Tafsir Surah an-Nisa Ayat 80 – 83 (Jangan sebar berita sensitif)

Ayat 80: Dalam ayat sebelum ini, disebut bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang Rasul.

Dalam ayat ini, Allah memberitahu hak seorang Rasul itu. Allah menegaskan dalam ayat ini bahawa kena taat kepada Nabi Muhammad. Ketaatan kepada Rasulullah adalah ukuran bagi ketaatan kepada Allah.

مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ ۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He who obeys the Messenger has obeyed Allāh; but those who turn away – We have not sent you over them as a guardian.

MALAY

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

 

مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah;

Untuk taat kepada Allah, syaratnya kena taat kepada Rasulullah. Tidak boleh kita kata kita taat kepada Allah, tapi tidak hirau dengan apa yang Nabi sampaikan. Ini penting kerana Nabi menyampaikan apa yang Allah suruh baginda sampaikan, bukannya perkara itu dari diri baginda sendiri.

Oleh itu, kena taat sungguh-sungguh kepada Nabi. Kemudian, Nabi tambah satu lagi syarat, iaitu kena taat kepada amir (pemerintah). Kalau taat kepada amir, itu adalah tanda taat kepada Nabi. Ini berdasarkan dari hadis:

Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

مَنْ أَطَاعَنِى فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ يَعْصِنِى فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعِ الأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِى وَمَنْ يَعْصِ الأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِى

Barangsiapa mentaatiku, maka dia berarti mentaati Allah. Barangsiapa yang  tidak mentaatiku bererti dia tidak mentaati Allah. Barangsiapa yang taat pada pemimpin bererti dia mentaatiku. Barangsiapa yang tidak mentaati pemimpin, bererti dia tidak mentaatiku.” (HR. Bukhari no. 7137 dan Muslim no. 1835).

 

وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا

dan sesiapa yang berpaling ingkar, Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal 

Nabi tidak menjaga amalan mereka. Nabi hanya disuruh sampaikan sahaja dakwah dan ajaran kepada mereka. Dan baginda telah jalankan tugas baginda dengan sempurna. Kalau mereka tidak mahu terima, degil tidak mengikut ajaran, itu bukan salah Nabi. Oleh itu, janganlah kamu wahai Nabi, berdukacita atas kedegilan mereka.

Ia juga bermaksud, Nabi tidak bertanggungjawab di atas perbuatan mereka. Jadi Nabi tidak perlu bimbang yang baginda akan disoal tentang apa yang mereka lakukan kerana baginda tidak bersalah. Begitulah dengan kita, kita kena sampaikan sahaja. Kalau orang tidak mahu ikut nasihat kita, kita tidak boleh paksa mereka. Kalau mereka masih juga hendak melakukan amalan bidaah, kita tidak boleh nak halang mereka, serang majlis bidaah mereka dan sebagainya.

Ini juga adalah penolakan terhadap glongan yang engkar kepada hadis – samada golongan anti-hadis atau sesiapa sahaja yang tidak memandang hadis Nabi sebagai penting. Mereka itu termasuk dalam ayat ini tentang mereka yang menolak hadis.


 

Ayat 81: Ayat tentang Munafikin. Allah sebut kata-kata mereka. Jadi ini adalah Ayat Syikayah.

وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِندِكَ بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ وَاللَّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَىٰ بِاللهِ وَكِيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “[We pledge] obedience.” But when they leave you, a group of them spend the night determining to do other than what you say. But Allāh records what they plan by night. So leave them alone and rely upon Allāh. And sufficient is Allāh as Disposer of affairs.

MALAY

Dan mereka (golongan munafik) berkata: “(Kami) taat”, kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu). Sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis apa yang mereka rancangkan itu; maka berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka).

 

وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ

Dan mereka (golongan munafik) berkata: “(Kami) taat”, 

Mereka yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah golongan munafik. Mereka kata dalam urusan hidup mereka, mereka taat kepada Nabi Muhammad semata-mata.

Itu cakap mereka di mulut sahaja. Begitulah, ramai manusia yang manis di bibir sahaja, tapi hati lain sama sekali.

 

فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِندِكَ

kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, 

Allah memberitahu kepada Nabi, bahawa selepas sahaja mereka keluar dari majlis duduk-duduk dengan Nabi, lain pula yang mereka buat. Semasa berada di depan Nabi, mereka kata mereka taat.

 

بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ

segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan

Bila beredar dari majlis Nabi, mereka buat mesyuarat lain pula. Lafaz بَيَّتَ bermaksud mereka buat mesyuarat sulit malam hari. Digunakan lafaz ini untuk memberi isyarat bahawa mesyuarat itu dijalankan dalam suasana yang rahsia. Dan dalam mesyuarat itu, mereka cakap dan berbincang lain dengan apa yang mereka katakan sebelum itu semasa di dalam majlis Nabi.

Ini memang selalu orang kita buat. Lepas mesyuarat yang utama, ramai yang ajak kawan-kawan yang sama geng pergi kedai minum teh tarik untuk berbincang mengenai mesyuarat awal tadi. Dan kadang-kala mereka akan membincangkan perkara yang berlawanan dengan apa yang mereka cakap dalam mesyuarat utama itu. Semasa dalam mesyuarat, setuju belaka dengan apa yang dibincangkan, tapi bila di luar, lain pula mereka buat rancangan. Jadi ini adalah sifat orang munafik.

 

وَاللُه يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ

Dan Allah menulis apa yang mereka rancangkan itu;

Allah suruh malaikat tulis semua apa yang mereka kata dan bincangkan itu. Segala perancangan jahat mereka ada dalam rekod yang disimpan oleh Allah dan akan dipertunjukkan kepada mereka nanti.

Mereka akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang mereka telah lakukan dan katakan. Jangan mereka sangka perbincangan mereka itu rahsia sangat, kerana Allah tahu dan malaikat sedang buat minit meeting mereka itu.

 

فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ

maka berpalinglah daripada mereka,

Tentunya sifat mereka yang ‘talam dua muka’ ini memberi kesan kepada Nabi, tapi Allah suruh berpaling dari mereka. Maknanya jangan peduli tentang mereka, jangan berasa hati, jangan sedih.

Ia juga boleh bermaksud: maafkanlah mereka, jangan hukum mereka, jangan buka pekung mereka kepada sahabat yang lain. Serahkan kepada Allah untuk uruskan mereka.

Jangan hirau mereka dan teruskan perjuangan menegakkan dakwah. Jangan hirau musuh dalam selimut yang hendak menjatuhkan Islam atau hendak melemahkan Islam dari dalam.

Itu sahaja yang boleh dilakukan kerana kalau nak berperang dengan mereka, tidak boleh kerana dari segi zahir, mereka nampak sebagai orang Islam. Kalau musuh luar, bolehlah kalau kita nak perang dengan mereka. Tapi, dengan orang Munafikin, tak boleh dibunuh mereka dan tidak boleh memulakan perang dengan mereka. Kerana kita pun tidak pasti siapakah mereka.

Tidak ada sesiapa yang tahu siapakah yang munafik yang sebenar kerana ianya adalah hal dalam hati dan ianya ghaib bagi kita. Jadi kalau ada orang yang tuduh orang lain sebagai munafik, itu adalah salah sama sekali. Adakah kamu Tuhan, tahu apa yang dalam hati manusia?

 

وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَىٰ بِاللهِ وَكيلًا

serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela

Maka, serah sahaja kepada Allah nak buat apa. Itulah maksud tawakal, iaitu serahkan segala urusan kepada Allah. Kerana kita sendiri tidak mampu nak buat apa-apa.

Cukuplah dengan Allah sahaja yang menguruskan hal kita. Kita kena rasa cukup dengan adanya Allah. Itu juga adalah tawakal. Kalau serah kepada Allah, tapi kita tidak yakin dengan apa yang Allah nak buat, itu belum tawakal lagi. Kena ingat yang Allah tidak akan membiarkan hamba-hambaNya yang menjaga hukum-hukumNya dikalahkan.

Oleh itu, jangan peduli dengan mereka yang bersifat munafik itu. Yakinlah bahawa semua perkara dalam tangan Allah. Ini adalah nasihat kepada pemimpin Islam. Sebagai pemimpin, memang akan berhadapan dengan berbagai jenis manusia dan orang bawahan yang berperangai macam-macam. Ada orang bawahan yang mengaku mereka taat, tapi di belakang, mereka buat komplot lain pula. Dalam keadaan begitu, apa yang boleh dibuat? Serah kepada Allah sahaja.

Pernah ada orang Islam yang merancang untuk membunuh Saidina Ali yang menjadi Khalifah waktu itu. Rancangan itu telah disampaikan kepada Saidina Ali. Saidina Ali kata dia tak boleh buat apa-apa kerana tidak ada apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu lagi. Itu cuma kata-kata lelaki itu sahaja. Akhirnya lelaki itu memang telah membuat cubaan membunuh Saidina Ali dan kena tangkap. Barulah boleh dijalankan hukum hudud kepadanya.

Maknanya, musuh dalam selimut iaitu munafik ini, kita tidak boleh buat apa-apa kepada mereka. Memang kena serah kepada Allah sahaja.


 

Ayat 82: Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa mereka yang sudah duduk dengan Nabi masih tak faham tentang Islam? Sedangkan mereka duduk mendengar ajaran agama dari Nabi, melihat akhlak Nabi dan sebagainya, tapi masih tidak beriman sempurna lagi?

Memang kalau dah ada masalah dengan hati, duduk depan Nabi pun boleh jadi munafik. Maka kalau duduk dengan Nabi pun ada yang macam itu, apatah lagi kalau duduk luar?

Jadi kalau ada orang yang munafik zaman sekarang, memang tidak hairanlah. Sudahlah Nabi tidak ada, iman dan ilmu agama pun kurang. Maka kita kena tahu yang ubat untuk membaiki keadaan ini adalah dengan tadabbur Qur’an.

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلٰفًا كَثِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then do they not reflect upon the Qur’ān?¹ If it had been from [any] other than Allāh, they would have found within it much contradiction.

  • i.e., its meanings and its objective.

MALAY

Apakah mereka tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

 

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءآنَ

Kenapakah mereka tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?

Kenapa sebut pasal Qur’an pula dalam menyebut tentang golongan Munafik? Kerana apa yang terjadi kepada mereka yang munafik itu adalah kerana mereka tidak tadabbur Qur’an. Mereka dengar ayat Qur’an dibacakan, tapi mereka tidak tadabbur Qur’an.

Mereka tidak meneliti Qur’an dan belajar apakah yang hendak disampaikan oleh Allah. Sebab itu mereka jadi munafik kerana mereka tidak faham agama dengan lengkap.

Dan mereka tidak tadabbur Qur’an itu adalah mereka asalnya memang tidak percaya dengan Nabi. Apabila Nabi kata Qur’an itu dari Allah, kena belajar, kena tadabbur, mereka tak ambil kisah. Kerana mereka tidak percaya penuh kepada Nabi.

Ada suruhan untuk kita tadabbur Qur’an dalam ayat ini. ‘Tadabbur’ adalah membaca ayat Qur’an dan memikirkan maknanya, mengambil pengajaran darinya. Bukan hanya baca sahaja dan tahu terjemahan sahaja. Kerana kalau baca terjemah sahaja, tidak akan nampak keindahan ayat-ayat Qur’an itu.

Kerana kalau baca terjemah, mungkin akan perasan ada seperti perbezaan antara sesetengah ayat. Tapi kalau tadabbur Qur’an, tidak ada masalah itu. Dan untuk tadabbur, kena mulakan dengan belajar tafsir. Kerana tadabbur itu adalah mendalami maksud dalam Qur’an. Maka kenalah ada ilmu asas iaitu dengan mempelajar tafsir (dengan cara yang benar). Sebab itu kita selalu mengingatkan untuk belajar tafsir.

Malangnya, ada ‘ustaz’ yang beritahu bahawa orang awam tidak boleh belajar tafsir Qur’an kerana mereka tidak akan faham. Mereka kata tafsir Qur’an adalah bidang ulama sahaja. Ini adalah salah sama sekali. Itu adalah bisikan dari syaitan, kerana syaitan tidak mahu manusia faham Qur’an.

Syaitan memang tidak mahu manusia faham Qur’an kerana susah mereka nak hasut manusia kalau manusia faham Qur’an. Maka kalau ada yang ajar tak boleh belajar tafsir Qur’an, maka mereka itu sebenarnya tolong kerja syaitan lah.

Memang pemahaman ulama dari orang awam tidak sama. Ulama tentunya akan memahami ayat Qur’an lebih mendalam lagi. Tapi itu bukanlah alasan untuk menghalang orang awam untuk memahami Qur’an setakat yang mereka mampu. Belajar dari pemahaman yang asas, maka nanti Allah akan menambahkan lagi ilmu kefahaman itu. Semuanya kena bermula dari mula.

 

وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلٰفًا كَثِيرًا

Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

Mereka yang munafik tidak percaya kepada Nabi tentang kehebatan Qur’an itu. Maka Allah berhujah dengan mereka dalam ayat ini: Begitu hebatnya Qur’an itu, kalau bukan ianya datang dari Allah, tentulah akan ada banyak percanggahan.

Dan dalam Qur’an itu memang tidak ada percanggahan langsung, walau sedikit pun. Ajaran yang disampaikan adalah sama sahaja dari mula sampai habis.

Qur’an juga tidak ada perselisihan dengan ilmu sains; juga tidak ada perselisihan dengan dunia yang nyata. Kalau bukan ianya dari Allah, tentulah kesempurnaan ini tidak dapat dicapai. Maka fikir-fikirkanlah.

Maka tidak mungkin Qur’an yang hebat itu ditulis oleh manusia melainkan ianya dari Allah taala. Maka takkan kita nak biarkan begitu sahaja tanpa kita belajar, faham dan mengamalkan apa yang ada di dalamnya?

Maka manusia terus jadi munafik (atau lemah imannya) kerana tidak tadabbur Qur’an.


 

Ayat 83: Ayat zajrun kepada munafiqin. Ayat ini mengajar kita, apabila mendapat sesuatu berita, kena tabayyun dahulu. Jangan terus sebar tanpa periksa.

Kadang-kadang ada bahaya besar kalau terus sebar maklumat, walaupun ianya adalah berita yang benar pun. Ini adalah satu lagi masalah orang munafik, kerana mereka suka sebar berita ke khalayak ramai.

Patutnya kita orang Mukmin disuruh sebar Qur’an, bukan sebar berita. Tapi munafik itu, mereka terbalik pula.

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطٰنَ إِلَّا قَلِيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when there comes to them something [i.e., information] about [public] security or fear, they spread it around. But if they had referred it back to the Messenger or to those of authority among them, then the ones who [can] draw correct conclusions from it would have known about it. And if not for the favor of Allāh upon you and His mercy, you would have followed Satan, except for a few.

MALAY

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada – “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).

 

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya;

‘Berita’ yang dimaksudkan itu boleh jadi tentang kemenangan atau kekalahan pasukan tentera Islam di medan perang. Ataupun ada berita-berita yang kedengaran datang dari luar. Orang munafik itu, apabila mereka dengar berita-berita sebegitu, mereka terus sebar ke khalayak ramai.

Padahal, maklumat-maklumat dari berita itu kadang-kadang adalah maklumat yang sensitif. Kalau kita ada orang yang macam orang munafik itu, maka teruklah. Kerana apabila berita itu sudah tersebar, sudah susah nak kena jelaskan balik, nak kena kawal perasaan masyarakat yang mungkin jadi gelisah dan kelam kabut apabila mendengar berita-berita itu. Tapi sudah perangai orang munafik, mereka memang suka nak sebarkan berita.

Ada tak orang sebegini dalam kalangan masyarakat kita sekarang? Tentulah ada. Dan masalah sekarang lagi lebih berat lagi kerana dalam zaman teknologi maklumat yang canggih ini, maklumat senang sangat nak sampaikan kepada ramai orang dengan mudah. Dengan sekali tekan butang forward sahaja, entah berapa ribu orang dapat maklumat yang palsu atau  yang sensitif.

Masyarakat pula kebanyakannya tidak cerdik, tak reti nak bandingkan mana maklumat yang benar dan mana maklumat yang salah. Maka, yang senang kelam kabut jadi kelam kabut, yang nak ambil kesempatan, akan ambil kesempatan dan macam-macam lagi.

Dalam Tafsir Ibn Kathir, ada disebut tentang satu hadis berkenaan asbabun nuzul ayat ini:

Diriwayatkan oleh Muslim yang bersumber dari Umar bin Khattab: bahawa ketika Nabi ‘uzlah (menjauhi) isteri-isterinya, Umar bin Khattab masuk ke masjid di saat orang-orang sedang kebingungan sambil bercerita bahawa Rasulullah Saw telah menceraikan isteri-isterinya, Umar berdiri di pintu masjid dan berteriak: “Rasulullah tidak menceraikan isterinya, dan aku telah menelitinya”. Maka turunlah ayat ini (An-Nisa ayat 83), berkenaan dengan peristiwa tersebut untuk tidak menyiarkan berita sebelum diselidiki.

Malangnya, ramai orang sekarang tidak kisah samada berita benar atau tidak. Mereka akan ‘forward’ sahaja maklumat dalam Whatsapp, Telegram dan Facebook. Ini adalah perkembangan yang tidak sihat.

 

وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ

padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada – “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, 

Sebaliknya, Allah ajar kita yang sepatutnya berita-berita sensitif itu sepatutnya kena bawa kepada pemimpin. Biar mereka yang nilai dahulu dan bincangkan apa tindakan yang patut diambil kerana mereka yang layak.

Kalau pada zaman Nabi, kena beritahu kepada Nabi atau pemimpin bawahan baginda yang boleh menapis berita tersebut.

 

لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ

tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka;

Lafaz يَسْتَنبِطُونَهُ iaitu ‘istinbat’ asalnya bermaksud mengambil air dari telaga yang dalam. Dalam istilah, ia digunakan untuk membawa maksud melihat kepada maklumat secara mendalam dan mengambil manfaat darinya.

Berita-berita yang mereka dengar itu sepatutnya dibawakan kepada para pemimpin kerana merekalah yang dapat buat keputusan samada berita itu boleh sebar kepada umum atau tidak. Bukan semua berita boleh disebarkan. Ini penting untuk menjaga keamanan negara kita.

Tapi sebar Qur’an memang dah kena buat dah. Jangan terbalik pula. Kalau Qur’an, memang kena sebar, tak payah nak tunggu keputusan dari kerajaan pun.

Nota: ayat ini juga boleh digunakan sebagai dalil untuk manusia merujuk kepada ulama untuk memberi hukum kepada sesuatu perkara. Kalau ada masalah dalam masyarakat, dalam hukum yang kita tidak tahu halal haramnya, perkara itu sepatutnya dibawa kepada ulama supaya mereka boleh memberikan keputusan mereka.

Dalam zaman sekarang yang ada banyak perkara baru, tentulah tidak semua perkara telah disebut oleh Nabi dalam sunnahnya. Maka, perkara itu hendaklah dibawa kepada ulama yang layak untuk melakukan ijtihad.

Pertama, kena cari dalil dari Qur’an dan hadis, dan kalau tiada, ulama mujtahid kena buat qiyas. Iaitu, ulama akan istinbat hukum dari nas yang ada, mencari apakah hukum yang paling rapat dengan keadaan semasa. Perkara ini dibincangkan dalam usul fiqh dan ianya terlalu panjang untuk dibincangkan di sini.

Ijtihad ulama bukanlah ketetapan yang pasti tepat. Kerana mereka membuat keputusan itu berasaskan kepada ilmu mereka yang ada. Ia mungkin benar dan mungkin salah. Tapi itulah sahaja yang boleh dilakukan kalau tidak ada nas dari Qur’an dan Sunnah. Allahu a’lam.

 

وَلَوْلَا فَضْلُ اللهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ

dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu,

Kita amat beruntung kerana Allah telah memberi limpah kurnia dan RahmatNya kepada kita. Yang dimaksudkan adalah Allah telah beri Qur’an dan Nabi Muhammad kepada kita. Allah ingatkan nikmat pemberianNya kepada kita, supaya kita beringat dan bersyukur kepadaNya.

 

لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطٰنَ إِلَّا قَلِيلًا

tentulah kamu menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja

Kalau kita tidak diberikan dengan limpah kurnia dan Rahmat Allah, tentu kita dalam dunia ini akan ikut syaitan sahaja. Memang hati manusia cenderung kepada kesyirikan kerana syaitan akan mengambil peluang sahaja untuk menyesatkan kita. Tapi kalau kita berlandaskan Qur’an dan Sunnah dari Nabi, kita akan selamat.

Ayat ini asalnya tentang menyebar maklumat dan sekarang disebut tentang syaitan pula. Ini juga hendak memberitahu kita yang sebarkan maklumat palsu itu adalah kerja syaitan. Maka, jangan ikut kerja syaitan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 9 Mei 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 77 – 79 (Larangan Jihad)

Ayat 77: Ini adalah ayat zajrun. Ayat sebelum ini tentang arahan perang. Dalam ayat ini, disuruh jangan perang pula. Ini penting untuk difahami kerana ada masa untuk perang dan ada masa bertahan sahaja.

Asbabun Nuzul ayat ini: ada orang Islam yang hendak berperang di Mekah sebagai tindakan balas dari penindasan yang telah diberikan. Dan mereka pun telah minta kepada Nabi Muhammad untuk berperang melawan kembali penindasan dari Musyrikin Mekah itu. Semasa mereka di Mekah, umat Islam ditindas dengan teruk oleh musyrikin Mekah. Tentu mereka ada yang hendak membalas segala penindasan yang dikenakan kepada mereka.

Maka ada di kalangan sahabat waktu itu yang mencadangkan memerangi kembali musyrikin Mekah itu. Tetapi waktu itu permintaan mereka tidak dimakbulkan dan mereka kena bertahan sahaja. Itu waktu di Mekah, akan tetapi apabila disuruh berperang semasa di Madinah, mereka takut pula. Ini adalah kerana mereka sudah nampak apa yang mereka perlu lalui.

Di awal Islam, permintaan mereka untuk berperang dengan musyrikin Mekah tidak diizinkan oleh Allah. Banyak kali mereka minta dan banyak kali ditolak permintaan mereka itu. Ini adalah kerana masa itu tidak sesuai lagi. Ini boleh dikira non violent movement pihak muslim. Iaitu penentangan tanpa senjata.

Ianya berkesan kerana apabila mereka yang ditindas terus ditindas oleh pihak yang zalim, ianya telah membuka hati mereka yang berada di atas pagar. Kerana bukan semua musyrikin Mekah itu zalim. Ada yang tidak kisah pun dengan orang Islam, mereka cuma tidak mahu beriman sahaja. Dan dalam masa yang sama, mereka tidak menindas pun orang Islam.

Dan apabila mereka melihat orang-orang Islam itu ditindas dan dizalimi dengan teruk, tentu hati mereka akan berdetik dan kasihan kepada puak Islam itu. Kerana mereka nampak yang umat Islam bukan di pihak yang bersalah. Hati mereka pun sayu dan terkesan dengan apa yang mereka lihat. Itu membuka ruang kepada mereka untuk beriman nanti.

Oleh itu, pergerakan penentangan tanpa senjata dengan cara aman ini sudah dimulakan oleh Muslim Mekah lagi. Sekarang orang kata Mahatma Gandhi yang mula buat. Padahal ini adalah asal pergerakan Islam dan ia dikaji oleh ahli sejarah. Dan kita kena ingat bahawa 2/3 Qur’an diturunkan di Mekah. Maka banyak sekali pengajaran yang kita boleh ambil dari ayat-ayat Makkiyah.

Kenapa Allah tidak membenarkan umat Islam serang balik Musyrikin Mekah itu apabila mereka dizalimi? Mengikut kata ahli tafsir, hikmah tidak diizinkan perang waktu itu adalah kerana keimanan umat Islam waktu itu tidak lengkap lagi. Ada yang molek dah iman mereka tetapi ada yang belum lagi kemas. Waktu di Mekah adalah waktu pembinaan akhlak dan juga pembinaan akidah.

Dan juga, kalau orang Islam balas serang balik dengan kekerasan waktu itu, musyrikin Mekah akan dapat alasan yang kukuh untuk musnahkan semua sekali umat Islam. Muslim waktu itu tidak beri alasan kepada mereka yang zalim untuk serang mereka secara besar besaran. Seperti yang kita telah sebut, ada kalangan orang Mekah yang tidak menzalimi umat Islam dan mereka telah ada rasa kasihan kepada umat Islam waktu itu.

Kerana mereka melihat orang-orang Islam itu tidak ada salah apa pun, tapi ditindas dengan teruk sekali oleh mereka yang jahat. Tapi, kalau umat Islam menentang balik dengan keras, itu akan digunakan sebagai alasan oleh pemuka Quraish yang jahat untuk mengajak mereka-mereka yang di atas pagar untuk sama-sama menyerang dan menghapuskan terus umat Islam. Mereka boleh kata: “tengoklah mereka itu, memang terroris. Maka kita kena matikan mereka semua!”.

Hanya apabila umat Islam telah Hijrah ke Madinah, baru dibenarkan untuk berperang. Kerana keimanan mereka telah diuji dengan terpaksa meninggalkan semuanya untuk agama, maka itu tanda yang mereka benar-benar sudah beriman. Maknanya, mereka sanggup berkorban untuk Islam dan sudah boleh disuruh untuk memerangi Musyrikin.

Kita boleh lihat bagaimana ayat-ayat di Madinah juga sudah bertukar sedikit. Semasa di Mekah, lafaz yang digunakan untuk merujuk kepada umat Islam adalah ‘wahai manusia’ tetapi selepas Hijrah, lafaz yang digunakan adalah ‘wahai orang-orang beriman’. Ini adalah kerana mereka sudah beriman dah.

Dari sudut penurunan ayat Qur’an yang membenarkan peperangan, ia mula dibenarkan dalam surah an-Nur yang kita akan kaji nanti.

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللهِِِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلَا أَخَّرْتَنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you not seen those who were told, “Restrain your hands [from fighting]¹ and establish prayer and give zakāh”? But then when fighting was ordained for them, at once a party of them feared men as they fear Allāh or with [even] greater fear. They said, “Our Lord, why have You decreed upon us fighting? If only You had postponed [it for] us for a short time.” Say, “The enjoyment of this world is little, and the Hereafter is better for he who fears Allāh. And injustice will not be done to you, [even] as much as a thread [inside a date seed].”

  • Before permission was given by Allāh.

MALAY

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat”. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun”.

 

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu

Allah sedang memperkatakan tentang mereka yang telah disuruh untuk tahan tangan mereka dari berperang semasa di Mekah dahulu. Ini berkenaan umat Islam semasa di Mekah yang mahu berperang membalas kejahatan dan penindasan musyrikin Mekah. Waktu itu mereka ditahan dari melawan balik.

قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْحُسَيْنِ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ أَبِي رِزْمة وَعَلِيُّ بْنُ زِنْجَةَ قَالَا حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْحَسَنِ، عَنِ الْحُسَيْنِ بْنِ وَاقِدٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابن عباس: أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ وَأَصْحَابًا لَهُ أَتَوُا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَكَّةَ، فَقَالُوا: يَا نَبِيَّ اللَّهِ، كُنَّا فِي عِزٍّ وَنَحْنُ مُشْرِكُونَ، فَلَمَّا آمَنَّا صِرْنَا أَذِلَّةً: قَالَ: “إِنِّي أُمِرْتُ بِالْعَفْوِ فَلَا تُقَاتِلُوا الْقَوْمَ”. فَلَمَّا حَوَّلَهُ اللَّهُ إِلَى الْمَدِينَةِ أَمَرَهُ بِالْقِتَالِ، فَكَفُّوا. فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ [وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً] } الآية.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ali ibnul Husain, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Abdul Aziz, dari Abu Zar’ah dan Ali ibnu Rumhah; keduanya mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ali ibnul Hasan, dari Al-Husain ibnu Waqid, dari Amr ibnu Dinar, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas, bahawa Abdur Rahman ibnu Auf dan beberapa orang temannya datang menemui Nabi Saw. di Mekah. Lalu mereka berkata, “Wahai Nabi Allah, dahulu kami berada dalam kejayaan ketika masih musyrik. Tetapi setelah beriman, kami menjadi kalah.” Nabi Saw. bersabda: Sesungguhnya aku diperintahkan untuk memberi maaf (terhadap tindakan-tindakan kaum musyrik). Kerana itu, janganlah kalian memerangi kaum itu. Setelah Allah memindahkan Nabi Saw. ke Madinah, maka Allah memerintahkannya untuk memerangi orang-orang musyrik. Ternyata mereka yang berkata demikian tidak mahu berperang. Maka Allah menurunkan firman-Nya: Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, “Tahanlah tangan kalian (dari berperang).” (An-Nisa: 77), hingga akhir ayat.
Imam Nasai dan Imam Hakim serta Ibnu Murdawaih meriwayatkannya melalui hadis Ali ibnul Hasan ibnu Syaqiq dengan lafaz yang sama.

 

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ

dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat”

Mereka dilarang dari melancarkan serangan balas, sebaliknya mereka disuruh untuk buat amal ibadat solat dan mengeluarkan zakat kerana amal ibadat itu boleh kuatkan dalaman mereka.

Kerana amalan luaran datang dari dalaman diri manusia. Musuh paling besar adalah nafsu  yang berada dalam diri. Kalau mereka boleh kuatkan dalam diri mereka sampai boleh mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat, itu adalah satu kejayaan diri.

Maka kena usaha dengan tegakkan solat dan zakat dahulu. Ini perlu dilakukan supaya hubungan dengan Allah jadi kuat dengan ibadat solat dan hubungan dengan manusia dikuatkan dengan ibadat zakat.

Allah berikan dua contoh ibadat, satu menguatkan hubungan dengan Allah dan satu menguatkan hubungan dengan manusia.

 

فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ

kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, 

Dulu semasa mereka di Mekah, mereka beriya-iya untuk membalas kezaliman yang dilakukan oleh Musyrikin Mekah. Tetapi apabila diturunkan ayat-ayat arahan perang, mereka jadi lain pula. Apa yang lainnya?

 

إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ

tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia

Ada pula golongan munafik yang takut dengan orang kafir. Mereka takut pula kepada manusia sedangkan manusia tidak boleh melakukan apa-apa pun tanpa kebenaran dari Allah. Dulu mereka beriya-iya nak melawan musyrikin Mekah, tapi apabila arahan sudah keluar, mereka takut pula.

Ia juga ejekan kepada orang yang sanggup solat dan bayar zakat. Tapi bila masa mereka dikerahkan untuk berperang, maka mereka telah takut. Padahal arahan solat dan zakat itu adalah dari Allah, dan arahan jihad pun dari Allah juga.

Begitulah ada golongan seperti golongan tasawuf dan tarekat yang sudah meninggalkan jihad dalam ajaran mereka.

 

كَخَشْيَةِ اللهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً

sama seperti mereka merasa gerun kepada Allah atau lebih gerun lagi.

Mereka takut kepada orang kafir itu sama macam mereka takut kepada Allah. Padahal dulu sesama mereka tidak dibenarkan menggunakan kekerasan, mereka kuat sangat nak berlawan dengan orang kafir.

Orang Mukmin sepatutnya takut kepada Allah dan tidak takut kepada musuh mereka. Kerana musuh tidak dapat melakukan apa-apa pun tanpa kebenaran Allah. Tapi Allah kata mereka takut kepada musuh pula. Malah, Allah kata mereka lebih takut kepada orang kafir itu lebih dari mereka takut kepada Allah.

 

وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ

mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang?

Mereka sanggup berkata kepada Allah: kenapa cepat sangat fardhukan perang kepada mereka?

 

لَوْلَا أَخَّرْتَنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ

Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke suatu tempoh yang sedikit lagi?”

Mereka kata lagi, kenapalah Allah tak tunda sedikit masa lagi sampai mereka sedia. Inilah kata sebahagian dari orang Islam. Bukanlah semua kata begitu, kerana yang majoriti dari umat Islam sudah bersedia.

 

قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja,

Nabi Muhammad disuruh untuk memberitahu mereka bahawa mereka jadi begitu sebab nak hidup selesa di dunia sahaja. Dulu semasa di Mekah dan mereka ditindas, mereka memang ada rasa yang tinggi untuk melawan balik. Tapi bila dah hidup senang sedikit di Madinah, mulalah mereka rasa senang sikit kerana sudah hidup tanpa gangguan lagi. Sudahlah mereka lupa semangat mereka untuk membalas kekejaman Musyrikin Mekah itu dulu.

Tapi Allah nak ingatkan bahawa kesenangan di dunia ini sedikit sahaja. Yang mereka hendak kejar itu adalah kesenangan yang sedikit dan sudahlah sedikit, sekejap pula. Ianya akan hilang begitu sahaja nanti. Ianya tidak kekal.

 

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَىٰ

dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa

Dan Allah hendak bandingkan akhirat dengan dunia. Dunia itu tidak kekal dan sedikit sedangkan akhirat dan syurga itu lebih baik, lebih banyak nikmatnya dan lebih kekal. Kerana itu, hendaklah akhirat yang dikejar, bukannya dunia.

Maka untuk mendapat nikmat di akhirat kelak, maka kenalah berjuang untuk menegakkan agama Islam di dunia ini. Maka kena jalankan jihad. Kerana kalau jihad tidak dijalankan maka dakwah tidak dapat dijalankan. Ini adalah kerana ada penentang-penentang dari musuh yang menghalang dakwah dari sampai ke tempat mereka. Jadi penentang-penentang itu yang kena dikalahkan dan dibuang.

 

وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا

dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun

Allah akan balas semua sekali kebaikan yang telah dilakukan oleh orang mukmin. Tidak ada yang tidak dibalas. Kerana kalau ada yang tidak dibalas, itu adalah satu kezaliman dan Allah tidak akan zalim sedikit pun. Walaupun zalim yang sebesar benang pada butir kurma. Maknanya, langsung tidak ada kezaliman.

Oleh itu, jangan kamu berbelah bahagi lagi untuk menjalankan jihad, kerana segala pengorbanan kamu untuk menjalankan jihad itu akan dibalas oleh Allah.


 

Ayat 78: Allah pecah rahsia mereka – mereka tidak mahu perang kerana mereka takut mati. Tapi Allah ingatkan yang kematian itu tetap akan berlaku. Sampai masa, mereka akan mati juga, tidak ada sesiapa yang dapat elak dari mati. Samada mereka berjihad atau tidak, mereka akan tetap mati. Ini semua orang pun tahu.

Tapi kalau mati semasa jihad fisabilillah, mereka mati atas jalan Allah dan akan mendapat balasan yang tidak ada tandingannya. Maka ini adalah seruan kepada orang mukmin agar membuang perasaan takut mati dalam perjuangan menegakkan agama.

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِ اللهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ اللهِ فَمَالِ هَٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Wherever you may be, death will overtake you, even if you should be within towers of lofty construction. But if good comes to them, they say, “This is from Allāh”; and if evil befalls them, they say,¹ “This is from you.” Say, “All [things] are from Allāh.” So what is [the matter] with those people that they can hardly understand any statement?

  • Addressing the Prophet ().

MALAY

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:” Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

 

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu

Lafaz يُدْرِككُّمُ dari katadasar د ر ك bermaksud sesuatu yang mengikut. Ia akan mendatangi kita sedikit demi sedikit dan tidak akan lepaskan.

Begitulah Allah memberikan gambaran kematian itu menghampiri kita sedikit demi sedikit. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melarikan diri dari kematian. Lambat laun setiap dari kita akan mati. Tidak kira bagaimana mana kita jaga makan, makan vitamin, pergi bersukan dan sebagainya, lama-lama akan mati. Samada cepat atau lambat sahaja.

Seperti yang dikatakan oleh Khalid ibnul Walid ketika menjelang kematiannya di atas tempat tidurnya:

لَقَدْ شَهِدْتُ كَذَا وَكَذَا مَوْقِفًا، وَمَا مِنْ عُضْوٍ مِنْ أَعْضَائِي إِلَّا وَفِيهِ جُرْحٌ مِنْ طَعْنَةٍ أَوْ رَمْيَةٍ، وَهَا أَنَا أَمُوتُ عَلَى فِرَاشِي، فَلَا نَامَتْ أَعْيُنُ الْجُبَنَاءِ

Sesungguhnya aku telah mengikuti perang anu dan perang anu, dan tiada suatu anggota tubuhku melainkan padanya terdapat luka kerana tusukan atau lemparan panah. Tetapi sekarang aku mati di atas tempat tidurku, semoga mata orang-orang yang pengecut tidak dapat tidur.

 

وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ

sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. 

Walaupun kita menyorok dalam kubu yang dikukuhkan dan tinggi, kematian itu pasti datang. Malangnya, kalau kita tidak mati semasa menjalankan jihad fisabilillah, ada kemungkinan kita mati bukan di jalan Allah.

 

وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِ اللهِ

Dan kalau mereka beroleh kebaikan, mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah”,

Ada golongan munafik yang dapat keuntungan dan kemenangan dalam peperangan dan dapat ghanimah (harta rampasan perang). Mereka kata itu semua dari Allah.

Memang betul pun apa yang mereka cakap itu. Tapi tujuan mereka cakap itu adalah untuk menidakkan Nabi Muhammad. Mereka nak kata: “alah, menang tu sebab Allah bagi menang jer…” Ini adalah kerana mereka tidak menghormati Nabi Muhammad. Orang munafik tidak ada masalah pakai nama Allah dalam hujah mereka.

Tapi mereka tidak suka Nabi Muhammad, maka mereka akan cuba nak rendahkan baginda. Tapi bagaimana mungkin mereka boleh rahmat itu kalau bukan melalui Nabi Muhammad? Maka jangan diringankan kepentingan baginda.

‘Kebaikan’ dalam ayat ini, boleh juga bermaksud segala nikmat yang manusia dapat: perniagaan yang berjaya, tanaman yang subur yang membuahkan hasil, keluarga yang besar dan macam-macam lagi. Mereka kata itu semua dari Allah.

 

وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِكَ

dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:” Ini adalah dari yang ada padamu”. 

Kalau kena musibah, mereka kata itu adalah salah atau sial Nabi sebab salah buat perkiraan. Mereka salahkan Nabi pula kalau ada kekalahan di pihak umat Islam.

Mereka kata segala kesusahan itu mereka dapat kerana mereka sokong Nabi dan masuk Islamlah yang boleh jadi macam itu. Mereka kata dulu hidup mereka aman sahaja tanpa Nabi Muhammad dan golongan muhajirun.

Demikian pula yang dikatakan oleh orang-orang munafik, yaitu mereka yang masuk Islam lahiriahnya, sedangkan hati mereka benci terhadap Islam. Kerana itulah bila mereka tertimpa bencana, maka mereka kaitkan hal itu dengan penyebab kerana mengikuti Nabi Saw.

Kata-kata mereka itu sama sahaja seperti yang disebut oleh Bani Israil kepada Nabi Musa seperti makna yang terkandung di dalam firman-Nya yang menceritakan perihal kaum Fir’aun, yaitu:

{فَإِذَا جَاءَتْهُمُ الْحَسَنَةُ قَالُوا لَنَا هَذِهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَطَّيَّرُوا بِمُوسَى وَمَنْ مَعَهُ}

Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata, “Ini adalah kerana (usaha) kami.” Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan orang-orang yang mengikutinya. (Al-A’raf: 131)

 

قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ اللهِ

Katakanlah: “Semuanya itu adalah dari sisi Allah”.

Semuanya dari Allah: kalah atau menang, senang atau susah, semuanya dari Allah. Apa-apa sahaja yang terjadi adalah dari perancangan Allah, bukan? Maka kalau kita percaya dengan qada’ dan qadar, iaitu Rukun Iman, maka senang sahaja untuk kita terima perkara ini. Tidak ada yang berlaku melainkan dengan kehendak dan perancangan Allah.

 

فَمَالِ هَٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا

Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan?

Allah ejek: Kenapa dengan mereka ini? Mereka itu hampir-hampir tidak dapat memahami agama. Segala nasihat dan ajaran yang diberikan kepada mereka, mereka tak boleh nak terima dan masukkan dalam akal mereka.

Mereka macam tak faham apa-apa. Walaupun Nabi ada dalam kalangan mereka, mereka masih tidak faham agama. Ada yang tidak kena dengan akal mereka kalau begitu.


 

Ayat 79: Tasliah.

مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا وَكَفَىٰ بِاللهِ شَهِيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

What comes to you of good is from Allāh, but what comes to you of evil, [O man], is from yourself.¹ And We have sent you, [O Muḥammad], to the people as a messenger, and sufficient is Allāh as Witness.

  • As a result of your mistakes or sins.

MALAY

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

 

مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللهِ

Apa jua kebaikan yang engkau dapati, ia adalah dari Allah;

Apa sahaja kebaikan yang kita dapat dalam dunia ini, sebenarnya ia dari Allah. Allah yang beri kepada kita kerana sifat RahmanNya. Sebenarnya kita tak layak dapat apa-apa pun sebab kita ini hamba, kita ini papa. Kita ini hamba yang hina, yang boleh mengharap sahaja, dan kalau kita tidak dapat apa-apa, kita tidak boleh nak marah kepada Allah.

Jangan juga kita kata yang kita dapat segala nikmat itu kerana amal ibadat kita dan kita layak dapat segalanya itu. Pertama, kita buat ibadat itu pun kerana taufik dari Allah juga, bukan dari kita.

Dan kedua, mana mungkin segala nikmat itu disamakan dengan ibadat kita. Betapa banyak ibadat pun yang kita lakukan, tidak mungkin dapat menyamai segala nikmat yang kita dapat itu. Walaupun kita beribadat sepanjang hidup kita, kita tidak akan dapat hendak membalas nikmat satu mata yang Allah berikan kepada kita, apatah lagi segala nikmat-nikmat lain yang tidak dapat dikira langsung itu.

Begitu juga, jangan kita sangka yang kita akan dapat masuk syurga kerana amal kita. Kerana amal kita tidak cukup untuk membalas segala nikmat syurga itu. Ini seperti satu hadis yang Nabi sampaikan:

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya.” Para sahabat bertanya; “Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Ya, kecuali bila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya padaku, oleh kerana itu berlaku luruslah dan bertaqarublah dan janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian, jika dia orang baik semoga saja boleh menambah amal kebaikannya, dan jika dia orang yang buruk (akhlaknya) semoga boleh menjadikannya dia bertaubat.” (Sahih Bukhari, no. 5241)

 

وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ

dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.

Musibah yang menimpa diri kita dari jenis segala kesusahan adalah dari kesilapan kita sendiri. Allah nak beri ujian dan pengajaran kepada umat manusia dengan memberikan kesusahan itu.

Tapi kalau kita sabar dan menerima kesusahan dan musibah itu, kita akan dibersihkan dari dosa kita. Lihatlah sabda Nabi tentang perkara ini:

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

 

وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا

Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul 

Allah telah pilih Nabi sebagai rasul kepada seluruh dunia. Ini adalah dalil yang Nabi Muhammad adalah Rasul untuk sekelian manusia ini. Dari mula baginda menjadi Nabi sampailah ke Hari Kiamat nanti.

 

وَكَفَىٰ بِاللهِ شَهِيدًا

Dan cukuplah Allah menjadi saksi

Cukuplah Allah sebagai saksi bahawa Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul untuk sekelian manusia. Walaupun ramai yang tidak terima, itu tidak kisah kerana Allah telah menjadi saksi atas perkara itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 4 Mei 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 75 – 76(Jihad)

Ayat 75: Kita masih lagi dalam bahagian ayat-ayat Sura an-Nisa ini kepada pemerintah. Ini adalah Hukum ke 3 kepada pemerintah.

Sebagai pemerintah, kena pastikan orang Islam, walau di mana sahaja mereka, kena bebas dari dizalimi. Walaupun mereka duduk di luar kawasan pemerintahan Islam, mereka tetap dipelihara.

Oleh kerana itu, pemerintah Islam kena tanya khabar mereka dan tahu keadaan mereka. Entah-entah ada orang Islam yang duduk dalam negara kafir yang tertindas. Kalau mereka tertindas atau dizalimi, kena lepaskan mereka.

Dalam ayat ini, Allah menjelaskan tentang perkara itu sebagai targhib untuk melakukan jihad.

وَما لَكُم لا تُقٰتِلونَ في سَبيلِ اللَّهِ وَالمُستَضعَفينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدٰنِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what is [the matter] with you that you fight not in the cause of Allāh and [for] the oppressed among men, women, and children who say, “Our Lord, take us out of this city of oppressive people and appoint for us from Yourself a protector and appoint for us from Yourself a helper”?

MALAY

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”.

 

وَمَا لَكُمْ لَا تُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah

Allah memberi soalan retorik kepada orang-orang yang beriman. Allah tanya mereka: kenapa mereka tidak mahu berperang? Apakah yang menghalang mereka berjihad atas jalan Allah?

Kemudian Allah sebut kenapa mereka perlu berjihad fisabilillah.

 

وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدٰنِ

orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak,

Apa alasan kamu untuk tidak berperang, sedangkan ada umat Islam yang tertindas yang duduk dalam negara kafir harbi atau di mana-mana sahaja. Samada mereka telah ditawan dan dibawa ke sana atau dia masuk Islam semasa tinggal dalam negara kafir itu dan tidak dapat berhijrah ke negara Islam.

Ini adalah kerana ada juga yang masuk Islam secara senyap-senyap. Mungkin keluarga dia sendiri yang tindas mereka.

Ada tiga golongan yang disebut dalam ayat ini: orang-orang lelaki yang lemah, perempuan dan kanak-kanak. Kerana mereka inilah yang selalu kena tindas.

 

الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا

iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim,

Dan mereka sentiasa berdoa kepada Allah. Allah menyebutkan apakah doa mereka. Mereka berdoa kepada Allah untuk mengeluarkan mereka dari negara yang zalim itu, yang penduduknya dan pemerintahnya mengamalkan syirik kepada Allah.

Dan mereka menindas orang-orang Islam, tidak membenarkan mereka menjalankan agama seperti yang sepatutnya. Jadi mereka bukan sahaja terganggu dalam kehidupan seharian mereka, tapi dalam amal ibadat juga. Dalam keadaan begini, Khalifah tidak boleh berdiam diri.

Asalnya ayat ini tentang orang Muslim yang tidak dapat keluar dari Mekah waktu hijrah. Mereka telah masuk Islam dan mereka tidak mampu untuk keluar dari Mekah. Ini berbeza dengan mereka yang telah masuk Islam tapi tidak mahu keluar dari Mekah.

Mereka itu tidak patut ditolong dan nanti akan disebut tentang mereka dalam ayat-ayat seterusnya. Tetapi, kepada mereka yang lemah, tujuan utama sekarang adalah untuk bawa mereka ke negara Islam waktu itu – Madinah.

Mereka tidak dapat berhijrah kerana mereka tidak ada kemampuan dari segi fizikal dan kewangan. Kemudian mereka pun dihalang oleh musyrikin Mekah dari berhijrah ke Madinah. Dan musyrikin Mekah telah melakukan berbagai-bagai kekejaman kepada mereka dengan tujuan hendak mengembalikan mereka kepada agama asal tok nenek mereka.

Walaupun asal ayat ini adalah tentang penduduk Islam yang tertindas di Mekah pada zaman Nabi, tapi ianya tidak terhad kepada zaman itu sahaja, tapi ianya terpakai untuk setiap zaman.

 

وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا

dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin

Mereka berdoa kepada Allah untuk memberikan pemimpin kepada mereka yang dapat memberi perlindungan kepada mereka. Begitulah maksud ‘wali’ dalam ayat ini.

 

وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا

dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membantu kami 

Mereka juga memohon kepada Allah untuk menghantar golongan yang boleh membantu mereka membebaskan diri mereka. Itulah yang dimaksudkan adalah tentera dari negara Islam.

Oleh itu, negara Islam hendaklah mempunyai kekuatan tentera yang kuat supaya mereka boleh pergi ke negara yang zalim itu dan membebaskan penduduknya yang Islam. Kalau tidak ada semangat jihad, bagaimanakah ayat ini hendak diamalkan? Kalau tidak ada diajar tentang jihad kepada umat Islam sekarang, bagaimana ayat ini boleh dijalankan?

Dan, kalau tidak ada kekuatan ketenteraan, makanya negara Islam hanya dapat melihat sahaja. Lihatlah bagaimana ada negara yang penduduknya yang Islam telah dijajah dan mereka yang muslim dipenjarakan tanpa belas kasihan. Dan ada juga negara yang menghalang umat Islamnya dari menjalankan kehendak agama. Sebagai contoh, ada negara yang tidak membenarkan umat Islam memakai tudung tutup kepala sedangkan itu adalah kewajipan wanita muslim.

Lihatlah juga keadaan negara Palestin yang entah berapa lama telah ditindas rakyatnya terang-terangan, dan entah bilakah lagi mereka akan terus tertindas. Malangnya, kita hanya dapat tengok sahaja. Ini adalah kerana semangat jihad dalam diri umat Islam telah dimatikan.

Kepada umat Islam yang tertindas di Mekah pada zaman Nabi, doa mereka telah dijawap oleh Allah apabila mereka telah dibebaskan dengan kedatangan tentera Islam semasa Pembukaan Mekah.

Ayat ini juga mengajar mereka yang tertindas di mana-mana, untuk meletakkan pengharapan kepada Allah dan berdoa kepadaNya. Ikutlah sunnah para sahabat di Mekah itu. Kerana hanya Allah sahaja yang dapat menyelamatkan mereka.


 

Ayat 76: Orang mukmin akan menggunakan apa sahaja yang dia ada, untuk tujuan agama. Antaranya dia akan menggunakan nyawanya pada jalan Allah untuk berjihad perang.

Dan ini adalah tahap kemuncak keimanan seseorang. Kerana bukan senang untuk berjihad perang. Ianya memerlukan kekuatan iman yang tinggi dan kepercayaan kepada janji Allah kepada syuhada’. Maknanya, orang yang telah turun berjihad itu telah berjaya melawan hawa nafsu dia, kalau tidak dia tidak akan turun berperang, bukan?

الَّذِينَ ءآمَنُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطّٰغُوتِ فَقٰتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطٰنِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطٰنِ كَانَ ضَعِيفًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who believe fight in the cause of Allāh, and those who disbelieve fight in the cause of ṭāghūt.¹ So fight against the allies of Satan. Indeed, the plot of Satan has ever been weak.

  • See footnote to 4:60.

MALAY

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

 

الَّذِينَ ءآمَنُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah;

Allah memberitahu sifat orang mukmin dalam ayat ini. Mereka sanggup berperang untuk agama. Mereka tidak takut mati kerana mereka tahu bahawa balasan berperang pada jalan Allah adalah terbesar sekali. Mereka mendambakan janji Allah itu.

Tujuan orang Islam berjihad adalah untuk menyebarkan dakwah Islamiah dan memperkenalkan Allah (Tauhid) kepada manusia dan supaya manusia hanya mentauhidkan Allah sahaja.

 

وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطّٰغُوتِ

dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). 

Dalam masa yang sama, golongan kafir degil pun akan berperang juga. Cuma bezanya mereka berperang untuk jalan taghut – iaitu jalan selain menuju kepada Allah.

Sebenarnya mereka pun sanggup mati. Ini kerana mereka dijanjikan dengan berbagai-bagai motivasi – perempuan, harta, nama dan sebagainya. Kerana mereka mahu apabila mati kelak, mereka diingat sebagai seorang pejuang.

Tujuan mereka adalah untuk menjalankan program dan propaganda syaitan. Mereka dipandu oleh syaitan dan syaitan mahu menyebarkan akidah syirik kepada manusia.

Kalau ada orang kafir yang sanggup mati untuk melawan Islam, takkan tidak ada orang Islam yang sanggup mati lawan orang kafir? Malulah kita kalau kita tidak buat apa-apa. Macam kita lebih lemah dari orang kafir pula. Sedangkan mereka dijanjikan dengan benda yang tidak benar, tapi kita dijanjikan dengan kelebihan dari Allah sendiri. Manakah janji yang lebih benar? Tentunya janji dari Allah, bukan?

 

فَقٰتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطٰنِ

Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, 

Maka jangan umat Islam berdiam diri, melihat sahaja tentera kafir menyerang kita atau umat Islam yang lain. Kita kena lawan mereka yang bertemankan syaitan itu. Kita bertemankan Allah, takkan nak kalah dengan mereka pula?

 

إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطٰنِ كَانَ ضَعِيفًا

sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Orang kafir juga merancang strategi mereka dan mereka dipandu oleh syaitan yang akan memberi idea-idea kepada mereka. Tapi rancangan syaitan itu akan jadi amat lemah kalau orang Islam lawan mereka. Syaitan itu bukannya kuat sangat. Dia hanya akan jadi kuat kalau orang Islam tidak berjuang.

Ini seumpama rumah yang tidak ada tuan, maka barulah labah-labah boleh buat sarang. Tapi kalau ada tuan, sarang labah-labah itu senang sahaja dihapuskan.

Mana mungkin kita akan kalah dengan tentera yang dipandu oleh syaitan, sedangkan kita orang Mukmin dipandu dan dibantu oleh Allah? Dan Allah telah berjanji untuk membantu tentera Islam. Begitulah yang terjadi semasa Perang Badr. Waktu itu syaitan telah menjanjikan berbagai-bagai motivasi dan berjanji untuk menolong puak kafir. Tapi apabila syaitan melihat tentera Islam dibantu oleh para malaikat, mereka telah melarikan diri bertempiaran.

Tentera Islam pasti akan ditolong oleh Allah asalkan tentera Islam itu memenuhi syarat-syaratnya. Syarat-syarat tentera Islam telah disebut dalam Surah Baqarah sebelum ini dan boleh rujuk di situ. Tapi, dalam ayat ini sendiri, sudah ada dua syarat yang diletakkan:

  1. الَّذِينَ ءَامَنُواْ orang-orang yang berperang itu mestilah orang-orang yang beriman
  2. يُقاتِلونَ في سَبيلِ اللهِ mereka itu berperang pada jalan Allah, bukan kerana hendak mendapatkan harta, meluaskan kawasan jajahan dan sebagainya, bukan.

Allahu a’lam. Habis Ruku’ ke 10 dari 24 ruku’ dalam surah ini. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 4 Mei 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 71 – 74 (Rakyat yang berperang)

Ayat 71: Kembali kita kepada arahan kepada pemimpin. Ini adalah Hukum ke 2 untuk pemerintah. Negara Islam jangan tunggu musuh datang baru nak kelam kabut mempertahankan negara. Pemimpin Negara Islam kena pastikan rakyat telah siap sedia untuk mempertahankan negara dan berjihad untuk menegakkan agama Allah. Inilah sifat yang kita kena ada.

Dalam peranglah akan teruji keimanan seseorang muslim. Kalau nak kira buat ibadat dalam keadaan aman, munafik pun boleh duduk saf hadapan semasa zaman Nabi. Tapi bagaimana keadaan mereka apabila mereka diarah dengan perang?

يَٰأَيُّهَا الَّذِينَ ءآمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ فَانفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انفِرُوا جَمِيعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, take your precaution and [either] go forth in companies or go forth all together.

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.

 

يٰأَيُّهَا الَّذِينَ ءآمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, ambillah persediaan kamu

Ini adalah arahan kepada pemimpin negara. Negara Islam kena ada pejuang yang sanggup untuk berjuang dan berjihad. Oleh itu kena pastikan yang negara Islam ada bala tentera yang sudah bersiap sedia untuk bergerak dan berperang apabila dikeluarkan arahan oleh Khalifah.

Bukan sahaja kena bersedia dengan tentera, tetapi negara Islam hendaklah menyediakan negara dengan kelengkapan perang. Kalau zaman sekarang, kenalah ada missile, jet pejuang, kapal tanker dan macam-macam lagi.

Bukan pasukan tentera sahaja yang kena bersedia, tapi rakyat jelata pun kena bersedia juga. Kena bersedia kalau-kalau pemimpin panggil untuk mempertahankan negara atau menyerang negara kafir.

Tidak sama keadaan negara yang bersedia dan negara yang tidak bersedia. Kalau zaman sekarang, ada negara yang sentiasa bersedia untuk bertindak kerana mereka memang selalu diserang. Keadaan mereka sentiasa berjaga-jaga dan tidak leka sangat. Bayangkan kalau zaman perang dulu, semua rakyat bersedia dan tahu apa yang perlu dibuat bila ada serangan. Kalau sekarang kita kena serang, tak tahulah macam mana.

Kerana itu bagusnya ada latihan seperti ‘Khidmat Negara’ yang dilakukan sekarang, kerana membiasakan rakyat dengan suasana perperangan. Tidaklah kelam kabut sangat kalau ada apa-apa terjadi. Banyak negara yang mewajibkan rakyat mereka menjalani latihan tentera selama beberapa tahun. Ini semua termasuk persediaan yang perlu dilakukan. Maka Negara Islam pun kena buat juga.

 

فَانفِرُوا ثُبَاتٍ

kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, 

Perkataan فَانفِرُوا bermaksud ‘menyerang’ dan bukanlah ianya bermaksud ‘mempertahankan’. Macam keadaan semasa di Madinah sebelum Badr, Nabi mencari-cari peluang untuk menyerang musyrikin. Maknanya, memang baginda ada niat untuk menyerang. Kalau belajar hadis tentang Perang Badr, kita akan tahu bagaimana peperangan Badr itu telah dirancang sebenarnya.

Maksud potongan ayat ini, kena bersedia untuk keluar berjihad secara berkumpulan atau berseorangan. Ini ikut arahan bergantung kepada keadaan. Kerana mungkin seseorang kena keluar seorang kerana mungkin dia kena jadi spy. Lafaz ثُبَاتٍ bermaksud bilangan yang kurang dari 10. Mungkin boleh kita andaikan mereka ini adalah elite force.

Atau ia mungkin bermaksud tentera yang memang sudah ada latihan berperang kena bersedia. Apabila dikeluarkan arahan untuk bertindak dan bergerak, mereka sudah bersedia.

Dalam zaman Nabi, Nabi tidaklah sentiasa menghantar tentera yang besar. Ada ekspedisi ketenteraan yang dilakukan dalam kumpulan yang kecil yang dinamakan sariyyah.

 

أَوِ انفِرُوا جَمِيعًا

atau maralah serentak beramai-ramai.

Sebelum ini tentang tentera yang telah dilatih sahaja yang dikerahkan untuk berperang. Dalam potongan ayat ini, ia boleh bermaksud rakyat semua sekali kena bersedia untuk bertindak. Ini bergantung kepada keadaan. Ada keadaan semua rakyat kena sedia.

Contohnya, dalam keadaan banyak sangat musuh yang menyerang, sampaikan tidak cukup tentera sahaja yang berperang, maka rakyat pun kena angkat senjata dan mempertahankan negara Islam. Maka, rakyat tidak boleh goyang kaki sahaja dalam keadaan begitu.

Ayat ini diturunkan selepas Perang Uhud dimana umat Islam telah dikalahkan oleh musyrikin Mekah. Jadi musuh setempat di luar Madinah rasa yang mereka ada peluang untuk menyerang Madinah waktu itu. Maka umat Islam di Madinah kena bersiap siaga sebenarnya.


 

Ayat 72: Allah memberitahu dalam ayat ini, kalau orang itu munafik, dia tidak turut dalam peperangan itu.

ُوَإِنَّ مِنكُمْ لَمَن لَّيُبَطِّئَنَّ فَإِنْ أَصٰبَتْكُم مُّصِيبَةٌ قَالَ قَدْ أَنْعَمَ الله عَلَيَّ إِذْ لَمْ أَكُن مَّعَهُمْ شَهِيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, there is among you he who lingers behind; and if disaster strikes you, he says, “Allāh has favored me in that I was not present with them.”

MALAY

Dan sesungguhnya ada di antara kamu: orang-orang yang sengaja memberat-beratkan dirinya (juga orang lain, daripada turut mara ke medan perang). Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (tercedera atau terbunuh) ia berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka”.

 

وَإِنَّ مِنكُمْ لَمَن لَّيُبَطِّئَنَّ

Dan sesungguhnya ada di antara kamu: orang-orang yang sengaja memberat-beratkan dirinya

Kalimah لَّيُبَطِّئَنَّ dari katadasar ب ط أ yang bermaksud lambat, lengah, perlahan. Ada dari kalangan orang yang mengaku Muslim, yang sangat lambat untuk sahut seruan jihad kerana hati mereka sebenarnya enggan berjihad. Dia akan buat-buat lambat dan lengah-lengahkan persediaan dan akan melambatkan orang lain.

Sedangkan kalau perang mana boleh lambat-lambat, semua kena pantas. Tapi mereka itu ada sahaja alasan mereka untuk melengahkan. Sudahlah mereka lambat, mereka lambatkan orang lain pula. Maknanya mereka juga menjatuhkan semangat orang Islam yang lain.

Dalam ayat ini, digunakan perkataan: مِنكُمْ (dari kalangan kamu). Ayat ini boleh membawa dua maksud: Samada yang dimaksudkan adalah ‘orang mukmin yang lemah iman’ atau ia boleh jadi bermaksud ‘orang munafik’. Dua-dua kemungkinan ini ada disebut dalam kitab tafsir.

 

فَإِنْ أَصَابَتْكُم مُّصِيبَةٌ قَالَ قَدْ أَنْعَمَ اللهُ عَلَيَّ

Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (tercedera atau terbunuh) dia berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, 

Mereka ini adalah orang yang teruk sangat sifat mereka. Mereka akan berkata dengan kata-kata yang tidak molek sekali.

Sudahlah mereka melengahkan diri mereka sampai tidak menyertai peperangan, dan kalaulah Allah takdirkan orang Islam kalah, mereka kata Allah beri nikmat kepada mereka kerana mereka tidak turut sama berperang.

Asalnya mereka sengaja tinggal di belakang. Dan umat Islam kalah, mereka kata nasib mereka baik kerana mereka lambat. Mereka kata, kalau mereka ikut sekali dengan golongan yang berperang itu, tentu mereka pun akan mati juga. Mereka sangka mereka mendapat nikmat. Mereka guna nama Allah pula dalam dalihan mereka. Mereka kata Allah yang beri nikmat selamatkan mereka.

 

إِذْ لَمْ أَكُن مَّعَهُمْ شَهِيدًا

kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka”.

Lafaz شَهِيدًا maksudnya mereka bersyukur kerana mereka tidak mati syahid. Maknanya mereka tidak faham maksud mati syahid. Sepatutnya seorang Islam mencari peluang untuk mati syahid, tapi mereka suka pula kalau mereka tidak mati syahid.

Juga bermaksud mereka rasa dapat nikmat sebab tak nampak pun peperangan itu. Kerana kalimah ش ه د bermaksud ‘nampak’, ‘saksi’. Maknanya, hendak menyaksikan peperangan itu pun mereka tidak mahu.

Begitulah teruknya mereka. Sedangkan mereka duduk sekali di negara Islam itu, meraih apa-apa kebaikan dari negara itu, tapi apabila tiba masa untuk mereka berkhidmat, mereka melarikan diri pula.


 

Ayat 73: Ayat sebelum ini adalah kalau tentera Islam kalah; bagaimana pula kata mereka kalau tentera Islam menang?

وَلَئِنْ أَصٰبَكُمْ فَضْلٌ مِّنَ اللهِ لَيَقُولَنَّ كَأَن لَّمْ تَكُن بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُ مَوَدَّةٌ يٰلَيْتَنِي كُنتُ مَعَهُمْ فَأَفُوزَ فَوْزًا عَظِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if bounty comes to you from Allāh, he will surely say, as if [i.e., showing that] there had never been between you and him any affection, “Oh, I wish I had been with them so I could have attained a great attainment.”¹

  • The spoils of war. Although having pretended to befriend the believers in support of Allāh’s religion, the hypocrite will not be willing to fight except for material gain.

MALAY

Dan demi sesungguhnya kalau kamu beroleh limpah kurnia (kemenangan) dari Allah, sudah tentu ia mengatakan (dengan sesalnya), seolah-olah tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya: “Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar”

 

وَلَئِنْ أَصٰبَكُمْ فَضْلٌ مِّنَ اللهِ

Dan kalau kamu beroleh limpah kurnia dari Allah, 

Kalau menang dalam peperangan, tentu akan dapat harta rampasan perang – ghanimah. Itulah ‘limpah kurnia’ yang dimaksudkan dalam ayat ini.

Memang dalam sejarah peperangan, kalau disebut tentang harta rampasan, memang hebat. Kita boleh bayangkan, musuh yang kalah itu telah simpan dan kumpul harta mereka selama beratus tahun, tapi bila orang Islam serang mereka dan menang, kadang hanya ambil masa tiga hari sahaja peperangan itu.

Maka dengan sebab perang dan ghanimah ini, para sahabat ramai jadi kaya raya.

Apa kata orang munafik kalau orang Islam menang perang dan dapat harta ghanimah?

 

لَيَقُولَنَّ كَأَن لَّمْ تَكُن بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُ مَوَدَّةٌ

pasti mereka mengatakan, seolah-olah tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya:

Yang tak pergi perang, waktu itu mereka akan rasa rugi. Macam dia bukan orang Islam yang diajak sama berperang pula. Mereka cakap macam yang pergi berjihad itu tidak ada kena mengena dengan mereka pula. Dan memang begitulah layanan orang munafik kepada orang mukmin sebab jiwa mereka bukan jiwa Islam pun. Padahal mereka sama-sama mengaku beragama Islam.

Oleh kerana mereka tidak ikut berperang sekali, maka kata-kata mereka itu dikeluarkan semasa menyambut pulang tentera yang pergi berjihad. Sepatutnya mereka sambut tentera yang baru pulang dari berjihad itu dengan gembira dan suka kerana mereka pulang dengan selamat dan kemenangan. Kalau sayang kepada sesama muslim, itulah perasaan yang mereka patut ada.

Tapi tidaklah begitu yang terjadi. Allah beritahu dalam ayat ini yang mereka tidak menunjukkan rasa sayang pun kepada tentera muslim itu.

 

يٰلَيْتَنِي كُنتُ مَعَهُمْ فَأَفُوزَ فَوْزًا عَظِيمًا

“Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar”

Mereka mengatakan kesedihan dan kesesalan mereka kerana tidak ikut serta. Yang mereka fikirkan adalah pulangan dunia sahaja. Mereka hanya terfikir tentang harta ghanimah yang mereka tidak dapat.

Atau pun mereka mahu mendapat pujian sebagai tentera Islam. Kerana kalau menang, tentu bangga kerana dapat pujian orang. Itu sahaja yang mereka fikirkan.


 

Ayat 74: Ini adalah ayat targhib (ajakan) kepada qital (perang), iaitu puncak kepada jihad.

فَلْيُقٰتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَوٰةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ وَمَن يُقٰتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So let those fight in the cause of Allāh who sell the life of this world for the Hereafter. And he who fights in the cause of Allāh and is killed or achieves victory – We will bestow upon him a great reward.

MALAY

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

 

فَلْيُقٰتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ

Maka hendaklah mereka berperang pada jalan Allah

Allah menyuruh umat Islam berperang pada jalan Allah. Siapakah yang disuruh itu?

 

الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَوٰةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ

orang-orang yang menjual kebahagiaan kehidupan dunia untuk mendapat akhirat,

Allah memberitahu siapakah yang patut berjuang di jalan Allah dalam perang. Iaitu mereka yang mahukan pulangan akhirat berbanding kesenangan hidup di dunia. Iaitu mereka yang melebihkan akhirat dari dunia.

Kita kena faham bahawa peperangan peringkat awal dalam sejarah Islam adalah atas kerelaan, bukan paksaan dan bukan wajib. Sebab kerajaan Islam tidak ada tentera khusus waktu itu. Ianya terbuka kepada mereka yang mahu sahaja. Sesiapa yang mahu dan layak, boleh menyertai perang.

Maka penyertaan peperangan waktu itu adalah atas dasar sukarela, sehinggalah pada Perang Tabuk dimana semuanya dikerah untuk berperang. Kerana waktu itu semua umat Islam yang mampu, kena keluar perang. Dan kalau tak boleh, kena datang dan beri alasan kenapa tak boleh pergi.

Mereka yang mahu berjihad perang di jalan Allah itu sama dengan mereka yang sanggup jual dunia untuk dapat akhirat. Mereka itulah yang kena berperang di jalan Allah. Mereka sanggup hilang nyawa mereka kerana mereka percaya kepada janji Allah yang mereka akan dibalas dengan kebaikan yang banyak di akhirat kelak.

Maka dari ayat ini kita mendapat isyarat bahawa jihad ini bukanlah untuk orang yang cinta dunia. Kalau ada cinta dunia seperti orang munafik itu, maka mereka tidak akan sanggup nak keluar berjihad.

 

وَمَن يُقٰتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ

Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan,

Ini adalah janji Allah kepada mereka yang sanggup keluar jihad: Kalau sesiapa yang pergi berperang di jalan Allah, ada dua kemungkinan sahaja – kalah atau menang. Samada mati syahid atau pulang dengan kemenangan.

 

فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Samada mati syahid atau menang, Allah janjikan pasti dapat balasan yang sangat besar.

Kalau mati, dapat mati syahid. Ini adalah balasan yang amat-amat besar.

Dan kalau tak mati dan menang pula, akan dapat harta rampasan dan akan dapat juga pahala yang besar. Bukanlah kalau menang dan dapat harta ghanimah, tak dapat pahala pula. Pasti akan dapat.

Jadi, tidak akan rugi apa-apa sebenarnya. Kalau kalah atau menang, dua-dua akan dapat balasan yang besar. Tidak ada rugi langsung. Inilah motivasi yang Allah berikan kepada orang Islam.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 30 April 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 66 – 70 (Empat golongan yang diberi nikmat)

Ayat 66: Allah nak beritahu dalam ayat ini, keputusan yang telah diberikan oleh Nabi itu, samada berat atau ringan, kena diterima.

Juga Allah nak beritahu bahawa apa sahaja yang Allah telah putuskan, itu adalah untuk kebaikan kita sebenarnya. Memang kena ikut pun tapi untuk kebaikan kita sebenarnya. Kena percaya dan jangan tolak untuk terima.

Dan sekarang Allah hendak menceritakan sifat mereka yang lemah iman:

وَلَو أَنّا كَتَبنا عَلَيهِم أَنِ اقتُلوا أَنفُسَكُم أَوِ اخرُجوا مِن دِيٰرِكُم مّا فَعَلوهُ إِلّا قَليلٌ مِّنهُم ۖ وَلَو أَنَّهُم فَعَلوا ما يوعَظونَ بِهِ لَكانَ خَيرًا لَّهُم وَأَشَدَّ تَثبيتًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if We had decreed upon them, “Kill yourselves” or “Leave your homes,” they would not have done it, except for a few of them. But if they had done what they were instructed, it would have been better for them and a firmer position [for them in faith].

MALAY

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

 

وَلَو أَنّا كَتَبنا عَلَيهِم أَنِ اقتُلوا أَنفُسَكُم

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri,

Kalaulah Allah suruh mereka bunuh diri mereka sendiri, macam yang telah diarahkan kepada umat Nabi Musa dahulu, apakah yang mereka akan lakukan?

Seperti yang kita telah belajar dalam Baqarah:54, puak Yahudi yang telah melakukan kesalahan menyembah patung anak sapi betina itu telah diarahkan untuk membunuh diri mereka dan mereka lakukan.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Mahmud ibnu Gailan, telah menceritakan kepada kami Bisyr ibnus Sirri, telah menceritakan kepada kami Mus’ab ibnu Sabit, dari pamannya (yaitu Amir ibnu Abdullah ibnuz Zubair) yang mengatakan sehubungan dengan firman-Nya: Dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan kepada mereka, “Bunuhlah diri kalian atau keluarlah kalian dari kampung kalian,” niscaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sebahagian kecil dari mereka. (An-Nisa: 66) Ketika ayat ini diturunkan, maka Rasulullah Saw. bersabda:

“لَوْ نَزَلَتْ لَكَانَ ابْنُ أُمِّ عَبْدٍ مِنْهُمْ”.

Seandainya perintah itu diturunkan. niscaya Ibnu Ummi Abdin termasuk dari mereka (yang menaati-Nya).

Tapi, kalau puak munafik itu disuruh membunuh diri mereka, adakah mereka akan buat? Maksudnya, katakanlah Allah suruh mereka yang datang itu kena bunuh diri mereka, adakah mereka akan lakukan?

 

أَوِ اخرُجوا مِن دِيٰرِكُم

atau keluarlah dari tempat kediaman kamu

Atau, katakanlah mereka diarahkan oleh Allah untuk keluar dari kampung halaman mereka sebagaimana yang telah diarahkan kepada umat Nabi Musa, adakah mereka akan lakukan?

Orang yang benar-benar mukmin akan sanggup untuk meninggalkan daerah tempat tinggal mereka. Jangan kita lupa bahawa telah ada kalangan umat yang sebegitu – golongan Muhajirin telah meninggalkan tempat tinggal mereka, rumah mereka, tanah mereka, keluarga mereka dan kekayaan mereka kerana menyahut arahan Allah untuk berhijrah.

 

مّا فَعَلوهُ إِلّا قَليلٌ مِّنهُم

nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. 

Allah nak beritahu yang mereka tidak akan mampu ikut kecuali sedikit sahaja dari kalangan mereka.

Ini adalah kerana mereka tidak beriman sebenarnya. Ataupun mereka itu lemah iman dan mereka tidak akan sanggup nak berkorban atas agama. Mereka tidak akan membahayakan nyawa mereka dan meninggalkan kampung halaman mereka untuk agama Islam.

 

وَلَو أَنَّهُم فَعَلوا ما يوعَظونَ بِهِ لَكانَ خَيرًا لَّهُم

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka

Kalaulah mereka ikut apa yang telah diarahkan kepada mereka, itu lebih baik untuk mereka. Kerana arahan itu datang dari Allah. Dan apa yang datang dari Allah tentunya baik belaka.

Maka ini mengajar kita yang kita kena taat sepenuhnya kepada apa yang Allah suruh. Dah pernah jadi kepada kaum Musa pun dan mereka ikut. Dan selagi mereka ikut, maka mereka mendapat pertolongan dari Allah.

Walaupun arahan yang Allah berikan itu nampak macam tak masuk akal (akal tidak dapat terima kerana akal kita lemah), maka jangan kita ikut pemikiran kita yang cetek ini. Ketahuilah yang apa sahaja arahan dari Allah adalah tepat sekali, cuma kita sahaja yang tidak nampak kebaikannya.

 

وَأَشَدَّ تَثبيتًا

dan lebih meneguhkan

Itulah perbuatan yang kukuh. Kita kena ikut apa sahaja arahan Allah samada kita nampak hikmahnya atau tidak dalam hukum itu. Perbuatan itu akan mengukuhkan iman mereka. Kerana setiap arahan dari Allah ada hikmahnya, cuma kita sahaja mungkin tidak nampak.

Para ulama selalu mencari apakah hikmah kepada sesuatu amalan itu, tapi ada yang dapat difahami dan ada yang tidak. Tapi kita tetap kena taat juga, bukan?

Surah ini tentang hukum dan tentang golongan munafik. Ada kaitan kenapa disebut keduanya sekali dalam surah ini. Ini adalah kerana golongan munafik itu ada masalah nak ikut hukum yang Allah telah putuskan. Mereka akan rasa berat sahaja nak ikut apa yang telah disampaikan. Mereka akan cari jalan nak tolak dan tidak taat dengan hukum itu. Antaranya mereka kata: “tak masuk akallah kenapa kita kena buat begini… “


 

Ayat 67: Ini balasan kepada mereka yang mahu ikut hukum yang telah disampaikan oleh Allah.

وَإِذًا لَّآتَينٰهُم مِّن لَّدُنّا أَجرًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And then We would have given them from Us a great reward.

MALAY

Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka – dari sisi Kami – pahala balasan yang amat besar;

 

وَإِذًا

Dan jika begitu,

Jika sekiranya mereka dapat pegang hukum yang telah disampaikan oleh Allah.

 

لَّآتَينٰهُم مِّن لَّدُنّا أَجرًا عَظيمًا

tentulah Kami akan berikan kepada mereka – dari sisi Kami – pahala balasan yang amat besar;

Mereka akan diberikan pahala yang sangat besar.

Dan Allah kata pemberian itu dari SisiNya, jadi ianya bukanlah perkara yang biasa, tapi ianya adalah sesuatu yang amat istimewa.


 

Ayat 68: Ini pula adalah kelebihan kedua yang mereka akan dapat kalau jaga hukum dan taat kepada Rasul.

وَلَهَدَينٰهُم صِرٰطًا مُّستَقيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We would have guided them to a straight path.

MALAY

Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.

Selalu di dalam solat kita, kita minta kepada Allah supaya bawa kita ke arah ‘Jalan yang lurus’. Nah, sekarang Allah dah beri caranya.

Sekarang Allah beritahu bahawa jalan yang lurus itu adalah dengan taat kepada segala arahan hukum yang datang dari Rasulullah. Dan apabila dapat ikut, mahu ikut, cuba untuk ikut, Allah akan pimpin mereka ke jalan lurus yang membawa ke syurga.


 

Ayat 69: Seperti yang kita selalu dengar pepatah: “tak kenal maka tak cinta”. Kerana kita tidak kenal siapakah Nabi itulah yang menyebabkan kita tidak taat kepada apa yang baginda sampaikan. Maka kita kena kenal Nabi dahulu dan mereka yang mengikuti para Nabi dahulu.

Ayat ini adalah penjelasan siapakah golongan yang ‘diberi nikmat’ dalam Surah Fatihah. Iaitu ayat صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم. Kita kena kenal siapakah mereka supaya kita boleh jadikan mereka sebagai tauladan buat kita. Ada empat golongan yang disebut dalam ayat ini.

Kalau kita nak masuk ke dalam golongan yang mendapat nikmat dari Allah itu, maka hendaklah kita kenal mereka dan cuba ikut jejak langkah mereka.

وَمَن يُطِعِ اللَهَ وَالرَّسولَ فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَهُ عَلَيهِم مِّنَ النَّبِيّينَ وَالصِّدّيقينَ وَالشُّهَداءِ وَالصّٰلِحينَ ۚ وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever obeys Allāh and the Messenger – those will be with the ones upon whom Allāh has bestowed favor of the prophets, the steadfast affirmers of truth, the martyrs and the righteous. And excellent are those as companions.

MALAY

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

 

وَمَن يُطِعِ اللَهَ وَالرَّسولَ

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, 

Mereka yang boleh taat kepada Allah adalah hanya mereka yang kenal Allah (seperti yang patut dikenali di dalam Qur’an). Oleh kerana itu, kita kena kenal Allah sebagaimana yang Allah kenalkan DiriNya dalam Qur’an. Maka, kena belajar Tafsir Qur’an, baru boleh kenal Allah.

Bukannya belajar Ilmu Makrifat dari jalan tareqat itu kerana itu bukan caranya. Itu adalah cara khayalan sahaja dan reka-rekaan sahaja. Nak kenal Allah, kenalah kenal dengan ilmu.

Mereka yang boleh taat arahan Rasul adalah kerana mereka kenal baginda. Oleh kerana itu, kena kenal Rasul dengan mempelajari sunnah-sunnah baginda dan sejarah hidup baginda – iaitu Sirah Nabawi. Ini adalah pembelajaran wajib yang perlu ada dalam masyarakat kita.

Dan kita kena faham bahawa untuk taat kepada Allah, kita kena taat kepada Rasulullah. Itulah caranya dan tidak ada cara lain. Kerana bagaimana nak taat kepada Allah, kerana kita tidak tahu apakah yang Allah hendak?

Maka, Allah telah lantik Nabi sebagai Rasul untuk menyampaikan kehendakNya, maka kenalah kita ikut apa yang disampaikan oleh Nabi kerana baginda menyampaikan kehendak Allah. Kita tidak akan dapat maklumat terus dari Allah, bukan?

Allah beri hidayah kepada kita melalui NabiNya. Memang Allah telah beri Qur’an dan Qur’an itu telah sampai pun kepada kita, tapi kalau bukan Nabi yang jelaskan, kita takkan faham.

Oleh kerana itu, amatlah dangkal sekali fikiran mereka yang menolak hadis Nabi seperti golongan anti-Hadis.

Ada pula yang terlalu sesat sampai mereka kata mereka boleh berhubung terus dengan Allah. Ini adalah mereka yang sesat. Itu adalah orang gila. Yang ikut golongan seperti itu pun gila juga.

Ada takdim dan ta’khir dalam ayat ini. Allah mulakan taat kepada Allah sebelum taat kepada Rasul. Oleh itu, taat kepada Qur’an adalah lebih utama daripada taat kepada hadis. Memang kena ikut hadis tapi kena cari ayat Qur’an dahulu sebagai dalil dan nas dalam menghukum. Kalau tidak ada dalam Qur’an, baru kena cari dalam hadis.

Ini seperti hadis yang menceritakan bagaimana Nabi menghantar Muaz untuk menjadi gabenor:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ فَذَكَرَ: ” كَيْفَ تَقْضِي إِنْ عَرَضَ لَكَ قَضَاءٌ؟ ” قَالَ: أَقْضِي بِكِتَابِ اللهِ. قَالَ: ” فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي كِتَابِ اللهِ؟ ” قَالَ: فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللهِ قَالَ: ” فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي سَنَةِ رَسُولِ اللهِ؟ ” قَالَ: أَجْتَهِدُ رَأْيِي وَلَا آلُو. قَالَ: فَضَرَبَ صَدْرِي فَقَالَ: ” الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَا يُرْضِي رَسُولَهُ “

Ketika Nabi Muhammad SAW mahu mengutuskan Mu`az ke Yaman, baginda bertanya: Bagaimanakah kamu akan berhukum apabila datang kepadamu suatu masalah? Beliau menjawab: Aku akan berhukum dengan Kitabullah (Al-Qur’an). Soal Nabi lagi: Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Kitabullah? Maka Mu`az menjawab: Maka aku akan berhukum dengan Sunnah Rasulullah SAW. Soal baginda lagi: Bagaimana pula jika ia tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Aku akan berijtihad dengan pandanganku dan tidak akan melampau. Kemudian Mu`az bercerita; Setelah itu, Rasulullah menepuk dadaku sambil berkata: Segala puji hanya bagi Allah yang telah membuat sepakat utusan Rasulullah yang menjadikan rasul-Nya redha.

Jadi, di dalam potongan ayat ini sudah ada dua perkara utama yang kita kena jadikan sebagai pegangan kita: Qur’an dan Sunnah. Sebab itu selalu diulang-ulang oleh golongan Sunnah di negara kita (samada para ustaz atau pendakwah), kenalah ikut Qur’an dan Sunnah.

 

فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللهُ عَلَيهِم

maka mereka yang bersifat sebegitu, akan bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka,

Mereka yang taat kepada Allah dengan taat kepada Rasul itulah yang akan diberi ‘nikmat’ oleh Allah. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja sampailah ke hari kiamat.

Mereka inilah yang dimaksudkan telah mendapat nikmat dalam Surah Fatihah itu: صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم. Maka, kalau kita hendak mendapat nikmat seperti yang dijanjikan oleh Allah dalam surah Fatihah itu, kita kena ikut sunnah Nabi.

Jangan tinggalkan sunnah, jangan lupa belajar sunnah Nabi. Nak belajar benda lain boleh, tapi kenalah belajar tafsir Qur’an dan sunnah Nabi dahulu. Kena dahulukan yang penting dahulu. Kerana nak habiskan tafsir Qur’an dan hadis ini pun ambil masa juga. Jadi kena ada usaha yang fokus.

 

مِّنَ النَّبِيّينَ

iaitu dari kalangan Nabi-nabi,

Kemudian Allah berikan hirarki empat golongan yang telah diberi nikmat itu. Ini adalah susunan keutamaan dan kemuliaan.

Allah mulakan dengan para Nabi dahulu kerana merekalah insan teristimewa yang telah diberikan dengan ilmu pengetahuan yang terus dari Allah dan mereka telah berkorban untuk menyampaikannya.

Kita memang tidak boleh menjadi seperti mereka kerana tidak ada manusia yang akan menjadi Nabi selepas Nabi Muhammad. Tapi walaupun kita tidak boleh menjadi seperti mereka, kita boleh ikut sunnah-sunnah mereka dan apakah perbuatan mereka yang boleh diikuti.

Mereka telah menyampaikan ajaran tauhid kepada umat manusia dan telah berkorban untuk melakukannya. Maka kita pun kenalah sampaikan ajaran tauhid ini kepada manusia dan bersedia untuk berkorban untuk menyampaikannya.

 

وَالصِّدّيقينَ

dan orang-orang Siddiqiin,

Lafaz ‘Siddiq’ adalah dalam sighah mubalaghah – bersangatan, ekstrem. Ini adalah kerana mereka ini adalah mereka yang ‘amat benar’. Kerana merekalah yang mula-mula percaya dan membenarkan para Nabi. Mereka membenarkan para Nabi itu sewaktu tidak ada orang yang terima.

Lihatlah contoh Siddiq yang terkenal, iaitu Abu Bakr as-Siddiq, bagaimana beliau amat percaya kepada Nabi Muhammad. Semua sahabat waktu itu pada mulanya ada ragu-ragu dengan dakwah baginda, tapi Abu Bakr tidak pernah ragu. Dia terus terima apa yang baginda sampaikan.

Oleh itu, golongan siddiqin adalah mereka yang terima kebenaran walau macam mana keadaan pun. Mereka percaya kepada apa yang disampaikan dari Nabi, tapi menuntut dalil kebenarannya. Dan mereka juga golongan yang sanggup berkorban untuk agama.

Lagi satu, mereka ini adalah orang yang ‘benar’. Maksudnya benar percakapan dan perbuatan mereka. Tidaklah mulut cakap lain tapi perbuatan lain pula. Maknanya, orang boleh percaya apa yang mereka kata. Kawan ataupun lawan pun sudah tahu yang dia ini boleh dipercayai kerana dia ada prinsip.

 

وَالشُّهَداءِ

dan orang-orang yang Syahid,

Golongan yang ketiga adalah mereka yang sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk menegakkan agama Allah. Mereka berjihad fisabilillah dan mereka telah diberikan dengan kelebihan yang amat-amat tinggi iaitu dimatikan semasa berjuang di jalan Allah.

Kalimah syahid ini dari segi bahasa bermaksud ‘nampak’, ‘saksi’. Maka dari segi syarak, orang yang syahid ini ada beberapa definisi:

1. Seperti kita sebut di atas, iaitu mereka berjihad fi sabilillah. Sampai mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk menegakkan agama. Mereka membuktikan keimanan mereka sehingga sanggup menyabung nyawa. Ini yang biasa kita dengar.

2. Dalam bentuk umum, seorang yang syahid itu menampakkan keimanannya dalam segenap kehidupan dia.

3. Mereka ini orang yang dikenali boleh dipercayai, sampaikan kalau mereka jadi saksi sahaja, semua orang akan percaya dan yakin dengan persaksiannya.

وَالصّٰلِحينَ

serta orang-orang yang soleh. 

Dan golongan yang terakhir sekali adalah golongan yang soleh. Iaitu seorang yang beramal mengikut apa yang diajar dan ada contoh dari Nabi. Mereka tidak mengamalkan amalan bidaah.

Mereka adalah orang yang baik tabiatnya, suci dan bersih dari kekotoran rohani dan jasmani. Mereka sentiasa berusaha meninggalkan dosa. Segala kehidupan mereka menuju ke arah kebaikan dan menjauh dari keburukan.

Nota: Ada takdim (datang dahulu) dan ta’khir (datang kemudian) dalam ayat ini. Ada susunan menurun. Tentu ada beza empat kedudukan itu dan kerana itu Allah susun begitu. Allah mulakan dengan golongan yang paling utama – para Nabi sampai kepada golongan yang terakhir sekali – solehin.

Ini mengajar kita yang golongan Solehin adalah tahap yang paling rendah untuk selamat dari neraka. Maksudnya, untuk mendapat kedudukan dalam syurga, sekurang-kurangnya kena jadi golongan solehin. Inilah golongan yang ‘cukup-cukup makan’ sahaja untuk masuk syurga, kalau kurang dari ini, tidak akan masuk syurga.

 

وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا

Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan

Merekalah yang terbaik untuk dijadikan teman di dalam syurga nanti. Kerana kalau kita jadi salah satu dari empat golongan inilah sahaja untuk melayakkan kita masuk syurga. Maka nak jadikan mereka sebagai teman di akhirat, di dunia lagi dan kena berteman dengan orang yang jenis macam itu. Mereka inilah yang selayaknya untuk diikuti jejak langkah.

Banyak perkataan ‘teman’ dalam Qur’an. Apa beza lafaz teman yang lain dengan رَفيقًا seperti dalam ayat ini? Lafaz رَفيقًا dari katadasar yang bermaksud ‘bantal’ yang memberi maksud kita selesa sebab kita selesa apabila kepala kita dialas oleh bantal. Maksudnya mereka itu jenis kawan yang kalau mereka ada, kita rasa selesa dan tenang.

Dalam Tafsir ibn Kathir, ada dibawa satu hadis yang menceritakan asbabun nuzul ayat ini:

Diriwayatkan oleh At-Thabrani dan Ibnu Marduwaih dengan sanad La ba’sa bihi yang bersumber dari ‘Aisyah: bahawa seorang laki-laki menghadap Nabi Saw dan berkata: Ya Rasulallah! Aku cintai tuan lebih daripada cinta kepada diriku dan anakku sendiri. Dan jika aku sedang di rumah selalu ingat tuan dan tidak sabar ingin segera bertemu dengan tuan. Dan jika aku ingat ajalku dan ajal tuan, aku yakin bahwa tuan akan diangkat beserta Nabi-nabi di syurga. Apabila masuk syurga, aku takut kalau-kalau tidak bisa bertemu dengan tuan”. Maka Nabi terdiam tidak menjawab sedikit pun sehingga turun Jibril dengan membawa ayat ini (An-Nisa ayat 69) sebagai janji Allah kepada orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Maksudnya, mereka yang taat kepada Allah dan Rasul, akan mendapat peluang untuk duduk bersama dengan golongan Nabi, siddiqin, syuhada’ dan solehin. Maka, berusahalah kita untuk mencapai kedudukan ini supaya kita nanti akan bersama dengan golongan yang diberi nikmat itu. Dan ini dimulai dengan ilmu, dan ilmu yang mula kena belajar adalah ilmu tafsir Qur’an.

Lafaz ini juga adalah lafaz terakhir yang diucapkan oleh Nabi Muhammad semasa baginda menghembuskan nafas terakhir:

حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ يُونُسُ قَالَ الزُّهْرِيُّ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ فِي رِجَالٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَهُوَ صَحِيحٌ إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِيٌّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنْ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُخَيَّرَ فَلَمَّا نَزَلَ بِهِ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِي غُشِيَ عَلَيْهِ ثُمَّ أَفَاقَ فَأَشْخَصَ بَصَرَهُ إِلَى سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الْأَعْلَى فَقُلْتُ إِذًا لَا يَخْتَارُنَا وَعَرَفْتُ أَنَّهُ الْحَدِيثُ الَّذِي كَانَ يُحَدِّثُنَا وَهُوَ صَحِيحٌ قَالَتْ فَكَانَتْ آخِرَ كَلِمَةٍ تَكَلَّمَ بِهَا اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الْأَعْلَى

Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Muhammad, Telah menceritakan kepada kami Abdullah, Yunus berkata; Az Zuhri berkata; Telah mengabarkan kepadaku Sa’id bin Al Musayyab -di antara orang-orang yang berilmu-, bahawa Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata; Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berada dalam keadaan sihat wal afiat, beliau pernah bersabda: ‘Sesungguhnya seorang nabi tidaklah diwafatkan hingga diperlihatkan kepadanya tempatnya di syurga lalu ia dipersilakan untuk memilih.’ Aisyah berkata; “Ketika malaikat pencabut nyawa datang kepada Rasulullah, sementara kepala beliau berada di pangkuan saya, maka Rasulullah pengsan beberapa saat. Tak lama kemudian ia sedar kembali. Setelah itu, beliau menatap pandangannya ke atas sambil mengucapkan: Ya Allah, (aku memilih) bersama-sama Rafiqul A’la! ‘ Aisyah berkata; “Dengan demikian, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak memilih untuk hidup lebih lama lagi bersama kami.” Aisyah pernah berkata; “Saya teringat ucapan yang pernah beliau sampaikan kepada kami ketika beliau masih sihat; “Itulah kata-kata terakhir yang pernah beliau ucapkan, yaitu: ‘Ya Allah, pertemukanlah aku dengan kekasihku Yang Maha Tinggi.’


 

Ayat 70:

ذٰلِكَ الفَضلُ مِنَ اللهِ ۚ وَكَفىٰ بِاللهِ عَليمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That is the bounty from Allāh, and sufficient is Allāh as Knower.

MALAY

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui.

 

ذٰلِكَ الفَضلُ مِنَ اللهِ ۚ

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; 

Mereka akan mendapat nikmat dan limpah kurnia yang besar dari Allah. Mereka mendapat kedudukan itu bukanlah kerana usaha mereka sahaja, tapi kerana rahmat dan limpah kurnia dari Allah.

Kerana kalau bukan Allah yang memberi taufik hidayah kepada hambaNya, mereka tidak akan mendapat menjalankan kehidupan mereka dengan baik.

 

وَكَفىٰ بِاللهِ عَليمًا

dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui 

Cukuplah Allah mengetahui siapakah kamu. Tidak payah dikenali oleh makhluk, asalkan Allah kenal. Tidak ada majlis perisytiharan kamu termasuk dalam golongan yang mana, asalkan Allah tahu kamu termasuk dalam golongan yang mana.

Ia juga bermaksud, cukuplah Allah yang mengetahui siapakah yang layak mendapat kedudukan yang tinggi itu. Untuk mendapat kedudukan itu, Allah beri hidayah kepada mereka dan Allah lah yang Maha Mengetahui, siapakah yang layak mendapat hidayah itu.

Habis Ruku’ ke 9 dari 24 ruku’ dalam surah ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 26 April 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi