Tafsir Surah Tahreem Ayat 8 – 9 (Jihad dengan golongan munafik)

Ayat 8:

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا توبوا إِلَى اللَّهِ تَوبَةً نَّصوحًا عَسىٰ رَبُّكُم أَن يُكَفِّرَ عَنكُم سَيِّئَاتِكُم وَيُدخِلَكُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ يَومَ لا يُخزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذينَ ءآمَنوا مَعَهُ ۖ نورُهُم يَسعىٰ بَينَ أَيديهِم وَبِأَيمٰنِهِم يَقولونَ رَبَّنا أَتمِم لَنا نورَنا وَاغفِر لَنا ۖ إِنَّكَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, repent to Allāh with sincere repentance. Perhaps¹ your Lord will remove from you your misdeeds and admit you into gardens beneath which rivers flow [on] the Day when Allāh will not disgrace the Prophet and those who believed with him. Their light will proceed before them and on their right; they will say, “Our Lord, perfect for us our light and forgive us. Indeed, You are over all things competent.”

  • i.e., it is expected or promised.

(MELAYU)

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Hai orang-orang yang beriman,

Di dalam ayat sebelum ini adalah ayat yang mengejutkan kerana orang-orang Islam yang tidak aktif menyelamatkan diri mereka daripada api neraka akan dimasukkan ke dalam neraka; dan mereka akan dipanggil dengan panggilan “wahai orang-orang kafir!”.

Maka di dalam ayat ini Allah mengajar kepada mereka yang terkejut supaya bertaubat kepadaNya dan hendaklah mengubah cara hidup. Jangan terus berada dalam kegelapan kejahilan dan ditipu oleh kehidupan dunia sahaja. 

 

توبوا إِلَى اللَّهِ تَوبَةً نَّصوحًا

bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya).

Kita selalu dengan kalimat ‘Taubat Nasuha’ dan sekarang kita sudah jumpa ayat tentangnya. Taubat Nasuha itu adalah taubat yang ikhlas.

Secara bahasa, نصح (na-sha-kha) ertinya sesuatu yang bersih atau murni (tidak bercampur dengan sesuatu yang lain). Sesuatu disebut (الناصح) (an-naashikh), jika sesuatu tersebut tidak bercampur atau tidak terkontaminasi dengan sesuatu yang lain, misalnya madu murni atau sejenisnya. Di antara turunan kata نصح adalah  النصيحة (an-nashiihah). (Lihat Lisaanul ‘Arab, 2/615-617).

Ada tiga syarat untuk mendapat Taubat Nasuha ini:

1. Betul-betul menyesal kerana telah melakukan kesalahan dosa sebelum itu. Kena menyesali perbuatan itu kerana telah engkar dengan Allah. (bukan kerana perbuatan itu membuang masa dan membuang duit). 

2. Berazam takkan buat sampai bila-bila lagi dosa-dosa itu. Kerana kalau buat balik, maka itu taubat yang main-main sahaja. 

3. Dari segi perbuatan, hendaklah terus berhenti terus dari buat dosa-dosa itu lagi. Jangan lengahkan lagi. Jangan nak tunggu masa yang ‘sesuai’ kononnya. 

Selain dari tiga syarat ini, ditambah satu lagi syarat: jikalau dosa itu ada hubungan salah dengan hamba yang lain, maka mesti minta maaf dengan orang itu. Dan kalau ada barang mereka yang telah diambil atau curi, maka kena pulangkan balik. Dan kalau barang itu telah hilang atau telah dipakai/dimakan, maka kena ganti. 

Satu sifat Taubat Nasuha ialah ia satu perbuatan taubat yang mengubah diri seseorang. Kerana maksud ‘nasuha’ itu ada elemen ‘ikhlas’ di dalamnya. Kerana maksud ‘nasihah’ sebenarnya adalah ‘ikhlas’. Maka Taubat Nasuha adalah taubat yang serius, bukan main-main.

Satu lagi maksud ‘Taubat Nasuha’ adalah selepas kita bertaubat, kita membaiki diri kita jadi baik, sampaikan menjadi ‘nasihat’ kepada orang lain. Orang lain tengok kita pun mereka teringin nak ikut jadi baik.

Kita kena selalu bertaubat kepada Allah kerana kita sebagai manusia memang akan ada buat salah. Ini biasa sahaja tetapi pelaku kesilapan yang baik adalah mereka yang bertaubat. 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

“Seluruh anak Adam berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang bertaubat” (HR Ibnu Majah no 4241, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani)

عَسىٰ رَبُّكُم أَن يُكَفِّرَ عَنكُم سَيِّئَاتِكُم

Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu

Selalulah bertaubat, mudah-mudahan Allah akan maafkan semua dosa kita. Dikatakan ‘mudah-mudahan’ kerana mungkin kita belum bertaubat lagi dan mungkin kita telah bertaubat tapi taubat itu taubat yang tidak ikhlas dan main-main sahaja.

Atau mungkin ada orang yang walaupun telah bertaubat tapi kemudian dia buat balik dosa yang sama, maka dia kembali buat dosa. Maka kerana itu Allah tidak berikan janji yang dosa itu akan pasti diampunkan. Kerana tidak semestinya semua taubat akan diterima.

Maka tidaklah wajib Allah ampunkan dosa kita. Ianya adalah hak Allah. Jadi jangan buat dosa dan dalam hati kita berkata: “alaah… nanti aku taubat lah”. Ini bahaya kerana tidak pasti Allah akan ampunkan.

Salah faham dalam sesetengah orang yang kata: kalau bertaubat, Allah pasti terima. Ini tidak benar kerana kita tidak pasti samada taubat kita diterima atau tidak. Maka kita kenalah selalu bertaubat dan selalu berharap. Jangan tinggalkan taubat walaupun kita melakukan dosa yang sama setiap kali. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. 

 

وَيُدخِلَكُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, 

Mudah-mudahan Allah terima taubat kita dan kerana kita tidak ada dosa lagi, maka itu memungkinkan Allah memasukkan kita ke dalam syurga. Inilah motivasi bagi kita untuk bertaubat.

Dan sebagai motivasi lagi, Allah beri perumpamaan syurga itu. Akan ada sungai di bawah istana syurga. Dan ini adalah motivasi kerana manusia memang suka tinggal di kawasan ada air.

Tambah hebat lagi kalau rumah itu ada air di dalamnya. Maka Allah beritahu yang rumah di syurga amat hebat sampaikan ada ‘sungai’ di dalamnya. Dan sungai-sungai itu berjenis-jenis pula sebagaimana disebut dalam ayat yang lain.

 

يَومَ لا يُخزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذينَ ءآمَنوا مَعَهُ

pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia;

Allah menceritakan lagi kelebihan di akhirat kelak bagi orang yang mukmin. Allah beritahu yang di Mahsyar nanti Allah tidak malukan Nabi dan mereka yang bersama dengan baginda. Yang bersama dengan baginda adalah mereka yang meneruskan tugas Nabi iaitu menjalankan kerja dakwah. 

Kalimah مع  (bersama) digunakan di dalam ayat ini kerana ada orang yang mengaku beriman dengan agama Allah dan beriman dengan Rasul, tetapi mereka tidak berterusan mengamalkan ajaran Rasulullah maka mereka tidak termasuk dalam golongan ini. Mereka tidaklah ‘bersama’ dengan Rasulullah.

Kalau nak bersama dengan Rasulullah, maka hendaklah ada usaha untuk berdakwah dan menegakkan agama ini di atas muka bumi.

Apabila Rasul dan pengikutnya tidak dihinakan, maka ini mengajar kita yang ada orang yang akan dihinakan. Iaitu golongan kafir dan golongan munafik.

 

نورُهُم يَسعىٰ بَينَ أَيديهِم وَبِأَيمٰنِهِم

cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, 

Allah terus menceritakan keadaan di Titian Sirat nanti. Ia adalah satu tempat ujian yang amat hebat dan kita amat memerlukan bantuan semasa di Sirat itu.

Semasa berjalan di atas Sirat itu, waktu itu keadaan sangat gelap dan mereka yang ada cahaya sahaja boleh melintas. Macam kalau dalam kegelapan malam, tentu kita susah nak berjalan kerana kita tidak nampak jalan dan tidak nampak halangan. Di akhirat, tentu keadaan lebih gelap lagi.

Orang Islam akan diberi cahaya tapi orang munafik akan ditarik cahaya dari mereka dan mereka akan berada dalam kegelapan. Dalam surah lain, disebut bagaimana mereka mengejar-ngejar orang mukmin untuk kongsi cahaya orang mukmin itu, tapi mereka akan ditinggalkan juga. Ini disebut dalam Hadid:13

يَومَ يَقولُ المُنٰفِقونَ وَالمُنٰفِقٰتُ لِلَّذينَ ءآمَنُوا انظُرونا نَقتَبِس مِن نّورِكُم قيلَ ارجِعوا وَراءَكُم فَالتَمِسوا نورًا فَضُرِبَ بَينَهُم بِسورٍ لَّهُ بابٌ باطِنُهُ فيهِ الرَّحمَةُ وَظٰهِرُهُ مِن قِبَلِهِ العَذابُ

Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”. Dikatakan (kepada mereka): “Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”. Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.

Jadi, apabila orang mukmin nampak cahaya orang-orang munafik ditarik dari mereka, maka mereka terus berdoa kepada Allah taala:

 

يَقولونَ رَبَّنا أَتمِم لَنا نورَنا

sambil mereka mengatakan: “Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami

Ini adalah doa orang mukmin yang sudah ada cahaya. Mereka telah ada cahaya tetapi mereka tetap berdoa kepada Allah supaya cahaya itu diteruskan kepada mereka sampai mereka sampai ke syurga. Ini kerana mereka takut cahaya mereka ditarik seperti telah ditarik cahaya orang-orang munafik.

 

وَاغفِر لَنا

dan ampunilah kami;

Dan mereka juga berdoa kepada Allah semoga dosa-dosa mereka diampunkan kerana cahaya itu boleh dihilangkan kerana dosa yang mereka pernah lakukan. Dan jikalau Allah ampunkan maka cahaya itu akan berterusan.

 

إِنَّكَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

Allah boleh buat apa sahaja. Jadi kita iktiraf kekuasaan Allah. Kalau Allah nak buat apa-apa sahaja, kita tidak dapat nak halang. Maka kita berhap kepada ehsan Allah sahaja. Sentiasalah berdoa dan berharap kepada Allah di dunia dan juga di akhirat.


 

Ayat 9: Sekarang kita masuk ke bahagian kedua iaitu tentang Jihad. Kita telah sebutkan bahaya surah ini berkenaan Jihad dan Infak. 

يٰأَيُّهَا النَّبِيُّ جٰهِدِ الكُفّارَ وَالمُنٰفِقينَ وَاغلُظ عَلَيهِم ۚ وَمَأوٰهُم جَهَنَّمُ ۖ وَبِئسَ المَصيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O Prophet, strive against the disbelievers and the hypocrites and be harsh upon them. And their refuge is Hell, and wretched is the destination.

(MELAYU)

Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah jahannam dan itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.

 

يٰأَيُّهَا النَّبِيُّ

Hai Nabi, 

Ini adalah arahan kepada Nabi Muhammad. Kerana baginda yang diwajibkan untuk menjalankan jihad. Maka baginda kena ajak orang-orang muslim untuk berjihad bersama baginda.

 

جٰهِدِ الكُفّارَ وَالمُنٰفِقينَ

perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik 

Di dalam ayat ini Allah suruh Nabi Muhammad memerangi orang-orang kafir yang memang jelas nyata mereka itu kafir.

Tetapi Allah juga suruh memerangi orang munafik dan ini yang susah kerana kita tidak kenal orang munafik. Lalu bagaimana kita nak berperang dengan mereka? Tidakkah nanti akan dikatakan perang saudara pula sesama Muslim?

Maka kita kena fahama yang jihad dengan orang kafir adalah menggunakan pedang dan jihad dengan orang munafik adalah dengan menggunakan lidah. Iaitu dakwah dan ajar mereka dengan agama yang benar.

Maka jangan terjemah semua kena lawan dengan pedang. Kerana kita tidak boleh lawan orang munafik dengan pedang. Pertama, kita tidak boleh pastikan yang mereka itu munafik; dan kedua, kita tidak boleh serang orang yang pada zahirnya menunjukkan keislamannya. 

Maka kena dakwah dan ajar kepada golongan yang kita rasa mereka itu munafik. Ini kita boleh kenal dari sifat-sifat mereka. Mereka itu dakwa sahaja mereka muslim, tapi ada sifat-sifat munafik.

Mereka itu adalah orang-orang yang tidak kisah untuk memperbaiki agama mereka dan juga anak isteri mereka. Mereka hidup dengan melihat dunia sahaja dan tidak kisah tentang akhirat. 

Yang paling penting adalah kita kena mendidik isteri kita kerana dengan ada isteri yang faham agama, maka anak-anak pun akan terdidik sekali. Mereka itu penting kerana anak-anak selalu bersama dengan mereka.

Tetapi kadang-kadang kita pun tidak mendapat isteri yang baik, tidak kisah tentang agama. Nanti akan disebut bagaimana isteri pada Nabi pun bukanlah semua orang yang baik walaupun mereka telah berkahwin dengan para Nabi. Maka kalau isteri kita tidak kisah tentang agama pun, ini bukanlah perkara yang pelik.  

 

وَاغلُظ عَلَيهِم

dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah jahannam dan itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.

Dengan orang mukmin, kita berlembut dan jaga akhlak kita dengan mereka. Tapi akhlak kita dengan orang kafir dan munafik adalah keras. Kerana kita tidak boleh berlembut dengan mereka. Kalau kita berlembut, mereka pun jadi lemak dan kita pula nanti terikut-ikut dengan cara hidup dan fahaman mereka. 

 

وَمَأوٰهُم جَهَنَّمُ ۖ وَبِئسَ المَصيرُ

Tempat mereka adalah jahannam dan itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.

Ingatlah yang tempat orang kafir dan munafik adalah di neraka. Maka kita kena usaha untuk selamatkan mereka.

Pertama, kena selamatkan diri kita dari kufur dan nifak. Dan kemudian baru nak tengok orang lain. Jangan fikir nak selamatkan orang lain sahaja sedangkan diri kita pula terabai.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 26 Mei 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s