Tafsir Surah Saffat Ayat 141 – 153 (Kisah Nabi Yunus)

Saffat Ayat 141:

فَساهَمَ فَكانَ مِنَ المُدحَضينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he drew lots¹ and was among the losers.

  • To determine who would be cast overboard in order to save the other passengers. Having been overloaded, the ship was on the verge of sinking.

(MELAYU)

kemudian dia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian.

 

Kalimah ساهم maksudnya mengundi. Ia dari katadasar س ه م yang juga digunakan untuk anak panah. Ini kerana mengundi itu menggunakan batang kayu yang macam anak panah.

Kalimah المُدحَضينَ pula dari katadasar د ح ض yang bermaksud jatuh, lemah, batal, meninggalkan dan pergi.

Nabi Yunus a.s. telah menaiki kapal itu dan kapal itu hampir untuk tenggelam. Dalam ayat sebelum ini pun sudah disebut yang muatan kapal itu memang sudah penuh. Apabila di tengah lautan, maka air naik dari semua sisi, maka ketua kapal telah membuat keputusan untuk membuang barang muatan termasuk juga manusia. Kerana kapal itu tidak dapat menanggung kesemua muatan kapal.

Maka untuk memilih siapakah manusia yang patut dibuang maka mereka telah mengadakan pengundian. Dan Nabi Yunus ditakdirkan oleh Allah antara orang yang terpilih dalam undian itu dan baginda hendak dibuang dari kapal. Undian telah dibuat tiga kali, tapi ketiga-tiga kali itu nama Nabi Yunus telah naik. Maka tahulah baginda yang memang Allah yang menentukannya. Sedarlah baginda yang baginda telah buat salah.

Atau, ketua kapal itu kata, selalunya jadi begitu kerana ada hamba yang melarikan diri dari tuannya. Maka kerana tidak ada sesiapa yang mengaku, maka dilakukan undian. Maka apabila setiap kali kena kepada baginda, tahulah baginda yang bagindalah yang telah meninggalkan tuannya (iaitu Allah).


 

Saffat Ayat 142:

فَالتَقَمَهُ الحوتُ وَهُوَ مُليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then the fish swallowed him, while he was blameworthy.¹

  • For having given up hope on his people prematurely and having left them without permission from Allāh.

(MELAYU)

Maka dia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tertuduh.

 

Kalimah فَالتَقَمَهُ dari katadasar ل ق م yang bermaksud ditelan dalam mulut, dimakan dengan cepat. Selepas baginda dibuang ke dalam laut, maka baginda telah ditelan dengan sekali telan oleh seekor ikan paus yang besar. Kisah ini masyhur dalam sejarah umat Islam.

Kalimah مُليمٌ dari katadasar ل و م yang bermaksud tertuduh dan dituduh. Nabi Yunus merasa bersalah dan dipenuhi dengan perasaan dukacita kerana mendapat dugaan Allah itu. Baginda sedar yang baginda telah dikenakan dengan musibah itu.

Para ulama berselisih pendapat tentang berapa lama Nabi Yunus berada di dalam perut ikan besar itu. Suatu pendapat mengatakan tiga hari, ini menurut Qatadah. Ada yang menyebutkan tujuh hari, ini menurut Ja’far As-Sadiq r.a. Dan menurut pendapat lainnya empat puluh hari, ini menurut Abu Malik.

Mujahid pula telah meriwayatkan dari Asy-Sya’bi, bahawa Nabi Yunus ditelan oleh ikan besar di waktu pagi hari, dan dikeluarkan darinya pada petang hari. Hanya Allah-lah Yang Maha Mengetahui tentang lamanya dia berada di dalam perut ikan.

Mungkin timbul persoalan kenapa Allah menghukum Nabi Yunus sebegini? Adakah Allah benci dan marah kepada baginda? Kita kena sedar yang Nabi Yunus dihukum oleh Allah kerana Allah sayang kepada baginda. Sebagaimana kita dengan kawan kita: kita akan tegur mereka jikalau mereka ada melakukan kesalahan. Kita tegur bukan kerana kita benci tapi kerana kita sayang mereka dan kita tidak mahu mereka terus jauh daripada kita.

Tetapi kepada kawan yang kita tidak kisah kualiti persahabatan kita dengan mereka, sama ada ada berkawan ataupun tidak, maka kita terus tinggalkan sahaja dan tidak hiraukan dia lagi. Oleh itu, apabila Allah tegur Nabi Yunus dengan memberikan musibah kepada baginda, itu adalah teguran sayang Allah kepada baginda. Jangan kita salah sangka pula.

Baginda bersedih kerana baginda telah melakukan ijtihad yang tersilap. Maka tidak boleh kita kata baginda telah berdosa. Kerana para Nabi tidak berdosa kerana mereka semua adalah maksum. Maka paling kuat yang mereka telah lakukan adalah ijtihad yang kurang tepat sahaja.


 

Saffat Ayat 143:

فَلَولا أَنَّهُ كانَ مِنَ المُسَبِّحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And had he not been of those who exalt Allāh,

(MELAYU)

Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah,

 

Nabi Yunus adalah seorang kuat bertasbih. Walaupun baginda telah dikenakan dengan musibah dimasukkan ke dalam perut ikan, tetapi amalan tasbih baginda semasa di dalam perut ikan itu telah menyelamatkannya.

Tasbih di sini bermaksud dengan maksud ‘taubat’. Baginda sedar tentang kesilapan baginda dan baginda memohon ampun kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya. Doa baginda telah disebut dalam Anbiya:87

وَذَا النّونِ إِذ ذَهَبَ مُغاضِبًا فَظَنَّ أَن لَن نَقدِرَ عَلَيهِ فَنادىٰ فِي الظُّلُماتِ أَن لا إِلٰهَ إِلّا أَنتَ سُبحانَكَ إِنّي كُنتُ مِنَ الظّالِمينَ

Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka dia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: “Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”.

Maka ini adalah pengajaran daripada Allah sendiri bagaimana untuk menyelesaikan masalah kita semasa di dunia iaitu dengan melakukan banyak Tasbih. Kerana kalau kita telah melakukan kesalahan, maka Allah mungkin beri peringatan kepada kita dengan mengenakan musibah kepada kita. Maka kita kenalah minta ampun kepada Allah.

Menurut suatu pendapat lain sehubungan dengan makna ayat ini, bahawa sekiranya dia tidak pernah mengerjakan amal soleh di masa sukanya. Demikianlah menurut takwil yang dikemukakan oleh Ad-Dahhak ibnu Qais Abul Aliyah, Wahb ibhu Munabbih, Qatadah, dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang dan dipilih oleh Ibnu Jarir. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas disebutkan:

” تَعَرف إِلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ”

Kenalilah Allah di masa suka, nescaya Dia mengenalmu di masa duka(mu)

Maka kena Nabi Yunus sentiasa bertasbih kepada Allah semasa baginda senang, maka Allah bantu baginda di waktu baginda dalam kepayahan. Maka ini mengajar kita supaya sentiasa ingat kepada Allah di masa lapang kita. Nanti Allah akan bantu kita di masa susah.

Balaghah: selalunya digunakan kalimah ‘tasbih’ di dalam Al-Qur’an. Iaitu ia di dalam bentuk kata kerja, bukan kata nama.  Ini adalah kerana kita tidak mungkin sentiasa melakukan tasbih. Akan tetapi, dalam ayat ini digunakan kalimah المُسَبِّحينَ iaitu dalam bentuk kata nama yang memberi isyarat bahawa ianya lebih kuat, sudah tetap, sentiasa. Kenapa?

Kerana apabila Nabi Yunus di dalam perut ikan itu, baginda tidak ada perkara lain yang menyibukkan baginda, maka baginda dapat sentiasa bertasbih kepada Allah.

Ada sekali lagi di mana kalimah tasbih dalam bentuk kata nama digunakan. Iaitu dalam surah ini juga di ayat 166

وَإِنَّا لَنَحۡنُ ٱلۡمُسَبِّحُونَ

Dan sesungguhnya kami benar-benar bertasbih (kepada Allah).

Dalam ayat 166 itu, yang berkata adalah para malaikat. Maka memanglah mereka mampu untuk bertasbih berterusan kepada Allah kerana mereka itu malaikat. Ini disokong dalam ayat Fussilat:38 di mana Allah memberitahu yang mereka sentiasa melakukan tasbih kepada Allah.


 

Saffat Ayat 144: Apa akan jadi kepada baginda kalau Allah tidak selamatkan baginda?

لَلَبِثَ في بَطنِهِ إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He would have remained inside its belly until the Day they are resurrected.¹

  • Meaning that the belly of the fish would have become his grave.

(MELAYU)

nescaya dia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.

 

Ini adalah sambungan dari ayat sebelum ini: kalaulah Nabi Yunus tidak berserah diri dan melakukan banyak tasbih dan bertaubat kepada Allah, tentulah baginda akan tetap ada di dalam ikan paus itu sampai ke hari Kiamat.

Kalaulah baginda tidak diselamatkan oleh Allah, maka Allah akan kekalkan baginda di dalam perut ikan itu sampai ke hari kiamat. Dan kalau Allah buat begitu, maka Allah akan kekalkan ikan itu tidak hancur supaya jasad Nabi Yunus akan dibangkitkan daripada perut ikan itu. Tapi bagaimana pula, adakah ikan itu tetap terus hidup?

Maknanya, bukanlah ikan itu kekal sampai sekarang. Ini penting kerana ada yang kata ikan paus itu masih hidup lagi. Ini tidak benar, kerana ikan itu akan dikekalkan kalau Nabi Yunus tetap dalam ikan paus itu sahaja. Kerana Nabi Yunus tidak ada lagi dalam tubuhnya, maka ikan itu pun tidak dikekalkan.

Ini mengajar kita bahawa bukanlah ikan itu kekal sampai ke hari kiamat kerana tidak ada makhluk yang akan hidup lama sebegitu. Kerana Allah tidak jadikan seperti yang disebut di dalam ayat ini kerana Nabi Yunus telah dikeluarkan dari perut ikan itu. Maka kena perbetulkan kembali fahaman salah itu.

Atau satu lagi fahaman yang lebih bagus: Nabi Yunus dan ikan itu akan mati dan Nabi Yunus akan terus terkubur dalam perut ikan itu sampai hari Kiamat. Maknanya, bukanlah kedua-dua ikan dan Nabi Yunus akan hidup sampai ke hari Kiamat, tapi kedua-duanya tetap akan mati seperti biasa.

Dan sekarang dari maklumat zoologi kita tahu yang binatang ada yang menjadi fosil. Tidak semua kehidupan akan hancur begitu sahaja. Sekarang sudah banyak fosil dari binatang yang hidup jutaan tahun dahulu pun sudah dijumpai. Sebagai contoh sudah dijumpai fosil yang ada isi makanannya sekali dan usianya 240 juta tahun! Inilah contoh mukjizat Al-Qur’an yang menceritakan kejadian alam yang tidak diketahui 1,400 tahun dahulu. Ia menjadi bukti yang memang Al-Qur’an ini bukan dari manusia tapi dari Allah.


 

Saffat Ayat 145: Sebaliknya Allah telah selamatkan baginda.

۞ فَنَبَذنٰهُ بِالعَراءِ وَهُوَ سَقيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But We threw him onto the open shore while he was ill.

(MELAYU)

Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit.

 

Maka Allah telah takdirkan Nabi Yunus dimuntahkan oleh ikan itu ke pantai yang kering. Maknanya tidak ada tumbuhan yang dapat memberi lindungan kepada baginda dan tidak ada makanan untuk baginda.

Dan waktu itu tentu Nabi Yunus di dalam keadaan yang amat sakit kerana baginda tidak dapat makanan di dalam ikan itu dan tubuh baginda telah dihakis dengan asid di dalam perut ikan. Maka kulit baginda sudah tidak ada dan tentulah baginda dalam kesakitan yang amat sangat.

Memang lemah sekali tubuh baginda. Ibnu Mas’ud r.a. mengatakan bahawa tubuh Nabi Yunus ketika itu tak ubahnya seperti itik yang masih belum tumbuh bulunya (iaitu baru menetas). As-Saddi mengatakan bahawa keadaan Nabi Yunus saat itu mirip dengan bayi yang baru lahir. Hal yang sama telah dikatakan oleh Ibnu Abbas r.a. dan Ibnu Zaid.


 

Saffat Ayat 146:

وَأَنبَتنا عَلَيهِ شَجَرَةً مِّن يَقطينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We caused to grow over him a gourd vine.¹

  • Which is known to give cooling shade and to be a repellent of flies.

(MELAYU)

Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu.

 

Dan untuk mengubati kesakitan kulit baginda, maka Allah telah menumbuhkan pokok dari jenis labu untuk baginda. Maka baginda telah menempel tubuh baginda dengan daun ataupun dengan bahagian daripada pokok labu itu. Dan baginda boleh makan buah labu itu untuk mendapatkan tenaga.

يَقطينٍ

Tidak dapat dikenalpasti apakah jenis pokok ini tetapi ianya dapat memberi perlindungan kepada baginda supaya kulit baginda kembali sihat. Yang kita boleh agak, ianya adalah jenis pokok melata seperti labu. Ada yang mengatakan pokok itu adalah Labu Air. Dengan adanya daun pokok itu yang menyeliputi tubuh baginda, maka dapat menghalang serangan serangga.

Sebahagian di antara ulama menyebutkan beberapa keistimewaan dari buah labu ini antara lain cepat pertumbuhannya, rendang pohonnya, besar, dan lembut buahnya. Buah labu tidak pernah dihinggapi oleh lalat, buahnya terasa enak dan dapat dimakan baik dalam keadaan mentah mahupun dimasak, boleh dimakan sekali dengan kulitnya.


 

Saffat Ayat 147: Bagaimana pula dengan kaum baginda yang baginda tinggalkan?

وَأَرسَلنٰهُ إِلىٰ مِائَةِ أَلفٍ أَو يَزيدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We sent him¹ to [his people of] a hundred thousand or more.

  • i.e., returned him thereafter.

(MELAYU)

Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih.

 

Kisah kaum baginda yang telah menentang baginda telah disebut dalam Surah Yunus. Kerana mereka menentang baginda, maka baginda ambil keputusan untuk meninggalkan mereka (walaupun Allah belum beri kebenaran lagi).

Kerana penolakan mereka itu, maka Allah sepatutnya memberikan azab dunia kepada mereka yang dapat menghancurkan mereka. Tapi kerana Nabi Yunus telah meninggalkan mereka terlalu awal, maka Allah tidak meneruskan azab itu. Mereka sudah nampak azab itu dan mereka telah bertaubat.

Kalau kisah bangsa lain yang dihancurkan, apabila mereka nampak azab dan telah bertaubat, mereka tidak dapat penangguhan lagi kerana mereka sudah nampak azab. Tapi kerana Nabi Yunus telah meninggalkan mereka sebelum waktunya, maka Allah tidak jadi meneruskan azab itu.

Allah tidak kenakan azab kerana nanti mereka ada alasan pula di hadapan Allah dengan mengatakan Rasul mereka meninggalkan mereka. Ini seperti pengertian yang terdapat pada ayat lain melalui firman-Nya:

{فَلَوْلا كَانَتْ قَرْيَةٌ آمَنَتْ فَنَفَعَهَا إِيمَانُهَا إِلا قَوْمَ يُونُسَ لَمَّا آمَنُوا كَشَفْنَا عَنْهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَى حِينٍ}

Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang tertentu. (Yunus: 98)

Maka mereka telah bertaubat dan sedar kesalahan mereka selama ini. Mereka mencari-cari baginda kerana hendak beriman dengan Nabi Yunus. Dan akhirnya baginda telah kembali kepada kaum itu dan waktu itu mereka semuanya telah beriman. Oleh kerana itu baginda telah menjadi Rasul kepada 100,000 umat manusia ataupun lebih.


 

Saffat Ayat 148:

فَئآمَنوا فَمَتَّعنٰهُم إِلىٰ حينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they believed, so We gave them enjoyment [of life] for a time.

(MELAYU)

Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.

 

Dan kaum baginda itu telah benar-benar beriman apabila mereka melihat azab yang datang kepada mereka. Waktu itu mereka terus mencari Nabi Yunus untuk beriman, tapi baginda telah tiada. Maka mereka telah keluar ke tengah padang dan mereka menyatakan keimanan mereka beramai-ramai.

Dan Allah telah ampunkan kesalahan mereka sebelum itu dan kerana keimanan mereka, Allah berikan kesenangan kepada mereka sehingga ajal mereka sampai. Mereka mendapat kesenangan hidup selama mereka dikandung hayat di dunia ini.

Maka ini mengajar kita bahawa orang beriman pun akan mendapat nikmat kehidupan dunia dan bukanlah mereka itu menidakkan kehidupan dunia. Asalkan hidup dengan taat kepada Allah, boleh sahaja untuk kita menikmati segala nikmat yang Allah berikan dalam dunia ini.

♦ Maka sudah habis kisah para Nabi di dalam surah ini. Allah hendak memberitahu bahawa para nabi itu juga diuji dan mereka juga berharap dan bergantung kepada Allah. Mereka tidak ada kuasa pada diri mereka melainkan apa yang diberikan oleh Allah. Maka kalau begitu maka mereka tidak layak untuk disembah dan dipuja.


 

Saffat Ayat 149: Sekarang sudah masuk kepada permulaan yang membawa kepada penutup Surah ini. Apabila sudah sampai di hujung, sekarang perbincangan kembali kepada perbincangan asal surah ini yang telah disentuh di awal surah. Iaitu membincangkan tentang tauhid.

Ayat 149 – 166 adalah Perenggan Makro Ketiga. Allah menekankan dalam perenggan ini yang para malaikat itu bukan anak perempuanNya.

فَاستَفتِهِم أَلِرَبِّكَ البَناتُ وَلَهُمُ البَنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So inquire of them, [O Muḥammad], “Does your Lord have daughters while they have sons?¹

  • The people of Makkah claimed that the angels were daughters of Allāh, yet they preferred sons for themselves.

(MELAYU)

Tanyakanlah (ya Muhammad) kepada mereka (orang-orang kafir Mekah): “Apakah untuk Tuhanmu anak-anak perempuan dan untuk mereka anak laki-laki,

 

Allah suruh Nabi tanya fatwa mereka. Minta dalil dari mereka sendiri. Dengan pertanyaan seperti ini, sebenarnya akan melemahkan hujah mereka. Macam kita dengan orang yang ahli hawa’ dan bid’ah, selalukan minta dalil dari mereka. Paksa mereka untuk fikir sendiri dari mana dalil yang mereka pakai. Supaya mereka nilai sendiri dalil mereka itu kuat atau tidak.

Di awal sudah ini sudah disebut tentang malaikat. Allah telah beritahu di awal surah ini bahawa para malaikat itu adalah tentera Allah. Kalau sudah tentera, maka tentulah tidak patut jikalau mereka dikatakan sebagai anak-anak perempuanNya pula. Kerana tentera selalunya lelaki, bukan perempuan.

Fahaman mereka ini telah banyak disebut dalam ayat-ayat yang lain: An-Nisa’: 117, An-Nahl: 57-58, Isra’: 40, Az-Zukhruf: 16; 19, An-Najm: 21-27.

Tetapi Musyrikin Mekah berfahaman bahawa para malaikat itu adalah anak perempuan Allah dan mereka sembah para malaikat itu untuk menyampaikan doa mereka kepada Allah. Ini adalah cara tawasul yang salah. Kerana kita sepatutnya berdoa terus kepada Allah dan bukannya menggunakan perantaraan sesiapa pun.

Maka iktikad Musyrikin Mekah adalah para malaikat itu anak perempuan Allah. Tapi ini memang tidak patut sama sekali kerana kalau mereka sendiri pun tidak suka kalau mereka mendapat anak perempuan. Tidak patut sekali benda yang mereka tidak suka itu mereka nisbahkan kepada Allah pula.

Ayat ini bukan hendak mengatakan Allah ada anak pula kerana jikalau kata Allah ada anak lelaki pun, itu sudah fahaman syirik. Masalahnya sekarang mereka lebih teruk lagi kerana mereka memberi sesuatu yang mereka tidak suka kepada Allah. Maknanya mereka sudah sesat jauh sangat. Yang tidak suka pula yang mereka beri kepada Allah.

Bagaimana pula dengan perbuatan orang Islam sekarang berkenaan anak-anak mereka? Kalau mereka ada beberapa orang anak, maka anak yang bijak mereka suruh jadi doktor ataupun peguam tetapi anak yang tidak berapa pandai pula mereka hantar untuk belajar agama.

Maka kerana itulah ada ahli agama negara ini yang tidak berapa bijak kerana memang mereka bukan asalnya orang yang bijak. Sepatutnya anak-anak yang pandailah yang dihantar menjadi ustaz, tapi sebaliknya yang berlaku. Sebab itulah banyak fahaman salah dalam masyarakat sekarang kerana ustaz yang tidak berapa pandai akalnya. Perkara yang mudah pun ustaz-ustaz kita tidak faham.

Jadi di sini benih kesyirikan bermula adalah kerana mereka melebihkan diri sendiri daripada Allah. Benda yang baik mereka hendak, tetapi benda yang mereka tidak suka mereka serahkan kepada Allah. Dari situ sudah ada salah faham yang berleretan menjadi fahaman yang lebih teruk. Akhirnya mereka menyembah berhala dan selain Allah.


 

Saffat Ayat 150:

أَم خَلَقنَا المَلٰئِكَةَ إِنٰثًا وَهُم شٰهِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or did We create the angels as females while they were witnesses?”

(MELAYU)

atau apakah Kami menciptakan malaikat-malaikat berupa perempuan dan mereka menyaksikan(nya)?

 

Allah mempersoalkan fahaman mereka yang mengatakan para malaikat itu anak-anak perempuanNya pula. Tentu ini tidak benar sama sekali. Mereka tidak ada dalil dalam perkara ini melainkan hujah bohong sahaja.

Bagaimana lagi mereka hendak berhujah? Adakah mereka sendiri lihat penciptaan para malaikat itu yang menyebabkan mereka tahu malaikat itu anak perempuan? Atau, adakah mereka dapat lihat malaikat-malaikat itu berjantina perempuan? Bila masa pula mereka boleh lihat malaikat?


 

Saffat Ayat 151:

أَلا إِنَّهُم مِّن إِفكِهِم لَيَقولونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Unquestionably, it is out of their [invented] falsehood that they say,

(MELAYU)

Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka dengan kebohongannya benar-benar mengatakan:

 

Apabila berbohong atas perkara agama, maka kalimah yang digunakan adalah افك. Kerana hati mereka ada masalah, maka mereka memperkatakan perkara bohong sahaja. Mereka mereka-reka hujah dan memperkatakan perkara yang mereka sendiri tidak tahu.

Apa yang mereka kata?


 

Saffat Ayat 152:

وَلَدَ اللهُ وَإِنَّهُم لَكٰذِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

“Allāh has begotten,” and indeed, they are liars.

(MELAYU)

“Allah beranak”. Dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.

 

Mereka mengatakan Allah ada anak pula, tanpa dalil yang sah. Adakah mereka sangka Allah itu seperti makhluk yang memerlukan anak?


 

Saffat Ayat 153:

أَصطَفَى البَناتِ عَلَى البَنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Has He chosen daughters over sons?

(MELAYU)

Apakah Tuhan memilih (mengutamakan) anak-anak perempuan daripada anak laki-laki?

 

Kalaulah Allah ada anak, takkan Allah nak pilih perempuan pula sebagai anakNya? Ini adalah kerana mereka ada iktikad yang Allah ada anak perempuan sahaja, tidak ada anak lelaki. Adakah patut, sedangkan mereka sendiri berfahaman yang anak perempuan lebih rendah darjatnya kalau dibandingkan dengan anak lelaki.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 4 Julai 2023


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Saffat Ayat 127 – 140 (Kisah Nabi Luth dan Yunus)

Ayat 127: Sambungan kisah Nabi Ilyas a.s.

فَكَذَّبوهُ فَإِنَّهُم لَمُحضَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they denied him, so indeed, they will be brought [for punishment],

(MELAYU)

Maka mereka mendustakannya, kerana itu mereka akan diseret (ke neraka),

 

Umat Bani Israil tidak mahu menerima dakwah dari Nabi Ilyas dan kerana itu mereka akan dihadhirkan di neraka kelak untuk menerima hukuman azab mereka.


 

Ayat 128:

إِلّا عِبادَ اللهِ المُخلَصينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except the chosen servants of Allāh.

(MELAYU)

kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa).

 

Yang selamat adalah hamba-hamba Allah yang ikhlas dalam ibadat mereka.


 

Ayat 129:

وَتَرَكنا عَلَيهِ فِي الآخِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We left for him [favorable mention] among later generations:

(MELAYU)

Dan Kami abadikan untuk Ilyas (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian.

 

Nama Nabi Ilyas juga harum disebut sebagai salah seorang Nabi Bani Israil yang telah berjasa kepada kaum itu. Disebut-sebut dalam Al-Qur’an sebagai nama yang baik yang menjadi tauladan. Ramai orang yang memberi nama anak mereka Ilyas.


 

Ayat 130:

سَلٰمٌ عَلىٰ إِل ياسينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

“Peace upon Elias.”¹

  • Ilyāseen is said by some commentators to be a plural form, meaning “Elias and those who followed him.”

(MELAYU)

“Kesejahteraan dilimpahkan atas Ilyas”

 

Kalimah ilyaasiin merujuk kepada Nabi Ilyas dan juga orang-orang mengikut jejak langkah baginda. Allah memberikan kesejahteraan kepada mereka.


 

Ayat 131:

إِنّا كَذٰلِكَ نَجزِي المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, We thus reward the doers of good.

(MELAYU)

Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

 

Itulah balasan yang baik yang Allah berikan kepada mereka yang sanggup beriman sempurna.


 

Ayat 132:

إِنَّهُ مِن عِبادِنَا المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, he was of Our believing servants.

(MELAYU)

Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.

 

Allah memuji Nabi Ilyas dengan mengatakan yang memang baginda benar-benar seorang yang beriman sempurna.


 

Ayat 133: Sekarang kita masuk ke dalam kisah ke 5 iaitu kisah Nabi Luth a.s. Ayat 133 – 148 adalah kisah perjuangan Nabi Luth.

وَإِنَّ لوطًا لَّمِنَ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, Lot was among the messengers.

(MELAYU)

Sesungguhnya Luth benar-benar salah seorang rasul.

 

Sekarang kita masuk ke dalam kisah Nabi Luth a.s. Kisah baginda ini masyhur dan banyak disebut-sebut. Tapi dalam surah ini disebut secara ringkas sahaja.


 

Ayat 134:

إِذ نَجَّينٰهُ وَأَهلَهُ أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[So mention] when We saved him and his family, all,

(MELAYU)

(Ingatlah) ketika Kami selamatkan dia dan keluarganya (pengikut-pengikutnya) semua,

 

Allah suruh kita mengenang kembali kisah baginda yang telah diselamatkan bersama dengan ahli keluarga baginda. Ini adalah kerana kaum baginda akan dikenakan dengan azab yang teruk. Maka Allah telah hantar malaikat untuk suruh mereka menyelamatkan diri dengan beredar dari kampung itu sebelum azab diturunkan.

Baginda dijanjikan yang keluarga akan selamat. Memang hanya keluarga baginda sahaja yang beriman.


 

Ayat 135:

إِلّا عَجوزًا فِي الغٰبِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except an old woman [i.e., his wife] among those who remained [with the evildoers].

(MELAYU)

kecuali seorang perempuan tua (isterinya yang berada) bersama-sama orang yang tinggal.

 

Apabila dikatakan ‘keluarga’ baginda diselamatkan, tidaklah termasuk isterinya yang tidak diselamatkan kerana dia ditinggalkan bersama dengan kaumnya yang dimusnahkan kerana penolakan mereka kepada dakwah baginda.

Walaupun wanita itu adalah isterinya, tapi dia telah bersekongkol dengan kaumnya itu. Dialah yang memberitahu bahawa adalah lelaki-lelaki kacak yang datang ke rumahnya.


 

Ayat 136:

ثُمَّ دَمَّرنَا الآخَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We destroyed the others.

(MELAYU)

Kemudian Kami binasakan orang-orang yang lain.

 

Maka isterinya dan kaumnya itu telah dimusnahkan sehancur-hancurnya. Kampung mereka itu telah diangkat ke langit dan dihujani dengan batu. Dan kemudian kampung mereka itu telah diterbalikkan dan dihunjam ke dalam bumi. Kisah ini dengan panjang lebar disebut dalam surah-surah yang lain.


 

Ayat 137:

وَإِنَّكُم لَتَمُرّونَ عَلَيهِم مُّصبِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, you pass by them in the morning

(MELAYU)

Dan sesungguhnya kamu (hai penduduk Mekah) benar-benar akan melalui (bekas-bekas) mereka di waktu pagi,

 

Allah memberitahu bahawa Arab Mekah akan melalui kawasan bekas penempatan kaum Nabi Luth itu tapi tanpa disedari kerana ianya telah tertanam. Mereka akan melalui kawasan itu pada waktu siang semasa perjalanan mereka ke tempat yang lain.


 

Ayat 138:

وَبِاللَّيلِ ۗ أَفَلا تَعقِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And at night. Then will you not use reason?

(MELAYU)

dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?

 

Dan mereka juga akan melalui kawasan itu pada waktu malam. Ini maknanya kawasan penempatan kaum Nabi Luth itu memang ada dilalui oleh Arab Mekah dalam musafir mereka ke Yaman dan Syam.

Musyrikin Mekah diajak untuk mengambil pengajaran dari apa yang terjadi kepada kaum Nabi Luth itu. Tidakkah mereka mahu mengambil pengajaran dari apa yang terjadi itu. Adakah mereka sanggup kalau apa yang terjadi kepada kaum Nabi Luth itu dikenakan kepada mereka juga?

Tamat Ruku’ 4 dari 5 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 139: Sekarang masuk ke dalam kisah ke 6 iaitu kisah Nabi Yunus a.s.

وَإِنَّ يونُسَ لَمِنَ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, Jonah was among the messengers.

(MELAYU)

Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul,

 

Seorang lagi Nabi dari kalangan Bani Israil adalah Nabi Yunus a.s. Allah mengatakan yang memang benar baginda adalah salah seorang dari Rasul.


 

Ayat 140:

إِذ أَبَقَ إِلَى الفُلكِ المَشحونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Mention] when he ran away to the laden ship.

(MELAYU)

(ingatlah) ketika dia lari, ke kapal yang penuh muatan,

 

Kalimah أَبَقَ bermaksud lari dari sesuatu dan ia digunakan khusus apabila seorang hamba lari dari tuannya.

Ini merujuk kepada Nabi Yunus apabila baginda sudah tidak tahan dengan penolakan kaum baginda dan baginda ambil keputusan untuk meninggalkan mereka sebelum keputusan diberikan oleh Allah untuk melakukannya.

Maksudnya baginda telah meninggalkan arahan Allah untuk tetap duduk dengan kaum baginda. Allah belum suruh baginda tinggalkan mereka, baginda sudah tinggalkan. Tidak seperti Nabi Luth yang tunggu dan apabila malaikat datang suruh baginda keluar, barulah baginda keluar.

Tapi jangan kita salahkan Nabi Yunus pula. Ini kerana baginda telah berijtihad bahawa telah cukup masa diberikan oleh baginda dan baginda rasa yang baginda sudah boleh meninggalkan mereka. Ia adalah satu kesilapan pada pihak baginda tapi tidaklah berdosa kerana para Nabi tidak berdosa.

Baginda meninggalkan mereka dan menuju ke arah laut dan baginda sampai ke satu kapal yang penuh. Kisah baginda ini lebih banyak disebut dalam surah yang lain dan disebut secara ringkas sahaja dalam surah ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 9 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Saffat Ayat 114 – 126 (Kisah Nabi Ilyas a.s.)

Ayat 114: Sekarang masuk ke dalam kisah ke Nabi yang ke 3 iaitu kisah Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. Ayat 114 – 122 adalah pujian dan salam kepada Musa dan Harun.

وَلَقَد مَنَنّا عَلىٰ موسىٰ وَهٰرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did certainly confer favor upon Moses and Aaron.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah melimpahkan nikmat atas Musa dan Harun.

 

Selepas disebut kisah para Nabi sebelum ini, sekarang Allah beri contoh keturunan Nabi Ibrahim dan Ishaq yang baik iaitu Nabi Musa dan juga Nabi Harun.


 

Ayat 115:

وَنَجَّينٰهُما وَقَومَهُما مِنَ الكَربِ العَظيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We saved them and their people from the great affliction,

(MELAYU)

Dan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari bencana yang besar.

 

Allah telah menyelamatkan mereka daripada ‘bencana yang besar’. Bencana besar yang dimaksudkan adalah perhambaan Firaun ke atas Bani Israil.

Lihat bagaimana kalimah الكَربِ digunakan untuk Nabi Nuh dan juga Nabi Musa kerana kedua-dua mereka terlibat dengan azab dengan air, iaitu musuh mereka dimatikan dan dimusnahkan dengan air. Tapi mereka diselamatkan dari azab yang dikenakan kepada kaum mereka yang menentang itu.


 

Ayat 116:

وَنَصَرنٰهُم فَكانوا هُمُ الغٰلِبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We supported them so it was they who overcame.

(MELAYU)

Dan Kami tolong mereka, maka jadilah mereka orang-orang yang menang.

 

Allah telah membantu Nabi Musa dan kaumnya untuk mengalahkan Firaun. Nabi Musa dan Nabi Harun telah berjaya membawa Bani Israil keluar dari Mesir menyeberangi lautan. Memang asalnya kaum Bani Israil itu yang ditindas dan dihinakan tapi akhir sekali, mereka yang menang dan selamat dari cengkaman musuh mereka.


 

Ayat 117:

وَءآتَينٰهُمَا الكِتٰبَ المُستَبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We gave them the explicit Scripture [i.e., the Torah],

(MELAYU)

Dan Kami berikan kepada keduanya kitab yang sangat jelas.

 

Nabi Musa dan Nabi Harun telah diberikan dengan Kitab Taurat. Dan kalimah yang digunakan untuk menyebut tentang kitab itu adalah المُستَبينَ (yang jelas) dan ianya khusus digunakan untuk Kitab Taurat. Kalimah المُستَبينَ digunakan kerana ianya amat jelas.

Jadi mereka tidak patut ada kekeliruan dengan apa yang ada di dalam Kitab Taurat itu kerana telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya tentang agama. Dan bukan itu sahaja, kerana sepatutnya telah dijelaskan dalam Kitab Taurat itu tentang siapakah yang disembelih oleh Nabi Ibrahim. Tapi kerana dengki, mereka sanggup menukar apa yang ada dalam kitab wahyu mereka sendiri dengan mengatakan yang disembelih adalah Nabi Ishaq, bukannya Nabi Ismail.


 

Ayat 118:

وَهَدَينٰهُمَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We guided them on the straight path.

(MELAYU)

Dan Kami tunjuki keduanya ke jalan yang lurus.

 

Allah telah memberi hidayah kepada mereka untuk membawa mereka ke jalan yang lurus. Iaitu menggunakan wahyu yang ada dalam Kitab Taurat yang disebut sebelum ini.


 

Ayat 119:

وَتَرَكنا عَلَيهِما فِي الآخِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We left for them [favorable mention] among later generations:

(MELAYU)

Dan Kami abadikan untuk keduanya (pujian yang baik) dikalangan orang-orang yang datang kemudian;

 

Nama mereka berdua telah terkenal zaman berzaman dan disebut dengan baik sekali oleh manusia. Sampai sekarang kita belajar tentang mereka dan mempelajari perkara yang baik tentang mereka.


 

Ayat 120:

سَلٰمٌ عَلىٰ موسىٰ وَهٰرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

“Peace upon Moses and Aaron.”

(MELAYU)

“Kesejahteraan dilimpahkan atas Musa dan Harun”.

 

Allah telah memberi kesejahteraan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.


 

Ayat 121:

إِنّا كَذٰلِكَ نَجزِي المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, We thus reward the doers of good.

(MELAYU)

Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

 

Kelebihan yang mereka dapati itu adalah kerana mereka telah berbuat baik. Allah boleh beri pembalasan yang baik kalau manusia telah melakukan kebaikan.


 

Ayat 122:

إِنَّهُما مِن عِبادِنَا المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, they were of Our believing servants.

(MELAYU)

Sesungguhnya keduanya termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.

 

Allah memberi pujian kepada mereka dengan mengatakan mereka berdua itu pasti orang yang beriman.


 

Ayat 123: Sekarang masuk ke dalam kisah ke 4 iaitu kisah Nabi Ilyas a.s. yang kita jarang sekali dengar. Ayat 123 – 132 adalah pujian dan salam kepada baginda.

وَإِنَّ إِلياسَ لَمِنَ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, Elias was from among the messengers,

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Ilyas benar-benar termasuk salah seorang rasul-rasul.

 

Dikatakan bahawa Nabi Ilyas ini adalah keturunan dari Nabi Harun. Wahb ibnu Munabbih mengatakan bahawa dia adalah Ilyas ibnu Nissi ibnu Fanhas ibnul Aizar ibnu Harun ibnu Imran. Baginda diangkat menjadi Nabi selepas zaman Nabi Sulaiman a.s.

Maka baginda juga adalah salah seorang dari Nabi Bani Israil dan hanya disebut dua kali sahaja dalam Al-Qur’an. Selain dari ayat ini, baginda disebut sekali lagi dalam ayat Ali Imran:85.

Tempat tinggal baginda adalah di Jordan. Kaum baginda mengamalkan ajaran syirik dan berhala yang disembah bernama Baal Bakka.


 

Ayat 124:

إِذ قالَ لِقَومِهِ أَلا تَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When he said to his people, “Will you not fear Allāh?

(MELAYU)

(ingatlah) ketika dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu tidak bertakwa?

 

Oleh kerana kaumnya itu mengamalkan ajaran syirik, maka baginda berdakwah kepada mereka supaya bertaqwa dan takut kepada Allah. Ini kerana mereka dahulunya adalah dalam agama tauhid tapi lama kelamaan telah jatuh ke dalam lembah kesyirikan.

Pada mulanya raja mereka pada zaman Nabi Ilyas itu memang beriman, kemudian dia telah murtad dan terus berkelanjutan dalam kesesatannya bersama kaumnya, sehingga tiada seorang pun dari mereka yang beriman. Ini adalah kerana raja itu telah berkahwin dengan wanita syirik dan dia terikut dengan agama syirik isterinya itu.
Maka Nabi Ilyas berdoa kepada Allah untuk memberikan pelajaran terhadap kaumnya, maka Allah menahan hujan dari mereka selama tiga tahun. Akhirnya mereka meminta kepada Nabi Ilyas agar melenyapkan hal tersebut dari mereka; dan mereka menjanjikan kepadanya bahawa jika berhasil, maka mereka akan beriman kepadanya, iaitu jika mereka kembali memperoleh hujan.
Lalu Nabi Ilyas berdoa kepada Allah memohon hujan, maka turunlah hujan kepada mereka sebagaimana biasanya. Akan tetapi, mereka tetap dalam kesesatannya dan bergelimang dalam kekafirannya seperti semula.

 

Ayat 125:

أَتَدعونَ بَعلًا وَتَذَرونَ أَحسَنَ الخٰلِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you call upon Ba‘l¹ and leave the best of creators –

  • The name of a great idol worshipped by the people and said to mean “lord.”

(MELAYU)

Patutkah kamu menyembah Ba’l dan kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta,

 

Baal adalah nama berhala mereka. Ini adalah salah satu daripada patung berhala yang dibina oleh Bani Israil waktu itu untuk disembah dan dipuja. Baal itu asalnya adalah seorang yang alim dan baik dan mereka telah menjadikan patung asalnya untuk memperingati beliau sahaja.

Ini biasa terjadi akan tetapi lama kelamaan ia menjadi tempat sembahan dan pujaan mereka. Yang sebenarnya dipuja itu bukanlah patung itu tetapi roh Baal itu. Ini adalah kerana lama kelamaan syaitan telah menipu keturunan selepas mereka dengan membisikkan yang tok nenek mereka dahulu menyembah dan bertawasul kepada patung tersebut.

Beginilah juga yang terjadi kepada kaum Nabi Nuh dan begitu jugalah yang terjadi kepada mana-mana penyembah berhala pun. Asalnya mereka bukan nak sembah berhala itu, tapi mereka hendak mengingatkan mereka sahaja.

Kerana itulah dilarang gambar digantung kerana ia boleh membawa kepada syirik kalau tidak dihentikan. Kerana lama kelamaan orang akan menjadikan gambar itu sebagai sesuatu yang ada ‘kuasa’, ada kelebihan dan sebagainya.

Maka kerana itulah kita takut apabila melihat golongan Habib yang sesat itu amat suka menggantung gambar Habib-habib mereka yang telah meninggal. Kita melihat ini ada potensi untuk mengajar kesesatan kepada umat manusia. Sekarang pun mereka sudah reka banyak amalan baru dan melakukan ibadat yang melampau-lampau, dan kalau tidak dibendung, lama-lama akan menjadi lebih teruk.

Mereka menyeru kepada berhala mereka itu dengan tujuan untuk menyempurnakan hajat mereka atau untuk menyelesaikan masalah mereka, atau untuk mendapat berkat, ataupun untuk mendapat syafaat. Semua itu sepatutnya diminta kepada Allah, tapi mereka meminta kepada berhala mereka.

Nabi Ilyas menegur mereka yang sanggup meminta kepada berhala mereka dan meninggalkan ‘sebaik-baik Pencipta’. Tentulah yang dimaksudkan adalah Allah.


 

Ayat 126:

اللهَ رَبَّكُم وَرَبَّ ءآبائِكُمُ الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh, your Lord and the Lord of your first forefathers?”

(MELAYU)

(iaitu) Allah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu yang terdahulu?”

 

Dari ini kita dapat tahu yang kaum Nabi Ilyas itu pun kenal Allah dan baginda hanya mengingatkan mereka sahaja.

Maka begitulah puak syirik, mereka bukannya tidak kenal Allah. Sebagaimana juga Musyrikin Mekah itu bukannya tidak kenal Allah malah mereka memang menganggap Allah itu adalah Tuhan yang utama. Tapi dalam masa yang sama, mereka sembah juga ilah-ilah yang lain sebagai wasilah dalam doa.

Maka begitulah juga dengan mereka yang mengamalkan amalan syirik di negara kita pun. Bukannya orang kita tidak kenal Allah, tapi cuma dalam masa yang sama, mereka keliru dengan tauhid dan syirik kerana jahil, maka mereka sembah dan berdoa kepada selain Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 9 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Saffat Ayat 103 – 113 (Siapa yang disembelih?)

Ayat 103:

فَلَمّا أَسلَما وَتَلَّهُ لِلجَبينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they had both submitted¹ and he put him down upon his forehead,

  • To the command of Allāh.

(MELAYU)

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya).

 

Apabila kedua-dua anak beranak itu ‘berserah kepada Allah’ yang bermaksud mereka taat kepada perintah Allah. Kedua-duanya kena taat, tidak boleh salah seorang sahaja. Kerana walaupun Nabi Ismail yang menyerahkan dirinya untuk disembelih, tetapi sebagai seorang bapa, Nabi Ibrahim juga tentunya kena menerima dan berserah kepada Allah.

Mana mungkin seorang ayah sanggup untuk mengorbankan anaknya sendiri kalau kita gunakan logik akal. Tapi ketaatan dua Nabi ini kepada Allah tiada berbelah-bahagi.

Ini menunjukkan yang memang Nabi Ibrahim telah melakukan perintah yang diberikan oleh Allah. Baginda telah meletakkan kepala anaknya Nabi Ismail pada tanah untuk disembelih seperti menyembelih binatang. Baginda tidak menghadapkan muka anaknya itu ke atas tapi ke bawah kerana baginda tidak mahu melihat wajah anaknya itu kerana baginda takut tidak mampu melakukannya.


 

Ayat 104:

وَنٰدَينٰهُ أَن يٰإِبرٰهيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We called to him, “O Abraham,

(MELAYU)

Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim,

 

Ada riwayat yang menyebutkan bagaimana pisau yang digunakan oleh Nabi Ibrahim itu tidak berkesan dan Nabi Ibrahim telah berkali-kali cuba untuk menyembelih anaknya tapi tidak berjaya.

Pada waktu itulah Allah menyeru kepada Nabi Ibrahim.


 

Ayat 105:

قَد صَدَّقتَ الرُّؤيا ۚ إِنّا كَذٰلِكَ نَجزِي المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You have fulfilled the vision.” Indeed, We thus reward the doers of good.

(MELAYU)

sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

 

قَد صَدَّقتَ الرُّؤيا

sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu

Allah memberitahu Nabi Ibrahim yang baginda telah membenarkan arahan Allah. Dan baginda telah melepasi ujian itu. Maka baginda tidak perlu meneruskannya lagi. Tambahan pula dalam mimpi itu bukanlah ditunjukkan Nabi Ibrahim benar-benar menyembelih Nabi Ismail sampai mati, tapi perbuatan hendak menyembelih sahaja.

Jadi kita boleh lihat bagaimana wahyu yang diberikan kepada Nabi Ibrahim juga ada yang dimansukhkan. Bukan wahyu kepada Nabi Muhammad sahaja yang ada mansukh tetapi Nabi Ibrahim juga ada wahyu yang dimansukhkan. Kerana wahyu pertama kepada baginda adalah untuk menyembelih Nabi Ismail tapi wahyu kedua ini memansukhkan wahyu yang pertama. Dua-dua adalah wahyu dan satu memansukhkan yang satu lagi.

 

إِنّا كَذٰلِكَ نَجزِي المُحسِنينَ

sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Allah hendak menilai kesanggupan Nabi Ibrahim dalam menjalankan arahan wahyu. Dan balasan kepada baginda, anak baginda Nabi Ismail tidak dimatikan. Sepertimana juga di dalam perjanjian Hudaibiyah para sahabat telah berbaiah dengan Nabi untuk berperang tetapi akhirnya peperangan tidak terjadi pun.

Ini kerana Allah hendak menguji kesanggupan para sahabat. Apabila mereka telah berbaiah, maka itu telah menunjukkan kesanggupan mereka untuk taat kepada Rasulullah dan sanggup untuk mengikut arahan baginda yang tentunya arahan dari Allah juga. Kalau memang perang berlaku, mereka tetap akan melakukannya. Tapi Allah beri rahmat, tidak terjadi peperangan. Tapi mereka telah dikira lepas ujian itu.


 

Ayat 106:

إِنَّ هٰذا لَهُوَ البَلٰؤا المُبينُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, this was the clear trial.

(MELAYU)

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

 

Allah memberitahu bahawa ujian yang dilalui oleh Nabi Ibrahim itu sememangnya adalah satu ujian yang amat besar. Bayangkan, menyembelih anak bukanlah satu arahan yang senang dan ringan. Tapi Nabi Ibrahim tetap taat.

Apabila diberikan arahan, lalu Nabi Ibrahim a.s. mengerjakannya dengan penuh rasa berserah diri kepada Allah dan tunduk patuh kepada perintah-Nya. Kerana itulah disebutkan oleh firman-Nya:

{وَإِبْرَاهِيمَ الَّذِي وَفَّى}
dan Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji. (An-Najm: 37)

Kalimah bala’ di dalam bahasa Arab juga boleh membawa maksud ‘nikmat’ selain dari ujian. Maka kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya setelah diarahkan oleh Allah itu adalah satu nikmat. Kerana taat kepada Allah adalah satu nikmat. Dan Nabi Ismail diselamatkan pun adalah nikmat juga.

Begitulah, ketaatan kita kepada arahan Allah bukanlah dari kekuatan diri kita sebenarnya, tapi ianya adalah taufik dari Allah. Maka kerana itu kita kena sentiasa berdoa kepada Allah meminta diberikan taufik kepada kita. Kerana kalau tidak ada taufik, kita tidak ada kekuatan untuk menjalankan arahan dari Allah. Kerana kadangkala kita sudah tahu kita kena melakukan sesuatu, tapi kekuatan untuk melakukannya tidak ada.

Sebagai contoh, kita tahu yang solat berjemaah adalah wajib. Tapi tidak semestinya pengetahuan itu akan menyebabkan kita terus sanggup untuk melakukannya, bukan? Kerana ini memerlukan kekuatan. Maka kekuatan ini memerlukan bantuan dari Allah. Maka Allah boleh beri, maka kenalah kita minta.


 

Ayat 107:

وَفَدَينٰهُ بِذِبحٍ عَظيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We ransomed him with a great sacrifice,¹

  • Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā) sent a huge ram to be sacrificed in place of Ishmael.

(MELAYU)

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

 

Allah ganti (fidyah) penyembelihan Nabi Ismail itu dengan seekor kibas yang besar. Malaikat datang dan bawakan kibas sebagai ganti. Maka Nabi Ibrahim hanya perlu menyembelih kibas itu sahaja.

Dikatakan bahawa tanduk kibas itu disimpan di dalam Kaabah sampailah ke zaman Khalifah Abdullah bin Zubair, sehinggalah Kaabah berserta dengan tanduk itu dihancurkan oleh manjanik tentera Hajjaj bin Yusuf.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، حَدَّثَنَا مَنْصُورٌ، عَنْ خَالِهِ مُسافع ، عَنْ صَفِيَّةَ بِنْتِ شَيْبَةَ قَالَتْ: أَخْبَرَتْنِي امْرَأَةٌ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ -وَلدت عَامَّةَ أَهْلِ دَارِنَا-أَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى عُثْمَانَ بْنِ طَلْحَةَ -وَقَالَ مَرَّةً: إِنَّهَا سَأَلَتْ عُثْمَانَ: لِمَ دَعَاكَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: قَالَ: “إِنِّي كنتُ رَأَيْتُ قَرْنَيِ الْكَبْشِ، حِينَ دَخَلْتُ الْبَيْتَ، فَنَسِيتُ أَنْ آمُرَكَ أَنْ تُخَمِّرَهُمَا، فَخَمَّرْهما، فَإِنَّهُ لَا يَنْبَغِي أَنْ يَكُونَ فِي الْبَيْتِ شَيْءٌ يَشْغَلُ الْمُصَلِّيَ”.
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Sufyan, telah menceritakan kepadaku Mansur, dari pamannya (yaitu Musafi’ dan Safiyyah binti Syaibah) yang mengatakan bahawa telah menceritakan kepadanya seorang wanita dari Bani Salim yang telah melahirkan sebahagian besar penduduk perkampungan kami, bahawa Rasulullah Saw. mengirimkan utusan kepada Usman ibnu Abu Talhah r.a. (pemegang kunci Ka’bah). Wanita itu pernah bertanya kepada Usman, “Mengapa Nabi Saw. memanggilmu?” Maka Usman menjawab, bahawa Rasulullah Saw. bersabda kepadanya: Sesungguhnya aku melihat sepasang tanduk saat memasuki Ka’bah, dan aku lupa untuk memerintahkan kepadamu agar menutupinya dengan kain. Kerana itu, tutupilah sepasang tanduk itu dengan kain, sebab tidak patut bila di dalam Ka’bah terdapat sesuatu yang mengganggu kekhusyukan orang yang solat (di dalamnya).

Ibnu Abbas mengatakan, “Demi Tuhan yang jiwa Ibnu Abbas berada di tangan kekuasaan-Nya, sesungguhnya sembelihan itu merupakan kurban yang pertama dalam Islam, dan sesungguhnya kepala kambing itu benar-benar digantungkan dengan kedua tanduknya di talang Ka’bah hingga kering.”

Dan ini adalah sejarah kepada ibadah korban yang kita lakukan setiap tahun. Ianya mengingati perbuatan Nabi Ibrahim yang sanggup taat kepada arahan Allah. Maka apabila kita melakukan ibadah korban itu, kita sebenarnya telah mengikuti sunnah Nabi Ibrahim yang telah menunjukkan ketaatan baginda kepada arahan Allah.

Maka amalan korban itu bukanlah perbuatan yang ringan sahaja tapi ianya mengandungi falsafah yang besar. Kerana itulah dalam ayat ini, penyembelihan itu dikatakan sebagai ذِبحٍ عَظيمٍ (penyembelihan yang agung).

Dan ini mengajar kita yang kita kena taat kepada arahan Allah walaupun akal kita mungkin tidak dapat menerimanya. Kerana jikalau kita guna akal kita tentu Nabi Ibrahim tidak sanggup untuk menyembelih anaknya kerana tidak nampak hikmahnya di situ.

Maka kadangkala kita tidak tahu hikmat sesuatu perkara itu, tapi kerana ianya arahan dari Allah, maka kita kena jalankan juga. Sebagai contoh, Allah telah menetapkan bahagian faraid untuk lelaki adalah dua kali ganda bahagian wanita. Kalau ikut logik akal, macam tiak sesuai pula, bukan? Kerana wanita juga memerlukan harta zaman sekarang.

Dan kerana itulah ada yang sanggup untuk tinggalkan arahan Allah tentang faraid dan beri pembahagian yang sama bagi lelaki dan wanita. Maka ini adalah salah kerana telah melebihkan akal atas wahyu. Sepatutnya kita kena letak wahyu di hadapan akal dan bukan sebaliknya.

Lihatlah bagaimana arahan yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kalau diikutkan akal memang tidak patut, tapi baginda tetap taat dan tidak mempersoalkan arahan Allah. Dan peristiwa ini diingatkan kepada kita dalam ibadah korban setiap tahun.

Maka apabila kita melakukan ibadah korban ataupun kita makan daging korban, kita kena ingat peristiwa ini. Dan kita kena tanya balik diri kita: adakah kita sanggup untuk melakukan arahan Allah kepada kita atau kita mempersoalkannya lagi? Adakah patut kita nak persoalkan arahan Allah sedangkan Dia yang menjadikan kita?

Ini penting untuk difahami kerana ada juga orang yang tahu hukum, tahu yang mereka kena buat semua arahan Allah, tetapi mereka memikir-mikir lagi. Banyak benda yang mereka sangsi dan persoalkan kenapa kena buat itu dan. Persoalannya, siapa kita nak mempersoalkan Allah?

Dan memang ada manusia yang sebegitu seperti yang disebut di dalam Nisa ayat 66. Dalam ayat ini disebut dua perkara iaitu arahan Allah untuk meninggalkan kampung halaman dan membunuh diri dan kedua-duanya telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim. Maka Nabi Ibrahim adalah sunnah yang kita kena ikut dalam taat kepada Allah.

وَلَو أَنّا كَتَبنا عَلَيهِم أَنِ اقتُلوا أَنفُسَكُم أَوِ اخرُجوا مِن دِيارِكُم ما فَعَلوهُ إِلّا قَليلٌ مِنهُم ۖ وَلَو أَنَّهُم فَعَلوا ما يوعَظونَ بِهِ لَكانَ خَيرًا لَهُم وَأَشَدَّ تَثبيتًا

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


 

Ayat 108:

وَتَرَكنا عَلَيهِ فِي الآخِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We left for him [favorable mention] among later generations:

(MELAYU)

Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,

 

Dan Allah membiarkan sunnah Nabi Ibrahim ini menjadi satu amalan ibadah yang berkekalan zaman berzaman sehinggalah ke kiamat. Sampai sekarang kita ingat kisah ini dan kita abadikan dalam amalan kita setiap tahun. Kita sebut nama Nabi Ibrahim sebagai seorang manusia yang amat taat kepada Allah swt.

Ada juga pendapat di dalam israiliyat yang mengatakan bahawa anak Nabi Ibrahim yang disembelih itu bukannya Nabi Ismail tetapi Nabi Ishak. Tetapi pendapat ini tidak benar kerana banyak dalil-dalil yang mengatakan bahawa Nabi yang dimaksudkan adalah Nabi Ismail.

Salah satu hujah yang kuat adalah bagaimana orang Arab sudah tahu tentang ibadah penyembelihan korban lama sebelum Nabi Muhammad datang. Maka memang sembelihan korban sudah ada dalam tradisi mereka. Dan sejarah mereka tentunya berkenaan Nabi Ismail, bukannya Nabi Ishak.

Tetapi tentulah orang-orang Yahudi tidak mahu mengatakan Nabi Ismail yang disembelih di dalam kisah ini kerana mereka memandang rendah keturunan Nabi Ismail (golongan Arab). Maka mereka sanggup mengubah sejarah agama mereka. Sampai mereka sanggup menamakan satu tempat di Jerusalem dengan nama Bakka untuk menolak Mekkah sebagai tempat kejadian penyembelihan itu. Maka mereka kata di situlah kejadian Ishak disembelih. (Tapi kalau ditanya, di mana Bakka, mereka tidak dapat jawab pula. Mereka cuma kata sudah hilang).

Tapi, kalaulah Nabi Ishaq yang disembelih, kenapakah amalan korban ini tidak dilakukan oleh golongan Bani Israil sebagai anak cucu baginda? Kerana amalan ini masyhur di kalangan bangsa Arab iaitu anak cucu Nabi Ismail? Maka jelas yang hujah mereka itu amat lemah sekali.


 

Ayat 109:

سَلٰمٌ عَلىٰ إِبرٰهيمَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

“Peace upon Abraham.”

(MELAYU)

”Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim”.

 

Allah beri kelebihan kepada Nabi Ibrahim dengan memberi kesejahteraan kepada baginda di dalam alam dunia lagi.


 

Ayat 110:

كَذٰلِكَ نَجزِي المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, We thus reward the doers of good.

(MELAYU)

Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

 

Allah dengan segala limpah kurniaNya boleh memberikan balasan baik kepada manusia yang muhsin walaupun mereka di dunia lagi. Ini adalah sebagai balasan bagi kebaikan mereka.


 

Ayat 111:

إِنَّهُ مِن عِبادِنَا المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, he was of Our believing servants.

(MELAYU)

Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.

 

Allah puji Nabi Ibrahim dengan mengatakan yang baginda adalah seorang yang beriman. Ini adalah pujian dari Allah sendiri dan ini adalah satu pengiktirafan yang amat besar. Kerana kita yang beramal ini belum tentu lagi dikira sebagai orang mukmin.


 

Ayat 112: Ayat 112 & 113 adalah pujian kepada Nabi Ishaq. Allah juga memberitahu yang zuriat Nabi Ibrahim ada yang beriman dan ada juga yang menzalimi diri mereka sendiri.

وَبَشَّرنٰهُ بِإِسحٰقَ نَبِيًّا مِّنَ الصّٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We gave him good tidings of Isaac, a prophet from among the righteous.¹

  • This verifies that the firstborn son who was to be sacrificed was Ishmael and not Isaac, as claimed by the Jews and Christians.

(MELAYU)

Dan Kami beri dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang saleh.

 

وَبَشَّرنٰهُ بِإِسحٰقَ

Dan Kami beri dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq

Dan sekarang Allah menyebut tentang anak Nabi Ibrahim yang kedua iaitu Nabi Ishaq. Ini menunjukkan yang memang Nabi Ismail yang disembelih di dalam kisah sebelum ini kerana waktu itu Nabi Ishaq tidak ada lagi.

Dalam Injil telah ada penukaran oleh golongan agama mereka yang mengatakan yang disembelih itu adalah Ishaq. Tapi ada kalimah “Take now thy son thine only son Isaac…”. Sedangkan dalam ayat lain dalam Injil sendiri mengatakan yang Ishaq bukanlah satu-satunya anak Nabi Ibrahim. Kerana selama 14 tahun, anak Nabi Ibrahim yang tunggal adalah Nabi Ismail (sebelum kelahiran Nabi Ishaq). Jadi apabila dikatakan ‘anak tunggal’ baginda waktu itu, adalah Nabi Ismail lah, bukannya Nabi Ishaq.

Akan tetapi seperti yang kita telah sebut sebelum ini, golongan Yahudi sanggup menipu kerana hendak menaikkan keturunan mereka. Mereka juga telah mengubah cerita ini juga. Mereka kata yang Nabi Ismail itu tidak diiktiraf sebagai anak sah kerana baginda lahir daripada seorang hamba itu Hajar.

Maka mereka sanggup menolak status seorang Nabi semata-mata untuk mengatakan yang Nabi Ishaq juga yang disembelih.

 

نَبِيًّا مِّنَ الصّٰلِحينَ

seorang nabi yang termasuk orang-orang yang saleh.

Jadi salah satu kelebihan yang diberikan kepada Nabi Ibrahim adalah mendapat anak kedua yang juga seorang Nabi yang saleh.

Kita kalau boleh mahukan anak-anak kita semuanya baik dan saleh belaka. Tapi tentulah ini tidak pasti kerana ini adalah rezeki dan kurnia dari Allah. Tapi lihatlah bagaimana Nabi Ibrahim bukan sahaja mendapat satu anak sebagai Nabi, tapi dua sekali!


 

Ayat 113:

وَبارَكنا عَلَيهِ وَعَلىٰ إِسحاقَ ۚ وَمِن ذُرِّيَّتِهِما مُحسِنٌ وَظالِمٌ لِّنَفسِهِ مُبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We blessed him and Isaac. But among their descendants is the doer of good and the clearly unjust to himself [i.e., sinner].

(MELAYU)

Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.

 

وَبارَكنا عَلَيهِ وَعَلىٰ إِسحاقَ

Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq.

Maka Nabi Ibrahim dan Nabi Ishaq telah mendapat kelebihan diangkat sebagai Nabi dan mendapat hidayah taufik dari Allah. Ini adalah keberkatan yang amat besar dari Allah.

 

وَمِن ذُرِّيَّتِهِما مُحسِنٌ وَظالِمٌ لِّنَفسِهِ مُبينٌ

Dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.

Dan daripada keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ishaq itu ada golongan-golongan yang baik dan ada golongan-golongan yang telah menzalimi diri mereka. Bukanlah semuanya baik dan bukanlah semuanya buruk perangai mereka.

Sebagai contoh, kita tahu kisah anak-anak Nabi Ya’kub yang asalnya teruk perangai mereka dan akhirnya mereka telah bertaubat (seperti yang dinaqalkan dalam Surah Yusuf). Ini adalah contoh anak cucu mereka yang baik. Bukanlah semua golongan Bani Israil itu jahat kerana ada yang baik. Jangan kita pukul rata mereka semuanya buruk belaka. Kerana apabila mereka beriman, memang mereka akan beriman sungguh dan menjadi manusia yang amat baik.

Tapi kita pun tahu banyak dari kalangan umat Bani Israil itu yang teruk perangai mereka. Dari Nabi Ibrahim adalah umat-umat Nabi Musa yang kita pun tahu mereka itu perangainya bagaimana. Banyak sekali disebutkan dalam Al-Qur’an tentang perangai mereka. Disebut perangai mereka supaya pun boleh elak dari menjadi seperti mereka.

Maka bukanlah Allah ceritakan perangai mereka untuk kita kutuk mereka sahaja, tapi kenalah kita jadikan perangai mereka itu sebagai sempadan bagi kita; janganlah kita jadi seperti mereka.

Tamat Ruku’ 3 dari 5 ruku’ dalam surah ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 9 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Saffat Ayat 91 – 102 (Perintah sembelih anak)

Ayat 91:

فَراغَ إِلىٰ ءآلِهَتِهِم فَقالَ أَلا تَأكُلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then he turned to their gods and said, “Do you not eat?¹

  • Consume the offerings placed before them.

(MELAYU)

Kemudian dia pergi dengan diam-diam kepada ilah-ilah mereka; lalu dia berkata: “Apakah kamu tidak makan?

فَراغَ إِلىٰ ءآلِهَتِهِم

Kemudian dia pergi dengan diam-diam kepada ilah-ilah mereka;

Selepas baginda ditinggalkan berseorang, baginda telah pergi ke tempat penyembahan berhala kaumnya itu. Baginda ada rancangan yang baginda hendak lakukan.

فَقالَ أَلا تَأكُلونَ

lalu dia berkata: “Apakah kamu tidak makan?

Baginda berkata sendiri kepada berhala-berhala itu kenapa mereka tidak makan. Sedangkan ada banyak makanan di hadapan berhala itu yang telah dipersembahkan oleh kaum baginda. Demikian itu kerana mereka telah meletakkan di hadapan berhala-berhala itu makanan dan kurban dengan tujuan ingin dapat berkah dari berhala-berhala itu.

Begitulah juga yang dilakukan oleh agama sesat seperti agama Buddha sekarang yang meletakkan makanan seperti limau dan epal di berhala mereka. Bukannya berhala atau gambar Buddha itu makan pun. Maka Nabi Ibrahim ejek mereka: “Makanan ada banyak, kenapa tak makan?”

Maka ini adalah tempelak kepada mereka yang mengamalkan amalan syirik dan mempersembahkan makanan kepada patung dan berhala. Termasuk juga golongan Musyrikin Malaysia yang jamu jin. Antaranya ada yang berubat dengan bomoh dan bomoh suruh sembelih ayam dan sebagainya. Ini pun kerja bodoh juga kerana jin bukannya boleh makan makanan itu pun. Jin nak bagi manusia buat syirik sahaja.

As-Saddi mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. memasuki tempat berhala-berhala mereka, dan ternyata baginda menjumpai berhala-berhala itu diletakkan di dalam sebuah ruangan besar. Dan berhadapan dengan pintu ruangan itu terdapat berhala yang besar, di sampingnya terdapat pula berhala yang lebih kecil daripadanya, kemudian di sampingnya lagi ada berhala lainnya yang lebih kecil daripada berhala yang kedua, demikianlah seterusnya sampai pada pintu ruangan tersebut.
Dan ternyata mereka telah meletakkan makanan di tangan berhala-berhala itu. Tujuan mereka ialah bila mereka kembali dari tempat perayaan, bererti sembahan-sembahan mereka telah memberkati makanan tersebut, lalu baru mereka memakannya.

 

Ayat 92:

ما لَكُم لا تَنطِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

What is with you that you do not speak?”

(MELAYU)

Kenapa kamu tidak menjawab?”

 

Baginda berkata kepada berhala-berhala itu: “Apa yang tidak kena dengan kamu? Kenapa kamu tidak bercakap?” Kenapa tidak jawab soalan baginda?


 

Ayat 93:

فَراغَ عَلَيهِم ضَربًا بِاليَمينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he turned upon them a blow with [his] right hand.

(MELAYU)

Lalu dihadapinya berhala-berhala itu sambil memukulnya dengan tangan kanannya (dengan kuat).

 

Dan kerana baginda waktu itu masih muda lagi, baginda tidak dapat menahan diri baginda. Maka baginda telah memecahkan berhala-berhala itu. Kisah ini telah disebut di dalam surah-surah yang lain dan ianya adalah kisah yang masyhur.

Kalimah بِاليَمينِ (dengan tangan kanan) digunakan dalam ayat ini yang bermaksud baginda pukul dengan kuat sekali kerana tangan kanannya yang lebih kuat. Sampai hancur semua berhala-berhala itu. Sampaikan tiada bentuk lagi yang boleh diselamatkan. Semua berhala itu hancur ber­keping-keping, kecuali yang paling besar yang sengaja dibiarkannya menunggu kaumnya kembali. Kisah ini telah disebutkan di dalam tafsir Surah Al-Anbiya.

Kita kena ingat bahawa ini bukanlah sunnah yang patut diikuti. Jangan kita baca kisah ini dan pergi pecahkan patung-patung orang Hindu pula. Jangan buat begitu kerana kita bukan Nabi Ibrahim yang mendapat ilham dari Allah untuk melakukan apa yang baginda telah lakukan. Nabi Muhammad tidak pernah suruh kita lakukan dan kerana itu ianya bukan sunnah kita.

Ini kerana perjanjian dalam negara kita, manusia boleh amalkan agama mereka dengan aman. Jangan cari pasal pula dengan merosakkan rumah ibadat orang lain. Lainlah kalau agama Islam telah tertegak dan semua masuk agama Islam. Maka bolehlah keluarkan arahan pecahkan berhala. Ini seperti yang diarahkan oleh Nabi Muhammad kepada sahabat selepas Pembukaan Mekah.


 

Ayat 94:

فَأَقبَلوا إِلَيهِ يَزِفّونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then they [i.e., the people] came toward him, hastening.

(MELAYU)

Kemudian kaumnya datang kepadanya dengan bergegas.

 

Kisah ini dipendekkan di dalam surah ini dimana apabila kaum baginda pulang dan nampak berhala-berhala mereka telah dihancurkan, maka mereka telah dapat agak yang melakukannya adalah Nabi Ibrahim dan mereka telah bersegera mencari baginda untuk memarahinya dan menangkapnya.

Mujahid dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang mengatakan bahawa makna يَزِفّونَ ialah ‘bergegas-gegas’. Kisah ini disebutkan dengan ringkas di sini, lain halnya dengan apa yang ada di dalam surat Al-Anbiya’, kisahnya disebutkan dengan panjang lebar.


 

Ayat 95: Ketika mereka kembali ke tempat peribadatan mereka, pada awalnya mereka tidak mengetahui siapa pelakunya, melainkan setelah menyelidiki dan mencari berita siapa pelakunya.

Akhirnya mereka mengetahui bahawa Ibrahimlah yang melakukan semua itu. Ketika mereka datang ke tempat Nabi Ibrahim untuk mencaci maki perbuatannya itu, maka Nabi Ibrahim mengambil persiapan untuk mengecam dan mencela perbuatan mereka. Untuk itu baginda berkata:

قالَ أَتَعبُدونَ ما تَنحِتونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Do you worship that which you [yourselves] carve,

(MELAYU)

Ibrahim berkata: “Apakah kamu menyembah patung-patung yang kamu pahat itu?

 

Nabi Ibrahim mengutuk mereka yang menyembah berhala yang mereka sendiri buat. Tidakkah mereka ada akal? Mereka sendiri yang buat patung-patung itu dan kemudian mereka pula sembah?

Maka ayat ini adalah tamparan hebat kepada puak Musyrikin Mekah yang waktu itu pun sedang menyembah patung berhala buatan mereka juga. Dan ayat ini juga sebagai tamparan kepada golongan-golongan yang masih menyembah patung buatan sendiri. Ini seperti puak Hindu dan seumpamanya.


 

Ayat 96: Nabi Ibrahim berhujah lagi.

وَاللهُ خَلَقَكُم وَما تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

While Allāh created you and that which you do?”

(MELAYU)

Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu”.

 

Nabi Ibrahim memberitahu yang Allah bukan sahaja menjadikan kita, tapi kesan dari apa yang kita buat. Maksudnya memang kita buat patung itu, tapi kesannya dalam takluk Allah. Kalau Allah tidak benarkan, kita tidak mampu buat apa-apa pun.

Sebagai contoh, kita boleh makan, tapi kenyang itu dalam kuasa Allah. Kita tidak boleh bagi perut kita kenyang sendiri kerana kita tidak ada kuasa itu. Kita boleh usaha untuk makan sahaja tapi proses memakan itu tidak memberi bekas dan kesan kalau Allah tidak berikan.


 

Ayat 97: Kaumnya tidak tahan lagi dengan Nabi Ibrahim, maka mereka hendak membunuh baginda.

قالُوا ابنوا لَهُ بُنيٰنًا فَأَلقوهُ فِي الجَحيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Construct for him a structure [i.e., furnace] and throw him into the burning fire.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Dirikanlah suatu bangunan untuk (membakar) Ibrahim; lalu lemparkanlah dia ke dalam api yang menyala-nyala itu”.

 

قالُوا ابنوا لَهُ بُنيٰنًا

Mereka berkata: “Dirikanlah suatu bangunan untuk (membakar) Ibrahim;

Akhirnya dipendekkan cerita hujah balas antara mereka, akhirnya kaum itu telah buat keputusan untuk membunuh sahaja baginda. Mereka pilih untuk baginda dibakar, tapi mereka bukan terus masukkan baginda ke dalam api tapi mereka buat binaan yang besar dulu. Ini kerana mereka memang hendak buat kejadian itu besar supaya menjadi pengajaran bagi orang lain.

 

فَأَلقوهُ فِي الجَحيمِ

lalu lemparkanlah dia ke dalam api yang menyala-nyala itu”.

Kemudian binaan itu dibakar dan nanti akan dimasukkan Nabi Ibrahim ke dalamnya. Binaan yang dimaksudkan adalah binaan api yang amat besar. Mereka jadikan ini sebagai satu pengajaran bagi orang lain dan kerana itu mereka jadikan ini proses besar-besaran. Kerana kalau nak bunuh sahaja, boleh terus bunuh sebenarnya, tapi tidak mereka lakukan begitu.


 

Ayat 98:

فَأَرادوا بِهِ كَيدًا فَجَعَلنٰهُمُ الأَسفَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they intended for him a plan [i.e., harm], but We made them the most debased.

(MELAYU)

Mereka hendak melakukan tipu muslihat kepadanya, maka Kami jadikan mereka orang-orang yang hina.

 

فَأَرادوا بِهِ كَيدًا

Mereka hendak melakukan tipu muslihat kepadanya,

Selepas Nabi Ibrahim berhujah dan mengajak orang ramai berfikir menggunakan akal, ramai orang yang mula nak percaya dengan Nabi Ibrahim maka mereka kena buat rancangan untuk mematahkan hujah baginda. Rancangan mereka adalah untuk memasukkan baginda ke dalam api itu supaya dia tarik balik dakwahnya itu.

 

فَجَعَلنٰهُمُ الأَسفَلينَ

maka Kami jadikan mereka orang-orang yang hina.

Tapi walaupun telah diancam akan dibakar, Nabi Ibrahim tetap tidak berganjak dari imannya dan itu menjadikan mereka malu. Mereka telah gagal dalam rancangan mereka.

Selepas itu, tidak pasti bagaimana dan apa yang dikenakan kepada mereka. Yang kita tahu, Nabi Ibrahim diselamatkan dari dibakar dalam api itu kerana api itu tidak membakar baginda. Tapi bagaimana dengan kaum baginda itu? Kita tidak tahu kerana tidak disebut di mana-mana sumber yang sahih.


 

Ayat 99: Selepas kejadian itu, ini adalah kisah selanjutnya tentang Nabi Ibrahim.

وَقالَ إِنّي ذاهِبٌ إِلىٰ رَبّي سَيَهدينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [then] he said, “Indeed, I will go to [where I am ordered by] my Lord; He will guide me.

(MELAYU)

Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.

 

وَقالَ إِنّي ذاهِبٌ إِلىٰ رَبّي

Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku,

Baginda telah diberi ilham untuk pergi ke Palestin dari tempat asalnya di Iraq. Perjalanan itu sebenarnya adalah perjalanan yang jauh kerana ada padang pasir. Maka ianya adalah perjalanan yang jauh dan bahaya tapi baginda serahkan kepada Allah.

Maksud baginda hendak pergi kepada Rabb itu bermaksud ikut arahan Tuhan.

 

سَيَهدينِ

dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.

Baginda percaya yang Allah akan beri petunjuk kepada baginda. Sama ada petunjuk dalam agama atau dalam perjalanan. Kerana perjalanan itu jauh dan Allah tidak beri petunjuk dalam perjalanan maka tentu baginda akan sesat.


 

Ayat 100:

رَبِّ هَب لي مِنَ الصّٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

My Lord, grant me [a child] from among the righteous.”

(MELAYU)

Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

 

Nabi Ibrahim telah berdoa kepada Allah meminta teman yang baik yang dapat membantu baginda dalam menjalankan dakwah kepada umat manusia. Ini sebagai ganti dari kaum dan keluarganya yang telah ditinggalkan. Maka boleh dikatakan baginda meminta diberikan dengan anak.


 

Ayat 101: Maka Allah telah mengurniakan anak kepada baginda.

فَبَشَّرنٰهُ بِغُلٰمٍ حَليمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We gave him good tidings of a forbearing boy.

(MELAYU)

Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

 

Anak yang diberikan kepada baginda disifatkan sebagai seorang yang ‘sabar’. Kalimah حَليمٍ boleh diterjemahkan sebagai seorang yang bersifat tidak kelam kabut. Sifat ini jarang disebut dalam Al-Qur’an dan hanya disebut sifat ini telah diberikan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sahaja.

Anak yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Nabi Ismail a.s. kerana baginda adalah anak sulung Nabi Ibrahim. Memang Nabi Ismail seorang yang tabah dalam menerima segala dugaan yang dikenakan kepada baginda.

Memang anak ini adalah Nabi Ismail a.s. kerana sesungguhnya dia adalah anak pertama Nabi Ibrahim yang sebelum kelahirannya, dia telah mendapat berita gembira mengenainya. Nabi Ismail a.s. lebih tua daripada Nabi Ishaq menurut kesepakatan kaum Muslim dan kaum Ahli Kitab, bahkan di dalam nas kitab-kitab mereka disebutkan bahawa ketika Ibrahim a.s. dapat Nabi Ismail, baginda berusia lapan puluh enam tahun. Dan ketika baginda mempunyai Nabi Ishaq, usia baginda ketika itu adalah sembilan puluh sembilan tahun.
Menurut mereka (Ahli Kitab), Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah Swt. untuk menyembelih anak tunggalnya itu, dan dalam salinan kitab yang lain disebutkan ‘anak pertamanya’. Akan tetapi, mereka mengubahnya dan membuat-buat kedustaan dalam keterangan ini, lalu menggantikannya dengan Ishaq.

Padahal hal tersebut bertentangan dengan nas kitab asli mereka. Sesungguhnya mereka membuat penggantian dengan memasukkan nama Nabi Ishaq sebagai ganti Nabi Ismail kerana nenek moyang mereka adalah Nabi Ishaq, sedangkan Nabi Ismail adalah nenek moyang bangsa Arab.

Jadi mereka nak berikan kelebihan lebih tinggi sebagai kedudukan anak sulung kepada nenek moyang mereka pula. Beginilah sikap manusia yang jahat, sampaikan nas pun mereka sanggup reka dan tukar asalkan nak menang.

Begitu jugalah dengan Syiah yang semakin ramai pengikutnya di Malaysia. Mereka sanggup reka hadis dan pusing kisah sejarah. Sebagai contoh, Nabi Muhammad hijrah ke Madinah dari rumah Abu Bakar. Tapi mereka ubah sejarah, kata baginda hijrah dari rumahnya dan suruh Ali ganti tempat tidur pula.

Baginda juga telah Isra’ Mi’raj dari Baitullah, tapi mereka ubah cerita baginda Isra’ dari rumah Umm Hani’, kakak Saidina Ali. Ini semua mereka ubah supaya nampak hebat Saidina Ali dan keluarganya. Mereka nak letak, semua kejadian hebat dan besar dalam sejarah Islam ada berkait dengan Saidina Ali.


 

Ayat 102: Sekarang masuk ke dalam kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Inilah kisah yang amat masyhur yang semua orang Islam tahu.

فَلَمّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعيَ قالَ يٰبُنَيَّ إِنّي أَرىٰ فِي المَنامِ أَنّي أَذبَحُكَ فَانظُر ماذا تَرىٰ ۚ قالَ يٰأَبَتِ افعَل ما تُؤمَرُ ۖ سَتَجِدُني إِن شاءَ اللهُ مِنَ الصّٰبِري

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when he reached with him [the age of] exertion,¹ he said, “O my son, indeed I have seen in a dream that I [must] sacrifice you, so see what you think.” He said, “O my father, do as you are commanded. You will find me, if Allāh wills, of the steadfast.”

  • i.e., the ability to work and be of assistance.

(MELAYU)

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Dia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.

 

فَلَمّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعيَ

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim,

Ini adalah ketika Nabi Ismail sudah sampai ke usia baligh. Waktu itu Nabi Ismail sudah boleh bekerja dan menolong Nabi Ibrahim. Sebab itu digunakan kalimah السَّعيَ yang bermaksud ‘berusaha’. Maknanya pada usia yang boleh buat kerja.

 

قالَ يٰبُنَيَّ إِنّي أَرىٰ فِي المَنامِ

Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi

Allah telah memberi satu mimpi kepada Nabi Ibrahim tentang Nabi Ismail. Dan dalam akidah kita, mimpi para Nabi adalah wahyu dari Allah. Maka kalau ada orang biasa mimpi sembelih anak, bunuh bini, itu bukan wahyu kerana orang itu bukan Nabi. Itu orang gila, namanya.

Apakah mimpi baginda itu?

 

أَنّي أَذبَحُكَ

bahawa aku menyembelihmu.

Di dalam mimpi itu Nabi Ibrahim telah dilihatkan yang baginda hampir hendak sembelih anaknya Nabi Ismail dan bukannya sudah sembelih.

 

فَانظُر ماذا تَرىٰ

Maka fikirkanlah apa pendapatmu!”

Nabi Ibrahim minta pendapat Nabi Ismail tentang wahyu yang baginda telah dapat itu. Nabi Ibrahim suruh Nabi Ismail berfikir sama ada Nabi Ismail sudah bersedia ataupun tidak.

Kena faham yang Nabi Ibrahim akan tetap jalankan wahyu Allah itu kerana Nabi Ibrahim telah mendapat wahyu daripada Allah dan baginda akan tetap kena sembelih anaknya itu. Bukannya Nabi Ibrahim tanya pendapat Nabi Ismail sama ada baginda patut buat atau tidak. Mungkin ramai yang sangka begitu.

Memang Nabi Ibrahim tetap akan jalankan, cuma kalau Nabi Ismail bersedia maka mudahlah untuk baginda melakukannya. Tetapi kalau Nabi Ismail tidak bersedia maka Nabi Ibrahim mungkin terpaksa menangkap Nabi Ismail dan kemudian menyembelihnya dengan cara yang kasar pula. Maknanya baginda tetap kena sembelih Nabi Ismail juga sama ada Nabi Ismail setuju atau tidak.

Dan sesungguhnya Ibrahim memberitahukan mimpinya itu kepada puteranya agar puteranya tidak terkejut dengan perintah itu, sekaligus untuk menguji kesabaran dan keteguhan serta keyakinannya terhadap ketaatan kepada Allah Swt. dan baktinya kepada orang tuanya.

Jadi jangan kita salah faham yang jikalau Nabi Ismail tidak bersedia maka Nabi Ibrahim tidak menjalankan arahan Allah pula. Lalu bagaimana jawapan Nabi Ismail?

قالَ يٰأَبَتِ افعَل ما تُؤمَرُ

Dia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu;

Nabi Ismail beritahu kepada ayahnya untuk buat sahaja arahan Allah. Inilah sifat حَليمٍ Nabi Ismail. Kerana inilah Allah puji Nabi Ismail sebagai seorang yang sabar dalam Al-Qur’an.

 

سَتَجِدُني إِن شاءَ اللهُ مِنَ الصّٰبِري

insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.

Nabi Ismail sanggup serahkan nasibnya kepada Allah.

Kenapa pula baginda tambah dengan kalimah إِن شاءَ اللهُ itu? Baginda sebut إِن شاءَ اللهُ kerana sama ada baginda berjaya sabar atau tidak, terpulang kepada Allah. Memang waktu itu baginda rasa baginda sanggup, tapi esok tak tahu lagi. Maka baginda serahkan kepada Allah. Memang perasaan dalam hati pun dalam takluk Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 8 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi