Ayat 82: Sambungan kelebihan Nabi Sulaiman. Memang baginda diberikan dengan banyak kelebihan keduniaan.
وَمِنَ الشَّيٰطينِ مَن يَغوصونَ لَهُ وَيَعمَلونَ عَمَلًا دونَ ذٰلِكَ ۖ وَكُنّا لَهُم حٰفِظينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And of the devils [i.e., jinn] were those who dived for him and did work other than that. And We were of them a guardian.¹
•Preventing any disobedience or deviation by them from Solomon’s instructions and protecting him from being harmed by them.
(MELAYU)
Dan Kami telah tundukkan (pula kepada Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang menyelam (ke dalam laut) untuknya dan mengerjakan pekerjaan selain daripada itu, dan adalah Kami memelihara mereka itu,
وَمِنَ الشَّيٰطينِ مَن يَغوصونَ لَهُ
Dan Kami telah tundukkan (pula kepada Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang menyelam (ke dalam laut) untuknya
Jin Syaitan juga dapat dikuasai oleh Nabi Sulaiman di mana mereka bekerja untuk baginda dan dijadikan sebagai penyelam untuk mengangkut harta-harta rezeki di dalam laut seperti mutiara dan sebagainya.
Sebahagian dari syaitan sahaja dan bukan semua yang dijadikan sebagai pekerja baginda.
وَيَعمَلونَ عَمَلًا دونَ ذٰلِكَ
dan mengerjakan pekerjaan selain daripada itu,
Dan mereka juga ada melakukan kerja-kerja yang lain untuk baginda. Antara yang kita tahu, mereka dijadikan sebagai kuli untuk membina Masjidil Aqsa. Seperti yang disebutkan oleh Allah dalam ayat lain melalui firman-Nya:
{وَالشَّيَاطِينَ كُلَّ بَنَّاءٍ وَغَوَّاصٍ وَآخَرِينَ مُقَرَّنِينَ فِي الأصْفَادِ}
dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu. (Shad: 37-38)
وَكُنّا لَهُم حٰفِظينَ
dan adalah Kami memelihara mereka itu,
Allah menjaga semua mereka, bermaksud Allah boleh saja matikan syaitan-syaitan itu tetapi Allah jadikan mereka sebagai pekerja kepada Nabi Sulaiman dan Allah memerhatikan semua yang mereka lakukan.
Juga bermaksud Allah yang mengawal syaitan syaitan itu daripada melakukan perbuatan khianat. Kerana kalau syaitan, tentulah mereka jahat tapi mereka tidak dapat lakukan kejahatan terhadap baginda. Ini kerana kalau mereka engkar sahaja kepada Sulaiman, mereka akan dimatikan kerana Allah mengawal mereka.
Jadi hanya Nabi Sulaiman saja yang diberikan dengan mukjizat dapat menguasai sebahagian dari syaitan. Baginda mendapat mukjizat ini kerana doa daripada baginda yang meminta supaya diberikan kepadanya kerajaan yang tidak diberikan kepada orang lain.
Maka kerana itulah apabila Nabi Muhammad dapat menangkap jin, baginda teringat kepada doa Nabi Sulaiman ini baginda lepaskan sahaja jin itu. Tapi ada pula orang yang mengarut di kalangan kita yang boleh tangkap jin, boleh kurung jin, bakar jin, hantar jin, tembak jin, berkawan dengan jin, kahwin dengan jin.
Macam-macam kekeliruan yang timbul hal jin ini kerana tidak belajar tentang jin dengan cara sunnah. Ramai ada sangkaan-sangkaan sahaja tentang jin dan diambil sebahagian besarnya dari bomoh-bomoh yang sudah ditipu oleh jin. Maka banyaklah perkara tidak benar tentang jin yang disampaikan kepada manusia.
Ayat 83: Ayat dalil Naqli keenam. Kisah Nabi Ayyub a.s.
۞ وَأَيّوبَ إِذ نادىٰ رَبَّهُ أَنّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرحَمُ الرّٰحِمينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [mention] Job, when he called to his Lord, “Indeed, adversity has touched me, and You are the most merciful of the merciful.”
(MELAYU)
dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika dia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa kesusahan dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.
وَأَيّوبَ إِذ نادىٰ رَبَّهُ أَنّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ
dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika dia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa kesusahan
Dalam riwayat ada disebut bagaimana baginda mendapat banyak sakit. Maka baginda mengadu kepada Allah. Tapi lihatlah bagaimana baginda tidak kata pun Allah yang berikan baginda sakit. Baginda cuma kata: “aku telah ditimpa kesusahan.” Maknanya baginda tidak salahkan Allah pun. Baginda cuma sebut yang baginda telah ditimpa kesusahan.
Memang para Nabi itu mendapat dugaan yang amat besar. Nabi Saw. pernah bersabda sehubungan dengan masalah ini:
“أَشَدُّ النَّاسِ بَلَاءً الْأَنْبِيَاءُ، ثُمَّ الصَّالِحُونَ، ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ”
Orang yang paling keras dugaannya ialah para nabi, kemudian orang-orang saleh, lalu menyusul orang-orang yang utama dan orang-orang yang di bawahnya.
وَأَنتَ أَرحَمُ الرّٰحِمينَ
dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.
Baginda terus puji Allah sahaja. Inilah adab yang kita kena ada dengan Allah. Kita ini adalah hambaNya dan tidak boleh kita nak salahkan Allah atas kesusahan kita. Maka yang kita boleh lakukan adalah mengadu sahaja dengan Allah dan berharap semoga Allah berkenan untuk memberi kebaikan kepada kita dengan angkat musibah itu.
Ayat 84: Maka dengan doa baginda itu maka Allah telah menyembuhkan penyakitnya.
فَاستَجَبنا لَهُ فَكَشَفنا ما بِهِ مِن ضُرٍّ ۖ وَآتَينٰهُ أَهلَهُ وَمِثلَهُم مَّعَهُم رَحمَةً مِّن عِندِنا وَذِكرىٰ لِلعٰبِدينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
So We responded to him and removed what afflicted him of adversity. And We gave him [back] his family and the like thereof with them as mercy from Us and a reminder for the worshippers [of Allāh].
(MELAYU)
Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan kesusahan yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.
فَاستَجَبنا لَهُ فَكَشَفنا ما بِهِ مِن ضُرٍّ
Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan kesusahan yang ada padanya
Setelah Nabi Ayyub berdoa kepada Allah, maka Allah telah memakbulkan doa baginda dan mengangkat penyakit yang ada pada baginda. Ringkas sahaja doa baginda tapi kerana kena caranya, Allah makbulkan.
Kita pun tidak pasti apakah penyakit yang dikenakan kepada baginda. Ada yang mengatakan penyakit itu adalah penyakit kulit yang menjijikkan. Tapi pendapat itu dikritik kerana tidak mungkin Allah mengenakan penyakit yang buruk sampai menjauhkan manusia dari RasulNya. Kerana nanti manusia ada alasan pula kalau mereka disoal kenapa tidak beriman, kerana mereka boleh jawab: “macam mana kami nak beriman sedangkan Rasul itu amat menjijikkan”.
Tidak pasti berapa lama baginda mengalami masalah penyakit ini. Ada yang kata 13 tahun, ada yang 17 tahun dan ada yang 18 tahun.
وَآتَينٰهُ أَهلَهُ
dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya,
Ada yang mengatakan oleh kerana penyakit baginda itu teruk sampai telah menyebabkan ahli keluarganya meninggalkan baginda. Maka setelah Allah menyembuhkan penyakit baginda, maka keluarga baginda telah kembali.
وَمِثلَهُم مَّعَهُم
dan Kami lipat gandakan bilangan mereka,
Dan ayat ini mungkin bermaksud baginda ditambah dengan keluarga yang baru. Atau dia mendapat tambahan anak-anak.
رَحمَةً مِّن عِندِنا
sebagai suatu rahmat dari sisi Kami
Semua itu adalah rahmat dari Allah. Allah sahaja yang boleh berikan rahmat kepada manusia. Maka kenalah berdoa kepada Allah dan minta rahmat dariNya. Doa terus sahaja kepada Allah dan jangan guna perantara dalam doa itu. Jangan amalkan tawasul.
Dan kemudian bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Antaranya nikmat keluarga yang diberikan kepada kita. Kerana keluarga itu adalah tempat kita menenangkan diri kita dan bergaul baik dengan mereka.
وَذِكرىٰ لِلعٰبِدينَ
dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.
Kisah ini adalah pengajaran dan peringatan yang besar kepada manusia. Mungkin ada ahli keluarga kita atau kita sendiri jatuh sakit atau kena penyakit yang teruk. Atau kita melihat ahli keluarga orang lain yang sakit, maka kita akan terkenangkan betapa sabarnya Nabi Ayyub dengan penyakitnya. Maka kalau Nabi Ayyub boleh bersabar, maka kita pun kenalah sabar juga.
Ayat 85: Ini adalah dalil naqli ketujuh. Masuk kepada kisah Nabi-nabi lain pula.
وَإِسمٰعيلَ وَإِدريسَ وَذَا الكِفلِ ۖ كُلٌّ مِنَ الصّٰبِرينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [mention] Ishmael and Idrees and Dhul-Kifl; all were of the patient.
(MELAYU)
Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.
وَإِسمٰعيلَ وَإِدريسَ وَذَا الكِفلِ
Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli.
Sekarang disebut Nabi Ismail pula. Baginda adalah anak kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad adalah dari keturunan baginda. Kisah baginda ada disebut dalam ayat-ayat yang lain.
Tapi berkenaan Nabi Idris tidak banyak maklumat tentang baginda. Dikatakan bahawa baginda adalah Nabi antara Nabi Adam dan Nabi Nuh. Allahu a’lam.
Begitu juga tentang Nabi Dzulkiflee tidak ada maklumat tentang baginda. Ada juga ulama yang kata baginda sebenarnya adalah Gautama Buddha. Ini sebelum ajaran baginda diubah menjadi agama lain.
Dan ada juga pendapat yang mengatakan yang Dzulkiflee ini bukanlah seorang Nabi tapi seorang lelaki saleh, Allahu a’lam. Baginda dinamakan Zulkifli kerana dia telah sanggup akan melakukan puasa di siang hari dan beribadah pada malam harinya, serta dia berjanji akan memutuskan peradilan di antara orang-orang dan tidak akan marah. Kemudian ternyata dia memenuhi apa yang telah dijanjikannya itu.
كُلٌّ مِنَ الصّٰبِرينَ
Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.
Semua Nabi-nabi yang disebut tadi mempunyai sifat yang sama iaitu: sabar. Sebagai contoh, Nabi Ismail kita tahu bagaimana baginda membenarkan ayahnya Nabi Ibrahim menyembelih baginda.
Dan kalau kita baca kisah Gautama Buddha pun (kalau kita terima pendapat yang mengatakan beliau adalah Nabi Dzulkiflee) ada kisah bagaimana baginda bersabar dengan dugaan ke atas dirinya. Allahu a’lam. Ada ulama yang melakukan kajian terhadap kisahnya dan konklusi mereka adalah Nabi Dzulkiflee adalah Gautama Buddha.
Ayat 86:
وَأَدخَلنٰهُم في رَحمَتِنا ۖ إِنَّهُم مِّنَ الصّٰلِحينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And We admitted them into Our mercy. Indeed, they were of the righteous.
(MELAYU)
Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang saleh.
وَأَدخَلنٰهُم في رَحمَتِنا
Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami.
Allah telah memasukkan mereka ke dalam rahmat khas dariNya. Mereka telah diangkat menjadi Nabi dan tentunya mereka akan dapat masuk syurga.
إِنَّهُم مِّنَ الصّٰلِحينَ
Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang saleh.
Mereka adalah orang soleh tetapi soleh Darjat Kenabian. Maka kalau kita pun beramal soleh, maka kita akan dapat bertemu dengan mereka di syurga dan dapat tanya sendiri kisah mereka.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 17 Mei 2019
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Tafsir Jalalain
Bismillahirrohmaanirrohiim Mohon share jzkk Moga diterima sebagai amal soleh In Syaa Allah Aamiin Allahumma Aamiin
LikeLike