Tafsir Surah Tawbah Ayat 66 – 68 (Sifat orang Munafik)

Ayat 66:

لا تَعتَذِروا قَد كَفَرتُم بَعدَ إيمانِكُم ۚ إِن نَعفُ عَن طائِفَةٍ مِنكُم نُعَذِّب طائِفَةً بِأَنَّهُم كانوا مُجرِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Make no excuse; you have disbelieved [i.e., rejected faith] after your belief. If We pardon one faction of you – We will punish another faction because they were criminals.

(MALAY)

Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.

 

لا تَعتَذِروا

Tidak usah kamu minta maaf,

Allah kata kepada mereka: kamu tidak perlulah beri alasan dan dalihan lagi. Tak payahlah kamu minta maaf kerana kamu kata kamu hanya bermain-main dan berolok-olok itu. Kerana semua itu tipuan sahaja.

 

قَد كَفَرتُم بَعدَ إيمانِكُم

kerana kamu kafir sesudah beriman.

Allah buka rahsia dalam hati mereka. Allah beritahu kepada mereka yang sebenarnya mereka telah zahirkan kufur setelah sebelum ini mereka zahirkan iman.

Kena faham lebih sikit ayat ini. Memang mereka sebenarnya dari dulu tidak beriman, cuma pada zahir sahaja mereka tunjuk beriman. Tapi sekarang mereka telah ‘zahirkan’ kekufuran mereka yang mereka tidak tunjuk dulu.

Jadi maksud ‘kafir sesudah beriman’ itu maksudnya ‘zahirkan kufur setelah dulu zahirkan beriman’. Jadi tidaklah ayat ini bermakna mereka dulu pernah beriman dan baru sekarang mereka jadi kufur pula (mereka sebenarnya tidak pernah beriman).

Oleh itu dalam ayat ini, Allah kata tak perlu nak buat alasan, sekarang sudah nampak jelas yang mereka itu kufur. Kerana mereka mempersendakan Nabi dan juga secara tidak langsung mempersendakan Allah juga. Itu adalah perbuatan kufur.

 

إِن نَعفُ عَن طائِفَةٍ مِنكُم

Jika Kami memaafkan segolongan dari kamu

Ada kemungkinan Allah boleh maafkan kesalahan yang mereka telah lakukan selama ini. Ini adalah kerana Allah Maha Pemaaf. Kalau setelah diberi nasihat, dengan segala ayat yang telah diturunkan kepada mereka, rahsia mereka telah dibuka dan mereka bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan ikhlas dalam taubat mereka, Allah masih boleh maafkan.

 

عَذِّب طائِفَةً بِأَنَّهُم كانوا مُجرِمينَ

nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.

Akan tetapi, kalau masih tidak mahu berubah, masih lagi buat dosa, Allah tidak akan maafkan mereka. Dan sekiranya Allah maafkan satu puak di kalangan mereka dan tidak maafkan satu puak di kalangan lain, itu kerana mereka itu adalah golongan yang betul-betul bersalah. Bukanlah Allah benci mana-mana pihak tapi mereka dikenakan begitu kerana mereka yang bersalah.


 

Ayat 67: Allah beritahu kepada kita, maksud dan tujuan hidup manusia masing-masing tidak sama. Begitulah, orang mukmin lelaki dan wanita dan munafikin lelaki dan wanita, maksud hidup mereka berlainan. Sekarang Allah nak beritahu maksud hidup orang munafik. Mereka berperangai begitu kerana maksud hidup mereka memang sudah macam itu.

المُنافِقونَ وَالمُنافِقاتُ بَعضُهُم مِن بَعضٍ ۚ يَأمُرونَ بِالمُنكَرِ وَيَنهَونَ عَنِ المَعروفِ وَيَقبِضونَ أَيدِيَهُم ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُم ۗ إِنَّ المُنافِقينَ هُمُ الفاسِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The hypocrite men and hypocrite women are of one another. They enjoin what is wrong and forbid what is right and close their hands.¹ They have forgotten Allāh, so He has forgotten them [accordingly]. Indeed, the hypocrites – it is they who are the defiantly disobedient.

  • i.e., refuse to spend in the way of Allāh.

(MALAY)

Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggam tangan mereka. Mereka lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.

 

المُنافِقونَ وَالمُنافِقاتُ بَعضُهُم مِن بَعضٍ

Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama,

Allah beritahu setengah munafikin dengan setengah yang lain, serupa sahaja perangai mereka. Kalau orang berperangai yang sama, mereka akan jadi rapat. Macam kitalah, dalam masyarakat yang ramai, tentu kita akan cari orang yang berperangai sama macam kita kerana kita selesa dengan mereka kerana fahaman yang sama. Jadi, walaupun asalnya tidak kenal sesama sendiri, tapi lama kelamaan akan tertarik sesama sendiri dan akan duduk bersama.

 

يَأمُرونَ بِالمُنكَرِ وَيَنهَونَ عَنِ المَعروفِ

mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf

Dan bila mereka duduk bersama, mereka akan suruh buat perkara mungkar kepada orang lain. Dan mereka akan mencegah orang lain dari buat perkara makruh (perkara baik). Mereka akan beri nasihat kepada sesama mereka dan kepada orang lain, tapi ke arah keburukan. Kerana hati mereka macam itu.

Dan mereka tidak suka kalau orang buat kebaikan kerana kalau orang lain buat baik, nanti nampaklah mereka yang buruk. Jadi mereka kena pastikan orang lain pun buat benda yang buruk. Jadi mereka akan pujuk dan bisikkan kepada orang lain untuk buat keburukan.

Dalam masa yang sama, ini mengingatkan kita yang sifat orang mukmin adalah mengajak kepada makruf dan melarang dari mungkar. Itulah kerja yang kita lakukan. Orang mukmin akan tegur orang yang buat salah dan mereka akan ajak manusia untuk buat kebaikan. Maknanya, mereka bukanlah jenis senyap sahaja, tegur tidak, ajak pun tidak. Kerana ada sahaja yang tahu kebenaran tapi takut untuk menegur manusia kerana takut mereka kena marah.

 

يَقبِضونَ أَيدِيَهُم

dan mereka menggenggam tangan mereka.

Maksud ‘genggam tangan’ itu adalah tahan diri dari beri infak. Mereka kedekut dan nak simpan harta mereka. Mereka buat benda yang salah (tidak infak), kerana mereka nak matikan amalan sunnah dalam memberi kepada yang memerlukan.

Mereka sendiri tidak suka kepada jihad (kerana takut susah dan takut mati); dan mereka tidak percaya kepada balasan yang banyak yang Allah janjikan kepada mereka yang infak, jadi mereka tidak nampak kepentingan infak itu. Jadi, kedekut adalah perangai munafik. Maka kita kena tengok balik diri kita.

 

نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُم

Mereka lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. 

Mereka jadi perangai macam itu kerana mereka lupa kepada Allah. Maksud lupa itu adalah mereka tidak hiraukan pun kepada Allah dan arahan dariNya. Oleh kerana mereka begitu, maka Allah sengaja lupakan untuk beri taufik kepada mereka.

Jangan salah faham pula sifat ini. ‘Sifat lupa’ adalah satu sifat kelemahan dan Allah tidak ada sifat yang lemah. Oleh itu kita kena faham yang Allah bukan lupa, tapi ‘sengaja’ lupakan, buat tidak kisah tentang mereka.

 

إِنَّ المُنافِقينَ هُمُ الفاسِقونَ

Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.

Allah dengan jelas mengatakan yang mereka itu adalah fasik – maksudnya mereka ‘keluar dari ketaatan sebenar’. Mereka keluar dari jalan yang benar dan masuk ke dalam jalan kesesatan.


 

Ayat 68:

وَعَدَ اللَّهُ المُنافِقينَ وَالمُنافِقاتِ وَالكُفّارَ نارَ جَهَنَّمَ خالِدينَ فيها ۚ هِيَ حَسبُهُم ۚ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ وَلَهُم عَذابٌ مُقيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh has promised the hypocrite men and hypocrite women and the disbelievers the fire of Hell, wherein they will abide eternally. It is sufficient for them. And Allāh has cursed them, and for them is an enduring punishment.

(MALAY)

Allah mengancam orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan Allah melaknat mereka, dan bagi mereka azab yang kekal.

 

وَعَدَ اللَّهُ المُنافِقينَ وَالمُنافِقاتِ وَالكُفّارَ نارَ جَهَنَّمَ

Allah menjanjikan orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam,

Allah janji untuk beri golongan munafikin dan kafir dengan neraka. Kalau Allah sudah janji macam itu, memang tidak ada harapan lagi, memang itulah tempat mereka.

Lihatlah bagaimana munafik dan kafir diletakkan bersama dalam ayat ini. Ini adalah kerana golongan munafik itu juga kafir, tapi ‘kafir dalaman’; sedangkan orang kafir itu mereka tunjukkan kafir mereka dengan terang jelas.

 

خالِدينَ فيها

mereka kekal di dalamnya.

Dan mereka akan kekal di dalam neraka itu, tidak akan keluar sampai bila-bila. Jangan sangka yang mereka itu kalau sudah mengaku Muslim, mereka akhirnya akan dapat masuk syurga akhirnya, tidak. Mereka akan kekal di dalamnya.

 

هِيَ حَسبُهُم

Cukuplah neraka itu bagi mereka, 

Segala kesalahan mereka semasa di dunia, sudah cukuplah mereka dibalas dengan neraka. Itu memang balasan yang layak untuk mereka. Mereka akan dikenakan dengan segala azab di sana.

 

وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ

dan Allah melaknat mereka,

Maksud Allah laknat adalah, mereka tidak ada harapan untuk mendapat taufik. Allah tutup peluang hidayah untuk mereka. Kerana Allah nak masukkan mereka ke dalam neraka. Maksudnya lagi, Allah mengusir mereka dan menjauhkan mereka dari rahmat-Nya.

 

وَلَهُم عَذابٌ مُقيمٌ

dan bagi mereka azab yang kekal.

Sekali lagi, Allah ulang yang mereka akan mendapat azab yang kekal. Masuk neraka sekejap pun sudah amat azab, apatah lagi kalau kekal di dalamnya. Maka ini adalah ancaman yang amat berat sekali.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 24 Februari 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s