Tafsir Surah al-Maidah Ayat 106 – 109 (Cara bersumpah dalam persaksian di mahkamah)

Maidah Ayat 106: Ayat ini termasuk dua lagi selepasnya adalah tiga ayat yang dikatakan paling susah untuk ditafsir dalam Al-Qur’an. Oleh itu, kena tahu asbabun nuzul (sebab turun) ayat ini kerana susah kalau dibaca begitu sahaja. Ia amat susah untuk ditafsir dari segi bahasa dan hukum dan tafsir. Dalam ayat ini ada hukum yang masih berjalan hukumnya dan ada yang dikatakan ia sudah mansukh. I’rab (ilmu nahu Bahasa Arab) pula sukar untuk difahami bagi ayat ini. Jadi kita kena usaha lebih untuk memahaminya.

Ada pengajaran akidah dalam ayat ini dan ini yang paling penting; iaitu Allah ‎ﷻ hendak memberitahu, dalam sumpah pun hendaklah bersumpah dengan nama Allah ‎ﷻ, tidak boleh bersumpah dengan nama ilah yang lain. Dan perkara ini tidak kira sama ada orang itu Islam atau kafir.

Asbabun Nuzul ayat ini: Pada zaman Nabi ﷺ, ada tiga orang yang berkongsi dalam berniaga, dua daripadanya adalah Nasara (Tamim dan Adiyy) dan seorang Muslim (namanya Budayl) dan mereka telah mengembara dalam rombongan perniagaan. Ditakdirkan bahawa orang Islam itu telah jatuh sakit dalam perjalanan itu dan sebelum beliau mati, beliau sempat menyenaraikan semua barang-barang hak miliknya dalam perdagangan itu dan beliau simpan di dalam salah satu daripada barangnya. Dan apabila beliau rasa yang beliau sudah hampir mati, beliau telah berwasiat kepada dua rakan kongsinya itu, untuk membawa pulang barang-barangnya dan diberikan kepada keluarganya. Orang yang dipanggil sebagai saksi ini dipanggil ‘wasiyy‘. Boleh seorang atau lebih.

Dua orang Nasara itu akhirnya masuk Islam tetapi sebelum itu, mereka telah mengambil barang kepunyaan si mati yang mahal, iaitu sebiji jag perak bertatah emas (atau mangkuk). Dan barang-barang lain mereka telah beri kepada keluarga si mati. Apabila keluarga itu mendapat segala barang-barang itu, mereka terjumpa senarai barang yang tuan barang telah tulis, tetapi tidak diketahui oleh dua orang Nasara itu. Daripada senarai itu, mereka boleh memeriksa segala barang itu dan apabila diperiksa, mereka sedar yang ada barang yang hilang, iaitu jag itu.

Mereka telah bertanya kepada Nasara dua orang itu, tetapi mereka berdua tidak mengaku tentang wujudnya barang itu. Mereka kata mereka tidak tahu tentang jag itu. Dan mereka tidak tahu menahu tentang senarai barang itu. Maknanya, Allah ‎ﷻ telah memberikan ilham kepada si mati untuk menulis senarai sebelum beliau mati.

Oleh kerana tidak puas hati dengan alasan yang diberikan, keluarga si mati telah melaporkan perkara itu kepada Nabi ﷺ. Oleh kerana saksi yang dua orang itu membela diri mereka dengan berkata tidak tahu, maka Nabi ﷺ suruh dipanggil mereka berdua dan bersumpah. Mereka telah diarahkan untuk bersumpah mengatakan mereka memang tidak tahu menahu tentang barang yang telah hilang itu.

Inilah hukum yang kita boleh gunakan: oleh kerana mereka kata mereka tidak ambil, mereka yang kena bersumpah. Yang dituduh kena bersumpah sedangkan yang mendakwa kena membawakan dalil. Namun begitu, walaupun mereka ada senarai barang itu, mereka tetap kena bawa saksi. Dan apabila tidak ada saksi, maka kes itu telah selesai begitu sahaja (dua orang Nasara itu telah menang). Jag itu tidak dijumpai dan keluarga itu tidak ada cara lain lagi.

Allah ‎ﷻ menurunkan ayat Al-Qur’an ini untuk menegur, tidak boleh bersumpah melainkan atas nama Allah ‎ﷻ. Untuk mendapatkan kepastian daripada dua lelaki itu dan kerana dua orang itu beragama Nasara, mereka telah disuruh bersumpah atas nama yang mereka sendiri takut untuk mungkiri; iaitu dengan apa sahaja nama yang dia takut, terpulang kepada mereka, ikut agama mereka.

Tetapi Allah ‎ﷻ telah menegur dalam ayat ini dan memberitahu kena bersumpah atas nama Allah‎ ﷻ juga. Walaupun kalau seseorang itu Nasara, dia kena bersumpah: “Demi Allah yang menurunkan kitab Injil; jika Yahudi, dia kena bersumpah, demi Allah yang telah menurunkan kitab Taurat; jika Majusi, demi Allah yang telah menciptakan api; dan jika dia seorang musyrikin Mekah, demi Allah yang memilih Nabi Ibrahim.

Maknanya, kena bersumpah atas nama Allah ‎ﷻ juga, tidak boleh sebut selain daripada Allah ‎ﷻ. Ini adalah kerana tidak ada yang boleh menghukum melainkan Allah ‎ﷻ kerana Allah ‎ﷻ sahaja yang boleh buat apa sahaja. Ilah-ilah lain yang mereka anggap sebagai ada kelebihan itu, tidak ada langsung. Mereka bukannya ilah, maka tidak boleh guna ilah mereka.

Maka di dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ mengajar manusia cara-cara untuk berurusan di dalam hal keduniaan supaya hidup kita terpelihara dan berlangsung dengan baik.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا شَهٰدَةُ بَينِكُم إِذا حَضَرَ أَحَدَكُمُ المَوتُ حينَ الوَصِيَّةِ اثنانِ ذَوا عَدلٍ مِّنكُم أَو ءآخَرانِ مِن غَيرِكُم إِن أَنتُم ضَرَبتُم فِي الأَرضِ فَأَصٰبَتكُم مُّصيبَةُ المَوتِ ۚ تَحبِسونَهُما مِن بَعدِ الصَّلوةِ فَيُقسِمانِ بِاللَّهِ إِنِ ارتَبتُم لا نَشتَري بِهِ ثَمَنًا وَلَو كانَ ذا قُربىٰ ۙ وَلا نَكتُمُ شَهٰدَةَ اللَّهِ إِنّا إِذًا لَّمِنَ الآثِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, testimony [should be taken] among you when death approaches one of you at the time of bequest – [that of] two just men from among you or two others from outside if you are traveling through the land and the disaster of death should strike you. Detain them after the prayer and let them both swear by Allāh if you doubt [their testimony, saying], “We will not exchange it [i.e., our oath] for a price [i.e., worldly gain], even if he should be a near relative, and we will not withhold the testimony of [i.e., ordained by] Allāh. Indeed, we would then be of the sinful.”

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu: “(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun dia karib kerabat, dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa”.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا شَهٰدَةُ بَينِكُم إِذا حَضَرَ أَحَدَكُمُ المَوتُ حينَ الوَصِيَّةِ اثنانِ ذَوا عَدلٍ مِّنكُم

Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, 

Apabila berwasiat, kena ada dua orang saksi yang adil. Dan lafaz مِنكُم (dalam kalangan kamu) memberi isyarat bahawa mereka itu mestilah dalam kalangan Muslim. Ada juga yang berpendapat dalam kalangan ahli keluarga yang berwasiat.

أَو ءآخَرانِ مِن غَيرِكُم

atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu,

Lafaz غَيرِكُم (selain daripada kamu) dalam potongan ayat ini memberi isyarat bahawa boleh dijadikan sebagai saksi, orang yang bukan beragama Islam. Maka, Nasara boleh menjadi saksi seperti yang telah berlaku dalam asbabun nuzul ayat ini.

إِن أَنتُم ضَرَبتُم فِي الأَرضِ فَأَصٰبَتكُم مُّصيبَةُ المَوتِ

jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. 

Ini adalah dua syarat yang diletakkan jikalau hendak menggunakan orang kafir sebagai saksi: mesti semasa dalam perjalanan tidak menjumpai orang Muslim yang lain; dan waktu itu memerlukan wasiat, dan hanya perkara wasiat sahaja boleh digunakan mereka sebagai saksi.

تحبِسونَهُما مِن بَعدِ الصَّلوةِ

Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang

Kalimah حبِسونَهُما daripada kalimah ح ب س yang bermaksud ‘tahan’, ‘tangkap’, ‘kurung’. Maksudnya dalam ayat ini, tahanlah mereka yang hendak dijadikan sebagai saksi itu selepas salat. Tahan dengan baik-baik kerana hendak meminta pertolongan daripada mereka. Disarankan waktu salat kerana masa dan tempat yang mulia, akan menjadi pemberat bagi orang yang bersumpah, agar mereka lebih takut untuk menipu.

Seeloknya selepas salat Asar. Ada juga yang mengatakan, maksudnya tahan mereka selepas salat berjama’ah, supaya boleh disaksikan oleh orang ramai yang datang salat sekali.

Kalau mereka itu bukan Muslim, maka tahan mereka selepas mereka melakukan cara sembahyang mereka.

فَيُقسِمانِ بِاللَّهِ إِنِ ارتَبتُم

lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu

Mereka hendaklah bersumpah dengan nama Allah ‎ﷻ. Hanya sumpah dengan nama Allah ‎ﷻ sahaja yang diterima. Ada pendapat yang mengatakan sumpah itu jika ada keraguan dengan persaksian mereka. Jika tiada keraguan, maka, tidak perlu bersumpah.

لا نَشتَري بِهِ ثَمَنًا وَلَو كانَ ذا قُربىٰ

“(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit, walaupun dia karib kerabat,

Ini adalah lafaz sumpah mereka: mereka kena kata yang mereka tidak akan memungkiri sumpah itu walau apa pun sebabnya. Walaupun untuk kepentingan kaum kerabat mereka.

وَلا نَكتُمُ شَهٰدَةَ اللَّهِ

dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; 

Sambungan sumpah mereka, menegaskan sekali lagi yang mereka tidak akan memungkiri sumpah itu. Jika dipanggil persaksian mereka, mereka akan datang dan akan berkata yang benar kerana mereka telah bersumpah atas nama Allah ‎ﷻ. Dan berdosa besar jika menipu dalam sumpah dan persaksian.

إِنّا إِذًا لَّمِنَ الآثِمينَ

sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa”.

Ini adalah penutup kepada lafaz sumpah mereka.

Begitulah lafaz sumpah yang perlu dilakukan oleh mereka yang menjadi saksi. Sambungan kisah ini ada di dalam ayat yang seterusnya.


Maidah Ayat 107: Ini adalah sambungan daripada kisah seorang sahabat yang meninggal dan telah berwasiat dengan menggunakan dua saksi Nasara, seperti yang telah diceritakan dalam ayat sebelum ini.

Sambungan kisah asbabun nuzul: Tidak lama selepas itu, barang yang dikatakan tidak ada itu telah dijumpai di Mekah. Orang yang memegang barang itu berkata, dia telah membelinya daripada dua orang Nasara itu. Padahal sebelum itu, dua orang Nasara itu sudah bersumpah yang barang itu tidak ada. Daripada pengakuan itu telah terbukti yang dua orang Nasara yang menjadi saksi itu yang telah menipu di dalam sumpah mereka. Perkara itu telah dirujuk kembali kepada Nabi Muhammad ﷺ kerana ada bukti baru yang timbul.

Apabila dibawa bukti ini kepada Nabi ﷺ, dua orang Nasara itu telah ditanya kembali. Mereka berkata mereka telah membeli jag itu daripada si mati. Awal dahulu mereka tidak sebut kerana mereka tidak ada saksi pembelian itu dan mereka takut mereka tidak dipercayai. Apabila mereka kata begitu, keluarga si mati telah meminta bukti pembelian itu. Dan memang tiada bukti terjadinya jual beli tersebut. Maka Nabi ﷺ suruh keluarga itu bersumpah yang barang itu adalah barang mereka kerana ada tulisan kertas yang menyatakan demikian.

Dari segi hukum, sekarang keluarga si mati pula yang bersumpah. Dan apabila keluarga sudah bersumpah, barang itu hendaklah diberikan kepada orang yang bersumpah.

Oleh itu, apabila berlaku dakwaan dan pembelaan, di mana pendakwa berkata itu barang kepunyaannya dan sepatutnya dia kena memberikan bukti. Namun jika boleh bersumpah, kes itu boleh selesai dengan diberikan barang itu atas sumpah mereka.

Keluarga itu kata itu hak mereka kerana ada dalam senarai barang wasiat si mati. Dalam masa yang sama, Nasara kata mereka telah beli daripada si mati. Maka itu adalah dakwaan dua Nasara itu. Apabila mereka kata mereka membelinya, mereka yang kena membawakan bukti dan mereka kata tidak ada.

Apabila tidak ada, pendakwaan (keluarga) yang kena bersumpah untuk mengatakan yang barang itu adalah barang mereka yang ditinggalkan oleh si mati. Apabila telah bersumpah, barang menjadi milik mereka. Kembalilah barang itu kepada keluarga setelah bersumpah.

فَإِن عُثِرَ عَلىٰ أَنَّهُمَا استَحَقّا إِثمًا فَئآخَرانِ يَقومانِ مَقامَهُما مِنَ الَّذينَ استَحَقَّ عَلَيهِمُ الأَولَيٰنِ فَيُقسِمانِ بِاللَّهِ لَشَهٰدَتُنا أَحَقُّ مِن شَهٰدَتِهِما وَمَا اعتَدَينا إِنّا إِذًا لَّمِنَ الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if it is found that those two were guilty of sin [i.e., perjury], let two others stand in their place [who are] foremost [in claim] from those who have a lawful right. And let them swear by Allāh, “Our testimony is truer than their testimony, and we have not transgressed. Indeed, we would then be of the wrongdoers.”

(MALAY)

Jika diketahui bahawa kedua (saksi itu) membuat dosa, maka dua orang yang lain di antara ahli waris yang berhak yang lebih dekat kepada orang yang meninggal (memajukan tuntutan) untuk menggantikannya, lalu keduanya bersumpah dengan nama Allah: “Sesungguhnya persaksian kami lebih layak diterima daripada persaksian kedua saksi itu, dan kami tidak melanggar batas, sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang yang menganiaya diri sendiri”.

فَإِن عُثِرَ عَلىٰ أَنَّهُمَا استَحَقّا إِثمًا

Jika diketahui bahawa kedua (saksi itu) membuat dosa,

Dalam kes asbabun nuzul itu, telah diketahui oleh waris si mati bahawa dua orang saksi yang bersumpah sebelum itu telah melakukan dosa kerana barang yang mereka kata mereka tidak tahu itu, sememangnya ada, dan dijumpai di Mekah dan orang yang memegangnya mengatakan dia telah membeli daripada kedua mereka.

Asalnya mereka kata tidak tahu menahu, tetapi rupanya mereka telah menjualnya. Oleh itu mereka berhak mendapat dosa.

Oleh itu, ini adalah hukum berkenaan saksi yang menipu.

فَئآخَرانِ يَقومانِ مَقامَهُما مِنَ الَّذينَ استَحَقَّ عَلَيهِمُ الأَولَيٰنِ

maka dua orang yang lain di antara ahli waris yang berhak yang lebih dekat kepada orang yang meninggal (memajukan tuntutan) untuk menggantikannya, 

Apabila saksi yang asal telah menipu dalam sumpah mereka, maka hendaklah mendapatkan saksi yang lain. Dalam kes ini, kena ambil sumpah daripada keluarga yang lebih berhak daripada dua saksi yang asal. Maka, dinaikkan saksi pula daripada keluarga waris yang telah dizalimi kerana mereka yang paling dekat dengan si mati.

Hukum yang boleh diambil: dalil kena ada pada orang yang mendakwa dan sumpah ada pada orang yang membela. Yang mendakwa kena membawakan dalil dan yang membela kalau tidak ada bukti, mesti menggunakan sumpah; inilah kaedah yang boleh digunakan sehingga ke hari ini. Kita kena tahu tentang perkara ini. Kena faham kaedah ini.

Nota: Ini sama seperti kes di mana ada orang yang mengatakan ada amalan daripada syariat. Mereka mendakwa amalan itu wujud. Oleh kerana mereka yang kata ada, maka mereka kena membawakan dalil. Kemudian ada pula yang kata tidak tsabit amalan itu. Maka yang kata tidak tsabit itu tidak perlu membawakan dalil – mereka yang kata amalan itu adalah yang seharusnya membawakan dalil.

Oleh itu, jangan pula minta dalil jika tidak ada – itu tidak kena dan satu kebodohan dalam bab ilmu. Ramai orang sekarang, yang bila kita menegur yang amalan bid’ah tidak ada dalam Islam, mereka pula minta dalil daripada kita. Itu sudah terbalik. Sepatutnya mereka yang mengatakan amalan itu ada yang kena membawakan dalil kepada kita – dalil pula mestilah sama ada daripada Al-Qur’an atau hadith sahih sahaja.

Oleh itu, kita kena faham yang memenangi hujah adalah kepada yang kata sesuatu amalan itu tidak ada. Malangnya ramai yang tidak faham tentang prosedur ini, sampaikan mereka membawa dalil yang bathil – antaranya mereka akan bawa dalil ‘takkan’ pula [takkan tidak ada Majlis Tahlil itu… dah lama orang kita amalkan]. Ketahuilah bahawa dalil ‘takkan’ itu bukan dalil. Susah hendak dilayan orang yang jahil sebegini.

Kembali kepada kes asbabun nuzul ini: dua saksi Nasara itu telah mendakwa mereka membeli jag itu daripada si mati. Itu dianggap sebagai dakwaan. Apabila mereka dakwa yang mereka telah beli, maka mereka yang mesti membawakan bukti sebab tuan asal sudah mati untuk memberi kepastian. Apabila tidak ada saksi, keluarga waris pula yang akan menjadi pembela. Maka dua orang lain pula yang menjadi pengganti sebagai sumpah balas, iaitu puak waris.

فَيُقسِمانِ بِاللَّهِ

lalu keduanya bersumpah dengan nama Allah: 

Maka mereka pun kena bersumpah dengan nama Allah ‎ﷻ juga. Tidak boleh bersumpah dengan nama selain Allah ‎ﷻ.

لَشَهٰدَتُنا أَحَقُّ مِن شَهٰدَتِهِما

“Sesungguhnya persaksian kami lebih layak diterima daripada persaksian kedua saksi itu, 

Lafaz sumpah mereka sebegini: “Demi Allah, sumpah kami lebih berhak diterima daripada sumpahan mereka berdua sebelum ini.” Ini kerana sebelum itu, sudah ada dua saksi yang bersumpah. Maka, kena tolak sumpah mereka dahulu. Kena kata yang sumpah orang yang awal tidak boleh diterima, mereka telah membuat khianat.

وَمَا اعتَدَينا

dan kami tidak melanggar batas,

Sambung: “Dan kami tidak melampaui batas dan menzalimi dalam sumpah ini.” Maknanya, benar-benar sumpah dan tidak ada pembohongan dalam sumpah ini.

Juga maksudnya, mereka tidak melampau dalam mengatakan saksi yang awal telah khianat. Kerana itu bukan perkara yang boleh diambil mudah (mengatakan orang lain telah membuat khianat. Kena pastikan yang mereka memang telah buat khianat, jangan tuduh melulu)

إِنّا إِذًا لَّمِنَ الظّٰلِمينَ

sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang yang menganiaya diri sendiri”.

Mereka mengaku, kalau mereka melampau dalam sumpah mereka itu, menipu dalam sumpah, maka mereka akan termasuk dalam golongan yang zalim.

Dalam asbabun nuzul ayat ini, apabila mereka telah bersumpah sebegitu, maka barang yang hilang daripada senarai si mati itu diserahkan kepada mereka.


Maidah Ayat 108:

ذٰلِكَ أَدنىٰ أَن يَأتوا بِالشَّهٰدَةِ عَلىٰ وَجهِها أَو يَخافوا أَن تُرَدَّ أَيمٰنٌ بَعدَ أَيمٰنِهِم ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاسمَعوا ۗ وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الفٰسِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That is more likely that they will give testimony according to its [true] objective, or [at least] they would fear that [other] oaths might be taken after their oaths. And fear Allāh and listen [i.e., obey Him]; and Allāh does not guide the defiantly disobedient people.

(MALAY)

Itu lebih dekat untuk (menjadikan para saksi) mengemukakan persaksiannya menurut apa yang sebenarnya, dan (lebih dekat untuk menjadikan mereka) merasa takut akan dikembalikan sumpahnya (kepada ahli waris) sesudah mereka bersumpah. Dan bertakwalah kepada Allah dan dengarkanlah (perintah-Nya). Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

ذٰلِكَ أَدنىٰ أَن يَأتوا بِالشَّهٰدَةِ عَلىٰ وَجهِها

Itu lebih dekat untuk (menjadikan para saksi) mengemukakan persaksiannya menurut apa yang sebenarnya,

Ini adalah cara bersumpah yang lebih mudah untuk umat Islam dan lebih hampir dengan cara terbaik kepada mereka yang memberi penyaksian. Maka gunakanlah cara sumpah sebegini. Apabila digunakan sumpah sebegini, ia akan mengeluarkan kisah yang sebenar.

أَو يَخافوا أَن تُرَدَّ أَيمٰنٌ بَعدَ أَيمٰنِهِم

dan (lebih dekat untuk menjadikan mereka) merasa takut akan dikembalikan sumpahnya (kepada ahli waris) sesudah mereka bersumpah. 

Atau sumpah yang sebegini akan menyebabkan mereka bimbang kalau-kalau ditolak sumpah mereka selepas dibuat oleh sumpahan yang benar. Dengan cara ini maka semua kena beringat, jangan senang-senang hendak bersumpah palsu. Ini kerana mereka kena tahu, jika ada kesilapan, mahkamah akan memanggil mereka semula. Tidaklah semestinya mereka sumpah sahaja, terus diterima. Masih ada lagi cara untuk sumpah mereka ditolak.

وَاتَّقُوا اللَّهَ

Dan bertaqwalah kepada Allah

Yang penting, hendaklah bertaqwa dan hendaklah takut kepada Allah ‎ﷻ. Jika tidak takut kepada Allah ‎ﷻ, hukum apa pun tidak jadi. Mereka yang tidak takut kepada Allah ‎ﷻ, akan langgar sahaja mana-mana hukum Allah ‎ﷻ. Tetapi mereka kena ingat yang mereka yang dikenakan dengan azab nanti.

وَاسمَعوا

dan dengarkanlah

Maksudnya, dengar dan taatlah hukum yang ada dalam wahyu. Jangan memandai membuat hukum sendiri. Allah ‎ﷻ telah memberikan syariat untuk kita menggunakan undang-undang dari-Nya, yang sudah tentunya bagus. Janganlah digunakan undang-undang manusia jika Allah ‎ﷻ telah menetapkan hukum.

Malangnya, orang kita sendiri pun tidak mengkaji hukum yang Allah ‎ﷻ telah turunkan. Ramai yang lebih selesa menggunakan hukum dan undang-undang buatan manusia pula. Ini tidak patut. Selalunya yang terjadi, mereka tidak tahu pun sebenarnya dalam Islam sudah ada undang-undang tersebut. Mereka tidak tahu kerana mereka tidak belajar.

وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الفٰسِقينَ

dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Allah‎ ﷻ tidak akan memberi pimpinan kepada kaum yang fasik; iaitu mereka yang keluar daripada ketaatan. Mereka tidak ada niat untuk taat pun kepada hukum-hukum Allah ‎ﷻ.

Oleh itu, secara ringkasnya, maksud besar ayat ini adalah kena bersumpah dengan nama Allah ‎ﷻ. Tidak boleh bersumpah guna nama selain Allah ‎ﷻ. Walaupun orang yang diminta sumpah itu adalah orang bukan Islam sekali pun. Kena sesuaikan sumpah mereka supaya sebut nama Allah‎ ﷻ juga. Ini penting kerana ini adalah isu akidah. Ia berkait rapat dengan pegangan akidah kita.

Dalam ayat ini sudah ada teguran daripada Allah ‎ﷻ kerana asalnya Nabi ﷺ suruh mereka bersumpah dengan nama apa sahaja yang mereka takut – iaitu dengan nama Nabi Isa (Jesus) dan sebagainya. Tetapi Allah ‎ﷻ menegur dengan beritahu bersumpah mesti atas nama Allah ‎ﷻ kerana Dia sahaja yang maha tahu segala perkara. Oleh itu, kena ingat: hanya nama Allah ‎ﷻ sahaja yang berhak digunakan dalam sumpah.

Sekian Ruku’ 14 dari 16 ruku’ dalam surah ini.


Maidah Ayat 109: Ini berkenaan dengan hal Nabi Isa عليه السلام. Surah ini sudah hampir sampai ke penghujung. Allah ‎ﷻ sebut tentang Nabi Isa عليه السلام dan agama Kristian kerana ia adalah agama yang terbesar dalam dunia sekarang ini. Dan ia adalah agama yang paling popular.

Sebelum kepada bab itu, sekarang diceritakan soalan yang Allah ‎ﷻ tanya kepada semua Rasul. Allah ‎ﷻ sentuh keadaan di akhirat kelak. Ini adalah cara Al-Qur’an di mana setelah diberitahu bab-bab hukum, akan diberikan peringatan tentang akhirat kerana orang yang ingat tentang akhirat sahaja yang boleh taat dan ikut kepada hukum yang telah diberikan.

۞ يَومَ يَجمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ فَيَقولُ ماذا أُجِبتُم ۖ قالوا لا عِلمَ لَنا ۖ إِنَّكَ أَنتَ عَلّٰمُ الغُيوبِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Be warned of] the Day when Allāh will assemble the messengers and say, “What was the response you received?” They will say, “We have no knowledge. Indeed, it is You who is Knower of the unseen” –

(MALAY)

(Ingatlah), hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul lalu Allah bertanya (kepada mereka): “Apa jawapan kaummu terhadap (seruan)mu?”. Para rasul menjawab: “Tidak ada pengetahuan kami (tentang itu); sesungguhnya Engkau-lah yang mengetahui perkara yang ghaib”.

يَومَ يَجمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ فَيَقولُ ماذا أُجِبتُم

(Ingatlah), hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul lalu Allah bertanya (kepada mereka): “Apa jawapan kaummu terhadap (seruan)mu?”.

Allah ‎ﷻ sekarang menceritakan kepada kita, kejadian di Mahsyar nanti. Waktu itu akan dikumpulkan semua rasul yang telah dipilih. Hari Mahsyar itu nanti semua makhluk akan dikumpulkan. Akan tetapi dalam ayat ini Allah ‎ﷻ menceritakan tentang Rasul yang dikumpulkan. Ini menakutkan kerana dalam perhimpunan itu, mereka yang ditanya dahulu.

Waktu itu akan ditanya mereka: apa yang disambut oleh kaum kamu? Apa sambutan mereka terhadap dakwah kamu? Kamu telah sampaikan kepada umat kamu, tetapi apa jawapan mereka? Mereka buat apa?

Dalam ini adalah soalan penting yang hendak ditanya: mereka terima atau tidak? Maka semua manusia tidak akan terlepas kerana mereka akan ditanya sama ada mereka taat atau tidak kepada ajaran Rasul mereka. Jadi walaupun yang ditanya adalah para Rasul, tetapi sebenarnya soalan itu tentang umat mereka. Jadi ia adalah tentang ‘kita’ sebenarnya.

Ini adalah tempelak kepada manusia yang berharap sangat kepada syafaat daripada Rasul mereka. Syarat untuk mendapat syafaat mestilah mengikut apa yang diajar oleh Rasul mereka. Soalannya, adakah mereka ikut?

قالوا لا عِلمَ لَنا

Para rasul menjawab: “Tidak ada pengetahuan kami (tentang itu); 

Para Rasul itu akan jawab lebih kurang maksudnya begini: [tidak ada ilmu kepada kami. Kami tidak tahu umat kami terima atau tidak selepas kami tiada.] Ini benar kerana selepas para Rasul wafat, mereka tidak ada hubungan lagi dengan dunia. Akidah yang kata Nabi masih ada dalam kalangan kita adalah tidak benar.

Selain itu, ada juga tafsiran kedua, dan ini adalah penjelasan daripada Imam Razi. Ini kerana telah timbul persoalan: Mana mungkin para Rasul itu tidak tahu siapa yang beriman di antara mereka dahulu semasa mereka hidup? Imam Razi menjelaskan ilmu pengetahuan ada dua: ilm dan zann (agak sahaja). Mungkin ada yang duduk dalam kalangan para Rasul itu dan mengaku beriman, tetapi belum pasti lagi kerana mereka mungkin munafik.

Maka para rasul itu mengatakan lebih kurang begini: tidak ada ilmu pada kami kecuali apa yang kami tahu jawapan mereka semasa hidup kami bersama mereka. Kami hanya boleh tahu perbuatan zahir mereka sahaja. Kami tidak tahu apa yang mereka kata di dalam hati mereka.

Kerana yang dikehendaki adalah umat itu kena terima dengan mulut dan juga dengan hati. Namun soal hati mereka, para Rasul itu tidak tahu apa isinya. Yang tidak terima memang sudah jelas kerana mereka ada yang buat tidak tahu sahaja dan ada yang menentang.

Maka kerana itu para Rasul itu jawab: mereka tidak tahu kerana Allah ‎ﷻ sahaja yang tahu ghaib yang dalam hati mereka. Mereka sekadar menyampaikan sahaja. Sama ada kaum mereka benar terima atau tidak, mereka tidak tahu. Itulah jawapan mereka kepada Allah ‎ﷻ. Ini menjadi dalil bahawa Rasul tidak ada ilmu ghaib sehinggakan dapat mengetahui apa yang dalam hati manusia. Jika Nabi pun tidak tahu, apatah lagi manusia biasa.

إِنَّكَ أَنتَ عَلّٰمُ الغُيوبِ

sesungguhnya Engkau-lah yang mengetahui perkara yang ghaib”.

Mereka mengaku yang mereka memang tidak tahu kerana mereka manusia sahaja. Maknanya, mereka tidak tahu perkara ghaib. Yang tahu segala-galanya adalah Allah ‎ﷻ sahaja.

Maka, ini juga menolak fahaman golongan yang berkata Nabi Muhammad ﷺ itu tahu perkara ghaib. Itu adalah jauh daripada kebenaran kerana dalam ayat ini sendiri menjelaskan yang para Nabi itu semua mengaku yang mereka tidak ada ilmu ghaib.

Semua Nabi dan rasul akan jawab begitu. Dan ada lagi soal jawab selepas ini. Kerana selepas itu nanti puak yang menolak kebenaran akan berkata bahawa para Nabi tidak sampaikan pun dakwah dan ilmu kepada mereka. Ini disebut dalam ayat-ayat yang lain. Ini bermakna mereka sudahlah telah berbohong di dunia dan sekarang, mereka hendak berbohong pula di akhirat.

Apabila umat kata begitu, Allah ‎ﷻ akan tanya para Nabi apakah dalil yang mereka telah sampaikan dakwah tauhid kepada umat, para rasul itu akan kata umat Nabi Muhammad ﷺ yang jadi saksi ke atas mereka.

Eh, bagaimana pula umat Nabi Muhammad ﷺ menjadi saksi pula sedangkan kita tidak hidup dalam kalangan mereka? Kita sebagai umat Nabi Muhammad ﷺ boleh menjadi saksi kerana semua perkara itu disebut dalam Al-Qur’an; iaitu mereka yang belajar Al-Qur’an sahaja yang dapat memberikan persaksian itu kerana dalam Al-Qur’an telah disebut yang para Nabi umat dahulu telah menyampaikan segala wahyu kepada umat mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 6 September 2021


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Maariful Qur’an

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 85 – 89 (Larangan berpantang makanan)

Maidah Ayat 85: Ini adalah jenis ayat Tabshir Ukhrawi (berita gembira dengan pembalasan baik di akhirat).

فَأَثٰبَهُمُ اللهُ بِما قالوا جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها ۚ وَذٰلِكَ جَزاءُ المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So Allāh rewarded them for what they said¹ with gardens [in Paradise] beneath which rivers flow, wherein they abide eternally. And that is the reward of doers of good.

  • i.e., their admission and acceptance of the truth and commitment to Allāh’s religion (Islām).

(MALAY)

Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan (yang ikhlas keimanannya).

 

فَأَثٰبَهُمُ اللهُ بِما قالوا

Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, 

Allah balas perkataan mereka kerana iktikad mereka pun begitu juga. Mereka bukan cakap sahaja, tapi mereka pegang dalam hati mereka apa yang mereka katakan. Dan mereka teruskan dengan masuk Islam dan beramal dengan kebaikan dan taat kepada hukum Allah. Maka Allah balas mereka dengan syurga.

 

جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, 

Allah masukkan ke dalam kebun-kebun syurga. Nikmat yang ada dalam syurga itu amat banyak sekali sampaikan tidak dapat dijelaskan. Allah cuma jelaskan yang ada sungai-sungai yang mengalir di dalam syurga itu untuk kegunaan ahli syurga.

Ini memberi isyarat kepada keindahan dan kenikmatan kerana orang-orang Arab itu amat sukakan kepada air kerana tempat mereka tidak banyak air. Jadi kalau ada sungai di tempat tinggal, itu memang nikmat besar sangat.

 

خٰلِدينَ فيها

sedang mereka kekal di dalamnya.

Kalau duduk di syurga itu sekejap sahaja, tidaklah nikmat sangat. Tapi Allah janji yang mereka akan kekal di dalam syurga itu. Dan memang sesiapa yang masuk syurga akan kekal di dalamnya. Tidak akan dikeluarkan sampai bila-bila.

 

وَذٰلِكَ جَزاءُ المُحسِنينَ

Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan

Itu adalah balasan bagi mereka yang memiliki hati yang baik. Walaupun mereka baru kepada Islam, tapi mereka itu memang sudah orang yang baik. Orang yang baik sebelum masuk Islam, mereka akan terus kekal baik selepas masuk Islam.

Begitulah kalau golongan Kristian itu sudah kenal agama Islam dan wahyu dari Allah. Akan tetapi kalau kita tidak sampaikan kepada mereka wahyu Allah ini, lalu bagaimana mereka hendak tahu? Adakah kita sudah jalankan tugas kita untuk sampaikan dakwah kepada mereka?


 

Maidah Ayat 86: Ayat takhwif ukhrawi (penakutan dengan azab di akhirat).

وَالَّذينَ كَفَروا وَكَذَّبوا بِئآيٰتِنا أُولٰئِكَ أَصحٰبُ الجَحيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who disbelieved and denied Our signs – they are the companions of Hellfire.

(MALAY)

Dan orang-orang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka.

 

وَالَّذينَ كَفَروا

Dan orang-orang kafir

Sebelum ini telah disebut tentang mereka yang menerima kebenaran wahyu; bagaimana pula kalau mereka yang kufur – menutup kebenaran yang sudah sampai kepada mereka?

 

وَكَذَّبوا بِئآيٰتِنا

serta mendustakan ayat-ayat Kami,

Dan apabila sampai wahyu Allah kepada mereka, mereka kata itu semua dusta belaka, mereka tidak mahu terima. Apa yang akan dibalas kepada mereka?

 

أُولٰئِكَ أَصحٰبُ الجَحيمِ

mereka itulah penghuni neraka.

Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Dan apabila dikatakan mereka ashabun jaheem, itu maksudnya mereka akan kekal dalam neraka itu, tidak keluar sampai bila-bila.

Sekian Ruku’ 11 dari 16 ruku’ dalam surah ini.


 

Maidah Ayat 87: Ini ayat untuk nafi ‘syirik amali’ (perbuatan syirik), iaitu ada manusia yang mengharamkan perkara yang Allah ‎ﷻ telah halalkan. Dan ada yang halalkan perkara yang Allah‎ ﷻ telah haramkan.

Dan perkara yang selalu berlaku adalah dalam hal pemakanan. Kita kena ingat, mana makanan yang Allah sudah halalkan, tidak boleh diharamkan dengan berpantang. Kalau seseorang itu pernah berpantang, dia kena batalkan pantangnya itu dengan serta merta – wajib dia kena makan sebagai isyarat untuk batalkan pantangnya itu.

Perkara ini perlu disentuh kerana sebelum ini di dalam ayat 82, ada disebut tentang rahib. Dalam ayat itu seperti ada pujian terhadap mereka. Dan kita pun tahu kehidupan mereka ini pelik sedikit, iaitu mereka menolak nikmat dunia. Takut ada pula yang ikut cara hidup mereka yang salah itu. Maka disentuh dalam ayat ini tentang kesalahan menolak nikmat dunia dengan mengharamkan ke atas diri.

Mengharamkan makan jenis-jenis makanan juga ada dalam masyarakat kita. Ia hendaklah ditinggalkan. Contohnya, katakanlah sebelum ini, dia telah diberikan peringatan agar tidak memakan ikan kekacang dan buluh betong hanya kerana dia berketurunan Wan atau Nik (di Kelantan). Maka, dia haruslah membatalkan pantangnya itu dengan memakan ikan kekacang dan bulu betong.

Jadi ayat ini ada kena mengena dengan berpantang. Asalnya tentang pengharaman makanan oleh orang syirik tetapi kita pun tersangkut juga dalam hal ini. Ini kerana orang Melayu kita banyak yang berpantang atas sebab-sebab tertentu – kerana bersalin, kerana mengamalkan ilmu khas, kerana keturunan dan sebagainya. Itu semua adalah perbuatan haram dan salah satu daripada syirik amali.

Kita tidak boleh berpantang kalau tanpa sebab yang haq, melainkan jika doktor sendiri yang mengatakan tidak boleh makan atas sebab kesihatan. Maka, jangan lagi kita berpantang dan ajar masyarakat kita berpantang kerana itu amalan itu boleh menyebabkan syirik amali.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تُحَرِّموا طَيِّبٰتِ ما أَحَلَّ اللهُ لَكُم وَلا تَعتَدوا ۚ إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ المُعتَدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, do not prohibit the good things which Allāh has made lawful to you and do not transgress. Indeed, Allāh does not like transgressors.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تُحَرِّموا طَيِّبٰتِ ما أَحَلَّ اللهُ لَكُم

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, 

Allah ‎ﷻ mengingatkan kita supaya jangan memandai-mandai mengharamkan perkara yang Allah ‎ﷻ telah halalkan kepada kita. Pengharaman telah diletakkan dalam nas Al-Qur’an dan Hadith dan jangan kita berlebihan pula daripada yang telah ditetapkan oleh nas.

Umumnya, sekurang-kurangnya ada tiga cara sesuatu perkara yang halal diharamkan oleh manusia:

1. Kepercayaan. Dia percaya sesuatu benda itu haram.
2. Dengan kata-kata iaitu apabila seseorang mengisytiharkan yang dia tidak akan makan sesuatu jenis makanan yang halal.
3. Secara praktikal. Dia tidak percaya pun makanan itu haram, dan dia tidak cakap apa-apa pun, tetapi dia tidak makan satu jenis makanan yang halal.

Dalam kes 1 itu, kalau dia percaya sesuatu itu haram sedangkan ia halal (setelah diperiksa dengan alim ulama’), maka ini adalah perbuatan kufur kerana menentang hukum Allah ‎ﷻ.

Dalam situasi ke 2, ia juga berdosa. Ini adalah sumpah yang salah dan perlu ditamatkan. Oleh kerana dia telah bersumpah, maka dia kena batalkan sumpah itu dengan membayar kiffarah.

Dalam situasi ke 3, ia bergantung. Jika dia rasa ia adalah sesuatu yang baik bagi agamanya, maka ia berdosa (dosa bid’ah) dan perlu ditinggalkan pantang itu kerana syarak tidak memerintahkannya tetapi dia memandai buat, jadi ini adalah ghuluw dalam hal agama. Ini seperti yang dilakukan oleh sesetengah golongan tarekat. Mungkin tok guru ada suruh jangan makan binatang bernyawa untuk naik maqam. Ini adalah perbuatan mengarut.

Namun begitu, jika kerana berpantang itu atas pilihan dirinya sendiri kerana dia tidak suka rasanya, atau kerana ia tidak baik bagi kesihatannya, maka ia tidak mengapa. Contohnya orang yang ada darah tinggi digalakkan supaya jangan memakan ‘binatang berkaki empat’.

Hukum asal, segala perkara dalam dunia ini adalah halal melainkan ada dalil untuk mengharamkannya. Nas hanya mengharamkan beberapa perkara sahaja. Selain daripada itu, hukum tentangnya adalah harus. Jadi, lebih banyak perkara yang halal daripada yang haram.

Malangnya, ada orang kita yang suka mengharamkan banyak perkara padahal tidak ada nas pun. Senang-senang sahaja mereka mengharamkan sedangkan ia halal. Ingatlah yang Islam bukanlah untuk mengharamkan sahaja. Itu bukanlah mentaliti Islam. Allah ‎ﷻ hendak memudahkan hidup kita di dunia dan ini dan perkara yang diharamkan adalah kerana ia mendatangkan keburukan kepada kita.

Ada yang hendak menolak nikmat dunia atas sebab hendak menjaga hati kononnya. Takut terpedaya dengan nikmat dunia. Namun ini adalah ghuluw. Nikmat yang Allah ‎ﷻ berikan kepada kita adalah untuk kita nikmati. Kita boleh menikmati nikmat dunia Allah dan kemudian kita bersyukur. Syukur itu tinggi nilainya, ia lebih bernilai daripada nikmat yang sedang diterima itu. Allah ‎ﷻ suka kita menikmati pemberian-Nya dan kemudian bersyukur.

Yang mana Allah ‎ﷻ telah haramkan, maka haramlah untuk kita, dan mana yang tidak disebut, maka halallah untuk kita. Dan kalau ada perkara yang nampak samar-samar, maka terpulang kepada kita. Kita kena nilai dengan akal yang waras dan lihatlah kepada kebaikan dan keburukan perkara itu. Kalau setelah kita kaji ia  adalah buruk untuk kita, maka janganlah kita makan.

 

وَلا تَعتَدوا

dan janganlah kamu melampaui batas. 

Dan jangan melampau batas syariat dengan mengharamkan yang halal dan halalkan yang haram.

Daripada Masruq yang menceritakan, “Ketika kami sedang berada di rumah Abdullah ibnu Mas’ud رضي الله عنه, dihidangkan kepadanya air susu perahan. Lalu ada seorang lelaki (daripada para hadirin) yang menjauhi. Abdullah ibnu Mas’ud رضي الله عنه berkata kepadanya, “Datanglah!” Lelaki itu berkata, ‘Sesungguhnya aku telah mengharamkan diriku meminumnya.’ Abdullah ibnu Mas’ud رضي الله عنه berkata, ‘Datanglah dan minumlah, dan bayarlah kifarat sumpahmu,’ lalu Abdullah ibnu Mas’ud رضي الله عنه membacakan firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kalian. (Al-Maidah: 87), hingga akhir ayat. Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim. Imam Hakim telah meriwayatkan atsar ini di dalam kitab Mustadraknya melalui jalur Ishaq ibnu Rahawaih, daripada Jarir, daripada Mansur dengan sanad yang sama. Kemudian Imam Hakim mengatakan bahwa atsar ini sahih dengan syarat Syaikhain (Bukhari dan Muslim), tetapi keduanya tidak mengetengahkannya.

Bukan dalam perkara makan sahaja kita tidak boleh melampau, tetapi dalam banyak perkara lain. Ini kita telah sentuh di dalam perbincangan surah ini tentang ‘ghuluw’.

Di dalam kitab Sahihain disebutkan daripada Siti Aisyah رضي الله عنها bahawa pernah ada segolongan mereka dalam kalangan sahabat Rasulullah ﷺ bertanya kepada isteri-isteri Nabi ﷺ tentang amal perbuatan Nabi ﷺ yang bersifat peribadi. Maka sebahagian daripada para sahabat itu ada yang berkata, “Aku tidak akan makan daging.” Sebahagian yang lain mengatakan, “Aku tidak akan mengahwini wanita.” Dan sebahagian lagi mengatakan, “Aku tidak tidur di atas tilam.”Ketika hal itu sampai kepada Nabi ﷺ, maka baginda bersabda:

“مَا بَالُ أَقْوَامٍ يَقُولُ أَحَدُهُمْ كَذَا وَكَذَا، لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ، وَأَنَامُ وَأَقُومُ، وَآكُلُ اللَّحْمَ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي”.

Apakah gerangan yang dialami oleh kaum, seseorang daripada mereka mengatakan anu dan anu, tetapi aku puasa, berbuka, tidur, bangun, makan daging, dan berkahwin dengan wanita. Maka barang siapa yang tidak suka dengan sunnah (tuntunan)ku, maka dia bukan daripada golonganku. Sahih Muslim (1401)

 

إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ المُعتَدينَ

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Allah ‎ﷻ tidak suka perbuatan yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Malangnya, ramai yang buat begitu. Dan apa yang selalu terjadi adalah dalam pemakaian ‘pantang’. Ini termasuk di dalam perkara yang melampau batas.

Selalunya selepas bersalin, bidan akan beritahu kepada wanita yang baru bersalin, beberapa jenis makanan yang pantang untuk dimakan. Dan kebanyakan orang kita akan ikut sahaja tanpa usul periksa. Ini juga termasuk dalam pengharaman kepada perkara yang halal.

Mereka kata ia bukanlah ‘haram’, tetapi ‘pantang’ sahaja. Namun itu cuma penggunaan terma yang berbeza, dari segi hakikatnya, ia tetap pengharaman kepada perkara yang halal. Dan ini termasuk dalam perkara yang melampau.

Jika pantang itu tidak dapat dijelaskan, tetapi hanya cuma mengikut kata-kata orang sahaja, maka ini memerlukan pemerhatian yang lebih. Mungkin ada yang alergik dengan sesuatu pemakanan itu, tetapi tidaklah semestinya semua orang alergik pula. Ini kerana lain badan, lain pula reaksi penerimaan sesuatu pemakanan itu. Kita tidak boleh pukul rata dengan menyenaraikan semua jenis makanan pantang itu sesuai untuk semua.

Contoh nasihat berpantang yang biasa diberikan ialah “Jangan makan telur/ayam/ikan nanti gatal dan luka bentan”. Jika hendak diikutkan, makanan yang disenaraikan itu adalah sumber protein. Maka jika mahu mengelakkan daripada memakan makanan tersebut adalah kurang logik malah mungkin melambatkan proses luka bersalin kerana badan wanita yang baru lepas bersalin amat memerlukan protein. Seperti juga terdapat larangan untuk ibu-ibu dalam pantang agar tidak minum air dengan kadar yang banyak sebab bimbang akan mengakibatkan urat saraf kembang. Ini juga adalah pantang larang yang tidak berasas kerana ketika dalam pantang lah badan wanita memerlukan air yang lebih terutama badan ibu perlu menghasilkan susu bagi keperluan bayi yang baru dilahirkan.

Jika pantang itu boleh dijelaskan dari sudut akal, maka ia boleh diterima. Mungkin melalui pemerhatian doktor atau pengalaman individu itu sendiri yang mengatakan ia tidak elok untuk kesihatan wanita yang baru bersalin, atau mungkin membawa kesan kepada bayi yang disusukan, maka bolehlah jika kita tidak memakannya. Apa-apa pun, yang penting haruslah menjaga pemakanan yang seimbang. Sedar mana yang baik dan tidak untuk badan kurniaan Allah ‎ﷻ ini. Jangan keterlaluan di dalam berpantang sehingga mengundang murka Allah ‎ﷻ pula nanti.


 

Maidah Ayat 88: Sebaliknya Allah ‎ﷻ suruh kita gunakan perkara yang Allah ‎ﷻ telah halalkan kerana Allah ‎ﷻ telah menjadikannya untuk kegunaan kita. Maka ia adalah nikmat daripada Allah ‎ﷻ dan hendaklah kita gunakan nikmat yang Allah ‎ﷻ sudah berikan kepada kita, bukan?

وَكُلوا مِمّا رَزَقَكُمُ اللهُ حَلٰلًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللهَ الَّذي أَنتُم بِهِ مُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And eat of what Allāh has provided for you [which is] lawful and good. And fear Allāh, in whom you are believers.

(MALAY)

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

 

وَكُلوا مِمّا رَزَقَكُمُ اللهُ حَلٰلًا طَيِّبًا

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepadamu,

Kita kena iktikad bahawa semua makanan adalah halal dan boleh dimakan kecuali kalau diharamkan dengan nas. Ia mencakupi apa sahaja yang Allah ‎ﷻ telah halalkan dan baik dari segi pemilikan. Maksudnya, kita memiliki makanan itu dengan cara baik, bukan barang curi. Dan keduanya, hendaklah disembelih dengan cara benar.

Ayat ini tidaklah memberitahu kepada kita yang kita mesti makan semua makanan yang halal, kerana mungkin juga kita tidak sukakan makanan itu. Kadang-kadang ada makanan halal tetapi tidak kena dengan tekak kita, maka kita tidak ada selera untuk memakannya. Mungkin kerana kita tidak biasa makan semenjak kecil lagi. Jika situasi begitu tidak mengapalah kalau kita tidak makan, cuma janganlah kita kata ia tidak boleh dimakan.

Satu lagi hukum yang kita kena tahu, kalau selama hari ini kita pernah berpantang atas sesuatu makanan, maka wajib kena makan walaupun sekali. Itu adalah untuk memutuskan pantang kita itu. Makan sedikit pun tidak mengapa.

Ayat ini juga memberitahu kita bahawa makanan yang halal adalah baik untuk kita. Dalam masa yang sama, ada makanan yang halal, tetapi tidak baik untuk kita iaitu jika kita ada penyakit, maka akan ada jenis-jenis makanan yang kita tidak boleh makan setelah dinasihati oleh doktor.

Ataupun, kalau kita makan makanan itu, terus kita sakit. Maka, tidak mengapalah kalau kita tidak mahu makan. Ia tetap halal, dan orang lain boleh makan makanan itu, cuma kita sahaja yang tidak boleh makan.

 

وَاتَّقُوا اللهَ الَّذي أَنتُم بِهِ مُؤمِنونَ

dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

Bertaqwa itu bermaksud jaga hukum yang Allah ‎ﷻ telah tetapkan kepada kita. Jangan tambah dan jangan kurang. Itu pun kalau kamu rasa kamu beriman kepada Allah ‎ﷻ. Ini menunjukkan bahawa taqwa dan iman itu tidak sama.

Orang yang beriman, belum tentu lagi dia bertaqwa kerana iman itu setakat percaya sahaja, tetapi taqwa itu maksudnya dia taat sekali kepada hukum yang Allah‎ ﷻ telah tetapkan.


 

Maidah Ayat 89: Allah ‎ﷻ yang buat ketetapan sama ada sesuatu perkara itu halal atau haram. Dan kita sebagai hamba tidak ada hak untuk menukar ketetapan Allah ‎ﷻ kerana perbuatan menghalalkan dan mengharamkan adalah hak Allah ‎ﷻ. Jangan kita mengambil tugas Allah ‎ﷻ pula.

Dan kalau kita buat juga, kita telah kufur atas ‘syirik amali’ – kita telah mengamalkan sesuatu yang syirik – kita telah mengambil hak Allah ‎ﷻ, maksudnya kita telah mensyirikkan Allah ‎ﷻ.

Sebelum ini ayat tentang tidak boleh mengharamkan memakan perkara yang halal. Jadi, mungkin ada yang telah bersumpah untuk tidak makan sesuatu makanan. Atau dia telah bersumpah untuk tidak melakukan perkara yang harus. Jika kita telah bersumpah, maka kita mestilah menunaikan sumpah itu. Namun hanyalah dalam perkara yang harus sahaja.

Maknanya tidak boleh kita bersumpah untuk melakukan perkara yang haram. Dan kalau kita sumpah dan langgar sumpah itu, dikenakan membayar kaffarah. Kaffarah adalah denda yang kita bayar untuk menutup dosa. Istilah ini ramai yang agak keliru kerana terkeliru dengan ‘kifarah’.

Kifarah bererti balasan Allah  ﷻ ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan. Kaffarah dari sudut bahasa (al-Kafru) bermaksud ‘menutup’. Dinamakan kaffarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah ‎ﷻ.

لا يُؤاخِذُكُمُ اللهُ بِاللَّغوِ في أَيمٰنِكُم وَلٰكِن يُؤاخِذُكُم بِما عَقَّدتُمُ الأَيمٰنَ ۖ فَكَفّٰرَتُهُ إِطعامُ عَشَرَةِ مَسٰكينَ مِن أَوسَطِ ما تُطعِمونَ أَهليكُم أَو كِسوَتُهُم أَو تَحريرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَن لَّم يَجِد فَصِيامُ ثَلٰثَةِ أَيّامٍ ۚ ذٰلِكَ كَفّٰرَةُ أَيمٰنِكُم إِذا حَلَفتُم ۚ وَاحفَظوا أَيمٰنَكُم ۚ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُم ءآيٰتِهِ لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh will not impose blame upon you for what is meaningless¹ in your oaths, but He will impose blame upon you for [breaking] what you intended of oaths. So its expiation² is the feeding of ten needy people from the average of that which you feed your [own] families or clothing them or the freeing of a slave. But whoever cannot find [or afford it] – then a fast of three days [is required]. That is the expiation for oaths when you have sworn. But guard your oaths.³ Thus does Allāh make clear to you His verses [i.e., revealed law] that you may be grateful.

  • i.e., what is sworn to only out of habit of speech or what one utters carelessly without true intent.
  • i.e., that for a deliberate oath.
  • i.e., do not take oaths indiscriminately or swear to do that which is sinful, requiring expiation.

(MALAY)

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).

 

لا يُؤاخِذُكُمُ اللهُ بِاللَّغوِ في أَيمٰنِكُم

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud

Allah ‎ﷻ tidak menghukum manusia dengan sumpahan yang tiada niat. Ada orang yang cakap sahaja di mulut tetapi dia tidak berniat dalam hati. Ini adalah kerana kebiasaan orang Arab yang suka bersumpah, tetapi mereka tidak berniat sangat. Itu hanya cakap-cakap kosong sahaja. Ini juga telah disebut dalam Baqarah:225.

Sebagai contoh, mereka kata begini: “Wallahi, aku takkan bercakap dengan kamu lagi”; “Wallahi aku akan bunuh kamu….”; “Wallahi, aku lapar sangat jadi aku nak makan semua atas meja ini…” dan sebagainya. Ia bergantung kepada niat. Mungkin dia cakap itu semasa dia marah dan tidak berfikir apa yang dia cakap.

Ini tidak sama dengan ‘sumpah palsu’. Sumpah palsu sebagai contoh dia telah melakukan sesuatu, tetapi dia bersumpah dia tidak melakukannya. Tidak ada kaffarah bagi hal ini. Dia kena bertaubat kerana menipu sedangkan dia tahu dia telah menipu.

Dan jika dia tersilap maklumat dan bersumpah atas maklumat itu, pun tidak ada kaffarah. Sebagai contoh, ada yang datang dan beritahu sesuatu kepadanya. Dia sangka ia benar dan dia bersumpah kata ada orang datang dan beritahu aku begini, begini. Kemudian baru dia tahu yang maklumat itu tidak benar. Ini juga tidak ada kaffarah.

 

وَلٰكِن يُؤاخِذُكُم بِما عَقَّدتُمُ الأَيمٰنَ

tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja,

Tetapi Allah‎ ﷻ akan menghukum di atas niat manusia yang sengaja. Yang dia cakap dengan mulut, dan dia tekad dalam hati untuk menjalankannya. Antaranya yang orang kita biasa lakukan adalah bernazar.

Nazar itu sebenarnya tidak baik, dan tidak perlu dilakukan kerana ia merupakan sifat kedekut dengan Allah ‎ﷻ (kalau Allah ‎ﷻ beri apa yang dia hendak, baru dia akan buat itu dan ini.) Akan tetapi, kalau dia sudah bernazar, maka dia mesti menunaikannya. Sudah menjadi wajib baginya.

Masalahnya, banyak terjadi apabila perkara yang dia minta itu Allah ‎ﷻ berikan. Waktu itu mulalah ada hal yang tidak dapat dilakukan. Masa berjanji dia sedap mulut sahaja, tetapi sekarang mulalah sibuk hendak ‘lari’ daripada membayar janji itu dahulu. Ada perkara yang memang dia tidak mampu buat.

Maka ini adalah jalan penyelesaian bagi nazarnya dahulu. Dia kena bayar kaffarah sumpahnya semasa bernazar dahulu.

 

فَكَفّٰرَتُهُ إِطعامُ عَشَرَةِ مَسٰكينَ

maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, 

Mungkin selepas dia telah bersumpah, dia menyesal kerana berkata begitu. Maka dia hendak melanggar sumpahnya itu, tidak mahu meneruskannya lagi. Maka kalau melanggar sumpah, dia dikenakan membayar kaffarah sebagai denda. Salah satu cara adalah memberi makan sepuluh orang miskin. Ada pendapat yang mengatakan dua kali makan.

 

مِن أَوسَطِ ما تُطعِمونَ أَهليكُم

iaitu daripada makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, 

Iaitu memberi makanan daripada jenis yang biasa diberi makan kepada keluarga sendiri. Kalau nasi, nasi lah, kalau roti, roti lah. Kalau biasa makan dengan lauk, kena beri dengan lauk sekali. Kalau biasa makan beras gred A, maka beri makan beras gred A lah juga. Dia boleh sediakan makanan itu, atau dia boleh memberi wang sebagai ganti kepada makanan itu.

 

أَو كِسوَتُهُم

atau memberi pakaian kepada mereka

Atau, bagi pakaian kepada mereka yang miskin, sepertimana pakaian yang diberi kepada keluarga sendiri. Walaupun tidak disebut sepertimana pakaian keluarga sendiri, tetapi ia boleh difahami. Berapa orang? Sepuluh orang juga.

Ada juga pendapat yang mengatakan pakaian yang cukup iaitu yang menutup seluruh badan dan kaki (maknanya sepasang pakaian).

 

أَو تَحريرُ رَقَبَةٍ

atau memerdekakan seorang budak.

Atau dia boleh memerdekakan hamba. Kalau hamba, bukanlah sepuluh orang, tetapi seorang sahaja.

Tiga pilihan di atas itu adalah jika dia mempunyai harta. Maka bolehlah dipilih daripada salah satu pilihan di atas. Bagaimana kalau seorang yang hendak melanggar sumpahnya itu tidak mempunyai harta?

 

فَمَن لَّم يَجِد فَصِيامُ ثَلٰثَةِ أَيّامٍ

Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari.

Kalau tidak ada harta, gantinya adalah puasa tiga hari. Tetapi hendaklah cuba membayar dengan harta dahulu. Jika tidak boleh, barulah dengan berpuasa. Pendapat ulama’ seperti Imam Abu Hanifah رحمه الله mengatakan yang ia perlulah dilakukan berturutan.

 

ذٰلِكَ كَفّٰرَةُ أَيمٰنِكُم إِذا حَلَفتُم

Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah

Itulah empat jenis pilihan penebus kesalahan langgar sumpah. Kalimah حَلَفتُم (sumpah-sumpahmu) bermaksud apabila seseorang itu telah membuat komitmen di atas sumpahnya, iaitu dia benar-benar berniat atas sumpah itu, bukan cakap main-main.

 

وَاحفَظوا أَيمٰنَكُم

Dan jagalah sumpahmu.

Jangan tinggalkan sumpah itu tanpa membayar kaffarah.

Yang sebaiknya, hendaklah jaga sumpah, jangan langgar. Kalau sudah bersumpah, mestilah menunaikannya. Ia bukanlah perkara main-main.

Dan lagi satu, dari awal lagi, jangan suka membuat sumpah yang akan menyusahkan diri sendiri juga nanti. Jangan kerana mulut, badan binasa. Mulut tu kena jagalah sikit. Kalau sudah kena bayar kaffarah itu, jangan marahlah sebab ia datang pun daripada kamu juga.

Jadi jangan senang hendak bernazar. Sebenarnya kita sepatutnya buat ibadah, kemudian baru kita berdoa. Bukannya nazar kalau diberikan sekian dan sekian, baru hendak buat ibadah.

 

كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُم ءآيٰتِهِ لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur

Kita kena bersyukur kerana Allah ‎ﷻ sudah beri jalan untuk langgar dan untuk keluar daripada sumpah kita. Walaupun kena bayar kaffarah, tetapi itu lebih baik daripada kita tidak membuat apa-apa dan kemudian di akhirat nanti kita dihukum sebab melanggar sumpah kerana jika langgar sumpah, Allah ‎ﷻ akan murka. Sumpah bukan perkara yang boleh dibuat main.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 13 November 2021


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Maariful Qur’an

Tafsir Surah Baqarah Ayat 221 – 224 (Hukum dalam perkahwinan)

Ayat 221: Dalam ayat-ayat sebelum ini, telah disebut tentang tiga perkara yang mempunyai kesan dua hala (boleh jadi baik dan boleh jadi buruk) – Arak dan Judi, berapa yang perlu diinfakkan dan ketiga, tentang penjagaan anak yatim.

Ini pula adalah ayat tentang institusi perkahwinan. Ia amat penting dalam masyarakat Islam. Ia diturunkan pada  ketika komuniti Islam di Madinah sedang mula baru berkembang. Institusi keluarga yang baik akan menyebabkan masyarakat dalam keadaan baik. Persoalan yang ditimbulkan dalam ayat ini adalah: siapakah yang boleh dikahwini?

وَلا تَنكِحُوا المُشرِكٰتِ حَتّىٰ يُؤمِنَّ ۚ وَلَأَمَةٌ مُّؤمِنَةٌ خَيرٌ مِّن مُّشرِكَةٍ وَلَو أَعجَبَتكُم ۗ وَلا تُنكِحُوا المُشرِكينَ حَتّىٰ يُؤمِنوا ۚ وَلَعَبدٌ مُّؤمِنٌ خَيرٌ مِّن مُّشرِكٍ وَلَو أَعجَبَكُم ۗ أُولٰئِكَ يَدعونَ إِلَى النّارِ ۖ وَاللَّهُ يَدعو إِلَى الجَنَّةِ وَالمَغفِرَةِ بِإِذنِهِ ۖ وَيُبَيِّنُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنّاسِ لَعَلَّهُم يَتَذَكَّرونَ

SAHIH INTERNATIONAL

And do not marry polytheistic women until they believe. And a believing slave woman is better than a polytheist, even though she might please you. And do not marry polytheistic men [to your women] until they believe. And a believing slave is better than a polytheist, even though he might please you. Those invite [you] to the Fire, but Allah invites to Paradise and to forgiveness, by His permission. And He makes clear His verses to the people that perhaps they may remember.

MALAY

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

 

وَلا تَنكِحُوا المُشرِكٰتِ حَتّىٰ يُؤمِنَّ

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman

 

Masalah yang mempunyai situasi ‘dua hala’ yang ke-empat adalah tentang perkahwinan. Ada wanita yang mempunyai rupa paras yang elok, budi bahasa yang baik dan daripada keluarga yang baik dan kaya pula, tetapi mereka tidak beriman. Daripada satu sudut, memang mereka itu menarik untuk dikahwini tetapi bagaimana pula dengan iman mereka?

Allah ‎ﷻ memberitahu dalam ayat ini supaya jangan berkahwin dengan mereka itu walaupun mereka mempunyai kelebihan-kelebihan yang banyak kerana kita mahu menjaga agama kita. Amat bahaya kalau mengahwini mereka kerana kita boleh terjebak dengan kesyirikan yang mereka lakukan.

Ini kerana walaupun kita tidaklah mengikut mereka 100 peratus dalam fahaman mereka, tetapi kalau sudah berkahwin dengan mereka, tentulah akan ada sedikit sebanyak yang kita ikut mereka kerana mereka isteri kita dan tentunya kita rapat dengan mereka. Kita takut perkara yang kita ikut itu adalah dalam perkara syirik. Jadi apabila ada pilihan antara dunia dan agama, maka hendaklah kita memilih untuk memelihara agama kita.

Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ sebut ‘musyrikin’. Jumhur ulama’ mengatakan yang ahli kitab tidak termasuk dalam ayat ini dan kerana itu hukum mengahwini perempuan daripada ahli kitab dibenarkan. Cuma ada yang kata termasuk sekali kerana tentulah ahli kitab itu ada juga melakukan syirik juga.

Tetapi pendapat jumhur tidak begitu kerana nampak seperti Allah ‎ﷻ membezakan antara Musyrikin dan Ahli Kitab. Memang Ahli Kitab pun ada juga yang melakukan syirik, tetapi daripada dalil yang ada, Allah ‎ﷻ membezakan Musyrikin dan Ahli Kitab dan tidak meletakkan mereka di dalam golongan yang sama.

Janganlah mengahwini golongan Musyrikin sehinggalah mereka masuk Islam. Apabila mereka sudah benar-benar menjadi Muslim, maka jangan kata buruk tentang mereka. Kalau dahulu mereka kafir, itu hal terdahulu. Kadang-kadang kita selalu pandang serong kepada mereka yang sudah masuk Islam. Kita rasa mereka masuk Islam kerana sebab-sebab tertentu – antaranya kerana hendak kahwin dengan orang Islam.

Tetapi kalau mereka masuk Islam sebab mereka hendak berkahwin pun, bukan hak kita untuk mempersoalkan keislaman mereka. Walaupun kita nampak macam cara masuk Islam itu macam tidak kena, namun kita hanya boleh menilai manusia daripada sudut zahir sahaja.

Ingatlah kisah Usamah bin Zaid رضي الله عنه yang telah membunuh musuh yang mengucap syahadah di medan perang. Beliau hampir membunuh lelaki itu, tetapi semasa beliau hendak bunuh sahaja, lelaki itu telah mengucap syahadah. Pada beliau, tentulah lelaki itu mengucap syahadah kerana hendak menyelamatkan dirinya sahaja. Jadi, beliau terus membunuh lelaki tersebut.

Tetapi apabila diketahui oleh Nabi ﷺ, baginda telah memarahi Usamah رضي الله عنه dengan teruk sekali – Nabi ﷺ tanya: “Adakah kamu telah membelah dadanya sehingga kamu tahu isi hatinya?”

Maka jangan sangsi terhadap mereka yang masuk Islam walau apa cara pun. Daripada pengalaman, kita boleh ketahui yang kadang-kadang ada orang yang masuk Islam kerana hendak berkahwin tetapi lama-kelamaan mereka telah mengamalkan Islam dengan sebenar kerana mereka telah dekat dengan Islam. Kadangkala mereka lebih baik daripada pasangan yang mereka kahwini itu.

 

وَلَأَمَةٌ مُّؤمِنَةٌ خَيرٌ مِّن مُّشرِكَةٍ وَلَو أَعجَبَتكُم

dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. 

Islam mementingkan keislaman dan keimanan seseorang itu. Tidak kira walaupun perempuan itu adalah seorang hamba. Kalau seorang hamba, tentulah kedudukan dia adalah rendah dalam masyarakat. Namun pada sisi Allah ‎ﷻ, bukan kedudukan dalam masyarakat yang penting, tetapi iman mereka.

 

وَلا تُنكِحُوا المُشرِكينَ حَتّىٰ يُؤمِنوا

Dan janganlah kamu kahwinkan (perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman

Ayat yang pertama adalah larangan kepada lelaki Muslim untuk mengahwini perempuan yang musyrik. Dalam ayat ini, khitabnya bukan kepada perempuan, tetapi kepada wali perempuan itu. Ada penggunaan sorof yang berbeza dalam ayat ini kerana mereka yang bertanggungjawab menentukan siapakah yang boleh dikahwini oleh perempuan di bawah jagaannya.

Allah ‎ﷻ melarang wali seseorang perempuan itu untuk mengahwinkan perempuan Muslim mereka kepada lelaki musyrik. Maka mereka kena periksa sama ada lelaki yang akan dikahwini itu Muslim ataupun tidak.

 

وَلَعَبدٌ مُّؤمِنٌ خَيرٌ مِّن مُّشرِكٍ وَلَو أَعجَبَكُم

dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.

Hamba lelaki yang rendah kedudukan dalam masyarakat itu lebih baik daripada lelaki yang hebat tetapi tidak beriman.

 

أُولٰئِكَ يَدعونَ إِلَى النّارِ

Mereka itu mengajak ke neraka

Kenapa Allah ‎ﷻ larang? Kerana hendak menjaga agama kita. Kerana apabila kita sudah bersama dengan mereka, tentulah sedikit sebanyak kita akan terikut dengan cara-cara mereka. Kehidupan dan fahaman mereka mengajak kepada neraka. Maka hendaklah kita menyelamatkan diri kita daripada mereka.

 

وَاللَّهُ يَدعو إِلَى الجَنَّةِ وَالمَغفِرَةِ بِإِذنِهِ

sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya.

Sedangkan Allah ‎ﷻ hendak kita masuk ke syurga. Kita kena kejar akhirat yang lebih utama. Maka jangan tengok keindahan dunia sahaja.

Ayat ini mengingatkan kita yang kita hanya boleh masuk ke dalam syurga dengan dua syarat:

1. Allah ‎ﷻ ampunkan semua dosa kita.

2. Dengan izin atau dengan rahmat-Nya sahaja.

 

وَيُبَيِّنُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنّاسِ لَعَلَّهُم يَتَذَكَّرونَ

Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran.

Allah ‎ﷻ mengajar kita cara mencari pasangan hidup dalam ayat ini. Hendaklah kita mengambil perhatian dan ambil peringatan tentang perkara ini kerana lafaz dzikr juga bermaksud ‘ingat’.

Memang sekarang seperti tidak kena dengan kita, tetapi apabila perlu, ia akan berguna, maka kita kena ingat tentang hukum-hukum yang Allah ‎ﷻ sampaikan. Banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang macam tidak kena dengan kita sebab kita tidak amalkan arak, berjudi dan sebagainya. Tetapi akan sampai masa di mana kita memerlukan ilmu tentang perkara-perkara itu.

Habis Ruku’ 27 dari 40 surah ini


Ayat 222: Masalah dua hala yang kelima dan terakhir yang para sahabat tanya kepada Nabi ﷺ adalah tentang pergaulan dengan wanita yang dalam haid. Seperti yang kita tahu, Islam amat mementingkan kebersihan. Maka banyak hukum-hukum dalam agama Islam adalah ke arah menjaga kebersihan luar dan dalam.

Hukum agama Islam tidak sama dengan hukum agama lain. Dalam agama Nasara, seorang lelaki boleh bersetubuh dengan perempuan yang dalam haid. Tetapi untuk agama Yahudi, tidak boleh langsung duduk bersama dengan wanita yang dalam haid sampaikan makan sekalo pun tidak boleh.

Itu adalah dua ekstrim yang tidak ada dalam Islam. Dalam Islam, apabila seseorang wanita itu dalam haid, mereka hanya tidak boleh disetubuhi sahaja, tetapi dalam perkara-perkara lain tidak ada masalah, buat macam biasa sahaja. Jadi agama Islam berada di tengah-tengah antara Nasara dan Yahudi. Itulah sebabnya kita katakan yang agama Islam adalah agama yang praktikal.

وَيَسأَلونَكَ عَنِ المَحيضِ ۖ قُل هُوَ أَذًى فَاعتَزِلُوا النِّساءَ فِي المَحيضِ ۖ وَلا تَقرَبوهُنَّ حَتّىٰ يَطهُرنَ ۖ فَإِذا تَطَهَّرنَ فَأتوهُنَّ مِن حَيثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوّٰبينَ وَيُحِبُّ المُتَطَهِّرينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And they ask you about menstruation. Say, “It is harm, so keep away from wives during menstruation. And do not approach them until they are pure. And when they have purified themselves, then come to them from where Allah has ordained for you. Indeed, Allah loves those who are constantly repentant and loves those who purify themselves.”

MALAY

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

 

وَيَسأَلونَكَ عَنِ المَحيضِ

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.

 

Para sahabat bertanya tentang perempuan yang dalam haid kerana pada resam Arab Jahiliyyah pun, kalau seseorang perempuan itu dalam haid, maka dia hendaklah menjauhkan dirinya daripada orang lain. Sampaikan kena duduk dalam bilik yang gelap pun ada.

 

قُل هُوَ أَذًى

Katakanlah: “Darah haid itu kotoran”

Allah ‎ﷻ beritahu dalam ayat ini, darah haid itu memang satu kekotoran yang membahayakan. Ia adalah sesuatu yang kotor maka kerana itu diajar cara-cara untuk membersihkannya dalam bab Taharah (Bab Suci).

 

فَاعتَزِلُوا النِّساءَ فِي المَحيضِ

Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan dalam haid itu

Oleh kerana darah haid itu kotor dan membahayakan kesihatan, persetubuhan sama sekali tidak dibenarkan. Kalimat ‘jauhkan diri kamu’ itu maksudnya jangan hampiri daripada segi persetubuhan. Bukanlah bermaksud jangan dekati daripada segi fizikal. Jangan sampai halau perempuan pula jauh daripada kita.

Jangan baca secara literal. Bahasa Al-Qur’an memang beradab dan kalau melibatkan seks, tidak disebut secara terang. Ia diberi sebagai isyarat sahaja dan kerana itu tidak malu kalau Al-Qur’an dibaca di khalayak ramai dan juga dibaca oleh kanak-kanak pun.

Satu hikmah kepada wanita, apabila tidak ada jimak, ia memberi kelegaan kepada mereka. Ini kerana waktu haid adalah waktu yang memenatkan dan kalau waktu itu pun kena layan suami, letih juga.

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ الْيَهُودَ كَانُوا إِذَا حَاضَتْ الْمَرْأَةُ فِيهِمْ لَمْ يُؤَاكِلُوهَا وَلَمْ يُجَامِعُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ فَسَأَلَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى { وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ } إِلَى آخِرِ الْآيَةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا النِّكَاحَ 

Daripada Anas رضي الله عنه bahawa kaum Yahudi dahulu apabila kaum wanita mereka mengalami haid, mereka tidak memberinya makan dan tidak mempergaulinya di rumah. Maka para sahabat Nabi ﷺ bertanya kepada Nabi ﷺ. Lalu Allah ‎ﷻ menurunkan, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, ‘Haid itu adalah suatu kotoran’. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah ‎ﷻ kepadamu. Allah ‎ﷻ menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (al-Baqarah: 222) maka Rasulullah ﷺ bersabda, “Perbuatlah segala sesuatu kecuali nikah (bersetubuh)”. (Sahih Muslim no 455)

وَلا تَقرَبوهُنَّ حَتّىٰ يَطهُرنَ

dan janganlah kamu hampiri mereka sebelum mereka suci.

Jangan bersetubuh dengan mereka selagi mereka tidak suci daripada haid itu. Maka, ‘jangan hampiri’ itu bukanlah bermaksud jangan dekati langsung, tetapi ia bermaksud tidak boleh jimak sahaja. Ada perkara yang lain yang boleh dilakukan.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَتْ إِحْدَانَا إِذَا كَانَتْ حَائِضًا فَأَرَادَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُبَاشِرَهَا أَمَرَهَا أَنْ تَتَّزِرَ فِي فَوْرِ حَيْضَتِهَا ثُمَّ يُبَاشِرُهَا قَالَتْ وَأَيُّكُمْ يَمْلِكُ إِرْبَهُ كَمَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْلِكُ إِرْبَهُ تَابَعَهُ خَالِدٌ وَجَرِيرٌ عَنْ الشَّيْبَانِيِّ

Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها beliau berkata, “Jika salah seorang daripada kami sedang mengalami haid dan Rasulullah ﷺ berkeinginan untuk bermesraan, baginda memerintahkan untuk mengenakan kain, lalu beliau pun mencumbuinya.” ‘Aisyah رضي الله عنها berkata, “Padahal, siapakah di antara kalian yang mampu menahan hasratnya sebagaimana Rasulullah ﷺ menahan.” Hadith ini dikuatkan oleh Khalid dan Jarir daripada Asy Syaibani.” (Hadith Bukhari no 291)

Begitu juga, Siti Aisyah رضي الله عنها pernah menceritakan hadith berikut:

 قَبِيصَةُ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ الْأَسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ كِلَانَا جُنُبٌ وَكَانَ يَأْمُرُنِي فَأَتَّزِرُ فَيُبَاشِرُنِي وَأَنَا حَائِضٌ وَكَانَ يُخْرِجُ رَأْسَهُ إِلَيَّ وَهُوَ مُعْتَكِفٌ فَأَغْسِلُهُ وَأَنَا حَائِضٌ


Telah menceritakan kepada kami Qabishah berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan daripada Manshur daripada Ibrahim daripada Al Aswad daripada ‘Aisyah رضي الله عنها berkata, “Aku dan Nabi ﷺ pernah mandi bersama daripada satu bejana. Saat itu kami berdua sedang junub. Baginda juga pernah memerintahkan aku mengenakan kain, lalu baginda mencumbuiku sementara aku sedang haid. Baginda juga pernah mendekatkan kepalanya kepadaku saat baginda iktikaf, aku lalu membasuh kepalanya padahal saat itu aku sedang haid.” (Hadith Bukhari no 290)

  

Di dalam kitab Sunan Abu Daud disebutkan sebuah hadith daripada Siti Aisyah رضي الله عنها yang menceritakan:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَتَعَرَّقُ الْعَظْمَ وَأَنَا حَائِضٌ فَأُعْطِيهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَمَهُ فِي الْمَوْضِعِ الَّذِي فِيهِ وَضَعْتُهُ وَأَشْرَبُ الشَّرَابَ فَأُنَاوِلُهُ فَيَضَعُ فَمَهُ فِي الْمَوْضِعِ الَّذِي كُنْتُ أَشْرَبُ مِنْهُ

Daripada Aisyah رضي الله عنها beliau berkata; Aku pernah menggigit daging, sementara aku sedang haid, lalu daging itu aku berikan kepada Nabi ﷺ, maka baginda menggigitnya pada bahagian daging yang aku gigit dan aku minum, lalu aku berikan minuman itu kepada baginda, maka baginda meminumnya pada bahagian yang aku minum. (Sunan Abu Daud no 226)

Maksudnya wanita yang di dalam haid bukanlah najis sampaikan apa yang mereka sentuh pun tidak boleh disentuh. Itu adalah perbuatan ekstrim yang direka dalam agama Yahudi.

 

فَإِذا تَطَهَّرنَ فَأتوهُنَّ مِن حَيثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ

Kemudian apabila mereka sudah bersuci, maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu.

Wanita-wanita dalam haid itu dikira suci apabila darah haid telah kering dan apabila mereka telah mandi. Bukan setakat darah haid sudah kering sahaja, tetapi kena mandi junub dahulu. Jadi, kena ada dua peringkat: darah sudah kering, kemudian mandi.

Maklumat lanjut tentang perkara ini dan hukum haid boleh dipelajari dalam kitab hadith dan kitab feqah.

Dengan cara yang diizinkan Allah ‎ﷻ bermaksud: melalui farajnya. Boleh untuk berjimak dengan isteri kita daripada hadapan, belakang, tepi dan sebagainya, tetapi hendaklah zakar memasuki lubang yang sama, iaitu faraj sahaja. Oleh itu, tidak boleh langsung mendatangi isteri dari lubang dubur. Ini amat dilarang.

 

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوّٰبينَ

Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat,

Kalau dahulu pernah mendatangi isteri dari dubur, maka bertaubatlah. Atau kalau pernah melakukan apa-apa kesalahan yang telah disebut di atas (mendatangi isteri dalam haid), maka bertaubatlah dan berhenti daripada melakukannya lagi.

Orang yang selalu bertaubat dikasihi oleh Allah ‎ﷻ. Mereka melakukan pembersihan dan penyucian diri mereka dari dalam. Apabila seseorang itu selalu bertaubat, itu bermakna mereka selalu memikirkan dosa-dosa mereka yang banyak. Apabila kita sedar kita ini banyak dosa, maka tentulah kita tidak menjadi orang yang meninggi diri.

 

وَيُحِبُّ المُتَطَهِّرينَ

dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Iaitu mereka yang berusaha membersihkan diri daripada segi fizikal.

Islam adalah satu-satunya agama yang menekankan kepentingan kebersihan dalam kehidupan. Zaman sekarang memanglah sudah tidak nampak lagi kerana orang-orang daripada agama lain pun ada yang mementingkan kebersihan, malah lebih baik lagi daripada orang Islam pun.

Tetapi sebenarnya dalam agama mereka tidak menekankan perkara ini. Agama Islamlah yang mula-mula menekannya. Lihatlah bagaimana banyak ayat-ayat dan hukum-hukum yang dikeluarkan yang mengajar umat Islam untuk menjaga kebersihan. Perkara-perkara itu tidak ada dalam agama lain.

Bukan sahaja pembersihan fizikal yang dimaksudkan, tetapi termasuk juga pembersihan hati dan jiwa.


 

Ayat 223: Allah ‎ﷻ beritahu dalam ayat sebelum ini yang kita boleh mendatangi isteri kita mengikut jalan yang telah diperintahkan oleh Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ menyambung dalam ayat ini mengenainya.

نِساؤُكُم حَرثٌ لَّكُم فَأتوا حَرثَكُم أَنّىٰ شِئتُم ۖ وَقَدِّموا لِأَنفُسِكُم ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّكُم مُّلٰقوهُ ۗ وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Your wives are a place of sowing of seed for you, so come to your place of cultivation however you wish and put forth [righteousness] for yourselves. And fear Allah and know that you will meet Him. And give good tidings to the believers.

MALAY

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

 

نِساؤُكُم حَرثٌ لَّكُم

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, 

 

Allah ‎ﷻ beritahu kita bahawa isteri-isteri itu seolah-olah ladang untuk suaminya iaitu tempat yang suami itu boleh usaha untuk mendapatkan hasil. Kalau ladang dapat tanaman, maka dengan isteri, boleh dapat anak.

 

فَأتوا حَرثَكُم أَنّىٰ شِئتُم

oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai 

Oleh kerana ladang itu kepunyaan kita, maka kita boleh datangi ladang itu mengikut cara yang kita suka. Lafaz أنّى boleh menjadi dua makna daripada segi bahasa: كيف (bagaimana) atau أين (dari mana). Tetapi dalam ayat ini hanya boleh diterjemahkan sebagai كيف sahaja kerana terdapat larangan daripada Nabi ﷺ untuk mendatangi isteri dari lubang dubur.

Ini kerana kalau kita pakai juga maksud أين, maksudnya suami boleh bersetubuh pula dengan isteri melalui laluan dubur. Itu adalah dilarang kerana menurut hadith:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ جَاءَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكْتُ قَالَ وَمَا الَّذِي أَهْلَكَكَ قَالَ حَوَّلْتُ رَحْلِيَ الْبَارِحَةَ قَالَ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ شَيْئًا قَالَ فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَى رَسُولِهِ هَذِهِ الْآيَةَ { نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ } أَقْبِلْ وَأَدْبِرْ وَاتَّقِ الدُّبُرَ وَالْحَيْضَةَ

Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata; Umar bin Khathab رضي الله عنه datang kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata; “Wahai Rasulullah, aku telah binasa.” Baginda bertanya: “Apa yang membinasakanmu?” Umar رضي الله عنه menjawab; “Aku membalik tungganganku (yakni isteriku) tadi malam.” Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata; Baginda tidak mengatakan apa-apa mengenai itu. Ibnu Abbas رضي الله عنهما melanjutkan; Lalu Allah ‎ﷻ mewahyukan kepada Rasul-Nya ayat ini: (Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanammu itu apa sahaja cara kamu kehendaki) (lalu baginda mengatakan): “Bagaimana sahaja kamu kehendaki, dari hadapan atau belakang tetapi hindarilah Dubur dan haid.” (Musnad Ahmad hadith no 2569)

Di dalam hadith yang lain:

عَنْ ابْنِ الْمُنْكَدِرِ سَمِعْتُ جَابِرًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَتْ الْيَهُودُ تَقُولُ إِذَا جَامَعَهَا مِنْ وَرَائِهَا جَاءَ الْوَلَدُ أَحْوَلَ فَنَزَلَتْ { نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ }

Daripada Ibnu Al Munkadir aku mendengar Jabir رضي الله عنه berkata; “Orang-orang Yahudi berkata; ‘Apabila menggauli wanita melalui belakang maka mata anaknya akan menjadi juling’. Lalu Allah ﷻ menurunkan ayat; Isteri-isteri kalian adalah ladang kalian, maka datangilah ladang kalian dari mana engkau kehendaki.” (QS. Al-Baqarah 223). (Hadith Bukhari no 4164)

Maknanya, buatlah macam mana pun cara untuk memuaskan nafsu dengan isteri, asalkan bukan masuk ikut dubur. Atas, bawah, depan dan belakang, semua boleh.

 

وَقَدِّموا لِأَنفُسِكُم

dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;

Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan kita dalam ayat ini, walau sibuk dengan ladang, tetapi kena juga utamakan amalan akhirat untuk diri. Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan kita, walaupun kita berada di dalam kemuncak kehidupan dunia, kena ingat kepada Allah ‎ﷻ juga.

Kemuncak kehidupan adalah ketika bersama dengan isteri semasa jimak. Tidak ada yang lebih hebat daripada kenikmatan itu. Jadi kena pastikan ada amalan baik yang kita buat sebagai bekalan akhirat. Jangan sampai leka dengan isteri sampai lupa untuk membuat amalan kebaikan.

Atau maksud ayat ini, kita kena ada keinginan untuk mendapatkan anak dan membina keluarga. Bukannya semata-mata hanya kerana seks sahaja.

 

وَاتَّقُوا اللَّهَ

dan bertaqwalah kepada Allah

Kena ada taqwa dalam perhubungan suami isteri. Taqwa itu maksudnya menjaga hukum, maka hendaklah kita menjaga hukum tentang perhubungan suami isteri. Nanti akan datang banyak lagi ayat-ayat yang menyentuh tentang perhubungan suami isteri – nikah dan cerai.

Amalkanlah yang sunnah di dalam hubungan persetubuhan suami dan isteri. Jangan buat perkara yang dilarang dan bacalah doa seperti yang diajar oleh Nabi ﷺ. Telah disebutkan di dalam kitab Sahih Bukhari, daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما yang mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

«لو أن أحدكم إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْتِيَ أَهْلَهُ، قَالَ:بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا، فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِي ذلك، لن يضره الشيطان أبدا» .

Seandainya seseorang daripada kalian di saat hendak mendatangi isterinya mengucapkan, “Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah daripada kami syaitan dan jauhkanlah pula daripada syaitan apa (anak) yang Engkau rezekikan kepada kami”, maka sesungguhnya jika ditakdirkan bagi kedua-duanya memperolehi anak daripada hubungannya tersebut, nescaya syaitan tidak dapat menimpakan mudarat terhadap si anak selama-lamanya. (HR Bukhari no 6388 dan Muslim no 1434) 

 

وَاعلَموا أَنَّكُم مُّلٰقوهُ

serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya

Kena ingat yang kita tidak hidup selamanya di dunia ini. Sampai masa kita akan mati dan menemui-Nya dan kita akan ditanya tentang bagaimana kita menjalani kehidupan kita semasa di dunia dan sama ada kita menjaga hukum-hukum-Nya.

 

وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ

dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.

Orang-orang yang beriman dan menjaga hukum dari Allah ‎ﷻ, akan diberikan dengan balasan syurga yang mereka akan kekal di dalamnya.


 

Ayat 224: Ayat ini adalah jenis umur munazimah (hukum berkaitan hubungan dengan makhluk). Kena jaga perkara-perkara umur munazimah supaya hubungan dalam masyarakat jadi baik dan apabila baik, barulah boleh hendak berdakwah kepada manusia. Kalau kehidupan kita pun kucar kacir, bagaimana hendak berdakwah kepada orang lain?

Ayat ini adalah tentang sumpah yang dilafazkan oleh manusia.

وَلا تَجعَلُوا اللَّهَ عُرضَةً لِّأَيمَـٰنِڪُم أَن تَبَرّوا وَتَتَّقوا وَتُصلِحوا بَينَ النّاسِ ۗ وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

SAHIH INTERNATIONAL

And do not make [your oath by] Allah an excuse against being righteous and fearing Allah and making peace among people. And Allah is Hearing and Knowing.

MALAY

(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

 

وَلا تَجعَلُوا اللَّهَ عُرضَةً لِّأَيمَـٰنِڪُم

Dan janganlah kamu jadikan nama Allah sebagai penghalang dalam sumpah kamu

 

Orang Arab selalu bersumpah. Sikit-sikit mereka akan kata: “wallahi (demi Allah)… aku nak makan…” dan macam-macam lagi. Kadang-kadang ada yang sumpah dengan cara salah dan bodoh.

Untuk bersumpah tidaklah salah (apabila perlu), tetapi jangan gunakan sumpah sebagai alasan.

 

أَن تَبَرّوا

daripada berbuat baik

Ayat ini adalah teguran kepada manusia kerana ada yang menggunakan nama Allah ‎ﷻ untuk tidak membuat ibadat atau kebaikan. Sebagai contoh, ada yang bersumpah atas nama Allah ‎ﷻ untuk tidak datang ke masjid. Kalau kita ajak mereka ke masjid, mereka kata kalau pergi juga, mereka sudah langgar sumpah kepada Allah ‎ﷻ.

Arab Jahiliyyah yang selalu buat begini kerana mereka dibisikkan oleh syaitan untuk bersumpah begitu. Sebagai contoh, mereka ada yang bersumpah atas nama Allah ‎ﷻ untuk kekal atas agama tok nenek mereka. Jadi mereka tidak masuk Islam sebab takut melanggar sumpah.

Orang Arab dahulu bila sebut nama Allah ‎ﷻ, mereka akan jaga betul-betul. Tidak seperti orang kita sekarang, senang sahaja hendak sumpah pakai nama Allah ‎ﷻ. Tetapi itu adalah cara sumpah yang salah dan hendak diperbetulkan oleh Allah ‎ﷻ dalam ayat ini.

Maka Allah ‎ﷻ hendak kata, jangan jadikan nama Dia sebagai penghalang untuk membuat kebaikan dan pahala.

 

وَتَتَّقوا

dan bertaqwa,

Jangan jadikan sumpah sebagai penghalang daripada menjaga hukum yang lain. Taqwa adalah menjaga hukum, tetapi ada di antara mereka yang menggunakan sumpah sebagai alasan untuk tidak menjaga hukum.

 

وَتُصلِحوا بَينَ النّاسِ

serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia.

Ada yang menggunakan sumpah dengan nama Allah ‎ﷻ untuk tidak berbuat baik dengan manusia. Mungkin ada yang apabila dinasihati untuk berbaik dengan musuh dia, dia jawab dia sudah bersumpah dengan nama Allah ‎ﷻ yang tidak akan berbaik dengan orang itu; atau ada yang kata dia telah bersumpah dengan nama Allah ‎ﷻ untuk tidak bercakap dengan orang itu sampai bila-bila. Ini adalah cara sumpah yang salah.

Mereka sebut nama Allah ‎ﷻ itu dengan cara yang salah kerana tidak mahu buat kebaikan. Jangan buat macam itu. Ia adalah salah dan tidak menepati syari’at.

Lalu apakah yang harus dilakukan kalau sudah buat begitu? Jawapannya: kena batalkan sumpah itu. Permasalahan ini banyak dibincangkan dalam hadith. Salah satu hadith seperti berikut:

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى شَيْخًا يُهَادَى بَيْنَ ابْنَيْهِ فَقَالَ مَا بَالُ هَذَا قَالُوا نَذَرَ أَنْ يَمْشِيَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ عَنْ تَعْذِيبِ هَذَا نَفْسَهُ لَغَنِيٌّ وَأَمَرَهُ أَنْ يَرْكَبَ

Daripada Anas رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ melihat seorang lelaki tua berjalan dengan dipapah oleh dua orang anaknya, lantas baginda bersabda: “Kenapa orang tua ini?” Mereka menjawab, “Dia bernazar (bersumpah untuk beribadah haji) dengan berjalan kaki.” Baginda lalu bersabda: ‘Sesungguhnya Allah tidak berkehendakan penyeksaan orang ini ke atas dirinya (sendiri).’ Kemudian baginda memerintahkannya supaya menaiki kenderaan.” (Sahih Muslim no 3100)

 

وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

Allah ‎ﷻ Maha Mendengar sumpah yang kita lakukan. Allah‎ ﷻ tahu apa yang dalam hati kita semasa mengucapkan sumpah itu. Allah‎ ﷻ juga tahu sama ada kita betul-betul bersumpah atau cakap-cakap kosong sahaja.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

 

Kemaskini: 18 Disember 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan