Maksud Tahiyat Dalam Solat

๐Ÿ“š Nota Berkaitan Tasyahud Dalam Solatย 

๐Ÿšฉ Mungkin ramai yang tidak tahu apakah makna tasyahud yang sentiasa dibaca setiap hari dalam solat. Ianya adalah satu bacaan yang amat penting. Apabila kita fahami, akan lebih memberikan kekhusyukan di dalam solat.

Penting untuk kita mengetahui makna-makna bacaan dalam solat supaya kita dapat menumpukan perhatian kita dalam solat. Kalau tidak, fikiran kita akan menerawang entah ke mana. Tahu-tahu sahaja sudah habis solat.

โœ’ Kalimah dalam tasyahud itu adalah pernyataan tauhid kita. Ianya adalah penting, malah klimaks kepada solat, bukan penurunan kepada solat itu. Ianya bukan sesuatu yang kita hendak habiskan dengan segera kerana sudah hendak habis solat. Kalaulah kita tahu makna tasyahud itu, ia mempunyai makna yang amat penting.

๐Ÿ’ก Ada beberapa versi tasyahud yang Nabi ajar kepada sahabat. Di nusantara ini, yang selalu diajar dan dipakai adalah versi Ibn Abbas. Ini lafaznya:

๐Ÿ“– Bacaan tasyahud Ibnu โ€˜Abbas.

ุงู„ุชูŽู‘ุญููŠูŽู‘ุงุชู ุงู„ู’ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒูŽุงุชู ุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽูˆูŽุงุชู ุงู„ุทูŽู‘ูŠูู‘ุจูŽุงุชู ูู„ู„ูŽู‡ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ู†ูŽู‘ุจูู‰ูู‘ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุนูุจูŽุงุฏู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุตูŽู‘ุงู„ูุญููŠู†ูŽ ุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ูŽู‘ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู‹ุง ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู

(Ertinya: Segala ucapan selamat, keberkahan, selawat, dan kebaikan adalah bagi Allah. Mudah-mudahan kesejahteraan dilimpahkan kepadamu wahai Nabi beserta rahmat Allah dan barakahNya. Mudah-mudahan kesejahteraan dilimpahkan pula kepada kami dan kepada seluruh hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Ilah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan utusanNya)โ€ ย (HR. Muslim no. 403).

Maksud kalimahย ุงู„ุชุญูŠุงุช

๐Ÿ“ Kalimah ุงู„ุชุญูŠุงุช adalah jamak kepada ุชูŽุญููŠูŽู‘ุฉ. Ianya adalah kata-kata aluan apabila berjumpa seseorang. Telah lama digunakan dalam bangsa Arab sebelum Islam lagi. Ia dari kalimah ุญ ูŠ ูŠ yang bermaksud โ€˜hayatโ€™, โ€˜hidupโ€™. Kita juga sepatutnya faham kerana kita menggunakan kalimah yang sama juga contohnya: โ€œsehingga hayat dikandung badan.โ€

Mereka gunakan kalimah ุญูŽูŠูŽู‘ูƒูŽ ุงู„ู„ู‡ hayyakallah yang bermaksud: Semoga Allah memanjangkan hayatmu. Ucapan ini dipanggil ุชูŽุญููŠูŽู‘ุฉ.ย Seperti lafaz Alhamdulillah kita panggil โ€˜tahmidโ€™; La ilaaha illallah kita panggil โ€˜tahlilโ€™; lafaz Allahu Akbar kita panggil โ€˜takbirโ€™, bukan?

Maka ucapan ุญูŽูŠูŽู‘ูƒูŽ ุงู„ู„ู‡ dikenali sebagai โ€˜tahiyyahโ€™. Dan keseluruhan ucapan itu di dalam solat dipanggil โ€˜tasyahudโ€™ kerana ada pernyataan syahadah di dalamnya.

Apabila Islam bangkit, maka kalimah ุญูŽูŠูŽู‘ูƒูŽ ุงู„ู„ู‡ tidak lagi digunapakai, tapi diganti dengan โ€˜Assalamualaikumโ€™. Tapi, terma ‘tahiyyah’ masih lagi digunapakai untuk ucapan yang diberikan kepada orang lain apabila bertemu. Dalam Qur’an juga menggunakan perkataan itu.

๐Ÿ“– Kita boleh lihat dalam Surah An Nisa’ Ayat 86;

โ€ŽูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุญููŠูู‘ูŠุชูู… ุจูุชูŽุญููŠูŽู‘ุฉู ููŽุญูŽูŠูู‘ูˆุง ุจูุฃูŽุญู’ุณูŽู†ูŽ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุฃูŽูˆู’ ุฑูุฏูู‘ูˆู‡ูŽุง ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ู‡ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกู ุญูŽุณููŠุจู‹ุง

Ertinya: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

๐Ÿ““ Tafsir ayat ini adalah berkenaan memberi salam ‘Assalamualaikum’ sekurang-kurangnya dan dijawab dengan jawapan balas yang sama atau lebih baik. Tapi lihat bagaimana kalimah ุชูŽุญููŠูŽู‘ุฉู digunakan juga dalam ayat ini.

Jadi kalimah ุงู„ุชุญูŠุงุช itu adalah ุชูŽุญููŠูŽู‘ุฉู ditambah dengan ุงู„ yang membawa maksud tahiyah yang istimewa/khas. Maknanya ucapan ini adalah khas kepada Allah.

Seperti kalimah ุญูŽู…ุฏูŽ bermaksud โ€˜pujianโ€™. Kita juga ada puji makhluk bukan? Tetapi kalau ุญู…ุฏ apabila ditambah ุงู„ menjadi ุงู„ุญู…ุฏ, ia adalah โ€˜pujian khasโ€™ kepada Allah.

โ“Kenapa tidak memberi salam kepada Allah? Kerana Allah tidak memerlukan salam kita. Allah sendiri adalah As-Salam, jadi mana mungkin kita mendoakan salam pula kepada Allah? Bila kita memberi salam kepada seseorang, kita doa supaya Allah memberi kesejahteraan kepada orang itu, bukan? Jadi, kalau beri salam kepada Allah, kita hendak siapa beri kesejahteraan kepada Allah?

Dan kalimah ุงู„ุชุญูŠุงุช ada ุงุช di hujungnya kerana dalam bentuk jamak (plural) sebab banyaknya ucapan tahiyah yang kita hadapkan kepada Allah. Ulama’ juga ada yang tidak faham maksud tahiyat. Maka, ada yang bertanya Imam Asy Syafi’e.

โœ’ Imam Asy Syafi’e seorang penyair, jadi bahasa beliau halus. Dia menjelaskan, kalimah tahiyat ini adalah seumpama masuk ke istana raja. Bila masuk ke istana raja, kita tidak masuk sama seperti rumah orang yang biasa. Kita beri ucapan yang layak bagi raja itu.

โœ” Maka inilah kalimah yang Allah ajar melalui Rasulullah SAW bagaimana hendak menghadapNya.

Maksud kalimahย ุงู„ุตู„ูˆุงุช

Kalimah ุงู„ุตู„ูˆุงุช adalah jamak kepada ุงู„ุตู„ูˆุฉ (solat). Sebagaimana ucapan greeting yang khusus untuk Allah, maka solat yang kita lakukan juga adalah untuk Allah. Kita menekankan keikhlasan solat yang kita lakukan itu adalah kerana Allah.

Dan kalimah ุงู„ุตู„ูˆุฉ dari ุต ู„ ูˆ yang bermaksud ‘doa’. Maka ini juga mengingatkan kita yang semua doa kita hanya kepada Allah sahaja.

๐Ÿ”ฎ Solat adalah wakil kepada ibadah-ibadah yang lain. Kerana ada banyak ibadah lain, bukan? Tapi takkan hendak sebut semua. Maka, solat mewakili ibadat-ibadat habluminallah (tali ikatan dengan Allah).

Maksud kalimahย ุงู„ุทูŠุจุงุช

๐Ÿ“ Kalimah ุงู„ุทูŠุจุงุช (Tayyibat) dari kalimah ุท ูŠ ุจ yang bermaksud โ€˜baikโ€™. Ia merujuk kepada akhlak yang baik, perbuatan yang baik. Kita lakukan semuanya kerana Allah dan mengharap pahala dari Allah. Ini kerana Allah telah banyak berbuat baik kepada kita, maka kita hendaklah balas dengan berbuat baik kepada Allah.

Maksud kalimahย ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู danย ุงู„ู†ุจูŠ

Kemudian kita doakan kesejahteraan kepada Nabi Muhammad SAW. Kalimah ‘salam’ bermaksud sejahtera dan selamat. Kita doakan kesejahteraan kepada Rasulullah SAW.

Kita tidak sebut nama ‘Muhammad’ dalam salam ini kecuali digunakan kalimah ุงู„ู†ุจูŠ โ€˜Nabiโ€™ sahaja. Maka mari kita syarah sedikit berkenaan maksud ‘Nabi’ ini. Kalimah โ€˜Nabiโ€™ datang dari kalimah ู†ุจุฃ nabaโ€™ yang bermaksud โ€˜maklumat pentingโ€™. Ianya bukan maklumat biasa-biasa sahaja. Kalau maklumat biasa, kalimah yang digunakan adalah ‘khabar’.

๐Ÿ’ก Maka para Nabi itu diberikan pangkat dan gelaran โ€˜Nabiโ€™ kerana mereka bawa dan sampaikan maklumat yang amat penting dari Allah. Kalau bawa apa-apa sahaja dari Allah, tentulah penting, bukan? Maka wahyu Allah adalah amat penting untuk kita belajar.

Dan maklumat itu amat relevan kepada manusia dan manusia kena ambil perhatian dan kena lakukan apa yang telah disampaikan itu. Maka Qurโ€™an yang kita baca hari-hari itu adalah relevan dengan kehidupan kita sampai bila-bila. Jangan sangka ianya hanya untuk orang dahulu sahaja. Jangan kita katakan Qurโ€™an ini tidak sesuai pada zaman ini pula. Ajaran dari Qur’an ini sentiasa segar untuk digunakan pada mana-mana zaman.

๐Ÿ“‘ Kalau kita hendak bandingkan maksud ุงู„ู†ุจูŠ supaya tambah pemahaman kita, bayangkan kita tengok berita di TV. Berita tentang orang berucap di sana sini, berita kecurian dan rompakan serta pembunuhan, masih lagi hanya โ€˜khabarโ€™ sahaja. Maklumat biasa sahaja.

Tapi, kalau dalam berita itu menyebut yang kawasan perumahan kita akan banjir tidak lama lagi kerana empangan berdekatan telah pecah, maka ini bukan maklumat biasa lagi. Kita tidak boleh duduk terus tengok berita itu macam berita-berita lain, bukan?

Tentu kita akan bergegas untuk mendapat maklumat lanjut, dapatkan kepastian benarkah berita itu dan kemudian tentu hendak bergegas kemas barang yang penting, selamatkan barang yang berharga, kemudian berkemas dengan segera sebab kita hendak selamatkan diri kita. Tidak boleh berlengah-lengah, bukan?

Maka, ini adalah nabaโ€™ dan bukan khabar lagi. Dan tentu kita tidak simpan maklumat ini, bukan? Sebab kita hendak juga ahli keluarga dan jiran-jiran sebelah kita selamat sekali. Mungkin mereka tidak tengok TV malam itu, jadi tidak tahu berita penting ini. Maka, kita pasti akan sampaikan maklumat itu. Jadi, nampak tidak perbezaan antara khabar dan nabaโ€™?

Kalau faham, maka kita akan pandang penting sangat wahyu yang Allah sampaikan kepada para Nabi ini dan kita akan ambil tindakan. Kita akan buat persediaan dengan segera tanpa lengah dan kita akan sampaikan kepada keluarga dan jiran kita.

โœ” Maka para Nabi itu bukan bawa berita khabar sahaja tapi mereka bawa nabaโ€™ dari langit, dari Allah. Dan mesej yang mereka sampaikan itu bukan untuk kita dengar dan buat tidak tahu sahaja. Maka maklumat itu amat relevan dengan kita dan kalau kita tidak ambil maklum dan ambil tindakan untuk menyelamatkan diri kita, kita akan binasa.

๐Ÿ“ Jadi kalimah ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒ ุฃูŠู‡ุง ุงู„ู†ุจูŠ ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ bermaksud kita mendoakan kesejahteraan dan keberkatan untuk Nabi dalam setiap solat kita. Ini adalah sama seperti lafaz salam yang kita ucapkan. Jadi, tidak perlu kita hendak kirimkan salam kepada Nabi untuk dititipkan kepada mereka yang buat Haji dan Umrah kerana kita hari-hari sudah kirim salam kepada Nabi. Itu tidak pernah dilakukan oleh para salafussoleh.

Hakikatnya kalau kita perhatikan tasyahud, banyak yang kita dapat fahami. Tidaklah kita buat perkara yang tidak patut.

๐Ÿ““ Antaranya, dari hadith yang akan kita belajar nanti, tidak ada istilah kirim salam kepada Nabi. Contohnya, apabila orang hendak pergi Madinah, ada yang kirim salam kepada Nabi melalui orang tersebut. Tidak ada istilah ‘kirim salam’ seperti ini. Kita katakan kepada mereka: ” Setiap hari engkau solat dan engkau memberi salam ke atas Nabi, tetapi apakah engkau tidak perasan apa yang engkau buat? “

Gunakanย ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒ atauย ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงู…ู ุนู„ูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุจูŠูู‘?

โœ’ Ada perbincangan di sini yang menjadi polemik juga di kalangan ulama’. Adakah lafaz salam ini tetap dalam lafaz ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒ ุฃูŠู‡ุง ุงู„ู†ุจูŠ begini, atau boleh diubah?

๐Ÿ“ Ada dua pendapat tentang perkara ini. Ada yang kata kena gunakan lafaz ini dan ada yang kata kena ubah.

๐Ÿ’Ž Pendapat yang pertama:

– Pendapat pertama mengatakan tidak boleh diubah lafaz ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒ ุฃูŠู‡ุง ุงู„ู†ุจูŠ ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ kerana inilah lafaz yang diajar oleh Nabi kepada sahabat. Dan sahabat yang menerimanya juga kata yang mereka menerima kalimah-kalimah tasyahud itu seperti baginda mengajar Qurโ€™an. Maka sebagaimana kalimah dalam Qurโ€™an tidak boleh diubah, maka boleh dikatakan juga yang kita tidak boleh hendak ubah kalimat dalam tasyahud itu. Maknanya, sebagaimana Nabi ajar, begitulah juga kita kena sebut satu persatu.

๐Ÿ’ก Sebagai contoh, apabila kita membaca Fatihah, kita tetap sebut ุฅููŠู‘ุงูƒูŽ ู†ูŽุนุจูุฏู (Hanya kepada Engkau kami sembah) walaupun kita baca Fatihah itu seorang diri sahaja. Tidaklah kita ubah jadi ุฅููŠู‘ุงูƒูŽ ุฃุนุจูุฏู. Maka, kalau baca verbatim seperti lafaz yang diajar oleh Nabi, tidak ada masalah kerana ada hujahnya.

๐Ÿ’Ž Pendapat yang kedua:

– Pendapat kedua yang mungkin tidak popular di kalangan orang kita kerana tidak biasa dengar. Iaitu kalimah ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒ ุฃูŠู‡ุง ุงู„ู†ุจูŠ ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ ditukar kepada ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงู…ู ุนู„ูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุจูŠูู‘ ูˆุฑุญู…ุฉู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆุจุฑูŽูƒุงุชูู‡ู.

โ“ Ini adalah pendapat Ibnu โ€˜Umar radhiyallahu โ€˜anhu yang merupakan seorang sahabat yang faqih. Sesudah kewafatan Rasulullah SAW dia membaca,

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงู…ู ุนู„ูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุจูŠูู‘ ูˆุฑุญู…ุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆุจุฑูŽูƒุงุชูู‡ู
โ€œAs-Salaamu โ€˜ala An-Nabiyyi warahmatullaahi wabarakaatuhโ€.

๐Ÿ’ก Syaikh Al-Albani rahimahullah melihat bahawa ini yang sepatutnya dibaca. Ini kerana apabila kita membaca โ€œAssalaamu โ€˜alaika ayyuha An-Nabiyyuโ€ iaitu lafaz asal yang diajar oleh Nabi, perkataan ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ (โ€˜alaika โ€“ ke atasmu) maknanya kita berdepan dengan Nabi. Ucapan itu diucapkan apabila orang itu ada di depan (atau bersama) kita. Tetapi Nabi Muhammad SAW tidak ada di hadapan kita, bukan?

๐Ÿ”ฆ Itu beza ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ (โ€˜alaika โ€“ ke atasmu) dengan ุนู„ูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุจูŠูู‘ (โ€˜ala An-Nabiyyi โ€“ ke atas Nabi) yang tidak menggambarkan bahawa Rasulullah berada di hadapan kita (tidak berinteraksi secara langsung).

Maka setelah kewafatan Baginda, Ibnu Umar membaca dengan lafaz ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงู…ู ุนู„ูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุจูŠูู‘ ูˆุฑุญู…ุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆุจุฑูŽูƒุงุชูู‡ู (As-Salaamu โ€˜ala An-Nabiyyi warahmatullaahi wabarakaatuh). Syaikh Albani melihat bahawa mustahil Ibnu Umar mereka-reka sesuatu daripada dirinya sendiri, kerana Ibnu Umar terkenal sebagai orang yang mengikut dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi sallallahu โ€˜alaihi wasallam. Maka ini adalah hujah yang kuat juga.

๐Ÿ““ Maka Syaikh Albani rahimahullah seperti dalam kitabnya โ€˜Sifat Solat Nabiโ€™ย  melihat bahawa Ibnu Umar membaca dengan lafaz ini tidak lain dan tidak bukan kerana perintah dari Nabi sallallahu โ€˜alaihi wasallam.

Ini yang Ibnu Umar belajar dari Nabi walaupun tidak ada nas yang menyatakan seperti itu. Itu yang dapat kita fahami daripadanya. Begitulah juga yang dilakukan oleh Ibn Masโ€™ud seorang lagi sahabat Nabi yang faqih:

ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ุฃูŽุจููˆ ู†ูุนูŽูŠู’ู…ูุŒ ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ุณูŽูŠู’ููŒุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุณูŽู…ูุนู’ุชู ู…ูุฌูŽุงู‡ูุฏู‹ุงุŒ ูŠูŽู‚ููˆู„ู: ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ููŠ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุจู’ู†ู ุณูŽุฎู’ุจูŽุฑูŽุฉูŽ ุฃูŽุจููˆ ู…ูŽุนู’ู…ูŽุฑูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุงุจู’ู†ูŽ ู…ูŽุณู’ุนููˆุฏูุŒ ูŠูŽู‚ููˆู„ู: ” ุนูŽู„ูŽู‘ู…ูŽู†ููŠ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ูˆูŽูƒูŽููู‘ูŠ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ูƒูŽููŽู‘ูŠู’ู‡ู ุงู„ุชูŽู‘ุดูŽู‡ูู‘ุฏูŽุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูุนูŽู„ูู‘ู…ูู†ููŠ ุงู„ุณูู‘ูˆุฑูŽุฉูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู: ุงู„ุชูŽู‘ุญููŠูŽู‘ุงุชู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุทูŽู‘ูŠูู‘ุจูŽุงุชูุŒ ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูุŒ ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุนูุจูŽุงุฏู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุตูŽู‘ุงู„ูุญููŠู†ูŽุŒ ุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ูŽู‘ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู‹ุง ุนูŽุจู’ุฏูู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุธูŽู‡ู’ุฑูŽุงู†ูŽูŠู’ู†ูŽุงุŒ ููŽู„ูŽู…ูŽู‘ุง ู‚ูุจูุถูŽุŒ ู‚ูู„ู’ู†ูŽุง ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู “ุŒ ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ

Telah menceritakan kepada kami Abu Nuโ€™aim : Telah menceritakan kepada kami Saif, dia berkata : Aku mendengar Mujaahid berkata: Telah menceritakan kepadaku โ€˜Abdullah bin Sakhbarah Abu Maโ€™mar, dia berkata: Aku mendengar Ibnu Masโ€™uud berkata: Rasulullah shallallaahu โ€˜alaihi wa sallam mengajariku tasyahud – dan telapak tanganku berada di dalam genggaman kedua telapak tangan baginda โ€“ sebagaimana baginda mengajariku surah dalam Al-Qurโ€™an : โ€˜At-tahiyyaatu lillaah, wah-shalawaatu wath-thayyibaat, assalaamuโ€™alaika ayyuhan-nabiyyu warahmatullaahi wa barakaatuh, as-salaamu โ€˜alainaa wa โ€˜alaa โ€˜ibaadillaahish-shaalihiin. Asyhadu al-laa ilaaha illallaah wa asyhadu anna Muhammadan โ€˜abduhu wa rasuuluh (Segala ucapan selamat, selawat, dan kebaikan adalah bagi Allah. Mudah-mudahan kesejahteraan dilimpahkan kepadamu wahai Nabi berserta rahmat Allah dan barakahNya. Mudah-mudahan kesejahteraan dilimpahkan pula kepada kami dan kepada seluruh hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan utusanNya)โ€™. Bacaan itu kami ucapkan ketika baginda masih ada di antara kami. Adapun setelah baginda meninggal, kami mengucapkan: โ€˜As-salaamu โ€˜alan-Nabiy (shallallaahu โ€˜alaihi wa sallam)โ€
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 6265]

๐Ÿ”ฎ Maka, pendapat kedua ini juga adalah kuat kerana ada hujah yang kuat. Maka terpulang kepada anda untuk memilih manakah pendapat yang lebih kuat setelah dinyatakan kedua-dua hujah ini.

Maksudย ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠู†ุง

๐Ÿ“ Selepas mendoakan kesejahteraan kepada Nabi, maka kita disuruh mendoakan diri kita sendiri. Kalimat ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠู†ุง bermaksud ‘Semoga kesejahteraan ke atas kami’. Walaupun kita berdoa atau solat bersendirian, kita tetap membacakan doa ini dengan dhomir (kataganti) โ€˜kamiโ€™.

Ini adalah kerana hendak mengingatkan yang kita ini adalah satu ummah, dan kita tidak fikirkan diri kita sahaja. Kita bukan hendak selamatkan diri kita sahaja. Kita sedar tentang orang lain juga dan kita mahu mereka juga selamat dan sejahtera. Seperti juga dalam Surah Fatihah, kita baca ุงู‡ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตูู‘ุฑุงุทูŽ ุงู„ู…ูุณุชูŽู‚ูŠู…ูŽ (bimbinglah kami ke jalan yang lurus) walaupun kita baca ayat ini bersendirian.

๐Ÿ’ก Ini mengajar kita dalam doa, jangan kita fikirkan diri kita sahaja. Kena doakan orang lain juga. Cuma kita dulukan diri kita dahulu sebelum hendak mendoakan orang lain. Bayangkan dalam kapal terbang, pramugari akan kata: โ€œberikan oksigen kepada diri anda sebelum diberikan kepada orang lainโ€ kerana hendak selamatkan orang lain, anda kenalah sedar dan selamat dahulu, bukan? Sama juga, jika hendak selamatkan orang lain dari neraka, diri anda sendiri hendaklah selamat dahulu.

๐Ÿ“– Sebab itulah Allah menegur golongan Yahudi yang melakukan kesilapan ini dalam Surah Al Baqarah: 44;

ุฃูŽุชูŽุฃู…ูุฑูˆู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ุงุณูŽ ุจูุงู„ุจูุฑูู‘ ูˆูŽุชูŽู†ุณูŽูˆู†ูŽ ุฃูŽู†ููุณูŽูƒูู… ูˆูŽุฃูŽู†ุชูู…

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan dirimu sendiri?

Kemudian kita mendoakan kepada hamba-hamba yang soleh dengan kalimat ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุนูุจูŽุงุฏู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุตูŽู‘ุงู„ูุญููŠู†ูŽ. Kalimah ุนูุจูŽุงุฏู ุงู„ู„ู‡ู digunakan untuk hamba Allah yang taat. Ini adalah kalau kalimah ุนูŽุจููŠุฏ yang digunakan kerana ia merujuk kepada semua hamba secara umum. Semua makhluk adalah hamba Allah, tapi tidaklah semua hamba Allah itu taat, bukan? Kerana tentulah kita mendoakan kebaikan untuk hamba yang baik, bukan?

Kemudian ditambah lagi bahawa hamba-hamba yang taat itu adalah โ€˜hamba yang solehโ€™. Kalimah ุตู„ุญ bermaksud baik, bagus, beriman, berguna, sesuai. Untuk tahu sesuatu makna perkataan itu, elok kita tahu lawannya. Maka lawan kepada ุตู„ุญ adalah ูุณุฏ iaitu berbuat kerosakan, kekacauan.

Jadi kalau kita lihat kalimah ุตู„ุญ ini, ia bukan sahaja bermaksud dalam hal agama sahaja, tapi dalam segenap kehidupan kita. Ada orang jaga ibadat dia, solat cukup, puasa tidak pernah tinggal. Tapi, mereka zalim kepada orang lain. Adakah orang ini boleh dikira sebagai orang soleh? Tentu tidak.

โ“ Kenapa hadkan doa ini kepada orang soleh sahaja? Kenapa tidak diberikan doa ini kepada semua orang? Ini adalah untuk memberi motivasi kepada umat Islam untuk jadi orang yang soleh. Bayangkan, doa ini dibaca oleh semua orang yang solat. Maka kalau kita dapat termasuk dalam doa ini, maka tentulah baik sekali. Tapi doa ini hanya untuk orang soleh sahaja, bukan? Maka untuk mendapat kelebihan ini, kenalah masuk dalam golongan orang soleh dahulu. Kalau tidak masuk barisan, tidaklah dapat masuk dalam manfaat doa ini yang dibaca oleh begitu ramai orang yang solat. Rugilah kalau begitu, bukan?

Kisah Tentang Tahiyyat

โœ’ Ketika Nabi shallallahu โ€˜alaihi wa sallam sampai di Sidratul Muntaha, Nabi shallallahu โ€˜alaihi wa sallam mengucapkan, โ€œat-Tahiyatu lillaah was shalawat wat thayyibat.โ€ kemudian Allah menyatakan, Assalamu alaika ayyuhan Nabiyyu wa rahmatullah wa barakatuh. Kemudian para malaikat menyahut, โ€œAssalamu alainaa wa โ€˜ala ibadillahis sholihin.โ€

โ“ Apakah cerita ini benar?

Allahu aโ€™lam, Allah lebih tahu sama ada kisah ini benar atau tidak. Tapi tidak dijumpai kisah ini di dalam mana-mana hadis yang sahih.

๐Ÿ”ฎ Memang benar, ada beberapa kitab tafsir โ€“ seperti tafsir al-Alusi โ€“ yang menyebutkan kisah tahiyat kaitannya dengan isra miโ€™raj di atas, namun tanpa menyebutkan sanad. Maka kita ambil langkah berjaga-jaga dengan menolak riwayat ini. Lain pula kalau ada dalil yang mengatakan ianya sahih.

๐Ÿ’Ž PEMAHAMAN MAKSUD DUA KALIMAH SYAHADAH

๐Ÿ“ Shahadah Part 1- Kalimah Pertama.

โ“ Apakah maksud lafaz kalimah shahadah?

โœ’ Kalimah โ€˜syahadahโ€™ bermaksud โ€˜penyaksianโ€™. Kita biasa dengar orang yang jadi โ€˜saksiโ€™ di mahkamah, bukan?ย Mereka itu boleh jadi saksi kerana mereka nampak atau tahu kejadian yang berlaku, sampai mereka boleh jadi saksi. Tidak boleh orang yang tidak ada di tempat kejadian menjadi saksi. Atau orang yang tidak tahu, tapi โ€˜agak-agakโ€™ sahaja.

Dari sini, kita dapat ambil pengajaran: orang yang mengucapkan syahadah, mesti tahu apa yang dia ucapkan. Kerana kalau dia โ€˜ucapโ€™ sahaja, tapi dia pun tidak tahu apa yang dia ucapkan, adakah bernilai penyaksiannya itu? Oleh itu, pemahaman maksud syahadah ini perlulah diajar kepada manusia. Semoga kita tidak termasuk orang yang tahu ucap sahaja, tapi tidak tahu maknanya.

Secara ringkasnya, lafaz kalimah syahadah adalah lafaz ‘perjanjian’ atau ‘ikrar’ kita kepada ALLAH terhadap dua perkara. Apakah dua perkara yang dimaksudkan?:

Pertama, perkara berkenaan akidah tauhid iaitu lafaz pertama adalah perjanjian kita untuk mengEsakan Allah dengan tidak membuat atau mengamalkan apa jua bentuk syirik kepadaNya sama ada dalam ibadat mahupun doa:

ุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡.

Tafsir atau maksud sebenar kalimah pertama ini adalah: Aku berjanji kepadaMu ya Allah bahawa tidak ada perantaraan, sembahan, pujaan, seruan dalam doa serta ibadat melainkan โ€œhanyaโ€ serta โ€œterusโ€ kepadaMu sahaja.

๐Ÿ“– Ini selari dengan maksud surah Al-Fatihah ayat 5:

ุฅููŠูŽู‘ุงูƒูŽ ู†ูŽุนู’ุจูุฏู

Engkaulah sahaja yang kami sembah.

(bermaksud sembah, puja seru Allah hanya dengan cara ibadat yang Allah wahyukan sahaja),

ูˆูŽุฅููŠูŽู‘ุงูƒูŽ ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู†ู

dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

(bermaksud doa hanya terus kepada Allah tanpa perantaraan)

โ“ Bagaimana untuk menjaga kalimah perjanjian pertama ini daripada rosak atau batal?

โœ” Untuk jaga perjanjian pertama ini adalah dengan dimulakan dengan belajar wahyu Allah yang paling utama iaitu belajar memahami isi kandungan Qur’an. Banyak isi kandungan Qur’an ini adalah berkenaan tauhid dalam ibadah dan juga doa. Kekufuran manusia terdahulu adalah berkaitan dengan dua perkara ini iaitu kekufuran dalam ibadah dan juga doa.

๐Ÿ““ Contohnya cerita berkenaan puak Musyrikin Mekah. Musyrikin Mekah ini adalah satu kaum yang mengaku menganut syariat Nabi Ibrahim A.S. Namun, ibadat musyrikin Mekah ini bercampur aduk yang haq dengan yang bathil. Mereka tidak lagi beribadat dengan ibadat yang โ€œasalโ€ sepertimana yang Nabi Ibrahim ajar dan mereka (Musyrikin Mekah) ini juga menjadikan makhluk yang mereka puja sebagai patung-patung berhala untuk dijadikan ‘perantara’ mereka dalam berdoa kepada ALLAH. Iaitu untuk sampaikan doa mereka kepada Allah.

Kita kena sedar yang Musyrikin Mekah ini sebenarnya mengaku bahawa ALLAH adalah Tuhan yang Maha Berkuasa serta Maha Mengetahui dalam hal penciptaan langit dan bumi.

๐Ÿ“– Dalil antaranya Surah Az-Zukhruf Ayat 9;

ูˆูŽู„ูŽุฆูู† ุณูŽุฃูŽู„ู’ุชูŽู‡ูู… ู…ูŽู‘ู†ู’ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถูŽ ู„ูŽูŠูŽู‚ููˆู„ูู†ูŽู‘ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽู‡ูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุนูŽุฒููŠุฒู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู…ู

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (musyrikin mekah) itu:โ€ Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?โ€ Sudah tentu mereka akan menjawab: โ€œYang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahuiโ€.

Jelas dalam ayat ini dan dalam ayat-ayat yang lain, Musyrikin Mekah itu kenal Allah sebagai Tuhan yang mencipta alam ini. Akan tetapi, akibat salah faham serta ragu-ragu pada Tuhan, menyebabkan mereka telah dipesong akidah mereka oleh syaitan. Musyrikin Mekah ini mengambil serta melantik pujaan-pujaan mereka (berhala, roh Nabi, roh wali, malaikat dan jin) sebagai perantara dan bukannya niat asal mereka untuk buat syirik.

Mereka berniat baik dengan sangkaan bahawa makhluk-makhluk pujaan mereka itu menjadi perantara antara mereka dan Allah, agar dapat membawa mereka (musyrikin Mekah) mendekatkan diri kepada Allah sehampir-hampirnya. Sebahagian ayat 3 dalam surah Az-Zumar adalah dalil kepada tujuan musyrikin Mekah lantik pujaan mereka itu sebagai perantaraan kepada Allah. Sebahagian ayat 3 surah Az-Zumar:

โ€ฆโ€ฆ..ูˆูŽุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุงุชูŽู‘ุฎูŽุฐููˆุง ู…ูู† ุฏููˆู†ูู‡ู ุฃูŽูˆู’ู„ููŠูŽุงุกูŽ ู…ูŽุง ู†ูŽุนู’ุจูุฏูู‡ูู…ู’ ุฅูู„ูŽู‘ุง ู„ููŠูู‚ูŽุฑูู‘ุจููˆู†ูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุฒูู„ู’ููŽู‰ูฐโ€ฆโ€ฆโ€ฆ.
โ€ฆโ€ฆ..Dan orang-orang yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): โ€œKami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka dapat mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”……

๐Ÿ“‘ Begitulah ringkasan cerita tentang kaum Musyrikin Mekah seperti yang diceritakan dalam Qur’an sebagai contoh untuk menerangkan kaitannya dengan kalimah perjanjian pertama.

Oleh itu, kalau orang kita juga ada menggunakan entiti-entiti lain sebagai perantara (wasilah) kepada Allah, itu juga adalah perbuatan syirik. Sebagai contoh, ada yang bertawasul dengan keberkatan Nabi, dengan Nabi sendiri, dengan para wali, dengan malaikat dan sebagainya.

Mereka yang melakukan perkara yang sedemikian, tidak memenuhi tuntutan Syahadah bahagian pertama itu. Mereka hari-hari lafazkan syahadah itu, sekurang-kurangnya dalam solat, tapi mereka langgar apa yang mereka ikrarkan. Hari-hari mereka berjanji tapi hari-hari mereka langgar.

๐Ÿ’ก Secara ringkasnya, lafaz kalimah syahadah yang pertama ini adalah berkenaan Allah. Kita berjanji untuk puja dan seru hanya Allah sahaja, dan bukan Ilah yang lain. Juga bermaksud kita buat ibadat hanya kepada Allah, dan kita berdoa hanya kepada Allah sahaja.

Juga kita berjanji untuk menjadikan Allah sebagai tempat harapan kita, tempat kita mengadu.

โš  Maka, kalau ada buat ibadat kepada selain Allah, doa kepada selain Allah, maka itu adalah syirik. Sebagai contoh, ada yang buat sembelih kambing atau lembu kerana berubat, dengan alasan jin yang suruh. Maka ini adalah syirik. Ada juga yang zikir nama selain Allah, sebagai contoh, mereka zikirkan nama Nabi Muhammad โ€“ ini juga syirik.

โœ” Juga bermaksud kita buat ibadat โ€˜keranaโ€™ Allah. Kalau kita buat ibadat kerana selain Allah, tidak diterima ibadat itu. Sebagai contoh, kalau kita solat kerana ayah kita suruh, suami/isteri kita suruh dan sebagainya, itu tidak diterima. Juga kalau kita beribadat kerana mengharapkan orang lain nampak, orang lain puji, itu juga tidak diterima kerana buat ibadat tidak ikhlas kerana Allah.

โš  “Jangan tunggu sudah ikhlas baru hendak solat dan beribadah”.

๐Ÿ”ฎ Begitulah serba ringkas perbincangan tentang kalimah syahadah yang pertama. Kita akan dapat pemahaman ini dengan lebih jelas lagi apabila kita tadabbur ayat-ayat Qur’an dalam kelas- kelas kita nanti.

Syahadah Bahagian ke dua

๐Ÿ“ Kali ini akan dijelaskan pula tafsir bagi kalimah:

ูˆุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู…ุญู…ุฏุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡

Tafsir atau maksud sebenar kalimah kedua ini pula adalah: โ€œAku berjanji kepadaMu Ya Allah bahawa aku hanya taat kepada ajaran Nabi Muhammad Rasulullah.โ€

Apabila ditambah kalimah ูˆุฃุดู‡ุฏ dalam bahagian ini, ini menunjukkan yang ia sama penting dengan syahadah yang pertama tadi. Kerana itu Allah ulang kalimah ุฃุดู‡ุฏ (aku bersaksi) ini sekali lagi. Kalau Allah tidak ulang juga kalimah ุฃุดู‡ุฏ ini, maknanya tidak lari. Tapi kerana ianya penting, Allah ulang juga.

๐Ÿ’ก Kalimah kedua ini adalah perjanjian kita kepada ALLAH untuk taat kepada ajaran Nabi Muhammad SAW yang dilantik ALLAH sebagai pesuruhNYA.

โ“ Apakah tugas Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah?

โœ” Tugas Nabi Muhammad hanyalah menerima, mengamal serta menyebar wahyu Allah Taโ€™ala. Dan dalam syahadah bahagian kedua ini, kita berjanji akan ikut dan taat kepada ajaran yang dibawa Rasulullah SAW sahaja.

โ“ Adakah Nabi mempunyai hak untuk reka cipta syariat, ibadah atau amalan dalam agama Islam?

โš  Jawapannya โ€œTIDAK!โ€. Dalam Surah Yunus ayat 15, Nabi Muhammad SAW membuat pengakuan bahawa Baginda tidak mempunyai hak untuk mereka cipta syariat, ibadat atau amalan dalam agama Islam. Baginda โ€œHANYAโ€ menurut terhadap apa yang ALLAH perintahkan (wahyukan) sahaja.

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุชูุชู’ู„ูŽู‰ูฐ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุขูŠูŽุงุชูู†ูŽุง ุจูŽูŠูู‘ู†ูŽุงุชู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽุฑู’ุฌููˆู†ูŽ ู„ูู‚ูŽุงุกูŽู†ูŽุง ุงุฆู’ุชู ุจูู‚ูุฑู’ุขู†ู ุบูŽูŠู’ุฑู ู‡ูŽูฐุฐูŽุง ุฃูŽูˆู’ ุจูŽุฏูู‘ู„ู’ู‡ู ู‚ูู„ู’ ู…ูŽุง ูŠูŽูƒููˆู†ู ู„ููŠ ุฃูŽู†ู’ ุฃูุจูŽุฏูู‘ู„ูŽู‡ู ู…ูู† ุชูู„ู’ู‚ูŽุงุกู ู†ูŽูู’ุณููŠ ุฅูู†ู’ ุฃูŽุชูŽู‘ุจูุนู ุฅูู„ูŽู‘ุง ู…ูŽุง ูŠููˆุญูŽู‰ูฐ ุฅูู„ูŽูŠูŽู‘ ุฅูู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุฎูŽุงูู ุฅูู†ู’ ุนูŽุตูŽูŠู’ุชู ุฑูŽุจูู‘ูŠ ุนูŽุฐูŽุงุจูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุธููŠู…ู

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): โ€œBawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah iaโ€œ. Katakanlah (wahai Muhammad): โ€œAku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, โ€“ jika aku menderhaka kepada Tuhanku, โ€“ akan azab hari yang besar (soal jawabnya)โ€.

โ“ Kenapa Nabi tidak mempunyai hak berbuat demikian?

โœ” Kerana Nabi tahu bahawa agama Islam ini โ€œHANYAโ€ milik Allah seperti mana Firman Allah dalam sebahagian Surah Az Zumar Ayat 3;

ุฃูŽู„ูŽุง ูู„ู„ู‡ู ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุงู„ูุตู

Ingatlah! Hanya milik Allah agama yang murni (dari segala penambahan).

โš  Dalil di atas mempunyai dua perkara yang Allah beritahu:

๐Ÿ’Ž Pertama :
– Allah beritahu kepada kita bahawa agama islam ini adalah milik Dia (Allah).

๐Ÿ’Ž Kedua :
– Allah beritahu bahawa segala syariat, ibadat atau amalan dalam agama Islam milik DIA. Allah sahaja yang layak untuk tentukan amalan dan syariat dalam agama islam ini. Selain Allah, tidak layak sama ada dia ustaz, ulama’ atau sesiapa sahaja menentukan amalan dan syariat dalam agama islam.

๐Ÿ’ก Jadi, berdasarkan dalil-dalil yang telah diberikan, jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW bukanlah seorang yang boleh reka syariat, ibadat atau amalan dalam agama Islam milik Allah. Segala-gala yang di langit dan di bumi semuanya milik Allah termasuklah agama itu sendiri iaitu Islam.

๐Ÿ“– Sila rujuk Surah Yunus ayat 55;

ุฃูŽู„ูŽุง ุฅูู†ูŽู‘ ูู„ู„ู‡ู ู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ุฃูŽู„ูŽุง ุฅูู†ูŽู‘ ูˆูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุญูŽู‚ูŒู‘ ูˆูŽู„ูŽูฐูƒูู†ูŽู‘ ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽู‡ูู…ู’ ู„ูŽุง ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ููˆู†ูŽ

Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

โ“ Soalan kepada kita:
– Jika Nabi lagi Rasul juga tidak mempunyai hak untuk reka cipta syariat, ibadat atau amalan dalam agama milik Allah, adakah kita yang bukan Nabi ini mempunyai hak tersebut?

๐Ÿ“Œ Soalan ni boleh di jawab sendiri oleh kita.

โ“ Bagaimana hendak membezakan antara wahyu Allah yang menjadikan sunnah Nabi Muhammad SAW dengan bidaah syariat, ibadat atau amalan rekaan manusia yang sudah pasti bukan dari wahyu Allah?

โœ” Jawapannya: Perlu belajar memahami isi kandungan Qur’an dan Sunnah (Hadith Shahih) kerana Qur’an itu sendiri bermaksud pembeza antara yang haq dengan yang bathil. Pembeza yang tauhid dengan yang syirik. Manakala Sunnah (Hadith Shahih) adalah pembeza yang Sunnah dengan yang Bidaah. Pembeza yang Nabi ajar dengan yang manusia reka.

โ“ Adakah batal perjanjian iaitu perjanjian kalimah syahadah yang kedua jika kita melakukan ibadat yang bukan dari ajaran Nabi Muhammad SAW kerana sesungguhnya apa yang diajar Nabi adalah wahyu daripada Allah?

โœ” Jawapannya: โ€œBatalโ€ perjanjian kita yang kedua kerana kita sudah berjanji untuk taat ajaran Nabi Muhammad SAW sahaja tetapi ajaran yang bukan dari Nabi juga kita taat iaitu ajaran yang direka manusia. Syahadah yang diucapkan itu adalah syahadah kosong dan sia-sia sahaja.

โ“ Apakah syariat, ibadat atau amalan dalam ugama yang direka oleh manusia?

โœ” Secara ringkasnya apa sahaja syariat, ibadat atau amalan yang tidak ada dalil Qur’an mahupun Sunnah Nabi (dalil Hadith), semuanya hanyalah rekaan.

โ“ Bagaimana pula keadaan orang-orang yang tidak belajar Qur’an dan Sunnah (Hadith) dapat memastikan bahawa ibadat atau amalan mereka selari dengan Qur’an dan Sunnah Nabi?

โœ” Memang tidak dapat di pastikan amalan selari dengan Qur’an dan hadith jika tidak belajar tafsir Qur’an dan ilmu hadith. Maka kena belajar kedua-duanya sekali.

๐Ÿ’• Allahu a’lam. Sekian nota tasyahud. Moga dapat hayati dan fahami. In shaa Allah. ๐Ÿ’•

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

11 thoughts on “Maksud Tahiyat Dalam Solat”

  1. Sy stiap masa lapang, pasti akan buka laman web inj sebagai rujukan agama. Sy tidak kenal siapa penulisnya, tapi sy sentiasa mendoakan pd Allah supaya isi kandungannya sntiasa bertambah dgn ilmu2 yg sahih. Moga Allah memberi kebaikan kpd penulis.

    Like

    1. MashaAllah..
      Semoga penulis diberi kesihatan dan dalam rahmat Allah..
      Terima kasih wahai penulis berkongsi ilmu yang saaangat berharga ini.
      Boleh saya dapatkan dan dimana perlu saya follow perkongsian ilmu yg anda berikan?

      Like

  2. Kita tanya kerana kita tak tahu..
    Jadi jangan marah ek..

    Syariat ibadah & amalan yang bukan dari nabi adalah bidah?
    Abistu nabi ada ke menganjurkan utk mentafsir al-Quran(sebuah kitab suci) ? Bukan ke Al-Quran(sebuah kitab suci) itu trbuku selepas nabi wafat?

    Like

    1. Ya, ibadah tanpa contoh dari Nabi adalah bidaah.

      Membukukan Qur’an, bukan ibadah. Ia adalah wasail. Ia cara untuk menyampaikan kepada melakukan ibadah (baca Quran). Macam azan juga. Laungkan azan adalah ibadah, tapi pakai speaker adalah wasail (untuk bagi lagi ramai orang dengar). Kalau faham beza ini, senang jer.

      Terima kasih kerana bertanya. Memang ubat kejahilan adalah bertanya.

      Like

      1. Assalamualaikum saudara. Terima kasih banyak-banyak kerana menulis blog ini.

        Saya nak tanya tentang “attahiyyaat”, “assolawaat”, “attoyibaat”. Dalam “Understand Al-Quran and Salaah The Easy Way” episode 21a, dia ada kata maksud perkataan-perkataan di atas adalah “all worships of tongue”, “all worships of tongue”, dan “all worships by spending wealth”.

        Adakah saudara pernah come across terjemahan seperti ini? Terima kasih.

        Like

      2. Ya ada beberapa terjemahan saya kira dalam perbincangan. Boleh pilih mana yang kita rasa lebih menyenangkan kita supaya kita dapat hayati dalam solat. Kita tidak dapat tahu 100% mana yang tepat. Kita hanya berusaha sahaja untuk memahaminya.

        Like

  3. Assalamualaikum saudara,sy nk bertanya,dalam surah Al Isra ayat 78,menyatakan tentang solat 5waktu,dalam surah tidak ada nama muhammad,tetapi dalam sesetengah terjemahan digunakan (wahai muhammad),saya kurang jelas mengenai translate ini,harap boleh jelaskan dengan detail..terima kasih saudara..

    Like

    1. tidak ada apa sangat. Kerana ia adalah fi’il amar dalam bentuk mufrad (kepada seorang), maka ada penterjemah mengandaikan arahan itu kepada baginda. itu sahaja. Ia boleh jadi kepada sesiapa sahaja, termasuk kepada kita yang sedang membaca Al-Qur’an ini.

      Like

  4. Assalamualaikum wr,wb.
    Saya nak tanya, apakah sesuatu yg dilakukan seorang muslim yg mana diyakininya dapat mendapat pahala tapi tidak pernah dilakukan atau diajarkan oleh Nabi, namun juga hal ini tidak ada pertentangan dgn Al Quran dan Hadis Nabi dapat dikatakan Bidaah? Bolehkan Tuan berikan contoh yg mana akan dikatakan Bidaah atau Tidak Bidaah.? Tks.

    Like

    1. 1. Bagaimana mungkin seseorang itu yakin dia dapat pahala dari amalan dia? Itu perasan sahaja. Sedangkan kalau sesuatu itu sunnah pun belum tentu dapat pahala lagi kerana ada lagi timbang tara seperti ikhlas atau tidak? Tambahan pula kalau sesuatu itu amalan yang bidaah?
      2. Bidaah itu kalau sesuatu amalan ibadah itu tidak ada contohnya dari perbuatan Nabi dan sahabat. Ini takrifan ringkas. Tentulah ada banyak lagi perbincangan tentang hal ini. Bukan boleh disebut dalam sepatah dua perkataan. Ia adalah sesuatu yang memerlukan pengajian. Dan ini memerlukan masa dan pemikiran. Ramai yang tidak mampu nak luangkan, maka kerana itu ramai tidak faham. Bila tidak faham, atau beza fahaman, maka kerana itulah banyak perbezaan pendapat di kalangan masyarakat. Kerana pembelajaran tidak sama, tahap kemahiran akal pun tidak sama. Sebab itu kadangkala para asatizah pun tidak dapat nak faham.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s