Tafsir Surah an-Nisa Ayat 52 – 56 (Kulit diganti-ganti)

Ayat 52: Ini adalah sambungan dari golongan Yahudi yang telah disebut dalam ayat yang sebelum ini. Apakah kesan kepada mereka, apakah akibat dari perbuatan mereka itu?

أُولٰئِكَ الَّذينَ لَعَنَهُمُ اللهُ ۖ وَمَن يَلعَنِ اللهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ نَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those are the ones whom Allāh has cursed; and he whom Allāh curses – never will you find for him a helper.

MALAY

(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.

 

أُولٰئِكَ الَّذينَ لَعَنَهُمُ اللهُ

mereka itu orang-orang yang dilaknat oleh Allah; 

Tak payah nak hukum kepada mereka kerana Allah sudah laknat mereka. Mreka tidak akan terima hidayah kerana perbuatan mereka itu amat teruk sekali. Mereka itu akan menjadi ahli neraka. Oleh kerana itu, jangan hiraukan mereka.

 

وَمَن يَلعَنِ اللهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ نَصيرًا

dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.

Jangan hiraulah tentang mereka kerana Allah sudah laknat mereka. Itu memang sudah teruk sekali. Laknat maksudnya jauh dari rahmat Allah. Sesiapa yang dilaknat Allah tidak ada harapan untuk dekat dengan Allah.

Kerana sesiapa yang telah dilaknat oleh Allah, tidak ada sesiapa yang boleh menolong mereka langsung. Kalau Allah tidak tolong, tidak ada harapan lagi untuk mereka.


 

Ayat 53: Ayat zajrun. Kebanyakan dari Yahudi tidak dapat terima bangkitnya Nabi akhir zaman dari Bangsa Arab. Mereka memandang rendah kepada bangsa Arab tambahan lagi bangsa Arab itu adalah kuli mereka di Madinah.

Walaupun begitu, ada juga Yahudi yang boleh terima dan Islam berkembang lagi dengan kemasukan mereka ke dalam agama Islam.

Marahlah mereka yang tidak mahu kedudukan kenabian diberikan kepada bangsa Arab dengan perkembangan itu. Kerana mereka melihat kedudukan Islam semakin kuat dari hari ke hari. Mereka dengki sebab mereka nak kedudukan itu. Kenapa pula mereka dengki? Ini disentuh dalam ayat ini.

أَم لَهُم نَصيبٌ مِّنَ المُلكِ فَإِذًا لّا يُؤتونَ النّاسَ نَقيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or have they a share of dominion? Then [if that were so], they would not give the people [even as much as] the speck on a date seed.

MALAY

Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia.

 

أَم لَهُم نَصيبٌ مِّنَ المُلكِ

Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah?

Allah perli mereka: adakah mereka sangka hanya mereka sahaja yang layak ada kerajaan dan pangkat kenabian? Mereka nak kerajaan dan pentadbiran berada di bawah kawalan mereka sahajakah? Adakah mereka ada berkongsi kerajaan dengan Allah sampai boleh menentukan siapa yang layak dapat pangkat Rasul? Adakah mereka layak nak mempersoalkan keputusan Allah memberikan pangkat kenabian kepada Nabi Muhammad dari kalangan bangsa Arab? Siapa mereka nak mempersoalkan?

Mereka memang ada perasaan lebih tinggi dari orang lain, dari bangsa lain. Ini kerana mereka teringat yang dulu mereka ada kerajaan besar seperti yang diperintah oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

Tapi itu sudah tiada lagi. Itu sudah lama hilang dalam lipatan sejarah. Sekarang mereka tidak ada kuasa langsung jadi janganlah nak sibuk mempersoalkan siapa yang Allah hendak beri pangkat.

Dan mereka tidak layak memegang pemerintah kerajaan mana-mana pun. Kenapa mereka tidak diberikan kuasa lagi?

 

فَإِذًا لّا يُؤتونَ النّاسَ نَقيرًا

maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kepada manusia.

Sekiranya mereka ada kuasa memerintah, mereka takkan beri pemerintahan kepada satu orang lain pun. Perkataan نَقيرًا bermaksud setitik hitam pada biji kurma. Sebagai isyarat kepada sesuatu yang sikit sangat. Sebesar bintik kurma pun mereka takkan beri kepada orang lain kerana mereka nak bolot semua. Mereka memang jenis kedekut dan pandang rendah kepada orang lain.

maksud نَقيرًا

Macam dulu, memang mereka dapat kitab suci dan hidayah tapi mereka simpan kepada bangsa mereka sahaja. Mereka tak kongsi pun ilmu agama itu dengan orang lain. Kalau ada apa-apa kebaikan pun, mereka akan buat macam itu juga nanti, termasuk pemerintahan. Mereka takkan kongsi dengan orang lain dan kerana itu maka kekuasaan telah ditarik dari mereka.


 

Ayat 54: Zajrun bagi Ahli Kitab yang hasad.

أَم يَحسُدونَ النّاسَ عَلىٰ ما ءآتٰهُمُ اللهُ مِن فَضلِهِ ۖ فَقَد ءآتَينا آلَ إِبرٰهيمَ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ وَءآتَينٰهُم مُّلكًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do they envy people for what Allāh has given them of His bounty? But We had already given the family of Abraham the Scripture and wisdom¹ and conferred upon them a great kingdom.

  • Prophetic teachings.

MALAY

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan Kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

 

أَم يَحسُدونَ النّاسَ عَلىٰ ما ءآتٰهُمُ اللهُ مِن فَضلِهِ

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya?

Mereka dengki kepada Nabi dan para sahabat yang telah mendapat wahyu iman dari Allah taala. Maka, kalimah النّاسَ dalam ayat ini bermaksud Nabi dan para sahabat. Mereka dengki kerana kenabian jatuh kepada bangsa Arab dan Islam pula semakin berkembang dari hari ke hari. Ini adalah kerana Allah telah beri nikmat itu kepada Nabi dan para sahabat.

‘Hasad’ adalah satu perasaan yang ada dalam diri manusia, iaitu keinginan supaya kelebihan yang ada pada orang lain itu dihilangkan. Ini adalah sifat yang amat buruk sekali.

Imam Ibnul Manzhur rohimahulloh berkata: “Hasad adalah engkau berangan-angan hilangnya nikmat orang yang engkau dengki.”

Imam Ahmad rahimahullah dan at-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits dari az-Zubair bin al-Awwâm Radhiyallahu anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda :

دَبَّ إِلَيْكُمْ دَاءُ الْأُمَمِ قَبْلَكُمْ: اَلْحَسَدُ وَالْبَغْضَاءُ ، وَالْبَغْضَاءُ هِيَ الْحَالِقَةُ ، حَالِقَةُ الدِّيْنِ لاَ حَالِقَةُ الشَّعْرِ ، وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤْمِنُوْا حَتَّى تَحَابُّوْا ، أَفَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِشَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ ؟ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ.

Penyakit umat-umat sebelum kalian telah menyerang kalian yaitu dengki dan benci. Benci adalah pemotong; pemotong agama dan bukan pemotong rambut. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, kalian tidak beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang jika kalian kerjakan maka kalian saling mencintai ? Sebarkanlah salam diantara kalian.”

Jadi tak perlu kita sedih kalau ada orang dengki kepada kita. Orang dengki sebab kita ada kelebihan. Maknanya kita sudah ada kelebihan dan ini adalah benda yang baik, bukan? Maka bergembiralah dengan kelebihan yang Allah telah beri itu, dan jangan hiraukan kalau ada orang yang dengki. Hati manusia kita tidak boleh buat apa-apa, bukan?

 

فَقَد ءآتَينا آلَ إِبرٰهيمَ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ

Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), 

Ini bukan kali pertama pangkat kenabian diberikan kepada bangsa lain. Nabi Ibrahim pun sudah dapat perkara yang sama. Anak Nabi Ibrahim adalah Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Kedua-dua anaknya itu adalah Nabi. Dan dari mereka ada lagi keturunan Nabi-nabi yang Allah lantik. Yang banyaknya dari keturunan Nabi Ishak a.s. Jadi bukanlah pangkat kenabian itu hak mereka dari dulu lagi.

Dan Nabi Muhammad itu pun dari keturunan Nabi Ibrahim juga. Jadi apa yang hendak dipersoalkan? Takkan mereka sahaja keturunan Nabi Ibrahim?

 

وَءآتَيناهُم مُلكًا عَظيمًا

dan Kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

Kelebihan telah diberikan kepada anak cucu Nabi Ibrahim. Mereka telah diberikan dengan pangkat kenabian dan ada antara mereka yang telah memerintah dengan menggunakan syariat dari Allah. Itulah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.

Dan sekarang yang dapat pangkat kenabian pun adalah anak cucu Nabi Ibrahim juga tapi dari keturunan anaknya Nabi Ismail pula. Maknanya, masih lagi dalam lingkungan keluarga Nabi Ibrahim juga. Dan puak Yahudi pun kata mereka ikut Nabi Ibrahim, bukan? Jadi kenapa nak dengki sangat?


 

Ayat 55: 

فَمِنهُم مَّن ءآمَنَ بِهِ وَمِنهُم مَّن صَدَّ عَنهُ ۚ وَكَفىٰ بِجَهَنَّمَ سَعيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And some among them believed in it,¹ and some among them were averse to it. And sufficient is Hell as a blaze.

  • In what was given to them. Also interpreted as “in him,” i.e., Muḥammad ().

MALAY

Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).

 

فَمِنهُم مَّن ءآمَنَ بِهِ

Maka di antara mereka (kaum Yahudi) ada yang beriman kepadanya

Ada dari kalangan Yahudi itu yang percaya kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi Muhammad. Bukan semua tidak percaya jadi jangan kita pukul rata dan kutuk keseluruhan puak Yahudi itu.

 

وَمِنهُم مَّن صَدَّ عَنهُ

dan ada pula di antara mereka yang menolak daripadanya

Tapi ada tolak dari menerima kenabian Nabi Muhammad itu. Mereka kekal di dalam kekufuran mereka.

 

وَكَفىٰ بِجَهَنَّمَ سَعيرًا

Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu

Mereka nanti akan menerima azab neraka dan itulah yang layak bagi mereka.


 

Ayat 56: Ayat takhwif ukhrawi. Sambungan tentang azab dalam neraka.

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا بِئآيٰتِنا سَوفَ نُصليهِم نارًا كُلَّما نَضِجَت جُلودُهُم بَدَّلنٰهُم جُلودًا غَيرَها لِيَذوقُوا العَذابَ ۗ إِنَّ اللهَ كانَ عَزيزًا حَكيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who disbelieve in Our verses – We will drive them into a fire. Every time their skins are roasted through We will replace them with other skins so they may taste the punishment. Indeed, Allāh is ever Exalted in Might and Wise.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا بِئآيٰتِنا سَوفَ نُصليهِم نارًا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan masukkan mereka dalam api neraka. 

Sesiapa yang kufur ingkar kepada kebenaran, mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka. Itulah balasan untuk mereka dan Allah telah berikan ancaman ini siap-siap kepada manusia – kalau tidak mahu terima, jawapnya kamu akan duduk dalam neraka.

 

كُلَّما نَضِجَت جُلودُهُم بَدَّلنٰهُم جُلودًا غَيرَها

Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain

Kemudian Allah teruskan dengan menceritakan keadaan di neraka itu. Salah satu dari azab di neraka adalah akan dibakar dengan api neraka. Tentunya apabila kena bakar, dengan kepanasan yang entah berapa ribu juta darjah, kulit mereka akan terbakar. Walaupun kulit mereka telah dinaiktaraf supaya dapat tahan hidup di neraka, tapi tetap akan terbakar.

Tetapi, Allah beritahu dalam ayat ini, setiap kali kulit mereka terbakar, Allah akan ganti tukar dengan kulit yang lain. Dan penukaran kulit ini bukan macam di dunia dimana mengambil masa yang lama. Allah boleh tukar dengan sekelip mata sahaja. Kenapa begini?

 

لِيَذوقُوا العَذابَ

supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. 

Tujuan kulit mereka diganti dengan kulit yang baru adalah untuk terus merasakan azab kepada mereka. Azab itu bukan nak sekejap sahaja dirasakan kepada mereka tetapi mereka akan dikenakan dengan azab itu berterusan. Kalau kulit sudah tiada, tidak ada rasa sakit lagi.

Ini adalah kerana kulit yang ada deria rasa. Kajian sains zaman moden telah mendapati bahawa deria rasa itu ada pada kulit. Tapi ayat Qur’an telah memberi isyarat tentangnya seribu tahun yang lalu. Maka ini adalah salah satu dari kehebatan Qur’an yang tepat dengan apa yang disampaikan oleh sains.

receptor types

Oleh itu jangan sangka kita boleh tahan azab di neraka itu. Azab neraka tidak sama dengan azab di dunia. Kalau azab dunia, walaupun sakit macam mana pun, kita tahu yang kita akan mati dan apabila mati, sakit itu berhenti. Tapi di akhirat nanti, tak akan mati mati maka akan berterusan merasakan azab itu.

Oleh itu, jangan kita lakukan dosa, dan takutlah kepada azab yang kita tidak akan mampu nak tahan ini.

 

إِنَّ اللهَ كانَ عَزيزًا حَكيمًا

sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah Maha Berkuasa, maknanya Dia boleh hukum sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang.

Tapi dalam masa yang sama, Allah itu Maha Bijaksana, menangguh-nangguhkan hukuman untuk bagi peluang kepada manusia untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Kalau Allah tidak beri tangguh, maka tidak tahulah apa yang jadi dengan kita sekarang.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 23 Ogos 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Baqarah Ayat 142 (Penukaran Kiblat)

ARAH KIBLAT YANG BARU

Baqarah Ayat 142: Alhamdulillah, kita sudah mula masuk dalam Juzuk Kedua. Di dalam juzuk kedua ini terus dilanjutkan pembetukan masyarakat Muslim yang menjadi khalifah di muka bumi ini. Dan untuk memenuhi tugas yang berat itu dimatangkanlah terlebih dahulu akidah, atau kepercayaan yang akan menjadi pegangan hidup. Di dalam juzuk 1 kita telah banyak membaca tempelak Tuhan terhadap Bani Israil dan kesimpulan bagi kita adalah: janganlah jadi seperti mereka. Di hujung Juzuk 1 kita telah berkenalan dengan Nabi Ibrahim dan permulaan Juzuk ke 2 ini disambung perkara yang ada kaitan dengan baginda iaitu tentang kiblat. Kerana Ka’bah itu telah dibina oleh baginda dan sekarang akan disebut yang Ka’bah itu akan menjadi kiblat.

Dari ayat ini sehingga ke ayat 283 adalah Perenggan Makro Ketiga surah ini. Tetapi boleh dipecahkan lagi: Ayat 142 – 152 adalah Perenggan Makro tentang Perlantikan Umat Wasato (Umat Pertengahan). Ia akan menceritakan tentang penukaran Kiblat. Dan kita akan belajar bagaimana Kiblat akan dibebaskan daripada berhala dan amalan syirik.

Manusia hendaklah menerima Islam keseluruhannya. Kita kena mengambil syariat Rasul terakhir untuk menjadi umat terpilih dan menjadi contoh kepada manusia seluruh dunia. Ini termasuk cara berekonomi, politik dan bernegara. Oleh itu bahagian ini banyak mengandungi hukum-hakam syariat terakhir yang diturunkan kepada umat baru yang terpilih. Bukan lagi kepada Bani Israil tetapi kepada sekarang kepada Bani Ismail. Kaum Arab akan menjadi khalifah kepimpinan umat manusia menggantikan kaum Yahudi. Dan di dalam Juzuk 2 ini adalah keadaan umat Islam sudah ada negara dan dapatlah menegakkan dan mengamalkan agama Islam dengan sepenuhnya yang mereka tidak dapat lakukan ketika di Mekah dahulu. Sudah tidak perlu mengamalkan agama dengan sembunyi-sembunyi lagi.

Antara mesej penting juga ialah kepentingan infaq dan jihad. Untuk menyebarkan tauhid, menegakkan hukum-hakam dan syariat Islam hanya boleh dilaksanakan dengan adanya kekuasaan Islam. Itulah kena ada Negara Islam. Maka ada banyak seruan yang menyatakan umat Islam kena infaq, korban masa, tenaga, jihad perang untuk menegakkan Negara Islam. Malah kita akan bertemu perintah mengerjakan Haji, bahaya minuman keras dan perjudian dan peraturan berkenaan dengan membentuk rumahtangga, tentang kahwin, talak, rujuk, iddah, sampai kepada meminang, sampai kepada cara bergaul suami-isteri; semuanya itu peraturan yang selalu berpokok dan berpangkal daripada akidah dan hubungan takwa kepada Allah.

Allah mulakan dengan berbincang berkenaan dengan kiblat. Ini adalah perkara yang penting, kerana ada yang jatuh syirik berkenaan kiblat. Ini kerana ada yang kata kita sembah hajarul aswad. Kalau kita tidak faham tentang perkara ini, ada kemungkinan kita pun boleh terkeliru dan tertipu dengan dakyah daripada agama-agama lain. Sebenarnya tidak ada apa dengan batu itu. Kalau kita sangka kita mengadap kiblat sama seperti mengadap berhala, maka kita boleh kufur. Sebab itu ada orang kafir ada yang berkata kita sembah batu dan kalau kita mengiyakan kata mereka itu, maka kita akan jatuh kafir. Ada enam ayat Al-Qur’an tentang kiblat yang diturunkan kepada kita. Allah ‎ﷻ menurunkan banyak ayat berkenaan dengannya kerana ini adalah perkara besar dan sangat penting, maka ia perlu dijelaskan dengan betul. Sebab kalau tidak dijelaskan, manusia akan nampak seolah-olah kita semua sembahyang mengadap Hajarul Aswad pula.

Agama lain tidak ada wahyu turun atau arahan dari Tuhan untuk mereka mengadap mana-mana arah dalam ibadat mereka kecuali apa yang dikatakan oleh guru-guru mereka. Tetapi lain dengan kita kerana kita menghadap kiblat Ka’bah kerana ia adalah arahan daripada Allah ‎ﷻ. Kita menghadap Kiblat di Ka’bah itu kerana itu adalah arahan Allah ‎ﷻ. Kita menghadap ‘arah’, bukannya kita menghadap batu itu. Kalaulah Allah suruh kita mengadap pelbagai arah pun kita kena buat. Contohnya untuk qiyam mengadapap Ka’bah, kemudian rukuk kena mengadap BaitulMaqdis pula, maka kita tetap kena lakukan kerana ia adalah arahan Allah. Kita dengar dan kita taat.

