NABI YUSUF عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ DISAHKAN TIDAK BERSALAH
Yusuf Ayat 50:
وَقَالَ ٱلْمَلِكُ ٱئْتُونِى بِهِۦ ۖ فَلَمَّا جَآءَهُ ٱلرَّسُولُ قَالَ ٱرْجِعْ إِلَىٰ رَبِّكَ فَسْـَٔلْهُ مَا بَالُ ٱلنِّسْوَةِ ٱلَّـٰتِى قَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ ۚ إِنَّ رَبِّى بِكَيْدِهِنَّ عَلِيمٌۭ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And the king said, “Bring him to me.” But when the messenger came to him, [Joseph] said, “Return to your master and ask him what is the case of the women who cut their hands. Indeed, my Lord is Knowing of their plan.”
(MALAY)
Raja berkata: “Bawalah dia kepadaku”. Maka tatkala utusan itu datang kepada Yusuf, berkatalah Yusuf: “Kembalilah kepada tuanmu dan tanyakanlah kepadanya bagaimana halnya wanita-wanita yang telah melukai tangannya. Sesungguhnya Tuhanku, Maha Mengetahui tipu daya mereka”.
وَقَالَ ٱلْمَلِكُ ٱئْتُونِى بِهِۦ
Raja berkata: “Bawalah dia kepadaku”.
Sekarang kisah terus lompat kepada arahan raja. Raja Mesir telah mengarahkan untuk membawa Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ bertemu dengannya dan ini sebagai isyarat yang baginda telah dibebaskan. Ini adalah selepas bekas banduan rakan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu menyampaikan apakah yang diberitahu Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ tentang ta’bir mimpi itu. Walaupun raja sudah tahu apa yang perlu dilakukan, tetapi raja masih hendak bertemu juga dengan Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ sendiri. Ini kerana raja telah tertarik dengan apa yang disampaikan oleh baginda.
Kalau lelaki itu dapat maklumat daripada Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan sampaikan kepada raja tanpa sebut baginda, ini bermakna raja tidak percaya yang dia yang tahu sendiri. Raja iatu mesti tahu dia dapat tafsir mimpi itu daripada orang lain dan raja hendak jumpa terus dengan orang itu. Kerana raja sedar yang orang yang sampaikan itu adalah orang yang teramat cerdik.
Mungkin setelah disoal siasat, baru dia tahu yang Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ duduk dalam penjara, tentu raja hairan kenapa dia duduk dalam penjara? Ternyata pula dia seorang yang cerdik dan pandai, tentu ada yang tidak kena, maka raja suruh keluarkan baginda dengan segera dan diberikan pengampunan khas.
Begitulah aturan daripada Allah ﷻ untuk mengeluarkan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dari penjara. Sebelum ini baginda telah minta tolong kepada butler raja itu untuk menyebut nama baginda kepada raja, tetapi kita pun sudah tahu itu tidak terjadi. Namun begitu kalaupun terjadi, tidakkah nanti Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ terhutang budi pula dengan orang itu? Maka Allah ﷻ tidak mahu ini berlaku maka rancangan itu telah gagal tetapi Allah ﷻ rancang cara pengeluaran yang lain. Allah ﷻ memberikan raja itu mimpi dan tidak ada orang yang dapat menta’bir mimpi itu selain Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ sahaja.
فَلَمَّا جَآءَهُ ٱلرَّسُولُ قَالَ ٱرْجِعْ إِلَىٰ رَبِّكَ
Maka tatkala utusan itu datang kepada Yusuf, berkatalah Yusuf: “Kembalilah kepada tuanmu
Raja telah menghantar utusan untuk menerima Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ tetapi di sini digunakan istilah ٱلرَّسُولُ. Jadi ia boleh jadi butler raja yang bekas banduan itu atau ia boleh jadi utusan khusus daripada raja. Kalau ia utusan khusus, maka ia adalah sebagai penghormatan kepada baginda. Namun ramai berpendapat ia adalah bekas banduan itu juga kerana dia yang kenal Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.
Tidak kira siapa pun utusan itu, apabila dia jumpa Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, baginda beritahu yang baginda tidak mahu keluar dari penjara terus. Selalunya apabila raja sesuatu tempat itu suruh datang, maka rakyat akan datang, bukan? Jadi mungkin raja bukanlah arahkan, tetapi sebagai tawaran sahaja. Kita boleh agak yang raja itu menghormati Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ kerana kepandaian baginda dalam menta’bir mimpi raja yang orang pandai di sekelilingnya pun tidak mampu untuk melakukannya. Jadi raja sudah dapat agak yang Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ ini bukan sembarangan orang . Kerana itu raja menjemput untuk bertemu dengan baginda tetapi nampaknya Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ tidaklah terus menerima tawaran ini.
Ini amat menghairankan (kalau kita sudah lama duduk dalam penjara dan ada orang yang hendak keluarkan kita, kita tidak akan tunggu lama, bukan?). Baginda bukan tidak mahu keluar, tetapi baginda hendak membersihkan nama baginda terlebih dahulu. Ini menunjukkan yang baginda seorang yang tidak tergesa-gesa dan amat bijaksana. Baginda tidak mahu dikeluarkan tanpa dibersihkan maruah baginda. Ini penting kerana baginda adalah seorang Nabi dan tidak boleh baginda keluar kalau manusia lain sangka baginda seorang yang bersalah.
Ini kerana baginda nanti akan menjalankan tanggungjawab yang lebih besar iaitu: berdakwah. Bagaimana baginda akan diterima jikalau ada isu yang tidak diselesaikan tentang maruah baginda? Jadi ini mengajar kita wajibnya kita menjaga kehormatan diri. Kalau raja dan menteri sahaja yang tahu, pun tidak boleh kerana nanti baginda perlu dakwah kepada seluruh umat. Tentu susah orang hendak percaya dengan dakwah yang baginda sampaikan kalau ada yang kata baginda keluar penjara hanya kerana baik dengan raja. Ini tidak boleh kerana maruahnya masih tercemar dan orang tidak akan percaya apabila baginda ajak kepada agama.
Begitulah bagi orang yang dipandang ada agama, mungkin sebagai ustaz atau pendakwah, dia hendaklah membersihkan namanya. Dari awal lagi kena elak daripada terlibat dengan perkara yang boleh merosakkan namanya. Mungkin kita tidak buat perkara yang terkutuk, tetapi jangan sampai orang boleh berkata-kata di belakang kita, ‘Entah-entah dia ada buat’. Para ulama salaf juga memberikan penekanan dalam hal ini, sebagaimana ungkapan sebahagian salaf:
مَنْ عَرَّضَ نَفْسَهُ لِلتُّهَمِ، فَلَا يَلُومَنَّ مَنْ أَسَاءَ بِهِ الظَّنَّ
“Sesiapa yang meletakkan dirinya di tempat yang mendatangkan tohmah (tuduhan), maka janganlah dia menyalahkan orang yang buruk sangka padanya.”
Seandainya kita berada dalam situasi yang boleh dianggap serong, maka kena jelaskan kedudukan sebenar. Kerana kalau tidak dijelaskan, orang akan bercakap-cakap. Perhatikan apa yang pernah terjadi kepada Rasulullah ﷺ sendiri dan lihatlah bagaimana Nabi ﷺ mengajar kita apa yang kita kena lakukan,
عَلِيُّ بْنُ الْحُسَيْنِ، أَنَّ صَفِيَّةَ بِنْتَ حُيَيٍّ، أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا جَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَزُورُهُ فِي اعْتِكَافِهِ فِي الْمَسْجِدِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ، فَتَحَدَّثَتْ عِنْدَهُ سَاعَةً، ثُمَّ قَامَتْ تَنْقَلِبُ، فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَهَا يَقْلِبُهَا، حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ بَابَ الْمَسْجِدِ، عِنْدَ بَابِ أُمِّ سَلَمَةَ، مَرَّ رَجُلاَنِ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَسَلَّمَا عَلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ لَهُمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «عَلَى رِسْلِكُمَا، إِنَّهَا صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَيٍّ» فَقَالاَ: سُبْحَانَ اللهِ يَا رَسُولَ اللهِ، وَكَبُرَ عَلَيْهِمَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الْإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ، وَإِنِّي خَشِيتُ أَنْ يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَيْئًا»
Ali bin al-Husain رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ (cucu Ali bin Abi Talib رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ) meriwayatkan bahawa Safiyyah binti Huyay رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا (isteri Nabi ﷺ) telah memberitahunya: “Beliau datang kepada Rasulullah ﷺ untuk menziarahi Baginda semasa iktikafnya di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Beliau berbual dengan Baginda sebentar, kemudian beliau bangun untuk pulang. Maka Nabi ﷺ pun bangun bersamanya untuk menghantarnya. Apabila Baginda sampai di pintu masjid, di tempat yang berdekatan dengan pintu (rumah) Ummu Salamah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا (isteri Nabi ﷺ yang lain), lalu dua orang lelaki daripada kaum Ansar melintas. Mereka memberi salam kepada Rasulullah ﷺ, kemudian bergegas pergi. Maka Nabi ﷺ berseru kepada mereka berdua: ‘Perlahan-lahanlah kamu berdua. Sesungguhnya ini ialah Safiyyah binti Huyay (isteriku).’ Kedua-dua lelaki itu terperanjat lalu berkata: ‘Subhanallah (Maha Suci Allah)! Wahai Rasulullah!’—mereka merasa berat (berdosa) di hati mereka. Maka Nabi ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri anak Adam melalui aliran darah, dan sesungguhnya aku bimbang dia akan mencampakkan sesuatu (sangkaan buruk) ke dalam hati kamu berdua.'”
(Riwayat al-Bukhari No. 2038 dan Muslim No. 2175)
Syarah: Hadith ini adalah dalil yang sangat kukuh bahawa wajib bagi seorang Muslim menghindari tempat dan perbuatan yang boleh menyebabkan orang lain bersangka buruk (syak wasangka) terhadap dirinya, walaupun pada hakikatnya perbuatan itu adalah halal atau harus.
- Nabi ﷺ Menjaga Kehormatan (Ird) Sahabat: Baginda ﷺ menjelaskan keadaan tersebut walaupun kepada sahabat Baginda yang Baginda yakini keimanan mereka, demi menutup pintu fitnah dan sangkaan buruk yang mungkin dicampakkan oleh syaitan ke dalam hati mereka.
- Kewajipan Mengelak Tohmah: Tindakan Nabi ﷺ ini menjadi panduan bahawa sekiranya kita berada dalam situasi yang boleh mengundang tuduhan (tohmah), kita perlu menjelaskan keadaan atau menjauhinya untuk menjaga nama baik diri dan memelihara kehormatan orang lain daripada dosa berburuk sangka.
- Syaitan dan Sangkaan Buruk: Sabda Baginda ﷺ tentang syaitan yang ‘berjalan melalui aliran darah’ adalah perumpamaan betapa mudahnya syaitan menyelinap masuk dan membisikkan sangkaan buruk kepada manusia, justeru kita wajib berwaspada.
فَاسأَلهُ ما بالُ النِّسوَةِ اللّاتي قَطَّعنَ أَيدِيَهُنَّ
dan tanyakanlah kepadanya bagaimana halnya wanita-wanita yang telah melukai tangannya.
Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ memberikan cara untuk mencari maklumat tentang apa yang terjadi sampai baginda dimasukkan ke dalam penjara dengan cara yang salah. Maksud frasa “ما بالُ ٱلنِّسْوَةِ” ialah:
-
- “Bagaimana halnya…”
- “Apakah keadaannya…”
- “Apakah urusannya…”
- “Apakah sebabnya…”
Secara umumnya, “بالُ” bermaksud perkara, urusan, keadaan, atau hal yang menjadi perhatian atau yang ditanyakan. Maksudnya Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ suruh selidik dan siasat tentang apakah sebab wanita-wanita itu mengerat jari mereka dalam satu majlis? Maka baginda suruh raja buat siasatan tentang kes itu. Lihat bagaimana Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ tidak bercakap panjang pun. Biar dengan maklumat itu, raja boleh cari sendiri dan tentu ia akan membuktikan baginda benar dan tidak bersalah. Lihat bagaimana Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ suruh tanya wanita-wanita yang ramai ada dalam majlis itu, bukan tanya kepada isteri menteri itu kerana dia kaki belit. Sebaliknya baginda suruh tanya wanita-wanita itu kerana mereka yang tahu kisah sebenar.
Ini mengandungi pengajaran supaya di dalam kes-kes seperti kes mahkamah, atau mana-mana isu yang timbul, jangan kelam kabut menuduh dan buat keputusan, tetapi hendaklah diteliti dan diperiksa segala sudut. Kerana itulah Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ suruh raja buat penyelidikan dan pemeriksaan. Pergi tanya kepada orang-orang yang terlibat untuk mengetahui duduk sebenar tentang kes itu.
Baginda juga hendak memastikan para wanita itu tidak boleh menyebabkan namanya rosak lagi. Kerana kalau mereka itu tidak diuruskan, nanti kalau baginda keluar pun, mereka akan buat sesuatu lagi untuk menjatuhkan nama baginda. Tentu mereka akan tahu yang baginda sudah keluar dan entah apa lagi rancangan mereka untuk memasukkan baginda kembali ke dalam penjara. Jadi Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ tidak mahu ada drama lagi dengan mereka. Tambahan pula baginda nanti akan menjadi menteri yang akan menjaga ekonomi dan keterjaminan makanan bagi Mesir; bagaimana baginda hendak menjalankan kerja dengan efisien kalau nanti ada skandal yang dikaitkan dengan baginda? Begitulah zaman sekarang pun cara untuk menjatuhkan ahli politik menggunakan skandal yang kadangkala direka. Maka mereka perlu dipanggil dan diberi teguran dan nasihat. Jangan beri mereka peluang lagi untuk melakukan tipu daya.
Begitulah hebatnya Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ bersabar duduk tunggu di penjara sehingga namanya dibersihkan, sampai dipuji oleh Nabi Muhammad ﷺ di dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ:
“… Dan kalau kiranya aku yang ditahan dalam penjara selama itu, tentu aku akan segera menuruti panggilan (untuk keluar) itu.”
(Sahih Bukhari No. 4694 dan Muslim No. 151)
إِنَّ رَبّي بِكَيدِهِنَّ عَليمٌ
Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka”.
Kalimah رَبّي dalam ayat ini mungkin bermaksud Allah ﷻ atau tuannya (menteri) dulu. Tentu Allah ﷻ mengetahui tipu daya mereka. Malah di sebalik tipu daya itu, Allah ﷻ Maha Tahu apa yang sebenarnya terjadi. Kalau golongan wanita itu masih menipu lagi, tidak mengapalah kerana Allah ﷻ tahu. Kadangkala kita tidak boleh menang dan tetap dipersalahkan, maka kita serahkan kepada Allah ﷻ. Asalkan Allah ﷻ tahu kita tidak bersalah, itu sudah cukup bagi kita, bukan?
Maksud kedua, Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ tahu bagaimana hebatnya mereka membuat rancangan untuk memang. Dalam bahasa kita selalu kita sebut: “Allah jerlah tahu betapa teruknya mereka itu!” Maka kerana itu baginda suruh raja panggil mereka dan selesaikan hal itu kerana mereka memang hebat dalam melakukan tipu daya.
Tafsiran ketiga adalah kalau yang dimaksudkan adalah tuannya, tuannya dahulu pun tahu apa yang terjadi, bukan? Jadi baginda memberi isyarat yang baginda dimasukkan ke dalam penjara itu kerana tipu daya orang-orang yang telah menganiaya baginda, bukannya kerana baginda ada apa-apa kesalahan. Sebaliknya tuannya itu tahu tetapi buat tidak tahu sahaja. Jadi kalau buat soal siasat, boleh mulakan dengan tuannya Al-Aziz itu.
Jadi sekali lagi kalimah رَبّ boleh diterjemahkan dan ditafsirkan untuk dua maksud, sama ada Allah ﷻ atau raja. Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ mungkin merujuk kepada Allah ﷻ, tetapi baginda juga tahu yang masyarakat akan menterjemahkan sebagai tuannya itu. Seolah-olah Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berkata: “Tuhan aku tahu hal mereka, tuan kamu itu tahu atau tidak?”
Imam Razi رَحِمَهُ اللَّهُ mengatakan ada 3 sebab kenapa Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ minta soal siasat dijalankan:
1. Baginda hendak membersihkan namanya
2. Baginda tahu baginda tidak bersalah dan ini dibuktikan dengan baginda tidak terus keluar walaupun setelah dijemput oleh raja.
3. Baginda mahu menghapuskan tabiat buruk para wanita yang telah menyebabkan baginda dipenjara kerana kalau mereka boleh buat kepada baginda, maka tentu mereka boleh lakukan terhadap orang lain juga.
Perhatikan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ tidak sebut pun tentang isteri Al-Aziz itu secara spesifik. Ulama’ seperti Abus Su’ud رَحِمَهُ اللَّهُ mengatakan baginda tidak sebut kerana budi dan kesetiaan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang mengenangkan hubungan baik di antara mereka sebelum itu. Cuma walaupun tidak disebut secara khusus, akan tetapi dia pun akan terpalit juga nanti setelah diperiksa dan disoal siasat akan wanita-wanita yang ramai-ramai itu. Mereka tentu akan petik nama isteri Al-Aziz itu nanti.
Yusuf Ayat 51: Maka raja pun siasat dan telah memanggil wanita-wanita itu datang ke istana. Apabila raja yang panggil, tentu semua akan datang dan terpaksa bercakap benar. Maka semua dipanggil termasuklah wanita itu sendiri.
قَالَ مَا خَطْبُكُنَّ إِذْ رَاوَدتُّنَّ يُوسُفَ عَن نَّفْسِهِۦ ۚ قُلْنَ حَاشَ لِلَّهِ مَا عَلِمْنَا عَلَيْهِ مِن سُوٓءٍۢ ۚ قَالَتِ ٱمْرَأَتُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْـَٔانَ حَصْحَصَ ٱلْحَقُّ أَنَا۠ رَاوَدتُّهُۥ عَن نَّفْسِهِۦ وَإِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Said [the king to the women], “What was your condition when you sought to seduce Joseph?” They said, “Perfect is Allāh!¹ We know about him no evil.” The wife of al-‘Azeez said, “Now the truth has become evident. It was I who sought to seduce him, and indeed, he is of the truthful.
- In His ability to create such purity of character.
(MALAY)
Raja berkata (kepada wanita-wanita itu): “Bagaimana keadaanmu ketika kamu menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadamu)?” Mereka berkata: “Maha Sempurna Allah, kami tiada mengetahui sesuatu keburukan daripadanya”. Berkata isteri Al Aziz: “Sekarang jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku), dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar”.
قَالَ مَا خَطْبُكُنَّ إِذْ رَاوَدتُّنَّ يُوسُفَ عَن نَّفْسِهِۦ
Raja berkata (kepada wanita-wanita itu): “Apa jawapan kamu ketika kamu menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya?
Raja tanya apa kes? Apa keadaan mereka ketika kejadian itu berlaku? Perhatikan raja tidak tanya: adakah kamu buat? Kerana mungkin siasatan telah dilakukan dan kejadian itu telah dipastikan telah berlaku. Maka sekarang raja seperti sedang memarahi mereka dengan apa bertanya: “Apa korang fikir masa itu?” Digunakan kalimah خَطْبُ kerana ia adalah persoalan atau peristiwa yang penting. Kerana itu ia juga digunakan pada Khutbah Jumaat. Ini kerana istilah khutbah digunakan untuk penjelasan yang penting. Kes Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu penting sampaikan menjadi pembicaraan umum dan sekarang raja pun sudah tahu tentang hal itu. Jadi raja sekarang tanya mereka apakah skandal ketika mereka semua menggoda Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ? – maknanya, bukan wanita isteri Al-Aziz itu sahaja yang menggoda Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ tetapi mereka pun teringin juga dan telah bersalah menggoda baginda juga.
Perhatikan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ tadi sebut tentang tangan mereka luka sahaja. Akan tetapi raja ini bijaksana nampaknya dan dapat agak yang mereka itu terluka tangan kerana terpesona dengan kekacakan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan tentunya mereka telah menggoda baginda. Jadi kalau kita perhatikan soalan daripada raja ini, beliau bukan tanya mereka sama ada perkara itu terjadi atau tidak, tetapi beliau mahukan penjelasan mereka sahaja. Kerana itu beliau bertanya: إِذْ رَاوَدتُّنَّ يُوسُفَ dan perkataan إِذْ itu memberi isyarat yang perkara itu memang telah terjadi.
قُلْنَ حَاشَ لِلَّهِ مَا عَلِمْنَا عَلَيْهِ مِن سُوٓءٍۢ
Mereka berkata: “Maha Suci Allah, kami tiada mengetahui sesuatu keburukan daripadanya”.
Mereka semua telah membuka kisah sebenar. Mereka memuji Allah ﷻ sebagai isyarat yang mereka akan berkata benar; dan kemudian mereka kata memang sebenarnya Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu seorang yang baik. Kalimah حَاشَ لِلَّهِ telah mereka gunakan di dalam ayat 31 sebelum ini. Ketika itu mereka terlontar kalimah itu ketika melihat ketampanan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan keluhuran budi baginda; sekarang mereka menggunakan istilah ini untuk menunjukkan kesucian dan kebersihan baginda daripada keburukan perangai dan dosa.
Maka di sini mereka mengaku mereka yang bersalah dan tidak ada keburukan pada diri Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Mungkin sambil bercakap itu mereka semua memandang dengan penuh makna kepada isteri Al-Aziz itu. Kerana bukan wanita lain sahaja ada, tetapi tentulah isteri Al-Aziz dipanggil sama kerana dia terlibat dan ternyata dialah penyebab utama benda ini terjadi. Namun perhatikan mereka tidak pula terus menuduh isteri Al-Aziz kerana mungkin mereka takut kepadanya.
قَالَتِ ٱمْرَأَتُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْـَٔانَ حَصْحَصَ ٱلْحَقُّ
Berkata isteri Al Aziz: “Sekarang jelaslah kebenaran itu,
Isteri Al-Aziz itu tidak ada cara lain melainkan kena mengaku sahaja, tiada alasan lagi. Memang sulit kalau sudah di hadapan raja yang bertanya kerana kalau menipu lagi, buruk padahnya. Kalimah حَصحَصَ dari segi bahasa bermaksud ‘memanjat naik ke atas’. Maksudnya, kebenaran sudah naik sekarang, sudah nampak sekarang, sudah keluar sekarang. Lama mereka simpan rahsia itu tetapi sekarang sudah keluar. Secara literal, perkataan حَصحَصَ dalam bahasa Arab memberi makna seperti “menampakkan dan menjelaskan sesuatu yang tersembunyi” atau “terkeluar (kebenaran) dari tempatnya yang tersembunyi.”
Nota: Ada banyak kalimat berbeza-beza yang digunakan di dalam Al-Qur’an untuk menunjukkan makna ‘zahir’. Ini adalah kerana bahasa Arab ini amat kaya jadi semua kalimat itu walaupun diterjemahkan sebagai ‘menzahirkan’, akan tetapi ada perbezaan antara semuanya itu. Kita senaraikan di sini untuk perbandingan:
1. ظَهَرَ bermaksud luaran, yang senang nampak.; lawannya adalah بطن yang bermaksud ‘perut’, ‘dalaman’. Contohnya seperti Rum:41.
ظَهَرَ الفَسادُ فِي البَرِّ وَالبَحرِ
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut
2. جَهْرً pula bermaksud terang jelas. Contohnya di dalam Baqarah:55.
وَإِذ قُلتُم يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤمِنَ لَكَ حَتّىٰ نَرَى اللهَ جَهرَةً
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”
Ia juga digunakan untuk suara yang jelas seperti ‘Solat Jahr’ untuk Subuh, Maghrib dan Isya’.
Oleh itu lihat contoh yang kedua adalah dalam Nisa’:148 yang berkenaan dengan suara,
لا يُحِبُّ اللَّهُ الجَهرَ بِالسّوءِ مِنَ القَولِ إِلّا مَن ظُلِمَ
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang;
3. بَدَا bermaksud jelas kelihatan tanpa kerelaan orang itu. Ini seperti digunakan dalam An’am:28
بَل بَدا لَهُم مّا كانوا يُخفونَ مِن قَبلُ
bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu;
Satu lagi contoh adalah di dalam A’raf:22
فَلَمّا ذاقَا الشَّجَرَةَ بَدَت لَهُما سَوءٰتُهُما
Tatkala keduanya telah merasai buah pokok itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya
Satu lagi contoh kita telah lihat di dalam Yusuf:35
ثُمَّ بَدا لَهُم مِن بَعدِ ما رَأَوُا الآياتِ لَيَسجُنُنَّهُ حَتّىٰ حينٍ
Kemudian jelas pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu.
4. عُثِرَ digunakan apabila seseorang menipu dan kemudian dia telah tersilap cakap sampaikan kebenaran itu terserlah. Ini seperti digunakan dalam Maidah:107
فَإِن عُثِرَ عَلىٰ أَنَّهُمَا استَحَقّا إِثمًا
Jika diketahui bahawa kedua (saksi itu) membuat dosa,
5. تَّبَيَّن apabila sesuatu itu jelas apabila dibandingkan dengan sesuatu yang lain. Contohnya di dalam Baqarah:256
قَد تَّبَيَّنَ الرُّشدُ مِنَ الغَيِّ
sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).
Satu lagi contoh adalah di dalam An’am:55
وَلِتَسْتَبِينَ سَبِيلُ الْمُجْرِمِينَ
dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.
6. حَصْحَصَ digunakan apabila sudah jelas apabila kebenaran telah timbul. Contohnya digunakan dalam Yusuf:51 ini
قالَتِ امرَأَتُ العَزيزِ الآنَ حَصحَصَ الحَقُّ أَنا راوَدتُهُ عَن نَفسِهِ
Berkata isteri Al Aziz: “Sekarang jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku),
7. تَجَلَّىٰ digunakan apabila sesuatu yang cantik dan terang benderang seperti digunakan dalam A’raf:143
فَلَمّا تَجَلّىٰ رَبُّهُ لِلجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا
Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) “Tajalli-Nya” menjadikan gunung itu hancur lebur
8. شرع digunakan apabila sesuatu itu jelas kelihatan seperti digunakan di dalam A’raf:163
إِذ تَأتيهِم حيتانُهُم يَومَ سَبتِهِم شُرَّعًا
ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air;
أَنَا۠ رَاوَدتُّهُۥ عَن نَّفْسِهِۦ
akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya
Sekarang dia mengaku yang dialah dahulu yang menggoda Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Kemudian bila Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ enggan menurut kehendaknya, dia buat perancangan untuk memasukkan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ ke dalam penjara.
وَإِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ
dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar”.
Dan dia mengaku yang Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ adalah seorang yang baik dan jujur. Dialah yang sebenarnya bersalah. Apabila digunakan kalimat لَمِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ ia bermaksud Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ bukan sahaja berkata benar berkenaan kes mereka itu sahaja tetapi memang baginda sentiasa berkata benar dan orang yang dipercayai.
|
Istilah
|
Definisi Berdasarkan Teks
|
|
Ta’bir mimpi
|
Penafsiran atau penjelasan makna mimpi, seperti yang dilakukan oleh Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ terhadap mimpi raja.
|
|
ٱلرَّسُولُ (Ar-Rasūl)
|
Bermaksud “utusan”. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada utusan yang dihantar oleh raja untuk memanggil Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, yang mungkin adalah bekas banduan (butler) atau utusan khusus.
|
|
Maruah
|
Kehormatan diri. Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ mahu membersihkan maruahnya daripada tuduhan sebelum keluar dari penjara agar dakwahnya diterima.
|
|
Tohmah
|
Tuduhan atau sangkaan buruk. Teks menekankan kepentingan untuk mengelakkan diri daripada situasi yang boleh mendatangkan tohmah.
|
|
Ird
|
Kehormatan. Merujuk kepada tindakan Nabi ﷺ menjaga kehormatan para sahabatnya daripada bersangka buruk.
|
|
ما بالُ النِّسوَةِ (Mā bālun-niswah)
|
Frasa yang bermaksud “bagaimana halnya wanita-wanita itu” atau “apakah urusan/sebabnya”. Ini adalah permintaan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ agar raja menyiasat punca kejadian para wanita melukai tangan mereka.
|
|
رَبّي (Rabbī)
|
Boleh ditafsirkan sebagai: 1. Allah. 2. Tuannya, iaitu Al-Aziz. 3. Sebagai kiasan merujuk kepada tuannya (raja).
|
|
خَطْبُكُنَّ (Khaṭbukunn)
|
Persoalan atau peristiwa penting. Digunakan oleh raja untuk menanyakan tentang skandal yang berlaku, menunjukkan keseriusan perkara tersebut.
|
|
حَاشَ لِلَّهِ (Ḥāsya lillāh)
|
Ungkapan “Maha Suci Allah”. Digunakan oleh para wanita untuk menunjukkan kesucian dan kebersihan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ daripada sebarang keburukan atau dosa.
|
|
حَصْحَصَ ٱلْحَقُّ (Ḥaṣḥaṣal-ḥaqq)
|
Ungkapan yang bermaksud “kebenaran telah menjadi jelas” atau “kebenaran telah timbul dari tempat persembunyiannya”. Digunakan oleh isteri Al-Aziz semasa membuat pengakuan.
|
|
ٱلصَّٰدِقِينَ (Aṣ-Ṣādiqīn)
|
“Orang-orang yang benar”. Pengakuan bahawa Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ bukan sahaja benar dalam kes tersebut, tetapi sememangnya seorang yang sentiasa jujur dan dipercayai.
|
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya
Kemaskini: 13 Oktober 2025
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan (deeper look)
Mutiara al-Qur’an
Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA
Maariful Qur’an (Mufti Shafi Usmani)
Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)
Tafseer As-Sa’di (Shaykh Abdur Rahman Nasir as-Sa’di)

Kunci Jawapan
1. Raja ingin bertemu sendiri dengan Nabi Yusuf kerana baginda tertarik dengan kebijaksanaan yang ditunjukkan melalui ta’bir mimpi tersebut. Raja menyedari bahawa pemberi maklumat itu (bekas banduan) pastinya mendapatkannya daripada seorang yang amat cerdik dan ingin berjumpa terus dengan sumbernya.
2. Sebelum ini, Nabi Yusuf meminta bantuan bekas banduan untuk menyebut namanya kepada raja, tetapi rancangan itu gagal. Allah merancang cara lain di mana raja sendiri yang bermimpi dan memerlukan Nabi Yusuf, sekali gus membebaskan baginda tanpa terhutang budi kepada sesiapa.
3. Nabi Yusuf meminta utusan itu kembali kepada tuannya (raja) dan menyiasat kes wanita-wanita yang melukai tangan mereka. Baginda tidak mahu keluar segera kerana ingin membersihkan namanya dan memulihkan maruahnya terlebih dahulu sebelum dibebaskan.
4. Menjaga maruah adalah penting kerana Nabi Yusuf akan menjalankan tugas dakwah. Jika baginda keluar dari penjara dengan reputasi yang masih tercemar, orang ramai tidak akan percaya kepada dakwah yang disampaikannya dan mungkin menuduh baginda dibebaskan hanya kerana hubungan baik dengan raja.
5. Kisah Nabi Muhammad SAW menjelaskan keadaan kepada dua sahabat Ansar yang melihat baginda bersama Safiyyah mengajar tentang kewajipan mengelakkan diri daripada situasi yang boleh menimbulkan tohmah (tuduhan) atau syak wasangka. Ini selari dengan tindakan Nabi Yusuf yang mahu membersihkan namanya daripada sebarang keraguan sebelum keluar dari penjara.
6. Nabi Yusuf mencadangkan agar raja menyiasat para wanita yang hadir dalam majlis dan melukai tangan mereka. Baginda tidak menyebut isteri Al-Aziz secara khusus tetapi tahu bahawa siasatan terhadap wanita-wanita itu akan mendedahkan kebenaran, kerana mereka adalah saksi utama kejadian tersebut.
7. Tiga tafsiran bagi kalimah “رَبّي” adalah: pertama, merujuk kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui tipu daya mereka; kedua, sebagai kiasan yang bermaksud tuannya (menteri) tahu betapa hebatnya tipu daya mereka; dan ketiga, merujuk kepada tuannya (Al-Aziz) yang sememangnya mengetahui kebenaran tetapi mendiamkan diri.
8. Kalimah “خَطْبُكُنَّ” digunakan untuk menanyakan tentang suatu persoalan atau peristiwa yang penting. Dengan menggunakan istilah ini, raja menunjukkan bahawa kes tersebut adalah skandal besar yang menjadi bualan umum dan baginda ingin tahu penjelasan mereka tentang peristiwa tersebut, bukan sama ada ia berlaku atau tidak.
9. Ungkapan “حَصْحَصَ ٱلْحَقُّ” bermaksud kebenaran yang lama tersembunyi kini telah timbul dan menjadi jelas. Isteri Al-Aziz menggunakannya untuk mengakui bahawa tiada lagi ruang untuk menipu di hadapan raja, dan kebenaran mengenai siapa yang menggoda siapa kini telah terzahir.
10. Dengan mengakui Nabi Yusuf termasuk dalam kalangan “ٱلصَّٰدِقِينَ”, isteri Al-Aziz bukan sahaja mengesahkan bahawa Nabi Yusuf benar dalam kes tersebut. Ia adalah pengakuan bahawa Nabi Yusuf sememangnya seorang yang sentiasa berkata benar, jujur, dan boleh dipercayai dalam semua keadaan.
LikeLike