Tafsir Surah Saba’ Ayat 32 – 35 (Golongan kaya yang menentang)

Ayat 32: Dalam ayat sebelum ini telah disebut orang-orang yang mengikut pemimpin mereka telah marah kepada pemimpin mereka kerana mereka kata golongan atas itulah yang telah menyesatkan mereka semasa di dunia.

Maka apakah jawapan para pemimpin itu?

قالَ الَّذينَ استَكبَروا لِلَّذينَ استُضعِفوا أَنَحنُ صَدَدنٰكُم عَنِ الهُدىٰ بَعدَ إِذ جاءَكُم ۖ بَل كُنتُم مُّجرِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who were arrogant will say to those who were oppressed, “Did we avert you from guidance after it had come to you? Rather, you were criminals.”

(MELAYU)

Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: “Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? (Tidak), sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa”.

 

قالَ الَّذينَ استَكبَروا لِلَّذينَ استُضعِفوا

Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah:

Ini adalah jawapan balas daripada orang yang di atas dan berkuasa. Kalau marah sangat, mari dengar apakah hujah mereka pula. Adakah pemimpin itu bersalah sepenuhnya?

 

أَنَحنُ صَدَدنٰكُم عَنِ الهُدىٰ بَعدَ إِذ جاءَكُم

“Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu?

Mereka akan kata kepada orang  yang ikut mereka itu: “Takkan kamu nak salahkan kami pula? Kerana kami tidak halang pun kamu dari menjadi orang beriman.”

Yakni: “kami tidak melakukan terhadap kalian lebih dari menyeru kalian untuk mengikuti kami, kemudian kalian mahu mengikuti kami tanpa berfikir panjang dan tanpa meneliti terlebih dahulu ajakan kami. Dan kalian menentang dalil-dalil, bukti-bukti, serta hujah-hujah yang disampaikan oleh para rasul, kerana keinginan nafsu kalian yang lebih suka memilihnya.”

Maka nanti kalau orang yang sesat ataupun buang masa dengan melihat filem, buang masa dengan main bola dan tengok bola, buang masa dengan main game, pun mereka akan menyalahkan orang-orang yang mendatangkan perkara-perkara itu dan  melalaikan mereka. Mereka akan marah pengarah filem, pemuzik, ahli sukan dan lain-lain lagi.

Maka orang-orang yang bawa perkara-perkara yang melalaikan itu akan kata yang mereka tidak pernah pun menghalang manusia dari beriman pun. Mereka bukan ada kuasa pun nak halang orang. Mereka cuma sediakan alat-alat hiburan itu dan kemudian tidak paksa sesiapa pun untuk dengar dan buang masa dengan penciptaan mereka itu.

Dan begitu juga pemimpin dalam kerajaan. Mereka akan jawap yang mereka tidak ada kuasa pun kerana mereka sikit sahaja dan rakyat yang ramai. Malah yang jadi pekerja, tentera dan polis adalah rakyat. Maknanya, sumber kekuatan mereka adalah dari rakyat. Mereka sendiri tidak ada kuasa.

Yang pemimpin agama pula kata: mereka beri hujah sahaja. Orang awam yang salah kerana ikut mereka.

 

بَل كُنتُم مُّجرِمينَ

(Tidak), sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa”.

Yang diikuti itu akan kata: mereka yang ikut itu sendiri yang berdosa. Mereka sendiri yang mahu ikut tanpa dipaksa. Mereka sendiri yang tidak mahu ikut ajaran agama yang dibawa oleh Rasul. Mereka yang mahukan kesenangan keduniaan yang boleh diberikan oleh pemimpin itu.

Kata para pemimpin: “Kamu sendiri yang pilih pendapat yang sama sahaja dengan kehendak kamu. Kamu mahu pemimpin yang tidak kisah tentang agama supaya kamu boleh buat apa-apa sahaja yang kamu hendak. Kerana kalau pemimpin itu ikhlas dengan agama, susah pula kamu, bukan? Maka apa yang kamu kehendaki kamu sudah dapat. Maka janganlah pula salahkan orang lain.”


 

Ayat 33: Sekarang para pengikut itu balas hujah pula. Mereka tidak mahu kalah nampaknya.

وَقالَ الَّذينَ استُضعِفوا لِلَّذينَ استَكبَروا بَل مَكرُ اللَّيلِ وَالنَّهارِ إِذ تَأمُرونَنا أَن نَّكفُرَ بِاللهِ وَنَجعَلَ لَهُ أَندادًا ۚ وَأَسَرُّوا النَّدامَةَ لَمّا رَأَوُا العَذابَ وَجَعَلنَا الأَغلٰلَ في أَعناقِ الَّذينَ كَفَروا ۚ هَل يُجزَونَ إِلّا ما كانوا يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who were oppressed will say to those who were arrogant, “Rather, [it was your] conspiracy of night and day when you were ordering us to disbelieve in Allāh and attribute to Him equals.” But they will [all] confide regret when they see the punishment; and We will put shackles on the necks of those who disbelieved. Will they be recompensed except for what they used to do?

(MELAYU)

Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: “(Tidak) sebenarnya tipu daya(mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya”. Kedua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. Dan kami pasang belenggu di leher orang-orang yang kafir. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang telah mereka kerjakan.

 

وَقالَ الَّذينَ استُضعِفوا لِلَّذينَ استَكبَروا

Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: 

Yang lemah akan salahkan juga orang yang diikuti. Mereka tidak dapat terima yang golongan besar dan pemimpin itu menyalahkan mereka balik. Maka mereka balas hujah.

 

بَل مَكرُ اللَّيلِ وَالنَّهارِ

“(Tidak) sebenarnya tipu daya(mu) di waktu malam dan siang 

Orang lemah kata: Siang malam kamu usaha nak sesatkan kami. Sentiasa sahaja kami diajak. Hiburan juga sentiasa ada siang dan malam. Iklan pula merata-rata.

Kalau yang dimaksudkan itu adalah guru-guru yang ajar ajaran salah, maka mereka itu tidak habis-habis mengajar dan dakwah ajaran yang salah. Berbagai hujah kamu beri siang dan malam supaya kami ikut ajaran kamu.

 

إِذ تَأمُرونَنا أَن نَّكفُرَ بِاللهِ وَنَجعَلَ لَهُ أَندادًا

ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya”.

Dan ajaran-ajaran dari orang atasan itu mengajak kepada kufur engkar kepada ajaran dan arahan Allah. Mereka ajak seru Nabi, wali dan malaikat. Mereka ajar buat amalan tawasul dan syirik. Mereka ajak buat amalan bidaah.

Kalau pencipta hiburan pula sentiasa mengajak kepada perkara yang melekakan dan melalaikan dari mengingat Allah. Iklan dan hiburan tidak berhenti-henti dipaparkan di televisyen mengajar kepada perkara yang lagha. Sedangkan Allah suruh luangkan masa ingat kepadaNya dan beribadat kepadaNya. Bila lalai dan leka dari agama, maka tentulah jadi kufur kepada Allah.

Mereka disibukkan dengan keduniaan sampai tidak ada masa nak belajar wahyu sampai kena tipu dengan syaitan yang membisikkan untuk buat kufur dan syirik kepada Allah. Bila jauh dan jahil dari wahyu, maka tentu tidak dapat nak tolak bisikan sesat syaitan itu, bukan?

 

وَأَسَرُّوا النَّدامَةَ لَمّا رَأَوُا العَذابَ

Kedua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. 

Mereka sibuk tuduh menuduh sesama sendiri tetapi itu tidaklah beri manfaat kepada mereka pun. Keduanya akan masuk neraka juga. Dan apabila mereka kena masuk neraka, maka mereka akan cuba sorok perasaan malu mereka. Mereka terdiam dalam perasaan malu. Yakni para pemimpin dan para pengikut, masing-masing menyesali apa yang telah dilakukannya semasa di dunia.

 

وَجَعَلنَا الأَغلٰلَ في أَعناقِ الَّذينَ كَفَروا

Dan kami pasang belenggu di leher orang-orang yang kafir.

Mereka akan dihina seperti binatang di mana mereka akan dikenakan belenggu pada leher mereka. Bukankah itu yang dilakukan pada binatang? Belenggu pada leher itu akan menyebabkan mereka tidak dapat menggerakkan leher mereka dan kepala mereka akan terngadah ke langit.

Dan mereka akan diikat bersama dengan penghuni neraka yang lain. Maksudnya, rantai-rantai yang menyatukan tangan-tangan dan leher-leher mereka dalam satu ikatan. Ini supaya mereka tidak dapat melarikan diri mereka. Nak bergerak bebas pun tidak boleh. Bayangkan kalau banduan yang dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain, mereka akan diikat bersama supaya susah untuk lari.

Dan besi itu bukannya sejuk tapi panas membakar tubuh mereka! Inilah seksaan yang amat teruk. Dan mereka akan berada di neraka selama-lamanya.

 

هَل يُجزَونَ إِلّا ما كانوا يَعمَلونَ

Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang telah mereka kerjakan.

Tidakkah mereka dibalas dengan yang patut? Allah tidak zalim, maka apa yang dikenakan kepada mereka itu adakah perkara yang memang patut dikenakan kepada mereka.

Jadi orang kafir di dalam ayat ini adalah mereka yang ikut orang yang buat propaganda ataupun media yang menyesatkan. Sekarang memang banyak benda-benda yang memalukan dan lucah di internet dan mereka cuma letak sahaja dan yang download itulah yang salah.

Memang tidak ada paksaan untuk melakukannya tetapi mereka yang buat sendiri. Mereka yang buat perniagaan itu cuma pandai untuk memberi propaganda dan melakukan strategi pemasaran yang dapat menarik minta dan menipu manusia. Maka kitalah yang kena selamatkan diri kita dari bahaya dengan menjaga hati dan mata kita. Jangan tengok benda yang kita tak patut tengok.


 

Ayat 34: Ayat takhwif duniawi.

وَما أَرسَلنا في قَريَةٍ مِّن نَّذيرٍ إِلّا قالَ مُترَفوها إِنّا بِما أُرسِلتُم بِهِ كٰفِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not send into a city any warner except that its affluent said, “Indeed we, in that with which you were sent, are disbelievers.”

(MELAYU)

Dan Kami tidak mengutus kepada suatu negeri seorang pemberi peringatan pun, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: “Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu diutus untuk menyampaikannya”.

 

وَما أَرسَلنا في قَريَةٍ مِّن نَّذيرٍ

Dan Kami tidak mengutus kepada suatu negeri seorang pemberi peringatan pun, 

Allah pasti akan beri pemberi peringatan kepada setiap kampung dan tempat. Beginilah cara Allah beri peringatan dan ajaran kepada manusia. Tapi apa yang terjadi kepada setiap mereka? Adakah penduduk tempat itu akan terima?

 

إِلّا قالَ مُترَفوها

melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata:

Pasti ada yang menolak ajaran pemberi peringatan itu. Yang menolak itu selalunya mereka yang kaya dan hidup mewah. Yakni, pelaku pertamanya adalah orang-orang hartawan mereka, kemudian diikuti oleh kaum lemah mereka. Mereka adalah orang-orang yang hidup senang, terpandang, hartawan, dan memegang jawatan dalam masyarakat.

Mereka bukan sahaja kaya tapi berpengaruh dalam masyarakat. Maka kerana itulah mereka diikuti oleh orang ramai. Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang pemimpin dan orang lemah yang mengikut mereka, bukan?

Mereka yang kaya ini selalunya adalah orang yang ada masalah kerana terlalu cinta kepada dunia. Mereka tidak suka dengan ajaran wahyu dan kekangan yang ada dalam agama. Ini kerana banyak sangat nikmat yang mereka dapat sampaikan mereka sudah tak nampak realiti kehidupan yang sebenar. Mereka hidup dalam dunia kaya mereka sahaja. Maka mereka tidak suka apabila ada pemberi peringatan yang hendak ubah cara hidup mereka.

Mereka tidak suka kerana cara mereka dapat kekayaan itu selalunya dengan cara yang salah dan kalau pemberi peringatan itu berjaya memberi kesedaran kepada manusia yang banyak, tentu susah untuk mereka meneruskan cara hidup mereka itu. Tentu susah untuk mereka cari makan dan mengekalkan kekayaan mereka.

 

إِنّا بِما أُرسِلتُم بِهِ كٰفِرونَ

“Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu diutus untuk menyampaikannya”.

Maka golongan kaya dan mewah inilah yang selalu menentang kebenaran. Mereka tak mahu nak  ubah cara kehidupan mereka. Oleh kerana mereka ada pengaruh, maka kuatlah suara mereka menentang dan suara mereka didengar. Maka mereka boleh tolak orang agama begitu sahaja. Rasul pun ditolak oleh golongan yang mewah, para pendakwah pun ditolak oleh orang yang hidup mewah itu.

Mereka tidak mahu ikut ajaran agama. Mereka nak agama pula yang ikut kehendak mereka. Mereka rasa mereka pula yang kena diikuti. Sebab itu banyak yang asyik tanya: “boleh tak kami buat ini dan buat itu?” Bila dijawab tidak boleh, maka mereka akan cari orang lain pula untuk beri fatwa yang lain. Sebabnya mereka nak buat juga apa yang mereka hendak buat.

Mereka nak cari jalan macam mana nak buat sahaja apa yang mereka kehendaki. Mereka bukan nak fikirkan apa yang Allah nak mereka buat tapi mereka nak  cari justifikasi untuk membenarkan mereka buat apa yang mereka nak buat sahaja.


 

Ayat 35: Syikayah.

وَقالوا نَحنُ أَكثَرُ أَموٰلًا وَأَولادًا وَما نَحنُ بِمُعَذَّبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they¹ said, “We are more [than the believers] in wealth and children, and we are not to be punished.”

  • The affluent ones in general or the people of Makkah specifically.

(MELAYU)

Dan mereka berkata: “Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab.

 

وَقالوا نَحنُ أَكثَرُ أَموٰلًا وَأَولادًا

Dan mereka berkata: “Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak

Golongan mewah itu rasa kuat kerana mereka ada harta yang banyak dan anak pinak yang ramai. Lebih banyak harta dan lebih ramai anak kalau dibandingkan dengan golongan beriman. Bila anak ramai memang seseorang akan rasa kuat kerana banyak penyokong dalam kehidupan.

Bila begitu, ramai yang rasa besar diri dan kuat. Jadi mereka rasa mereka lebih besar dari pemberi peringatan itu. Mereka rasa pemberi peringatan itu tidak layak nak tegur mereka kerana mereka lebih besar dan berpengaruh.

 

وَما نَحنُ بِمُعَذَّبينَ

dan kami sekali-kali tidak akan diazab.

Mereka rasa mereka kaya dan berkuasa dan mereka tidak dapat terima yang Allah akan azab mereka. Ini adalah kerana mereka rasa yang mereka adalah ‘insan istimewa’ dan disayangi oleh Allah kerana telah dapat kelebihan dunia. Mereka rasa kalau mereka dapat lebih di dunia, tentu mereka juga dapat lebih di akhirat. Ini adalah fahaman yang salah.

Jadi penduduk Mekah yang musyrik itu rasa mereka adalah insan istimewa kerana Allah beri banyak nikmat kepada mereka. Mereka sangka bangsa lain seperti  Saba’ di Yaman itulah yang tidak disukai Allah dan kerana itu mereka dikenakan dengan banjir. Sedangkan mereka ada Kaabah yang mereka jaga.

Dalam Surah Kahfi telah disebut salah faham ini pada peringkat individu dan sekarang disebut salah faham ini pada peringkat bangsa pula. Boleh baca kisah tuan kebun yang kaya yang juga tidak percaya yang dia akan diazab.

Maka Allah menyanggah anggapan mereka itu melalui firman-Nya:

{أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُمْ بِهِ مِنْ مَالٍ وَبَنِينَ. نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَاتِ بَل لَا يَشْعُرُونَ}

Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa) Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar. (Al-Mu’minun: 55-56)

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 3 Julai 2019.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Saba’ Ayat 28 – 31 (Bahaya taklid)

Ayat 28: Musyrikin Mekah ada minta Nabi keluarkan mukjizat seperti yang mereka hendak. Maka Allah jelaskan apakah tugas Nabi Muhammad sebenarnya. Bukannya kena layan permintaan mereka nak itu dan ini.

وَما أَرسَلنٰكَ إِلّا كافَّةً لِّلنّاسِ بَشيرًا وَنَذيرًا وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have not sent you except comprehensively¹ to mankind as a bringer of good tidings and a warner. But most of the people do not know.

  • Literally, “inclusively, without exception.”

(MELAYU)

Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.

 

وَما أَرسَلنٰكَ إِلّا كافَّةً لِّلنّاسِ

Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya

Dalam ayat ini Allah memberitahu bahawa Nabi Muhammad itu dihantar kepada seluruh manusia pada zaman baginda sampailah zaman sekarang tidak kira di mana mereka berada. Ini adalah kelebihan kepada Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepada para Rasul yang lain.

Telah disebutkan di dalam kitab Sahihain yang di-marfu ‘-kan oleh sahabat Jabir r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي: نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ. وَجُعِلَتْ لِيَ الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا، فَأَيُّمَا رَجُلٌ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ. وَأُحِلَّتْ لِيَ الْغَنَائِمُ، وَلَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِي. وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ. وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ، وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً”.

Aku dianugerahi lima perkara yang belum pernah dianugerahkan kepada seorang nabi pun sebelumku: Aku diberi pertolongan dengan rasa gentar yang mencengkam hati musuh sejauh perjalanan satu bulan; bumi ini dijadikan bagiku sebagai masjid dan suci lagi menyucikan, maka barang siapa dari kalangan umatku yang memasuki waktu solat hendaklah dia salat (di mana pun berada); dan dihalalkan bagiku ghanimah, padahal ghanimah belum pernah dihalalkan kepada seorang pun sebelumku; aku diberi izin untuk memberikan syafaat; dan dahulu seorang nabi diutus khusus hanya kepada kaumnya, sedangkan aku diutus untuk seluruh umat manusia.

 

بَشيرًا وَنَذيرًا

sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, 

Baginda ditugaskan untuk memberi berita gembira kepada mereka yang taat dan beri ancaman kepada mereka yang degil. Dan bukanlah Nabi Muhammad boleh mengeluarkan mukjizat seperti yang mereka minta.

Tugas Nabi Muhammad sebenarnya adalah untuk sampaikan ajaran wahyu dan bukan untuk keluarkan mukjizat. Kerana kuasa mukjizat tidak ada pada Nabi melainkan ianya diberikan oleh Allah sahaja. Allah yang tentukan apakah mukjizat yang akan diberikan.

Maka tidak perlu layan permintaan mereka untuk lihat mukjizat. Mereka minta mukjizat itu pun bukannya mereka hendak beriman tetapi nak main-main sahaja.

 

وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ

tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.

Allah kata ramai yang ‘tidak tahu’. Allah tidak kata ramai yang ‘tidak beriman’ dalam ayat ini. Ini kerana ramai daripada manusia yang tidak tahu berkenaan Nabi Muhammad dan berkenaan Islam. Kerana itu ramai yang tidak beriman.

Maka tugas kita adalah untuk menyampaikan ilmu agama ini kepada manusia sebenarnya. Biar mereka pun tahu dan biarlah mereka buat keputusan untuk beriman atau tidak setelah tahu. Kita cuma mulakan dengan memberi tahu sahaja.


 

Ayat 29: Ini adalah Syikayah. Ayat 29 – 42 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia menceritakan sikap kaum yang sombong dan bagaimana keadaan mereka di hari pembicaraan di akhirat.

Orang yang sombong berkata mereka tidak akan beriman kepada ajakan Rasul. Di akhirat pula pemimpin dan pengikut saling tuduh menuduh siapa yang menjadi punca kesesatan. Akhirnya masing-masing akan diam dan menyesali kekafiran masing-masing.

وَيَقولونَ مَتىٰ هٰذَا الوَعدُ إِن كُنتُم صٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “When is this promise, if you should be truthful?”

(MELAYU)

Dan mereka berkata: “Bilakah (datangnya) janji ini, jika kamu adalah orang-orang yang benar?”.

 

Apabila Nabi Muhammad memberitahu tentang Kiamat yang akan tiba dan selepas itu semua akan dibangkitkan dan diadili tentang baik atau buruk amalan setiap manusia, mereka tidak percaya. Mereka minta ditunjukkan azab yang dijanjikan itu. Mereka nak lihat janji itu dengan mata kepala mereka sendiri. Mereka nak tengok hari Kiamat terjadi barulah mereka hendak percaya.

Atau mereka nak ejek baginda sahaja kerana pada mereka Nabi Muhammad menipu sahaja dengan kisah-kisah tentang Kiamat dan Hari Pembalasan itu. Kerana itu mereka berani cakap: “kalau betul ada maka datangkanlah hari itu kalau benar ada.”

Dan mereka nak ejek Nabi Muhammad kerana Nabi sudah bagi ancaman kepada mereka. Tapi mereka kata mereka sudah lama mereka lawan dan tolak baginda, kenapa tak kena-kena lagi dengan azab itu? Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya dalam ayat lain:

{يَسْتَعْجِلُ بِهَا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِهَا وَالَّذِينَ آمَنُوا مُشْفِقُونَ مِنْهَا وَيَعْلَمُونَ أَنَّهَا الْحَقُّ} الْآيَةَ

Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat meminta supaya hari itu segera didatangkan dan orang-orang yang beriman merasa takut kepadanya dan mereka yakin bahwa kiamat itu adalah benar (akan terjadi). (Asy-Syura: 18), hingga akhir ayat.


 

Ayat 30: Ini adalah jawab kepada syikayah para penentang dalam ayat sebelum ini. Allah beri cara untuk berhujah dengan mereka.

قُل لَّكُم مّيعادُ يَومٍ لّا تَستَئخِرونَ عَنهُ ساعَةً وَلا تَستَقدِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “For you is the appointment of a Day [when] you will not remain thereafter an hour, nor will you precede [it].”

(MELAYU)

Katakanlah: “Bagimu ada hari yang telah dijanjikan (hari kiamat) yang tiada dapat kamu minta mundur daripadanya barang sesaat pun dan tidak (pula) kamu dapat meminta supaya diajukan”.

 

قُل لَّكُم مّيعادُ يَومٍ

Katakanlah: “Bagimu ada hari yang telah dijanjikan

Kamu akan nampak sendiri hari yang telah dijanjikan itu apabila ia datang. Jangan takut, nanti akan nampak juga nanti. Nanti kamu akan dapatlah balasan kamu. Silalah bersabar dulu. Buatlah apa yang kamu nak buat dulu.

 

لّا تَستَئخِرونَ عَنهُ ساعَةً

yang tiada dapat kamu minta mundur daripadanya barang sesaat pun

Ianya pasti datang seperti yang dikehendaki oleh Allah. Masanya telah ditetapkan oleh Allah. Kita sahaja yang tidak tahu. Tapi bila sampai masanya, kamu tidak boleh minta temujanji kamu dengannya dilambatkan walau sesaat pun.

 

وَلا تَستَقدِمونَ

dan tidak (pula) kamu dapat meminta supaya diawalkan”.

Dan kamu pun tidak boleh nak awalkan temujanji itu. Kerana penetapan itu dari Allah. Kalau di dunia bolehlah kita nak ubah-ubah masa kita nak jumpa orang, bukan? Tapi dengan hari Kiamat tidak akan berlaku.

Maknanya, Allah bukan nak kena ikut kehendak mereka. Walaupun mereka sudah ejek-ejek bila lagi nak datang azab itu, tapi tidaklah Allah tertekan dengan kata-kata mereka sampai nak kena balas waktu itu juga. Tidaklah Allah mempercepatkan azab atau kiamat ini kerana mereka pula. Kata-kata mereka itu tidak memberi kesan kepada Allah.

Habis Ruku’ 3 dari 6 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 31: Ayat Syikayah.

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا لَن نُّؤمِنَ بِهٰذَا القُرءآنِ وَلا بِالَّذي بَينَ يَدَيهِ ۗ وَلَو تَرىٰ إِذِ الظّٰلِمونَ مَوقوفونَ عِندَ رَبِّهِم يَرجِعُ بَعضُهُم إِلىٰ بَعضٍ القَولَ يَقولُ الَّذينَ استُضعِفوا لِلَّذينَ استَكبَروا لَولا أَنتُم لَكُنّا مُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who disbelieve say, “We will never believe in this Qur’ān nor in that before it.” But if you could see when the wrongdoers are made to stand before their Lord, refuting each others’ words…¹ Those who were oppressed will say to those who were arrogant, “If not for you, we would have been believers.”

  • Having been left to the imagination, the conclusion of this sentence is estimated to be “…you would see a dreadful sight.”

(MELAYU)

Dan orang-orang kafir berkata: “Kami sekali-kali tidak akan beriman kepada Al Qur’an ini dan tidak (pula) kepada kitab yang sebelumnya”. Dan (alangkah hebatnya) kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari mereka menghadapkan perkataan kepada sebahagian yang lain; orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: “Kalau tidaklah kerana kamu, tentulah kami menjadi orang-orang yang beriman”.

 

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا لَن نُّؤمِنَ بِهٰذَا القُرءآنِ

Dan orang-orang kafir berkata: “Kami sekali-kali tidak akan beriman kepada Al Qur’an ini 

Orang kafir Mekah kata mereka tidak akan beriman dengan Al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Mereka terus tolak begitu sahaja. Mereka pun memang tidak ada kitab wahyu di kalangan mereka, jadi konsep kitab wahyu ini asing bagi mereka.

 

وَلا بِالَّذي بَينَ يَدَيهِ

dan tidak (pula) kepada kitab yang sebelumnya”.

Bukan sahaja mereka tidak mahu beriman dengan Al-Qur’an, mereka juga kata mereka tidak mahu beriman kepada Taurat dan Injil yang telah diturunkan sebelum Al-Qur’an. Pada mereka, sama sahaja semua kitab itu.

Ayat ini memberitahu kita bahawa Musyrikin Mekah itu sudah pernah mendengar Taurat dibacakan kepada mereka. Dan mereka nampak ada persamaan diantara apa yang disampaikan di dalam Taurat itu dengan Al-Qur’an yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Maka kepada mereka, ianya adalah sesuatu yang sama dan seolah-olah kedua-dua kitab itu bersekongkol sahaja. Jadi kalau Taurat dan Injil pun mereka sudah tidak percaya, maka kepada Al-Qur’an pun mereka tidak mahu percaya.

Maka ini sebagai dalil bahawa Musyrikin Mekah pun sudah nampak persamaan antara Taurat dan Al-Qur’an. Maka mengapakah para pendeta Yahudi tidak nampak perkara itu? Sedangkan mereka tahu Taurat dan sekarang mereka dengar Al-Qur’an pula. Kalau Musyrikin Mekah yang tiada ilmu kitab pun boleh nampak, kenapa mereka yang kononnya ada ilmu agama, tidak nampak? Atau sengaja tak mahu nampak?

 

وَلَو تَرىٰ إِذِ الظّٰلِمونَ مَوقوفونَ عِندَ رَبِّهِم

Dan (alangkah hebatnya) kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya,

Allah suruh bayangkan keadaan di akhirat kelak bagaimana balasan yang akan kena kepada mereka. Apa yang mereka akan lakukan di akhirat nanti?

Kalaulah kamu dapat melihat ketika mereka di hadapan Allah. Waktu itu mereka sudah tidak berlagak lagi. Waktu itu mereka akan menyesal kerana mereka sudah nampak azab di hadapan mata mereka.

 

يَرجِعُ بَعضُهُم إِلىٰ بَعضٍ القَولَ

sebahagian dari mereka menghadapkan perkataan kepada sebahagian yang lain; 

Ketika itu kamu akan melihat bagaimana orang kafir itu akan berkata dan menuduh sesama mereka. Waktu ini mereka sudah marah dan mulalah mencari salah orang lain. Kerana kadang-kadang manusia nak marah sahaja walaupun ia tidak menolong apa-apa pun.

Nota: potongan ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut. Jadi kalimat بَعضٍ القَولَ dibaca بَعضِنِ القَولَ (ba’dinil qawla).

 

يَقولُ الَّذينَ استُضعِفوا لِلَّذينَ استَكبَروا

orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: 

Orang yang lemah bermaksud orang yang mengikut sahaja kata orang yang di atas. Mereka itu orang bawahan, orang-orang awam. Mereka hanya mengikut sahaja kata-kata dan pendapat orang yang di atas mereka yang mereka nampak sebagai ada pengetahuan agama dan ada kedudukan dalam masyarakat.

Orang yang di atas itu mungkin dalam bentuk pemimpin ataupun dalam bentuk ketua agama. Mereka itu ada autoriti yang menyebabkan orang ikut sahaja apa yang mereka katakan. Ini adalah kerana pada orang bawahan, kalau orang di atas sudah beri sesuatu keputusan itu, nak ada pilihan lain apa lagi? Mereka pun malas nak fikirkan mana yang benar dan mana yang salah, maka mereka terima sahaja.

 

لَولا أَنتُم لَكُنّا مُؤمِنينَ

“Kalau tidaklah kerana kamu, tentulah kami menjadi orang-orang yang beriman”.

Kalau keputusan orang atasan itu benar dan bertepatan dengan agama, maka selamatlah mereka yang di bawah. Tapi kalau yang di bawah pakai ikut sahaja amalan dan fatwa orang atasan, maka mereka akan terjerumus sekali masuk dalam neraka.

Yang mengikut itu dinamakan taqlid sahaja. Ikut tanpa dalil. Ini adalah perbuatan yang bahaya kerana kalau yang diikuti itu benar maka bolehlah selamat, tapi kalau yang diikuti itu tidak benar, maka akan kena dosa sekali. Yang taqlid itu tidak boleh gunakan alasan dia ikut sahaja, kerana Allah telah berikan pancaindera dan akal untuk digunakan sama ada jalan itu betul atau tidak.

Oleh kerana mereka telah dimasukkan ke dalam neraka kerana pemimpin mereka buat keputusan dan mereka ikut sahaja, maka mereka akan marah kepada orang-orang di atas mereka itu. Pada mereka, kerana mereka ikut kata orang di atas itulah yang menyebabkan mereka tidak beriman.

Orang di bawah itu kata, kalaulah bukan kerana orang yang di atas itu yang menghalang mereka, bagi ajaran yang salah, tentu mereka telah dengar ajaran tauhid yang benar, ajaran sunnah yang benar.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 3 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Saba’ Ayat 23 – 27 (Salah faham tentang Syafaat)

Ayat 23: Ayat penjelasan tentang ‘syafaat’.

وَلا تَنفَعُ الشَّفٰعَةُ عِندَهُ إِلّا لِمَن أَذِنَ لَهُ ۚ حَتّىٰ إِذا فُزِّعَ عَن قُلوبِهِم قالوا ماذا قالَ رَبُّكُم ۖ قالُوا الحَقَّ ۖ وَهُوَ العَلِيُّ الكَبيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And intercession does not benefit with Him except for one whom He permits. [And those wait] until, when terror is removed from their hearts,¹ they will say [to one another], “What has your Lord said?” They will say, “The truth.” And He is the Most High, the Grand.

  • i.e., the hearts of the angels who will be permitted to intercede.

(MELAYU)

Dan tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafa’at itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan-mu?” Mereka menjawab: (Perkataan) yang benar”, dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

 

وَلا تَنفَعُ الشَّفٰعَةُ عِندَهُ إِلّا لِمَن أَذِنَ لَهُ

Dan tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya 

Ramai manusia yang bercakap tentang syafaat. Ramai yang mengharapkan ada pemberi syafaat nanti di akhirat kelak. Maka mereka melakukan amalan-amalan kononnya untuk mendapat syafaat dari wali, Nabi dan malaikat. Mereka beri salam, sedekah Fatihah, lawat kubur, qasidah dan macam-macam lagi amalan yang tidak ada dalam ajaran agama.

Allah beritahu dengan jelas dalam ayat ini bahawa syafaat itu bukan hak makhluk tapi hak Allah. Tiada sesiapa yang boleh beri syafaat kecuali yang diberi izin oleh Allah. Maka ramai yang tidak tahu tentang perkara ini maka mereka minta syafaat dari Nabi Muhammad, dari orang yang sudah mati (mereka kata simati itu ‘wali’) dan dari malaikat. Maka ini adalah salah faham dalam hal syafaat. Kerana syafaat itu diminta kepada Allah, bukan kepada makhluk!

Makhluk yang dibenarkan untuk beri syafaat pun tidak berani nak cakap apatah lagi nak beri syafaat tanpa izin dari Allah. Mereka tidak ada kuasa dan tidak akan berani nak bantu sesiapa pun.

Bukan sahaja izin bercakap diperlukan tapi nak beri syafaat mana-mana individu itu pun memerlukan izin dari Allah. Bukanlah mereka boleh beri syafaat kepada sesiapa sahaja. Penerima syafaat pun kena dapat izin dari Allah.

Kita kena tahu bahawa tidak ada makhluk yang mampu berikan syafaat termasuk makhluk yang paling rapat dengan Allah pun, iaitu para Malaikat. Maka nanti Allah menceritakan hal mereka.

 

حَتّىٰ إِذا فُزِّعَ عَن قُلوبِهِم

sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, 

Iaitu apabila tidak ada ketakutan lagi. Iaitu apabila dihilangkan ketakutan dari hati para malaikat. Mereka ini adalah malaikat tapi mereka pun amat takut dengan Allah. Bila Allah beri arahan, mereka akan menggeletar kerana amat takut.

Ayat ini menceritakan tentang kedudukan Yang Maha besar lagi Maha tinggi bagi Allah Swt., iaitu apabila Dia berfirman, maka semua penduduk langit mendengar firman-Nya, lalu mereka bergetar kerana ketakutan sehingga keadaan mereka sama dengan orang yang pengsan kerana ketakutan yang sangat terhadap Kebesaran dan Keagungan Allah Swt.

Ini disokong dengan banyak hadis, antaranya:

قَالَ الْبُخَارِيُّ عِنْدَ تَفْسِيرِ هَذِهِ الْآيَةِ الْكَرِيمَةِ فِي صَحِيحِهِ: حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، حَدَّثَنَا عَمْرٌو، سَمِعْتُ عِكْرِمة، سَمِعْتُ أَبَا هُرَيرة يَقُولُ: أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “إِذَا قَضَى اللَّهُ الأمرَ فِي السَّمَاءِ، ضَرَبَتِ الْمَلَائِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضعانًا لِقَوْلِهِ، كَأَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صفوانَ، فَإِذَا فُزِّع عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا: مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ؟ قالوا للذي قال: الحق، وهو العلي الكبير فَيَسْمَعُهَا مُسْتَرق السَّمْعِ، وَمُسْتَرِقُ السَّمْعِ -هَكَذَا بَعْضُهُ فَوْقَ بَعْضٍ-وَوَصَفَ سُفْيَانُ بِيَدِهِ-فَحَرّفها وبَدّد بَيْنَ أَصَابِعِهِ-فَيسمع الْكَلِمَةَ، فَيُلْقِيهَا إِلَى مَنْ تَحْتَهُ، ثُمَّ يُلْقِيهَا الْآخَرُ إِلَى مَنْ تَحْتَهُ، حَتَّى يلقيَها عَلَى لِسَانِ السَّاحِرِ أَوِ الْكَاهِنِ، فَربما أَدْرَكَهُ الشِّهَابُ قَبْلَ أَنْ يُلْقِيَهَا، وَرُبَّمَا أَلْقَاهَا قَبْلَ أَنْ يُدْرِكَهُ، فَيَكْذِبُ مَعَهَا مِائَةَ كَذْبَة، فيقال: أليس قد قال لنا يومَ كذا وكذا: كذا وكذا؟ فيصدق بتلك الكلمة الَّتِي سُمعت مِنَ السَّمَاءِ.

Imam Bukhari dalam kitab sahihnya sehubungan dengan tafsir ayat ini menyebutkan, telah menceritakan kepada kami Al-Humaidi, telah menceritakan kepada kami Sufyan, telah menceritakan kepada kami Amr, dia pernah mendengar Ikrimah mengatakan bahawa Ikrimah pernah mendengar Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. pernah bersabda: Apabila Allah memutuskan suatu urusan di langit, maka para malaikat bergetar mengepak-ngepakkan sayapnya kerana ketakutan terhadap firman-Nya, (dari sayap mereka keluar bunyi) seperti rantai (yang dijatuhkan) di atas batu licin. Dan apabila ketakutan telah dihilangkan dari hati mereka, maka (sebahagian dari) mereka bertanya (kepada sebahagian yang lain), “Apakah yang difirmankan oleh Tuhan kalian?” Maka mereka (yang ditanya) menjawab kepada yang bertanya, “(Perkataan) yang benar, dan Dialah Yang Maha tinggi lagi Maha besar.” Lalu pembicaraan itu dicuri dengar oleh setan-setan yang mencuri-curi dengar berita dari langit. Setan-setan itu sebahagian berada di atas sebagian yang lainnya. Sufyan (perawi) memperagakan hal itu dengan membuka semua jari tangannya dan menyusunnya. Lalu setan itu mendengarkan pembicaraan tersebut, maka ia menyampaikannya kepada temannya yang ada di bawahnya, lalu si penerima berita menyampaikannya lagi kepada temannya yang ada di bawahnya. Demikianlah seterusnya hingga sampai pada setan yang paling bawah, lalu berita tersebut disampaikannya kepada penyihir dan tukang tenung. Dan barangkali setan yang ada di paling atas ditembak oleh bintang yang menyala-nyala sebelum ia sempat menyampaikannya kepada setan yang ada di bawahnya. Barangkali pula setan itu sempat menyampaikannya sebelum terkena lemparan bintang menyala, maka ia mencampuri berita itu dengan seratus kedustaan darinya. Dan setan itu berkata, “Bukankah telah disampaikan kepada kita bahawa hari anu akan terjadi anu dan anu,” dan secara kebetulan bersesuaian dengan kalimat yang didengar dari langit.” Hadis ini diriwayatkan secara tunggal oleh Imam Bukhari tanpa Imam Muslim melalui jalur ini.

Disebut tentang malaikat dan keadaan mereka kerana ada manusia yang buat syirik dengan malaikat. Mereka sangka malaikat itu salah satu ilah dan ada kuasa. Kerana malaikat itu ada yang ditugaskan untuk turunkan rezeki, ambil nyawa dan sebagainya. Padahal kerja yang mereka lakukan adalah kerana arahan Allah, bukan kehendak dan keputusan mereka.

Malaikat sebenarnya tidak ada kuasa apa pun melainkan yang diberikan oleh Allah. Semua mereka adalah hamba kepada Allah juga, tidak lebih dari itu. Dan Allah tidak perlukan malaikat pun untuk tadbir alam ini. Allah jadikan malaikat untuk jalankan tugas di alam ini kerana nak tunjukkan kuasaNya sahaja. Iaitu Allah ada kerajaan yang amat luas dan pekerja-pekerja yang menjalankan arahanNya.

 

قالوا ماذا قالَ رَبُّكُم

mereka berkata “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan-mu?”

Selepas hilang ketakutan kepada Allah selepas tahu Allah ada berikan arahan, maka baru para malaikat itu berani nak tanya tentang arahan. Apakah arahan yang dimaksudkan?

Mereka tanya tentang arahan itu kepada malaikat yang di atas. Iaitu Malaikat yang lebih tinggi kedudukan mereka. Kerana Malaikat yang duduk di atas yang tahu tentang arahan Allah dulu sebelum yang lain.

 

قالُوا الحَقَّ

Mereka menjawab: (Perkataan) yang benar”, 

Maka malaikat yang atas akan beritahu. Mereka akan sampaikan arahan yang benar dari Allah. Dengan kata lain, dapat disebutkan bahawa sampaikanlah apa yang telah difirmankan-Nya tanpa ditambah-tambahi dan tanpa dikurang-kurangi, yakni secara apa adanya.

 

وَهُوَ العَلِيُّ الكَبيرُ

dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Malaikat kemudian memuji-muji Allah. Allahlah yang Maha Tinggi dan Maha Besar, bukannya mereka. Mereka hamba Allah sahaja. Maka tidak patut sama sekali untuk berdoa kepada malaikat dan minta syafaat dari mereka.

Satu lagi tafsiran ayat ini adalah berkenaan pemberi syafaat dan penerima syafaat. Apabila pemberi syafaat seperti Nabi meminta syafaat kepada Allah, kedua-dua pemberi syafaat dan penerima syafaat itu dalam ketakutan. Kerana mereka tidak tahu keputusan Allah. Apabila sudah hilang ketakutan, barulah penerima syafaat itu tanya apakah keputusan dari Allah. Maka ada yang diberitahu ‘kebenaran’, iaitu permintaan syafaat telah diluluskan.

Maka ini hendak menceritakan bukannya senang nak dapatkan syafaat. Jangan sangka yang pemberi syafaat senang-senang nak dapatkan syafaat dari Allah. Maka kalau kamu senang-senang kata: “Nabi itu Allah sayang, tentu Allah akan luluskan permintaan syafaat darinya”. Jika ada yang kata begitu, maka mereka tidak faham tentang syafaat.


 

Ayat 24: Dalil Aqli I’tirafi

۞ قُل مَن يَرزُقُكُم مِّنَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۖ قُلِ اللهُ ۖ وَإِنّا أَو إِيّاكُم لَعَلىٰ هُدًى أَو في ضَلٰلٍ مُّبينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Who provides for you from the heavens and the earth?” Say, “Allāh. And indeed, we or you are either upon guidance or in clear error.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

 

قُل مَن يَرزُقُكُم مِّنَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ

Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?”

Allah suruh Nabi tanya kepada Arab Mekah: Mana datangnya rezeki kamu? Kalau Palestin dan Yaman ada lagi, kamu tidak ada apa. Allah yang susun sampai kamu dapat banyak rezeki yang banyak walaupun tanah air kamu tandus sahaja. Apabila dua kerajaan itu jatuh, barulah Mekah jadi tempat perdagangan yang maju. Ini adalah kerana Kaabah ada di situ.

Maka soalan ini sebenarnya membungkam Musyrikin Mekah. Kerana mereka pun terima yang Allahlah Tuhan yang memberikan rezeki. Tapi mereka menentang ajaran tauhid dan mereka menyembah ilah-ilah lain. Jadi mereka tidak boleh mengiyakan soalan Nabi ini. Tapi mereka nak jawab apa?

Kalau mereka jawab pemberi rezeki itu selain Allah, maka ia sudah pasti satu penipuan dan manusia lain pun tahu yang mereka menipu. Tapi kalau mereka jawab: Allah yang memberi rezeki, maka mereka pun sudah terjerat. Kerana kalau Allahlah pemberi rezeki, kenapa nak puja dan seru selain Allah?

Jadi, jawapan ini mereka tidak dapat jawab, maka Allah suruh Nabi sendiri yang jawab. Sebab itu ada jarak antara soalan dan jawapan. Ada nampak sengkang di antara soalan dan jawapan.

 

قُلِ اللهُ

Katakanlah: “Allah”,

Allah berfirman: jawab sajalah yang Allahlah yang memberi dan menentukan rezeki kerana itulah juga fahaman Musyrikin Mekah. Mereka pun tahu yang Allahlah yang berikan rezeki kepada mereka. Maka Allah ingatkan sahaja.

 

وَإِنّا أَو إِيّاكُم لَعَلىٰ هُدًى أَو في ضَلٰلٍ مُّبينٍ

dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Nanti pasti kita semua akan tahu kedudukan kita semua. Kita akan tahu mana satu antara kita yang benar dan yang sesat.

Lihat indahnya ayat ini dan cara dakwah yang Allah ajarkan. Selepas soal jawab tadi, tentu jawapan yang sebetulnya adalah: “Kami Muslim yang benar dan kamu wahai musyrikin adalah dalam kesesatan”.

Tapi Allah tidak suruh kata begitu kerana kata-kata begitu adalah kasar dan dalam dakwah, kita kena gunakan hikmah. Kalau terus kata mereka sesat, maka itu akan menyebabkan mereka terasa hati dan melawan balik. Maka Allah suruh mereka sendiri gunakan hujah yang lembut menggunakan akal fikiran mereka.

Orang Muslim itu sembah dan seru Allah sahaja kerana Dialah sahaja yang memberikan rezeki. Dan golongan musyrik pula seru dan sembah selain Allah. Maka siapa yang benar? Boleh fikirkan sendiri. Kerana tidak mungkin dua-dua sekali benar.

Ungkapan ini termasuk ke dalam Bab “Sindiran”. Dengan kata lain, dapat disebutkan bahawa salah satu pihak pasti ada yang batil, dan pihak yang lain benar. Tidak mungkin dikatakan bahawa antara kalian dan kami berada dalam jalan petunjuk atau berada dalam kesesatan, tetapi salah satu dari kita sajalah yang benar.

Dan sebagaimana yang telah kalian ketahui (hai orang-orang musyrik), kami telah mengemukakan bukti yang membenarkan keesaan Tuhan. Hal ini merupakan bukti yang jelas yang membuktikan kebatilan akidah kalian yang mempersekutukan Allah Swt. dengan sesuatu. Maka fikirlah sendiri.


 

Ayat 25: Allah ajar cara tabligh wahyu. Ini adalah tambahan kepada hujah-hujah sebelum ini. Ini hendak suruh mereka terus fikirkan lagi.

قُل لّا تُسئلونَ عَمّا أَجرَمنا وَلا نُسئلُ عَمّا تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “You will not be asked about what we committed, and we will not be asked about what you do.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Kamu tidak akan ditanya (bertanggung jawab) tentang dosa yang kami perbuat dan kami tidak akan ditanya (pula) tentang apa yang kamu perbuat”.

 

قُل لّا تُسئلونَ عَمّا أَجرَمنا

Katakanlah: “Kamu tidak akan ditanya (bertanggung jawab) tentang dosa yang kami perbuat

Quraisy sangka Muslim itu yang sesat kerana bawa ajaran baru. Kerana ianya berlawanan dengan fahaman mereka dulu. Maka Allah ajar cara dakwah dalam ayat ini. Allah suruh katakan: “Kamu tidak akan ditanya tentang apa yang kami buat. Kalau kami berdosa pun, kamu tidak bertanggungjawab. Kalau kami bawa ajaran salah pun, kamu tidak terkesan pun.”

Maka ini adalah bahasa peringkat dakwah. Kalau salah baca, nampak seolah-olah Muslim pula yang buat dosa. Ini kerana kata-kata disebut dalam persepsi kafir Mekah yang anggap golongan Islam itu yang sesat. Disebut cara begini kerana nak dakwah. Maknanya jangan kutuk mereka.

 

وَلا نُسئلُ عَمّا تَعمَلونَ

dan kami tidak akan ditanya (pula) tentang apa yang kamu perbuat”.

Dan cakaplah juga: “Kami juga tidak ditanya tentang apa yang kamu lakukan. Apa kamu lakukan itu akan ditanggung oleh kamu. Kami hanya sampaikan sahaja ajaran wahyu. Tapi kalau kamu tak ikut, kami tidak dipertanggungjawabkan atas amalan kamu itu.”

Maknanya, ini nak suruh mereka fikirkan. Kalau nak buat pilihan tentang agama, maka kenalah fikirkan betul-betul. Jangan ikut sahaja kerana kita yang akan bertanggungjawab atas keputusan kita itu. Maka kalau zaman sekarang pun, semua insan kena buat pilihan sendiri. Jangan jadi pak turut dan ikut sahaja kata-kata orang lain, walaupun dia itu seorang ‘ustaz’. Kerana kita semua akan dipertanggungjawabkan atas keputusan kita. Ustaz itu tidak akan tanggung dosa kita kalau buat kesalahan dalam agama.

Yang dimaksudkan ayat ini juga ialah pernyataan berlepas diri dari apa yang dilakukan oleh mereka (orang-orang musyrik). Dengan kata lain, dapat disebutkan bahawa kalian bukanlah termasuk golongan kami, sebagaimana kami pun bukan termasuk golongan kalian, bahkan kami menyeru kalian untuk menyembah Allah semata dan mengesakan-Nya.

Maka jika kalian memenuhi seruan kami, bererti kalian termasuk golongan kami dan kami termasuk golongan kalian. Tetapi jika kalian mendustakan seruan kami, maka kami berlepas diri dari kalian sebagaimana kalian pun berlepas diri dari kami. Makna ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَإِنْ كَذَّبُوكَ فَقُلْ لِي عَمَلِي وَلَكُمْ عَمَلُكُمْ أَنْتُمْ بَرِيئُونَ مِمَّا أَعْمَلُ وَأَنَا بَرِيءٌ مِمَّا تَعْمَلُونَ}

Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah, “Bagiku amalanku dan bagimu amalanmu. Kamu berlepas diri terhadap apa yang aku kerjakan dan aku berlepas diri terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Yunus: 41)

Dan firman Allah Swt.:

{قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ. لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ. وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ}

Katakanlah, “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku.” (Al-Kafirun: 1-6)


 

Ayat 26: Tanya lagi. Suruh mereka berfikir sikit lagi.

قُل يَجمَعُ بَينَنا رَبُّنا ثُمَّ يَفتَحُ بَينَنا بِالحَقِّ وَهُوَ الفَتّاحُ العَليمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Our Lord will bring us together; then He will judge between us in truth. And He is the Knowing Judge.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Tuhan kita akan mengumpulkan kita semua, kemudian Dia memberi keputusan antara kita dengan benar. Dan Dialah Maha Pemberi keputusan lagi Maha Mengetahui”.

 

قُل يَجمَعُ بَينَنا رَبُّنا

Katakanlah: “Tuhan kita akan mengumpulkan kita semua,

Katakan kepada mereka yang mereka bebas nak buat apa sahaja. Tapi kena ingat yang kita semua akan dikumpulkan di Mahsyar nanti. Maknanya kehidupan bukan di dunia ini sahaja tapi akan dihakimi di akhirat kelak. Perbezaan kita ini bukan kerana nak menang hujah tapi kerana perkara ini akan dibawa ke hadapan Allah taala.

 

ثُمَّ يَفتَحُ بَينَنا بِالحَقِّ

kemudian Dia memberi keputusan antara kita dengan benar. 

Allah bukan akan kumpulkan sahaja manusia di Mahsyar tapi ada penghakiman yang akan dilakukan. Waktu itu Allah akan menilai segala amalan kita dan Allah akan buat keputusan yang adil. Allah tidak akan zalim kepada hamba-Nya dalam membuat keputusan. Ini bukan mahkamah dunia yang mungkin buat keputusan yang salah.

Dan waktu itu keputusan yang dibuat adalah dengan cara amali. Maknanya selepas itu akan dimasukkan manusia sama ada ke dalam syurga atau neraka. Jadi ini adalah perkara berat, bukan perkara main-main. Maka perbezaan kita antara pengamal tauhid dan pengamal syirik bidaah di zaman ini juga bukan perkara main-main. Semua ini nanti akan dihadapkan di hadapan Allah taala.

 

وَهُوَ الفَتّاحُ العَليمُ

Dan Dialah Maha Pemberi keputusan lagi Maha Mengetahui”.

Kalimah الفَتّاحُ dari kalimah asal ف ت ح yang kita selalu faham sebagai ‘buka’. Ibnu Faris rahimahullah menjelaskan bahawa asal kata yang benar dari nama ini menunjukkan makna lawan kata dari ‘menutup’. Kemudian dari asal makna ini diambil makna-makna lain dari kata ini, seperti menghukumi (memutuskan), kemenangan dan kejayaan.

Ulama lain, Al-Fairuz Abadi rahimahullah menjelaskan bahawa nama ini secara bahasa bererti al-haakim (yang memutuskan hukum). Sementara Ibnul Atsir rahimahullah berkata: “(Erti nama Allah) al-Fattah adalah Yang Membuka pintu-pintu rezeki dan rahmat bagi hamba-hamba-Nya, ada juga yang mengatakan (ertinya), Yang Maha Memberi hukum di antara hamba-Nya”.

Imam Ibnu Jarir ath-Thabari rahimahullah berkata, “Allah (Dialah) Yang Maha pemberi keputusan hukum lagi Maha Mengetahui hukum (yang tepat dan adil) di antara hamba-Nya, kerana tiada sesuatu pun (dari keadaan mereka) yang tersembunyi di hadapan-Nya, dan Dia tidak memerlukan saksi untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah”. Maknanya, tidak ada yang tertutup kepada Allah dan kerana itu Allah boleh keputusan yang tepat. Semuanya ‘terbuka’ kepada Allah.

Allah boleh buat keputusan dengan tepat dan adil kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Semuanya ‘terbuka’ bagi Allah. Dia tahu segala apa yang kita telah lakukan. Kalau hakim di dunia tidak dapat lakukan begini kerana dia tidak tahu segala-galanya. Mereka hanya boleh buat keputusan berdasarkan bukti yang sampai kepada mereka sahaja.

Tapi bagi Allah, Dia tahu segala-galanya. Tak payah pakai pendakwaraya dan peguam dalam mahkamah Allah. Allah pun sebenarnya tidak perlukan kepada perbicaraan itu, kerana memang Dia sudah tahu segalanya. Tapi diadakan mahkamah di Mahsyar itu untuk beri kepuasan hati kepada makhluk.


 

Ayat 27: Allah ajar lagi cara dakwah. Allah ajar kita minta dalil. Allah suruh mereka fikir balik sama ada pegangan mereka itu ada sandaran atau tidak?

قُل أَرونِيَ الَّذينَ أَلحَقتُم بِهِ شُرَكاءَ ۖ كَلّا ۚ بَل هُوَ اللهُ العَزيزُ الحَكيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Show me those whom you have attached to Him as partners. No! Rather, He [alone] is Allāh, the Exalted in Might, the Wise.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Perlihatkanlah kepadaku sembah-sembahan yang kamu hubungkan dengan Dia sebagai sekutu-sekutu-Nya, sekali-kali tidak mungkin! Sebenarnya Dialah Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

 

قُل أَرونِيَ الَّذينَ أَلحَقتُم بِهِ شُرَكاءَ

Katakanlah: “Perlihatkanlah kepadaku sembah-sembahan yang kamu hubungkan dengan Dia sebagai sekutu-sekutu-Nya,

Allah suruh cakap lagi kepada orang Mekah yang musyrik itu. Minta mereka tunjukkan sekutu-sekutu Allah itu.

Kalimah أَلحَقتُم dari ل ح ق yang bermaksud mengejar sampai dapat menyertai. Maknanya yang boleh sampai ke kedudukan yang sama dengan Allah. Bermaksud makhluk yang dijadikan sama kedudukan dengan Allah.

Tunjukkanlah roh Nabi, wali, malaikat atau jin yang kamu seru dan sembah itu. Yang kamu kata boleh beribadat kepada mereka disamping ibadat kepada Allah. Yang kamu kata mereka itu sekutu Allah. Yang kamu kata boleh seru mereka selain dari seru Allah. Mari ke mari, tunjukkan!

 

كَلّا

sekali-kali tidak mungkin!

Tidak mungkin mereka boleh tunjukkan. Maka katakanlah kepada mereka: “Kamu takkan berjaya nak tunjuk sekutu kepada Allah kerana apa yang kamu nak tunjuk? Adakah kamu nak tunjuk batu yang kamu sembah itu? Itu batu sahaja yang tak boleh buat apa-apa. Kamu yang buat sendiri berhala-berhala itu.”

 

بَل هُوَ اللهُ العَزيزُ الحَكيمُ

Sebenarnya Dialah Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Maka kalau kamu tidak boleh tunjuk, maka ketahuilah bahawa Allah sahaja yang Maha Perkasa dan tidak boleh dikalahkan. Kalau Allah nak azab kamu terus, tidak ada sesiapa pun yang boleh halang Allah.

Tapi Allah juga bersifat Maha Bijaksana. Dia Maha bijaksana dalam semua ucapan, perbuatan, syariat, dan takdir-Nya.

Allah tidak terus beri azab kerana Allah beri peluang untuk manusia bertaubat dan insaf. Kalau Allah terus azab maka kita semua tidak ada peluang masuk syurga. Keputusan ini Allah buat atas kebijaksanaanNya. Maka kalau kamu tidak kena azab sekarang, jangan kata kerana kamu benar. Kamu tidak diazab lagi kerana Allah beri tangguh sahaja.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 3 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Saba’ Ayat 19 – 22 (Dapat nikmat tolak)

Ayat 19: Telah disebut bagaimana Allah telah berikan nikmat jarak perjalanan penduduk Saba’ dengan negeri sekitar itu dekat. Ini memudahkan mereka musafir dan berdagang. Akan tetapi mereka telah engkar dan mengubah nikmat yang mereka dapat.

فَقالوا رَبَّنا بٰعِد بَينَ أَسفارِنا وَظَلَموا أَنفُسَهُم فَجَعَلنٰهُم أَحاديثَ وَمَزَّقنٰهُم كُلَّ مُمَزَّقٍ ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيٰتٍ لِّكُلِّ صَبّارٍ شَكورٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But [insolently] they said, “Our Lord, lengthen the distance between our journeys,” and wronged themselves, so We made them narrations¹ and dispersed them in total dispersion. Indeed in that are signs for everyone patient and grateful.

  • Stories related to others as lessons or examples.

(MELAYU)

Maka mereka berkata: “Ya Tuhan kami jauhkanlah jarak perjalanan kami”, dan mereka menganiaya diri mereka sendiri; maka Kami jadikan mereka buah mulut dan Kami pecahkan mereka berpecah-pecah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi setiap orang yang sabar lagi bersyukur.

 

فَقالوا رَبَّنا بٰعِد بَينَ أَسفارِنا

Maka mereka berkata: “Ya Tuhan kami jauhkanlah jarak perjalanan kami”,

Sebelum ini telah disebut bagaimana mereka boleh senang untuk pergi ke kawasan-kawasan di sekitar kerajaan mereka kerana dekat dan banyak tempat persinggahan. Tetapi ada dari antara mereka yang tidak suka pula. Mereka lebih menyukai menempuh jalan padang sahara dan daerah-daerah yang tidak berpenghuni, yang untuk menempuhnya diperlukan membawa bekal dan unta kenderaan, serta berjalan di terik matahari dan tempat-tempat yang menakutkan.

Perihal mereka sama dengan apa yang diminta oleh kaum Bani Israil dari Musa a.s., iaitu hendaknya Musa memohon kepada Allah agar menumbuhkan tumbuhan bumi buat mereka yang hasilnya berupa sayur-mayurnya, timunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya. Padahal mereka ketika itu berada dalam kehidupan yang makmur berkat Manna dan Salwa yang diturunkan buat mereka. Kehidupan mereka juga mewah, baik makanan, minuman, maupun pakaiannya.

Tapi, kenapa pula begitu? Kenapa nak menyusahkan diri sendiri? Mereka minta supaya perjalanan itu disusahkan supaya orang tertentu sahaja yang boleh pergi ke tempat-tempat itu. Ini adalah kerana tempat-tempat itu menjadi tempat perniagaan juga. Bila perjalanan itu mudah, ianya memberi peluang kepada orang-orang yang sederhana untuk berniaga juga.

Mereka yang kaya tidak suka kerana mereka nak monopoli perniagaan. Biar mereka sahaja yang ada modal untuk pergi ke tempat-tempat yang jauh itu. Begitulah jahatnya hati mereka.

Kalau kita boleh bayangkan zaman sekarang ada pusat supermarket yang besar dan ada kedai-kedai yang kecil. Supermarket itu tidak suka apabila ada kedai-kedai kecil itu kerana mereka lihat ianya mengambil sedikit daripada perniagaan mereka.

Maka supermarket itu akan cuba untuk membunuh perniagaan kecil-kecilan itu. Mungkin mereka buat rancangan dengan pembekal untuk bekalkan barangan dengan harga yang mahal kepada peniaga kecil itu. Kalau bekalkan juga, supermarket itu ugut tidak beli lagi dari pembekal itu. Oleh kerana itu, peniaga kecil tidak dapat pusing modal kerana harga yang mereka dapat mahal. Mereka pun bila modal mahal, kena jual mahal dan harga mereka tidak dapat berlawan dengan supermarket besar. Akhirnya pekedai kecil tidak mampu bersaing dan mereka kena tutup kedai.

Dalam ayat ini disebut seolah-olah mereka berdoa. Tapi tidaklah mereka  jenis orang yang berdoa dan rapat dengan agama sebenarnya. Mereka sebenarnya kata begitu sebagai slogan sesama mereka yang kaya untuk membunuh perniagaan kecil-kecilan supaya mereka sahaja yang kaya.

Mereka buat seolah-olah itu adalah slogan agama dan negara. Kononnya ia untuk kebaikan negara dan agama kalau perjalanan itu sukar. Macam sekarang slogan: “Mari kita beli barang tempatan supaya kita maju” digunakan. (sebagai contoh slogan sahaja, tidaklah saya kata tak bagus beli barangan tempatan.

Satu lagi tafsir adalah mereka bukannya berdoa (tidaklah mereka lafazkan) tetapi perbuatan mereka yang seolah-olah meminta sebegitu. Maksudnya yang disebut adakah kehendak hati mereka.

 

وَظَلَموا أَنفُسَهُم

dan mereka menganiaya diri mereka sendiri; 

Mereka sangka kehendak mereka itu baik untuk mereka tetapi sebenarnya mereka telah menyusahkan diri mereka sendiri. Mereka sahaja yang tidak nampak yang keinginan mereka itu buruk bagi diri mereka.

 

فَجَعَلنٰهُم أَحاديثَ

maka Kami jadikan mereka buah mulut

Oleh kerana mereka telah melakukan kesalahan dan ada keinginan yang tidak elok, maka Allah telah musnahkan kekayaan yang mereka kecapi selama hari ini. Dan kemudian Allah telah jadikan kisah mereka sebagai buah mulut orang lain. Kita pun dapat tahu kisah mereka supaya kita dapat ambil pengajaran dari kisah mereka.

 

وَمَزَّقنٰهُم كُلَّ مُمَزَّقٍ

dan Kami pecahkan mereka berpecah-pecah. 

Dan Allah beri musibah banjir kepada negeri mereka yang makmur itu. Maka tempat tinggal mereka telah musnah. Kerana tempat sudah tidak subur lagi, maka penduduk Saba’ terpaksa berpindah ke tempat lain.

Penduduk asal Saba’ telah berpecah dan pergi ke merata tempat lain. Kerana itulah ada pepatah Arab yang berbunyi, “Bercerai-berai seperti tercerai-berainya kaum Saba’, dan hancur berantakan seperti hancurnya hasil karya kaum Saba’, dan menyebar sebagaimana menyebarnya kaum Saba’.”

Antara hijrah mereka adalah ke Yathrib. Suku Aus dan Khazraj asalnya dari Saba’ sebenarnya. Maka mereka tidak menjadi satu negara lagi dan tidak ada kaitan antara mereka lagi kerana mereka telah bermastautin di tempat yang lain. Mereka pun tidak kaitkan diri mereka dengan Saba’ lagi.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيٰتٍ لِّكُلِّ صَبّارٍ شَكورٍ

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi setiap orang yang sabar lagi bersyukur.

Apa yang terjadi kepada mereka itu adalah pengajaran bagi mereka yang mahu mengambil peringatan.

Sifat mereka yang sanggup ambil peringatan itu adalah sabar dan syukur. Bersabar dengan apa yang tidak ada, dan bersyukur dengan apa yang ada. Bersabar dengan musibah yang Allah timpakan dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan dari nikmat yang banyak. Kenanglah hadis ini:

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ وَعَبْدُ الرَّزَّاقِ الْمَعْنِيُّ، قَالَا أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ العَيْزَار بْنِ حُرَيث عَنْ عُمَرَ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ -هُوَ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ-قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “عَجِبْتُ مِنْ قَضَاءِ اللَّهِ تَعَالَى لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ حَمدَ رَبَّه وَشَكَرَ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ مُصِيبَةٌ حَمِد رَبَّهُ وصَبَر، يُؤْجَرُ الْمُؤْمِنُ فِي كُلِّ شَيْءٍ، حَتَّى فِي اللُّقْمَةِ يَرْفَعُهَا إِلَى فِي امْرَأَتِهِ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman dan Abdur Razzaq. Keduanya mengatakan, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari Abu Ishaq, dari Al-Aizar ibnu Hurayyis, dari Umar ibnu Sa’d, dari ayahnya (iaitu Sa’d ibnu Abu Waqqas r.a.) yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Saya kagum dengan orang mukmin dalam menghadapi takdir Allah Swt. Jika Allah memberikan kebaikan kepadanya, maka dia memuji Tuhannya dan bersyukur. Dan jika dia tertimpa musibah, dia tetap memuji Tuhannya dan bersabar. Orang mukmin diberi pahala dalam segala sesuatu, sehingga suapan yang dia masukkan ke dalam mulut isterinya.

Maka orang mukmin sebenarnya tenang sahaja kalau mereka dapat nikmat atau kalau mereka dapat musibah. Dan mereka tidaklah terkesan dengan kehadiran nikmat keduniaan yang banyak kerana mereka tahu yang ianya dari Allah dan mereka perlu bersyukur dengan nikmat itu.

Dan hati mereka pun tidaklah terikat sangat dengan dunia itu kerana mereka tahu yang Allah boleh ambil balik bila-bila masa sahaja. Hati mereka banyak memandang kepada akhirat. Mereka jadikan dunia ini sebagai tempat kumpul pahala sahaja, bukan tempat kumpul harta.


 

Ayat 20:

وَلَقَد صَدَّقَ عَلَيهِم إِبليسُ ظَنَّهُ فَاتَّبَعوهُ إِلّا فَريقًا مِّنَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Iblees had already confirmed through them¹ his assumption,² so they followed him, except for a party of believers.

  • i.e., the people of Saba’ or mankind in general.
  • That mankind could readily be misled by him.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman.

 

وَلَقَد صَدَّقَ عَلَيهِم إِبليسُ ظَنَّهُ

Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka

Ini merujuk kepada kata iblis semasa dia minta dipanjangkan umur sehingga kiamat. Waktu itu iblis kata manusia takkan sabar dan syukur dan dia akan sesatkan mereka. Dan memang sekarang Iblis telah berjaya menyesatkan banyak manusia.

{أَرَأَيْتَكَ هَذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لأحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلا قَلِيلا}

Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebagian kecil (Al-Isra: 62)

Dan firman-Nya:

{ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ}

kemudian aku akan datangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapatkan sebahagian besar dari mereka bersyukur (taat). (Al-A’raf: 17)

Dan apa yang dilakukan oleh penduduk Saba’ itu membenarkan kata-kata iblis itu. Memang kebanyakan manusia tidak sabar dan bersyukur.

 

فَاتَّبَعوهُ إِلّا فَريقًا مِّنَ المُؤمِنينَ

lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman.

Maka kebanyakan manusia ramai yang mengikut bisikan iblis. Apa yang dibisikkan oleh iblis dan syaitan telah diikuti oleh kebanyakan manusia. Begitulah yang telah terjadi kepada penduduk Saba’ dan kebanyakan manusia sepanjang zaman.

Yang terselamat adalah sebahagian kecil sahaja dari manusia. Mereka tidak terpedaya dengan iblis kerana mereka benar-benar beriman. Kerana itu ada dijumpai tulisan lama kaum Saba’ ini yang menunjukkan ada yang menyembah Allah. Tapi seperti biasa, mereka tidak ramai kerana majoriti dari penduduk Saba’ itu menyembah matahari.


 

Ayat 21:

وَما كانَ لَهُ عَلَيهِم مِّن سُلطٰنٍ إِلّا لِنَعلَمَ مَن يُؤمِنُ بِالآخِرَةِ مِمَّن هُوَ مِنها في شَكٍّ ۗ وَرَبُّكَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ حَفيظٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he had over them no authority except [it was decreed] that We might make evident who believes in the Hereafter from who is thereof in doubt. And your Lord, over all things, is Guardian.

(MELAYU)

Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.

 

وَما كانَ لَهُ عَلَيهِم مِّن سُلطٰنٍ

Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, 

Iblis tak dapat kawal dan menguasai manusia yang beriman. Iblis dan syaitan pun hanya boleh bisikkan sahaja kepada manusia kerana memang iblis dan syaitan tidak ada kuasa.

Al-Hasan Al-Basri mengatakan, “Demi Allah, iblis tidak memukul mereka dengan tongkat dan tidak pula memaksa mereka untuk mengerjakan sesuatu, tiada yang dilakukan oleh iblis kecuali tipuan, dan melalui angan-angan yang dihembuskannya kepada mereka untuk mengerjakannya, lalu mereka mengikutinya.”

 

إِلّا لِنَعلَمَ مَن يُؤمِنُ بِالآخِرَةِ مِمَّن هُوَ مِنها في شَكٍّ

melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. 

Allah cuma nak bezakan mana manusia yang beriman dan mana yang tidak. Allah bukannya tidak tahu siapa yang beriman dan siapa yang tidak. Akan tetapi Allah hendak tunjukkan kepada manusia yang lain.

Sesungguhnya Allah membiarkan iblis menggoda mereka tiada lain agar tampak nyata siapa mereka, siapakah yang beriman kepada hari kemudian, adanya hari kiamat, dan hisab serta pembalasan. Nak tengok siapakah yang menyembah Tuhannya dengan baik di dunia, dan siapakah yang meragukan hal tersebut di antara mereka.

Ada dua golongan manusia yang disebut dalam ayat ini. Pertama adalah mereka yang beriman dengan akhirat. Keduanya mereka yang ragu-ragu kepada hari akhirat. Allah nak kita tahu yang kedua-dua golongan ini tidak akan sama sikap mereka.

Yang yakin dengan akhirat akan buat persediaan untuk menghadapi akhirat tetapi yang tidak yakin dengan akhirat, akan hidup tanpa tujuan. Kerana mereka hanya nampak dunia depan mata sahaja.

 

وَرَبُّكَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ حَفيظٌ

Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.

Allah yang kawal semua yang terjadi. Semua yang terjadi dalam alam ini, dengan jatuh dan bangunnya kerajaan adalah atas kehendak Allah. Negara yang maju dan kemudian mundur, semuanya dalam perancangan Allah.

Apabila Nabi Sulaiman wafat dan apabila negara Saba’ kena banjir, maka kedua dua kerajaan itu jatuh. Apabila dua kerajaan besar dan maju itu jatuh maka Mekah menjadi tempat tumpuan kepada manusia untuk berdagang. Dulu Mekah tak naik ekonomi mereka kerana ada Yaman dan Palestin pada waktu itu.

Nanti bila Abrahah naik menjadi pemimpin Yaman maka dia buat rancangan nak hancurkan Mekah kerana nak naikkan balik ekonomi Yaman. Ini telah diceritakan dengan panjang lebar dalam Surah al-Fil. Tapi dia tidak berjaya kerana Allah tetap jaga Mekah dan Kaabah dari dihancurkan.

Maka Allah nak ingatkan musyrikin Mekah nikmat dan jasa yang telah diberikanNya kepada mereka. Kita telah sebutkan di awal surah ini yang Surah Saba’ ini hendak menceritakan sejarah Mekah juga, bukan Palestin dan Yaman sahaja.

Ia juga bermaksud dalam ramai-ramai manusia, ada yang selamat dari golongan syaitan dan mereka itu selamat kerana pemeliharaan Allah terhadap mereka.

Habis Ruku’ 2 dari 6 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 22: Ayat 22 – 28 adalah Perenggan Makro Keempat dan ia mengandungi dalil-dalil Tauhid dan Kerasulan Nabi Muhammad.

قُلِ ادعُوا الَّذينَ زَعَمتُم مِّن دونِ اللهِ ۖ لا يَملِكونَ مِثقالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمٰوٰتِ وَلا فِي الأَرضِ وَما لَهُم فيهِما مِن شِركٍ وَما لَهُ مِنهُم مِّن ظَهيرٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, [O Muḥammad], “Invoke those you claim [as deities] besides Allāh.” They do not possess an atom’s weight [of ability] in the heavens or on the earth, and they do not have therein any partnership [with Him], nor is there for Him from among them any assistant.

(MELAYU)

Katakanlah: “Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya.

 

قُلِ ادعُوا الَّذينَ زَعَمتُم مِّن دونِ اللهِ

Katakanlah: “Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah,

Allah suruh Nabi Muhammad cabar Musyrikin Mekah untuk terus buat syirik kalau mereka mahu. Serulah entiti yang mereka sangka ilah selain Allah yang mereka sangka ada kuasa itu.

Ini bukanlah ayat suruhan tapi ayat cabaran. Jangan jadikan ini sebagai dalil untuk kata boleh pula seru selain Allah.

 

لا يَملِكونَ مِثقالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمٰوٰتِ وَلا فِي الأَرضِ

mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah pun di langit dan di bumi, 

Allah nak beritahu yang seruan mereka itu sia-sia sahaja. Kerana mereka yang diseru itu tidak ada kuasa. Sedikit pun mereka tidak ada kuasa, sama ada di langit atau di bumi. Maka kalau mereka tidak ada kuasa, kenapa mereka nak sembah mereka lagi? Sebaiknya serulah Allah yang memang pasti ada kuasa.

 

وَما لَهُم فيهِما مِن شِركٍ

dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi 

Jangan kata mereka tiada kuasa penuh, berkongsi kuasa dengan Allah pun tidak ada langsung. Kerana kerana tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan Allah.

Tidaklah semasa Allah jadikan alam ini, ada dibahagikan bahagian ini Allah buat dan bahagian itu malaikat buat. Memang tidak ada langsung. Kalau nak jadi ilah, sekurang-kurangnya adalah terlibat dalam penciptaan langit dan bumi sikit, bukan?

Atau, selepas Allah jadikan alam ini, ada bahagian dunia yang Allah beri kepada mana-mana ilah lain untuk takbir. Ini pun tidak ada. Allah jadikan alam, dan kemudian Allah yang perintah dan jaga semua sekali.

 

وَما لَهُ مِنهُم مِّن ظَهيرٍ

dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya.

Mereka juga tidak penolong kepada Allah dalam apa-apa hal pun. Kerana Allah tidak perlukan bantuan dari sesiapa pun. Maka memang tidak layak selain Allah untuk dipuja dan diminta pertolongan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 2 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Maksud Tahiyat Dalam Solat

📚 Nota Berkaitan Tasyahud Dalam Solat 

🚩 Mungkin ramai yang tidak tahu apakah makna tasyahud yang sentiasa dibaca setiap hari dalam solat. Ianya adalah satu bacaan yang amat penting. Apabila kita fahami, akan lebih memberikan kekhusyukan di dalam solat.

Penting untuk kita mengetahui makna-makna bacaan dalam solat supaya kita dapat menumpukan perhatian kita dalam solat. Kalau tidak, fikiran kita akan menerawang entah ke mana. Tahu-tahu sahaja sudah habis solat.

✒ Kalimah dalam tasyahud itu adalah pernyataan tauhid kita. Ianya adalah penting, malah klimaks kepada solat, bukan penurunan kepada solat itu. Ianya bukan sesuatu yang kita hendak habiskan dengan segera kerana sudah hendak habis solat. Kalaulah kita tahu makna tasyahud itu, ia mempunyai makna yang amat penting.

💡 Ada beberapa versi tasyahud yang Nabi ajar kepada sahabat. Di nusantara ini, yang selalu diajar dan dipakai adalah versi Ibn Abbas. Ini lafaznya:

📖 Bacaan tasyahud Ibnu ‘Abbas.

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللَهِ السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِىُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

(Ertinya: Segala ucapan selamat, keberkahan, selawat, dan kebaikan adalah bagi Allah. Mudah-mudahan kesejahteraan dilimpahkan kepadamu wahai Nabi beserta rahmat Allah dan barakahNya. Mudah-mudahan kesejahteraan dilimpahkan pula kepada kami dan kepada seluruh hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Ilah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan utusanNya)”  (HR. Muslim no. 403).

Maksud kalimah التحيات

📝 Kalimah التحيات adalah jamak kepada تَحِيَّة. Ianya adalah kata-kata aluan apabila berjumpa seseorang. Telah lama digunakan dalam bangsa Arab sebelum Islam lagi. Ia dari kalimah ح ي ي yang bermaksud ‘hayat’, ‘hidup’. Kita juga sepatutnya faham kerana kita menggunakan kalimah yang sama juga contohnya: “sehingga hayat dikandung badan.”

Mereka gunakan kalimah حَيَّكَ الله hayyakallah yang bermaksud: Semoga Allah memanjangkan hayatmu. Ucapan ini dipanggil تَحِيَّة. Seperti lafaz Alhamdulillah kita panggil ‘tahmid’; La ilaaha illallah kita panggil ‘tahlil’; lafaz Allahu Akbar kita panggil ‘takbir’, bukan?

Maka ucapan حَيَّكَ الله dikenali sebagai ‘tahiyyah’. Dan keseluruhan ucapan itu di dalam solat dipanggil ‘tasyahud’ kerana ada pernyataan syahadah di dalamnya.

Apabila Islam bangkit, maka kalimah حَيَّكَ الله tidak lagi digunapakai, tapi diganti dengan ‘Assalamualaikum’. Tapi, terma ‘tahiyyah’ masih lagi digunapakai untuk ucapan yang diberikan kepada orang lain apabila bertemu. Dalam Qur’an juga menggunakan perkataan itu.

📖 Kita boleh lihat dalam Surah An Nisa’ Ayat 86;

‎وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Ertinya: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

📓 Tafsir ayat ini adalah berkenaan memberi salam ‘Assalamualaikum’ sekurang-kurangnya dan dijawab dengan jawapan balas yang sama atau lebih baik. Tapi lihat bagaimana kalimah تَحِيَّةٍ digunakan juga dalam ayat ini.

Jadi kalimah التحيات itu adalah تَحِيَّةٍ ditambah dengan ال yang membawa maksud tahiyah yang istimewa/khas. Maknanya ucapan ini adalah khas kepada Allah.

Seperti kalimah حَمدَ bermaksud ‘pujian’. Kita juga ada puji makhluk bukan? Tetapi kalau حمد apabila ditambah ال menjadi الحمد, ia adalah ‘pujian khas’ kepada Allah.

❓Kenapa tidak memberi salam kepada Allah? Kerana Allah tidak memerlukan salam kita. Allah sendiri adalah As-Salam, jadi mana mungkin kita mendoakan salam pula kepada Allah? Bila kita memberi salam kepada seseorang, kita doa supaya Allah memberi kesejahteraan kepada orang itu, bukan? Jadi, kalau beri salam kepada Allah, kita hendak siapa beri kesejahteraan kepada Allah?

Dan kalimah التحيات ada ات di hujungnya kerana dalam bentuk jamak (plural) sebab banyaknya ucapan tahiyah yang kita hadapkan kepada Allah. Ulama’ juga ada yang tidak faham maksud tahiyat. Maka, ada yang bertanya Imam Asy Syafi’e.

✒ Imam Asy Syafi’e seorang penyair, jadi bahasa beliau halus. Dia menjelaskan, kalimah tahiyat ini adalah seumpama masuk ke istana raja. Bila masuk ke istana raja, kita tidak masuk sama seperti rumah orang yang biasa. Kita beri ucapan yang layak bagi raja itu.

✔ Maka inilah kalimah yang Allah ajar melalui Rasulullah SAW bagaimana hendak menghadapNya.

Maksud kalimah الصلوات

Kalimah الصلوات adalah jamak kepada الصلوة (solat). Sebagaimana ucapan greeting yang khusus untuk Allah, maka solat yang kita lakukan juga adalah untuk Allah. Kita menekankan keikhlasan solat yang kita lakukan itu adalah kerana Allah.

Dan kalimah الصلوة dari ص ل و yang bermaksud ‘doa’. Maka ini juga mengingatkan kita yang semua doa kita hanya kepada Allah sahaja.

🔮 Solat adalah wakil kepada ibadah-ibadah yang lain. Kerana ada banyak ibadah lain, bukan? Tapi takkan hendak sebut semua. Maka, solat mewakili ibadat-ibadat habluminallah (tali ikatan dengan Allah).

Maksud kalimah الطيبات

📝 Kalimah الطيبات (Tayyibat) dari kalimah ط ي ب yang bermaksud ‘baik’. Ia merujuk kepada akhlak yang baik, perbuatan yang baik. Kita lakukan semuanya kerana Allah dan mengharap pahala dari Allah. Ini kerana Allah telah banyak berbuat baik kepada kita, maka kita hendaklah balas dengan berbuat baik kepada Allah.

Maksud kalimah السَّلاَمُ dan النبي

Kemudian kita doakan kesejahteraan kepada Nabi Muhammad SAW. Kalimah ‘salam’ bermaksud sejahtera dan selamat. Kita doakan kesejahteraan kepada Rasulullah SAW.

Kita tidak sebut nama ‘Muhammad’ dalam salam ini kecuali digunakan kalimah النبي ‘Nabi’ sahaja. Maka mari kita syarah sedikit berkenaan maksud ‘Nabi’ ini. Kalimah ‘Nabi’ datang dari kalimah نبأ naba’ yang bermaksud ‘maklumat penting’. Ianya bukan maklumat biasa-biasa sahaja. Kalau maklumat biasa, kalimah yang digunakan adalah ‘khabar’.

💡 Maka para Nabi itu diberikan pangkat dan gelaran ‘Nabi’ kerana mereka bawa dan sampaikan maklumat yang amat penting dari Allah. Kalau bawa apa-apa sahaja dari Allah, tentulah penting, bukan? Maka wahyu Allah adalah amat penting untuk kita belajar.

Dan maklumat itu amat relevan kepada manusia dan manusia kena ambil perhatian dan kena lakukan apa yang telah disampaikan itu. Maka Qur’an yang kita baca hari-hari itu adalah relevan dengan kehidupan kita sampai bila-bila. Jangan sangka ianya hanya untuk orang dahulu sahaja. Jangan kita katakan Qur’an ini tidak sesuai pada zaman ini pula. Ajaran dari Qur’an ini sentiasa segar untuk digunakan pada mana-mana zaman.

📑 Kalau kita hendak bandingkan maksud النبي supaya tambah pemahaman kita, bayangkan kita tengok berita di TV. Berita tentang orang berucap di sana sini, berita kecurian dan rompakan serta pembunuhan, masih lagi hanya ‘khabar’ sahaja. Maklumat biasa sahaja.

Tapi, kalau dalam berita itu menyebut yang kawasan perumahan kita akan banjir tidak lama lagi kerana empangan berdekatan telah pecah, maka ini bukan maklumat biasa lagi. Kita tidak boleh duduk terus tengok berita itu macam berita-berita lain, bukan?

Tentu kita akan bergegas untuk mendapat maklumat lanjut, dapatkan kepastian benarkah berita itu dan kemudian tentu hendak bergegas kemas barang yang penting, selamatkan barang yang berharga, kemudian berkemas dengan segera sebab kita hendak selamatkan diri kita. Tidak boleh berlengah-lengah, bukan?

Maka, ini adalah naba’ dan bukan khabar lagi. Dan tentu kita tidak simpan maklumat ini, bukan? Sebab kita hendak juga ahli keluarga dan jiran-jiran sebelah kita selamat sekali. Mungkin mereka tidak tengok TV malam itu, jadi tidak tahu berita penting ini. Maka, kita pasti akan sampaikan maklumat itu. Jadi, nampak tidak perbezaan antara khabar dan naba’?

Kalau faham, maka kita akan pandang penting sangat wahyu yang Allah sampaikan kepada para Nabi ini dan kita akan ambil tindakan. Kita akan buat persediaan dengan segera tanpa lengah dan kita akan sampaikan kepada keluarga dan jiran kita.

✔ Maka para Nabi itu bukan bawa berita khabar sahaja tapi mereka bawa naba’ dari langit, dari Allah. Dan mesej yang mereka sampaikan itu bukan untuk kita dengar dan buat tidak tahu sahaja. Maka maklumat itu amat relevan dengan kita dan kalau kita tidak ambil maklum dan ambil tindakan untuk menyelamatkan diri kita, kita akan binasa.

📝 Jadi kalimah السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته bermaksud kita mendoakan kesejahteraan dan keberkatan untuk Nabi dalam setiap solat kita. Ini adalah sama seperti lafaz salam yang kita ucapkan. Jadi, tidak perlu kita hendak kirimkan salam kepada Nabi untuk dititipkan kepada mereka yang buat Haji dan Umrah kerana kita hari-hari sudah kirim salam kepada Nabi. Itu tidak pernah dilakukan oleh para salafussoleh.

Hakikatnya kalau kita perhatikan tasyahud, banyak yang kita dapat fahami. Tidaklah kita buat perkara yang tidak patut.

📓 Antaranya, dari hadith yang akan kita belajar nanti, tidak ada istilah kirim salam kepada Nabi. Contohnya, apabila orang hendak pergi Madinah, ada yang kirim salam kepada Nabi melalui orang tersebut. Tidak ada istilah ‘kirim salam’ seperti ini. Kita katakan kepada mereka: ” Setiap hari engkau solat dan engkau memberi salam ke atas Nabi, tetapi apakah engkau tidak perasan apa yang engkau buat? “

Gunakan السلام عليك atau السَّلامُ علَى النَّبيِّ?

✒ Ada perbincangan di sini yang menjadi polemik juga di kalangan ulama’. Adakah lafaz salam ini tetap dalam lafaz السلام عليك أيها النبي begini, atau boleh diubah?

📝 Ada dua pendapat tentang perkara ini. Ada yang kata kena gunakan lafaz ini dan ada yang kata kena ubah.

💎 Pendapat yang pertama:

– Pendapat pertama mengatakan tidak boleh diubah lafaz السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته kerana inilah lafaz yang diajar oleh Nabi kepada sahabat. Dan sahabat yang menerimanya juga kata yang mereka menerima kalimah-kalimah tasyahud itu seperti baginda mengajar Qur’an. Maka sebagaimana kalimah dalam Qur’an tidak boleh diubah, maka boleh dikatakan juga yang kita tidak boleh hendak ubah kalimat dalam tasyahud itu. Maknanya, sebagaimana Nabi ajar, begitulah juga kita kena sebut satu persatu.

💡 Sebagai contoh, apabila kita membaca Fatihah, kita tetap sebut إِيّاكَ نَعبُدُ (Hanya kepada Engkau kami sembah) walaupun kita baca Fatihah itu seorang diri sahaja. Tidaklah kita ubah jadi إِيّاكَ أعبُدُ. Maka, kalau baca verbatim seperti lafaz yang diajar oleh Nabi, tidak ada masalah kerana ada hujahnya.

💎 Pendapat yang kedua:

– Pendapat kedua yang mungkin tidak popular di kalangan orang kita kerana tidak biasa dengar. Iaitu kalimah السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته ditukar kepada السَّلامُ علَى النَّبيِّ ورحمةُ اللَّهِ وبرَكاتُهُ.

❓ Ini adalah pendapat Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu yang merupakan seorang sahabat yang faqih. Sesudah kewafatan Rasulullah SAW dia membaca,

السَّلامُ علَى النَّبيِّ ورحمةُ اللهِ وبرَكاتُهُ
“As-Salaamu ‘ala An-Nabiyyi warahmatullaahi wabarakaatuh”.

💡 Syaikh Al-Albani rahimahullah melihat bahawa ini yang sepatutnya dibaca. Ini kerana apabila kita membaca “Assalaamu ‘alaika ayyuha An-Nabiyyu” iaitu lafaz asal yang diajar oleh Nabi, perkataan عَلَيْكَ (‘alaika – ke atasmu) maknanya kita berdepan dengan Nabi. Ucapan itu diucapkan apabila orang itu ada di depan (atau bersama) kita. Tetapi Nabi Muhammad SAW tidak ada di hadapan kita, bukan?

🔦 Itu beza عَلَيْكَ (‘alaika – ke atasmu) dengan علَى النَّبيِّ (‘ala An-Nabiyyi – ke atas Nabi) yang tidak menggambarkan bahawa Rasulullah berada di hadapan kita (tidak berinteraksi secara langsung).

Maka setelah kewafatan Baginda, Ibnu Umar membaca dengan lafaz السَّلامُ علَى النَّبيِّ ورحمةُ اللهِ وبرَكاتُهُ (As-Salaamu ‘ala An-Nabiyyi warahmatullaahi wabarakaatuh). Syaikh Albani melihat bahawa mustahil Ibnu Umar mereka-reka sesuatu daripada dirinya sendiri, kerana Ibnu Umar terkenal sebagai orang yang mengikut dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Maka ini adalah hujah yang kuat juga.

📓 Maka Syaikh Albani rahimahullah seperti dalam kitabnya ‘Sifat Solat Nabi’  melihat bahawa Ibnu Umar membaca dengan lafaz ini tidak lain dan tidak bukan kerana perintah dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

Ini yang Ibnu Umar belajar dari Nabi walaupun tidak ada nas yang menyatakan seperti itu. Itu yang dapat kita fahami daripadanya. Begitulah juga yang dilakukan oleh Ibn Mas’ud seorang lagi sahabat Nabi yang faqih:

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، حَدَّثَنَا سَيْفٌ، قَالَ: سَمِعْتُ مُجَاهِدًا، يَقُولُ: حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَخْبَرَةَ أَبُو مَعْمَرٍ، قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ، يَقُولُ: ” عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَفِّي بَيْنَ كَفَّيْهِ التَّشَهُّدَ، كَمَا يُعَلِّمُنِي السُّورَةَ مِنَ الْقُرْآنِ: التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَهُوَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْنَا، فَلَمَّا قُبِضَ، قُلْنَا السَّلَامُ “، يَعْنِي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim : Telah menceritakan kepada kami Saif, dia berkata : Aku mendengar Mujaahid berkata: Telah menceritakan kepadaku ‘Abdullah bin Sakhbarah Abu Ma’mar, dia berkata: Aku mendengar Ibnu Mas’uud berkata: Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam mengajariku tasyahud – dan telapak tanganku berada di dalam genggaman kedua telapak tangan baginda – sebagaimana baginda mengajariku surah dalam Al-Qur’an : ‘At-tahiyyaatu lillaah, wah-shalawaatu wath-thayyibaat, assalaamu’alaika ayyuhan-nabiyyu warahmatullaahi wa barakaatuh, as-salaamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘ibaadillaahish-shaalihiin. Asyhadu al-laa ilaaha illallaah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh (Segala ucapan selamat, selawat, dan kebaikan adalah bagi Allah. Mudah-mudahan kesejahteraan dilimpahkan kepadamu wahai Nabi berserta rahmat Allah dan barakahNya. Mudah-mudahan kesejahteraan dilimpahkan pula kepada kami dan kepada seluruh hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan utusanNya)’. Bacaan itu kami ucapkan ketika baginda masih ada di antara kami. Adapun setelah baginda meninggal, kami mengucapkan: ‘As-salaamu ‘alan-Nabiy (shallallaahu ‘alaihi wa sallam)”
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 6265]

🔮 Maka, pendapat kedua ini juga adalah kuat kerana ada hujah yang kuat. Maka terpulang kepada anda untuk memilih manakah pendapat yang lebih kuat setelah dinyatakan kedua-dua hujah ini.

Maksud السلام علينا

📝 Selepas mendoakan kesejahteraan kepada Nabi, maka kita disuruh mendoakan diri kita sendiri. Kalimat السلام علينا bermaksud ‘Semoga kesejahteraan ke atas kami’. Walaupun kita berdoa atau solat bersendirian, kita tetap membacakan doa ini dengan dhomir (kataganti) ‘kami’.

Ini adalah kerana hendak mengingatkan yang kita ini adalah satu ummah, dan kita tidak fikirkan diri kita sahaja. Kita bukan hendak selamatkan diri kita sahaja. Kita sedar tentang orang lain juga dan kita mahu mereka juga selamat dan sejahtera. Seperti juga dalam Surah Fatihah, kita baca اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ (bimbinglah kami ke jalan yang lurus) walaupun kita baca ayat ini bersendirian.

💡 Ini mengajar kita dalam doa, jangan kita fikirkan diri kita sahaja. Kena doakan orang lain juga. Cuma kita dulukan diri kita dahulu sebelum hendak mendoakan orang lain. Bayangkan dalam kapal terbang, pramugari akan kata: “berikan oksigen kepada diri anda sebelum diberikan kepada orang lain” kerana hendak selamatkan orang lain, anda kenalah sedar dan selamat dahulu, bukan? Sama juga, jika hendak selamatkan orang lain dari neraka, diri anda sendiri hendaklah selamat dahulu.

📖 Sebab itulah Allah menegur golongan Yahudi yang melakukan kesilapan ini dalam Surah Al Baqarah: 44;

أَتَأمُرونَ النّاسَ بِالبِرِّ وَتَنسَونَ أَنفُسَكُم وَأَنتُم

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan dirimu sendiri?

Kemudian kita mendoakan kepada hamba-hamba yang soleh dengan kalimat وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ. Kalimah عِبَادِ اللهِ digunakan untuk hamba Allah yang taat. Ini adalah kalau kalimah عَبِيد yang digunakan kerana ia merujuk kepada semua hamba secara umum. Semua makhluk adalah hamba Allah, tapi tidaklah semua hamba Allah itu taat, bukan? Kerana tentulah kita mendoakan kebaikan untuk hamba yang baik, bukan?

Kemudian ditambah lagi bahawa hamba-hamba yang taat itu adalah ‘hamba yang soleh’. Kalimah صلح bermaksud baik, bagus, beriman, berguna, sesuai. Untuk tahu sesuatu makna perkataan itu, elok kita tahu lawannya. Maka lawan kepada صلح adalah فسد iaitu berbuat kerosakan, kekacauan.

Jadi kalau kita lihat kalimah صلح ini, ia bukan sahaja bermaksud dalam hal agama sahaja, tapi dalam segenap kehidupan kita. Ada orang jaga ibadat dia, solat cukup, puasa tidak pernah tinggal. Tapi, mereka zalim kepada orang lain. Adakah orang ini boleh dikira sebagai orang soleh? Tentu tidak.

❓ Kenapa hadkan doa ini kepada orang soleh sahaja? Kenapa tidak diberikan doa ini kepada semua orang? Ini adalah untuk memberi motivasi kepada umat Islam untuk jadi orang yang soleh. Bayangkan, doa ini dibaca oleh semua orang yang solat. Maka kalau kita dapat termasuk dalam doa ini, maka tentulah baik sekali. Tapi doa ini hanya untuk orang soleh sahaja, bukan? Maka untuk mendapat kelebihan ini, kenalah masuk dalam golongan orang soleh dahulu. Kalau tidak masuk barisan, tidaklah dapat masuk dalam manfaat doa ini yang dibaca oleh begitu ramai orang yang solat. Rugilah kalau begitu, bukan?

Kisah Tentang Tahiyyat

✒ Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai di Sidratul Muntaha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan, “at-Tahiyatu lillaah was shalawat wat thayyibat.” kemudian Allah menyatakan, Assalamu alaika ayyuhan Nabiyyu wa rahmatullah wa barakatuh. Kemudian para malaikat menyahut, “Assalamu alainaa wa ‘ala ibadillahis sholihin.”

❓ Apakah cerita ini benar?

Allahu a’lam, Allah lebih tahu sama ada kisah ini benar atau tidak. Tapi tidak dijumpai kisah ini di dalam mana-mana hadis yang sahih.

🔮 Memang benar, ada beberapa kitab tafsir – seperti tafsir al-Alusi – yang menyebutkan kisah tahiyat kaitannya dengan isra mi’raj di atas, namun tanpa menyebutkan sanad. Maka kita ambil langkah berjaga-jaga dengan menolak riwayat ini. Lain pula kalau ada dalil yang mengatakan ianya sahih.

💎 PEMAHAMAN MAKSUD DUA KALIMAH SYAHADAH

📝 Shahadah Part 1- Kalimah Pertama.

❓ Apakah maksud lafaz kalimah shahadah?

✒ Kalimah ‘syahadah’ bermaksud ‘penyaksian’. Kita biasa dengar orang yang jadi ‘saksi’ di mahkamah, bukan? Mereka itu boleh jadi saksi kerana mereka nampak atau tahu kejadian yang berlaku, sampai mereka boleh jadi saksi. Tidak boleh orang yang tidak ada di tempat kejadian menjadi saksi. Atau orang yang tidak tahu, tapi ‘agak-agak’ sahaja.

Dari sini, kita dapat ambil pengajaran: orang yang mengucapkan syahadah, mesti tahu apa yang dia ucapkan. Kerana kalau dia ‘ucap’ sahaja, tapi dia pun tidak tahu apa yang dia ucapkan, adakah bernilai penyaksiannya itu? Oleh itu, pemahaman maksud syahadah ini perlulah diajar kepada manusia. Semoga kita tidak termasuk orang yang tahu ucap sahaja, tapi tidak tahu maknanya.

Secara ringkasnya, lafaz kalimah syahadah adalah lafaz ‘perjanjian’ atau ‘ikrar’ kita kepada ALLAH terhadap dua perkara. Apakah dua perkara yang dimaksudkan?:

Pertama, perkara berkenaan akidah tauhid iaitu lafaz pertama adalah perjanjian kita untuk mengEsakan Allah dengan tidak membuat atau mengamalkan apa jua bentuk syirik kepadaNya sama ada dalam ibadat mahupun doa:

أشهد أن لا إله إلا الله.

Tafsir atau maksud sebenar kalimah pertama ini adalah: Aku berjanji kepadaMu ya Allah bahawa tidak ada perantaraan, sembahan, pujaan, seruan dalam doa serta ibadat melainkan “hanya” serta “terus” kepadaMu sahaja.

📖 Ini selari dengan maksud surah Al-Fatihah ayat 5:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ

Engkaulah sahaja yang kami sembah.

(bermaksud sembah, puja seru Allah hanya dengan cara ibadat yang Allah wahyukan sahaja),

وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

(bermaksud doa hanya terus kepada Allah tanpa perantaraan)

❓ Bagaimana untuk menjaga kalimah perjanjian pertama ini daripada rosak atau batal?

✔ Untuk jaga perjanjian pertama ini adalah dengan dimulakan dengan belajar wahyu Allah yang paling utama iaitu belajar memahami isi kandungan Qur’an. Banyak isi kandungan Qur’an ini adalah berkenaan tauhid dalam ibadah dan juga doa. Kekufuran manusia terdahulu adalah berkaitan dengan dua perkara ini iaitu kekufuran dalam ibadah dan juga doa.

📓 Contohnya cerita berkenaan puak Musyrikin Mekah. Musyrikin Mekah ini adalah satu kaum yang mengaku menganut syariat Nabi Ibrahim A.S. Namun, ibadat musyrikin Mekah ini bercampur aduk yang haq dengan yang bathil. Mereka tidak lagi beribadat dengan ibadat yang “asal” sepertimana yang Nabi Ibrahim ajar dan mereka (Musyrikin Mekah) ini juga menjadikan makhluk yang mereka puja sebagai patung-patung berhala untuk dijadikan ‘perantara’ mereka dalam berdoa kepada ALLAH. Iaitu untuk sampaikan doa mereka kepada Allah.

Kita kena sedar yang Musyrikin Mekah ini sebenarnya mengaku bahawa ALLAH adalah Tuhan yang Maha Berkuasa serta Maha Mengetahui dalam hal penciptaan langit dan bumi.

📖 Dalil antaranya Surah Az-Zukhruf Ayat 9;

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (musyrikin mekah) itu:” Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”.

Jelas dalam ayat ini dan dalam ayat-ayat yang lain, Musyrikin Mekah itu kenal Allah sebagai Tuhan yang mencipta alam ini. Akan tetapi, akibat salah faham serta ragu-ragu pada Tuhan, menyebabkan mereka telah dipesong akidah mereka oleh syaitan. Musyrikin Mekah ini mengambil serta melantik pujaan-pujaan mereka (berhala, roh Nabi, roh wali, malaikat dan jin) sebagai perantara dan bukannya niat asal mereka untuk buat syirik.

Mereka berniat baik dengan sangkaan bahawa makhluk-makhluk pujaan mereka itu menjadi perantara antara mereka dan Allah, agar dapat membawa mereka (musyrikin Mekah) mendekatkan diri kepada Allah sehampir-hampirnya. Sebahagian ayat 3 dalam surah Az-Zumar adalah dalil kepada tujuan musyrikin Mekah lantik pujaan mereka itu sebagai perantaraan kepada Allah. Sebahagian ayat 3 surah Az-Zumar:

……..وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللهِ زُلْفَىٰ……….
……..Dan orang-orang yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka dapat mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”……

📑 Begitulah ringkasan cerita tentang kaum Musyrikin Mekah seperti yang diceritakan dalam Qur’an sebagai contoh untuk menerangkan kaitannya dengan kalimah perjanjian pertama.

Oleh itu, kalau orang kita juga ada menggunakan entiti-entiti lain sebagai perantara (wasilah) kepada Allah, itu juga adalah perbuatan syirik. Sebagai contoh, ada yang bertawasul dengan keberkatan Nabi, dengan Nabi sendiri, dengan para wali, dengan malaikat dan sebagainya.

Mereka yang melakukan perkara yang sedemikian, tidak memenuhi tuntutan Syahadah bahagian pertama itu. Mereka hari-hari lafazkan syahadah itu, sekurang-kurangnya dalam solat, tapi mereka langgar apa yang mereka ikrarkan. Hari-hari mereka berjanji tapi hari-hari mereka langgar.

💡 Secara ringkasnya, lafaz kalimah syahadah yang pertama ini adalah berkenaan Allah. Kita berjanji untuk puja dan seru hanya Allah sahaja, dan bukan Ilah yang lain. Juga bermaksud kita buat ibadat hanya kepada Allah, dan kita berdoa hanya kepada Allah sahaja.

Juga kita berjanji untuk menjadikan Allah sebagai tempat harapan kita, tempat kita mengadu.

⚠ Maka, kalau ada buat ibadat kepada selain Allah, doa kepada selain Allah, maka itu adalah syirik. Sebagai contoh, ada yang buat sembelih kambing atau lembu kerana berubat, dengan alasan jin yang suruh. Maka ini adalah syirik. Ada juga yang zikir nama selain Allah, sebagai contoh, mereka zikirkan nama Nabi Muhammad – ini juga syirik.

✔ Juga bermaksud kita buat ibadat ‘kerana’ Allah. Kalau kita buat ibadat kerana selain Allah, tidak diterima ibadat itu. Sebagai contoh, kalau kita solat kerana ayah kita suruh, suami/isteri kita suruh dan sebagainya, itu tidak diterima. Juga kalau kita beribadat kerana mengharapkan orang lain nampak, orang lain puji, itu juga tidak diterima kerana buat ibadat tidak ikhlas kerana Allah.

⚠ “Jangan tunggu sudah ikhlas baru hendak solat dan beribadah”.

🔮 Begitulah serba ringkas perbincangan tentang kalimah syahadah yang pertama. Kita akan dapat pemahaman ini dengan lebih jelas lagi apabila kita tadabbur ayat-ayat Qur’an dalam kelas- kelas kita nanti.

Syahadah Bahagian ke dua

📝 Kali ini akan dijelaskan pula tafsir bagi kalimah:

وأشهد أن محمدا رسول الله

Tafsir atau maksud sebenar kalimah kedua ini pula adalah: “Aku berjanji kepadaMu Ya Allah bahawa aku hanya taat kepada ajaran Nabi Muhammad Rasulullah.”

Apabila ditambah kalimah وأشهد dalam bahagian ini, ini menunjukkan yang ia sama penting dengan syahadah yang pertama tadi. Kerana itu Allah ulang kalimah أشهد (aku bersaksi) ini sekali lagi. Kalau Allah tidak ulang juga kalimah أشهد ini, maknanya tidak lari. Tapi kerana ianya penting, Allah ulang juga.

💡 Kalimah kedua ini adalah perjanjian kita kepada ALLAH untuk taat kepada ajaran Nabi Muhammad SAW yang dilantik ALLAH sebagai pesuruhNYA.

❓ Apakah tugas Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah?

✔ Tugas Nabi Muhammad hanyalah menerima, mengamal serta menyebar wahyu Allah Ta’ala. Dan dalam syahadah bahagian kedua ini, kita berjanji akan ikut dan taat kepada ajaran yang dibawa Rasulullah SAW sahaja.

❓ Adakah Nabi mempunyai hak untuk reka cipta syariat, ibadah atau amalan dalam agama Islam?

⚠ Jawapannya “TIDAK!”. Dalam Surah Yunus ayat 15, Nabi Muhammad SAW membuat pengakuan bahawa Baginda tidak mempunyai hak untuk mereka cipta syariat, ibadat atau amalan dalam agama Islam. Baginda “HANYA” menurut terhadap apa yang ALLAH perintahkan (wahyukan) sahaja.

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا ائْتِ بِقُرْآنٍ غَيْرِ هَٰذَا أَوْ بَدِّلْهُ قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِن تِلْقَاءِ نَفْسِي إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): “Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah ia“. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, – jika aku menderhaka kepada Tuhanku, – akan azab hari yang besar (soal jawabnya)”.

❓ Kenapa Nabi tidak mempunyai hak berbuat demikian?

✔ Kerana Nabi tahu bahawa agama Islam ini “HANYA” milik Allah seperti mana Firman Allah dalam sebahagian Surah Az Zumar Ayat 3;

أَلَا ِللهِ الدِّينُ الْخَالِصُ

Ingatlah! Hanya milik Allah agama yang murni (dari segala penambahan).

⚠ Dalil di atas mempunyai dua perkara yang Allah beritahu:

💎 Pertama :
– Allah beritahu kepada kita bahawa agama islam ini adalah milik Dia (Allah).

💎 Kedua :
– Allah beritahu bahawa segala syariat, ibadat atau amalan dalam agama Islam milik DIA. Allah sahaja yang layak untuk tentukan amalan dan syariat dalam agama islam ini. Selain Allah, tidak layak sama ada dia ustaz, ulama’ atau sesiapa sahaja menentukan amalan dan syariat dalam agama islam.

💡 Jadi, berdasarkan dalil-dalil yang telah diberikan, jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW bukanlah seorang yang boleh reka syariat, ibadat atau amalan dalam agama Islam milik Allah. Segala-gala yang di langit dan di bumi semuanya milik Allah termasuklah agama itu sendiri iaitu Islam.

📖 Sila rujuk Surah Yunus ayat 55;

أَلَا إِنَّ ِللهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَلَا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

❓ Soalan kepada kita:
– Jika Nabi lagi Rasul juga tidak mempunyai hak untuk reka cipta syariat, ibadat atau amalan dalam agama milik Allah, adakah kita yang bukan Nabi ini mempunyai hak tersebut?

📌 Soalan ni boleh di jawab sendiri oleh kita.

❓ Bagaimana hendak membezakan antara wahyu Allah yang menjadikan sunnah Nabi Muhammad SAW dengan bidaah syariat, ibadat atau amalan rekaan manusia yang sudah pasti bukan dari wahyu Allah?

✔ Jawapannya: Perlu belajar memahami isi kandungan Qur’an dan Sunnah (Hadith Shahih) kerana Qur’an itu sendiri bermaksud pembeza antara yang haq dengan yang bathil. Pembeza yang tauhid dengan yang syirik. Manakala Sunnah (Hadith Shahih) adalah pembeza yang Sunnah dengan yang Bidaah. Pembeza yang Nabi ajar dengan yang manusia reka.

❓ Adakah batal perjanjian iaitu perjanjian kalimah syahadah yang kedua jika kita melakukan ibadat yang bukan dari ajaran Nabi Muhammad SAW kerana sesungguhnya apa yang diajar Nabi adalah wahyu daripada Allah?

✔ Jawapannya: “Batal” perjanjian kita yang kedua kerana kita sudah berjanji untuk taat ajaran Nabi Muhammad SAW sahaja tetapi ajaran yang bukan dari Nabi juga kita taat iaitu ajaran yang direka manusia. Syahadah yang diucapkan itu adalah syahadah kosong dan sia-sia sahaja.

❓ Apakah syariat, ibadat atau amalan dalam ugama yang direka oleh manusia?

✔ Secara ringkasnya apa sahaja syariat, ibadat atau amalan yang tidak ada dalil Qur’an mahupun Sunnah Nabi (dalil Hadith), semuanya hanyalah rekaan.

❓ Bagaimana pula keadaan orang-orang yang tidak belajar Qur’an dan Sunnah (Hadith) dapat memastikan bahawa ibadat atau amalan mereka selari dengan Qur’an dan Sunnah Nabi?

✔ Memang tidak dapat di pastikan amalan selari dengan Qur’an dan hadith jika tidak belajar tafsir Qur’an dan ilmu hadith. Maka kena belajar kedua-duanya sekali.

💕 Allahu a’lam. Sekian nota tasyahud. Moga dapat hayati dan fahami. In shaa Allah. 💕