Ayat ini juga adalah sebagai isyarat bahawa Nabi Muhammad ﷺ sudah kena memisahkan diri  baginda daripada Bani Israil. Mereka telah diberi peluang untuk mengikut baginda dan masuk Islam serta berjuang bersama-sama baginda dalam menegakkan agama Allah ‎ﷻ. Tetapi mereka tidak mengambil peluang itu. Sebelum ini ada persamaan antara Bani Israil dan orang Islam kerana mereka menghadap kiblat yang sama (BaitulMaqdis). Tetapi apabila ditukar nanti, bermakna telah ada pemisahan antara mereka dan kita.

Allah ‎ﷻ suruh ubah kiblat ke Mekah kerana ia adalah kiblat asal Nabi Ibrahim عليه السلام. Dan puak Ahli Kitab pun mengagungkan juga baginda, jadi sepatutnya tidak ada masalah dengan arah ini. Akan tetapi kita akan lihat mereka mengutuk pula Nabi Muhammad kerana mereka tuduh baginda memandai-mandai ubah arah kiblat yang Allah telah tetapkan. Dan Mekah pula memang pusat dunia. Oleh itu, ia amat sesuai menjadi kiblat sepanjang zaman.

سَيَقولُ السُّفَهاءُ مِنَ النّاسِ ما وَلَّٮٰهُم عَن قِبلَتِهِمُ الَّتي كانوا عَلَيها ۚ قُل لِّلَّهِ المَشرِقُ وَالمَغرِبُ ۚ يَهدي مَن يَشاءُ إِلىٰ صِرٰطٍ مُّستَقيمٍ

Sahih International

The foolish among the people will say, “What has turned them away from their qiblah, which they used to face?” Say, “To Allah belongs the east and the west. He guides whom He wills to a straight path.”

Malay

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah – (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus”.

 

سَيَقُولُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ

Akan berkata orang-orang yang bodoh daripada kalangan manusia;

Ayat ini turun sebelum ditukarkan lagi kiblat itu. Sebab itu dikatakan ‘akan berkata’ orang-orang yang bodoh. Sebelum mereka cakap lagi Allah ‎ﷻ sudah beritahu apa yang mereka akan kata. Ini adalah sebagai persiapan mental kepada Nabi Muhammad dan para sahabat. Orang-orang bodoh yang berkata begitu adalah orang Yahudi dan orang Munafik yang berada di Madinah semasa itu. Juga boleh dimasukkan golongan Musyrikin Mekah kerana mereka pun sibuk juga dalam hal ini. Mereka kata ini Muhammad hendak balik ke agama nenek moyanglah sebab itu tukar kiblat ke Ka’bah.

Ini kerana ayat ini adalah sambungan dari ayat-ayat sebelum ini tentang puak Yahudi itu. Kerana itulah permulaan ayat ini tidak dimulai dengan harf و yang menjadi tanda masuk kepada topik yang baru. Oleh kerana itu السُّفَهَاءُ di dalam ayat ini antara lain merujuk kepada golongan Yahudi. Tapi Allah tidak sebut nama mereka, hanya disebut السُّفَهَاءُ kerana hendak menekankan yang itulah sifat mereka. Tapi kita tahu kerana kesinambungan ayat ini dari ayat-ayat tentang mereka sebelum ini.

Akan berkata golongan bodoh itu daripada golongan Yahudi, Munafik dan Musyrikin. Allah ‎ﷻ panggil mereka golongan ‘yang bodoh’. Maksud السُّفَهَاءُ adalah orang-orang yang lemah akalnya, atau yang melakukan sesuatu tanpa dasar, sama ada kerana memang tidak tahu atau tahu, tapi sengaja tidak ikut. Ini kerana mereka berkata itu dalam nada mengejek: “Kenapa tukar-tukar?” Mereka kata Islam adalah agama yang tidak tetap. “Agama apa ini, boleh tukar-tukar pula?” Begitulah lebih kurang kata-kata mereka. Memang orang bodoh akan berkata tak fikir dahulu sebelum bercakap, pakai cakap apa sahaja yang lalu di kepala mereka yang dangkal. Begitulah yang kita lihat di dalam media sosial apabila ada perbincangan agama. Ramai yang tidak ada ilmu, tapi nak komen ikut otak mereka sahaja.

Ini adalah pujukan (tasliah) kepada Nabi Muhammad. Allah hendak pujuk supaya jangan kisahlah kata-kata orang bodoh itu. Ini macam kita kena kritik dalam dakwah Sunnah kita. Akan banyak yang akan kritik kita, sudah tentu punya. Tapi kalau yang kritik itu keyboard warrior di FB yang hingusan dan kita pun tahu mereka itu tidak ada ilmu, tak payahlah kita nak pening kepala. Memang itu sudah kerja mereka. Seperti banyak sahaja yang kritik tulisan saya di blog ini tapi apabila saya minta hujah, mereka krik krik sahaja kerana memang tidak ada hujah. Lainlah kalau yang kritik itu kita dengar seorang ustaz dan dia dihormati kerana ilmunya, maka kita kena periksa baliklah apa yang kita tulis. Tapi kalau budak-budak dan ustaz kampung yang kritik, tak payah kisahlah.

Apakah kata-kata orang bodoh itu? Ada yang berkata bahwa peralihan kiblat ini ialah kerana Muhammad itu berfikir kurang matang, sebentar menghadap ke sana sebentar menghadap ke mari. Dan ada pula yang berkata bahawa Muhammad hendak mengajak manusia kembali kepada agama nenek-moyangnya. Sebab di waktu itu di Ka’bah masih didapati berhala-berhala. Semuanya ini adalah lidah yang tidak bertulang. Maka di dalam ayat ini Nabi diberi peringatan, bahawa sebagaimana sudah terbiasa, apabila seorang Rasul atau pemimpin membuat suatu perubahan baru, sudah pasti akan ada ribut-ribut. Tetapi ribut-ribut hanya akan datang dari orang’ orang bodoh, orang yang tidak bertanggungjawab. Samalah kalau kita lihat perbahasan agama di media sosial. Kita perhatikan ramai sahaja orang jahil akan sibuk komen padahal mereka tidak ada asas di dalam agama. Tidak berilmu, tapi masih tetap hendak beri komen.

Allah beritahu kepada Nabi Muhammad yang baginda akan berhadapan dengan kata-kata orang bodoh. Jadi tidak perlu acuhlah kepada kata-kata mereka. Letih kalau hendak melayan kata-kata orang bodoh. Imam Syafi’i berkata :

ﺍﺫَﺍ ﻧﻄَﻖَ ﺍﻟﺴَّﻔِﻴْﻪُ ﻭَﺗُﺠِﻴْﺒُﻬُﻔَﺦٌﺮْﻳَ ﻣِﻦْ ﺍِﺟَﺎﺑَﺘِﻪِ ﺍﻟﺴُّﻜُﻮْﺕُ
Apabila orang bodoh mengajak berdebat denganmu, maka sikap yang terbaik adalah diam, tidak melayan

ﻓﺎِﻥْ ﻛَﻠِﻤَﺘَﻪُ ﻓَﺮَّﺟْﺖَ ﻋَﻨْﻬُﻮَﺍِﻥْ ﺧَﻠَّﻴْﺘُﻪُ ﻛَﻤَﺪًﺍ ﻳﻤُﻮْﺕُ
Apabila kamu melayani, maka kamu akan susah sendiri. Dan bila kamu berteman dengannya, maka dia akan selalu menyakiti hati

ﻗﺎﻟُﻮْﺍ ﺳﻜَﺖَّ ﻭَﻗَﺪْ ﺧُﻮْﺻِﻤَﺖْ ﻗُﻠْﺖُ ﻟَﻬُﻤْﺎِﻥَّ ﺍﻟْﺠَﻮَﺍﺏَ ﻟِﺒَﺎﺏِ ﺍﻟﺸَّﺮِ ﻣِﻔْﺘَﺎﺡُ
Apabila ada orang bertanya kepadaku, jika ditentang oleh musuh, apakah engkau diam?? Jawabku kepadanya : Sesungguhnya untuk menangkal pintu-pintu kejahatan itu ada kuncinya

ﻭﺍﻟﺼﻤْﺖُ ﻋَﻦْ ﺟَﺎﻫِﻞٍ ﺃَﻭْ ﺃَﺣْﻤَﻖٍ ﺷَﺮَﻓٌﻮَﻓِﻴْﻪِ ﺃَﻳْﻀًﺎ ﻟﺼﻮْﻥِ ﺍﻟْﻌِﺮْﺽِ ﺍِﺻْﻠَﺎﺡُ
Sikap diam terhadap orang bodoh adalah suatu kemuliaan. Begitu pula diam untuk menjaga kehormatan adalah suatu kebaikan.

 

مَا وَلَّٮٰهُم عَنْ قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا

“Apakah yang menyebabkan mereka berpaling dari kiblat mereka yang dulu hadap?”

Kalimah قِبلَةَ dari kata dasar ق ب ل yang bermaksud menerima, jumpa seseorang, mengadap seseorang atau sesuatu, tunjuk persetujuan, dan banyak lagi. Kita pun sudah tahu maksud kiblat ini. Dulu Nabi ﷺ mengadap kiblat di Baitulmaqdis dalam salat, tetapi selepas itu Nabi ﷺ diperintahkan Allah ‎ﷻ untuk menghadap ke Mekah. Jadi, orang-orang yang bodoh mengatakan kenapakah Nabi ﷺ dan sahabat-sahabat berpindah kiblat?

Kiblat BaitulMaqdis juga adalah kiblat Yahudi. Di awal hijrah umat Islam di Madinah, kiblat masih lagi mengadap ke arahnya seperti disebut di dalam hadith yang direkodkan daripada al-Bara bin ‘Azib RA:

عَنْ الْبَرَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ شَهْرًا أَوْ سَبْعَةَ عَشَرَ شَهْرًا وَكَانَ يُعْجِبُهُ أَنْ تَكُونَ قِبْلَتُهُ قِبَلَ الْبَيْتِ وَأَنَّهُ صَلَّى أَوْ صَلَّاهَا صَلَاةَ الْعَصْرِ وَصَلَّى مَعَهُ قَوْمٌ فَخَرَجَ رَجُلٌ مِمَّنْ كَانَ صَلَّى مَعَهُ فَمَرَّ عَلَى أَهْلِ الْمَسْجِدِ وَهُمْ رَاكِعُونَ قَالَ أَشْهَدُ بِاللَّهِ لَقَدْ صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِبَلَ مَكَّةَ فَدَارُوا كَمَا هُمْ قِبَلَ الْبَيْتِ وَكَانَ الَّذِي مَاتَ عَلَى الْقِبْلَةِ قَبْلَ أَنْ تُحَوَّلَ قِبَلَ الْبَيْتِ رِجَالٌ قُتِلُوا لَمْ نَدْرِ مَا نَقُولُ فِيهِمْ فَأَنْزَلَ اللَّهُ { وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ }
Dari Al Bara’ radliallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam salat dengan menghadap ke Baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Dan baginda menyukai jika kiblatnya menghadap ke arah Ka’bah. Kemudian baginda pun salat Asar bersama sekelompok para sahabat dengan menghadap ke arah kiblat. Setelah itu salah seorang dari sahabat tersebut keluar dan melalui kaum muslimin di sebuah masjid yang pada waktu itu mereka sedang ruku. Sahabat tadi berkata; Aku bersaksi kepada Allah, sungguh aku telah salat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dengan menghadap kiblat. Mereka pun segera berputar dalam keadaan salat menghadap ke arah kiblat. Ada beberapa orang yang telah meninggal dengan menghadap ke arah kiblat pertama yang kami tidak tahu apa yang harus kami katakan mengenai hukumnya bagi mereka tersebut. Maka Allah pun menurunkan ayat; “Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan keimanan kalian, sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang kepada manusia.” (Al Baqarah: 143).
Sahih Bukhari (4126)

Golongan Yahudi mencemburui Kiblat Ka’bah kerana ia adalah satu kelebihan yang Allah berikan kepada umat Islam. Ini kita dapat tahu dari hadith yang diriwayatkan dari Ummum Mukminin Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

إنَّهم لا يَحسُدونا على شيءٍ كما يَحسُدونا على يومِ الجمُعةِ التي هَدانا اللهُ لها، وضَلُّوا عنها، وعلى القِبلةِ التي هَدانا اللهُ لها، وضَلُّوا عنها، وعلى قولِنا خلفَ الإمامِ: آمينَ
“Sesungguhnya kaum Yahudi itu tidak hasad kepada kita atas suatu yang lebih mereka hasad yakni:
– Hasad mereka akan hari Jumaat yang Allah anugerahkan. kepada kita dan mereka telah mengkufuri pemberian Allah.
– Hasad mereka akan kiblat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah sesat padanya.
– Hasad pada ucapan amin kita ketika solat di belakang imam.”
1. Imam Bukhari (6395)
2. Imam Muslim (2165)
3. Imam Tirmizi (2701)
4. Imam Nasaie (10213)
5. Imam Ibnu Majah (856)
6. Imam Ahmad (25029)

Telah jelas kepada kita bahawa semasa di Madinah, Nabi dan para sahabat mengadap ke BaitulMaqdis. Tapi kita tahu bahawa perintah solat telah diberi semasa Isra’ Mi’raj iaitu semasa Nabi berada di Mekah. Kiblat apakah yang dihadap mereka semasa di Mekah? Ada Tiga pendapat:

    1. Mengadap Ka’bah juga waktu itu. Sebab tiada riwayat yang mengatakan masyarakat Arab kritik Nabi berkenaan hal kiblat. Kalau mengikut pendapat ini, hanya apabila di Madinah sahaja mereka berkiblatkan BaitulMaqdis.
    2. Sudah mengadap BaitulMaqdis tapi Nabi mengadap Ka’bah juga di dalam masa yang sama. Maknanya, Nabi dan para sahabat buat allignment supaya mengadap dua-dua kiblat di dalam satu masa ketika solat. Tapi pendapat ini tidak kuat. Kerana kedudukan rumah sahabat tidak begitu. Rumah mereka berselerak, jadi susah kalau kita kata mereka mengadap dua-dua kiblat. Banyak kemusykilan boleh ditimbulkan dalam pendapat ini.
    3. Mereka hanya mengadap BaitulMaqdis sahaja. Ini adalah kerana waktu itu Ka’bah ada banyak berhala jadi untuk membezakan antara Muslim dan kafir. Dan apabila hijrah ke Madinah, mereka terus sambung mengadap BaitulMaqdis selama 16/17 bulan.

Oleh kerana perbezaan pendapat ini, maka kalimat كَانُوا عَلَيْهَا boleh ditafsirkan dengan dua cara. Sama ada ia merujuk kepada BaitulMaqdis atau ia boleh merujuk kepada Ka’bah.

Apa-apa pun, kita boleh lihat bahawa arahan mengadap BaitulMaqdis itu hanya ada dalam wahy khafi – hadis sahaja. Ini adalah kerana ia tidak ada di dalam Al-Qur’an. Itu pun sudah menunjukkan ianya bersifat sementara sahaja. Ada juga pendapat yang mengatakan arah kiblat BaitulMaqdis itu pun sebenarnya bukan arahan Allah akan tetapi ijtihad Nabi Muhammad sahaja. Allahu a’lam.

Selepas Nabi ﷺ dan para sahabat berpindah ke Madinah, kiblat dalam salat waktu itu adalah ke BaitulMaqdis selama 16 atau 17 bulan sebelum ditukar ke Mekah. Sepanjang waktu itu, Nabi ﷺ sentiasa berharap supaya kiblat ditukar ke Mekah. Dan ia telah ditukar dan ia adalah hukum pertama yang dinasikhkan oleh Allah.

Apabila kiblat diubah dari kiblat yang digunakan juga oleh puak Yahudi, itu menunjukkan status mereka akan dijatuhkan daripada menjadi umat pilihan. Sebelum ini, mereka adalah umat pilihan, namun tidak lagi. Ini kerana mereka tidak mengambil peluang yang ada untuk menerima Nabi Muhammad ﷺ. Kita boleh katakan yang BaitulMaqdis adalah ibu negara kepada Bani Israil. Ibu negara adalah sesuatu yang amat penting kepada sesuatu tamadun. Mereka bangga apabila orang Islam juga menghadap kepada kiblat mereka. Tetapi apabila kiblat itu diubah nanti, mereka akan marah. Sepatutnya, kalau difikirkan, mereka tidak patut rasa apa-apa, sebab kepada mereka, kita adalah agama yang sesat pun. Tetapi yang jelas, mereka akan marah. Ini adalah kerana mereka sebenarnya tahu bahawa Nabi Muhammad ﷺ itu adalah Rasul yang benar, cuma mereka tidak mahu terima sahaja kerana degil. Mereka jadi marah kerana apabila Nabi ﷺ berpindah kepada menghadap Ka’bah, yang juga bermakna umat Islam waktu itu membelakangi Masjidil Aqsa kerana perubahan kiblat itu adalah 180%.

Nabi-Nabi daripada kalangan Bani Israil memang menghadap ke BaitulMaqdis dalam ibadat mereka, ini tidak dinafikan. Maka oleh itu, mereka kata, kalau Islam ini agama yang benar, mestinya umat Islam menghadap ke BaitulMaqdis jugalah sepertimana Nabi-nabi terdahulu. Namun tidak begitu kehendak Allah ‎ﷻ.

Ayat ini masih lagi terpakai kerana memang sampai sekarang ada lagi yang mempersoalkan kenapa kiblat ditukar. Sebelum ini telah disebut tafsiran bagi السُّفَهَاءُ adalah Yahudi. Akan tetapi ia juga boleh merujuk kepada sesiapa sahaja yang bodoh dari kalangan manusia dan tidak terhad kepada golongan Yahudi sahaja. Sebab itulah Allah tidak mengkhususkan sebut golongan Yahudi di dalam ayat ini melainkan hanya menyebut السُّفَهَاءُ sahaja. Memang akan sentiasa sahaja ada orang bodoh dalam dunia ini yang mempersoalkan hal ini. Contohnya di universiti-universiti ada lagi Professor-professor yang kata patutnya Islam tidak menukar kiblat. Patutnya pakai sahaja kiblat ke Jurusalem. Apa mereka sangka ia adalah pilihan Nabi? Atas pertanyaan dan ejekan mereka ini, Allah ‎ﷻ jawab dengan dua cara. Satu tegas dan satu dengan penuh kesempurnaan.

 

قُلْ لِّلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ

Katakanlah: milik Allahlah timur dan barat;

Sekarang Allah ajar apa yang hendak dijawab kepada orang-orang bodoh itu. Nabi Muhammad tak perlu fikir skrip, sekarang Allah berikan sendiri. Beritahulah yang Allah ‎ﷻ memiliki segala-galanya. Barat Dia punya, timur pun Dia punya, mana-mana arah Dia juga yang punya. Maka terpulang kepada Allah ‎ﷻlah hendak suruh kita menghadap ke mana-mana pun. Semua arah adalah kepunyaan-Nya. Yang penting adalah arahan itu dan arah ke mana tidak penting. Ini kerana jalan yang lurus adalah dengan mengikut arahan Allah ‎ﷻ bukan arah yang mana. Mereka tidak faham atau buat-buat lupa tentang perkara ini. Perkara ini telah disebut di dalam ayat 115 surah ini sebelum ini:

وَلِلَّهِ المَشرِقُ وَالمَغرِبُ ۚ فَأَينَما تُوَلّوا فَثَمَّ وَجهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ واسِعٌ عَليمٌ
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

Arah mana kiblat itu tidak penting sangat kerana disebut di dalam ayat 115 yang kita hadapkan di dalam solat, فَثَمَّ وَجهُ اللَّهِ di situlah wajah Allah. Tambahan pula disebut di dalam Baqarah:177 yang kebaikan itu bukanlah pada arah,

لَّيسَ ٱلبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُم قِبَلَ ٱلمَشرِقِ وَٱلمَغرِبِ
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat

Maknanya Allah tidak perlukan arah. Kebaikan juga boleh dicapai walaupun tanpa mengadap ke arah yang spesifik. Akan tetapi penyatuan arah adalah penting kerana kalau semua arah berlainan, maka tentulah tidak molek, bukan? Agama Islam mementingkan penyatuan, maka mestilah kena ada satu arah yang sama-sama umat Islam menghadap kepadanya. Ada berbagai cara untuk menyatukan masyarakat, sebagai contoh tempat, bahasa, bangsa dan lain-lain lagi. Bagi umat Islam seluruh dunia, kebijaksanaan Allah adalah menyatukan satu arah di dalam ibadah yang dilakukan setiap hari iaitu solat. Kerana kalau bahasa yang dijadikan alat penyatuan, bukan semua umat Islam boleh berbahasa Arab. Jadi kalau cara lain yang dijadikan sebagai punca penyatuan, ia tidak akan berjaya. Sebab itu Islam tidak ada uniform dan tidak perlu pun hendak pakai jubah, riddah di bahu kanan atau serban yang sama. Pakai baju apa-apa pun boleh asalkan menutup aurat dan tidak menjolok mata.

Pentingnya kiblat ini sampaikan kita tidak boleh mengkafirkan ahlul qiblah. Tapi Allah tidak berikan manusia memilih kerana kalau manusia pilih sendiri tentulah takkan selesai perbincangan mana satu arah yang dipersetujui. Jadi Allah sendiri yang pilih supaya manusia terus boleh ikut sahaja. Dan Allah telah lama pilih Ka’bah kerana itulah rumah ibadat yang pertama dibina di dunia seperti disebut di dalam Ali Imran:96

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعٰلَمِينَ
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Jadi kiblat ke Ka’bah itu bukanlah baru, jadi apabila umat Islam menghadap ke Ka’bah sebenarnya kita kembali ke kiblat yang asal. Cuma semasa Nabi ﷺ di Mekah, baginda menghadap BaitulMaqdis dalam salat baginda (mengikut satu pendapat yang kita akan bincangkan nanti). Ini kerana semasa di Mekah, Nabi ﷺ boleh lagi berada dalam posisi di mana baginda menghadap Ka’bah dan BaitulMaqdis dalam waktu yang sama. Nabi ﷺ menjadikan kedudukan Ka’bah dan BaitulMaqdis sejajar supaya baginda boleh hadap kedua-duanya sekali. Tetapi apabila telah berhijrah ke Madinah, Nabi ﷺ dan umat Islam lain tidak boleh lagi buat begitu. Nabi ﷺ telah sedih disebabkan perkara itu kerana Nabi ﷺ amat sayangkan Ka’bah kerana ia ada kaitan dengan Nabi Ibrahim عليه السلام.

Waktu ayat ini diturunkan, Mekah dan Ka’bah masih lagi dalam jajahan takluk Musyrikin Mekah. Di situ masih banyak lagi berhala sembahan mereka. Apabila Allah ‎ﷻ berkata bahawa kiblat akan dipindahkan ke situ, itu sebenarnya telah memberi isyarat bahawa orang Islam akan menakluki Mekah. Ini kerana tidak mungkin Allah ‎ﷻ hendak membiarkan umat Islam terus salat menghadap ke arah Ka’bah yang banyak berhala padanya? Para sahabat dari Mekah memang tidak pernah melupakan Mekah dan Ka’bah walaupun mereka telah berada di Madinah dan telah membina negara Islam di situ. Dari mula lagi mereka sudah tahu bahawa mereka akan kembali juga ke Mekah.

 

يَهدي مَن يَشاءُ إِلىٰ صِرٰطٍ مُّستَقيمٍ

Allah pimpin kepada sesiapa yang Dia kehendaki kepada jalan menuju kepada jalan yang lurus;

Di dalam Surah Fatihah Ayat 6 telah disebut الصِّرٰطَ المُستَقيمَ yang kita dambakan itu. Dari segi syarak, ada lima kriteria untuk sesuatu jalan atau laluan itu boleh dipanggil ‘الصِّراطَ ‘. الصِّراطَ adalah jalan yang spesifik kerana ada perkataan lain lagi yang boleh digunakan untuk jalan, seperti طريق dan سبيل. Tetapi, perkataan-perkataan itu tidak digunakan, sebaliknya, digunakan perkataan yang khusus – الصِّراطَ. Kriteria-kriteria yang perlu ada untuk sesuatu jalan itu dipanggil الصِّراطَ adalah:

1. Ia mestilah jalan yang lurus. Ada jalan yang bengkang bengkok yang masih lagi boleh digunakan oleh manusia, tetapi ia bukanlah الصِّراطَ kalau ia tidak lurus.

2. Jalan itu membawa mereka yang sampai kepada tujuan yang dikehendaki.

3. Jalan itu adalah jalan yang paling dekat. Dan memang kalau jalan yang lurus, ia adalah jalan yang paling dekat kerana tidak membelok ke mana-mana.

4. Jalan yang luas sampai boleh dilalui oleh mereka yang hendak melaluinya. Jalan yang selesa untuk dilalui.

5. Jalan itu khusus untuk destinasi yang dimaksudkan. Kalau bukan spesifik jalan yang membawa kepada jalan yang lurus, Allah ﷻ menggunakan طريق atau سبيل sahaja. Dan memang perkataan سبيل ada digunakan dalam Al-Qur’an seperti yang dalam An’am: 153

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,

Allah ‎ﷻ boleh pilih dan bawa sesiapa sahaja ke arah kebenaran. Kerana itu kita katakan hidayah itu milik Allah ‎ﷻ. Dan Allah ‎ﷻ akan beri hidayah kepada mereka yang mahukan kebenaran. Iaitu mereka yang ada sifat inabah dalam hatinya. Mereka sendiri mahu kepada kebenaran dan sanggup mengikutnya. Iaitu jalan menuju kepada Allah ‎ﷻ. Iaitu jalan Al-Qur’an dan Sunnah. Jalan untuk mentauhidkan Allah ‎ﷻ. Iaitu jalan yang ikut kepada perintah Allah ‎ﷻ. Maka kenalah kita minta jalan yang lurus ini daripada Allah ‎ﷻ.

Allah sahaja yang tahu mengapa Dia arahkan manusia untuk mengadap Ka’bah di dalam ibadah. Kita mungkin boleh agak-agak sahaja dan tidak tahu dengan pasti. Akan tetapi bagi mereka yang Allah hendak beri hidayah, senang sahaja ikut apa sahaja arahan dari Allah. Kita tidak perlu tahu apakah hikmat sesuatu amalan itu untuk kita mengamalkannya. Asalkan kita taat sahaja kepada perintahNya. Yang pasti, tentu ada hikmah sama ada kita tahu atau tidak.

Tapi tidak salah untuk kita buat andaian apakah hikmat Allah suruh umat Islam bertukar arah kiblat. Ia boleh jadi benar tapi boleh juga jadi salah. Ulama’ berusaha memikirkan kenapa dan mengapa dari sesuatu arahan Allah kerana ia tugas akal yang memang ingin mengetahui, bukan? Boleh jadi pengalihan kiblat pertama dari Mekah ke BaitulMaqdis kerana pada waktu itu, Mekah dan Ka’bah dipenuhi dengan berhala yang banyak. Dan sekarang sudah sampai masa untuk membersihkan Ka’bah dari berhala-berhala itu maka sekarang diarahkan manusia untuk mengarah kepadanya.

Allah akan membawa orang yang mahukan kebenaran ke arah kebenaran. Kerana dia sendiri yang hendak. Kerana itu ada kaedah penting di dalam ayat ini, iaitu نظرة الأمر وليس إلى الأمر ‏  (lihatlah kepada yang memberi arahan, bukannya kepada arahan itu). Jadi arahan untuk mengadap ke Ka’bah sebagai kiblat adalah arahan Allah. Tak perlulah untuk kaji kenapa dan mengapa pula.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 24 November 2024

Ringkasan Surah Baqarah


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Baqarah Ayat 1 (Pengenalan Surah Baqarah)

Pengenalan

Surah Baqarah merupakan surah ke 87 yang diturunkan. Ia merupakan surah terpanjang dalam Al-Qur’an yang mengandungi sebanyak 286 ayat. Ia adalah surah madaniyah dan diturunkan pada tahun 2 Hijrah.

Surah Baqarah mengandungi 4 Perenggan Makro utama serta pecahan tema untuk setiap ayat seperti berikut:

Perenggan Makro Pertama:
Mukadimah (Ayat 1 hingga Ayat 39)
Tiga Golongan Manusia iaitu:
Mukmin (Ayat 3 hingga Ayat 5)
Kafir (Ayat 6 hingga Ayat 7)
Munafik (Ayat 8 hingga Ayat 20

Perenggan Makro Kedua: Kedegilan dan kesombongan kaum yahudi.
Sebab-sebab Bani Israil hilang kuasa kepimpinan dan kemuliaan bangsa Nabi-nabi [Ayat 40 hingga Ayat 141)

Perenggan Makro Ketiga: Amalkan islam secara kaffah.
Manusia hendaklah menerima Islam keseluruhannya. Mengambil syariat Rasul terakhir untuk jadi umat terpilih dan contoh kepada manusia seluruh dunia. Cara berekonomi, politik dan bernegara. (Ayat 142 hingga Ayat 283)

Perenggan Makro Keempat: Penutup.
Janji kejayaan dan keselamatan jika ikut syariat Nabi terakhir. Umat Nabi akan menjadi bangsa yang memimpin dunia. (Ayat 284 hingga Ayat 286)

 

Mesej Utama Surah:
Perubahan kepimpinan akan berlaku bila amanah dikhianati. Tamadun dan kekuasaan akan beralih tangan bila berlaku kezaliman. Begitulah Kaum Bani Israil hilang kemuliaan mereka. Kiblat pun bertukar, bangsa para Nabi pun bertukar daripada kebanyakannya bani Israil kepada bani Ismail. Tempoh pertukaran ini berlangsung kira-kira 2500 tahun.

Surah yang kedua ini dinamakan Surat “al-Baqarah” yang bererti ‘lembu betina’, kerana ada kisah tentang Bani Israil disuruh oleh Nabi Musa  mencari seekor lembu betina untuk disembelih, yang tersebut pada ayat 67 sampai 74. Adapun nama surah-surah Al-Qur’an bukanlah sebagai judul daripada sebuah peristiwa atau nama daripada sebuah buku yang menerangkan suatu hal yang khas. Ia hanyalah sebagai tanda belaka daripada surah yang dinamakan itu, dan bukanlah juga kerana nama itu lebih penting daripada perkara lain yang dihuraikan di dalamnya, kerana semuanya penting. Yang menentukan nama-nama ini adalah Rasulullah ﷺ sendiri dengan petunjuk Jibril .

Bagi meresapkan perasaan membaca Surat al-Baqarah ini hendaklah kita ingat bahawa sebahagian besar daripada ayatnya diturunkan pada mula-mula Rasulullah ﷺ pindah (hijrah) ke Madinah. Mula-mula mendirikan masyarakat Islam setelah 13 tahun menegakkan akidah di Mekah, dan mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy. Sekarang telah dapat menegakkan cita dengan bebas, kerana kesediaan kaum Ansar menyambut iman dan menyambut Rasul. Maka mulai dari hari pertama baginda datang ke Madinah, nama negeri itu ditukar daripada nama lama, Yatsrib atau Thibah menjadi Madinah atau lebih tepat lagi Madinatur-Rosul, Kota Utusan Tuhan.

Meskipun telah terlepas daripada tentangan kaum musyrikin Quraisy di Mekah, dan telah dapat menyusun kekuatan Islam dan melancarkan hukumnya, baginda terpaksa berhadapan mula dengan kaum yahudi di Madinah, yang telah duduk di negeri itu sejak beratus tahun lamanya, setelah terjadi berkali-kali pengusiran raja-raja Romawi ke atas mereka dari Palestina. Mereka merasa bahawa kelas mereka lebih tinggi daripada penduduk Arab asli yang tinggal di negeri itu, yang umumnya daripada persukuan Aus dan Khazraj, disebabkan mereka memeluk agama Tauhid, mempunyai Kitab Taurat dan kedatangan ramai Nabi di zaman dahulu. Kepada orang-orang Arab penduduk asli itu kerap mereka banggakan tentang kepercayaan mereka, dan di masa itu sudah mulai ada perasaan bagi mereka bahawa mereka adalah umat pilihan Tuhan. Pernah juga mereka menyebut kepada orang Arab itu bahawa Kitab Taurat mereka ada menyebut bahawa akan datang lagi seorang Rasul yang akan menyempurnakan hukum Taurat.

Oleh itu surah Al-Baqarah adalah surah yang terpanjang dan ia banyak menceritakan tentang sifat-sifat Yahudi. Kita pun kenalah tahu apakah masalah mereka supaya apa yang terjadi kepada mereka boleh menjadi pengajaran kepada kita. Kita kena faham yang Allah ‎ﷻ bukan marah ‘bangsa Yahudi’, tetapi ‘sifat Yahudi’ kerana ada sahaja yang baik dalam kalangan mereka dan isteri Nabi pun ada yang daripada bangsa Yahudi. Yang tidak boleh diikuti adalah perangai mereka. Orang Melayu pun boleh jadi ada perangai seperti mereka itu. Takut kita pun ada perangai sepertimana yang dikutuk dalam Al-Qur’an ini.

Dengan perancangan yang baik sekali, sebaik sahaja Rasulullah ﷺ berpindah ke Madinah, Rasulullah ﷺ telah membuat berbagai perjanjian dengan kaum Yahudi itu, agar bertetangga dengan baik, akan sama mempertahankan Madinah jika diserang dari luar; dan mereka disebut Ahlul-Kitab, tidak disamakan pandangan kepada mereka dengan pandangan kepada kaum musyrikin, melainkan diperlakukan dengan hormat. Akan tetapi kian lama kian nyata bahawa perjanjian-perjanjian bertetangga baik itu tidaklah mereka junjung tinggi. Mereka semakin lama semakin menunjukkan sikap angkuh, merasa diri lebih, menentang, menguji Nabi ﷺ malah menghina Islam.

Maka kita dapatilah dalam Surat al-Baqarah ini ayat-ayat yang telah mula menghadapi mereka, yang dalam bahasa sekarang disebut konfrontasi. Namun dasar daripada tentangan itu ialah menyedarkan mereka pokok ajaran Tauhid dan mengingatkan pertolongan-pertolongan yang telah diberikan Ilahi kepada mereka. Juga memperingatkan pula bahawa ajaran yang dibawa Muhammad ﷺ ini bukanlah memusuhi Yahudi, tetapi sambungan daripada usaha Rasul-rasul yang terdahulu, dan bahwasanya baik Yahudi atau Nasrani, atau ajaran yang dibawa Nabi Muhammad ﷺ sekarang, hanya satu sahaja rumpun asalnya, iaitu agama “Menyerah diri kepada Allah ﷻ”, yang telah dimulakan oleh nenek-moyang mereka Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُlah yang melahirkan keturunan Ishaq dan Ya’qub yang menurunkan Bani Israil. Manakala Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ pula yang melahirkan Nabi Ismail عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ lalu menurunkan Nabi Muhammad ﷺ dan Arab Musta’ribah. Kedatangan Nabi Muhammad ﷺ ialah mengajak semua supaya kembali kepada agama “Menyerah diri kepada Tuhan” ajaran Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu, yang dalam bahasa Arabnya disebut ISLAM.

Mungkin ada yang berpendapat, setelah Rasulullah ﷺ selamat membina negara di Madinah, mempunyai kerajaan dan sahabat yang membantu baginda, maka baginda sudah senang. Akan tetapi ini tidak benar. Kalau di Mekah, baginda menghadapi satu puak sahaja, iaitu Musyrikin Mekah. Namun di Madinah, baginda menghadapi lebih lagi tentangan.

Di samping soal menghadapi Yahudi ini timbul lagi soal lain, iaitu Arab penduduk Madinah sendiri yang merasa diri mereka ‘dilangkahi’ disebabkan kedatangan Rasulullah ﷺ ke Madinah. Selama ini pimpinan dipegang oleh mereka, tetapi sejak Rasulullah ﷺ datang, mereka merasa tersingkir. Akan dihadapi secara kasar, ternyata mereka telah kalah kerana ramai telah menerima Rasulullah ﷺ. Golongan inilah yang menjadi kaum munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Kaum munafik ini pun menjadi “penyakit” dalam tubuh masyarakat Islam. Di hadapan, mereka mengakui beriman, sebaliknya di belakang mereka mencemuh, dan berusaha dalam segala kesempatan untuk menghambat terbentuknya kekuatan Islam. Kalau perlu dan ada keuntungan, mereka pun sudi berkawan dengan kaum Yahudi itu. Malah kalau ada serangan daripada pihak Quraisy, mereka dengan sembunyi-sembunyi menyatakan persetujuan.

Maka agak tidak tepat untuk mengatakan yang baginda dan umat Islam terselamat terus daripada Musyrikin Mekah. Adapun orang Quraisy di Mekah sendiri, dengan berpindahnya Rasulullah ﷺ ke Madinah adalah sangat mencemaskan mereka. Sebab sudah terang bahawa Nabi Muhammad ﷺ di Madinah akan kuat dan teguh. Mereka pun lalu menyusun terus kekuatan untuk membunuh Islam yang mula tumbuh di Madinah itu. Sementara kabilah-kabilah Arab di luar Mekah dan Madinah, pula yang masih menganggap kaum Quraisy pimpinan mereka, maka mereka pun turut menentang Muhammad ﷺ dan membantu puak Quraisy itu.

Itulah tiga musuh yang dihadapi di Madinah pada masa itu. Tentu saja di antara ketiga puak-puak itu, puak Yahudilah yang lebih meminta perhatian, lebih daripada yang lain. Dalam kepercayaan Islam, mereka itu berpokok dalam satu ajaran Tuhan. Namun keagamaan mereka sudah membeku, sudah jumud, kerana diselubungi oleh adat dan pengaruh, dan sudah ternyata pula bahawa Kitab Taurat yang suci itu sudah banyak berubah, baik diubah dengan sengaja ataupun kerana telah hilang naskahnya yang asli. Memang sudah terlalu lama Taurat yang asli itu tidak ada lagi. Maka mereka ini diseru untuk diinsafkan dan kalau mereka menentang, dijawab tentangan itu dengan setimpal. Allah ‎ﷻ mendedahkan kecurangan dan ketidakjujuran Yahudi dalam Surah al-Baqarah ini lalu mengajak mereka kepada jalan yang benar. Begitu juga terdapat pula membuka kecurangan kaum munafik.

Sementara menghadapi yang di luar, dalam masa yang sama pembangunan agama dari dalam pun mestilah berjalan dengan lancar. Di Surat al-Baqarah bertemulah ayat-ayat berkenaan dengan rumahtangga, perkahwinan dan perceraian. Bertemu peraturan mengerjakan Haji, mengerjakan puasa dan mengeluarkan zakat dan mencela keras memakan riba. Membentuk budi pekerti dengan memperbanyak derma dan sedekah.

Satu peraturan yang terpenting di dalam Surat al-Baqarah ialah mengalihkan arah Kiblat dari Baitul-Maqdis ke Mekah; dengan ini Islam mendapat peribadinya. Peraturan ini didahului dengan kisah Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan puteranya Ismail عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, diperintahkan Tuhan mendirikan Baitullah. Dengan peralihan Kiblat orang dapat memahami bahawa Nabi Muhammad ﷺ bukan membawa peraturan baru asal yang ganjil, tetapi menghidupkan kembali Sunnah Nabi lbrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

Dalam Surat al-Baqarah ini juga sudah mula diadakan perintah Jihad, kebolehan berperang di dalam mempertahankan akidah.

 

Hubungan dengan Surah Fatihah

Ada hubungan yang berkait rapat (robtus suwar) antara Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah. Susunan Surah Baqarah itu terletak selepas Surah Fatihah dan susunan ini adalah tawqifi – maknanya susunan itu daripada Allah ﷻ dan bukan Nabi ﷺ susun sendiri. Bukan Nabi ﷺ buat sendiri tetapi dipandu oleh Allah ﷻ dan tentunya ada hikmah kenapa ia disusun sebegitu. Kalau diikutkan susunan dari masa diturunkan, tentulah bukan Surah Al-Baqarah yang mula sekali diturunkan kerana ia diturunkan di Madinah. Oleh kerana itu, ulama’ telah ramai yang mengkaji kaitan antara Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah.

Antara yang memberi pendapat adalah seorang ulama’ yang bernama Al-Razi. Beliau mengaitkan antara ayat terakhir Surah Al-Fatihah dan awal Surah Al-Baqarah. Ayat Surah Al-Fatihah berakhir dengan صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ. Maka Allah ﷻ hendak menjelaskan tentang empat golongan itu.

Manakala di awal Surah Al-Baqarah memang menerangkan beberapa golongan yang dimaksudkan dalam Surah Al-Fatihah itu. 5 ayat pertama tentang mereka yang diberi nikmat. Mereka diberi nikmat itu kerana sifat mereka, bukannya kerana keturunan mereka dan sebagainya. Oleh itu, kalau kita mahu mendapatkan apa yang seperti mereka dapat, maka hendaklah mempunyai sifat seperti mereka.

Ayat 6 dan 7 adalah tentang golongan yang dimurkai, iaitu golongan Musyrikin dan Yahudi. Allah ﷻ kunci hati mereka kerana kedegilan mereka. Maka jangan kita degil seperti mereka.

Ayat 8 – 16 tentang golongan munafikin.

Ayat 17 dan 18 adalah bandingan antara Yahudi dan musyrikin. Supaya kita senang tahu siapakah Yahudi dan siapakah musyrikin.

Ayat 19 – 20 pula adalah bandingan kepada golongan munafikin.

Kesimpulannya, 20 ayat pertama dalam Surah Al-Baqarah ini adalah untuk menjelaskan siapakah golongan yang empat itu.

Satu lagi kaitan Surah Al-Baqarah dengan Surah Al-Fatihah adalah kita telah meminta hidayah dalam Surah Al-Fatihah – اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ. Maka Allah ﷻ jawab yang hidayah itu ada dalam Al-Qur’an dalam ayat ذٰلِكَ الكِتابُ لا رَيبَ ۛ فيهِ ۛ هُدًى لِلمُتَّقينَ. Kita mahukan jalan yang lurus yang menepati kehendak Tuhan. Hendak tahu, kena belajar tafsir Al-Qur’an.

Kaitan yang ketiga adalah persamaan dalam Dakwa kedua-dua surah. Dakwa Surah Al-Fatihah adalah tauhid fi ibadah dan tauhid fi dua’. Dalam hadith telah disebut yang doa itu adalah otak kepada ibadah. Doa itu adalah ibadah sebenarnya. Maka seorang hamba hendaklah sentiasa, setiap waktu meminta pertolongan kepada Allah ﷻ. Di manakah Dakwa Surah Al-Baqarah? Ayat 21:

يا أَيُّهَا النّاسُ اعبُدوا رَبَّكُمُ الَّذي خَلَقَكُم وَالَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Inilah maksud terpenting yang Allah ﷻ hendak beritahu kepada semua pembaca Al-Qur’an iaitu untuk sembahlah Allah ﷻ. Bukan sembah dalam maksud biasa, tetapi dalam bentuk tauhid.

Iaitu sebenarnya, ia menyentuh tentang mentauhidkan Allah ﷻ. Ibn Abbas  pernah berkata yang setiap lafaz ‘ibadat’ dalam Al-Qur’an bukan bermaksud sembarangan. Sebab lafaz ‘ibadat’ boleh jadi bermacam-macam. Sebagai contoh, Musyrikin Mekah pun buat ibadat juga tetapi Allah ﷻ kata mereka itu Musyrikin. Ini kerana mereka buat ibadat tetapi dalam pada itu mereka membuat syirik juga.

Oleh itu, kata Ibn Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا, setiap lafaz ibadat dalam Al-Qur’an bermaksud ‘Tauhid dalam ibadat’. Bukan ibadat yang bercampur antara ibadat kepada Allah ﷻ dan kepada selain Allah ﷻ. Macam masyarakat kita, mereka solat juga tetapi masih jumpa bomoh dan seru selain Allah ﷻ.

Secara ringkasnya, ada tiga kaitan antara Surah Fatihah dan Baqarah:

1. Al-Baqarah menjelaskan 4 golongan yang disebut dalam ayat صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ

2. Al-Baqarah menjelaskan bagaimana hendak mendapatkan jalan yang lurus seperti yang kita minta dalam ayat اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ

3. Dakwa Surah yang sama dalam Al-Fatihah dan Al-Baqarah.

 

Kelebihan Surah ini:

Hadith mengatakan bahawa jikalau Surah Al-Baqarah dibacakan di dalam rumah, jin syaitan akan keluar dari rumah itu. Ia adalah hadith riwayat daripada Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”.
(Riwayat Muslim (780))

Pengajaran kepada kita adalah untuk memperbanyakkan baca Surah Baqarah di dalam rumah. Inilah cara ‘memagar’ rumah yang sahih. Jangan panggil bomoh pagar rumah dengan amalan-amalan karut pula sedangkan Nabi ﷺ sendiri sudah ajar cara memagar rumah kepada kita.

Daripada Abu Mas’ud رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ bahawa Nabi ﷺ bersabda:
مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
“Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.”
(Riwayat al-Bukhari (5009))

Syarah: Antara makna ‘telah cukup baginya’ di dalam hadith di atas sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani رَحِمَهُ اللَّهُ di dalam kitabnya ketika mensyarahkan hadith ini terbahagi kepada beberapa makna:

• Telah cukup baginya qiyamullail (bangun di tengah malam untuk beribadah)
• Telah cukup baginya untuk membaca Al-Qur’an sama ada di dalam atau di luar solat.
• Telah cukup baginya perkara-perkara yang melibatkan aqidah kerana ayat tersebut menceritakan tentang keimanan dan amalan secara umum.
• Telah cukup baginya (terselamat) daripada segala keburukan.
• Telah cukup baginya (terselamat) daripada keburukan syaitan
• Telah menolak keduanya (ayat tersebut) daripada keburukan manusia dan jin.
• Telah cukup baginya untuk mendapatkan kebaikan daripada keduanya.

Melihat kepada makna-makna di atas, Imam Ibn Hajar رَحِمَهُ اللَّهُ mengatakan boleh jadi yang dimaksudkan oleh hadith adalah semua yang telah disebutkan.

Surah Baqarah juga boleh memberi syafaat kepada ahlinya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Umamah Al-Bahili bahawa Nabi ﷺ bersabda :

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلاَ تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ
“Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah Al-Zahrawan iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya ada berkat dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu menandinginya.”
(Riwayat Muslim (1910))

Selain daripada memberi syafaat, kita boleh nampak di dalam hadith ini yang tukang sihir tidak dapat mengalahkan orang yang mengamalkan surah Baqarah. Daripada hadith ini juga surah ini dinamakan juga dengan الزهراء yang bermaksud ‘terang benderang’, kerana kandungan surah ini menerangi jalan dengan terang benderang menuju kebahagiaan dunia dan akhirat, serta menjadi penyebab bersinar terangnya wajah siapa yang yang mengikuti petunjuk-petunjuk surah ini kelak di kemudian hari.

Daripada Nawwas Ibn Sam’an رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
يَأْتِي الْقُرْآنُ وَأَهْلُهُ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ بِهِ فِي الدُّنْيَا، تَقْدُمُهُ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَآلُ عِمْرَانَ.
“Akan datang al-Qur’an bersama para ‘ahlinya’ yang mengamalkannya di dunia, dikepalai (didahului) oleh surah al-Baqarah dan surah Ali ‘Imran.”
(Riwayat Muslim (1338) dan al-Tirmidzi (2808))

Para sahabat memuliakan sesiapa yang menghafal al-Baqarah dan Ali Imran. Anas bin Malik رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ berkata:

الرجلُ إذا قرَأَ البَقرة وآل عمران، جَدَّ فينا- يعني: عظُم- وفي رواية: يُعَدُّ فينا عَظيمًا، وفي أخرى: عُدَّ فينا ذا شأنٍ
“Seseorang yang menghafaz surah al-Baqarah dan Ali Imran, seorang yang agung di sisi kami – dalam sebahagian riwayat lain: “Kami mengira dia seorang yang agung – dalam riwayat lain: “Kami mengiranya seorang yang memiliki kedudukan.” (Ahmad dan Ibn Hibban. Ibn Taimiyyah menilai sanad riwayat ini sebagai Sahih di dalam al-Sarim al-Maslul. Ibn Kathir pula di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah menyatakan: “Riwayat ini berdasarkan syarat dua orang syeikh (al-Bukhari dan Muslim).” Al-Albani juga menilai riwayat ini sebagai Sahih di dalam Sahih al-Mawarid.)

Riwayat Imam Tirmidzi رَحِمَهُ اللَّهُ yang berbunyi,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامٌ وَإِنَّ سَنَامَ الْقُرْآنِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَفِيهَا آيَةٌ هِيَ سَيِّدَةُ آىِ الْقُرْآنِ هِيَ آيَةُ الْكُرْسِيِّ ‏”
“Rasulullah ﷺ mengatakan segala sesuatu di dunia memiliki puncak. Dalam Al-Qur’an puncaknya adalah surat Al-Baqarah. Di dalam Al Baqarah ada ayat yang merupakan tuan daripada ayat yang lain iaitu Ayat Kursi.”
(HR. Tirmidzi no. 2878, al-Humaidi dalam Musnadnya no. 994, daripada Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ)
Gharib menurut Imam Tirmidzi رَحِمَهُ اللَّهُ
Dhaif menurut Syeikh al-Albani رَحِمَهُ اللَّهُ dalam Dhaif Tirmidzi kerana dalam sanadnya terdapat perawi yang didhaifkan para nuqqad seperti Imam Ahmad, Ibnu Main, Abu Hatim, Ibnu Hajar dll, iaitu Hakim bin Jubair (Tuhfat al-Ahwadzi no. 7/298))

Oleh kerana itulah salah satu nama surah ini adalah السنام yang bermaksud puncak. Ini kerana tiada lagi puncak petunjuk setelah Kitab suci ini, dan tiada puncak setelah kepercayaan kepada Allah ‎ﷻ Yang Maha Esa dan kepastian hari Kiamat.


 

SIFAT ORANG MUKMIN

Baqarah Ayat 1: Bermula ayat 1 sehingga ayat 39 adalah Mukaddimah surah ini. Mukaddimah pula boleh dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian.

الٓمٓ

Aliff, Lam, Miim

Kita tidak tahu makna huruf ini kerana ia adalah perkara ghaib.

Huruf-huruf sebegini dinamakan huruf muqatta’ah. Ia termasuk ayat-ayat Mutashabihaat (samar maknanya dan tidak jelas), bukan Muhkam. Dari segi bahasa bermaksud: huruf yang dipotong-potong atau terputus kerana huruf yang ada disebut satu persatu seperti dipotong-potong. Kita tidak tahu apakah maksudnya. Ia tidak diketahui kerana tidak diajar oleh Nabi ﷺ dan para sahabat pun tidak bertanyakan maksudnya. Rasulullah ﷺ pula tidak beritahu (kalau baginda tahu) kerana ia tidak perlu untuk diketahui kerana kalau ia perlu diketahui oleh umat Islam, pasti baginda sudah menyampaikannya.

Bukanlah ia tidak ada makna kerana Allah ﷻ tidak melakukan perkara yang sia-sia. Cuma kita sahaja yang tidak tahu kerana kemampuan akal kita yang terbatas. Akan tetapi ini juga adalah pendapat kerana Nabi Muhammad ﷺ pun tidak pernah beritahu kita: ia ada makna tetapi kita sahaja tidak tahu.

Walaupun kita tidak tahu maksudnya, namun kita masih boleh mengambil manfaat daripadanya. Ayat-ayat muqatta’ah ini mengingatkan kita bahawa kita mula belajar tafsir surah ini dengan tidak tahu apa-apa melainkan apa yang Allah ﷻ dan Nabi-Nya sampaikan kepada kita sahaja. Memang banyak yang cuba mentafsir maksud huruf-huruf muqatta’ah ini, namun ia bukanlah berdasarkan dalil yang sahih.

Pengajaran yang kita boleh ambil adalah: Kalau Tuhan tidak mahu ajar kepada kita, maka kita tidak dapat tahu walau satu benda pun. Maka kita sangat bergantung kepada Allah ﷻ untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada kita. Allah ﷻ akan buka kefahaman sesuatu perkara itu kepada mereka yang Dia mahu berikan pengetahuan. Maka ayat ini juga menunjukkan kepada kita bahawa ada banyak lagi perkara yang Tuhan tidak beritahu kepada kita. Ia merendahkan diri kita supaya kita sedar bahawa kita tidak berilmu sebenarnya, melainkan apa yang Allah ﷻ berikan kepada kita sahaja.

Bangsa Arab ketika zaman Nabi ﷺ amat mementingkan bahasa. Bahasa Arab terbukti memang hebat (sebab itulah Al-Qur’an diturunkan dalam Bahasa Arab). Mereka banyak mengadakan pertandingan sajak dan syair kerana ia adalah kebanggaan bagi mereka. Sampaikan kalau ada sajak atau syair yang memenangi pertandingan akan digantungkan di Kaabah. Maka, apabila ada ayat-ayat yang dimulai dengan huruf-huruf muqatta’ah ini, ia amat menarik perhatian orang Arab.

Mereka tidak biasa dengan penggunaan bahasa Arab sebegini kerana kebiasaannya, kalau dieja huruf alif, lam dan mim, tentulah dibaca oleh mereka sebagai ‘alam’. Namun tidak pula dalam kes Surah Baqarah ini (dan banyak surah-surah lain) ia pelik kerana huruf itu disebut satu persatu. Maka perkara ini membuatkan mereka tertanya-tanya. Ia telah menarik perhatian mereka untuk dengar lebih lagi.

Oleh itu, ada mufassir yang mengatakan bahawa salah satu tujuan huruf-huruf muqatta’ah ini adalah untuk menarik perhatian manusia dan jin untuk mendengarnya. Oleh kerana kebanyakan ayat-ayat selepas huruf muqatta’ah adalah tentang Al-Qur’an, maka mereka berpendapat Allah ﷻ hendak menarik perhatian manusia kepada Al-Qur’an. Maka kita sebagai umat Islam ini sepatutnya tertarik untuk tahu apakah yang Allah ﷻ hendak sampaikan di dalam Al-Qur’an ini.

Maka ada hikmah lain yang diutarakan. Tujuannya adalah untuk menzahirkan kehebatan Al-aQur’an. Iaitu sebagai cabaran dan sindiran kepada golongan Arab Mekah yang kononnya pandai bahasa itu. Allah ﷻ menyebut huruf yang ada di dalam bahasa Arab mereka itu seolah-olah perli: ‘Inilah dia huruf daripada bahasa kamu juga. Kamu kata Muhammad yang reka Al-Qur’an ini, maka nah sekarang pakailah juga huruf-huruf yang sama untuk membuat satu Al-Qur’an lagi kalau kamu hebat sangat!’

Walaupun saya lebih condong kepada pendapat yang mengatakan huruf Muqatta’ah ini ada maknanya (Allah ﷻ sahaja yang tahu) akan tetapi memang ada yang berpendapat ia memang tidak ada makna. Ini kerana dalam mana-mana bahasa pun, kalau hanya dengan huruf sahaja, tidak ada makna, maka begitu jugalah dengan bahasa Arab.

Ringkasnya, ada 4 pendapat tentang Huruf-huruf Muqatta’ah ini:

1. Ada makna dan maknanya alif untuk Allah ﷻ, lam untuk Jibril عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan mim untuk Muhammad ﷺ. Akan tetapi pendapat ini tiada dalil dan tidak boleh dipertanggungjawabkan. Maka jangan bersandar kepada sesuatu yang rapuh.

2. Ada makna tetapi hanya Allah ﷻ yang tahu. Ini pun tiada dalil.

3. Tidak ada makna (tetapi ada hikmah – iaitu untuk Allah ﷻ zahirkan kehebatan Al-Qur’an). Antara yang mengatakan tidak ada makna adalah Mujahid, tabein menggunakan tafsir Al-Qur’an.

4. Tawaqquf, tidak menyebelahi mana-mana pendapat tetapi serahkan sahaja kepada Allah ﷻ.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 2 Julai 2024

Ringkasan Surah Baqarah


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Ustaz Solah