Syarah Usul Tafsir Fawzul Kabir Shah Waliyullah – Gaya Bahasa al-Qur’an

GAYA BAHASA AL-QURAN UNIK DAN TERSENDIRI

Gaya bahasa al-Qur’an tersendiri dalam membentangkan apa yang ada di dalam al-Qur’an. Semuanya ada 5 perkara seperti yang telah disebut sebelum ini. Ia tidak terikut dengan bahasa dan kelaziman sedia ada. Allah tidak menurut syarat dan kaedah yang biasa diguna pakai oleh ahli bahasa atau ahli ilmu. Al-Qur’an mempunyai cara tersendiri.

Ia menggunakan bahasa yang bersahaja. Orang-orang yang buta huruf yang jauh dari masyarakat bertamadun pun boleh memahami al-Qur’an membentang 5 jenis ilmu itu. Ia mengikut gaya bahasa Arab yang awal, yang terdahulu. Iaitu golongan Arab yang tidak kenal kitab. Mereka tidak biasa dengan penyusunan kitab-kitab ilmu. Tak sama dengan Yahudi dan Nasrani yang sudah ada kitab ilmu dan sudah biasa dengan kitab sebegitu.

Yang orang Arab ada, adalah dengan syair-syair. Dan Allah menggunakan cara itu. Di dalam syair itu pula ada keindahan hujah. Kalau syair, mungkin kosong sahaja, tapi syair dalam al-Qur’an ada hujah indah di dalamnya. Termasuk dalam menyampaikan ayat-ayat hukum pun, Allah menggunakan bahasa yang indah. Lain sekali kalau kita lihat kitab-kitab fiqh yang berbahasa biasa sahaja.

Dalam ilmu perbahasan pula, Allah guna ayat-ayat yang mematahkan hujah lawan. Hujah-hujah yang nyata dan diakui oleh pihak lawan. Iaitu menggunakan hujah-hujah yang masyhur yang mereka sendiri terima.

Contohnya dalam Maidah, golongan Yahudi dan Nasara kata mereka itu anak-anak Allah dan mereka kononnya dikasihi. Mereka nak kata mereka tak sama dengan orang lain. Kononnya kalau mereka buat salah, mereka tidak dihukum. Allah mematahkan hujah itu dengan ayat seterusnya. Allah tanya balik kenapa Allah azab juga mereka kerana dosa mereka? Bukankah mereka pun ada kena azab juga?

Maknanya gaya hujah itu boleh difahami oleh semua orang. Bahasa, dalil yang Allah guna-pakai boleh difahami oleh semua lapisan pembaca. Berbeza dengan bahasa yang diguna sebahagian disiplin ilmu. Misalnya hal undang-undang, mahkamah, golongan tertentu seperti peguam dan hakim saja boleh faham, orang lain tak mampu memahaminya.

Allah juga menggunakan titahan yang memberi faedah, nasihat yang berguna. Yang membuahkan hasil. Contohnya ayat-ayat yang berbentuk cabar seperti di dalam Baqarah:23. Kalau kamu ragu hendak terima wahyu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad, maka buatlah satu lagi surah macam al-Qur’an. Bawalah tulisan yang macam al-Qur’an, ada hukum yang dalam bentuk indah berbahasa syair.

Allah juga tidak menggunakan kaedah mantiq dalam berhujah. Contohnya, kalau ada api, mesti ada asap; kalau ada asap mesti ada api. Allah tak turut cara berdalil sebegini.

Allah juga tak peduli kaedah topikal. Allah tidak menggunakan ‘kaedah sempena’ yang dikira munasabah apabila berpindah dari satu tajuk ke satu tajuk. Misalnya tidak dikumpulkan semua hal berkaitan sempena satu tajuk saja. Memang ada kaitan antara rentetan satu ayat ke ayat yang lain. Ini dipanggil robtul aayat (kaitan ayat). Akan tetapi tidaklah sama dengan kaedah yang digunakan oleh para sasterawan.

Allah paparkan perkara yang penting-penting sahaja. Allah tak ikut susunan sebaliknya Allah akan sebut apa yang penting sahaja tanpa ikut kaedah topik. Allah tidak ikut kronologi episod ikut satu persatu. Contohnya, apabila sebut tentang Nabi Adam, tapi tidak diceritakan dari mula hingga habis. Apa yang penting sahaja disampaikan.

Al-Qur’an adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Ia mengandungi 114 surah dan susunannya ditentukan oleh Allah secara tauqifi (ditentukan oleh Allah). Ia tidak disusun ikut tarikh turunnya ayat. Contohnya Baqarah diturunkan akhir kenabian tapi dalam kitab, ia terletak di awal.

Ia juga tidak disusun mengikut penyusunan kitab ilmiah biasa kerana pada kebiasaannya kitab berkenaan membicarakan satu masalah dengan membahagi-bahagikan kepada bab dan fasal. Contohnya bab bersuci, kemudian sebut satu persatu fasal berkenaan bersuci – wuduk, mandi, dan sebagainya.

Cara ini tidak terdapat dalam al-Qur’an. Allah ikut cara Dia dan ini adalah satu keindahan sebenarnya kalau kita belajar robtul suwaar (hubungkait antara surah) dan robtul aayat (hubungkait antara ayat). Persoalan induk diterangkan secara silih berganti antaranya:

Persoalan akidah, kadangkala digandingkan dengan persoalan hukum.

Sejarah umat terdahulu disatukan bersama nasihat, dorongan atau tanda kebesaran Allah yang ada di alam semesta. Dalam kisah sejarah pun ada terselit penjelasan Tauhid dan sifat-sifat Allah.

Ada peristiwa atau kisah nabi dan umat terdahulu tak ikut susunan pun. Allah bentangkan ikut kehendakNya. Kisah itu pula berulang atau disambung dalam surah-surah yang lain. Satu kisah saja yang Allah bentangkan seperti satu episod yang ada permulaan, perkembangan dan penamatnya iaitu kisah Nabi Yusuf dalam satu surah yang khusus.

Ini satu bentuk mukjizat. Gaya bahasa dan susunan nampak tak tertib tapi ada keberkesanan dan keindahan. Ada hal-hal tertentu yang disebut tiba-tiba ada diselit dengan perkara yang lain.

Walau pun susunan surah tak ikut tertib diturunkan namun ada pula hubung-kait dan munasabahnya antara satu surah sebelum dan sesudahnya.

Sambung kepada perbincangan yang seterusnya.

 

Syarah disampaikan oleh Maulana Hadi

Kemaskini: 24 Mei 2021

Al Fauzul Kabeer fi Usoolit Tafseer by Shah Waliullah

al-fauz-al-kabir-english-by-jalbani-1-pdf

Nota Peta Minda

Syarah Usul Tafsir Fawzul Kabir Shah Waliyullah – Penjelasan 5 Bidang Ilmu

LIMA BIDANG ILMU

Ilmu al-Qur’an tidak terlepas dari 5 ilmu ini.

1. Ilmu Hukum-Ahkam. Ilmu segala Hukum-hakam terbahagi kepada ibadat dan adat (muamalat). Wajib, sunat, makruh, harus, haram.

Ibadah adalah tentang hubungan antara insan dengan Rabb. Dalam istilah tafsir juga disebut umur muslihah. Ibadah boleh dibahagikan kepada dua jenis: badani (ibadah melibatkan badan) dan maali (melibatkan harta). Ada ibadah yang badani dan ada yang maali. Contoh:

solat: badani
zakat: maali
haji: badani & maali sekali

Sementara muamalat tentang dan hubungan insan sesama makhluk. Dalam istilah tafsir juga disebut umur munazimah. Ia mesti ada keadilan, keduanya kena ada bantu membantu (kerjasama). Ia juga mengajar kita yang kena ada usaha ikhtiar sesama hamba dalam kehidupan kita. Takkan boleh kalau kita hidup bersendirian, bukan? Ada yang bercucuk tanam, tangkap ikan, ada yang mengajar dan lain-lain. Takkan ada seorang manusia yang boleh buat semuanya.

Jadi bahagian ini merangkumi hukum-hakam untuk unit keluarga, masyarakat dan rakyat dengan siasah kenegaraan. Dari keluarga jadi masyarakat, dari masyarakat jadi negara (dari kluster kecil kepada kluster yang lebih besar). Rumah – kampung – daerah – negeri – negara. Ia bermula dari pentadbiran keluarga yang comel membawa kepada pentadbiran negara yang molek.

Setiap kluster ada pemimpin dan al-Qur’an mengajar bagaimana menjadi pemimpin dan menjadi pengikut. Kesannya orang ramai akan jadi baik dan dijauhkan dari bahaya. Inilah makna siyasah. Dan yang penting, tentunya kebaikan dari segi akhirat. Memang kita cari kebaikan di dunia, tapi lebih-lebih lagi menjadi kebaikan dan mengelakkan dari keburukan di akhirat.

Jadi ia tidak sama dengan siyasah (politik) ajaran barat kerana mereka tidak melihat kepada kepentingan akhirat. Boleh jadi haram kalau aplikasikan terus ajaran Barat kerana mereka tidak ikut hukum agama, sanggup buat keburukan untuk dapatkan apa yang mereka hendak. Dalam siyasah syar’iyah, semua kebaikan itu kena dinisbahkan kepada akhirat.

Ini yang kita kena fikirkan dan cuba untuk nyatakan dalam kehidupan kita. Sekarang tidak terjadi lagi. Sebagai contoh, sekarang dunia Islam tidak ada lagi khalifah yang memimpin satu dunia. Ini yang kena ada. Tidak pernah lagi umat Islam dapat mengalahkan negara kufar tanpa adanya khalifah. Sebab itu sekarang orang kafir tindas kita, kita tidak dapat buat apa. Kerana kepimpinan umat Islam bukan seperti yang sepatutnya.

Sepatutnya umat Islam satu dunia bersatu di bawah satu khalifah supaya ada kekuatan. Semua bangsa tidak kira bangsa apa, duduk dipimpin di bawah satu khalifah. Malangnya, kita berpecah-pecah sekarang dan kerana itu kita lemah. Jangan kata antara negara dan antara bangsa, sesama Melayu kita pun kita sekarang berpecah. Itu satu bangsa, tapi itu pun sudah tidak tahu nak berpakat.

Ini kerana akal umat yang lemah dan tidak memandang kepada perkara yang lebih besar. Memang memalukan apabila melihat kepada perpecahan kita sekarang. Macam budak-budak! Al-Qur’an ajar perkara ini, tapi malangnya masyarakat Islam bukannya rujuk kepada al-Qur’an pun, bukan?

Jadi semua perkara ini termasuk dalam bab Ahkaam yang luas. Perkara inilah yang perlu diajar oleh golongan faqih (yang pandai dalam hukum). Tapi masyarakat pula malas nak guna otak untuk memikirkan benda-benda yang berat.

2. Ilmu Jaddal. Ilmu Penghujahan. Perbahasan Aqidah (Mukhasamah). Ilmu soal-jawab penyelewengan empat jenis kaum yang sesat. Membincangkan perbezaan Sifat-sifat golongan Yahudi, Nasara, Musyrikin dan Munafikin.

Dalam al-Qur’an, yang sesat ini ada 4 jenis ini sahaja. Yang selain dari itu adalah hanya pecahan dari 4 golongan ini sahaja. Kerana Allah sebut 4 golongan ini sahaja dalam al-Qur’an. Dengan faham 4 ini, kita akan faham yang lain-lain itu. Hari-hari kita minta dilindungkan adalah dari jadi 4 golongan ini.

Bahagian ini belajar berhujah untuk menegakkan hujah dengan 4 golongan ini. Kita ahli haq hendaklah berbeza dengan golongan sesat itu. Akan disebutkan satu persatu mana satu sesat mereka, bagaimana pula melawan dan berhujah dengan mereka. Kita akan belajar ciri-ciri mereka.

Perbahasan tentang hal ini adalah bidang mutakallimin, iaitu orang yang mahir dengan akidah.

3. Ilmu Tazkir tentang Allah. Ilmu Peringatan tentang Sifat-sifat Allah. Ia ada tiga ilmu tapi dalam satu perkara. Tentang Rabb sebagai pencipta Langit dan Bumi dan panduan keperluan hidup manusia. Supaya hamba boleh mengenali Allah. Allah beri hamba ilham dan tafhim tentang Allah dan agama. Kita akan belajar sifat-sifat Allah yang sempurna.

4. Ilmu Tazkir tentang peristiwa yang dijadikan Allah. Tentang peristiwa dan kejadian yang Allah adakan dan zahirkan, sebagai pembalasan baik bagi hamba yang taat, dan azab seksa kepada hambaNya yang ingkar. Yang menjadi peringatan kepada hamba.

5. Ilmu Tazkirah tentang Kematian dan Akhirat. Tentang Kematian (permulaan akhirat bagi manusia), dan selepasnya. Seperti Hari Kebangkitan, Penghimpunan, Hari Mahsyar, Hisab Amal dan timbangan, dan Pembalasan Neraka dan Syurga .

 

Ayat al-Qur’an ada lebih kurang 6 ribu ayat. Jenis ilmu pertama (Ilmu Ahkaam), ayat-ayat tentang hukum-hakam ada kurang-lebih tak sampai 200 ayat sahaja. Jadi tidak banyak kalau dibandingkan dengan perkara-perkara lain. Ada yang kata dalam 500 ayat. Tapi ia diletakkan di bahagian hadapan kerana ia bukan perkara mudah dan sulit dipelajari. Kerana itulah kitab fiqh tebal-tebal belaka.

Dan kedua, kerana dengan itulah zahirnya agama. Beza dengan urusan aqidah kerana itu dalam hati. Yang nampak dengan mata kita adalah perkara-perkara yang melibat hukum hakam.

Selebihnya, lebih 5 ribu lebih ayat adalah tentang empat jenis Ilmu yang lain. Kefahaman yang tepat jelas tentang Aqidah, peringatan tentang Tauhid, pembalasan pada hari Akhirat. Tentang aqidah lebih penting kerana kalau ia salah, amal baik pun tidak berguna.

Ia berbeza dengan pengajian hadis. Perbincangan tentang akidah kurang, tapi tentang amal yang banyak. Kerana al-Qur’an membetulkan aqidah sedangkan hadis membetulkan amal.

 

Sambung kepada perbincangan yang seterusnya.

Syarah disampaikan oleh Maulana Hadi

Kemaskini: 22 Mei 2021

Al Fauzul Kabeer fi Usoolit Tafseer by Shah Waliullah

al-fauz-al-kabir-english-by-jalbani-1-pdf

Nota Peta Minda

Syarah Usul Tafsir Fawzul Kabir Shah Waliyullah – Muqaddimah

MUQADDIMAH

Nikmat paling besar ialah dibuka hati oleh Allah untuk memahami al-Qur’an.

Marilah kita kenang jasa Rasulullah kepada umat yang paling besar iaitu menyampaikan dan mengajarkan al-Qur’an kepada kita. Baginda telah mengajarkan al-Qur’an kepada generasi sahabat dan kemudiannya generasi itu menyampaikan kepada generasi tabiin. Begitulah prosesnya dari satu generasi kepada generasi berikutnya hingga sampailah semuanya kepada sebahagian daripada kita.

Baginda telah menyampaikan riwayah (lafaz) dan dirayah (makna) al-Qur’an kepada kita. Maknanya baginda bukan sahaja sampaikan teks tapi mengajarkan juga makna-makna dari al-Qur’an itu. Maka dengannya kita dapat mengamalkan agama ini.

Maka kita berselawat kepada baginda dan berdoa kepada Allah supaya memberikan segala kebaikan kepada baginda. Dan bukan kepada baginda sahaja, tetapi kepada keluarga baginda juga. Kenapa? Kerana keluarga baginda juga telah ada saham di dalam menyampaikan al-Qur’an ini kepada kita. Atau sekurang-kurangnya mereka telah berkhidmat kepada baginda dan memudahkan tugas baginda dalam menyampaikan agama ini kepada kita.

Juga kepada para sahabat yang menyambung tugas baginda dan kepada para ulama’ yang meneruskan tugas para sahabat.

Risalah ringkas ini ditulis dengan tujuan semoga dapat membantu pelajar dan orang yang belajar tafsir al-Qur’an sebagai satu landasan untuk mudah memahami al-Qur’an. Tulisan ini ringkas akan tetapi amat bermanfaat dan susah untuk mendapati penjelasan seperti ini.

Dengan memahami 5 bidang ilmu ini akan dapat membuka pintu kefahaman 30 juzuk al-Qur’an. Tanpa kefahaman asas ini boleh menyebabkan kefahaman al-Qur’an yang tidak tepat dan terkeluar daripada sasaran.

Pengarang kitab (Shah Waliyullah) menulis dengan kefahaman tersendiri tanpa merujuk kepada lain-lain sumber terdahulu. Dibandingkan dengan penulis lain yang selalunya kumpul-kumpul kupasan dari orang lain sahaja. Penulis bergantung dan berharap kepada Allah sahaja sebagai sumber menyudahkan usaha menerbitkan risalah usul tafsir ini. Ada 5 bab dan dengan 5 bab ini boleh faham 30 juzuk al-Qur’an.

Risalah ini berasal dalam bahasa Parsi kemudiannya diterjemah kepada bahasa Arab, Urdu dan Inggeris.

 

LIMA BAB RISALAH USUL TAFSIR FAWZUL KABIR

Bab 1: Menjelaskan 5 bidang ilmu yang hendak dijelaskan. Al-Qur’an diturunkan seolah-olah dengan 5 jenis ilmu ini. Al-Qur’an hendak menerangkan 5 ilmu ini. Maka ini adalah dasar bagi al-Qur’an.

Bab 2: Menghuraikan makna rahsia susunan al-Qur’an. Yang sukar untuk difahami, terutama kepada umat zaman ini yang jauh dari ‘ilmu alat’. Semoga kesukaran ini dapat dihilangkan dengan penjelasan mudah ini.

Bab 3: Menjelaskan kehalusan susunan dan gaya bahasa al-Qur’an yang indah dan berseni. Boleh difahami setakat kemampuan manusia sahaja. Yang sebenarnya hanya diketahui oleh Allah sahaja.

Bab 4: Menjelaskan kaedah-kaedah tafsir dan perselisihan, perbezaan pendapat di antara para sahabat, tabiin. Memang ini berlaku dalam ilmu tafsir.

Bab 5: Menjelaskan lafaz-lafaz gharaib tentang al-Qur’an. Lafaz ayat yang jarang digunapakai dan sukar difahami dan ini telah dijelaskan dengan hadis-hadis. Termasuk tentang asbabun nuzul yang haram jika tidak diketahui (jika hendak mendalami ilmu usul tafsir). Maknanya kena dipelajari.

* bab 5 ini terletak di dalam kitab yang berasingan (Kitab Fathul Khabir)

Sambung ke tajuk yang seterusnya

 

Syarah disampaikan oleh Maulana Hadi

Kemaskini: 20 Mei 2021

Al Fauzul Kabeer fi Usoolit Tafseer by Shah Waliullah

al-fauz-al-kabir-english-by-jalbani-1-pdf

Nota Peta Minda

Tafsir Surah Ali Imran Ayat 195 – 200 (Jangan ikut cara hidup orang kafir)

Ali Imran Ayat 195: Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang ulul albab dan apakah kata-kata dan doa mereka. Sekarang adalah sambungan dari ayat-ayat itu.

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَٰرِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And their Lord responded to them, “Never will I allow to be lost the work of [any] worker among you, whether male or female; you are of one another. So those who emigrated or were evicted from their homes or were harmed in My cause or fought or were killed – I will surely remove from them their misdeeds, and I will surely admit them to gardens beneath which rivers flow as reward from Allāh, and Allāh has with Him the best reward.”

MALAY

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai ganjaran dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah ganjaran yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.

 

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka

Allah ﷻ terima doa mereka. Mereka telah berdoa supaya:

      • Allah ﷻ ampunkan dosa mereka
      • Tutup dosa-dosa mereka
      • Matikan mereka bersama dengan orang-orang yang berbakti
      • Masukkan mereka ke dalam syurga seperti yang pernah dijanjikan oleh Allah ﷻ
      • Jangan hina mereka di akhirat kelak

Amat indah sekali doa-doa mereka dan ini menjadi panduan doa bagi kita tentang apakah yang penting dalam doa kita. Sudah sememangnya kita kena berdoa kepada Allah ﷻ. Tapi kita tidak pasti sama ada Allah ﷻ makbulkan doa kita atau tidak. Dalam ayat ini, alangkah beruntungnya mereka, kerana Allah ﷻ telah kata yang Dia makbulkan doa mereka.

 

أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ

“Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan,

Segala amal kebaikan yang kita lakukan di dunia tidak sia-sia. Kadang-kadang kita tidak ingat pun amal kebaikan yang kita lakukan. Entah ianya sekecil memberi senyuman kepada orang lain, dan benda itu sekejap sangat, tapi Allah ﷻ akan balas juga dengan kebaikan.

Allah ﷻ akan balas, tidak kira lelaki atau perempuan. Ini menunjukkan persamaan taraf antara lelaki dan wanita. Sama-sama mudah untuk mendapatkan pahala. Islam tidak bezakan amal lelaki dan wanita. Maka, janganlah kita kata sebab ada yang dilahirkan sebagai perempuan, susah nak buat pahala, susah nak buat kebaikan – kerana tidak dapat keluar rumah selalu, tidak dapat nak ke masjid selalu, kekuatan tubuh yang kurang, kekuatan kewangan yang kurang, atau apa-apa lagi.

Ingatlah yang Allah ﷻ Maha Adil. Dia tidak tarik atau kurangkan peluang sesiapa sahaja. Sesiapa sahaja ada peluang untuk mendapatkan pahala, asalkan mereka mahu berusaha. Kalau lelaki dengan cara lelaki, kalau perempuan dengan cara perempuan. Yang kaya dengan cara kaya dan yang miskin dengan cara miskinnya. Kita cuma dapatkan ilmu sebanyak mungkin supaya kita tahu apakah yang patut kita lakukan, dan bagaimana melakukannya dengan cara terbaik.

 

بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ

setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; 

Kenapa Allah ﷻ nak bezakan antara lelaki dan perempuan sedangkan kita semuanya dari golongan manusia juga. Kerana walaupun seseorang itu lelaki, tapi dia pasti anak dari seorang emak dan seorang ayah.

 

فَالَّذِينَ هَاجَرُوا

maka orang-orang yang berhijrah

Ada orang yang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka untuk menjaga agama mereka. Walaupun mereka sayang dengan tempat tinggal mereka yang asal, tapi mereka tahu mana yang lebih penting.

Kerana kalau kita duduk di dalam kawasan yang tidak sesuai untuk agama kita, maka eloklah kita tinggalkan sahaja. Mereka yang meninggalkan tempat tinggal mereka kerana hendak menjaga agama, telah melakukan satu tindakan yang berani dan besar sekali.

 

وَأُخْرِجُوا مِن دِيَٰرِهِمْ

dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, 

Ada juga yang sampai dihalau dari tempat tinggal mereka kerana mereka telah berkata benar. Memang berkata benar adalah satu perkara yang payah dilakukan. Kalau masyarakat itu tidak dapat terima, dan mempunyai sifat-sifat yang buruk, sampai ada yang sanggup menghalau orang-orang yang menyampaikan ajaran yang benar dari kampung halaman.

Zaman kita pun ada juga. Ada mereka yang hendak mengamalkan sunnah sampai kena pindah keluar kampung. Antaranya kerana tidak baca qunut subuh sahaja, sudah kena pulau dengan masyarakat kampung yang jahil.

 

وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي

dan juga yang disakiti kerana menjalankan ugamaKu, 

Ada yang disakiti dengan berbagai-bagai cara. Sekurang-kurangnya disakiti dengan mulut dengan diberikan cemuhan dan sebagainya. Begitulah apabila telah buat keputusan untuk menjalankan agama dengan benar. Kalau buat biasa, buat tak kisah tentang agama, tidak ada orang nak kacau pun.

Tapi kalau sudah ada niat hendak menegakkan agama, memang akan ada dugaannya. Kena terima dan ingat yang dugaan ini untuk menambah pahala kita sebenarnya. Kalau kita sabar, maka pasti pahala buat kita. Buat tidak tahu sahaja dengan cemuhan orang. Belajar senyum memanjang.

 

وَقَٰتَلُوا۟

dan yang berperang

Ini adalah ayat tentang jihad. Mereka yang mukmin sanggup untuk menyabung nyawa mereka untuk menegakkan agama Allah ﷻ di atas muka bumi. Telah banyak ayat-ayat tentang jihad yang kita telah belajar. Jihad ini perlu dijalankan dalam kehidupan kita. Sekurang-kurangnya jihad dakwah dengan lisan kerana sekarang tengah tidak ada jihad perang.

 

وَقُتِلُوا

dan yang terbunuh

Apabila berperang di jalan Allah, tentunya ada kemungkinan ramai yang terbunuh. Itulah bayaran yang mereka bayar, iaitu dengan nyawa mereka. Itulah harta mereka yang paling berharga.

Setiap manusia akan tetap mati, maka mati apakah yang paling baik daripada mati di jalan Allah? Mereka yang mati di Jalan Allah, tentunya mati syahid dan itu adalah jalan pintas ke syurga. Mereka terus dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka mati dan tidak perlu menunggu sekian lama di Mahsyar dengan orang lain yang tidak mati syahid.

 

لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ

sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, 

Inilah janji Allah ﷻ kepada mereka yang yang bersifat di atas tadi. Allah akan tutup dan hilangkan kesalahan dosa mereka. Tidak disebutkan langsung di khalayak ramai, maka tidak dimalukan. Bila tidak ada dosa, tentunya tempatnya di syurga kerana tidak perlu dibasuh dosa di neraka.

 

وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ

dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,

Allah ﷻ janjikan syurga kepada mereka. Dan Allah beritahu yang syurga-syurga itu akan ada sungai-sungai yang mengalir di bawahnya. Kerana hendak memberi gambaran kehebatan syurga-syurga itu. Syurga itu tidak dapat dibayangkan dengan akal tapi Allah ﷻ telah memberi beberapa sifat Syurga itu, ditambah dengan hadis-hadis Nabi.

Semua itu untuk memberi motivasi kepada kita untuk memasukinya. Tentunya nikmat itu lebih lagi dari apa yang digambarkan. Tapi kita sudah dapat bayangkan kehebatannya.

 

ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ

sebagai ganjaran dari sisi Allah. 

Ganjaran itu semua adalah dari ‘sisi Allah’. Kalau dari Allah ﷻ, tentunya hebat. Kehebatan sesuatu hadiah itu boleh dilihat dari siapakah yang memberinya. Jikalau yang memberi itu orang yang hebat, tentunya hadiah itu pun hebat. Dan siapakah yang hebat dari Allah ﷻ?

 

وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

Dan di sisi Allah jualah ganjaran yang sebaik-baiknya

Tentulah Allah ﷻ sebaik-baik pemberi ganjaran. Allah yang menjadikan kita maka Dia tahu apakah yang kita mahu. Dia juga maha kaya jadi Dia boleh beri apa sahaja yang akan memuaskan kita.


 

Ali Imran Ayat 196: Sekarang kita masuk ayat tentang infak pula. Kerana infak itu amat penting untuk menjalankan jihad di jalan Allah. Kita kena ingat yang infak ini adalah untuk kebaikan kita. Kerana infak itu akan menjadi harta kita yang sebenar.

Cuma mungkin kita lihat mereka yang tidak infak itu banyak harta kerana mereka sentiasa kumpul sahaja harta mereka tanpa diinfakkan dan kerana itu tidak berkurangan harta mereka. Mungkin pada fikiran kita, itu adalah baik, tapi tidak sebenarnya.

Mereka yang tidak infak itu nampak hanya kepentingan dunia sahaja dan kerana itu mereka tumpukan usaha mereka untuk dapatkan kelebihan dunia semata-mata. Mereka takut untuk infak kerana mereka takut mereka akan jatuh miskin kalau beri duit pada orang lain. Allah ﷻ ingatkan kita supaya jangan terpikat dengan cara-cara mereka itu. Kerana hujung nasib mereka adalah sengsara.

لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي ٱلْبِلَٰدِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Be not deceived by the [uninhibited] movement of the disbelievers throughout the land.

MALAY

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

 

Jangan terpesona dengan bebasnya mereka yang kufur itu bergerak di dunia. Mereka tidak infak dan kerana itu mereka nampak macam banyak harta dan boleh buat apa-apa dan pergi ke sana sini. Jangan terpesona dengan apa yang mereka ada dan bebasnya mereka. Kerana mereka tidak akan berjaya. Jangan kita terpesona sampai kita nak jadi macam mereka pula. Kita sebagai orang Islam, hendaklah melakukan infak.

Atau ayat ini bercakap tentang Ahli Kitab. Mereka memang nampak macam senang sahaja di dunia ini. Mereka ada kekayaan, ada kuasa, ada kesenangan hidup dan sebagainya. Tengoklah bagaimana kayanya orang-orang Yahudi dan Kristian di dunia ini. Tapi jangan terpesona dengan kesenangan hidup mereka. Mereka senang di dunia sahaja dan akan merana di akhirat kelak.

Dan kita telah bincangkan bagaimana mereka ada yang tidak suka dengan pencapaian orang Islam. Dan mungkin ada perancangan untuk menjatuhkan kita. Allah ﷻ nak beritahu dalam ayat ini, jangan risau sangat. Musuh memang buat rancangan untuk menjatuhkan kita, tapi kita kena serahkan kepada Allah ﷻ.

Tapi dalam masa yang sama, kita kena berhati-hati. ‘Ghurur’ maksudnya menipu seseorang yang tidak beri perhatian. Maknanya, kita kena tengok juga apa yang mereka rancang. Kena perhatikan dan bersedia untuk bertindak. Dan bersedia supaya jangan tertipu dengan perancangan mereka. Jangan kita leka sampaikan mereka boleh buat apa sahaja. Tapi janganlah terlebih percaya teori konspirasi yang berbagai-bagai sekarang ini. Itu buang masa.


 

Ali Imran Ayat 197:

مَتَٰعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَىٰهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[It is but] a small enjoyment; then their [final] refuge is Hell, and wretched is the resting place.

MALAY

(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

 

مَتَٰعٌ قَلِيلٌ

(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit,

Jangan kita terpedaya dengan kesenangan yang mereka ada kerana kesenangan yang mereka ada itu hanya sementara sahaja. Sudahlah sementara, ianya sikit sahaja. Allah beritahu kita yang apa sahaja kesenangan yang mereka ada itu sikit sahaja kerana Allah yang beritahu kita.

Mungkin kita nampak mereka senang kerana tidak infak, tapi kesenangan yang mereka rasa itu hanya sementara dan sedikit sahaja. Maka jangan terpesona dan terikut-ikut dengan cara mereka. Ramai yang tergoda dengan kesenangan dunia dan rasa mereka kena ikut cara hidup golongan kafir itu untuk dapat kenikmatan dunia. Inilah fahaman yang bahaya.

 

ثُمَّ مَأْوَىٰهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

Akhirnya, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka juga akhirnya. Lafaz الْمِهَادُ asalnya bermaksud pelukan ibu. Sepatutnya pelukan ibu adalah tempat yang amat menyenangkan bagi seorang bayi, dia akan rasa tenang dan dapat tidur dengan nyenyak dalam pelukan ibunya.

Tapi Allah ﷻ gunakan perkataan itu dalam nada mengejek dalam ayat ini. Kerana sebenarnya, mereka tidak akan tenang langsung di neraka nanti. Apa guna kesenangan yang sementara di dunia kalau akhirnya akan kekal di neraka selama-lamanya?


 

Ali Imran Ayat 198:

لَٰكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّٰتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ لِّلْأَبْرَارِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who feared their Lord will have gardens beneath which rivers flow, abiding eternally therein, as accommodation from Allāh. And that which is with Allāh is best for the righteous.

MALAY

Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).

 

لَٰكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ

Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, 

Tapi sebaliknya, orang yang bertaqwa tidak seperti yang disebut dalam ayat sebelum ini. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang jaga hukum yang telah ditetapkan oleh Allah ﷻ. Dalam segenap hal kehidupan mereka, mereka akan memikirkan apakah hukuman dan syariat Allah ﷻ dalam hal itu? Mereka taat kepada hukum Allah ﷻ kerana mereka takut kepada Allah ﷻ.

 

لَهُمْ جَنَّٰتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ

mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,

Balasan kepada mereka yang bertaqwa adalah mereka akan diberikan dengan syurga. Dan Allah ﷻ sebut tentang sungai-sungai yang mengalir dalam syurga itu sebagai penaik semangat untuk manusia memasukinya.

 

خَٰلِدِينَ فِيهَا

mereka kekal di dalamnya,

Kalau duduk sekejap sahaja di tempat yang baik macam mana pun, itu bukan nikmat sebenar. Sebab kita tahu yang kita tidak akan kekal di dalamnya. Tetapi, Allah ﷻ memberitahu kita yang penghuni syurga akan kekal di dalamnya. Jadi, penghuni syurga akan rasa tenang menikmati segala nikmat di dalam syurga itu, tanpa perlu risau yang mereka akan dikeluarkan dari tempat itu.

 

نُزُلًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ

sebagai sambutan tetamu dari Allah.

Kalimah نُزُلًا bermaksud ‘hadiah tetamu’. Macam kita kalau layan tetamu tentu akan lebih sikit dari hari-hari biasa. Ini memberi isyarat yang Allah ﷻ akan layan kita macam layan tetamu istimewa. Kalau kita pergi rumah orang-orang besar sebagai tetamu, tentulah layanan mereka akan hebat, bukan? Sekarang Allah ﷻ kata, Dia yang akan menjadi tuan rumah. Kalau Dia yang jadi tuan rumah, tentulah layanan kepada tetamuNya itu amat hebat sekali, tidak dapat dibayangkan.

Dan نُزُلًا bermaksud appetizers sahaja. Macam ada tetamu datang rumah kita dan kita sudah sediakan makanan yang istimewa untuk mereka. Tapi sebelum mereka dihidangkan dengan hidangan yang utama, kita berikan makanan ringan dulu kepada mereka, bukan?

Begitulah juga dalam ayat ini. Apa-apa sahaja yang Allah ﷻ sebutkan tentang nikmat dalam syurga, itu adalah makanan ringan sahaja dulu sebelum diberikan dengan hidangan utama. Kerana hidangan utama itu tidak boleh hendak dijelaskan dalam kata-kata. Kena pergi ke sana baru boleh tahu. Ia tentu lebih hebat lagi.

 

وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ لِّلْأَبْرَارِ

Dan apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti 

Apa yang Allah ﷻ ada di sisiNya tentulah amat hebat sekali. Dan Allah ﷻ telah berjanji untuk memberikan kepada mereka yang memiliki hati yang baik, yang berbakti selama mereka hidup di dunia.


 

Ali Imran Ayat 199: Ini adalah ayat tabshir lagi.

وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ لَمَن يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْهِمْ خَٰشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِـَٔايَٰتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَٰئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, among the People of the Scripture are those who believe in Allāh and what was revealed to you and what was revealed to them, [being] humbly submissive to Allāh. They do not exchange the verses of Allāh for a small price. Those will have their reward with their Lord. Indeed, Allāh is swift in account.

MALAY

Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Qur’an) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

 

وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ لَمَن يُؤْمِنُ بِاللَّهِ

Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah

Ada antara golongan Ahli Kitab itu yang beriman. Allah ﷻ ingatkan tentang adanya ahli kitab yang baik supaya kita tidak lupa. Bukanlah semua mereka orang yang jahat. Jangan kita pukul mereka semua sama rata dengan kata mereka semuanya jahat.

Memang telah banyak disebut bagaimana ramai dari kalangan mereka yang cuba hendak menjatuhkan Islam. Tapi secara umum, mereka bukanlah musuh. Pintu untuk mereka masuk Islam masih terbuka lagi. Asalkan mereka mahu beriman. Bukanlah asal nama sahaja Ahli Kitab, terus mereka semua dimurkai.

 

وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُمْ

dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu

Walaupun mereka Ahli Kitab, tapi ada dari kalangan mereka yang beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad – iaitu Al-Qur’an. Dari zaman Nabi, sampailah kepada zaman sekarang, ada sahaja mereka dari golongan Ahli Kitab yang beriman dengan Al-Qur’an.

Selalunya mereka itu mengkaji agama kerana mereka tercari-cari agama apakah yang sebenar. Akhirnya, kerana mereka memang mahukan kebenaran, maka Allah ﷻ telah temukan mereka dengan Al-Qur’an. Dan setelah mereka mengkaji Al-Qur’an, barulah mereka tahu bahawa ianya bukanlah kitab biasa, tapi ia mempunyai banyak pengajaran-pengajaran penting dan tidak mungkin ianya dari manusia.

Maka, mereka akhirnya mencapai keputusan bahawa itu adalah kata-kata dari Allah ﷻ, Tuhan sekalian alam. Dan mereka boleh jadi lebih baik dari kita kerana mereka itu memang orang yang pandai-pandai.

 

وَمَا أُنزِلَ إِلَيْهِمْ

dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka,

Sebelum itu mereka telah beriman dengan Kitab-kitab Suci yang diturunkan untuk mereka. Iaitu mereka telah membaca kitab suci mereka dan mereka telah beriman dengan perkara-perkara akidah yang disampaikan di dalamnya.

Inilah kelebihan Ahli Kitab. Mereka beriman dengan dua Kitab dan kerana itu mereka jikalau mereka masuk Islam, mereka akan mendapat pahala dua kali ganda. Kelebihan ini tidak ada pada kita, kerana kita hanya beriman dengan satu kitab sahaja. Oleh kerana itu, mereka tidak akan rugi kalau mereka memeluk agama Islam. Malah mereka akan dapat lebih lagi dari orang-orang lain.

 

خَٰشِعِينَ لِلَّهِ

mereka khusyuk kepada Allah

Mereka merendahkan diri tunduk kepada Allah ﷻ. Maknanya, mereka tidak sombong untuk beriman dengan Allah. Mereka jenis yang taat kepada Allah ﷻ kerana takut kepada Allah ﷻ.

 

لَا يَشْتَرُونَ بِـَٔايَٰتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا

tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit.

Mereka tidak seperti Ahli Kitab yang lain yang jual ayat-ayat Allah ﷻ. Kita telah belajar bagaimana ada para pendeta yang menjual ayat-ayat dari Kalam Allah yang suci untuk mendapatkan habuan dunia. Mereka beri fatwa yang dikehendaki oleh pengikut mereka, walaupun ianya berlawanan dengan apa yang ada dalam Kitab.

Mereka yang akhirnya beriman dan masuk Islam, tidak melakukan perkara itu. Mereka jujur dengan apa yang tertulis dalam kitab suci mereka. Merekalah juga yang telah membongkarkan kesalahan-kesalahan dan penipuan yang dilakukan oleh ahli agama mereka.

 

أُولَٰئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ

Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. 

Dari amal kebaikan yang mereka lakukan, Allah ﷻ akan beri balasan kepada mereka. Allah ﷻ tidak kira sama ada mereka itu berasal dari Ahli Kitab atau tidak. Asalkan kalau beriman dan berbuat kebaikan, Allah ﷻ akan beri balasan yang baik.

 

إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Apabila Allah sebut hisabNya amat cepat, ia mempunyai tiga makna,

1. Hisab Allah sudah dekat, boleh datang bila-bila masa sahaja. Maka jangan lengah dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Dalilnya adalah Anbiya’:1

اقتَرَبَ لِلنّاسِ حِسابُهُم وَهُم في غَفلَةٍ مُعرِضونَ

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).

2. Hisab sebelum mati. Allah boleh beri terus balasan semasa di dunia lagi dan kadangkala ia sangat cepat. Contohnya selepas kita baca Al-Qur’an dan selepas solat, kita terus rasa tenang. Dan kalau kita buat dosa, selepas buat dosa sahaja kita rasa bersalah, bukan? Kadang selepas kita buat dosa, Allah terus beli balasannya secara ‘cash’. Sebagai contoh, maka kita melihat aurat orang lain, kemudian Allah beri kepala kita terlanggar dinding.

3. Apabila Allah buat pengiraan hisab di akhirat, ia cepat sahaja. Menunggu di Mahsyar yang lama, sampai keresahan yang amat besar sampaikan makhluk akan pergi dari satu Rasul ke Rasul yang lain untuk minta Allah percepatkan hisab. Dan apabila Mahkamah Pengadilan dimulakan, ia akan selesai dalam masa setengah hari sahaja. Ada yang kata satu hari dan ada yang kata selama memerah susu sahaja. Bagaimana mungkin Allah lakukan audit yang sebegini?

Pernah Saidina Ali ditanya tentang hal ini. Beliau jawab sebagaimana Allah mampu untuk memberikan rezeki kepada semua makhlukNya tanpa tertinggal, maka begitu jugalah Allah mampu untuk membuat pengiraan hisab itu serentak. Kita sahaja yang tidak dapat bayangkan kerana ia adalah perkara ghaib dan akal kita tidak mampu mencapai pemahaman itu.


 

Ali Imran Ayat 200: Ini adalah ringkasan kepada keseluruhan pengajaran yang ada dalam Surah Ali Imran ini.

يَٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءآمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, persevere¹ and endure² and remain stationed³ and fear Allāh that you may be successful.

  • In your religion and in the face of your enemies.
  • In patience, outlasting your enemies, and against your own evil inclinations.
  • Posted at your positions against the enemy or in the mosques, awaiting prayers.

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

 

يَٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءآمَنُوا اصْبِرُوا

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu

Sabar dalam taat kepada perintah yang Allah ﷻ berikan. Iaitu segala perintah yang diberikan oleh Allah ﷻ dan disampaikan oleh NabiNya. Hendak taat kepada arahan Allah ﷻ pun memerlukan kesabaran juga. Ia tidak mudah, terutama sekali kepada orang yang berasal dari Ahli Kitab.

 

وَصَابِرُوا

dan kuatkanlah kesabaran kamu

Sekali lagi disebut arahan untuk sabar. Ini adalah suruhan untuk lawan dengan sabar puak kuffar. Hendaklah tambah lebih sabar dari orang kafir dalam kesabaran. Orang kafir pun sabar juga, dan kita hendaklah lebih sabar dari mereka.

Mereka yang kafir dan berusaha untuk jatuhkan Islam, mereka pun sabar juga. Tapi kita kena lebih lagi sabar dari mereka. Kita kena bertahan lebih lama dari mereka. Usaha kita kena lebih. Jangan kita kalah dengan mereka.

 

وَرَابِطُوا

dan bersedialah

Lafaz رَابِطُوا dari katadar ر ب ط yang bermaksud ‘ikat’. Kalau zaman dahulu, perkataan ini digunakan kepada kuda yang diikat, yang sudah sedia untuk berperang.

Ayat ini memberi isyarat bahawa kita kena sentiasa bersedia untuk berperang dengan musuh kita. Hendaklah sentiasa berada di perbatasan untuk meneruskan perjuangan. Jangan kita duduk rehat-rehat sahaja. Kerana kita bila-bila masa sahaja boleh dipanggil untuk menegakkan jihad.

 

وَاتَّقُوا اللَّهَ

serta bertaqwalah kamu kepada Allah

Taqwa banyak disebut sebab ia adalah perkara penting. Yang bertaqwa sahaja yang boleh buat segala yang disuruh. Telah banyak arahan-arahan dan saranan yang kita telah belajar dalam surah ini. Mereka yang bertaqwa sahaja yang mampu menjalankannya.

 

لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

mudah-mudahan kamu berjaya

Mudah mudahan kita berjaya di akhirat kelak. Perkataan إفلح bermaksud ‘kejayaan’ tapi ianya merujuk kepada kejayaan yang khusus di akhirat. Kerana ada kejayaan di dunia dan ada kejayaan di akhirat. Yang kita paling kehendaki adalah kejayaan di akhirat kelak.

Habislah sudah tafsir Surah Ali Imran dan sebelum ini Surah Baqarah. Kedua-duanya adalah surah yang panjang. Kedua-duanya penting sebagai asas kepada pembinaan masyarakat Islam.

 

Allahu a’lam. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah an-Nisa.

Kemaskini: 24 Oktober 2023

Ringkasan Surah Ali Imran


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Mu’jam [Rujukan ayat Qur’an]

Ayat-Ayat Penting Untuk Rujukan Bersandarkan Tafsir Al Qur’an.

Allah Tidak Mengampunkan Dosa Syirik.

  • Nisa’: 48
  • Nisa’: 116
  • Zumar: 53-54

Qada’ dan Qadar

  • Nisa:78 Baik dan buruk dari Allah
  • A’raf:131 sial itu dari Allah

Tidak Boleh Minta Upah Dalam Mengajar agama.

  • Thur: 40
  • Yunus: 72
  • Mu’minun: 72
  • Shuraa: 23
  • Yusuf: 104
  • Syu’araa: 109, 127, 145, 164 & 180
  • Yaasin: 21
  • Furqan: 57
  • An’am: 90
  • Hud: 15, 16 – Batal Amalan Minta Upah
  • Hud: 29 – Nabi Nuh Tidak Minta Upah. Upah Daripada Allah Sahaja.
  • Hud: 51 – Nabi Hud Juga Tidak Minta Upah Atas Seruan Beliau.
  • Yusuf:104

Tidak Sampai Sedekah Pahala Amalan Badan.

  • Najm: 38 – Dosa Tanggung Sendiri-Sendiri (Tidak Pikul Dosa Orang Lain Setelah Berdakwah/Nasihat).
  • Najm: 39 – Tiada Balasan Melainkan Apa Yang Telah Diusahakan Di Muka Bumi.
  • Zumar: 7 – Tidak Boleh Tanggung Dosa Orang Lain. Kalau Dosa Tidak Boleh Transfer, Pahala Juga Tidak Boleh Transfer.
  • Fussilat: 46 – Sendiri Lakukan Amal Soleh Dapat Pahala, Sendiri Buat Jahat Dapat Dosa. Dosa Dan Pahala Tidak Boleh Transfer Kepada Orang Lain.
  • Syura: 21 – Patutkah Mereka Mempunyai Sekutu-Sekutu Yang Menentukan Mana-mana Bahagian Dari Agama Mereka, Sebarang Undang-Undang Yang Tidak Di Izinkan Allah.
  • Zumar: 35 – Limpah Kurnia Yang Demikian, Diberikan Kepada Orang-Orang Yang Bertaqwa. Kerana Allah Hendak Menghapuskan Dari Mereka (Kalaulah Ada) Seburuk-Buruk Amal Perbuatan Yang Mereka Telah Lakukan. Serta Membalas Mereka Akan Pahala Mereka Dengan Balasan Yang Lebih Baik Dari Apa Yang Telah Mereka Kerjakan.
  • Jasiyah: 28 – Diberikan Buku Amalan Dan Di Balas Apa Yang Kita Telah Lakukan.

Menolak Talqin.

  • Fatir: 22 – Orang Di Dalam Kubur Tidak Boleh Mendengar.
  • Fatir: 13-14 – Orang Mati Tidak Mendengar Dan Tidak Dapat Memberi Apa-Apa.
  • An’am: 36 – Hanya Boleh Ajar Akidah Kepada Orang Yang Masih Boleh Mendengar Sahaja. Orang Mati Tidak Boleh Mendengar.
  • Rum: 52 – Orang Mati Tidak Boleh Mendengar.
  • Naml: 80 – Orang Mati Tidak Boleh Mendengar.

Wajib Belajar Isi Kandungan Al Qur’an.

  • Zukhruf: 36 – Siapa Tidak Belajar Isi Kandungan Al Qur’an, Allah Berikan Syaitan Seekor.
  • Zukhruf: 37 – Syaitan Tidak Halang Daripada Kebenaran, Tetapi Mereka Rasakan Mereka Betul.
  • Qasas: 85 – Belajar Al Qur’an Itu Fardhu Ain. Iaitu Faham Tafsir Dan Isi Kandungan Al Quran.
  • Baqarah: 121 – Baca Kitab Dengan Benar Kena Faham. Hendak Faham Kena Belajar Tafsir Al Qur’an.
  • Nisa’: 82 – Kena Tadabbur (Fahami) Isi Kandungan Al Qur’an.
  • Furqan: 30 – Nabi Mengadu Kepada Allah Yang Umatnya Tidak Mengendahkan Al Quran.
  • Ali ‘Imran: 187 – Kena Sampaikan Qur’an. Jangan Sorok Dan Jual.

Al Qur’an Mudah Dipelajari.

  • Qamar: 17, 22, 32, 40 – Dan Sesungguhnya Kami Mudahkan Al Qur’an Untuk  Peringatan Dan Pengajaran bagi Orang Yang Berakal.
  • Maryam: 97

Tidak Boleh Sembunyikan Ilmu.

  • Baqarah: 159 – Allah Laknat Orang Yang Sembunyikan Ilmu.
  • Baqarah: 174 – Orang Sembunyi Ilmu Sebab Upah/Pangkat.

BAB DOA

Adab-adab Doa

  • Baqarah:186
  • A’raf: 55 – Berdoalah Kamu Dengan Suara Perlahan. Allah Tidak Suka Orang Melampaui Batas.
  • A’raf: 205
  • Surah Hud: 46 Kena tahu lafaz doa
  • Isra’: 110 – Jangan Nyaringkan Bacaan Doa Atau Solatmu. Jangan Pula Perlahankannya. Bersederhanalah.
  • Maryam: 3 – Ingatlah Ketika Nabi Zakaria Berdoa Dengan Suara Yang Perlahan.
  • Anbiya’:90 doa dengan harap dan cemas

Doa Hanya Kepada Allah.

  • Baqarah:186 (Sesiapa Sahaja Boleh Berdoa).
  • Ghaafir: 60 – Berdoalah KepdaKu, Nescaya Aku Perkenankan Doamu.
  • Ghaafir: 14
  • Zukhruf:49 Orang yang minta orang lain doakan, ada masalah sebenarnya

Tentang Roh.

  • Mukminun: 100 – Roh Orang Mati Tidak Boleh Balik Ke Dunia.
  • Zumar: 42 – Semasa tidur, salah satu dari dua roh diangkat.

Amalan Berpantang Adalah Syirik.

  • Nahl: 116 – Jangan Haramkan (Makanan) Yang Allah Halalkan.
  • Yunus: 59 – Pandai-Pandai Halal Dan Haramkan Sesuatu Tanpa Dalil, Iaitu Berdusta Kepada Allah.
  • Yunus: 60 – Berdusta Kepada Allah Masuk Neraka Sebab Kurniaan (Rezeki Dan Syariat Adalah Daripada Allah).

Nabi Shalallahu Alaihi Wasallam Manusia Biasa.

  • An’am: 50 – Nabi Tidak Tahu Perkara Ghaib.
  • A’Raf: 188 – Nabi Tidak Memberi Manfaat Dan Mudharat, Tidak Tahu Perkara Ghaib, Hanya Pesuruh Allah.
  • A’raf:203 Rasulullah tidak boleh keluarkan mukjizat
  • Yunus: 49 – Tiada Kuasa Tolak Mudharat Dan Datangkan Manfaat, Setiap Ummat Ada Tempoh Yang Dutetapkan.
  • Anbiya’:7-8
  • Jinn: 21 – Nabi SAW Tidak Ada Kuasa Mendatangkan Mudharat Dan Kebaikan.
  • Ahqaf: 9
  • Kahf: 110
  • Syura: 17 – Nabi Tidak Tahu Bila Hari Kiamat.

Ayat Tolak Amalan Yang Bukan Kerana Allah.

  • Nisa’: 146

Ayat Tolak Bidaah.

  • Ma’idah: 3 – Agama Islam Ini Sudah Lengkap. Tidak Perlu Ditambah-Tambah.
  • An’am: 116 – Ikut Kebanyakan Orang Akan Menyesatkan Diri Dari Jalan Allah.
  • A’raf:152 Dalil Allah akan beri azab kepada pelaku bid’ah
  • A’Raf: 175 – Perintah Supaya Di Bacakan Ayat Al Qur’an Kepada Orang-Orang Yang Ingkar. Sekiranya Mereka Berpaling Daripada Kalamullah, Maka Termasuklah Dia Dalam Golongan Yang Sesat.
  • Fussilat: 25 – Buat Bidaah Allah Berikan Syaitan.
  • Syura: 21 – Buat Syariat Baru Adalah Syirik.
  • Yunus: 32 – Sangkaan Mereka Sahaja.
  • Haqqah: 44-46 – Kalau Nabi Reka Amalan Baru Dalam Agama, Allah Akan Cabut Urat Jantung Baginda.
  • Ahzab: 36 – Orang-Orang Beriman Lelaki Atau Perempuan Tidak Boleh Ikut Kehendak Sendiri Apabila Sudah Ada Ketetapan Dari Allah Dan Rasul.
  • Nur: 51 – Perkataan Orang Beriman Apabila Di Ajak Kepada Al Kitab Dan As Sunnah “Kami Dengar Dan Kami Patuh/Taat”.
  • Jasiyah: 18 – Ikuti Syariat. Jangan Ikut Hawa Nafsu.
  • Ahzab: 66-68 – Tinggalkan Allah Dan Rasul Kerana ikut Pemimpin Yang Ingkar.
  • Isra’: 36 – Amalan Kena Ada Ilmu.

Orang Yang Beri Salam Kepada Malaikat, Wali, Nabi, Rasul Sebenarnya Sembah Jin/Syaitan.

  • Yunus: 28
  • Saba’: 40

Ayat Menolak Fahaman ‘Nur Muhammad’.

  • Yaasin: 82.

Dalil Allah Berada Di Langit.

  • An’am: 18
  • An’am: 61
  • A’raf:54
  • Nahl: 50
  • Fathir: 10.
  • Mulk: 16-17 – Allah Ada Di Langit.
  • Ghafir: 36-37 – Firaun Juga Hendak Naik Ke Langit Kerana Nabi Musa Berkata Yang Allah Di Langit.

Tidak Boleh Sertai Majlis Bidaah.

  • An’am: 68-70
  • Nisa’: 140

Kena Ikut Rasul.

  • Hasyr:7 – Apa Yang Rasul Perintahkan Kena Ikut. Apa Yang Dia Larang Tinggalkan.
  • Ahzab: 37 – Tidak Boleh Tolak Apabila Nabi Sudah Buat Keputusan.
  • Nisa’: 64 – Rasul Itu Untuk Di Taati.
  • Nisa’: 80
  • Nisa’: 115

Buat Amalan Kena Ada Ilmu.

  • Isra’: 36

Berkenaan Syafaat.

  • Baqarah: 254 – Infaq Dan Syafaat.
  • An’am:51
  • Yunus:3 – Pemberi Syafaat Hanya Dengan Izin Allah
  • Yunus:18 – Mereka Sembah Ilah Lain Sebab Hendak Syafaat. Apakah Allah Tidak Tahu? Kalau Allah Tahu Semua Perkara Tentang Makhluknya, Adakah Lagi Yang Kita Boleh Cadangkan?
  • Maryam: 87
  • Taha:109, 110 Dua syarat disebut. Pemberi syafaat dibenarkan dan dengan kalimah yang dibenarkan.
  • Anbiya’:28 hanya mereka yang layak sahaja dapat syafaat.
  • Saba’:23 – Syafaat Kepada Orang Yang Dapat Keizinan Allah Sahaja.
  • Yaasin:23 – Menolak Syafaat Qahriyah.
  • Zumar: 43-44
  • Zukhruf: 86 – Syafaat Hanya Daripada Allah. Hanya Mereka Yang Tauhid Sahaja Layak Menerima Syafaat.
  • Najm:26 – Malaikat Juga Tidak Boleh Beri Syafaat Kecuali Dengan Izin Allah.
  • Sajdah:4
  • Muddaththir:48

Manusia Akan Berpecah.

  • Surah Asy Syura: 10 – Kembalikan Kepada Allah Sahaja Kalau Khilaf
  • Surah Asy Syura: 14 – Setelah Datang Ilmu Pengetahuan.
  • Surah Al Baqarah: 213
  • Surah Al Jasiyah: 17
  • Surah Ali ‘Imran: 105
  • Surah Ali ‘Imran: 19
  • Surah Al Bayyinah: 4

Ujian Daripada Allah.

  • Surah Al Ankabut: 2-3

Muzik Haram.

  • Surah Al Isra’: 64
  • Surah Luqman: 6

Ayat-Ayat Berkenaan Jin.

  • Al Isra’: 65 – Syaitan Itu Ada Yang Jin Dan Ada Yang Manusia.
  • An Nas: 6 – Syaitan Itu Ada Dari Jin Dan Ada Yang Manusia.
  • Al An’am: 112 – Syaitan Itu Ada Yang Jin Dan Ada Yang Manusia. Allah Telah Siapkan Bagi Setiap Nabi, Musuh Dari Kalangan Syaitan. Jin ajar ajaran salah kepada manusia.
  • Al An’am: 128 – Jin Banyak Sesatkan Manusia
  • Al Isra’: 64 – Syaitan Menjanjikan Tipu Daya Sahaja.
  • Al A’raf: 27 – Kita Tidak Boleh Nampak Jin.
  • Al Mukminun: 97-98 – Doa Yang Allah Ajar Untuk Berlindung Dari Syaitan Berbentuk Jin.
  • Al A’raf: 200 – Allah Suruh Kita Istiaazah/Taawwudz Untuk Berlindung Dari Syaitan/Jin.
  • Fussilat: 25 – Jin Akan Dihadiahkan Kepada Manusia Yang Akan Mencantikkan Benda Yang Salah.
  • Fussilat: 29 – Yang Sesat Akan Minta Untuk Lihat Mana Jin Yang Sesatkan Mereka Semasa Di Dunia Dahulu.
  • Fussilat: 36 – Istiaazah Untuk Berlindung Dari Syaitan/Jin.
  • Al Jinn: 1 – Nabi Tidak Tahu Jin Mendengar Baginda Membaca Al Qur’an.
  • Al Jinn: 6 – Lagi Manusia Takut Kepada Jin, Lagi Menyebabkan Jin Berani Dan Takutkan Kita Lagi.
  • Al An’am: 100 – Manusia Melakukan Syirik Dengan Jin.
  • Al Hijr: 42 – Kalau Kita Menjadi Hamba Allah Yang Sebenarnya, Kita Tidak Dapat Disesatkan Oleh Syaitan.
  • Al Mujadilah: 9 – Syaitan Boleh Menyebabkan Manusia Terlupa.
  • Al Kahf: 63 – Syaitan Boleh Menyebabkan Manusia Terlupa.
  • An Nahl: 98 – Berlindung Supaya Syaitan Tidak Kacau Kita Dalam Pembacaan Al Qur’an.
  • An Nahl: 99-100 – Syaitan Tidak Mempengaruhi Mereka Yang Beriman.
  • Asy Syu’ara: 211 – Jin Tidak Duduk Dengan Manusia Kecuali Jin Kafir. Jin Islam Tidak Ada Hubungan Dengan Jin Islam Tidak Ada Hubungan Dengan Manusia.
  • Saba’:40 Manusia sembah jin dan beriman dengan jin.

Tauhid Rububiyyah.

  • Surah Al Isra’: 67 – Kalau Di Laut Sudah Tidak Ingat Tuhan Yang Lain
  • Surah Al Baqarah 255 (Ayat Kursi).

Tawasul.

  • Surah Al Maidah: 35 – Carilah Wasilah. Wasilah Ini Bermaksud Cara Mendekatkan Diri Kepada Allah. Bukan Tawasul Dengan Perantara Nabi, Malaikat Atau Wali.
  • Surah Az Zumar: 3 – Bertawasul Itu Kerana Hendak Mendekatkan Diri Dengan Allah.

Alasan-alasan Ahli Bidaah.

Kitab.

  • Surah Asy Syura: 14 – Mereka Yang Mewarisi Kitab. Bagi Alasan “Ada Dalam Kitab Itu Dan Ini”.
  • Surah Al An’am: 114 – Adakah Patut Ambil Hukum Selain Daripada Allah.
  • Surah Ali ‘Imran: 78-79.

Ulama’/Tok Nenek.

  • Baqarah: 165 – Cinta Selain Allah. Sama Macam Cinta Kepada Allah. Cinta Itu Bermaksud Kita Taat. Ada Yang Taat Kepada Kata-Kata Ustaz Mereka Dan Menolak Ayat Al Qur’an.
  • Baqarah:170
  • Ma’idah: 104
  • A’raf: 28 – Bila Buat Perkara Keji, Mereka Kata Ikut Nenek Moyang Dan Allah Suruh, Sedangkan Allah Tidak Akan Suruh Lakukan Perkara Keji.
  • A’raf:70
  • A’raf:178 Hujah ikut tok nenek tak laku
  • Anbiya’: 53 – Kaum Nabi Ibrahim Pun Kata Amalan Mereka Itu Amalan Tok Nenek.
  • Syu’ara: 74 .
  • Zukhruf: 22-23 – Kami Dapati Datuk Nenek Kami Menuruti Jalan Agama. Kami Ikut Mereka.
  • Zukhruf Ayat 24 – Nabi Hendak Bawa Mereka Agama Yang Benar, Mereka Ingkar.
  • Zukhruf: 25 – Sebab Ingkar Allah Turunkan Azab.
  • Yunus:78 – Firaun Kata Kononnya Nabi Musa Pesongkan Mereka Daripada Sembah Berhala Macam Nenek Moyang Mereka.
  • Taubah:31 – Jadikan Pendeta-Pendeta dan Ahli-Ahli Agama Sebagai Pendidik Selain Allah.
  • Yunus:78
  • Luqman:21

Majoriti.

  • An’am: 116 – Kalau Kita Ikut Kebanyakan Manusia, Kita Akan Sesat.
  • Baqarah: 208 – Kena Masuk Islam Sepenuhnya. Jangan Lakukan Lagi Amalan Yang Sudah Biasa Dilakukan Sebelum Islam Dan Sunnah.
  • Surah Al Maidah: 100.
  • Saffaat:71
  • Yusuf:103

Akal.

  • Surah Al A’Araf: 12 – Iblis Menggunakan Akal, Mengatakan Yang Dia Lebih Mulia ari Nabi Adam Kerana Dia Dijadikan Dari Api.
  • Surah Ali ‘Imran: 66 – Hujjah Kena Ada Dalil.

Niat.

  • Surah Al Baqarah: 11.

Berita-Berita Baik.

  • Surah Ghaafir: 51 – Allah Pasti Menolong Orang Beriman.
  • Surah Yunus: 103 – Allah Akan Selamatkan Orang Mukmin Dari Azab.
  • Surah Hud: 52 – Istighfar Dapat Rezeki.
  • Surah Nuh: 11 – Istighfar Dapat Rezeki Dan Anak.
  • Surah Fussilat: 30 – Malaikat Akan Sambut Bila Mati.

Berkenaan Dakwah.

  • Fussilat: 33 – Dakwah Adalah Kata Yang Paling Mulia.
  • Fussilat: 34 – Dakwah Dengan Cara Baik. Cara Lembut Dan Gunakan Dalil Al Quran.
  • Al An’am: 83 – Hujjah Kita Datangnya Dari Allah, Bukan Dari Akal Kita.
  • Al An’am: 108 – Jangan Hina Sembahan Orang Lain.
  • Furqan:27 menyesal kerana tak ikut jalan Nabi (dakwah)
  • Furqan: 52 – Jihad Dakwah Kepada Kafir.
  • Syura: 7 – Sampaikan Kepada Ummul Qura’ Dan Kawasan Sekitar. Siapak yang akan sampaikan kalau bukan kita?
  • Syura:15
  • Saff: 2 – Kena Lakukan Apa Yang Kita Dakwah. (Jangan Berdakwah Tanpa Lakukan).
  • Maidah:54 jangan takut dengan celaan yang mencela.
  • Ahzab:34 kena ingat dan beri peringatan kepada orang lain dengan wahyu dan hikmah.

Dakwah Kena Guna Al Qur’an.

  • Surah Al An’am: 19.
  • Surah Asy Syura: 7.

Dugaan kepada pendakwah

  • An’am: 112 para Rasul diberi dengan syaitan

Ayat Berkenaan Mukjizat.

  • Surah Al An’am: 35 – Kalau Nabi Boleh Hendak Cari Sendiri Mukjizat, Carilah.
  • Surah Ar Ra’d: Rasul-Rasul Tidak Boleh Buat Mukjizat Sendiri.

Tentang Musibah.

  • Surah Asy Syura: 30 – Musibah Yang Menimpa Manusia Kerana Kesalahan Manusia Itu Sendiri.
  • Surah An Nisa’: 79.
  • Rum:41

Berhukum Kena Menggunakan Wahyu.

  • An’am:114
  • Yunus: 40.

Tentang Nabi Isa.

  • Surah Ali ‘Imran: 55 – Nabi Isa Di Angkat Ke Langit.
  • Surah An Nisa’: 157, 158 – Nabi Isa Tidak Di Bunuh Oleh Yahudi.
  • Surah An Nisa;: 159 – Ahli Kitab Semuanya Akan Beriman Sebelum Kematian Nabi Isa Apabila Baginda Dibangkitkan.
  • Surah Az Zukhruf: 61 – Nabi Isa Ilmu Kepada Datangnya Hari Kiamat.

Ayat-Ayat Masyarakat Selalu Salah Amal.

  • Surah Saba’: 10 – Digunakan Untuk Melembutkan Besi.
  • Surah Yaasin: 9 – Bagi Polis Tidak Nampak.
  • Surah Fussilat: 44 – Ayat Syifa’
  • Surah Ali ‘Imran: 191 – Zikir Menari.

Azab Kubur.

  • Surah Ghafir: 45, 46.
  • Surah Taha: 124
  • Surah Al An’am: 93 الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ Kerana Alam Barzakh Adalah Alam Pertama Sebelum Kiamat.
  • Surah Al Anfal: 50 وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ
  • Surah Thur: 45-47 وَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا عَذَابًا دُونَ ذَلِكَ

Amar Makruf Nahi Mungkar.

  • Maidah:63
  • Maidah:79
  • Maidah:105 (Jangan Salah Sangka Ayat Ini Bukan Suruh Amar Makruf Nahi Mungkar).
  • A’raf:164 – 165 Kesan apabila tidak menjalankan amar makruf nahi mungkar
  • A’raf:199
  • Anfal:25 walau tak buat, boleh kena azab juga
  • Hud:116, 117 Ulul Baqiyyah.
  • Hajj:41 – Mereka Yang Akan Di Bantu Oleh Allah.
  • Luqman:17

Adab

  • Surah Al Maidah: 101 – Jangan Tanya Perkara Yang Sia-Sia.
  • Surah Ali ‘Imran: 134 – Tahan Marah Dan Maafkan Kesalahan Orang Lain.
  • Surah Ali ‘Imran: 135 – Terus Minta Ampun.

Jangan Berkawan Dengan Orang Jahat.

  • Surah Hud: 113

Menangani Musuh.

  • Ali ‘Imran: 120 – Sabar Dan Taqwa.

Manusia yang tetap akan tolak

  • An’am: 111 Kalau malaikat datang, orang mati bercakap, diberi segala sesuatu, mereka tetap menolak

Cara Penentang Wahyu.

  • Fussilat: 26 – Mereka Buat Bising Dan Mengacau.
  • Fussilat: 40 – Ilhad (Pusing Maksud Al Qur’an).
  • Yunus: 15 – Minta Di Berikan Al Qur’an Yang Lain.

Bahaya Mengikut Sahaja (Taqlid Buta).

  • Fussilat: 29 – Ahli Neraka Hendak Tengok Siapakah Yang Menyesatkan Mereka.

Istidraj.

  • An’am:44
  • A’raf: 95
  • A’raf 182-183
  • Anfal:53
  • Qalam:44

Sifat-sifat orang Munafik

  • Baqarah ayat 8 hingga 20 : Sifat Golongan munafiq.
    • Menipu.
    • Degil dakwah.
    • Melakukan kerosakan dengan perkara mungkar.
    • Bodoh tidak boleh diajar.
    • Talam dua muka (berpura-pura).
  • Baqarah ayat 204 hingga 210 : Perbuatan orang-orang munafiq.
  • Ali-Imran ayat 165 hingga 168 : Beberapa sifat orang munafik.
  • Nisa:61 tidak pakai hukum Allah/Rasul
  • Nisa:66 tidak taat arahan Allah.
  • Nisa:72 tidak turut misi jihad
  • Nisa:80 Buat mesyuarat luar mesyuarat
  • Nisa’:82 tidak tadabbur Quran.
  • Nisa’:83 suka menyebarkan berita tak benar lagi
  • Nisa’ ayat 137 hingga 147 : Beberapa keburukan orang munafiq.
  • Nisa’:139 mereka berkawan dengan kafir kerana hendak izzah
  • Nisa’:140 kufur dengan wahyu dan mempermain
  • Nisa’:141 mereka tunggu tengok siapa yang menang antara mukmin dan kafir
  • Nisa’:142 hendak menipu Allah; solat tidak serius; sedikit sahaja ingat Allah
  • Nisa’:143 sekejap ke sana dan sekejap ke sini
  • Anfal:49 menuduh orang mukmin ditipu oleh janji agama
  • At-Taubah ayat 62 hingga 66 : Tuduhan orang munafiq terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
  • At-Taubah ayat 67 hingga 70 : Hasutan-hasutan orang munafiq dan ancaman Allah terhadap mereka.
  • At-Taubah ayat 75 hingga 78 : Pengakuan orang munafiq tidak dapat dipercayai.
  • At-Taubah ayat 79 hingga 80 : Kemunafiqan adalah dosa yang tidak diampuni Allah.
  • At-Taubah ayat 84 hingga 85 : Larangan mensolatkan jenazah orang munafiq.
  • At-Taubah ayat 86 hingga 90 : Keengganan orang munafiq untuk berjihad dan pahala orang yang berjihad.
  • Nur:63 keluar majlis menyorok
  • Muhammad ayat 20 hingga 30 : Ancaman terhadap orang-orang munafiq.
  • Hadid:13 Meminta-minta cahaya dari orang Mukmin kerana mereka tidak ada cahaya. Mereka kemudian dipisahkan dari orang Islam yang selamat.
  • Hadid:14 Disebutkan 4 sifat golongan munafik dalam ayat ini
  • Hadid:15 Mereka disamakan dengan golongan kafir yang tidak dapat menebus diri mereka
  • Hadid:16 Hati mereka tidak lembut terhadap Allah dan wahyu Allah. Mereka malas belajar wahyu
  • Hadid:23 Bakhil dan ajak orang lain jadi bakhil
  • Mujaadilah:7 mengadakan perjumpaan rahsia (najwa)
  • Mujaadilah:14 bersekongkol dengan musuh; bersumpah kosong
  • Hashr:13 lebih takut kpd manusia dari takut kepada Allah.
  • Al-Munafiqun ayat 1 hingga 8 : Sifat-sifat orang munafiq.

Jangan haramkan yang halal

  • Maidah:87
  • Maidah:88

 

Tentang Infak

  • Anfal:36 Orang kafir pun infak
  • Tawbah:53-54 Infak orang munafik tidak diterima

Ayat Berkaitan Hukum/Hak Wanita/Isteri.

Kewajipan Berhijab.

  • Maidah:5 boleh nikah wanita ahli kitab
  • An Nur: 31.
  • Al Ahzab: 59

Larangan Tabarruj.

  • Nur: 31.
  • Ahzab: 33

Larangan Mengubah Ciptaan Allah.

  • Nisa’: 119

Berkaitan Isu-isu Cerai

  • Baqarah:228-233. Hukum-hukum cerai
  • Nisa’: 130. Allah ganti dengan yang lebih baik
  • Nisa’: 35. Hakam ada kuasa menjatuhkan talaq
  • Talaq:1 Cara menjatuhkan talaq.

Ayat Berkaitan Hukum/Hak Lelaki/Suami.

Tingkat Kelebihan Para Suami.

  • Surah Al Baqarah: 228.
  • Surah An Nisa’: 34 (Lelaki pemimpin Kaum Wanita).

Kewajipan Berlaku Adil Kepada Isteri.

  • Surah An Nisa’: 3.

Hubungan Suami Isteri

  • Surah Al Baqarah: 222 tidak boleh gauli ketika haidh
  • Surah Al Baqarah: 223. Perintah Bermesra/Menggauli Isteri Dengan Cara Baik.
  • Surah Al Baqarah: 187. Boleh Menggauli Isteri Pada Malam Hari Selepas Berpuasa/ Larangan Menggauli Isteri Ketika I’tikaf.
  • Nisa:129 Suami takkan mampu adil terhadap isterinya

Berkenaan ibadah solat

  • Surah Al Baqarah: 238. Keutamaan Solat Asar (Solat Wustho – Pertengahan).
  • Surah As Sajdah: 16 – Galakan Solat Tahajjud.

Ayat-ayat Hukum

  • Baqarah: 178 (Kewajipan Qisas – Bunuh Balas Bunuh).`
  • Maidah:4 Pakai anjing atau binatang untuk tangkap binatang buruan

Berkenaan Hati

  • Surah Al Hashr: 10 (Doa Mohon Di Hindari Sifat Dengki Terhadap Orang Beriman).

Tentang Bersedekah.

  • Surah Al Baqarah: 261 – Perumpamaan Sebiji Benih Yang Tumbuh Menerbitkan Tujuh Tangkai Dan Tiap-Tiap tangkai Mengandungi Seratus Biji (Allah Lipatgandakan Pahala Sedekah).
  • Surah Al Baqarah: 262 – Tidak Akan Berlaku Kebimbangan/Dukacita Bagi Orang Yang Bersedekah Ikhlas Kerana Allah (tidak Mengungkit-Ungkit/Menyinggung Si Pemberi).
  • Surah Al Baqarah: 263 – Jika Tidak Mampu Bersedekah, Menolak Dengan Cara Baik (Berkata-Kata Dengan Baik) Tanpa Menyakitkan Hati Si Peminta Sedekah.
  • Surah Al Baqarah: 264 – Larangan Mengungkit-Ungkit Pemberian/Menyakiti hati Si Peminta Sedekah.
  • Taghabun:17 Allah akan balas berlipat kali ganda

Berhati-hati

  • Yusuf:67. Nabi Ya’qub suruh anak-anak dia jangan masuk sekali, takut orang tengok dan ada penyakit ain pula.

Jangan melampau dalam agama

  • Nisa:171

Musibah kerana dosa

  • A’raf:100 Allah boleh kenakan musibah kerana dosa manusia

Kemaskini: 31 Mei 2023