Ayat 29:
الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ طوبىٰ لَهُم وَحُسنُ مَآبٍ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Those who have believed and done righteous deeds – a good state is theirs and a good return.
(MALAY)
Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.
الَّذينَ آمَنوا
Orang-orang yang beriman
Iaitu iman yang sempurna – bukan setakat mempercayai apa yang perlu dipercayai sahaja, tapi kena tinggalkan fahaman syirik. Dan untuk kenal apakah syirik, tetap kena belajar tafsir Qur’an sampai tamat 30 juzuk.
وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ
dan beramal soleh,
Iman bukan sahaja di mulut sahaja tapi perlu ditunjukkan dengan amalan. Dan amalan itu hendak amalan yang soleh, iaitu ada sunnah dari Nabi Muhammad dan para sahabat – bukan amalan bidaah. Malangnya masyarakat Islam kita tidak kenal mana bidaah dan mana sunnah, maka banyak amalan ibadat orang kita adalah amalan bidaah.
طوبىٰ لَهُم
bagi mereka kebahagiaan
Kalimah طوبىٰ adalah dari katadasar ط ي ب yang bermaksud kebaikan, kesenangan, kegembiraan, keberkatan. Bagi mereka yang beriman sempurna dan beramal dengan amalan sunnah, mereka akan mendapat طوبىٰ iaitu kegembiraan yang menerangkan hati dan segala pancaindera. Maknanya, bukan setakat rasa dalam emosi sahaja, tapi tubuh badan pun rasa segar. Amat bertuahlah mereka itu.
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Humaid, telah menceritakan kepada kami Ya’qub ibnu Ja’far, dari Syahr ibnu Hausyab yang mengatakan bahawa tuba adalah nama sebuah pohon di dalam syurga; semua pepohonan syurga berasal darinya, ranting-rantingnya berasal dari balik tembok syurga.
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan:
عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ رَاهَوَيْهِ، عَنْ مُغِيرَةَ الْمَخْزُومِيِّ، عَنْ وَهيب، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّ فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ عَامٍ لَا يَقْطَعُهَا”
dari Ishaq Ibnu Rahawaih, dari Mugirah Al-Makhzumi, dari Wuhaib, dari Abu Hazim, dari Sahl ibnu Sa’d r.a., bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah pohon, seorang pengendara berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun masih belum melampauinya.
Akan tetapi ada banyak kisah pelik yang diambil dari sumber israiliyyat tentang pohon ini yang dinamakan Pohon Tuba. Kita tidak berharap kepadanya.
وَحُسنُ مَآبٍ
dan tempat kembali yang baik.
Dan mereka mendapat tempat pulangan yang baik. Iaitu syurga yang mereka akan kekal di dalamnya. Tidak ada tempat yang lebih baik dari syurga.
Ayat 30: Dari ayat ini sehingga ke hujung surah ini (ayat 43) adalah Perenggan Makro ke 3. Ia menceritakan kesudahan kepada mereka yang beriman.
كَذٰلِكَ أَرسَلناكَ في أُمَّةٍ قَد خَلَت مِن قَبلِها أُمَمٌ لِتَتلُوَ عَلَيهِمُ الَّذي أَوحَينا إِلَيكَ وَهُم يَكفُرونَ بِالرَّحمٰنِ ۚ قُل هُوَ رَبّي لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ وَإِلَيهِ مَتابِ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Thus have We sent you to a community before which [other] communities have passed on so you might recite to them that which We revealed to you, while they disbelieve in the Most Merciful. Say, “He is my Lord; there is no deity except Him. Upon Him I rely, and to Him is my return.”
(MALAY)
Demikianlah, Kami telah mengutus kamu pada suatu umat yang sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumnya, supaya kamu membacakan kepada mereka (Al Qur’an) yang Kami wahyukan kepadamu, padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Katakanlah: “Dialah Tuhanku tidak ada Tuhan selain Dia; hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya aku pulang”.
كَذٰلِكَ أَرسَلناكَ في أُمَّةٍ
Demikianlah, Kami telah mengutus kamu pada suatu umat
Kalimah كَذٰلِكَ dalam ayat ini boleh diterjemahkan begini: “bagi kesempurnaan itulah”. Untuk kesempurnaan agama ini, Allah telah memilih Nabi Muhammad sebagai Rasul untuk umat akhir zaman.
قَد خَلَت مِن قَبلِها أُمَمٌ
sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumnya,
Sudah ada banyak umat sebelum Nabi Muhammad dan umat baginda. Memang kita umat yang terakhir dan tentunya entah berapa banyak umat sebelum kita yang telah berlalu zaman berzaman. Oleh itu, kita kena belajar dari apa yang telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu.
Ramai dari mereka itu dulu yang telah kufur. Walaupun mereka sudah dapat rahmat dari Allah, tapi mereka masih tidak beriman juga. Maka Allah ambil balik rahmat dari mereka. Maknanya, rahmat boleh diberi dan boleh ditarik balik.
لِتَتلُوَ عَلَيهِمُ الَّذي أَوحَينا إِلَيكَ
supaya kamu membacakan kepada mereka (Al Qur’an) yang Kami wahyukan kepadamu,
Tujuan Nabi Muhammad diutuskan kepada umat ini adalah untuk menyampaikan wahyu Qur’an kepada mereka. Lihatlah Allah sebut Qur’an dan berkali-kali disebut tentang Qur’an. Ini adalah kerana ianya adalah sumber ilmu utama yang kita ada. Tapi malangnya ramai yang buat tidak tahu sahaja tentang ilmu pengajian tafsir Qur’an. Maka ramai yang setakat baca sahaja Qur’an ini, tapi tidak memahaminya.
وَهُم يَكفُرونَ بِالرَّحمٰنِ
padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah.
Golongan musyrik itu bukan tidak kenal Allah, tapi bila disebut nama ar-Rahman, mereka buat-buat tidak tahu. Mereka kata: “beritahu kami siapakah ar-Rahman itu? Sebab kami tak kenal.” Allah menggunakan namaNya ar-Rahman untuk mengingatkan semua manusia bahawa Dialah yang telah memberikan segala macam nikmat kepada makhluk.
Musyrikin Mekah menolak penyebutan Allah dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya. Dalam perjanjian Hudaibiyah mereka menolak menulis kalimat Bismillahir Rahmanir Rahim, dan mereka mengatakan, “Kami tidak mengenal Rahman dan Rahim” Demikianlah yang dikatakan oleh Qatadah, sedangkan hadis mengenainya berada di dalam kitab Sahih Bukhari. Padahal Allah Swt. telah berfirman di dalam Kitab-Nya:
{قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى}
Katakanlah, “Serulah Allah, atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kalian seru, Dia mempunyai al-asma-ul husna (nama-nama yang terbaik). (Al-Isra: 110)
قُل هُوَ رَبّي لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ
Katakanlah: “Dialah Tuhanku tidak ada Tuhan selain Dia;
Allah suruh Nabi Muhammad beritahu umat yang selain Allah, tidak ada ilah lain, tidak ada tempat harapan lain lagi. Ini adalah ayat tauhid yang mengingatkan kita bahawa tidak boleh memuja selain Dia.
عَلَيهِ تَوَكَّلتُ
hanya kepada-Nya aku bertawakkal
Dan beritahu kepada umat baginda yang hanya kepada Allah sahaja baginda menyerah diri dan bertawakal. Maka umat baginda pun kena juga ikut baginda tawakal hanya kepada Allah sahaja.
وَإِلَيهِ مَتابِ
dan hanya kepada-Nya aku pulang”.
Dan kepadaNya tempat baginda akan kembali.
Ayat 31: Ayat zajrun. Allah hendak memberitahu bahawa wahyu Qur’an ini hebat.
وَلَو أَنَّ قُرآنًا سُيِّرَت بِهِ الجِبالُ أَو قُطِّعَت بِهِ الأَرضُ أَو كُلِّمَ بِهِ المَوتىٰ ۗ بَل لِلِهِ الأَمرُ جَميعًا ۗ أَفَلَم يَيأَسِ الَّذينَ آمَنوا أَن لَو يَشاءُ اللهُ لَهَدَى النّاسَ جَميعًا ۗ وَلا يَزالُ الَّذينَ كَفَروا تُصيبُهُم بِما صَنَعوا قارِعَةٌ أَو تَحُلُّ قَريبًا مِن دارِهِم حَتّىٰ يَأتِيَ وَعدُ اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ لا يُخلِفُ الميعادَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And if there was any qur’ān [i.e., recitation] by which the mountains would be removed or the earth would be broken apart or the dead would be made to speak,¹ [it would be this Qur’ān], but to Allāh belongs the affair entirely. Then have those who believed not accepted that had Allāh willed, He would have guided the people, all of them? And those who disbelieve do not cease to be struck, for what they have done, by calamity – or it will descend near their home – until there comes the promise of Allāh. Indeed, Allāh does not fail in [His] promise.
- As suggested by the disbelievers.
(MALAY)
Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digerakkan atau bumi jadi terbelah atau oleh kerananya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al Qur’an itulah dia). Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahawa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.
وَلَو أَنَّ قُرآنًا سُيِّرَت بِهِ الجِبالُ
Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digerakkan
Kalaulah ada bacaan yang dengannya gunung boleh bergerak. Ini adalah jawapan dari permintaan kurang ajar Musyrikin Mekah kepada Nabi Muhammad. Mereka cabar baginda keluarkan mukjizat yang boleh menyebabkan gunung ganang dan bukit bukau di Mekah itu diratakan supaya mereka bercucuk tanam.
Allah hendak memberitahu bahawa kesan Qur’an ini sebenarnya boleh mencabut gunung ganang kerana takutnya mereka dengan Allah.
أَو قُطِّعَت بِهِ الأَرضُ
atau bumi jadi terbelah dengan bacaan Qur’an itu
Atau bumi boleh pecah, boleh jadi gempa bumi kerana kesan bacaan Qur’an ini.
Ini adalah jawapan kepada permintaan Musyrikin Mekah yang cabar Nabi Muhammad belah tanah di Mekah dan keluarkan sungai dan mata air untuk mereka bercucuk tanam. Bila tanah sudah rata, mereka kata mereka mahu air pula untuk bercucuk tanam.
أَو كُلِّمَ بِهِ المَوتىٰ
atau oleh kerananya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara,
Atau dengannya orang mati boleh bercakap. Ini adalah jawapan kepada cabaran dari Musyrikin Mekah kepada Nabi Muhammad untuk baginda menghidupkan tok nenek mereka yang sudah mati. Mereka suruh baginda hidupkan mereka supaya mereka boleh cakap yang memang baginda seorang Rasul.
Allah matikan sahaja ayat ini. Muqaddarnya adalah: kalau ada bacaan yang boleh menyebabkan gunung ganang bergerak, bumi pecah dan orang mati boleh bercakap, Qur’anlah yang boleh melakukannya kerana hebatnya kesan Qur’an ini.
Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Zar’ah, telah menceritakan kepada kami Minjab ibnul Haris, telah menceritakan kepada kami Bisyr ibnu Imarah, telah menceritakan kepada kami Umar ibnu Hissan, dari Atiyyah Al-Aufi. Umar ibnu Hissan mengatakan bahawa dia menanyakan kepada Atiyyah tentang makna ayat berikut: Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan. (Ar-Ra’d: 31), hingga akhir ayat. Atiyyah menjawab bahawa mereka (orang-orang musyrik Mekah) berkata kepada Nabi Muhammad, “Mengapa engkau tidak menyingkirkan gunung-gunung Mekah ini dari kami sehingga tanahnya menjadi luas, maka kami akan bercucuk tanam padanya; atau engkau belahkan bumi bagi kami, sebagaimana Sulaiman membelah angin buat kaumnya; atau engkau hidupkan bagi kami orang-orang yang telah mati, sebagaimana Isa menghidupkan orang-orang mati bagi kaumnya?” Maka Allah menurunkan ayat ini. Umar ibnu Hissan bertanya, “Apakah engkau pernah melihat hadis ini dari salah seorang sahabat Nabi Saw.?” Atiyyah menjawab, “Ya, dari Abu Sa’id, dari Nabi Saw.”
بَل لِلِهِ الأَمرُ جَميعًا
Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah.
Ini adalah jawapan kepada potongan ayat sebelum ini. Walaupun Qur’an itu hebat, dan boleh buat tiga perkara yang mereka minta di atas tadi, mereka tetap juga tidak mahu beriman. Allah nak beritahu, kalaulah kesan itu mereka boleh lihat sendiri: gunung ganang bergerak, bumi pecah dan orang mati boleh bercakap, mereka tetap tidak beriman. Ini adalah kerana mereka amat degil. Kalau apa yang mereka minta itu diberikan, mereka tetap tidak beriman.
Allah yang menentukan urusan kedudukan iman mereka. Apa yang dikehendaki-Nya pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti tidak akan terjadi. Kalau Allah mahu terus sesatkan mereka, mereka akan tetap sesat kerana iman dalam hati adalah urusan Allah.
Dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya; barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada seorang pun yang dapat menyesatkannya.
أَفَلَم يَيأَسِ الَّذينَ آمَنوا أَن لَو يَشاءُ اللهُ لَهَدَى النّاسَ جَميعًا
Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahawa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya.
Adakah orang beriman sudah putus ada? (tidakkah orang beriman itu tahu?) bahawa semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Allah yang beri hidayah atau kesesatan. Dan kalau Allah mahu, Allah boleh sahaja jadikan semua manusia dan jin beriman. Tapi Allah tidak kehendaki begitu. Allah beri peluang kepada manusia untuk memilih iman atau kufur kerana Allah nak uji manusia itu.
Para sahabat waktu itu berharap tiga permintaan/cabaran dari Musyrikin Mekah itu boleh diberikan supaya mereka itu beriman. Maka Allah jawab dalam ayat ini, semua urusan itu terpulang kepada Allah. Jangan mereka sangka yang kalau diberikan segala yang mereka minta itu, Musyrikin Mekah akan beriman. Oleh itu, orang yang beriman, jangan putus asa dalam dakwah. Teruskan berdakwah walaupun orang kafir itu tidak beriman. Jangan putus asa.
Allah tidak perlukan pun tunjuk mukjizat untuk menjadikan Musyrikin Mekah itu beriman. Allah boleh sahaja terus bagi mereka beriman. Tapi Allah tidak mahu mereka beriman dengan cara begitu. Mereka kena ada kehendak sendiri untuk beriman.
وَلا يَزالُ الَّذينَ كَفَروا تُصيبُهُم بِما صَنَعوا قارِعَةٌ
Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri
Orang kafir akan terus dikenakan dengan musibah kerana perbuatan mereka sendiri. Kerana mereka menolak untuk beriman, maka Allah kenakan musibah kepada mereka. Walaupun apa yang mereka buat untuk menghalang musibah itu, apa yang akan dikenakan kepada mereka akan tetap dikenakan juga. Sebagai contoh, mereka terus diserang oleh puak lain, ditawan, dikenakan dengan musim kemarau dan lain-lain lagi musibah.
أَو تَحُلُّ قَريبًا مِن دارِهِم
atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka,
Atau benda itu akan dilepaskan (dihalalkan) tidak lama lagi dekat dengan kediaman mereka. Maksudnya benda buruk akan terjadi kepada mereka, antaranya kekalahan dalam Perang Badr.
حَتّىٰ يَأتِيَ وَعدُ اللهِ
sehingga datanglah janji Allah.
Dan janji Allah pasti akan datang. Iaitu janji untuk membinasakan mereka sekali gus. Ulama tafsir ada mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah Penaklukan Kota Mekah.
إِنَّ اللهَ لا يُخلِفُ الميعادَ
Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.
Dan ini pasti berlaku kerana Allah tidak akan mungkir janjiNya.
{فَلا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ}
Kerana itu, janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi mempunyai pembalasan siksa. (Ibrahim: 47)
Habis Ruku’ 4 dari 6 ruku’ dalam surah ini.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 2 Januari 2022
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan