahu dengan lembut kepada baginda.

 

إِنَّهُ قَد جاءَ أَمرُ رَبِّكَ

sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, 

Berhenti lagi dari berhujah kerana telah sampai keputusan azab dari Allah. Kalau sudah sampai keputusan dari Allah, tidak ada sesiapa yang dapat menghalang. Kalau tanya lebih-lebih pun sudah jadi masalah.

 

وَإِنَّهُم آتيهِم عَذابٌ غَيرُ مَردودٍ

dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak.

Telah pasti yang kaum Nabi Luth itu akan ditimpa azab yang tidak boleh ditolak lagi. Allah telah buat keputusan, jadi kena terima sahaja.


 

Ayat 77: Sudah habis kisah dengan Nabi Ibrahim. Sekarang tentang Nabi Luth a.s. pula.

وَلَمّا جاءَت رُسُلُنا لوطًا سيءَ بِهِم وَضاقَ بِهِم ذَرعًا وَقالَ هٰذا يَومٌ عَصيبٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when Our messengers, [the angels], came to Lot, he was anguished for them and felt for them great discomfort¹ and said, “This is a trying day.”

  • Prophet Lot feared for the safety and honor of his guests.

(MALAY)

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata: “Ini adalah hari yang amat sulit”.

 

وَلَمّا جاءَت رُسُلُنا لوطًا سيءَ بِهِم

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah

Apabila para malaikat itu sampai kepada Nabi Luth, Nabi Luth rasa susah hati dengan kedatangan mereka. Kenapa agaknya?

 

وَضاقَ بِهِم ذَرعًا

dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka,

Dan dada baginda menjadi sempit kerana kedatangan mereka itu. Kenapa pula? Kerana keadaan kaumnya yang suka melepaskan nafsu kepada remaja lelaki. Ini adalah kerana para malaikat itu datang merupa lelaki-lelaki yang tampan paras rupa.

Dan baginda tahu apa yang kaumnya akan cuba lakukan. Kaumnya akan datang untuk mendapatkan lelaki-lelaki tampan itu kerana mereka mahu memuaskan nafsu mereka. Mereka tidak boleh tengok lelaki tampan.

 

وَقالَ هٰذا يَومٌ عَصيبٌ

dan dia berkata: “Ini adalah hari yang amat sulit”.

Baginda rasa susah kerana baginda tahu yang baginda tidak dapat menyelamatkan lelaki-lelaki itu. Baginda masih tidak tahu yang itu semua adalah para malaikat. Baginda sangka mereka itu lelaki biasa sahaja. Baginda rasa hari itu adalah hari yang sangat sukar. عَصيبٌ bermaksud sukar, tidak ada kebaikan.

Kerana kerisauan baginda itu, tidak sama layanan baginda kepada mereka seperti layanan bapa saudaranya Nabi Ibrahim. Apabila para tetamu itu datang kepada Nabi Ibrahim, baginda memberi salam kepada mereka. Tapi tidak ada lafaz salam dari Nabi Luth kepada mereka di dalam Qur’an ini. Ini menunjukkan suasana yang berlainan sekali.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 16 Mac 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah al-A’raf Ayat 77 – 81 (Kisah Nabi Luth a.s.)

Ayat 77:

فَعَقَرُوا النّاقَةَ وَعَتَوا عَن أَمرِ رَبِّهِم وَقالوا يا صالِحُ ائتِنا بِما تَعِدُنا إِن كُنتَ مِنَ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So they hamstrung the she-camel and were insolent toward the command of their Lord and said, “O Ṣāliḥ, bring us what you promise us, if you should be of the messengers.”

MALAY

Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: “Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)”.

فَعَقَرُوا النّاقَةَ

Maka mereka pun menyembelih unta itu,

Kaum Tsamud telah diberikan dengan mukjizat unta betina. Unta itu mereka sendiri yang minta sebagai bukti. Tapi akhirnya mereka sembelih unta mukjizat itu. Setelah unta tersebut hidup bersama mereka cukup lama di kalangan mereka, dan mereka makin hebat dalam mendustakan Nabi Saleh a.s., maka mereka bertekad untuk membunuh unta betina itu dengan tujuan agar bahagian airnya dapat mereka peroleh setiap harinya – tidaklah lagi berkongsi air dengan unta itu kerana hari unta itu minum, mereka mereka tidak dapat minum air.

Menurut suatu pendapat, mereka semuanya sepakat untuk mem­bunuh unta betina itu. Qatadah mengatakan: telah sampai kepadaku suatu kisah yang mengatakan bahwa lelaki yang membunuh unta itu terlebih dahulu berkeliling menemui semua kaumnya untuk memperoleh persetujuan dalam membunuh unta itu; yang dimintai persetujuan termasuk kaum wanita yang berada di dalam khemah-khemah dan juga anak-anak.

Maka perbuatan membunuh unta itu disandarkan kepada keseluruhan kabilah, maka hal ini menunjukkan bahawa mereka semuanya setuju dengan perbuatannya.

وَعَتَوا عَن أَمرِ رَبِّهِم

dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka,

Mereka telah menderhaka arahan Allah. Lafaz عَتَوا dari katadasar ع ت و yang bermaksud melawan jenis hendak menunjuk mereka melawan. Kerana ada jenis melawan tapi di belakang sahaja. Tapi mereka ini memang melawan dengan cara berdepan. Sengaja hendak menunjuk yang mereka tidak suka dan berani.

وَقالوا يا صالِحُ ائتِنا بِما تَعِدُنا إِن كُنتَ مِنَ المُرسَلينَ

dan mereka berkata: “Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus

Lihatlah betapa kurang ajarnya mereka. Mereka telah bunuh unta mukjizat itu walaupun mereka tahu ada amaran dari Allah tentang larangan mengganggu unta itu. Tapi mereka lakukan juga dan mereka kata bawalah kepada mereka azab itu.

Setelah mereka melakukan hal tersebut dan penyembelihan unta betina itu telah selesai mereka kerjakan, beritanya terdengar oleh Nabi Saleh a.s. Maka Nabi Saleh mendatangi mereka di saat mereka sedang berkumpul. Ketika Nabi Saleh melihat bahwa unta betina itu telah disembelih, baginda menangis dan berkata, seperti yang dikisahkan oleh firman-Nya:

تَمَتَّعُوا فِي دَارِكُمْ ثَلاثَةَ أَيَّامٍ

Bersuku rialah kalian di rumah kalian selama tiga hari. (Hud: 65), hingga akhir ayat.

Pembunuhan unta tersebut terjadi pada hari Rabu. Pada petang harinya kesembilan orang lelaki yang telah membunuh unta itu telah bertekad akan membunuh Nabi Saleh pula. Mereka mengatakan, “Jika dia benar, maka bererti kita mendahuluinya mati sebelum kita mati (kerana azab). Jika dia dusta, maka kita timpakan kepadanya nasib yang sama seperti yang dialami untanya itu.”


Ayat 78: Inilah balasan yang dikenakan kepada mereka.

فَأَخَذَتهُمُ الرَّجفَةُ فَأَصبَحوا في دارِهِم جاثِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So the earthquake seized them, and they became within their home [corpses] fallen prone.

MALAY

Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

فَأَخَذَتهُمُ الرَّجفَةُ

Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi,

Kerana kesalahan mereka, mereka telah ditimpa dengan gegaran dan tempikan. Gegaran itu dari bumi, dan tempikan itu dari langit. Ianya menyebabkan kekacauan yang amat sangat, ganas sekali.

فَأَصبَحوا في دارِهِم جاثِمينَ

lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

Gegaran dan tempikan itu telah mematikan mereka dan mereka jatuh sendiri dalam runtuhan rumah mereka, dalam keadaan mereka menyembah bumi.

Lafaz فَأَصبَحوا bermaksud mereka jadi begitu apabila waktu subuh datang. Semua rumah mereka hancur. Lafaz جاثِمينَ asalnya digunakan untuk burung yang sudah tidak boleh terbang lagi, kerana sakit, hanya duduk di tanah sahaja. Memberi gambaran bahawa kaum Tsamud itu jatuh bergelimpangan di tanah sahaja.

Mayat mereka merata-rata. Di awal kisah mereka telah disebut bagaimana mereka diberikan kelebihan duduk di rumah yang hebat. Tapi sekarang, disebut tentang mereka tidak ada kuasa langsung dan mereka mati dalam keadaan hina dina di rumah mereka yang hebat itu.


Ayat 79:

فَتَوَلّىٰ عَنهُم وَقالَ يا قَومِ لَقَد أَبلَغتُكُم رِسالَةَ رَبّي وَنَصَحتُ لَكُم وَلٰكِن لا تُحِبّونَ النّاصِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he [i.e., Ṣāliḥ] turned away from them and said, “O my people, I had certainly conveyed to you the message of my Lord and advised you, but you do not like advisors.”

MALAY

Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: “Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”.

فَتَوَلّىٰ عَنهُم

Maka dia (Nabi Soleh) pun meninggalkan mereka

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, Allah menyelamatkan orang beriman dari dikenakan dengan azab itu. Mereka disuruh untuk menyelamatkan diri mereka. Mereka akan diberitahu oleh malaikat yang tempat mereka akan dikenakan dengan azab dan mereka akan dibawa pergi dari situ.

وَقالَ يا قَومِ لَقَد أَبلَغتُكُم رِسالَةَ رَبّي

sambil berkata: “Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, 

Nabi Saleh memberitahu yang dia telah sampaikan wahyu dari Tuhan kepada mereka. Mungkin Nabi Saleh berkata sendirian sahaja, selepas mereka dihancurkan. Ini adalah sebagai madah sahaja, mengenang kekesalan atas perkara yang telah berlaku.

Ungkapan ini merupakan kecaman dari Nabi Saleh a.s. terhadap kaumnya setelah Allah memusnahkan mereka kerana menentangnya, membangkang terhadap perintah Allah, serta takabbur tidak mahu menerima kebenaran, dan berpaling dari petunjuk menuju kepada kebutaan. Nabi Saleh mengatakan demikian kepada mereka setelah mereka dibinasakan sebagai kecaman dan cemuhan, kerana mereka memang mendengarnya walaupun mereka sudah mati.

Jangan pula dijadikan dalil untuk mengatakan yang orang yang sudah mati mendengar suara mereka yang hidup. Ini adalah mukjizat yang Allah berikan waktu itu sahaja, sama seperti yang diberikan kepada Nabi Muhammad seperti yang disebutkan di dalam kitab Sahihain, bahawa ketika Rasulullah Saw. beroleh kemenangan dalam Perang Badar, maka beliau tinggal di Badar selama tiga hari. Setelah itu beliau memerintah­kan agar unta kenderaannya dipersiapkan untuk berangkat; hal ini terjadi setelah tiga malam berlangsung, iaitu pada penghujungnya. Rasulullah Saw. menaiki unta kenderaannya dan berjalan sampai di sumur Qulaib, lalu berhenti di dekatnya dan bersabda:

“يَا أَبَا جَهْلِ بْنَ هِشَامٍ، يَا عُتْبَةُ بْنَ رَبِيعَةَ، يَا شَيْبَةُ بْنَ رَبِيعَةَ، وَيَا فُلَانُ بْنَ فُلَانٍ: هَلْ وَجَدْتُمْ مَا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا؟ فَإِنِّي وَجَدْتُ مَا وَعَدَنِي رَبِّي حَقًّا”. فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا تُكَلّم مِنْ أَقْوَامٍ قَدْ جُيِّفُوا؟ فَقَالَ: “وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، مَا أَنْتُمْ بِأَسْمَعَ لِمَا أَقُولُ مِنْهُمْ، وَلَكِنْ لَا يُجِيبُونَ”.

Hai Abu Jahal ibnu Hisyam, hai Atabah ibnu Rabi’ah, hai Syaibah ibnu Rabi’ah, dan hai Fulan bin Fulan, bukankah kalian sekarang telah menjumpai apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian sebagai suatu kenyataan. Kerana sesungguhnya aku pun telah menjumpai apa yang telah dijanjikan oleh Tuhanku kepadaku secara nyata. Maka Umar bertanya kepada Nabi Saw., “Wahai Rasulullah, mengapa engkau berbicara kepada orang-orang yang telah menjadi bangkai?” Rasulullah Saw. bersabda: Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaan­Nya, kalian sekali-kali bukanlah orang-orang yang lebih mendengar perkataanku daripada mereka, tetapi mereka tidak dapat menjawab.

Kita kena terima kejadian ini sebagai mukjizat waktu itu sahaja, kerana tidak ada lagi contoh lain dimana Nabi buat perkara yang sama di tempat lain selepas mana-mana peperangan lain. Ramai yang keliru sampai menggunakan hadis ini sebagai dalil untuk menyatakan yang orang mati boleh mendengar, maka mereka buatlah seruan kepada ahli kubur dan sebagainya. Mereka gunakan dalil untuk buat perkara yang syirik . Ini amat malang kerana mereka tidak faham hadis ini.

وَنَصَحتُ لَكُم وَلٰكِن لا تُحِبّونَ النّاصِحينَ

dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”.

Dan baginda juga telah beri nasihat yang cukup kepada mereka. Tapi mereka sahaja yang tidak suka kepada yang memberi nasihat. Macam orang kita jugalah, marah betul kalau kita beri nasihat dan nasihat itu tidak kena dengan apa yang mereka rasa betul.

Sebagai contoh, kalau kita kata yang amalan yang mereka lakukan itu adalah bidaah, mereka melenting kemarahan. Sedangkan sepatutnya mereka bersyukurlah ada orang yang beri nasihat. Kerana kalau tidak ada yang beri nasihat, siapa lagi yang akan ingatkan kita kalau kita buat perkara yang salah?

Ayat-ayat ini banyak menceritakan kemusnahan kaum – Kaum Nabi Nuh, kaum Aad dan juga kaum Tsamud. Ayat-ayat itu dibacakan kepada Musyrikin Mekah yang sedang menolak Nabi Muhammad. Nabi Muhammad tidak mahukan kemusnahan kepada kaum baginda. Oleh itu, Allah sedang memberi peringatan kepada penduduk Mekah, janganlah jadi macam umat-umat terdahulu itu. Kerana Allah boleh sahaja kenakan semua azab itu kepada mereka juga. Kalaulah Nabi Muhammad berdoa sahaja kepada Allah untuk memusnahkan mereka, pasti mereka akan musnah seperti kaum-kaum terdahulu itu.


Ayat 80: Sekarang kita masuk kepada kisah keempat dan kisah kelima. Kedua-dua kisah seterusnya ini adalah sebagai penerangan kepada Dakwa yang kedua: iaitu kena jaga syariat dan ikut wahyu dan jangan ikut hawa nafsu.

Oleh itu, ada enam kisah para Nabi – tiga yang pertama adalah untuk menjelaskan Dakwa Pertama; Kisah keempat dan kelima adalah untuk menjelaskan Dakwa Kedua dan Kisah keenam nanti untuk menjelaskan Dakwah ketiga. Seperti yang kita telah sebut, Surah al-A’raf ini ada tiga Dakwa.

وَلوطًا إِذ قالَ لِقَومِهِ أَتَأتونَ الفاحِشَةَ ما سَبَقَكُم بِها مِن أَحَدٍ مِنَ العالَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [We had sent] Lot when he said to his people, “Do you commit such immorality as no one has preceded you with from among the worlds [i.e., peoples]?

MALAY

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

وَلوطًا

Dan Nabi Luth 

Allah juga telah mengutus Nabi Luth kepada satu umat. Nama penuh Luth adalah Ibnu Haran ibnu Azar,

Ada tafsir yang mengatakan yang Nabi Luth dan kaumnya itu adalah dari bangsa berlainan. Maknanya, Nabi Luth datang dari luar. Ini mungkin benar kerana baginda sebenarnya adalah anak saudara Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s. Baginda telah beriman bersama Nabi Ibrahim a.s. dan telah hijrah ke tanah Syam bersamanya.

Kemudian Allah mengutus Nabi Luth kepada kaum Sodom dan daerah-daerah sekitarnya untuk menyeru mereka agar menyembah Allah Swt., memerintahkan mengerjakan kebajikan, dan melarang mereka melakukan perbuatan mungkar. Saat itu kaum Sodom tenggelam di dalam perbuatan-perbuatan yang berdosa, hal-hal yang diharamkan, serta perbuatan fahisyah yang mereka adakan sendiri dan belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan Bani Adam dan juga oleh lainnya; iaitu mendatangi jenis laki-laki, bukannya jenis perempuan (homoseks).

إِذ قالَ لِقَومِهِ أَتَأتونَ الفاحِشَةَ

Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji,

Nabi Luth a.s. disuruh oleh Allah untuk memperbaiki amalan punah kaum itu dimana orang lelaki mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu mereka – sekarang dikenali sebagai amalan homoseksual yang juga semakin banyak diamalkan oleh masyarakat kita. Ianya adalah satu perbuatan yang hina dan keji. Ianya tidak diterima langsung oleh agama Islam.

ما سَبَقَكُم بِها مِن أَحَدٍ مِنَ العالَمينَ

yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

Dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa yang pertama sekali melakukan amalan homoseksual ini adalah kaum Nabi Luth itu. Kerana sebelum itu tidak pernah ada lagi dilakukan oleh manusia. Maksudnya, amalan homoseksual ini tidak normal, ianya adalah perkara yang baru.

Zaman sekarang, boleh dikatakan sudah merebak perbuatan homoseksual ini. Tapi masih lagi dipandang serong oleh masyarakat. Walaupun ada gerakan untuk membebaskan pengamal ini, tapi belum lagi sampai ke tahap itu. Gerakan itu berusaha untuk menjadikan perbuatan homoseksual ini sebagai normal, tidak ada apa sebenarnya. Dan filem-filem dari Barat tidak membantu langsung.

Dalam filem-filem itu, ditunjukkan bagaimana orang yang mengamalkan homoseksual ini macam orang normal sahaja, mereka ditindas dan dipandang serong sampai kalau kita tengok tanpa iman, kita rasa macam tidak ada masalah pun dengan orang homoseksual ini. Dan filem itu buat, sampaikan kalau kita yang tidak suka kepada homoseksual, kita pula yang ada masalah, masya Allah!

Sampaikan pening para pemimpin dunia sekarang, tidak boleh nak mengatakan sangat berkenaan homoseksual ini kerana takut mereka hilang undi kerana pengamal homoseksual semakin ramai. Dan ada kalangan pemimpin negara yang homoseksual.

Tapi ingatlah yang perbuatan homoseksual adalah perbuatan yang terkeji. Ianya tidak dapat diterima langsung oleh masyarakat dan lebih-lebih lagi dalam agama – sampai bila-bila. Hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang mengamalkan homoseksual adalah berat sekali, dimana terpulang kepada khalifah. Ada khalifah yang menjalankan hukuman dibuang dari atas bukit sampai mati.

Yang pasti, ianya adalah satu penyakit dan mesti dibanteras dan dicari ubatnya. Ianya adalah penyakit psikologi. Ianya mengubah benda yang normal menjadi tidak normal. Normalnya adalah seorang lelaki akan mengadakan hubungan kelamin dengan wanita, bukan dengan lelaki lain.

Penyakit ini selalunya menyerang manusia di awal usia mereka. Kadang-kadang ada kanak-kanak yang sudah ada perasaan lain macam terhadap sesama jenis mereka dari kecil lagi. Selalunya ini terjadi apabila mereka melihat bahan lucah. Inilah masalah yang kita hadapi sekarang – media massa yang terlalu terbuka sampaikan benda yang tidak elok pun senang untuk didapati.

Oleh itu, sebagai ibubapa, kita kena mainkan peranan kita untuk mengawal apa yang masuk ke dalam minda anak-anak kita. Kalau kita biarkan sahaja, mereka akan dapat bahan kotor dengan mudah dan nanti susah untuk dibersihkan. Sebagai contoh, jangan biarkan anak-anak dengan bahan media seperti komputer dan tablet tanpa kawalan. Jangan biarkan mereka memakainya tanpa kita dapat melihat apa yang mereka sedang lihat.

Macam komputer, pastikan ianya ada di ruang tamu, bukan dalam bilik mereka sampaikan kita tidak tahu apa yang mereka sedang lihat. Kita kena lakukan perkara ini kerana tidak ada sesiapa pun yang terselamat dari bahaya ini. Kalau kita buat senyap pun tentang perkara ini, ianya tidak akan pergi ke mana, ianya tetap ada.


Ayat 81: Ini adalah huraian bagi maksud lafaz الفاحِشَةَ yang telah disebut dalam ayat sebelum ini.

إِنَّكُم لَتَأتونَ الرِّجالَ شَهوَةً مِن دونِ النِّساءِ ۚ بَل أَنتُم قَومٌ مُسرِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, you approach men with desire, instead of women. Rather, you are a transgressing people.”

MALAY

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

إِنَّكُم لَتَأتونَ الرِّجالَ شَهوَةً مِن دونِ النِّساءِ

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan,

Sepatutnya seorang lelaki mempunyai nafsu terhadap wanita, inilah yang normal. Tapi kalau lelaki ada nafsu terhadap lelaki lain, tidak ada nafsu terhadap perempuan, ini adalah masalah yang besar. Inilah terjadi dalam kaum Nabi Luth a.s.

بَل أَنتُم قَومٌ مُسرِفونَ

bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

Mereka dikatakan melampau batas itu kerana boleh jadi kerana mereka telah melakukan syirik. Iaitu jenis syirik amali. Iaitu apabila mereka katakan halal bagi lelaki mendatangi lelaki. Itu adalah haram, tapi apabila mereka katakan ianya halal, itu bermaksud mereka telah mengubah hukum yang Allah telah tetapkan. Buat hukum halal haram adalah haq Allah, dan kalau kita ambil haq itu, itulah yang dinamakan syirik.

Atau maksud melampau batas itu boleh jadi kerana dalam perbuatan homoseksual, mereka membazir benih kerana lelaki tidak boleh mengandung.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 4 Februari 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 15 – 17 (Layanan kepada wanita)

Ayat 15: Ada 14 hukum semuanya di bahagian awal surah an-Nisa ini. Ayat ini dan ayat seterusnya adalah hukum kelapan. Ianya berkenaan hukum zina.

Memang surah an-Nisa ini banyak menyebut tentang menjaga hak-hak wanita. Tetapi jikalau tsabit mereka telah melakukan kesalahan, maka memang mereka boleh dihukum.

Hukum ini dipakai sebelum hukum hudud diturunkan. Oleh kerana itu, ada pendapat yang mengatakan hukum ini telah dimansukhkan.

وَاللّٰتِي يَأْتِينَ الْفٰحِشَةَ مِن نِّسَائِكُمْ فَاسْتَشْهِدُوا عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِّنكُمْ فَإِن شَهِدُوا فَأَمْسِكُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفّٰهُنَّ الْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ اللهُ لَهُنَّ سَبِيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who commit immorality [i.e., unlawful sexual intercourse] of your women – bring against them four [witnesses] from among you. And if they testify,¹ confine them [i.e., the guilty women] to houses until death takes them or Allāh ordains for them [another] way.²

  • The witnesses must swear to actually having seen the act taking place.
  • The “other way” (i.e., penalty) was later revealed in 24:2, canceling the ruling in this verse.

MALAY

Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).

 

وَاللّٰتِي يَأْتِينَ الْفٰحِشَةَ مِن نِّسَائِكُمْ

Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, 

Ayat ini berkenaan wanita yang melakukan zina. Kalimah الْفَاحِشَةَ dalam ayat ini bermaksud ‘zina’, walaupun tak disebut dengan jelas. Ini adalah kerana الْفَاحِشَةَ merujuk kepada perbuatan yang keji dan ia melibatkan dosa besar tetapi dosa besar yang melibat perbuatan seksual, jadi ia ditafsirkan sebagai perbuatan zina.

 

فَاسْتَشْهِدُوا عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِّنكُمْ

maka bawalah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.

Untuk menghukum wanita-wanita yang telah melakukan zina itu, kena ada empat orang saksi dulu. Dan saksi-saksi itu kena yang cukup syarat:

1. Mestilah saksi itu orang Islam dan sudah akil baligh.

2. Dan saksi-saksi itu mestilah lelaki sahaja dan tidak boleh dari kalangan wanita.

Dan memang kalau kita fikirkan, amat susah untuk mencari sampai empat orang saksi, dengan syarat-syaratnya pula. Ini adalah kerana sepatutnya perbuatan buruk ini tidak terjadi di khalayak ramai. Kalau dah sampai di khalayak ramai, itu menandakan masyarakat itu sudah rosak teruk, sampaikan ada empat orang saksi ada menyaksikan kejadian itu. Waktu itu barulah dikenakan hukuman yang berat kepada mereka.

Dan penetapan 4 orang saksi untuk menjaga kedudukan wanita juga. Kerana kalau senang sahaja untuk menuduh seseorang wanita itu berzina, maka tentu ada yang akan mengambil kesempatan untuk menuduh perempuan yang baik telah berzina.

Ada juga yang berhujah kenapa 4 orang saksi diperlukan. Ini adalah kerana perbuatan zina melibatkan dua orang: lelaki dan wanita. Dan normalnya setiap kes memerlukan dua orang saksi. Jadi apabila melihat dua orang, maka saksi yang diperlukan juga adalah 4.

Dan kita kena sedar bahawa memang bukan kerja kita nak tangkap orang buat dosa zina. Dan tak elok kalau kita malukan orang lain. Kerana bukan mereka sahaja yang malu, tapi keluarga mereka juga. Yang sepatutnya kita lakukan adalah halang perkara sebegitu jadi dari awal lagi.

Oleh kerana itu, kenalah dijaga keluarga kita dari melakukan perkara sebegitu. Kena diberikan pengajaran agama kepada mereka supaya mereka tahu apa yang mereka lakukan itu salah. Kena jaga pergaulan mereka (ikhtilat) supaya mereka tidak terbawa ke arah itu.

Jangan dibiasakan mereka melihat kepada perkara-perkara yang tidak patut di kaca televisyen dan panggung wayang. Ringkasnya, kita kena sampaikan kepada mereka bahawa perbuatan zina itu adalah sesuatu yang amat jijik.

 

فَإِن شَهِدُوا فَأَمْسِكُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفّٰهُنَّ الْمَوْتُ

Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya,

Kalau telah tsabit (pasti, terbukti) penyaksian dari empat orang saksi itu, bolehlah dihukum wanita-wanita yang telah berzina itu. Hukuman waktu ayat ini diturunkan adalah wanita-wanita itu kena penjara dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar sampai mati.

nota: dari lafaz perkataan يَتَوَفَّاهُنَّ الْمَوْتُ itu menjadi dalil bahawa ‘wafat’ bukan bermaksud ‘maut’. Kerana disebut kedua-dua kalimah ‘wafat’ dan ‘maut’ dalam ayat ini. Ini menolak salah faham sesetengah orang yang kata ayat-ayat yang mengatakan ‘wafat’ bermaksud ‘maut’.

Tapi kalau dilihat dari ayat ini, kalaulah ‘wafat’ itu bermaksud ‘maut’, tidaklah perlu digunakan kedua-dua perkataan itu dalam ayat yang sama. Allah sebut ‘wafat’ sudah cukuplah kalau begitu. Tetapi lihatlah Allah letak kedua-dua kalimah itu bersebelahan.

Apabila Allah menggunakan dua perkataan yang diletakkan bersama, ini menunjukkan ada perbezaan maksud antara keduanya. Penting untuk kita tahu perbezaan itu untuk kita tidak salah faham.

Sebagai contoh, apabila dikatakan Allah me’wafat’kan Nabi Isa عليه السلام, tidaklah bermaksud Allah mematikan Nabi Isa عليه السلام, tapi Allah angkat sahaja baginda ke langit keseluruhan jasad dan roh baginda. Allahu a’lam.

 

أَوْ يَجْعَلَ اللهُ لَهُنَّ سَبِيلًا

atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar

Samada mereka dihukum penjara dalam rumah atau Allah berikan jalan keluar untuk mereka dari hukum itu. Maksudnya, Allah boleh jadikan undang-undang lain dalam ayat lain. Dan memang ayat ini telah dimansukhkan dengan ayat Nur:2. Maknanya kalau semasa mereka dikenakan dengan hukuman penjara di rumah itu Allah beri hukuman lain, maka mereka tidaklah kena penjara lagi.

Seperti yang kita telah sebut, hukuman yang disebut dalam ayat ini adalah hukuman pada awal Islam. Ini adalah kerana ia diturunkan di awal kerajaan Islam di Madinah dan umat Arab waktu itu tidak biasa lagi dengan hukuman yang dijalankan oleh kerajaan kerana mereka biasa hidup ikut suku masing-masing.

Hanya selepas kerajaan Islam telah teguh mempunyai undang-undang, barulah diberikan hukuman yang baru. Hukuman yang baru adalah sebatan sebanyak seratus kali. Dan hukuman untuk lelaki dan wanita yang sudah berkahwin dan melakukan zina adalah rejam sampai mati. Dan hukuman rejam itu tsabit dalam hadis.


 

Ayat 16: Ayat sebelum ini adalah hukuman kepada wanita sahaja dan ayat ini pula untuk lelaki dan wanita.

Ada juga pendapat yang mengatakan ayat ini tentang hukuman untuk lelaki yang berliwat (homoseksual) dan ayat sebelumnya tentang lesbian. Kita akan bincangkan samada ini benar atau tidak.

وَاللَّذَانِ يَأْتِيٰنِهَا مِنكُمْ فَئآذُوهُمَا فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا عَنْهُمَا إِنَّ اللهَ كَانَ تَوَّابًا رَّحِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the two¹ who commit it [i.e., unlawful sexual intercourse] among you – punish [i.e., dishonor] them both. But if they repent and correct themselves, leave them alone. Indeed, Allāh is ever Accepting of repentance and Merciful.

  • Scholars differ over whether “the two” refers to two of the same sex (i.e., homosexuals) or those of opposite sexes. In either case, later rulings outlined in the sunnah have replaced this one.

MALAY

Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.

 

وَاللَّذَانِ يَأْتِيٰنِهَا مِنكُمْ فَئآذُوهُمَا

Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; 

Seperti yang kita telah sebut, ada yang mengatakan ayat ini adalah hukuman kepada lelaki yang melakukan Homoseksual. Hukumnya hendaklah diseksa mereka itu bagi mereka rasa sakit.

Tidak disebut di sini yang ayat ini tentang homoseksual, tapi dijelaskan dalam hadis. Dari bahasa pun, kalau digunakan lafaz يَأْتِيَانِ, ia merujuk kepada ‘dua orang lelaki’. Akan tetapi mereka yang menolak pendapat ini mengatakan kalau lafaz ayat merujuk kepada lelaki, ia juga boleh terpakai untuk wanita juga.

‘Menyakiti’ itu boleh menjadi berbagai-bagai maksud dan tidak disebut dalam ayat ini. Ada pendapat yang mengatakan mereka itu dimaki, dimalukan dan dipukul dengan capal. Dan ada juga yang mengatakan sampai dibunuh mereka itu. Apabila tidak dijelaskan, maka hukuman itu boleh ditentukan oleh pemerintah (termasuk dalam ta’zir).

Tentang hukuman bagi peliwat telah disebut dalam hadis. Rasullullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ )

“ Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Luth, maka bunuhlah pelaku dan pasangannya” [HR Tirmidzi dan yang lainnya, dishahihkan Syaikh Al-Albani]

Ada riwayat yang mengatakan pada zaman Saidina Abu Bakr, pasangan homoseksual telah dibakar. Iaitu ada dua lelaki yang berada dalam pasukan tentera. Tapi kesahihannya dikhuatiri kerana telah ada larangan Nabi Muhammad ﷺ menyeksa dengan menggunakan api. Tambahan pula cara bakar itu tidak sesuai lagi zaman sekarang.

Akan tetapi Ibnul Qoyim, dalam kitab I’lam al Muwaqq’ien ada meriwayatkan:

فاستشار أبو بكر الصديق الصحابة رضي الله عنهم فكان على بن أبي طالب أشدهم قولا فيه فقال ما فعل هذ الا أمة من الأمم واحدة وقد علمتم ما فعل الله بها أرى أن يحرق بالنار فكتب أبو بكر الى خالد فحرقه

Abu Bakr as-Shiddiq bermusyawarah dengan para sahabat Radhiyallahu ‘anhum. Ali bin Abi Thalib yang paling keras pendapatnya. Beliau mengatakan, “Kejadian ini hanya pernah dilakukan oleh satu umat, dan kalian telah mengetahui apa yang Allah lakukan untuk mereka. Saya mengusulkan agar mereka dibakar.” Selanjutnya Abu Bakr mengirim surat kepada Khalid, lalu beliau membakar pelaku pernikahan homo itu.

Antara yang mengatakan ayat ini tentang hukuman Homoseksual adalah Abu Muslim al-Isfahani. Tapi pendapat ini dikritik kerana tidak jelas ianya tentang homoseksual. Dan sifat Qur’an selalunya memberikan hukum dalam bentuk yang umum sahaja, tidak spesifik. Kalau kita spesifikkan ayat ini tentang homoseksual dan ayat sebelumnya tentang lesbian, itu sudah spesifik sangat dan terlalu mengkhususkan.

Tambahan pula, apabila terjadi amalan homoseksual di kalangan umat selepas ketiadaan Rasulullah ﷺ, masyarakat, para sahabat tidak menggunakan ayat ini sebagai dalil pun. Maknanya, mereka tidak faham ayat ini sebagai dalil hukuman homoseksual.

Jadi di dalam ayat ini, yang dimaksudkan adalah lelaki dan wanita yang telah terbukti melakukan zina, maka mereka dirotan dan dihina di khalayak ramai. Ini adalah supaya ramai orang akan lihat apa kesan hukuman kepada mereka yang melakukan zina, supaya mereka yang melihat itu tidak berani nak buat zina kerana tak sanggup dilakukan sebegitu. Tapi seperti telah disebut, ayat ini telah dimansukhkan.

 

فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا عَنْهُمَا

kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; 

Kalau mereka sudah bertaubat setelah dikenakan dengan hukuman, maka jangan kutuk mereka atau hina mereka lagi. Kerana mereka yang diterima taubat, mereka itu seperti tidak ada dosa. Kalau mereka tidak ikhlas, itu adalah antara mereka dengan Allah. Kalau mereka tidak mengubah cara hidup mereka, maka kenalah mereka dinasihati lagi.

Kenalah diingati bahawa bertaubat ini hanyalah selepas dikenakan dengan hukuman. Kerana itu adalah huruf ف pada kalimah فَأَعْرِضُوا itu. Tidaklah boleh seseorang itu kata dia bertaubat untuk mengelak dari dikenakan dengan hukuman. Kalau dia hendak bertaubat, bagus; tapi hukuman tetap kena dijalankan.

Segala perbuatan yang keji yang telah disebut sebelum ini adalah kerana manusia yang jahil tentang agama. Mereka tidak mendapat pendidikan dan penerapan agama seperti yang sepatutnya, dan kerana itulah mereka hanyut sampai ke kancah keburukan sampai melakukan perbuatan yang hina.

Oleh itu, kita kena ajar anak-anak kita tentang agama sejak dari kecil lagi. Jangan sampai mereka terumbang-ambing dalam kehidupan mereka. Tambahan pula zaman sekarang ini yang perkara-perkara keji ini sudah seperti biasa sahaja. Pergaulan pula semakin bebas dan material lucah amat mudah untuk didapati.

Sekarang amat senang untuk manusia nak buat salah kerana segalanya terbuka sekarang. Kita memang pada zaman yang amat mencabar sekali. Amat senang untuk melakukan kesalahan yang hina, tanpa rasa bersalah. Anak-anak kita didedahkan dengan berbagai-bagai perbuatan keji dalam media massa sampaikan mereka sudah rasa tidak salah kalau melakukan perkara-perkara keji itu.

Maka, ramailah yang tersilap pilih kawan dan tersilap pilih jalan. Tapi yang membuatkan masalah itu lebih besar adalah, mereka tidak tahu nak betulkan diri balik dan bertaubat. Mereka akan dicemuh dan ditolak oleh masyarakat yang memandang mereka dengan pandangan yang jijik. Sampaikan mereka rasa lebih baik kalau mereka terus sahaja bergelumang dengan dosa kerana mereka rasa, kalau mereka mengadu kepada masyarakat pun, mereka akan ditolak dan dicemuh.

Maka Allah memberitahu dalam ayat ini bahawa pintu taubat sentiasa terbuka luas. Dan kalau mereka bertaubat, kita pun kenalah melayan mereka dengan baik. Jangan hina, cemuh dan halau mereka dari sisi kita. Kita kena terima mereka ke dalam pangkuan kita kembali supaya mereka boleh memperbetulkan mana perbuatan mereka yang salah. Kalau kita halau mereka, ke mana lagi mereka hendak pergi, melainkan kembali kepada kehidupan yang salah itu?

 

إِنَّ اللهَ كَانَ تَوَّابًا رَّحِيمًا

kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.

Allah bersifat sentiasa menerima taubat dan amat kasih kepada hambaNya. Maka kita pun kenalah ikut sifat Allah ini dengan memaafkan mereka yang telah terlanjur itu. Kerana kita pun bukannya baik sangat pun, bukan? Kita pun ada buat salah cuma kadang-kadang tidak seteruk orang lain.

Ataupun lebih teruk, tapi tidak ‘tertangkap’ sahaja. Allah sahaja yang rahsiakan dan tutup perbuatan hina kita dari diketahui orang lain. Maka janganlah nak menghukum sangat orang lain kalau diri sendiri pun tidak suci mana.


 

Ayat 17: Sebelum ini adalah ayat tentang anjuran bertaubat. Sekarang kita masuk kepada syarat-syarat taubat itu diterima.

Kita kena ingat bahawa Allah boleh maafkan segala kesalahan kita. Kalau kita tidak bertaubat dan dosa tidak diampunkan, kita akan dihukum dengan dosa itu di akhirat. Entah berapa lama akan duduk di neraka.

Jadi ayat ini adalah targhib (anjuran) kepada taubat dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi.

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهٰلَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُولَٰئِكَ يَتُوبُ اللهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The repentance accepted by Allāh is only for those who do wrong in ignorance [or carelessness] and then repent soon after. It is those to whom Allāh will turn in forgiveness, and Allāh is ever Knowing and Wise.

MALAY

Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللهِ

Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah

Taubat akan diterima Allah atas belas ihsan Allah. Maknanya, tidak wajib untuk Allah terima taubat kita. Atas kehendak Dia sama ada Dia nak terima taubat kita atau tidak.

Jadi, kita kenalah berharap Allah menerima taubat kita. Kerana kalau Allah tidak terima taubat kita, maka kita kena membersihkan dosa kita di neraka dan itu adalah sesuatu yang amat malang sekali.

Maka, ini juga mengajar kita, janganlah kita senang-senang buat dosa, kerana tidak semestinya Allah terima taubat kita.

Dan jangan kita sangka kalau kita bertaubat sahaja, Allah terus terima. Kita kena ada rasa takut yang Allah tidak terima taubat kita. Kerana kalau Allah tidak terima taubat kita, maka amatlah teruk nasib kita di akhirat kelak.

Ini penting kerana ada yang berfahaman, kalau bertaubat sahaja, Allah akan terima. Ini bahaya kerana kalau begitu, manusia tidak takut untuk buat dosa kerana mereka sangka: “alaahh, nanti aku taubatlah….”

Kalau ada berfahaman begitu, itu tidak ubah seperti orang Kristian sahaja. Bila buat dosa, pergi ke gereja jumpa paderi, paderi itu yang bagi pengampunan. Senang sangatlah kalau begitu. Dan ini menyebabkan golongan Kristian tidak takut melakukan dosa, sebab senang sangat nak minta ampun.

Siapakah yang diterima taubat mereka itu?

 

لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهٰلَةٍ

hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan

Allah boleh terima taubat dari mereka yang buat dosa kecil atau besar, samada mereka yang buat dosa kerana lupa hukum atau tidak tahu hukum. Kadangkala, ada manusia yang buat sesuatu tanpa dia tahu yang ianya berdosa, bukan?

Ataupun mereka sengaja melakukannya walaupun mereka tahu yang ianya salah. Dia tahu yang apa yang dia buat itu adalah salah, tapi dia buat perangai ‘macam orang jahil’. Itu semua termasuk dalam maksud بِجَهَالَةٍ. Maknanya, waktu dia sedang melakukan dosa itu, dia sedang jahil. Ini pun masih ada harapan diampunkan lagi.

Mujahid (ahli tafsir) dan lain-lain berkata: “Setiap orang yang bermaksiat (melakukan dosa) kepada Allah, baik keliru ataupun sengaja, bererti dia jahil (bodoh), hingga dia menghindari dosa tersebut. (Ath-Thabari {VIII/89})

Ini sama seperti firman Allah dalam Yusuf:89

قالَ هَل عَلِمتُم ما فَعَلتُم بِيوسُفَ وَأَخيهِ إِذ أَنتُم جاهِلونَ

Yusuf berkata: “Apakah kamu mengetahui (kejelekan) apa yang telah kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya ketika kamu tidak mengetahui (akibat) perbuatanmu itu?”.

Dalam ayat ini, digunakan kalimah ‘jahil’ juga. Tidaklah adik beradik Yusuf عليه السلام itu tidak tahu yang perbuatan mereka itu berdosa, tapi mereka tidak sensitif dengan dosa itu sahaja.

Oleh itu, kalau kita baca sendiri sahaja ayat ini tanpa dirujuk kepada apa yang disampaikan oleh salafussoleh, maka kita mungkin rasa bahawa yang dimaafkan adalah mereka yang buat salah kerana ‘tidak tahu’ sahaja; kalau dah tahu sesuatu perkara itu berdosa tapi masih dilakukan juga, tidak diterima ampunnya.

Ini adalah pemahaman yang tersilap. Semua orang yang melakukan dosa, dikira sebagai jahil, tidak kira sama ada dia tahu atau pun tidak bahawa sesuatu perbuatan itu berdosa.

Ini adalah kerana sewaktu dia melakukan dosa itu, dia sedang dalam keadaan ‘jahil’. Atau, dia jahil ‘kesan’ dari perbuatan dosanya itu. Dia rasa macam tidak besar sahaja kesan dosa itu kepada dirinya. Jadi kerana itu, dia tidak kisah pun buat dosa-dosa itu. Oleh kerana itu memang dia jahil kerana dia memilih untuk mengikut kehendak nafsunya walaupun dia tahu bahawa dia akan dikenakan dengan hukuman di akhirat kelak. Orang sebegini, memanglah jahil.

Ini kita dapat terima kalau kita pun sedar bahawa maksud ‘jahil’ adalah tidak dapat mengawal nafsu. Iaitu kehendak nafsu telah menang mengalahkan akal pada waktu itu.

 

ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ

kemudian mereka segera bertaubat,

Maksudnya mereka bertaubat ‘sebelum mati’. Sama ada dia lakukan dalam masa terdekat ataupun tidak.

Tidak ditetapkan bilakah mereka kena melakukan taubat itu. Asalkan syaratnya, dilakukan ‘sebelum mati’. Kerana sebelum dia nampak Malaikat Maut yang datang untuk mengambil nyawanya, itu sudah termasuk dalam makna ‘masa yang terdekat’. Ini mafhum dari hadis Nabi.

Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong (sebelum sakaratul maut).” (HR at-Turmudzi dan katanya hadith ini hasan)

Oleh itu, kalau kita baca sendiri ayat ini, tanpa belajar tafsir, mungkin kita sangka yang kita kena ‘terus’ bertaubat selepas melakukan dosa itu. Ini bahaya kerana takut ada yang kata kalau lambat bertaubat dari dosa, terus tidak diterima.

Jangan kita pandai-pandai kata taubat seseorang itu diterima atau tidak. Kerana sama ada diterima atau tidak, ianya adalah hak Allah.

Ayat ini juga menjadi dalil bahawa orang yang tidak tahu sesuatu perbuatan itu berdosa dan dia melakukannya, dia tetap berdosa. Ini bersalahan dengan fahaman orang yang kata: kalau tidak tahu, tidak berdosa. Kita jawab balik, kalau tidak berdosa, kenapa ayat ini mengatakan mereka kena bertaubat kerana jahil? Kalau tidak berdosa, tentu tidak perlu bertaubat, bukan?

 

فَأُولَٰئِكَ يَتُوبُ اللَّه عَلَيْهِمْ

mereka diterima Allah taubatnya;

Allah boleh terima taubat mereka. Tapi bukan wajib untuk Allah terima taubat itu.

Tanda-tanda taubat seseorang diterima, boleh dilihat bagaimana berubahnya kehidupan dia. Kalau dulu dia jauh dari agama, sekarang sudah jadi dekat kepada agama. Dulu tidak kisah tentang agama, tapi sekarang sudah mahu belajar.

Apabila seseorang itu sudah datang belajar agama, itu adalah ‘alamat’ telah diterima taubatnya. Kerana Allah terima taubat mereka, Allah bawa mereka untuk mendalami agama supaya tahu hukum. Inilah seperti yang dikatakan oleh ulama. Ini sebagai tanda sahaja, bukanlah satu kepastian.

 

وَكَانَ اللَهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Allah maha tahu apa yang kita lakukan, tapi Dia tetap juga sanggup nak maafkan dosa-dosa kita.

Segala yang Allah lakukan adalah atas kebijaksanaanNya. Maka bukanlah tugas kita untuk mempersoalkan apa yang Allah lakukan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 12 Oktober 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani