Usul Tafsir – 16 Istilah Tafsir

Usul Tafsir

Pengenalan:

Belajar tafsir adalah satu kewajipan kepada diri kita. Bagaimana seseorang boleh mengaku yang dia itu seorang Islam dan tahu tentang agama sedangkan rujukan utama dalam Islam tidak dipelajari? Kerana masyarakat kita tidak belajar tafsir Al-Qur’an lah yang menyebabkan banyak masalah sekarang. Kerana mereka tidak ada ilmu asas tentang agama.

Apabila sudah belajar tafsir, kita akan tahu perkara yang dulu kita tak tahu. Bila belajar, baru tau ada banyak yang kita tak buat lagi perkara agama. Bayangkan berapa ramai yang tak tahu lagi.

Yang kita dah mula tahu itu pula, ada dua keadaan

1. Ada sebahagian dari yang kita belajar itu, yang kita boleh buat. Mungkin dulu ada yang dah dibuat dah. Atau ada yang baru tahu, tapi rasanya kita boleh buat. Perkara-perkara itu termasuk perkara yang fardhu dan ada yang sunat.

Selepas kita tahu itu, kita minta taufik kepada Allah supaya mana yang kita boleh buat, Allah beri taufik supaya kita boleh buat dengan sempurna dan makbul (diterima). Kerana bukan tentu kita buat dengan sempurna lagi. Contohnya solat kita bukan tentu khusyuk lagi. Berapa ramai yang solat tapi tiba-tiba dah habis dah solat kita tapi fikiran kita entah ke mana masa kita solat tadi. Maka, jangan rasa cukup dengan amal yang kita sedang dan telah lakukan. Lebih elok kalau kita rasa tak cukup sahaja dengan amalan kita itu, supaya kita boleh memperbaikinya.

Akhir sekali, kena doa supaya Allah beri kita dapat istiqamah dengan amalan kita itu.

Dalam Agama, kena ada ikhtiar. Kena sedar keperluan kepada agama dan kemudian kena ikhtiar untuk mendapatkannya. Diikuti dengan doa kepada allah. Kalau keturunan Nabi pun kena usaha juga, apatah lagi kita. Tidak ada sesiapa yang dapat percuma sahaja agama ini, walau keturunan mana pun kita. Jadi, kalau kita anak tok imam, jangan ingat dah selamat. Setiap orang kena berusaha dalam agama.

2. Dari apa yang kita sudah tahu selepas belajar, ada sebahagian yang tak mampu buat lagi. Dan mungkin banyak yang tak mampu buat. Tahulah kita betapa cuainya kita dengan arahan Allah selepas kita belajar tafsir. Itu kalau kita dah tahu, bagaimana dengan mereka yang tak tahu langsung?

Dalam perkara ini, kita kena minta taufiq terus kepada Allah supaya Dia beri kita boleh melakukan mana yang tak mampu buat. Yang tak tahu langsung, memang sudah tak minta langsung. Mereka itu, tunggu mati sahaja. Dia ingat dia dah cukup, jadi dia tidak berdoa kepada Allah. Tapi layakkah dia di depan Allah nanti, dia kata ‘tak tahu ya Allah’? Padahal dia duduk di bumi Allah. Apa alasan dia untuk kata ‘tidak tahu’, sedangkan Allah dah bagi sampai 30 juz sebagai panduan hidup? Allah bagi maklumat yang amat banyak supaya tidak ada alasan lagi untuk kita mengatakan ‘tidak tahu’. Allah beri maklumat yang banyak dan lengkap supaya kita tahu dengan detail. Ingatlah bahawa mereka yang tidak taat kepadaNya, Allah tak rela nikmat yang dipakai dalam dunia. Akan ditanya nanti nikmat yang kita pakai. Ini dalil dari Al-Qur’an.

Dan kalau kita tahu yang kita tak mampu buat, minta ampun terus atas ketidaksanggupan kita itu. Minta taufik satu hal, kena minta ampun terus kerana kita tak dapat buat lagi.

Pembelajaran tafsir Al-Qur’an ini amatlah penting sekali. Para sahabat tidak akan lepaskan anak mereka belajar ilmu lain sebelum khatam Tafsir Al-Qur’an. Mereka juga khatam baca Al-Qur’an dengan tadabbur empat kali sebulan – mereka bukan baca kosong tapi mereka baca dengan faham sekali. Dan mereka akan sentiasa muzakarah Al-Qur’an di masjid dan rumah mereka. Pada waktu malam, mereka baca apakah arahan Allah dan pada siang harinya, mereka akan sempurnakan apa-apa tuntutan yang mereka baca malam tadi. Mereka juga akan ajar juga kepada sesiapa yang datang ke Madinah kerana Madinah waktu itu adalah pusat ilmu.

Itu membawa kepada satu lagi perkara penting yang kita ingat. Kita belajar bukan untuk kita sahaja tapi untuk semua manusia. Kita kena azam untuk sampaikan ajaran Al-Qur’an kepada manusia lain. Maknanya, ada tuntutan untuk belajar dan ada tuntutan untuk sampaikan. Jangan tunggu dah habis belajar baru sebar. Mana yang tahu, terus sebarkan.

 

Surah-surah Penting

Semua surah kita kena belajar, tapi ada 10 surah yang kena faham kemas dan perlu diberikan penekanan:
1. Fatihah
2. Baqarah
3. Zumar
4. 7 surah yang dimulai dengan ‘ha mim’

Surah Hamim 7 tauhid dalam berdoa

Pengenalan kepada 16 Istilah

Untuk kita lebih memahami Ilmu Tafsir Al-Qur’an, kita hendaklah mahir tentang istilah-istilah kepada surah-surah dalam Al-Qur’an. Tidak semua ayat-ayat dalam Al-Qur’an membawa penekanan yang sama. Kefahaman pelajar bergantung kepada sejauh mana kefahaman mereka tentang istilah-istilah ini.

Setiap surah dalam Al-Qur’an akan termasuk di bawah ketegori salah satu istilah ini. Setiap surah akan ada sekurang-kurangnya satu. Ada surah yang ada lebih dari satu istilah, sebagai contoh, Surah Baqarah ada ksemua 16 istilah.

Istilah-istilah ini adalah hasil dari rujukan 50 kitab tafsir dalam 4 bahasa. Ianya adalah kelebihan yang Allah berikan kepada ulama yang telah menyusun istilah-istilah ini. Nama beliau adalah Maulana Husain Ali al-Wani.

 

1. Dakwa / Maksud Asal bagi sesuatu Surah. دعوى أو مقصود

Pokok perbahasan surah itu. Apa yang Allah hendak sampaikan. Ianya adalah ‘Maksud’ surah itu diturunkan. Ianya paling penting yang kita kena tahu dahulu. Ini adalah kerana kita kena faham maksud ayat itu. Oleh itu, semasa kita baca ayat-ayat yang lain, jangan lari dari Dakwa itu. Kita kena kaitkan ayat-ayat yang ada dalam surah itu dengan Dakwa Surah itu.

Dakwa Surah juga dienal sebagai ‘tajuk perbahasan’ dan ‘kajian’ sesuatu surah itu.

Untuk menerangkan Dakwa itu, Allah dibawakan ‘dalil-dalil’ dalam ayat lain. Oleh itu, ayat-ayat lain yang datang selepas Dakwa Surah itu adalah sebagai penyempurnaan kepada Dakwa Surah itu.

Tidaklah sama Dakwa Surah dalam surah-surah dalam Al-Qur’an ini. Kebanyakan surah hanya ada satu Dakwa sahaja. Tapi ada surah-surah iaitu ‘hamim tujuh’, hanya ada satu Dakwa untuk ketujuh-tujuh surah. Ada surah yang ada lebih dari satu Dakwa. Sebagai contoh, ada tiga ayat Dakwa dalam Surah Baqarah.

Selain dari Dakwa utama, Ada surah yang ada tanwirul dakwa, iaitu ‘Dakwa tambahan’. Ini selalunya disampaikan dalam bentuk soalan dan jawapan.

Dakwa umpama biji untuk satu pokok. Semua bahagian lain pokok itu seperti akar, dahan, batang dan sebagainya tentu ada hubungan dengan biji itu. Kerana semua berasal dari biji itu. Oleh itu, semua ayat ada hubungan dengan Dakwa surah itu.

Ada tiga bahagian perbincangan di dalam Dakwa Surah:
A. Tauhid. Allah nak kita kenal Dia. Kalau baca Al-Qur’an tapi tak kenal Allah, tak kena kalau begitu. Oleh kerana itu, kebanyakan surah dalam Al-Qur’an adalah tentang Allah.
B. Risalah – kerasulan. Cara untuk dapat keredhaan Allah adalah dengan mengikut Rasul. Hanya dengan cara ini sahaja. Selain dari cara ini ditolak dan akan menyebabkan kemurkaan Allah.
– Sedikit sahaja Dakwa tentang risalah. Hal Risalah banyak diuraikan dalam hadis. Ini juga penting kerana Hadis adalah Wahyu Kedua.
C. Akhirat. Allah nak kita buat persiapan untuk jumpa Dia. Dan Allah hanya berjumpa dengan hambaNya dalam syurga. Iaitu kita dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah redha kepada kita. Kita belajar ayat-ayat Dakwa tentang Akhirat kerana kita kena yakin bahawa ada satu alam selepas mati. Itulah alam yang akan kekal.
– Ayat-ayat tentang Akhirat lebih banyak dari ayat-ayat tentang Risalah. 1/4 dari Al-Qur’an menceritakan tentang Akhirat. Dan kebanyakan ayat tentang Akhirat ini duduknya di hujung Al-Qur’an.

Ketiga-tiga perkara ini adalah kesimpulan agama Islam. Percakapan tentang agama berlegar dalam tiga perkara ini. Kena ada tiga-tiga perkara ini, barulah lengkap agama.

Ketiga-tiga perkataan ini pula dibahagikan kepada dua maf’ul.
A. Kena tahu lawan kepadanya. Sebagaimana kita nak kenal putih, kita kena tahu apakah itu hitam.
Oleh itu, untuk kita tahu tauhid, kena tahu tentang syirik. Oleh kerana tidak faham perkara ini, banyak kalangan orang Islam yang belajar tauhid, tapi lintang pukang agama mereka sebab tidak tahu tentang syirik. Maknanya, walaupun mereka dah belajar, tapi mereka gagal juga.

Lihatlah kepada Syahadah kita. Perkataan La ilaaha itu maksudnya ‘tolak syirik’. Jadi kena tolak syirik dahulu sebelum kita dapat faham Tauhid. Kalau tak kemas perkara ini, boleh menyebabkan amalan ibadat semuanya ditolak. Maka sia-sialah amal ibadat kita yang dibuat bertahun-tahun lamanya. Ini penting sekali kerana syarat amalan diterima adalah pembuat ibadat itu mesti seorang Muslim, bukan? Kalau ada masalah akidah, maka tidak sempurna keislaman seseorang, dan mereka yang tidak sempurna Islamnya, tidak diterima amal ibadatnya.

Dan inilah perkara inilah yang paling dikacau oleh syaitan terhadap hamba. Hal tauhid lah yang mereka akan terkam dahulu. Kerana masalah Tauhid sahaja, amalan semua kosong dan tidak dinilai langsung oleh Allah. Perumpamaan Akidah ini adalah ibarat belon. Nak tiup belon, pastikan tidak ada lubang langsung pada belon itu. Kalau ada lubang tidak ditampung, akan ada masalah untuk kita tiup belon dan kumpul udara dalam belon itu. Udara itu adalah ibarat amal ibadat kita. Dan untuk pecahkan belon, cukup dengan satu lubang sahaja, tidak perlu banyak. Maknanya, buat satu syirik sahaja, dah rosak semua akidah kita dan amal ibadat kita semuanya hancur.

Dan untuk menerangkan Tauhid, Allah terangkan semua lubang-lubang syirik dalam Al-Qur’an ini. Ketahuilah bahawa Al-Qur’an ini mengandungi 80% hal tauhid. 20% sahaja hal-hal lain. Maka kena belajar semua ayat Al-Qur’an kerana takut ada tertinggal. Seperti yang kita kata, untuk memecahkan belon, cukup dengan hanya satu jarum sahaja. Oleh itu, kena baca dan kena faham Al-Qur’an dulu sebelum kita buat amal ibadat. Sebab itulah para sahabat tidak benarkan anak mereka belajar ilmu lain sebelum belajar ilmu Tafsir Al-Qur’an.

Malangnya, ramai yang tak faham kepentingan belajar Tafsir Al-Qur’an dan kepentingan belajar Tauhid. Ramai yang tak jelas sebab tak belajar. Padahal bukan susah nak faham. Tapi ramai yang tak mahu belajar juga. Mungkin mereka tak belajar kerana apabila mereka belajar Usuluddin, mungkin tidak banyak diterangkan tentang Syirik. Mungkin ini adalah kerana ulama yang menyusun usuluddin itu sudah menganggap mereka yang belajar Usuluddin itu sudah belajar Tafsir Al-Qur’an, jadi sepatutnya sudah tahu apakah maksud Syirik. Tapi malangnya, kalangan pelajar di Malaysia, mereka tidak belajar Tafsir Al-Qur’an langsung, tapi terus masuk belajar Usuluddin, itulah sebabnya mereka tak mahir tentang syirik.

Syirik ini pula hal dalaman. Iaitu ianya perkara dalam hati kita. Tak nampak di luar, jadi susah untuk dikesan. Oleh itu, tuan badan kena belajar sendiri. Sebab itu semua kena belajar Tafsir Al-Qur’an. Supaya kita boleh suluh hati kita supaya selamat daripada melakukan syirik. Kerana jarang ada orang nak tanya kepada kita samada kita syirik atau tidak, bukan? Kalau perkara amalan seperti solat, mungkin mereka nampak kita buat dengan cara yang salah, bolehlah kalau nak tegur. Tapi kalau perkara dalam hati, siapa yang nak mula tegur kita?

B. Berkenaan Risalah, iaitu risalah Kenabian. Oleh itu, kita kena tahu apakah perbuatan dan amalan Nabi – sunnah. Lawan kepada Sunnah adalah bidaah iaitu perkara yang Nabi dan sahabat tak buat. Jadi kena pastikan apakah amalan agama yang kita lakukan itu adalah sunnah atau tidak.

Tentang perkara feqah, terdapat perselisihan antara ulama-ulama mazhab dan kita kena tahu bahawa kebanyakan perkara yang disampaikan oleh ulama mazhab adalah sunnah kerana di belakang mereka adalah rujukan kepada para sahabat. Maka apa yang mereka bawa itu tidak dikira bidaah. Perselisihan pendapat tidak ada masalah kecuali kalau ada bidaah.

Risalah banyak disebut dalam hadis. Oleh kerana itu, selain Al-Qur’an, kena juga belajar hadis.

Permasalahan bidaah ini banyak diperbincangkan di Malaysia dan sampai menyebabkan perbalahan antara ahli-ahli agama dan juga orang-orang awam di negara ini. Sebenarnya yang marah tentang bidaah ini adalah kerana mereka sendiri amalan bidaah. Cara untuk selesai masalah mereka ini adalah dengan mereka sendiri datang belajar. Kerana yang jadi keliru tentang maksud bidaah ini adalah kerana mereka tidak belajar. Atau mereka mungkin belajar, tapi hanya sedikit. Dan memang jiwa manusia tidak suka ditegur.

Kita bukan berdebat dengan puak-puak yang mengamalkan bidaah itu kerana nak menang. Kita kesian kepada mereka kerana mengamalkan benda yang salah. Tapi apabila kita tegur, mereka lagi nak lawan kita balik. Ada ulama yang memberi perumpamaan mereka yang mengamalkan bidaah itu adalah seumpama budak kecil yang main dengan pisau cukur. Tentulah ianya adalah bahaya. Kita tak mahu dia terluka, tapi bagaimana kita nak ambil pisau cukur itu dari dia? Kalau kita berkeras rebut dari dia, dia akan pegang kemas lagi dan akan melukakan dirinya. Lalu bagaimana? Caranya adalah dengan tunjuk benda lain yang lebih menarik kepada budak itu, contohnya, buah limau. Kerana nak ambil buah limau itu, dia akan tinggalkan pisau itu. Maka dengan orang yang amal bidaah, berikan dia ilmu sunnah yang benar dan insha Allah, dia aka tinggalkan amalan bidaah dia itu. Kerana amalan sunnah jauh lebih molek dari amalan bidaah.

C. Maf’um Akhirat. Apabila roh sudah ditarik, dan sudah mula dipertontonkan apa yang hamba itu akan dapati dari nasibnya – baik atau buruk, itu sudah dikira sebagai permulaan akhirat dah. Itulah permulaannya, sampai kepada abadi yang tiada hujung.

Apa yang dialami oleh mereka yang hampir itu dinamakan ‘nazak’. Saat itu, taubat dah tidak bernilai lagi dan amalan tidak dikira lagi. Padahal roh ada dalam tubuhnya lagi. Oleh itu, semua amal kebaikan kena buat sebelum itu. Banyakkan amalan selama mana nyawa tak sampai ke halqum.

Lawannya adalah dunia. Kerana bahayanya dunia kepada manusia, Allah huraikan juga tentang dunia dalam Al-Qur’an. Allah Maha tahu tentang dunia lebih dari kita, jadi Dia beritahu kepada kita supaya kita tahu hakikat sebenar dunia itu. Supaya kita berwaspada dan dapat elak tipudaya dunia.

 

2. Dalil. دليل  

Setiap Dakwa mesti ada dalil. Dalil adalah suatu bukti yang dikemukakan bagi mensabitkan Dakwa. Biasanya Allah mendatangkan berbagai-bagai dalil dalam Al-Qur’an dengan tujuan untuk mensabitkan Dakwa Surah. Biasanya, di mana sahaja ada Dakwa, di situ akan ada dalilnya. Dan kebiasaannya, Dalil akan datang menyelusuri Dakwa.

Memanglah setiap ayat dalam Al-Qur’an itu sebenarnya adalah dalil, tapi terma ‘dalil’ yang dimaksudkan ini adalah Dalil kepada Dakwa Surah.

Pemahaman dalil yang mantap akan memberikan seseorang itu kefahaman yang tinggi terhadap Dakwa Surah itu.

Dalil terbahagi kepada tiga jenis: Aqli, Naqli dan Wahyi.

A. Dalil Aqli – عقلي

Dalil Aqli ialah sejenis dalil yang dapat diterima oleh setiap yang berakal (tidak gila) atau boleh diterima oleh setiap yang memiliki naluri fitrah yang Allah berikan kepada semua manusia. Allah berikan naluri fitrah ini sama-rata – setiap orang akan dapat, tidak kira kalau lahir dalam keluarga muslim atau kafir. Lahir-lahir sahaja, sudah ada.

Oleh itu sekiranya manusia tidak dikuasai oleh hawa nafsu jahat atau suasana sekeliling yang buruk yang merosakkannya (contohnya ajaran agama yang kafir dan sesat), nescaya dengan akal dan fitrah yang sedia ada, mereka dapat memahami setiap tuntutan dalil dan seterusnya penerimaan dalil akan membawa kepada penerimaan Dakwa. Dengan kata lain, dalil itu didatangkan bagi tujuan mengajak manusia kepada penerimaan Dakwa. Maknanya, mereka kalau baca dalil aqli dari Al-Qur’an ini, mereka sepatutnya boleh terima.

Dalil Aqli ini terbahagi pula kepada tiga jenis:

a. Dalil Aqli Anfusi – دليل عقلي انفسي

Ianya adalah suatu dalil yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t  tentang Qudrat dan IradahNya didalam mencipta sesuatu yang ada pada diri manusia itu sendiri. Melalui dalil aqli anfusi, seseorang yang berakal dapat memahami betapa sempurnanya ciptaan Allah s.w.t, sekaligus mengajak manusia itu mengakui dan menerima bahawa Allah s.w.t jualah Dzat yang wajib disembah dan ditaati. Kalau ada dzat lain yang boleh buat macam itu, kena tunjuk bukti. Kalau tidak ada yang lain, maka hanya sembah dan taat kepada Allah sahaja.

b. Dalil Aqli Afaqi – دليل عقلي آفاقي

Ianya adalah suatu dalil yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t tentang Qudrat dan IradahNya di dalam mencipta sesuatu yang ada di luar diri manusia itu yakni daripada segenap ufuk pada alam semesta. Iaitu pada kejadian alam.

Dalil aqli afaqi dibahagi kepada tiga:

◼ علوي

– ‘ilwi – atas langit hingga ‘arasy ilahi. Langit, awan, Arash dan lain-lain.

◼ سفلي

–  sifli –  permukaan bumi, segala lautan dan daratan termasuk malaikat, jin dan sebagainya.

◼ جوّي

– jawwi – tengah-tengah – penciptaan makhluk yang di udara, seperti burung dan sebagainya (bawah pada langit yang pertama).

Maknanya, berbagai-bagai bentuk Allah beri hujah kepada kita.

c. Dalil aqli i’tirafi (دليل عقلي اعترافي) 

Ianya adalah sejenis dalil yang memang diakui (iktiraf) oleh pihak lawan (yakni musyrikin Mekah semasa di Mekah dan Yahudi semasa di Madinah – mereka-mereka inilah penentang permulaan), dalil yang menjelaskan betapa Qudratnya Allah s.w.t didalam mencipta perkara-perkara yang besar ( الامور العظام).

Musuh-musuh Islam itu sebenarnya dah terima dah perkara-perkara yang besar. Musyrikin Mekah, walaupun mereka menolak Nabi Muhammad, tapi mereka terima yang Allah lah yang menjadikan alam ini, bumi, langit dan sebagainya. Jadi apabila pihak lawan telah menerima perkara-perkara besar, seterusnya mereka diajak untuk menerima bahawa Allah s.w.t jualah yang mengurus perkara-perkara besar dan seperti itulah Allah mengurus perkara-perkara kecil ( الامور الحقيرة ). Inilah perkara yang ramai silap faham. Ini adalah kerana mereka memahami perkara-perkara kecil (الامور الحقيرة) diurus oleh wakil-wakil Allah s.w.t. Mereka rasa perkara remeh temeh, Allah beri wakil untuk selesaikan, seperti roh wali, roh Nabi dan malaikat.

Biasanya dalil-dalil i’tirafi ini berbentuk soalan dan jawapan. Sebagai contoh, ada ayat yang Allah berfirman, sekiranya engkau tanya mereka siapakah yang menjadikan langit dan bumi…. hingga akhir ayat.

B. Dalil Naqli – نقلي

– ialah sejenis dalil berbentuk nukilan daripada kisah-kisah atau hikayat atau nukilan berbentuk perkataan. Perkataan makhluk, jin, malaikat dan perkataan haiwan juga. Semua itu adalah Dalil Naqli. Nak beritahu bahawa bukan Nabi sahaja berfahaman seperti tauhid tapi semua sekali. Orang Mekah sahaja yang tidak mahu terima kerana mereka jahil. Sama juga dengan mereka yang tidak belajar, maka mereka jadi sesat.

Dalil Naqli ini menjadi bahan bukti kedua selepas dalil aqli. Dalil ini adalah jenis yang boleh dilihat dan boleh didengar. Ianya didapati dari riwayat dan ayat-ayat Al-Qur’an. Terbahagi pula kepada 7 jenis:

a. Dalil Naqli Kutubi – نقلي كتبي – Allah zahirkan dalil-dalil dari kitab-kitab terdahulu. Allah hendak memberitahu bahawa kitab-kitab kalamullah yang sebelum Al-Qur’an juga memperkatakan tentang tauhid juga. Bukannya Nabi Muhammad sahaya yang berkata tentang Tauhid; kadang-kadang nama Kitab disebut dan kadang-kadang hanya disebut secara umum sahaja.
b. Dalil Naqli Anbiya’i Mufassal – نقلي أنبيائي مفصّل – Daripada para Nabi, apabila disebut nama Nabi-nabi secara spesifik. Allah hendak memberitahu kepada Musyrikin Mekah dan mereka yang selepasnya yang bukan Nabi Muhammad sahaja yang memperkatakan tentang Tauhid tapi Nabi-nabi terdahulu pun begitu juga.
c. Dalil Naqli Anbiya’i Mujmal – نقلي أنبيائي مجمل – mujmal bermaksud ‘ringkas’. Ini apabila disebut ‘nabi’ sahaja tanpa disebut nama.
d. Dalil Naqli Ahlu Kitab – نقلي اهل الكتاب – dari kata-kata Ahlu Kitab, apabila disebut berkenaan pengikut Nabi-Nabi yang ada kitab seperti Kitab Taurat, Injil dan Zabur. Orang Mekah pun hormat kepada Ahlu Kitab juga kerana mereka sudah ada kitab dan ilmu tentang agama. Allah memberi dalil bagaimana Ahlu Kitab terdahulu pun terima Tauhid juga, jadi kenapa tidak mereka? Ia juga digunakan sebagai dalil bagi Ahli Kitab zaman Nabi dan juga zaman-zaman seterusnya. Kalau Ahli Kitab dulu boleh terima tauhid, kenapa tidak mereka?
e. Dalil Naqli Jinni – نقلي جنى – dalil yang menyebut amalan, kata atau perlakuan jin. Ini adalah kerana jin pun ada yang menerima tauhid, selepas mereka belajar. Kalau jin boleh terima, kenapa manusia tidak boleh menerimanya? Jin yang menerima Tauhid tidak bergaul dengan manusia. Tidak ada hubungan antara jin dan manusia sebenarnya, keduanya menjalani kehidupan yang berlainan. Sedangkan sahabat Nabi pun tidak ada berhubungan dengan golongan jin, kenapa kita pula nak berkawan dengan jin? Nabi Muhammad memang sekat para sahabat dari berhubungan dengan jin. Manusia yang berhubungan dengan jin itu adalah mereka yang ada mengamalkan syirik sebenarnya dan ada akidah syirik.
f. Dalil Naqli Malaki – نقلي ملكى – Dalil yang menyebut tentang iman para malaikat. Kerana mereka juga menerima tauhid
g. Dalil Naqli Hayawani – نقلي حيوانى – Dalil-dalil tentang ketaatan binatang. Ini kerana binatang pun terima tauhid. Ada disebut dalam Al-Qur’an bagaimana ada burung dan semut yang berpegang dengan tauhid. Kalau binatang pun terima tauhid, kalau kita tidak terima tauhid, kita lebih teruk dari binatanglah maknanya.

Bahaya kalau kita belajar tafsir Al-Qur’an selain dari sumber yang sunnah, kerana boleh terpakai dalil-dalil dari Kisah Israiliyat. Ini kerena puak Ahli Kitab itu ada yang mereka telah putar belit kitab mereka.

C. Dalil Wahyi- دليل وحي

Ianya adalah Dalil untuk Dakwa. Semua ayat-ayat dalam Al-Qur’an sudah dikira ‘wahyu’ dah. Tapi Dalil Wahyi yang dimaksudkan dalam pemahaman kita ini adalah ‘titah khas’ yang ditujukan kepada Nabi untuk disampaikan kepada manusia tentang tuntutan mentauhidkan Allah. Semua ayat-ayat lain adalah wahyu yang perlu disampaikan kepada umat, tapi ada ayat-ayat yang mempunyai titah yang khas. Ianya disebut dengan lafaz yang khusus supaya baginda sampaikan tuntutan tauhid dalam ibadat atau adat.

Ia menghilangkan salah anggap manusia (pihak lawan), kerana ada yang kata yang Nabi memandai reka sahaja suruh beritahu sesuatu perkara. Dulu orang tohmah kepada Nabi, sekarang manusia kata kepada kita pula yang menyampaikan ayat-ayat Al-Qur’an ini. Termasuk orang kafir yang tidak menerima Nabi Muhammad. Maka, kepada mereka, kita katakan, kita kena sampaikan kerana sudah ada arahan khusus dari Allah untuk sampaikan ajaran itu kepada manusia, maka itulah sebabnya kita kena sampaikan. Begitu jugalah, golongan bidaah kata ajaran sunnah yang kita bawa ini hanya rekaan kita sahaja, tidak ada dalam Al-Qur’an. Jadi, kita beritahu kepada mereka, kita sampaikan kepada mereka kerana ianya adalah arahan dari Allah untuk kita sampaikan. Kalau kita tak sampaikan, kita yang salah. Walaupun apa yang kita sampaikan itu berlainan dengan apa yang mereka faham.

Orang Mekah tak kisah kalau Nabi Muhammad pegang fahaman dia. Cuma mereka marah apabila baginda ajak orang lain. Oleh itu, Allah turunkan ayat kepada Nabi beritahu yang maklumat tauhid itu kena disampaikan atas arahan khusus kepada manusia. Kita yang sedang sampaikan ajaran tauhid dari Qur’an ini adalah kerana dalil wahyu itulah. Kerana sebagaimana Nabi diarahkan untuk menyampaikan ajaran Tauhid, begitu jugalah kita pun kena sampaikan.

Biasanya senang dikenali apabila ada perkataan قل (katakanlah) di dalam ayat itu
atau perkataan: ‘aku telah diperintahkan oleh Tuhanku’, atau perkataan: ‘telah diwahyukan kepadaku’. Atau ayat-ayat lain yang semakna dengannya.

Kita kena ikut apa yang disampaikan dalam wahyu. Kalau selain daripada itu, ada masalah. Ajaran syirik dan bidaah adalah dari syaitan. Maka, kita kena sampaikan kepada manusia. Kalau mereka terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Samada mereka terima atau tidak, kita kena sampaikan juga. Biasalah kalau ubat itu, ada yang pahit dan susah untuk diterima, tapi kita kena tegas dalam menyampaikan.
3. Takhwif Ukhrawi – تخويف أخرو

Takhwif ukhrawi azab neraka

Ancaman Akhirat. Ianya adalah ayat-ayat ancaman supaya gerun dengan keadaan dan kejadian akhirat. Itulah ancaman seksa. Manusia memang kena diberi rasa takut atau warning. Macam juga speed-trap di jalanraya kita, kalau tidak ada, manusia tidak takut. Memang manusia dah jenis macam itu dan Allah memang kenal dengan makhluk yang dijadikanNya. Oleh itu, diberikan ayat-ayat sebegitu supaya kita takut dan beringat. Sepatutnya, apabila kita baca ayat-ayat Al-Qur’an berkenaan akhirat, kita dah takut dah. Sepatutnya kita lebih takut kepada akhirat lebih dari takut kepada manusia.

Akhirat itu bermula dari sakaratul mawt seorang makhluk sampai ke dalam neraka. Itulah permulaan akhirat bagi orang itu.

Ayat takhwif (ancaman) didatangkan oleh Allah s.w.t supaya pihak lawan yang masih enggan menerima da’wa itu akan merasa takut serta bimbang terhadap masa depan mereka, lalu melalui takhwif ukhrowi ini akan mendorong mereka mengakui serta menerima Dakwa yang terdapat dalam Al-Qur’an. Ayat-ayat Al-Qur’an ini adalah mukjizat, ianya membuka hati manusia untuk mendengar dan membuka hati mereka. Kadang-kadang ada yang tidak mahu terima, tapi setelah dibacakan ayat-ayat takhwf ukhrawi ini, ada yang lembut hati mereka. Al-Qur’an itu pandai pujuk manusia.

Contoh Takhwif Ukhrawi adalah,

وَنَسُوقُ الْمُجْرِمِينَ إِلَى جَهَنَّمَ وِرْدًا

Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga. (Maryam:86)

4. Takhwif duniawi – تخويف دنيوي

surah taha ayat 124-takhwif duniawi

Ancaman di Dunia. Ianya adalah ugutan atau ancaman dengan keadaan yang akan berlaku di dunia. Ayat-ayat sebegini memberitahu kita yang kalau kita tolak agama, dalam dunia lagi dah boleh kena azab. Ketahuilah yang ancaman seksa itu boleh dikenakan semasa kita hidup di dunia lagi. Tak payah tunggu di akhirat lagi dah kena di dunia. Kesusahan yang dikenakan oleh Allah tidak akan mampu diselamatkan oleh sesiapa pun. Dalam Bahasa Arab, sebagai contoh, dinamakan ايام الله ayyaamullah (Hari-hari Allah) di mana Allah menceritakan bagaimana kaum-kaum yang terdahulu telah diberikan dengan azab mereka di dunia lagi seperti kaum Aad, Tsamud, Firaun dan sebagainya.

Contoh lain Takhwif Duniawi adalah

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنْ قَرْنٍ

Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka;  (Maryam:98)

Takhwif duniawi kalah perang

5. Tabshir Ukhrawi – تبشير أخروي

surga-selamanya tabshir ukhrawi-baqarah ayat 82

Khabar Gembira tentang Akhirat. Ianya adalah ayat-ayat tentang berita gembira dengan keadaan di akhirat bagi yang menerima Dakwa. Mereka yang menerima Dakwa dan tuntutan wahyu dijanjikan akan diberikan dengan nikmat akhirat yang tidak terhingga. Kadang-kadang mereka terpaksa bercanggah dengan kebanyakan manusia. Kalau jadi begitu, maka abaikanlah apa kesusahan kita di dunia ini kerana kita akan dibalas dengan kesusahan kita itu. Ayat-ayat sebegini memberi semangat kepada kita yang menerima Dakwa itu.

Contoh tabshir ukhrawi adalah ayat

إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). (Kahf:107)

6. Tabshir Duniawi – تبشير دنيوي

Tabshir duniawi surah nuh 10-12 fadhilat istighfar
Contoh tabshir atau khabar gembira semasa di dunia.

Khabar Gembira dalam Kehidupan Dunia. Ianya adalah ayat-ayat tentang berita gembira tentang perkara yang boleh diterima semasa di dunia lagi kepada mereka yang menerima Dakwa.

Ianya menceritakan tentang kepuasan hidup yang akan dimiliki oleh orang yang menerima Dakwa, seperti yang diberikan kepada para Nabi. Ianya dikenali sebagai hayyatan thoyyibah. Ianya adalah kepuasan yang tidak dapat dirasai oleh orang kafir. Kalau sesuatu perkara itu orang kafir pun boleh dapat, maka itu bukanlah tabshir duniawi yang dimaksudkan. Ia bukanlah kekayaan kerana ramai orang kaya tapi ada yang bunuh diri mereka. Tabshir Duniawi ini adalah kepuasan hidup yang diberikan kepada mereka yang menerima Dakwa dari dalam Al-Qur’an. Lihatlah bagaimana Nabi-nabi miskin belaka tetapi mereka puas dengan kehidupan mereka. Lihatlah bagaimana Nabi sengaja tolak kekayaan dari hidup baginda walaupun baginda boleh dapat perkara itu. Jadi takkan Nabi tak dapat tabshir ini? Nabi bersyukur kerana Nabi dah dapat kepuasan. Kepuasan hidup Nabi adalah menderita kerana Allah. Inilah kenikmatan sebenar.

Ini bukanlah menyuruh kita menolak nikmat zahir. Tapi ianya memberitahu kita bahawa bukan nikmat zahir sahaja yang kita mahu. Nikmat zahir itu pun tidak ada harga pun sebenarnya. Lihatlah bagaimana, apabila para isteri Nabi teringin lebih sikit dari kenikmatan dunia, Nabi dengar sahaja, terus baginda terasa. Mereka boleh dapat semua itu, tapi kalau mereka hendakkan kenikmatan dunia, mereka tak layak duduk dengan Nabi. Nabi sedih kerana mereka tak faham sedangkan mereka duduk dengan baginda. Pada baginda, kalau isteri-isteri yang duduk dengan baginda pun tidak faham, orang lain macam mana lagi? Oleh kerana baginda amat terkesan dengan peristiwa itu, Nabi tak bercakap dengan mereka selama sebulan. Waktu itu, Saidina Umar terus pergi berjumpa Nabi untuk bertanyakan samada baginda telah menceraikan isteri-isteri baginda kerana dia takut kalau Nabi ceraikan anaknya Habsah kerana anaknya adalah salah seorang isteri Nabi. Waktu itulah dia melihat keadaan rumah Nabi. Beliau sedih dengan keadaan itu dan telah menyuruh baginda berdoa supaya diberikan lebih lagi dari hal dunia. Nabi kata: kamu tak faham lagi? Apa yang mereka dapat di akhirat lebih baik lagi. Ini mengajar kita, semakin kita menderita, semakin tinggi di akhirat.

Sedikit sahaja disebut tabshir dunia dalam Al-Qur’an kalau dibanding dengan tabshir ukhrawi. Kerana segala kenikmatan dunia ini akan kena tinggal pun akhirnya. Oleh kerana ianya tidak kekal, maka cukuplah disebut sedikit sahaja.

Contoh lain tabshir duniawi adalah ayat

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), (an-Nasr:1)

 

7. Shikayah atau shakwa – شكاية

Ianya adalah ayat rungutan Allah tentang sikap degil manusia. Tujuan Shikayah adalah supaya hamba tahu yang Allah tak suka dengan apa yang mereka sedang lakukan dan mereka kena tukar cara. Kalau Allah tak suka sampai merungut, itu ada masalah, maka kena ubah cara hidup.

Allah hendak manusia masuk syurga, diajar cara-caranya, tapi tak mahu juga. Allah nukilkan dalam Al-Qur’an ini, perkataan-perkataan hambaNya yang degil. Ianya adalah jenis ayat, apabila Allah menceritakan tentang kata-kata mereka yang tak munasabah. Seumpamanya seperti Allah nak kata: Tengoklah betapa teruknya mereka ini …. tengoklah kata-kata mereka….

Atau, kata-kata mereka yang mencabar Nabi dan menghina Nabi. Memang kedudukan kebanyakan Nabi-Nabi adalah rendah dalam dunia, sampai ada yang mencabar dan menghina Nabi atau pembawa Dakwa. Nabi dah molek dah ajar manusia bagaimana cara nak masuk dalam syurga, tapi mereka tolak dan hina para Nabi. Ada yang kata nabi nak kaya, nak kerajaan dan macam-macam lagi. Atau kata-kata mereka yang mencabar kemampuan Nabi. Maknanya, bukan pendakwah sahaja yang dihina, tapi para Nabi juga dihina. Sebagaimana Nabi bersabar, kita pun kena bersabar juga. Tujuan mereka menghina begitu adalah kerana nak tundukkan pembawa Dakwa dan menghalang mereka dari menyampaikan dakwah. Kalau berhenti, berjayalah mereka dan sukalah syaitan kalau jadi macam begitu. Jadi, kita yang menyampaikan wahyu ini, jangan berhenti. Kerana perbuatan dan perkataan mereka itu akan terus berlaku. Mereka mengeluarkan perkataan dari bisikan syaitan. Tapi Allah cerita kepada kita supaya kita jangan berhenti menyampaikan ayat-ayat Allah. Kerana kalau kita teruskan, ada kemungkinan orang yang melawan itu akan lembut hati dan mahu menerima wahyu Ilahi. Kadang-kadang, apa yang mereka kata itu, sekejap sahaja. Kalau kita terus sampaikan, syaitan pun akan tinggalkan mereka.

Cara untuk kenal ayat-ayat sebegini adalah apabila ada kata قال atau قالوا. Allah nukilkan kata-kata mereka yang Dia tidak suka. Contoh ayat Shikayah adalah:

وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا

Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami. (al-isra’: 90)

 

8. Zajrun – زجر

Ini adalah jenis ayat-ayat teguran. Ada dua jenis: kepada yang mengikut Al-Qur’an dan juga kepada yang melawan.

A: Dikira sebagai ‘teguran membina’ atau nasihat yang berguna, jikalau ianya diberikan kepada Nabi dan umat Islam yang beriman. Kerana manusia perlu memperbaiki diri mereka walaupun mereka tidak buat salah.

B: Kalau kepada yang melawan, ianya adalah ‘teguran keras’ dan ‘kiasan pedas’. Kerana tuntutan mereka yang tidak munasabah dan sikap mereka yang salah.

Kedua-dua jenis teguran itu adalah untuk memperbaiki sifat manusia. Termasuk teguran yang membina pun. Ini susah sikit nak faham. Sebagai contoh dalam tawbah:41, Allah berfirman

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Dalam ayat ini, suruhan Allah adalah untuk semua sekali umat Islam waktu itu pergi untuk berjihad. Allah telah pesan untuk kosongkan Madinah untuk berperang di Tabuk. Tabuk itu adalah tempat yang jauh, waktu itu adalah musim panas dan musuh yang hendak dihadapi adalah ramai. Ditambah pula yang hasil kurma waktu itu sedang elok dah sudah boleh dikutip. Itu semua adalah dugaan-dugaan berat untuk pergi berperang. Ramai yang sudah tidak mahu pergi berperang dan ada beberapa munafik datang jumpa Nabi untuk beri alasan palsu. Tapi Nabi beri izin kepada mereka untuk tidak ikut berperang. Kerana Nabi beri izin itulah yang Allah tegur. Inilah yang dinamakan ‘teguran membina’. Ini terdapat dalam ayat Tawbah:43, dimana Allah telah tegur dan maafkan Nabi.

عَفَا اللَّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَتَعْلَمَ الْكَاذِبِينَ

Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?

Sepatutnya Nabi tak bagi izin. Kalau baginda tidak benarkan, tentulah akan dapat tahu siapakah yang beriman dan siapa yang munafik, kerana yang munafik tentu tidak akan pergi berperang. Tapi, disebabkan Nabi telah beri izin kepada mereka untuk tidak berperang, maka tidaklah jelas siapakah yang munafik dan siapa yang tidak. Kerana munafik yang tidak pergi berperang itu boleh kata yang Nabi telah benarkan mereka untuk tidak pergi.

Dengan ayat ini, mengajar kita bahawa kalau Khalifah sudah beri perintah untuk berjihad, yang tidak pergi adalah munafik. Kerana ayat itu walaupun asalnya untuk Nabi, tapi ianya kepada kita juga. Ini adalah kaedah pengecaman yang kita boleh gunakan untuk menentukan siapakah kalangan munafik di kalangan kita. Iaitu mereka itu tidak pergi berperang dan mereka tidak keluar infak.

Kadangkala Nabi ditegur kerana khilaful awla – perkara yang kurang baik dari yang lebih baik – menyalahi yang terbaik. Bukanlah Nabi telah buat satu kesalahan tetapi ianya adalah kesilapan sahaja yang tidak dipersalahkan kepada Nabi. Oleh itu, kena berhati-hati dalam menghurai ayat sebegini, kerana takut kita kata sesuatu kata yang tak sesuai terhadap Nabi. Jangan kita kata sesuatu yang sampai boleh merendahkan kedudukan Nabi. Boleh rosak akidah kalau merendahkan Nabi Muhammad. Kerana tidaklah sama teguran kepada Nabi dan orang mukmin dan teguran kepada puak penentang. Teguran Allah kepada orang mukmin tidak berat.

Contoh ayat Zajrun untuk penentang pula adalah seperti yang disebut dalam Ghafir:83

فَلَمّا جاءَتهُم رُسُلُهُم بِالبَيِّناتِ فَرِحوا بِما عِندَهُم مِنَ العِلمِ

Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka;

Mereka lebih berbangga dengan ilmu sesat yang mereka ada. Padahal itu adalah ilmu khayalan yang bukan datang dari wahyu tapi dari nafsu mereka. Macam kita zaman sekarang, kita bawa dalil yang sahih, tapi mereka kata mereka ada hujah juga, tapi dari kata tok guru-tok guru salah mereka. Mereka berbangga dengan ilmu salah mereka pula. Ayat ini kena sangat kepada pengamal bidaah di negara ini. Jadi, jangan kita malu alah dengan dalil yang mereka bawakan – kita kena periksa dalil mereka itu, datang dari mana, sah atau tidak.

 

9. Tasliah atau tasalli – تسلية / تسلّى

Ini adalah ayat-ayat pujukan atau penghibur hati kepada penyebar Dakwa – merangkumi Nabi dan semua umat yang menyebar tauhid – termasuk pengikut Nabi. Apabila kita berdakwah menyampaikan ajaran agama, akan ada yang kata buruk terhadap kita. Bukan senang nak dakwah – walaupun kita benar, tidaklah semua orang akan terima. Ramai yang belajar benda selain dari Al-Qur’an dan Sunnah, maka mereka ikut nafsu mereka. Marah betul mereka apabila kita kata apa yang mereka faham dan amalkan itu salah. Mereka bukan sahaja tidak terima, tapi ada yang menentang dan kata buruk terhadap kita. Tambahan pula mereka sudah lama amal ikut bisikan syaitan, syaitan dah banyak tanam saham dengan mereka, maka tidak mudah syaitan nak lepaskan mereka ikut Sunnah.

Apabila itu berlaku, hati ini akan kecewa sungguh. Kepada mereka yang menerima dugaan itu, ada ayat-ayat yang Allah turunkan kepada Nabi dan penyebar dakwa sebagai penghibur dan pujukan hati – supaya mereka mendapat ketabahan. Jangan mudah kecewa. Allah memberitahu kita untuk menelan apa yang kena kepada kita, nanti akan dibalas dengan baik di akhirat kelak. Susah sekejap sahaja di dunia, bukan lama. Diberikan ayat-ayat sebegitu supaya mereka mendapat ketenangan dalam menyebar dakwah. Bukan hanya kita sahaja yang kena, tapi Nabi pun menderita kerana kata-kata umat baginda. Apabila kita memperjuangkan perkara yang sama, maka kita pun akan terima juga. Ayat-ayat yang menghiburkan hati Nabi, ia juga akan menghiburkan hati kita yang mendapat tentangan dalam usaha dakwah kita.

Ada tiga jenis ayat-ayat Tasliah:
a. al balwa iza ‘ammat, khaffat. لبلوى اذا عمّت خفّت
‘Penderitaan itu apabila ia telah jadi umum, ianya dirasa ringan’. Musibah itu jika ianya umum, iaitu apabila kita tahu yang orang ramai lain pun terkena juga, maka yang kita yang menerimanya juga akan rasa ringan. Kita rasa ringan sebab tak rasa kita sahaja yang kena, tapi ramai juga yang lain kena – kita tidak berseorangan yang kena. Adalah kurang sedikit rasa kesusahan itu. Contoh, kalau kita sakit perut, kita akan rasa kurang rasa sakit itu kalau kita tahu yang ramai lagi yang sakit perut. Sebagai contoh, ayat Fathir: 25

وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ وَبِالزُّبُرِ وَبِالْكِتَابِ الْمُنِيرِ

Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (syariat) yang terang jelas.
(Melayu)

Dalam ayat ini, Nabi dan penyebar Dakwa diberitahu yang bukan mereka sahaja yang kena tolak dalam usaha dakwah mereka, tapi orang-orang terdahulu sebelum mereka pun kena juga. Maka, itu mengurangkan sedikit keresahan dan sakit hati yang dialami oleh Nabi. Kalau mereka boleh sabar, takkan kita tidak boleh sabar?

 

b. Tarqul qaliili lil kathir. ترك القليل للكثير.

‘Meninggalkan yang sedikit demi untuk mendapat yang lebih banyak’. Meninggalkan yang sedikit untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar nilainya dan lebih banyak. Perumpamaan, kita tinggalkan projek yang kecil dan pulangan yang sedikit, asalkan kita boleh dapat projek yang berjuta-juta harganya – kita tak kisah pun kalau orang lain berebut nak dapatkan projek yang kecil-kecil itu.

Seperti yang kita tahu, Allah tak limpahkan kelebihan keduniaan kepada pendakwah seperti yang diberikan kepada mereka yang menentang dakwah. Kadang-kadang kita lihat orang yang kafir dan yang menentang Islam, kehidupan dunia mereka nampak sangat mewah. Sedangkan kita lihat penyeru Dakwa seperti Nabi kita sendiri, seperti tidak ada apa-apa dalam dunia ini, mereka hidup dengan serba kedaifan. Tapi dalam masa yang sama mereka kena dakwah kepada mereka-mereka yang kaya dan yang berkedudukan tinggi dalam dunia. Semua ini mencabar Nabi dan penyeru Dakwa sedikit sebanyak.

Tapi Allah beritahu bahawa dunia ini kecil sahaja, dan akhirnya semuanya akan ditinggalkan. Allah memujuk: Tahanlah sekejap kesengsaraan yang dialami semasa di dunia ini. Ianya tidak ada apa-apa pada hakikatnya. Hasil dari kesabaran itu, mereka akan dapat kelebihan di akhirat yang lagi besar. Dengan membaca ayat-ayat itu, menjadi ringan untuk menghadapi segala kesusahan yang kita alami di dunia.

Contoh ayat sebegini adalah seperti ayat Ali Imran:196-197

لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh bebasnya orang-orang yang kafir bergerak di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

مَتاعٌ قَليلٌ ثُمَّ مَأواهُم جَهَنَّمُ ۚ وَبِئسَ المِهادُ

(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

Kelebihan keduniaan yang mereka dapat itu sedikit sangat kalau dibandingkan dengan apa yang Nabi akan dapat di akhirat nanti. Berapa sangatlah kelebihan mereka dapat itu, kalau makan banyak, berapa sangat yang mereka boleh makan? Maka, biarkanlah mereka apa sahaja mereka nak kata. Dan Nabi dan mereka yang beiman akan dapat kelebihan yang berkali-kali ganda. Kita pun sebagai pendakwah, akan tentunya berjumpa dengan mereka yang harta dan kemewahan berjuta-juta, tapi janganlah kita terpesona dengan kelebihan yang mereka ada itu.

c. Tarqul mubalaati bil mukhaaliifin biada’i syukri ترك المبالاة بالمخالفين بأداء الشكر على نعم المنعم
‘Tidak peduli pada penentang dengan cara menyempurnakan kesyukuran’. Tidak mempedulikan sikap segala mereka yang menentang dengan cara menyempurnakan kesyukuran ke atas nikmat kepada Allah, sebesar-besar pemberi nikmat. Nikmat-nikmat itu dalam bentuk rohani yang tidak ternilai sekali. Kalau kita memikirkan sangat apa yang orang kata terhadap kita, kata kita sesat, wahabi dan sebagainya, akan sesak fikiran dan nafas kita – buang masa sahaja, baik kita solat dan buat amalan ibadat yang lain. Memang syaitan mahu kita buang masa dan susah hati memikirkan perkara itu. Oleh itu, tumpukan fokus kita kepada buat amal ibadat. Itu lebih baik dari kita memikirkan apa yang mereka katakan itu. Mereka sibuk cari dosa, kita sibukkan diri kita dengan cari pahala.

Allah mengajar kita supaya jangan layan apa kata mereka yang menentang, tapi banyakkan bersyukur kepada Allah. Jangan hirau dengan cakap para penentang. Takkan kita nak marah kepada pekerja sampah yang tidak ada kedudukan? Macam kita yang sudah tahu tauhid ini, takkan nak lawan dengan mereka yang tidak ada nikmat iman? Syaitan sampaikan kata-kata mereka kepada kita kerana syaitan nak kita berhenti dakwah. Kenanglah bagaimana Allah dah bagi Al-Qur’an, bagi wahyu, bagi Nabi kepada kita, dan itu sudah sebesar-besar nikmat dah.

Dengan mengingati nikmat Allah kepada kita, hati kita akan jadi tenang. Fikirkan yang positif. Kenangkan juga nikmat iman yang Allah dah berikan kepada kita. Sibukkan hati kita dengan ibadat kepada Allah. Ucapkan syukur kepada Allah sentiasa. Jangan serabutkan fikiran dengan perkara-perkara yang tidak penting. Ingatlah bahawa kesusahan yang kita alami ini akan mendapat balasan baik di akhirat. Kita kena Tawajuh (hadapkan wajah) kepada Allah. Lihatlah bagaimana Nabi tenang dan damai walaupun baginda dikelilingi dengan musuh yang ramai, kerana baginda telah diberikan dengan ayat-ayat tasliah macam ini.

Contoh ayat tasliah jenis ini: Taha:130

فَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ

Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

Apabila kita hadapkan hati kita kepada Allah, Dia akan berikan ketenangan kepada kita. Inilah ubat untuk mengubat hati kita dari terganggu dengan apa yang mereka lakukan dan katakan terhadap kita.

 

10. Umur Muslihah – أمور مصلحة

‘Amalan-amalan yang memberi kesan kepada Islah diri’. Ianya adalah ayat-ayat yang mengajar amalan-amalan yang memberi kesan kepada islah (memperbaiki) diri.

Apabila kita terima Allah dan kenal Allah, maka kita akan berkeinginan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan cara untuk menghampirkan diri kepadaNya adalah dengan cara ibadat yang Nabi ajar berdasarkan dari Al-Qur’an dan Sunnah.

Bukan setiap manusia yang terima Islam itu sudah sempurna agama mereka. Maka kena ada usaha untuk memperbaiki diri. Nak dapat hasil, kena luang masa. Dan untuk mendapatkan ilmu, ianya berhajat kepada tempoh dan melalui proses.

Dalam kita berdakwah, kita mesti akan bertemu penentang yang ramai. Walaupun ianya berat, tapi kita kena sampaikan juga Dakwa kepada mereka. Dan untuk menyampaikan dakwah, kita sendiri kena hidup dalam sistem yang baik yang boleh menjadi tauladan kepada orang lain. Jangan orang lihat cara hidup kita yang buruk sampai mereka tidak selera nak dengar dakwah kita. Ini termasuklah perkara yang nampak macam kecil seperti menjaga kebersihan dan sebagainya. Apabila hidup kita elok, barulah senang nak sampaikan dakwah. Baru orang pandang baik kepada kita. Tidaklah sama sahaja kita dengan orang yang berperangai buruk. Kadang-kadang perangai buruk kita menjadikan orang susah terima Islam kerana mereka mengaitkan perangai kita dengan agama Islam itu sendiri. Untuk mendapatkan kehidupan yang baik, kita memerlukan kepada ayat-ayat jenis umur munazimah yang akan diterangkan selepas ini.

Ada kaitan yang amat rapat antara ayat-ayat Umur Muslihah dan Umur Munazimah. Ayat-ayat umur munazimah adalah untuk menyusun hidup kita jadi baik dan harmoni, bertimbang rasa dan supaya menjadi baik. Untuk mengamalkan ayat-ayat Umur Munazimah, kena ada amalan khusus yang Allah beri untuk menyusun kita. Itulah umur muslihah. Bila umur muslihah betul, barulah umur munazimah menjadi. Maknanya, kena mulakan dengan Umur Muslihah dahulu.

Ayat Umur Muslihah adalah ayat-ayat tentang ibadat khas seperti solat. Allah mendidik kita untuk jadi molek dengan solat kerana solat adalah Umur Muslihah yang terbaik. Contoh ayat-ayat Umur Muslihah adalah seperti firman Allah dalam 2:238

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (Asar atau Subuh) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Ayat ini diletakkan diantara ayat-ayat tentang kehidupan berkeluarga. Tiba-tiba sahaja masuk tentang solat. Kalau dikira ikut susunan, macam tidak kena. Macam silap cetak pula. Dan memang golongan Syiah ada kata yang inilah kesilapan golongan sunni dalam menulis semula Qur’an – mereka gunakan ini sebagai dalil yang puak sunnah reka Al-Qur’an.

Solat yang baik adalah solat yang menjaga khusyuk dan dengan berjemaah di masjid. Merekalah yang boleh dibentuk menjadi masyarakat yang baik, yang boleh ikut hukum-hukum Umur Munazimah yang Allah berikan. Begitulah, ayat Umur Muslihah ini dimasukkan di antara ayat-ayat muamalah dan mu’asharah. Kalau tak belajar, tak nampak kaitan antara ayat-ayat itu.

Kaitan yang lain adalah apabila kita buat baik di satu bahagian, ianya akan merangsang kebaikan di bahagian yang lain. Kerana ianya menjadi satu dorongan kepada yang satu lagi. Itu sebab diselangi antara ayat Umur Muslihah dan Umur Munazimah.

Dari kebaikan yang ada itu, ‘adat’ atau Umur Munazimah akan jadi elok dan teratur. Umur Muslihah jadi ‘ibadat’ dan Umur Munazimah jadi ‘adat’. Ada empat jenis ‘adat’ dalam kehidupan:
1. Mu’asharah – adat dengan keluarga kita.
2. Muamalah – hubungan sesama masyarakat. Iaitu hubungan satu keluarga dengan keluarga yang lain. Semua ada kerja masing-masing yang perlu dijalankan. Kita sentiasa memerlukan sesuatu dari orang lain. Ianya memerlukan pertukaran keperluan yang baik antara satu sama lain.
3. Siasatul madaniah – Keluarga yang lebih besar adalah masyarakat. Masyarakat yang baik kena ada pemimpin. Jadi ayat-ayat jenis ini mengajar sistem pentadbiran.
4. Akhlak dan budi pekerti – Ini merangkumi semua perhubungan antara manusia dan manusia dan juga antara manusia dan haiwan juga.

Semua ‘adat’ ini akan jadi baik kalau ‘ibadat’ kita baik. Kalau kita buat dosa dalam ibadat, dosa itu akan mengheret kita kepada melakukan dosa dalam perkara kehidupan kita. Kerana dosa itu akan meransang kita untuk buat dosa lain. Kita kena bertaubat atas dosa-dosa yang kita buat dalam ibadat kita. Sebab itu kita diajar untuk melakukan taubat dalam solat. Kalau bertaubat, perasaan untuk buat dosa lain akan jadi lemah. Ini adalah cara yang amat mantap dan penting untuk dilakukan.

Kalau kita buat pahala, akan melahirkan dalam hati satu dorongan baru untuk berusaha untuk buat kebaikan lain. Mula-mula solat fardhu, kemudian kita akan berasa nak solat sunat pula. Amalan baik akan mendapat taufik dari Allah.

 

11. Umur Munazimah – أمور منظمة

Ayat-ayat ini mengajar cara hidup bermasyarakat Islam kepada mereka yang telah menerima Dakwa. Ini adalah kesinambungan dari umur muslihah. Oleh itu, kena ada umur muslihah dahulu. Kerana itu di celah-celah ayat umur munazimah, akan ada ayat-ayat umur muslihah.

Ianya adalah ayat-ayat tentang kaedah hidup bermasyarakat termasuk nikah kahwin, jual beli, cara memiliki harta, cara membelanjakan harta, pembahagian harta pusaka dan undang-undang jenayah (apabila berlaku keterlanjuran) serta cara-cara  “muhakamah” (mengadili) dan lain-lain lagi. Dari awal kita hidup, sampailah kita mati, semuanya telah disentuh. Tidak perlu panduan cara hidup dari budaya lain. Takut kalau tambah dari cara lain, boleh punah dan rosak kehidupan kita. Apa yang ada dalam Al-Qur’an dan Sunnah sudah cukup untuk kita menjalani kehidupan kita dari mula hidup sampai kita mati. Banyak orang belajar perkara lain sampai ke universiti, tapi agama dia tak belajar lagi. Kalau dia belajar, dia akan tahu bahawa agama Islam adalah agama yang syumul. Untuk kita tahu yang agama Islam ini hebat, kenalah dia belajar dahulu. Kalau belajar sikit sahaja, ala kadar sahaja, tentulah tak nampak. Kita kena seru umat Islam semua sekali menerima dan belajar agama Islam. Supaya kita boleh jadi contoh kepada mereka yang tidak tahu, terutama sekali mereka yang belum masuk Islam. Kita ada cara hidup yang sempurna, maka tunjuk dan ajak kepada mereka. Tidak perlu tunjuk pun, mereka lihat pun mereka dah terkesan nak ikut. Sebagai contoh, peperangan yang berlaku dalam Islam adalah untuk membebaskan masyarakat kafir yang tertindas dengan pemimpin mereka. Raja mereka mungkin tidak mahu masuk Islam dan sebab itu terjadi peperangan – tapi masyarakat itu sendiri, mereka memang nak masuk Islam.

Ingatlah bahawa kita tidak dapat menjalankan tugas dakwah kalau kehidupan kita sendiri kucar kacir. Susah hendak menjalankan kerja dakwah kalau kehidupan kita sendiri tidak boleh dicontohi. Ini adalah masalah besar yang dihadapi oleh kita sekarang. Lihatlah bagaimana kita hidup berpuak-puak dan berpecah belah.

Belajarlah bagaimana Al-Qur’an ini boleh menyusun hidup kita. Semua sudah disentuh dalam Al-Qur’an asalkan kita mahu belajar. Allah yang menjadikan kita, maka tentulah Allah tahu bagaimana cara yang terbaik untuk kita. Allah tak biarkan kita begitu sahaja tanpa panduan.

Contoh ayat-ayat Umur Munazimah adalah seperti ayat tentang mu’asyaroh dalam 2:226

لِلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِنْ نِسَائِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ 
Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan.

Juga ayat tentang mua’malah dalam 2:282

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا إِذا تَدايَنتُم بِدَينٍ إِلىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكتُبوهُ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu

Diingatkan kembali, Umur Munazimah tidak akan sempurna kalau Umur Muslihah tidak sempurna. Kena baikkan hubungan dengan Allah dahulu, untuk mendapat hubungan yang baik dengan makhluk.

 

12. Idmaj – ادماج atau Jumlah Muqaddar

Perkataan yang tidak ada dalam Al-Qur’an tapi mesti ditakdirkan ada bagi melahirkan makna sesuatu ayat. Ada perkataan dalam Al-Qur’an yang tidak disebut, tapi sebenarnya ada. Ini adalah kerana ianya sudah dihazafkan (dihilangkan). Ianya adalah suatu jumlah yang tiada disebut di dalam Al-Qur’an, tetapi mesti di’taqdir’kan bagi melahirkan makna sebenar sesuatu ayat, atau dinamakan di dalam istilah lughah (bahasa) Arab, “jumlah muqaddaroh”.

Sebagai contoh dalam bahasa Melayu: Perkataan ‘terima kasih’ sebenarnya telah dihazafkan, sepatutnya panjang lagi (aku ucapkan terima kasih kepada kamu) tapi kita sebut ‘terima kasih’ sahaja. Ini berkaitan dengan ilmu balaghah. Ini membawa kita kepada belajar nahu Arab.

Contoh ayat Idmaj adalah 2:17

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api;

Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘mereka’ dalam ayat ini? Kita telah belajar bahawa mereka yang dimaksudkan adalah golongan ‘kafir degil’ iaitu golongan Musyrikin Mekah. Dan ‘orang yang menyalakan api’ itu adalah Nabi Muhammad SAW.

Jadi kalau maklumat ini tidak disampaikan di dalam tafsir, pembaca Qur’an tidak akan dapat memahaminya ayat ini.

 

13. Idkhal ilahi – ادخال الهى

Ianya bermaksud: ‘pencelahan Tuhan’. Antara ayat yang ada hubungan antara satu sama lain. Tujuannya supaya ada penekanan khas kepada ayat tersebut. Ia menunjukkan yang ada benda penting Allah nak beritahu. Dalam ayat yang panjang, tiba-tiba ada ayat yang nampak macam tak kena dengan rentetan ayat-ayat yang lain, tapi sebenarnya Allah letak di situ sebagai penekanan.

Kadang-kadang ianya dimasukkan kerana Allah nak beri jawapan kepada soalan muqaddarah iaitu jawapan kepada pihak lawan. Macam ada soalan yang akan timbul dari mereka setelah diberitahu sesuatu perkara dalam Al-Qur’an. Soalan itu memang tidak ada dalam ayat-ayat Al-Qur’an, tapi sebenarnya ada. Ada dalam fikiran manusia. Maka, untuk tutup terus hujah mereka, Allah beri jawapan terus. Ini untuk memastikan fakta yang disampaikan dalam Al-Qur’an itu mantap.

Contoh ayat idkhal ilahi ada terdapat dalam Ghafir:25

فَلَمّا جاءَهُم بِالحَقِّ مِن عِندِنا قالُوا اقتُلوا أَبناءَ الَّذينَ آمَنوا مَعَهُ وَاستَحيوا نِساءَهُم

Setelah Nabi Musa datang kepada mereka dengan membawa kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata (dengan marahnya): “Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang beriman yang mengikutnya, dan biarkan hidup anak-anak perempuan mereka”,

Ayat idkhal Ilahi ini diletakkan di hujung ayat yang sama:

وَما كَيدُ الكافِرينَ إِلّا في ضَلالٍ

dan tipu daya orang-orang kafir itu hanya menyebabkan mereka tenggelam dalam kesesatan dan kebinasaan sahaja.

Dalam ayat ini, apabila dibaca perancangan Firaun itu, mungkin timbul dalam akal fikiran pembaca Qur’an: adakah rancangan itu berjaya? Maka Allah jawap dalam ayat ini sendiri: rancangan mereka itu tidak berjaya.

Contoh lagi satu adalah dalam ayat 14- 15 dari Surah Luqman, dimana Allah masukkan Idkhal Ilahari dalam nasihat Luqman kepada anaknya. Ayat 14 dan 15 itu berlainan dari rentetan nasihat Luqman kepada anaknya. Ayat itu hendak menceritakan kepentingan tauhid kepada Allah.

 

14. I’aadahاعادة

Ianya bermaksud ‘pengulangan semula’. Diulang kalimah yang telah disebut sebelumnya supaya hukum dalam ayat sebelumnya boleh difahami dengan lebih mudah.

Atau kalimah itu akan mendekatkan semula hukum yang akhir dengan kandungan-kandungan yang panjang sebelumnya. Contoh terdapat dalam Waqiah:83 dimana ada pengulangan perkataan فَلَوْلَا .

فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, –

Diulang perkataan فَلَوْلَا dalam ayat 86. Inilah yang dipanggil I’aadah.

فَلَوْلَا إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ

Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), –

Dalam rentetan ayat-ayat ini, Allah menceritakan tentang keadaan orang yang hampir mati. Tiada ada sesiapa yang boleh menahan roh untuk keluar dari jasad. Walau bagaimana berkuasa pun seseorang itu, dia tidak akan dapat menahan roh dari keluar. Sekuat mana pun seseorang itu, dia kena mengalah satu hari dimana kematian akan datang dan dia terpaksa akur kepada qudrat Allah. Allah cabar mereka yang ada kuasa, kenapa mereka mengalah waktu itu? – Kalau betul kamu berkuasa, maka tahanlah roh itu dari keluar -. Waktu itu semua tahu yang tidak ada sesiapapun yang boleh sekat. Kalau kamu mengalah waktu itu, kamu patut mengalah kepada hukum Allah yang lain dan percaya bahawa ada kehidupan selepas mati. Ayat ini diberikan kepada mereka kerana mereka tak percaya ada akhirat.

Allah nak beritahu yang akhirat dan pembalasan itu ada. Dalilnya adalah, apabila Dia nak ambil nyawa sesiapa, tidak ada sesiapa yang boleh sekat. Diberikan penekanan kepada mereka dengan dibawakan ayat-ayat dalam kaedah ini.

 

15. Khatmul qalbi – ختم القلب

‘Kunci mati mata hati’. Ayat yang menceritakan bagaimana Allah akan ‘kunci mati mata hati’.

Ianya adalah ayat-ayat yang didatangkan sebagai keputusan terakhir kepada penentang Dakwa. Setelah diberi peluang berkali-kali bagi mereka untuk menerima dakwah. Setelah didatangkan kepadanya akal, pancaindera dan telah dibawakan pembawa Dakwa, dari kalangan Nabi dan pengikutnya. Semua bawa dalil dan bukti serta contoh tauladan dan nasihat berguna. Semua itu dibawa supaya mereka menerima dakwa. Tapi mereka masih berdegil. Maka Allah, pada satu waktu akan menarik balik peluang untuk mereka mengikut hikmahNya dan taqdirNya. Setelah peluang itu tidak ada lagi, akan dikunci mati hati mereka. Waktu itu tidak ada jalan yang boleh menyampaikan mereka kepada haq. Penarikan peluang itulah yang dinamakan Khatmul Qalbi. Ini adalah tahap keempat. Maknanya, sebelum terjadi perkara ini, ada tiga peringkat lain sebelum itu. Maka kena beringat-ingat takut kita pun terkena juga. Peringkat-peringat itu adalah:

1. Syak atau was-was terhadap ugama. Tolak tidak, terima pun tidak. Ini pun sudah dikira sesat kerana kita sepatutnya kena terima kebenaran. Mereka ada syak terhadap Qur’an dan agama. Oleh kerana syak, maka mereka tunggu dan lihat apa yang terjadi, tanpa buat apa-apa. Itulah mereka yang kalau kita ajak mereka belajar, mereka tak mahu nak ikut.

2. Berada di atas kesesatan (dolalah). Iaitu apabila dia terima yang salah. Setelah ajaran yang betul dibacakan, mereka masih tidak terima. Ini terjadi kalau masalah dalam peringkat 1 tidak diselesaikan dan diperbaiki.

3. Sentiasa mujadalah (membantah dan melawan). Melawan kebenaran setelah dibacakan kebenaran kepadanya. Peringkat 1 dan 2, mereka duduk diam sahaja, tidak membantah. Tapi dalam peringat 3 ini, mereka mula bantah.

4. Kunci mati mata hati. Sampai bila-bila dia tidak akan terima Islam.

Orang yang Allah telah tutup hatinya dari menerima hidayah, tidak akan terima hidayah sampai bila-bila. Walaupun segala hujah diberikan kepadanya, walaupun semua orang telah berdakwah kepadanya, walau datang pendakwah yang paling baik pun, tidak akan mengubah dirinya. Kerana Allah telah buat keputusan yang orang itu adalah ahli neraka. Allah telah tarik peluang untuk beriman dari dirinya.

Tapi kita kena ingat yang mengunci mati hati manusia bukan kerja kita. Kita pun tak boleh kata seseorang itu telah dikunci mati hatinya. Kita jangan ambil kerja Tuhan pula dengan mengatakan seseorang itu tidak ada harapan lagi untuk terima iman. Kita kena dakwah Islam kepada semua orang.

Kita baca ayat ini untuk kita sendiri beringat, bukannya nak hukum orang lain. Dan supaya kita dapat ingatkan kepada orang lain. Sebab ramai yang tak tahu langsung perkara ini.

Tiga perkara berkenaan Khatmul Qalbi ini disebut dalam Al-Qur’an.

1. Apakah makna Khatmul Qalbi itu. Supaya manusia tahu apakah ia. Selepas kita sudah tahu apakah ia, maka kita kena doa kepada Allah supaya kita dijauhkan darinya.
2. Cara ianya berlaku dan kenapa berlaku.
3. Siapa yang melakukan Khatmul qalbi itu. Tentulah yang hanya boleh melakukannya adalah Allah. Hanya Allah yang menentukan siapa yang akan dikunci mati hati mereka. Ianya dilakukan mengikut ‘hikmah ilahiah’. Allah sahaja yang tahu kenapa hati mereka dikunci mati.

Apabila kita mati dalam keadaan itu, ianya adalah Su’ul khatimah dan ianya adalah perkara yang amat malang. Maka kita kena minta berlindung darinya.

Contoh: A’raf: 179

لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Ayat ini menceritakan apakah Khatmul Qalbi. Iaitu mereka yang ada mata, telinga dan hati tapi kebenaran tidak akan masuk. Sesiapa datang dakwah kepada mereka pun mereka tidak akan terima.

Bagaimana pula cara ianya berlaku? Allah sebut dalam Mutaffifin:14

كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Allah telah menutup hati mereka sampaikan mereka tak boleh nak nampak kebenaran. Kerana mereka telah menentang agama Allah. Mereka bukan sahaja tidak beriman, malah mereka menentang. Mereka cari kesalahan-kesalahan dalam agama, mereka halang orang lain dari beriman, mereka tulis blog menentang ajaran agama dan sebagainya. Setiap kali mereka melakukan penentangan itu, semakin tinggi kebarangkalian mereka akan ditutup hati.

Siapakah yang melakukan Khatmul qalbi itu? Allah lah yang melakukannya. Seperti Allah sebut dalam Baqarah: 7

خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

 

16. Rabtul qalbi – ربط القلب

‘Peneguhan Hati’. Ianya adalah lawan kepada Khatmul qalbi. Ianya adalah peneguhan hati atau keyakinan yang sejati. Maksudnya, seseorang itu diberikan iman yang sempurna yang membawa kepada kejayaan. Ianya akan diberikan kepada hamba yang berusaha.

Iman yang tidak sempurna akan sentiasa melanggar hukum Allah. Iman mereka ada, tapi tidak sempurna. Menyebabkan dia akan diazab beberapa lama di neraka. Mereka yang iman sempurna tidak akan masuk neraka langsung.

Ianya adalah Ayat-ayat yang menceritakan tentang hati Pembawa Dakwa. Iaitu mereka yang belajar dan menerima Al-Qur’an. Mereka Istiqamah dalam pendirian mereka. Mereka akan menegakkan hukum dalam segala ujian. Mereka tetap teguh walaupun mereka diuji dengan berbagai-bagai ujian. Hati mereka sampai ke peringkat sukar kembali kepada kesesatan. Mereka takkan sesat dah kerana mereka telah memiliki Rabtul qalbi. Kalau orang lain, ada lagi kemungkinan boleh jatuh ke lembah kesesatan.

Ini pun tahap iman yang keempat. Ada tahap tahap lain sebelumnya. Inilah tahap yang kita mahu. Semua tahap-tahap itu disebut dalam Al-Qur’an.

1. Sifat inabah. Ada keinginan kepada kebenaran, mereka mencari-cari kebenaran, ingin belajar dan sebagainya. Walaupun tak buat lagi, tapi ianya adalah permulaan kepada hidayah. Mereka sanggup dengar dahulu apa yang hendak diberitahu dalam agama. Mereka mahu kepada kebenaran. Mereka hendak mencari kebenaran.

2. Selepas mereka menerima hidayah, mereka mula duduk di atas jalan hidayah. Sudah menerima kebenaran. Mereka sudah masuk Islam dan sudah mula tahu tentang hukum-hukum agama yang mereka perlu pelajar dari taat. Mereka sudah mula ikut sedikit demi sedikit.

3. Istiqomah dan tetap atas jalan agama. Setelah diduga dengan berbagai ujian ditentang oleh pihak yang menghalang, tapi mereka masih tetap di atas jalan hidayah. Kerana itu Allah akan angkat lagi kedudukan manusia itu kerana mereka dapat melepasi ujian yang Allah berikan. Mereka sabar dengan ujian dan tidak meninggalkan agama. Kenalah kita ingat yang ujian itu adalah untuk meningkatkan darjat kita dan menambah pahala kita sebenarnya.

4. Kalau dia dapat melepasi tiga peringakat itu, maka dia akan diteguhkan hatinya di atas aqidah tauhid. Setelah melalui berbagai-bagai dugaan dan tentangan tapi dia masih tetap tidak gugur dan tidak terkesan dengan mana-mana dugaan. Maka, mereka akan tetap terus beriman dan akan mati dalam Husnul Khotimah.

Nabi dan para sahabat telah sampai ke tahap keempat ini. Sebab itu mereka boleh dijadikan sebagai contoh tauladan. Selain dari mereka, tidak boleh lagi dijadikan contoh kerana belum tentu mereka itu telah selamat. Kerana kita tak tahu mereka tahap mana. Macam Nabi dan para sahabat, telah diberitahu oleh Allah yang mereka telah sampai ke tahap keempat. Semua sahabat dikira sebagai ‘adil’. Merekalah neraca syariat yang kita kena ikut.

Contoh yang diberikan: Kahfi:14

وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَٰهًا لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

Semua pemuda Kahfi itu telah mendapat Robtul Qalbi. Mereka sanggup berdiri menegakkan hujah berdepan dengan raja yang zalim. Maka Allah telah berikan Robtul Qalbi kepada mereka. Mereka telah dilindungi dalam gua untuk menjaga akidah mereka. Para wali, seperti Pemuda Kahfi ini, ada sifat ini. Oleh kerana mereka telah dijadikan sebagai contoh, maka kita kena jadikan mereka sebagai contoh. Iaitu kita kena cakap tentang kebenaran walaupun kita berdepan dengan orang yang bahaya, yang boleh memudharatkan kita. Oleh itu, kita boleh mendapat Robtul Qalbi ini kalau kita sampaikan kepada mereka yang melawan.

Allahu a’lam. Sambung ke Risalah ke 2: Fawaid Tafsir


Rujukan: 

Maulana Hadi

Tafsir Surah Jin Ayat 8 – 13 (Ada jin Islam)

Pengenalan:

1. Janganlah kita membesarkan jin. Sedangkan kedudukan mereka itu lebih rendah dari kita sebenarnya. Jangan kita ada sangkaan dalam hati kita yang mereka ada kuasa lebih. Dalam satu hadis riwayat Abi Dawud:

كُنْتُ رَدِيفَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَعَثَرَتْ دَابَّتُهُ فَقُلْتُ تَعِسَ الشَّيْطَانُ . فَقَالَ لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ

Ketika aku dibonceng Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta merta aku berkata, “Celakalah syaitan.” Maka beliau bersabda, “Jangan kamu katakan, ‘celakalah syaitan,’ sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan dengan sombongnya syaitan akan berkata; ‘Itu terjadi kerana kekuatanku’. Akan tetapi, ucapkanlah ‘Bismillah’ sebab jika engkau mengucapkan basmalah syaitan akan mengecil hingga sebesar lalat. “(HR. Abu Dawud)

Malangnya, orang kita takut dengan jin dan rasa jin boleh buat sesuatu kepada mereka. Maka, itulah sebabnya jin itu lagi mengganas.

2. Jangan juga kita terpesona dengan ada golongan yang boleh scan dan nampak jin. Contohnya mereka boleh kata ada dua tiga ekor dalam badan seseorang. Siap boleh sebut nama jin itu. Ataupun siap ada yang boleh bercakap dengan jin itu.

Itu bukan satu kelebihan sebenarnya. Itu adalah satu kekurangan. Kalau kita atau anak-anak kita boleh nampak jin, itu menandakan ada masalah di mana-mana dan kena belajar lagi tentang jin. Sebagai contoh, kalau mereka yang ada beramal dengan wirid-wirid khas, salah satu masalah yang mereka akan hadapi adalah mereka boleh nampak dan diganggu oleh jin. Kerana amalan mereka itu sebenarnya adalah sihir dan mereka memanggil jin sebenarnya untuk datang dan rapat dengan mereka.

Maka, tinggalkanlah amalan-amalan yang tidak tsabit dari Nabi. Termasuklah amalan-amalan yang ustaz beri, yang ayah kita beri, kawan-kawan kita beri. Termasuklah kalau amalan itu membaca potongan ayat-ayat Al-Qur’an pun. Bukan begitu cara amalan yang diajar oleh Nabi dan Islam. Selalunya kalau ada yang kena gangguan jin, kita akan tanya dia dulu tentang amalan dia satu persatu.

3. Tidak ada kelebihan kalau boleh nampak jin sebenarnya. Sampaikan Imam Syafie telah berfatwa bahawa mereka yang nampak jin tidak boleh dijadikan saksi. Kerana mereka nampak benda yang tidak sepatutnya mereka nampak. Apa yang mereka nampak sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Jadi mereka itu pun sudah tidak boleh dipercayai lagi. Takut mereka memberi persaksian yang salah. Mereka tidak diterima sebagai saksi sama ada sebagai saksi di mahkamah atau saksi nampak anak bulan.


 

Ayat 8: Ini adalah kisah yang disampaikan sendiri oleh jin, diulang semula oleh Allah dalam Surah Jin ini, bagaimana mereka dulu boleh naik ke langit tapi tidak boleh lagi selepas Nabi diangkat menjadi Rasul.

وَأَنّا لَمَسنَا السَّماءَ فَوَجَدنٰها مُلِئَت حَرَسًا شَديدًا وَشُهُبًا

Sahih International

And we have sought [to reach] the heaven but found it filled with powerful guards and burning flames.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

 

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ

Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit,

Perkataan لَمَسْنَا dari katadasar ل م س yang bermaksud ‘sentuh dengan tangan’ atau ‘mencari-cari sesuatu dengan tangan’. Dalam konteks ayat ini, ia bermaksud mereka mencari-cari maklumat di langit.

Dulunya, jin-jin itu boleh naik ke langit dan mendengar berita dari langit (dari perbuatan malaikat) dan kemudian mereka akan menyampaikan berita dari langit itu kepada ahli nujum (dipanggil: kaahin). Memang ada berita yang benar yang mereka sampaikan, tapi mereka akan tambah dengan beratus penipuan. Tetapi masalahnya apabila ada satu sahaja berita yang benar, maka manusia terus terima pembohongan-pembohongan jin itu sebagai benar belaka. Ini adalah kerana manusia jahil senang ditipu.

 

فَوَجَدْنٰهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا

lalu kami dapati langit itu dipenuhi dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

Kalimah حَرَسًا bermaksud ‘pengawal’. Mereka itu adalah para malaikat yang ditugaskan untuk menjaga Al-Qur’an. Supaya jin-jin itu tidak dapat dekat dengan Al-Qur’an walau sedikit pun. Dan supaya mereka menjaga langit dari dicuri maklumat oleh jin-jin.

Apabila jin-jin naik sahaja ke langit, mereka terus nampak malaikat yang menjaga langit itu kerana mereka dijadikan dari api dan malaikat dijadikan dari cahaya. Kerana mereka dijadikan dari bahan yang hampir sama, jadi mereka boleh melihat malaikat. Allahu a’lam, kerana kita tidak tahu setakat mana hal ini.

Al-Qur’an dijaga supaya tidaklah ada jin yang dengar Al-Qur’an dulu sebelum Nabi Muhammad mendengarnya dahulu. Kalau jin yang dengar dahulu, nanti mereka boleh buat penipuan pula dengan Al-Qur’an itu. Maka Allah jaga langit dari mereka. Dan selepas Al-Qur’an tidak lagi diturunkan, langit tetap dijaga supaya jin tidak dapat curi maklumat langit.

Jadi, memang tidak pernah ada sesiapa yang mendengar Al-Qur’an sebelum Nabi Muhammad. Oleh itu, tidaklah benar hujah yang kononnya ada yang kata ada syair Arab yang bunyi macam Al-Qur’an. Mereka seperti hendak mengatakan yang Nabi Muhammad cedok Al-Qur’an ini dari syair-syair itu. Hujah ini malangnya datang dari kalangan masyarakat kita.

Padahal, tidak pernah diberikan hujah ini oleh Musyrikin Mekah sendiri. Arab Mekah sendiri pun terpesona dengan Al-Qur’an. Tiba-tiba zaman sekarang timbul kisah mengarut macam ini. Kalaulah ada syair Arab yang bunyi macam Al-Qur’an, Abu Lahab dan Abu Jahal sudah lama pakai hujah itu, tapi kita tidak pernah dengar pun mereka mengatakan sedemikian. Jadi, tidak tahu dari sumber mana mereka dapat hujah karut itu.

Ayat ini amat penting kerana salah satu tohmahan Musyrikin Mekah, mereka kata Nabi mendapat ayat-ayat Al-Qur’an itu dari jin. Mereka nak kata bahawa jinlah yang mengajar Nabi Muhammad. Ini ditolak dengan ayat ini. Kerana jin-jin itu sendiri sudah tidak dapat lagi naik ke langit untuk mendengar-dengar berita dari langit. Lalu mana mungkin mereka boleh kata yang jin yang memberikan ayat-ayat Al-Qur’an itu kepada Nabi?

Perkara itu tidak akan terjadi. Allah sebut dalam Syua’ra:210-212

وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّيَاطِينُ

Dan Al-Qur’an itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.

وَمَا يَنبَغِي لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ

Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.

إِنَّهُمْ عَنِ السَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ

Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.

Tidak ada campuran atau gangguan pada ayat Al-Quran kerana Allah sudah berjanji yang Dia sendiri akan menjaga Al-Qur’an itu seperti yang Allah firmankan dalam Hijr:9

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Bukan hanya malaikat yang menanti mereka tetapi ada api yang terbakar. Api itu akan mengejar mereka kalau mereka mendekati langit. Lihat ayat Mulk:5.

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

Dalam ayat ini, jelas diterangkan bagaimana salah satu tujuan dijadikan bintang-bintang itu adalah sebagai perejam kepada jin syaitan.


 

Ayat 9: Jin menceritakan dulu bagaimana cara mereka mencuri berita dari langit.

وَأَنّا كُنّا نَقعُدُ مِنها مَقٰعِدَ لِلسَّمعِ ۖ فَمَن يَستَمِعِ الآنَ يَجِد لَهُ شِهابًا رَّصَدًا

Sahih International

And we used to sit therein in positions for hearing, but whoever listens now will find a burning flame lying in wait for him.

Malay

Dan sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

 

وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقٰعِدَ لِلسَّمْعِ

Dan sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat di langit untuk mendengar;

Dahulunya, mereka dapat naik sampai ke langit, iaitu langit dunia sahaja. Mereka akan bertimpa-timpa atas satu sama lain supaya dapat mencapai kedudukan tinggi di langit.

Mereka akan duduk di tempat yang rendah sedikit supaya mereka boleh mendengar-dengar perbualan malaikat sesama malaikat. Tempat itu malaikat tak nampak. Dari tempat-tempat itu, dapatlah mereka mendengar sedikit perbualan malaikat.

Bukan semua mereka dengar pun. Dengan modal yang sedikit itu itulah mereka menipu manusia. Mereka akan sampaikan kepada kawan-kawan mereka dari kalangan ahli nujum.

 

فَمَن يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَّصَدًا

maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu.

Api itu dalam bentuk tahi bintang atau meteor yang akan dilemparkan kepada jin-jin yang cuba mendengar itu dan ianya akan mengejar syaitan. Ini berlaku apabila wahyu mula diturunkan kepada Nabi Muhammad. Api itu macam heat seeking missile – ianya akan ikut jin sampai dapat tembak, jadi jin-jin itu tidak boleh elak.

Dulu sebelum Nabi Muhammad mendapat wahyu, memang ada tahi bintang tapi ianya melintas sahaja. Tapi apabila wahyu sudah diturunkan, ianya akan mengejar jin yang naik ke langit. Ianya jadi paling banyak semasa Nabi Muhammad baru dinaikkan menjadi Rasul. Kalau zaman sekarang, masih ada lagi sekali sekala kerana itu adalah tanda yang ada jin yang masih lagi cuba naik ke langit. Mereka adalah makhluk yang bodoh, jadi walaupun mereka tahu apa yang akan dikenakan kepada mereka, mereka masih nak cuba-cuba juga.

Oleh itu, tahi bintang yang jatuh ke bumi itu adalah bekas rejaman jin. Jadi jangan pergi cari ‘batu petir’, sebab itu adalah bekas azab dari Allah. Sepertimana juga Nabi larang duduk di tempat azab Allah diturunkan. Apabila Nabi lalu di kawasan bekas Tentera Bergajah Abrahah dilontar dengan azab batu dengan Burung Abaabil, baginda akan bergerak dengan laju.

Contoh Batu Petir

Oleh itu, jin-jin tidak boleh elak rejaman api itu kepada mereka. Apabila mereka naik sahaja, mereka akan kena tembak. Mereka tak boleh melarikan diri pun. Maka jangan salah sangka dengan tahi bintang itu. Macam orang kita, ada yang wishing upon the stars – nampak tahu bintang jatuh, mereka buat wish, kononnya makbul – ini adalah salah sama sekali!

Memang dari dulu lagi manusia ada pemikiran yang salah tentang tahi bintang itu. Ada satu hadis berkenaan perkara ini:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم جالسا في نفر من أصحابه قال عبد الرزاق من الأنصار فرمي بنجم فاستنار فقال صلى الله عليه وسلم ” ما كنتم تقولون إذا كان مثل هذا فى الجاهلية ؟ ” قالوا كنا نقول يولد عظيم أو يموت عظيم .قلت للزهري أكان يرمى بها في الجاهلية ؟ قال نعم ولقد غلظت حين بعث النبي صلى الله عليه وسلم قال: فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ” فإنها لا يرمى بهـا لموت أحد ولا لحياته ولكن ربنا تبارك وتعالى إذا قضى أمرا سبح حملة العرش ثم سبح أهل السماء الذين يلونهم حتى يبلغ التسبيح السماء الدنيا ثم يستخبر أهل السماء الذين يلون حملة العرش فيقول الذين يلون حملة العرش لحملة العرش ماذا قال ربكم ؟ فيخبرونهم ويخبر أهل كل سماء سماء حتى ينتهي الخبر إلى هذه السماء وتخطف الجن السمع فيرمون فما جاءوا به على وجهه فهو حق ولكنهم يفرقون فيه ويزيدون “

Pada suatu hari, ketika duduk bersama Nabi Muhammad SAW dengan beberapa sahabat, berjaya ibn Razzak, daripada kaum Ansar, tiba-tiba mereka melihat tahi bintang jatuh, kemudian Rasulullah SAW bertanya: “Apakah yang kalian katakan kalau jadi begini pada masa Jahiliyah? Mereka menjawab: “Kami dahulu kata bahawa ianya merupakan tanda lahir orang yang besar atau matinya seorang besar.

Perawi bertanya: adakah tahi bintang jatuh pada zaman jahiliyah? Zuhri kata: ya. Tetapi ianya makin banyak apabila diutuskan Nabi SAW.

Mendengar jawapan itu, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya tidaklah dilemparkan tahi bintang itu kerana kematian seseorang atau kehidupan seseorang, akan tetapi apabila Allah taala yang Maha Berkat dan Maha Tinggi memutuskan sesuatu, maka para pembawa Arsy (para malaikat) pada bertasbih, kemudian bertasbihlah penduduk langit yang di bawah pemikul Arash itu, hingga sampai tasbih itu pada langit dunia kemudian penduduk langit bertanya kepada yang di bawah pemikul Arash dan mereka pun bertanya kepada pemikul Arash – Apa kata Tuhanmu?

Pemikul Arash menceritakan kepada mereka dan penghuni langit beritahu kepada yang di bawahnya sehingga berhenti khabar itu kepada langit ini. Jin akan cuba mendengar dan mereka akan dilemparkan. Apa yang mereka sampaikan adalah kebenaran tetapi mereka memecah-mecahkan di dalamnya dan menambah-nambah” (Riwayat Muslim)

Kalau kita lihat tilikan yang dilakukan oleh Nostradamus, memang ada yang betulnya. Tapi lihatlah bagaimana dia telah memecah-mecahkan dan menambah-nambah. Dia tidak cakap terus terang apakah sebenarnya akan terjadi. Jadi, ini mungkin kerana dia telah mendapat maklumat dari jin yang telah mendengar percakapan malaikat.

Tapi itu zaman dahulu, sekarang mereka tak dapat naik lagi. Dulu sahaja yang mereka boleh dengar. Selepas Nabi dinaikkan menjadi Rasul, mereka tidak boleh lagi untuk naik ke langit. Ada juga yang mencuba dan dapat juga maklumat sedikit sebanyak. Maka, kalau ada yang kata mereka boleh tilik nasib sekarang, itu adalah penipu sahaja.

Jin sekarang tak dapat maklumat apa lagi. Maklumat yang mereka dapat dulu pun bukan ada guna pun, mereka tak dapat buat apa-apa sebab bukan boleh tukar pun. Apa yang ditetapkan akan terjadi, akan tetap terjadi. Tidak ada sesiapa yang boleh menolak qadar Allah.

Kalau zaman sekarang, kadang-kadang kita keliru macam mana seseorang bomoh itu tahu apa yang kita lakukan sebelum itu. Ini tidak perlu pelik, kerana setiap orang ada qarin (jin) bersamanya. Qarin itu tahu apa yang kita telah lakukan kerana qarin itu sentiasa ada bersama kita. Bomoh itu boleh tahu apa yang kita lakukan kerana jin belaan bomoh itu telah tanya kepada qarin seseorang itu. Qarin itulah yang memberitahu bahawa lelaki itu makan apa, apa dia buat semalam dan sebagainya. Setiap manusia diberikan dengan qarin, termasuk Nabi Muhammad sendiri. Dan qarin itu akan membisikkan perkara yang tidak baik kepada manusia.

٤١٦٠ – حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْبَكَّائِيُّ حَدَّثَنَا مَنْصُورٌ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنْ الْجِنِّ قَالُوا وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَأَنَا إِلَّا أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلَيْسَ يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ

4160. Telah menceritakan kepada kami Ziyad bin Abdullah Al Bakka`i telah menceritakan kepada kami Manshur dari Salim dari Ayahnya dari Abdullah ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak seorang pun dari kalian melainkan telah disertakan untuknya satu qarin (pendamping) dari jin.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana denganmu?” Beliau menjawab: “Demikian pula denganku, namun Allah menolongku atasnya sehingga ia masuk Islam dan tidak menyuruhku selain terhadap kebenaran.” Musnad Ahmad.

Kembali kepada pembicaraan ayat dari Surah Jin ini: Sebab mereka tak boleh naik ke langitlah yang menyebabkan mereka mencari serata dunia kenapa mereka tidak boleh naik lagi. Mereka amat terkejut apabila mereka tak dapat naik. Maka mereka telah melaporkan perkara itu kepada iblis. Iblis suruh mereka ambil tanah dari setiap tempat supaya dia hidu. Selepas dia hidu semua tanah itu, dia kata orang yang mereka cari itu ada di kawasan Tihamah (kawasan tengah Semenanjung Tanah Arab. Mekah di dalam kawasan ini). Itulah sebabnya dia mengutuskan tujuh jin ke sana. Dan jin-jin itulah yang mendengar bacaan Al-Qur’an Nabi dalam surah ini.

Selepas mereka dengar Nabi Muhammad baca Al-Qur’an, barulah mereka tahu kebenaran. Selepas itu, ada jin yang beriman dan ada yang tidak beriman.


 

Ayat 10:

وَأَنّا لا نَدري أَشَرٌّ أُريدَ بِمَن فِي الأَرضِ أَم أَرادَ بِهِم رَبُّهُم رَشَدًا

Sahih International

And we do not know [therefore] whether evil is intended for those on earth or whether their Lord intends for them a right course.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah hendak ditimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka.

 

وَأَنّا لا نَدري أَشَرٌّ أُريدَ بِمَن فِي الأَرضِ

`Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah bala bencana hendak ditimpakan kepada penduduk bumi,

Mereka tidak tahu apakah sebabnya mereka tidak boleh lagi naik ke langit untuk mendengar-dengar berita langit. Adakah keburukan hendak ditimpakan kepada penduduk bumi?

 

أَمْ أَرَادَ بِهِمْ رَبُّهُمْ رَشَدًا

atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan petunjuk kepada mereka.

Ataukah kebaikan yang dikehendaki oleh Allah kepada penduduk dunia? Jin-jin tidak tahu kerana memang mereka tidak tahu perkara ghaib. Ini juga adalah penekanan kepada kita, jin tidak tahu perkara ghaib.

Ada mufassir mengatakan: inilah dua perkara yang menyebabkan langit ditahan dari jin. Iaitu sama ada Allah nak kenakan azab kepada sesuatu tempat dan jikalau Allah hendak menaikkan seorang Rasul. Jin-jin sudah tahu yang hanya ada salah satu sahaja dari kemungkinan ini. Maka kerana langit telah ditutup, mereka tahulah ia adalah salah satu dari perkara ini.

Allah tahan maklumat dari sampai kepada jin kerana kalau mereka tahu tempat manakah azab akan turun, nanti mereka beritahu pula kepada kawan-kawan mereka di dunia. Dan kalau mereka tahu ada Rasul yang akan dilantik, maka nanti mereka akan mengganggu wahyu yang disampaikan kepada Rasul itu.

Maka kerana langit telah ditutup dari mereka, maka jin nak tahu, antara dua perkara ini, mana satukah yang sedang berlaku? Maka kerana itu mereka berkeliaran di serata bumi untuk melihat kejadian di bumi, dan waktu itulah mereka mendengar bacaan ayat suci Al-Qur’an dari Nabi Muhammad.

Lihatlah, apabila kebaikan, disandarkan kepada Allah {أَرَادَ بِهِمْ}. Tetapi, apabila bala bencana disebut, ianya hanya dalam bentuk majhul (tidak disebut siapakah yang akan memberikan azab itu) dalam kalimat أَشَرٌّ أُريدَ kerana kalimah أُريدَ itu dalam bentuk majhul, maksudnya tidak disebut siapakah yang memberikan bala itu {أُرِيدَ}. Ini adalah adab mereka kepada Allah. Walaupun pada hakikatnya, baik dan buruk pun datang dari Allah juga. Tapi tidak dinisbahkan perkara yang buruk kepada Allah.

Begitu jugalah adab kita dengan Allah. Kerana itu dalam ceramah, selalunya di hujung ceramah penceramah akan kata: “yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan saya.”

Sekali lagi kita ingatkan yang ayat ini menunjukkan yang jin tidak tahu apakah maksud kejadian itu. Mereka tidak tahu perkara ghaib.

Tafsir ke 2: Atau pun ayat ini bermaksud, jin-jin sudah tak boleh tahu tentang berita buruk atau tidak apabila mereka sudah tidak dapat naik ke langit. Dulu boleh lagi kerana dulu mereka dapat tahu kalau-kalau ada azab yang akan diturunkan kepada manusia, dan kalau mereka dapat tahu, mereka boleh beritahu kepada kawan-kawan mereka dari manusia (tukang nujum atau kaahin).

Ini tandanya yang jin tidak tahu perkara ghaib. Yang mereka tahu dulu sebab mereka dulu curi dengar percakapan malaikat. Ingatlah bahawa mereka tak boleh baca hati kita. Bacalah kisah bagaimana jin-jin yang jadi jadi kuli kepada Nabi Sulaiman (untuk bina BaitulMaqdis) tidak tahu pun yang baginda sudah mati. Kalau mereka tahu, tidaklah mereka terus buat kerja atas arahan Nabi Sulaiman. Ini disebut dalam Saba:14

فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَىٰ مَوْتِهِ إِلَّا دَابَّةُ الْأَرْضِ تَأْكُلُ مِنسَأَتَهُ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَن لَّوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ

Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila dia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.


 

Ayat 11: Sekarang jin-jin itu memberitahu tentang diri mereka. Ayat ini masih tentang percakapan sesama jin lagi.

وَأَنّا مِنَّا الصّٰلِحونَ وَمِنّا دونَ ذٰلِكَ ۖ كُنّا طَرائِقَ قِدَدًا

Sahih International

And among us are the righteous, and among us are [others] not so; we were [of] divided ways.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

 

وَأَنَّا مِنَّا الصّٰلِحُونَ

Dan bahawa sesungguhnya ada dari kalangan kita, ada golongan yang soleh,

1. Iaitu, ada yang telah menjadi soleh dan beriman selepas mendengar ayat-ayat Al-Qur’an itu. Memang mereka dulu telah buat perkara yang salah dahulu, tapi sekarang, tidak lagi.

2. Atau, mereka merujuk kepada kalangan mereka yang memang telah beriman dengan Nabi-nabi dan kitab-kitab terdahulu. Maknanya, ada kalangan mereka yang beriman dengan agama yang lurus sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Memang ada, tapi tidaklah ramai. Yang lebih banyaknya adalah mereka yang tidak beriman.

Secara umumnya, golongan jin boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

      1. Muslim
      2. Muslim tapi fasiq
      3. Kafir

 

وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَ

dan ada di antara kita yang lain dari itu;

Mereka cuma kata: ‘lain dari itu’. Mereka tidak cakap yang mereka yang dimaksudkan itu adalah kafir, musyrik, fasik dan sebagainya. Maknanya, mereka bercakap dengan nada yang baik dan bahasa yang molek. Mereka tidak bercakap dengan kasar.

Kerana mereka masih hendak berdakwah kepada kaum mereka, maka mereka tidak mahu menyakitkan hati para pendengar. Kita kena ingat yang mereka sedang berdakwah kepada bangsa mereka sekarang. Kerana kalau mereka kata yang tidak beriman itu ‘kafir’, ‘musyrik’, mungkin mereka akan marah tidak mahu mendengar dakwah lagi.

Maka ini juga mengajar kita cara berdakwah kepada orang lain. Janganlah kita kata orang lain ‘kafir’, ‘munafik’, ‘mubtadi’ (pengamal bidaah)’ dan sebagainya. Cakaplah dengan bahasa yang molek dan baik.

 

كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا

adalah kita masing-masing menurut jalan yang berlainan.

Perkataan قِدَدًا dari segi bermaksud ‘koyak’. Dalam ayat ini, ia bermaksud agama, perangai dan pendapat mereka berbeza-beza. Macam-macam jenis, macam kita juga. Cuma jalan-jalan mereka lagi banyak dari kita sebab mereka bilangan mereka lebih ramai dari manusia.

Maka ini adalah dakwah dari jin yang telah mendengar Al-Qur’an dari Nabi. Mereka kata kepada kawan-kawan mereka yang mereka itu ada yang baik dan ada yang tidak. Maka sekarang sudah ada wahyu dan agama yang benar, marilah ikut ramai-ramai.


 

Ayat 12:

وَأَنّا ظَنَنّا أَن لَّن نُّعجِزَ اللهَ فِي الأَرضِ وَلَن نُّعجِزَهُ هَرَبًا

Sahih International

And we have become certain that we will never cause failure to Allah upon earth, nor can we escape Him by flight.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekali pun).

 

وَأَنَّا ظَنَنَّا أَن لَّن نُّعْجِزَ اللهَ فِي الْأَرْضِ

Dan bahawa sesungguhnya kita yakin, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melemahkan Allah di bumi,

Mereka tahu mereka tidak boleh melawan Qadar Allah. Kita pun kena tahu sepertimana yang mereka katakan ini – itu sebab ianya diulang oleh Allah dalam ayat ini. Kita memang tidak dapat lari dari qadar Allah. Banyak sangat perkara yang di luar kawalan kita. Sel badan kita pun tak taat dengan kita – kita tak boleh pun nak suruh ianya jangan jadi tua, sebagai contoh. Apatah lagi benda lain. Jin pun sudah tahu hal.

Malangnya, ramai yang tidak sedar tentang perkara ini. Kalau terjadi sesuatu perkara yang mereka tidak suka, mereka menyalahkan takdir. Padahal sepatutnya mereka tahu yang mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Kita sebagai hamba, kena belajar untuk redha dengan apa yang terjadi. Kena sedarlah yang diri kita ini adalah hamba sahaja.

Tidak ada yang dapat halang kehendak Allah. Kalau Allah hendak menjatuhkan azab kepada kita, ianya pasti akan terjadi. Tidak ada apa-apa yang dapat menghalang. Kalau ada orang soleh kalangan kita pun, tidak selamat. Inilah salah faham puak tarekat yang kata bala tidak turun sebab mereka kata ‘ada wali’ yang tinggal di kawasan itu. Kalau Allah nak turunkan musibah, Allah boleh turunkan sahaja.

Ayat ini juga bermaksud mereka mengatakan yang mereka tidak dapat menghalang Allah untuk menyampaikan agamaNya di dunia. Kita pun kena tahu yang Allah akan menegakkan agamaNya. Macam mana pun usaha keras iblis hendak menjatuhkan Islam, Islam tetap akan tertegak. Walau bagaimana usaha orang kafir hendak memburukkan Islam, semakin ramai orang yang masuk Islam.

 

وَلَن نُّعْجِزَهُ هَرَبًا

dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya dengan cara terbang.

Kalau lari di dunia tidak boleh, nak lari ke langit pun tidak boleh. Kalau Allah nak beri azab kepada mereka, mereka tidak dapat lari ke mana-mana termasuk ke langit. Sama ada di dunia atau di akhirat kelak. Seperti yang disebut dalam Rahman:33

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

Disebut tentang terbang, kerana ada jin yang boleh terbang.

Maknanya, golongan jin itu juga kenal Allah. Mereka sudah tahu yang mereka tidak akan dapat lepas dari azab Allah kalau Allah kehendaki. Maka sekarang sudah ada wahyu yang baru, maka kenalah beriman sama-sama.


 

Ayat 13: Jin beriman dengan wahyu Al-Qur’an.

وَأَنّا لَمّا سَمِعنَا الهُدىٰ ءآمَنّا بِهِ ۖ فَمَن يُؤمِن بِرَبِّهِ فَلا يَخافُ بَخسًا وَلا رَهَقًا

Sahih International

And when we heard the guidance, we believed in it. And whoever believes in his Lord will not fear deprivation or burden.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Qur’an), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah dia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.

 

وَأَنَّا لَمَّا سَمِعْنَا الْهُدَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran),

Iaitu apabila mereka mendengar bacaan Al-Qur’an dari Nabi Muhammad. Mereka dengar itu pun tidak sengaja. Tapi Allah telah takdirkan mereka dapat mendengar Al-Qur’an dan kenal Al-Qur’an.

 

آمَنَّا بِهِ

kami beriman kepadanya

Lihatlah mereka selepas dengar Al-Qur’an, terus beriman. Mereka berbangga kerana terus beriman selepas dengar Al-Qur’an. Ini adalah perkara yang amat elok sampaikan Allah masukkan kata-kata mereka dalam Al-Qur’an.

Lalu bagaimana dengan orang-orang kita sudah mendengar, malah membaca Al-Qur’an, tapi tidak beriman-iman lagi? Maksudnya tidak beriman dengan sempurna. Masih banyak lagi yang tolak apa yang ada dalam Al-Qur’an. Ini buat malu dengan jin sahaja.

Ramai yang masih tidak beriman sempurna adalah kerana mereka dengar tapi tak faham. Tak faham kerana tak belajar. Tak belajar kerana tidak mementingkan agama. Bila ada orang ajak belajar tafsir Al-Qur’an, tidak mahu nak ikut.

 

فَمَن يُؤْمِن بِرَبِّهِ فَلَا يَخَافُ بَخْسًا

kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah dia akan merasa bimbang menanggung kerugian

Tidak akan dikurangkan kebaikan yang mereka patut dapat. Tak bimbang yang Allah akan beri kurang dari yang sepatutnya. Mereka yakin yang mereka akan dapat pahala sebanyak mana yang mereka layak dapat. Allah tidak akan berlaku zalim dengan beri kurang dari yang sepatutnya. Malah Allah akan beri lebih lagi.

Ini berbeza kita dengan di dunia. Kadang-kadang kita kerja lebih, tapi majikan beri tidak setimpal. Allah tidak akan merugikan kita.

 

وَلَا رَهَقًا

dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.

Mereka yakin yang mereka tidak akan dihukum kalau bukan salah mereka. Tidak bimbang takut tanggung dosa orang lain. Tidak bimbang kalau-kalau Allah salah hukum mereka. Tidaklah kita kena tanggung dosa orang lain. Tidaklah benar ajaran Kristian yang mengatakan kita semua berdosa kerana menanggung ‘dosa warisan’.

Dalam ayat ini, menunjukkan sangka baik mereka kepada Allah. Kita pun kena macam itu juga.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 12 September 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Ustaz Adli Yayasan Ta’lim

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Surah Jin Ayat 5 – 7 (Jin sedar kesesatan mereka)

Jin Ayat 5:

وَأَنّا ظَنَنّا أَن لَّن تَقولَ الإِنسُ وَالجِنُّ عَلَى اللهِ كَذِبًا

Sahih International

And we had thought that mankind and the jinn would never speak about Allah a lie.

Malay

`Dan bahawa sesungguhnya kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

وَأَنَّا ظَنَنَّا

Dan bahawa sesungguhnya kami menyangka

Mereka menceritakan apakah fahaman mereka dulu. Kerana mereka telah diberikan dengan ajaran-ajaran yang salah dulu. Dan sekarang mereka menceritakan semula. Macam juga orang kita yang percaya dengan ajaran ustaz-ustaz dahulu. Kita terima sahaja apa yang mereka kata. Kita sangkakan tentulah apa yang mereka beritahu dulu itu benar belaka, bukan?

 

أَن لَّن تَقُولَ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَى اللهِ كَذِبًا

bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

Mereka dulu tak sangka manusia dan jin akan berani kata perkara yang tidak benar tentang Allah. Mereka sangka apa kesyirikan yang dilakukan oleh manusia dan jin lain itu tentulah benar kerana diberitahu oleh mereka yang dipercayai – takkan mereka hendak menipu pula?

Hanya apabila mereka dengar bacaan Al-Qur’an, baru mereka sedar yang apa yang diberitakan kepada mereka dulu adalah salah sahaja. Mereka tak sangka sampai ada yang berani nak kata perkara yang salah tentang Allah. Tapi, ini memang terjadi.

Beginilah juga yang kena kepada Nabi Adam. Masa Nabi Adam makan pokok larangan, baginda tidak sangka yang iblis sanggup bersumpah atas nama Allah. Allah berfirman dalam A’raf:20

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”.

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua”.

Nabi Adam tak sangka iblis boleh sanggup berbohong atas nama Allah. Tambahan pula Iblis telah bersumpah seperti disebut dalam ayat ini. Apabila Iblis bersumpah, maka Nabi Adam percaya.

Begitulah golongan jin tak sangka ada makhluk yang sanggup berbohong atas nama Allah dengan mudah. Yang berdusta itu macam tak takut pun. Jin pun hairan, bagaimana mereka boleh berani menipu sampai begitu sekali. Selepas dibukakan ilmu Al-Qur’an kepada mereka, barulah mereka tahu yang selama yang diajar oleh tok nenek mereka dahulu adalah dusta sahaja.

Macam zaman kita sekarang pun ada juga. Ada yang berani kata Allah redha dengan ini dan itu tapi rupanya tipu sahaja. Mereka berani berkata sesuatu yang tanpa dalil. Mereka percaya kata-kata ustaz mereka, ulama’ mereka, syeikh mereka, guru tarekat mereka dan sebagainya. Hanya selepas kita belajar sunnah baru tahu mana yang benar.

Tapi memang kena belajarlah dahulu. Kalau tak belajar, tak tahu. Macam jin dalam ayat ini dapat tahu setelah mereka dengar ayat-ayat Al-Qur’an. Itulah kita kata, kena belajar, bukannya ikut ustaz itu dan ini. Malangnya masyarakat kita selalu terima sahaja apa kata ustaz walaupun ustaz itu sendiri tidak tahu. Ustaz itu pun dengar kata-kata guru dia juga dan dia tidak sangka gurunya itu akan berkata perkara yang salah. Jadi, kita kebanyakan percaya atas percaya sahaja.

Lihatlah bagaimana jin-jin itu setelah nampak kebenaran, mereka tidak malu untuk mengaku kesalahan mereka dahulu. Mereka terima bahawa dulu mereka salah. Berapa banyak antara kita yang mengaku dulunya mereka buat salah dengan jadi tekong tahlil, ketua zikir, belajar tarekat dan macam-macam lagi?

Ramai yang tidak mahu mengaku salah. Malah mereka terus juga hendak mempertahankan amalan mereka yang salah. Beginilah masalah orang kita apabila kita beritahu mereka akan mengamalkan ajaran yang benar. Bukannya mereka nak dengar, sebaliknya mereka cari juga jalan untuk mempertahankan amalan mereka itu. Mereka tak boleh nak tolak ajaran ustaz-ustaz dahulu. Inilah yang susah untuk dilakukan.

Kalimah الْإِنسِ merujuk kepada manusia secara keseluruhan. Akan tetapi kalau perasan, bukan الْإِنسِ sahaja yang digunakan untuk merujuk kepada manusia. Kalau kalimah الْإِنسِ yang digunakan, Al-Qur’an hendak merujuk kepada perbincangan aspek sosial manusia. Kalau kalimah بَني ءآدَمَ yang digunakan, seperti di dalam A’raf:172, perbincangan adalah berkenaan aspek sejarah.

وَإِذ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَني ءآدَمَ مِن ظُهورِهِم ذُرِّيَّتَهُم

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka,

Dan jikalau kalimah yang digunakan adalah بَشَرٌ seperti di dalam Ali Imran:47, kandungan perbincangan adalah mengenai aspek semulajadi dan fizikal manusia.

قالَت رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي وَلَدٌ وَلَم يَمسَسني بَشَرٌ

Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?”


 

Jin Ayat 6: Jin-jin itu buka lagi kisah dahulu.

وَأَنَّهُ كانَ رِجالٌ مِّنَ الإِنسِ يَعوذونَ بِرِجالٍ مِّنَ الجِنِّ فَزادوهُم رَهَقًا

Sahih International

And there were men from mankind who sought refuge in men from the jinn, so they [only] increased them in burden.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ

`Dan sesungguhnya dulu ada lelaki dari manusia, meminta perlindungan kepada lelaki dari golongan jin,

Jin-jin itu menceritakan bagaimana ada manusia sudah buat syirik dengan menggunakan jin. Ada manusia yang minta perlindungan kepada jin pula, sedangkan mereka sepatutnya minta tolong kepada Allah. Ini pun ada dilakukan oleh orang kita.

Sebagai contoh, ada yang meminta perlindungan seperti “minta maaf tok nenek, anak cucu nak lalu”. Ini masih lagi diajar kepada anak-anak orang Melayu kalau mereka masuk hutan. Itu sebenarnya minta perlindung kepada jin penunggu hutan itu!

Sebegitulah adat kebiasaan Arab jahiliyah. Mereka akan minta keselamatan dari ketua jin sesuatu tempat itu. Seperti kita tahu, mereka banyak musafir dan mereka selalunya akan berhenti di kawasan padang pasir yang sunyi. Dan mereka minta perlindungan dari jin di tempat itu. Ini adalah syirik. Ini kerana mereka sangka yang setiap tempat yang kosong itu mesti ada penjaga dari kalangan jin dan kalau tidak minta perlindungan jin itu, mereka akan diganggu. Mereka berkata: “Aku berlindung kepada pemimpin jin lembah ini agar aku jangan diganggu atau hartaku atau anakku atau ternakku.”

Orang kita memang ramai yang buat dulu dan masih lagi ada yang buat walaupun zaman sudah moden. Siap belajar macam-macam ilmu bagaimana nak berurusan dan meminta dengan jin. Mereka sanggup buat begitu sebab mereka hendakkan kelebihan dunia. Mereka rasa yang jin itu berkuasa dan boleh berkhidmat untuk mereka dan memberi keuntungan kepada mereka. Malangnya, apa yang mereka belajar dan dapat itu bukan boleh menambah iman tapi menyesatkan mereka sahaja. Itu semua adalah ilmu sihir.

Ada kalangan orang kita yang takut sangat dengan jin. Mereka takut kalau jin mengapa-apakan mereka. Maka sebab itulah mereka rasa yang mereka kena minta perlindungan dari jin-jin itu. Sepatutnya kita bacakan doa yang Nabi ajar. Apabila kita pergi ke sesuatu tempat, kita takut kalau ada yang mengganggu kita, bacakan doa ini.

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa yang diciptakan-Nya.” (HR. Muslim)

Banyak sangat kepala kita dimainkan oleh perasaan. Semua kita kata jin buat itu, buat ini. Agaknya jin pun marah sebab semua salahkan mereka. Sebagai contoh, kalau anak-anak kita perangai lain sikit, kita kata jin yang kacau. Padahal, kadang-kadang kanak-kanak yang nampak macam-macam itu adalah kerana tekanan psikologi sahaja. Mereka jadi begitu sebab tekanan perasaan. Kadang-kadang sebab kena tinggal oleh ibubapa yang bekerja. Bila sudah besar nanti akan hilang begitu sahaja.

Jin tidak boleh buat apa pun sebenarnya kepada kita. Kalau mereka nak curi makanan kita pun tidak boleh. Ingatlah bahawa mereka boleh makan sisa kita sahaja. Oleh itu, segala ayam golek, pulut kuning yang diminta oleh mereka itu bukan mereka boleh makan pun. Itu bomoh yang makan nanti.

Yang bahaya adalah bisikan mereka. Mereka boleh membisikkan was-was dalam hati kita. Bisikan mereka itu boleh menyebabkan kita fikirkan macam-macam. Itu pun kerana salah kita selalunya, kalau kita beri ‘kunci’ kepada mereka kepada hati kita. Kita beri kunci kepada mereka kalau kita takut kepada mereka, kita percaya mereka ada kuasa dan kalau kita ada amal amalan yang salah.

Kita boleh juga mempertahankan diri dari gangguan jin dengan membaca ayat-ayat muawwizatain (surah al-Falaq dan an-Nas). Begitu juga dengan membaca ayat Kursi. Ataupun paling mudah bacakan istiaazah. Dan kita kena taat kepada suruhan Allah dan tinggalkan dosa kerana kalau kita buat dosa, jin ada usaha untuk ganggu kita. Kalau kita lihat mereka yang kena ganggu, kalau kita periksa, mereka itu solat pun tidak jaga. Mudah sahaja bagi jin nak ganggu mereka yang sebegini.

Dan kita kena bersihkan diri kita luaran juga. Pakai pakaian yang bersih dan bersihkan tempat tinggal kita. Pengamal-pengamal ajaran salah yang berkenaan dengan jin sebenarnya mengamalkan benda-benda yang kotor kerana itulah yang jin suka. Antaranya, mereka akan menyapu najis pada badan mereka untuk beberapa hari semasa pertapaan mereka.

Dan kita kena selalu baca ayat-ayat Al-Qur’an. Apabila masuk rumah, sebut nama Allah. Tapi kena yakin dengan kuasa Allah. Bukan kita baca kosong sahaja. Kalau kita pun tidak percaya, jin pun tidak terkesan dengan bacaan kita itu.

Itu semua adalah perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk mempertahankan diri kita dari gangguan jin. Kerana jin syaitan akan sentiasa mencari peluang untuk mengganggu manusia. Sedangkan Nabi pun pernah diganggu, maka gangguan jin ini adalah benar.

Kenapa kita takut dengan jin sedangkan ada malaikat yang menjaga kita? Sebagai contoh, dalam hadis ada disebut yang apabila kita baca ayat Kursi, Allah akan tugaskan malaikat untuk menjaga kita. Mana lagi kuat, jin atau malaikat? Allah telah berfirman bahawa ada malaikat yang menjaga kita. Seperti firman Allah dalam Rad :11

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.

Kepada anak-anak kita pun, kenalah kita doakan keselamatan untuk mereka. Dalam hal ini, ada doa yang diajar oleh Nabi.

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ الْـحَسَنَ وَالْـحُسَيْنَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا: أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

“Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memperlindungkan Al-Hasan dan Al-Husain Radhiyallahu Anhuma, ‘Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala macam syetan, binatang yang berbisa, dan ‘ain (pandangan mata) yang menimpanya (yang mengakibatkan sakit).”‘

Catatan:
Dhomir (kata ganti) pada awal lafazh doa أُعِيْذُكُمَا dapat disesuaikan dengan jenis kelamin dan jumlah anak sebagai berikut:
Satu anak laki-laki: أُعِيْذُكَ
Satu anak perempuan: أُعِيْذُكِ
Dua anak; baik dua anak laki-laki atau dua anak perempuan atau satu anak laki-laki dan satu anak perempuan: أُعِيْذُكُمَا
Tiga anak laki-laki atau lebih, atau anak yang terdiri dari laki-laki dan perempuan berjumlah tiga orang atau lebih: أُعِيْذُكُمْ
Tiga anak perempuan atau lebih: أُعِيْذُكُنَّ

 

فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Lalu menambah takut/dosa mereka

Kalimah رَهَقًا dari katadasar ر ه ق yang bermaksud bodoh, tipu, jahat, takut dan lain-lain. Apabila jin melihat manusia takut kepada mereka, Jin itu akan tambah lagi perasaan takut itu dalam hati manusia. Bagi manusia yang takut itu, lagi takut. Jin akan bagi orang itu lagi panik. Sampai manusia lagi takut dengan hantu jin. Nak pergi tempat sunyi sahaja dah mula fikir macam-macam.

Dan menambah dosa kepada manusia. Kerana  manusia akan buat benda-benda yang syirik. Buat amalan syirik, berlindung dengan jin sendiri dan macam-macam lagi.

Macam sekarang, kita selalu ditakutkan dengan ‘tempat-tempat yang keras’. Ada pula dikatakan ada tempat yang selalu ada kemalangan sebab kononnya ada gangguan hantu. Padahal tempat itu orang selalu pandu laju sebenarnya. Dan kalau kita katakan mereka ada kuasa untuk kacau kita, jin-jin itu akan rasa lebih besar dan mereka akan buat supaya kita lebih takut. Ini disebut dalam satu hadis:

كُنْتُ رَدِيفَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَعَثَرَتْ دَابَّتُهُ فَقُلْتُ تَعِسَ الشَّيْطَانُ . فَقَالَ لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ

Ketika aku dibonceng Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta merta aku berkata, “Celakalah syaitan.” Maka beliau bersabda, “Jangan kamu katakan, ‘celakalah syaitan,’ sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan dengan sombongnya syaitan akan berkata; ‘Itu terjadi kerana kekuatanku’. Akan tetapi, ucapkanlah ‘Bismillah’ sebab jika engkau mengucapkan basmalah syaitan akan mengecil hingga sebesar lalat. “(HR. Abu Dawud)

Jadi ia juga bermaksud, kalau manusia yang pangkatnya itu khalifah bumi, tapi mereka minta pertolongan dan perlindungan dari jin pula (yang sebenarnya rendah kedudukan dari manusia), maka itu akan meningkatkan kesombongan jin itu. Sebab golongan yang hebat dari mereka tapi minta tolong dengan mereka, maka tentulah mereka lagi naik tocang.

Hadis ini mengajar kita, jangan kita besarkan jin itu dengan mengatakan yang mereka boleh buat itu dan ini. Sebaliknya, baca basmalah sahaja.

Kalau ada orang yang mengadu selalu nampak benda-benda pelik, tanya mereka: ada belajar silat tak? Kalau tak, bapa atau ahli keluarga yang lain, ada yang jadi bomoh tak? Atau ada tak mengamalkan mana-mana ayat? Baca ayat pengasihkah, ayat nak bagi orang sayangkah, ayat nak bagi orang tunduk dengan kita dan sebagainya. Apabila kita baca ayat Al-Qur’an kerana niat tertentu, maka dia sudah serahkan kunci kepada jin.

Ramai yang sangka, kalau amal ayat Al-Qur’an, tidak mengapa. Ia adalah salah, kerana ianya adalah sihir juga – sihir dengan ayat Al-Qur’an. Maka mereka akan dinampakkan dengan benda-benda ghaib oleh jin. Orang lain tak nampak, mereka pula yang nampak. Orang lain tak dengar, mereka sahaja yang dengar. Ini adalah kerana qarin yang ada pada kita telah pegang kunci hati kita. Dia telah disihir oleh qarin mereka.

Orang yang dikatakan mati kerana gangguan jin itu bukan kerana dibunuh terus oleh jin tapi adalah kerana mereka kena gangguan fikiran kerana dinampakkan dan didengarkan dengan macam-macam. Yang ganggu fikiran mereka itu adalah jin. Sampai nak makan pun tak lalu. Bila sudah tak mahu makan, maka mereka akan kekurangan zat dan itulah yang akan menyebabkan kematian dari kerana itu.

Macam orang yang kena santau, benda yang mereka nampak seperti jarum, rambut dan sebagainya, tidak ada tapi dinampakkan ada oleh jin.  Percayalah bahawa hantu itu tidak boleh buat apa. Hantu bukan boleh gigit kita. Mereka cuma boleh ganggu fikiran sahaja.

Selain daripada menambahkan takut kepada mereka yang sudah sedia takut, perbuatan manusia itu akan menambah-nambah dosa mereka. Apabila manusia meminta tolong kepada jin, jin itu akan menambah dosa manusia. Mereka telah meletakkan harapan dan keselamatan mereka atas jin-jin dan tidak dengan Allah. Itu adalah dosa yang besar. Ianya adalah dosa syirik.

Ingatlah bahawa KPI jin syaitan adalah untuk memasukkan kita dalam neraka. Mereka nak kita masuk neraka dengan melakukan syirik. Iaitu minta tolong kepada mereka dan mereka mahu kita lakukan macam-macam lagi amalan syirik yang disebabkan mereka. Tapi kalaulah mereka cekik manusia atau bunuh manusia, itu tidak boleh memasukkan manusia itu ke dalam neraka. Sedangkan kalau mereka mati dengan cara macam itu, mereka akan dikira sebagai mati syahid dan diampunkan dosa. Tentu iblis sebagai ketua syaitan akan marah anak-anak buah dia.

Kalau kita belajar tentang jin dengan cara sunnah, kita tidak akan takut dengan jin. Tapi kalau belajar dengan bomoh dan sebagainya, akan menyebabkan takut pula dengan jin. Malangnya begitulah kisah yang kita selalu dengar di kalangan kita. Sentiasa sahaja berlegar kisah jin dan hantu di kalangan kita. Sampaikan kesannya, masyarakat kita takut sangat dengan jin.

Padahal, kita kena takut dengan Allah. Apabila takut dengan jin, maka semakin berkuasalah jin atas manusia. Sepatutnya kalau jin kacau kita atau orang lain, kita boleh suruh sahaja mereka tinggalkan dan berhenti dari mengganggu. Jin tidak berani dengan orang mukmin. Tak payah pergi Darul Syifa’.

Mereka yang takut kepada jin dan hantu adalah kerana iman mereka lemah. Mereka tidak faham tentang ilmu tauhid. Mereka tidak percaya bahawa tidak akan berlaku sesuatu melainkan dengan izin Allah. Mereka sangka ada makhluk lain yang ada kuasa untuk memudharatkan kita. Mereka tidak percaya dengan cara-cara yang diajar oleh Nabi.

Dan perkara ini dimudharatkan lagi dengan orang kita yang memang tidak habis-habis bercerita tentang hal-hal yang menakutkan. Suka sangat bercerita dan tengok kisah-kisah seram di TV. Benda itu tidak membawa kebaikan malah kesusahan kepada kita. Buang masa sahaja.

Oleh itu, kena belajar tauhid dan kena kenal Allah dengan sebaiknya. Tidak ada yang dapat memudharatkan kita tanpa izin Allah. Serahkan tawakal kita kepada Allah sahaja. Kena belajar erti tawakal.

Satu lagi kesan perbuatan manusia kepada jin itu, ianya telah menambah kesombongan jin-jin itu. Mereka rasa mereka hebat, kerana manusia minta tolong kepada mereka. Padahal mereka itu kedudukan lebih rendah dari manusia. Ketahuilah bahawa syaitan tidak ada kuasa ke atas kita. Seperti Allah sebut dalam Nisa:76

إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا

sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Dalam Al-Qur’an, memang telah disebut bagaimana manusia dan jin bertolong tolongan dalam kesesatan. Ini disebut dalam An’am:128

وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ قَدِ اسْتَكْثَرْتُم مِّنَ الْإِنسِ وَقَالَ أَوْلِيَاؤُهُم مِّنَ الْإِنسِ رَبَّنَا اسْتَمْتَعَ بَعْضُنَا بِبَعْضٍ وَبَلَغْنَا أَجَلَنَا الَّذِي أَجَّلْتَ لَنَا قَالَ النَّارُ مَثْوَاكُمْ خَالِدِينَ فِيهَا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ

Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): “Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia”. Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami”. (Allah berfirman): “Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

Ada orang yang menggunakan jin untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh, ada yang bela toyol untuk curi duit. Dan ada bomoh memang bela jin sebagai khadam mereka. Ada yang bomoh yang bela jin supaya kacau orang kampung, kemudian orang kampung kena datang jumpa dia untuk ubati dia.

Mereka boleh menggunakan jin-jin itu kerana kerana mereka telah buat perjanjian dengan jin-jin itu. Mereka telah buat sesuatu yang diminta oleh jin. Antaranya mereka amalkan perkara yang salah. Ada yang bertapa sekian-sekian lama. Yang penting, mereka mesti amalkan amalan yang salah. Macam macam perkara buruk yang manusia sanggup lakukan asalkan mereka boleh dapat keuntungan.

Apabila permintaan jin itu dilayan, mereka akan minta macam-macam lagi. Sampaikan mereka minta nyawa manusia. Mulanya mereka minta limau sahaja, tapi akhirnya minta nyawa anak dara. Sebagai contoh, orang Mesir akan mengorbankan nyawa anak dara mereka kalau Sungai Nil kurang. Perbuatan itu hanya berhenti apabila Umar menjadi khalifah. Itulah kisah bagaimana Umar telah menulis surat kepada Sungai Nil. Kisah itu boleh dibaca di sini.

Ini menunjukkan bahawa ramai manusia yang berurusan dengan jin dan selalunya memang untuk keburukan dan bukannya kebaikan. Sepatutnya kita sebagai manusia tidak ada interaksi apa-apa dengan jin. Mereka dengan dunia mereka dan kita dengan alam dunia kita.


 

Jin Ayat 7:

وَأَنَّهُم ظَنّوا كَما ظَنَنتُم أَن لَّن يَبعَثَ اللهُ أَحَدًا

Sahih International

And they had thought, as you thought, that Allah would never send anyone [as a messenger].

Malay

`Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).

وَأَنَّهُمْ ظَنُّوا كَمَا ظَنَنتُمْ

`Dan bahawa mereka sesungguhnya dahulu menyangka sebagaimana yang kamu sangka,

Ada dua kemungkinan maksud ayat ini:

1. Sebelum ini, ayat-ayat adalah tentang apa yang disampaikan oleh jin kepada bangsa mereka dan kali ini Allah pula memberitahu kita dalam ayat ini yang jin-jin itu menyangka sama seperti sangkaan manusia juga.

2. Atau boleh bermaksud yang ayat ini masih lagi dalam percakapan jin memberitahu kaumnya tentang pegangan manusia, yang sama dengan sangkaan bangsa jin juga.

 

أَن لَّن يَبْعَثَ اللهُ أَحَدًا

bahawa Allah tidak sekali-kali membangkitkan sesiapa

Ada dua tafsir untuk ayat ini:

1. Jin juga menyangka seperti manusia juga, bahawa tidak ada kehidupan selepas mati – makhluk tidak akan dibangkitkan semula. Sama sahaja akidah jin dan manusia dari dulu sampai sekarang. Masih ramai lagi yang tidak percaya kepada hari kebangkitan. Musyrikin Mekah tidak percaya dengan kehidupan selepas mati dan masih ada agama seperti Buddha yang tidak percaya dengan Hari Akhirat. Mereka sangka yang roh manusia akan recycle.

2. Ataupun, boleh juga bermaksud yang yang mereka sangka Allah tidak akan membangkitkan Rasul. Dan sekarang dengan adanya Al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, maka fahaman mereka sebelum itu telah dibuktikan sebagai salah sama sekali.

 

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 18 September 2023

Ringkasan Surah Jin


Rujukan: 

Ustaz Adli

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Surah Jin Ayat 1 – 4 (Jin berdakwah)

Jin Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 3 perenggan makro. Ayat 1 – 15 adalah Perenggan Makro Pertama. Ia mengajar kita yang ada dari kalangan jin itu ada yang beriman dan membenarkan risalah kerasulan dan Al-Qur’an.

قُل أوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ استَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الجِنِّ فَقالوا إِنّا سَمِعنا قُرءآنًا عَجَبًا

Sahih International

Say, [O Muhammad], “It has been revealed to me that a group of the jinn listened and said, ‘Indeed, we have heard an amazing Qur’an.

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Qur’an (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku,

Dalam ayat ini, Allah telah memerintahkan Nabi untuk memberitahu umat baginda. Bagaimanakah baginda tahu tentang perkara itu? Baginda mendapat maklumat itu melalui ‘wahyu’.

Ini bermakna, baginda tidak melihatnya sendiri. Iaitu baginda tidaklah melihat sendiri jin-jin yang sedang mendengar bacaan Al-Qur’an baginda. Kerana kalau baginda tahu, tidaklah dikatakan ‘diwahyukan’ kepada baginda maklumat itu. Tidaklah juga kita berjumpa kisah Nabi atau sahabat yang bersama baginda dapat ‘rasa’ kehadiran jin-jin itu. Tidaklah mereka boleh ‘scan’ jin-jin yang di sekitar mereka.

Jadi, waktu ini, bukanlah Nabi Muhammad membacakan Al-Qur’an kepada golongan jin. Cuma mereka terdengar bacaan Al-Qur’an baginda.

Ini bermakna, kalau Nabi sendiri tidak dapat melihat dan merasa kehadiran jin, bagaimana pula ada manusia biasa yang kata mereka boleh nampak jin, bercakap dengan jin, scan jin dan sebagainya? Tentu ada sesuatu yang tidak betul dalam hal ini.

Apakah yang Allah suruh Nabi beritahu kepada umatnya itu?

 

أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ

bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar

Nabi Muhammad telah disuruh oleh Allah untuk memberitahu bahawa ada sekumpulan jin telah mendengar bacaan Al-Qur’an yang Nabi bacakan. Perkataan نَفَرٌ digunakan dalam bahasa Arab untuk menerangkan bilangan antara 3 dan 10. Maknanya segolongan dari bangsa jin telah mendengar bacaan Al-Qur’an dari baginda.

Perkataan اسْتَمَعَ bermaksud ‘mendengar dengan betul-betul’ (kerana ada tambahan huruf ت dalam ayat itu). Bermaksud mereka bukan mendengar biasa sahaja. Mereka memberi perhatian kepada setiap butir perkataan yang mereka dengar. Dan sambil mendengar itu, mereka memikirkan apakah yang dimaksudkan dengan bacaan itu. Mereka bukan dengar kosong sahaja.

Kejadian dalam ayat ini adalah berlainan dengan kejadian jin mendengar dalam Surah Ahqaf. Kerana dalam Surah Ahqaf, jin yang mendengar itu adalah dari kalangan Ahli Kitab. Kerana mereka menyebut tentang Nabi Musa di dalam ayat itu. Dan kejadian itu berlaku semasa Nabi pulang dari Taif. Sedangkan kalau kita baca ayat seterusnya dalam Surah Jin ini, jin-jin yang mendengar bacaan Nabi itu adalah musyrikin.

Dan daripada hadis, ayat ini memberitahu yang jin-jin itu mendengar bacaan Nabi semasa Nabi sedang dalam perjalanan ke Pasar Ukaz. Waktu itu Nabi sedang solat subuh berjemaah dengan para sahabat. Waktu itu baginda hendak berdakwah ke tempat orang ramai.

Dulu jin boleh dengar berita dari langit sebelum datang Nabi Muhammad. Apabila Nabi Muhammad telah diangkat menjadi Rasul, mereka disekat langsung dari naik ke langit. Lalu mereka bertanya sesama mereka kenapa begitu. Mesti ada sesuatu yang telah berlaku yang menyebabkan perjalanan mereka ke langit disekat.

Maka mereka cari sebab. Sekumpulan jin telah pergi ke kawasan Tihaamah (Semenanjung Arab – kawasan landai yang menghala ke laut). (Hijaz kawasan tengah yang berbukit bukau. Di sebaliknya pula adalah kawasan dipanggil Najd). Selepas mereka mendengar bacaan Al-Qur’an dari Nabi itu, tahulah mereka yang itulah (penurunan Al-Qur’an) yang telah menyebabkan mereka terhalang. Mereka kemudiannya telah pulang dan cakap kepada kaum mereka. Inilah yang disebut dalam satu hadis:

٧٣١ – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ هُوَ جَعْفَرُ بْنُ أَبِي وَحْشِيَّةَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ انْطَلَقَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي طَائِفَةٍ مِنْ أَصْحَابِهِ عَامِدِينَ إِلَى سُوقِ عُكَاظٍ وَقَدْ حِيلَ بَيْنَ الشَّيَاطِينِ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ وَأُرْسِلَتْ عَلَيْهِمْ الشُّهُبُ فَرَجَعَتْ الشَّيَاطِينُ إِلَى قَوْمِهِمْ فَقَالُوا مَا لَكُمْ فَقَالُوا حِيلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ وَأُرْسِلَتْ عَلَيْنَا الشُّهُبُ قَالُوا مَا حَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ إِلَّا شَيْءٌ حَدَثَ فَاضْرِبُوا مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا فَانْظُرُوا مَا هَذَا الَّذِي حَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ فَانْصَرَفَ أُولَئِكَ الَّذِينَ تَوَجَّهُوا نَحْوَ تِهَامَةَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ بِنَخْلَةَ عَامِدِينَ إِلَى سُوقِ عُكَاظٍ وَهُوَ يُصَلِّي بِأَصْحَابِهِ صَلَاةَ الْفَجْرِ فَلَمَّا سَمِعُوا الْقُرْآنَ اسْتَمَعُوا لَهُ فَقَالُوا هَذَا وَاللَّهِ الَّذِي حَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ فَهُنَالِكَ حِينَ رَجَعُوا إِلَى قَوْمِهِمْ وَقَالُوا يَا قَوْمَنَا { إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا } فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى نَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنْ الْجِنِّ } وَإِنَّمَا أُوحِيَ إِلَيْهِ قَوْلُ الْجِنِّ

731. Telah menceritakan kepada kami Musadad berkata, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Abu Bisyr -dia adalah Ja’far bin Abu Wahsyiyyah- dari Sa’id bin Jubair dari ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersama sekelompok sahabat berangkat menuju pasar ‘Ukazh. Saat itu telah ada penghalang antara syaitan dan berita-berita langit di mana telah dikirim kabut kepada syaitan sebagai penghalang. Maka syaitan-syaitan kembali menemui kaumnya, lalu kaumnya berkata, “Apa yang terjadi dengan kalian?” Syaitan-syaitan tersebut menjawab, “Telah ada penghalang antara kami dan berita-berita langit dengan dikirimnya kabut.” Kaumnya berkata, “Tidak ada penghalang antara kalian dan berita-berita langit kecuali telah ada sesuatu yang terjadi. Pergilah kalian ke seluruh penjuru timur bumi dan baratnya, lalu perhatikanlah apa penghalang yang ada antara kalian dan berita-berita langit!” Maka berangkatlah syaitan-syaitan yang ada di Tihamah untuk mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat beliau yang sedang berada di pasar ‘Ukazh. Saat itu beliau dan para sahabat sedang melaksanakan shalat fajar. Ketika ssyaitan-syaitan itu mendengar Al Qur’an, mereka menyimaknya dengan baik hingga mereka pun berkata, “Demi Allah, inilah yang menjadi penghalang antara kalian dan berita-berita langit.” Dan perkataan ini pula yang disampaikan ketika mereka kembali kepada kaum mereka. Lantas mereka berkata kepada kaumnya, “Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Qur’an yang menakjubkan. (Yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seseorang pun dengan Tuhan kami) ‘ (Qs. Al Jin: 1-2). Maka kemudian Allah menurunkan wahyu kepada Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam: ‘(Katakanlah (hai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadamu bahawasanya: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Qur’an)) ‘ (Qs. Al Jin: 1). Yakni diwahyukan kepada beliau perkataan jin.”

Jin dulu memang boleh dengar berita dari langit dan dengan cara itulah mereka menipu manusia. Seperti yang Imam Bukhari masukkan hadis dalam kitab Sahihnya:

٤٤٢٦ – حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا عَمْرٌو قَالَ سَمِعْتُ عِكْرِمَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَضَى اللَّهُ الْأَمْرَ فِي السَّمَاءِ ضَرَبَتْ الْمَلَائِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَأَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ فَإِذَا { فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا } لِلَّذِي قَالَ { الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ } فَيَسْمَعُهَا مُسْتَرِقُ السَّمْعِ وَمُسْتَرِقُ السَّمْعِ هَكَذَا بَعْضُهُ فَوْقَ بَعْضٍ وَوَصَفَ سُفْيَانُ بِكَفِّهِ فَحَرَفَهَا وَبَدَّدَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ فَيَسْمَعُ الْكَلِمَةَ فَيُلْقِيهَا إِلَى مَنْ تَحْتَهُ ثُمَّ يُلْقِيهَا الْآخَرُ إِلَى مَنْ تَحْتَهُ حَتَّى يُلْقِيَهَا عَلَى لِسَانِ السَّاحِرِ أَوْ الْكَاهِنِ فَرُبَّمَا أَدْرَكَ الشِّهَابُ قَبْلَ أَنْ يُلْقِيَهَا وَرُبَّمَا أَلْقَاهَا قَبْلَ أَنْ يُدْرِكَهُ فَيَكْذِبُ مَعَهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ فَيُقَالُ أَلَيْسَ قَدْ قَالَ لَنَا يَوْمَ كَذَا وَكَذَا كَذَا وَكَذَا فَيُصَدَّقُ بِتِلْكَ الْكَلِمَةِ الَّتِي سَمِعَ مِنْ السَّمَاءِ

4426. Telah menceritakan kepada kami Al Humaidi Telah menceritakan kepada kami Sufyan, telah menceritakan kepada kami Amru dia berkata; Aku mendengar Ikrimah berkata; Aku mendengar Abu Hurairah berkata; Sesungguhnya Nabiyullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila Allah menetapkan satu perkara di atas langit maka para malaikat mengepakkan sayap-sayap mereka kerana tunduk kepada firman-Nya, seakan-akan rantai yang berada di atas batu besar. Apabila hati mereka telah menjadi stabil, mereka berkata; ‘Apa yang difirmankan Rabb kalian? ‘ mereka menjawab; ‘Al Haq, dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.’ Jin-jin pencuri berita mendengarkannya, (mereka bersusun-susun) sebahagian di atas sebahagian yang lainnya. Mereka mencuri dengar kalimat lalu menyampaikannya kepada yang berada di bawahnya. Boleh jadi jin itu diterjang bintang sebelum menyampaikannya kepada yang di bawahnya, kemudian mereka menyampaikanya kepada lisan dukun atau tukang sihir. Boleh jadi mereka tidak diterjang oleh bintang sehingga dapat menyampaikannya, kemudian dicampur dengan seratus kebohongan. Maka kalimat yang didengar boleh sesuai dengan yang dari langit.”

 

فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْءآنًا عَجَبًا

lalu mereka berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Qur’an yang ajaib!

Jin-jin yang telah mendengar itu telah memberitahu pula kepada puak-puak jin mereka apabila mereka pulang. Mereka sampaikan dakwah kepada kaum mereka.

Mereka kehairanan dengan apa yang mereka dengar dari bacaan Nabi Muhammad itu. Mereka ta’jub dengan apa yang mereka dengar itu. Pada mereka, ianya adalah sesuatu yang hebat. Dan memang tidak ada bacaan yang lebih hebat dari Al-Qur’an itu. Dalam berbagai-bagai aspek – dari bacaannya, dari maknanya, dari keindahan bahasa yang digunakan, dan macam-macam lagi. Ia akan menyebabkan mereka yang mendengar akan terpesona.

Lihatlah bagaimana apabila jin mendengar sahaja Al-Qur’an itu, mereka telah beriman. Mereka dapat menilai bahawa ini bukanlah datang dari manusia. Bandingkan dengan orang kita yang berkali-kali dengar ayat Al-Qur’an tapi sedikit pun tidak terkesan.


 

Jin Ayat 2: Jin-jin itu faham apakah tujuan Al-Qur’an ini. Lihatlah apa kata mereka tentang Al-Qur’an.

يَهدي إِلَى الرُّشدِ فَئآمَنّا بِهِ ۖ وَلَن نُّشرِكَ بِرَبِّنا أَحَدًا

Sahih International

It guides to the right course, and we have believed in it. And we will never associate with our Lord anyone.

Malay

Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ

`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul,

Mereka terima bahawa ajaran yang dalam Al-Qur’an itu adalah betul dan membawa kepada kejayaan. Mereka yang mendapat hidayah akan berada atas jalan yang lurus. Lihatlah, bagaimana mereka baru dengar sedikit sahaja ayat-ayat Al-Qur’an itu, tapi mereka sudah dapat tangkap dan faham. Malangnya, ramai dari kalangan orang kita tak faham-faham.

 

فَئآمَنَّا بِهِ

lalu kami beriman kepadanya,

Jin-jin itu telah memberitahu kepada jin-jin yang lain bahawa mereka telah beriman dengan Al-Qur’an dan telah beriman dengan Allah. Mereka baru dengar sedikit sahaja ayat Al-Qur’an tapi mereka sudah beriman. Hati mereka telah terbuka.

 

وَلَن نُّشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا

dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

Mereka sudah tinggalkan fahaman syirik mereka. Kenapa? Kerana mereka mendengar dengan betul-betul bacaan Al-Qur’an itu. Bandingkan dengan orang kita yang sudah baca sendiri ayat Al-Qur’an dari kecil, tapi mereka masih lagi buat syirik!

Ini adalah kerana kebanyakan manusia tidak membaca dengan teliti dan memahami apa yang mereka baca. Itulah sebabnya penting untuk belajar Tafsir Al-Qur’an kerana tanpa belajar tafsir, kita tidak faham apakah yang hendak disampaikan oleh Al-Qur’an. Kalau baca sendiri tidak nampak kepentingan dan maksud ayat-ayat itu.

Kisah dalam Surah Jin ini hampir sama dengan kejadian yang Allah sebut dalam Ahqaf:29-32, tapi seperti yang kita beritahu, ianya bukanlah kisah kejadian yang sama.

وَإِذ صَرَفنا إِلَيكَ نَفَرًا مِنَ الجِنِّ يَستَمِعونَ القُرآنَ فَلَمّا حَضَروهُ قالوا أَنصِتوا ۖ فَلَمّا قُضِيَ وَلَّوا إِلىٰ قَومِهِم مُنذِرينَ
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Qur’an; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): “Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!” Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
قالوا يا قَومَنا إِنّا سَمِعنا كِتابًا أُنزِلَ مِن بَعدِ موسىٰ مُصَدِّقًا لِما بَينَ يَدَيهِ يَهدي إِلَى الحَقِّ وَإِلىٰ طَريقٍ مُستَقيمٍ
Mereka berkata: “Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Qur’an) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam)
يا قَومَنا أَجيبوا داعِيَ اللَّهِ وَآمِنوا بِهِ يَغفِر لَكُم مِن ذُنوبِكُم وَيُجِركُم مِن عَذابٍ أَليمٍ
“Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
وَمَن لا يُجِب داعِيَ اللَّهِ فَلَيسَ بِمُعجِزٍ فِي الأَرضِ وَلَيسَ لَهُ مِن دونِهِ أَولِياءُ ۚ أُولٰئِكَ في ضَلالٍ مُبينٍ
“Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan dia tidak akan beroleh sesiapa pun – yang lain dari Allah – sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata”.

 

Jin Ayat 3: Ini adalah sambungan dakwah jin kepada bangsa jin. Bayangkan betapa Allah sebutkan apa yang mereka bincangkan dalam Al-Qur’an. Kata-kata mereka itu tertulis hingga ke akhir zaman.

وَأَنَّهُ تَعٰلىٰ جَدُّ رَبِّنا مَا اتَّخَذَ صٰحِبَةً وَلا وَلَدًا

Sahih International

And [it teaches] that exalted is the nobleness of our Lord; He has not taken a wife or a son

Malay

Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

وَأَنَّهُ تَعَٰلَىٰ

Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: Maha Tinggi

Sekarang jin-jin itu memuji-muji Allah pula. Ini adalah mereka telah kenal dengan Allah. Berkemungkinan mereka telah kenal Allah sebelum itu lagi atau mereka dapat maklumat dari bacaan ayat-ayat Al-Qur’an dari Nabi Muhammad.

 

جَدُّ رَبِّنَا

Maha Agung Tuhan kita

Allah Maha Agung dari segi:

PerbuatanNya
PerintahNya
KekuasaanNya
Nikmat nikmatNya ke atas makhlukNya
Mana Tinggi SebutanNya
dan lain-lain lagi.

 

مَا اتَّخَذَ صٰحِبَةً وَلَا وَلَدًا

tidaklah Dia mengambil isteri atau beranak.

Allah Maha Tinggi dari mengambil isteri dan anak. Allah tidak memerlukan isteri dan anak. Hanya makhluk sahaja yang memerlukan isteri dan anak. Ini adalah kerana kita ini lemah dan memerlukan keluarga. Tapi Allah tidak lemah, Allah tidak perlukan sesiapa.

Maka dari ayat ini, kita dapat agak bahawa jin-jin yang mendengar ayat Al-Qur’an waktu itu adalah dari kalangan Kristian atau dari kalangan agama yang berfahaman Allah ada isteri dan anak. Maka sekarang baru mereka tahu bahawa itu adalah fahaman yang salah. Mereka sudah kenal Allah dengan lebih baik kerana mereka telah mendapat maklumat.

Jadi ayat-ayat Al-Qur’an yang dibacakan pada mereka itu adalah tentang perkara ini. Kita tidak tahu apakah ayat yang dibaca waktu itu kerana kita tidak diberitahu.


 

Jin Ayat 4:

وَأَنَّهُ كانَ يَقولُ سَفيهُنا عَلَى اللهِ شَطَطًا

Sahih International

And that our foolish one has been saying about Allah an excessive transgression.

Malay

Dan (dengan ajaran Al-Qur’an nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;

وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللهِ شَطَطًا

`Dan sesungguhnya: yang bodoh dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah dengan kata-kata dengan zalim;

Kalimah سَفيهُنا itu boleh merujuk kepada satu individu ataupun kepada satu kumpulan. Jadi سَفِيهُنَا yang dimaksudkan dalam ayat ini boleh bermaksud: iblis, berdasarkan satu tafsir. Iblis itu dari kalangan jin. Dia mengajak kepada kesesatan dan kerana itulah dia dipanggil sebagai yang bodoh.

Atau ia juga boleh merujuk kepada sesiapa yang mengatakan Allah memerlukan isteri dan anak. Mereka itu dikatakan sebagai bodoh. Iaitu dari kalangan jin-jin juga kerana mereka ada juga yang berfahaman begitu.

Kalimah شَطَطًا adalah sesuatu yang jauh dari kebenaran. Maka ianya dipanggil zalim. Maknanya iblis atau sesiapa yang mengatakan Allah memerlukan isteri dan anak itu telah melakukan kezaliman dengan mengatakan sesuatu yang menyesatkan manusia dan jin. Ianya zalim kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Allah tidak memerlukan pasangan dan anak, tapi mereka memandai kata begitu pula.

Dari kata-kata mereka, kita dapat tahu yang jin-jin itu sudah masuk Islam. Memang ada jin yang Muslim. Dan sampai sekarang ada jin yang datang belajar dengan manusia. Jadi tidak perlu pelik tentang hal ini. Sebagai contoh, dalam kelas pengajian manusia, berkemungkinan mereka akan ada bersama kita belajar. Kebanyakan manusia tidak akan perasan pun kerana kita tidak nampak mereka.

Ada persamaan antara kita dan jin-jin itu. Mereka makan dan minum macam kita juga. Mereka juga hidup dalam dunia ini juga. Cuma bezanya, mereka tak boleh pegang benda solid. Mereka tidak boleh sentuh benda-benda yang ada dalam alam nyata. Mereka juga hanya makan sisa makanan kita (mereka tidak makan ayam, daging dan karipap).

Binatang ternakan mereka pula makan najis binatang ternakan kita. Oleh itu, apabila dikatakan mereka tidak boleh pegang benda pepejal, bermaksud mereka tidaklah boleh cekik kita dan sebagainya. Itu tidak mungkin untuk mereka. Jadi, tidak perlu takut mereka kacau kita dengan cara macam itu. Malangnya, kisah-kisah dalam masyarakat kita sekarang, sama ada dalam filem atau dalam percakapan orang kita, macam-macam mereka kata jin itu boleh buat. Padahal itu semuanya tidak benar. Itu semua nak bagi laku filem sahaja.

 

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya

Tarikh: 12 September 2019

Ringkasan Surah Jin


Rujukan: 

Ustaz Adli

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Surah Jin Ayat. Pengenalan

TAFSIR SURAH AL-JIN

Pengenalan:

1. Surah Jin ini adalah Surah Makkiah. Dalam surah ini, Allah memberitahu kita perihal tentang jin. Mereka dinamakan ‘jin’ kerana kita tak nampak mereka. Perkataan jin dari katadasar ج ن ن yang bermaksud ‘ditutup’.

Ada beberapa kalimat yang kita biasa gunakan juga adalah dari katadasar yang sama. Sebagai contoh, Syurga dinamakan Jannah kerana pokok tumbuhan begitu lebat di dalam syurga, sampaikan tidak nampak tanah di bawah. Janin juga dinamakan demikian kerana kita pun tidak nampak apa yang ada dalam perut ibu.

Maka ini adalah salah satu dari sifat jin yang utama: kita tidak boleh nampak jin dalam keadaan nyata. Dalam A’raf:27, Allah berfirman:

إِنَّهُ يَراكُم هُوَ وَقَبيلُهُ مِن حَيثُ لا تَرَونَهُم

Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.

2. Jin-jin hidup dalam alam mereka sendiri. Kisah tentang jin ini satu topik yang amat menarik minat manusia, sentiasa manusia bercakap-cakap tentangnya. Dan memang banyak disebut tentang jin dalam Al-Qur’an – ada 40 ayat yang menyebut tentang jin. Yang paling banyak diceritakan tentang jin adalah dalam Surah Jin ini. Kerana dalam surah ini, khusus disebut tentang mereka sampaikan surah ini sendiri dinamakan Surah Jin.

3. Oleh kerana memang telah jelas disebutkan jin dalam Al-Qur’an, maka kita kena percaya dengan kewujudan jin. Ini penting kerana ada yang tidak mahu menerima kewujudan jin ini kerana mereka kata tak boleh nampak jin. Dan kononnya, mereka itu orang sains, maka kena percaya dengan percaya kepada perkara yang nampak sahaja.

Padahal, ada banyak lagi benda yang kita tak nampak tapi kita tahu ianya wujud – sebagai contoh, kita tidak nampak angin, tapi kita tahu ianya wujud, bukan? Kepercayaan kepada kewujudan jin ini adalah sebahagian dari iman. Kalau kita tak percaya ada jin, bermakna kita telah menolak ayat Al-Qur’an sebenarnya. Jadi, ini bukan perkara main-main.

4. Jin dan manusia diberikan dengan kebolehan memilih sama ada ikut hidayah atau tidak. Maknanya, kalau kita dan mereka memilih jalan yang sesat, Allah benarkan (tapi akan diseksa nanti). Tidak sama dengan malaikat kerana malaikat tidak ada pilihan, mereka semua kena taat dengan Allah.

5. Nabi Muhammad dihantar sebagai rasul kepada bangsa jin juga. Memang ada kisah dari hadis bagaimana Nabi membacakan ayat Al-Qur’an kepada golongan jin.

6. Terlalu banyak kisah tentang jin dalam masyarakat kita malah di seluruh dunia pun ada membicarakan tentangnya. Dan banyak dari pemahaman itu yang salah. Maka, amat penting untuk kita tahu perkara yang sebenar tentang jin. Apabila ada salah faham tentang jin, sampai boleh menyebabkan kita buat benda yang salah dan sampai boleh jadi syirik.

7. Dan kerana tidak faham dengan hal jin, maka banyak manusia ambil kesempatan untuk mencari keuntungan dalam mengubat manusia. Dari dulu sampai sekarang, dukun, bomoh dan pawang sentiasa berterusan menipu manusia. Manusia akan cari mereka kalau mereka ada masalah kena rasuk, tak boleh tidur malam, kena ‘tegur’, dan entah apa-apa lagi.

Sekarang, bomoh-bomoh dan pawang ini sudah semakin pandai. Mereka tidak pakai nama ‘bomoh’ dan ‘pawang’, tapi pakai nama ‘ustaz’. Mereka pakai kopiah, pakai serban dan pakai jubah. Mereka guna nama ‘ustaz’ itu dan ini supaya manusia senang percaya kepada mereka. Dan mereka digelar ustaz hanya kerana ada sebut sedikit sebanyak ayat-ayat Al-Qur’an dalam perubatan mereka.

Ini termasuklah juga dengan Pertubuhan Darul Syifa’ dan tempat-tempat perubatan lain. Mereka kononnya mengeluarkan jin dari manusia, tapi sebenarnya mereka memasukkan lagi jin ke dalam diri orang-orang yang datang berubat ke tempat mereka. Mereka mengamalkan amalan yang salah dan mereka mengajar pesakit-pesakit yang datang kepada mereka untuk mengamalkan amalan-amalan salah mereka juga.

Antara amalan yang salah itu adalah ‘Selawat Syifa”. Selawat ini tidak boleh diamalkan kerana ianya adalah amalan rekaan dan kerana itu ianya adalah bidaah. Dan lebih teruk lagi, ia mengandungi elemen syirik kerana meletakkan kuasa penyembuhan pada Nabi Muhammad.

8. Ada banyak jenis jin sebenarnya. Sebagai contoh, jin yang tinggal dalam rumah kita yang dipanggil Aamir. Ada jin yang duduk dengan kanak-kanak yang dipanggil Alwaah. Dan ada jin yang hendak menyesatkan manusia yang dipanggil syaitan. Yang lebih teruk dari syaitan dipanggil Maarid. Dan yang lebih jahat dari Maarid adalah Ifrit.

9. Ada jin yang yang boleh terbang. Ada yang ambil bentuk ular dan anjing. Tapi tidaklah semua ular dan anjing itu adalah jin. Dan ketiga, ada jenis jin yang bergerak dari tempat ke tempat.

Abu Tsa’labah al-Khasyani meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, “Jin itu tiga jenis: jenis yang memiliki sayap dan terbang di udara, jenis ular dan kala-jengking, dan jenis menetap dan berpindah-pindah.” (HR Thabrani, Al-Hakim, dan Baihaqi di dalam al-Asma wash Shifat, dengan sanad sahih. Shahihul Jami’, 3/85).

Ada juga pendapat yang ini hanyalah untuk ular-ular di Madinah sahaja. Jadi kalau ada ular di rumah kita di Malaysia ini, tidak perlulah nak bercakap dengan dia. Terus bunuh sahaja.

10. Jin juga menjalani kehidupan makan dan minum, berkahwin dan sebagainya. Kita tahu mereka berkahwin kerana ada doa yang menyebut jin jantan dan betina, iaitu doa masuk tandas.

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

Dan tentang jin dalam bentuk ular, kita boleh rujuk hadis Nabi dalam Sahih Bukhari:

٤١٥٠ – و حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ صَيْفِيٍّ وَهُوَ عِنْدَنَا مَوْلَى ابْنِ أَفْلَحَ أَخْبَرَنِي أَبُو السَّائِبِ مَوْلَى هِشَامِ بْنِ زُهْرَةَ أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ فِي بَيْتِهِ قَالَ فَوَجَدْتُهُ يُصَلِّي فَجَلَسْتُ أَنْتَظِرُهُ حَتَّى يَقْضِيَ صَلَاتَهُ فَسَمِعْتُ تَحْرِيكًا فِي عَرَاجِينَ فِي نَاحِيَةِ الْبَيْتِ فَالْتَفَتُّ فَإِذَا حَيَّةٌ فَوَثَبْتُ لِأَقْتُلَهَا فَأَشَارَ إِلَيَّ أَنْ اجْلِسْ فَجَلَسْتُ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَشَارَ إِلَى بَيْتٍ فِي الدَّارِ فَقَالَ أَتَرَى هَذَا الْبَيْتَ فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَ كَانَ فِيهِ فَتًى مِنَّا حَدِيثُ عَهْدٍ بِعُرْسٍ قَالَ فَخَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْخَنْدَقِ فَكَانَ ذَلِكَ الْفَتَى يَسْتَأْذِنُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَنْصَافِ النَّهَارِ فَيَرْجِعُ إِلَى أَهْلِهِ فَاسْتَأْذَنَهُ يَوْمًا فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُذْ عَلَيْكَ سِلَاحَكَ فَإِنِّي أَخْشَى عَلَيْكَ قُرَيْظَةَ فَأَخَذَ الرَّجُلُ سِلَاحَهُ ثُمَّ رَجَعَ فَإِذَا امْرَأَتُهُ بَيْنَ الْبَابَيْنِ قَائِمَةً فَأَهْوَى إِلَيْهَا الرُّمْحَ لِيَطْعُنَهَا بِهِ وَأَصَابَتْهُ غَيْرَةٌ فَقَالَتْ لَهُ اكْفُفْ عَلَيْكَ رُمْحَكَ وَادْخُلْ الْبَيْتَ حَتَّى تَنْظُرَ مَا الَّذِي أَخْرَجَنِي فَدَخَلَ فَإِذَا بِحَيَّةٍ عَظِيمَةٍ مُنْطَوِيَةٍ عَلَى الْفِرَاشِ فَأَهْوَى إِلَيْهَا بِالرُّمْحِ فَانْتَظَمَهَا بِهِ ثُمَّ خَرَجَ فَرَكَزَهُ فِي الدَّارِ فَاضْطَرَبَتْ عَلَيْهِ فَمَا يُدْرَى أَيُّهُمَا كَانَ أَسْرَعَ مَوْتًا الْحَيَّةُ أَمْ الْفَتَى قَالَ فَجِئْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْنَا ذَلِكَ لَهُ وَقُلْنَا ادْعُ اللَّهَ يُحْيِيهِ لَنَا فَقَالَ اسْتَغْفِرُوا لِصَاحِبِكُمْ ثُمَّ قَالَ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ جِنًّا قَدْ أَسْلَمُوا فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهُمْ شَيْئًا فَآذِنُوهُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَإِنْ بَدَا لَكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرِ بْنِ حَازِمٍ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ سَمِعْتُ أَسْمَاءَ بْنَ عُبَيْدٍ يُحَدِّثُ عَنْ رَجُلٍ يُقَالُ لَهُ السَّائِبُ وَهُوَ عِنْدَنَا أَبُو السَّائِبِ قَالَ دَخَلْنَا عَلَى أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ فَبَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ إِذْ سَمِعْنَا تَحْتَ سَرِيرِهِ حَرَكَةً فَنَظَرْنَا فَإِذَا حَيَّةٌ وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِقِصَّتِهِ نَحْوَ حَدِيثِ مَالِكٍ عَنْ صَيْفِيٍّ وَقَالَ فِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِهَذِهِ الْبُيُوتِ عَوَامِرَ فَإِذَا رَأَيْتُمْ شَيْئًا مِنْهَا فَحَرِّجُوا عَلَيْهَا ثَلَاثًا فَإِنْ ذَهَبَ وَإِلَّا فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّهُ كَافِرٌ وَقَالَ لَهُمْ اذْهَبُوا فَادْفِنُوا صَاحِبَكُمْ

4150. Dan telah menceritakan kepadaku Abu Ath Thahir Ahmad bin ‘Amru bin Sarh; Telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah bin Wahb; Telah mengabarkan kepadaku Malik bin Anas dari Shaifi iaitu budak dari Ibnu Aflah; Telah mengabarkan kepadaku Abu As Saib -budak- Hisyam bin Zuhrah bahawa suatu ketika dia menemui Abu Sa’id Al Khudri di rumahnya. Abu Saib berkata; “Ketika itu saya mendapatkan Abu Said sedang salat. Lalu saya menunggunya hingga dia selesai salat. Tiba-tiba saya mendengar sesuatu yang bergerak di pelepah kurma di sudut rumah, lalu saya pun menoleh kepadanya. Ternyata di sana ada seekor ular, maka saya meloncat dari tempat duduk saya untuk membunuhnya. Namun, tak diduga sebelumnya, Abu Sa’id Al Khudri malah memberi isyarat kepada saya agar tetap duduk. Akhirnya saya pun kembali ke tempat duduk saya. Selesai salat, Abu Sa’id menunjuk sebuah rumah di perkampungan itu seraya berkata; ‘Kamu melihat rumah itu hai sahabatku? ‘ Saya menjawab; ‘Ya, saya melihatnya.’ Abu Sa’id melanjutkan ucapannya; ‘Di rumah itu dulu ada seorang pemuda yang termasuk keluarga kami dan baru saja melangsungkan pernikahannya (pengantin baru). Dulu kami berangkat menuju medan perang Khandak bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika itu pemuda tersebut meminta izin kepada Rasulullah pada tengah hari, untuk segera pulang menemui isterinya. Akhirnya Rasulullah memberinya izin seraya berkata kepadanya: ‘Bawalah senjatamu, kerana aku khuwatir orang-orang Bani Quraizhah akan menyerangmu!’ Tak lama kemudian, lelaki itu mengambil senjatanya dan pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah, dia mendapati isterinya sedang berdiri di tengah pintu. Tanpa memastikan, dia pun langsung mengarahkan tombaknya ke arah isterinya (kerana rasa cemburu). Namun isterinya malah berkata kepadanya; ‘Tahanlah tombakmu dan masuklah ke dalam rumah agar kamu tahu mengapa aku berada di luar!’ Laki-laki itu masuk ke dalam rumah dan ternyata di dalamnya ada seekor ular besar yang sedang melingkar di atas tempat tidur. Tanpa berkata-kata lagi, langsung dia tikam ular tersebut dengan tombak yang dipegangnya. Setelah itu dia keluar seraya menancapkan tombaknya di depan rumah. Tiba-tiba ular tersebut menghantamnya. Tidak dapat diketahui dengan pasti, siapakah yang mati terlebih dahulu, ular atau pemuda itu.’ Abu Sa’id Al Khudri berkata; ‘Akhirnya kami mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk melaporkan peristiwa tersebut kepada beliau. Lalu kami berkata; “Ya Rasulullah, mohonkanlah kepada Allah agar dia dapat hidup!’ Rasulullah pun menjawab: ‘Sesungguhnya di kota Madinah ini ada sekelompok jin yang telah masuk Islam. Apabila kamu melihat sesuatu yang aneh dari mereka, maka berilah izin kepada mereka untuk menetap di rumah selama tiga hari. Tetapi, jika setelah tiga hari tidak mahu pergi juga, maka bunuhlah ia! Kerana ia itu adalah syaitan!’ Dan telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Rafi’ Telah menceritakan kepada kami Wahab bin Jarir bin Hazim Telah menceritakan kepada kami Bapakku dia berkata; Aku mendengar Asma’ bin Ubaid bercerita dari seorang laki-laki yang biasa dipanggil dengan As Saib, menurut kami dia adalah Abu As Saib dia berkata; kami menemui Abu Sa’id Al Khudzri, tatkala kami sedang duduk, kami mendengar gerakan suara di bawah tempat tidurnya, lalu kami lihat ternyata seekor ular. Dan seterusnya sebagaimana Hadits Malik dari Shaifi. Dan di dalamnya disebutkan; kemudian Rasulullah bersabda: ‘Sesungguhnya di kota Madinah ini ada sekelompok jin. Apabila kamu melihat sesuatu yang aneh dari mereka, maka berilah izin kepada mereka untuk menetap di rumah selama tiga hari. Tetapi, jika setelah tiga hari tidak mau pergi juga, maka bunuhlah ia! Kerana ia itu adalah kafir!’ Beliau juga bersabda: ‘pergilah kalian untuk menguburkan teman kalian.’

Oleh itu, kita tahu yang jin boleh merupakan diri mereka dalam bentuk ular. Tapi ini adalah ular yang masuk ke dalam rumah, bukan ular yang duduk di luar. Dan ini hanyalah ular-ular yang berada di Madinah. Maka kalau sekarang, tidak perlu tanya dulu kepada ular itu, maka boleh halau atau bunuh sahaja.

Dan kita tahu yang mereka berkahwin dan beranak pinak dari surah Kahfi. Dalam ayat ke 50, Allah berfirman:

أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ

Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib?

Dalam ayat dari Surah Kahfi ini jelas menunjukkan bahawa jin-jin juga ada keturunan mereka.

11. Jin juga seperti kita, memerlukan makanan. Tapi makanan mereka tidaklah sama dengan makanan kita. Ada disediakan makanan jin dalam dunia ini. Sebagai contoh, mereka memakan tulang dari sisa makanan kita. Sebab itu kita tidak boleh menggunakan tulang untuk istinja’ kerana itu adalah makanan jin.

Dalam Sahih Bukhari ada disebut:

١ – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ قَالَ أَخْبَرَنِي جَدِّي عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ كَانَ يَحْمِلُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِدَاوَةً لِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَبَيْنَمَا هُوَ يَتْبَعُهُ بِهَا فَقَالَ مَنْ هَذَا فَقَالَ أَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ فَقَالَ ابْغِنِي أَحْجَارًا أَسْتَنْفِضْ بِهَا وَلَا تَأْتِنِي بِعَظْمٍ وَلَا بِرَوْثَةٍ فَأَتَيْتُهُ بِأَحْجَارٍ أَحْمِلُهَا فِي طَرَفِ ثَوْبِي حَتَّى وَضَعْتُهَا إِلَى جَنْبِهِ ثُمَّ انْصَرَفْتُ حَتَّى إِذَا فَرَغَ مَشَيْتُ فَقُلْتُ مَا بَالُ الْعَظْمِ وَالرَّوْثَةِ قَالَ هُمَا مِنْ طَعَامِ الْجِنِّ وَإِنَّهُ أَتَانِي وَفْدُ جِنِّ نَصِيبِينَ وَنِعْمَ الْجِنُّ فَسَأَلُونِي الزَّادَ فَدَعَوْتُ اللَّهَ لَهُمْ أَنْ لَا يَمُرُّوا بِعَظْمٍ وَلَا بِرَوْثَةٍ إِلَّا وَجَدُوا عَلَيْهَا طَعَامًا

3571. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Yahya bin Sa’id berkata, telah mengabarkan kepadaku kakekku dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, bahwa dia pernah membawakan sebuah kantung air terbuat dari kulit untuk wudlu’ dan hajat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Dan dia mengikuti beliau dengan membawa kantung air tersebut, beliau bertanya: “Siapakah ini?”. Dia menjawab; “Saya Abu Hurairah”. Maka beliau berkata: “Carikanlah aku beberapa batu untuk aku gunakan sebagai alat bersuci dan jangan bawakan aku tulang dan kotoran haiwan”. Kemudian aku datang dengan membawa beberapa batu dengan menggunakan hujung bajuku dan meletakkannya di samping beliau. Kemudian aku pergi. Ketika beliau telah selesai, aku berjalan bersama beliau bertanya; “kenapa dengan tulang dan kotoran haiwan?”. Beliau menjawab: “Keduanya termasuk makanan jin. Dan sesungguhnya pernah datang kepadaku utusan jin dari Nashibin, dia adalah sebaik-baik jin, lalu mereka meminta kepadaku tentang bekal. Maka aku memohon kepada Allah untuk mereka agar mereka tidak melewati tulang dan kotoran haiwan melainkan mereka mendapatkannya sebagai makanan”.

Maka, jelas dari hadis ini bahawa jin memakan tulang, dan najis haiwan kita adalah makanan kepada haiwan belaan jin. Maksudnya, jin juga ada haiwan peliharaan. Dan kalau kita makan tanpa dibacakan Basmalah, makanan itu akan dimakan oleh syaitan.

Ayat khamar (arak) juga dikatakan sebagai dalil yang syaitan suka minum arak. Jadi kalau manusia minum arak, syaitan pun akan minum bersama mereka. Allah berfirman dalam Maidah:90

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Ulama menggunakan perkataan مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ (dari perbuatan Syaitan) dalam ayat ini sebagai dalil yang syaitan suka meminum arak.

12. Jin juga mati. Cuma mereka hidup lebih lama dari manusia.

13. Ada jin yang baik dan ada jin yang jahat. Jin yang jahat akan cuba mengganggu dan menyusahkan manusia. Merekalah yang mengacau manusia dan mengajar kepada kemungkaran.

14. Jin tinggal di kawasan pedalaman dan kawasan kotor. Mereka juga tinggal di tempat yang senang untuk mereka menipu manusia seperti di pasar-pasar. Mereka juga suka duduk di antara tempat cahaya matahari dan tempat teduh. Sebab itu kita tidak elok duduk di situ.

Dari Salman r.a. ia berkata: “Bersabda Rasulullah SAW: “Sungguh jika kamu mampu, janganlah engkau menjadi orang yang pertama kali masuk pasar dan terakhir kali keluar darinya, kerana sesungguhnya pasar adalah medan peperangan syaitan dan di dalamnya ia menancapkan bendera.” (HR. Muslim:2451)

Dari Zaid bin Arqam r.a. dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Tempat-tempat buang hajat ini dihadiri oleh syaitan (dengan tujuan mengganggu). Maka jika salah seorang di antara kalian masuk ke dalamnya, hendaklah mengucapkan: (“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari gangguan syaitan laki-laki dan perempuan).” (HR. Abu Daud: 6)

Jin juga ada yang tinggal di rumah-rumah kita. Dalilnya dari hadis:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah-rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al-Baqarah.” (HR.Muslim:780-Shahih Muslim:752)

Dalam hadis yang diriwayatkan dari As-Sya’bi dia berkata: “Abdullah bin Mas’ud berkata: “Barangsiapa membaca 10 ayat dari surat Al-Baqarah di dalam rumah, maka syaitan tidak akan memasuki rumah itu malam harinya hingga tiba pagi hari. Kesepuluh ayat tersebut adalah 4 ayat pertama darinya; Ayat Kursi; 2 ayat sesudah Ayat Kursi; dan 3 ayat terakhir dari surah Al-Baqarah.” (HR.Thabrani).

15. Jin telah diberikan beberapa kelebihan yang tidak ada pada manusia. Ini biasa, sebab binatang pun ada kelebihan yang kita tidak ada. Sebagai contoh, jin boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Mereka juga boleh naik sampai ke langit.

Mereka juga ada kelebihan membina seperti yang digunakan oleh Nabi Sulaiman. Mereka juga ada kekuatan tubuh badan. Mereka boleh merubah rupa mereka. Mereka ada menipu manusia dengan kelebihan-kelebihan yang mereka ada itu. Dalil mereka ada kekuatan adalah seperti yang Allah telah firmankan dalam Saba’:12-13, Allah berfirman:

وَلِسُلَيمانَ الرّيحَ غُدُوُّها شَهرٌ وَرَواحُها شَهرٌ ۖ وَأَسَلنا لَهُ عَينَ القِطرِ ۖ وَمِنَ الجِنِّ مَن يَعمَلُ بَينَ يَدَيهِ بِإِذنِ رَبِّهِ ۖ وَمَن يَزِغ مِنهُم عَن أَمرِنا نُذِقهُ مِن عَذابِ السَّعيرِ
Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.
يَعمَلونَ لَهُ ما يَشاءُ مِن مَحاريبَ وَتَماثيلَ وَجِفانٍ كَالجَوابِ وَقُدورٍ راسِياتٍ ۚ اعمَلوا آلَ داوودَ شُكرًا ۚ وَقَليلٌ مِن عِبادِيَ الشَّكورُ
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

Mereka juga ada kelemahan. Mereka tidak ada kuasa untuk mengganggu orang mukmin. Mereka amat takut dengan orang mukmin dan akan lari dari orang mukmin. Seperti kisah syaitan yang lari dari laluan Saidina Umar.

16. Jin tarafnya lebih rendah dari manusia. Lihatlah bagaimana Nabi Sulaiman menguasai mereka. Maka jangan kita takut dengan jin.

17. Kalau pintu telah ditutup dengan disebut nama Allah, mereka tidak dapat masuk rumah itu. Oleh itu, senang sahaja untuk menghalau jin dari rumah kita. Apabila kita masuk rumah dan hendak menutup pintu buat kali terakhir, bacakan basmalah. In sha Allah, jin yang ada dalam rumah kita akan keluar dan yang di luar tidak dapat masuk.

Surah Jin ini adalah surah terakhir dari kumpulan surah yang bermula dengan Surah al-Mulk. Surah-surah ini terdiri dari 11 surah yang menetapkan keimanan kepada Tauhid dalam Berkat dan menolak Syirik dalam Berkat. Allah bawa dalil dari jin yang telah beriman dan kemudian mereka berdakwah kepada spesis mereka.

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya

Tarikh: 12 September 2019

Ringkasan Surah Jin


Rujukan: 

Ustaz Adli

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an