Tafsir Surah an-Nisa Ayat 92 (Hukum terbunuh orang Islam)

Ayat 92: Ini adalah hukum ketujuh. Ianya tentang jikalau terbunuh orang Islam. Sepatutnya tidak ada pembunuhan sesama orang Islam kerana patutnya boleh bunuh orang kafir sahaja kerana nyawa mereka halal (di dalam peperangan sahaja). Ini adalah kerana mereka telah melakukan syirik dan tidak perlu dihormati.

Tapi perlu diingatkan yang ini adalah kalau ada peperangan antara kita dan mereka sahaja. Bukanlah sekarang boleh dilakukan perkara ini kerana tidak ada khalifah dan sudah ada perjanjian antara negara sekarang.

Kita sekarang hendak belajar hukum membunuh. Oleh kerana tidak boleh bunuh orang Islam, maka kalau bunuh orang Islam pun, itu terjadi kerana tak sengaja sahaja. Apabila ini berlaku, ada tiga jalan penyelesaian yang telah digariskan dalam Qur’an.

Kalau bunuh dengan sengaja, hukum itu telah ada dalam Surah Baqarah tentang hukum Qisas.

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً وَمَن قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ إِلَّا أَن يَصَّدَّقُوا فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثٰقٌ فَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللَّهِ وَكَانَ اللَهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And never is it for a believer to kill a believer except by mistake. And whoever kills a believer by mistake – then the freeing of a believing slave and a compensation payment [diyah] presented to his [i.e., the deceased’s] family [is required], unless they give [up their right as] charity. But if he [i.e., the deceased] was from a people at war with you and he was a believer – then [only] the freeing of a believing slave; and if he was from a people with whom you have a treaty – then a compensation payment presented to his family and the freeing of a believing slave. And whoever does not find [one or cannot afford to buy one] – then [instead], a fast for two months consecutively,¹ [seeking] acceptance of repentance from Allāh.² And Allāh is ever Knowing and Wise.

  • Uninterrupted except when there is an Islāmically valid reason, as in Ramadhān.
  • An accidental death usually results from some degree of negligence or error for which the believer feels the need to repent.

MALAY

Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diah” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar “diah” (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً

Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja.

Tidak patut seorang Mukmin membunuh orang Mukmin lain, melainkan tidak sengaja. Mungkin terlanggar orang semasa memandu, tertembak semasa memburu dan sebagainya.

Tidak boleh membunuh manusia lain kecuali sebab-sebab tertentu sahaja, seperti yang disebutkan di dalam kitab Sahihain melalui Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:

“لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ: النَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ”

Tidak halal darah seorang muslim yang telah bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan aku adalah utusan Allah, kecuali kerana salah satu dari tiga perkara, yaitu membunuh jiwa balasannya dibunuh lagi, duda yang berzina, orang yang meninggalkan agamanya lagi memisahkan diri dari jamaah.

Macam-macam boleh terjadi dalam kemalangan yang tidak diduga dan dielakkan. Ini adalah perkara yang tidak dapat dijangka. Tapi kenalah kita berhati-hati kerana kesannya amat berat sekali.

Tapi pembunuhan itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kalau menggunakan undang-undang sekarang, kadangkala pembunuh itu dibiarkan sahaja, dan ini menyebabkan keluarga yang terbunuh itu tidak dapat apa-apa pun sebagai gantirugi dan ini tidak patut. Maka dalam Islam telah ada penyelesaian kepada perkara ini:

 

وَمَن قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka wajiblah dia memerdekakan seorang hamba yang beriman

Kaffarah pertama yang perlu dipenuhi adalah memerdekakan hamba yang beriman. Oleh kerana yang terbunuh itu adalah orang Islam, maka hamba yang dibebaskan kenalah orang Islam juga.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: أَنْبَأَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهري، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ رَجُلٍ مِنَ الْأَنْصَارِ؛ أَنَّهُ جَاءَ بِأَمَةٍ سَوْدَاءَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ عَلَيَّ رَقَبَةً مُؤْمِنَةً، فَإِنْ كُنْتَ تَرَى هَذِهِ مُؤْمِنَةً أَعْتَقْتُهَا. فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “أتشهدين أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ؟ ” قَالَتْ: نَعَمْ. قال: “أتشهدين أني رسول الله؟ ” قالت نعم. قال:”أتؤمنين بِالْبَعْثِ بَعْدَ الْمَوْتِ؟ ” قَالَتْ: نَعَمْ، قَالَ: “أَعْتِقْهَا”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdur Razzaq, telah menceritakan kepada kami Ma’mar, dari Az-Zuhri, dari Abdullah ibnu Abdullah, dari seorang lelaki, dari kalangan Ansar yang telah menceritakan hadis berikut: Bahawa dia datang dengan membawa budak perempuan yang berkulit hitam, lalu dia bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku terkena kewajiban memerdekakan seorang budak yang mukmin. Untuk itu apabila menurutmu budak ini mukmin, maka aku akan memerdekakannya.” Rasulullah Saw. bertanya kepada budak perempuan itu, “Apakah engkau telah bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah?” Budak perempuan itu menjawab, “Ya.” Rasulullah Saw. bertanya lagi, “Apakah engkau telah bersaksi pula bahawa aku adalah utusan Allah?” Si budak menjawab, “Ya.” Rasulullah Saw. bertanya lagi, “Apakah engkau beriman dengan hari berbangkit sesudah mati?” Si budak menjawab, “Ya.” Rasulullah Saw. bersabda, “Merdekakanlah dia!”

Di dalam kitab Muwatta’ Imam Malik, kitab Musnad Imam Syafii, kitab Musnad Imam Ahmad, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, dan Sunan Nasai disebutkan sebuah hadis melalui jalur Hilal ibnu Abu Maimunah, dari Ata ibnu Yasar, dari Mu’awiyah ibnul Hakam:

أَنَّهُ لَمَّا جَاءَ بِتِلْكَ الْجَارِيَةِ السَّوْدَاءِ قَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “أَيْنَ اللَّهُ؟ ” قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ. قَالَ: “مَنْ أَنَا” قالت: أنت رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: “أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ”

bahawa ketika dia datang membawa budak wanita hitam itu kepada Rasulullah Saw., maka Rasulullah Saw. bersabda kepada budak itu, “Di manakah Allah itu?” Dia menjawab, “Di langit.” Rasulullah Saw. bertanya lagi, “Siapakah aku ini?” Dia menjawab, “Utusan Allah.” Rasulullah Saw. bersabda: Merdekakanlah dia, sesungguhnya dia beriman.

Kaffarah dari katadasar ك ف ر yang bermaksud ‘tutup’. Ia bermaksud menutup kesalahan yang telah dilakukan.

Membebaskan hamba adalah perkara besar kerana melepaskan pekerja yang percuma di rumah di bawah kuasaan kita. Tapi ada yang mendapat manfaat dalam hal ini, iaitu hamba itu sendiri kerana mereka dibebaskan.

Ini adalah salah satu cara Islam menggalakkan pembebasan hamba. Islam bukanlah yang menganjurkan perhambaan, cuma meneruskan sistem yang telah ada sahaja. Dan Islam membaiki sistem yang ada.

Tapi Islam sebenarnya tidak suka kepada perhambaan dan kerana itu banyak hukum yang melibatkan pembebasan hamba. Dengan cara itu, sistem perhambaan lama kelamaan hilang dari dunia. Salah satunya dengan cara ini.

Apabila terbunuh tanpa sengaja, kena bebaskan hamba. Dan kena pastikan hamba itu adalah hamba yang Muslim. Kalau tidak ada hamba, maka kena beli dan kemudian bebaskan.

 

وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ

serta membayar “diah” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati),

Selain dari membebaskan hamba yang mukmin, pembunh itu kena bayar diyat. Jumlah yang perlu dibayar adalah ikut ketetapan dalam syarak. Itulah maksud مُّسَلَّمَةٌ. Dalam Sunan An-Nasa’i, diriwayatkan bahwa Nabi –shallallah ‘alaih wa sallam– menulis dalam surat baginda:

فِي النَّفْسِ مِئَةٌ مِنَ الإِبِلِ

Diyat nyawa adalah seratus ekor unta.”

Ibnu Hibban dan al-Hakim menghukumi sahih hadis ini, dan Al-Albani melemahkannya. Namun kandungan hadis ini disepakati oleh seluruh ulama, sebagaimana dinukil oleh  Imam Syafi’i, Ibnul Mundzir, dan Ibnu Abdil Barr (Al-Umm, 12:379 , Al-Isyraf, 2:133, dan At-Tamhid 17:381).

Ada pengiraan tentang bayaran unta itu. Telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan para pemilik kitab sunnah melalui hadis Al-Hajjaj ibnu Artah, dari Zaid ibnu Jubair, dari Khasyf ibnu Malik, dari Ibnu Mas’ud yang menceritakan:

قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي دِيَةِ الْخَطَأِ عِشْرِينَ بِنْتَ مَخَاضٍ، وَعِشْرِينَ بَنِي مَخَاضٍ ذُكُورًا، وَعِشْرِينَ بِنْتَ لَبُونٍ، وَعِشْرِينَ جَذَعة وَعِشْرِينَ حِقَّة.

Rasulullah Saw. telah memutuskan terhadap diyat kes pembunuhan secara tidak sengaja dibayar dalam bentuk dua puluh ekor bintu makhad, dua puluh ekor bani makhad, dua puluh ekor bintu labun, dua puluh ekor jaz’ah, dan dua puluh ekor hiqqah.

Senarai di atas adalah umur unta-unta itu:

a. Bintu makhad: Unta betina yang telah genap berusia setahun dan sudah masuk tahun kedua.
b. Bani makhad: Unta jantan yang telah genap berusia setahun dan sudah masuk tahun kedua.
c. Bintu labun: Unta betina yang sudah genap berusia 2 tahun dan memasuki tahun ketiga.
e. Hiqqah: Unta betina yang telah genap berusia 3 tahun dan sudah memasuki tahun keempat.
d. Jadza’ah: Unta betina yang telah genap berusia 4 tahun dan sudah memasuki tahun kelima.

Diyat untuk muslimah adalah separuh dari diyat untuk lelaki yang terbunuh, yakni lima puluh ekor.  Jika tidak ada unta, diyat boleh dibayar dengan jumlah wang senilai seratus ekor unta. Kalau zaman Nabi, ia adalah 800 dinar dan pada zaman Umar, nilainya adalah 1,000 dinar emas. Maka kerajaan Islam kena letakkan nilai semasa.

Dan kalau dengan pembunuhan yang disengaja, diyatnya ditanggung oleh yang membunuh, tetapi pembayaran diyat pembunuhan yang tidak sengaja ini ditanggung oleh ahli waris yang membunuh, iaitu keluarga dari pihak ayah, dan boleh dibayar secara ansuran selama tiga tahun. Mereka ini dikenali sebagai al-aqilah dalam syariat.

Maka ahli keluarga kena pastikan yang ahli keluarga mereka berjaga dan berhati-hati dalam kehidupan mereka. Kalau tidak, mereka pun terlibat juga kena bayar diyat. Maka kalau bawa kereta, pastikan kita tidak terlanggar orang lain di jalanan.

Kenapa pula mereka yang nampaknya macam tidak ada kena mengena kena membayar atas kesalahan orang lain pula? Kenapa ahli keluarganya yang kena bayar juga?

Ini adalah kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk menjaga dan mengawal mereka yang di bawah selaan mereka dari melakukan kesilapan membunuh orang. Dan apabila mereka telah terpaksa membayar, tentulah mereka akan lebih berhati-hati dalam menjaga orang itu selepas kejadian itu. Kerana kalau tidak, merekalah nanti yang kena bayar lagi.

Diyat itu dibayar kepada keluarga waris yang terbunuh. Jikalau dia tidak ada waris, maka wang diyat itu perlu diberi kepada BaitulMal.

 

إِلَّا أَن يَصَّدَّقُوا

kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). 

Ahli keluarga boleh beri maaf dengan tidak perlu bayar atau mereka boleh beri pengurangan (diskaun).

Ini adalah hukum yang pertama – jika bunuh orang Islam (tidak sengaja) dalam negara Islam.

 

فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ

Tetapi jika dia dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang dia sendiri beriman, 

Ini adalah situasi kedua: Sekiranya yang terbunuh itu orang Islam yang keluarga dia kafir harbi atau kaum mereka kafir harbi, lain pula hukumannya.

Situasi ini boleh terjadi dalam keadaan ada orang yang telah masuk Islam tapi mereka tidak dapat nak berpindah ke negara Muslim. Jadi mungkin dalam peperangan, tentera Islam terbunuh orang Islam yang telah menganut Islam.

 

فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ

maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. 

Kalau mereka yang terbunuh itu dari keluarga kafir harbi, pembunuh dan ahli keluarganya kena merdekakan hamba (yang beriman) sahaja. Tidak ada diyat dalam situasi ini kerana tidak boleh beri wang kepada mereka dan keluarga mereka kerana dari kafir harbi (kafir yang diperangi). Kalau diberikan, mungkin mereka akan guna wang itu untuk serang orang Islam balik.

Jadi, ini adalah hukum kedua – lelaki mukmin yang terbunuh itu dari keluarga Kafir Harbi. Kafir Harbi adalah kaum kafir yang sedang dalam peperangan dengan orang Islam ataupun yang bermusuh dengan orang Islam. Kalau zaman sekarang, tidak ada.

 

وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثٰقٌ

Dan jika dia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, 

Ini pula situasi ketiga, jikalau yang terbunuh itu dari keluarga orang kafir yang ada perjanjian damai antara negara Islam dengan negara mereka. Ini adalah situasi yang mungkin ada dalam dunia sekarang. Kerana kita ada perjanjian damai sesama negara.

Hukuman yang dikenakan:

 

فَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ

maka wajiblah membayar “diyah” (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. 

Kena bayar diyat dan merdekakan hamba yang mukmin. Boleh diberikan diyat kepada mereka kerana duit itu tidak digunakan untuk serang umat Islam kerana ada perjanjian antara mereka dan negara Islam. Nilai diyat ini adalah mengikut persetujuan antara negara Islam dan negara kafir itu. Jadi tidak mengikut nilai kalau yang terbunuh itu orang Islam di negara Muslim.

Jadi ini sama sahaja kalau terbunuh seseorang dari negara Muslim. Kena bayar diyat dan bebaskan hamba mukmin juga. Tapi bagaimana kalau tidak ada hamba macam zaman sekarang? Atau mereka tidak mampu untuk membeli hamba?

 

فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ

Sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut;

Kalau tiada hamba, seperti zaman sekarang tentu tidak boleh nak cari hamba untuk dibebaskan, maka pembunuh itu kena puasa dua bulan berturut-turut.

Kalau dia berhenti puasa pada mana-mana hari (tanpa sebab seperti sakit), maka dia kena mengulangkan puasa itu semula dari hari pertama.

Kenapa kena puasa? Ada pendapat yang mengatakan ini baik untuk minda mereka. Kerana mereka telah terbunuh seseorang dan tentu ada trauma. Puasa dapat menyembuhkan trauma itu dan puasa itu kena dua bulan baru efektif. Allahu a’lam.

Para ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mampu melakukan puasa, apakah dia wajib memberi makan enam puluh orang miskin, sebagaimana dalam kifarat zihar? Ada dua pendapat mengenainya:

Pendapat pertama mengiyakan, kerana disamakan dengan kifarat dalam masalah zihar. Sesungguhnya alternatif ini tidak disebutkan di dalam ayat, kerana kedudukan ayat mengandung makna ancaman, peringatan, dan menakut-nakuti. Maka tidaklah serasi bila disebutkan padanya masalah memberi makan sebagai alternatif lain, kerana akan tersirat pengertian mempermudah dan menganggap ringan.

Pendapat yang kedua mengatakan tidak boleh berpindah kepada kifarat memberi makan, kerana sesungguhnya jika alternatif memberi makan ini hukumnya wajib, nescaya keterangan mengenainya telah disebut.

 

تَوْبَةً مِّنَ اللهِ وَكَانَ اللَهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

datangnya dari Allah untuk menerima taubat dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Hukum yang telah diberikan di atas adalah sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Itulah cara untuk bertaubat. Kena ikut cara yang Allah telah ajar. Allah mahu pembunuh itu membersihkan dirinya dengan bertaubat. Taubat itu yang lebih penting.

Allah Maha tahu apakah yang kita telah telah lakukan. Allah tahu apa yang perlu dilakukan untuk memuaskan hati semua pihak. Kalau tidak ada bayaran seperti ini, maka keluarga yang terbunuh akan rugi sahaja.

Allah Maha bijaksana dalam memberi hukum agama kepada manusia. Hukum itu memang sesuai untuk makhluk. Kalau kita rasa ia tidak sesuai, masalah bukan pada hukum itu, tapi pada manusia sendiri.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 27 Mei 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 90 – 91 (Orang munafik di negara dzimmi)

Ayat 90: Ini adalah hukum kelima kepada pemerintah. Berkenaan golongan munafiqin yang tinggal di negara yang ada perjanjian damai dengan kerajaan Islam. Kadangkala, ada perjanjian gencatan senjata antara kita dan pihak kafir. Kalau sebelum ini disebut golongan munafik yang tinggal di negara yang menentang Islam secara aktif.

Gencatan senjata ini perlu ditentukan oleh pihak Islam, bukan orang kafir yang tentukan. Gencatan senjata dibenarkan dalam keadaan kita tak sempat nak lawan mereka kerana musuh sangat ramai. Maka untuk kepentingan negara Islam, kita dibenarkan buat perdamaian dengan mereka. Tetapi, kena ingat, nak berdamai dengan mereka pun kena tengok kepada kepentingan agama Islam.

Orang kafir yang berdamai dengan Islam pula ada dua jenis. Ada yang boleh pegang perjanjian itu dan ada yang tidak pegang perjanjian itu dan mereka akan tolong juga orang kafir lain lawan Islam. Sepatutnya mereka duduk di tengah dan tidak tolong mana-mana pihak. Kalau mereka sudah belit kita, walaupun sudah ada perjanjian, kita boleh juga serang mereka. Kalau mereka tidak belit kita, tidak boleh serang mereka langsung.

Dalam ayat sebelum ini, telah disebut tentang golongan munafik yang duduk dalam kawasan Kafir Harbi. Mereka itu boleh diserang. Tapi dalam ayat ini, diberikan hukum mereka yang duduk dalam kawasan orang kafir yang ada perjanjian damai dengan kita.

إِلَّا الَّذِينَ يَصِلُونَ إِلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثٰقٌ أَوْ جَاءُوكُمْ حَصِرَتْ صُدُورُهُمْ أَن يُقٰتِلُوكُمْ أَوْ يُقٰتِلُوا قَوْمَهُمْ وَلَوْ شَاءَ اللَهُ لَسَلَّطَهُمْ عَلَيْكُمْ فَلَقٰتَلُوكُمْ فَإِنِ اعْتَزَلُوكُمْ فَلَمْ يُقٰتِلُوكُمْ وَأَلْقَوْا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ فَمَا جَعَلَ اللَهُ لَكُمْ عَلَيْهِمْ سَبِيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except for those who take refuge with a people between yourselves and whom is a treaty or those who come to you, their hearts strained at [the prospect of] fighting you or fighting their own people. And if Allāh had willed, He could have given them power over you, and they would have fought you. So if they remove themselves from you and do not fight you and offer you peace, then Allāh has not made for you a cause [for fighting] against them.

MALAY

Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.

 

إِلَّا الَّذِينَ يَصِلُونَ إِلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثٰقٌ

Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka,

Kalau orang munafik yang keluar dari kawasan orang Islam itu pergi bergabung dengan orang kafir yang memang sudah ada perjanjian dengan orang Islam, maka tidak boleh kita serang mereka. Mereka yang ada perjanjian damai dengan Islam dipanggil Ahli Dhimmah.

Dan mereka kena buat macam orang kafir yang ada perjanjian, iaitu tidak serang negara Islam dan tidak bersekongkol dengan mereka yang menyerang negara Islam. Kalau mereka duduk dalam kawasan orang kafir yang ada perjanjian damai dengan negara Islam, tidak perlu tangkap dan bunuh mereka.

 

أَوْ جَاءُوكُمْ حَصِرَتْ صُدُورُهُمْ أَن يُقٰتِلُوكُمْ

atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu

Atau mereka datang terus kepada Nabi atau kepada pemimpin negara Islam dan mereka mengaku mereka tidak akan lawan orang Islam. Mereka kata mereka tidak ada niat dan tidak akan serang negara Islam.

 

أَوْ يُقٰتِلُوا قَوْمَهُمْ

atau memerangi kaumnya.

Atau mereka kata mereka berat untuk serang kaum kafir mereka. Maknanya, mereka nak serang pun tidak, nak tolong kita serang orang kafir pun tidak. Maknanya, mereka mahu duduk tengah-tengah.

 

وَلَوْ شَاءَ اللَهُ لَسَلَّطَهُمْ عَلَيْكُمْ فَلَقٰتَلُوكُمْ

Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu. 

Allah beritahu kalau Dia mahu, Dia boleh beri kuasa kepada orang munafik itu dan bila mereka ada kekuatan, mereka serang pula orang Islam. Tapi Allah tidak buat begitu, Allah jaga mereka dari serang kita. Allah tidak akan beri kekuatan kepada mereka.

 

فَإِنِ اعْتَزَلُوكُمْ فَلَمْ يُقٰتِلُوكُمْ وَأَلْقَوْا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ

Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu, serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu,

Kalau mereka biarkan kita sebar agama dan berdamai dengan kita, kacau kita pun tidak, bersekongkol dengan musuh kita pun tidak, maka..

 

فَمَا جَعَلَ اللَهُ لَكُمْ عَلَيْهِمْ سَبِيلًا

maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan

maka tidak ada jalan untuk kita memerangi mereka. Biarkan sahaja mereka.


 

Ayat 91: Ini adalah hukum keenam tentang munafiqin yang zahirnya nampak muslim. Jikalau mereka dah berjanji dengan kita, tapi kemudian bergabung menyerang kita pula.

سَتَجِدُونَ ءآخَرِينَ يُرِيدُونَ أَن يَأْمَنُوكُمْ وَيَأْمَنُوا قَوْمَهُمْ كُلَّ مَا رُدُّوا إِلَى الْفِتْنَةِ أُرْكِسُوا فِيهَا فَإِن لَّمْ يَعْتَزِلُوكُمْ وَيُلْقُوا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ وَيَكُفُّوا أَيْدِيَهُمْ فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأُولَٰئِكُمْ جَعَلْنَا لَكُمْ عَلَيْهِمْ سُلْطٰنًا مُّبِينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You will find others who wish to obtain security from you and [to] obtain security from their people. Every time they are returned to [the influence of] disbelief, they fall back into it. So if they do not withdraw from you or offer you peace or restrain their hands, then seize them and kill them wherever you overtake them. And those – We have made for you against them a clear authorization.

MALAY

Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu, dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya.

 

سَتَجِدُونَ ءآخَرِينَ يُرِيدُونَ أَن يَأْمَنُوكُمْ

Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain yang mahu beroleh aman dari pihak kamu, 

Ada golongan yang mahu dapatkan keamanan dari negara Islam; mereka tidak mahu kita serang mereka. Mereka nak selamat dari pedang orang Islam, maka mereka mengaku beriman.

 

وَيَأْمَنُوا قَوْمَهُمْ

dan mahu beroleh aman dari pihak kaumnya

Dan dalam masa yang sama, mereka mahu dapat keamanan dari negara kafir juga. Jadi, mereka ini adalah mereka yang mahu duduk berkecuali. Yang mereka hendak, adalah selamat.

Mereka ini adalah orang yang Munafik. Mereka mengaku mereka beriman, tapi mereka sebenarnya berpihak kepada puak Musyrikin dan beramal dengan amalan Musyrikin. Mereka ini termasuk dalam golongan yang disebut dalam Baqarah:14,

 

كُلَّ مَا رُدُّوا إِلَى الْفِتْنَةِ أُرْكِسُوا فِيهَا

Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah, mereka terjerumus ke dalamnya. 

Mereka kata mereka hendak duduk berkecuali, tetapi bila diajak kepada kufur, mereka cabuli perjanjian yang mereka telah adakan dengan kerajaan Islam.

Lafaz ‘fitnah’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ‘syirik’. Oleh itu, mereka akhirnya melawan juga dengan puak Islam kerana mereka lebih rapat dengan puak kufur. Oleh itu, ini adalah mereka yang telah belit perjanjian.

 

فَإِن لَّمْ يَعْتَزِلُوكُمْ وَيُلْقُوا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ وَيَكُفُّوا أَيْدِيَهُمْ

Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu, dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), 

Kalau mereka tak berhenti melawan kita dan tidak menahan tangan mereka dari menyerang orang Islam, maka…

 

فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ

maka hendaklah kamu menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemui mereka; 

Maka, dalam keadaan sebegitu, maka seranglah mereka. Tawanlah mereka atau bunuhlah mereka di mana sahaja kamu nampak mereka.

 

وَأُولَٰئِكُمْ جَعَلْنَا لَكُمْ عَلَيْهِمْ سُلْطٰنًا مُّبِينًا

kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya.

Oleh kerana perbuatan mereka yang salah itu, Allah telah beri izin kepada kita untuk serang mereka. Kerana sudah ada bukti yang jelas untuk menyerang mereka.

Habis Ruku’ ke 12 dari 24 ruku’ dalam surah ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 20 Mei 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 87 – 89 (Berperang dengan golongan Munafikin)

Ayat 87: Tujuan Jihad Qital (Jihad Perang) adalah untuk memperkenalkan tauhid kepada Allah. Untuk mencapai maksud itu, Jihad Qital perlu dijalankan untuk menentang mereka yang menghalang agama tauhid ini disampaikan kepada manusia.

Sebenarnya, mereka yang menghalang tidak ramai, tetapi kerana mereka itu ada di tampuk pemerintahan, maka kena juga lawan dengan mereka. Jangan kasihan kepada mereka, kerana disebabkan oleh merekalah yang menyebabkan ramai manusia yang masuk neraka.

Begitulah asal jihad adalah supaya manusia kenal Allah, bukan suka-suka nak bunuh orang. Jadi ayat ini adalah Dakwa kepada jihad dan takhwif ukhrawi.

اللَهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَٰمَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللهِ حَدِيثًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh – there is no deity except Him. He will surely assemble you for [account on] the Day of Resurrection, about which there is no doubt. And who is more truthful than Allāh in statement.

MALAY

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada syak padanya. Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah?

 

اللَهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ

Allah, tiada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia.

Oleh kerana asal jihad adalah untuk memperkenalkan Allah, maka dalam ayat ini diingatkan tentang tauhid kepada Allah.

Tidak boleh seorang hamba tak kenal Allah, maka hendaklah kita berdakwah kepada manusia memperkenalkan Allah. Maka, kadang-kadang untuk menjalankan kerja dakwah itu, terpaksa kita memusnahkan mereka yang menghalang dakwah itu dari sampai kepada manusia. Kerana kita tetap kena sampaikan dan kita kena hilangkan perkara yang menghalang.

 

لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيٰمَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ

Sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada syak padanya.

Ini adalah ayat Takhwif Ukhrawi. Allah hendak kita takut dengan kiamat. Selain dari takut kepada Allah, Allah ingatkan dalam ayat ini untuk manusia takut kepada Hari Kiamat yang pasti datang. Tidak ada syak tentang kedatangannya, maka kita mahu atau tidak mahu, kenalah bersedia untuknya. Jangan buang masa lagi.

Pada hari itu, segala perbuatan kita di dunia akan dipertimbangkan dan akan diberi balas, samada baik atau buruk. Ambillah masa semasa di dunia ini untuk melakukan kebaikan sebanyak mungkin.

 

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللهِ حَدِيثًا

Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah?

Tiada ucapan dan berita yang lebih benar dari berita dari Allah. Maka, kita kena sampaikan berita itu kepada manusia. Jangan kita simpan sendiri. Ini adalah kerana kebenaran mesti disampaikan.

Bayangkan kalau tidak ada sesiapa yang menyampaikan kebenaran Islam ini kepada kita, apa akan jadi dengan kita? Lalu bagaimana pula kalau ianya sekarang tidak disampaikan kepada orang kafir di seluruh dunia? Tidakkah mereka menuju kepada kehancuran kalau kita tidak sampaikan?

Habis Ruku’ ke 11 dari 24 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 88: Ini adalah Hukum ke 4 kepada pemerintah. Ayat ini berkenaan keperluan untuk berjihad dengan munafikin yang berpaling tadah. Mereka keluar dari negara Islam kerana mereka menghalang orang lain dari Islam.

Ada antara orang-orang munafik itu yang akan beriman akhirnya, setelah mereka terus duduk dekat dengan Nabi dan orang Islam yang lain. Walaupun mereka tidak beriman, tapi sifat mereka lebih ke arah Islam. Kerana mereka boleh lagi duduk dengan orang Islam. Mereka masih lagi duduk dalam kalangan orang kafir yang menentang Islam. Maka mereka ini ada harapan lagi untuk benar-benar menjadi mukmin.

Tapi ada yang teruk dan sifat mereka itu lebih ke arah kafir, walaupun mulut mereka mengatakan mereka Muslim. Kita nampak mereka pun dah macam orang kafir dah. Mereka inilah yang menyusahkan agama Islam dari berkembang dan ditegakkan.

Oleh kerana sudah tahu bahayanya mereka itu, maka ada kalangan sahabat yang buat cadangan untuk memerangi mereka. Tapi ada pula dari kalangan sahabat yang kata jangan serang mereka lagi, kerana mereka itu masih orang Islam. Oleh itu, telah ada perselisihan dalam kalangan sahabat tentang kedudukan orang munafik itu. Allah sentuh tentang perselisihan mereka itu dalam ayat ini.

فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنٰفِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَهُ أَرْكَسَهُم بِمَا كَسَبُوا أَتُرِيدُونَ أَن تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللهُ وَمَن يُضْلِلِ اللَهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

What is [the matter] with you [that you are] two groups concerning the hypocrites,¹ while Allāh has made them fall back [into error and disbelief] for what they earned.² Do you wish to guide those whom Allāh has sent astray? And he whom Allāh sends astray – never will you find for him a way [of guidance].³

  • i.e., divided between two viewpoints – whether or not they should be fought and killed.
  • As the result of their disobedience and disloyalty.
  • Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā) leaves or sends astray those who choose to reject His guidance.

MALAY

Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

 

فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنٰفِقِينَ فِئَتَيْنِ

Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu,

Allah tegur umat Islam: kenapa kamu berpecah dua tentang puak Munafikin itu? Kenapa tidak bersatu hati dan bulat keputusan? Ini tidak patut berlaku.

Mengenai latar belakang turunnya ayat ini diperselisihkan. Salah satu pendapat yang dikeluarkan adalah berdasarkan hadis ini:

فقال الإمام أحمد: حَدَّثَنَا بَهْز، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ عَدِيُّ بْنُ ثَابِتٍ: أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ إِلَى أُحُد، فَرَجَعَ نَاسٌ خَرَجُوا مَعَهُ، فَكَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهِمْ فِرْقَتَيْنِ: فِرْقَةٌ تَقُولُ: نَقْتُلُهُمْ. وَفِرْقَةٌ تَقُولُ: لَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ} فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّهَا طَيْبة، وَإِنَّهَا تَنْفِي الخَبَث كَمَا تَنْفِي النَّارُ خَبَثَ الْفِضَّةِ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Bahz, telah menceritakan kepada kami Syu’bah yang mengatakan bahwa Addi ibnu Sabit pernah mengatakan, telah menceritakan kepadanya Abdullah ibnu Yazid dari Zaid ibnu Sabit, bahawa Rasulullah Saw. berangkat menuju medan Perang Uhud, lalu di tengah jalan sebagian orang yang tadinya berangkat bersama baginda kembali lagi ke Madinah. Sahabat-sahabat Rasulullah Saw. dalam menanggapi mereka yang kembali itu ada dua pendapat: Suatu golongan berpendapat bahawa mereka harus dibunuh; sedangkan golongan yang lain mengatakan tidak boleh dibunuh, dengan alasan bahawa mereka masih orang-orang mukmin. Maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Maka mengapa kalian menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik. (An-Nisa: 88) Maka Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya Madinah itu adalah Tayyibah, dan sesungguhnya Madinah dapat membersihkan kotoran, sebagaimana pandai besi dapat membersihkan kotoran (karat) besi.
Imam Bukhari dan Imam Muslim mengetengahkannya melalui hadis Syu’bah.

Satu lagi pendapat:

Al-Aufi meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan suatu kaum yang tinggal di Mekah. Mereka telah masuk Islam, tetapi mereka membantu kaum musyrik. Lalu kelompok ini keluar dari Mekah dalam rangka suatu keperluan yang menyangkut kepentingan mereka (berniaga). Mereka mengatakan, “Jika kita bersua dengan sahabat-sahabat Muhammad, kita pasti tidak akan diapa-apakan oleh mereka.” Lain halnya dengan kaum mukmin yang bersama Rasul Saw. ketika disampaikan kepada mereka berita keluarnya kelompok tersebut dari Mekah, maka segolongan dari kaum mukmin mengatakan, “Ayuh kita kejar pengecut-pengecut itu dan kita bunuh mereka, kerana sesungguhnya mereka telah membantu musuh untuk melawan kita.” Sedangkan golongan yang lainnya mengatakan, “Mahasuci Allah —atau kalimat semacam itu—, apakah kalian akan membunuh suatu kaum yang pembicaraannya sama dengan apa yang kalian bicarakan (yakni seagama) hanya kerana mereka tidak ikut hijrah dan tidak mahu meninggalkan rumah mereka, lalu kita dapat menghalalkan darah dan harta benda mereka?” Demikianlah tanggapan mereka terbagi menjadi dua golongan, sedangkan Rasul Saw. saat itu berada di antara mereka, dan baginda Saw. tidak melarang salah satu golongan dari keduanya melakukan sesuatu. Lalu turunlah ayat berikut, yaitu firman-Nya: Maka mengapa kalian menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik (An-Nisa: 88)

 

وَاللَهُ أَرْكَسَهُم بِمَا كَسَبُوا

padahal Allah telah membalikkan mereka disebabkan apa yang telah mereka usahakan

Allah beritahu yang Dia telah membalikkan mereka kepada kekufuran disebabkan oleh perangai mereka dan kedegilan mereka. Memang nampak mereka itu sudah kufur. Kenapa lagi mereka hendak duduk di kalangan orang kafir sedangkan sudah ada Madinah tempat orang mukmin boleh mengamalkan agama Islam dengan aman dan sempurna?

Mereka tidak mahu berhijrah itu kerana degil sahaja. Maka kalau dah degil begitu sekali, maka mereka bukan lagi mukmin. Mereka sudah dikira sebagai munafik. Maka boleh perangi mereka. Kenapa ada rasa sangsi lagi terhadap mereka?

 

أَتُرِيدُونَ أَن تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَهُ

Adakah kamu hendak memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah?

Allah nak beritahu yang orang munafik yang teruk itu tidak akan dapat hidayat. Walau bagaimana cara pun kita lakukan untuk mengajak mereka kepada Islam, mereka tidak akan ikut, kerana mereka telah ditetapkan oleh Allah yang mereka akan sesat. Kalau sudah begitu, adakah kamu sangka kamu boleh beri hidayah kepada mereka, sedangkan Allah sudah tidak hingin lagi beri hidayah kepada mereka?

Siapakah golongan munafik yang dimaksudkan dalam ayat ini?

Selepas umat Islam diwajibkan hijrah ke Madinah, ada golongan muslim yang tidak hijrah ke Madinah walaupun mereka boleh dan berkemampuan untuk berhijrah. Mereka itu ada dari kalangan orang Mekah dan dari tempat-tempat lain juga. Memang ada yang tidak mampu melakukan hijrah atas beberapa sebab, tapi ada yang sengaja tidak hijrah walaupun mereka mampu dan boleh untuk berhijrah.

Mereka tidak hijrah itu mungkin kerana tidak mahu tinggalkan harta mereka yang banyak di Mekah atau di tempat asal mereka. Mereka juga tidak mahu meninggalkan keluarga mereka yang masih kafir. Oleh kerana itu mereka tetap tinggal di kawasan orang kafir, tempat asal mereka.

Oleh itu, ada lagi golongan yang dikatakan Muslim yang ada di Mekah itu. Dan sekarang arahan untuk jihad sudah dikeluarkan. Maka ada para sahabat yang bertanya: kalau mereka itu Muslim, bagaimana nanti keadaan mereka kalau mereka berperang nanti? Takut-takut nanti akan terbunuh mereka yang Muslim pula.

Para sahabat kata mereka itu Muslim kerana mereka telah mengucap dua Kalimah Syahadah, solat dan puasa. Tapi Allah nak beritahu yang mereka itu sebenarnya dah kufur.

 

وَمَن يُضْلِلِ اللَهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا

Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

Dan Allah menekankan bahawa sesiapa yang Allah telah tetapkan sudah kufur, mereka tidak akan beriman sampai bila-bila. Tidak ada cara untuk kita membawa mereka kepada iman yang sebenar. Walaupun kita telah tunjukkan kepada mereka berbagai-bagai dalil bukti. Semoga kita tidak termasuk orang-orang yang sebegini. Ameen.

Mereka dikira kufur kerana tidak menyerahkan diri mereka 100% kepada agama. Mereka masih sayang kedudukan dan kesenangan mereka di dunia. Mereka tidak percaya kepada janji Allah bahawa sesiapa yang menyerahkan diri mereka kepada Allah, akan selamat.

Hukum berkenaan munafik adalah tidak boleh dibunuh kerana mereka menyembunyikan kekufuran mereka. Tapi dalam ayat ini, Allah memberitahu boleh bunuh orang munafik yang telah jelas menunjukkan kekufuran mereka.


 

Ayat 89: Ayat ini adalah tentang munafik yang ghuluw. Mereka duduk dalam golongan muslim, tapi sebenarnya mereka menentang Islam.

وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً فَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ أَوْلِيَاءَ حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا فِي سَبِيلِ اللهِِ فَإِن تَوَلَّوْا فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ وَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They wish you would disbelieve as they disbelieved so you would be alike. So do not take from among them allies until they emigrate for the cause of Allāh. But if they turn away [i.e., refuse], then seize them and kill them wherever you find them and take not from among them any ally or helper,

MALAY

Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;

 

وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا

Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, 

Golongan munafik itu sebenarnya suka kalau orang Islam jadi kafir macam mereka juga. Oleh itu mereka mengajak kepada kekufuran. Mereka itu pula mungkin jenis orang yang berperawakan menarik (dari segi luaran mereka) dan kerana itu mereka boleh menarik orang lain ke arah mereka.

 

فَتَكُونُونَ سَوَاءً

supaya menjadilah kamu sama seperti mereka.

Mereka mahu kita jadi macam mereka, supaya senanglah mereka nak buat apa-apa sahaja.

Bayangkan kalau mereka sahaja yang buat perangai engkar, tentu nampak lain macam, bukan? Tapi kalau semuanya sama sahaja, tidaklah nampak macam mereka sahaja yang berperangai teruk. Maka kerana itu mereka mengajak mukmin jadi seperti mereka.

 

فَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ أَوْلِيَاءَ

Oleh itu janganlah kamu mengambil di antara mereka menjadi teman rapat kamu,

Maka, kalau mereka sudah berperangai begitu, janganlah pula jadikan mereka sebagai teman rapat kita. Oleh itu, tidak boleh meminta tolong kepada orang kafir. Tidak boleh berkawan rapat dengan mereka kerana bahaya. Kerana kita mungkin terikut-ikut dengan cara hidup mereka.

 

حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا فِي سَبِيلِ اللهِ

sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah

Jangan jadikan mereka sebagai teman rapat kita, sehinggalah mereka berhijrah secara sukarela kerana Allah. Sehingga mereka sanggup meninggalkan kesenangan keduniaan untuk berada di dalam negara Islam.

Orang munafik tidak akan buat begitu. Dulu mereka duduk di Madinah tapi kemudian mereka telah pindah duduk dekat kawasan kafir harbi. Sampai tidak tahu dah samada mereka itu orang kafir atau Islam. Yang terus duduk di Mekah pula pula tidak mahu berkorban meninggalkan kampung halaman.

Maka jangan berkawan rapat dengan mereka melainkan mereka yang sebegitu hijrah dan duduk dalam kawasan umat Islam. Mereka kena tunjukkan pengorbanan mereka dahulu.

Golongan inilah yang menjadi perbezaan pendapat di kalangan golongan mukmin. Ada sahabat kata mereka itu orang kafir dan ada sahabat yang kata mereka itu masih muslim lagi.

 

فَإِن تَوَلَّوْا فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ

Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemui mereka; 

Kalau mereka sengaja berpaling dari hijrah, sudah diajak dan disuruh hijrah tapi masih tidak mahu juga, maka bolehlah tangkap mereka dan bunuh mereka di mana sahaja jumpa mereka. Ini kerana mereka masih berada dalam negara kafir yang menentang Islam. Jadi mereka terlibat dalam usaha meruntuhkan Islam.

Dalam ayat ini Allah telah beri kebenaran untuk berperang dengan mereka. Anggap mereka orang kafirlah kalau begitu. Jangan sibuk-sibuk lagi nak berpecah pendapat lagi. Mulai dari saat ini, kalau perang nanti boleh sahaja bunuh mereka.

 

وَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;

Dan Allah ingatkan sekali lagi supaya jangan ambil mereka sebagai teman rapat. Kerana bahaya kalau berkawan dengan mereka kerana mungkin terikut-ikut pula dengan perangai mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Mei 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 84 – 86 (Galakan kepada jihad)

Nisa’ Ayat 84: Ini adalah ayat targhib kepada jihad. Ayat ini ditujukan kepada pemerintah sebab ayat ini asalnya ditujukan kepada Nabi dan Nabi adalah pemerintah umat Islam semasa hayat baginda.

Maka sekarang tidak ada Nabi, maka ianya jatuh kepada pemerintah. Jadi ini adalah seruan supaya buang perasaan takut mati dalam perjuangan sabilillah.

فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِِِ لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَسَى اللَهُ أَن يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَاللَهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنكِيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fight, [O Muḥammad], in the cause of Allāh; you are not held responsible except for yourself. And encourage the believers [to join you] that perhaps Allāh will restrain the [military] might of those who disbelieve. And Allāh is greater in might and stronger in [exemplary] punishment.¹

Allāh is able to defeat them in such a way as to deter others from attempting anything similar.

MALAY

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.

 

فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah

Ayat ini adalah targhib kepada kita. Pemerintah Islam kena bersiap sedia untuk menjalankan jihad qital. Seorang pemimpin kena ada jiwa untuk memerangi orang kafir.

Asal suruhan jihad ini asalnya ditujukan kepada Nabi. Ini adalah kerana Nabi Muhammad yang diwajibkan untuk berperang dan tidak diwajibkan lagi kepada umat Islam yang lain pada masa ayat ini diturunkan.

 

لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ

engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri.

Apa-apa sahaja suruhan dari Allah kepada manusia adalah tanggungjawab yang mampu ditanggung oleh mereka yang disuruh. Allah tidak memberati hambaNya melebihi dari kemampuan hambaNya.

Allah wajibkan Nabi untuk berjihad. Jangan hirau mereka yang tidak mahu berjihad. Kalau baginda kena pergi sendiri, maka tetap kena pergi sendiri.

 

وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman

Kena beri semangat kepada orang mukmin lain untuk berperang di jalan Allah. Kalimah حَرِّضِ adalah dari katadasar ح ر ض yang bermaksud merangsang, mendesak, menghasut seseorang, membangkitkan seseorang untuk bersemangat atau untuk melawan, berusaha secara berterusan atau tekun untuk bekerja, merosakkan atau mencacatkan atau memusnahkan diri sendiri atau jiwa sendiri. Jadi kalimah حَرَضَ bermaksud memujuk dalam satu hal yang sekiranya tidak dilakukan akan menyebabkan kematian dan kehancuran. Jadi ia adalah satu yang amat penting. Maka seorang pemimpin kena bagi dorongan kepada rakyatnya untuk turut sama berjihad. Ini adalah kerana jihad qital tidak wajib atas mereka pada waktu ayat ini diturunkan.

Banyaklah hadis-hadis dari Nabi tentang kelebihan jihad ini. Antaranya:

Dari Qatadah yang berkata: Saya mendengar Anas bin Malik menyampaikan dari Nabi SAW yang bersabda: “Tiada seorangpun yang dapat memasuki syurga melainkan dia suka dikembalikan ke dunia. Baginya tiada satupun yang bermakna di muka bumi selain dari mati syahid. Oleh kerana itu dia mengharapkan dapat kembali ke dunia supaya dia dibunuh sepuluh kali setelah mengetahui kemuliaan (mati syahid)”. (Sahih Muslim No. 4976)

 

عَسَى اللَهُ أَن يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا

Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. 

Allah memberi isyarat bahawa Allah boleh bantu untuk mematahkan serangan orang kafir. Dan memang dalam ayat-ayat yang lain, Allah telah berjanji akan membantu tentera Islam asalkan mereka mematuhi syarat-syarat ketenteraan.

Kita boleh belajar syarat-syarat itu di dalam Surah Baqarah dan lain-lain. Ringkasnya kena amalkan agama dan kena taat kepada pemimpin.

 

وَاللَهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنكِيلًا

Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatanNya dan amatlah berat azab seksaNya.

Allah nak ingatkan yang Dia lebih kuat dan hebat dari sesiapa pun termasuklah dari tentera orang kafir. Dan Allah akan duduk di sebelah pihak tentera mukmin. Jadi, apa lagi yang hendak ditakutkan?

Kalimah تَنكِيلًا maksudnya menjadikan seseorang sebagai peringatan kepada orang lain. Macam undang-undang Hudud dijalankan dengan keras, supaya orang lain lihat sendiri dn takut nak buat dosa itu kerana hukumnya amat keras. Sebab orang lain tengok apakah hukuman yang dikenakan kepada orang yang telah sabit kesalahan mereka, ada yang kena potong tangan dan ada yang kena pancung, mereka pun sudah takut untuk melakukan kesalahan-kesalahan itu.

Begitu juga dengan tentera kafir. Allah boleh jadikan mereka kalah teruk sampaikan mereka itu menjadi peringatan kepada musuh orang Islam yang lain, sampai mereka tidak berani nak melawan tentera Islam lagi. Supaya mereka tidak berani mempermain-mainkan Islam. Macam zaman sekarang, senang sahaja Islam dipermainkan dan tidak ada apa yang kita boleh buat terhadap mereka.


 

Nisa’ Ayat 85: Khalifah kena menggalakkan rakyatnya untuk berperang menentang orang kafir. Tapi orang-orang lain selain dari Khalifah juga digalakkan untuk beri dorongan kepada orang lain untuk berjihad. Perbuatan itu adalah perbuatan yang amat mulia dan akan diberi pahala yang besar.

مَّن يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُن لَّهُ نَصِيبٌ مِّنْهَا وَمَن يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُن لَّهُ كِفْلٌ مِّنْهَا وَكَانَ اللَهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقِيتًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Whoever intercedes for a good cause will have a share [i.e., reward] therefrom; and whoever intercedes for an evil cause will have a portion [i.e., burden] therefrom. And ever is Allāh, over all things, a Keeper.¹

Providing, protecting, witnessing, keeping precise records and capable of recompense.

MALAY

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

 

مَّن يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُن لَّهُ نَصِيبٌ مِّنْهَا

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; 

Maksud ‘syafaat’ dalam ayat ini adalah memberi pertolongan atau sumbangan. Iaitu memberi dorongan kepada orang lain untuk pergi berjihad.

Orang yang memberi galakan itu akan dapat pahala orang yang berjihad juga nanti kerana dia yang telah mengajak dan menggalakkan orang itu berperang. Ini adalah kerana mungkin dia sendiri tidak dapat berjihad, tapi dia tetap menggalakkan orang lain berjihad, jadi dia akan dapat ‘saham’ juga.

Dan dia juga hendaklah membantu dengan memberi infak untuk kemudahan jihad itu, kalau boleh. Maknanya jangan tinggalkan infak dan berilah galakan kepada orang lain untuk berjihad juga.

Allah gunakan lafaz نَصِيبٌ (bahagian) dalam potongan ayat ini kerana lafaz نَصِيبٌ digunakan untuk bahagian yang bagus, yang boleh diambil manfaat.

Syafaat juga adalah dalam bentuk rekomendasi. Sebagai contoh, kita beri sokongan kepada orang lain untuk dia dapat kerja, kahwin, diselamatkan dari hukuman dan sebagainya. Kerana kita kita mungkin kenal orang itu dan kita mahukan kebaikan untuknya, maka kita beri surat sokongan kepadanya, atau kata-kata baik untuk dapat kerja; atau kita berikan namanya sebagai orang yang layak dijadikan isteri atau suami; atau kita beri pertolongan dalam bentuk hujah untuk melepaskan seseorang dari sesuatu hukuman.

Mungkin kita kenal dia sebagai seorang yang baik, tidak pernah setahu kita dia melakukan kesalahan yang besar, maka kita berhujah di depan hakim untuk mengurangkan hukuman yang telah ditetapkan untuknya. Ini juga bagus dan akan mendapat pahala juga kalau kita lakukan dengan niat yang ikhlas dan bercakap dengan benar. Dan berbagai-bagai jenis syafaat lagi.

 

وَمَن يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُن لَّهُ كِفْلٌ مِّنْهَا

dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya.

Sebaliknya kalau orang itu beri ajakan negatif, halang orang lain dari pergi jihad, atau goda orang lain jangan pergi jihad, maka dia akan pikul dosa orang itu. Ini adalah ancaman kerana mungkin ada orang yang menakut-nakutkan orang lain dari berjihad.

Maka Allah ingatkan yang ini adalah perbuatan yang buruk sekali. Sepatutnya beri galakan ke arah kebaikan, tapi ada orang yang takutkan pula orang lain dari berjihad.

Allah gunakan lafaz كِفْلٌ (bahagian) dalam ayat ini sedangkan dalam bahagian pertama, digunakan lafaz نَصِيبٌ (juga bermaksud bahagian juga). Ini adalah kerana lafaz كِفْلٌ digunakan untuk bahagian yang umum, baik atau buruk, sedangkan lafaz نَصِيبٌ digunakan hanya untuk bahagian yang baik sahaja. Bagaimanapun, lafaz كِفْلٌ selalu digunakan untuk merujuk kepada bahagian yang buruk.

Ayat ini bukan berkejaan galakan dan memesong orang dari jihad sahaja. Ini kerana bunyi ayat ini adalah umum juga. Maka, ia juga boleh termasuk perbuatan memberi rekomendasi yang baik. Berdasarkan sebab yang benar dan niat yang baik.

Sebagai contoh, ada yang nak dapatkan kerja, nak kahwin dan sebagainya, dan dia hendak mendapatkan pendapat dari kita. Dalam hal sebegini, kita kena beri rekomendasi yang baik. Memang maksud ‘syafaat’ adalah rekomendasi. Orang tanya pendapat kita, kita kata orang itu baik, boleh dipercayai dan sebagainya.

Tapi jangan kita kata seseorang tidak baik hanya kerana kita tak suka orang itu. Contoh ada orang yang nak kahwin dengan satu-satu calon, kita cakap jangan kahwin dengan orang itu kerana kita tidak suka dia. Itu adalah syafaat yang salah. Begitu juga, kalau orang itu tidak baik, kena beritahu orang itu tidak sesuai – janji kita bercakap yang benar.

Ini tidak termasuk ghibah (mengata orang lain). Dalam hal ini, kita kena cakap perkara yang benar walaupun ia boleh menjatuhkan kedudukan seseorang. Ini apabila ditanya. Dalilnya adalah Rasulullah juga berbuat begitu apa seorang wanita (Fatimah binti Qais) bertanya tentang pinangan dari dua orang terhadap dirinya.

Hadits Ahmad 26057

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي الْجَهْمِ قَالَ سَمِعْتُ فَاطِمَةَ بِنْتَ قَيْسٍ تَقُولُ أَرْسَلَ إِلَيَّ زَوْجِي أَبُو عَمْرِو بْنُ حَفْصِ بْنِ الْمُغِيرَةِ عَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ بِطَلَاقِي وَأَرْسَلَ إِلَيَّ خَمْسَةَ آصُعِ شَعِيرٍ فَقُلْتُ مَا لِي نَفَقَةٌ إِلَّا هَذَا وَلَا أَعْتَدُّ إِلَّا فِي بَيْتِكُمْ قَالَ لَا فَشَدَدْتُ عَلَيَّ ثِيَابِي ثُمَّ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ كَمْ طَلَّقَكِ قُلْتُ ثَلَاثًا قَالَ صَدَقَ لَيْسَ لَكِ نَفَقَةٌ وَاعْتَدِّي فِي بَيْتِ ابْنِ عَمِّكِ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ فَإِنَّهُ ضَرِيرُ الْبَصَرِ تُلْقِينَ ثِيَابَكِ عَنْكِ فَإِذَا انْقَضَتْ عِدَّتُكِ فَآذِنِينِي قَالَتْ فَخَطَبَنِي خُطَّابٌ فِيهِمْ مُعَاوِيَةُ وَأَبُو جَهْمٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مُعَاوِيَةَ تَرِبٌ خَفِيفُ الْحَالِ وَأَبُو جَهْمٍ يَضْرِبُ النِّسَاءَ وَلَكِنْ أَيْ فِيهِ شِدَّةٌ عَلَى النِّسَاءِ عَلَيْكِ بِأُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ أَوْ قَالَ انْكِحِي أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ تَمِيمٍ مَوْلَى فَاطِمَةَ عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ بِنَحْوِهِ

Berapa kali dia menceraikanmu? Aku menjawab, Tiga kali, baginda bersabda:
Dia benar, kamu tak lagi mendapatkan nafkah, dan tinggallah di rumah anak pamanmu, Ibnu Ummi Maktum, sesungguhnya dia adalah laki-laki yang buta, tak mengapa kamu menanggalkan pakaianmu, jika iddahmu telah berakhir maka beritahukanlah kepadaku. Fatimah berkata, Maka datanglah beberapa orang untuk meminangku, di antaranya adalah Mu’awiyah & Abu Jahm, Rasulullah lalu bersabda:
Sesungguhnya Mu’awiyah adalah orang yang miskin & juga ringan dalam setiap keadaan, sedangkan Abu Jahm suka memukul wanita. Akan tetapi manakah ada yang keras terhadap wanita pada diri Usamah bin Zaid, atau baginda bersabda:
menikahlah dengan Usamah bin Zaid. Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Manshur dari Mujahid dari Tamim bekas budak Fatimah binti Qais, seperti hadits tersebut. [HR. Ahmad No.26057].

Lihat bagaimana Nabi menyebut kekurangan Muawiyah dan Abu Jahm.

Syafaat begini penting kerana orang memerlukan maklumat tentang orang lain sebab mereka tidak kenal dan tidak tahu berkenaan orang itu. Mereka tidak dapat membuat keputusan kalau mereka tidak mendapat maklumat yang benar. Sebagai contoh, seorang bapa hendak mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki, maka kenalah dia periksa siapakah orang itu.

Maka tolonglah beri rekomendasi yang benar, kerana kita sendiri pun kadang-kadang akan memerlukan maklumat sebegini, maka kita hendaklah juga memberi maklumat yang betul kepada orang lain. Sama-sama tolong menolong.

 

وَكَانَ اللَهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقِيتًا

Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Allah kata Dia yang jaga semua kerana Dia Maha Berkuasa. Walau kita beri maklumat palsu, Allah boleh selamatkan orang itu dari maklumat palsu kita itu. Cuma orang itu selamat dari syafaat kita yang salah, tapi kita tidak akan selamat kerana memberi maklumat yang salah. Kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Lafaz مُّقِيتًا juga bermaksud Allah melihat. Allah tahu apa isi hati kita semasa kita buat recommendation itu. Samada kita buat ikhlas atau tidak, untuk kebaikan atau tidak, semuanya Allah tahu.


 

Nisa’ Ayat 86: Ayat sebelum ini tentang jihad dimana Khalifah kena ajak rakyat berjihad. Dia mungkin ada buat perkiraan berapa bilangan tentera yang perlu, dan dia akan hantar wakil ke kawasan-kawasan orang Islam untuk buat penjelasan kepada kawasan-kawasan itu.

Ayat ini memberitahu kita, bila kedatangan wakil Khalifah ajak berjihad, sambutlah dengan baik dan hantarlah tentera seperti yang diminta. (Ayat ini pada zahirnya nampak tentang salam, tapi apabila melihat siyaq dan sibaq ayat ini, ia tentu ada berkenaan dengan peperangan).

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when you are greeted with a greeting, greet [in return] with one better than it or [at least] return it [in a like manner]. Indeed Allāh is ever, over all things, an Accountant.

MALAY

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

 

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا

Dan apabila kamu diberikan ucapan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, 

Apabila kamu diberi ucapan yang baik itu ditafsirkan sebagai: ajakan dan nasihat yang baik untuk berjihad. Iaitu apabila khalifah hantar wakil ke sesuatu kawasan dan minta dikumpulkan orang untuk berjihad. Kalau dah dapat ajakan itu, maka balaslah dengan hantar orang yang lebih ramai dari yang dipinta oleh khalifah. Ini adalah kalau kita kaitkan ayat ini dengan ayat-ayat sebelumnya iaitu berkenaan jihad.

Lafaz تَحِيَّةٍ dari ayat ini diambil dari lafaz حيي yang bermaksud ‘hidup’ – hayat. Ianya digunakan sebelum ucapan assalamualaikum diperkenalkan. Sebelum Islam, masyarakat Arab memberi ucapan hayyakAllah sesama mereka. Ianya bermaksud ‘semoga Allah memberi hayat kepada kamu’.

Maknanya, kita mendoakan orang itu semoga hidupnya panjang. Ianya adalah kata-kata aluan. Tidak digunakan lafaz salam dalam ayat ini kerana mungkin kita dapat ucapan dari orang kafir. Kalau mereka ucapkan kata-kata aluan yang baik kepada kita, kita pun kena balas juga dengan baik. Islam bukanlah agama yang mengajar kurang ajar kepada orang lain, walaupun kepada orang bukan Islam. Islam mengajar kita berbaik-baik dengan semua orang.

Tambahan lagi, tidak ada kurangnya kalau kita berbaik dengan orang kafir pun. Kerana kita nanti pun kena berdakwah kepadanya juga. Kalau dalam hal berbalas ucapan selamat pun kita tidak dapat berbaik-baik, bagaimana orang itu mahu mendengar dakwah kita, bukan?

Oleh itu, ayat ini mempunyai dua maksud. Satu, ia bermaksud panggilan perang dan satu lagi adalah ucapan selamat kepada kita. Kalau berkenaan panggilan perang, maka kita disuruh untuk sambutlah panggilan itu dengan baik. Kalau Khalifah mahu 100 orang dari kawasan kita, berilah lebih lagi dari yang diminta.

Ayat ini juga menjadi dalil anjuran untuk jawab salam dengan yang lebih baik dari yang kita dapat: Kalau dapat ucapan salam, maka ucaplah dengan yang lebih baik dari itu. Kalau orang yang beri salam kepada kita itu ucap: assalamualaikum, maka balaslah dengan lebih lagi – waalaikum salam warah matullahi dan seterusnya.

 

أَوْ رُدُّوهَا

atau balaslah dia

Atas balaslah dengan ucapan yang sama baik. Iaitu kalau diberi salam assalamualaikum, sekurang-kurangnya jawaplah waalaikum salam. Ini adalah kewajipan. Kalau kita balas dengan lebih baik, itu adalah lebih baik, tapi wajib kita balas dengan ucapan yang sama sekurang-kurangnya.

Dan kalau tentang panggilan perang, maka berilah seperti yang diminta oleh pemerintah. Kalau pemerintah minta 100 orang, maka berilah 100 orang.

 

إِنَّ اللَهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

Allah memberitahu kita dalam ayat ini, yang Dia menghitung semua sekali. Benda kecil macam salam pun Allah kira juga. Dan kalau kita balas permintaan pemerintah apabila beliau minta bantuan perang, itu pun Allah kira juga.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ -أَخُو سُلَيْمَانَ بْنِ كَثِيرٍ -حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ عَوْفٍ، عَنْ أَبِي رَجَاءٍ العُطَاردي، عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَين؛ أَنَّ رَجُلًا جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ  فَرَدَّ عَلَيْهِ ثُمَّ جَلَسَ، فَقَالَ: “عَشْرٌ”. ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ: “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ  وَرَحْمَةُ اللَّهِ. فَرَدَّ عَلَيْهِ، ثُمَّ جَلَسَ، فَقَالَ: “عِشْرُونَ”. ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ. فَرَدَّ عَلَيْهِ، ثُمَّ جَلَسَ، فَقَالَ: “ثَلَاثُونَ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Kasir (saudara lelaki Sulaiman ibnu Kasir), telah menceritakan kepada kami Ja’far ibnu Sulaiman, dari Auf, dari Abu Raja Al-Utaridi, dari Imran ibnul Husain yang menceritakan bahawa ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah Saw., lalu mengucapkan, “Assalamu ‘al’aikum, ya Rasulullah,” lalu Rasulullah Saw. menjawabnya dengan jawaban yang sama, kemudian beliau duduk dan bersabda, “Sepuluh.” Kemudian datang lelaki lainnya dan mengucapkan, “Assalamu ‘alaikum warahmatullahi, ya Rasulullah,” lalu Rasulullah Saw. menjawabnya dengan jawaban yang sama, kemudian duduk dan bersabda, “Dua puluh.” Lalu datang lelaki lainnya dan bersalam, “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,” maka Nabi Saw. membalasnya dengan salam yang serupa, kemudian duduk dan bersabda, “Tiga puluh.”

Beri salam ini penting kerana kita sewaktu kita beri salam itu, kita sebenarnya mendoakan orang lain. Oleh itu, kena cakap salam itu dengan ikhlas.

Dan kena faham apa yang kita cakap. Janganlah pula kita beri salam, tapi cakap dengan nada marah. Itu adalah salah sama sekali. Itu dilakukan oleh mereka yang tidak faham konsep salam itu. Ini banyak terjadi sebab kebanyakan manusia melihat perkara itu sebagai adat sahaja dah. Ada yang marah orang, berkelahi dengan orang, memaki orang lain, tapi dalam masa yang sama, bagi salam juga. Ini tidak kena sama sekali.

Kalau kita sudah beri salam kepada orang, maknanya orang itu selamat dari tangan kita dan mulut kita. Mereka selamat dari disakiti oleh kita. Jadi, kalau kita beri salam, tapi kemudian kita sakiti tubuh badan atau perasaanya, itu tidak molek sama sekali.

Daripada Abdillah bin Amr bin al-‘As RA, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Manakah amalan yang paling baik di dalam Islam?” lalu Baginda menjawab, “Hendaklah engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau sudah kenal dan juga kepada orang yang belum engkau kenal.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 1 September 2023

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 80 – 83 (Jangan sebar berita sensitif)

Ayat 80: Dalam ayat sebelum ini, disebut bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang Rasul.

Dalam ayat ini, Allah memberitahu hak seorang Rasul itu. Allah menegaskan dalam ayat ini bahawa kena taat kepada Nabi Muhammad. Ketaatan kepada Rasulullah adalah ukuran bagi ketaatan kepada Allah.

مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ ۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He who obeys the Messenger has obeyed Allāh; but those who turn away – We have not sent you over them as a guardian.

MALAY

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

 

مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah;

Untuk taat kepada Allah, syaratnya kena taat kepada Rasulullah. Tidak boleh kita kata kita taat kepada Allah, tapi tidak hirau dengan apa yang Nabi sampaikan. Ini penting kerana Nabi menyampaikan apa yang Allah suruh baginda sampaikan, bukannya perkara itu dari diri baginda sendiri.

Oleh itu, kena taat sungguh-sungguh kepada Nabi. Kemudian, Nabi tambah satu lagi syarat, iaitu kena taat kepada amir (pemerintah). Kalau taat kepada amir, itu adalah tanda taat kepada Nabi. Ini berdasarkan dari hadis:

Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

مَنْ أَطَاعَنِى فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ يَعْصِنِى فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعِ الأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِى وَمَنْ يَعْصِ الأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِى

Barangsiapa mentaatiku, maka dia berarti mentaati Allah. Barangsiapa yang  tidak mentaatiku bererti dia tidak mentaati Allah. Barangsiapa yang taat pada pemimpin bererti dia mentaatiku. Barangsiapa yang tidak mentaati pemimpin, bererti dia tidak mentaatiku.” (HR. Bukhari no. 7137 dan Muslim no. 1835).

 

وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا

dan sesiapa yang berpaling ingkar, Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal 

Nabi tidak menjaga amalan mereka. Nabi hanya disuruh sampaikan sahaja dakwah dan ajaran kepada mereka. Dan baginda telah jalankan tugas baginda dengan sempurna. Kalau mereka tidak mahu terima, degil tidak mengikut ajaran, itu bukan salah Nabi. Oleh itu, janganlah kamu wahai Nabi, berdukacita atas kedegilan mereka.

Ia juga bermaksud, Nabi tidak bertanggungjawab di atas perbuatan mereka. Jadi Nabi tidak perlu bimbang yang baginda akan disoal tentang apa yang mereka lakukan kerana baginda tidak bersalah. Begitulah dengan kita, kita kena sampaikan sahaja. Kalau orang tidak mahu ikut nasihat kita, kita tidak boleh paksa mereka. Kalau mereka masih juga hendak melakukan amalan bidaah, kita tidak boleh nak halang mereka, serang majlis bidaah mereka dan sebagainya.

Ini juga adalah penolakan terhadap glongan yang engkar kepada hadis – samada golongan anti-hadis atau sesiapa sahaja yang tidak memandang hadis Nabi sebagai penting. Mereka itu termasuk dalam ayat ini tentang mereka yang menolak hadis.


 

Ayat 81: Ayat tentang Munafikin. Allah sebut kata-kata mereka. Jadi ini adalah Ayat Syikayah.

وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِندِكَ بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ وَاللَّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَىٰ بِاللهِ وَكِيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “[We pledge] obedience.” But when they leave you, a group of them spend the night determining to do other than what you say. But Allāh records what they plan by night. So leave them alone and rely upon Allāh. And sufficient is Allāh as Disposer of affairs.

MALAY

Dan mereka (golongan munafik) berkata: “(Kami) taat”, kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu). Sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis apa yang mereka rancangkan itu; maka berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka).

 

وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ

Dan mereka (golongan munafik) berkata: “(Kami) taat”, 

Mereka yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah golongan munafik. Mereka kata dalam urusan hidup mereka, mereka taat kepada Nabi Muhammad semata-mata.

Itu cakap mereka di mulut sahaja. Begitulah, ramai manusia yang manis di bibir sahaja, tapi hati lain sama sekali.

 

فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِندِكَ

kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, 

Allah memberitahu kepada Nabi, bahawa selepas sahaja mereka keluar dari majlis duduk-duduk dengan Nabi, lain pula yang mereka buat. Semasa berada di depan Nabi, mereka kata mereka taat.

 

بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ

segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan

Bila beredar dari majlis Nabi, mereka buat mesyuarat lain pula. Lafaz بَيَّتَ bermaksud mereka buat mesyuarat sulit malam hari. Digunakan lafaz ini untuk memberi isyarat bahawa mesyuarat itu dijalankan dalam suasana yang rahsia. Dan dalam mesyuarat itu, mereka cakap dan berbincang lain dengan apa yang mereka katakan sebelum itu semasa di dalam majlis Nabi.

Ini memang selalu orang kita buat. Lepas mesyuarat yang utama, ramai yang ajak kawan-kawan yang sama geng pergi kedai minum teh tarik untuk berbincang mengenai mesyuarat awal tadi. Dan kadang-kala mereka akan membincangkan perkara yang berlawanan dengan apa yang mereka cakap dalam mesyuarat utama itu. Semasa dalam mesyuarat, setuju belaka dengan apa yang dibincangkan, tapi bila di luar, lain pula mereka buat rancangan. Jadi ini adalah sifat orang munafik.

 

وَاللُه يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ

Dan Allah menulis apa yang mereka rancangkan itu;

Allah suruh malaikat tulis semua apa yang mereka kata dan bincangkan itu. Segala perancangan jahat mereka ada dalam rekod yang disimpan oleh Allah dan akan dipertunjukkan kepada mereka nanti.

Mereka akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang mereka telah lakukan dan katakan. Jangan mereka sangka perbincangan mereka itu rahsia sangat, kerana Allah tahu dan malaikat sedang buat minit meeting mereka itu.

 

فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ

maka berpalinglah daripada mereka,

Tentunya sifat mereka yang ‘talam dua muka’ ini memberi kesan kepada Nabi, tapi Allah suruh berpaling dari mereka. Maknanya jangan peduli tentang mereka, jangan berasa hati, jangan sedih.

Ia juga boleh bermaksud: maafkanlah mereka, jangan hukum mereka, jangan buka pekung mereka kepada sahabat yang lain. Serahkan kepada Allah untuk uruskan mereka.

Jangan hirau mereka dan teruskan perjuangan menegakkan dakwah. Jangan hirau musuh dalam selimut yang hendak menjatuhkan Islam atau hendak melemahkan Islam dari dalam.

Itu sahaja yang boleh dilakukan kerana kalau nak berperang dengan mereka, tidak boleh kerana dari segi zahir, mereka nampak sebagai orang Islam. Kalau musuh luar, bolehlah kalau kita nak perang dengan mereka. Tapi, dengan orang Munafikin, tak boleh dibunuh mereka dan tidak boleh memulakan perang dengan mereka. Kerana kita pun tidak pasti siapakah mereka.

Tidak ada sesiapa yang tahu siapakah yang munafik yang sebenar kerana ianya adalah hal dalam hati dan ianya ghaib bagi kita. Jadi kalau ada orang yang tuduh orang lain sebagai munafik, itu adalah salah sama sekali. Adakah kamu Tuhan, tahu apa yang dalam hati manusia?

 

وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَىٰ بِاللهِ وَكيلًا

serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela

Maka, serah sahaja kepada Allah nak buat apa. Itulah maksud tawakal, iaitu serahkan segala urusan kepada Allah. Kerana kita sendiri tidak mampu nak buat apa-apa.

Cukuplah dengan Allah sahaja yang menguruskan hal kita. Kita kena rasa cukup dengan adanya Allah. Itu juga adalah tawakal. Kalau serah kepada Allah, tapi kita tidak yakin dengan apa yang Allah nak buat, itu belum tawakal lagi. Kena ingat yang Allah tidak akan membiarkan hamba-hambaNya yang menjaga hukum-hukumNya dikalahkan.

Oleh itu, jangan peduli dengan mereka yang bersifat munafik itu. Yakinlah bahawa semua perkara dalam tangan Allah. Ini adalah nasihat kepada pemimpin Islam. Sebagai pemimpin, memang akan berhadapan dengan berbagai jenis manusia dan orang bawahan yang berperangai macam-macam. Ada orang bawahan yang mengaku mereka taat, tapi di belakang, mereka buat komplot lain pula. Dalam keadaan begitu, apa yang boleh dibuat? Serah kepada Allah sahaja.

Pernah ada orang Islam yang merancang untuk membunuh Saidina Ali yang menjadi Khalifah waktu itu. Rancangan itu telah disampaikan kepada Saidina Ali. Saidina Ali kata dia tak boleh buat apa-apa kerana tidak ada apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu lagi. Itu cuma kata-kata lelaki itu sahaja. Akhirnya lelaki itu memang telah membuat cubaan membunuh Saidina Ali dan kena tangkap. Barulah boleh dijalankan hukum hudud kepadanya.

Maknanya, musuh dalam selimut iaitu munafik ini, kita tidak boleh buat apa-apa kepada mereka. Memang kena serah kepada Allah sahaja.


 

Ayat 82: Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa mereka yang sudah duduk dengan Nabi masih tak faham tentang Islam? Sedangkan mereka duduk mendengar ajaran agama dari Nabi, melihat akhlak Nabi dan sebagainya, tapi masih tidak beriman sempurna lagi?

Memang kalau dah ada masalah dengan hati, duduk depan Nabi pun boleh jadi munafik. Maka kalau duduk dengan Nabi pun ada yang macam itu, apatah lagi kalau duduk luar?

Jadi kalau ada orang yang munafik zaman sekarang, memang tidak hairanlah. Sudahlah Nabi tidak ada, iman dan ilmu agama pun kurang. Maka kita kena tahu yang ubat untuk membaiki keadaan ini adalah dengan tadabbur Qur’an.

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلٰفًا كَثِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then do they not reflect upon the Qur’ān?¹ If it had been from [any] other than Allāh, they would have found within it much contradiction.

  • i.e., its meanings and its objective.

MALAY

Apakah mereka tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

 

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءآنَ

Kenapakah mereka tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?

Kenapa sebut pasal Qur’an pula dalam menyebut tentang golongan Munafik? Kerana apa yang terjadi kepada mereka yang munafik itu adalah kerana mereka tidak tadabbur Qur’an. Mereka dengar ayat Qur’an dibacakan, tapi mereka tidak tadabbur Qur’an.

Mereka tidak meneliti Qur’an dan belajar apakah yang hendak disampaikan oleh Allah. Sebab itu mereka jadi munafik kerana mereka tidak faham agama dengan lengkap.

Dan mereka tidak tadabbur Qur’an itu adalah mereka asalnya memang tidak percaya dengan Nabi. Apabila Nabi kata Qur’an itu dari Allah, kena belajar, kena tadabbur, mereka tak ambil kisah. Kerana mereka tidak percaya penuh kepada Nabi.

Ada suruhan untuk kita tadabbur Qur’an dalam ayat ini. ‘Tadabbur’ adalah membaca ayat Qur’an dan memikirkan maknanya, mengambil pengajaran darinya. Bukan hanya baca sahaja dan tahu terjemahan sahaja. Kerana kalau baca terjemah sahaja, tidak akan nampak keindahan ayat-ayat Qur’an itu.

Kerana kalau baca terjemah, mungkin akan perasan ada seperti perbezaan antara sesetengah ayat. Tapi kalau tadabbur Qur’an, tidak ada masalah itu. Dan untuk tadabbur, kena mulakan dengan belajar tafsir. Kerana tadabbur itu adalah mendalami maksud dalam Qur’an. Maka kenalah ada ilmu asas iaitu dengan mempelajar tafsir (dengan cara yang benar). Sebab itu kita selalu mengingatkan untuk belajar tafsir.

Malangnya, ada ‘ustaz’ yang beritahu bahawa orang awam tidak boleh belajar tafsir Qur’an kerana mereka tidak akan faham. Mereka kata tafsir Qur’an adalah bidang ulama sahaja. Ini adalah salah sama sekali. Itu adalah bisikan dari syaitan, kerana syaitan tidak mahu manusia faham Qur’an.

Syaitan memang tidak mahu manusia faham Qur’an kerana susah mereka nak hasut manusia kalau manusia faham Qur’an. Maka kalau ada yang ajar tak boleh belajar tafsir Qur’an, maka mereka itu sebenarnya tolong kerja syaitan lah.

Memang pemahaman ulama dari orang awam tidak sama. Ulama tentunya akan memahami ayat Qur’an lebih mendalam lagi. Tapi itu bukanlah alasan untuk menghalang orang awam untuk memahami Qur’an setakat yang mereka mampu. Belajar dari pemahaman yang asas, maka nanti Allah akan menambahkan lagi ilmu kefahaman itu. Semuanya kena bermula dari mula.

 

وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلٰفًا كَثِيرًا

Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

Mereka yang munafik tidak percaya kepada Nabi tentang kehebatan Qur’an itu. Maka Allah berhujah dengan mereka dalam ayat ini: Begitu hebatnya Qur’an itu, kalau bukan ianya datang dari Allah, tentulah akan ada banyak percanggahan.

Dan dalam Qur’an itu memang tidak ada percanggahan langsung, walau sedikit pun. Ajaran yang disampaikan adalah sama sahaja dari mula sampai habis.

Qur’an juga tidak ada perselisihan dengan ilmu sains; juga tidak ada perselisihan dengan dunia yang nyata. Kalau bukan ianya dari Allah, tentulah kesempurnaan ini tidak dapat dicapai. Maka fikir-fikirkanlah.

Maka tidak mungkin Qur’an yang hebat itu ditulis oleh manusia melainkan ianya dari Allah taala. Maka takkan kita nak biarkan begitu sahaja tanpa kita belajar, faham dan mengamalkan apa yang ada di dalamnya?

Maka manusia terus jadi munafik (atau lemah imannya) kerana tidak tadabbur Qur’an.


 

Ayat 83: Ayat zajrun kepada munafiqin. Ayat ini mengajar kita, apabila mendapat sesuatu berita, kena tabayyun dahulu. Jangan terus sebar tanpa periksa.

Kadang-kadang ada bahaya besar kalau terus sebar maklumat, walaupun ianya adalah berita yang benar pun. Ini adalah satu lagi masalah orang munafik, kerana mereka suka sebar berita ke khalayak ramai.

Patutnya kita orang Mukmin disuruh sebar Qur’an, bukan sebar berita. Tapi munafik itu, mereka terbalik pula.

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطٰنَ إِلَّا قَلِيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when there comes to them something [i.e., information] about [public] security or fear, they spread it around. But if they had referred it back to the Messenger or to those of authority among them, then the ones who [can] draw correct conclusions from it would have known about it. And if not for the favor of Allāh upon you and His mercy, you would have followed Satan, except for a few.

MALAY

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada – “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).

 

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya;

‘Berita’ yang dimaksudkan itu boleh jadi tentang kemenangan atau kekalahan pasukan tentera Islam di medan perang. Ataupun ada berita-berita yang kedengaran datang dari luar. Orang munafik itu, apabila mereka dengar berita-berita sebegitu, mereka terus sebar ke khalayak ramai.

Padahal, maklumat-maklumat dari berita itu kadang-kadang adalah maklumat yang sensitif. Kalau kita ada orang yang macam orang munafik itu, maka teruklah. Kerana apabila berita itu sudah tersebar, sudah susah nak kena jelaskan balik, nak kena kawal perasaan masyarakat yang mungkin jadi gelisah dan kelam kabut apabila mendengar berita-berita itu. Tapi sudah perangai orang munafik, mereka memang suka nak sebarkan berita.

Ada tak orang sebegini dalam kalangan masyarakat kita sekarang? Tentulah ada. Dan masalah sekarang lagi lebih berat lagi kerana dalam zaman teknologi maklumat yang canggih ini, maklumat senang sangat nak sampaikan kepada ramai orang dengan mudah. Dengan sekali tekan butang forward sahaja, entah berapa ribu orang dapat maklumat yang palsu atau  yang sensitif.

Masyarakat pula kebanyakannya tidak cerdik, tak reti nak bandingkan mana maklumat yang benar dan mana maklumat yang salah. Maka, yang senang kelam kabut jadi kelam kabut, yang nak ambil kesempatan, akan ambil kesempatan dan macam-macam lagi.

Dalam Tafsir Ibn Kathir, ada disebut tentang satu hadis berkenaan asbabun nuzul ayat ini:

Diriwayatkan oleh Muslim yang bersumber dari Umar bin Khattab: bahawa ketika Nabi ‘uzlah (menjauhi) isteri-isterinya, Umar bin Khattab masuk ke masjid di saat orang-orang sedang kebingungan sambil bercerita bahawa Rasulullah Saw telah menceraikan isteri-isterinya, Umar berdiri di pintu masjid dan berteriak: “Rasulullah tidak menceraikan isterinya, dan aku telah menelitinya”. Maka turunlah ayat ini (An-Nisa ayat 83), berkenaan dengan peristiwa tersebut untuk tidak menyiarkan berita sebelum diselidiki.

Malangnya, ramai orang sekarang tidak kisah samada berita benar atau tidak. Mereka akan ‘forward’ sahaja maklumat dalam Whatsapp, Telegram dan Facebook. Ini adalah perkembangan yang tidak sihat.

 

وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ

padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada – “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, 

Sebaliknya, Allah ajar kita yang sepatutnya berita-berita sensitif itu sepatutnya kena bawa kepada pemimpin. Biar mereka yang nilai dahulu dan bincangkan apa tindakan yang patut diambil kerana mereka yang layak.

Kalau pada zaman Nabi, kena beritahu kepada Nabi atau pemimpin bawahan baginda yang boleh menapis berita tersebut.

 

لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ

tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka;

Lafaz يَسْتَنبِطُونَهُ iaitu ‘istinbat’ asalnya bermaksud mengambil air dari telaga yang dalam. Dalam istilah, ia digunakan untuk membawa maksud melihat kepada maklumat secara mendalam dan mengambil manfaat darinya.

Berita-berita yang mereka dengar itu sepatutnya dibawakan kepada para pemimpin kerana merekalah yang dapat buat keputusan samada berita itu boleh sebar kepada umum atau tidak. Bukan semua berita boleh disebarkan. Ini penting untuk menjaga keamanan negara kita.

Tapi sebar Qur’an memang dah kena buat dah. Jangan terbalik pula. Kalau Qur’an, memang kena sebar, tak payah nak tunggu keputusan dari kerajaan pun.

Nota: ayat ini juga boleh digunakan sebagai dalil untuk manusia merujuk kepada ulama untuk memberi hukum kepada sesuatu perkara. Kalau ada masalah dalam masyarakat, dalam hukum yang kita tidak tahu halal haramnya, perkara itu sepatutnya dibawa kepada ulama supaya mereka boleh memberikan keputusan mereka.

Dalam zaman sekarang yang ada banyak perkara baru, tentulah tidak semua perkara telah disebut oleh Nabi dalam sunnahnya. Maka, perkara itu hendaklah dibawa kepada ulama yang layak untuk melakukan ijtihad.

Pertama, kena cari dalil dari Qur’an dan hadis, dan kalau tiada, ulama mujtahid kena buat qiyas. Iaitu, ulama akan istinbat hukum dari nas yang ada, mencari apakah hukum yang paling rapat dengan keadaan semasa. Perkara ini dibincangkan dalam usul fiqh dan ianya terlalu panjang untuk dibincangkan di sini.

Ijtihad ulama bukanlah ketetapan yang pasti tepat. Kerana mereka membuat keputusan itu berasaskan kepada ilmu mereka yang ada. Ia mungkin benar dan mungkin salah. Tapi itulah sahaja yang boleh dilakukan kalau tidak ada nas dari Qur’an dan Sunnah. Allahu a’lam.

 

وَلَوْلَا فَضْلُ اللهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ

dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu,

Kita amat beruntung kerana Allah telah memberi limpah kurnia dan RahmatNya kepada kita. Yang dimaksudkan adalah Allah telah beri Qur’an dan Nabi Muhammad kepada kita. Allah ingatkan nikmat pemberianNya kepada kita, supaya kita beringat dan bersyukur kepadaNya.

 

لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطٰنَ إِلَّا قَلِيلًا

tentulah kamu menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja

Kalau kita tidak diberikan dengan limpah kurnia dan Rahmat Allah, tentu kita dalam dunia ini akan ikut syaitan sahaja. Memang hati manusia cenderung kepada kesyirikan kerana syaitan akan mengambil peluang sahaja untuk menyesatkan kita. Tapi kalau kita berlandaskan Qur’an dan Sunnah dari Nabi, kita akan selamat.

Ayat ini asalnya tentang menyebar maklumat dan sekarang disebut tentang syaitan pula. Ini juga hendak memberitahu kita yang sebarkan maklumat palsu itu adalah kerja syaitan. Maka, jangan ikut kerja syaitan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 9 Mei 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi