Ayat 19:
إِنّا أَرسَلنا عَلَيهِم ريحًا صَرصَرًا في يَومِ نَحسٍ مُّستَمِرٍّ
Indeed, We sent upon them a screaming wind on a day of continuous misfortune,
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; –
إِنَّا أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا صَرْصَرًا
Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada mereka angin yang sangat kencang
Kalimah صَرْصَرًا bermaksud ‘sangat sejuk’, ‘sangat bising’ dan ‘sangat laju’. Angin itu sejuk sangat sampaikan tubuh mereka terus jadi beku. Lagi satu sifatnya, ia mempunyai suara/bunyi yang amat menakutkan.
فِي يَوْمِ نَحْسٍ مُّسْتَمِرٍّ
pada hari yang penuh celaka yang terus menerus,
Bermaksud, apabila angin itu sudah mula dikenakan kepada mereka, ianya memberi kecelakaan kepada mereka tanpa henti. Dalam Haqqah:7 telah diberitahu yang angin sejuk itu bertiup menghancurkan mereka selama 8 hari dan 7 malam.
Ada dikatakan yang hari pertama angin itu adalah hari Rabu. Dan kerana itu ada fahaman khurafat yang kata hari Rabu adalah hari celaka. Dan fahaman ini termasuk dalam masyarakat Islam kita juga, sampaikan bila Pilihanraya dibuat hari Rabu pun keluarlah hadis-hadis tidak sahih tentang kecelakaan hari Rabu.
Oleh itu mengatakan hari Rabu itu sial adalah fahaman sesat. Kerana semua hari adalah milik Allah dan Allah tidak tentukan mana-mana hari sebagai sesat. Yang sial seperti dalam ayat ini adalah hari-hari yang angin bertiup menghancurkan kaum Aad itu sahaja.
Dan kecelakaan itu tidak berhenti apabila mereka mati saja kerana ianya berterusan di dalam kubur di Mahsyar dan di neraka nanti.
Ayat 20:
تَنزِعُ النّاسَ كَأَنَّهُم أَعجازُ نَخلٍ مُّنقَعِرٍ
Extracting the people as if they were trunks of palm trees uprooted.
Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.
تَنزِعُ النَّاسَ
yang memetik manusia
Kalimah تَنزِعُ dari katadasar ن ز ع yang bermaksud ‘menarik sesuatu dari tempatnya’. Apabila angin itu mula bertiup, mereka mula mencari tempat perlindungan dan cuba berpegang dengan sesuatu, tetapi angin itu tetap menarik mereka dari tempat mereka. Mereka ditumbangkan dari tempat mereka berdiri.
كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ مُّنقَعِرٍ
seakan-akan mereka perdu pokok kurma yang ditumbangkan.
Allah memberi perumpamaan bagaimana kuatnya angin itu, sampaikan dapat menarik dan merebahkan pokok kurma. Bayangkan pokok kurma yang dicabut dengan akar-akarnya sekali.
Seperti kita tahu, pokok kurma adalah pokok yang kuat yang akarnya masuk dalam tanah. Kaum Aad ini diumpamakan sebagai pokok kurma kerana mereka bertubuh besar dan gagah sekali. Seperti yang disebut dalam ayat Fussilat:15
فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ
Adapun kaum ‘Aad maka mereka menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benar dan berkata: “Siapakah yang lebih besar kekuatannya dari kami?” Dan apakah mereka itu tidak memperhatikan bahawa Allah Yang menciptakan mereka adalah lebih besar kekuatan-Nya daripada mereka? Dan adalah mereka mengingkari tanda-tanda (kekuatan) Kami.
Jadi ayat ini memberitahu kepada kita yang walaupun tubuh badan kaum Aad itu besar dan gagah, tetapi angin itu lebih kuat lagi sampaikan boleh menjatuhkan dan menarik mereka. Maka janganlah Musyrikin Mekah dan juga kita bangga dengan apa sahaja kekuatan yang kita ada. Mudah sahaja kalau Allah nak hancurkan kita.
Ayat 21:
فَكَيفَ كانَ عَذابي وَنُذُرِ
And how [severe] were My punishment and warning.
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
Allah menarik perhatian kita kepada dahsyatnya azab yang diberikan kepada kaum Aad yang engkar itu. Jangan kita jadi macam itu. Jangan kita menolak ajaran Nabi kita. Jangan kita amalkan syirik dan amalan bidaah.
Belajarlah tafsir Al-Qur’an dan amalan-amalan sahih dari Nabi supaya kita tidak terbuat amalan yang bidaah kerana terikut-ikut dengan amalan orang lain yang jahil.
Ayat 22: Allah ulang lagi ayat yang telah disebut sebelum ini. Berkali-kali ayat ini diulang dalam Surah Qamar ini. Kerana pentingnya ayat ini, maka hendaklah kita mengambil perhatian.
وَلَقَد يَسَّرنَا القُرءآنَ لِلذِّكرِ فَهَل مِن مُّدَّكِرٍ
And We have certainly made the Qur’an easy for remembrance, so is there any who will remember?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Qur’an untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْءآنَ لِلذِّكْرِ
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur’an untuk dipelajari,
Sekali lagi diulang ayat ini. Al-Qur’an ini boleh dipelajari dan difahami jadi jangan kata ianya susah dan tidak dapat dipelajari. Maka jangan putus asa untuk belajar. Memanglah pada awal semua perkara susah tapi lama kelamaan ia akan jadi mudah dan pelajar akan mula faham sedikit demi sedikit. Waktu akan timbul cinta kepada Al-Qur’an dan kepada agama.
Allah yang akan beri kefahaman itu kepada kita, asalkan kita mahu berusaha. Lain orang lain pemahamannya berdasarkan kepada usaha dan kehendak Allah terhadap kita. Kalau Allah beri sedikit ilmu, maka bersyukur; semoga Allah tambah lagi ilmu itu dengan kesyukuran kita itu.
فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
Allah pujuk manusia untuk ambil pelajaran dari Al-Qur’an. Benda sudah mudah, maka pelajarilah. Jangan lupa untuk ambil pelajaran dari Al-Qur’an ini. Carilah tempat belajar, berkenalanlah dengan mereka yang sudah belajar. Alhamdulillah, zaman sekarang pembelajaran Tafsir Al-Qur’an semakin mudah untuk didapati.
Habis Ruku’ 1 dari 3 ruku’ dalam surah ini.
Ayat 23: Sekarang disebut pula kisah kaum Tsamud. Ayat 23 – 32 adalah Perenggan Makro Keempat dan ia adalah berkenaan pendustaan kaum Tsamud.
كَذَّبَت ثَمودُ بِالنُّذُرِ
Thamud denied the warning
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh).
Kepada kaum Tsamud, telah diutuskan Nabi Saleh a.s. kepada mereka. Kaum Tsamud telah menolak Nabi Saleh dan mengatakan baginda berdusta sahaja dalam ajakan dan dakwah baginda.
Kalimah النُّذُرِ adalah dalam sighah jamak walaupun Kaum Tsamud itu tolak Rasul mereka sahaja, Nabi Saleh a.s. Tapi kenapa digunakan sighah jamak seolah-olah seperti mereka menolak semua Rasul pula?
Ini adalah kerana kalau tolak satu Rasul sahaja sudah dikira tolak semua Rasul kerana semua Rasul itu bawa perkara dan ajaran wahyu yang sama sahaja. Yang berbeza adalah dari segi syariat sahaja, tapi dari segi Tauhid, sama sahaja bawaan semua Nabi dan Rasul.
Ayat 24: Mari kita lihat apakah hujah penolakan yang digunakan oleh kaum Tsamud.
فَقالوا أَبَشَرًا مِّنّا وٰحِدًا نَّتَّبِعُهُ إِنّا إِذًا لَّفي ضَلٰلٍ وَسُعُرٍ
And said, “Is it one human being among us that we should follow? Indeed, we would then be in error and madness.
Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!
فَقَالُوا أَبَشَرًا مِّنَّا وٰحِدًا نَّتَّبِعُهُ
Maka mereka berkata: “Adakah patut kita mengikuti seorang manusia (biasa) di antara kita?”
Mereka mempersoalkan kenapa mereka perlu ikut seorang manusia sahaja. Nabi Saleh seorang diri sahaja tanpa pengikut yang ramai dan tentera yang mengiringinya.
Oleh kerana itu, mereka pandang rendah kepada Nabi Saleh dan tidak mahu mengikut baginda. Mereka juga mengatakan yang Nabi Saleh itu adalah seorang manusia yang sama sahaja seperti mereka, jadi tidak perlu nak diikuti.
Jadi ini adalah satu ‘hijab rasmi’ namanya. Iaitu ramai sangat yang buat sampaikan semua sangka ianya benar. Mereka meletakkan kebenaran pada ramainya orang yang mengikuti satu-satu fahaman itu. Mereka sangka kalau ramai yang percaya tentulah itu yang benar. Dan kalau yang ajar fahaman itu sikit sahaja pengikutnya, maka tentulah tidak benar.
Maka kerana itu juga ramai masyarakat kita menolak ajaran Sunnah kerana mereka lihat tak ramai yang amalkan ajaran sunnah. Ramai yang amalkan ajaran bidaah dan kerana itu mereka sangka itulah ajaran dan amalan yang benar. Maka kita perlu keluar dari kepompong salah faham ini.
Kena sedar yang kebenaran bukannya kalau ramai orang amalkan. Kerana agama ini bukannya ikut majoriti. Agama ini bukannya demokrasi yang ikut siapa yang ramai itulah yang menang. Tapi kebenaran itu adalah ajaran yang berlandaskan dalil dari Al-Qur’an dan juga hadis yang sahih.
إِنَّا إِذًا لَّفِي ضَلٰلٍ وَسُعُرٍ
Sesungguhnya kalau kita begitu, benar-benar kita berada dalam keadaan sesat dan gila”.
Mereka kata sesama mereka yang kalau mereka mengikut dakwah Nabi Saleh itu, merekalah yang sudah sesat dan gila. Mereka kata orang yang beriman dengan Nabi Saleh itu yang gila kerana ikut ajaran seorang manusia biasa sahaja. Itulah bahaya hijab rasmi itu kalau sudah menular dalam masyarakat.
Ringkasnya, ada tiga hujah yang digunakan oleh kaum Tsamud untuk menolak Nabi Saleh a.s. Dan hujah yang sama juga digunakan oleh Musyrikin Mekah untuk menolak Nabi Muhammad ﷺ.
1. Nabi Saleh manusia biasa sahaja, bukan luar biasa. Makan dan minum macam mereka juga.
2. Nabi Saleh orang tempatan, berasal dan duduk dengan mereka dari kecil lagi. Oleh itu mereka lihat tiada istimewanya baginda kalau dibandingkan dengan mereka.
Ini pun ada masalah dengan masyarakat kita. Senang nak terima kata-kata dari orang luar, tapi tidak percaya dengan masyarakat sendiri. Kerana itu ramai yang senang terpengaruh dan ternganga dengan datangnya puak Habib yang sesat itu. Kerana mereka orang luar dan bawa perawakan ala-ala alim.
3. Dia seorang sahaja dan bukanlah dari kalangan orang yang ada kedudukan. Bukan ketua kaum atau orang yang kaya dan berpengaruh dari kalangan mereka.
Ini pun masyarakat kita ada masalah. Mereka nak pilih dan ikut orang yang ada kedudukan dalam masyarakat. Mereka sudah tidak kisah apa yang disampaikan itu ikut Al-Qur’an atau tidak.
Ayat 25: Ini adalah ejekan mereka kepada Nabi Saleh a.s.
أَءُلقِيَ الذِّكرُ عَلَيهِ مِن بَينِنا بَل هُوَ كَذّابٌ أَشِرٌ
Has the message been sent down upon him from among us? Rather, he is an insolent liar.”
Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.
أَءُلْقِيَ الذِّكْرُ عَلَيْهِ مِن بَيْنِنَا
Apakah wahyu itu diturunkan kepadanya di antara kita?
Mereka mempersoalkan kebenaran wahyu yang diberikan kepada Nabi Saleh. Mereka nak kata dalam banyak-banyak orang, kenapa pula wahyu diberikan kepada Nabi Saleh? Tidak ada orang lain lagikah?
Mereka nak kata, ada lagi orang lain yang lebih layak untuk diberikan wahyu itu. Mereka kata ada lagi orang yang lebih berpengaruh dari Nabi Saleh dalam masyarakat mereka.
Ini pun hujah yang sama digunakan terhadap Nabi Muhammad. Musyrikin Mekah persoalkan keputusan Allah. Mereka kata kenapakah tidak diberikan wahyu itu kepada salah seorang dari dua orang besar dari Mekah atau Taif?
Adakah mereka pula yang lebih pandai dari Allah? Adakah mereka lebih tahu siapakah yang layak diberikan dengan wahyu? Ini memang kata-kata mereka yang amat jahil tentang Allah dan kedudukan Allah.
بَلْ هُوَ كَذَّابٌ أَشِرٌ
Sebenarnya dia adalah seorang yang amat pendusta lagi sombong.
Kerana mereka tidak percaya kepada Nabi Saleh, maka mereka tuduh baginda seorang pendusta. Ini adalah kata-kata tuduhan tanpa hujah dan bukti. Mereka kata ikut sedap mulut sahaja.
Perkataan أَشِرٌ bermaksud ‘sombong’ tetapi bukan sombong yang biasa, tetapi sombong yang peringkat tertinggi sekali. Iaitu mereka yang menegaskan di mana-mana tempat bahawa mereka hebat.
Mereka tuduh Nabi Saleh sombong kerana tidak ikut kehendak mereka. Begitulah manusia akan mengatakan orang lain sombong kalau tidak ikut mereka. Oleh kerana ini disebut dalam Al-Qur’an, maka ia akan tetap ada sahaja dalam masyarakat dalam setiap zaman. Kerana itu yang bawa kebenaran pula yang dikatakan sombong.
Kalau zaman sekarang, orang yang hendak bawa ajaran sunnah pula yang dikatakan sombong. Ahli bidaah kata kita sombong kerana tidak ikut ‘kata-kata ulama’ dan orang terdahulu. Padahal sombong itu mengikut definisi Allah adalah orang yang menolak kebenaran apabila telah sampai kepada mereka. Tapi kerana masyarakat telah jahil, maka mereka telah terbalik fahaman mereka.
Ayat 26: Ayat tasliah (pujukan) dari Allah. Ini adalah jawapan Allah kepada hujah-hujah mereka tadi.
سَيَعلَمونَ غَدًا مَّنِ الكَذّابُ الأَشِرُ
They will know tomorrow who is the insolent liar.
Mereka akan mengetahui esok siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.
Kalimah غَدًا (esok) boleh bermaksud ‘Hari Pembalasan’ ataupun apabila mereka dikenakan dengan azab nanti (di dunia lagi).
Mereka tuduh Nabi Saleh itu berdusta dan sombong, tapi itu adalah bohong sahaja. Nanti, mereka akan mengetahui siapakah yang sebenarnya yang berdusta dan sombong – iaitu mereka sendiri.
Ayat 27:
إِنّا مُرسِلُو النّاقَةِ فِتنَةً لَّهُم فَارتَقِبهُم وَاصطَبِر
Indeed, We are sending the she-camel as trial for them, so watch them and be patient.
Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
إِنَّا مُرْسِلُو النَّاقَةِ
Sesungguhnya Kami mengirimkan unta betina
Kaum Nabi Saleh telah mencabar baginda untuk buktikan kenabian baginda dengan mengeluarkan satu mukjizat. Sebagaimana juga puak Musyrikin Mekah minta mukjizat daripada Nabi Muhammad, begitulah juga kaum Nabi Saleh. Seperti di awal surah ini, telah disebut bagaimana mereka minta Nabi tunjukkan mukjizat dan bagaimana Allah telah memberi mukjizat Pembelahan Bulan kepada baginda.
Kaum Tsamud telah cabar Nabi Saleh untuk mengeluarkan seekor unta dari bukit batu. Unta itu pula mestilah unta betina. Unta itu juga mestilah berwarna merah. Bukan itu sahaja, mereka kata unta itu mesti bunting bila dikeluarkan dari batu. Dan unta itu hendaklah melahirkan unta yang betina juga dan anak unta itu juga mestilah unta merah juga.
Itulah syarat-syarat yang mereka keluarkan kepada Nabi Saleh. Kalau dikirakan secara logik akal, tentulah syarat-syarat itu adalah syarat-syarat yang mustahil. Tetapi Allah telah mengeluarkan seperti mana yang mereka minta. Mudah sahaja bagi Allah.
فِتْنَةً لَّهُمْ
sebagai cubaan bagi mereka,
Unta itu dikatakan sebagai ‘ujian’ kepada mereka kerana bila unta itu diberikan kepada mereka, ini akan membuka ruang kepada mereka untuk melakukan dosa. Mereka mungkin berlaku zalim kepada unta itu ataupun mereka boleh membunuh unta itu.
Kerana bila unta itu diberikan, ianya datang dengan syarat-syarat dari Allah. Mereka tidak boleh menganiaya unta itu, dan mereka mesti membiarkan unta itu tanpa gangguan. Mereka juga perlu berkongsi air dengan untuk itu. Telaga di tempat itu hanya ada satu sahaja. Dan satu hari diuntukkan bagi unta itu minum, dan esok baru mereka boleh minum dari telaga itu. Hari unta minum air, mereka tidak boleh ke telaga itu.
Dan ini adalah ujian yang amat berat. Kerana mereka minta mukjizat dan Allah berikan. Bila sudah diberikan dengan mukjizat yang diminta tapi masih lagi degil menolak, maka azab yang akan dikenakan lebih teruk dari mereka yang tidak diberikan mukjizat.
Mereka minta mukjizat ditunjukkan kepada mereka, tanpa mereka sedari yang permintaan mereka itu adalah ujian berat kepada mereka yang akan menyusahkan mereka. Ini juga ingatan dan amaran kepada Musyrikin Mekah yang selalu meminta-minta mukjizat dari Nabi Muhammad. Allah nak ingatkan kepada Musyrikin Mekah, kalau mukjizat diberikan seperti yang mereka minta, ia bahaya bagi mereka.
فَارْتَقِبْهُمْ وَاصْطَبِرْ
maka tunggulah (tindakan) mereka dan bersabarlah.
Lihatlah apa yang mereka akan lakukan. Adakah mereka akan beriman atau tidak. Nabi Saleh disuruh bersedia sahaja. Allah sudah tahu apa yang mereka akan lakukan.
Bersabarlah dengan mereka dan apa yang mereka akan lakukan. Itu memerlukan kesabaran yang lebih tinggi dari biasa. Sebab itu perkataan وَاصْطَبِرْ yang digunakan. Kalau sabar, perkataan وَاصْبِرْ boleh digunakan. Dalam bahasa Arab, kalau perkataan itu dipanjangkan dan ditambah dengan huruf, ianya bermaksud ada sesuatu yang lebih yang dimaksudkan. Apabila huruf ط dimasukkan dalam وَاصْطَبِرْ, ianya hendak memberitahu kepada Nabi Saleh bahawa baginda perlu bersabar lebih dari biasa.
Ayat 28: Setelah mereka meminta Nabi Saleh a.s. mengeluarkan unta itu, dan Allah telah mengeluarkannya, maka ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi.
وَنَبِّئهُم أَنَّ الماءَ قِسمَةٌ بَينَهُم ۖ كُلُّ شِربٍ مُّحتَضَرٌ
And inform them that the water is shared between them, each [day of] drink attended [by turn].
Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).
وَنَبِّئْهُمْ أَنَّ الْمَاءَ قِسْمَةٌ بَيْنَهُمْ
Dan beritakanlah kepada mereka bahawa sesungguhnya air itu terbahagi antara mereka (dengan unta betina itu);
Kalimah قِسْمَةٌ bermaksud pembahagian kepada dua bahagian. Sumber air mereka perlu dibahagikan antara mereka dan juga unta itu. Hanya ada satu telaga sahaja di tempat tinggal mereka itu. Satu hari mereka boleh minum dan esoknya air itu hanya diperuntukkan untuk unta itu sahaja. Mereka bergilir hari untuk menggunakan air itu.
كُلُّ شِرْبٍ مُّحْتَضَرٌ
tiap-tiap giliran minum dihadiri (oleh yang punya giliran)
Giliran minuman itu perlu dijaga. Jikalau hari itu adalah hari minuman untuk manusia, mereka boleh hadir dan unta itu tidak akan datang kepada tempat minuman. Unta itu di bawah kawalan Allah dan taat. Kalau bukan gilirannya, dia tidak akan datang.
Dan jikalau hari itu adalah giliran unta itu, manusia tidak boleh hadir untuk mengambil air minuman itu. Bukan mereka sahaja, ternakan mereka pun tidak boleh dibawa untuk minum dari telaga itu.
Unta itu pula memang makan dan minum air dengan banyak. Sampaikan kalau gilirannya, tidak ada lebihan air untuk manusia dan ternakan yang lain. Dalam ayat ini, hanya diberikan maklumat ringkas sahaja. Dalam A’raf:73 ada disebut lagi tentang perkara ini:
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ قَدْ جَاءَتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ هَٰذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ آيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka Shaleh. Ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah ia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apapun, (yang kerananya) kamu akan ditimpa seksaan yang pedih”.
Dalam Syu’ara:155-156 juga ada disebut perkara ini:
قَالَ هَٰذِهِ نَاقَةٌ لَّهَا شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ
Saleh menjawab: “Ini seekor unta betina, ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air, dan kamu mempunyai giliran pula untuk mendapatkan air di hari yang tertentu.
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَظِيمٍ
Dan janganlah kamu sentuh unta betina itu dengan sesuatu kejahatan, yang menyebabkan kamu akan ditimpa oleh azab hari yang besar”.
Dalam ayat ini, dengan jelas telah diberitahu kepada mereka supaya jangan aniaya unta itu. Kalau mereka menganiaya unta itu, mereka akan ditimpa dengan azab.
Ayat 29: Seperti yang telah disebut sebelum ini, Kaum Tsamud disuruh berkongsi sumber air dengan unta itu. Dan jangan mengganggu unta itu. Tapi mereka rasa susah dengan adanya unta itu. Mereka sudah susah hidup mereka kerana kena berkongsi air dengan unta itu. Maka mereka telah membuat pakatan jahat.
فَنادَوا صاحِبَهُم فَتَعاطىٰ فَعَقَرَ
But they called their companion, and he dared and hamstrung [her].
(Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
فَنَادَوْا صَاحِبَهُمْ
Maka mereka memanggil kawan mereka,
Apabila unta itu minum air dari telaga, ia akan minum dengan banyak kerana ia adalah unta yang besar. Tambahan pula, unta itu sedang hamil. Maka air mereka jadi kurang. Maka, mereka telah berpakat hendak membunuh unta itu.
Lelaki yang mereka panggil untuk menyembelih unta itu adalah yang paling jahat bernama Kudar Ibn Salif. Dia adalah tukang sembelih (atau ketua salah satu puak). Dialah yang berani untuk membunuh unta itu.
Sebenarnya kaum itu walaupun tidak suka dengan unta itu, mereka tidak berani nak bunuh sendiri atau bunuh ramai-ramai. Walaupun Nabi Saleh a.s tidak ada tentera nak mempertahankan unta itu, mereka tetap takut kerana mereka rasa unta itu keramat. Kerana itu mereka kena panggil orang lain. Mereka pilih jenis orang yang kepala gila tak takut apa-apa.
Walaupun dia seorang sahaja yang bunuh, tapi sighah dalam ayat ini dalam bentuk jamak kerana ramai lagi yang sefahaman dengan lelaki itu. Walaupun tangannya sahaja yang sembelih unta itu tapi kerana mereka yang lain itu redha sahaja dan tidak buat apa-apa, maka azab dikenakan kepada mereka semua.
فَتَعَاطَىٰ فَعَقَرَ
lalu kawannya menangkap (unta itu) dan membunuhnya.
Dia telah menangkap dan telah mencekik unta itu. Kalau unta yang besar, tentu susah untuk menjatuhkannya. Kalau cara yang betul untuk menyembelih unta, satu kaki unta kena diikat dan tekaknya dicucuk dan unta itu akan jatuh sendiri. Itu adalah cara sembelih yang betul.
Tapi, yang dilakukan kepada unta Nabi Saleh, mereka telah memotong kaki unta itu. Selepas unta itu jatuh, mereka membiarkan unta itu mati dalam seksa. Itu adalah cara yang kejam kerana unta itu tidak terus mati.
Ayat 30: Kerana kejahatan mereka itu, mereka telah diberikan dengan seksa yang amat berat
فَكَيفَ كانَ عَذابي وَنُذُرِ
And how [severe] were My punishment and warning.
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
Dipendekkan cerita, mereka telah dikenakan dengan azab yang amat teruk! Nanti akan disebut dalam ayat selepas ini apakah azab itu.
Allah suruh Musyrikin Mekah dan kita untuk membayangkan bagaimana azab yang hebat telah dikenakan kepada mereka. Dalam surah yang lain, telah diberitahu yang mereka telah diberi tiga hari untuk bersuka-suka dan selepas tiga hari itu, azab telah dijatuhkan ke atas mereka. Apakah azab yang telah dikenakan kepada mereka?
Ayat 31: Inilah balasan azab kepada mereka.
إِنّا أَرسَلنا عَلَيهِم صَيحَةً وٰحِدَةً فَكانوا كَهَشيمِ المُحتَظِرِ
Indeed, We sent upon them one blast from the sky, and they became like the dry twig fragments of an [animal] pen.
Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
إِنَّا أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ صَيْحَةً وٰحِدَةً
Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur,
Yang menempik itu adalah malaikat Jibril. Dan tempikan itu hanya sekali sahaja tetapi dengan tempikan itu telah mencairkan otak mereka. Pecah kepala mereka kerana tempikan Jibrail itu. Pekikan itu juga sampai menggempakan bumi kerana kuatnya pekikan itu.
فَكَانُوا كَهَشِيمِ الْمُحْتَظِرِ
maka jadilah mereka seperti dahan kering tinggalan kandang binatang.
Rumput kering kalau dipegang atau dipijak pun sudah hancur. Perkataanالْمُحْتَظِرِ adalah dari kata dasar ح ظ ر yang bermaksud ‘memagar sesuatu’ untuk menjaga sesuatu. الْمُحْتَظِرِ bermaksud seseorang yang membuat pagar. Membuat pagar dengan dahan kering untuk menjaga binatang.
Allah hendak menceritakan bagaimana mereka seumpama seperti tinggalan dahan kering dari binaan pagar. Kalau tukang buat pagar dari dahan kering, ada sedikit bahagian yang jatuh dari tubuh dia, bukan? Serpihan itulah mereka diibaratkan oleh Allah. Mereka hancur berkecai sampai jadi seperti dahan kering sahaja. Yang mudah hancur kalau disentuh.
Orang Arab faham bahasa yang pepatah yang digunakan dalam ayat ini dan mereka boleh bayangkan teruknya keadaan itu.
Ayat 32: Sekali lagi Allah berfirman dengan ayat ini. Setiap kali selepas disebut kisah umat-umat terdahulu dalam surah ini, Allah mengeluarkan ayat ini supaya kita mengambil peringatan darinya.
وَلَقَد يَسَّرنَا القُرءآنَ لِلذِّكرِ فَهَل مِن مُّدَّكِرٍ
And We have certainly made the Qur’an easy for remembrance, so is there any who will remember?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Qur’an untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْءآنَ لِلذِّكْرِ
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur’an untuk diambil peringatan,
Sekali lagi diulang ayat keramat ini. Allah ingatkan kita, kalau sudah mudah tu, cubalah belajar supaya dapat faham.
فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
Allah bertanya kepada kita, siapakah yang mahu mengambil pengajaran, peringatan dan berdakwah menggunakan Al-Qur’an ini? Sudah banyak peringatan dan kisah zaman dahulu tentang kaum yang menentang kebenaran dihancurkan, tidakkah kamu mahu ambil peringatan?
Kita kenalah jawab dalam hati kita yang kitalah yang mahu mengambilnya. Kita akan mengambil peringatan dan pengajaran dari Al-Qur’an ini dan kita akan menjadikan Al-Qur’an ini sebagai wadah dakwah kita kepada manusia untuk mengajak kepada tauhid.
Ayat 33: Ini pula adalah ringkasan kisah kaum Nabi Luth a.s. Kisah yang lebih lanjut ada tersebut dalam surah-surah yang lain. Ayat 33 – 40 adalah Perenggan Makro Kelima dan ia adalah berkenaan pendustaan kaum Luth.
كَذَّبَت قَومُ لوطٍ بِالنُّذُرِ
The people of Lot denied the warning.
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).
Ini pula peringatan Allah tentang kaum Nabi Luth yang tinggal di Lost City of Atlantis itu. Nabi Luth adalah anak saudara Nabi Ibrahim a.s. Mereka telah berhijrah dari negara asal mereka dan duduk kawasan penempatan mereka semasa kejadian ini. Jadi Nabi Luth bukanlah penduduk asal di situ.
Kita pun rasanya sudah tahu apakah dosa besar yang mereka lakukan iaitu homoseksual.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 5 April 2020
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Taimiyyah Zubair