Tafsir Surah an-Nisa Ayat 60 – 62 (Tolak hukum Allah adalah munafik)

Ayat 60: Ayat sebelum ini tentang suruhan merujuk kepada Allah dan RasulNya untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan atau pertembungan pendapat dengan menggunakan Qur’an dan Sunnah. Sekarang dalam ayat ini pula, terdapat larangan untuk merujuk kepada yang selainnya. Ayat ini adalah Zajrun kepada golongan munafiqin.

Asbabun Nuzul ayat: ada seorang munafik (dikatakan namanya adalah Bishr) yang bertelingkah dengan seorang lelaki Yahudi. Mereka telah bermuamalah dan telah ada perselisihan antara mereka. Untuk mencari penyelesaian, mereka bersetuju untuk merujuk perkara itu kepada pihak lain.

Lelaki munafik itu ajak lelaki Yahudi itu untuk jumpa pemuka Yahudi yang bernama Kaab ibn Ashraf untuk selesaikan masalah mereka itu. Lelaki Yahudi itu pula mengajak mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad.

Kenapa lelaki munafik itu mengajak berjumpa dengan pemuka Yahudi pula, sedangkan dia mengaku dia Muslim? Ini adalah kerana dia tahu yang dia salah dan dia juga tahu yang Nabi Muhammad itu adil. Maka dia rasa dia akan ada peluang untuk menang kalau masalah mereka itu dihakimi oleh Kaab. Sedangkan lelaki Yahudi itu mengajak berjumpa dengan Nabi Muhammad kerana dia juga tahu yang Nabi Muhammad itu adil dan dia tahu yang dia di pihak yang benar.

Tetapi setelah mereka berbincang lanjut, mereka bersetuju untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad. Apabila mereka berjumpa Nabi dan setelah diberikan maklumat tentang perselisihan itu, Nabi telah membuat keputusan yang berpihak kepada lelaki Yahudi itu.

Malangnya, lelaki munafik itu sangsi dengan keputusan Nabi Muhammad kerana dia rasa Nabi Muhammad buat keputusan itu kerana baginda hormat kepada lelaki Yahudi itu sampai baginda telah buat keputusan yang tidak adil. Jadi dia telah ajak lelaki Yahudi itu jumpa Sayidina Umar pula kerana dia rasa Umar lebih tegas dan tidak tunduk atau berlembut dengan orang Yahudi (dia sangka Nabi berlembut dengan  Yahudi sebab itu beri keputusan berpihak kepada Yahudi). Dia juga rasa yang Sayidina Umar keras terhadap orang kafir, maka dia rasa dia ada peluang untuk mengubah keputusan itu.

Bila jumpa Sayidina Umar, lelaki Yahudi itu cepat-cepat jelaskan kepada Umar bahawa mereka sebenarnya telah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan Nabi telah memberi keputusan berpihak kepada beliau. Mendengar perkara itu dan setelah pastikan dengan lelaki munafik itu yang itulah yang terjadi, Umar suruh mereka tunggu.

Sayidina Umar telah masuk ke dalam rumah dan bawa keluar pedang dan terus bunuh munafik itu kerana pada beliau, lelaki itu sudah murtad kerana tidak puas hati dengan keputusan Nabi.

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ يَزعُمونَ أَنَّهُم ءآمَنوا بِما أُنزِلَ إِلَيكَ وَما أُنزِلَ مِن قَبلِكَ يُريدونَ أَن يَتَحاكَموا إِلَى الطّٰغوتِ وَقَد أُمِروا أَن يَكفُروا بِهِ وَيُريدُ الشَّيطٰنُ أَن يُضِلَّهُم ضَلٰلًا بَعيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you not seen those who claim to have believed in what was revealed to you, [O Muḥammad], and what was revealed before you? They wish to refer legislation to ṭāghūt,¹while they were commanded to reject it; and Satan wishes to lead them far astray.

  • False objects of worship or those transgressors who usurp the divine right of government.

MALAY

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

 

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ يَزعُمونَ أَنَّهُم ءآمَنوا بِما أُنزِلَ إِلَيكَ

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu

Mereka sahaja perasan mereka beriman tetapi sebenarnya mereka itu adalah munafik. Lafaz يَزعُمونَ dalam ayat ini bermaksud mereka itu amat yakin dalam anggapan mereka. Mereka sangka mereka telah beriman. Mereka sangka mereka telah beriman dengan Qur’an tapi sebenarnya tidak.

Macam juga dari kalangan masyarakat kita. Kalau kita kata mereka tidak beriman dengan Qur’an, tentu mereka marah. Sebab mereka memang hormat betul dengan Qur’an. Boleh kata hari-hari baca Qur’an (sekurang-kurangnya surah Fatihah). Kemudian mereka letak tinggi di dalam almari, kalau pegang Qur’an mereka akan cium dan letak atas kepala; tapi sebenarnya mereka tidak beriman pun dengan Qur’an kerana mereka tidak belajar isi kandung Qur’an itu.

 

وَما أُنزِلَ مِن قَبلِكَ

dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu

Mereka juga sangka mereka telah beriman dengan Kitab-kitab suci sebelum ini seperti Taurat dan Injil. Ini merujuk kepada puak Yahudi dan Nasrani. Mereka juga sangka mereka beriman, tapi sebenarnya mereka tidak beriman.

 

يُريدونَ أَن يَتَحاكَموا إِلَى الطّٰغوتِ

Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut,

Mereka sangka mereka beriman, tapi dalam masa yang sama mereka cari penghakiman kepada taghut. Taghut adalah apa sahaja yang mengajak kepada selain Allah. Dan ia juga bermaksud penghakiman yang tidak menggunakan hukum Allah.

Ini merujuk kepada keinginan Bishr untuk membawa penghakiman urusan muamalah mereka itu kepada Kaab bin Ashraf. Jadi kalau kita macam dia juga, maknanya samalah dengan dia. Iaitu tidak mencari penghakiman dari Qur’an dan Sunnah, tapi cari penghakiman dengan cara lain.

Apabila menggunakan sumber lain selain dari Nabi dan Allah sebagai penghukum, itu dikatakan merujuk kepada Taghut.

 

وَقَد أُمِروا أَن يَكفُروا بِهِ

padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. 

Sedangkan Muslim kena tolak taghut. Ramai yang mengaku Muslim dan kata baca Qur’an dan Sunnah, tapi dalam hal penghakiman, ramai yang pakai sumber yang lain. Mereka rasa seperti undang-undang Islam ini tidak layak dipakai dan tidak dapat menyelesaikan masalah mereka.

 

وَيُريدُ الشَّيطٰنُ أَن يُضِلَّهُم ضَلٰلًا بَعيدًا

Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Mereka sebenarnya dibisik oleh syaitan untuk tidak berpegang dengan undang-undang Islam.  Syaitan nak mereka sesat dari ajaran yang benar. Syaitan yang suruh mereka jauh dari Allah, jauh dari Nabi.

Kita jangan rasa ayat ini tidak kena kepada kita. Memang Nabi Muhammad sudah tidak ada di kalangan kita untuk mengadili sesuatu perselisihan. Tapi bukankah sunnah Nabi ada di kalangan kita lagi? Bukankah kita sepatutnya merujuk apakah kata-kata baginda dengan mempelajari hadis baginda?

Tetapi berapa ramai yang tidak kisah pun dengan hadis dan sunnah Nabi tapi mereka buat keputusan dengan merujuk kepada selain nas dan menggunakan akal fikiran sahaja.


 

Ayat 61: Mereka yang tidak mahu berhukum dengan hukum yang disampaikan oleh Nabi adalah bersifat munafik.

وَإِذا قيلَ لَهُم تَعالَوا إِلىٰ ما أَنزَلَ اللهُ وَإِلَى الرَّسولِ رَأَيتَ المُنٰفِقينَ يَصُدّونَ عَنكَ صُدودًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when it is said to them, “Come to what Allāh has revealed and to the Messenger,” you see the hypocrites turning away from you in aversion.

MALAY

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Qur’an yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

 

وَإِذا قيلَ لَهُم تَعالَوا إِلىٰ ما أَنزَلَ اللهُ وَإِلَى الرَّسولِ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,”

Ini adalah apa yang diajak kepada mereka. Mereka diajak menggunakan hukum yang telah disampaikan oleh Allah dan apa yang disampaikan oleh Rasulullah. Begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang mengaku mukmin.

 

رَأَيتَ المُنٰفِقينَ يَصُدّونَ عَنكَ صُدودًا

nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

Orang munafik tidak terima penghukuman yang menggunakan ayat Qur’an dan sunnah. Mereka akan halang dengan keras. Mereka tidak suka menyelesaikan masalah mereka menggunakan wahyu.

Mereka nak guna akal manusia sahaja kerana kalau guna akal, mereka boleh ubah ikut kehendak mereka. Mereka bukan sahaja tidak mahu menggunakan hukum dari nas, tapi mereka akan menghalang orang lain dari menggunakannya juga. Itu adalah sifat orang munafik.

Tapi kalau mereka rasa hukum yang diberikan berpihak kepada mereka, mereka akan pakai juga. Tapi kalau mereka rasa macam akan berlawanan dengan kehendak mereka, mereka tidak akan bawa.

Begitulah juga masyarakat kita yang munafik. Kalau nas dari agama itu bersesuaian dengan kehendak mereka, mereka akan pakai; tapi kalau tidak sesuai, mereka akan tolak…


 

Ayat 62: Kita kena tahu bahawa Sayidina Umar ada kelebihan. Memang apa yang dia lakukan itu (membunuh lelaki munafik itu) tidak merujuk kepada Nabi Muhammad, tapi berdasarkan pemahaman beliau tentang agama Islam.

Dia memang pernah buat sesuatu yang bertepatan dengan hukum Allah walaupun hukum itu belum dikeluarkan lagi. Tetapi perbuatan beliau itu telah dibenarkan oleh wahyu selepas itu. Begitu juga perbuatan Umar membunuh lelaki yang telah bertanya hukum kepadanya selepas bertanya kepada Nabi.

Dalam ayat ini, Allah tidak menegur perbuatan Sayidina Umar itu, malah mengiyakan apa yang telah dilakukan oleh beliau.

فَكَيفَ إِذا أَصٰبَتهُم مُّصيبَةٌ بِما قَدَّمَت أَيديهِم ثُمَّ جاءوكَ يَحلِفونَ بِاللهِ إِن أَرَدنا إِلّا إِحسٰنًا وَتَوفيقًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So how [will it be] when disaster strikes them because of what their hands have put forth and then they come to you swearing by Allāh, “We intended nothing but good conduct and accommodation.”

MALAY

Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: “Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)”.

 

فَكَيفَ إِذا أَصٰبَتهُم مُّصيبَةٌ بِما قَدَّمَت أَيديهِم

Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri,

‘Musibah’ yang dimaksudkan adalah lelaki munafik itu telah dibunuh oleh Sayidina Umar. Lelaki itu dibunuh kerana salah dia sendiri. Memang patut dia kena begitu.

 

ثُمَّ جاءوكَ يَحلِفونَ بِاللهِ

kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah dengan nama Allah,

‘Mereka’ yang dimaksudkan itu adalah keluarga lelaki munafik itu. Keluarga dia telah kelam kabut datang jumpa Nabi sebab tak puas hati dengan perbuatan Umar.

Mereka datang itu kerana hendak bela perbuatan keluarga mereka yang munafik. Sampai mereka sanggup bersumpah atas nama Allah. Ringan sekali sumpah pada lidah mereka. Begitulah orang munafik akan guna apa sahaja untuk menyelamatkan diri mereka dan untuk dapat apa yang mereka hendak. Mereka tidak kisah pun menggunakan nama Allah kerana ringan sahaja nama Allah bagi mereka.

 

إِن أَرَدنا إِلّا إِحسٰنًا وَتَوفيقًا

kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian

Mereka bersumpah dengan nama Allah, yang kedatangan mereka untuk mengadu itu adalah untuk kebaikan dan mendapatkan perdamaian sahaja.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 April 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 57 – 59 (Nasihat kepada pemerintah)

Ayat 57: Selepas diberikan dengan ayat takhwif, Allah berikan pula ayat tabshir ukhrawi.

وَالَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ سَنُدخِلُهُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها أَبَدًا ۖ لَّهُم فيها أَزوٰجٌ مُّطَهَّرَةٌ ۖ وَنُدخِلُهُم ظِلًّا ظَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who believe and do righteous deeds – We will admit them to gardens beneath which rivers flow, wherein they abide forever. For them therein are purified spouses, and We will admit them to deepening shade.

MALAY

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

 

وَالَّذينَ ءآمَنوا

Dan orang-orang yang beriman

Iaitu mereka yang telah ‘beriman sempurna’. Maksud ‘iman sempurn’a adalah tidak melakukan syirik, tidak ada fahaman syirik. Untuk periksa samada kita ada fahaman syirik atau tidak, kenalah belajar habis tafsir Qur’an 30 juzuk. Jangan sangka kita tidak melakukan syirik lagi kalau belum habis belajar tafsir Qur’an 30 juzuk. Kerana takut kita ada buat atau ada fahaman syirik tapi kita tidak sedar.

 

وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ

serta beramal soleh,

Dan bukan sahaja mengaku beriman, tapi iman itu kena ditunjukkan dengan perbuatan amal ibadat. Tapi ‘amal soleh’ adalah amal yang sunnah, ada contoh dari Nabi dan para sahabat, bukannya amal ibadat rekaan – bukan juga amal ibadat ‘bidaah hasanah’ yang banyak diamalkan oleh masyarakat kita sekarang.

Masyarakat kita sekarang amat keliru tentang apa yang dimaksudkan oleh bidaah hasanah itu sampaikan semua sekali termasuk dalam amal bidaah hasanah.

 

سَنُدخِلُهُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها أَبَدًا

Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. 

Mereka yang beriman sempurna, melakukan amal soleh yang ada asas dalam sunnah, akan dimasukkan ke dalam syurga. Allah beri salah satu sifat syurga itu: air sungai mengalir di bawahnya.

Kalau tinggal sekejap dalam syurga sahaja, tidak dikira nikmat yang sempurna, maka Allah beritahu yang mereka yang dimasukkan ke dalam syurga akan kekal di dalamnya, selama-lamanya. Ianya tempat untuk menikmati nikmat sahaja, tidak ada kekurangan apa-apa pun.

 

لَّهُم فيها أَزوٰجٌ مُّطَهَّرَةٌ

Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih,

Ini penting, kerana kalau duduk di syurga, tapi tinggal seorang sahaja, tentu tidak menggembirakan, bukan?

Mereka akan mendapat pasangan yang suci bersih – Maksudnya suci luaran dan dalaman. Yaitu suci dari haid, nifas, dan segala penyakit, akhlak-akhlak yang buruk dan sifat-sifat yang kurang. Ini seperti yang dikatakan oleh Ibnu Abbas, bahawa yang dimaksud ialah suci dari semua kotoran dan penyakit. Hal yang sama dikatakan oleh Ata, Al-Hasan, Ad-Dahhak, An-Nakha’i, Abu Saleh, Atiyyah, dan As-Saddi.

Itulah yang kita mahu dari pasangan kita. Oleh kerana kita sudah berada dalam syurga, Allah akan beri apa yang kita hendak. Pasangan itu adalah pasangan yang sempurna untuk kita. Tidak ada langsung perkara yang kita tidak suka tentang mereka (semuanya indah-indah belaka).

Kerana kalau pasangan kita yang di dunia ini, bagaimana kita sayang macam mana pun, akan ada yang kita tak suka. Tentu akan ada kekurangan di mana-mana, dan itu adalah perkara biasa. Tapi Allah beritahu yang pasangan kita di syurga nanti adalah pasangan yang sempurna, suci bersih, seperti apa yang kita mahu.

 

وَنُدخِلُهُم ظِلًّا ظَليلًا

serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

Penghuni Syurga akan dimasukkan di bawah naungan yang luas dan nyaman. Apabila ada kalimah mafhum mutlaq ظَليلًا dalam ayat ini, ia memberi isyarat yang naungan itu akan berterusan dan tidak akan ada penghujung.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Di syurga terdapat sebuah pohon, penunggang kuda berjalan di bawah naungannya selama 100 tahun namun tidak juga melintasinya”
(HR. Bukhari-Muslim)

Berkata Abu Hurairah رضي الله عنه dari Rasulullah ﷺ :
“Kalau ada seorang penunggang kuda dan berjalan dan mengitari pohon di syurga maka selama 100 tahun ia tidak akan mampu mengitari pohon tersebut hingga ia tua, Allah sendiri yang menanam pohon tersebut dengan tangan-Nya, dan meniupkannya, Pohon tersebut berasal dari tembok syurga, dan sungai di syurga memancar dari pohon tersebut”.

Ini adalah ayat terakhir dalam bahagian ‘umur munazimah’ iaitu tentang hukum bermasyarakat. Selepas ini masuk tentang Umur Munazimah pemimpin pula.


 

Ayat 58: Sekarang kita sudah masuk ke Bahagian ke 2 surah ini. Sudah masuk kepada ayat-ayat nasihat kepada pemerintah. Jadi ini adalah ayat-ayat kepada semua pemerintah dari sekecil-kecil institusi macam rumahtangga, sehingga ke tahap pemimpin besar seperti Khalifah negara Islam. Asalkan ada jawatan mentadbir, dia kena tahu tentang ayat ini dan seterusnya.

Ini adalah Hukum kepada pemerintah yang Pertama, iaitu kena amanah dan adil; dan adil itu adalah mengikut syariat. Syariat adalah kayu ukur adil atau tidak dan bukan ikut akal kita. Kerana kalau ikut akal kita, tentu kita kata kita adil, bukan? Jangan begitu, jangan pandai-pandai sendiri.

Jadi ayat-ayat ini adalah tentang undang-undang syariah. Undang-undang syariah adalah menyeluruh, bukannya nak potong tangan sahaja.  Kalau hanya tahu kata hukum syariah itu hanya potong tangan sahaja, itu orang jahil sahaja yang cakap macam itu. Jangan jadi orang jahil.

۞ إِنَّ اللهَ يَأمُرُكُم أَن تُؤَدُّوا الأَمٰنٰتِ إِلىٰ أَهلِها وَإِذا حَكَمتُم بَينَ النّاسِ أَن تَحكُموا بِالعَدلِ ۚ إِنَّ اللهَ نِعِمّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللهَ كانَ سَميعًا بَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh commands you to render trusts to whom they are due and when you judge between people to judge with justice. Excellent is that which Allāh instructs you. Indeed, Allāh is ever Hearing and Seeing.

MALAY

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

 

إِنَّ اللهَ يَأمُرُكُم أَن تُؤَدُّوا الأَمٰنٰتِ إِلىٰ أَهلِها

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya

Ini adalah arahan dari Allah. Mana-mana pemimpin sebesar mana pun, kuasa mereka amatlah kecil kalau dibandingkan dengan Allah. Sekarang Allah sudah beri arahan, maka hendaklah dengar dan taat.

Amanah secara umum itu maksudnya yang menyangkut hak-hak Allah Swt. atas hamba-hamba-Nya, seperti solat, zakat, puasa, kifarat, semua jenis nazar, dan lain sebagainya yang semisal yang dipercayakan kepada seseorang dan tiada seorang hamba pun yang melihatnya. Maknanya, apabila telah diamanahkan, maka kena tunaikan.

Juga termasuk pula hak-hak yang menyangkut hamba-hamba Allah sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain, seperti semua kiriman dan lain-lainnya yang merupakan amanah yang perlu disampaikan walaupun tidak ada bukti terhadapnya (yang diamanahkan sahaja yang tahu). Maka Allah Swt. memerintahkan agar hal tersebut ditunaikan kepada yang berhak menerimanya. Barang siapa yang tidak melakukan hal tersebut di dunia, maka dia akan dituntut nanti di hari kiamat dan dihukum kerananya.

Satu lagi, Allah sebut: sempurnakan amanah kepada mereka yang layak dapat amanah itu. Dan mereka yang diberikan dengan tanggungjawab itu, kena sedar bahawa mereka sedang memegang amanah yang diberikan oleh Allah.

Kalimah الأَمٰنٰتِ adalah dalam bentuk jamak yang memberi isyarat amanah itu ada banyak jenis dan tidak terhad kepada harta dan kedudukan pangkat sahaja.

Mereka yang tidak menjaga amanah dengan baik adalah mereka yang ada sifat munafik. Nabi pernah bersabda tentang perkara ini:

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: آيـَةُ المُـنَافِقِ ثَلاَثٌ، إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ؛ وَإِذَا وَعَدَ أَخْـلَفَ؛ وَإِذَا اؤْتُـمِنَ خَانَ 

“Dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda, “Tanda orang munafik ada tiga: apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia menyelisihi janjinya, dan apabila diberi amanah (kepercayaan) dia berkhianat” Riwaya Tirmizi

Maksud ayat ini lagi, kena berikan pangkat (yang akan memegang amanah) kepada mereka yang layak. Iaitu berikan tugas kepada yang layak. Iaitu mereka yang ada kemampuan untuk menjalankan amanah dan tugas itu. Seorang pemimpin pula kena melantik orang bawahannya yang layak. Korupsi terjadi apabila yang tak layak yang dilantik. Selalu dalam dunia sekarang, pangkat itu diberi kepada kroni sahaja. Maka kerana itu negara jadi porak peranda.

Oleh kerana pangkat diberikan kepada yang tidak layak, seperti diberi kepada kroni sahaja, maka peluang kekayaan diberikan kepada kroni juga. Sebagai contoh, kadangkala ada tender kerajaan diberi kepada saudara mara, sahabat handai dan mereka yang boleh beri imbuhan kepada pemberi itu.

Kuasa dan kedudukan juga tidaklah diberikan kepada orang yang susah atau kerana mereka tidak ada kedudukan, semata-mata kerana hendak naikkan mereka. Kalau mereka ada kepandaian maka bolehlah, tapi janganlah kerana nak tolong orang susah, maka diletakkan mereka pada kedudukan yang tidak sepatutnya.

Lihatlah bagaimana cara Nabi memberi amanah pemerintah kepada manusia. Terdapat di dalam Sahih Muslim (1825) dari Abu Dzar, dia berkata:

قُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَلاَ تَسْـتَـعْمِلُنِي؟ قَالَ: فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِيْ، ثُمَّ قَالَ: يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنَّـكَ ضَـعِيْفٌ، وَإِنَّـهَا أَمَانَـةٌ، وَإِنَّـهَا يَوْمَ القِـيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَـقِّهَا، وَأَدَّى الَّذِي عَلَـيْهِ فِيْهَا .
“Wahai Rasulullah, tidakkah engkau menjadikanku (seorang pemimpin)?” Lalu Rasulullah memukulkan tangannya di bahuku, dan bersabda, “Wahai, Abu Dzar. Sesungguhnya engkau lemah, dan sesungguhnya hal ini adalah amanah, dan ia merupakan kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat, kecuali orang yang mengambilnya dengan haknya, dan menunaikannya (dengan sebaik-baiknya)”.

Hadits Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, yang menjelaskan salah satu tanda hari Kiamat adalah apabila amanah telah disia-siakan, dia berkata:

بَيْنَمَا النَّـبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ القَوْمَ، جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ، فَقَالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ فَمَضَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ، فَقَالَ بَعْضُ القَوْمِ: سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ: بَلْ لَمْ يَسْمَعْ، حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيْـثَهُ، قَالَ: أَيْنَ -أُرَاهُ- السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ؟ ، قَالَ: هَا أَنَا يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَالَ: فَإِذَا ضُـيِّعَتِ الأَمَانَـةُ، فَانْـتَظِرِ السَّاعَةَ ، قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا؟ قَالَ: إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ، فَانْـتَظِرِ السَّاعَةَ .
“Tatkala Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berada dalam sebuah majlis (dan) berbicara dengan sekelompok orang, datanglah kepadanya seorang sahabat (dari sebuah perkampungan) dan berkata, “Bilakah hari kiamat?”. Namun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tetap melanjutkan pembicaraannya, maka sebahagian orang ada yang berkata, “Baginda (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ) mendengar ucapannya, namun baginda tidak menyukainya”. Dan sebagian yang lain berkata: “Bahkan baginda tidak mendengarnya,” hingga akhirnya Rasulullah selesai dari pembicaraannya, dan baginda pun bersabda, “Mana orang yang (tadi) bertanya?” Orang itu berkata,”Inilah saya, wahai Rasulullah.” Rasulullah bersabda,”Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah hari kiamat!” Orang itu kembali bertanya,”Bagaimanakah menyia-nyiakan amanah itu?” Rasulullah bersabda,”Apabila suatu perkara diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat!” Riwayat Tirmidzi

Malangnya, zaman sekarang memang kita lihat banyak sekali amanah tidak diberikan kepada mereka yang layak. Memang itulah tanda-tanda kiamat.

Bukan pangkat dalam kerajaan sahaja yang perlu diberikan kepada yang layak sahaja, tapi dalam semua keadaan. Sebagai contoh, kedudukan imam masjid dalam masyarakat sepatutnya diberikan kepada yang berilmu, bukan diberikan kepada mereka yang mahu dengar kata pelantik sahaja.

Bagaimana pula dengan sistem demokrasi yang ada sekarang? Adakah ini pemberian amanah yang adil? Sebenarnya, demokrasi bukanlah cara pemilihan dalam Islam. Dan pemberian kuasa yang diberikan kepada rakyat untuk memilih adalah cara yang salah. Kerana rakyat tidak mampu dan layak untuk memilih mereka yang sepatutnya. Pemilihan berdasarkan kepada bilangan undi yang diraih bukanlah cara Islam.

Rakyat bukanlah penentu siapa yang layak dilantik kerana mereka bukannya ada kelayakan untuk melantik. Cara pemilihan undi mereka berbagai-bagai, dan mungkin cara mereka memilih itu bukanlah cara yang betul. Entah ada yang memberi undi mereka hanya kepada mereka yang bertanding berdasarkan paras rupa, atau janji-janji kosong daripada orang itu. Ini bukanlah cara yang benar.

Begitu luas sekali ayat ini yang boleh merangkumi banyak perkara.

 

وَإِذا حَكَمتُم بَينَ النّاسِ أَن تَحكُموا بِالعَدلِ

dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, kamu hendaklah menghukum dengan adil. 

Kemudian, apabila sudah ada pangkat itu, hendaklah menghukum dengan adil. Maksud ‘dengan adil’ itu adalah dengan ikut syariat. Dan untuk tahu apakah syariat, kena ada ilmu itu. Kerana itulah kena lantik orang yang sesuai. Kerana kalau lantik orang yang jahil tentang syariat, entah apa yang dia akan buat nanti.

Lihatlah bagaimana lafaz ayat ini menggunakan بَينَ النّاسِ – diantara manusia. Bukannya ‘diantara muslim’. Maka, ini memberi isyarat dalam pengadilan, kena adil tidak kira siapakah yang diadili itu. Jangan kita buat keputusan kita berdasarkan bangsa dan agama. Walaupun kepada orang bukan Islam pun, kenalah berlaku adil kepada mereka.

Dalam sirah, kita boleh belajar bagaimana walaupun Nabi membuat keputusan di antara Muslim dan Yahudi, kadang-kadang baginda akan beri keputusan yang memenangkan Yahudi, kerana berdasarkan kepada maklumat yang ada. Baginda tidak pilih kasih walaupun pertelingkahan itu di antara Muslim dan orang kafir pun. Maka, kita kenalah begitu juga.

 

إِنَّ اللهَ نِعِمّا يَعِظُكُم بِهِ

Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.

Allahlah sebaik-baik Pengajar yang memberi nasihat kepada kita. Kalimah نِعِمّا adalah lafaz dalam bentuk mubalaghah. Maksudnya sangat-sangat baik nasihat yang diberikanNya kepada kita. Dia telah berikan kita Qur’an, Dia telah berikan sunnah kepada kita sebagai panduan kita. Maka tidak ada yang lebih baik dari dua sumber itu.

 

إِنَّ اللهَ كانَ سَميعًا بَصيرًا

Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat apa yang kita lakukan. Dia tahu samada kita berlaku adil atau tidak. Segala pengadilan kita disaksikan olehNya. Kalau kita tidak berlaku adil, kena jawap di akhirat kelak.

Allah tahu kita jenis yang macam mana. Allah tahu segala isi hati kita. Kadang-kadang kita tunjuk baik depan orang lain, tapi Allah tahu samada kita ikhlas atau tidak. Maka kena bersihkan hati kita. Jangan ada kehendak yang lain selain dari mengamalkan syariat.


 

Ayat 59: Sekarang Allah memberitahu kita bagaimana yang dikatakan adil. Kerana lafaz ‘adil’ itu adalah luas. Jadi ayat ini memberi huraian sedikit apakah yang dimaksudkan dengan ‘adil’ itu.

Ini adalah ayat yang amat-amat penting dan mengandungi ajaran perdu di dalam Islam. Maka kena tawajuh (fokus) kepada ayat ini.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا أَطيعُوا اللهَ وَأَطيعُوا الرَّسولَ وَأُولِي الأَمرِ مِنكُم ۖ فَإِن تَنٰزَعتُم في شَيءٍ فَرُدّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسولِ إِن كُنتُم تُؤمِنونَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۚ ذٰلِكَ خَيرٌ وَأَحسَنُ تَأويلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, obey Allāh and obey the Messenger and those in authority among you. And if you disagree over anything, refer it to Allāh and the Messenger, if you should believe in Allāh and the Last Day. That is the best [way] and best in result.

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا أَطيعُوا اللهَ

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah

Kalau kamu rasa kamu beriman, atau kamu mahu beriman sempurna, maka hendaklah taat kepada suruhan Allah. Apa-apa sahaja yang Dia suruh, kena ikut; dan apa-apa sahaja yang Dia larang, kena tinggalkan.

Tapi untuk mengetahuinya, kenalah ada ilmu. Kalau tidak belajar, bagaimana nak tahu? Semua perkara yang perlu ditaati ada dalam Qur’an, maka kena belajar tafsir Qur’an supaya boleh faham apakah yang perlu ditaati. Ramai yang kata mereka taat, tapi adakah mereka tahu apakah yang perlu ditaati?

 

وَأَطيعُوا الرَّسولَ

dan taatlah kamu kepada Rasulullah

Dan taatlah juga kepada Nabi Muhammad. Kena tahu apakah sunnah baginda. Kena belajar, jangan buat tak tahu sahaja. Jangan hanya dengar kata-kata dari ustaz-ustaz sahaja. Ustaz yang mengajar kena berikan dalil dari Qur’an dan Sunnah. Bukannya ambil dari kitab itu dan ini sahaja, tapi kenalah berikan dalil dari Qur’an dan Sunnah.

Kena tahu apakah yang dikatakan oleh Nabi kerana Nabi menyampaikan apakah kehendak Allah. Apa-apa sahaja kehendak Allah, Nabi telah tunjukkan dalam kehidupan baginda. Maka kita kena tahu sirah dan sunnah baginda. Kalau Nabi tidak beritahu, susah kita nak tahu apakah yang dimaksudkan oleh Allah kerana kita tidak ada ilmu itu.

Maka jangan hanya pegang kepada Qur’an sahaja, tapi kenalah belajar hadis juga. Ini kerana kalau kita baca Qur’an sendiri, kita tidak tahu banyak perkara kalau perkara itu tidak dijelaskan atau ditunjukkan contohnya oleh Nabi.

Jadi amat pelik ada golongan Anti-Hadis yang tidak terima apakah yang disampaikan dalam Qur’an itu. Bagaimana mereka nak mengamalkan agama kalau tidak ikut hadis-hadis dari Nabi?

 

وَأُولِي الأَمرِ مِنكُم

dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. 

Begitu juga, kena taat kepada pemimpin kita yang telah dilantik. Barulah akan ada keharmonian dalam masyarakat. Kerana kalau kita tidak taat kepada pemimpin, maka tidak ada gunanya ada pemimpin itu. Semua nanti akan buat hal sendiri dan ambil tindakan sendiri. Akan jadi kacau bilau akhirnya.

Kalau sudah tidak harmoni dan tidak aman dalam masyarakat dan negara Islam, bagaimana kita hendak menjalankan ibadah, bagaimana kita hendak menjalankan kerja dakwah kepada bukan Islam? Bayangkan kalau negara Islam sendiri kacau bilau, sibuk dengan hal dalaman yang tidak habis-habis masalah perpecahannya: bila masa nak jalankan dakwah, jalankan jihad kepada orang luar?

Lihatlah bagaiman lafaz ‘taat’ diletakkan pada Allah dan Rasul tetapi tidak pada Ulul Amri. Sebab taat kepada pemimpin adalah taat yang bersebab. Maksudnya ia tidak mutlak. Ulil Amri boleh ditaati kalau arahannya itu tidak berlawanan dengan kehendak Allah dan Rasul. Kalau dia suruh kepada perkara yang berlawanan dengan Allah dan Rasul, maka tidak ada ketaatan kepadanya.

Konsep utama yang kita kena pegang, tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk dalam maksiat. Kalau makhluk suruh kita buat benda yang salah, kita tidak boleh taat, walaupun dia pemimpin kita, walaupun dia ibubapa kita sekali pun.

‘Ulil Amri’ adalah pemerintah atau penasihat kepada pemerintah. Iaitu mereka yang ada kuasa dalam masyarakat. Penasihat itu boleh jadi ‘alim ulama’. Kerana ada juga yang tafsir Ulil Amri sebagai ulama seperti yang dikatakan oleh ibn Abbas kerana ulama adalah asas ketaatan. Kerana merekalah yang mengajar manusia jadi taat.

Maksudnya kepada merekalah kita kena taat. Dan pemimpin pun sepatutnya dari kalangan ulama sebenarnya. Lihatlah sendiri bagaimana Nabi tinggalkan Ulil Amri selepas baginda semuanya ulama belaka. Itulah Khalifah Abu Bakr dan seterusnya. Cuma zaman sekarang sahaja manusia sudah tidak kisah siapa jadi pemimpin mereka. Sebab manusia sudah tidak mementingkan ilmu lagi.

Jadi pada zaman awal Islam, semua pemerintah adalah pakar agama. Cuma lama selepas itu yang pemerintah datang dari mereka yang jahil agama. Maka apabila mereka jahil, mereka kena ada penasihat dari golongan ulama. Pemerintah itu kena rujuk kepada ulama dalam membuat keputusan. Kalau tidak, ada kemungkinan arahan dia berlawanan dengan syariat dan apabila berlawanan, itu sudah termasuk dalam perkara maksiat dan rakyat tidak perlu taat.

Maka pemimmpin memang kena ada penasihat dari golongan ulama. Supaya sebelum mereka mengeluarkan keputusan dan arahan, mereka kena rujuk kepada penasihat mereka dari kalangan ulama dulu. Kalau tidak, buang masa sahaja kerana kalau rakyat tengok arahan itu bukan dari syariat, atau keluar dari syariat, mereka ada hak untuk menolaknya.

Kesimpulannya: kita kena taat kepada pemerintah. Inilah jalan sunnah. Kena taat kepada pemerintah, walaupun mereka itu jenis yang derhaka kepada Allah. Kalau mereka derhaka, tapi arahan mereka tidak derhaka kepada Allah, maka kena ikut.

Kita bukan nak menilai mereka samada derhaka atau tidak, tapi kita lihat kepada arahan mereka. Selagi mereka masih solat dan puasa, menunjukkan dirinya seorang Muslim dan tidak menyatakan dia keluar dari agama Islam, maka kita kena ikut arahan dia selagi tidak berlawanan dengan syarak.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّوَجَلَّ , وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكَ عَبْدٌ
“Saya memberi wasiat kepada kalian agar tetap bertaqwa kepada Allah ‘azza wa jalla, tetap mendengar dan ta’at walaupun yang memerintah kalian seorang hamba sahaya (budak)”. (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi, Hadits Hasan Shahih)

Kalau mereka ada buat salah dan tidak taat kepada Allah, itu antara mereka dan Allah. Kita tetap kena taat kepada mereka.

« يَكُونُ بَعْدِى أَئِمَّةٌ لاَ يَهْتَدُونَ بِهُدَاىَ وَلاَ يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِى وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِى جُثْمَانِ إِنْسٍ ». قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ « تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ ».
“Nanti setelah aku akan ada seorang pemimpin yang tidak mendapat petunjukku (dalam ilmu) dan tidak pula melaksanakan sunnahku (dalam amal). Nanti akan ada di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati setan, namun jasadnya adalah jasad manusia. “
Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku lakukan jika aku menemui zaman seperti itu?”
Beliau bersabda, ”Dengarlah dan ta’at kepada pemimpinmu, walaupun mereka menyiksa punggungmu dan mengambil hartamu. Tetaplah mendengar dan ta’at kepada mereka.” (HR. Muslim no. 1847

Jadi telah jelas apa yang kita patut lakukan bila berurusan dengan pemimpin.

لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةٍ ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوفِ
“Tidak ada kewajiban ta’at dalam rangka bermaksiat (kepada Allah). Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf (bukan maksiat).” (HR. Bukhari no. 7257)

Kena taat, selagi arahan itu bukan arahan berbentuk maksiat.

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ ، فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ
“Seorang muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang dia sukai atau benci selama tidak diperintahkan untuk bermaksiat. Apabila diperintahkan untuk bermaksiat, maka tidak ada kewajiban mendengar dan taat.” (HR. Bukhari no. 7144)

Kepada Ulul Amri, mereka kena sedar yang tugas yang mereka jalankan itu adalah amanah dari Allah, dan mereka kena menjalankan amanah itu mengikut syariat. Tugas mereka adalah menjalankan syariat Allah di mukabumi. Kalau mereka tidak melakukan begitu, maknanya mereka tidak menjalankan amanah mereka. Maka mereka pun kenalah belajar tafsir Qur’an dan belajar agama juga.

Ulil Amri ini bukanlah hanya pemimpin negara sahaja, tapi termasuk pemimpin-pemimpin lain dalam masyarakat. Ia bermaksud sesiapa sahaja yang diberi kuasa untuk memimpin. Jadi ketua kampung, imam masjid, wakil rakyat dan seumpamanya. Maka sedaya boleh, kita kenalah lantik mereka yang ada ilmu agama.

 

فَإِن تَنازَعتُم في شَيءٍ فَرُدّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسولِ

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) RasulNya

Ini adalah apa yang perlu dilakukan apabila berlaku perselisihan. Iaitu perselisihan antara rakyat dan pemerintah. Apabila pemerintah keluarkan arahan dan rakyat tidak ikut, maka tentu ada perbalahan. Bila berlaku begini, untuk menyelesaikan kekusutan itu, kena kembali kepada Qur’an dan sunnah.

Rujuk kepada Allah – maksudnya rujuk kepada Qur’an.

Rujuk kepada Rasul – maksudnya rujuk kepada Sunnah.

Jadikan dua sumber di atas sebagai tempat rujukan seperti yang disebut oleh ayat lain, yaitu firman-Nya:

وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ

Tentang sesuatu apa pun kalian berselisih, maka keputusannya (terserah) kepada Allah. (Asy-Syura: 10)

Malangnya, kalau masyarakat sendiri sudah jauh dari Qur’an dan Sunnah, macam mana nak ikut? Sebab sama-sama jahil – pemerintah sudah jahil, rakyat pun jahil juga. Habislah negara kalau macam itu.

Tapi bagaimana pula kalau tidak ada hukum tentang sesuatu perkara itu di dalam Qur’an dan Sunnah? Kerana tidak semua ada dalam dua sumber itu. Maka, inilah bezanya antara orang Islam dan bukan Islam. Orang Islam akan sentiasa rujuk dahulu kepada dua sumber itu. Apabila tidak ada, barulah buat keputusan berdasarkan ijtihad pada waktu itu.

Kerana kita ada ulama yang tahu apakah yang disebut di dalam Qur’an dan Sunnah. Maka kalau tidak ada dalam dua sumber itu, mereka akan tahu untuk keputusan yang rapat dengan apa yang ada dalam Qur’an dan Sunnah.

Ayat ini selalu digunakan sebagai hujah, kalau ada perbezaan pendapat dalam hal agama pun, rujuklah kepada Qur’an dan Sunnah. Dengan menggunakan sumber rujukan yang sama, maka akan ada persetujuan pendapat. Tidaklah seperti yang terjadi sekarang: ada yang pakai dalil dan ada yang pakai kata-kata ulama sahaja.

Tapi benarkah kalau semua rujuk Qur’an dan Sunnah, maka pasti akan ada persamaan pendapat? Ini susah untuk dipastikan. Kalau kita kaji, ulama-ulama mazhab pun rujuk Qur’an dan Sunnah juga, tapi tetap mereka tidak mencapai persetujuan antara mereka. Kerana itulah adanya mazhab.

Maka, kita kena dalami lagi maksud arahan Allah dalam ayat ini. Lihat kalimah yang digunakan di dalamnya: تَنازَعتُم. Ia dari katadasar ن ز ع yang bermaksud ‘menarik’. Kita biasa dengar ia digunakan dalam kalimah ‘nazak’ apabila seseorang sedang hampir mati. Ini adalah kerana malaikat sedang menarik roh orang itu. Tentu orang itu tidak mahu mati tapi malaikat tetap juga menariknya.

Maka perbuatan tanaazu’ adalah apabila kita ada perbezaan pendapat tapi hendak menarik orang lain ikut pendapat kita. Maknanya hendak memaksa orang lain ikut sama pendapat dengan kita. Ini adalah salah.

Perbezaan pendapat (ikhtilaf) biasa sahaja. Tapi yang menjadikannya ianya buruk adalah apabila memaksa orang ikut pendapat kita, menghina orang yang tidak sama pendapat dengan kita dan menuduh orang lain wahabi, bodoh, kurang belajar dan lain-lain lagi tuduhan. Ini yang tidak boleh.

Jadi kepada mereka yang sebegitu, maka mereka kena tengok kembali Qur’an dan Sunnah. Qur’an dan sunnah tidak menyuruh manusia memaksa orang lain ikut pendapat kita. Qur’an dan sunnah meraikan perbezaan pendapat. Kalau masih melakukan tanaazu’, maka lihatlah Qur’an dan sunnah dan anda akan dapati yang itu adalah satu kesalahan.

Kita boleh ada pendapat sendiri dan kita boleh sebutkan pendapat kita. Tapi janganlah sampai kita berkelahi kerana perbezaan pendapat. Kalau ada yang berlainan pendapat dengan kita, maka berlapang dadalah. Asalkan mereka menggunakan Qur’an dan sunnah, maka itu sudah cukup. Allah lapangkan kita dalam perkara ikhtilaf.

 

إِن كُنتُم تُؤمِنونَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ

jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Itupun jika kamu benar beriman, inilah cara penyelesaian yang patut kamu pakai. Kalau kamu tidak beriman, tidak kisah kepada Qur’an dan Sunnah, ya mahu apa lagi? Jawap sahaja nanti di akhirat kenapa kamu buat kesalahan begitu dan begini.

Hal ini menunjukkan bahawa barang siapa yang tidak menyerahkan keputusan hukum kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya di saat berselisih pendapat, dan tidak mahu merujuk kepada keduanya, maka dia bukan orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian.

 

ذٰلِكَ خَيرٌ وَأَحسَنُ تَأويلًا

Yang demikian adalah lebih baik, dan lebih elok pula kesudahannya.

Inilah nasihat yang terbaik. Inilah yang perlu dilakukan. Kerana Allah yang menjadikan kita, Dia tahu apa yang kita perlukan. Jangan kita berkelahi kerana berbeza pendapat. Jangan kita kutuk orang lain dan hina orang lain.

Inilah juga yang perlu dilakukan kalau kita mahu kesan yang baik di akhir nanti. Lafaz تَأويلًا bermaksud natijah, iaitu kesan akhir, kesan jangka panjang. Kalau kita kisah tentang apa yang jadi di masa hadapan, inilah yang perlu dilakukan.

Habis Ruku’ ke 8 dari 24 ruku’ dalam surah ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 23 Ogos 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 52 – 56 (Kulit diganti-ganti)

Ayat 52: Ini adalah sambungan dari golongan Yahudi yang telah disebut dalam ayat yang sebelum ini. Apakah kesan kepada mereka, apakah akibat dari perbuatan mereka itu?

أُولٰئِكَ الَّذينَ لَعَنَهُمُ اللهُ ۖ وَمَن يَلعَنِ اللهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ نَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those are the ones whom Allāh has cursed; and he whom Allāh curses – never will you find for him a helper.

MALAY

(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.

 

أُولٰئِكَ الَّذينَ لَعَنَهُمُ اللهُ

mereka itu orang-orang yang dilaknat oleh Allah; 

Tak payah nak hukum kepada mereka kerana Allah sudah laknat mereka. Mreka tidak akan terima hidayah kerana perbuatan mereka itu amat teruk sekali. Mereka itu akan menjadi ahli neraka. Oleh kerana itu, jangan hiraukan mereka.

 

وَمَن يَلعَنِ اللهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ نَصيرًا

dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.

Jangan hiraulah tentang mereka kerana Allah sudah laknat mereka. Itu memang sudah teruk sekali. Laknat maksudnya jauh dari rahmat Allah. Sesiapa yang dilaknat Allah tidak ada harapan untuk dekat dengan Allah.

Kerana sesiapa yang telah dilaknat oleh Allah, tidak ada sesiapa yang boleh menolong mereka langsung. Kalau Allah tidak tolong, tidak ada harapan lagi untuk mereka.


 

Ayat 53: Ayat zajrun. Kebanyakan dari Yahudi tidak dapat terima bangkitnya Nabi akhir zaman dari Bangsa Arab. Mereka memandang rendah kepada bangsa Arab tambahan lagi bangsa Arab itu adalah kuli mereka di Madinah.

Walaupun begitu, ada juga Yahudi yang boleh terima dan Islam berkembang lagi dengan kemasukan mereka ke dalam agama Islam.

Marahlah mereka yang tidak mahu kedudukan kenabian diberikan kepada bangsa Arab dengan perkembangan itu. Kerana mereka melihat kedudukan Islam semakin kuat dari hari ke hari. Mereka dengki sebab mereka nak kedudukan itu. Kenapa pula mereka dengki? Ini disentuh dalam ayat ini.

أَم لَهُم نَصيبٌ مِّنَ المُلكِ فَإِذًا لّا يُؤتونَ النّاسَ نَقيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or have they a share of dominion? Then [if that were so], they would not give the people [even as much as] the speck on a date seed.

MALAY

Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia.

 

أَم لَهُم نَصيبٌ مِّنَ المُلكِ

Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah?

Allah perli mereka: adakah mereka sangka hanya mereka sahaja yang layak ada kerajaan dan pangkat kenabian? Mereka nak kerajaan dan pentadbiran berada di bawah kawalan mereka sahajakah? Adakah mereka ada berkongsi kerajaan dengan Allah sampai boleh menentukan siapa yang layak dapat pangkat Rasul? Adakah mereka layak nak mempersoalkan keputusan Allah memberikan pangkat kenabian kepada Nabi Muhammad dari kalangan bangsa Arab? Siapa mereka nak mempersoalkan?

Mereka memang ada perasaan lebih tinggi dari orang lain, dari bangsa lain. Ini kerana mereka teringat yang dulu mereka ada kerajaan besar seperti yang diperintah oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

Tapi itu sudah tiada lagi. Itu sudah lama hilang dalam lipatan sejarah. Sekarang mereka tidak ada kuasa langsung jadi janganlah nak sibuk mempersoalkan siapa yang Allah hendak beri pangkat.

Dan mereka tidak layak memegang pemerintah kerajaan mana-mana pun. Kenapa mereka tidak diberikan kuasa lagi?

 

فَإِذًا لّا يُؤتونَ النّاسَ نَقيرًا

maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kepada manusia.

Sekiranya mereka ada kuasa memerintah, mereka takkan beri pemerintahan kepada satu orang lain pun. Perkataan نَقيرًا bermaksud setitik hitam pada biji kurma. Sebagai isyarat kepada sesuatu yang sikit sangat. Sebesar bintik kurma pun mereka takkan beri kepada orang lain kerana mereka nak bolot semua. Mereka memang jenis kedekut dan pandang rendah kepada orang lain.

maksud نَقيرًا

Macam dulu, memang mereka dapat kitab suci dan hidayah tapi mereka simpan kepada bangsa mereka sahaja. Mereka tak kongsi pun ilmu agama itu dengan orang lain. Kalau ada apa-apa kebaikan pun, mereka akan buat macam itu juga nanti, termasuk pemerintahan. Mereka takkan kongsi dengan orang lain dan kerana itu maka kekuasaan telah ditarik dari mereka.


 

Ayat 54: Zajrun bagi Ahli Kitab yang hasad.

أَم يَحسُدونَ النّاسَ عَلىٰ ما ءآتٰهُمُ اللهُ مِن فَضلِهِ ۖ فَقَد ءآتَينا آلَ إِبرٰهيمَ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ وَءآتَينٰهُم مُّلكًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do they envy people for what Allāh has given them of His bounty? But We had already given the family of Abraham the Scripture and wisdom¹ and conferred upon them a great kingdom.

  • Prophetic teachings.

MALAY

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan Kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

 

أَم يَحسُدونَ النّاسَ عَلىٰ ما ءآتٰهُمُ اللهُ مِن فَضلِهِ

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya?

Mereka dengki kepada Nabi dan para sahabat yang telah mendapat wahyu iman dari Allah taala. Maka, kalimah النّاسَ dalam ayat ini bermaksud Nabi dan para sahabat. Mereka dengki kerana kenabian jatuh kepada bangsa Arab dan Islam pula semakin berkembang dari hari ke hari. Ini adalah kerana Allah telah beri nikmat itu kepada Nabi dan para sahabat.

‘Hasad’ adalah satu perasaan yang ada dalam diri manusia, iaitu keinginan supaya kelebihan yang ada pada orang lain itu dihilangkan. Ini adalah sifat yang amat buruk sekali.

Imam Ibnul Manzhur rohimahulloh berkata: “Hasad adalah engkau berangan-angan hilangnya nikmat orang yang engkau dengki.”

Imam Ahmad rahimahullah dan at-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits dari az-Zubair bin al-Awwâm Radhiyallahu anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda :

دَبَّ إِلَيْكُمْ دَاءُ الْأُمَمِ قَبْلَكُمْ: اَلْحَسَدُ وَالْبَغْضَاءُ ، وَالْبَغْضَاءُ هِيَ الْحَالِقَةُ ، حَالِقَةُ الدِّيْنِ لاَ حَالِقَةُ الشَّعْرِ ، وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤْمِنُوْا حَتَّى تَحَابُّوْا ، أَفَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِشَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ ؟ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ.

Penyakit umat-umat sebelum kalian telah menyerang kalian yaitu dengki dan benci. Benci adalah pemotong; pemotong agama dan bukan pemotong rambut. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, kalian tidak beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang jika kalian kerjakan maka kalian saling mencintai ? Sebarkanlah salam diantara kalian.”

Jadi tak perlu kita sedih kalau ada orang dengki kepada kita. Orang dengki sebab kita ada kelebihan. Maknanya kita sudah ada kelebihan dan ini adalah benda yang baik, bukan? Maka bergembiralah dengan kelebihan yang Allah telah beri itu, dan jangan hiraukan kalau ada orang yang dengki. Hati manusia kita tidak boleh buat apa-apa, bukan?

 

فَقَد ءآتَينا آلَ إِبرٰهيمَ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ

Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), 

Ini bukan kali pertama pangkat kenabian diberikan kepada bangsa lain. Nabi Ibrahim pun sudah dapat perkara yang sama. Anak Nabi Ibrahim adalah Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Kedua-dua anaknya itu adalah Nabi. Dan dari mereka ada lagi keturunan Nabi-nabi yang Allah lantik. Yang banyaknya dari keturunan Nabi Ishak a.s. Jadi bukanlah pangkat kenabian itu hak mereka dari dulu lagi.

Dan Nabi Muhammad itu pun dari keturunan Nabi Ibrahim juga. Jadi apa yang hendak dipersoalkan? Takkan mereka sahaja keturunan Nabi Ibrahim?

 

وَءآتَيناهُم مُلكًا عَظيمًا

dan Kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

Kelebihan telah diberikan kepada anak cucu Nabi Ibrahim. Mereka telah diberikan dengan pangkat kenabian dan ada antara mereka yang telah memerintah dengan menggunakan syariat dari Allah. Itulah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.

Dan sekarang yang dapat pangkat kenabian pun adalah anak cucu Nabi Ibrahim juga tapi dari keturunan anaknya Nabi Ismail pula. Maknanya, masih lagi dalam lingkungan keluarga Nabi Ibrahim juga. Dan puak Yahudi pun kata mereka ikut Nabi Ibrahim, bukan? Jadi kenapa nak dengki sangat?


 

Ayat 55: 

فَمِنهُم مَّن ءآمَنَ بِهِ وَمِنهُم مَّن صَدَّ عَنهُ ۚ وَكَفىٰ بِجَهَنَّمَ سَعيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And some among them believed in it,¹ and some among them were averse to it. And sufficient is Hell as a blaze.

  • In what was given to them. Also interpreted as “in him,” i.e., Muḥammad ().

MALAY

Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).

 

فَمِنهُم مَّن ءآمَنَ بِهِ

Maka di antara mereka (kaum Yahudi) ada yang beriman kepadanya

Ada dari kalangan Yahudi itu yang percaya kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi Muhammad. Bukan semua tidak percaya jadi jangan kita pukul rata dan kutuk keseluruhan puak Yahudi itu.

 

وَمِنهُم مَّن صَدَّ عَنهُ

dan ada pula di antara mereka yang menolak daripadanya

Tapi ada tolak dari menerima kenabian Nabi Muhammad itu. Mereka kekal di dalam kekufuran mereka.

 

وَكَفىٰ بِجَهَنَّمَ سَعيرًا

Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu

Mereka nanti akan menerima azab neraka dan itulah yang layak bagi mereka.


 

Ayat 56: Ayat takhwif ukhrawi. Sambungan tentang azab dalam neraka.

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا بِئآيٰتِنا سَوفَ نُصليهِم نارًا كُلَّما نَضِجَت جُلودُهُم بَدَّلنٰهُم جُلودًا غَيرَها لِيَذوقُوا العَذابَ ۗ إِنَّ اللهَ كانَ عَزيزًا حَكيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who disbelieve in Our verses – We will drive them into a fire. Every time their skins are roasted through We will replace them with other skins so they may taste the punishment. Indeed, Allāh is ever Exalted in Might and Wise.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا بِئآيٰتِنا سَوفَ نُصليهِم نارًا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan masukkan mereka dalam api neraka. 

Sesiapa yang kufur ingkar kepada kebenaran, mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka. Itulah balasan untuk mereka dan Allah telah berikan ancaman ini siap-siap kepada manusia – kalau tidak mahu terima, jawapnya kamu akan duduk dalam neraka.

 

كُلَّما نَضِجَت جُلودُهُم بَدَّلنٰهُم جُلودًا غَيرَها

Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain

Kemudian Allah teruskan dengan menceritakan keadaan di neraka itu. Salah satu dari azab di neraka adalah akan dibakar dengan api neraka. Tentunya apabila kena bakar, dengan kepanasan yang entah berapa ribu juta darjah, kulit mereka akan terbakar. Walaupun kulit mereka telah dinaiktaraf supaya dapat tahan hidup di neraka, tapi tetap akan terbakar.

Tetapi, Allah beritahu dalam ayat ini, setiap kali kulit mereka terbakar, Allah akan ganti tukar dengan kulit yang lain. Dan penukaran kulit ini bukan macam di dunia dimana mengambil masa yang lama. Allah boleh tukar dengan sekelip mata sahaja. Kenapa begini?

 

لِيَذوقُوا العَذابَ

supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. 

Tujuan kulit mereka diganti dengan kulit yang baru adalah untuk terus merasakan azab kepada mereka. Azab itu bukan nak sekejap sahaja dirasakan kepada mereka tetapi mereka akan dikenakan dengan azab itu berterusan. Kalau kulit sudah tiada, tidak ada rasa sakit lagi.

Ini adalah kerana kulit yang ada deria rasa. Kajian sains zaman moden telah mendapati bahawa deria rasa itu ada pada kulit. Tapi ayat Qur’an telah memberi isyarat tentangnya seribu tahun yang lalu. Maka ini adalah salah satu dari kehebatan Qur’an yang tepat dengan apa yang disampaikan oleh sains.

receptor types

Oleh itu jangan sangka kita boleh tahan azab di neraka itu. Azab neraka tidak sama dengan azab di dunia. Kalau azab dunia, walaupun sakit macam mana pun, kita tahu yang kita akan mati dan apabila mati, sakit itu berhenti. Tapi di akhirat nanti, tak akan mati mati maka akan berterusan merasakan azab itu.

Oleh itu, jangan kita lakukan dosa, dan takutlah kepada azab yang kita tidak akan mampu nak tahan ini.

 

إِنَّ اللهَ كانَ عَزيزًا حَكيمًا

sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah Maha Berkuasa, maknanya Dia boleh hukum sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang.

Tapi dalam masa yang sama, Allah itu Maha Bijaksana, menangguh-nangguhkan hukuman untuk bagi peluang kepada manusia untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Kalau Allah tidak beri tangguh, maka tidak tahulah apa yang jadi dengan kita sekarang.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 23 Ogos 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 48 – 51 (Tiada ampun untuk dosa syirik)

Ayat 48: Dosa yang paling besar dan paling bahaya adalah dosa syirik kerana tiada maaf dari Allah untuk dosa syirik itu. Salah satu perbuatan syirik adalah menyamakan hukum buatan manusia dengan hukum Ilahi.

إِنَّ اللهَ لا يَغفِرُ أَن يُشرَكَ بِهِ وَيَغفِرُ ما دونَ ذٰلِكَ لِمَن يَشاءُ ۚ وَمَن يُشرِك بِاللهِ فَقَدِ افتَرىٰ إِثمًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh does not forgive association with Him, but He forgives what is less than that for whom He wills. And he who associates others with Allāh has certainly fabricated a tremendous sin.

MALAY

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

 

إِنَّ اللهَ لا يَغفِرُ أَن يُشرَكَ بِهِ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya

Dosa syirik itu sangatlah besar sampaikan Allah yang bersifat ar-Rahman dan ar-Raheem pun tidak akan mengampunkan dosa mereka yang melakukannya. Ini adalah kerana ianya adalah dosa menduakan DiriNya.

Kalau kita beri perumpamaan seorang suami dan isterinya: kalaulah isteri itu tidak cantik, tidak pandai masak, tidak pandai bergaya, tidak pandai bercakap atau apa-apa sahaja kekurangan dia, seorang suami yang baik masih lagi boleh memaafkan isterinya itu. Tapi katakanlah isterinya itu sampai bawa lelaki lain naik katil, tentulah suami itu tidak dapat nak maafkan isterinya itu kerana telah menduakannya.

Sebelum ini telah disebut tentang kesesatan Yahudi. Sekarang ayat ini hendak menolak kata-kata Orang Yahudi yang dosa syirik mereka akan diampunkan. Mereka sangka mereka itu bangsa pilihan dan segala dosa mereka akan diampunkan Allah. Allah nak beritahu yang dosa syirik mereka itu tidak akan diampunkan.

Allah hendak menolak pemahaman mereka. Mereka sangka mereka itu golongan terpilih dan mereka ada kitab wahyu. Jadi mereka sangka mereka tentulah tidak berbuat syirik. Tapi Allah memberi isyarat dalam ayat ini yang mereka telah melakukan syirik dan dosa syirik mereka itu tidak akan diampunkan.

Jangan sangka ini masalah Ahli Kitab sahaja kerana begitulah juga dengan kebanyakan orang Islam kita. Mereka sangka mereka telah menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul; dan mereka telah mengucap dua kalimah syahadah dan mereka juga telah beramal ibadat. Oleh kerana itu mereka tak sangka yang mereka sedang melakukan syirik.

Tapi kalau tidak belajar wahyu dengan benar, orang Islam pun tidak tahu mana Tauhid dan mana Syirik. Dan ramai yang melakukan kesalahan syirik tanpa mereka sedari. Pengenalan syirik dan jenis-jenis syirik kita telah banyak tulis di tempat yang lain. Kena belajar tafsir keseluruhan Qur’an baru akan nampak kesemuanya.

 

وَيَغفِرُ ما دونَ ذٰلِكَ لِمَن يَشاءُ

dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya

Allah berfirman yang Dia boleh ampun dosa manusia, asalkan dosa itu selain dari dosa syirik. Tapi kita kenalah ingat bahawa ‘tidak wajib’ bagi Allah untuk mengampunkan, ianya adalah ‘harus’ sahaja bagi Allah. Sebab itulah Allah berfirman yang Dia ampunkan kepada sesiapa yang ‘dikehendakiNya’.

Oleh itu, pilihan itu pada Allah. Dan kerana itu, kita kena sedar yang tiada jaminan yang semua dosa kita akan diampunkan. Maka hendaklah kita mengelak dari melakukan dosa dari mula-mula lagi. Jangan berharap buat dosa dan kemudian nak minta ampun kemudiannya. Kerana kita takut kalau kita minta ampun tapi Allah tidak sudi nak ampunkan.

Jangan pandang ringan perkara ini kerana ada yang sangka kalau minta ampun sahaja, terus Allah akan ampunkan. Tidak begitu kerana ianya terpulang kepada Allah.

 

وَمَن يُشرِك بِاللهِ فَقَدِ افتَرىٰ إِثمًا عَظيمًا

Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

Ini adalah ayat Jumlah Ta’liliyah. Allah memberitahu kenapa Dia tidak akan mengampunkan dosa mereka yang melakukan syirik. Ini adalah kerana syirik adalah dosa yang sangat besar sampai tidak ada kasihan belas dari Allah kepada mereka yang melakukannya.

Jadi ayat ini jangan pula disalah erti pula. Jangan ada yang sangka, dosa syirik sahaja besar tapi dosa selain syirik ada harapan ataupun ringan sahaja. Ini adalah fahaman yang salah. Ayat ini hendak memberitahu besarnya dosa syirik itu sampaikan Allah tidak akan ampunkan. Tapi dosa-dosa lain pun besar juga dan kalau ada, Allah akan masukkan pelakunya dalam neraka untuk mencucinya.

Dosa syirik amat besar sekali. Tidak faham tentang perkara inilah yang menyebabkan orang kita pun banyak yang ambil ringan tentang syirik. Bab feqah mereka jaga sangat, tapi bab Tauhid dan akidah mereka ambil mudah sahaja. Kerana itulah kita selalu dengar mereka jaga sangat amal ibadat kena ikut Mazhab Syafie (seolah-olah mazhab lain tidak benar), tapi bab pergi jumpa bomoh, percaya khurafat dan bertawasul, selamba sahaja mereka lakukan.

Inilah terbaliknya fikiran orang kita. Sepatutnya bab feqah diluaskan, bab akidah yang kena sempit, kena jaga betul-betul. Tapi orang kita terbalik pula. Bab feqah pula mereka sempitkan dan bab akidah pula mereka ambil ringan. Ini salah faham yang boleh menjeruskan manusia ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.


 

Ayat 49: Ayat zajrun (teguran) bagi Ahli Kitab. Ahli Kitab sangka dan perasan mereka itu hebat. Mereka kata mereka adalah ‘anak-anak Allah’ dan kerana itu kedudukan mereka istimewa.

Atau mereka sangka bahawa merekalah yang paling dikasihi oleh Allah dan kerana itu Allah tidak akan mengazab mereka. Seolah-olah seorang ayah yang tidak menghukum anaknya kerana sayang sangat kepada anaknya.

Mereka menjadi umat yang rosak kerana fahaman itu. Malangnya, ramai manusia yang ada perasaan itu termasuklah orang Islam pun. Maka Allah beri pengajaran penting dalam ayat ini dengan menegur tentang sikap mereka dalam ayat ini. Maka orang Islam pun kena tawajuh (fokus) perkara ini. Bandingkan dengan akidah dan fahaman kita juga.

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ يُزَكّونَ أَنفُسَهُم ۚ بَلِ اللهُ يُزَكّي مَن يَشاءُ وَلا يُظلَمونَ فَتيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you not seen those who claim themselves to be pure? Rather, Allāh purifies whom He wills, and injustice is not done to them, [even] as much as a thread [inside a date seed].

MALAY

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.

 

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ يُزَكّونَ أَنفُسَهُم

Tidakkah engkau perhatikan kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri?

Ini adalah tentang golongan Yahudi yang menyucikan diri mereka. Iaitu kata diri mereka itu suci. Mereka yang angkat darjat mereka sendiri. Itu dinamakan ‘perasan’.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Mu’tamir, dari ayahnya, dari Na’im ibnu Abu Hindun yang mengatakan bahawa Umar ibnul Khattab pernah berkata, “Barang siapa yang mengatakan, ‘Aku orang mukmin,” maka dia adalah orang kafir. Barang siapa yang mengatakan bahawa dirinya adalah orang alim, maka dia adalah orang yang jahil (bodoh). Barang siapa yang mengatakan bahawa dirinya masuk syurga, maka dia masuk neraka.”

Al-Hasan dan Qatadah mengatakan bahawa firman-Nya berikut ini: Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang menganggap dirinya bersih. (An-Nisa: 49) diturunkan berkenaan dengan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani ketika mereka mengatakan, “Kami adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya.” Juga sehubungan dengan ucapan mereka yang disebutkan oleh firman-Nya: Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani. (Al-Baqarah: 111)

Dalam ayat Baqarah:111, mereka kata yang akan masuk syurga adalah Yahudi dan Nasara sahaja. Itu adalah penipuan sahaja kerana tidak pernah ada dalil yang Allah mengatakan mereka itu suci dan pasti akan masuk syurga. Dan mereka sangka mereka kalau masuk neraka pun sekejap sahaja kerana mereka itu kekasih-kekasih Allah seperti yang disebut dalam Baqarah:80.

Orang Islam pun ada yang buat macam ini juga. Ada yang mengaku diri mereka suci. Ini jenis orang yang ‘angkat bakul’. Ini adalah perasan dan bangga dan ini jenis yang dilarang. Kita tidak tahu keadaan diri kita, jadi kita tidak boleh perasan kita ini bebas dari dosa.

Atau anak murid mereka yang kata guru mereka suci. Ini disebut-sebut kerana kalau nak doa kena minta guru mereka doakan. Inilah yang dinamakan tawasul. Kerana mereka menggunakan guru mereka yang kononnya suci itu untuk memakbulkan doa mereka. Mereka rasa kalau mereka doa sendiri, Allah tak dengar doa mereka, tapi bila guru mereka itu doakan, Allah akan makbulkan kerana guru mereka itu ‘suci’. Kemudian mereka akan beri upah kepada guru mereka itu.

Dan apabila guru mereka itu sudah mati, mereka jadikan kubur guru mereka jadi tempat ibadat. Macam-macam benda pelik buat di situ. Mereka akan terus meminta guru mereka itu mendoakan untuk mereka dan mereka akan meminta berkat dari guru mereka itu.

Kerana itu menurut pendapat yang lain, ayat ini diturunkan berkenaan dengan celaan terhadap perbuatan memuji dan menyanjung. Di dalam kitab Sahih Muslim disebutkan dari Al-Miqdad ibnul Aswad yang menceritakan hadis berikut:

أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَحْثُوَ فِي وُجُوهِ الْمَدَّاحِينَ التُّرَابَ

Rasulullah Saw. telah memerintahkan kepada kita agar menaburkan pasir ke wajah orang-orang yang tukang memuji.

Pendapat lain pula menyebut ini berkenaan ahli kitab yang berharap kepada anak-anak mereka yang mati kecil.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Musaffa, telah menceritakan kepada kami Ibnu Himyar, dari Ibnu Luhai’ah, dari Bisyr ibnu Abu Amrah, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa dahulu orang-orang Yahudi menempatkan anak-anak mereka sebagai imam dalam sembahyangnya, juga menyerahkan korban mereka kepada anak-anak tersebut. Mereka berbuat demikian dengan alasan bahawa anak-anak mereka masih belum berdosa dan tidak mempunyai kesalahan. Mereka berdusta, dan Allah menjawab mereka, “Sesungguhnya Aku tidak akan membersihkan orang yang berdosa karena orang lain yang tidak berdosa.” Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang menganggap dirinya bersih. (An-Nisa: 49)

Maka tidak boleh membersihkan dosa kerana orang lain yang tidak berdosa. Ini kita kena tengok balik kenapa ibubapa ada yang hantar anak-anak mereka ke sekolah agama dan tahfiz. Mereka berharap anak-anak mereka itu jadi baik dan akan beri syafaat kepada mereka nanti. Allah beritahu dalam ayat ini, kalau orang lain bersih suci, tidak semestinya kita juga suci. Maka ibubapa itu kenalah menyucikan diri mereka sendiri. Jangan hendak berharap kepada anak pula.

 

بَلِ اللهُ يُزَكّي مَن يَشاءُ

bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya

Ini adalah jawapan kepada mereka: Allah sahaja yang menyucikan sesiapa yang dikehendakiNya. Itu pun diberikan kepada mereka yang ada akidah betul. Allah sahajalah yang tahu siapakah yang suci atau tidak, dan tidak ada manusia yang boleh mendakwa yang mereka itu sudah suci.

 

وَلا يُظلَمونَ فَتيلًا

dan mereka pula tidak akan dianiaya sedikitpun.

Mereka tidak akan dizalimi walaupun satu فَتيلًا. فَتيلًا adalah satu benang yang ada pada biji kurma. Ianya macam urat dan tentunya ia amat kecil. Ianya adalah perumpamaan kecil sangat sebab bangsa Arab faham apakah فَتيلًا itu. Maksudnya, sedikit pun tidak akan dizalimi.

Maknanya, kalau seseorang itu layak dapat pahala, Allah tetap akan beri sekecil mana pun. Kerana kalau Allah tidak beri, itu adalah satu kezaliman.


 

Ayat 50:

انظُر كَيفَ يَفتَرونَ عَلَى اللهِ الكَذِبَ ۖ وَكَفىٰ بِهِ إِثمًا مُّبينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Look how they invent about Allāh untruth, and sufficient is that as a manifest sin.

MALAY

Lihatlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan perkara-perkara dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.

 

انظُر كَيفَ يَفتَرونَ عَلَى اللهِ الكَذِبَ

Lihatlah bagaimana mereka mengada-adakan perkara-perkara dusta terhadap Allah

Mereka tanpa segan silu lagi telah menggunakan nama Allah untuk berdusta. Mereka kata Allah lah yang beritahu yang mereka itu suci.

Ramai yang menggunakan nama Allah dalam penipuan. Contohnya ada yang kata mereka jumpa Allah, jumpa Nabi dan sebagainya. Selalunya mereka kata mereka jumpa dalam mimpilah macam yang dilakukan oleh puak Habib itu. Mereka menipu dengan menggunakan nama-nama sebegitu supaya manusia percaya kepada mereka.

Ada yang mengatakan tok nenek mereka orang alim lagi baik, maka mereka akan selamat. Padahal Allah telah menentukan bahawa amal perbuatan nenek moyang tidak dapat menjamin anak keturunannya barang sedikit pun. Seperti yang disebutkan di dalam firman-Nya:

تِلْكَ أُمَةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ

Itu adalah umat yang lalu; baginya apa yang telah diusahakannya, dan bagi kalian apa yang sudah kalian usahakan. (Al-Baqarah: 134), hingga akhir ayat.

Maka kalau ada yang perasan selamat kerana mereka anak cucu Tok Kenali, contohnya, itu adalah adalah perasan terlebih namanya. Ini kita beritahu kerana keturunan alim ulamak seperti Tok Kenali ini sangka mereka orang hebat. Sampaikan ada orang jahil yang minta anak cucu itu doakan mereka, buat air penawar, air itu dan ini untuk mereka.

 

وَكَفىٰ بِهِ إِثمًا مُّبينًا

Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.

Cukuplah diayah mereka itu sebagai tanda yang ia adalah dosa yang amat jelas. Sudah jelas mereka buat dosa kerana mereka memperkatakan sesuatu tanpa memberikan dalil. Macam dakwah pakai mimpi, macam nak periksa benar atau tidak?

Habis Ruku’ ke 7 dari 24 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 51: Ini adalah ayat teguran lagi.

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ أوتوا نَصيبًا مِّنَ الكِتٰبِ يُؤمِنونَ بِالجِبتِ وَالطّٰغوتِ وَيَقولونَ لِلَّذينَ كَفَروا هٰؤُلاءِ أَهدىٰ مِنَ الَّذينَ ءآمَنوا سَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you not seen those who were given a portion of the Scripture, who believe in jibt [superstition] and ṭāghūt [false objects of worship] and say about the disbelievers, “These are better guided than the believers as to the way”?

MALAY

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).

 

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ أوتوا نَصيبًا مِّنَ الكِتٰبِ

Tidakkah engkau perhatikan kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab?

Yang dimaksudkan adalah Kitab Taurat atau Kitab Injil. Jadi yang dimaksudkan adalah golongan ilmuan dari Ahli Kitab. Mereka itu adalah golongan agama mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat. Mereka yang sepatutnya tahu tentang agama kerana mereka mempelajari kitab wahyu. Apakah teguran kepada mereka?

Di dalam Kitab Ruh al-Ma’ani disebut riwayat dari Ibn Abbas tentang ayat ini. Ada dua ketua Yahudi dari Madinah, Huyayy ibn Akhtab dan Ka’ab ibn Ashraf yang pergi ke Mekah selepas Perang Uhud untuk berjumpa dengan pemuka Quraish. Puak Quraish waktu itu masih lagi sedang meraikan kejayaan mereka di Perang Uhud.

Dua ketua Yahudi itu datang dengan 70 orang Yahudi Madinah. Ka’ab telah berjumpa dengan Abu Sufyan dan berjanji untuk bersekongkol dengan Quraish dalam menentang Rasulullah SAW. Puak Yahudi itu hendak memutuskan perjanjian mereka dengan umat Islam kerana mereka rasa puak Muslim telah lemah dan sekarang mereka hendak bersatu dengan Quraish Mekah. Ka’ab tinggal di rumah Abu Sufyan dalam lawatan itu.

Pada mulanya, puak Quraish tidak berapa percaya kepada puak Yahudi itu. Kerana pada Quraish, Yahudi itu sama sahaja dengan Nabi Muhammad – dua-dua mengaku ada kitab wahyu sedangkan Quraish tidak ada kitab. Mereka rasa tentu Yahudi lebih rapat lagi dengan Nabi Muhammad.

Oleh itu, Quraish telah mencabar puak Yahudi untuk tunduk sembah dua berhala mereka (Jibt dan Taghoot) dan mereka telah melakukannya. Selepas itu Ka’ab telah mencadangkan 30 orang dari puak Yahudi dan 30 orang dari puak Quraish menyentuh Ka’bah dan mengisytiharkan atas nama Tuhan Ka’bah itu untuk berjanji bersekutu dalam menentang Nabi Muhammad. Puak Quraish suka dengan cadangan itu dan mereka telah melakukannya – maka termeterailah perjanjian antara mereka.

Selepas itu, Abu Sufyan bertanya kepada Ka’ab apa pandangannya tentang agama mereka (Musyrikin Mekah) dibandingkan dengan agama Nabi Muhammad itu. Abu Sufyan mahu tahu dari Ka’ab, siapakah yang dia rasa lebih benar? Maka Ka’ab meminta Abu Sufyan menerangkan apakah agama mereka. Abu Sufyan menjawap yang mereka menyembelih unta untuk Haji, mereka memberikan susu kepada pelawat Ka’bah dan mereka meraikan tetamu mereka.

Mereka juga menjaga hubungan kekeluargaan. Mereka tawaf di Ka’bah dan mengerjakan Umrah. Mereka juga membayar tebusan untuk tawanan dan sebagainya. Dia membandingkan dengan agama Nabi Muhammad yang meninggalkan agama nenek moyangnya, memutuskan perhubungan kekeluargaan dan mencipta agama baru.

Mendengar hujah dari Abu Sufyan itu, maka Ka’ab pun berkata: “Aku bersumpah dengan nama Tuhan, kamu lebih terpimpin dari Muhammad. Dia itu telah sesat.” Selepas berita ini sampai ke Madinah, maka diturunkan ayat ini. Allah pecahkan rahsia orang Yahudi itu.

 

يُؤمِنونَ بِالجِبتِ وَالطّٰغوتِ

Mereka percaya kepada Jibti dan kepada Taghut,

Mereka telah diberikan dengan kitab tapi mereka masih beriman dengan jibti. Jibti itu adalah apa sahaja yang dipuja selain Allah. Boleh jadi dalam bentuk batu atau benda apa-apa sahaja. Inilah yang digunakan dalam ilmu sihir kepada mereka yang mengamalkannya. Termasuk dalam perkara ini adalah jenis seperti magik, Horoscope dan voodoo.

Kalimah الجِبتِ asalnya adalah nama satu berhala di Mekah. Kemudiannya digunakan untuk apa sahaja ‘ilah palsu’. Ia juga digunakan untuk merujuk kepada penggunaan sihir.

Umar r.a mengatakan bahawa jibt bermaksud sihir dan taghut adalah syaitan.
Imam Malik ibn Anas mengatakan bahawa apa sahaja yang disembah selain Allah adalah taghut.

Ibn Abbas, Ibn Jubayr, and Abu al-Aliyah r.a. mengatakan bahawa kalimah jibt datang dari bahasa Habashah. Ia merujuk kepada ahli sihir sedangkan taghut pula merujuk kepada tukang ramal.

Orang yang baca Qur’an tanpa memahaminya pun buat begitu juga kerana mereka hanya baca Qur’an sahaja tanpa faham apakah yang mereka baca. Ini selalu terjadi dalam masyarakat kita. Mereka mengamalkan benda-benda yang mereka percaya ada kuasa dan kelebihan tertentu seperti tangkal, wifak dan macam-macam lagi.

Begitu juga ada orang kita yang percaya kepada batu, besi dan macam-macam benda yang mereka lihat pelik. Sebab itu ada yang pakai cincin hikmat dan simpan barang-barang ajaib di dalam rumah mereka. Itu semua adalah kepercayaan yang tiada asas dan syirik. Itu semua dipanggil jibti.

Taghut adalah jenis syaitan yang membisikkan penipuan kepada mereka. Taghut adalah apa sahaja yang mengajak manusia jauh dari Allah. Secara bahasa, kata thagut diambil dari kata (طَغَى) yang ertinya ‘melampaui batas’.

Secara istilah syar’i pula, ianya sebagaimana disampaikan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: thagut adalah segala sesuatu yang menyebabkan seorang hamba melebihi batasannya, baik itu sesuatu yang diibadahi, diikuti, atau ditaati.

Syaikh Muhammad At Tamimi rahimahullah menjelaskan bahwa thagut ada banyak. Thagut yang paling besar ada lima:

a. iblis –semoga Allah melaknatnya-,

b. siapa saja yang dijadikan sembahan dan dia redha; samada dia masih hidup atau dia telah mati; mungkin dia tidak suruh manusia menyembahnya, tapi dia tahu yang manusia menyembahnya dan dia redha dengan perkara itu; kalau ada yang disembah tapi dia tidak redha, ini tidak termasuk taghut.

Sebagai contoh, Nasara yang menyembah Nabi Isa a.s. itu menyembah taghut, tapi Nabi Isa tidaklah menjadi taghut kerana baginda tidak pernah suruh dan tidak pernah redha dengan perlakuan itu.

c. barangsiapa yang mengajak manusia untuk menyembah dirinya; ini lebih teruk dari jenis yang ke 2 kerana dia sendiri yang menyuruh manusia menyembahnya – contohnya Firaun yang menyuruh rakyatnya menyembahnya; termasuk juga dalam hal ini adalah para ulama sufi yang menyuruh pengikutnya menyembahnya.

d. barangsiapa yang mengaku mengetahui ilmu ghaib; iaitu mereka mengaku mereka mengetahui perkara ghaib secara mutlak – ini tidak patut kerana hanya Allah sahaja yang tahu perkara ghaib secara mutlak.

Maka termasuk thagut jenis ini adalah para dukun, paranormal, dan tukang sihir yang mengaku mengetahui ilmu ghaib. Mereka ramal apa yang akan terjadi esok dan yang biasa terjadi, mereka cari barang hilang.

e. barangsiapa yang berhukum dengan hukum selain yang Allah turunkan.

Terdapat perincian permasalahan tentang berhukum dengan hukum selain Allah. Syaikh ‘Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah berkata, “Orang yang berhukum dengan hukum selain yang Allah turunkan ada  empat keadaan:

  1. Orang yang mengatakan, “Saya berhukum dengannya kerana lebih baik daripada syari’at Islam”, maka hukumnya kufur akbar.
  2. Orang yang mengatakan, “Saya berhukum dengannya kerana hukum tersebut sama/setara dengan syari’at Islam, maka berhukum dengannya boleh dan berhukum dengan syari’at (Islam) juga boleh”, maka hukumnya juga kufur akbar.
  3. Orang yang mengatakan, “Saya berhukum dengannya sedangkan berhukum dengan syari’at Islam lebih afdhal, akan tetapi boleh berhukum dengan selain apa yang Allah turunkan”, maka hukumnya juga kufur akbar.
  4. Orang yang mengatakan, “Saya berhukum dengannya”. Namun dia meyakini bahawa tidak boleh berhukum dengan selain apa yang Allah turunkan, dan dia menyatakan bahawa berhukum dengan syari’at Islam lebih afdhal serta tidak boleh berhukum dengan selainnya, akan tetapi dia bermudah-mudah dan meremehkan (dalam melakukan maksiat) atau dia melakukannya kerana perintah dari pemerintahnya.  Yang demikian ini hukumnya kufur asghar yang tidak mengeluarkannya dari Islam namun termasuk perbuatan dosa besar yang paling besar”

Sumber: http://muslim.or.id/11364-siapakah-thaghut.html

Semua itu datangnya dari syaitan kerana kalau bukan dari wahyu, ianya mesti dari syaitan.

وَيَقولونَ لِلَّذينَ كَفَروا هٰؤُلاءِ أَهدىٰ مِنَ الَّذينَ ءآمَنوا سَبيلًا

dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman

Teruknya Yahudi itu, mereka sanggup kata musyrikin Mekah itu lebih baik dari Muslim Madinah. Sedangkan Musyrikin Mekah tu sembah berhala dan sudah jelas teruknya agama mereka. Tapi kerana marahkan agama Islam dan kebenaran yang dibawa, mereka sudah tidak kira lagi.

Macam Kristian ada juga yang kata yang mereka lebih suka orang Hindu dari Muslim. Mereka kata agama Hindu lebih baik dari Islam. Padahal, kalau hendak dikirakan, agama mereka lebih rapat dengan agama kita kerana ada banyak persamaan, sedangkan tidak ada persamaan langsung dengan agama Hindu.

Macam juga orang kita sekarang ada yang kata Syiah lagi baik dari Wahabi. Ini adalah kata-kata yang amat bodoh sekali kerana pertamanya, tidak ada ajaran ‘Wahabi’. Tapi kerana mereka marah sangat kepada mereka yang hendak mengamalkan sunnah, mereka telah menggunakan gelaran tersebut untuk menghina mereka yang hendak mengamalkan sunnah.

Keduanya, mereka macam langsung tidak kisah dengan kesesatan yang diamalkan oleh Syiah itu apabila hendak mengutuk orang-orang yang hendak mengamalkan sunnah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 Ogos 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 45 – 47 (Mengubah ayat Allah)

Ayat 45: Dalam ayat sebelum ini, Allah telah menyentuh tentang keburukan golongan Yahudi yang bukan sahaja mereka sesat, tapi mereka mahu orang lain pun jadi sesat juga.

وَاللهُ أَعلَمُ بِأَعدائِكُم ۚ وَكَفىٰ بِاللهِ وَلِيًّا وَكَفىٰ بِاللهِ نَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh is most knowing of your enemies; and sufficient is Allāh as an ally, and sufficient is Allāh as a helper.

MALAYSIA

Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).

 

وَاللهُ أَعلَمُ بِأَعدائِكُم

Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu,

Allah lebih tahu tentang musuh kita. Yang dimaksudkan adalah orang Yahudi atau sesiapa sahaja. Kerana musuh kita tentunya bukan Yahudi sahaja. Kita tahu sikit sahaja tentang musuh kita dan mungkin kita tidak tahu pun siapakah musuh kita. Allah beritahu, jangan risau, Dia lebih tahu.

Oleh kerana Allah tahu, maka kita tidak perlu bimbang. Tak perlu takut dengan rancangan mereka untuk menyesatkan kita. Kerana kalau kita nak fikir cara untuk menyelamatkan diri dari mereka pun kita tak tahu. Kita harap kepada Allah lah sahaja. Dia lebih mengetahui perihal mereka dan memperingatkan umat Islam agar  bersikap waspada terhadap mereka.

 

وَكَفىٰ بِاللهِ وَلِيًّا وَكَفىٰ بِاللهِ نَصيرًا

Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong

Kita biar Allah sahaja yang lindungi kita. Kita kena rasa cukup dengan adanya Allah. Dan Allah telah beri isyarat dalam ayat ini yang Dia akan mengawal dan menolong kita. Adakah sesiapa lagi yang lebih baik dari Allah? Tentu tidak.


 

Ayat 46: Apakah yang Yahudi itu lakukan?

مِّنَ الَّذينَ هادوا يُحَرِّفونَ الكَلِمَ عَن مَّواضِعِهِ وَيَقولونَ سَمِعنا وَعَصَينا وَاسمَع غَيرَ مُسمَعٍ وَرٰعِنا لَيًّا بِأَلسِنَتِهِم وَطَعنًا فِي الدّينِ ۚ وَلَو أَنَّهُم قالوا سَمِعنا وَأَطَعنا وَاسمَع وَانظُرنا لَكانَ خَيرًا لَّهُم وَأَقوَمَ وَلٰكِن لَّعَنَهُمُ اللهُ بِكُفرِهِم فَلا يُؤمِنونَ إِلّا قَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Among the Jews are those who distort words from their [proper] places [i.e., usages] and say, “We hear and disobey” and “Hear but be not heard” and “Rā‘inā,”¹ twisting their tongues and defaming the religion. And if they had said [instead], “We hear and obey” and “Wait for us [to understand],” it would have been better for them and more suitable. But Allāh has cursed them for their disbelief, so they believe not, except for a few.²

  • See footnote to 2:104.
  • Or “except with little belief.”

MALAY

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”, serta (mereka mengatakan): “Raaeina”; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).

 

مِّنَ الَّذينَ هادوا يُحَرِّفونَ الكَلِمَ عَن مَواضِعِهِ

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah, dari tempat dan maksudnya yang sebenar, 

Sekarang dijelaskan lagi sifat golongan Yahudi. Asalnya ini adalah sifat-sifat Yahudi tapi boleh jangkit kepada orang lain. Mereka telah mengubah wahyu dan mereka lakukan dengan sekurang-kurangnya tiga cara:

1. Cara mereka tukar kesesatan dan ganti hidayat adalah dengan ubahsuai kitab Taurat dari yang sebenar. Orang awam yang biasa tidak ada kitab Taurat bersama mereka. Yang ada keseluruhan kitab Taurat adalah ulamak atau pendeta mereka sahaja. Orang awam hanya diberikan sebahagian sahaja. Maka senanglah Taurat itu diubah-ubah kerana kalau ubah pun, orang awam tak tahu.

2. Cara kedua mereka tukar wahyu Taurat itu sendiri dengan dengan mereka tukar huraian tafsir ayat-ayat Taurat. Mereka itu dipandang sebagai ahli ilmu, maka mereka kata apa sahaja, maka teruslah diterima oleh masyarakat awam.

Maksudnya, mereka tafsir dengan cara yang salah – mereka tafsir ikut apa yang mereka hendak dan ikut agenda mereka. Malangnya, ustaz-ustaz di negara kita pun ada yang buat perkara macam ini.

3. Cara ketiga yang dilakukan oleh Yahudi Madinah adalah dengan melakukan penipuan kepada Qur’an. Mereka datang ke majlis Nabi Muhammad yang memperdengarkan Qur’an. Kemudian mereka pergi jaja ke tempat lain dengan membacakan ayat yang lain. Mereka ubah supaya dapat menipu orang yang percaya kepada mereka.

 

وَيَقولونَ سَمِعنا وَعَصَينا

dan mereka berkata: “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. 

Ini adalah huraian berkenaan cara mereka menyesatkan orang lain: mereka buat-buat seperti dengar hukum Islam tapi mereka sebenarnya tidak ikut. Mereka kata mereka nak ikut tapi kalau dilihat dari perbuatan mereka, mereka tak ikut.

Mereka kata ‘tidak ikut’ itu mereka kata dalam hati mereka sahaja. Oleh itu, orang luar yang melihat sangka mereka benar-benar nak ikut kerana mereka cakap begitu. Supaya tidak tertipu dengan orang yang jenis begini, Allah ajar kita untuk berhati-hati dengan mereka dan perangai yang sebegini.

 

وَاسمَع غَيرَ مُسمَعٍ

(Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”,

Bila mereka jumpa Nabi atau orang tauhid, mereka minta supaya mereka didengari dan mereka janji tidak akan memperdengarkan kalimah yang menyesatkan. Kononnya mereka nak beritahu perkara yang baik-baik sahaja. Tapi itu tipu sahaja dari mereka. Kerana sebaliknya, mereka beri propaganda yang salah tentang agama.

Atau, lafaz ini juga bermaksud, “Dengarlah kepada kami, wahai yang tidak mendengar”. Ini adalah kata-kata mereka yang menghina. Mereka kata begitu kepada Nabi Muhammad kerana hendak menghina baginda. Tapi mereka cakap itu tidak kuat kerana tak mahu orang lain dengar.

Atau, lafaz ini bermaksud, “Dengarlah kepada kami, semoga kamu tidak dapat mendengar lagi (pekak)”. Begitulah teruknya mereka menghina Nabi Muhammad.

 

وَرٰعِنا

serta (mereka mengatakan): “Raaeina”; 

Lafaz ‘raina’ adalah lafaz yang boleh merosakkan akidah. Kerana ia membawa maksud kamulah Nabi yang mengawasi kami. Itu adalah sifat ketuhanan yang hanya ada pada Allah sahaja. Kita telah bincangkan perkara ini dalam Baqarah:104.

 

لَيًّا بِأَلسِنَتِهِم

hanya memutar belitkan perkataan mereka

Mereka menggunakan kata-kata mereka untuk menyesatkan. Dan kita pun sudah tahu yang mereka pandai menggunakan kata-kata dan bahasa. Mereka pandai memutar belitkan bahasa untuk tujuan yang buruk.

 

وَطَعنًا فِي الدّينِ

dan mencela ugama Islam.

Mereka sebenarnya hendak menghina agama Islam dan meremehkan agama.  Yang jadi mangsa adalah umat Islam yang jahil. Mereka memandang tinggi kepada golongan Yahudi dan mereka mungkin terikut dengan apa yang dilakukan oleh golongan Yahudi itu.

Tapi, kalau ada ilmu tidak akan jadi begitu. Kerana kita telah diajar dalam Surah Baqarah sebelum ini tentang perangai mereka dan cara-cara mereka, maka kita sepatutnya sudah berhati-hati.

 

وَلَو أَنَّهُم قالوا سَمِعنا وَأَطَعنا وَاسمَع وَانظُرنا

Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, 

Ada cara yang baik untuk mereka. Kalau mereka mahu beriman dan mahu taat.

 

لَكانَ خَيرًا لَّهُم وَأَقوَمَ

tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul.

Itulah cara yang paling tepat untuk dapat hidayah.

 

وَلٰكِن لَّعَنَهُمُ اللهُ بِكُفرِهِم

Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. 

Tapi malangnya, mereka tidak begitu dan kerana itu Allah laknat mereka. Oleh itu mereka dijauhkan dari rahmat Allah untuk terima Islam kerana hati mereka masih kufur. Kerana hati mereka kufur, hidayah tidak masuk.

Maknanya, bukan Allah yang pilih mereka untuk disesatkan, tapi kerana mereka sendiri yang salah. Maka, jangan salahkan Allah pula. Allah sebut dalam ayat ini kenapa mereka dilaknat dan disesatkan – kerana mereka sendiri yang kufur.

 

فَلا يُؤمِنونَ إِلّا قَليلًا

mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja

Mereka tidak beriman melainkan pada zahir sahaja. Lafaz ‘sedikit’ dalam ayat ini maksudnya ‘zahir’. Maknanya, mereka hanya beriman pada zahir sahaja.

Atau sedikit sahaja dari kalangan mereka yang akan beriman.

Atau iman mereka sedikit sahaja.

Jadi, ada tiga kemungkinan dalam ayat ini.


 

Ayat 47: Ini adalah ayat targhib kepada tauhid. Umat Islam diingatkan untuk kena kuatkan iman. Juga ada takhwif ukhrawi dalam ayat ini.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ ءآمِنوا بِما نَزَّلنا مُصَدِّقًا لِّما مَعَكُم مِّن قَبلِ أَن نَّطمِسَ وُجوهًا فَنَرُدَّها عَلىٰ أَدبارِها أَو نَلعَنَهُم كَما لَعَنّا أَصحٰبَ السَّبتِ ۚ وَكانَ أَمرُ اللهِ مَفعولًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who were given the Scripture, believe in what We have sent down [to Muḥammad ()], confirming that which is with you, before We obliterate faces and turn them toward their backs or curse them as We cursed the sabbath-breakers.¹ And ever is the matter [i.e., decree] of Allāh accomplished.

MALAY

Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Qur’an), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata – tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka – Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ

Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, 

Apabila disebutkan ‘mereka yang diberi kitab’, ianya bermaksud ahli agama dari Yahudi dan Nasara. Jadi, ayat ini ditujukan kepada mereka. Sebelum Allah perkatakan ‘tentang’ mereka, sekarang Allah terus bercakap dengan mereka.

Mereka ini sepatutnya tahu tentang agama dan kebenaran kerana mereka telah belajar kitab suci mereka – Taurat dan Injil

 

ءآمِنوا بِما نَزَّلنا مُصَدِّقًا لِّما مَعَكُم

berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Qur’an), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, 

Wahai Ahli Kitab: “Tidak cukup kamu baca kitab yang ada pada dirimu, tapi kamu kena juga beriman dengan semua kitab yang diturunkan. Dan Kitab yang paling akhir sekali diturunkan adalah Qur’an”. Maka, ini adalah suruhan kepada mereka untuk beriman dengan Qur’an.

Kandungan dalam Qur’an itu membenarkan apa yang ada dalam Kitab mereka, bukannya membawa ajaran agama yang baru. Tapi bukanlah semua sama kerana syariat tidak sama kerana syariat nabi-nabi tidak sama antara satu sama lain.

Tapi yang dimaksud sama itu adalah dari segi tauhid. Kandungan ilmu tauhid yang ada dalam Qur’an membenarkan kandungan tauhid yang ada dalam Kitab Suci mereka. Asalkan mereka mahu melihat kembali apa yang ada dalam kitab mereka, dan apa yang ada dalam Qur’an.

 

مِّن قَبلِ أَن نَّطمِسَ وُجوهًا

sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk mukanya

Ini adalah amaran dan penegasan dari Allah. Allah beri ancaman untuk menakutkan mereka. Mereka kena beriman dengan Qur’an sebelum dihapuskan bentuk rupa mereka. Kerana kalau sudah ditukar rupa bentuk muka mereka, Allah boleh buat sampai sudah tiada tanda manusia pada mereka.

 

فَنَرُدَّها عَلىٰ أَدبارِها

lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya,

Allah boleh ubah rupa mereka dengan pusing muka yang di depan pergi ke belakang. Ini boleh berlaku kerana mereka sendiri sudah tukar ayat wahyu. Kerana mereka tukar ayat, Allah boleh tukar rupa mereka. Allah mampu lakukan dan Allah beri ancaman kepada mereka dalam ayat ini. Ini adalah ancaman dari Allah, maka jangan main-main.

Ada ulama berpendapat yang dimaksudkan adalah ‘tukar akal’ mereka sehingga mereka menjadi sudah tidak jadi waras.

 

أَو نَلعَنَهُم كَما لَعَنّا أَصحٰبَ السَّبتِ

atau Kami melaknat mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu.

Selain dari Allah boleh ubah rupa mereka, yang depan jadi ke belakang, Allah boleh laknat mereka jadi kera. Ini adalah ancaman dengan yang pernah terjadi kepada mereka yang tangkap ikan hari Sabtu.

Qur’an telah sentuh perkara ini dalam Baqarah:65. Mereka telah ditukar menjadi kera selama tiga hari dan kemudian mereka mati. Kejadian ini telah terjadi kepada Kaum Yahudi dan mereka tahu tentang perkara ini kerana mereka belajar apa yang terjadi kepada tok nenek mereka dahulu.

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Jabir ibnu Nuh, dari Isa ibnul Mugirah yang menceritakan, “Kami pernah membincangkan perihal Ka’b masuk Islam dekat Maqam Ibrahim.” Isa ibnul Mugirah mengatakan bahawa Ka’b masuk Islam pada masa pemerintahan Khalifah Umar. Pada mulanya dia berangkat menuju ke Baitul Maqdis, lalu dia lewat di Madinah, maka Khalifah Umar keluar menemuinya dan berkata kepadanya, “Hai Ka’b, masuk Islamlah kamu.” Maka Ka’b menjawab, “Bukankah kalian yang mengatakan dalam kitab kalian hal berikut (yakni firman-Nya): ‘Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal.’ (Al-Jumu’ah: 5) dan sekarang aku membawa kitab Taurat itu. Maka Umar membiarkannya.” Kemudian Ka’b meneruskan perjalanannya. Ketika sampai di Himsa, dia mendengar seorang lelaki dari kalangan ulamanya sedang dalam keadaan sedih seraya membacakan firman-Nya: Hai orang-orang yang telah diberi Al-Kitab, berimanlah kalian kepada apa yang telah Kami turunkan (Al-Qur’an) yang membenarkan Kitab yang ada pada kalian sebelum Kami mengubah muka (kalian), lalu Kami putarkan ke belakang. (An-Nisa: 47) hingga akhir ayat. Setelah itu Ka’b berkata, “Ya Tuhanku, sekarang aku masuk Islam.” Dia bersikap demikian kerana takut akan terancam oleh ayat ini, lalu dia kembali dan pulang ke rumah keluarganya di Yaman, kemudian dia datang membawa mereka semua dalam keadaan masuk Islam.

 

وَكانَ أَمرُ اللهِ مَفعولًا

Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.

Pasti perkara yang Allah ancamkan itu akan berlaku kalau ada iradah (kehendak) dari Allah. Kalau tak jadi, itu adalah kerana Allah beri rahmat kepada mereka supaya mereka bertukar perangai mereka dan menerima Qur’an.

Ada yang kata ini akan dikenakan kepada mereka sebelum Kiamat. Tapi ada juga yang kata ini tidak dikenakan kepada mereka kerana ada sebahagian dari mereka yang masuk Islam. Maka mereka terselamat dari penghinaan ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 Ogos 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani