Tafsir Surah al-Maidah Ayat 97 – 101 (Kemuliaan Ka’bah)

Maidah Ayat 97: Ayat ini adalah mengenai kelebihan tempat tertentu, yang ada pahala tertentu, berdasarkan maklumat daripada Allah ‎ﷻ dan disampaikan oleh Nabi. Itulah dalil-dalil yang kita mesti gunakan dan bukanlah hanya sekadar dengar-dengar tanpa diketahui dari sumber yang mana. Sebagaimana kekeliruan masyarakat kita semenjak dari dulu lagi, ada yang sangka jika buat ibadat di kubur, ada pahala lebih dan sebagainya; itu adalah fahaman yang salah, kerana mengamalkan ibadat tanpa dalil.

Malangnya, banyak dalam kalangan masyarakat kita yang berbuat begitu. Mereka keliru kerana ada kitab yang menceritakan kelebihan-kelebihan amalan-amalan bid’ah itu. Kitab itu menceritakan tentang kelebihan Hari Haul – iaitu hari ziarah kubur, dan kerana itu ramai yang berduyun-duyun pergi ke kawasan perkuburan tertentu sepertimana manusia pergi mengerjakan Haji.

Ketahuilah bahawa semua ajaran itu asalnya daripada syaitan kerana tidak ada dalil yang sahih. Oleh itu jangan jadikan tempat-tempat itu seperti tempat-tempat ibadat yang Rasulullah ﷺ telah ajar. Malangnya menurut fahaman mereka, ada orang yang kata kalau berbuat ibadat di kawasan perkuburan tertentu, akan mendapat syafaat daripada tok wali penghuni kubur itu. Inilah golongan quburiyyun yang amat banyak di dunia ini, dan malangnya umat Islam pun terlibat dalam hal ini kerana ramai yang sesat. Mereka rapat sangat dengan kubur.

Amalan ini sudah jarang ada di tempat kita tetapi sudah mula memasuki tempat kita dengan kedatangan golongan Habib dari Yaman. Golongan ini memang mengamalkan ajaran sesat ini di Yaman. Banyak sekali amal ibadat yang  mereka reka di kuburan wali dan Nabi (kononnya dikatakan kubur Nabi Hud. Bagaimana mereka boleh tahu itu adalah kubur baginda? Sebab ada yang mimpi). Mereka ini golongan sesat yang banyak reka amalan baru. Mereka kata kononnya kalau ikhlas, amalan itu diterima dan dapat pahala banyak dan kelebihan tertentu. Senang sahaja mereka kata padahal perkara itu tidak ada dalil.

Bagi masyarakat kita yang tidak tahu agama, senang sahaja mengikut apa yang mereka lakukan. Begitulah jikalau jahil agama, maka memang akan mudah tertipu oleh mereka yang berperawakan warak (pakai serban, pakai jubah, ada janggut, pegang tasbih sepanjang masa). Oleh itu, kita semua mestilah belajar agama dengan benar dan mesti mendidik masyarakat kita dengan ilmu agama supaya tidak senang ditipu. Jika tidak, mudah sahaja syaitan mempengaruhi mereka dan menyesatkan mereka sehingga masuk neraka yang kekal.

Dalam ayat ini ada 4 perkara yang akan disebut.

۞ جَعَلَ اللهُ الكَعبَةَ البَيتَ الحَرامَ قِيٰمًا لِّلنّاسِ وَالشَّهرَ الحَرامَ وَالهَديَ وَالقَلٰئِدَ ۚ ذٰلِكَ لِتَعلَموا أَنَّ اللهَ يَعلَمُ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ وَأَنَّ اللهَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh has made the Ka‘bah, the Sacred House, standing¹ for the people and [has sanctified] the sacred months and the sacrificial animals and the garlands [by which they are identified]. That is so you may know that Allāh knows what is in the heavens and what is in the earth and that Allāh is Knowing of all things.

  • Conspicuously as a symbol of Allāh’s religion.

(MELAYU)

Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia, dan (demikian pula) bulan Haram, had-ya, qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu tahu, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

 

جَعَلَ اللهُ الكَعبَةَ البَيتَ الحَرامَ قِيٰمًا لِّلنّاسِ

Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu tertegak bagi manusia,

Sekarang Allah ‎ﷻ menceritakan tentang Kaabah, satu tempat yang berkat. Dalam bahasa Arab, kaabah adalah sesuatu yang berbentuk empat segi (cubic). Pada zaman itu terdapat sebuah lagi kaabah di Yaman (dinamakan al-ka’bah al-yamaniah), jadi untuk membezakan dengan Kaabah di Mekah, maka ditambah maklumat tambahan: البَيتَ الحَرامَ.

Allah ‎ﷻ telah menjadikan Kaabah tempat manusia boleh membuat hubungan untuk urusan agama – untuk menegakkan agama Allah ‎ﷻ. Ia adalah tempat berkumpul untuk tujuan agama. Di situ adalah tempat untuk melakukan ibadat dan juga tempat mesyuarat untuk seluruh umat Islam.

Ini adalah kerana Mekah itu tempat berkumpul pemimpin dunia supaya mereka boleh bermesyuarat dan membawa pulang amanat daripada khalifah. Jika ada pengumuman penting, ia akan dilakukan di situ. Begitulah yang dilakukan pada zaman sahabat dan khalifah dahulu.

Maksud الحَرامَ: tempat suci yang diharamkan perkara-perkara tertentu. Antaranya tidak boleh membunuh, merosakkan tanaman dan binatang, amalan yang berlawanan dengan Islam dan sebagainya. Maka Kaabah menjadi tempat yang aman, manusia yang datang tidak berani membuat kacau. Jika seorang nampak pembunuh ayahnya di Kaabah waktu itu, dia akan menundukkan pandangan dan berlalu pergi tanpa membalas dendam.

Lafaz قِيامًا pula boleh bermaksud yang ia akan tetap ada di situ. Kaabah tidak akan pergi ke mana-mana. Tidak akan ada cadangan untuk menukar Kaabah ke tempat yang lain. Ia menjadi sumber ketetapan bagi manusia kerana manusia memerlukan sesuatu yang tetap dan tidak berubah-ubah.

 

وَالشَّهرَ الحَرامَ

dan bulan Haram,

Dan Allah ‎ﷻ juga telah menetapkan untuk kita dengan bulan-bulan Haram. Dalam empat bulan dalam setahun tidak boleh memulakan peperangan. Ia adalah masa yang diperuntukkan untuk beribadat.

Masyarakat Arab dahulu selalu berperang dan jika peperangan berlangsung sepanjang tahun, maka bilakah waktu untuk membuat amal ibadat pula? Maka Allah ‎ﷻ telah menjadikan 4 bulan Haram di mana perang diharamkan, supaya manusia boleh bermusafir untuk mengerjakan ibadat atau pergi ke mana-mana (untuk berniaga, contohnya).

Kalimah الشهر adalah dalam bentuk mufrad (singular) dan kerana itu ada yang berpendapat ia merujuk kepada bulan DzulHijjah sahaja di mana ia adalah bulan untuk mengerjakan Haji. Akan tetapi umumnya berpendapat ia merujuk kepada semua bulan-bulan Haram: Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab. Ia disebut dalam Tawbah:36 dan dalil khusus disebut dalam hadith:

الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ

“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah ﷻ menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.

(Riwayat Bukhari, No. Hadith 4054)

 

وَالهَديَ

dan had-ya,

Maksudnya binatang yang telah dikenalpasti untuk korban di Kaabah. Sebelum tiba musim korban, seseorang itu telah menetapkan dan mengenalpasti binatang yang akan dikorbankan. Mereka akan membawa binatang itu dari kampung mereka (zaman sekarang beli sahaja di Mekah). Sekarang Allah ‎ﷻ beritahu hukum: Jangan diganggu binatang itu. Lihatlah binatang pun mendapat penghormatan kerana ia dikaitkan dengan Kaabah.

Maka jika orang bermusafir membawa binatang korban ke Kaabah, mereka tidak diganggu. Walaupun pada zaman itu terdapat banyak rompakan di jalanan, tetapi mereka menghormati orang yang membawa binatang had-ya.

 

وَالقَلٰئِدَ

dan qalaid.

Maksudnya adalah kalung bunga yang dipakaikan di leher. Pada zaman dahulu mereka akan pakai sejenis kalung sebagai tanda yang dia akan pergi mengerjakan Haji dan mereka sebegini tidak diganggu. Selain daripada manusia, binatang juga ditanda khas untuk korban di Kaabah. Jangan diganggu binatang yang telah ditanda itu.

Jadi Kaabah menjadi sumber keamanan bagi orang dan juga yang berkaitan dengannya seperti binatang dan manusia yang hendak mengerjakan haji atau umrah itu.

Satu lagi yang tidak disebut di sini tetapi disebut di tempat yang lain, adalah penduduk Mekah itu sendiri. Mereka dihormati di mana-mana tanah Arab kerana mereka dianggap sebagai penjaga Kaabah. Penduduk tempat lain tidak berani mengganggu mereka. Ini kerana mereka pun ada berhala mereka yang diletakkan berdekatan Kaabah pada waktu itu. Mereka tidak berani mengganggu penduduk Mekah kerana bimbang berhala mereka akan diapa-apakan pula.

 

ذٰلِكَ لِتَعلَموا أَنَّ اللهَ يَعلَمُ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ

demikian itu agar kamu tahu, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi 

Ada jumlah muqaddar (maklumat tambahan) di sini – Allah ‎ﷻ yang menjadikan semua yang di atas supaya kamu menyakini bahawa Allah ‎ﷻlah yang maha mengetahui lapisan langit dan bumi. Allah ‎ﷻ hendak melihat sama ada kita boleh atau tidak untuk mengikut cara-Nya, hukum-Nya, atau hanya hendak mengikut nafsu kita sahaja.

Dengan melihat apa kesan Kaabah (Rumah Allah) kepada manusia, maka manusia sepatutnya boleh melihat ada kelebihan padanya. Allah ‎ﷻ menjaga rumah-Nya dan menjadikan manusia menghormatinya di mana-mana.

 

وَأَنَّ اللهَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Mungkin ada yang tanya kenapa perkara-perkara itu suci dan diharamkan untuk diganggu? Kita kena terima bahawa Allah ‎ﷻ tahu segalanya dan kita tidak tahu. Dan Allah ‎ﷻ tidak perlu menjelaskan untuk kita kenapa sesuatu perkara itu haram atau halal. Kita sebagai manusia kena terima sahaja.


 

Maidah Ayat 98: Jika seseorang itu masih berdegil dan tidak mahu ikut rancangan Allah ‎ﷻ, maknanya orang itu sebenarnya ikut syaitan. Syaitan memang akan cuba menyesatkan manusia, mereka akan putarbelitkan fakta dan akan menipudaya manusia. Apakah amaran Allah ‎ﷻ terhadap mereka yang sebegitu?

اعلَموا أَنَّ اللهَ شَديدُ العِقابِ وَأَنَّ اللهَ غَفورٌ رَّحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Know that Allāh is severe in penalty and that Allāh is Forgiving and Merciful.

(MALAY)

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

اعلَموا أَنَّ اللهَ شَديدُ العِقابِ

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya

Jika kamu tidak mahu mengikut juga hukum yang Allah ‎ﷻ telah berikan, tidaklah mengapa. Manusia memang diberikan pilihan sama ada untuk ikut ataupun tidak; manusia tidak dipaksa seperti malaikat dan makhluk yang lain yang kena ikut sahaja.

Namun kena ingat, jika ingin melanggar juga hukum Allah ‎ﷻ, maka kena tahulah yang hukuman yang menanti daripada Allah ‎ﷻ adalah sangat hebat. Jangan kata kamu tidak diberitahu awal-awal.

 

وَأَنَّ اللهَ غَفورٌ رَّحيمٌ

dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allah ‎ﷻ bukanlah bersikap keras sahaja, bukan berkehendak mahu menghukum hamba-Nya sahaja. Kenalah tahu juga yang Allah ‎ﷻ bersifat lembut. Dan bagi mereka yang kembali kepada-Nya, Dia Maha Mengampuni. Maka ambillah peluang ini untuk bertaubat. Jika dahulu buat salah, maka bertaubatlah. Itu yang Allah ‎ﷻ mahukan daripada kita.


 

Maidah Ayat 99: Tugas Rasul adalah menyampaikan dan tidak memaksa sesiapa. Begitu jugalah tugas kita dalam berdakwah kepada manusia. Kita hanya menyampaikan sahaja, dan jika manusia tidak mahu terima, ia di luar bidang kuasa kita.

مّا عَلَى الرَّسولِ إِلَّا البَلٰغُ ۗ وَاللهُ يَعلَمُ ما تُبدونَ وَما تَكتُمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Not upon the Messenger is [responsibility] except [for] notification. And Allāh knows whatever you reveal and whatever you conceal.

(MALAY)

Kewajipan Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

 

مّا عَلَى الرَّسولِ إِلَّا البَلٰغُ

Kewajipan Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, 

Tugas baginda adalah menyampaikan sahaja ajaran wahyu yang Allah ‎ﷻ telah beri kepada baginda. Nabi Muhammad ﷺ tidak boleh menghukum sesiapa yang tidak mahu mengikut dakwah yang disampaikan. Baginda memang tidak boleh hukum, tetapi ingat, Allah ‎ﷻ tetap akan hukum. Tidak boleh lari daripada Allah ‎ﷻ. Lari daripada Nabi boleh lagi, namun tidak boleh lari daripada Allah ‎ﷻ.

Bagi kita yang menyambung tugas Nabi menyampaikan dakwah kepada manusia pun sama juga, kita hanya boleh sampaikan sahaja. Jika ada yang tidak mahu dengar, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Kita boleh tegur majlis bid’ah yang manusia lakukan, tetapi hanya setakat tegur sahaja. Jika mereka masih hendak buat juga, maka kita tidak boleh berbuat apa-apa.

 

وَاللهُ يَعلَمُ ما تُبدونَ وَما تَكتُمونَ

dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

Allah ‎ﷻ yang tahu apa sahaja yang kamu zahirkan dengan tubuh kamu dan perkataan kamu atau yang kamu simpan dalam hati. Sama ada zahir atau batin, sama sahaja bagi Allah ‎ﷻ, Allah ‎ﷻ tahu kesemuanya. Maka ini mengingatkan kita supaya jangan membuat dosa kerana nanti akan dibalas di akhirat kelak.


 

Maidah Ayat 100: Kita janganlah terpengaruh dengan ramainya orang yang buat sesuatu amalan yang salah. Ada yang akan berhujah: “Eh, ramai orang yang buat sesuatu amalan itu, takkan salah…?!”

Itu bukanlah dalil tetapi hujah tin kosong sahaja. Sama ada ramai atau tidak yang mengamalkannya, jika tidak ada dalam syarak, ia tetap dikira salah. Kena tahu bahawa ramainya orang yang mengamalkan, bukanlah dalil untuk mengatakan betulnya sesuatu perkara itu. Ingatlah yang ada Nabi yang tidak ada pengikut langsung dan yang ramai dalam kalangan mereka yang mengamalkan syirik.

Adakah itu sebagai dalil untuk mengatakan yang mereka (para Nabi itu) tidak benar dan orang yang ramai itu yang benar? Tentulah tidak, bukan? Oleh itu, benar atau tidak sesuatu fahaman atau amalan itu hanyalah mengikut neraca Allah ‎ﷻ sahaja. Sebarang amalan ibadah, mestilah ada dalil. Maka seorang Muslim hendaklah belajar unuk meminta dalil untuk mana-mana amalan yang ada. Dan dalil itu mestilah daripada Al-Qur’an dan Sunnah (hadith yang sahih yang menjadi ikutan). Ini adalah sangat penting kerana tidak sama antara amalan yang ada dalil dan  yang tidak ada dalil.

قُل لّا يَستَوِي الخَبيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَو أَعجَبَكَ كَثرَةُ الخَبيثِ ۚ فَاتَّقُوا اللَّهَ يٰأُولِي الأَلبٰبِ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Not equal are the evil and the good, although the abundance of evil might impress you.” So fear Allāh, O you of understanding, that you may be successful.

(MALAY)

Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan”.

 

قُل لّا يَستَوِي الخَبيثُ وَالطَّيِّبُ

Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik,

Ingatlah yang tidak akan sama amalan yang buruk yang datang daripada nafsu dan perkara yang baik yang datang daripada wahyu. Kita kena belajar supaya dapat membezakan manakah yang baik dan manakah yang buruk. Hanya dengan mempelajari wahyu, barulah kita akan dapat membezakannya.

Lafaz الخَبيثِ bermaksud apa-apa sahaja yang dilarang oleh Allah ‎ﷻ. Maka ia adalah perkara yang diharamkan oleh Allah ‎ﷻ. Ia juga boleh merujuk kepada manusia yang mempunyai sifat yang buruk.

Lafaz الطَّيِّبُ pula merujuk kepada perkara yang baik iaitu yang dihalalkan oleh Allah ‎ﷻ. Ia juga boleh merujuk kepada manusia yang mempunyai sifat yang baik.

Yang baik itu tidak akan sama dengan yang buruk. Di dalam sebuah hadith disebutkan:

“مَا قَلَّ وكَفَى، خَيْرٌ مِمَّا كَثُر وألْهَى”.

Sesuatu yang sedikit tetapi mencukupi adalah lebih baik daripada sesuatu yang banyak tetapi melalaikan.

(HR Ahmad No. 21721) Sanadnya hasan menurut Syeikh Al-Arnaut

 

Termasuk dalam perkara ini adalah harta atau pendapatan yang haram dan halal. Ia tidak sama walaupun mungkin kita terkesan dengan banyaknya harta yang haram. Namun Allah ‎ﷻ beritahu di sini bahawa yang haram walaupun banyak, ia tidak bernilai di sisi Allah ‎ﷻ. Kerana itu tidaklah diterima infaq daripada harta yang haram, sebagaimana hadith di bawah:

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا، وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ، فَقَالَ: {يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا، إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ} [المؤمنون: 51] وَقَالَ: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ} [البقرة: 172] ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ، يَا رَبِّ، يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ؟ “

Rasulullah ﷺ bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya Allah ‎ﷻ bersifat at-Thoyyib dan Dia tidak menerima melainkan yang Thoyyib sahaja. Allah ‎ﷻ memerintahkan orang yang beriman sepertimana diperintah kepada para utusan Allah dengan berkata: Hai rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mukminun: 51). Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah (Al-Baqarah: 172)
Kemudian diceritakan tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, rambutnya kusut, berdebu, menadah tangannya ke langit kemudian berkata Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, diberi makan dengan yang haram, justeru itu bagaimana dimakbulkan doanya?

(HR. Muslim No. 1015)

 

وَلَو أَعجَبَكَ كَثرَةُ الخَبيثِ

meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu,

Kita kena tetap berpegang dengan dalil, walaupun kadang-kadang hati kita dipengaruhi juga oleh banyaknya orang yang mengamalkan sesuatu perkara itu.

Bayangkan, berapa ramai yang mengamalkan salat Hajat berjama’ah dan mengadakan Majlis Tahlil, zikir beramai-ramai dan sebagainya. Inilah hujah yang selalu digunakan oleh pengamal bid’ah. Mereka kata: “Ramai orang yang buat, takkan semua mereka salah; takkan semua mereka nak masuk neraka pula!”

Dan jangan kita terkeliru dengan banyaknya benda yang tidak ada dalam syarak. Rasa bagaikan sudah tidak dapat dielakkan lagi kerana terlalu banyaknya perkara yang dibuat oleh manusia. Jangan terpengaruh dan jangan patah semangat. Kita kena tetap berpegang teguh dengan amalan-amalan yang sahih sahaja kerana yang sahih itu sahajalah yang diterima.

Yang menjadi masalah dengan jiwa kita ini, ialah jika perkara yang buruk itu sudah terlalu banyak, kadang-kadang kita rasa seolah-olah sudah tidak ada apa masalah lagi dengannya, mungkin kerana sudah berasa lali. Sebagaimana kita lihat orang tidak menutup aurat – sudah rasa seperti biasa sahaja berjalan di luar dan melihat orang tidak tutup aurat padahal benda itu adalah benda yang salah. Ingat, yang salah tetap salah walaupun ramai yang melakukannya.

Begitu juga, kita kadang-kadang sudah rasa biasa dengan percakapan yang kotor atau yang kurang ajar kerana sudah biasa sangat kita dengar. Inilah bahaya kalau kita tidak berhati-hati dan prihatin dengan kebenaran. Sekali lagi: yang salah tetap salah walaupun ramai yang buat.

Oleh kerana itulah kita kena jaga hati kita dengan kuat sekali. Kena ada usaha daripada kita sendiri dan tidak boleh kita biarkan sahaja. Kita kena pastikan yang kita mengamalkan agama Islam yang tulen. Inilah jihad (usaha yang kuat) yang kita kena lakukan.

 

 فَاتَّقُوا اللَّهَ يٰأُولِي الأَلبٰبِ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

maka bertaqwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan”.

Takutlah kepada Allah ‎ﷻ, wahai orang yang mempunyai yang akal yang waras. Dalam melakukan amalan, fikirkanlah, bukan payah pun. Kena guna akal yang cerdik sikit, bukan ikut orang sahaja. Maka kena belajar dan belajar, fikir dan fikir. Memang begitulah hidup kita. Allah ‎ﷻ telah beri otak dan minda kepada kita, maka kita kena gunakan. Kita bersusah payah menggunakan minda kita untuk belajar dan berfikir ini, semuanya akan diberi pahala oleh Allah ‎ﷻ.

Mudah-mudahan kamu akan beruntung di dunia dan di akhirat. Di dunia pun kita hendakkan untung, lebih-lebih lagi di akhirat. Jadi jangan salah membuat amalan kerana ia merugikan masa di dunia dan nanti lebih teruk lagi kita akan disoal di akhirat kelak (kenapa kamu buat perkara tidak ada dalil?).

Sekian Ruku’ 13 dari 16 ruku’ dalam surah ini.


 

Maidah Ayat 101: Allah ‎ﷻ melarang bertanyakan perkara yang tidak memberi faedah. Begitulah ramai juga yang suka mengkaji perkara yang tidak perlu dikaji. Itu semua adalah perkara yang membuang masa, sedangkan kita bukan lama hidup di dunia. Bertanya itu memang digalakkan untuk belajar, tetapi pertanyaan tentang perkara yang tidak berfaedah itu adalah perbuatan membuang masa sahaja.

Sebab itu kita katakan, dalam beragama ini kenalah cerdik, kenalah rebut perkara yang jelas membuahkan hasil. Dan jangan buat perkara yang sia-sia. Oleh itu, jangan tanya perkara yang sia-sia. Apabila soal benda yang sia-sia, jawapan yang dapat pun adalah sia-sia juga. Contohnya, tanya arah kiblat jika salat di bulan. Padahal bukan dia hendak ke bulan pun esok atau lusa.

Maka para sahabat dahulu pun sudah ditegur oleh Allah ‎ﷻ di atas soalan-soalan mereka. Jangan buang masa mereka dan jangan buat masa Nabi ﷺ. Dan kadangkala soalan mereka itu boleh menyusahkan mereka pula.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَسئلوا عَن أَشياءَ إِن تُبدَ لَكُم تَسُؤكُم وَإِن تَسئلوا عَنها حينَ يُنَزَّلُ القُرءآنُ تُبدَ لَكُم عَفَا اللَّهُ عَنها ۗ وَاللَّهُ غَفورٌ حَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, do not ask about things which, if they are shown to you, will distress you. But if you ask about them while the Qur’ān is being revealed, they will be shown to you. Allāh has pardoned it [i.e., that which is past]; and Allāh is Forgiving and Forbearing.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Qur’an itu diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Hai orang-orang yang beriman,

Ini adalah nasihat kepada orang-orang yang sudah beriman. Kena beri perhatian kalau hendak menjadi orang yang beriman.

 

لا تَسئلوا عَن أَشياءَ إِن تُبدَ لَكُم تَسُؤكُم

janganlah kamu menanyakan hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu

Orang beriman dinasihatkan supaya jangan bertanya perkara yang sia-sia. Itulah maksudnya di dalam ayat ini kerana sekiranya diberitahu kepada kamu perkara itu, ia hanya akan menyusahkan kamu.

Ada riwayat yang mengatakan bagaimana ada sahabat yang bertanya kepada Nabi Muhammad ﷺ, siapakah ayahnya. Memang ada yang Nabi ﷺ jawab. Tetapi mereka yang bertanya itu tidak sedar yang dia itu mungkin anak zina. Itu memang ada kemungkinan kerana sebelum itu mereka adalah jahiliyah dan pada zaman waktu jahiliyah, penzinaan memang berleluasa. Dari dia tidak tahu dia anak zina, sekarang dia sudah menjadi resah sebab sudah pasti dia anak zina. Allah ‎ﷻ melarang kerana soalan itu tidak memberi faedah.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: خَطَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُطبة مَا سَمِعْتُ مِثْلَهَا قَطُّ، قَالَ “لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا” قَالَ: فَغَطَّى أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُجُوهَهُمْ لَهُمْ حَنِينٌ. فَقَالَ رَجُلٌ: مَنْ أَبِي؟ قَالَ: “فَلَانٌ”، فَنَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ: {لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ}

Daripada Anas ibnu Malik yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah mengemukakan suatu khutbah yang belum pernah kudengar hal yang semisal dengannya. Dalam khutbahnya itu antara lain beliau ﷺ bersabda: Sekiranya kalian mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kalian benar-benar sedikit tertawa dan benar-benar akan banyak menangis. Anas ibnu Malik melanjutkan kisahnya, “Lalu para sahabat Rasulullah ﷺ menutupi wajahnya masing-masing, setelah itu terdengar suara esakan mereka. Kemudian ada seseorang lelaki berkata, ‘Siapakah ayahku?’ Maka Nabi ﷺ menjawab, ‘Si Fulan.” Lalu turunlah firman-Nya: Janganlah kalian menanyakan (kepada nabi kalian) banyak hal. (Al-Maidah: 101).

(HR. Bukhari No. 4621)

 

Pernah juga terjadi, sahabat bertanya, adakah mengerjakan Haji itu wajib setiap tahun? Nabi ﷺ menoleh tidak menjawab. Ini adalah kerana soalan itu bukanlah soalan yang bagus. Kalau Allah ‎ﷻ tidak menetapkan ia perlu dikerjakan setiap tahun, terimalah itu sahaja. Kerana kalau ditanya-tanya dan Nabi ﷺ jawab kena buat setiap tahun, bukankah akan menyusahkan umat Islam pula? Bayangkan kalau kita sekarang kena pergi buat Haji setiap tahun?

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ: {وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا} [آلِ عِمْرَانَ: 97] قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ،كُلَّ عَامٍ؟ فَسَكَتَ. فَقَالُوا: أَفِي كُلِّ عَامٍ؟ فَسَكَتَ، قَالَ: ثُمَّ قَالُوا: أَفِي كُلِّ عَامٍ؟ فَقَالَ: “لَا وَلَوْ قُلْتُ: نَعَمْ لَوَجَبَتْ”، فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ} إِلَى آخَرِ الْآيَةِ.

Daripada Ali yang menceritakan bahawa ketika ayat ini diturunkan, yakni firman-Nya: Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah (Ali Imran: 97) Lalu mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah untuk setiap tahun?” Rasulullah ﷺ diam, tidak menjawab. Mereka bertanya lagi, “Apakah untuk setiap tahun?” Rasulullah ﷺ tetap diam. Kemudian mereka bertanya lagi, “Apakah untuk setiap tahun?” Rasulullah ﷺ baru menjawab: Tidak, dan seandainya kukatakan ya, nescaya menjadi wajib; dan seandainya diwajibkan (tiap tahunnya), nescaya kalian tidak akan mampu. Lalu Allah ‎ﷻ menurunkan firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian menanyakan (kepada nabi kalian) hal-hal yang jika diterangkan kepada kalian nescaya menyusahkan kalian. (Al-Maidah: 101), hingga akhir ayat.
(Musnad Ahmad. Hal yang sama telah diriwayatkan oleh Imam Turmuzi dan Ibnu Majah melalui jalur Mansur ibnu Wardan dengan lafaz yang sama). 

Pada zaman sekarang, ramai yang mula belajar agama dan mereka hendak tahu mengenai pelbagai perkara. Mereka selalunya akan tanya adakah haram atau halal sesuatu perkara itu.

Dan apabila dijawab yang ia adalah haram, mereka tidak berpuas hati pula dan mereka akan pergi tanya orang lain pula, sampailah ada yang ada kata ia adalah halal. Itu maknanya dia itu bukanlah ikhlas hendak tahu tetapi kerana hendak mendapatkan kelulusan perkara yang dia sendiri hendak buat.

Ini bukanlah menutup pintu untuk bertanya soalan pula. Kalau kita memang ikhlas hendak tahu sesuatu hukum itu, maka bolehlah bertanya untuk mendapatkan kepastian. Contohnya soalan yang berbunyi ‘bagaimana hendak buat?’ adalah bagus; tetapi jika ditanyakan soalan: ‘kenapa kena buat?’ adalah tidak bagus.

 

وَإِن تَسئلوا عَنها حينَ يُنَزَّلُ القُرءآنُ تُبدَ لَكُم

dan jika kamu menanyakan di waktu Al Qur’an itu diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu, 

Dan sekiranya para sahabat bertanyakan perkara itu ketika wahyu masih lagi diturunkan (Nabi ﷺ masih hidup), nescaya akan dizahirkan apakah jawapan yang sebenar.

Ini adalah kelebihan yang ada kepada para sahabat. Mereka sahaja yang boleh mengamalkan ayat ini kerana Rasulullah ﷺ berada dalam kalangan mereka. Mereka yang duduk dengan Nabi ﷺ dan dapat berinteraksi dengan baginda secara langsung. Dan pertanyaan mereka itu menjadi sandaran agama buat kita yang di belakang ini.

Namun begitu Allah ‎ﷻ telah memberi peringatan kepada mereka supaya berjaga-jaga. Dalam surah Baqarah sudah diterangkan tentang kisah Yahudi dan lembu yang perlu disembelih. Lihatlah bagaimana mereka terus bertanya tentang lembu apa yang perlu disembelih dan setiap kali mereka bertanya, lembu yang dicari itu menjadi semakin sukar untuk dicari. Itu sudah menyusahkan mereka, sedangkan kalau disuruh sembelih lembu dan mereka terus sembelih, mereka boleh ambil mana-mana lembu sahaja.

Oleh itu, generasi umat Nabi Muhammad ﷺ yang awal diingatkan supaya tidak menyusahkan hidup mereka dan orang-orang yang selepas mereka. Mereka sebagai generasi pertama memang mempunyai tanggungjawab yang berat kerana apa yang mereka lalui menjadi agama bagi orang selepas mereka. Jadi Allah ‎ﷻ suruh mereka berhati-hati.

Di dalam sebuah hadith telah disebutkan:

“أَعْظَمَ الْمُسْلِمِينَ جُرْمًا مَنْ سَأَلَ عَنْ شَيْءٍ لَمْ يُحَرّم فَحُرِّمَ مِنْ أَجْلِ مَسْأَلَتِهِ”

Orang muslim yang paling besar dosanya ialah seseorang yang menanyakan sesuatu yang tidak diharamkan, lalu menjadi diharamkan kerana pertanyaannya itu.

(HR. Bukhari No. 7289)

Selepas wafatnya Nabi ﷺ, wahyu tidak turun lagi. Jadi tidaklah ada lagi hukum baru yang timbul. Akan tetapi, bertanya soalan-soalan yang tidak perlu masih lagi dilarang berdasarkan ayat ini, kerana ia adalah perbuatan yang membuang masa. Buang masa orang yang bertanya dan orang yang ditanya.

Orang kita rajin mencari maklumat perkara yang tidak perlu. Contohnya ada yang bertanya apa nama sebenar ibu Nabi Musa عليه السلام, berapa panjangkah bahtera Nabi Nuh عليه السلام, dan lain-lain seumpama itu. Apa perlunya maklumat ini? Kenapa buang masa hendak tahu? Salah satu kepandaian pelajar ilmu adalah tidak menyibukkan dengan maklumat yang tidak perlu dan bermanfaat.

 

عَفَا اللَّهُ عَنها

Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. 

Allah ‎ﷻ memaafkan mereka terhadap soalan yang lepas-lepas, yang tidak patut itu. Jangan buat lagi.

Atau, ia bermaksud, hal-hal yang tidak disebutkan Allah ‎ﷻ di dalam kitab-Nya, maka hal tersebut termasuk yang dimaafkan. Kerana itu, diamlah kalian sebagaimana Nabi ﷺ diam terhadapnya. Di dalam hadith sahih disebutkan  bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda:

“ذَرُونِي مَا تُرِكْتُم؛ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَثْرَةُ سُؤَالِهِمْ وَاخْتِلَافِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ”.

Biarkanlah aku dengan apa yang kutinggalkan untuk kalian, kerana sesungguhnya orang-orang sebelum kalian telah binasa hanyalah kerana mereka banyak bertanya dan sering bolak-balik kepada nabi-nabi mereka (yakni banyak merujuk).

(HR. Ibnu Hibban No. 3704) Disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth.

Maknanya, kalau perkara yang tidak disebut, maka lapangkanlah dada, jangan dicari-cari lagi.

Di dalam hadith sahih yang lain disebutkan pula:

إِنَّ اللَّهَ فَرَضَ فَرَائِضَ فَلَا تُضيِّعُوها، وحَدَّ حُدُودًا فَلَا تَعْتَدُوهَا، وحَرَّم أَشْيَاءَ فَلَا تَنْتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً بِكُمْ غَيْرَ نِسْيان فَلَا تَسْأَلُوا عَنْهَا”.

Sesungguhnya Allah ‎ﷻ telah menetapkan hal-hal yang fardu, maka janganlah kalian menyia-nyiakannya; dan Dia telah menetapkan batasan-batasan, maka janganlah kalian melampauinya; dan Dia telah mengharamkan banyak hal, maka janganlah kalian melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan (tidak menjelaskan) banyak hal kerana kasihan kepada kalian bukan kerana lupa, maka janganlah kalian menanyakannya.

(HR. Ad-Daruquthni 4/183, Al-Hakim dalam Mustadraknya No. 7114) (Hadith hasan menurut Syeikh al-Albani dan al-Arnauth)

 

وَاللَّهُ غَفورٌ حَليمٌ

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.

Allah ‎ﷻ memmaafkan kerana Allah itu Maha Pengampun. Dan Dia juga al-halim – maksudnya Dia tahu apa yang mereka lalui. Allah ‎ﷻ tahu isi hati mereka. Memang hati manusia suka bertanya, tetapi sekarang diajar kenalah berhati-hati dalam bertanya.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 13 November 2021


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Maariful Qur’an

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 93 – 96 (Larangan berburu dalam ihram)

Maidah Ayat 93: Walaupun telah dilarang memakan makanan yang haram, tetapi jika perkara itu dilakukan dahulu sewaktu tidak tahu, maka tidaklah berdosa. Atau, kalau dilakukan semasa zaman kita jahil dan sekarang sudah bertaubat, maka dimaafkan.

لَيسَ عَلَى الَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ جُناحٌ فيما طَعِموا إِذا مَا اتَّقَوا وَّءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ ثُمَّ اتَّقَوا وَءآمَنوا ثُمَّ اتَّقَوا وَأَحسَنوا ۗ وَاللهُ يُحِبُّ المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

There is not upon those who believe and do righteousness [any] blame concerning what they have eaten [in the past] if they [now] fear Allāh and believe and do righteous deeds, and then fear Allāh and believe, and then fear Allāh and do good; and Allāh loves the doers of good.

(MALAY)

Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang saleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

 

لَيسَ عَلَى الَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ جُناحٌ فيما طَعِموا

Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, 

Tidak ada kesalahan ke atas mereka yang telah beriman dan beramal soleh, pada makanan sumber haram semasa mereka dalam jahiliyyah. Ini kerana pada waktu itu mereka belum beriman lagi, belum tahu hukum lagi. Maka, Allah ‎ﷻ memaafkan mereka. Para sahabat dahulu ramai yang asalnya jahiliyyah. Begitu juga, banyak orang yang baru masuk Islam.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا سُرَيج حَدَّثَنَا أَبُو مَعْشَر، عَنْ أَبِي وَهْب مَوْلَى أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: حُرِّمَتِ الْخَمْرُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ، وَهُمْ يَشْرَبُونَ الْخَمْرَ وَيَأْكُلُونَ الْمَيْسِرَ، فَسَأَلُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْهُمَا، فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ} إِلَى آخَرَ الْآيَةِ [الْبَقَرَةِ:219] . فَقَالَ النَّاسُ: مَا حَرُمَ عَلَيْنَا، إِنَّمَا قَالَ: {فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ} وَكَانُوا يَشْرَبُونَ الْخَمْرَ، حَتَّى كَانَ يَوْمًا مِنَ الْأَيَّامِ صَلَّى رَجُلٌ مِنَ المهاجرين، أمَّ أصحابه في الْمَغْرِبِ، خَلَطَ فِي قِرَاءَتِهِ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ [عَزَّ وَجَلَّ] آيَةً أَغْلَظَ مِنْهَا: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ} [النِّسَاءِ: 43] وَكَانَ النَّاسُ يَشْرَبُونَ، حَتَّى يَأْتِيَ أَحَدُهُمُ الصَّلَاةَ وَهُوَ مُفِيقٌ. ثُمَّ أُنْزِلَتْ آيَةٌ أَغْلَظُ مِنْ ذَلِكَ: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ} قَالُوا: انْتَهَيْنَا رَبَّنَا. وَقَالَ النَّاسُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، نَاسٌ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، [وَنَاسٌ] مَاتُوا عَلَى سَرَفِهِمْ كَانُوا يَشْرَبُونَ الْخَمْرَ وَيَأْكُلُونَ الْمُيْسِرَ، وَقَدْ جَعَلَهُ اللَّهُ رِجْسًا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ؟ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى: {لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا} إِلَى آخِرِ الْآيَةِ، وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “لَوْ حَرُمَ عَلَيْهِمْ لَتَرَكُوهُ كَمَا تَرَكْتُمْ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Syuraih, telah menceritakan kepada kami Abu Ma’syar, daripada Abu Wahb maula Abu Hurairah, daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , yang mengatakan bahawa khamr diharamkan sebanyak tiga kali. Pertama ketika Rasulullah ﷺ tiba di Madinah, sedangkan mereka dalam keadaan masih minum khamr dan makan daripada hasil judi, lalu mereka menanyakan kedua perbuatan itu kepada Rasulullah ﷺ. Maka Allah ‎ﷻ menurunkan firman-Nya: Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi. Katakanlah, “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia” (Al-Baqarah: 219), hingga akhir ayat.  Maka orang-orang mengatakan bahawa Allah tidak mengharamkannya kepada kita, kerana sesungguhnya yang disebutkan oleh-Nya hanyalah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar. (Al-Baqarah: 219) Kebiasaan minum khamr terus berlanjut dalam kalangan mereka, hingga pada suatu hari seorang lelaki dalam kalangan Muhajirin salat sebagai imam teman-temannya, iaitu salat Maghrib. Lalu dalam qiraahnya ia melantur (menyimpang jauh), maka Allah ‎ﷻ menurunkan ayat yang lebih keras daripada ayat pertama, iaitu firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian salat, sedangkan kalian dalam keadaan mabuk, sehingga kalian mengerti apa yang kalian ucapkan. (An-Nisa: 43) Tetapi orang-orang masih tetap minum khamr, hingga seseorang daripada mereka mengerjakan salat dalam keadaan mabuk. Kemudian turunlah ayat yang lebih keras daripada ayat sebelumnya, iaitu firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kalian mendapat keberuntungan. (Al-Maidah: 90) Maka barulah mereka mengatakan, “Wahai Tuhan kami, kini kami berhenti.” Orang-orang bertanya, “Wahai Rasulullah, ada sejumlah orang yang telah gugur di jalan Allah, dan mereka mati dengan kepadatannya, dahulu mereka gemar minum khamr dan makan daripada hasil judi, padahal Allah telah menjadikannya sebagai perbuatan yang keji dan termasuk perbuatan syaitan.” Maka Allah ‎ﷻ menurunkan firman-Nya: Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu. (Al-Maidah: 93), hingga akhir ayat. Maka Nabi ﷺ bersabda: Seandainya diharamkan atas mereka, nescaya mereka meninggalkan perbuatan itu sebagaimana kalian meninggalkannya.
(HR. Ahmad No. 8620, daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, hasan lighairih menurut Syeikh al-Arnauth)

إِذا مَا اتَّقَوا وَءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ

apabila mereka bertaqwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, 

Itu semua perkara yang terjadi dahulu, sekarang ini mungkin dia sudah bertaqwa dan menjaga hukum. Dan alamat tanda dia sudah bertaqwa itu adalah dia menjaga serta dia beriman bersungguh-sungguh dan beramal soleh. Segala perbuatan buruk yang dahulu dilakukan sudah ditinggalkan.

 

ثُمَّ اتَّقَوا وَءآمَنوا

kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, 

Kemudian dia tidaklah hangat-hangat tahi ayam sahaja tetapi dia tetap teguh menjaga hukum dan berusaha untuk menambah keimanannya. Dia terus tetap meninggalkan perkara haram. Memang akan ada dugaan pada peringkat awal. Contohnya, Non-Muslim yang masuk Islam tentu susah untuk tidak memakan khinzir dan meminum arak kerana sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan dirinya. Namun lama kelamaan dia akan menjadi biasa.

 

ثُمَّ اتَّقَوا وَأَحسَنوا

kemudian mereka (tetap juga) bertaqwa dan memperbaiki diri. 

Kemudian dia tetap menjaga segala hukum hingga perkara yang hukumnya harus pun dia tinggalkan kerana takut ia boleh jatuh haram. Inilah yang dinamakan kedudukan ‘ihsan’, iaitu tahap seorang mukmin seseorang itu boleh naik lagi ke tahap ‘ihsan’ apabila dia terus memperbaiki dirinya.

Mereka dapat memperbaiki hubungan dengan Allah ‎ﷻ. Lafaz ‘ihsan’ dalam ayat ini sebagaimana dalam hadith Jibril yang terkenal di mana Jibril عليه السلام telah bertanya kepada Nabi Muhammad ﷺ tentang ‘ihsan’. Hadith itu panjang, tetapi kita ringkaskan sahaja di sini:

قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ, قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ.

Dia bertanya lagi: “Beritahu kepadaku tentang ihsan”.
Nabi ﷺ menjawab, ”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Kalaupun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.”

(HR Muslim No. 8)

 

Untuk mengamalkan ihsan ini, apabila kita menunaikan ibadat, kita kena merasakan yang Allah‎ ﷻ sedang melihat kita. Jadi boleh berlatih semasa salat. Hadirkan diri betul-betul dalam salat itu. Kena rasakan yang kita sedang mengadap Allah ‎ﷻ dan Allah ‎ﷻ sedang memerhatikan kita. Kalau fikiran menerawang, ‘tarik’ ia kembali.

Apabila sudah dapat mencapai perasaan hadhir ini dalam salat, maka cuba untuk bawa ke luar salat pula. Kalau kita dapat hadirkan, maka kita akan takut untuk membuat dosa. Kita akan berhati-hati di dalam segenap perbuatan kita.

Jadi ini adalah tingkatan yang tinggi tetapi tidaklah mustahil untuk dicapai. Oleh itu, ayat ini menceritakan tentang darjat-darjat manusia dalam kehidupan.

 

وَاللَّهُ يُحِبُّ المُحسِنينَ

Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

Dan Allah ‎ﷻ memberitahu yang Allah ‎ﷻ suka kalau manusia itu memperbaiki dirinya dengan meningkatkan ketaqwaan. Kita dilahirkan bukanlah semua sudah pandai. Tetapi kita kenalah berusaha sedikit demi sedikit.

Sekian Ruku’ 12 dari 16 ruku’ dalam surah ini.


 

Maidah Ayat 94: Ini pula menceritakan bagaimana perkara yang halal tetapi dalam keadaan yang tertentu, ia boleh menjadi haram. Maka hendaklah dilihat juga kepada keadaannya, bukan sesuatu itu sentiasa halal, atau sentiasa haram.

Sebagai contoh, binatang sememangnya halal untuk diburu, tetapi jika semasa dalam ihram, ia menjadi haram pula untuk berburu. Ini pun kena jaga juga, kerana manusia lain tidak tahu (kalau dia memburu juga), tetapi hanya antara dia dan Allah ‎ﷻ sahaja. Mereka yang taat kerana Allah ‎ﷻ sahaja yang akan patuh.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لَيَبلُوَنَّكُمُ اللهُ بِشَيءٍ مِّنَ الصَّيدِ تَنالُهُ أَيديكُم وَرِماحُكُم لِيَعلَمَ اللهُ مَن يَخافُهُ بِالغَيبِ ۚ فَمَنِ اعتَدىٰ بَعدَ ذٰلِكَ فَلَهُ عَذابٌ أَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, Allāh will surely test you through something of the game that your hands and spears [can] reach, that Allāh may make evident those who fear Him unseen. And whoever transgresses after that – for him is a painful punishment.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah didapat oleh tangan dan tombakmu supaya Allah mengetahui orang yang takut kepada-Nya, biarpun dia tidak dapat melihat-Nya. Barang siapa yang melanggar batas sesudah itu, maka baginya azab yang pedih.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لَيَبلُوَنَّكُمُ اللهُ بِشَيءٍ مِّنَ الصَّيدِ

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan

Allah ‎ﷻ akan pasti menguji mereka yang sedang dalam umrah dengan ujian binatang berburu. Hukum waktu semasa Ihram (semasa berada di Tanah Haram), antara lain adalah tidak boleh berburu. Namun ada masanya, Allah ‎ﷻ akan uji hamba-Nya ketika waktu itu di mana mereka dalam keadaan memerlukan makanan. Maka, ini adalah ujian bagi muhrim (orang yang dalam ihram) – biasanya orang kita keliru dengan istilah mahram (orang yang haram dinikahi).

Menghalalkan dan mengharamkan adalah urusan Allah ‎ﷻ dan antaranya ia menjadi ujian bagi kita. Adakah kita boleh taat kepada arahan Allah ‎ﷻ dan lulus ujian? Iaitu apabila Allah ‎ﷻ kata ia haram, kita terima ia sebagai haram dan tidaklah kita melanggarnya. Tidaklah kita kata: “Ish dah kenapa haram pulak ni….? Aku tak nampak apa salahnya pun…..”. Kata-kata sebegitu adalah kata-kata orang yang gagal ujian. Tidak semestinya kita kena faham kenapa Allah ‎ﷻ haramkan. Asalkan Allah ‎ﷻ sudah kata ia haram, maka haramlah bagi kita.

Jadi yang diharamkan adalah binatang buruan untuk dimakan. Ini lain daripada jenis binatang belaan seperti lembu dan kambing. Hukum ini juga tidak termasuk untuk binatang yang mengancam keselamatan seperti serigala dan ular. Maka, dibenarkan jika ingin bunuh haiwan berbahaya yang mengancam nyawa seperti serigala apabila berada dalam perjalanan itu.

Bagi muhrim, haram baginya untuk berburu. Namun begitu dia boleh makan jika ia diburu oleh orang yang lain yang bukan muhrim. Asalkan dia tidak terlibat dalam proses pemburuan itu (contohnya memberi nasihat dan pandangan cara bagaimana hendak berburu). Ini kerana arahan dalam ayat ini adalah ‘jangan berburu’, bukannya ‘jangan makan’.

Oleh itu, ini adalah merupakan larangan bagi muhrim. Kita mungkin susah untuk faham tentang hal ini, kerana kita bukannya kena berburu jika hendak makan daging, di zaman sekarang. Kita hanya perlu ‘berburu’ di supermarket sahaja. Yang dinyatakan di sini adalah keadaan pada zaman dahulu.

 

تَنالُهُ أَيديكُم وَرِماحُكُم

yang mudah didapat oleh tangan dan tombakmu

Ujian itu bertambah berat kerana binatang buruan itu waktu itu mudah sangat untuk ditangkap, sehinggakan boleh ditangkap dengan tangan atau boleh dilempar dengan senjata. Allah ‎ﷻ menguji mereka dengan keadaan begitu. Waktu itu, kena ingat hukum yang orang dalam ihram tidak boleh memburu.

Yang mudah didapati dengan tangan itu adalah binatang jenis kecil yang senang ditangkap; dan binatang yang boleh dilempar dengan tombak atau senjata itu adalah binatang yang besar.

Muqatil ibnu Hayyan mengatakan bahawa ayat ini diturunkan dalam peristiwa umrah Hudaibiyyah. Tersebutlah bahawa ketika itu binatang liar, burung-burung, dan binatang buruan lainnya banyak mereka dapati dalam perjalanan mereka; hal seperti itu belum pernah mereka lihat sebelumnya. Lalu Allah ‎ﷻ melarang mereka membunuh binatang-binatang buruan, sedang mereka dalam keadaan ihram.

Begitu pun, ada jenis-jenis binatang yang boleh dibunuh walaupun dalam ihram.

قَالَ مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ؛ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “خَمْسٌ مِنَ الدَّوَابِّ لَيْسَ عَلَى الْمُحْرِمِ فِي قَتْلِهِنَّ جُنَاح: الْغُرَابُ، وَالْحِدَأَةُ، وَالْعَقْرَبُ، وَالْفَأْرَةُ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ”.

Imam Malik telah meriwayatkan daripada Nafi’, daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda: Ada lima macam haiwan yang tiada dosa bagi orang yang sedang ihram membunuhnya, iaitu burung gagak, burung helang, kalajengking, tikus dan anjing gila.

HR Bukhari (Sahih 3315); Muslim (Sahih 1199); Nasai’iy (Sunan 2833); Ibnu Majah (Sunan 3088); Ahmad (Musnad 5476); dll.

Imam Syafii رحمه الله mengatakan, orang yang sedang ihram diperbolehkan membunuh semua haiwan yang tidak boleh dimakan dagingnya. Dalam hal ini tidak ada bezanya antara yang masih kecil dan yang sudah besar. Dan Imam Syafii رحمه الله menilai bahawa ‘illat jami’ah yang membolehkannya diperlakukan demikian kerana dagingnya tidak boleh dimakan.

 

لِيَعلَمَ اللهُ مَن يَخافُهُ بِالغَيبِ

supaya Allah mengetahui orang yang takut kepada-Nya, biarpun dia tidak dapat melihat-Nya. 

Allah ‎ﷻ beritahu tujuan ujian itu – supaya Allah‎ ﷻ boleh zahirkan dan bezakan hamba yang benar-benar takut tanpa dia sendiri dapat melihat Allah ‎ﷻ secara zahir. Bukanlah Allah ‎ﷻ tidak tahu bagaimana iman hamba itu, tetapi Allah ‎ﷻ berkehendak menzahirkannya sahaja.

Ini adalah ujian kerana orang lain tidak tahu apa yang dia buat. Namun bagi orang yang takut dengan Allah ‎ﷻ, maka, mereka tidak akan melakukannya walaupun tidak ada orang yang nampak. Ini kerana dia yakin yang Allah ‎ﷻ melihatnya. Maka ini merupakan ujian iman.

 

فَمَنِ اعتَدىٰ بَعدَ ذٰلِكَ فَلَهُ عَذابٌ أَليمٌ

Barang siapa yang melanggar batas sesudah itu, maka baginya azab yang pedih.

Allah ‎ﷻ beritahu yang sesiapa yang melanggar selepas tahu hukum ini, baginya azab yang pedih.


 

Maidah Ayat 95: Dalam ayat sebelum ini telah diberitahu hikmah (ujian) larangan berburu. Sekarang Allah ‎ﷻ menjelaskan hukum kalau berburu juga.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَقتُلُوا الصَّيدَ وَأَنتُم حُرُمٌ ۚ وَمَن قَتَلَهُ مِنكُم مُّتَعَمِّدًا فَجَزاءٌ مِّثلُ ما قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ يَحكُمُ بِهِ ذَوا عَدلٍ مِّنكُم هَديًا بٰلِغَ الكَعبَةِ أَو كَفّٰرَةٌ طَعامُ مَسٰكينَ أَو عَدلُ ذٰلِكَ صِيامًا لِّيَذوقَ وَبالَ أَمرِهِ ۗ عَفَا اللهُ عَمّا سَلَفَ ۚ وَمَن عادَ فَيَنتَقِمُ اللهُ مِنهُ ۗ وَاللهُ عَزيزٌ ذُو انتِقامٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, do not kill game while you are in the state of iḥrām. And whoever of you kills it intentionally – the penalty is an equivalent from sacrificial animals to what he killed, as judged by two just men among you as an offering [to Allāh] delivered to the Ka‘bah, or an expiation: the feeding of needy people or the equivalent of that in fasting, that he may taste the consequence of his matter [i.e., deed]. Allāh has pardoned what is past; but whoever returns [to violation], then Allāh will take retribution from him. And Allāh is Exalted in Might and Owner of Retribution.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan, ketika kamu sedang ihram. Barangsiapa di antara kamu membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah mengganti dengan binatang ternak seimbang dengan buruan yang dibunuhnya, menurut keputusan dua orang yang adil di antara kamu sebagai had-yad yang dibawa sampai ke Ka’bah atau (dendanya) membayar kaffarat dengan memberi makan orang-orang miskin atau berpuasa seimbang dengan makanan yang dikeluarkan itu, supaya dia merasakan akibat buruk dari perbuatannya. Allah telah memaafkan apa yang telah lalu. Dan barangsiapa yang kembali mengerjakannya, nescaya Allah akan menyeksanya. Allah Maha Kuasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) menyeksa.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَقتُلُوا الصَّيدَ وَأَنتُم حُرُمٌ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan, ketika kamu sedang ihram. 

Diulang sekali lagi hukum larangan berburu semasa dalam ihram – jangan sekali-kali kamu membunuh binatang buruan dalam ihram.

 

وَمَن قَتَلَهُ مِنكُم مُّتَعَمِّدًا فَجَزاءٌ مِّثلُ ما قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ

Barangsiapa di antara kamu membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah menggantikan dengan binatang ternakan seimbang dengan buruan yang dibunuhnya, 

Namun jikalau dibuat juga, maka, akan dikenakan denda, hanya jika mereka berburu dengan sengaja.  Dendanya adalah dengan membayar harga satu jenis binatang sebanding dengan binatang yang dia bunuh. Ulama’ berpendapat hukum ini juga dikenakan kepada orang yang berburu kerana terlupa atau tersilap. Dan jika dia berburu bagi kali kedua atau ketiga, maka dia pun dikenakan denda bagi yang kedua dan ketiga itu juga.

Keputusan yang telah ditetapkan oleh para sahabat yang menyatakan denda dibayar dengan binatang yang seimbang merupakan pendapat yang lebih utama untuk diikuti. Mereka memutuskan bahawa membunuh burung unta dendanya ialah seekor unta, membunuh lembu liar dendanya ialah seekor lembu, membunuh kijang dendanya ialah biri-biri. Ganti kaffarah yang ditetapkan oleh para sahabat berikut sandaran-sandarannya disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh.

Adapun jika binatang buruan bukan termasuk binatang yang ada imbangannya daripada binatang yang jinak, maka Ibnu Abbas رضي الله عنهما telah memutuskan dendanya, iaitu membayar harganya, lalu dibawa ke Mekah. Demikianlah menurut riwayat Imam Baihaqi رحمه الله.

 

يَحكُمُ بِهِ ذَوا عَدلٍ مِّنكُم

menurut keputusan dua orang yang adil di antara kamu

Namun begitu, penetapan sama ada binatang itu sama atau tidak, perlulah dihakimi oleh orang lain. Hendaklah memilih dua orang yang adil pada waktu itu.

وقال ابن جرير : حدثنا ابن بشار ، حدثنا عبد الرحمن ، حدثنا شعبة ، عن منصور ، عن أبي وائل ، أخبرني أبو جرير البجلي قال : أصبت ظبيا وأنا محرم ، فذكرت ذلك لعمر ، فقال : ائت رجلين من إخوانك فليحكما عليك . فأتيت عبد الرحمن وسعدا ، فحكما علي بتيس أعفر .

وقال ابن جرير : حدثنا ابن وكيع ، حدثنا ابن عيينة ، عن مخارق عن طارق قال : أوطأ أربد ظبيا فقتلته وهو محرم فأتى عمر ; ليحكم عليه ، فقال له عمر : احكم معي ، فحكما فيه جديا ، قد جمع الماء والشجر . ثم قال عمر : ( يحكم به ذوا عدل منكم )

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Basysyar, telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Mansur, dari Abu Wail, telah menceritakan kepadaku Ibnu Jarir Al-Bajali, bahawa dia pernah membunuh seekor kijang, sedangkan dia dalam keadaan ihram. Lalu dia menceritakan hal itu kepada Khalifah Umar. Maka Khalifah Umar berkata, “Datangkanlah dua orang lelaki dari kalangan saudara-saudaramu, lalu hendaklah keduanya memutuskan perkaramu itu.”
Maka aku (Ibnu Jarir Al-Bajali) datang kepada Abdur Rahman dan Sa’d, lalu keduanya memberikan keputusan terhadap diriku agar membayar denda berupa seekor domba jantan berbulu kelabu.

(Sandnya sahih menurut Imam An-Nawawi dalam al-Majmu’ 7/423)

هَديًا بالِغَ الكَعبَةِ

sebagai had-yad yang dibawa sampai ke Kaabah

Sebagai hadiah yang akan disembelih di Kaabah. Dagingnya dibahagikan kepada fakir miskin yang ada di situ.

 

أَو كَفّٰرَةٌ طَعامُ مَسٰكينَ

atau (dendanya) membayar kaffarat dengan memberi makan orang-orang miskin

Dan kalau tidak ada binatang yang sebanding, maka hendaklah dibayar kafarah – memberi makan orang miskin. Ada yang mengatakan, bilangan orang yang perlu diberi makan adalah anggaran bilangan jumlah orang dapat makan dengan binatang yang telah dibunuh itu.

Imam Syafi’iy رحمه الله mengatakan, harga ternak yang semisal ditaksirkan sekiranya ada, kemudian harganya dibelikan makanan, lalu makanan itu disedekahkan. Setiap orang miskin mendapat satu mud menurut Imam Syafi’iy رحمه الله, Imam Malik رحمه الله, dan ulama’ fiqh Hijaz. Pendapat ini dipilih oleh Ibnu Jarir رحمه الله.

 

أَو عَدلُ ذٰلِكَ صِيامًا

atau berpuasa seimbang dengan makanan yang dikeluarkan itu, 

Jika orang yang bersangkutan tidak menemukan makanan —atau kita katakan menurut pendapat yang mengatakan boleh memilih sama ada beri makanan atau berpuasa — maka orang tersebut melakukan puasa sebagai ganti memberi makanan setiap orang miskin, iaitu setiap orang diganti untuk sehari puasa. Jika makanan yang sepatutnya disedekahkan itu boleh diberi makan kepada sepuluh orang, maka dia dikhendaki berpuasa selama sepuluh hari.

 

لِّيَذوقَ وَبالَ أَمرِهِ

supaya dia merasakan akibat buruk daripada perbuatannya. 

Dikenakan dengan hukuman yang agak berat ini supaya dia dapat merasakan hukuman Allah ‎ﷻ di atas kesilapannya. Ini dilaksanakan agar menjadi pengajaran baginya (supaya nanti tidak dia lakukan lagi).

 

عَفَا اللهُ عَمّا سَلَفَ

Allah telah memaafkan apa yang telah lalu.

Jika dahulu dia pernah membuat kesalahan itu semasa tidak tahu hukum, maka, ia telah dimaafkan. Allah‎ ﷻ sememangnya Amat Pemaaf.

 

وَمَن عادَ فَيَنتَقِمُ اللهُ مِنهُ

Dan barangsiapa yang kembali mengerjakannya, nescaya Allah akan menyeksanya. 

Namun jikakalau sudah tahu tetapi dengan sengaja mengulangi kesalahan itu semula, maka, Allah ‎ﷻ akan menghukumnya. Ia tidaklah sama jika kita buat kesalahan yang kedua setelah kita tahu. Jika tidak tahu, boleh dimaafkan lagi tetapi jikalau buat lagi setelah tahu, maka berat hukumannya.

 

وَاللهُ عَزيزٌ ذُو انتِقامٍ

Allah Maha Kuasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) menyeksa.

Allah ‎ﷻ boleh hukum kerana Allah ‎ﷻ Maha Perkasa. Dan Allah ‎ﷻ memang akan hukum, kerana lafaz al-aziz ada bersama dengan lafaz dzun-tiqam. Jika setakat dzun-tiqam sahaja, mungkin sahaja Allah ‎ﷻ tidak menggunakan kuasa-Nya untuk menghukum.


 

Maidah Ayat 96: Sebelum ini telah diberitahu larangan memburu binatang semasa dalam ihram. Dalam ayat ini dijelaskan lagi, bahawa binatang darat sahaja yang haram diburu semasa dalam ihram. Manakala binatang laut dibenarkan.

أُحِلَّ لَكُم صَيدُ البَحرِ وَطَعامُهُ مَتٰعًا لَّكُم وَلِلسَّيّارَةِ ۖ وَحُرِّمَ عَلَيكُم صَيدُ البَرِّ ما دُمتُم حُرُمًا ۗ وَاتَّقُوا اللهَ الَّذي إِلَيهِ تُحشَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Lawful to you is game from the sea and its food as provision for you and the travelers,¹ but forbidden to you is game from the land as long as you are in the state of iḥrām. And fear Allāh to whom you will be gathered.

  • Fishing and eating whatever is caught from the sea is permitted even during iḥrām.

(MELAYU)

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan.

 

أُحِلَّ لَكُم صَيدُ البَحرِ وَطَعامُهُ

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut

Dihalalkan bagi muhrim untuk menangkap binatang laut. Ramai yang mengembara mengerjakan Haji dan Umrah melalui jalan laut dahulu, dan bagi mereka itulah sahaja sumber makanan yang mereka boleh dapat. Maka Allah ‎ﷻ membenarkan mereka menangkap ikan dan makanan dari laut itu.

Kalimat صَيدُ البَحرِ adalah untuk tangkapan dari laut yang segar (yang ditangkap hidup-hidup) dan طَعامُهُ adalah yang asalnya dari laut, seperti ikan kering, sotong kering dan sebagainya. Boleh juga bermaksud makanan dari laut yang dicampak ke laut setelah ia mati. Boleh juga bermaksud apa-apa sahaja makanan dari laut.

 

مَتٰعًا لَّكُم وَلِلسَّيّارَةِ

sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; 

Memang makanan laut dibenarkan untuk kita semua. Dan untuk semua yang bermusafir yang menggunakan jalan laut. Maknanya, jika bukan dalam ihram pun, memang boleh tangkap makanan dalam laut itu.

Jumhur ulama’ menyimpulkan dalil yang menghalalkan bangkai haiwan laut dari ayat ini dan daripada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik ibnu Anas, daripada Ibnu Wahb;

Dan Ibnu Kaisan daripada Jabir ibnu Abdullah yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ mengirimkan sejumlah orang dalam suatu pasukan dengan misi khusus ke arah pantai. Dan Nabi ﷺ mengangkat Abu Ubaidah ibnul Jarrah sebagai pemimpin mereka. Jumlah mereka kurang lebih tiga ratus orang, dan perawi sendiri (yakni Jabir ibnu Abdullah) termasuk salah seorang daripada mereka.
Kami berangkat, dan ketika kami sampai di tengah jalan, semua bekalan yang kami bawa habis. Maka Abu Ubaidah ibnul Jarrah memerintahkan agar semua bekalan yang tersisa daripada pasukan itu dikumpulkan menjadi satu. Jabir ibnu Abdullah berkata, “Ketika itu bekalanku adalah buah kurma. Sejak itu Abu Ubaidah membahagi-bahagikan makanan sedikit demi sedikit, sehingga semua bekalan habis. Yang kami perolehi daripada bekalan itu hanyalah sebiji kurma. Kami benar-benar merasa kepayahan setelah bekalan kami habis.”
“Tidak lama kemudian sampailah kami di tepi pantai, dan tiba-tiba kami menjumpai seekor ikan paus yang besarnya sama dengan sebuah longgokan tanah yang besar. Maka pasukan itu memakan daging ikan paus tersebut selama lapan belas hari. Kemudian Abu Ubaidah memerintahkan agar dua buah tulang iga (rusuk) ikan itu ditegakkan, lalu dia memerintahkan agar seekor unta dilalukan di bawahnya; ternyata unta itu tidak menyentuh kedua tulang iga (rusuk) yang didirikan itu (kerana besarnya ikan itu).”
Hadith ini diketengahkan di dalam kitab Sahihain, dan mempunyai banyak jalur bersumber daripada Jabir ibnu Abdullah.

(HR. Muslim No. 1935)

 

Di dalam kitab Sahih Muslim, melalui riwayat Abuz Zubair, daripada Jabir disebutkan,

“Tiba-tiba di pinggir laut terdapat haiwan yang besarnya seperti tompokan tanah yang sangat besar. Lalu kami menghampirinya, ternyata haiwan tersebut adalah seekor ikan yang dikenali dengan nama ikan paus ‘anbar’.” Abu Ubaidah mengatakan bahawa haiwan ini telah mati. Tetapi akhirnya Abu Ubaidah berkata, “Tidak, kami adalah utusan Rasulullah ﷺ, sedangkan kalian dalam keadaan darurat. Maka makanlah haiwan ini oleh kalian.”
Jabir melanjutkan kisahnya, “Kami memakan ikan tersebut selama satu bulan, sedangkan jumlah kami seluruhnya ada tiga ratus orang, hingga kami semua gemuk kerananya. Kami mencedok minyak ikan daripada kedua mata ikan itu dengan memakai ember (timba) besar, dan daripada bahagian mata itu kami dapat memotong daging sebesar kepala banteng (lembu).”
Jabir mengatakan bahawa Abu Ubaidah mengambil tiga belas orang lelaki, lalu mendudukkan mereka pada liang kedua mata ikan itu, dan ternyata mereka semuanya muat di dalamnya. Lalu Abu Ubaidah mengambil salah satu daripada tulang iga (rusuk) ikan itu dan menegakkannya, kemudian memerintahkan agar melalukan seekor unta yang paling besar yang ada pada kami di bawahnya, dan ternyata unta itu dapat melaluinya dari bawahnya. Kami sempat mengambil bekal daging ikan itu dalam jumlah yang berwasaq-wasaq (cukup banyak).
Selanjutnya Jabir berkata, “Ketika kami tiba di Madinah, kami mengadap kepada Rasulullah ﷺ dan menceritakan kepadanya hal tersebut, maka baginda ﷺ bersabda:

“هُوَ رِزْقٌ أَخْرَجَهُ اللَّهُ لَكُمْ، هَلْ مَعَكُمْ مِنْ لَحْمِهِ شَيْءٌ فَتُطْعِمُونَا؟

Ikan itu adalah rezeki yang dikeluarkan oleh Allah bagi kalian, apakah masih ada pada kalian sesuatu daripada dagingnya untuk makan kami’?”
Jabir melanjutkan kisahnya, “Lalu kami kirimkan kepada Rasulullah ﷺ sebahagian daripadanya, dan baginda ﷺ memakannya.”

(HR. Muslim No. 1935)

 

Maka daripada hadith-hadith ini kita dapat mengambil hukum bahawa makanan laut itu halal kepada semua orang walaupun bukan dalam musafir. Di dalam riwayat yang lain:

وَقَالَ مَالِكٌ، عَنْ صَفْوَانَ بْنِ سُلَيم، عَنْ سَعِيدِ بْنِ سَلَمة -مِنْ آلِ ابْنِ الْأَزْرَقِ: أَنَّ الْمُغِيرَةَ بْنَ أَبِي بُرْدَةَ-وَهُوَ مِنْ بَنِي عَبْدِ الدَّارِ-أَخْبَرَهُ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ: سَأَلَ رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّا نَرْكَبُ الْبَحْرَ، وَنَحْمِلُ مَعَنَا الْقَلِيلَ مِنَ الْمَاءِ، فَإِنْ تَوَضَّأْنَا بِهِ عَطِشْنَا، أَفَنَتَوَضَّأُ بِمَاءِ الْبَحْرِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “هُوَ الطَّهُور مَاؤُهُ الحِلّ مَيْتَتُهُ”.

Malik telah meriwayatkan daripada Safwan ibnu Salim, daripada Sa’id ibnu Salamah, dalam kalangan keluarga Ibnul Azraq, bahwa Al-Mugirah ibnu Abu Burdah dalam kalangan Bani Abdud Dar pernah menceritakan kepadanya bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah ﷺ, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami biasa menggunakan jalan laut, dan kami hanya membawa persediaan air tawar yang sedikit. Jika kami menggunakannya untuk wudhu’, nescaya kami nanti akan kehausan. Maka bolehkah kami berwudhu’ dengan menggunakan air laut?” Maka Rasulullah ﷺ menjawab: Laut itu suci airnya dan halal bangkainya.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua orang imam —iaitu Imam Syafi’iy dan Imam Ahmad ibnu Hambal— serta empat orang pemilik kitab Sunan, dan dinilai sahih oleh Imam Bukhari, Imam Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban serta lain-lainnya. Dan telah diriwayatkan hal yang semisal daripada sejumlah sahabat Nabi ﷺ, daripada Nabi ﷺ.

وَحُرِّمَ عَلَيكُم صَيدُ البَرِّ ما دُمتُم حُرُمًا

dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram.

Yang diharamkan bagi muhrim adalah memburu binatang darat, selama dalam ihram.

 

وَاتَّقُوا اللهَ الَّذي إِلَيهِ تُحشَرونَ

Dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan.

Hendaklah bertaqwa dengan menjaga hukum Allah ‎ﷻ dan takutlah kepada Allah ‎ﷻ. Ini kerana kita akan bertemu dengan-Nya nanti dan akan ditanya apa yang kita telah lakukan selama di dunia. Adakah kita menjaga hukum yang telah diperintahkan-Nya ataupun tidak?

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 22 Ogos 2021


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Maariful Qur’an

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 90 – 92 (Larangan arak dan judi)

Maidah Ayat 90: Kalau sebelum ini telah disebut tentang larangan mengharamkan yang halal, sekarang disebut tentang perkara haram yang tidak boleh dilakukan.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا إِنَّمَا الخَمرُ وَالمَيسِرُ وَالأَنصابُ وَالأَزلٰمُ رِجسٌ مِّن عَمَلِ الشَّيطٰنِ فَاجتَنِبوهُ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, indeed, intoxicants, gambling, [sacrificing on] stone alters [to other than Allāh], and divining arrows are but defilement from the work of Satan, so avoid¹ it that you may be successful.

  • The prohibition understood from the word “avoid” is stronger than if Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā) had merely said, “Abstain.” The former requires distancing oneself from anything remotely related to these practices.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perkara buruk termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا إِنَّمَا الخَمرُ

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar,

Ini adalah hukum pengharaman arak. Ramai yang sudah tahu bahawa ia sememangnya haram, tetapi masih ada lagi yang mencuba mengelak untuk lari daripada hukum ini. Pelbagai hujah yang mereka gunakan.

Antaranya mereka kata, kalau minum sedikit dan tidak memabukkan, maka ia tidak haram. Atau ada yang kata kalau tidak salat, tidak mengapa kalau mahu diminum arak itu. Dan berbagai-bagai lagi hujah yang pelik yang digunakan oleh manusia. Itu semua kerana tidak mahu taat kepada hukum Allah ‎ﷻ. Sedangkan dalam ayat ini, dengan jelas mengatakan yang arak itu haram. Tidak kira pada masa bila pun, ia adalah haram.

Dari segi bahasa, kalimah الخَمرُ daripada kalimah خمرُ yang bermaksud ‘penutup’. Jadi, dari sini kita boleh tahu sifat arak itu yang menutup minda dan akal manusia. Apabila diminum, boleh menyebabkan mabuk sehingga akal tidak tahu apa yang mereka buat dan apa yang dikatakan oleh mulut mereka.

Khamr asal sebenarnya bermaksud arak perahan anggur. Tetapi bukan itu sahaja yang termasuk dalam ayat ini. Apa sahaja yang memabukkan dikira haram, tidak kira daripada bahan apa ia diperbuat:

وَرَوَى مُسْلِمٌ عَنْ أَبِي الرَّبِيعِ، عَنْ حَمَّادِ بْنِ زَيْدٍ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “كُلُّ مُسكر خَمْرٌ، وَكُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ، وَمَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَمَاتَ وَهُوَ يُدْمنها وَلَمْ يَتُبْ مِنْهَا لَمْ يَشْرَبْهَا فِي الْآخِرَةِ”.

Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Rafi’, daripada Hammad ibnu Zaid, daripada Ayyub, daripada Nafi’, daripada Ibnu Umar yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda: Setiap yang memabukkan adalah khamr, dan setiap yang memabukkan adalah haram. Dan barangsiapa minum khamr, lalu mati dalam keadaan masih kecanduan khamr dan belum bertaubat daripada perbuatannya itu, maka kelak di akhirat dia tidak dapat meminum khamr (di syurga).

(HR. Muslim No. 2003, daripada Ibnu Umar رضي الله عنه)

Terdapat banyak sekali keburukan daripada arak ini yang menyebabkan keluarga, masyarakat dan negara boleh menjadi porak peranda disebabkan olehnya. Allah ‎ﷻ tahu apakah yang buruk untuk diri kita, maka Allah‎ ﷻ telah mengharamkannya supaya kita tidak lagi terjerumus ke dalam masalah-masalah itu.

Dan kita perlu ingat, bahawa arak itu bukan sahaja diharamkan untuk diminum sahaja, tetapi ada banyak lagi kesalahan yang melibatkannya. Seperti yang disebut dalam hadith:

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: لعن رسُول الله صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرةً: عاصرها، ومعتصرها، وشاربها، وحاملها، والمحمولة إليه، وساقيها، وبائعها، وآكل ثمنها، والمشتري لها، والمشتراة له. أخرجه الترمذي وابن ماجه

“Rasulullah ﷺ melaknat tentang arak, sepuluh golongan:

(1) yang memerahnya,
(2) yang minta diperahkan untuknya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarnya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya.

(HR . Tirmidzi No. 1295, Ibnu Majah No. 3381, daripada Anas رضي الله عنه. Sahih lighairih menurut Syeikh Al-Albani dalam Talhrij Misykatul Masabih No. 2707. Hasan menurut Al-Wadi’ie dalam Sahih Musnad No. 59)

Maka, jangan kita terlibat langsung dengan arak. Sebab itulah dalam ayat ini, lafaz yang digunakan adalah فَاجتَنِبوهُ (maka jauhilah ia), bukan ‘jangan buat’. Bila dikatakan menjauhinya, maka jangan ada kena mengena langsung dengannya.

Perkara yang haram seperti arak juga tidak boleh diperniagakan:

حَدِيثٌ آخَرُ: قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا يَعْلَى، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ، عَنِ الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ؛ أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ وَعْلَة قَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ عَنْ بَيْعِ الْخَمْرِ، فَقَالَ: كَانَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدِيقٌ مِنْ ثَقِيفٍ -أَوْ: مِنْ دَوْسٍ-فَلَقِيَهُ يَوْمَ الْفَتْحِ بِرَاوِيَةِ خَمْرٍ يُهْدِيهَا إِلَيْهِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “يَا فُلَانُ، أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ اللَّهَ حَرَّمَهَا؟ ” فَأَقْبَلَ الرَّجُلُ عَلَى غُلَامِهِ فَقَالَ: اذْهَبْ فَبِعْهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “يَا فُلَانُ، بِمَاذَا أَمَرْتَهُ؟ ” فَقَالَ: أَمَرْتُهُ أَنْ يَبِيعَهَا. قَالَ: “إِنَّ الَّذِي حَرَّمَ شُرْبَهَا حَرَّمَ بَيْعَهَا”. فَأَمَرَ بِهَا فَأُفْرِغَتْ فِي الْبَطْحَاءِ.

Hadith diriwayatkan oleh Imam Ahmad, telah menceritakan kepada kami Ya’la, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ishaq, dari Al-Qa’qa’ ibnu Hakim; Abdur Rahman ibnu Wa’lah mengatakan bahawa dia pernah bertanya kepada Ibnu Abbas mengenai masalah menjual khamr. Ibnu Abbas رضي الله عنهما menjawab bahawa dahulu Rasulullah ﷺ mempunyai seorang teman daripada Bani Saqif atau Bani Daus. Rasulullah ﷺ bersua dengannya pada hari kemenangan ke atas kota Mekah, pada waktu itu dia membawa sebalang khamr yang hendak dia hadiahkan kepada Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ bersabda, “Hai Fulan, tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah telah mengharamkannya?” Maka lelaki itu datang kepada pelayannya dan berkata kepadanya, “Pergilah, dan juallah khamr ini.” Rasulullah ﷺ bersabda, “Hai Fulan, apakah yang kamu perintahkan kepada pelayanmu?”Lelaki itu menjawab, “Saya perintahkan dia untuk menjualnya.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya sesuatu yang diharamkan meminumnya diharamkan pula memperjual belikannya. Lalu Rasulullah ﷺ memerintahkan agar khamr itu ditumpahkan, kemudian ditumpahkan di Batha.

(HR. Ahmad No. 2824, disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dan Ahmad Syakir)

Nota: Mungkin timbul satu persoalan tentang bolehkan khamr digunakan sebagai ubat? Pendapat yang kuat mengatakan tidak boleh sama sekali kerana daripada hadith Nabi ﷺ sendiri, baginda mengatakan bahawa khamr itu bukanlah ubat, malah ia adalah penyakit.

Dan kalau ada yang mengatakan ia termasuk dalam perkara darurat, ketahuilah pengubatan bukanlah termasuk dalam perkara darurat. Boleh rujuk perbahasan itu di sini.

Arak diharamkan kerana ada banyak keburukan padanya. Akal yang sihat pun boleh faham perkara ini. Kerana itulah dalam tahun 1920-an, Kerajaan Amerika pernah mengharamkan arak (Prohibition Act). Akan tetapi ia tidak dapat diteruskan disebabkan mendapat tentangan yang kuat dalam masyarakat. Ini kerana mereka tidak ada iman.

Sedangkan masyarakat Arab jahiliyah pada masa dahulu pun biasa meminum arak. Namun Islam mengambil pendekatan mengharamkannya dengan cara berperingkat. Tidaklah terus diharamkan tetapi mendidik mereka untuk menolak sedikit demi sedikit.

Peringkat pertama: Arak itu ada kelebihan, tetapi keburukan lebih banyak. Ini disebut dalam Baqarah:219

Peringkat kedua: Tidak boleh minum arak apabila hendak salat. Ini disebut dalam Nisa’:43

Peringkat ketiga: Larangan terus di dalam ayat Maidah:90 ini.

وَالمَيسِرُ

dan berjudi

Apakah maksud judi? Ramai yang keliru dan banyak persoalan tentang perkara ini. Ia adalah satu perlumbaan untuk mendapatkan sesuatu yang menyebabkan kegembiraan bagi satu pihak dan kekecewaan kepada pihak yang lain pula. Maknanya terdapat pertaruhan dan mesti ada yang kalah dan ada yang menang. Satu pihak untung dan satu pihak rugi (zero sum game).

Ia juga boleh dikira hangus duit pertaruhan. Contohnya, ada masuk pertandingan memancing dan dikenakan letak duit dahulu. Itu dikira judi walaupun niatnya hanyalah sebagai permainan, buat untuk suka-suka sahaja. Ia dianggap sebagai judi kerana orang itu akan hilang wang pertaruhannya itu. Dan wang itulah pula yang dijadikan sebagai hadiah kemenangan nanti. Memang orang selalu orang letak nama ‘pertandingan’. Namun begitu, tidak kiralah nama apa yang diletakkan, tetapi kalau mengandungi unsur judi, maka ia dikira sebagai judilah juga.

Ini tidak sama dengan ‘cabutan bertuah’ kerana tidak ada kerugian pada mana-mana pihak. Ini adalah kerana pekedai yang mengeluarkan duit sendiri yang menawarkan hadiah kepada sesiapa yang mendapat hadiah cabutan bertuah itu. Orang yang menang itu pula tidak meletakkan sebarang duit pun sebagai pertaruhan. Oleh itu, ia tidak merugikan sesiapa, malah ada yang untung sahaja. .

وَالأَنصابُ

dan berhala

Perkara ketiga yang dilarang dalam ayat ini adalah penyembahan patung berhala atau benda-benda yang dipuja seperti gambar. Ramai manusia yang membuat gambar roh dan Nabi, dan pelbagai gambar atau patung untuk dijadikan sebagai tempat pemujaan.

Asalnya ia dijadikan sebagai peringatan kepada orang yang baik-baik, yang alim, yang warak semasa hidup mereka. Atau dijadikan sebagai peringatan kepada kejadian yang penting pada zaman dahulu. Namun lama kelamaan, ia telah bertukar sifat sehingga orang yang kemudian menjadikan makam bagi tempat itu dan menyembah atau memujanya.

Ini adalah kerana kejahilan manusia dan syaitan akan sentiasa meniupkan kesyirikan dalam hati manusia. Orang yang mula-mula buat patung, gambar atau tugu itu tidaklah menyembah sebagai ilah, tetapi keturunan yang datang kemudian yang menjadikan ia lebih lagi.

Inilah masalah jika manusia memang mempunyai akidah yang lemah. Mereka akan terpesona dengan sesuatu perkara itu dan mula menyembah atau menganggapnya istimewa.

Oleh kerana itu, kita tidak boleh menghormati sesuatu benda itu berlebihan. Sebagai contoh, patung kanak-kanak memang secara dasar memang dibenarkan, tetapi jangan kita hormati anak patung itu. Kita kenalah baling, pijak ia supaya tidak ada rasa kasih sayang berlebihan kepadanya.

Itulah sebabnya dilarang untuk menggantung gambar sesiapa pun di rumah atau di kedai kerana katakanlah kita menggantung gambar datuk kita, sebagai memperingati dia sahaja tetapi jika rumah kita terbakar, dan kita mendapati gambar datuk kita itu selamat sahaja, apa yang kita rasa? Maka, untuk keselamatan dan menjaga akidah, tidak perlulah digantung gambar di rumah kita. Kalau ada, silalah turunkan dan simpan dalam album sahaja (sebagai kenang-kenangan).

Jika akidah kita molek, tidaklah berasa apa-apa, tetapi kalau akidah ada masalah, tentu dia akan berkata gambar datuk itu ada keramat (atau datuk kita itu ada keramat). Begitu jugalah kalau digantung gambar-gambar pemimpin yang banyak dilakukan sekarang. Kalau tidak jadi apa-apa, memang selamatlah, tetapi katakanlah kalau ada kejadian pelik dan gambar orang itu ada di situ? Entah apalah nanti dikatakan orang.

Ada empat perkara yang diharamkan dalam ayat ini: arak, judi, berhala dan mengundi nasib. Dalam banyak-banyak ini, berhala itu jelas haram hukumnya, bukan? Allah ‎ﷻ meletakkannya sekali dengan tiga perkara yang lain itu untuk memberitahu: semua itu adalah perkara yang buruk dan berdosa. Semua itu dosa besar maka jangan diperkecilkan.

حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة ومحمد بن الصباح قالا حدثنا محمد بن سليمان بن الأصبهاني عن سهيل عن أبيه عن أبي هريرة قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مدمن الخمر كعابد وثن

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Muhammad bin As Shabah keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sulaiman bin Al Ashbahani dari Suhail dari Ayahnya dari Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Pecandu khamer seperti penyembah berhala.”

(Sunan Ibn Majah (3366))

Status: sahih

وَالأَزلٰمُ

dan mengundi nasib dengan panah,

Iaitu mencari untung nasib dengan mencampak benda-benda. Asal azlam ialah anak-anak panah (yang tidak diberi bulu keseimbangan dan tidak diberi hujung kerana ia bukan digunakan untuk memanah). Alat ini biasa golongan zaman dahulu digunakan untuk mengundi nasib. Mereka akan menggunakan anak panah itu sebagai cara untuk membuat keputusan pemilihan.

Mengundi nasib dengan anak panah ini berbeza dengan undian perjudian kerana itu telah disebut dalam bab maysir sebelum ini. Perhatikan kata mengundi ‘nasib’, jadi yang diundi itu adalah nasib, bukan menang atau kalah dalam berjudi.

Istilah itu merupakan terjemahan daripada kata bahasa Arab: AZLAM. Azlam adalah bentuk jamak daripada zulam atau zalam. Memang sering diterjemahkan dengan istilah mengundi nasib dengan anak panah. Tetapi yang terjadi sesungguhnya bukan bab perjudian, melainkan mengundi pilihan hidup dengan menggunakan anak panah.

Disebutkan bahawa ketika masa jahiliyyah, apabila seseorang dalam keadaan bingung atas pilihan-pilihan hidup, mereka bukannya melakukan salat istikharah seperti ajaran Rasulullah ﷺ, tetapi mendatangi para dukun untuk meminta nasihat. Lalu dukun akan melakukan pengundian dengan mengocok anak panah. Di tiap-tiap hujung anak panah itu dituliskan: Kerjakan – Jangan Kerjakan – Ulangi (kosong pada anak panah itu).

Anak panah dengan panjang yang sama itu dikumpulkan di dalam satu bekas. Lalu dikeluarkan salah satunya tanpa dilihat. Jika keluar tulisan ‘kerjakan’, maka perkara itu akan dikerjakan. Namun jika tertulis ‘jangan kerjakan’, maka perkara tersebut tidak akan dilakukan. Jika keluar yang tidak bertuliskan apa-apa, undian nasib tadi akan diulang.

Kira-kira kalau di masa kita ini mirip orang menghitung kad ‘ya’ atau ‘tidak’. Jadi tidak semestinya ditetapkan: “Nah! Perbuatan seperti inilah yang dikatakan dengan mengundi nasib dengan anak panah”.

Illat (penyebab) keharamannya adalah percaya kepada tahayul (khurafat) dengan meninggalkan pertimbangan akal yang sihat. Mereka hanya serahkan sahaja kepada nasib dan ini tidak bagus. Sedangkan Allah ‎ﷻ sudah berikan kita akal untuk menilai sesuatu perkara itu patut dilakukan ataupun tidak.

Akan tetapi, ada juga pengundian yang dibenarkan. Bukanlah semua haram. Katakanlah ada pembahagian harta seperti rumah kepada empat orang. Semua rumah itu sama sahaja, tetapi tidak tahu siapa akan mendapat rumah yang mana. Maka dalam hal ini boleh menggunakan cara pengundian.

رِجسٌ مِّن عَمَلِ الشَّيطٰنِ

adalah perkara buruk termasuk perbuatan syaitan.

Semua perkara yang disebut di atas adalah perbuatan yang berdosa di sisi Allah ‎ﷻ. Ia tidak patut dilakukan oleh seorang yang beriman dan ada akal yang waras.

Itu semua adalah daripada ajaran syaitan. Mereka yang mengajar manusia untuk membuat semua perkara itu kerana mereka suruh manusia lawan Tuhan. Jika sudah mula buat, maka akan susah untuk keluar daripada perbuatan itu.

Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa rijsun ertinya perbuatan yang dimurkai (Allah ‎ﷻ) dan termasuk perbuatan syaitan. Menurut Sa’id ibnu Jubair, erti rijsun ialah dosa. Sedangkan menurut Zaid ibnu Aslam disebutkan bahawa makna rijsun ialah jahat, termasuk perbuatan syaitan. Kesimpulannya, ia adalah perbuatan berdosa dan hendaklah ditinggalkan.

فَاجتَنِبوهُ

Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu

Setelah kita tahu keburukan semua perkara itu, maka hendaklah kita jauhi dan jangan cebur diri. Jangan ada kena mengena langsung. Bukan sahaja kita tidak buat, malah jangan mendekati langsung kerana jika sudah buat, susah untuk meninggalkannya.

Itu semua perkara yang jelas haram maka tidak boleh menghalalkannya. Nama mungkin berubah dari masa ke semasa, tetapi hukum haram tetap haram. Sebagai contoh, ada yang letak nama arak dengan nama ‘tuak’ dan sebagainya; ada yang letak perjudian sebagai ‘sports toto’, cabutan bertuah, pertandingan memancing dan sebagainya, tetapi jika ia mengandungi unsur judi, ia masih juga dikategorikan sebagai judi dan tetap haram hukumnya.

لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

agar kamu mendapat kejayaan.

Moga-moga dengan kita meninggalkan langsung dan tidak mendekati perkara-perkara yang telah diharamkan itu, dapatlah kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Maknanya untuk berjaya dunia dan akhirat mestilah tinggalkan semua perkara di atas.


Maidah Ayat 91: Sebelum ini telah disebut bagaimana perbuatan yang diharamkan di atas adalah daripada perbuatan syaitan. Kita kena sedar yang syaitan tidak ada kebaikan yang mereka akan bawa kepada kita.

Tidak akan ada keberkatan pada benda yang mereka ajar dan tidak ada jaminan kebaikan di akhirat. Maka hendaklah kita menjauhkan diri kita sejauh-jauhnya. Maka kenalah tahu cara-cara syaitan menipu kita. Kena belajar ‘talbis Iblis’ (belitan Iblis).

إِنَّما يُريدُ الشَّيطٰنُ أَن يوقِعَ بَينَكُمُ العَدٰوَةَ وَالبَغضاءَ فِي الخَمرِ وَالمَيسِرِ وَيَصُدَّكُم عَن ذِكرِ اللهِ وَعَنِ الصَّلوةِ ۖ فَهَل أَنتُم مُنتَهونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Satan only wants to cause between you animosity and hatred through intoxicants and gambling and to avert you from the remembrance of Allāh and from prayer. So will you not desist?

(MALAY)

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka adakah kamu hendak berhenti?

إِنَّما يُريدُ الشَّيطٰنُ أَن يوقِعَ بَينَكُمُ العَدٰوَةَ وَالبَغضاءَ

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu 

Syaitan sangat ingin menjerumuskan manusia ke dalam perbalahan dan kebencian. Mereka menggunakan arak dan perjudian untuk mencapainya. Mereka lakukan itu kerana mereka tidak puas hati dengan umat manusia.

Maka mereka akan hasut manusia untuk berbalah dan benci sesama sendiri sampai boleh jadi perbunuhan. Jika dilihat daripada statistik, tempat yang ada dijual arak, akan ada masalah di tempat itu. Kalau dibandingkan sebelum ada penjualan arak dan selepas arak, memang ada bezanya.

فِي الخَمرِ وَالمَيسِرِ

lantaran khamar dan berjudi itu, 

Senjata yang mereka banyak gunakan adalah lebih-lebih lagi pada arak dan judi. Apabila manusia melibatkan diri dengan arak dan judi, manusia akan berkata sesuatu perkara yang boleh menyebabkan perkelahian. Ini kerana apabila minum arak sampai mabuk, akal yang sihat sudah tiada lagi waktu itu. Mulut akan lepas cakap sahaja dan ini bahaya dan boleh menyebabkan pergaduhan sehingga boleh mengakibatkan terjadinya pembunuhan.

Begitu juga dengan perjudian. Apabila berjudi, pasti akan ada seseorang yang akan mengalami kerugian, mungkin kehilangan harta serta duit yang banyak. Ini akan menyebabkan dia sanggup melakukan apa-apa sahaja yang akan merosakkan diri sendiri dan masyarakat. Ibn Qatadah رحمه الله mengatakan, orang Arab Jahiliyah jika berjudi, ada yang bertaruh dengan segala hartanya, termasuk anak isteri sekali.

Oleh itu, di sini jelas sekali menunjukkan arak dan judi akan menyebabkan terjadinya masyarakat yang ganas. Jika kerajaan yang pandai, mereka akan mengharamkan dua perkara ini. Namun apakan daya, hasil cukai daripada keduanya juga banyak.

وَيَصُدَّكُم عَن ذِكرِ اللهِ وَعَنِ الصَّلَوٰةِ

dan menghalangi kamu daripada mengingat Allah dan sembahyang; 

Bukan itu sahaja, perbuatan arak dan judi juga akan menghalang manusia daripada mengingati Allah ‎ﷻ. Apabila sudah meminum arak dan bermain judi, tidaklah mereka akan ingat kepada Allah ‎ﷻ lagi.

Lebih-lebih lagi syaitan hendak menjauhkan manusia daripada salat. Salat adalah perbuatan minimum mengingati Allah ‎ﷻ. Jika kita tidak ingat Allah ‎ﷻ sepanjang masa pun, tentu kita akan ingat Allah ‎ﷻ semasa salat, bukan? Tetapi kalau asyik sibuk minum arak dan main judi, tidaklah mereka itu akan salat.

Syaitan juga akan menghalang manusia daripada melakukan salat. Ini adalah antara pertama kali mereka akan menghasut manusia. Kita lihatlah agama terdahulu sebelum kita seperti Yahudi dan Nasara. Dua agama itu sebenarnya ada ibadah salat juga. Akan tetapi kita pun lihat mereka tidak salat sekarang.

Bagaimana dengan masyarakat Islam kita sendiri? Ramai yang salat, tetapi ramai juga yang tidak salat. Dan amat menyedihkan apabila mereka boleh selamba sahaja bila tidak salat. Langsung tidak mempunyai rasa malu atau bersalah. Orang yang di sekeliling mereka pun seolah-olah boleh terima kalau ada yang tidak salat. Ia sudah jadi perkara yang biasa sahaja. Adakah anda kenal dalam kalangan anda yang tidak salat? Rasa dapat agak, tentu sekali ada, bukan?

فَهَل أَنتُم مُنتَهونَ

maka adakah kamu hendak berhenti?

Setelah diberitahu segala hujah-hujah itu, Allah ‎ﷻ tanya, adakah kamu mahu berhenti daripada arak dan judi? Ini soalan retorik sahaja, kerana memang kena berhenti pun. Allah ‎ﷻ telah memberikan amaran, kalau buat juga, maka akan menyebabkan perkara-perkara yang telah disebut tadi terjadi.

Sepatutnya kerajaan di negara Islam tidak ada dua perkara ini. Patutnya ia diharamkan sudah lama lagi. Kalau terdapat mereka yang daripada agama lain pun, mereka sepatutnya tidak dibenarkan minum arak dan berjudi. Perbuatan ini sebenarnya memang diharamkan dalam agama mereka juga.

Saya teringat satu perdebatan di Parlimen. Ada Ahli Parlimen Melayu yang mempertahankan arak dan judi. Hujahnya, ia budaya bagi orang yang bukan Islam, maka kenalah dibenarkan. Seorang Ahli Parlimen Non-Muslim bangun dan membalas: ia bukan budaya agama mereka, tetapi perbuatan orang jahat dalam kalangan mereka!


Maidah Ayat 92: Arak dan judi wajib ditinggalkan kerana ia adalah larangan Allah ‎ﷻ dan Rasul.

وَأَطيعُوا اللهَ وَأَطيعُوا الرَّسولَ وَاحذَروا ۚ فَإِن تَوَلَّيتُم فَاعلَموا أَنَّما عَلىٰ رَسولِنَا البَلٰغُ المُبينُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And obey Allāh and obey the Messenger and beware. And if you turn away – then know that upon Our Messenger is only [the responsibility for] clear notification.

(MALAY)

Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul-(Nya) dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kewajiban Rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.

وَأَطيعُوا اللهَ وَأَطيعُوا الرَّسولَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul

Segala hukum yang telah disebut adalah daripada Allah ‎ﷻ yang disampaikan oleh Rasul-Nya. Kena taat pada semua hukum yang melibatkan semua perkara dalam kehidupan.

وَاحذَروا

dan berhati-hatilah kamu semua

Hendaklah kita berwaspada dalam kehidupan supaya jangan ada perkara yang boleh bercanggah dengan hukum. Jangan derhaka kepada Allah ‎ﷻ dengan menolak hukum-Nya. Dalam setiap perkara yang kita lakukan, ada hukum halal dan haramnya. Maka hendaklah kita belajar supaya kita tahu apakah hukum sesuatu perbuatan itu.

فَإِن تَوَلَّيتُم فَاعلَموا أَنَّما عَلىٰ رَسولِنَا البَلٰغُ المُبينُ

Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.

Tetapi jika berpaling juga daripada peringatan ini, kena tahulah yang tugas Rasul itu tidaklah memaksa sebaliknya tugas baginda adalah untuk menyampaikan sahaja sejelas mungkin.

Rasulullah ﷺ sudah menjalankan tugas baginda menyampaikan agama kepada manusia. Baginda tidak terkesan kalau kita tidak mengikut nasihat baginda. Yang terkesan adalah kita sendiri.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 13 November 2021


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Maariful Qur’an

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 85 – 89 (Larangan berpantang makanan)

Maidah Ayat 85: Ini adalah jenis ayat Tabshir Ukhrawi (berita gembira dengan pembalasan baik di akhirat).

فَأَثٰبَهُمُ اللهُ بِما قالوا جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها ۚ وَذٰلِكَ جَزاءُ المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So Allāh rewarded them for what they said¹ with gardens [in Paradise] beneath which rivers flow, wherein they abide eternally. And that is the reward of doers of good.

  • i.e., their admission and acceptance of the truth and commitment to Allāh’s religion (Islām).

(MALAY)

Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan (yang ikhlas keimanannya).

 

فَأَثٰبَهُمُ اللهُ بِما قالوا

Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, 

Allah balas perkataan mereka kerana iktikad mereka pun begitu juga. Mereka bukan cakap sahaja, tapi mereka pegang dalam hati mereka apa yang mereka katakan. Dan mereka teruskan dengan masuk Islam dan beramal dengan kebaikan dan taat kepada hukum Allah. Maka Allah balas mereka dengan syurga.

 

جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, 

Allah masukkan ke dalam kebun-kebun syurga. Nikmat yang ada dalam syurga itu amat banyak sekali sampaikan tidak dapat dijelaskan. Allah cuma jelaskan yang ada sungai-sungai yang mengalir di dalam syurga itu untuk kegunaan ahli syurga.

Ini memberi isyarat kepada keindahan dan kenikmatan kerana orang-orang Arab itu amat sukakan kepada air kerana tempat mereka tidak banyak air. Jadi kalau ada sungai di tempat tinggal, itu memang nikmat besar sangat.

 

خٰلِدينَ فيها

sedang mereka kekal di dalamnya.

Kalau duduk di syurga itu sekejap sahaja, tidaklah nikmat sangat. Tapi Allah janji yang mereka akan kekal di dalam syurga itu. Dan memang sesiapa yang masuk syurga akan kekal di dalamnya. Tidak akan dikeluarkan sampai bila-bila.

 

وَذٰلِكَ جَزاءُ المُحسِنينَ

Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan

Itu adalah balasan bagi mereka yang memiliki hati yang baik. Walaupun mereka baru kepada Islam, tapi mereka itu memang sudah orang yang baik. Orang yang baik sebelum masuk Islam, mereka akan terus kekal baik selepas masuk Islam.

Begitulah kalau golongan Kristian itu sudah kenal agama Islam dan wahyu dari Allah. Akan tetapi kalau kita tidak sampaikan kepada mereka wahyu Allah ini, lalu bagaimana mereka hendak tahu? Adakah kita sudah jalankan tugas kita untuk sampaikan dakwah kepada mereka?


 

Maidah Ayat 86: Ayat takhwif ukhrawi (penakutan dengan azab di akhirat).

وَالَّذينَ كَفَروا وَكَذَّبوا بِئآيٰتِنا أُولٰئِكَ أَصحٰبُ الجَحيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who disbelieved and denied Our signs – they are the companions of Hellfire.

(MALAY)

Dan orang-orang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka.

 

وَالَّذينَ كَفَروا

Dan orang-orang kafir

Sebelum ini telah disebut tentang mereka yang menerima kebenaran wahyu; bagaimana pula kalau mereka yang kufur – menutup kebenaran yang sudah sampai kepada mereka?

 

وَكَذَّبوا بِئآيٰتِنا

serta mendustakan ayat-ayat Kami,

Dan apabila sampai wahyu Allah kepada mereka, mereka kata itu semua dusta belaka, mereka tidak mahu terima. Apa yang akan dibalas kepada mereka?

 

أُولٰئِكَ أَصحٰبُ الجَحيمِ

mereka itulah penghuni neraka.

Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Dan apabila dikatakan mereka ashabun jaheem, itu maksudnya mereka akan kekal dalam neraka itu, tidak keluar sampai bila-bila.

Sekian Ruku’ 11 dari 16 ruku’ dalam surah ini.


 

Maidah Ayat 87: Ini ayat untuk nafi ‘syirik amali’ (perbuatan syirik), iaitu ada manusia yang mengharamkan perkara yang Allah ‎ﷻ telah halalkan. Dan ada yang halalkan perkara yang Allah‎ ﷻ telah haramkan.

Dan perkara yang selalu berlaku adalah dalam hal pemakanan. Kita kena ingat, mana makanan yang Allah sudah halalkan, tidak boleh diharamkan dengan berpantang. Kalau seseorang itu pernah berpantang, dia kena batalkan pantangnya itu dengan serta merta – wajib dia kena makan sebagai isyarat untuk batalkan pantangnya itu.

Perkara ini perlu disentuh kerana sebelum ini di dalam ayat 82, ada disebut tentang rahib. Dalam ayat itu seperti ada pujian terhadap mereka. Dan kita pun tahu kehidupan mereka ini pelik sedikit, iaitu mereka menolak nikmat dunia. Takut ada pula yang ikut cara hidup mereka yang salah itu. Maka disentuh dalam ayat ini tentang kesalahan menolak nikmat dunia dengan mengharamkan ke atas diri.

Mengharamkan makan jenis-jenis makanan juga ada dalam masyarakat kita. Ia hendaklah ditinggalkan. Contohnya, katakanlah sebelum ini, dia telah diberikan peringatan agar tidak memakan ikan kekacang dan buluh betong hanya kerana dia berketurunan Wan atau Nik (di Kelantan). Maka, dia haruslah membatalkan pantangnya itu dengan memakan ikan kekacang dan bulu betong.

Jadi ayat ini ada kena mengena dengan berpantang. Asalnya tentang pengharaman makanan oleh orang syirik tetapi kita pun tersangkut juga dalam hal ini. Ini kerana orang Melayu kita banyak yang berpantang atas sebab-sebab tertentu – kerana bersalin, kerana mengamalkan ilmu khas, kerana keturunan dan sebagainya. Itu semua adalah perbuatan haram dan salah satu daripada syirik amali.

Kita tidak boleh berpantang kalau tanpa sebab yang haq, melainkan jika doktor sendiri yang mengatakan tidak boleh makan atas sebab kesihatan. Maka, jangan lagi kita berpantang dan ajar masyarakat kita berpantang kerana itu amalan itu boleh menyebabkan syirik amali.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تُحَرِّموا طَيِّبٰتِ ما أَحَلَّ اللهُ لَكُم وَلا تَعتَدوا ۚ إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ المُعتَدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, do not prohibit the good things which Allāh has made lawful to you and do not transgress. Indeed, Allāh does not like transgressors.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تُحَرِّموا طَيِّبٰتِ ما أَحَلَّ اللهُ لَكُم

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, 

Allah ‎ﷻ mengingatkan kita supaya jangan memandai-mandai mengharamkan perkara yang Allah ‎ﷻ telah halalkan kepada kita. Pengharaman telah diletakkan dalam nas Al-Qur’an dan Hadith dan jangan kita berlebihan pula daripada yang telah ditetapkan oleh nas.

Umumnya, sekurang-kurangnya ada tiga cara sesuatu perkara yang halal diharamkan oleh manusia:

1. Kepercayaan. Dia percaya sesuatu benda itu haram.
2. Dengan kata-kata iaitu apabila seseorang mengisytiharkan yang dia tidak akan makan sesuatu jenis makanan yang halal.
3. Secara praktikal. Dia tidak percaya pun makanan itu haram, dan dia tidak cakap apa-apa pun, tetapi dia tidak makan satu jenis makanan yang halal.

Dalam kes 1 itu, kalau dia percaya sesuatu itu haram sedangkan ia halal (setelah diperiksa dengan alim ulama’), maka ini adalah perbuatan kufur kerana menentang hukum Allah ‎ﷻ.

Dalam situasi ke 2, ia juga berdosa. Ini adalah sumpah yang salah dan perlu ditamatkan. Oleh kerana dia telah bersumpah, maka dia kena batalkan sumpah itu dengan membayar kiffarah.

Dalam situasi ke 3, ia bergantung. Jika dia rasa ia adalah sesuatu yang baik bagi agamanya, maka ia berdosa (dosa bid’ah) dan perlu ditinggalkan pantang itu kerana syarak tidak memerintahkannya tetapi dia memandai buat, jadi ini adalah ghuluw dalam hal agama. Ini seperti yang dilakukan oleh sesetengah golongan tarekat. Mungkin tok guru ada suruh jangan makan binatang bernyawa untuk naik maqam. Ini adalah perbuatan mengarut.

Namun begitu, jika kerana berpantang itu atas pilihan dirinya sendiri kerana dia tidak suka rasanya, atau kerana ia tidak baik bagi kesihatannya, maka ia tidak mengapa. Contohnya orang yang ada darah tinggi digalakkan supaya jangan memakan ‘binatang berkaki empat’.

Hukum asal, segala perkara dalam dunia ini adalah halal melainkan ada dalil untuk mengharamkannya. Nas hanya mengharamkan beberapa perkara sahaja. Selain daripada itu, hukum tentangnya adalah harus. Jadi, lebih banyak perkara yang halal daripada yang haram.

Malangnya, ada orang kita yang suka mengharamkan banyak perkara padahal tidak ada nas pun. Senang-senang sahaja mereka mengharamkan sedangkan ia halal. Ingatlah yang Islam bukanlah untuk mengharamkan sahaja. Itu bukanlah mentaliti Islam. Allah ‎ﷻ hendak memudahkan hidup kita di dunia dan ini dan perkara yang diharamkan adalah kerana ia mendatangkan keburukan kepada kita.

Ada yang hendak menolak nikmat dunia atas sebab hendak menjaga hati kononnya. Takut terpedaya dengan nikmat dunia. Namun ini adalah ghuluw. Nikmat yang Allah ‎ﷻ berikan kepada kita adalah untuk kita nikmati. Kita boleh menikmati nikmat dunia Allah dan kemudian kita bersyukur. Syukur itu tinggi nilainya, ia lebih bernilai daripada nikmat yang sedang diterima itu. Allah ‎ﷻ suka kita menikmati pemberian-Nya dan kemudian bersyukur.

Yang mana Allah ‎ﷻ telah haramkan, maka haramlah untuk kita, dan mana yang tidak disebut, maka halallah untuk kita. Dan kalau ada perkara yang nampak samar-samar, maka terpulang kepada kita. Kita kena nilai dengan akal yang waras dan lihatlah kepada kebaikan dan keburukan perkara itu. Kalau setelah kita kaji ia  adalah buruk untuk kita, maka janganlah kita makan.

 

وَلا تَعتَدوا

dan janganlah kamu melampaui batas. 

Dan jangan melampau batas syariat dengan mengharamkan yang halal dan halalkan yang haram.

Daripada Masruq yang menceritakan, “Ketika kami sedang berada di rumah Abdullah ibnu Mas’ud رضي الله عنه, dihidangkan kepadanya air susu perahan. Lalu ada seorang lelaki (daripada para hadirin) yang menjauhi. Abdullah ibnu Mas’ud رضي الله عنه berkata kepadanya, “Datanglah!” Lelaki itu berkata, ‘Sesungguhnya aku telah mengharamkan diriku meminumnya.’ Abdullah ibnu Mas’ud رضي الله عنه berkata, ‘Datanglah dan minumlah, dan bayarlah kifarat sumpahmu,’ lalu Abdullah ibnu Mas’ud رضي الله عنه membacakan firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kalian. (Al-Maidah: 87), hingga akhir ayat. Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim. Imam Hakim telah meriwayatkan atsar ini di dalam kitab Mustadraknya melalui jalur Ishaq ibnu Rahawaih, daripada Jarir, daripada Mansur dengan sanad yang sama. Kemudian Imam Hakim mengatakan bahwa atsar ini sahih dengan syarat Syaikhain (Bukhari dan Muslim), tetapi keduanya tidak mengetengahkannya.

Bukan dalam perkara makan sahaja kita tidak boleh melampau, tetapi dalam banyak perkara lain. Ini kita telah sentuh di dalam perbincangan surah ini tentang ‘ghuluw’.

Di dalam kitab Sahihain disebutkan daripada Siti Aisyah رضي الله عنها bahawa pernah ada segolongan mereka dalam kalangan sahabat Rasulullah ﷺ bertanya kepada isteri-isteri Nabi ﷺ tentang amal perbuatan Nabi ﷺ yang bersifat peribadi. Maka sebahagian daripada para sahabat itu ada yang berkata, “Aku tidak akan makan daging.” Sebahagian yang lain mengatakan, “Aku tidak akan mengahwini wanita.” Dan sebahagian lagi mengatakan, “Aku tidak tidur di atas tilam.”Ketika hal itu sampai kepada Nabi ﷺ, maka baginda bersabda:

“مَا بَالُ أَقْوَامٍ يَقُولُ أَحَدُهُمْ كَذَا وَكَذَا، لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ، وَأَنَامُ وَأَقُومُ، وَآكُلُ اللَّحْمَ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي”.

Apakah gerangan yang dialami oleh kaum, seseorang daripada mereka mengatakan anu dan anu, tetapi aku puasa, berbuka, tidur, bangun, makan daging, dan berkahwin dengan wanita. Maka barang siapa yang tidak suka dengan sunnah (tuntunan)ku, maka dia bukan daripada golonganku. Sahih Muslim (1401)

 

إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ المُعتَدينَ

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Allah ‎ﷻ tidak suka perbuatan yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Malangnya, ramai yang buat begitu. Dan apa yang selalu terjadi adalah dalam pemakaian ‘pantang’. Ini termasuk di dalam perkara yang melampau batas.

Selalunya selepas bersalin, bidan akan beritahu kepada wanita yang baru bersalin, beberapa jenis makanan yang pantang untuk dimakan. Dan kebanyakan orang kita akan ikut sahaja tanpa usul periksa. Ini juga termasuk dalam pengharaman kepada perkara yang halal.

Mereka kata ia bukanlah ‘haram’, tetapi ‘pantang’ sahaja. Namun itu cuma penggunaan terma yang berbeza, dari segi hakikatnya, ia tetap pengharaman kepada perkara yang halal. Dan ini termasuk dalam perkara yang melampau.

Jika pantang itu tidak dapat dijelaskan, tetapi hanya cuma mengikut kata-kata orang sahaja, maka ini memerlukan pemerhatian yang lebih. Mungkin ada yang alergik dengan sesuatu pemakanan itu, tetapi tidaklah semestinya semua orang alergik pula. Ini kerana lain badan, lain pula reaksi penerimaan sesuatu pemakanan itu. Kita tidak boleh pukul rata dengan menyenaraikan semua jenis makanan pantang itu sesuai untuk semua.

Contoh nasihat berpantang yang biasa diberikan ialah “Jangan makan telur/ayam/ikan nanti gatal dan luka bentan”. Jika hendak diikutkan, makanan yang disenaraikan itu adalah sumber protein. Maka jika mahu mengelakkan daripada memakan makanan tersebut adalah kurang logik malah mungkin melambatkan proses luka bersalin kerana badan wanita yang baru lepas bersalin amat memerlukan protein. Seperti juga terdapat larangan untuk ibu-ibu dalam pantang agar tidak minum air dengan kadar yang banyak sebab bimbang akan mengakibatkan urat saraf kembang. Ini juga adalah pantang larang yang tidak berasas kerana ketika dalam pantang lah badan wanita memerlukan air yang lebih terutama badan ibu perlu menghasilkan susu bagi keperluan bayi yang baru dilahirkan.

Jika pantang itu boleh dijelaskan dari sudut akal, maka ia boleh diterima. Mungkin melalui pemerhatian doktor atau pengalaman individu itu sendiri yang mengatakan ia tidak elok untuk kesihatan wanita yang baru bersalin, atau mungkin membawa kesan kepada bayi yang disusukan, maka bolehlah jika kita tidak memakannya. Apa-apa pun, yang penting haruslah menjaga pemakanan yang seimbang. Sedar mana yang baik dan tidak untuk badan kurniaan Allah ‎ﷻ ini. Jangan keterlaluan di dalam berpantang sehingga mengundang murka Allah ‎ﷻ pula nanti.


 

Maidah Ayat 88: Sebaliknya Allah ‎ﷻ suruh kita gunakan perkara yang Allah ‎ﷻ telah halalkan kerana Allah ‎ﷻ telah menjadikannya untuk kegunaan kita. Maka ia adalah nikmat daripada Allah ‎ﷻ dan hendaklah kita gunakan nikmat yang Allah ‎ﷻ sudah berikan kepada kita, bukan?

وَكُلوا مِمّا رَزَقَكُمُ اللهُ حَلٰلًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللهَ الَّذي أَنتُم بِهِ مُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And eat of what Allāh has provided for you [which is] lawful and good. And fear Allāh, in whom you are believers.

(MALAY)

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

 

وَكُلوا مِمّا رَزَقَكُمُ اللهُ حَلٰلًا طَيِّبًا

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepadamu,

Kita kena iktikad bahawa semua makanan adalah halal dan boleh dimakan kecuali kalau diharamkan dengan nas. Ia mencakupi apa sahaja yang Allah ‎ﷻ telah halalkan dan baik dari segi pemilikan. Maksudnya, kita memiliki makanan itu dengan cara baik, bukan barang curi. Dan keduanya, hendaklah disembelih dengan cara benar.

Ayat ini tidaklah memberitahu kepada kita yang kita mesti makan semua makanan yang halal, kerana mungkin juga kita tidak sukakan makanan itu. Kadang-kadang ada makanan halal tetapi tidak kena dengan tekak kita, maka kita tidak ada selera untuk memakannya. Mungkin kerana kita tidak biasa makan semenjak kecil lagi. Jika situasi begitu tidak mengapalah kalau kita tidak makan, cuma janganlah kita kata ia tidak boleh dimakan.

Satu lagi hukum yang kita kena tahu, kalau selama hari ini kita pernah berpantang atas sesuatu makanan, maka wajib kena makan walaupun sekali. Itu adalah untuk memutuskan pantang kita itu. Makan sedikit pun tidak mengapa.

Ayat ini juga memberitahu kita bahawa makanan yang halal adalah baik untuk kita. Dalam masa yang sama, ada makanan yang halal, tetapi tidak baik untuk kita iaitu jika kita ada penyakit, maka akan ada jenis-jenis makanan yang kita tidak boleh makan setelah dinasihati oleh doktor.

Ataupun, kalau kita makan makanan itu, terus kita sakit. Maka, tidak mengapalah kalau kita tidak mahu makan. Ia tetap halal, dan orang lain boleh makan makanan itu, cuma kita sahaja yang tidak boleh makan.

 

وَاتَّقُوا اللهَ الَّذي أَنتُم بِهِ مُؤمِنونَ

dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

Bertaqwa itu bermaksud jaga hukum yang Allah ‎ﷻ telah tetapkan kepada kita. Jangan tambah dan jangan kurang. Itu pun kalau kamu rasa kamu beriman kepada Allah ‎ﷻ. Ini menunjukkan bahawa taqwa dan iman itu tidak sama.

Orang yang beriman, belum tentu lagi dia bertaqwa kerana iman itu setakat percaya sahaja, tetapi taqwa itu maksudnya dia taat sekali kepada hukum yang Allah‎ ﷻ telah tetapkan.


 

Maidah Ayat 89: Allah ‎ﷻ yang buat ketetapan sama ada sesuatu perkara itu halal atau haram. Dan kita sebagai hamba tidak ada hak untuk menukar ketetapan Allah ‎ﷻ kerana perbuatan menghalalkan dan mengharamkan adalah hak Allah ‎ﷻ. Jangan kita mengambil tugas Allah ‎ﷻ pula.

Dan kalau kita buat juga, kita telah kufur atas ‘syirik amali’ – kita telah mengamalkan sesuatu yang syirik – kita telah mengambil hak Allah ‎ﷻ, maksudnya kita telah mensyirikkan Allah ‎ﷻ.

Sebelum ini ayat tentang tidak boleh mengharamkan memakan perkara yang halal. Jadi, mungkin ada yang telah bersumpah untuk tidak makan sesuatu makanan. Atau dia telah bersumpah untuk tidak melakukan perkara yang harus. Jika kita telah bersumpah, maka kita mestilah menunaikan sumpah itu. Namun hanyalah dalam perkara yang harus sahaja.

Maknanya tidak boleh kita bersumpah untuk melakukan perkara yang haram. Dan kalau kita sumpah dan langgar sumpah itu, dikenakan membayar kaffarah. Kaffarah adalah denda yang kita bayar untuk menutup dosa. Istilah ini ramai yang agak keliru kerana terkeliru dengan ‘kifarah’.

Kifarah bererti balasan Allah  ﷻ ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan. Kaffarah dari sudut bahasa (al-Kafru) bermaksud ‘menutup’. Dinamakan kaffarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah ‎ﷻ.

لا يُؤاخِذُكُمُ اللهُ بِاللَّغوِ في أَيمٰنِكُم وَلٰكِن يُؤاخِذُكُم بِما عَقَّدتُمُ الأَيمٰنَ ۖ فَكَفّٰرَتُهُ إِطعامُ عَشَرَةِ مَسٰكينَ مِن أَوسَطِ ما تُطعِمونَ أَهليكُم أَو كِسوَتُهُم أَو تَحريرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَن لَّم يَجِد فَصِيامُ ثَلٰثَةِ أَيّامٍ ۚ ذٰلِكَ كَفّٰرَةُ أَيمٰنِكُم إِذا حَلَفتُم ۚ وَاحفَظوا أَيمٰنَكُم ۚ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُم ءآيٰتِهِ لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh will not impose blame upon you for what is meaningless¹ in your oaths, but He will impose blame upon you for [breaking] what you intended of oaths. So its expiation² is the feeding of ten needy people from the average of that which you feed your [own] families or clothing them or the freeing of a slave. But whoever cannot find [or afford it] – then a fast of three days [is required]. That is the expiation for oaths when you have sworn. But guard your oaths.³ Thus does Allāh make clear to you His verses [i.e., revealed law] that you may be grateful.

  • i.e., what is sworn to only out of habit of speech or what one utters carelessly without true intent.
  • i.e., that for a deliberate oath.
  • i.e., do not take oaths indiscriminately or swear to do that which is sinful, requiring expiation.

(MALAY)

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).

 

لا يُؤاخِذُكُمُ اللهُ بِاللَّغوِ في أَيمٰنِكُم

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud

Allah ‎ﷻ tidak menghukum manusia dengan sumpahan yang tiada niat. Ada orang yang cakap sahaja di mulut tetapi dia tidak berniat dalam hati. Ini adalah kerana kebiasaan orang Arab yang suka bersumpah, tetapi mereka tidak berniat sangat. Itu hanya cakap-cakap kosong sahaja. Ini juga telah disebut dalam Baqarah:225.

Sebagai contoh, mereka kata begini: “Wallahi, aku takkan bercakap dengan kamu lagi”; “Wallahi aku akan bunuh kamu….”; “Wallahi, aku lapar sangat jadi aku nak makan semua atas meja ini…” dan sebagainya. Ia bergantung kepada niat. Mungkin dia cakap itu semasa dia marah dan tidak berfikir apa yang dia cakap.

Ini tidak sama dengan ‘sumpah palsu’. Sumpah palsu sebagai contoh dia telah melakukan sesuatu, tetapi dia bersumpah dia tidak melakukannya. Tidak ada kaffarah bagi hal ini. Dia kena bertaubat kerana menipu sedangkan dia tahu dia telah menipu.

Dan jika dia tersilap maklumat dan bersumpah atas maklumat itu, pun tidak ada kaffarah. Sebagai contoh, ada yang datang dan beritahu sesuatu kepadanya. Dia sangka ia benar dan dia bersumpah kata ada orang datang dan beritahu aku begini, begini. Kemudian baru dia tahu yang maklumat itu tidak benar. Ini juga tidak ada kaffarah.

 

وَلٰكِن يُؤاخِذُكُم بِما عَقَّدتُمُ الأَيمٰنَ

tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja,

Tetapi Allah‎ ﷻ akan menghukum di atas niat manusia yang sengaja. Yang dia cakap dengan mulut, dan dia tekad dalam hati untuk menjalankannya. Antaranya yang orang kita biasa lakukan adalah bernazar.

Nazar itu sebenarnya tidak baik, dan tidak perlu dilakukan kerana ia merupakan sifat kedekut dengan Allah ‎ﷻ (kalau Allah ‎ﷻ beri apa yang dia hendak, baru dia akan buat itu dan ini.) Akan tetapi, kalau dia sudah bernazar, maka dia mesti menunaikannya. Sudah menjadi wajib baginya.

Masalahnya, banyak terjadi apabila perkara yang dia minta itu Allah ‎ﷻ berikan. Waktu itu mulalah ada hal yang tidak dapat dilakukan. Masa berjanji dia sedap mulut sahaja, tetapi sekarang mulalah sibuk hendak ‘lari’ daripada membayar janji itu dahulu. Ada perkara yang memang dia tidak mampu buat.

Maka ini adalah jalan penyelesaian bagi nazarnya dahulu. Dia kena bayar kaffarah sumpahnya semasa bernazar dahulu.

 

فَكَفّٰرَتُهُ إِطعامُ عَشَرَةِ مَسٰكينَ

maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, 

Mungkin selepas dia telah bersumpah, dia menyesal kerana berkata begitu. Maka dia hendak melanggar sumpahnya itu, tidak mahu meneruskannya lagi. Maka kalau melanggar sumpah, dia dikenakan membayar kaffarah sebagai denda. Salah satu cara adalah memberi makan sepuluh orang miskin. Ada pendapat yang mengatakan dua kali makan.

 

مِن أَوسَطِ ما تُطعِمونَ أَهليكُم

iaitu daripada makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, 

Iaitu memberi makanan daripada jenis yang biasa diberi makan kepada keluarga sendiri. Kalau nasi, nasi lah, kalau roti, roti lah. Kalau biasa makan dengan lauk, kena beri dengan lauk sekali. Kalau biasa makan beras gred A, maka beri makan beras gred A lah juga. Dia boleh sediakan makanan itu, atau dia boleh memberi wang sebagai ganti kepada makanan itu.

 

أَو كِسوَتُهُم

atau memberi pakaian kepada mereka

Atau, bagi pakaian kepada mereka yang miskin, sepertimana pakaian yang diberi kepada keluarga sendiri. Walaupun tidak disebut sepertimana pakaian keluarga sendiri, tetapi ia boleh difahami. Berapa orang? Sepuluh orang juga.

Ada juga pendapat yang mengatakan pakaian yang cukup iaitu yang menutup seluruh badan dan kaki (maknanya sepasang pakaian).

 

أَو تَحريرُ رَقَبَةٍ

atau memerdekakan seorang budak.

Atau dia boleh memerdekakan hamba. Kalau hamba, bukanlah sepuluh orang, tetapi seorang sahaja.

Tiga pilihan di atas itu adalah jika dia mempunyai harta. Maka bolehlah dipilih daripada salah satu pilihan di atas. Bagaimana kalau seorang yang hendak melanggar sumpahnya itu tidak mempunyai harta?

 

فَمَن لَّم يَجِد فَصِيامُ ثَلٰثَةِ أَيّامٍ

Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari.

Kalau tidak ada harta, gantinya adalah puasa tiga hari. Tetapi hendaklah cuba membayar dengan harta dahulu. Jika tidak boleh, barulah dengan berpuasa. Pendapat ulama’ seperti Imam Abu Hanifah رحمه الله mengatakan yang ia perlulah dilakukan berturutan.

 

ذٰلِكَ كَفّٰرَةُ أَيمٰنِكُم إِذا حَلَفتُم

Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah

Itulah empat jenis pilihan penebus kesalahan langgar sumpah. Kalimah حَلَفتُم (sumpah-sumpahmu) bermaksud apabila seseorang itu telah membuat komitmen di atas sumpahnya, iaitu dia benar-benar berniat atas sumpah itu, bukan cakap main-main.

 

وَاحفَظوا أَيمٰنَكُم

Dan jagalah sumpahmu.

Jangan tinggalkan sumpah itu tanpa membayar kaffarah.

Yang sebaiknya, hendaklah jaga sumpah, jangan langgar. Kalau sudah bersumpah, mestilah menunaikannya. Ia bukanlah perkara main-main.

Dan lagi satu, dari awal lagi, jangan suka membuat sumpah yang akan menyusahkan diri sendiri juga nanti. Jangan kerana mulut, badan binasa. Mulut tu kena jagalah sikit. Kalau sudah kena bayar kaffarah itu, jangan marahlah sebab ia datang pun daripada kamu juga.

Jadi jangan senang hendak bernazar. Sebenarnya kita sepatutnya buat ibadah, kemudian baru kita berdoa. Bukannya nazar kalau diberikan sekian dan sekian, baru hendak buat ibadah.

 

كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُم ءآيٰتِهِ لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur

Kita kena bersyukur kerana Allah ‎ﷻ sudah beri jalan untuk langgar dan untuk keluar daripada sumpah kita. Walaupun kena bayar kaffarah, tetapi itu lebih baik daripada kita tidak membuat apa-apa dan kemudian di akhirat nanti kita dihukum sebab melanggar sumpah kerana jika langgar sumpah, Allah ‎ﷻ akan murka. Sumpah bukan perkara yang boleh dibuat main.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 13 November 2021


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Maariful Qur’an

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 78 – 84 (Kristian rapat dengan Islam)

Maidah Ayat 78: Ini adalah ayat takhwif duniawi. Golongan Yahudi itu masih ada peluang untuk bertaubat,  tetapi jangan sampai Tuhan tarik balik. Mereka kena takut Allah ‎ﷻ melaknat mereka kerana kalau mereka dilaknat, Allah ‎ﷻ tidak beri taufiq terus sampai bila-bila. Jadi mereka kena segera bertaubat dan jangan tangguh lagi.

Perbuatan menangguhkan sesuatu yang baik itu dipanggil taswif. Ia diambil daripada kalimah سوف (akan). Selalu kita lihat, bagaimana ada orang yang sudah nampak kepentingan agama dan kebenaran sunnah, tetapi mereka tangguh untuk beramal, tangguh untuk belajar: “Nanti aku akan beramal…nanti aku akan belajar… nanti aku akan buat baik”.

Akhirnya tidak belajar-belajar langsung atau tidak buat sampai ke sudah. Ini adalah kerana syaitan akan membisikkan kepada mereka untuk melengahkan perbuatan baik itu. ‘Tangguh’ adalah satu senjata syaitan. Memang ramai manusia hendakkan kebenaran tetapi disibukkan dengan perkara lain oleh bisikan syaitan. Jadi akhirnya tidak patuh kepada Allah ‎ﷻ juga.

لُعِنَ الَّذينَ كَفَروا مِن بَني إِسرٰءيلَ عَلىٰ لِسانِ داوودَ وَعيسَى ابنِ مَريَمَ ۚ ذٰلِكَ بِما عَصَوا وَّكانوا يَعتَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Cursed were those who disbelieved among the Children of Israel by the tongue of David and of Jesus, the son of Mary. That was because they disobeyed and [habitually] transgressed.

(MALAY)

Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.

 

لُعِنَ الَّذينَ كَفَروا مِن بَني إِسرٰءيلَ

Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel

Telah dilaknat orang kafir dalam kalangan Bani Israel dahulu sejak lama dahulu. Ini adalah kerana banyak kesalahan yang mereka telah lakukan. Kita kena belajar apakah kesilapan mereka supaya kita jangan mengulangi.

 

عَلىٰ لِسانِ داوودَ وَعيسَى ابنِ مَريَمَ

dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. 

Laknat itu disebut sendiri daripada lidah Nabi Daud dan Nabi Isa عليهما السلام. Maknanya laknat mereka telah disebut semasa dua Nabi itu hidup lagi. Nabi Daud عليه السلام telah melaknat umat baginda pada waktu itu dan mereka telah menjadi babi. Dan Nabi Isa عليه السلام pun pernah melaknat umatnya dan mereka telah ditukar menjadi monyet.

 

ذٰلِكَ بِما عَصَوا

Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka

Kenapa mereka sampai dilaknat? Kerana mereka selalu derhaka. Perkara yang disuruh tidak dibuat. Mereka derhaka kepada arahan Allah ‎ﷻ.

 

وَّكانوا يَعتَدونَ

dan selalu melampaui batas.

Dan juga kerana mereka selalu melampaui batas – melanggari apa yang dilarang. Mereka buat perkara yang di luar daripada batasan syarak. Wahyu tidak sebut pun tentang sesuatu perkara itu, tetapi mereka lakukan juga.


 

Maidah Ayat 79: Sekarang disebut satu lagi kesalahan umat terdahulu. Ini penting supaya kita pun jangan mengabaikan satu tanggungjawab penting ini: amar ma’ruf nahi mungkar.

كانوا لا يَتَناهَونَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلوهُ ۚ لَبِئسَ ما كانوا يَفعَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They used not to prevent one another from wrongdoing that they did. How wretched was that which they were doing.

(MALAY)

Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.

 

كانوا لا يَتَناهَونَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلوهُ

Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat.

Ini adalah salah satu daripada kesan apabila mereka telah dilaknat. Mereka tidak saling mencegah mungkar yang dibuat dalam kalangan mereka. Sudah tiada siapa yang tegur sesiapa lagi. Mereka hanya melihat sahaja kesalahan yang dilakukan oleh orang lain yang dilakukan depan mata mereka. Mereka sudah tidak menjalankan amar makruf nahi mungkar.

Ini adalah kerana mereka sendiri sudah tidak kisah tentang agama pun. Kalau masyarakat Islam kita pun jadi begini juga, maka kita akan jadi seperti Bani Israel juga.

Kemungkaran yang dimaksudkan adalah yang terbesar iaitu mungkar akidah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّ أَوَّلَ مَا دَخَلَ النَّقْصُ عَلَى بنيإِسْرَائِيلَ كَانَ الرَّجُلُ يَلْقَى الرَّجُلَ فَيَقُولُ: يَا هَذَا، اتَّقِ اللَّهَ وَدَعْ مَا تَصْنَعُ، فَإِنَّهُ لَا يَحِلُّ لَكَ. ثُمَّ يَلْقَاهُ مِنَ الْغَدِ فَلَا يَمْنَعُهُ ذَلِكَ أَنْ يَكُونَ أَكِيلَهُ وَشَرِيبَهُ وَقَعِيدَهُ، فَلَمَّا فَعَلُوا ذَلِكَ ضَرَبَ اللَّهُ قُلُوبَ بَعْضِهِمْ بِبَعْضٍ، ثُمَّ قَالَ: {لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ} إِلَى قَوْلِهِ: {فَاسِقُونَ} ثُمَّ قَالَ: “كَلَّا وَاللَّهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ولتَنهون عَنِ الْمُنْكَرِ، ولتأخذُنَّ عَلَى يَدِ الظَّالِمِ، ولَتَأطرنَّه عَلَى الْحَقِّ أطْرا -أَوْ تَقْصُرْنَهُ عَلَى الْحَقِّ قَصْرًا”.

Dari Abdullah ibnu Mas’ud yang menceritakan bahwa Rasulullah ﷺ telah bersabda: Sesungguhnya kekurangan yang mula-mula dialami oleh kaum Bani Israel ialah bilamana seorang lelaki bertemu dengan lelaki lain (dalam kalangan mereka), maka dia berkata kepadanya, “Hai kamu, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkanlah dosa yang kamu lakukan itu, sesungguhnya perbuatan itu tidak halal bagimu.” Kemudian bila dia menjumpainya pada keesokan harinya, maka hal tersebut tidak mencegahnya untuk menjadi teman makan, teman minum, dan teman duduknya. Setelah mereka melakukan hal tersebut, maka Allah memecah-belah hati mereka; sebahagian daripada mereka bertentangan dengan sebahagian yang lain. Kemudian Rasulullah ﷺ membacakan firman-Nya: Telah dilaknati orang-orang kafir daripada Bani Israel melalui lisan Daud dan Isa putera Maryam. (Al-Maidah: 78) sampai dengan firman-Nya: orang-orang yang fasik. (Al-Maidah: 81) Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: Tidak, demi Allah, kamu harus amar ma’ruf dan nahi mungkar, dan kamu harus mencegah perbuatan orang yang zalim, memujuknya untuk mengikuti jalan yang benar atau kamu paksa dia untuk mengikuti jalan yang benar.

Imam Turmuzi mengatakan bahwa hadith ini hasan garib. 

 

لَبِئسَ ما كانوا يَفعَلونَ

Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.

Buruk sungguh perbuatan mereka itu. Mereka lihat sahaja kemungkaran yang dilakukan depan mata mereka. Malangnya begitulah juga yang terjadi sekarang. Kesyirikan berlaku di merata-rata tempat dan ramai buat tidak tahu sahaja seolah-oleh perkara itu normal sahaja.

Sebagai contoh, ramai bomoh yang membuat syirik, namun bagaikan tidak ada apa sahaja, entah-entah setiap kampung ada bomohnya. Ada tempat-tempat orang membuat syirik dengan selamba. Sebagai contohnya, Telaga Hang Tuah di Melaka yang dijadikan tempat meminta anak pula. Namun seolah-olah tidak ada apa-apa pun dilakukan oleh pegawai agama. Masih dibiarkan sahaja orang datang dan buat perkara onar di situ.

Manusia memang selalu dibisikkan oleh nafsu dan syaitan. Jika tidak ada orang yang menegur, memang akan ke lautlah mereka. Oleh itu, jangan kita lupa dan tinggalkan amar makruf nahi mungkar.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ-قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ”

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri disebutkan bahawa Rasulullah Sawﷺ pernah bersabda: Barangsiapa dalam kalangan kalian melihat perkara mungkar (dikerjakan), hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kekuasaan)nya. Jika dia tidak mampu, cegahlah dengan lisannya. Dan jika dia tidak mampu, hendaklah hatinya mengingkarinya; yang demikian itu merupakan iman yang paling lemah.

Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim.

 

Malangnya iman kita yang lemah telah melemahkan kita daripada memberi peringatan kepada manusia lain kerana kita takut. Nabi ﷺ telah bersabda tentang perkara ini:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ؛ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ خَطِيبًا، فَكَانَ فِيمَا قَالَ: “أَلَّا لَا يَمْنَعْنَ رَجُلًا هَيْبَةُ النَّاسِ أَنْ يَقُولَ الْحَقَّ إِذَا عَلِمَهُ”. قَالَ: فَبَكَى أَبُو سَعِيدٍ وَقَالَ: قَدْ -وَاللَّهِ-رَأَيْنَا أَشْيَاءَ، فَهِبْنَا.

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri, bahawa Rasulullah ﷺ berdiri melakukan khutbahnya, antara lain baginda ﷺ mengatakan: Ingatlah, jangan sekali-kali seorang lelaki merasa enggan kerana takut kepada manusia (orang lain) untuk mengatakan perkara yang hak jika dia mengetahuinya. Abu Nadrah melanjutkan kisahnya, “Setelah mengemukakan hadith ini Abu Sa’id menangis, lalu berkata, ‘Demi Allah, kami telah melihat banyak hal, tetapi kami takut (kepada orang lain)’.”

Kisah ini menjadi pengajaran bagi kita. Memang menegur perbuatan salah orang lain itu berat kerana manusia memang susah ditegur. Kalau kita yang menegur, entah kita pula yang dibentak dan dimarahi pula. Akan tetapi kita kena ingat bahawa inilah punca kemusnahan umat. Kalau tidak ada orang yang melakukannya, maka tidak lama lagi, akan rosaklah kita semua.

Maka mahu atau tidak, kitalah yang kena melakukannya. Jangan berharap kepada orang lain, kerana mereka mungkin takut. Maka, kitalah yang harus mengambil tanggungjawab ini. Biarlah orang kata apa pun, kita teruskan sahaja. Jangan harap mereka berterima kasih kepada kita, kerana itu tidak akan terjadi. Jangan terkejut kalau kita dimarahi kembali, kerana itu memang akan terjadi. Yang penting kita sudah menjalankan tanggungjawab kita. Nanti apabila ditanya sama ada kita telah jalankan, kita boleh jawab: “Ya, sudah. Ya Allah!”.


 

Maidah Ayat 80: Ini adalah kesan kalau amar makruf nahi mungkar tidak dijalankan. Ia akan menyebabkan kemungkaran itu semakin merebak.

تَرىٰ كَثيرًا مِّنهُم يَتَوَلَّونَ الَّذينَ كَفَروا ۚ لَبِئسَ ما قَدَّمَت لَهُم أَنفُسُهُم أَن سَخِطَ اللهُ عَلَيهِم وَفِي العَذابِ هُم خٰلِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You see many of them becoming allies of those who disbelieved [i.e., the polytheists]. How wretched is that which they have put forth for themselves in that Allāh has become angry with them, and in the punishment they will abide eternally.

(MALAY)

Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam seksaan.

 

تَرىٰ كَثيرًا مِّنهُم يَتَوَلَّونَ الَّذينَ كَفَروا

Kamu melihat kebanyakan daripada mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir

Kafir yang dimaksudkan adalah kafir musyrik. Golongan Yahudi itu ramai daripada mereka yang suka tolong menolong dengan orang musyrik dan suka bersahabat dengan mereka. Juga ‘mereka’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah golongan munafik. Inilah bahaya kalau berkawan dengan orang yang berfahaman sesat: lama kelamaan kita terikut dengan pemahaman dan amalan mereka.

Ini juga kesan daripada laknat Allah ‎ﷻ. Mereka tahu yang apa yang dilakukan oleh musyrikin itu adalah salah tetapi mereka biarkan sahaja. Mereka lebih suka berkawan dengan Musyrikin Mekah daripada berkawan dengan Muslim yang sepatutnya lebih rapat dengan mereka dari segi akidah. Namun begitu, mereka sangat teruk sehinggakan mereka boleh kata yang orang musyrik itu lebih baik daripada orang Islam.

Begitulah juga kita lihat dalam masyarakat kita sekarang, puak-puak yang suka mengamalkan bid’ah itu, lebih suka kepada orang-orang yang syirik daripada berkawan dengan orang yang sunnah. Ada antara mereka yang sanggup berkata yang Syiah itu lebih baik lagi daripada ‘Wahabi’.

Padahal, sudah jelas yang Syiah itu sudah terkeluar dari Islam. Dan istilah ‘Wahabi’ itu pula tidak ada melainkan rekaan puak-puak yang jahil sahaja. Yang sebut Wahabi pun, kerana kejahilan. Mereka pun tidak tahu apa itu ‘wahabi’ tetapi mereka mengulang-ngulang sahaja apa yang orang lain kata. Namun oleh kerana bencikan puak Sunnah yang membuka kesalahan dan kesesatan mereka dalam beragama, mereka sanggup berkawan dengan puak yang sudah jelas sesatnya.

Ya, kesalahan kita hanya kerana menegur mereka dan membuka kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan dalam agama. Selama ini mereka senang sahaja mengajar dan amalkan perkara salah. Tetapi sekarang apabila kita beritahu yang amalan mereka itu salah, mereka terkesan. Mereka bertindak dengan memburukkan kita pula.

 

لَبِئسَ ما قَدَّمَت لَهُم أَنفُسُهُم

Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, 

Sepatutnya kita kena hantar amalan yang baik supaya dapat menunggu kita di akhirat kelak, tetapi mereka menghantar amalan yang buruk. Segala amalan itu adalah sebagai saham kita dan sepatutnya kita hantarlah amalan yang baik.

 

أَن سَخِطَ اللهُ عَلَيهِم

kemurkaan Allah kepada mereka;

Kemurkaan Allah ‎ﷻ yang berterusan ke atas mereka disebabkan oleh perbuatan mereka itu.

 

وَفِي العَذابِ هُم خٰلِدونَ

dan mereka akan kekal dalam seksaan.

Mereka duduk dalam azab sahaja nanti. Mereka akan kekal dalam neraka dan akan diazab sampai bila-bila kalau mereka tidak ubah amalan dan perangai mereka. Kekal dalam neraka itu adalah kalau mengamalkan amalan yang syirik dan kufur.


 

Maidah Ayat 81: 

وَلَو كانوا يُؤمِنونَ بِاللهِ وَالنَّبِيِّ وَما أُنزِلَ إِلَيهِ مَا اتَّخَذوهُم أَولِياءَ وَلٰكِنَّ كَثيرًا مِّنهُم فٰسِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if they had believed in Allāh and the Prophet and in what was revealed to him, they would not have taken them as allies; but many of them are defiantly disobedient.

(MALAY)

Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Nabi), nescaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu menjadi penolong-penolong, tapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang fasik.

 

وَلَو كانوا يُؤمِنونَ بِاللهِ وَالنَّبِيِّ

Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi 

Jika mereka dapat beriman kembali kepada Allah ‎ﷻ dan ikut sunnah Nabi, tentu sifat mereka akan menjadi lain.

 

وَما أُنزِلَ إِلَيهِ

dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Nabi),

Dan kalaulah mereka beriman kepada wahyu dalam Kitab Taurat yang diturunkan kepada para Nabi itu; kalau zaman mereka, kenalah mereka beriman dengan Kitab Taurat dan Injil dan kalau zaman sekarang, maka kena beriman kepada wahyu Al-Qur’an. Jangan tinggalkan pemahaman kepada Al-Qur’an ini. Kalau kita tinggalkan, maka kita akan jadi seperti umat terdahulu yang sesat daripada kebenaran.

 

مَا اتَّخَذوهُم أَولِياءَ

nescaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu menjadi wali,

Jika mereka beriman dengan Allah ‎ﷻ, dengan Nabi dan dengan wahyu, nescaya orang beriman tidak akan menjadikan golongan kafir musyrik itu sebagai wali – sebagai teman rapat dan penolong. Kerana Allah ‎ﷻ, Nabi dan wahyu menentang syirik dan mereka tidak akan suka untuk berkawan rapat dengan golongan yang mengamalkan syirik.

 

وَلٰكِنَّ كَثيرًا مِّنهُم فٰسِقونَ

tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang fasik.

Namun malangnya ramai dalam kalangan mereka yang fasik dan tidak mengikut agama sendiri. Mereka itu fasik yang bermaksud keluar daripada taat kepada Allah ‎ﷻ. Mereka tidak tahu apa yang mereka perlu taati; dan kalau mereka tahu pun, mereka tidak prihatin dan tidak ambil kisah dengan apa yang Allah ‎ﷻ suruh kita buat.


 

Maidah Ayat 82: Sekarang Allah ‎ﷻ beritahu tahap kedegilan Yahudi dan Musyrikin lebih kurang sama sahaja. Ini adalah kerana hubungan rapat mereka dan persamaan akidah di antara mereka. Semoga kita diselamatkan dari mereka.

۞ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النّاسِ عَدٰوَةً لِّلَّذينَ ءآمَنُوا اليَهودَ وَالَّذينَ أَشرَكوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذينَ ءآمَنُوا الَّذينَ قالوا إِنّا نَصٰرىٰ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّ مِنهُم قِسّيسينَ وَرُهبانًا وَأَنَّهُم لا يَستَكبِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You will surely find the most intense of the people in animosity toward the believers [to be] the Jews and those who associate others with Allāh; and you will find the nearest of them in affection to the believers those who say, “We are Christians.” That is because among them are priests and monks and because they are not arrogant.

(MALAY)

Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya kami ini orang Nasrani”. Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.

 

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النّاسِ عَدٰوَةً لِّلَّذينَ ءآمَنُوا اليَهودَ

Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi 

Kita boleh lihat bagaimana orang yang paling keras menentang orang beriman adalah golongan Yahudi. Sampai ke hari ini, kita boleh lihat bagaimana mereka itu menentang dan menjalankan usaha untuk memusnahkan Islam.

Ini adalah kerana Islam telah membuka rahsia kesesatan mereka dan tipu helah yang mereka telah lakukan zaman berzaman. Ini banyak disebut dalam surah Baqarah. Surah terawal dalam Al-Qur’an sudah menceritakan tentang kesesatan dan diayah palsu mereka. Bayangkan, surah yang awal sudah sebut tentang mereka.

Jadi kalau Islam berkembang dan semakin ramai yang masuk Islam, tentulah mereka susah lagi untuk mengawal dunia. Oleh itu, mereka akan tetap cuba menjatuhkan Islam. Dan cara yang mereka lakukan adalah pelbagai kerana usaha mereka memang kuat.

 

وَالَّذينَ أَشرَكو

dan orang-orang musyrik. 

Selain daripada Yahudi, yang amat memusuhi Islam adalah golongan kafir syirik. Mereka (musyrikin dan Yahudi) kadang-kadang bergabung dalam menentang Islam. Golongan musyrik amat berlawanan sekali dengan Islam.

Kalau zaman sekarang, kita boleh lihat bagaimana golongan Hindu amat membenci Islam. Kalau di negara yang mereka kuat, seperti India, mereka telah memusnahkan masjid-masjid dan juga menumpahkan darah umat Islam dengan banyak sekali. Dan apabila ada pertempuran antara Palestin dan Israel, kita boleh nampak ada sokongan kepada Yahudi itu daripada golongan ekstremis Hindu. Mereka sokong kerana kebencian mereka yang sama terhadap Muslim. Kerana itulah pegangan manusia: (Musuh kepada musuh aku adalah kawan aku).

 

وَلَتَجِدَنَّ أَقرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذينَ ءآمَنُوا الَّذينَ قالوا إِنّا نَصٰرىٰ

Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya kami ini orang Nasrani”. 

Sebaliknya, orang yang paling mudah bersahabat, atau mudah kasih kepada orang beriman adalah mereka yang kata mereka itu Nasara (Kristian). Sebab itu pada zaman Nabi, orang Nasara lebih banyak masuk Islam berbanding golongan Yahudi.

Ini termasuklah Raja Najashi iaitu raja Habashah, tempat umat Islam telah melakukan hijrah yang pertama. Ini kerana mereka itu lebih mesra kepada orang Islam, mereka lebih mudah menerima dakwah. Terutama sekali mereka yang ada prihatin kepada agama, kerana mereka mencari kebenaran dan mereka boleh nampak kesalahan yang ada dalam agama Kristian.

 

ذٰلِكَ بِأَنَّ مِّنهُم قِسّيسينَ وَرُهبانًا

Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, 

Ini juga adalah kerana mereka ada ciri-ciri yang boleh menjadi orang baik dan beriman. Bukanlah kesemua daripada mereka, tetapi ada dalam kalangan mereka, iaitu golongan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat mereka.

Dua golongan ini jenis yang tidak sombong untuk menerima kebenaran. Mereka prihatin kepada agama, dan mereka telah mencari-cari kebenaran dan kerana itu mereka boleh terima kebenaran apabila kebenaran itu sampai kepada mereka.

Lafaz قِسّيسينَ adalah golongan para pendeta mereka, iaitu juru khutbah dan ulama’ mereka; bentuk tunggalnya adalah qasisun dan qissun, adakalanya dijamakkan dalam bentuk qususun. Sedangkan kalimah رُهبانًا adalah bentuk jamak daripada rahib yang ertinya ‘ahli ibadah’, diambil daripada akar kata rahbah yang ertinya ‘takut’.

 

وَأَنَّهُم لا يَستَكبِرونَ

kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.

Mereka mengenangkan ajaran Nabi Isa عليه السلام mengajak kepada kelembutan. Maka mereka itu memang ramai yang berhati lembut.

Mereka juga jenis yang tidak mencari kedudukan dalam dunia. Yang mereka mahu adalah kebenaran. Kerana itu mereka tidak sombong untuk menerima kebenaran. Walaupun mereka terpaksa meninggalkan kedudukan mereka yang tinggi dalam agama mereka.

Sampai sekarang ada paderi dan ahli agama mereka yang meninggalkan Kristian dan masuk Islam. Dan daripada merekalah, kita dapat tahu banyak sumber-sumber kesesatan dan rahsia mereka.

Sebagai contoh, kita tahu pergerakan mereka untuk mengkristiankan umat Melayu di negara ini dengan menggunakan duit dan cara-cara dakwah mereka. Ini adalah kerana, mereka yang telah terlibat dalam usaha itu telah masuk Islam dan membuka rahsia itu. Maka kerana itu kita kena berhati-hati dengan gerakan ini. Caranya adalah dengan memberi ilmu yang benar kepada masyarakat kita kerana yang masuk agama Kristian itu kerana tertipu dengan diayah mubaligh mereka. Sedangkan agama Kristian itu bukannya ada kekuatan pun, tetapi orang jahil tetap boleh tertipu.

Allahu a’lam. AKHIR JUZ 6.


 

Maidah Ayat 83: Sambungan tentang sifat orang Nasara kepada Islam.

وَإِذا سَمِعوا ما أُنزِلَ إِلَى الرَّسولِ تَرىٰ أَعيُنَهُم تَفيضُ مِنَ الدَّمعِ مِمّا عَرَفوا مِنَ الحَقِّ ۖ يَقولونَ رَبَّنا ءآمَنّا فَاكتُبنا مَعَ الشّٰهِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they hear what has been revealed to the Messenger, you see their eyes overflowing with tears because of what they have recognized of the truth. They say, “Our Lord, we have believed, so register us among the witnesses.

(MALAY)

Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad s. a. w.).

 

وَإِذا سَمِعوا ما أُنزِلَ إِلَى الرَّسولِ

Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul

Ada dalam kalangan Nasara yang berhati baik, prihatin kepada kebenaran. Mereka juga belajar tentang Kitab Injil mereka. Asbabun Nuzul ayat ini adalah tentang sekumpulan 30 orang dari Habashah yang datang mengadap Nabi ﷺ dan dibacakan Al-Qur’an kepada mereka. Dan apa terjadi apabila mereka mendengar ayat-ayat Al-Qur’an dibacakan kepada mereka?

 

تَرىٰ أَعيُنَهُم تَفيضُ مِنَ الدَّمعِ

kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata

Apabila mereka dengar Al-Qur’an dibacakan kepada mereka dan mereka faham, kamu akan tengok mata mereka dicucuri air mata. Hati mereka telah tersentuh dan kesannya adalah mereka akan menangis.

Ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an: kalimah عين asalnya bermaksud ‘mata’ dan ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata).

Jamak bagi عين adalah أعيُن dan عُيُون dan digunakan di dalam Bahasa Arab untuk jamak bagi mata dan juga mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah أعيُن sentiasa digunakan bagi ‘mata’ dan kalimah عُيُون sentiasa digunakan bagi ‘mata air’.

 

مِمّا عَرَفوا مِنَ الحَقِّ

disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui 

Ini berlaku apabila memahami makna yang ada dalam Al-Qur’an kerana mereka faham makna yang disampaikan kepada mereka. Mereka nampak kebenaran Al-Qur’an yang sama dengan apa yang mereka tahu daripada kitab mereka sendiri. Antaranya, mereka lihat sifat Nabi Muhammad ﷺ itu sama sahaja seperti yang disebut dalam kitab tentang kedatangan Nabi akhir zaman.

Oleh kerana itu, yang akan mendapat reaksi ini adalah mereka yang kenal agama sahaja dan yang berhati lembut dan mahu kepada kebenaran. Ini kerana mereka nampak kebenaran dalam ayat-ayat Allah ‎ﷻ. Kalau orang biasa dan tidak kisah tentang kebenaran, mereka mungkin tidak nampak.

Allah ‎ﷻ menceritakan tentang air mata mereka kerana Allah ‎ﷻ menilai tinggi perasaan mereka itu dan titisan air mata mereka. Mereka menangis kerana tersentuh dengan kebenaran dan ini adalah harga air mata yang mahal. Sampaikan Allah ‎ﷻ memasukkan dalam Al-Qur’an tentang kejadian itu. Pernah Abu Bakr رضي الله عنه berkata tentang ayat ini: “Itulah yang kami biasa lakukan, sebelum hati kami menjadi keras!” (Ma sya Allah, ini amat menakutkan, kerana kita sendiri tidak menitis air mata apabila membaca ayat-ayat Allah ‎ﷻ. Adakah kerana hati kita telah keras sampaikan tidak tersentuh dengan kebenaran?)

Daripada ayat ini, sepatutnya menggerakkan kita untuk menyampaikan ayat-ayat Allah ‎ﷻ kepada mereka. Kerana mereka itu mempunyai hati yang lembut dan mudah untuk menerima kebenaran. Mereka sendiri bukannya orang jahat, malah mereka banyak menolong orang lain, tidak kira agama. Oleh itu, kena lakukan dakwah cara lembut kepada mereka.

 

يَقولونَ رَبَّنا ءآمَنّا فَاكتُبنا مَعَ الشّٰهِدينَ

seraya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi

Apabila hati mereka telah terbuka dan mata mereka telah mengalirkan air mata, maka lidah mereka pun berkata: “Kami juga telah beriman. Maka jadikanlah kami daripada golongan yang bersaksi atas keimanan.”

Sampai sekarang memang ada lagi jenis mereka yang sebegini. Semakin hari semakin ramai puak Kristian yang masuk Islam setelah mereka melihat kebenaran. Kita pun tahu daripada statistik yang menunjukkan negara barat semakin ramai penduduknya yang masuk Islam berduyun-duyun. Nanti tidak lama lagi mereka akan lebih ramai daripada kita, kerana orang kita tidak menjaga agama ini. Maka Allah ‎ﷻ akan tukarkan kepada orang lain.


 

Maidah Ayat 84: Ini kata-kata mereka lagi.

وَما لَنا لا نُؤمِنُ بِاللهِ وَما جاءَنا مِنَ الحَقِّ وَنَطمَعُ أَن يُدخِلَنا رَبُّنا مَعَ القَومِ الصّٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And why should we not believe in Allāh and what has come to us of the truth? And we aspire that our Lord will admit us [to Paradise] with the righteous people.”

(MALAY)

Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh?”.

 

وَما لَنا لا نُؤمِنُ بِاللهِ

Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah?

Mereka kata takkanlah mereka tidak mahu beriman kepada Allah ‎ﷻ sedangkan Dia adalah Tuhan kepada semua alam ini? Jika mereka tidak beriman juga, maka bodohlah mereka.

 

وَما جاءَنا مِنَ الحَقِّ

dan kepada kebenaran yang datang kepada kami?

Dan mereka kata takkanlah mereka tidak beriman kepada kebenaran sedangkan kebenaran itu sudah datang pun kepada mereka. Benda yang benar di hadapan mata, tetapi kalau tidak mahu percaya lagi, maka itu adalah satu yang amat-amat bodoh.

Begitulah kalau kebenaran sudah masuk meresap ke dalam hati manusia. Mereka sanggup bertukar pendirian. Malangnya ada dalam kalangan orang Islam sendiri yang apabila disampaikan dengan ayat-ayat Al-Qur’an sebagai dalil dan ditambah dengan hadith pun, mereka sanggup tolak lagi.

 

وَنَطمَعُ أَن يُدخِلَنا رَبُّنا مَعَ القَومِ الصّٰلِحينَ

kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang saleh

Mereka sangat ingin dimasukkan bersama golongan yang soleh kerana kalau soleh sahaja, baru boleh masuk syurga. Mereka juga mahu masuk syurga dan selamat bersama-sama orang yang selamat. Mereka mengharap sangat dan sebab itu digunakan lafaz طمَعُ yang bermaksud ‘tamak’ kerana mahu sangat kepada syurga.

Yang paling awal berkata begini adalah Najashi dan juga mereka yang beriman dari penduduk Habashah. Apabila ada beberapa sahabat yang telah berhijrah ke sana, mereka telah menyampaikan dakwah kepada puak Kristian di sana dan ada yang menerima Islam dengan rela.

Jadi ayat-ayat ini menunjukkan perbezaan ketara antara Yahudi dan Nasrani. Golongan Yahudi itu kufur, begitu juga golongan Nasrani. Akan tetapi kufur mereka tidak sama. Yahudi itu ‘kufur degil’ (tahu kebenaran tetapi tetap tolak); sedangkan Nasrani itu ‘kafir jahil’ (mereka tolak kebenaran kerana salah faham tentang agama). Maka apabila disampaikan ajaran yang benar kepada mereka, mereka boleh terima.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 31 Oktober 2021


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir