Tafsir Surah Ahzab Ayat 31 – 33 (Perempuan jangan cakap lembut)

Ayat 31: Masih lagi khitab kepada para isteri Nabi ﷺ.

۞ وَمَن يَقنُت مِنكُنَّ ِلِلهِ وَرَسولِهِ وَتَعمَل صٰلِحًا نُّؤتِها أَجرَها مَرَّتَينِ وَأَعتَدنا لَها رِزقًا كَريمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever of you devoutly obeys Allāh and His Messenger and does righteousness – We will give her her reward twice; and We have prepared for her a noble provision.

(MELAYU)

Dan barang siapa di antara kamu sekalian (isteri-isteri nabi) tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan mengerjakan amal yang saleh, nescaya Kami memberikan kepadanya pahala dua kali lipat dan Kami sediakan baginya rezeki yang mulia.

 

وَمَن يَقنُت مِنكُنَّ ِلِلهِ وَرَسولِهِ وَتَعمَل صٰلِحًا

Dan barang siapa di antara kamu sekalian (isteri-isteri nabi) tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan mengerjakan amal yang saleh,

Kalimah يَقنُت adalah dari katadasar ق ن ت yang bermaksud perbuatan yang bersedia untuk menerima arahan dan jikalau mereka menerima arahan itu maka mereka suka untuk melakukannya. Dari katadasar ini juga kalimah ‘qunut’ diambil.

Qunut kepada Nabi Muhammad ﷺ tidaklah sama seperti kepada suami-suami yang lain kerana baginda bukanlah suami yang biasa tetapi baginda adalah juga seorang Rasulullah. Baginda memikul tugas yang amat besar sekali yang mesti dijalankan di atas muka bumi ini.

Ini penting kerana ayat ini tidak boleh digunakan oleh para suami untuk menyuruh isteri mereka qunut terus kepada mereka. Memang seorang isteri kena taat kepada suami, tetapi tidaklah sama sampai kepada tahap qunut kepada Rasulullah ﷺ pula. Kerana kedudukan suami biasa tidaklah sama seperti kedudukan baginda.

 

نُّؤتِها أَجرَها مَرَّتَينِ

nescaya Kami memberikan kepadanya pahala dua kali lipat 

Dan jikalau mereka sanggup qunut kepada Allah ‎ﷻ dan Rasulullah ﷺ, maka Allah ‎ﷻ menjanjikan kepada mereka pahala dua kali lipat. Ini kerana pahala yang pertama adalah sebagai seorang Muslim, dan pahala yang kedua adalah kerana mereka sanggup menjadi contoh kepada wanita-wanita Muslim yang lain.

Ini kerana orang yang berada di kedudukan yang tinggi, kebaikan dan kesalahan mereka bukan hanya pada mereka sahaja, tetapi diikuti oleh orang lain. Maka kalau mereka berbuat salah, mereka akan diikuti oleh orang bawahan; dan kalau mereka berbuat baik, maka mereka juga akan diikuti dengan kebaikan itu. Maka kerana itu kalau baik atau buruk, mereka mendapat dua kali ganda.

 

وَأَعتَدنا لَها رِزقًا كَريمًا

dan Kami sediakan baginya rezeki yang mulia.

Dan mereka akan mendapat rezeki yang mulia di akhirat kelak. Rezeki yang mulia itu bermaksud cara pemberian rezeki itu pun dengan cara yang mulia. Ia diberi dengan penuh kasih sayang. Mereka akan diberikan dengan balasan syurga dengan nikmat yang berkekalan.


 

Ayat 32:

يٰنِساءَ النَّبِيِّ لَستُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّساءِ ۚ إِنِ اتَّقَيتُنَّ فَلا تَخضَعنَ بِالقَولِ فَيَطمَعَ الَّذي في قَلبِهِ مَرَضٌ وَقُلنَ قَولًا مَّعروفًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O wives of the Prophet, you are not like anyone among women. If you fear Allāh, then do not be soft in speech [to men],¹ lest he in whose heart is disease should covet, but speak with appropriate speech.

  • The meaning has also been given as “You are not like any among women if you fear Allāh. So do not be soft in speech…”

(MELAYU)

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa, maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,

 

يٰنِساءَ النَّبِيِّ

Hai isteri-isteri Nabi,

Ini kali kedua Allah ‎ﷻ cakap terus kepada para isteri Nabi ﷺ. Ini adalah kerana ada perkara penting yang hendak disampaikan kepada mereka. Dan firman Allah ‎ﷻ ini menjadi pengajaran bagi semua para wanita.

 

لَستُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّساءِ

kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain,

Allah ‎ﷻ menekankan bahawa mereka tidak sama dengan wanita lain. Mereka itu istimewa kerana mereka adalah isteri kepada Nabi Muhammad ﷺ. Oleh kerana Nabi ﷺ tidak sama dengan orang lain, maka para isteri baginda pun begitu juga.

Ini kerana mereka adalah para isteri Nabi ﷺ dan kerana itu orang lain akan memandang mereka sebagai contoh. Maka mereka kena menjaga amalan dan perbuatan mereka. Dan kalau mereka bertaqwa maka balasan yang amat besar akan diberikan kepada mereka yang lebih lagi daripada orang lain.

Ayat ini dan ayat-ayat selepas ini nampak seperti khitab kepada para isteri Nabi ﷺ sahaja. Tetapi ajaran di dalamnya tidaklah hanya untuk mereka sahaja. Jangan kita sangka begitu pula. Ini kerana ada yang bersangkaan begitu dan sangkaan itu adalah salah.

Allah ‎ﷻ memberitahu bahawa mereka itu lain dari orang lain, kerana hendak menekankan yang mereka itu menjadi contoh ikutan. Bukanlah bermaksud hukum selepas ini hanya untuk mereka sahaja. Allah ‎ﷻ memberikan arahan kepada para isteri Nabi ﷺ ‎kerana cara amalan dan tingkah laku yang baik bermulanya dari rumah Rasulullah ﷺ untuk diikuti oleh masyarakat yang lain. Bukan hanya mereka sahaja kena berlaku baik, tetapi semua manusia.

 

إِنِ اتَّقَيتُنَّ فَلا تَخضَعنَ بِالقَولِ

jika kamu bertakwa, maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara

Mereka diingatkan untuk bertaqwa. Maksudnya, mereka itu bukanlah secara automatik sudah dikira Muttaqeen. Mereka pun kena berusaha untuk menjadi insan yang bertaqwa. Jangan mereka bergantung harap sebagai isteri Nabi ﷺ sahaja. Macam orang kita, kalau anak ustaz, jangan rasa sudah selamat pula.

Jangan lembut dalam bercakap. Memang wanita ada suara lembut dan lelaki suka dengar. Sebab itu kerja-kerja seperti pelayan dan operator telefon selalunya diberikan kepada perempuan. Kalau wanita yang bersuara lembut, lelaki pun rasa ingin bercakap lama sahaja. Tetapi ini bahaya kerana boleh menyebabkan fitnah.

Maka, kalau ada wanita-wanita yang bercakap dengan cara yang lembut, mengada-ngada, dan dengan gaya yang boleh mengundang perasaan tidak patut dari lelaki, itu adalah wanita yang tidak ada taqwa dalam hatinya. Malangnya, ramai juga yang kita dengar wanita-wanita yang bercakap begini, bukan?

Ramai yang salah faham dengan konsep ‘aurat’. Mereka sangkakan apabila mereka sudah menutup setiap inci tubuh mereka, mereka sudah selamat. Padahal aurat itu merangkumi juga cara berjalan, cara bercakap dan cara bergaul dengan orang lain. Kalau dengan lelaki ajnabi, memang kena jaga sungguh tingkah laku.

 

فَيَطمَعَ الَّذي في قَلبِهِ مَرَضٌ

sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya 

Allah ‎ﷻ hendak memberitahu bahawa di Madinah itu ada lelaki yang ada penyakit di dalam hati mereka. Ada kemungkinan yang ada dari kalangan lelaki yang tertarik dengan suara para isteri Nabi itu dan ini akan dijadikan sebagai skandal oleh puak-puak munafik.

Bukan para isteri Nabi ﷺ sahaja yang kena berjaga-jaga tetapi kita pun kena berjaga-jaga juga. Seorang wanita kena sedar bahawa suara mereka itu sangat menarik kepada lelaki dan boleh menyebabkan masalah nanti. Ada lelaki yang bila dengar suara wanita di telefon sahaja, sudah mula angau. Maka jangan ada perbualan antara lelaki dan wanita ajnabi tanpa sebab penting. Kena jaga perkara ini.

Allah ‎ﷻ berikan peringatan ini awal-awal lagi kepada para isteri Nabi ﷺ kerana ada lelaki yang akan datang berjumpa dengan isteri Nabi ﷺ itu untuk belajar agama terutama sekali selepas baginda wafat. Maka bagaimana nanti jikalau isteri-isteri Nabi ﷺ itu berkata dengan suara lembut dan lunak sampaikan menyebabkan ada di antara mereka itu yang tertarik?

Wanita mana-mana zaman pun kena ambil peringatan dari ayat ini. Bila bercakap dengan lelaki, kena cakap dengan suara yang biasa sahaja. Bukanlah suruh berkasar tetapi cakap dengan nada yang sederhana kerana kalau kasar nanti orang akan sangka begitulah percakapan yang sebenarnya. Sedangkan orang Muslim kena cakap dengan benar. Takut nanti orang agama lain hairan pula kalau dengar cara percakapan wanita Muslim kalau kasar sahaja.

Maksudnya jangan cakap dengan nada yang lembut dan menggoda kerana nanti takut lelaki ada yang perasan dan rasa ada harapan pula untuk mengurat. Bukan semua lelaki boleh dipercayai, bukan?

Bayangkan, bercakap dengan lembut pun dilarang oleh Allah ‎ﷻ, bagaimana pula kalau menyanyi? Tentulah menyanyi itu dalam suara yang mendayu-dayu, bukan? Bagaimana pula kalau berlakon dalam drama dan memegang watak wanita penggoda? Agak-agaknya adakah ia dibenarkan?

Bagaimana pula dengan wanita yang bekerja di kedai-kedai dan melayan pelanggan dan menyambut dengan suara yang lembut dan menggoda? Bagaimana dengan wanita yang bekerja sebagai pramugari yang memang bercakap lembut dan berpakaian yang menggoda? Jadi perkara-perkara ini kenalah difikirkan oleh para wanita. Mereka kena pandai untuk memilih pekerjaan mereka. Rezeki Allah ‎ﷻ luas dan kalau kita jaga agama, Allah ‎ﷻ akan jaga rezeki kita. Maka carilah kerja yang sesuai bagi wanita Muslim.

 

وَقُلنَ قَولًا مَّعروفًا

dan ucapkanlah perkataan yang baik,

Dan cakaplah perkara-perkara yang patut sahaja dengan lelaki lain. Tidak perlu untuk bersembang lama dengan mereka. Cakaplah dengan cara yang menepati syariat.

Ibnu Zaid رحمه الله mengatakan, makna yang dimaksudkan ialah ucapan yang baik, pantas, lagi tegas. Dengan kata lain, seorang wanita itu bila berbicara dengan lelaki lain hendaknya tidak memakai nada suara yang lemah lembut. Yakni janganlah seorang wanita berbicara dengan lelaki lain dengan perkataan seperti dia berbicara kepada suaminya sendiri.

Maka kita kenalah mengambil pengajaran daripada ayat ini dan aplikasikan di dalam kehidupan kita. Jangan kita sangka yang ayat ini untuk para isteri Nabi ﷺ sahaja. Lebih-lebih lagi kita pada zaman ini lebih memerlukan peringatan ini.

Jangan bercakap-cakap antara lelaki dan perempuan ajnabi walaupun di dalam kawasan yang ramai orang. Cakap benda yang perlu sahaja dan jikalau wanita bercakap dengan lelaki, jangan gunakan suara yang lembut. Jangan bagi peluang untuk mereka terperasan dengan kelembutan kamu.


 

Ayat 33: Ini pula adalah ayat hijab tubuh badan untuk para wanita.

وَقَرنَ في بُيوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجنَ تَبَرُّجَ الجٰهِلِيَّةِ الأولىٰ ۖ وَأَقِمنَ الصَّلَوٰةَ وَءآتينَ الزَّكَوٰةَ وَأَطِعنَ اللهَ وَرَسولَهُ ۚ إِنَّما يُريدُ اللهُ لِيُذهِبَ عَنكُمُ الرِّجسَ أَهلَ البَيتِ وَيُطَهِّرَكُم تَطهيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And abide in your houses and do not display yourselves as [was] the display of the former times of ignorance. And establish prayer and give zakāh and obey Allāh and His Messenger. Allāh intends only to remove from you the impurity [of sin], O people of the [Prophet’s] household, and to purify you with [extensive] purification.

(MELAYU)

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

 

وَقَرنَ في بُيوتِكُنَّ

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu

Isteri para Nabi ﷺ diberitahu untuk duduk sahaja di rumah jika tidak ada keperluan yang mendesak untuk keluar. Kalau keluar dengan keluarga itu boleh, tetapi bukanlah untuk sengaja berjalan-jalan berseorangan. Dalam kebanyakan masa, duduk sahaja di rumah.

Kalimah قَرنَ sama ada dari katadasar ق ر ر yang bermaksud ‘duduk tetap di sesuatu tempat’ atau و ق ر yang bermaksud duduk dengan tenang. Ia juga bermaksud mereka kena sabar duduk di rumah. Jangan rasa rendah diri kerana kena duduk di rumah. Jangan rasa tertekan dan bosan duduk di rumah. Wanita mukminah tidak akan ada perasaan ini kerana mereka redha dengan arahan Allah.

Dan jangan persoalkan kenapa kena duduk di rumah. Kena sedar yang tempat wanita adalah di rumah dan bukannya di luar seperti lelaki. Allah ‎ﷻ menjadikan keadaan yang berbeza bagi lelaki dan perempuan. Memang lelaki duduknya di luar dan wanita di rumah. Kerana itulah bahasa kita pun sebut para isteri sebagai ‘orang rumah’. Lelaki memang kena keluar rumah kerana mereka yang mencari rezeki.

Jadi ini adalah dalil yang kuat yang wanita tidak boleh bekerja di luar jika tidak perlu; wanita tidak perlu untuk bertanding dalam pilihanraya; wanita tidak perlu untuk berperang; dan macam-macam lagi. Malah para ustazah tidak perlu mengajar di khalayak ramai terutama sekali masuk TV.

Memang ramai yang tidak puas dan ada juga yang menggunakan hujah Saidatina Aisyah رضي الله عنها telah keluar berperang dalam Perang Jamal. Tetapi adakah mereka lupa bagaimana beliau menangisi perbuatannya itu? Setiap kali beliau membaca ayat ini, beliau akan menangis sehingga basah kain tudungnya. Ini kerana beliau sedar kesilapan yang telah dilakukannya dan penyesalan yang amat sangat.

Maka para wanita kena sedar yang ada kelebihan untuk mereka apabila mereka duduk di rumah. Kita hendak mendapat pahala dan bersedia untuk akhirat, bukan? Jadi kalau duduk di rumah boleh dapat pahala, apakah itu tidak bagus? Lihat satu hadis Nabi ﷺ:

قَالَ الْحَافِظُ أَبُو بَكْرٍ الْبَزَّارُ: حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدة حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ الْكَلْبِيُّ، رَوْحُ بْنُ الْمُسَيَّبِ ثِقَةٌ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ عَنْ أَنَسٍ، رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: جِئْنَ النِّسَاءُ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْنَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَهَبَ الرِّجَالُ بِالْفَضْلِ وَالْجِهَادِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ تَعَالَى، فَمَا لَنَا عَمَلٌ نُدْرِكُ بِهِ عَمَلَ الْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “مَنْ قَعَدَ -أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا -مِنْكُنَّ فِي بَيْتِهَا فَإِنَّهَا تُدْرِكُ عَمَلَ الْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللهِ”

Al-Hafiz Abu Bakar Al-Bazzar mengatakan, telah menceritakan kepada kami Humaid ibnu Mas’adah, telah menceritakan kepada kami Abu Raja Al-Kalbi alias Rauh ibnul Musayyab seorang yang tsiqah, telah men­ceritakan kepada kami Sabit Al-Bannani, dari Anas رضي الله عنه yang mengatakan bahawa kaum wanita datang menghadap kepada Rasulullah ﷺ, lalu bertanya, “Wahai Rasulullah ﷺ, kaum lelaki pergi dengan memborong keutamaan dan pahala berjihad di jalan Allah ‎ﷻ, sedangkan kami kaum wanita tidak mempunyai amal yang dapat menandingi amal kaum Mujahidin di jalan Allah ‎ﷻ.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: Barang siapa di antara kalian (kaum wanita) yang duduk —atau kalimat yang semakna— di dalam rumahnya, maka sesungguhnya dia dapat memperoleh amal yang sebanding dengan amal kaum Mujahid di jalan Allah ‎ﷻ.

Tidakkah anda nampak begitu senang wanita boleh mendapat pahala? Tidak perlu untuk keluar berjihad pun, sudah mendapat pahala jihad. Kerana apabila para suami mereka keluar berjihad, mereka tenang di rumah sebagai isteri dan bertugas menjaga rumah dan keluarga mereka sepeninggalan suami mereka.

Maka para suami yang keluar rumah tahu yang yang rumah dan anak-anak dijaga oleh isteri dan isteri tidak berpeleseran di luar rumah. Maka mereka dapat mengerjakan urusan jihad (atau kerja) dengan senang dan tenang hati. Tidaklah risau: “Ke manalah pula bini aku keluar masa aku takde ni?”

Maka, tetaplah duduk di rumah kecuali kalau ada keperluan. Ini seperti hadis yang sampai kepada kita.

قَالَ الْبَزَّارُ أَيْضًا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ، حَدَّثَنَا هَمَّامٌ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ مُوَرِّق، عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “إِنِ الْمَرْأَةَ عَوْرَةٌ، فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ، وَأَقْرَبُ مَا تَكُونُ بروْحَة رَبِّهَا وَهِيَ فِي قَعْر بَيْتِهَا”.

Al-Bazzar mengatakan pula, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnul Musanna, telah menceritakan kepadaku Amr ibnu Asim, telah menceritakan kepada kami Hammam, dari Qatadah, dari Muwarraq, dari Abdul Ahwas, dari Abdullah ibnu Mas’ud رضي الله عنه dari Nabi ﷺ yang telah bersabda: Sesungguhnya (tubuh) wanita itu adalah aurat. Maka apabila wanita itu keluar, syaitan datang menyambutnya. Dan tempat yang paling dekat bagi wanita kepada rahmat Tuhannya ialah bila dia berada di dalam rumahnya. Imam Turmuzi meriwayatkannya dari Bandar, dari Amr ibnu Asim dengan sanad dan lafaz yang semisal.

Sedangkan solat wanita itu memang elok kalau di rumah pun. Ini seperti sabda Nabi ﷺ:

“صَلَاةُ الْمَرْأَةِ فِي مَخْدعِها أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي بَيْتِهَا، وَصَلَاتُهَا فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي حُجْرَتِهَا”

Solat wanita di dalam tempat tidurnya lebih baik daripada solatnya di dalam rumahnya, dan solatnya di dalam rumahnya lebih baik daripada solatnya di dalam kamarnya.

 

وَلا تَبَرَّجنَ تَبَرُّجَ الجٰهِلِيَّةِ الأولىٰ

dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu

Potongan ayat sebelum ini menyuruh para isteri duduk di rumah. Kalau setakat potongan ayat itu sahaja yang ada, maka tentulah langsung para isteri tidak boleh keluar rumah. Tapi dalam potongan ayat ini disebut jangan tabarruj. Dan larangan tabarruj itu kalau keluar rumah. Maknanya, kalau ada keperluan, boleh keluar rumah, ‘tetapi’ jangan tabarruj.

Tabarruj maksudnya mencantikkan diri dan menampakkannya di khalayak ramai. Kalimah ‘buruj’ digunakan untuk gugusan bintang kerana ia jelas kelihatan di langit; kalimah ‘burj’ pula digunakan untuk ‘menara’ kerana menara itu jelas kelihatan; kapal layar dinamakan ‘barijah’ kerana layarnya tinggi dan jelas kelihatan di lautan.

Jadi apabila wanita melakukan tabarruj, ia bermaksud mereka menunjuk-nunjuk diri mereka di khalayak ramai. Berbagai cara boleh termasuk dalam tabarruj:

a. Iaitu dengan pakai mekap berlebih-lebihan dengan segala warna ada pada muka;
b. dan memakai perhiasan yang indah-indah pada baju dan badan untuk dipertontonkan kepada orang lain.
c. juga termasuk kalau mereka menonjolkan diri pada khalayak ramai. Mungkin pakai baju biasa sahaja tetapi dari segi gaya, mereka menarik perhatian manusia lain.

Allah ‎ﷻ suruh tinggalkan semua itu kerana itu adalah amalan-amalan semasa zaman jahiliyyah dahulu dan mereka pun sudah tinggalkan amalan jahiliyyah, bukan? Mujahid mengatakan bahawa dahulu di masa Jahiliyyah wanita bila keluar, mereka berjalan di hadapan kaum lelaki, maka itulah yang dinamakan tingkah laku Jahiliyyah. Dahulu wanita bila berjalan berlenggang-lenggok dengan langkah yang manja dan memikat, lalu Allah ‎ﷻ melarang hal tersebut.

Seperti para wanita kita yang dahulunya suka memakai mekap berlebihan tetapi apabila sudah belajar agama maka kenalah tinggalkan perkara yang dilakukan dahulu itu kerana itu adalah ‘zaman jahiliyyah’ mereka.

Apabila tidak dibenarkan untuk tabarruj di luar maka ia memberi isyarat bahawa boleh, malah digalakkan untuk berhias semasa di rumah untuk suami. Malangnya orang perempuan kita terbalik pula; bila di luar berhias bukan main. Tetapi di rumah kadangkala berkemban sahaja dan kusut masai.

 

وَأَقِمنَ الصَّلَوٰةَ وَءآتينَ الزَّكَوٰةَ

dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat 

Sebelum ini disebut tentang penegahan dan sekarang Allah ‎ﷻ memberitahu apakah yang mereka perlu lakukan. Mereka kenalah solat dan mengeluarkan zakat; bermaksud mereka hendaklah melakukan kewajipan agama mereka dan tidak boleh bergantung hanya kepada Rasulullah ﷺ sahaja walaupun baginda itu seorang Nabi.

Potongan ayat ini menguatkan pendapat yang mengatakan ayat-ayat arahan untuk para isteri Nabi ﷺ itu tidaklah eksklusif kepada mereka sahaja. Kerana sekarang kita lihat arahan untuk mendirikan solat dan menunaikan zakat. Kalau kita kata hanya isteri Nabi ﷺ sahaja tidak boleh keluar rumah dan tabarruj, maka adakah hanya mereka sahaja yang kena solat dan tunaikan zakat? Tentu tidak, bukan? Maka suruhan kepada isteri-isteri Nabi ﷺ adalah dalam bentuk umum – ianya terkena juga kepada semua wanita-wanita Muslim yang lain.

Ayat ini juga memberitahu yang menjadi isteri seorang Nabi tidaklah menggugurkan kewajipan agama kepada mereka. Maka arahan ini termasuklah kepada keturunan baginda pun. Jadi kalau memang keturunan Habib tetapi tidak mengikut ajaran Al-Qur’an dan Sunnah pun, tidak akan terlepas dari disoal oleh Allah ‎ﷻ.

Maka janganlah ikut sahaja amalan sesat golongan Habib itu hanya semata-mata mereka itu keturunan Nabi ﷺ. Kita tetap kena bandingkan amalan mereka dengan syariat. Dan seperti yang kita boleh lihat sekarang, ajaran dan amalan mereka memang ada masalah, maka memang haruslah dielakkan. Jangan diikuti majlis mereka itu.

 

وَأَطِعنَ اللهَ وَرَسولَهُ

dan taatilah Allah dan Rasul-Nya.

Dan mereka tetap kena taat kepada Allah ‎ﷻ dan juga Rasul ﷺ dalam setiap urusan kehidupan. Bukan setakat dalam amal ibadat sahaja tetapi dalam segenap sudut kehidupan. Maka jangan kita ikut sunnah Nabi ﷺ dalam perkara ibadat sahaja tetapi hendaklah ikut sunnah baginda dalam pergaulan, dalam pemerintahan dan semua sekali.

 

إِنَّما يُريدُ اللهُ لِيُذهِبَ عَنكُمُ الرِّجسَ أَهلَ البَيتِ

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait

Allah ‎ﷻ menyuruh para isteri Nabi ﷺ itu untuk melakukan semua perkara yang disebut di atas adalah untuk membebaskan mereka daripada dosa dan perkara-perkara yang buruk. Tetapi jangan pula kita salah faham. Tidaklah para isteri Nabi ﷺ itu sudah ada dosa pula. Allah ‎ﷻ sebenarnya hendak mengelakkan mereka dari melakukan dosa.

Walaupun Allah ‎ﷻ sedang bercakap kepada ahli keluarga Rasulullah ﷺ, kita jangan sangka yang ia adalah untuk mereka sahaja kerana seperti yang kita telah beritahu, mereka itu menjadi contoh kepada umat Islam terutama golongan wanita.

Maka para wanita kita kenalah mendengar baik-baik dan mengamalkan suruhan dalam ayat-ayat ini dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, jangan keluar rumah tidak tentu pasal. Jangan berhias mengikut cara jahiliyyah. Jangan bergaul mesra dengan orang lelaki, dan sebagainya. Kena sedar ayat ini ditujukan kepada semua wanita.

Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang kena bekerja? Ia boleh dan dibenarkan jika ada keperluan tetapi hendaklah mereka menjaga pergaulan mereka dan penampilan diri mereka seperti yang disebut di dalam ayat ini.

Dan jikalau perlu sahaja. Kadangkala wanita kita tidak perlukan sara hidup pun kerana suami mereka boleh menanggung hidup mereka. Tetapi mereka sengaja keluar bekerja kerana bosan duduk di rumah. Ini adalah sebab yang salah. Sepatutnya mereka duduk di rumah sahaja. Hanya kalau ada keperluan untuk bekerja barulah mereka bekerja. Jangan kerana hendak duit banyak supaya boleh beli itu dan ini, mereka bekerja. Itu adalah sebab yang salah.

 

وَيُطَهِّرَكُم تَطهيرًا

dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Allah ‎ﷻ hendak menyucikan ‘ahli bait’ dari dosa. Maka dari ayat ini, menjadi dalil yang ‘Ahli Bait’ adalah isteri-isteri Nabi ﷺ. Mereka termasuk dalam kalangan ahli bait termasuk dengan keluarga baginda yang lain.

Tetapi ada yang pendapat yang teruk iaitu fahaman Syiah yang hanya menentukan keturunan Fatimah رضي الله عنها dan Sayidina Ali رضي الله عنه sahaja. Ini adalah fahaman yang berlawanan dengan Al-Qur’an. Ini kerana dalam Al-Qur’an, maksud ‘ahli bait’ memang merujuk kepada isteri-isteri baginda. Dan dalam bahasa Arab pun, ahli bait itu adalah para isteri termasuk dengan anak beranak juga.

Dan apakah pula maksud ‘membersihkan’ itu? Kalau mengikut fahaman Syiah, maksud ayat ini Allah ‎ﷻ menjadikan ahli keluarga Nabi ﷺ (iaitu pada mereka hanya Fatimah رضي الله عنها, Ali رضي الله عنه dan keturunan mereka sahaja) bebas dari dosa (maksum). Jadi mereka menggunakan ayat ini sebagai hujah untuk mengatakan keputusan para imam mereka adalah maksum dan tidak salah.

Itu adalah fahaman yang jauh dari kebenaran. Ayat ini tidaklah membebaskan sesiapa pun dari perbuatan dosa. Tidaklah ia menjadikan mana-mana ahli keluarga Nabi ﷺ menjadi maksum. Mereka tetap manusia biasa sahaja. Cuma Allah ‎ﷻ hendak beritahu, kalau mereka mengikut arahan dalam ayat ini, maka mereka tidaklah berdosa.

Dan kalau mereka buat, maka tentulah mereka berdosa. Kena baca ayat ini dalam konteks, jangan ambil potongan sahaja. Bila ambil potongan sahaja itulah yang mengakibatkan kesesatan seperti Syiah itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 29 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Ahzab Ayat 27 – 30 (Kisah isteri Rasulullah minta bantuan)

Ayat 27: Kemenangan besar kepada umat Islam.

وَأَورَثَكُم أَرضَهُم وَدِيٰرَهُم وَأَموٰلَهُم وَأَرضًا لَّم تَطَئوها ۚ وَكانَ اللهُ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And He caused you to inherit their land and their homes and their properties and a land which you have not trodden.¹ And ever is Allāh, over all things, competent.

  • i.e., that taken in subsequent conquests.

(MELAYU)

Dan Dia mewariskan kepada kamu tanah-tanah, rumah-rumah dan harta benda mereka, dan tanah yang belum kamu pijak. Dan adalah Allah Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.

 

وَأَورَثَكُم أَرضَهُم وَدِيٰرَهُم وَأَموٰلَهُم

Dan Dia mewariskan kepada kamu tanah-tanah, rumah-rumah dan harta benda mereka,

Selain daripada dapat tawanan perang sebagai hamba, Allah ‎ﷻ telah memberikan tanah yang banyak milik asal puak Bani Quraizah itu kepada umat Islam. Ini termasuk dengan rumah-rumah mereka dan juga harta-harta kekayaan yang mereka telah kumpul sekian lama.

Bayangkan Bani Quraizah itu telah mengumpul harta mereka berabad lamanya tetapi umat Islam mengautnya dalam masa beberapa hari sahaja. Maka ini adalah rezeki yang amat besar.

 

وَأَرضًا لَّم تَطَئوها

dan tanah yang belum kamu pijak.

Dan bukan itu sahaja kejayaan yang diberikan. Allah ‎ﷻ beritahu yang Dia akan memberikan tanah-tanah yang tidak pernah dilalui oleh umat Islam pun lagi. Iaitu kawasan yang umat Islam pun tidak pernah sangka yang mereka akan dapat menguasainya. Apakah kawasan yang dimaksudkan?

Untuk memahaminya, mari kita lihat kembali kepada Perang Ahzab. Kesan dari Perang Ahzab itu berpanjangan. Nama Quraish Mekah sudah menjadi sangat buruk kerana kekalahan itu. Bayangkan mereka telah kalah di dalam peperangan Badr dan di dalam Perang Uhud mereka tidak dapat memusnahkan umat Islam. Dan sekarang untuk kali yang ketiganya mereka cuba untuk menyerang sekali lagi umat Islam di Madinah namun masih gagal.

Dan kali ini mereka telah meminta pertolongan puak-puak Arab yang lain. Quraisy Mekah yang hendak memusnahkan umat Islam dan puak-puak yang lain itu hanya bersekutu dan menolong Quraisy Mekah kerana Quraisy Mekah mengajak mereka dan meyakinkan mereka yang kali ini mereka pasti menang.

Tetapi akhirnya mereka tidak berjaya juga. Maka tentu golongan yang lain sudah tidak percaya lagi kepada Quraisy Mekah. Tambahan pula kerana Quraisy Mekah itu telah menggunakan harta dan tenaga mereka tetapi tidak ada pulangan langsung. Selama ini Arab Mekah mendapat penghormatan daripada puak-puak dan golongan sekeliling Mekah kerana mereka itu penjaga Kaabah. Tetapi sekarang mereka sudah tidak dipercayai lagi.

Perang Ahzab ini berlaku pada tahun kelima Hijrah. Dan pada tahun berikutnya iaitu pada tahun keenam Hijrah, Nabi Muhammad ﷺ dengan 2,000 para sahabat telah membuat keputusan untuk mengerjakan umrah di Mekah.

Bayangkan setahun yang lepas Quraisy Mekah telah mengepung Madinah dan pada tahun keenam Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabatnya hendak memasuki ke dalam Mekah iaitu tempat musuh yang menyerang mereka pada tahun sebelumnya. Kisah ini disebut di dalam Surah Fath.

Dipendekkan cerita telah berlaku perjanjian Hudaibiyah di antara umat Islam dan Quraisy Mekah. Ini lebih menjatuhkan nama Quraisy Mekah kerana sekarang puak-puak di sekeliling sudah nampak yang umat Islam adalah satu kerajaan. Ini kerana apabila Quraisy Mekah mengadakan perjanjian gencatan senjata dengan umat Islam Madinah, ini menunjukkan yang Quraisy Mekah sendiri telah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah. Mereka bukan lagi ‘pelarian’ dari Mekah tapi sudah dikira sebagai satu kerajaan yang boleh ada perjanjian dengan Mekah.

Dan semasa gencatan senjata itu Nabi Muhammad ﷺ telah mengadakan perjanjian dengan puak-puak Arab di sekitar Tanah Arab untuk bersama dengan umat Islam. Dan ramai puak-puak di sekitar telah mengadakan perjanjian dengan umat Islam yang bermaksud mereka berada di pihak umat Islam.

Dan kerana gencatan senjata itu, maka umat Islam dapat menyerang Khaibar iaitu puak Yahudi di situ. Khaibar duduknya tidak jauh dari Kota Madinah. Sebelum itu Nabi ﷺ tidak dapat menyerang mereka kerana mereka berkawan dengan Arab Mekah. Dan kerana gencatan senjata sudah ada, maka Khaibar tidak boleh dibantu oleh Mekah.

Khaibar kaya dengan harta. Jadi tanah yang tidak pernah dilalui oleh umat Islam dan tidak disangka boleh dikuasai itu adalah Tanah Khaibar.

Ada juga yang berpandangan yang dimaksudkan tanah yang tidak pernah dipijak itu adalah kerajaan Rom dan Parsi. Ini diambil dari kisah semasa Nabi ﷺ memecahkan batu semasa menggali parit khandak itu. Semasa memecahkan batu itu, Nabi ﷺ telah ditunjukkan yang Islam akan dapat mengalahkan dan menakluki dua kerajaan besar itu. Dan Rom dan Parsi telah jatuh ke tangan umat Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman رضي الله عنه.

Satu lagi pendapat mengatakan yang dimaksudkan adalah Mekah. Kerana tidak lama selepas itu umat Islam telah berjaya memasuki Mekah dan menjadikan ia pusat tauhid yang sebelum itu menjadi pusat syirik (kerana banyak berhala di situ).

 

وَكانَ اللهُ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرًا

Dan adalah Allah Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.

Allah ‎ﷻ boleh melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Kalah dan menang manusia dalam peperangan dan pemerintahan adalah dalam percaturan Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ boleh memberikan kemenangan dan Allah ‎ﷻ boleh memberikan kekalahan. Kadangkala kemenangan dan kekalahan itu tidak disangka-sangka oleh manusia.

Penganalisa politik paling hebat pun tidak dapat menjangkakannya. Baru-baru ini pun (hujung 2018) kerajaan negara Malaysia telah bertukar tangan setelah berabad-abad kerajaan dipegang parti yang lama. Tidak ada yang kekal dan tidak ada yang dapat mengekalkan kuasa kalau Allah ‎ﷻ tidak bantu.

Dan sekarang sudah habis ayat Al-Qur’an yang berkenaan Perang Ahzab. Habis Ruku’ 3 dari 9 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 28: Sekarang kita akan masuk kepada perbincangan perkahwinan dan hubungan suami isteri yang mungkin boleh menjadi topik sensitif bagi sesetengah orang. Tetapi perkara ini tetap kena disampaikan kepada manusia.

Ayat ini sehingga ke ayat 40 adalah Perenggan Makro ke 7 berkenaan Hukum Kekeluargaan dan banyak perkara yang disentuh di dalamnya.

Sebelum ini telah disebut bagaimana Nabi Muhammad ‎ﷻ itu adalah sebagai contoh tauladan untuk kita ikuti. Maka kita kena tahu bagaimana baginda menangani ahli keluarga baginda.

Seperti yang kita tahu, Nabi Muhammad ‎ﷻ itu bukan sahaja seorang Rasul tetapi juga seorang ketua negara, ketua perang, seorang suami, seorang bapa, seorang sahabat dan banyak lagi topi yang baginda pakai. Dalam semua topi yang baginda pakai itu baginda menjadi contoh yang terbaik untuk kita ikuti.

Kita boleh katakan, hanya satu contoh sahaja yang baginda tidak boleh menjadi ikutan kerana baginda tidak mampu melakukannya iaitu menjadi contoh seorang wanita kerana baginda seorang lelaki.

Tetapi contoh tauladan kepada wanita kena juga ada dan itu dipenuhi oleh para isteri baginda. Jadi di dalam surah yang menyebut tentang Nabi ‎ﷻ menjadi contoh, maka disebut tentang kehidupan para isteri baginda juga. Maka para wanita Islam kena ambil contoh daripada isteri baginda.

يٰأَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزوٰجِكَ إِن كُنتُنَّ تُرِدنَ الحَيَوٰةَ الدُّنيا وَزينَتَها فَتَعالَينَ أُمَتِّعكُنَّ وَأُسَرِّحكُنَّ سَراحًا جَميلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O Prophet, say to your wives, “If you should desire the worldly life and its adornment, then come, I will provide for you and give you a gracious release.

(MELAYU)

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu kesenangan dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik.

 

يٰأَيُّهَا النَّبِيُّ

Wahai Nabi,

Dalam ayat ini Allah ‎ﷻ menggelar dan memanggil Nabi Muhammad ﷺ dengan gelaran ‘Nabi’ dan bukan ‘Rasulullah’. Mesti ada sebabnya kenapa Allah ‎ﷻ menggunakan kalimah itu di dalam ayat ini.

‘Rasul’ adalah seorang yang menyampaikan ‘risalah’ kepada manusia. ‘Nabi’ pula adalah seorang yang menyampaikan naba’ iaitu ‘berita besar’ kepada manusia. Jadi apabila Allah ‎ﷻ memulakan ayat ini dengan menggunakan panggilan ‘Nabi’ kepada baginda, maka ia memberi isyarat bahawa maklumat yang disampaikan ini adalah besar.

Allah ‎ﷻ boleh sahaja terus bercakap kepada para isteri baginda tetapi Allah ‎ﷻ memuliakan baginda dengan memanggil dan menyeru Nabi Muhammad ﷺ.

 

قُل لِّأَزوٰجِكَ إِن كُنتُنَّ تُرِدنَ الحَيَوٰةَ الدُّنيا وَزينَتَها

katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya,

Kita kena tahu latar belakang ayat ini sebelum kita meneruskan tafsirnya.

Waktu ini selepas habisnya Perang Ahzab dan Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat telah menakluk dan mengambil harta yang banyak dari Bani Quraizah. Semasa permulaan Perang Ahzab itu Nabi ﷺ dan para sahabat di dalam keadaan yang miskin sangat sampaikan mereka tidak ada makanan langsung untuk dimakan. Lebih menyedihkan lagi, Nabi Muhammad ﷺ telah mengikat pinggang baginda dengan batu untuk mengurangkan sakit lapar.

Tetapi keadaan telah berubah dengan mendadak sekali di mana sekarang harta telah menjadi banyak. Harta rampasan itu memang banyak dan ia telah dibahagikan kepada para sahabat yang terlibat di dalam perang.

Isteri-isteri Nabi ﷺ iaitu ibu-ibu kita perasan yang mereka tidak mendapat bahagian langsung daripada harta-harta itu. Maka mereka telah berbincang sesama mereka dan mereka telah membuat keputusan untuk menghantar wakil kepada Rasulullah ﷺ untuk meminta supaya ‘bajet’ dapur  mereka ditambah.

Seperti kita mungkin tahu, rumah para isteri Nabi ﷺ bukannya mewah dan selalu dapur di rumah mereka tidak berasap pun. Maka oleh itu, permintaan mereka itu bukanlah berlebihan dan memang patut kerana mereka bukannya minta perhiasan ataupun harta, tetapi yang mereka minta adalah keperluan rumah sahaja.

Dan susah untuk kita menyalahkan mereka kerana di sekitar Madinah waktu itu keadaan sudah menjadi sedikit mewah kalau dibandingkan dengan sebelum itu. Ramai para sahabat sudah mendapat harta rampasan dan semua sedang dalam kesenangan sikit. Jadi kalau ikutkan logik, apalah salahnya kalau para isteri Nabi ﷺ turut dapat juga sedikit?

Tetapi kita kena sedar yang kayu ukur yang dikenakan kepada Nabi Muhammad ﷺ tidak sama dengan orang biasa. Kalau kita menjaga perkara yang wajib dan membuat lebih sedikit daripada yang wajib iaitu dengan buat amalan-amalan sunat, maka itu pun sudah bagus. Sebagai contoh jikalau kita dapat melakukan solat tahajud setiap malam, ini adalah satu kelebihan yang amat besar kepada kita. Tetapi kepada Nabi Muhammad ﷺ, ia adalah sesuatu yang wajib.

Ini kerana baginda adalah Nabi dan kayu ukur untuk baginda tidak sama dengan orang lain. Jadi jikalau kayu ukur kepada Nabi Muhammad ﷺ itu tinggi, maka begitu juga kayu ukur yang diletakkan kepada para isteri baginda kerana mereka itu menjadi kayu ukur dan juga contoh kepada wanita-wanita Islam.

Jadi apabila mereka pun terkesan dengan kekayaan yang telah dinikmati oleh umat Islam pada waktu itu, maka baginda telah terasa hati dengan mereka. Sampaikan baginda dikatakan telah ila’ para isterinya. Iaitu baginda telah mengasingkan diri baginda dari mereka selama sebulan. Sampaikan Umar رضي الله عنه turut risau jika baginda menceraikan para isteri baginda kerana anaknya merupakan salah seorang isteri baginda. Maksima masa yang dibenarkan untuk ila’ hanya selama 4 bulan 10 sahaja. Tetapi baginda hanya melakukannya selama sebulan sahaja.

Dan sekarang Allah ‎ﷻ memberikan satu ayat berkenaan para isteri baginda dan ayat ini adalah ayat yang agak berat. Sampaikan Allah ‎ﷻ suruh Nabi ﷺ cakap kepada mereka: Jikalau mereka mahukan dunia dan segala perhiasannya, baginda boleh sahaja memberikannya.

Tetapi seperti yang kita sebut sebelum ini para isteri baginda itu bukannya meminta baju, bag tangan cantik atau perhiasan dunia; mereka tidak minta rumah besar ataupun istana tetapi yang mereka minta hanyalah keperluan rumah saja.

Jadi bukanlah salah apa yang mereka lakukan itu sebenarnya, akan tetapi kayu ukur yang ditetapkan ke atas mereka itu amat tinggi kerana mereka bersama dengan Nabi Muhammad ﷺ, maka perkara itu pun tidak sesuai untuk mereka. Kerana mereka kena bersama dengan Nabi ﷺ mengorbankan diri untuk agama. Mereka bukan orang biasa.

 

فَتَعالَينَ أُمَتِّعكُنَّ

maka marilah supaya kuberikan kepadamu kesenangan

Baginda disuruh untuk memberitahu kepada mereka yang jikalau mereka hendakkan perkara keduniaan, maka Nabi Muhammad ﷺ dan Allah ‎ﷻ boleh berikan kepada mereka dengan sebanyak-banyaknya. Allah ‎ﷻ bukan tidak boleh berikan kepada mereka.

Maknanya mereka boleh dapat apa yang mereka minta itu malah lebih lagi pun boleh diberikan kepada mereka, tetapi mereka tidak boleh lagi hidup bersama dengan Nabi Muhammad ﷺ.

Nabi ﷺ dan para isteri baginda perlu mendalami satu kehidupan yang penuh cabaran dan juga pengorbanan yang lebih dari orang lain. Seperti yang kita tahu, Nabi Muhammad ﷺ tidaklah menolak langsung dunia ini kerana Nabi ﷺ pernah berkata yang baginda sukakan minyak wangi dan juga wanita.

Tetapi kerana baginda di dalam satu misi dakwah dan ia adalah suatu kerja yang berat, maka semua perkara-perkara lain menjadi perkara yang kedua sahaja. Dan baginda tidak ada masa untuk memikirkan tentang dunia dan berehat dengan keindahan dunia.

Dan baginda kena berkorban dengan pengorbanan yang paling tinggi sekali kerana baginda menjadi contoh kepada para sahabat dan umat Islam yang lain. Tidak ada manusia yang lebih berkorban daripada baginda dan semua pengorbanan orang lain adalah kurang daripada baginda.

Dan jikalau pengorbanan baginda itu dikurangkan kerana ada kekayaan sedikit, maka itu tentu menjadikan orang-orang di bawah baginda juga akan mengurangkan pengorbanan mereka. Sebagai contoh, katakanlah baginda berkorban 70%, maka tentu sahabat berkorban 50% sahaja. Kalau baginda berkorban sebanyak 50%, para sahabat berkorban sebanyak 30% sahaja, bukan? Maka kerana itu baginda kena meletakkan kayu ukur yang tinggi.

Dan para isteri Nabi ﷺ pula menjadi contoh ikutan kepada wanita-wanita Islam seluruhnya, maka mereka juga harus melakukan pengorbanan yang besar.

Kita harus sedar bagaimana kebanyakan manusia berfikir. Mereka akan menjadikan orang-orang yang mereka rasa lebih beragama daripada mereka sebagai hujah. Sebagai contoh, jikalau ada orang bertanya tentang televisyen yang besar di rumah, maka mereka akan berkata: “Ala…. Tok imam pun pakai TV besar juga, jadi tidak salahlah kalau pakai TV besar!”

Maknanya, manusia akan membandingkan dengan ‘orang agama’. Jadi mereka akan menggunakan alasan-alasan sebegitu untuk membenarkan perbuatan mereka. Maka Nabi Muhammad ﷺ tidak boleh memberi contoh yang buruk kepada manusia. Kalau baginda dan keluarga baginda ambil kesempatan sahaja, maka ia akan memberi kesan kepada umat manusia seluruhnya.

Sebagai contoh, nanti ahli politik tidak berasa bersalah kalau menggunakan duit rakyat. Nanti senang pula mereka berkata: “Nabi ﷺ pun dulukan kepentingan keluarga baginda, jadi apa salahnya kami pun nak ambil sikit duit kerajaan?”

Satu elemen lagi yang kita perlu tahu adalah orang-orang munafik sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kedudukan Nabi Muhammad ﷺ. Mereka memerhatikan sahaja apa yang berlaku di dalam keluarga baginda dan jikalau mereka nampak baginda ada mengambil harta rampasan itu dan diberikan kepada isteri-isteri baginda, maka tentu mereka akan kata baginda telah menyalahgunakan harta itu untuk menjadikan keluarga baginda kaya.

Mereka bukan kisah pun yang tambahan itu hanya untuk keperluan dapur di rumah sahaja kerana mereka pasti akan pusing cerita sampai ia nampak seperti baginda telah berbuat salah. Maka Nabi Muhammad ﷺ tidak boleh membenarkan ini berlaku. Baginda kena amat berhati-hati.

Allah ‎ﷻ tahu yang mereka itu mempunyai ‘lidah-lidah besi’ yang mereka akan gunakan untuk menjatuhkan Islam. Mereka akan gunakan kedudukan Rasulullah ﷺ sebagai penyebabnya. Maka Allah ‎ﷻ menasihatkan Rasulullah ﷺ untuk mengawal perkara ini dan jangan berikan peluang kepada puak-puak munafik untuk mengambil kesempatan.

 

وَأُسَرِّحكُنَّ سَراحًا جَميلًا

dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik.

Kalimah سرح asalnya bermaksud membiarkan binatang ternak makan rumput di padang. Kalimah سرّح (dengan tambahan syaddah) pula bermaksud ‘membiarkan’ dan ia bermakna dalam ayat ini ‘menceraikan’ mereka. Iaitu biarkan mereka hidup sendiri tanpa baginda.

Maksud سَراحًا جَميلً  adalah perceraian itu boleh menjadi perceraian yang baik sahaja di mana tidaklah mereka itu dikira sebagai berdosa ataupun bukan Muslim lagi.

Baginda boleh ceraikan mereka dengan cara baik iaitu pulangkan mereka ke keluarga mereka. Cuma mereka tidak boleh lagi bersama dengan Rasulullah ﷺ dan bersama-sama dengan baginda di akhirat kelak. Mereka boleh berkahwin dengan orang lain yang boleh memberikan kesenangan hidup dunia kepada mereka.


 

Ayat 29:

وَإِن كُنتُنَّ تُرِدنَ اللهَ وَرَسولَهُ وَالدّارَ الآخِرَةَ فَإِنَّ اللهَ أَعَدَّ لِلمُحسِنٰتِ مِنكُنَّ أَجرًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if you should desire Allāh and His Messenger and the home of the Hereafter – then indeed, Allāh has prepared for the doers of good among you a great reward.”

(MELAYU)

Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.

 

وَإِن كُنتُنَّ تُرِدنَ اللهَ وَرَسولَهُ وَالدّارَ الآخِرَةَ

Dan jika kamu sekalian menghendaki Allah dan Rasulnya-Nya serta negeri akhirat,

Akan tetapi jikalau para isteri Nabi ﷺ mahukan redha Allah ‎ﷻ dan redha Rasulullah ﷺ, dan sanggup untuk bersama dengan baginda, maka Allah ‎ﷻ akan membantu mereka.

Dan jika mereka ada keinginan untuk memiliki kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, maka mereka kenalah berkorban.

 

فَإِنَّ اللهَ أَعَدَّ لِلمُحسِنٰتِ مِنكُنَّ أَجرًا عَظيمًا

maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.

Kalau mereka sanggup berkorban, maka balasan bagi mereka amat banyak. Yang mula sekali menyahut seruan Allah ‎ﷻ ini adalah A’isyah رضي الله عنها dan kemudian diikuti oleh isteri-isteri baginda yang lain.

Apabila turun ayat ini, maka Nabi ﷺ memanggil mereka dan suruh mereka berfikir. Ini dinamakan ‘takhyir’ iaitu memberikan peluang kepada isteri-isteri baginda untuk buat keputusan sama ada kekal bersama baginda atau berpisah. A’isyah رضي الله عنها terus membuat keputusan dan kemudian telah berjumpa dengan para isteri baginda yang lain.

قَالَ الْبُخَارِيُّ: حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَنَّ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم جَاءَهَا حِينَ أَمَرَهُ اللَّهُ أَنْ يُخَيِّرَ أَزْوَاجَهُ، فَبَدَأَ بِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: “إِنِّي ذَاكِرٌ لَكِ أَمْرًا، فَلَا عَلَيْكِ أَنْ لَا تَسْتَعْجِلِي حَتَّى تَسْتَأْمِرِي أَبَوَيْكِ”، وَقَدْ عَلمَ أَنَّ أَبَوَيَّ لَمْ يَكُونَا يَأْمُرَانِي بِفِرَاقِهِ. قَالَتْ: ثُمَّ قَالَ: “وَإِنَّ اللَّهَ قَالَ: {يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ} إِلَى تَمَامِ الْآيَتَيْنِ، فَقُلْتُ لَهُ: فَفِي أَيِّ هَذَا أَسْتَأْمِرُ أَبَوَيَّ؟ فَإِنِّي أُرِيدُ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآخِرَةَ

Imam Bukhari رحمه الله mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Yaman, telah menceritakan kepada kami Syu’aib, dari Az-Zuhri yang mengatakan, telah menceritakan kepadaku Abu Salamah ibnu Abdur Rahman, bahawa Siti Aisyah رضي الله عنها isteri Nabi ﷺ pernah menceritakan kepadanya bahawa Rasulullah ﷺ datang kepadanya ketika Allah ‎ﷻ memerintahkan kepadanya agar memberitahukan hal ini kepada isteri-isterinya. Isteri yang mula-mula didatangi Rasulullah ﷺ adalah dia sendiri, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya aku akan menuturkan kepadamu suatu urusan, maka janganlah engkau tergesa-gesa mengambil keputusan sebelum meminta pendapat dari kedua ibu bapamu. Rasulullah ﷺ telah mengetahui bahawa kedua orang tuaku (Aisyah رضي الله عنها) belum pernah memerintahkan kepadaku untuk berpisah dari baginda ﷺ. Kemudian Nabi ﷺ bersabda bahawa Allah ‎ﷻ telah menurunkan firman-Nya: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu. (Al-Ahzab: 28), hingga akhir kedua ayat berikutnya. Maka aku menjawab, “Apakah kerana urusan itu aku diperintahkan untuk meminta saranan kepada kedua orang tuaku? Sesungguhnya aku hanya menginginkan Allah ‎ﷻ dan Rasul-Nya serta negeri akhirat.”

Hal yang sama telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari secara ta’liq melalui Al-Lais, telah menceritakan kepadaku Yunus, dari Az-Zuhri, dari Abu Salamah, dari Aisyah رضي الله عنها. Lalu disebutkan hadis yang semisal, tetapi dalam riwayat ini ditambahkan bahawa setelah itu semua isteri Nabi ﷺ melakukan hal yang sama seperti apa yang dilakukan oleh A’isyah رضي الله عنها.

Ketika ayat ini diturunkan, isteri baginda ada empat orang: A’isyah, Saudah, Hafsah dan Umm Salamah. Ikrimah pula mengatakan bahawa pada waktu itu Nabi ﷺ mempunyai sembilan orang isteri. Lima orang isteri dari kalangan kabilah Quraisy, iaitu A’isyah, Hafsah, Ummu Habibah, Saudah, dan Ummu Salamah.

Selain itu adalah Safiyyah binti Huyay An-Nadriyyah, Maimunah bintil Haris Al-Hilaliyah, Zainab binti Jahsy Al-Asadiyah, dan Juwairiyah bintil Haris Al-Mustaliqiyah. Semoga Allah ‎ﷻ melimpahkan redha-Nya kepada mereka dan membuat mereka semua redha dengan pahala-Nya.

Imam Ahmad رحمه الله mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Amir alias Abdul Malik ibnu Amr, telah menceritakan kepada kami Zakaria ibnu Ishaq, dari Abuz Zubair, dari Jabir رضي الله عنه  yang menceritakan bahawa sahabat Abu Bakar رضي الله عنه datang dan meminta izin untuk menemui Rasulullah ﷺ. Pada saat itu orang-orang berada di depan pintu rumah baginda ﷺ sedang duduk-duduk menunggu. Sedangkan Nabi ﷺ sedang duduk di dalam rumahnya, baginda tidak mengizinkan Abu Bakar رضي الله عنه untuk masuk. Kemudian datanglah Umar رضي الله عنه dan meminta izin untuk masuk, tetapi beliau pun tidak diizinkan masuk. Tidak lama kemudian Abu Bakar dan Umar رضي الله عنهما diberi izin untuk masuk, lalu keduanya masuk. Saat itu Nabi ﷺ sedang duduk, sedangkan semua isterinya berada di sekelilingnya, baginda  ﷺ hanya diam saja. Umar رضي الله عنه berkata dalam hatinya bahawa dia akan berbicara kepada Nabi  ﷺ suatu pembicaraan yang mudah-mudahan akan membuat baginda dapat tersenyum. Maka Umar رضي الله عنه berkata, “Wahai Rasulullah, seandainya anak perempuan Zaid (yakni isterinya sendiri) meminta nafkah kepadaku, pastilah aku akan menamparnya.” Maka Nabi ﷺ tersenyum sehingga gigi serinya kelihatan, lalu bersabda: Kebetulan mereka pun yang ada di sekelilingku ini meminta nafkah kepadaku. Maka Abu Bakar رضي الله عنه bangkit menuju tempat Aisyah رضي الله عنها dengan maksud akan memukulnya. Umar رضي الله عنه bangkit pula menuju tempat Hafsah رضي الله عنها dengan maksud yang sama. Lalu keduanya berkata, “Kamu berdua meminta kepada Nabi ﷺ nafkah yang tidak ada padanya?” Tetapi Nabi ﷺ melarang keduanya. Dan semua isteri baginda ﷺ berkata, “Demi Allah ‎ﷻ, kami tidak akan lagi meminta kepada Rasulullah ﷺ sesudah pertemuan ini sesuatu yang tidak ada padanya.” Dan Allah ‎ﷻ menurunkan ayat khiyar, lalu baginda ﷺ memulainya dari Aisyah رضي الله عنها Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku akan menceritakan kepadamu suatu urusan yang aku tidak suka bila engkau tergesa-gesa mengambil keputusan tentangnya sebelum engkau meminta saran dari kedua orang tuamu.” Siti Aisyah رضي الله عنها bertanya, “Urusan apakah itu?” Maka Nabi ﷺ membacakan kepadanya firman Allah ‎ﷻ: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu. (Al-Ahzab: 28), hingga akhir ayat. Aisyah رضي الله عنها berkata, “Apakah berkenaan dengan engkau aku harus meminta saran kepada kedua orang tuaku? Tidak, bahkan aku tetap memilih Allah ‎ﷻ dan Rasul-Nya. Dan aku meminta, sudilah engkau tidak menceritakan kepada isterimu yang lain tentang pilihanku ini.” Maka Rasulullah ﷺ menjawab: Sesungguhnya Allah ‎ﷻ tidak mengutusku sebagai orang yang kejam, melainkan Dia mengutusku sebagai pengajar lagi pemberi kemudahan. Tiada seorang wanita pun dari mereka yang menanyakan kepadaku tentang pilihanmu melainkan aku akan menceritakan kepadanya tentang pilihanmu itu.

Para ulama’ berselisih pendapat tentang kebolehan orang lain mengahwini bekas isteri Nabi ﷺ sekiranya baginda menceraikan mereka ketika itu. Ada dua pendapat mengenai masalah ini. Pendapat yang paling sahih mengatakan boleh, seandainya talak itu benar-benar terjadi, demi terlaksananya perceraian yang dimaksudkan. Hanya Allah ﷻlah Yang Maha Mengetahui.

Pengajaran yang para isteri boleh ambil dari ayat ini, janganlah menyusahkan hati suami. Kadangkala permintaan isteri itu menyebabkan suami susah hati kerana dia tidak mampu hendak beri. Tetapi kerana sayang, dia sanggup bekerja lebih atau bergadai untuk tunaikan kerana isteri tercinta. Jadi, kalau isteri itu boleh selami maksud ayat-ayat ini, janganlah meminta sangat.

Dari ayat ini juga mengajar kita yang para suami boleh memberikan pilihan kepada isteri sama ada untuk terus bersama atau bercerai. Mungkin ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan akhirnya suami boleh berkata: “Sekarang pilih sama ada hendak terus bersama saya atau saya ceraikan sahaja awak.” Maknanya ceraikan mereka dengan cara baik.


 

Ayat 30: Allah ‎ﷻ berfirman menasihati isteri-isteri Nabi  ﷺ yang telah memilih Allah ‎ﷻ dan Rasul-Nya serta pahala di negeri akhirat, selanjutnya mereka tetap menjadi isteri Rasulullah ﷺ. Maka sangatlah sesuai bila diceritakan kepada mereka ketentuan hukum-Nya dan keistimewaan mereka yang melebihi wanita-wanita lainnya.

يٰنِساءَ النَّبِيِّ مَن يَأتِ مِنكُنَّ بِفٰحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ يُضٰعَف لَهَا العَذابُ ضِعفَينِ ۚ وَكانَ ذٰلِكَ عَلَى اللهِ يَسيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O wives of the Prophet, whoever of you should commit a clear immorality – for her the punishment would be doubled two fold, and ever is that, for Allāh, easy.

(MELAYU)

Hai isteri-isteri Nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, nescaya akan dilipat-gandakan seksaan kepada mereka dua kali lipat. Dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah.

 

يٰنِساءَ النَّبِيِّ

Hai isteri-isteri Nabi, 

Dan sekarang Allah ‎ﷻ melakukan satu perkara yang tidak pernah dilakukan terhadap orang lain. Allah ‎ﷻ bercakap terus kepada isteri-isteri Nabi ﷺ.

 

مَن يَأتِ مِنكُنَّ بِفٰحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ

siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata,

Allah ‎ﷻ memberikan peringatan yang keras kepada mereka yang jika mereka melakukan perbuatan keji yang jelas, maka mereka akan mendapat balasan yang amat buruk sekali.

Ada pendapat yang mengatakan perbuatan keji yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah melakukan sesuatu yang menyebabkan Nabi ﷺ bersedih.

Tentulah para isteri Nabi ﷺ tidak mahu melakukan perkara ini tetapi Allah ‎ﷻ memberikan peringatan yang keras dahulu supaya mengingatkan mereka kepada balasan yang teruk yang akan dikenakan kepada mereka jikalau mereka melakukannya. Bukannya bila Allah ‎ﷻ berfirman begini, menunjukkan mereka ada niat untuk berbuat begitu pula.

Menurut Ibnu Abbas رضي الله عنهما, pengertian perbuatan keji ini ditakwilkan dengan makna membangkang dan berakhlak buruk. Dan atas dasar hipotesis apa pun, maka ungkapan ayat ini hanyalah semata-mata andaian, dan makna andaian itu tidak bererti pasti terjadi. Pengertiannya sama dengan firman Allah ‎ﷻ dalam ayat yang lain, iaitu:

{وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ}

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, “Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalanmu. (Az-Zumar: 65)

Tentulah Nabi Muhammad ﷺ tidak akan melakukan syirik kepada Allah ‎ﷻ, maka ini adalah andaian juga.

Kalimah فٰحِشَةٍ banyak digunakan dalam Al-Qur’an dan salah satu maknanya adalah melakukan perbuatan keji yang melibatkan seksual seperti zina. Akan tetapi tidaklah begitu maksudnya di sini kerana isteri para Nabi ﷺ terpelihara dari melakukan perbuatan keji sebegitu. Sebagai contoh, walaupun isteri Nabi Nuh عليه السلام dan Nabi Luth عليه السلام tidak beriman, tetapi mereka tidaklah melakukan perbuatan zina.

Dan tentu sekali para isteri Nabi Muhammad ﷺ tidak pernah melakukan perkara itu kerana mereka itu insan terpilih yang menjadi isteri Nabi ﷺ. Maka kalimah فٰحِشَةٍ dalam ayat ini membawa maksud dosa menyakiti dan menyusahkan Rasulullah ﷺ. Antaranya dosa lagi adalah tidak taat kepada baginda dan juga meminta kepada baginda perkara yang baginda susah untuk berikan.

 

يُضٰعَف لَهَا العَذابُ ضِعفَينِ

nescaya akan dilipat-gandakan seksaan kepada mereka dua kali lipat.

Jikalau mereka melakukan perbuatan keji, maka balasan dosa kepada mereka adalah dua kali ganda kalau dibandingkan dengan orang lain. Malik telah meriwayatkan dari Zaid ibnu Aslam sehubungan dengan makna firman-Nya: nescaya akan dilipatgandakan seksaan kepada mereka dua kali lipat. (Al-Ahzab: 30) Yakni seksaan di dunia dan akhirat.

Maka mereka kena menjaga sungguh-sungguh perbuatan mereka. Kena lebih berhati-hati kalau dibandingkan dengan orang lain.

Kenapa pula mereka digandakan dosa? Ini adalah kerana mereka itu menjadi kayu ukur dan juga contoh kepada para wanita yang lain. Kerana mereka isteri Nabi ﷺ, maka mereka ada tanggungjawab khas. Mereka bukan macam manusia yang lain.

Dan ada juga yang mengatakan mereka digandakan dosa kerana mereka rapat dengan Nabi ﷺ dan sepatutnya mereka lebih tahu tentang agama. Maksudnya kalau sudah tahu syariat, tetapi masih juga berbuat dosa keji, maka itu memang sudah teruk dan layak kalau dikenakan dosa berganda. Kerana bukan tidak tahu kesalahan tetapi sengaja melawan dan tidak mengendahkan.

Berdasarkan ayat ini juga, ada ulama’ yang mengatakan, kalau orang alim melakukan dosa, maka mereka pun dikenakan dengan dosa yang berganda kerana mereka telah tahu hukum dan kesan dari perbuatan mereka itu. Mereka lebih tahu dari orang awam, maka dosa mereka itu lebih tinggi lagi.

 

وَكانَ ذٰلِكَ عَلَى اللهِ يَسيرًا

Dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah.

Mudah sahaja bagi Allah ‎ﷻ untuk memberi dosa dan azab kepada mereka. Jangan sangka yang kerana mereka itu isteri Rasul ﷺ, maka mereka akan selamat begitu sahaja. Kedudukan sebagai isteri seorang Rasulullah ﷺ memang ada kelebihannya, tetapi tidaklah menyelamatkan mereka kalau mereka ada berbuat dosa.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 29 Jun 2019

AKHIR JUZ 21


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Ahzab Ayat 23 – 26 (Bani Quraizah)

Ayat 23: Sambungan tentang sifat orang mukmin.

مِّنَ المُؤمِنينَ رِجالٌ صَدَقوا ما عٰهَدُوا اللهَ عَلَيهِ ۖ فَمِنهُم مَّن قَضىٰ نَحبَهُ وَمِنهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَما بَدَّلوا تَبديلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Among the believers are men true to what they promised Allāh. Among them is he who has fulfilled his vow [to the death], and among them is he who awaits [his chance]. And they did not alter [the terms of their commitment] by any alteration –

(MELAYU)

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya),

 

مِّنَ المُؤمِنينَ رِجالٌ صَدَقوا ما عٰهَدُوا اللهَ عَلَيهِ

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah;

Ada yang memegang dan telah memenuhi janji yang mereka telah ikat dengan Allah ‎ﷻ. Iaitu mereka beriman dengan Allah ‎ﷻ dan juga Rasulullah ﷺ dan semua perkara yang perlu diimani. Mereka mengamalkan amalan yang baik dalam kehidupan mereka.

Dan untuk tahu semua itu memerlukan ilmu. Kerana bahaya kalau kata taat, tetapi tidak tahu apa yang perlu ditaati. Ramai orang kita pandai cakap sahaja mereka taat, taat, tetapi mereka jauh dari wahyu. Maka apa yang mereka taati pun kita tidak tahu.

Kerana itulah kita mementingkan budaya ilmu dalam masyarakat kita. Kalau ramai ada ilmu agama, maka senanglah kehidupan manusia. Bila ada ramai yang jahil itulah yang menyebabkan masalah yang banyak. Malangnya lebih banyak yang jahil dari mereka yang berilmu. Dan ini perkara biasa kerana bukan ramai yang mahu meluangkan masa belajar agama.

 

فَمِنهُم مَّن قَضىٰ نَحبَهُ

maka di antara mereka ada yang gugur. 

Kalimah نحب  itu macam nazar. Iaitu mewajibkan sesuatu ke atas diri. Mereka telah bayar dengan diri mereka untuk masuk ke syurga. Mereka sudah berjanji untuk menjalankan jihad dan mereka telah melakukannya.

Maka ada di antara mereka yang telah mati syahid di medan perang. Ini adalah satu nikmat yang amat besar sekali. Mati syahid adalah satu jalan singkat ke syurga. Mereka terus masuk syurga tanpa hisab. Dan ini memang kelebihan yang tidak ada sepanjang zaman. Bayangkan kalau zaman sekarang, sudah tidak ada jihad perang lagi. Maka kita tidak ada kelebihan ini walaupun kita sanggup berperang. Maka mereka yang mati syahid di medan perang itu adalah mereka yang amat beruntung.

Hendak perang bagaimana kerana sekarang tidak ada jihad perang pun? Ini kerana untuk menjalankan perang kenalah ada syarat-syaratnya untuk dipenuhi. Salah satunya ialah perang itu kenalah diarahkan oleh khalifah. Dan sekarang pemerintahan kita bukannya pemerintahan berkhalifah.

 

وَمِنهُم مَّن يَنتَظِرُ

Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu

Kerana jihad perang sudah tidak ada, maka kita pun menunggu juga. Dan kita yang sudah belajar tentang jihad ini menunggu-nunggu peluang itu yang entah datang ataupun tidak. Tetapi walaupun tidak ada sekarang, kita tetap kena bersedia.

Dan pada zaman dahulu pun ada yang belum lagi dapat mati syahid walaupun mereka berjihad. Ini adalah kerana mati syahid dalam perang adalah rezeki dari Allah ‎ﷻ dan bukan semua mendapat rezeki ini. Ramai yang berharap tetapi mereka hanya dapat berharap sahaja. Mereka menunggu-nunggu peluang mereka untuk bersama dengan sahabat-sahabat mereka yang telah mati syahid sebelum mereka.

 

وَما بَدَّلوا تَبديلًا

dan mereka tidak merubah (janjinya)

Dalam masa menunggu-nunggu peluang mereka itu, hati mereka tetap dalam iman. Mereka tidak akan menukar iman mereka dengan apa pun.

Mereka tidak akan tukar dengan benda yang lebih rendah seperti dunia. Dunia pada mereka tidak sama untuk dibandingkan dengan akhirat. Tidaklah mereka itu seperti golongan munafik yang pandai bercakap sahaja, tetapi apabila sampai masa perang, mereka mula mencari alasan untuk balik menyorok ke rumah.

Mereka amat berharap supaya nyawa mereka diambil semasa mereka sedang memperjuangkan agama Allah ‎ﷻ. Sementara itu, mereka tetap menjalankan tugas mereka semasa dalam dunia ini. Mereka tetap taat kepada Allah ‎ﷻ.

Imam Bukhari رحمه الله mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Yaman, telah menceritakan kepada kami Syu’aib, dari Az-Zuhri, telah menceritakan kepadaku Kharijah ibnu Zaid ibnu Sabit, dari ayahnya yang menceritakan, “Ketika kami menyalin Mus­haf, kami kehilangan suatu ayat dari surat Ahzab, padahal aku pernah mendengarnya dari Rasulullah ﷺ ketika baginda membacanya. Ayat itu tiada pada seorang pun kecuali ada pada (hafalan) Khuzaimah ibnu Sabit Al-Ansari رضي الله عنه yang kesaksiannya dijadikan oleh Rasulullah ﷺ sebanding dengan kesaksian dua orang laki-laki.” Ayat tersebut adalah firman Allah ‎ﷻ.: Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah ‎ﷻ. (Al-Ahzab: 23) Ditinjau dari jalurnya Imam Bukhari رحمه الله meriwayatkan hadis ini secara munfarid, tetapi hadis ini mempunyai banyak syahid (bukti) yang menguatkannya melalui berbagai jalur.


 

Ayat 24: Inilah akibatnya kepada orang yang benar-benar beriman dan Allah beri perbandingan kalau berada dalam sifat munafik.

لِّيَجزِيَ اللهُ الصّٰدِقينَ بِصِدقِهِم وَيُعَذِّبَ المُنٰفِقينَ إِن شاءَ أَو يَتوبَ عَلَيهِم ۚ إِنَّ اللهَ كانَ غَفورًا رَّحيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That Allāh may reward the truthful for their truth and punish the hypocrites if He wills or accept their repentance. Indeed, Allāh is ever Forgiving and Merciful.

(MELAYU)

Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyeksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

لِّيَجزِيَ اللهُ الصّٰدِقينَ بِصِدقِهِم

Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, 

Allah ‎ﷻ akan memberikan balasan yang baik kepada orang-orang yang beriman dan sifat siddiq mereka. Sama ada dapat mati syahid ataupun tidak, balasan Allah ‎ﷻ tetap akan diberikan setimpal dengan amalan dan iman seseorang itu.

Macam kita sekarang, walaupun tidak ada jihad perang, kita masih ada ‘jihad mulut’ lagi. Iaitu menyampaikan dakwah kepada manusia dalam bentuk percakapan atau penulisan. Kita teruskan buat apa yang kita boleh buat. Jangan tangisi apa yang kita tidak ada, tetapi berusahalah dengan apa yang kita ada.

Dengan adanya perang sebegini, Allah ‎ﷻ menguji hamba-hamba-Nya dengan rasa takut dan kegoncangan (gentar) agar Dia membezakan mana yang berhati buruk dan mana yang berhati baik, sehingga apa yang ada di dalam hati mereka menjadi kelihatan dalam bentuk sikap dan perbuatan. Hal ini sama sekali tidak bertentangan dengan kenyataan bahawa Allah ‎ﷻ mengetahui sesuatu sebelum penciptaanNya.

Dan sesungguhnya Allah ‎ﷻ tidak mengazab makhluk-Nya hanya berdasarkan pengetahuan Allah ‎ﷻ tentang mereka, melainkan mereka pun harus mengetahui dahulu apa yang Dia ketahui tentang diri mereka, sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ}

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu. (Muhammad: 31)

Hal ini menyangkut pengetahuan terhadap sesuatu setelah keberadaannya, sekali pun pengetahuan mengenainya telah diketahui oleh Allah ‎ﷻ sebelum keberadaannya dalam ilmu-Nya yang terdahulu. Hal yang senada disebutkan pula oleh Allah ‎ﷻ melalui firman-Nya:

{مَا كَانَ اللهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ حَتَّى يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ}

Allah ‎ﷻ sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah ‎ﷻ sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib. (Ali-Imran: 179)

Ringkasnya, bukanlah Allah ‎ﷻ tidak tahu siapa beriman dan siapa tidak. Cuma Allah ‎ﷻ hendak mereka buktikan dengan perbuatan mereka. Dan Allah ‎ﷻ ingin menunjukkan kepada orang mukmin siapakah yang benar-benar beriman dan siapa yang munafik. Ini dapat dicapai dengan jalan jihad perang.

 

وَيُعَذِّبَ المُنٰفِقينَ إِن شاءَ

dan menyeksa orang munafik jika dikehendaki-Nya,

Dan kepada orang munafik Allah ‎ﷻ mungkin berikan balasan azab kepada mereka semasa di dunia ataupun tidak kerana ia terpulang kepada Allah ‎ﷻ. Kerana itu ada kalimah إِن شاءَ itu. Terpulang kepada Allah ‎ﷻ.

Maksudnya orang munafik kenalah takut dan jangan sangka yang mereka akan selamat. Dan orang-orang mukmin juga jangan yakin sangat yang orang-orang munafik itu akan dikenakan balasan semasa di dunia. Kerana mungkin mereka tidak mendapat apa-apa balasan buruk pun.

 

أَو يَتوبَ عَلَيهِم

atau menerima taubat mereka. 

Kerana mungkin Allah ‎ﷻ mengampunkan mereka kerana mereka telah bertaubat. Orang-orang munafik itu ada peluang lagi untuk bertaubat dan memperbetulkan diri mereka. Dan jikalau mereka berbuat begitu maka Allah ‎ﷻ boleh mengampuni mereka. Selagi mereka tidak mati lagi, mereka ada peluang.

Terpulang kepada Allah ‎ﷻ jika Dia hendak memberi taufik kepada orang-orang munafik itu untuk beriman akhirnya. Kerana kalau mereka mendapat taufik, maka mereka bertaubat dan baiki diri mereka, maka Allah ‎ﷻ boleh maafkan mereka.

Pada zaman Nabi Muhammad ﷺ memang ramai yang munafik. Tetapi ramai juga yang kemudiannya beriman. Ini adalah kerana mereka tetap duduk dalam majlis Nabi ﷺ dan lama kelamaan Allah ‎ﷻ berikan hidayah kepada mereka. Mereka tidak menutup terus hati mereka kepada iman.

 

إِنَّ اللهَ كانَ غَفورًا رَّحيمًا

Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ini adalah kerana Allah ‎ﷻ Maha Pengampun. Allah ‎ﷻ sanggup memberikan keampunan kepada manusia. Maka jangan putus harap dengan Allah ‎ﷻ. Terus berharap kepada Allah ‎ﷻ.

Dan Allah ‎ﷻ sanggup memberikan keampunan itu kerana Allah ‎ﷻ sayang kepada hamba-Nya. Allah ‎ﷻ hendak lihat hamba-Nya masuk syurga. Maka Allah ‎ﷻ banyak beri peluang kepada manusia.


 

Ayat 25: Ini adalah kesan jikalau umat Islam beriman kepada Allah ‎ﷻ. Dan apabila hidup ikut cara Nabi ﷺ. Pasti kesudahannya baik.

وَرَدَّ اللهُ الَّذينَ كَفَروا بِغَيظِهِم لَم يَنالوا خَيرًا ۚ وَكَفَى اللهُ المُؤمِنينَ القِتالَ ۚ وَكانَ اللهُ قَوِيًّا عَزيزًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh repelled those who disbelieved, in their rage, not having obtained any good. And sufficient was Allāh for the believers in battle, and ever is Allāh Powerful and Exalted in Might.

(MELAYU)

Dan Allah menghalau orang-orang yang kafir itu yang keadaan mereka penuh kejengkelan, (lagi) mereka tidak memperoleh keuntungan apa pun. Dan Allah cukup bagi orang-orang mukmin dalam peperangan. Dan adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

 

وَرَدَّ اللهُ الَّذينَ كَفَروا بِغَيظِهِم

Dan Allah menghalau orang-orang yang kafir itu yang keadaan mereka penuh kejengkelan, 

Orang-orang kafir itu dikalahkan dan dipulangkan ke tempat asal mereka dengan rasa tidak puas hati kerana mereka tidak dapat melepaskan kemarahan mereka terhadap umat Islam. Mereka datang ke Madinah itu untuk menghancurkan umat Islam kerana kebencian mereka, tetapi mereka tidak dapat menunaikannya. Mereka balik kosong sahaja.

 

لَم يَنالوا خَيرًا

mereka tidak memperoleh keuntungan apapun.

Mereka langsung tidak mendapat kebaikan ataupun apa-apa keuntungan dari usaha mereka. Mereka telah bersusah payah untuk mengumpulkan segala tenaga dan bantuan daripada orang-orang kafir yang lain untuk menyerang Madinah, tetapi tidak ada pulangan yang baik untuk mereka.

Mereka juga telah memalukan diri mereka kerana walaupun mereka telah bergabung tenaga dengan banyak puak Arab yang lain, tetapi tidak dapat juga hendak mengalahkan umat Islam. Usaha mereka gagal dan nama baik mereka pun jatuh merudum.

Kita akan lihat nanti bagaimana kesan ini membawa kepada kemenangan umat Islam di Mekah kelak. Kesan dari kekalahan mereka tidak berakhir di sini sahaja tetapi membawa kesan jangka panjang. Ini bersambung dalam Surah al-Fath.

 

وَكَفَى اللهُ المُؤمِنينَ القِتالَ

Dan Allah cukup bagi orang-orang mukmin dalam peperangan. 

Cukuplah Allah ‎ﷻ sahaja yang memusnahkan musuh orang-orang mukmin. Ia seolah-olah Allah ‎ﷻ sahaja yang berperang dengan musuh Islam dan mengalahkan mereka. Kerana seperti kita telah belajar, para sahabat hampir tidak ada pertempuran langsung dengan pihak musuh kerana mereka tidak dapat memasuki ke dalam kota (kecuali beberapa orang sahaja). Allah ‎ﷻ kalahkan mereka dengan menghantar angin sahaja.

Kerana itulah Rasulullah ﷺ selalu mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وأعزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، فَلَا شَيْءَ بَعْدَهُ”

Tidak ada Tuhan selain Allah semata, Dia telah membenarkan janji-Nya, menolong hamba-Nya, memenangkan bala tentara-Nya, dan mengalahkan golongan-golongan yang bersekutu sendirian, maka tiada bahaya lagi sesudahnya. 

Diketengahkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim melalui hadis Abu Hurairah رضي الله عنه.

Nota: ya hadith ini kalau macam pernah dengar kerana selalu dibaca dalam Takbir pada Hari Raya.

Tentulah jikalau berperang dengan Allah ‎ﷻ  maka tidak ada harapan kepada sesiapa pun. Mudah sahaja Allah ‎ﷻ  menghantar angin sejuk untuk menghalau tentera-tentera itu dan Allah ‎ﷻ menghindarkan orang-orang mukmin dari perlu berperang dengan mereka.

 

وَكانَ اللهُ قَوِيًّا عَزيزًا

Dan adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Allah ‎ﷻ Maha Kuat dan dapat mengalahkan sesiapa sahaja. Allah ‎ﷻ Maha Gagah Perkasa dan tidak ada yang dapat mengalahkan-Nya.

Allah ‎ﷻ boleh berbuat apa sahaja yang Dia ingini. Kalau Allah ‎ﷻhendak menangkan orang mukmin, senang sahaja bagi Allah ‎ﷻ. Dan Allah juga ada berikan kekalahan kepada orang mukmin. Maka semuanya di tangan Tuhan.


 

Ayat 26: Ini pula adalah musuh jenis lain. Ini adalah musuh dalam Kota Madinah sendiri. Ayat ini dan ayat 27 adalah Perenggan Makro ke 6 surah ini. Ia berkenaan peperangan dengan Yahudi Bani Quraizah.

وَأَنزَلَ الَّذينَ ظٰهَروهُم مِّن أَهلِ الكِتٰبِ مِن صَياصيهِم وَقَذَفَ في قُلوبِهِمُ الرُّعبَ فَريقًا تَقتُلونَ وَتَأسِرونَ فَريقًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And He brought down those who supported them among the People of the Scripture¹ from their fortresses and cast terror into their hearts [so that] a party [i.e., their men] you killed, and you took captive a party [i.e., the women and children].

  • The Jews of Banū Quraythah, who had violated their treaty with the Muslims.

(MELAYU)

Dan Dia menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, dan Dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka. Sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan.

 

وَأَنزَلَ الَّذينَ ظٰهَروهُم مِّن أَهلِ الكِتٰبِ مِن صَياصيهِم

Dan Dia menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, 

Salah satu daripada musuh umat Islam adalah bangsa Yahudi. Dan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Yahudi daripada Bani Quraizah. Mereka sepatutnya membantu umat Islam mempertahankan Madinah apabila diserang oleh pihak luar tetapi mereka tidak berbuat begitu. Malahan mereka telah bersekongkol dengan tentera musuh untuk menyerang umat Islam dari dalam. Ini adalah satu pembelotan dan hukumannya adalah bunuh.

Peristiwa itu terjadi melalui duta golongan-golongan yang bersekutu, iaitu Huyay ibnu Akhtab An-Nadri la’natullah ‘alaih. Dia memasuki benteng Bani Quraizah dan terus-menerus memujuk pemimpin mereka (iaitu Ka’b ibnu Asad) untuk bergabung dengan golongan bersekutu. Mulanya Ka’b tidak melayan tetapi akhirnya dia bersetuju untuk merosakkan perjanjian gencatan senjata mereka dengan kaum Muslim.

Di antara ucapan yang dikatakan oleh Huyay ibnu Akhtab ketika memujuk Ka’b ibnu Asad ialah, “Celakalah kamu, sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa kejayaan masa, aku datang kepadamu dengan membawa kaum Quraisy bersama tentara Habsyahnya, kabilah Gatafan, dan para pengikutnya. Mereka masih bermarkas di sini sebelum mereka membinasakan Muhammad ﷺ dan para sahabatnya.”

Maka Ka’b menjawab, “Tidak, demi Allah ‎ﷻ, bahkan engkau datang kepadaku dengan membawa kehinaan masa. Celakalah engkau, hai Huyay, sesungguhnya engkau membawa kesialan.” Dan Huyay terus memujuknya dengan segala cara sehingga pada akhirnya Ka’b ibnu Asad mahu mengikutinya. Huyay mensyaratkan kepada Ka’b bahawa jika golongan-golongan yang bersekutu telah pergi dan sudah tidak ada lagi urusan mereka, maka Ka’b harus membawanya serta masuk ke dalam bentengnya dan menjadi salah seorang di antara mereka (Bani Quraizah).

Setelah Bani Quraizah merosak perjanjiannya dan berita itu sampai kepada Rasulullah ﷺ, hati baginda resah dan sangat risau tentang keselamatan kaum Muslim. Tetapi setelah Allah ‎ﷻ menolong Rasul-Nya dan mengalahkan musuh-musuhnya serta mengembalikan mereka dalam keadaan kecewa dan merugi, maka baginda kembali ke Madinah, dalam keadaan menang dan kemudian para sahabat mulai meletakkan senjata mereka.

Dan ketika Rasulullah ﷺ sedang mandi membersihkan dirinya dari kotoran yang melekat pada tubuhnya akibat perang Ahzab itu di rumah Ummu Salamah رضي الله عنها, tiba-tiba Jibril عليه السلام menampakkan dirinya memakai serban dari kain sutera tebal dengan mengendarai haiwan yang berpelanakan kain permaidani terbuat dari kain sutera.

Lalu Jibril عليه السلام berkata, “Hai Rasulullah  ﷺ, apakah engkau meletakkan senjatamu?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Ya.” Jibril عليه السلام berkata, “Tetapi para malaikat masih belum meletakkan senjatanya, dan sekarang kami (para malaikat) baru saja kembali setelah melakukan pengejaran terhadap mereka (golongan-golongan yang bersekutu).” Kemudian Jibril عليه السلام berkata: Sesungguhnya Allah ‎ﷻ telah memerintahkan kepadamu agar bangkit menuju ke tempat orang-orang Bani Quraizah.

Menurut riwayat yang lain, Jibril عليه السلام berkata kepada Rasulullah ﷺ, “Aku memaklumimu sebagai orang yang habis perang, tetapi apakah engkau sekarang telah meletakkan senjatamu?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Ya.” Jibril عليه السلام berkata, “Tetapi kami (para malaikat) masih belum meletakkan senjata kami. Sekarang bangkitlah untuk menyerang mereka.” Rasulullah ﷺ bertanya, “Ke mana?” Jibril عليه السلام menjawab, “Ke tempat Bani Quraizah, kerana sesungguhnya Allah ‎ﷻ telah memerintahkan kepadaku untuk menggoncangkan mereka.”

Allah ‎ﷻ telah mengalahkan tentera yang datang dari luar Madinah, maka sekarang umat Islam sendiri yang kena berperang dengan musuh yang berada di dalam. Maka pada saat itu juga Rasulullah ﷺ bangkit dan memerintahkan kepada kaum Muslim untuk bergerak menuju tempat Bani Quraizah. Tempat orang-orang Bani Quraizah terletak beberapa batu dari kota Madinah. Hal itu terjadi sesudah Solat Zuhur, lalu Rasulullah ﷺ bersabda:

“لَا يُصَلِّيَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمُ الْعَصْرَ إِلَّا فِي بَنِي قُرَيْظَةَ”

Jangan sekali-kali seseorang di antara kalian melakukan salat Asar kecuali di tempat Bani Quraizah.

Maka kaum Muslim bergerak dan berangkat, dan waktu Solat Asar telah masuk ketika mereka berada di tengah jalan. Maka sebahagian dari mereka ada yang solat Asar di tengah jalan, mereka beralasan bahawa tiada yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ dari mereka kecuali untuk cepat dalam melakukan perjalanan (kalau sempat solat, boleh).

Sedangkan sebahagian yang lain mengatakan, “Kami tidak mahu melakukannya kecuali di tempat orang-orang Bani Quraizah.” Ternyata Rasulullah ﷺ tidak menegur salah satu pihak dari kedua belah pihak yang berbeza pendapat itu. Di dalam kejadian ini terdapat banyak hukum feqah yang boleh diambil perhatian. Tetapi kita tidak mahu bincangkannya di sini. Cuma anda boleh ingat kisah ini dan boleh fahami kalau ada perbincangan hukum-hukum nanti di dalam pelajaran feqah.

Bani Quraizah telah bertahan di dalam benteng kota mereka selama 20 hari dan umat Islam terus mengepung mereka. Akhirnya mereka mengaku kalah. Walaupun mereka duduk dalam benteng kuat tetapi Allah ‎ﷻ boleh paksa mereka turun. Benteng mereka tidak dapat menyelamatkan mereka. Akhirnya Bani Quraizah berkata, “Kami mahu turun dengan syarat menyerah di bawah hukum Sa’d ibnu Mu’az.”

 

وَقَذَفَ في قُلوبِهِمُ الرُّعبَ

dan Dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka.

Allah ‎ﷻ telah melontarkan (maksud قذف) ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka. Kalimah الرُّعبَ adalah jenis ketakutan yang amat sangat sampai menyebabkan mereka tidak boleh berfikir dengan lancar.

 

فَريقًا تَقتُلونَ

Sebahagian mereka kamu bunuh

Mereka terpaksa menerima hukuman di atas pembelotan mereka. Dalam perbincangan mereka sebagai syarat untuk menyerah kalah, mereka mahu seorang sahabat yang bernama Saad ibn Muaz untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka. Dan mereka mahu hukuman itu diambil daripada Taurat.

Ini adalah kerana bani ini dulu telah lama berbaik dengan Suku Aus dan ketua mereka adalah Saad bin Muaz. Waktu itu Saad telah cedera teruk kerana ditembak dengan panah dalam Perang Khandak itu. Darah tidak berhenti mengalir kerana beliau dipanah di pembuluh utama darah. Beliau sedang nazak menunggu kematian di Masjid Nabi waktu itu tetapi apabila dengar mereka mahukan keputusan dari dia juga, maka dia sanggup untuk dibawa ke penempatan Bani Quraizah.

Puak Yahudi itu sangka yang mereka akan dapat hukuman yang lembut. Kerana mereka telah lama kenal Saad itu. Orang-orang Bani Quraizah menduga bahawa cara tersebut dapat melindungi diri mereka, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Abdullah ibnu Ubay ibnu Salul terhadap para mawalinya dari kalangan Bani Qainuqa’ ketika dia meminta kepada Rasulullah ﷺ agar sudi mem­bebaskan mereka.

Mereka tidak mahu hukuman daripada Al-Qur’an. Mereka mahu hukuman dari Taurat sahaja. Akan tetapi mereka telah tersalah pilih kerana jikalau diambil hukuman daripada Al-Qur’an, maka hukuman mereka mungkin dijadikan sebagai tawanan atau pun yang dibunuh hanyalah mereka yang benar-benar berperang sahaja.

Sedangkan hukuman daripada Taurat adalah lebih keras lagi. Mana-mana lelaki yang ‘boleh’ berperang kena dibunuh (bukan yang berperang sahaja) dan selain mereka itu akan dijadikan sebagai hamba. Mereka tidak tahu itulah hukuman yang dikenakan kepada pembelot kerana mereka sendiri tidak tahu kitab mereka sendiri. Sama jugalah dengan masyarakat kita yang tidak tahu Al-Qur’an. Maka mereka pun begitulah juga.

Maka sebahagian besar daripada mereka telah dibunuh. Dan ini adalah hukuman yang berat kepada pembelot di dalam perang. Rasulullah ﷺ memerintahkan agar dibuatkan parit yang cukup dalam, lalu mereka (para tawanan perang) didatangkan dalam keadaan tangan terikat, selanjutnya mereka dihukum pancung. Jumlah mereka antara tujuh sampai lapan ratus orang, termasuk mereka yang bulu kemaluannya masih belum tumbuh menjadi tawanan bersama kaum wanita, juga semua harta mereka dirampas.

Imam Ahmad رحمه الله mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hasyim ibnu Basyir, telah menceritakan kepada kami Abdul Malik ibnu Umair, dari Atiyyah Al-Qurazi yang menceritakan bahawa selepas perang dengan Bani Quraizah dia dihadapkan kepada Nabi ﷺ (untuk dihukum bunuh). Tetapi mereka (kaum Muslim) meragukan tentang kedewasaannya. Maka Nabi ﷺ memerintahkan kepada mereka untuk memeriksa apakah dia telah tumbuh rambut kemaluannya ataukah belum? Lalu mereka memeriksanya, ternyata mereka melihat dirinya masih belum berambut kemaluan. Akhirnya dia dilepaskan dan digabungkan bersama tawanan lainnya.

 

وَتَأسِرونَ فَريقًا

dan sebahagian yang lain kamu tawan.

Dan selebihnya iaitu wanita dan kanak-kanak yang tidak boleh berperang (belum tumbuh bulu ari-ari) telah dijadikan sebagai hamba kepada umat-umat Islam.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 29 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Ahzab Ayat 20 – 22 (Ujian dapat menambah iman)

Ahzab Ayat 20: Satu lagi sifat munafik itu adalah mereka mempunyai sifat pengecut pula. Allah ‎ﷻ tidak berikan orang munafik dengan sifat keberanian kepada mereka.

يَحسَبونَ الأَحزابَ لَم يَذهَبوا ۖ وَإِن يَأتِ الأَحزابُ يَوَدّوا لَو أَنَّهُم بادونَ فِي الأَعرابِ يَسئلونَ عَن أَنبائِكُم ۖ وَلَو كانوا فيكُم مّا قٰتَلوا إِلّا قَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They think the companies have not [yet] withdrawn.¹ And if the companies should come [again], they would wish they were in the desert among the bedouins, inquiring [from afar] about your news. And if they should be among you, they would not fight except for a little.

  • In their excessive fear the cowardly hypocrites could not believe the enemy forces had been defeated.

(MELAYU)

Mereka mengira (bahawa) golongan-golongan yang bersekutu itu belum pergi; dan jika golongan-golongan yang bersekutu itu datang kembali, nescaya mereka ingin berada di dusun-dusun bersama-sama orang Arab Badwi, sambil menanya-nanyakan tentang berita-beritamu. Dan sekiranya mereka berada bersama kamu, mereka tidak akan berperang, melainkan sebentar saja.

 

يَحسَبونَ الأَحزابَ لَم يَذهَبوا

Mereka mengira (bahawa) golongan-golongan yang bersekutu itu belum pergi;

Walaupun tentera bersekutu itu telah meninggalkan Madinah, tetapi puak-puak munafik itu masih lagi di dalam ketakutan. Seolah-olah tentera musuh boleh datang lagi. Maka ini menunjukkan yang mereka memang penakut sungguh.

Tentera-tentera itu dipanggil الأَحزابَ kerana mereka adalah gabungan daripada banyak kumpulan. Mereka bersekutu untuk menyerang Madinah dan untuk menghancurkan Islam. Ini adalah hasil daripada idea orang Yahudi.

 

وَإِن يَأتِ الأَحزابُ يَوَدّوا لَو أَنَّهُم بادونَ فِي الأَعرابِ

dan jika golongan-golongan yang bersekutu itu datang kembali, nescaya mereka ingin berada di dusun-dusun bersama-sama orang Arab Badwi, 

Dan kalaulah tentera bersekutu itu dapat masuk ke dalam Madinah dan menyerang mereka, tentu orang-orang munafik itu berharap supaya mereka itu tidak ada di dalam kota Madinah tetapi berada di luar kota bersama-sama dengan puak-puak Badwi. Kalimah بادونَ dari katadasar ب و و yang bermaksud duduk di padang pasir. Mereka tidak mahu duduk dalam bahaya. Ini berbeza dengan kalimah yang digunakan dalam A’raf:163 yang bermaksud tinggal di bandar/pekan.

وَاسأَلهُم عَنِ القَريَةِ الَّتي كانَت حاضِرَةَ البَحرِ

Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut,

Mereka rasa mereka akan selamat jika duduk di luar sahaja. Mereka hendak duduk menyorok di kawasan dusun, supaya jauh dari peperangan itu. Jadi walaupun tentera bersekutu itu telah pergi, mereka hendak pergi ke padang pasir takut-takut tentera bersekutu akan kembali.

 

يَسئلونَ عَن أَنبائِكُم

sambil menanya-nanyakan tentang berita-beritamu.

Mereka kalau berada di luar bersama dengan orang-orang Badwi  itu, mereka hanya ingin ambil tahu apa yang terjadi dengan bertanya-tanya sahaja. Maknanya mereka tidak mahu terlibat tetapi masih juga mahu sibuk untuk tahu apa yang terjadi. Mereka tanya dari tempat yang selamat sahaja. Hendak datang dekat tengok sendiri pun mereka tidak mahu.

 

وَلَو كانوا فيكُم مّا قٰتَلوا إِلّا قَليلًا

Dan sekiranya mereka berada bersama kamu, mereka tidak akan berperang, melainkan sebentar saja.

Dan kalau perang terjadi dan orang munafik itu ada di kalangan tentera Islam, tentu mereka itu tidak akan berperang melainkan sedikit sahaja yang bermaksud mereka itu tidak ada guna pun kalau ada bersama tentera Muslim.

Mereka tidak menambah kekuatan tentera Muslim. Mereka akan cari peluang untuk menghilangkan diri lari ke rumah atau menyorok di tempat lain.

Habis Ruku’ 2 dari 9 ruku’ dalam surah ini.


 

Ahzab Ayat 21: Ini adalah ayat yang popular dan selalu disebut. Mari kita lihat apakah maksudnya dan bagaimana kita boleh mengaplikasikan ayat ini dalam kehidupan kita.

لَّقَد كانَ لَكُم في رَسولِ اللهِ أُسوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كانَ يَرجُو اللهَ وَاليَومَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

There has certainly been for you in the Messenger of Allāh an excellent pattern1 for anyone whose hope is in Allāh and the Last Day and [who] remembers Allāh often.

  • An example to be followed.

(MELAYU)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

 

لَّقَد كانَ لَكُم في رَسولِ اللهِ أُسوَةٌ حَسَنَةٌ

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu

Seperti yang kita tahu pada diri Rasulullah ﷺ itu ada contoh tauladan yang baik. Dalam semua keadaan baginda itu sempurna (kerana baginda pakai banyak topi). Kita boleh jadikan baginda contoh sebagai bapa, pemimpin, panglima perang, kawan, suami dan lain-lain lagi.

Kalimah أُسوَةٌ adalah istimewa kerana ia ada elemen kasih sayang, menjaga, belas kasihan dan juga prihatin. Sebagai contoh, Nabi Muhammad ﷺ bukanlah seorang ketua yang hanya mengarahkan sahaja para sahabat untuk menggali parit tetapi baginda juga turut serta bersama-sama mereka berada di dalam parit dan menggali bersama. Begitulah sifat yang pemimpin semua kena ikut. Jangan berikan arahan dan tengok sahaja.

Baginda bersama para sahabat yang lain di barisan hadapan. Baginda mengalami kesusahan sama seperti kaum baginda yang lain, malah lebih lagi. Keluarga baginda tidak mendapat layanan istimewa – mereka sama juga dalam bahaya seperti keluarga-keluarga yang lain. Baginda tidak duduk di belakang sambil memberi arahan sahaja, tetapi sama-sama bergembleng tenaga.

Baginda tidak kisahkan diri baginda tetapi amat prihatin terhadap umatnya. Jadi tidak patut sama sekali jika ada yang menuduh Nabi Muhammad ﷺ berperang kerana ingin mendapatkan harta untuk diri baginda. Ini tidak mungkin sama sekali kerana ada hadis yang mengatakan bagaimana anaknya Fatimah رضي الله عنها datang untuk meminta bantuan daripada harta perang. Tetapi Nabi Muhammad ﷺ tidak memberikannya kepada Fatimah رضي الله عنها dan sebaliknya baginda mengajarkan zikir kepada anaknya itu. Padahal kalaulah baginda berperang kerana hendakkan harta untuk baginda dan keluarga baginda, maka tentulah anak beranaknya yang kaya dahulu.

Ayat ini selalu dibaca orang apabila hendak mengatakan kita kena mengikut sunnah Nabi ﷺ. Ya benar kita kena mengikut sunnah Nabi ﷺ dalam cara makan baginda, cara baginda berpakaian, cara baginda beribadat dan sebagainya.

Tetapi kita jangan lupa konteks ayat ini di dalam surah dan ayat yang mana. Kerana ayat ini di dalam surah yang menceritakan bagaimana umat Islam sedang berada di dalam keadaan yang payah kerana diserang. Dan Allah ‎ﷻ memberitahu bahawa Nabi Muhammad ﷺ itu adalah contoh tauladan di dalam situasi itu. Di mana baginda bersusah payah bersama umatnya dan turun bersama-sama ke padang untuk berusaha.

Maka contoh ini lebih banyak terpakai kepada para pemimpin. Mereka harus memandang lebih tentang ayat ini. Kena terapkan sifat baginda ini dalam kepimpinan mereka. Tetapi tidak dinafikan kalau kita baca ayat ini sahaja, ia berbentuk umum. Maka bolehlah juga kita katakan secara umumnya, baginda kenalah dijadikan sebagai ikutan dalam segenap kehidupan kita. Dari buka mata sampai pejam mata untuk tidur, ada sahaja contoh baginda yang kita boleh ikuti.

 

لِّمَن كانَ يَرجُو اللهَ وَاليَومَ الآخِرَ

bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat 

Mereka yang boleh menjadikan akhlak dan amalan Rasulullah ﷺ sebagai contoh bagi kehidupan mereka adalah mereka yang mengharapkan redha Allah ‎ﷻ. Mereka inginkan Allah ‎ﷻ suka dan redha kepada mereka.

Maknanya mereka itu ada hubungan dengan Allah ‎ﷻ. Mereka ada hubungan rapat dengan Allah ‎ﷻ dan Allah ‎ﷻ sentiasa di hati mereka. Macam kalau kita ada hubungan rapat dengan pasangan hidup kita, tentu kita tidak mahu pasangan hidup kita itu marah dan tidak redha dengan kita, bukan? Maka dengan Allah ‎ﷻ kena lebih lagilah.

Dan ini hanya dapat dipenuhi oleh mereka yang mempunyai rasa takut kepada Kiamat. Mereka takut mereka akan disoal nanti atas kesalahan mereka semasa di dunia, terutama sekali kesalahan dalam memimpin. Mereka takut Allah ‎ﷻ murka kepada mereka di akhirat kelak.

 

وَذَكَرَ اللهَ كَثيرًا

dan dia banyak menyebut Allah.

Dan tanda mereka itu rapat dan ada hubungan dengan Allah ‎ﷻ adalah mereka itu selalu sebut nama Allah ‎ﷻ dalam kehidupan dia. Ia boleh jadi dalam bentuk zikir atau percakapan harian. Dalam segenap kehidupan dia, dia selalu kaitkan dengan Allah ‎ﷻ.

Maknanya dia tidak canggung sebut nama Allah  ‎ﷻ. Contohnya kalau ada perkara salah, dia akan cakap: “Allah ‎ﷻ tidak suka kita buat ini.” Malangnya ramai dari kalangan kita yang jarang sebut Allah ‎ﷻ dalam kehidupan. Seolah-olah Allah ‎ﷻ tidak ada kena mengena langsung. Mereka malu untuk menyebut nama Allah ‎ﷻ kerana takut orang ejek mereka: “Owh, ingat dah alim sangatlah tu yer?!”


 

Ahzab Ayat 22: Selepas disebut tentang mereka yang mengikut contoh Nabi ﷺ itu adalah mereka yang beriman, maka sekarang Allah ‎ﷻ sebut sifat orang mukmin. Ayat ini sehingga ke ayat ke 25 adalah Perenggan Makro ke 5 surah ini. Dalam perenggan ini, Allah ‎ﷻ menceritakan pula tentang Tentera Muslim yang ikhlas.

Orang mukmin diberi kekuatan iman dan juga keberanian oleh Allah ‎ﷻ. Nanti Allah ‎ﷻ membezakan dengan sifat orang munafik pula. Golongan munafik itu sama-sama solat di belakang Nabi ﷺ, tetapi iman dan fikiran mereka tidak sama dengan golongan Mukmin.

وَلَمّا رَءَا المُؤمِنونَ الأَحزابَ قالوا هٰذا ما وَعَدَنَا اللهُ وَرَسولُهُ وَصَدَقَ اللهُ وَرَسولُهُ ۚ وَما زادَهُم إِلّا إيمٰنًا وَتَسليمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when the believers saw the companies, they said, “This is what Allāh and His Messenger had promised us, and Allāh and His Messenger spoke the truth.” And it increased them only in faith and acceptance.

(MELAYU)

Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: “Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita”. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.

 

وَلَمّا رَءَا المُؤمِنونَ الأَحزابَ

Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu,

Sekarang Allah ‎ﷻ menceritakan pula bagaimana sikap orang-orang yang benar-benar beriman. Ini dibandingkan dengan orang-orang munafik yang sifat mereka telah disebut satu persatu sebelum ini. Telah disebut bagaimana golongan munafik itu takut dan resah gelisah dengan kedatangan tentera kufar itu.

Orang beriman juga nampak tentera bersekutu itu datang menyerang. Tetapi apa kata mereka? Apakah kesan kepada mereka?

 

قالوا هٰذا ما وَعَدَنَا اللهُ وَرَسولُهُ

mereka berkata: “Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita”.

Mereka berkata kedatangan tentera-tentera yang hendak menyerang mereka itu memang seperti yang telah dijanjikan oleh Allah ‎ﷻ dan Rasul ﷺ. Tetapi janji di mana?

Bukankah Allah ‎ﷻ dan Rasul ﷺ telah memberitahu bahawa umat Islam akan diuji? Inilah dia salah satu dari ujian dari Allah ‎ﷻ. Ini disebut dalam beberapa ayat Al-Qur’an, antaranya dalam Baqarah:214

أَم حَسِبتُم أَن تَدخُلُوا الجَنَّةَ وَلَمّا يَأتِكُم مَثَلُ الَّذينَ خَلَوا مِن قَبلِكُم

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Bandingkan ayat ini dengan ayat 12 dari surah ini juga. Dalam ayat itu, telah disebut bagaimana puak munafik berkata Allah ‎ﷻ dan Rasul ﷺ tidak menepati janji. Tetapi lihat sekarang bagaimana beza fahaman antara orang munafik dan orang mukmin.

Orang mukmin tengok janji lain dan orang munafik tengok janji lain. Orang munafik ingin menagih janji yang mereka akan menang. Sedangkan orang mukmin nampak janji yang orang mukmin akan diuji.

Lihat pula Ankabut:2 tentang perkara ini:

أَحَسِبَ النّاسُ أَن يُترَكوا أَن يَقولوا آمَنّا وَهُم لا يُفتَنونَ

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

 

وَصَدَقَ اللهُ وَرَسولُهُ

dan benarlah Allah dan Rasul-Nya.

Mereka percaya benar-benar dengan Allah ‎ﷻ dan juga Rasul ﷺ kerana apa yang dikatakan oleh Allah ‎ﷻ dan baginda itu benar-benar terjadi di hadapan mata mereka. Mereka nampak bahaya di depan mata tetapi mereka melihatnya dengan cara yang positif. Ini adalah kerana mereka sendiri telah membenarkan iman dalam hati mereka. Maka apa-apa yang terjadi, mereka redha.

Walaupun asbabun nuzul ayat ini tentang Perang Ahzab, tetapi ia bukanlah ayat tentang perang sahaja. Kerana kita sekarang tidak ada peperangan, namun tetap ada sahaja ujian di dalam kehidupan kita. Kita kena sedar yang ini juga telah dijanjikan oleh Allah ‎ﷻ dan Rasul ﷺ kepada kita. Kerana dunia ini adalah tempat ujian dan kita tetap akan diuji setiap masa.

 

وَما زادَهُم إِلّا إيمٰنًا وَتَسليمًا

Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.

Jadi kejadian itu menambah iman mereka terhadap wahyu dan menjadikan mereka lebih berserah kepada Allah ‎ﷻ.

Kalau dibandingkan dengan orang-orang munafik itu, mereka semakin benci kepada Nabi ﷺ dan agama tetapi sebaliknya kejadian perang ini telah menyebabkan orang beriman semakin tinggi imannya. Kejadian yang sama, tetapi memberikan kesan berbeza kepada dua golongan yang berbeza.

Ayat ini adalah salah satu daripada tiga ayat yang menceritakan sifat tokoh orang mukmin. Iaitu sifat-sifat orang mukmin yang boleh dijadikan sebagai contoh ikutan. Dua lagi ayat ada di dalam Surah Nur dan juga Surah Taubah.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 4 September 2023

Ringkasan Surah Ahzab


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Ahzab Ayat 16 – 19 (Orang munafik jauh dari kebaikan)

Ayat 16: Allah ‎ﷻ suruh Rasulullah ﷺ beritahu kepada mereka.

قُل لَّن يَنفَعَكُمُ الفِرارُ إِن فَرَرتُم مِّنَ المَوتِ أَوِ القَتلِ وَإِذًا لّا تُمَتَّعونَ إِلّا قَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, [O Muḥammad], “Never will fleeing benefit you if you should flee from death or killing; and then [if you did], you would not be given enjoyment [of life] except for a little.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja”.

 

قُل لَّن يَنفَعَكُمُ الفِرارُ إِن فَرَرتُم مِّنَ المَوتِ أَوِ القَتلِ

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan,

Allah ‎ﷻ beritahu yang tidak ada gunanya jikalau mereka hendak lari daripada peperangan kalau Allah ‎ﷻ takdirkan yang mereka akan mati juga. Kerana mati tetap datang juga. Tidak ada sesiapa yang boleh lari dari ketetapan Allah ‎ﷻ.

 

وَإِذًا لّا تُمَتَّعونَ إِلّا قَليلًا

dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja”.

Dan kalau pun mereka dapat lari dan dapat menyelamatkan diri itu hanyalah sekejap sahaja. Allah ‎ﷻ juga yang benarkan mereka dapat lari dan selamat sementara. Kerana kalau Allah ‎ﷻ tidak benarkan, mereka tidak dapat lari juga. Maka mereka itu dapat keluar kerana Allah ‎ﷻ yang benarkan. Jangan pula kita sangka yang mereka dapat lari dari ketentuan Allah ‎ﷻ.

Allah ‎ﷻ benarkan mereka lari hanya untuk menghabiskan baki umur sahaja. Dan masa itu bukannya lama pun. Kerana sedikit sahaja lagi mereka akan mati. Sebagai contohnya, ajal mereka sebenarnya 65 tahun sahaja. Tetapi mereka mereka hanya dapat lari pada umur 63 tahun. Maknanya mereka habiskan masa 2 tahun sahaja lagi. Bukannya lama pun.

Jadi tidak berbaloi mereka berbuat dosa lari dari medan perang sedangkan nanti di Akhirat mereka tidak akan senang. Maka hanya hendak selamat dua tahun sahaja, mereka merana di akhirat selama-lamanya.


 

Ayat 17:

قُل مَن ذَا الَّذي يَعصِمُكُم مِّنَ اللهِ إِن أَرادَ بِكُم سوءًا أَو أَرادَ بِكُم رَحمَةً ۚ وَلا يَجِدونَ لَهُم مِّن دونِ اللهِ وَلِيًّا وَلا نَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Who is it that can protect you from Allāh¹ if He intends for you an ill or intends for you a mercy?” And they will not find for themselves besides Allāh any protector or any helper.

  • i.e., prevent the will of Allāh from being carried out.

(MELAYU)

Katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?” Dan mereka itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah.

 

قُل مَن ذَا الَّذي يَعصِمُكُم مِّنَ اللهِ إِن أَرادَ بِكُم سوءًا

Katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu

Allah ‎ﷻ suruh tanya balik: siapakah yang dapat menahan kehendak Allah ‎ﷻ jika Allah ‎ﷻ hendak memberikan bencana kepada mereka? Mereka boleh tahankah? Tentu tidak.

 

أَو أَرادَ بِكُم رَحمَةً

atau menghendaki rahmat untuk dirimu?”

Ataupun adakah sesiapa yang boleh tahan Allah ‎ﷻ jika Dia hendak memberi rahmat kepada sesiapa? Pun tidak boleh tahan juga. Kehendak Allah ‎ﷻ pasti akan berlaku.

 

وَلا يَجِدونَ لَهُم مِّن دونِ اللهِ وَلِيًّا وَلا نَصيرًا

Dan mereka itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah.

Mereka tidak ada wali dan tidak ada penolong lagi selain daripada Allah ‎ﷻ. Ini disebut kerana mereka itu hendak menjadikan Quraisy dan golongan Ahzab itu sebagai penolong mereka tetapi ia tidak akan berjaya. Itu adalah pengharapan yang amat salah.


 

Ayat 18:

۞ قَد يَعلَمُ اللهُ المُعَوِّقينَ مِنكُم وَالقائِلينَ لِإِخوٰنِهِم هَلُمَّ إِلَينا ۖ وَلا يَأتونَ البَأسَ إِلّا قَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Already Allāh knows the hinderers¹ among you and those [hypocrites] who say to their brothers, “Come to us,”² and do not go to battle, except for a few,³

  • Those who dissuade others from supporting the Prophet (ṣ) in battle.
  • Rather than joining the Prophet (ṣ).
  • Who went out of ulterior motives.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang menghalang-halangi di antara kamu dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: “Marilah kepada kami”. Dan mereka tidak mendatangi peperangan melainkan sebentar.

 

قَد يَعلَمُ اللهُ المُعَوِّقينَ مِنكُم

Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang menghalang-halangi di antara kamu

Kalimah المُعَوِّقينَ dari katadasar ع و ق yang bermaksud menahan, melengahkan, menghalang. Jadi kalimah المُعَوِّقينَ bermaksud ‘mereka yang menghalang’. Iaitu yang hendak merosakkan moral orang lain, hendak menghilangkan semangat orang lain. Maksudnya mereka yang hendak menghalang jihad dijalankan. Golongan munafik itu sanggup menghasut orang lain supaya jangan pergi berperang.

 

وَالقائِلينَ لِإِخوٰنِهِم هَلُمَّ إِلَينا

dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: “Marilah kepada kami”. 

Mereka mengajak saudara yang sefahaman dengan mereka jangan keluar berjihad. Mereka ajak duduk dengan mereka. Ia daripada katadasar ل م م yang bermaksud mengumpul, mengambil dengan tamak.

 

وَلا يَأتونَ البَأسَ إِلّا قَليلًا

dan mereka tidak mendatangi peperangan melainkan sebentar.

Mereka tidak akan datang ke medan perang kecuali sekejap sahaja. Mereka datang pun untuk tunjuk muka sahaja. Kalau sekarang ini macam pekerja yang datang tulis nama sahaja kemudian lari keluar pejabat. Golongan munafik ini lagi teruk kerana bukan sahaja mereka lari, malah mereka ajak orang lain pula.

Maka ini menunjukkan yang Rasulullah ﷺ ada masalah dalaman juga yang kena ditangani. Sudahlah ada serangan dari luar, dari dalam pun ada masalah juga. Itulah dugaan yang Nabi Muhammad ﷺ kena hadapi. Maka jangan kata suasana di Madinah lebih mudah dari Mekah.

Kalau dahulu baginda di Mekah, baginda hanya hadapi golongan Quraish sahaja. Tapi di Madinah baginda kena hadapi musuh dari luar seperti dari Mekah, musuh dalaman seperti Yahudi dan musuh yang lagi dalam iaitu golongan munafik.


 

Ayat 19: Allah ‎ﷻ terangkan sifat golongan munafik itu.

أَشِحَّةً عَلَيكُم ۖ فَإِذا جاءَ الخَوفُ رَأَيتَهُم يَنظُرونَ إِلَيكَ تَدورُ أَعيُنُهُم كَالَّذي يُغشىٰ عَلَيهِ مِنَ المَوتِ ۖ فَإِذا ذَهَبَ الخَوفُ سَلَقوكُم بِأَلسِنَةٍ حِدادٍ أَشِحَّةً عَلَى الخَيرِ ۚ أُولٰئِكَ لَم يُؤمِنوا فَأَحبَطَ اللهُ أَعمٰلَهُم ۚ وَكانَ ذٰلِكَ عَلَى اللهِ يَسيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indisposed¹ toward you. And when fear comes, you see them looking at you, their eyes revolving like one being overcome by death. But when fear departs, they lash you with sharp tongues, indisposed toward [any] good. Those have not believed, so Allāh has rendered their deeds worthless, and ever is that, for Allāh, easy.

  • Literally, “stingy,” i.e., unwilling to offer any help.

(MELAYU)

Mereka bakhil terhadapmu, apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan (pahala) amalnya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

 

أَشِحَّةً عَلَيكُم

Mereka bakhil terhadapmu,

Kalimah ini mengandungi dua maksud di dalamnya iaitu ‘kedekut’ dan ‘hendak kepada harta’. Iaitu ‘bukhul’ dan juga ‘hirs’. Ia dari katadasar ش ح ح yang bermaksud bersungguh-sungguh, kedekut, tamak, mementingkan diri sendiri.

Begitulah sikap orang-orang munafik terhadap kamu iaitu kepada orang-orang mukmin. Kalau orang mukmin menang, maka mereka mahu berpihak kepada orang Islam kerana mereka mahu sebahagian daripada harta rampasan perang. Tetapi jikalau orang Islam kalah, mereka tidak mahu kena mengena dengan orang mukmin yang lain.

Maksud ‘kedekut’ pula adalah kedekut hendak menolong orang mukmin. Hendak infak pun mereka tidak mahu. Dan tidak mahu membantu dengan tenaga mereka. Mereka hendak duduk senang sahaja di rumah goyang kaki dan tunggu kejayaan datang bergolek.

 

فَإِذا جاءَ الخَوفُ رَأَيتَهُم يَنظُرونَ إِلَيكَ

apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu

Dan mereka itu golongan penakut. Kalau datang perkara yang menakutkan seperti diserang oleh orang-orang kafir, maka mereka merenung tajam kepada Rasulullah ﷺ seolah-olah apa yang terjadi itu adalah kesalahan baginda.

 

تَدورُ أَعيُنُهُم كَالَّذي يُغشىٰ عَلَيهِ مِنَ المَوتِ

dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati, 

Mereka memusingkan, membeliakkan mata mereka seperti mata orang yang hendak mati. Mereka takut sangat dengan ujian dari Allah ‎ﷻ padahal itu adalah ujian sahaja. Memang dunia ini tempat ujian pun, jadi apa yang hendak ditakutkan? Takut sikit-sikit itu tidaklah mengapa, tetapi janganlah takut sangat.

Ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an: kalimah عين asalnya bermaksud ‘mata’ dan ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata).

Jamak bagi عين adalah أعيُن dan عُيُون dan digunakan di dalam Bahasa Arab untuk jamak bagi mata dan juga mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah أعيُن sentiasa digunakan bagi mata dan kalimah عُيُون sentiasa digunakan bagi mata air.

 

فَإِذا ذَهَبَ الخَوفُ سَلَقوكُم بِأَلسِنَةٍ حِدادٍ

dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, 

Dan apabila ketakutan itu hilang, mereka berbuat masalah lagi.

Lihat Allah ‎ﷻ tidak berkata ‘jika’ ketakutan itu hilang, tetapi Allah berkata ‘apabila’ ketakutan itu hilang. Ini menunjukkan yang Allah ‎ﷻ telah memberikan indikasi bahawa walaupun waktu itu keadaan sedang tegang tetapi ia pasti akan berlalu. Kesusahan itu tidak lama dan tidak akan berkekalan musibah yang mereka sedang hadapi itu.

Kalimah سلق maksudnya ‘cakap yang tidak patut’. Ia dari katadasar س ل ق yang bermaksud menyakiti dengan kata-kata, memarahi, menyerang dengan perkataan. Maknanya golongan munafik itu menggunakan perkataan yang menyakitkan hati. Maksudnya mereka mencaci Nabi ﷺ. Apabila keadaan bahaya telah berlalu maka mereka akan mengutuk Nabi Muhammad ﷺ dengan mengatakan kesusahan yang mereka alami sebelum itu adalah kerana baginda.

Antara yang disebut adalah mereka berkata yang mereka tidak mendapat bahagian daripada harta rampasan perang. Mereka bukannya tidak dapat langsung, tetapi tidak diberi sama rata dengan orang lain. Itu pun mereka tidak puas hati. Padahal Nabi ﷺ berikan mengikut keperluan. Dan kalau orang munafik itu sudah kaya, maka bahagian yang dia dapat itu tidaklah banyak kalau dibandingkan dengan orang miskin yang lebih memerlukan.

Allah ‎ﷻ kata lidah mereka seperti ‘besi’ yang bermaksud lidah mereka itu seperti pisau yang memotong. Kadang-kadang kita pun ada berjumpa manusia seperti ini yang kalau mereka marah mereka akan kutuk dan cakap dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Mereka pandai pula menggunakan kata-kata yang tajam kerana hati mereka memang busuk.

Qatadah mengatakan bahawa adapun bila saat pembahagian ghanimah, mereka adalah orang-orang yang paling kikir dan paling buruk dalam menerima pembahagiannya. Mereka mengatakan, “Berilah kami bahagian, berilah kami bahagian, sesungguhnya kami ikut serta bersama kalian dalam peperangan.”

Dan ada pun di kala keadaan sedang gawat dan tersepit, mereka adalah orang-orang yang paling pengecut dan paling menghina perkara yang hak. Selain itu mereka kikir akan kebaikan, yakni dalam diri mereka tidak terdapat suatu kebaikan pun. Di dalam diri mereka terhimpun sifat pengecut, dusta, dan jauh dari kebaikan.

 

أَشِحَّةً عَلَى الخَيرِ

sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan.

Dan mereka itu memang orang yang malas membuat amal kebaikan, untuk tolong orang dan untuk membuat kebajikan kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi mereka tidak angkat tangan dalam menegakkan agama. Tetapi dalam masa yang sama jikalau ada kebaikan yang mereka boleh dapat, mereka mahu juga seperti jika ada harta rampasan perang.

 

أُولٰئِكَ لَم يُؤمِنوا

Mereka itu tidak beriman, 

Allah ‎ﷻ berkata mereka itu bukannya orang yang beriman walaupun mulut mereka mengaku Muslim. Inilah sifat-sifat orang munafik.

Dan Allah ‎ﷻ menggunakan kalimah لم (tidak pernah) yang bermaksud mereka itu bukan baru sahaja tidak beriman tetapi dari dahulu lagi tidak pernah beriman. Mereka mengaku mereka Muslim kerana mereka hendak kebaikan sahaja atau untuk menyelamatkan diri mereka.

 

فَأَحبَطَ اللهُ أَعمٰلَهُم

maka Allah menghapuskan (pahala) amal mereka. 

Allah ‎ﷻ berkata amalan mereka tidak mendapat pahala. Walaupun mereka itu munafik tetapi tentu mereka ada membuat amal ibadah juga. Jangan kita lupa yang mereka itu solat pun di belakang Nabi ﷺ.

Tetapi walaupun mereka solat dan sebagainya akan tetapi pahala tiada. Dari dulu lagi pahala tidak pernah ada. Allah ‎ﷻ tidak menilai pun amal kebaikan mereka kerana semua ibadah mereka itu tidak sah. Ini adalah kerana untuk dapat pahala kena ada syarat: iaitu telah beriman. Maka kalau tidak beriman, bagaimana pula mereka dapat pahala?

Ini sama sahaja seperti orang kafir yang solat – adakah pahala? Tentu tidak. Atau orang kafir yang cuba-cuba berpuasa kerana hendak merasakan bagaimana orang Islam berpuasa. Mereka lapar dan dahaga sahaja tetapi pahala tidak ada pun.

 

وَكانَ ذٰلِكَ عَلَى اللهِ يَسيرًا

Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Senang sahaja bagi Allah ‎ﷻ untuk menghapuskan pahala mereka kerana mereka tidak beriman. Ini menunjukkan yang jikalau kita melakukan amal ibadah tetapi hati kita tidak bersih dari syirik, maka itu tidak berguna. Kerana kalau ada syirik dalam hati kita, maka kita sebenarnya tidak beriman sempurna lagi.

Maka jangan kita terus sangka yang semua amal ibadat kita terus diterima oleh Allah ‎ﷻ. Ada banyak sekali syarat-syarat yang kita kena lepasi dahulu sebelum ibadat itu diterima. Oleh kerana itulah kita ada baca bagaimana harapan para ulama’ adalah kalau ada amal ibadat mereka yang diterima. Kerana mereka takut entah-entah tidak ada amal ibadat mereka yang diterima lagi.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 28 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani