Tafsir Surah Haqqah Ayat 36 – 52 (Nabi tidak reka agama)

Ayat 36: Apakah makanan yang diberikan kepada ahli neraka?

وَلا طَعامٌ إِلّا مِن غِسلينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Nor any food except from the discharge of wounds;

(MELAYU)

Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah.

Ahli neraka juga akan diberikan makanan, tapi bukanlah makanan biasa. Mereka akan diberikan dengan makanan yang buruk, menghinakan dan menggelikan. Memang bukan makanan pun sebenarnya kerana tidak layak disebut ‘makanan’.

Kalimah غِسلينٍ berasal dari katadasar غ س ل yang bermaksud ‘basuh’. Maknanya ia adalah sisa-sisa selepas basuh pakaian contohnya. Ianya adalah benda kotor yang kita pun geli nak pegang apatah lagi nak makan. Tapi itulah yang mereka kena makan kerana tidak ada makanan lain yang akan diberikan kepada mereka.

Satu lagi, kalimah غِسلينٍ juga bermaksud cairan yang keluar dari tubuh ahli neraka. Iaitu darah campur nanah dan selepas keluar dari tubuh mereka, mereka kena makan pula apa yang keluar itu. Bercampur dengan nanah dari orang lain juga.

Syabib ibnu Bisyr telah meriwayatkan dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang telah mengatakan bahawa ghislin adalah darah dan nanah yang mengalir dari tubuh mereka sendiri. Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa ghislin adalah keringat atau nanah ahli neraka.

Ayat 37:

لّا يَأكُلُهُ إِلَّا الخٰطِئونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

None will eat it except the sinners.

(MELAYU)

Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa.

Ia bukanlah makanan tapi itulah makanan yang diberikan kepada mereka. Maksudnya mereka dipaksa makan, tidak ada pilihan lain. Ini adalah kerana dosa yang mereka telah lakukan semasa di dunia dulu. Dan kesalahan dosa yang paling besar adalah syirik kepada Allah. 

Habis Ruku’ 1 dari 2 ruku’ dalam surah ini.


Ayat 38: Sekarang kita masuk ke dalam bahagian yang baru dalam surah ini. Ayat 38 – 51 adalah Perenggan Makro Keenam dan ia mengandungi penegasan Allah tentang Al-Qur’an.

فَلا أُقسِمُ بِما تُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So I swear by what you see

(MELAYU)

Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat.

Allah bersumpah dalam ayat ini. Tapi Allah mulakan dengan menggunakan kalimah فَلا (maka tidak). Ini hendak menolak dulu kesalahan fahaman mereka. 

Allah jadikan qasam dengan apa yang mereka boleh lihat. Iaitu tempat yang telah dimusnahkan seperti bekas tempat tinggal Kaum Aad dan Tsamud. Ini ditujukan terus kepada Musyrikin Mekah kerana mereka tahu tentang dua kaum itu dan mereka memang telah melihat bekas peninggalan mereka kerana mereka lalu di kawasan mereka dalam musafir mereka. Maka kenalah mereka mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku kepada mereka itu; jangan ikut kesalahan mereka. 

Satu lagi pendapat: yang dimaksudkan yang mereka lihat itu adalah Nabi Muhammad kerana mereka memang nampak baginda. Mereka sudah lihat sifat baginda dan kebaikan yang ada pada baginda. 


Ayat 39: Ini adalah sumpah yang kedua.

وَما لا تُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what you do not see

(MELAYU)

Dan dengan apa yang tidak kamu lihat.

Dan yang mereka tak lihat adalah azab akhirat. Mereka tak nampak lagi azab akhirat yang akan dikenakan kepada mereka. 

Satu lagi, mereka tak dapat lihat Malaikat yang sampaikan Al-Qur’an kepada Nabi. Kerana mereka tak nampak penurunan wahyu itu, maka mereka tidak dapat menerima kerasulan Nabi Muhammad. 

Satu lagi yang mereka tak nampak adalah ajaran wahyu yang kita dengar. Ini adalah kerana Al-Qur’an itu asalnya didengari dan memang ajaran Nabi juga disampaikan dengan suara. Maka selepas ini Allah akan menegaskan tentang Al-Qur’an kepada para pembaca.


Ayat 40: Dalam dua ayat tadi, telah ada qasam (sumpah) dan sekarang ini adalah jawab kepada qasam. Maksudnya, apabila Allah bersumpah, ada perkara penting yang hendak disampaikan dan inilah perkara penting yang hendak ditekankan. Maknanya ia adalah sesuatu yang amat penting sampaikan Allah bersumpah dahulu sebelum memberitahunya. 

إِنَّهُ لَقَولُ رَسولٍ كَريمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[That] indeed, it [i.e., the Qur’ān] is the word of a noble Messenger.

(MELAYU)

Sesungguhnya Al Qur’an itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia,

Rasul yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Rasulullah SAW (kerana ada dalam ayat lain, ia merujuk kepada Jibrail – seperti dalam Takwir:19). Ini adalah kerana yang Musyrikin Mekah tuduh sebagai penyair adalah baginda, bukannya Jibrail. Jadi kena tengok konteks ayat untuk memahami siapakah yang dimaksudkan.

Dalam ayat ini, kalau kita terjemah biasa sahaja, ia boleh jadi: ianya adalah kata-kata Rasulullah. Tapi kalimah yang digunakan adalah ‘qaul’ dan bukan ‘kalam’. Kalau kalimah ‘kalam’ yang digunakan, ia adalah kata seseorang itu sendiri. Tapi apabila kalimah ‘qaul’ yang digunakan, ia mungkin kata-kata orang lain.

Ia adalah penggunaan yang tepat kerana memang Nabi yang bercakap dan sampaikan, tapi ianya bukan kalam asal baginda kerana ianya adalah kalam Allah. 


Ayat 41: Ia adalah kalam Allah dan disampaikan oleh Rasulullah, jadi apa yang ianya tidak?

وَما هُوَ بِقَولِ شاعِرٍ ۚ قَليلًا مّا تُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it is not the word of a poet; little do you believe.

(MELAYU)

dan Al Qur’an itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya.

وَما هُوَ بِقَولِ شاعِرٍ

dan Al Qur’an itu bukanlah perkataan seorang penyair. 

Allah sebut tentang syair kerana memang Al-Qur’an ini bunyinya sedap bila dibaca. Maka mungkin ada orang yang sangka ianya adalah syair kerana bunyinya yang memang memukau pendengarnya.

Maka memang Al-Qur’an itu kena dibaca. Al-Qur’anlah sepatutnya yang menjadi halwa telinga kita, yang selalu dibaca-baca sepanjang masa untuk menghiburkan hati kita. Bukannya dengan dengar musik.

Oleh kerana Al-Qur’an itu indah bunyinya, maka semasa baginda baca Al-Qur’an, penduduk Mekah dapat dengar yang ianya ada macam syair. Tapi sebenarnya Al-Qur’an itu bukanlah syair dan Nabi Muhammad pun bukanlah penyair. 

قَليلًا مّا تُؤمِنونَ

Sedikit sekali kamu beriman kepadanya.

Al-Qur’an bukan syair tapi ia mengandungi peringatan dan ajaran untuk manusia yang dapat membimbing manusia untuk selamat di dunia dan di akhirat. Tapi ramai manusia yang tidak beriman dengan Al-Qur’an. Begitulah majoriti dari manusia ini tidak kisah pun apa yang ada dalam Al-Qur’an itu.

Oleh itu, ‘sedikit’ boleh bermaksud mereka langsung tidak mahu beriman; atau ia boleh bermaksud mereka beriman ‘sedikit’ sahaja – maksudnya mereka sudah dapat rasa kehebatan ayat-ayat Al-Qur’an itu dari segi bacaan dan ajaran di dalamnya, tapi mereka tidak terus beriman sempurna. Mereka sudah tahu yang ianya tidak mungkin kata-kata seorang manusia, tapi tetap juga nak kufur. Sepatutnya bila sidah rasa ia hebat, teruslah beriman, tapi tidak mereka lakukan.

Dan ini tidak mengejutkan pun kerana memang Allah sudah beritahu pun dalam banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang kebanyakan manusia tidak mahu menerima Al-Qur’an. Termasuklah juga orang kita: sudah tahu yang Al-Qur’an ini dari Allah, tapi masih tetap juga tidak mahu belajar untuk memahaminya.

Ada satu kisah menarik tentang ayat ini. Satu hari, Saidina Umar (sebelum dia masuk Islam) telah buat keputusan untuk bunuh Nabi Muhammad semasa baginda berada di Kaabah. Baginda waktu itu sedang diturunkan dengan surah ini dan baginda sedang membacanya dengan indah sekali.

Waktu itu, Umar berkata dalam hatinya yang ini syair yang hebat. Dan terus sahaja (secara live) Allah jawab dengan ayat ini. Iaitu Allah beritahu yang ini bukan syair! Maka tentulah Umar amat terkejut waktu itu. Kerana kata-kata dalam hatinya terus dijawab. 

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Mughirah, telah menceritakan kepada kami Safwan, telah menceritakan kepada kami Syuraih ibnu Ubaid yang mengatakan bahawa Umar ibnul Khattab pernah mengatakan bahawa sebelum masuk Islam, dia pernah keluar untuk menghadang Rasulullah Saw. Ternyata dia menjumpai baginda telah mendahuluinya berada di masjid. Lalu dia berdiri di belakang baginda, maka baginda membaca Surah Al-Haqqah, dan dia merasa kagum dengan susunan kata-kata Al-Qur’an. Dia berkata dalam hatinya, “Dia, demi Allah, adalah seorang penyair seperti yang dikatakan oleh orang-orang Quraisy.” Maka baginda membaca firman-Nya: Sesungguhnya Al-Qur’an itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia, dan Al-Qur’an itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya. (Al-Haqqah: 40-41); Kemudian aku (Umar) berkata, “Dia adalah seorang tukang tenung.” Maka Nabi Saw. membaca firman selanjutnya: Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran darinya. Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Seandainya dia (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorang pun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami) dari pemotongan urat nadi itu. (Al-Haqqah: 42-47), hingga akhir surat.
Selanjutnya Umar mengatakan bahawa lalu sejak saat itu Islam mulai meresap dan menimbulkan kesan yang mendalam di dalam hatinya. Ini merupakan salah satu dari penyebab yang dijadikan oleh Allah untuk memberikan hidayah kepada Umar ibnul Khattab. Tidaklah dia terus menyatakan imannya di situ, tapi sudah ada meresap perasaan lain macam dalam diri beliau.

Ayat 42:

وَلا بِقَولِ كاهِنٍ ۚ قَليلًا مّا تَذَكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Nor the word of a soothsayer; little do you remember.

(MELAYU)

Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya.

وَلا بِقَولِ كاهِنٍ

Dan bukan pula perkataan tukang tenung.

Selepas Nabi Muhammad menjawab terus detik kata dalam hati Umar, maka sekarang Umar sudah mula sangka yang Nabi Muhammad boleh baca fikiran dia. Dia mula sangka yang Nabi Muhammad itu adalah seorang ahli tenung pula.

Maka sebaik sahaja dia berkata begitu dalam hatinya, Allah turunkan ayat ini.

Pada zaman itu, golongan tukang tenung yang disebut sebagai Kaahin inilah yang dijadikan sebagai tempat rujukan penduduk Arab. Kalau ada apa-apa keperluan seperti nak beranak, nak kahwin, nak cari tempat tinggal dan sebagainya, mereka akan rujuk kaahin-kaahin ini. Tapi mereka itu bukannya boleh baca fikiran pun. 

قَليلًا مّا تَذَكَّرونَ

Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya.

Kehebatan Al-Qur’an ini tiada bandingan tapi ramai manusia yang tidak ambil peringatan darinya. Ramai yang tidak endahkan Al-Qur’an ini. Termasuklah orang kita pun yang selalu baca Al-Qur’an tapi tidak ambil pengajaran darinya kerana mereka tidak faham pun apa yang mereka baca.

Bukankah Al-Qur’an ini baru diturunkan oleh Allah kepada manusia? Oleh itu kenapa Allah gunakan kalimah ‘ingat’ dalam ayat ini? Peringatan diberikan kepada orang yang tahu sahaja, bukan?

Allah guna kalimah ‘ingat’ kerana roh kita memang sudah kenal Allah dari asal lagi. Maka Allah cuma nak beri peringatan sahaja. Ingat adalah kepada sesuatu perkara yang sudah diketahui, tapi hanya diberi ingat sahaja. 


Ayat 43: Oleh itu, apakah Al-Qur’an itu? Dari mana ia datang?

تَنزيلٌ مِّن رَّبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[It is] a revelation from the Lord of the worlds.

(MELAYU)

Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam.

Selepas Umar diberikan jawapan dari Allah secara terus dari Al-Qur’an, maka terdetik dalam hati Umar, apakah Al-Qur’an itu? Allah jawab bahawa ianya dari Allah, Tuhan sekalian alam.

Umar amat terkejut dengan apa yang telah disampaikan dan selepas ayat ini, dia terus lari dari tempat itu. 


Ayat 44:

وَلَو تَقَوَّلَ عَلَينا بَعضَ الأَقاويلِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if he [i.e., Muḥammad] had made up about Us some [false] sayings,

(MELAYU)

Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami,

Kalimah تَقَوَّلَ bermaksud berusaha untuk bercakap. Atau seseorang yang berlatih untuk berkata sesuatu yang dapat menarik perhatian orang lain. Maksudnya, seseorang yang cuba untuk reka kata-kata untuk disampaikan kepada orang lain. 

Oleh itu, ayat ini bermaksud, apa yang akan terjadi kalau Nabi Muhammad sengaja mengada-adakan sesuatu yang bukan dari Allah. Maksudnya kalau baginda reka perkara baru – ia bukan dari Allah tapi baginda kata ianya dari Allah. Bukan banyak pun, cukuplah sikit sahaja. Apa yang akan terjadi? 

Atau, kalaulah baginda memasukkan kata-katanya sendiri dan mengatakan ianya dari Allah, apa akan jadi kepada baginda?


Ayat 45:

لَأَخَذنا مِنهُ بِاليَمينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We would have seized him by the right hand;¹

  • Another interpretation is “by [Our] right hand,” i.e., Allāh would have exacted revenge with might and power.

(MELAYU)

nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya.

Kalau Rasulullah reka kata-kata dan mendakwa ia dari Allah, Allah akan tangkap baginda kalau baginda mereka-reka hal agama begitu. 

‘Tangan kanan’ disebut dalam ayat ini kerana tangan kanan yang pegang binatang nak sembelih. Tangan kanan juga selalu dikaitkan dengan kekuatan.


Ayat 46:

ثُمَّ لَقَطَعنا مِنهُ الوَتينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We would have cut from him the aorta.¹

  • Causing immediate death.

(MELAYU)

Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.

Kalau Nabi Muhammad reka hal agama dan ayat Al-Qur’an, Allah akan tangkap dan sembelih halqum baginda. Sebab kalam keluar dari halqum maka Allah akan sembelih halqum baginda. 

Ibnu Abbas mengatakan bahawa al-wafin ertinya urat tali jantungnya. Hal yang semisal dikatakan oleh Ikrimah, Sa’id ibnu Jubair, Al-Hakam, Qatadah, Ad-Dahhak, Muslim Al-Batin, dan Abu Sakhr alias Humaid ibnu Ziad. Menurut Muhammad ibnu Ka’b, makna yang dimaksudkan ialah jantung dan semua uratnya serta semua bahagian yang berada di dekatnya.

Reka hal agama maksudnya buat bidaah. Ini termasuk kalau manusia reka fahaman dan juga amalan baru. Begitu ramai sekali yang buat perkara ini, bukan? Maka ini adalah dalil ancaman dari Allah kepada mereka yang buat bidaah.  Dan ini adalah ancaman yang amat keras. Kalau Nabi buat bidaah pun baginda akan terus dimatikan, lalu bagaimana pula kalau manusia biasa yang buat?

Tapi kita pun tengok banyak manusia buat bidaah elok sahaja? Kadangkala mereka pula yang disanjung tinggi. Ini adalah kerana tidak sama Nabi dan manusia biasa.

Kalau manusia yang reka agama, dia tidak dimatikan terus. Kerana dia tidak dijadikan sebagai panduan hukum. Sedangkan Nabi Muhammad menjadi panduan maka baginda akan dimatikan terus. Segala yang baginda lakukan adalah agama maka baginda tidak boleh dibenarkan untuk melakukan bidaah. 

Tapi ahli bidaah tidak akan selamat apabila mereka buat bidaah. Mungkin mereka selamat di dunia tapi mereka takkan selamat di akhirat. Maka kenalah berhati-hati dengan amalan kita. Pastikan ianya adalah amalan sunnah.


Ayat 47:

فَما مِنكُم مِّن أَحَدٍ عَنهُ حٰجِزينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there is no one of you who could prevent [Us] from him.

(MELAYU)

Maka sekali-kali tidak ada seorang pun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu.

Kalau Nabi Muhammad dimatikan oleh Allah, maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda.

Maka kerana baginda tidak dimatikan dengan cara sembelihan, maka ia bermakna yang apa sahaja yang baginda sampaikan adalah agama sunnah dan bukan bidaah. Maka kita kenalah ikut amalan dan ajaran baginda tanpa was-was. Amalan selain amalan bagindalah yang kena diperhatikan dan dinilai. Jangan nak terus ikut sahaja.


Ayat 48: Allah kembali menyebut tentang Al-Qur’an.

وَإِنَّهُ لَتَذكِرَةٌ لِّلمُتَّقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, it [i.e., the Qur’ān] is a reminder for the righteous.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Al Qur’an itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

Allah menegaskan sekali lagi bahawa Al-Qur’an itu menjadi peringatan kepada manusia. Ia diberikan kepada semua manusia tapi yang boleh mengambil pengajaran darinya adalah orang-orang bertaqwa sahaja. Kerana mereka yang ada keinginan kepada kebenaran.

Oleh kerana itu, kita kena sedar yang walaupun Al-Qur’an ini hebat dan mempunyai segala kelebihan, tapi kalau ianya tidak dilihat sebab sesuatu yang hebat, manusia tidak ambil perhatian pun. Kerana itu ramai dari masyarakat kita tidak teringin pun nak belajar tafsir Al-Qur’an dan belajar memahaminya kerana mereka tidak nampak ianya penting.


Ayat 49:

وَإِنّا لَنَعلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, We know that among you are deniers.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui bahawa di antara kamu ada orang yang mendustakan(nya).

Allah sudah tahu akan ada yang kata Al-Qur’an ini tipu. Ramai yang berhujah dengan mengatakan Al-Qur’an ini adalah tulisan manusia sahaja: sama ada Nabi Muhammad yang tulis atau baginda cedok dari kitab-kitab lain. Dan entah berapa hujah lagi yang dikatakan oleh manusia untuk mereka mengatakan Al-Qur’an ini dusta. Mereka mencari-cari kesalahan dalam Al-Qur’an kerana hendak menegaskan hujah mereka.

Tapi adakah penentang Al-Qur’an sahaja yang mendustakan Al-Qur’an? Jangan kita sangka begitu sahaja. Kalau tidak mengendahkan Al-Qur’an pun dikira sebagai pendusta Al-Qur’an juga. Iaitu mereka yang buat tak kisah tentang ajaran dalam Al-Qur’an. 

Mereka mungkin baca Al-Qur’an hari-hati. Mereka juga amat sayang kepada Al-Qur’an dan sanjung Al-Qur’an. Sampaikan mereka akan letak di tempat tinggi dan marah kalau ada orang hina Al-Qur’an. Mereka pun selalu juga kata: kembali kepada ajaran Al-Qur’an. 

Tapi kalau tidak belajar tafsir, itu pun sudah termasuk mendustakan Al-Qur’an. Memang mereka tidak pernah cakap begitu, tapi kalau mereka tidak ambil pengajaran dari Al-Qur’an, maka mereka seolah-olah mengatakan ajaran dalam Al-Qur’an ini ‘dusta’ sahaja, kerana itu mereka tidak perlu mempelajarinya, bukan? Kerana kalau mereka percaya sungguh ajaran dalam Al-Qur’an ini benar, tentulah mereka akan berusaha sedaya upaya untuk memahaminya, bukan? 

Tapi bila mereka buat acuh tak acuh, bila diajar belajar tidak belajar, bila ada peluang belajar tidak diambil peluang itu, tidak ada usaha pun nak cari guru, tidak ada usaha nak cari kelas, pergi ke kelas, itu semua tanda orang yang mendustakan Al-Qur’an. Mereka tidak cakap dengan mulut, tapi mereka ‘kata’ dengan perbuatan mereka. 

Mereka boleh dakwa mereka berpegang dengan Al-Qur’an tapi Allah beritahu dalam ayat ini yang sebenarnya mereka tidak begitu pun. Allah tahu hati manusia dan apa yang tersembunyi di dalam hati itu. 


Ayat 50:

وَإِنَّهُ لَحَسرَةٌ عَلَى الكٰفِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, it will be [a cause of] regret upon the disbelievers.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Al Qur’an itu benar-benar menjadi penyesalan bagi orang-orang kafir (di akhirat).

Mereka yang tidak membenarkan wahyu Al-Qur’an akan menyesal bersungguh-sungguh di akhirat kelak. Tidak ada penyesalan yang lebih besar lagi. Kerana ia bukan susah pun untuk belajar tafsir Al-Qur’an ini. Tidak ada alasan untuk tidak mempelajarinya. 

Oleh kerana itu belajarlah tafsir Al-Qur’an. Allah kata yang kafir itu yang akan menyesal nanti. Tapi janganlah sangka ia orang yang lahir kafir sahaja. Kerana kalau seseorang itu lahirnya dalam keluarga Muslim, tapi dia sendiri tidak membenarkan Al-Qur’an, ditakuti dia pun telah lama jatuh kafir.

Kerana tidak faham Al-Qur’an maka ada larangan dalam Al-Qur’an yang dilanggarnya. Begitu ramai kesalahan manusia yang kita tengok kerana mereka tidak faham apa yang ada dalam Al-Qur’an. Ramai yang tidak tahu pun apa yang disebut dalam Al-Qur’an itu.

Amat menyedihkan sekali kalau kita lihat tahap pengetahuan masyarakat kita tentang Al-Qur’an. Mereka seolah-olah tak pernah baca Al-Qur’an, atau tidak pernah lihat terjemahan Al-Qur’an. Kerana itu, kita kenalah meningkatkan usaha untuk menyebarluaskan pemahaman Al-Qur’an ini di kalangan manusia. Kita tidak dapat nak bagi semua orang tahu, tapi kita cubalah dapatkan sebanyak mungkin pengikut tafsir Al-Qur’an di kalangan keluarga dan kenalan kita.


Ayat 51:

وَإِنَّهُ لَحَقُّ اليَقينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, it is the truth of certainty.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar kebenaran yang diyakini.

Allah menegaskan yang Al-Qur’an itu benar-benar membawa al-haq (kebenaran). Kemudian Allah tambah kalimah اليَقينِ dalam ayat ini selepas kalimah haq. Ini menguatkan kebenaran yang dibawa oleh Al-Qur’an.

Kalimah اليَقينِ bermaksud percaya kepada sesuatu berdasarkan dari pengalaman. Kadang-kadang kita percaya seseorang dari segi agakan kita sahaja, tapi ada yang kita yakin dan percaya kepada dia kerana kita telah ada pengalaman dengan dia. Ia lebih tinggi lagi dari kepercayaan biasa sahaja, bukan? Maka bagaimana pula Al-Qur’an boleh dikatakan bawa kebenaran jenis اليَقينِ? 

Ini adalah kerana apa-apa yang disampaikan dalam Al-Qur’an ini kita boleh lihat di dunia yang nyata. Kita boleh lihat kebenaran sains yang Al-Qur’an bentangkan dalam Al-Qur’an dan kemudian disepakati oleh kajian sains semasa. Begitu hebat sekali kerana apa yang disebut 1,400 tahun dahulu bertepatan dengan kajian sains moden.

Dan apa sahaja yang disebut dalam Al-Qur’an kita juga boleh lihat dengan mata kita sendiri, seperti awan, gunung dan sebagainya. Dan kita juga boleh lihat sifat-sifat manusia yang disebut dalam Al-Qur’an juga benar. Jadi ini semua menambah keimanan kita kepada Al-Qur’an dan sampaikan tahap kepercayaan kita kepada Al-Qur’an adalah tahap اليَقينِ.


Ayat 52: Akhir sekali apakah yang perlu dilakukan? Ayat 52 ini adalah Perenggan Makro Ketujuh dan terakhir. Ia mengandungi anjuran untuk mengakui sifat Maha Suci Allah.

فَسَبِّح بِاسمِ رَبِّكَ العَظيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So exalt the name of your Lord, the Most Great.

(MELAYU)

Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Allah menyuruh kita bertasbih dengan menggunakan namaNya. Sebelum ini telah disebut manusia yang tidak terima keagungan Allah. Maka sekarang agungkanlah Nama Allah. Ini adalah kerana Allah itu Maha Agung, Maha Besar. 

Maka kita sebagai makhluk Allah hendaklah membesarkan Allah dalam kehidupan kita. Apabila kita besarkan Allah dalam kehidupan kita, maka segala arahan dan laranganNya kita akan perhatikan.

Allahu a’lam. Tamat tafsir Surah Haqqah ini. Sambung ke surah seterusnya, Surah Ma’aarij.

Kemaskini: 8 September 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Haqqah Ayat 19 – 35 (Beza kitab kanan dan kiri)

Haqqah Ayat 19: Ayat 19 – 24 adalah Perenggan Makro Keempat. Ia memberitahu suratan amal bagi orang yang beramal soleh dan mereka itu akan mendapat kesudahan yang penuh beruntung. Jadi ini adalah ayat-ayat Tabshir Ukhrawi. Ia memberi semangat kepada kita untuk beriman dan beramal dengan amalan soleh. 

فَأَمّا مَن أوتِيَ كِتٰبَهُ بِيَمينِهِ فَيَقولُ هاؤُمُ اقرَءوا كِتٰبِيَه

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So as for he who is given his record in his right hand, he will say, “Here, read my record!

(MELAYU)

Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata: “Ambillah, bacalah kitabku (ini)”.

فَأَمّا مَن أوتِيَ كِتٰبَهُ بِيَمينِهِ

Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya,

Kitab yang dimaksudkan adalah kitab amalan mereka. Ia menulis segala amalan-amalan mereka semasa mereka di dunia. Tidak ada satu pun yang akan tertinggal.

Apabila mereka menerima kitab amalan dari tangan kanan, ia bermaksud mereka itu adalah orang-orang yang selamat. Kerana kanan ini selalu dikaitkan dengan kebaikan. Dan banyak ayat Al-Qur’an yang menyebut kelebihan golongan kanan ini.

Mereka dulu tidak dikenali semasa di dunia dan kerana itu Allah guna kalimah من (siapa) dalam ayat ini. Ia merujuk kepada orang yang tidak dikenali. Tapi sekarang mereka mendapat nasib yang baik kerana mereka telah buat keputusan yang baik semasa di dunia. Mereka sekarang dikenali dan akan mendapat balasan yang amat hebat. 

هاؤُمُ اقرَءوا كِتٰبِيَه

maka dia berkata: “Ambillah ini, bacalah kitabku (ini)”.

Mereka amat bangga dengan kitab mereka. Ini kerana banyak amalan baik yang disebut di dalamnya. Tidak sia-sia mereka meluangkan masa melakukan segala amal kebaikan itu dulu.

Mereka amat gembira sampai mereka menunjuk-nunjuk kitab mereka kepada orang lain. Mereka nak orang lain tengok amalan-amalan baik mereka dahulu. Macam kalau kita sekarang ada sesuatu hasil yang kita banggakan maka kita nak tunjuk kepada orang lain, bukan?

Ini juga disebut dalam Al-lnshiqaq: 9:

وَيَنقَلِبُ إِلىٰ أَهلِهِ مَسرورًا

dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.

Mereka tidak takut beri orang lain baca kitab amalan mereka kerana mereka tahu yang di dalamnya hanya ada perkara baik-baik sahaja. Tapi takkan tidak ada langsung keburukan di dalamnya? Tidakkah kita manusia ada sahaja kesalahan dan kesilapan dosa yang kita lakukan?

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Bisyr ibnu Matar Al-Wasiti, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Harun, telah menceritakan kepada kami Asim Al-Ahwal, dari Abu Usman yang telah mengatakan bahawa orang mukmin diberikan kitab catatan amalnya dari sebelah kanannya dengan ditutupi oleh Allah. Lalu dia membaca keburukan-keburukannya; dan manakala dia lewati suatu amal keburukan, berubahlah roman wajahnya. Hingga manakala sampai pada amal-amal kebaikannya dan dia membacanya, maka roman wajahnya kembali berseri. Lalu dia mengulangi bacaan kitab catatan amalnya, tiba-tiba dia melihat catatan keburukannya telah diganti dengan kebaikan. Maka saat itulah dia mengatakan, “Ambillah, bacalah kitabku ini.”

Maknanya, segala amal keburukannya pun telah ditukar menjadi amal kebaikan! Kerana itu dia tidak segan bagi orang lain baca.

Kalau kita lihat, ada tambahan huruf ه dihujung kalimah كِتٰبِيَه sebagai gambaran bahawa dia suka sangat. Kerana segala usaha dia sudah membuahkan hasil. Kalau di dunia kita tak boleh sangat nak berbangga dengan hasil usaha kita. Tapi nanti ia boleh dilakukan di akhirat kelak. 

Telah disebutkan dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan melalui Ibnu Umar ketika ditanya tentang pembicaraan rahsia dengan Allah. Lalu dia menjawab bahawa dirinya pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda:

“يُدْنِي اللهُ العبدَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فيُقَرِّره بِذُنُوبِهِ كُلِّهَا، حَتَّى إِذَا رَأَى أَنَّهُ قَدْ هَلَكَ قَالَ اللَّهُ: إِنِّي سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا، وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ. ثُمَّ يُعطَى كتابَ حَسَنَاتِهِ بِيَمِينِهِ، وَأَمَّا الْكَافِرُ وَالْمُنَافِقُ فَيَقُولُ الْأَشْهَادِ: {هَؤُلاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ}

Allah Swt. mendekatkan hamba-Nya di hari kiamat, lalu membuatnya mengakui semua dosanya, hingga manakala hamba yang bersangkutan merasa bahawa dirinya akan binasa. Allah Swt. berfirman, “Sesungguhnya Aku telah menutupinya terhadapmu ketika di dunia, dan pada hari ini Aku memaafkannya bagimu.” Kemudian diberikan buku catatan amal kebaikannya dari sebelah kanannya. Adapun orang kafir dan orang munafik, maka para saksi mengatakan, “Mereka adalah orang-orang yang berdusta terhadap Tuhannya. Ingatlah, laknat Allah menimpa orang-orang yang zalim.”


Haqqah Ayat 20:

إِنّي ظَنَنتُ أَنّي مُلٰقٍ حِسابِيَه

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I was certain that I would be meeting my account.”

(MELAYU)

Sesungguhnya aku yakin, bahawa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku.

Ini adalah kata-kata golongan kanan kerana mereka suka sangat. Dia kata dia sudah agak yang dia akan dapat lihat amalannya di akhirat kelak. Dia tahu dari pembelajaran dia yang segala perbuatan di dunia sedang ditulis. Kerana itu dia semasa di dunia dia jaga sungguh amalan dia. Dia tak buat amalan syirik dan bidaah. Dia tidak buat perkara yang salah dan zalim. Kalau dia ada buat pun, dia akan terus minta maaf dan minta ampun.

Mereka ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya:

الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُوا رَبِّهِمْ

(iaitu) orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya. (Al-Baqarah: 46)

Maka kerana mereka yakin mereka akan bertemu Allah, maka mereka jaga amalan mereka.

Semasa di dunia dulu mereka memang takut sambil minta ampun. Walaupun mereka banyak buat amal baik, tapi mereka juga banyak minta ampun. Dan sekarang mereka suka sangat kerana semua itu membuahkan hasil. 

Apabila membaca situasi ini, maka kenalah kita pun berharap agar kita pun akan dapat pengalaman ini. Alangkah senangnya hati mereka! Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka. Aameen.


Haqqah Ayat 21:

فَهُوَ في عيشَةٍ رّاضِيَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So he will be in a pleasant life –

(MELAYU)

Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai,

Kalimah عيشَةٍ merujuk kepada hidup yang hebat. Kalau digunakan kalimah hayya (kehidupan) sahaja, ia hanya bermaksud hidup secara umum sahaja. Maknanya kehidupan di akhirat itu lain dari kehidupan di dunia. Balasan dari Allah amat hebat sekali. 

Kehidupan mereka diredhai oleh Allah SWT. Ini kerana mereka taat kepada Allah dan melakukan apa yang Allah suruh lakukan dan meninggalkan apa yang Allah larang. 


Haqqah Ayat 22:

في جَنَّةٍ عالِيَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

In an elevated garden,

(MELAYU)

dalam syurga yang tinggi,

Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi. Tinggi kerana memang manusia yang baik akan naik tinggi. Tinggi juga merujuk kepada kemuliaan mereka.

Manusia memang suka tempat yang tinggi. Kerana itu ada sahaja manusia akan panjat naik gunung dan suka terbang di udara. Ada yang belajar bawa kapalterbang atau helikopter kerana hendak terbang di udara. Ini kerana manusia suka tengok bawah dan lihat semuanya kecil dan halus sahaja. Ia adalah pengalaman yang amat menarik pada manusia.

Maka Allah balas mereka yang baik itu dengan tempat tinggal yang tinggi. Sudahlah tinggi, nikmat di dalamnya amat banyak.

Ada kelebihan kalau dapat duduk di syurga peringkat tinggi:

قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا أَبُو عُتْبَةَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ مُسْلِمٍ السَّكُوني، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ يُوسُفَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي سَلَّامٍ الْأَسْوَدِ قَالَ: سمعتُ أَبَا أُمَامَةَ قَالَ: سَأَلَ رجلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَلْ يَتَزَاوَرُ أَهْلُ الْجَنَّةِ؟ قَالَ: “نَعَمْ، إِنَّهُ لَيَهْبِطُ أَهْلُ الدَّرَجَةِ الْعُلْيَا إِلَى أَهْلِ الدَّرَجَةِ السُّفْلَى، فَيُحَيُّونَهُمْ وَيُسَلِّمُونَ عَلَيْهِمْ، وَلَا يَسْتَطِيعُ أَهْلُ الدَّرَجَةِ السُّفْلَى يَصْعَدُونَ إِلَى الْأَعْلَيْنَ، تَقْصُرُ بِهِمْ أَعْمَالُهُمْ”

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Abu Atabah alias AL-Hasan ibnu Ali ibnu Muslim As-Sukuni, telah menceritakan kepada kami Ismail ibnu Ayyasy, dari Sa’id ibnu Yusuf. dari Yahya ibnu Abu Kasir, dari Abu Salam Al-Aswad yang mengatakan bahawa dia pernah mendengar Abu Umamah menceritakan hadis berikut, bahawa pernah ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Saw. tentang keadaan ahli syurga, apakah mereka saling berkunjung di antara sesamanya? Maka Rasulullah Saw. menjawab: Benar, Sesungguhnya para penghuni derajat yang tertinggi benar-benar turun ke tempat para penghuni derajat yang di bawahnya, lalu mengucapkan salam penghormatan kepada mereka dan mereka menjawab salam penghormatannya. Para penghuni derajat yang di bawah tidak mampu naik ke tempat para penghuni derajat yang tertinggi disebabkan kurangnya amal perbuatan mereka.

Di dalam kitab sahih telah disebutkan sebuah hadis yang mengatakan:

“إِنَّ الْجَنَّةَ مِائَةُ دَرَجَةٍ، مَا بَيْنَ كُلِّ دَرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ”

Sesungguhnya syurga itu terdiri dari seratus tingkatan, dan jarak di antara satu tingkatan ke tingkatan yang lainnya sama dengan jarak antara langit dan bumi.


Haqqah Ayat 23:

قُطوفُها دانِيَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Its [fruit] to be picked hanging near.

(MELAYU)

buah-buahannya dekat,

Allah beri perumpamaan nikmat dalam syurga itu dengan menggunakan perumpamaan buah. Bukanlah buah sahaja ada di sana. Tapi manusia memang suka buah maka kerana itulah Allah gunakan perumpamaan ini. Bangsa Arab memang suka buah dan kerana itu perumpamaan buah ini memberi semangat kepada mereka.

Kalimah قطوف bermaksud buah yang masak ranum. Buah-buahan di syurga memang sentiasa masak sahaja. Tak payah nak peram lagi dan tunggu masak. Cuma tinggal nak petik dan makan sahaja. 

Dan yang lebih hebat lagi, tak payah susah-susah nak petik buah itu. Ia memang sudah rendah. Kalau buah di dunia selalunya susah nak petik kerana ia tinggi dan kena pakai galah atau kena panjat. Macam buah durian, kena tunggu ia jatuh baru boleh makan, bukan? Di syurga senang sahaja nak makan. 

Malah dalam ayat dalam surah lain memberitahu yang bila nak mana-mana buah, ranting buah itu akan datang kepada ahli syurga yang sedang duduk berehat. Maknanya tak payah nak bangun ambil pun, buah itu yang datang sendiri!


Haqqah Ayat 24:

كُلوا وَاشرَبوا هَنيئًا بِما أَسلَفتُم فِي الأَيّامِ الخالِيةِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[They will be told], “Eat and drink in satisfaction for what you put forth¹ in the days past.”

  • Literally, “advanced” in anticipation of reward in the Hereafter.

(MELAYU)

(kepada mereka dikatakan): “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu”.

كُلوا وَاشرَبوا هَنيئًا

(kepada mereka dikatakan): “Makan dan minumlah dengan sedap

Maksudnya boleh makan buah dan apa sahaja yang ada dalam syurga itu dengan sedap, selamat dan puas. Tidak ada kerisauan semasa makan dan minum. Boleh makan sepuas-puasnya. Tidak akan berkurang dan tidak perlu nak berjimat kerana makanan amat banyak sekali, tidak akan habis-habis. Tidak takut nak makan kerana segala makanan itu tidak ada kesan buruk kepada mereka.

Ini pun nikmat besar juga kerana semasa di dunia ini, kadangkala kita risau juga nak makan buah atau makanan lain. Kerana kadangkala buah-buahan atau makanan itu beri kesan kepada kesihatan kita. Macam orang tak sihat tak boleh makan durian sebarangan. Silap makan terlebih, boleh jatuh sakit.

Tapi di syurga nanti, semua itu tidak ada masalah. Boleh makan dengan lahap pun tidak kisah. Memang selera makan ahli syurga adalah selera makan seribu orang. Memang kerja makan sahaja di sana. 

Dan tidak ada larangan langsung. Kalau kita ingat kisah Nabi Adam, ada juga pokok larangan yang baginda tidak boleh makan. Ini adalah kerana itu adalah ujian bagi baginda. Tapi sudah tidak ada lagi larangan sebegitu. Semua sudah boleh dimakan.

بِما أَسلَفتُم فِي الأَيّامِ الخالِيَةِ

disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu”.

Mereka dijemput untuk makan segala yang ada di syurga itu kerana amalan mereka dulu. Segala yang mereka dapat itu adalah sebagai balasan dan upah bagi kesusahan mereka mengamalkan amalan kebaikan semasa di dunia. 

Kalimah أَسلَفتُم dari katadasar س ل ف yang bermaksud sesuatu yang dihantar dahulu. Maksudnya mereka telah ‘hantar’ amalan mereka untuk menunggu mereka di akhirat. Nanti mereka akan bertemu amalan-amalan mereka itu yang sudah bertukar jadi pahala dan jadi kebaikan untuk mereka. Semasa di dunia tidaklah amalan baik kita jadi seketul-seketul benda fizikal, tapi ia akan jadi sesuatu di akhirat kelak.

Kalimah الخالِيَةِ dari katadasar خ ل و yang bermaksud ‘kosong’, yang ‘telah lepas’. Maksudnya mereka dulu telah melakukan kebaikan itu di masa yang telah berlalu. Ia memang telah berlalu tapi ada rekod segala perbuatan mereka. Maka segala amalan kebaikan kita tidaklah sia-sia. 

Mereka tidak nampak rekod amalan mereka itu semasa di dunia tapi mereka percaya kepada janji Allah dan Rasulullah. Maka mereka amalkan amalan yang soleh itu.


Haqqah Ayat 25: Ayat 25 – 37 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia memberitahu suratan amal bagi orang yang beramal buruk dan memberitahu pembalasan buruk bagi mereka. Jadi ini adalah ayat-ayat Takhwif Ukhrawi tentang orang-orang yang malang pula.

وَأَمّا مَن أوتِيَ كِتٰبَهُ بِشِمالِهِ فَيَقولُ يٰلَيتَني لَم أوتَ كِتٰبِيَه

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But as for he who is given his record in his left hand, he will say, “Oh, I wish I had not been given my record

(MELAYU)

Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: “Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).

وَأَمّا مَن أوتِيَ كِتٰبَهُ بِشِمالِهِ

Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya,

Ini adalah orang-orang yang malang kerana telah tersalah buat keputusan dan salah buat amalan semasa di dunia dulu. ‘Kiri’ memang selalu diberi isyarat sebagai sesuatu yang tidak baik. Sebagai contoh, kita gunakan tangan kiri untuk mencuci najis. Dan kalau di sesuatu negara itu ada golongan penentang, maka mereka itu digelar ‘puak kiri’.

Mereka yang jahat semasa di dunia itu telah diberikan kitab amalan mereka di tangan kiri mereka. Ia memberi isyarat yang kandungan kitab itu tidak bagus. Mereka tidak akan suka dengan apa yang mereka akan baca dalam kitab itu.

فَيَقولُ يٰلَيتَني لَم أوتَ كِتٰبِيَه

maka dia berkata: “Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).

Mereka sendiri tak suka nak terima kitab mereka di tangan kiri. Mereka sudah tahu bahawa apa yang ada dalam kitab itu tidak menarik. Mereka tahu apa yang ada di dalamnya dan mereka berharap kalaulah mereka tak perlu nak baca. Mereka harap tidak adalah kitab itu selama-lamanya.


Haqqah Ayat 26:

وَلَم أَدرِ ما حِسابِيَه

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And had not known what is my account.

(MELAYU)

Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.

Mereka tidak mahu tahu hisab yang akan dikenakan kepada mereka. Mereka sudah tahu yang mereka akan ada masalah dengan apa yang ada di dalam kitab itu. Mereka sudah tahu apa yang mereka akan jumpa, maka mereka tidak suka langsung. Dan tentu mereka amat takut sangat.

Satu lagi maksud ayat ini: mereka tidak tahu yang mereka akan diberikan dengan kitab amalan mereka. Mereka tidak sangka pun yang segala perbuatan mereka ditulis dan akan dibentangkan kepada mereka. Kerana itu mereka tidak jaga amalan mereka semasa di dunia, mereka buat apa sahaja yang mereka hendak. Mereka hanya ikut nafsu mereka sahaja.


Haqqah Ayat 27:

يٰلَيتَها كانَتِ القاضِيَةَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

I wish it [i.e., my death] had been the decisive one.¹

  • i.e., ending life rather than being the gateway to eternal life.

(MELAYU)

Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu.

Mereka takut dengan hisab yang mereka akan hadapi. Mereka berharap semoga mereka mati dan terus habis kisah mereka. Biar mati sahaja tanpa bangkit semula. Biarlah semasa mati di dunia itu, mati terus dan tidak dibangkitkan di akhirat itu. 


Haqqah Ayat 28: Bagaimana keadaan mereka di dunia dulu?

ما أَغنىٰ عَنّي مالِيَه ۜ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

My wealth has not availed me.

(MELAYU)

Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.

Mereka dulu kaya raya semasa hidup di dunia. Tapi sekarang mereka sedar yang harta mereka yang banyak itu tak berguna langsung di akhirat. Kalau di dunia dulu mereka banyak gunakan harta mereka untuk mendapatkan apa-apa sahaja. Mereka boleh upah orang dan boleh bagi rasuah kepada orang supaya mereka dapat apa yang mereka nak. Tapi kalau nak pakai harta sebagai rasuah di akhirat pun tak berguna kerana tidak laku langsung. 

Atau, mereka nak kata yang dulu mereka ada harta banyak pun tak berguna kepada mereka. Mereka tidak gunakan harta mereka untuk kebaikan. Harta bukanlah buruk kerana kalau diinfakkan, ia akan membantu manusia. Yang jadi masalah adalah apabila tidak diinfakkan. Jadi masalah apabila ianya digunakan pada perkara yang salah. 


Haqqah Ayat 29:

هَلَكَ عَنّي سُلطٰنِيَه

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Gone from me is my authority.”

(MELAYU)

Telah hilang kekuasaanku daripadaku”.

Dulu mereka orang yang hebat semasa di dunia. Mereka disanjung dan dihormati. Mereka ada kuasa dalam masyarakat seperti ‘sultan’ sahaja. Mereka juga ditakuti dan kerana itu apa sahaja yang mereka mahu akan dicari dan dijadikan realiti. Orang kelam kabut nak memenuhi kehendak mereka.

Tapi itu kisah dahulu sahaja. Kerana sekarang semua dunia sudah hancur dan tidak tinggal apa. Tidak ada sesiapa yang akan mengiktiraf kuasa mereka lagi. Mereka tidak ada kuasa langsung. 

Kedudukan mereka yang mulia di dunia sudah tidak ada. Kerana keadaan di dunia dan di akhirat menggunakan kriteria yang berlainan dalam menilai makhluk. Dunia menilai mereka yang kaya dan kuat sebagai berkuasa; tapi di akhirat, yang lebih beriman yang mendapat kedudukan yang tinggi.

Maka begitulah kata-kata sesalan dari mereka. Semoga kita menjaga amalan dan akidah kita semasa di dunia ini. Jangan menyesal seperti mereka di akhirat.

Kalimah سُلطٰنِ juga boleh diterjemahkan sebagai ‘hujah’. Kalau dulu mereka di dunia pandai berhujah dan mereka boleh menang dengan hujah mereka kerana mereka mungkin pandai berhujah. Tapi di akhirat nanti hujah mereka tidak laku lagi. Maka mereka tidak akan dapat hendak menyelamatkan diri mereka.


Haqqah Ayat 30: Apakah azab kepada mereka?

خُذوهُ فَغُلّوهُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh will say], “Seize him and shackle him.

(MELAYU)

(Allah berfirman): “Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya.

Bayangkan situasi pendatang-pendatang tanpa izin yang ditangkap apabila ada serbuan dari imigresen dan polis. Ketua akan kata kepada polis yang lain: “tangkap merekaaaaaa!!!!!” Begitu hina sekali mereka melarikan diri sampai terjun tingkap.

Sekarang lagi hina keadaan mereka yang menerima kitab pada tangan kiri. Allah beri arahan untuk mereka ditangkap. Siapa yang akan tangkap? Tentulah para malaikat dan tentu mereka tidak akan ada harapan nak larikan diri.

Selepas ditangkap, tengkuk mereka akan dibelenggu. Kalau penjenayah di dunia, selepas ditangkap tangan mereka akan digari. Tapi ahli neraka lagi teruk kerana mereka kena kena belenggu di leher mereka. Dan mereka akan diikat bersama-sama supaya tidak boleh lari ke mana-mana.


Haqqah Ayat 31:

ثُمَّ الجَحيمَ صَلّوهُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then into Hellfire drive him.

(MELAYU)

Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Dan akhirnya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan dikenakan dengan azab api yang hebat yang menyakitkan mereka. Banyak sekali ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis tentang keburukan dalam neraka dan tidak perlu kita panjangkan di sini. Boleh rujuk semua sumber itu.


Haqqah Ayat 32:

ثُمَّ في سِلسِلَةٍ ذَرعُها سَبعونَ ذِراعًا فَاسلُكوهُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then into a chain whose length is seventy cubits insert him.”

(MELAYU)

Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.

Dan mereka dibelit lagi dengan rantai yang panjang. Teruk sekali mereka dikenakan dengan azab. Tidak boleh lari ke mana-mana lagi kerana mereka terbelenggu dengan rantai yang amat panjang. Sekarang Allah memberitahu kita yang rantai itu sepanjang 70 hasta.

Apabila rantai besi diikat kepada mereka, dalam keadaan panas pula, maka tentulah besi yang melekat pada tubuh mereka akan menyeksa mereka lagi. Maka seksa mereka bertambah-tambah.


Haqqah Ayat 33: Kenapa mereka dikenakan dengan azab yang teruk sebegitu?

إِنَّهُ كانَ لا يُؤمِنُ بِاللَّهِ العَظيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, he did not used to believe in Allāh, the Most Great,

(MELAYU)

Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar.

Allah tidaklah zalim kepada mereka. Mereka itu layak untuk mendapat azab yang dikenakan kepada mereka. Ahli neraka itu dulu rasa mereka hebat dan membesarkan diri mereka. Mereka tidak besarkan Allah sebaliknya mereka membesarkan diri mereka. Mereka rasa mereka besar dan tidak layak terima dan ikut kebenaran yang disampaikan kepada mereka. 


Haqqah Ayat 34: Apa lagi salah mereka?

وَلا يَحُضُّ عَلىٰ طَعامِ المِسكينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Nor did he encourage the feeding of the poor.

(MELAYU)

Dan juga dia tidak mendorong (orang lain) untuk memberi makan orang miskin.

Kalimah يَحُضُّ dari katadasar ح ض ض yang bermaksud ‘menggalakkan’. Macam kalau kita naik kuda, kita kata “hiyah!, hiyah!”, itu adalah يَحُضُّ. Kalau dengan manusia, bermaksud kita menggalakkan mereka untuk melakukan sesuatu. Kalimah حَضَّ digunakan untuk bawa maksud memecut tunggangan untuk menggalakkan kepada kebaikan. Allah beri gambaran dalam bentuk menunggang kuda dengan laju.

Mereka bukan sahaja tidak beri orang lain makan, mereka sampai tidak ajak orang pun untuk beri orang susah makan. Sebelum ini telah disebut yang ahli neraka itu kaya dan ada kuasa. Tapi walaupun begitu mereka tak tolong pun orang lain yang susah. 

Mereka tak galakkan orang lain beri pertolongan kepada orang susah kerana kalau ada yang bagi, maka mereka pun kena bagi juga. Bila orang lain sama-sama tak bagi, maka tak nampaklah yang mereka tidak beri, sebab semua sama sahaja (tidak tolong orang miskin). 


Haqqah Ayat 35:

فَلَيسَ لَهُ اليَومَ هٰهُنا حَميمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So there is not for him here this Day any devoted friend

(MELAYU)

Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini.

Tidak ada sesiapa pun yang akan menolong mereka kerana tidak ada sesiapa yang boleh bantu mereka. Mereka dulu semasa di dunia ada sahaja yang bantu mereka, tapi tidak lagi di akhirat. Mereka keseorangan dan tidak ada teman dan pembantu.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 1 September 2023

Ringkasan Surah Haqqah


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Haqqah Ayat 9 – 18 (Malaikat pun melarikan diri)

Ayat 9: Allah beri contoh ketiga dan keempat kaum yang dimusnahkan:

وَجاءَ فِرعَونُ وَمَن قَبلَهُ وَالمُؤتَفِكٰتُ بِالخاطِئَةِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there came Pharaoh and those before him and the overturned cities¹ with sin.

  • Those to which Lot was sent (see 11:8283) or generally, all cities which were destroyed due to their denial of a messenger from Allāh.

(MELAYU)

Dan telah datang Fir’aun dan orang-orang yang sebelumnya dan (penduduk) negeri-negeri yang dijungkir balikkan kerana kesalahan yang besar.

وَجاءَ فِرعَونُ

Dan telah datang Fir’aun

Firaun dan pengikutnya juga telah dimusnahkan dalam Laut Merah. Kisah tentang mereka telah banyak disebut dalam Al-Qur’an.

وَمَن قَبلَهُ

dan orang-orang yang sebelumnya

Bukan Firaun yang mula-mula dimusnahkan; ada banyak lagi kaum dan puak yang lain. Mereka yang menentang Tauhid telah ramai yang dimusnahkan oleh Allah.

وَالمُؤتَفِكٰتُ

dan (penduduk) negeri-negeri yang dijungkir balikkan

Yang dimaksudkan adalah Kaum Nabi Luth. Mereka tinggal di satu tempat yang namanya Sodom. Tempat tinggal mereka telah diangkat ke langit dan dijungkir balikkan ke tanah (diterbalikkan). Yang sekarang itu adalah tempat Laut Mati.

Kisah mereka boleh dibaca pada Hud:82 dan Hijr:74.

بِالخاطِئَةِ

kerana kesalahan yang besar.

Harf ب dalam ayat ini adalah ba’ sababiah. Mereka yang telah dimusnahkan itu adalah kerana mereka telah melakukan kesalahan besar yang melayakkan mereka dimusnahkan dengan teruk sekali. Allah tidak zalim. Allah hanya memusnahkan mereka yang layak diazab sahaja.


Ayat 10: Apakah kesilapan mereka?

فَعَصَوا رَسولَ رَبِّهِم فَأَخَذَهُم أَخذَةً رّابِيَةً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they disobeyed the messenger of their Lord, so He seized them with a seizure exceeding [in severity].

(MELAYU)

Maka (masing-masing) mereka mendurhakai rasul Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan seksaan yang sangat keras.

فَعَصَوا رَسولَ رَبِّهِم

Maka (masing-masing) mereka mendurhakai rasul Tuhan mereka,

Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan membawa dakwah tauhid dan ajaran Islam yang benar. Rasul mereka mengajak mereka mengesakan Allah dan hidup dengan taat kepada Allah, ikut hukum-hukumNya, tapi mereka menolak Rasul-rasul itu. Malah, mereka hendak mencederakan Rasul-rasul mereka. Kerana itu Allah musnahkan mereka.

فَأَخَذَهُم أَخذَةً رّابِيَةً

lalu Allah menyeksa mereka dengan seksaan yang meningkat.

Mereka dikenakan dengan azab yang teruk sangat. Kalimah رّابِيَةً bermaksud sesuatu yang naik dan terus menaik. Maksudnya azab yang teruk dan semakin teruk menekan mereka. Azab itu terus jadi semakin teruk dan tidak berhenti. Kalau kita selalu kena seksa yang sama, lama kelamaan kita akan rasa alah dengan seksaan itu kerana sudah biasa. Tapi azab di neraka kelak tidak sama sahaja. Ia akan bertambah sakit dan bertambah lagi. Jadi tidak sempat nak rasa ‘alah’ dengan azab di neraka kelak.


Ayat 11: Ini adalah contoh kelima:

إِنّا لَمّا طَغَى الماءُ حَمَلنٰكُم فِي الجارِيَةِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, when the water overflowed, We carried you [i.e., your ancestors] in the sailing ship¹

  • Which was constructed by Noah.

(MELAYU)

Sesungguhnya Kami, tatkala air telah naik (sampai ke gunung) Kami bawa (nenek moyang) kamu, ke dalam bahtera,

إِنّا لَمّا طَغَى الماءُ

Sesungguhnya Kami, tatkala air telah naik

Ini merujuk kepada Nuh dan azab yang dikenakan kepada kaumnya. Mereka telah menolak Nabi Nuh dan azab banjir dikenakan kepada mereka. Tanpa mereka sedari, air naik dan semakin menaik.

حَمَلنٰكُم فِي الجارِيَةِ

Kami bawa (nenek moyang) kamu, ke dalam bahtera,

Akhirnya dunia telah menjadi banjir dan mereka tidak dapat menyelamatkan diri. Allah telah suruh Nabi Nuh buat bahtera dari awal lagi. Dan dengan bahtera itulah umat Nabi Nuh yang beriman dengan baginda diselamatkan.

Allah gunakan kalimah ‘kamu’ dalam ayat ini yang juga merujuk kepada kita. Walaupun kita tidak ada waktu itu tapi kita pun dalam kapal itu juga kerana kita adalah keturunan dari sulbi Nabi Nuh. Maka kerana itu Allah guna kalimah ‘kamu’. 


Ayat 12:

لِنَجعَلَها لَكُم تَذكِرَةً وَتَعِيَها أُذُنٌ وٰعِيَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That We might make it for you a reminder and [that] a conscious ear would be conscious of it.

(MELAYU)

agar Kami jadikan peristiwa itu peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar.

لِنَجعَلَها لَكُم تَذكِرَةً

Agar Kami jadikan peristiwa itu peringatan bagi kamu

Allah jadikan kapal itu sebagai peringatan kepada kita semua. Tidak semestinya ‘kapal’ itu sendiri kerana belum tentu manusia sudah jumpa kapal itu. (Ada pihak yang kata mereka telah jumpa kapal itu). Tapi kalau tidak jumpa pun, kisah Nabi Nuh dan kaumnya ini pun menjadi peringatan juga.

Semua generasi dan tradisi dan agama tahu tentang banjir ini. Jadi bila kita baca kisah banjir besar ini, maka kita teringat pengajaran yang amat banyak di dalamnya. Terutama peringatan jangan melawan ajaran dari Allah dan Rasul. Maka jangan baca tentang kejadian itu sahaja, tapi kenanglah kembali kenapa mereka dikenakan dengan azab banjir itu. Ramai yang sibuk nak cari tempat mendarat bahtera itu sahaja.

وَتَعِيَها أُذُنٌ وٰعِيَةٌ

dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar.

Supaya telinga yang mahu dengar dengan teliti akan mengambil pengajaran dari kisah itu. Iaitu mereka yang boleh ‘beri’ telinga mereka untuk mendengar kebenaran yang disampaikan oleh para pendakwah dan guru yang benar. 

Maknanya, kita kena sanggup dengar dulu, jangan terus tolak. Malangnya ramai yang tidak mahu dengar pun. Ada kalangan orang kita yang bila nak diberitahu cerita dan pengajaran dari Al-Qur’an, mereka terus tutup telinga mereka. Ini adalah kerana apa yang disampaikan itu berlainan dari fahaman dan kehendak mereka. Maka mereka tidak mahu dengar (takut-takut terkesan pula).

Tapi ada yang sanggup dengar, sanggup tadah telinga dulu, maka mereka itulah yang selamat. Malangnya ramai yang tahu kisah ini, tapi tidak mengambil pengajaran darinya.

Oleh kerana digunakan kalimah ‘mendengar’ dan bukan ‘melihat’, maka ini menguatkan pendapat yang mengatakan bahtera Nabi Nuh itu bukanlah untuk dilihat oleh kita, tapi kisahnya untuk kita dengar.


Ayat 13: Ayat 13 – 18 adalah Perenggan Makro Ketiga. Ia memberi gambaran Hari Kiamat. Jadi ini adalah Ayat Takhwif Ukhrawi. Kalau sebelum ini Allah sebut tentang azab di dunia, sekarang Allah menyebut azab akhirat pula.

فَإِذا نُفِخَ فِي الصّورِ نَفخَةٌ وٰحِدَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then when the Horn is blown with one blast

(MELAYU)

Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup

Akhirat bermula dengan tiupan Sangkakala yang kita pun tidak tahu bagaimana bunyinya. Tapi tentulah ia amat menakutkan. Dan tiupan itu sekali sahaja dan dengan tiupan itu maka musnahlah seluruh alam ini. Mudah sahaja bagi Allah hendak hancurkan dunia ini iaitu dengan sekali tiupan sahaja. Maka bermulalah akhirat bagi kita semua.


Ayat 14:

وَحُمِلَتِ الأَرضُ وَالجِبالُ فَدُكَّتا دَكَّةً وٰحِدَةً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the earth and the mountains are lifted and leveled with one blow [i.e., stroke] –

(MELAYU)

dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.

وَحُمِلَتِ الأَرضُ وَالجِبالُ

dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung,

Hebat sekali kejadian Hari Kiamat itu, bumi dan gunung ganang yang sekarang kita lihat teguh ini akan hancur menjadi debu dan akan diangkat naik ke udara. Ia terangkat ke udara kerana ia telah hancur menjadi debu yang berterbangan.

فَدُكَّتا دَكَّةً وٰحِدَةً

lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.

Bumi dan gunung ganang akan dihancurkan sehancur-hancurnya. Pukulan yang dikenakan kepadanya hanyalah sekali sahaja tapi terus hancur berkecai.


Ayat 15:

فَيَومَئِذٍ وَقَعَتِ الواقِعَةُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then on that Day, the Occurrence [i.e., Resurrection] will occur,

(MELAYU)

Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat,

Yang akan terjadi pasti akan terjadi. Segala kisah-kisah yang kita selalu dengar dan selalu baca dalam Al-Qur’an akan terjadi. Ia tidak dapat dielakkan lagi. Semoga kita selamat dari Hari Kiamat yang teruk itu. Kita berdoa begitu kerana kita tidak sanggup menyaksikan sendiri kejadian yang amat teruk itu. 


Ayat 16: Kalau tadi Allah sebut tentang kehancuran bumi, sekarang Allah sebut tentang kehancuran langit pula. Kerana pasangan bumi adalah langit. 

وَانشَقَّتِ السَّماءُ فَهِيَ يَومَئِذٍ واهِيَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the heaven will split [open], for that Day it is infirm.¹

  • i.e., weak, enfeebled and unstable.

(MELAYU)

dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah.

وَانشَقَّتِ السَّماءُ

dan terbelahlah langit,

Langit yang kita sedang lihat tinggi dan hebat itu nanti akan terbelah dan pecah pada Hari Kiamat. Kalau kita lihat bahasa yang digunakan, ia bukan ‘dipecahkan’ tapi macam ia terjadi sendiri. Seolah-olah langit pecah sendiri dengan rela. Maksudnya memang Allah sudah jadikan rancangan yang bila tiba masanya ia akan hancur. 

فَهِيَ يَومَئِذٍ واهِيَةٌ

pada hari itu langit menjadi lemah.

Kalimah واهِيَةٌ digunakan untuk merujuk kepada sendi yang lemah. Selalunya digunakan apabila sendi pintu sudah lemah, dan akhirnya ia akan jatuh. Ia memberi isyarat yang langit itu ada sendi dan sampai masanya sendiri itu akan lemah dan rosak sendiri. Masa itu langit-langit yang dipegang kukuh itu akan hancur. Ini satu pemandangan yang amat-amat menakutkan.  


Ayat 17:

وَالمَلَكُ عَلىٰ أَرجائِها ۚ وَيَحمِلُ عَرشَ رَبِّكَ فَوقَهُم يَومَئِذٍ ثَمٰنِيَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the angels are at its edges. And there will bear the Throne of your Lord above them, that Day, eight [of them].

(MELAYU)

Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.

وَالمَلَكُ عَلىٰ أَرجائِها

Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.

Cuba fikirkan, apabila bangunan nak jatuh, ke manakah penduduknya nak lari ke mana? Mereka selalunya akan lari ke tepi yang kuat, bukan? Malaikat pun begitulah juga takut dengan kejadian itu dan mereka akan lari ke penjuru-penjuru langit.

Menurut Ibnu Abbas, mereka berada di bahagian langit yang tidak lemah, yakni di semua pinggirannya. Hal yang sama dikatakan oleh Sa’id ibnu Jubair dan Al-Auza’i. Ad-Dahhak mengatakan bahawa Arja-iha artinya pinggiran-pinggirannnya. Kalau malaikat pun takut, apatah lagi kita? 

وَيَحمِلُ عَرشَ رَبِّكَ فَوقَهُم يَومَئِذٍ ثَمٰنِيَةٌ

Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.

Semua malaikat akan lari kecuali lapan Malaikat akan tetap pegang Arsy. Sekarang mereka sedang memegang Arasy di atas mereka dan mereka akan tetap memegang Arasy itu.  Jadi ini adalah satu maklumat ghaib: ada lapan malaikat yang menanggung Arash.


Ayat 18:

يَومَئِذٍ تُعرَضونَ لا تَخفىٰ مِنكُم خافِيَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That Day, you will be exhibited [for judgement]; not hidden among you is anything concealed.¹

  • i.e., any person or any secret you might attempt to conceal.

(MELAYU)

Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).

يَومَئِذٍ تُعرَضونَ

Pada hari itu kamu dihadapkan

Ini adalah apabila kita semua dibangkitkan dari mati kita dan menuju ke Mahsyar. Kita semua akan dibangkitkan dalam keadaan bogel. Mahsyar itu pula tidak ada tanah tinggi dan tidak ada lubang, maka tidak ada tempat untuk menyorok.

لا تَخفىٰ مِنكُم خافِيَةٌ

tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi

Kerana tidak ada tanah tinggi dan lubang, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyorok dan tersembunyi. Lagipun, bagaimana nak menyorok dari Allah? Segalanya akan terpapar di hadapan Allah. Kita semua akan mengadap Allah. 

Ibnu Abud Dunia mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ishaq ibnu Ismail, telah menceritakan kepada kami Sufyan ibnu Uyaynah, dari Ja’far ibnu Barqan, dari Sabit Al-Hajjaj yang mengatakan bahawa Umar ibnul Khattab pernah mengatakan, “‘Hisablah dirimu sendiri sebelum kamu dihisab, timbanglah perbuatanmu sendiri sebelum amal perbuatanmu ditimbang. Kerana sesungguhnya cara ini lebih meringankan hisabmu di kemudian hari, bila kamu menghisab dan menimbang amalmu sendiri di hari sekarang untuk menghadapi hari hisab yang besar.”

Banyak disebut perjumpaan dengan Allah dalam Al-Qur’an dan dalam hadis. Dan ada banyak cara disebut tentang pertemuan-pertemuan itu. Ini adalah kerana ada banyak sesi perjumpaan dengan Allah. Ada yang bertemu ramai-ramai dan ada yang bertemu sendirian sahaja dengan Allah.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا وَكِيع، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَلِيِّ بْنِ رَفَاعَةَ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “يُعْرَضُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَلَاثَ عَرَضَاتٍ، فَأَمَّا عَرْضَتَانِ فجدالٌ ومعاذيرُ، وَأَمَّا الثَّالِثَةُ فَعِنْدَ ذَلِكَ تَطِيرُ الصُّحُفُ فِي الْأَيْدِي، فَآخِذٌ بِيَمِينِهِ وَآخِذٌ بِشِمَالِهِ”.
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Waki’ telah menceritakan kepada kami Ali ibnu Rifa’ah, dari Al-Hasan, dari Abu Musa yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Kelak manusia dihadapkan kepada Tuhan mereka pada hari kiamat sebanyak tiga kali; pada penampilan yang pertama dan yang kedua terjadi perdebatan dan alasan-alasan. Sedangkan pada penampilan yang ketiga saat itu berterbanganlah semua buku catatan amal perbuatan di terima di tangan masing-masing; maka ada yang menerimanya dari sebelah kanannya, dan ada pula yang menerimanya dari sebelah kirinya.

Maknanya, apabila sudah diberikan buku catatan amal, maka semua terdiam tidak dapat berkata apa-apa kerana segala perbuatan mereka telah ditulis dan mereka tidak dapat nak menipu dan membantah lagi.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 7 September 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Haqqah Ayat 1 – 8 (Azab Aad dan Tsamud)

Pengenalan: 

Surah ini banyak mengandungi inzar (peringatan dan ancaman). Nama surah ini diambil dari ayat pertama surah ini. Ia diturunkan di Mekah pada peringkat awal kenabian tapi selepas baginda menyampaikan ajaran Al-Qur’an kepada umat Mekah. Dalam lingkungan tahun 4 – 6 Kenabian. Waktu itu Nabi Muhammad sudah menerima tentangan dari Musyrikin Mekah tapi tidaklah teruk lagi.

Surah ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

Ayat 1 – 37: Bahagian pertama. Ia berkenaan Hari Kiamat dan Hari Akhirat. Allah menceritakan penyesalan para penolak kebenaran dan kegembiraan ahli syurga nanti.

Ayat 38 – 52: Bahagian kedua. Ia tentang Al-Qur’an itu adalah wahyu dari Allah dan Nabi Muhammad itu benar-benar seorang Rasul Allah.


 

Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 7 perenggan makro. Ayat 1 – 3 adalah Perenggan Makro Pertama dan ia mengandungi ancaman Hari Kiamat.

الحاقَّةُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Al-Ḥāqqah: The Inevitable Reality or That Which Manifests Realities – another name for the Resurrection.

The Inevitable Reality –

(MELAYU)

Hari kiamat,

 

Ia bermaksud haq, iaitu kepastian. Sesuatu yang pasti jadi realiti. Ia adalah sesuatu yang ‘berhak’ kena kepada makhluk. Kalimah ini dalam bentuk mubalaghah (ekstrem, bersangatan). Ini adalah kerana Allah hendak menekankan yang ia PASTI akan berlaku. Ia tidak dapat dielak lagi.

Apabila surah ini bermula dengan kalimah ini dan menekankan sifat Hari Kiamat yang pasti datang, maka ia hendak menolak fahaman Musyrikin Mekah yang menolak kedatangannya. Allah hendak memberitahu yang Hari Akhirat itu pasti datang dan kalau mereka tidak percaya, mereka menolak bersungguh-sungguh pun, ia pasti akan berlaku juga.

Kalimah ini menariknya ia dalam bentuk isim dan rafa’ pula. Maka ia adalah mubtada’ tapi mana khabarnya? Dari segi nahu, selepas mubtada’ tentu ada khabarnya. Kenapa ia seperti tergantung pula?

Sebenarnya khabar kepada mubtada’ ini datang dalam ayat selepasnya. Ulama mengatakan ia dipecahkan dari mubtada’ dalam ayat pertama kerana hendak menarik perhatian pembaca Al-Qur’an. Allah bagi tergantung supaya ia nampak lain dari biasa dan kerana itu ia menarik perhatian kita semasa membaca ayat-ayat ini.   

Juga apabila diletakkan dalam bentuk isim, dari segi balaghah ia memberi isyarat yang Hari Kiamat itu sudah dekat sangat. 


 

Ayat 2:

مَا الحاقَّةُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

What is the Inevitable Reality?

(MELAYU)

apakah hari kiamat itu?

 

Allah tanya untuk menarik perhatian kita. Allah tanya tapi takkan kita tahu jawapannya kalau Allah tidak beritahu. Maka Allah akan jawab sendiri soalan ini nanti. Jadi ini adalah pertanyaan untuk menarik perhatian pendengar.


 

Ayat 3: Allah ulang sekali lagi sebagai penekanan.

وَما أَدرىٰكَ مَا الحاقَّةُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what can make you know what is the Inevitable Reality?

(MELAYU)

Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu?

 

Macam mana kamu boleh tahu apakah الحاقَّةُ itu? Apakah yang boleh memberitahu kamu tentangnya?

Ayat ke 2 dan ke 3 ini lebih kurang sama. Allah mengulang-ngulang soalan yang sama untuk menekankan kepentingannya. Memang tidak ada siapa boleh jawab bila Allah tanya macam ni. Maka Allah akan jawab di dalam ayat-ayat yang seterusnya. 


 

Ayat 4: Ayat 4 – 12 adalah Perenggan Makro Kedua. Ia menyampaikan sejarah 5 kaum yang telah dibinasakan. Jadi ayat ini adalah ayat jenis takhwif duniawi. Allah menceritakan nasib yang diterima oleh kaum terdahulu yang menidakkan Hari Kiamat. Maka kena ambil pengajaran supaya jangan jadi seperti mereka.

كَذَّبَت ثَمودُ وَعادٌ بِالقارِعَةِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Thamūd and ‘Aad denied the Striking Calamity [i.e., the Resurrection].

(MELAYU)

Kaum Tsamud dan ‘Aad telah mendustakan hari kiamat.

 

Allah memperingatkan Musyrikin Mekah dengan kisah Kaum Aad dan Tsamud yang Musyrikin Mekah pun kenal. Allah memberitahu Musyrikin Mekah yang kaum Aad dan Tsamud pun telah diberi peringatan tentang azab.

Maksud ‘Qariah’ dari segi bahasa adalah ‘ketukan kuat’. Ia merujuk kepada azab jikalau mereka terus membantah ajaran Tauhid. Allah menggunakan kalimah qariah ini sebagai penerangan tentang apa yang akan terjadi dan menggunakan bahasa yang menakutkan. Mereka akan menerima ketukan yang amat kuat. Tapi ketukan itu adalah dalam bentuk Hari Kiamat nanti.

Maka mereka telah diingatkan dengan Hari Kiamat, tapi mereka sahaja yang degil. Bukannya mereka tidak diingatkan.


 

Ayat 5:

فَأَمّا ثَمودُ فَأُهلِكوا بِالطّاغِيَةِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So as for Thamūd, they were destroyed by the overpowering [blast].

(MELAYU)

Adapun kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa.

 

Allah mulakan dengan kisah Kaum Tsamud. Mereka telah dimusnahkan dengan azab yang keras. Sampai tidak tinggal baka mereka langsung dan semua keturunan mereka musnah. 

Kalimah الطاغية dari kata dasar ط غ ي yang bermaksud melampau. Jadi kalimah ب dalam بالطاغية adalah dalam bentuk ba’ sababiah (penyebab). Maknanya mereka diazab ‘kerana’ mereka kuat melawan dan melampau dalam amalan mereka. Maknanya mereka telah mengamalkan amalan syirik. 

Juga kalimah بالطاغية mungkin merujuk kepada apa yang mereka telah dikenakan (azab itu). Mereka telah dikenakan dengan malapetaka azab dari alam yang amat ganas (melampau). Selama itu Allah tahan alam dari memusnahkan manusia. Yang dimaksudkan adalah angin dan lautan. Kalau mereka dilepaskan, maka ada kehancuran kepada manusia. 

Oleh itu, kalimah ط غ ي juga bermaksud ‘melawan’. Allah benarkan alam mengganas terhadap mereka. Mereka telah melampau batas ketetapan Allah maka Allah benarkan alam juga melampau terhadap mereka. 

Nota: azab yang dikenakan kepada Kaum Tsamud ini menggunakan kalimah yang berbeza-beza dalam Al-Qur’an:

Dalam A’raf:78, kalimah الرَّجفَةُ (gempa bumi) yang digunakan.
Dalam Hud:67, kalimah الصَّيحَةُ (suara keras) yang digunakan.
Dalam Fussilat:17 kalimah صٰعِقَةُ العَذابِ (azab yang menghina) yang digunakan.
Dan dalam Surah Haqqah ini, kalimah الطاغية pula digunakan.

Ini bermakna, banyak sekali azab-azab yang dikenakan kepada mereka. Azabnya dikenakan pada masa yang sama, tapi bermacam-macam jenis. Ini kerana marah sangat Allah dengan mereka. Dan ia menunjukkan yang azab kepada mereka memang amat teruk. Begitulah ancaman yang Allah berikan kepada kita.


 

Ayat 6:

وَأَمّا عادٌ فَأُهلِكوا بِريحٍ صَرصَرٍ عاتِيَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And as for ‘Aad, they were destroyed by a screaming,¹ violent wind

  • Or “cold.”

(MELAYU)

Adapun kaum ‘Aad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang,

 

Sekarang Allah sebut apa yang dikenakan kepada Kaum Aad pula. Mereka pula telah dibinasakan dengan azab angin. Ini bukan angin yang biasa kerana ia sejuk sangat sampai membunuh.

Zaman sekarang pun ada angin sejuk juga. Ramai yang sudah mati kerana angin sejuk. Tapi kebanyakan manusia selamat kerana mereka berteduh di dalam rumah. Tapi angin azab dari Allah ini sampai masuk ke dalam rumah. Mereka tidak boleh lari. Mereka semua sekali mati bergelimpangan.


 

Ayat 7:

سَخَّرَها عَلَيهِم سَبعَ لَيالٍ وَثَمٰنِيَةَ أَيّامٍ حُسومًا فَتَرَى القَومَ فيها صَرعىٰ كَأَنَّهُم أَعجازُ نَخلٍ خاوِيَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Which He [i.e., Allāh] imposed upon them for seven nights and eight days in succession, so you would see the people therein fallen as if they were hollow trunks of palm trees.

(MELAYU)

yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum ‘Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk).

 

سَخَّرَها عَلَيهِم سَبعَ لَيالٍ وَثَمٰنِيَةَ أَيّامٍ حُسومًا

yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus;

Allah arahkan angin yang di bawah kawalanNya untuk memusnahkan Kaum Aad itu.  Bukan sekejap angin sejuk dan ganas itu dikenakan kepada mereka tetapi selama lapan hari tujuh malam. Kalau angin itu kena sekejap sahaja sudah teruk, tapi kalau berhari-hari?

Kalimah حُسومًا dari katadasar ح س م yang bermaksud potong, hentikan, hilangkan semua tanda apa-apa. Maknanya, mereka dikenakan dengan angin sejuk itu selama tujuh malam dan lapan hari berterusan sampaikan mereka semua mati dan tiada kesan mereka langsung selepas itu. 

 

فَتَرَى القَومَ فيها صَرعىٰ

maka kamu lihat kaum ‘Aad pada waktu itu mati bergelimpangan

Selepas berhenti angin itu, mereka hanya bergelimpangan sahaja dalam kehinaan. Tidaklah Nabi Muhammad dan kita dapat lihat keadaan mereka itu, tapi kalaulah kita dapat lihat, begitulah keadaan mereka. Maka Allah suruh kita bayangkan.

 

كَأَنَّهُم أَعجازُ نَخلٍ خاوِيَةٍ

seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk).

Teruk sangat keadaan kematian mereka dan tubuh mereka selepas itu sampaikan Allah kata mereka itu seperti pohon kurma lapuk sahaja.


 

Ayat 8:

فَهَل تَرىٰ لَهُم مِن باقِيَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then do you see of them any remains?

(MELAYU)

Maka kamu tidak melihat seorang pun yang tinggal di antara mereka.

 

Adakah kamu lihat sesiapa yang tinggal? Tentu tidak, kerana azab yang dikenakan kepada mereka itu amat teruk sampaikan musnah semua sekali umat mereka. Jangan katakan mereka sendiri, keturunan baka generasi mereka pun tidak ada satu pun. Telah lenyap dalam sejarah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 7 September 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Qalam Ayat 43 – 52 (Bahaya istidraj)

Qalam Ayat 43:

خٰشِعَةً أَبصٰرُهُم تَرهَقُهُم ذِلَّةٌ ۖ وَقَد كانوا يُدعَونَ إِلَى السُّجودِ وَهُم سٰلِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their eyes humbled, humiliation will cover them. And they used to be invited to prostration while they were sound.¹

  • During worldly life.

(MELAYU)

(dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera.

 

خٰشِعَةً أَبصٰرُهُم

(dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah,

Selepas mereka tidak dapat sujud, maka mata dan muka mereka tertunduk ke bawah kerana rasa bersalah. Mereka tahu yang mereka dihalang oleh Allah dari sujud. Mereka rasa amat hina sekali kerana rahsia mereka telah dibongkarkan dan semua orang boleh lihat mereka tidak dapat sujud.

 

تَرهَقُهُم ذِلَّةٌ

lagi mereka diliputi kehinaan.

Kalimah تَرهَقُهُم dari kalimah ره ق yang bermaksud ‘diselubungi’. Mereka akan diselubungi oleh kehinaan yang bertimpa-timpa. Mereka akan ditimpa dengan beban demi beban, kehinaan demi kehinaan.

 

وَقَد كانوا يُدعَونَ إِلَى السُّجودِ وَهُم سٰلِمونَ

Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera.

Kenapa mereka kena azab sebegitu? Kerana dulu semasa hidup di dunia, mereka sudah diajak untuk sujud merendahkan diri kepada Allah. Tapi mereka engkar tidak mahu. Maka balasan yang mereka terima adalah di akhirat kelak. 

Di Mahsyar nanti, untuk membuktikan siapakah yang ikhlas sujud dan taat kepada Allah semasa di dunia, maka diseru makhluk untuk sujud kepada Allah di akhirat kelak. Semua akan sujud dan mereka yang tidak ikhlas beribadat kepada Allah semasa di dunia tidak dibenarkan untuk sujud.

Waktu itu memang mereka tidak dibenarkan sujud tapi dulu mereka sudah diajak pun. Mereka tidak mahu sujud itu kerana degil sahaja. Bukan ada masalah untuk sujud pun kerana mereka waktu itu sihat sahaja. 

Maka semasa kita sihat wal afiat ini, hendaklah kita membanyakkan sujud kepada Allah. Ringankanlah tulang dan dahi kita untuk sujud kepada Allah. Terutama sekali dalam solat. Bukannya berat pun nak sujud itu. Waktu sujudlah kita paling rapat dengan Allah.


 

Qalam Ayat 44:

فَذَرني وَمَن يُكَذِّبُ بِهٰذَا الحَديثِ ۖ سَنَستَدرِجُهُم مِّن حَيثُ لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So leave Me, [O Muḥammad], with [the matter of] whoever denies this statement [i.e., the Qur’ān]. We will progressively lead them [to punishment] from where they do not know.¹

  • Allāh will increase His favors to them in this world by way of trial, whereby they will sink deeper into sin and thus into destruction.

(MELAYU)

Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan perkataan ini (Al-Qur’an). Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui,

 

فَذَرني وَمَن يُكَذِّبُ بِهٰذَا الحَديثِ

Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan perkataan ini (Al-Qur’an).

Biarkan Allah dengan mereka yang menentang itu. Biar Allah sendiri yang urus hal mereka. Tahulah Allah apa yang hendak dibuat kepada mereka.

Inilah ayat yang paling menakutkan. Allah tidak beritahu apa yang Dia akan buat, tapi Allah berfirman yang Dia akan selesaikan sendiri. 

 

سَنَستَدرِجُهُم مِّن حَيثُ لا يَعلَمونَ

Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui,

Kalimah سَنَستَدرِجُهُم dari katadasar د ر ج yang bermaksud berjalan selangkah demi selangkah. Maksudnya sikit demi sikit. Dari katadasar yang samalah jadi kalimah Istidraj. Ini seperti orang yang sedang naik tangga. Orang itu akan naik perlahan-lahan.

Maksud istidraj adalah Allah akan tarik seseorang itu sedikit demi sedikit ke lembah kebinasaan. Ini adalah kerana Allah telah buat keputusan untuk memasukkan dia ke dalam neraka kerana dia telah banyak kali menentang.

Maka Allah beri dia kesenangan semasa hidup di dunia. Semakin banyak kesenangan yang dia dapat, dia menjadi semakin teruk. Sengaja Allah nak kenakan begitu supaya dia semakin banyak dosa yang dilakukannya dan dia akan dikenakan dengan azab yang lebih teruk lagi di akhirat.

Jadi istidraj ini amat menakutkan. Kita tidak tahu sama ada kesenangan yang kita dapat sekarang adalah nikmat dari Allah atau ia dalam bentuk ‘istidraj’ hanya untuk melekakan kita dengan dunia. Amat-amat menakutkan sekali!

Allah kata, biarlah Dia akan uruskan orang yang engkar itu. Allah mulakan penghukuman kepada orang itu semasa di dunia lagi di mana dia telah dikenakan dengan istidraj. Dia dapat segala nikmat kehidupan di dunia sampaikan dia rasa dia orang kesayangan Allah, tapi rupanya itu adalah istidraj sahaja bagi dirinya.

Mereka tidak sedar sama sekali kerana mereka itu jahil, mereka sudah leka dan lalai. Mereka sangka mereka dapat banyak kebaikan tapi mereka tak sedar semua itu adalah ke arah kemusnahan dia.


 

Qalam Ayat 45:

وَأُملي لَهُم ۚ إِنَّ كَيدي مَتينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I will give them time. Indeed, My plan is firm.

(MELAYU)

dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.

 

وَأُملي لَهُم

dan Aku memberi tangguh kepada mereka.

Allah beri tangguh kepada tapi bukan kerana Allah sayang kepada mereka tapi Allah beri harapan kosong sahaja kepada mereka. Maknanya Allah tangguh azab dunia dari dikenakan kepada mereka. Maka mungkin mereka umur panjang tapi itu bukanlah kebaikan untuk mereka. Ia untuk mereka kumpul dosa sahaja supaya nanti mereka dikenakan dengan azab yang lebih banyak.

Mereka rasa selamat sahaja kerana mereka tidak ada musibah yang kena pada mereka. Maka mereka rasa mereka tidak buat salah kerana tidak ada ‘peringatan’ dari Allah dalam bentuk azab. 

 

إِنَّ كَيدي مَتينٌ

Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.

Kalimah كَيد dari segi bahasa bermaksud rancangan rahsia untuk menjatuhkan seseorang. Ia selalunya mempunyai konotasi negatif. Tapi dalam maksud ayat ini, ia dilakukan oleh Allah terhadap mereka yang memang layak kena rancangan Allah itu kerana mereka memang orang yang tidak beriman. Maka ia tidak membawa maksud negatif.

Kalimah م ت ن bermaksud sesuatu yang dikuatkan. Maksudnya rancangan Allah takkan patah. Ia pasti akan berlaku kerana tidak ada sesiapa pun yang dapat mematahkan rancangan Allah itu. Apa yang Allah hendak pasti akan terjadi. 


 

Qalam Ayat 46:

أَم تَسأَلُهُم أَجرًا فَهُم مِّن مَّغرَمٍ مُّثقَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do you ask of them a payment, so they are by debt burdened down?

(MELAYU)

Apakah kamu meminta upah kepada mereka, lalu mereka diberati dengan hutang?

 

أَم تَسأَلُهُم أَجرًا

Apakah kamu meminta upah kepada mereka?

Allah tanya kepada Nabi Muhammad sebagai retorik sahaja: “Adakah kamu ada minta upah dari mereka?” Kalau penyair pada zaman itu, mereka akan berucap dan menyampaikan syair mereka di mana-mana kerana mereka mengharapkan upah. Mereka buat pertunjukan untuk mendapat bayaran dari orang yang melihat mereka.

Tapi Nabi bukan penyair. Maka adakah Nabi pernah minta upah kepada mereka dalam menyampaikan ajaran agama? 

 

فَهُم مِّن مَّغرَمٍ مُّثقَلونَ

lalu mereka diberati dengan hutang?

Kalau Nabi ada minta upah kepada mereka, adakah mereka telah berhutang banyak kepada baginda sampai mereka jadi berat sampai mereka tidak boleh bayar? Dan kerana tidak dapat bayar itu mereka melarikan diri dari baginda, tidak mahu rapat dengan baginda, tidak ikut cakap baginda? Adakah mereka marah kerana Nabi minta duit mereka? Adakah begitu? 

Tentu sekali tidak kerana dalam agama Islam ini, dakwah, pengajaran dan ibadah tidak ada upah. Nabi tidak pernah minta upah dari umat baginda dalam menyampaikan dakwah dan menyampaikan ajaran wahyu.

Kerana itu guru-guru sunnah tidak meminta upah dari pelajar-pelajar mereka. Guru tidak patut meletakkan yuran yang perlu dibayar oleh pelajar. Kerana belajar agama itu wajib. Kalau pelajar kena bayar yuran dan mereka tidak mampu, maka tentu mereka ada alasan tidak datang kelas dan jadi jahil. Maka Allah tidak benarkan mereka beri alasan itu.

Kerana itulah pengajian wahyu agama ini adalah percuma supaya manusia tidak ada alasan kenapa mereka tidak belajar. Kalau belajar pun percuma, baca kitab-kitab pun percuma, jadi apa lagi alasan mereka apabila mereka jahil?


 

Qalam Ayat 47: Allah perli mereka lagi.

أَم عِندَهُمُ الغَيبُ فَهُم يَكتُبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or have they [knowledge of] the unseen, so they write [it] down?

(MELAYU)

Ataukah ada pada mereka ilmu tentang yang ghaib lalu mereka menulis (padanya apa yang mereka tetapkan)?

 

Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad (bercakap tentang Musyrikin Mekah itu) sebagai perli kepada mereka. Maknanya ia ditujukan kepada mereka dan menegur fahaman salah mereka.

Adakah mereka tahu ilmu ghaib dan dapat tulis apa yang akan terjadi? Adakah mereka boleh lihat perkara ghaib dan mereka tahu bahawa Nabi Muhammad itu bukan Nabi dan berbohong sahaja? Mereka ada maklumat itu kah? 

Tentu tidak ada jadi kenapa mereka yakin sangat dengan fahaman sesat mereka itu? Kenapa mereka masih hendak menentang dan menolak baginda? 

Ayat ini juga menyentuh tentang ilmu ghaib. Tiada siapa yang tahu ilmu ghaib melainkan Allah taala sahaja. Maka kenapa ada di kalangan masyarakat kita yang percaya kepada guru yang mengajar ajaran sesat yang diambil dari mana kita pun tidak tahu. 


 

Qalam Ayat 48: Ayat tasliah. 

فَاصبِر لِحُكمِ رَبِّكَ وَلا تَكُن كَصاحِبِ الحوتِ إِذ نادىٰ وَهُوَ مَكظومٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then be patient for the decision of your Lord, [O Muḥammad], and be not like the companion of the fish [i.e., Jonah] when he called out while he was distressed.

(MELAYU)

Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika dia berdoa sedang dia dalam keadaan marah (kepada kaumnya).

 

فَاصبِر لِحُكمِ رَبِّكَ

Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu,

Sabarlah sampai datang keputusan dari Allah. Tunggu keputusan Allah apa yang Dia hendak tetapkan. 

Memang dalam berdakwah dan mengajar ajaran yang benar akan menerima tentangan. Allah beritahu ini biasa sahaja. Bersabarlah sahaja. Tunggulah sampai Allah buat keputusan untuk menunjukkan kemenanganmu dan kekalahan mereka.

 

وَلا تَكُن كَصاحِبِ الحوتِ

dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan

Jangan hilang istiqamah macam Nabi Yunus a.s. Baginda digelar juga Dzun Nun kerana baginda telah ditelan oleh ikan paus. Selepas sebut Nabi Muhammad kena bersabar dan kemudian terus sebut Nabi Yunus, maka ada isyarat yang Nabi Yunus dulu tidak bersabar.

Kalimah الحوت bermaksud ikan dan Kalimah Nun bermaksud ikan paus dan ini menarik kerana ada kaitan dengan permulaan surah ini yang dimulai dengan huruf Nun. Maka kita boleh lihat kaitan awal surah ini disentuh di hujung surah pula.  

 

إِذ نادىٰ وَهُوَ مَكظومٌ

ketika dia berdoa sedang dia dalam keadaan marah (kepada kaumnya).

Nabi Yunus juga telah berdakwah lama dan akhirnya dia sudah tidak sabar lagi dengan kaumnya. Baginda buat keputusan untuk meninggalkan mereka sebelum Allah beri pelepasan.

Kisah baginda disebut dengan panjang lebar di dalam surah yang lain. Dipendekkan cerita, baginda telah ditelan ikan paus sebagai balasan kepada baginda. Waktu itu dia marah kaum dia. 

Semasa di dalam ikan paus itu baginda telah bertaubat dan menyeru kepada Allah minta ampun dan minta diselamatkan. Doa baginda disebut dalam Anbiya’:87-88.


 

Qalam Ayat 49:

لَّولا أَن تَدٰرَكَهُ نِعمَةٌ مِّن رَّبِّهِ لَنُبِذَ بِالعَراءِ وَهُوَ مَذمومٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

If not that a favor [i.e., mercy] from his Lord overtook him, he would have been thrown onto the naked shore while he was censured.¹

  • But instead, Allāh accepted his repentance and provided means for his recovery. See 37:139148.

(MELAYU)

Kalau sekiranya dia tidak segera mendapat nikmat dari Tuhannya, benar-benar dia dicampakkan ke tanah tandus dalam keadaan tercela.

 

لَّولا أَن تَدٰرَكَهُ نِعمَةٌ مِّن رَّبِّهِ

Kalau sekiranya dia tidak disusuli mendapat nikmat dari Tuhannya,

Allah telah menerima taubat baginda dan telah jaga baginda semasa berada di dalam ikan paus itu. Akhirnya baginda telah diselamatkan dari ikan itu. Itu adalah rahmat dari Allah. Kalaulah Allah tidak beri rahmat, tentu baginda akan mendapat celaka dan kehinaan.

 

لَنُبِذَ بِالعَراءِ وَهُوَ مَذمومٌ

benar-benar dia dicampakkan ke tanah tandus dalam keadaan tercela.

Kalau Allah tidak beri rahmat, tentu baginda telah ditinggalkan di tempat yang tiada makanan, tidak selamat dan susah hidup baginda. Tapi Allah telah mengeluarkan baginda di tempat yang selamat dan baginda dapat sembuh dari sakit kerana sekian lama duduk dalam perut ikan. Kisah ini disebut dalam Saffat:142-146

Ini adalah kerana kesalahan mereka sendiri. Kalimah مَذمومٌ dari katadasar ذ م م yang bermaksud menghina; menyalahkan; tidak bersetuju; perjanjian; niat baik; perjanjian; perlindungan; kewajipan; tanggungjawab. Di sini diambil maksud tercela dan terhina, dipersalahkan mereka kerana perbuatan mereka sendiri.


 

Qalam Ayat 50:

فَاجتَبٰهُ رَبُّهُ فَجَعَلَهُ مِنَ الصّٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And his Lord chose him and made him of the righteous.

(MELAYU)

Lalu Tuhannya memilihnya dan menjadikannya termasuk orang-orang yang saleh.

 

فَاجتَبٰهُ رَبُّهُ

Lalu Tuhannya memilihnya

Allah sudah pilih baginda kerana baginda ada kelebihannya. Memang para Nabi dan Rasul diambil dari kalangan yang baik dan ada kelebihan. Pemilihan ini adalah hak Allah kerana Dia tahu siapa yang layak menjadi Nabi.

 

فَجَعَلَهُ مِنَ الصّٰلِحينَ

dan menjadikannya termasuk orang-orang yang saleh.

Baginda termasuk dalam kumpulan orang Soleh peringkat para Nabi. Ini bukan orang soleh yang biasa, tapi jenis para Nabi. Tentu tingkatan mereka lebih tinggi dari manusia biasa.


 

Qalam Ayat 51: Ayat 51 & 52 adalah Perenggan Makro Ketujuh dan terakhir surah ini. Ia memberitahu kita hakikat Al-Qur’an. Ia adalah sebagai peringatan untuk manusia.

وَإِن يَكادُ الَّذينَ كَفَروا لَيُزلِقونَكَ بِأَبصٰرِهِم لَمّا سَمِعُوا الذِّكرَ وَيَقولونَ إِنَّهُ لَمَجنونٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, those who disbelieve would almost make you slip with their eyes [i.e., looks] when they hear the message, and they say, “Indeed, he is mad.”

(MELAYU)

Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar Al-Qur’an dan mereka berkata: “Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar orang yang gila”.

 

وَإِن يَكادُ الَّذينَ كَفَروا لَيُزلِقونَكَ بِأَبصٰرِهِم

Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka,

Ini adalah pandangan mata tajam kepada orang lain. Kadangkala kita boleh lihat pandangan yang menakutkan dari orang lain kerana mereka memandang dengan penuh kebencian. 

Pandangan ini dipanggil ‘ain’ dan ia boleh memberi bahaya kepada orang yang kena tengok itu. Ia dipanggil ‘evil eye’ dalam bahasa Inggeris.

Allah menceritakan pandangan mata Musyrikin Mekah kepada Nabi Muhammad. Mereka hendak menakutkan baginda dengan pandangan mata mereka. Mereka hendak Nabi berubah dari berdakwah kepada mereka. Mereka hendak takutkan baginda dan supaya baginda berhenti. Boleh baca juga perbuatan mereka itu dalam Isra’:73-77

Lihatlah cara tengok orang pun Allah ajar dalam Al-Qur’an. Jangan tengok orang tak tentu pasal. Jangan pandang dengan kebencian kerana itu boleh menyebabkan celaka kepada orang yang dipandang itu. Dan ini juga menjadi tasliah kepada kita – kalau ada orang pandang benci kepada kita, ini biasa sahaja, kerana Nabi pun kena juga.

 

لَمّا سَمِعُوا الذِّكرَ

tatkala mereka mendengar Al-Qur’an

Musyrikin Mekah pandang Nabi Muhammad dengan penuh benci itu apabila baginda sampaikan ajaran wahyu Al-Qur’an kepada mereka. Begitulah akan ada sahaja manusia yang benci apabila kita sampaikan ajaran Al-Qur’an kepada mereka. Ini adalah kerana ajaran Al-Qur’an berlawanan dengan amalan syirik, sesat dan bidaah mereka. Ia tidak kena dengan kehendak hati kebanyakan orang.

 

وَيَقولونَ إِنَّهُ لَمَجنونٌ

dan mereka berkata: “Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar orang yang gila”.

Kemudian mereka tuduh baginda gila. Tapi Allah awal-awal lagi dalam surah ini Allah telah tegaskan yang baginda tidak gila. Maka Allah memujuk baginda supaya jangan sedih dengan pandangan dan kata-kata mereka. Ia tidak akan memberi kesan kepada baginda kerana baginda dipelihara. Allah pujuk baginda dengan beritahu yang Allah tahu apa tuduhan yang dikenakan kepada baginda.


 

Qalam Ayat 52: Apakah hakikat Al-Qur’an itu?

وَما هُوَ إِلّا ذِكرٌ لِلعٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But it is not except a reminder to the worlds.

(MELAYU)

Dan Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat.

 

Allah suruh Nabi Muhammad terus sampaikan ajaran Al-Qur’an kepada manusia kerana ia adalah peringatan kepada seluruh manusia. Manusia memerlukan Al-Qur’an untuk selamat di dunia dan akhirat.

Di awal surah telah disebut tentang kelebihan Nabi Muhammad dan sekarang disebut kelebihan Al-Qur’an pula. Ini penting kerana pembawa wahyu dan Al-Qur’an yang dibawa itu amat penting. Maka jangan kita pandang lekeh Al-Qur’an ini. Kita kena selalu perhatikan. Kena selalu kaji dan tadabbur. Dan kena sampaikan kepada orang lain. Jangan baca sendiri sahaja, tapi kenalah juga diajak orang lain juga untuk mempelajarinya.

Allahu a’lam. Tamat tafsir Surah al-Qalam ini. Sambung ke surah seterusnya, Surah al-Haqqah.

Kemaskini: 7 September 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir