Tafsir Surah al-Qamar Ayat 41 – 49 (Allah telah tentukan taqdir)

Ayat 41: Ayat 41 & 42 adalah Perenggan Makro Keenam dan ia adalah berkenaan pendustaan Firaun dan ahlinya.

وَلَقَد جاءَ ءآلَ فِرعَونَ النُّذُرُ

Sahih International

And there certainly came to the people of Pharaoh warning.

Malay

Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran.

 

وَلَقَدْ جَاءَ ءآلَ فِرْعَوْنَ النُّذُرُ

Dan sesungguhnya telah datang kepada kaum Fir’aun ancaman-ancaman.

Kepada Firaun dan keluarganya, telah didatangkan Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. Mereka telah diberikan dengan ancaman-ancaman yang jelas. Bukan satu ancaman sahaja, tapi banyak yang diberikan kepada mereka.

Bukan seorang Rasul yang dihantar kepadanya, tapi sampai dua orang. Tapi apakah yang dilakukan oleh Firaun dan pengikutnya?


 

Ayat 42:

كَذَّبوا بِئآيٰتِنا كُلِّها فَأَخَذنٰهُم أَخذَ عَزيزٍ مُّقتَدِرٍ

Sahih International

They denied Our signs, all of them, so We seized them with a seizure of one Exalted in Might and Perfect in Ability.

Malay

Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.

 

كَذَّبُوا بِئآيَٰتِنَا كُلِّهَا

Mereka mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya,

Firaun dan pengikut-pengikutnya tidak mahu menerima dakwah Nabi Musa dan mukjizat-mukjizat yang ditunjukkan. Itulah maksud كُلِّهَا (semuanya) itu. Semuanya mereka tolak walaupun entah berapa banyak mukjizat yang telah ditunjukkan kepada mereka.

Dalam Al-Qur’an telah disebut sebanyak sembilan mukjizat ditolak oleh mereka. Selain dari mukjizat itu, ada lagi ayat-ayat dari Allah yang mereka tolak. Dalam A’raf:132 ada disebut:

وَقَالُوا مَهْمَا تَأْتِنَا بِهِ مِنْ آيَةٍ لِّتَسْحَرَنَا بِهَا فَمَا نَحْنُ لَكَ بِمُؤْمِنِينَ

Mereka berkata: “Bagaimanapun kamu mendatangkan keterangan kepada kami untuk menyihir kami dengan keterangan itu, maka kami sekali-kali tidak akan beriman kepadamu”.

Mereka bukan sahaja menolak, tapi mereka tuduh pula apa yang Nabi Musa dan Nabi Harun bawakan itu adalah sihir. Dalam Taha:56 juga telah disebut bagaimana Firaun dan konco-konconya telah ditunjukkan dengan semua tanda, tapi mereka menolak kebenaran.

وَلَقَدْ أَرَيْنَاهُ آيَاتِنَا كُلَّهَا فَكَذَّبَ وَأَبَىٰ

Dan sesungguhnya Kami telah perlihatkan kepadanya (Fir’aun) tanda-tanda kekuasaan Kami semuanya maka ia mendustakan dan enggan (menerima kebenaran).

Digunakan perkataan كُلِّهَا kerana kalau tolak satu sahaja ayat Allah, bermaksud semuanya sekali ditolak. Ini adalah amat bahaya. Kita tidak boleh tolak walau satu pun ayat dalam Al-Qur’an. Bayangkan satu negeri dalam negara kita ini yang menolak tiga ayat Al-Qur’an berkenaan pembahagian harta.

Sepatutnya harta dibahagikan mengikut cara faraid, tetapi sebaliknya mereka menggunakan Adat Perpatih untuk membahagikan harta itu. Kalau satu ayat sahaja ditolak bermaksud seluruh Al-Qur’an itu ditolak, bagaimana pula kalau tiga ayat Al-Qur’an ditolak? Bagaimana pula mereka yang menolak ayat-ayat hudud dari Allah? Bagaimana pula mereka yang menolak ayat-ayat tentang tawasul dan sebagainya?

 

فَأَخَذْنَٰهُمْ أَخْذَ عَزِيزٍ مُّقْتَدِرٍ

lalu Kami azab mereka dengan azab dari Yang Maha Perkasa lagi Maha Kuasa

Kerana menolak ayat-ayat dari Allah, maka mereka telah diazab oleh Allah semasa mereka di dunia lagi. Yang dimaksudkan adalah azab mereka dilemaskan dan dihempaskan dengan air laut semasa mereka mengejar Bani Israil untuk menyeberanginya.

Firaun amat berbangga dengan kekuatan dan kekuasaannya. Dalam Zukhruf:51 ada disebut bagaimana bangga dan sombongnya dia:

وَنَادَىٰ فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَٰذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِن تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan Fir’aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: “Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihat(nya)?

Firaun sangka dia yang berkuasa dan gagah, tapi Allah beritahu Dialah sebenarnya yang mempunyai kuasa.


 

Ayat 43: Ayat 43 – 55 adalah Perenggan Makro Ketujuh dan terakhir. Ia memberitahu akibat mendustakan seruan para Rasul.

أَكُفّارُكُم خَيرٌ مِّن أُولٰئِكُم أَم لَكُم بَراءَةٌ فِي الزُّبُرِ

Sahih International

Are your disbelievers better than those [former ones], or have you immunity in the scripture?

Malay

Adakah kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?

 

أَكُفَّارُكُمْ خَيْرٌ مِّنْ أُولَٰئِكُمْ

Apakah kafirmu (hai kaum musyrikin) lebih baik dari mereka itu,

Kalimah أُولَٰئِكُمْ itu bermaksud kaum-kaum yang disebut sebelum ini. Telah disebutkan bagaimana mereka itu dihancurkan kerana keengkaran mereka. Allah nak tanya kepada puak Musyrikin Mekah dan kita juga, adakah kita lebih hebat dari mereka?

Mereka itu memang lebih hebat, tapi Allah boleh hancurkan mereka. Jangan sangka yang kita akan selamat dengan kehebatan yang kita ada. Kalau kita engkar, Allah boleh azab kita di dunia ini lagi. Dan kita tidak akan selamat di akhirat kelak.

Jangan kita sangka kita akan selamat walau siapa pun kita. Allah tanya kepada golongan kafir dalam ayat ini: adakah kamu sangka kafir kamu ini jenis baik? Dan kerana itu kamu sangka kamu akan selamat? Tentu tidak sama sekali. Kalau kafir itu sama sahaja, tempatnya di neraka.

 

أَمْ لَكُم بَرَاءَةٌ فِي الزُّبُرِ

atau apakah kamu telah mempunyai jaminan kebebasan (dari azab) dalam Kitab-kitab yang dahulu?

Kalimah بَرَاءَةٌ dari katadasar ب ر أ yang bermaksud sesuatu yang jelas, tidak bersalah, menyelamatkan diri dari sesuatu, immuniti. Maka kalimah بَرَاءَةٌ dalam ayat bermaksud imuniti. Adakah ada tertulis di mana-mana kitab-kitab sebelum ini yang mereka ada imuniti, boleh terselamat dari azab Allah?

Ada kalangan kita yang sangka kita boleh selamat dari azab Allah. Kerana mereka itu ada yang keturunan Nabi, ada mereka yang ikut sekian guru dan sebagainya, maka mereka sangka mereka insan terpilih dan kerana itu mereka akan selamat. Allah tanya balik kepada mereka yang rasa sebegitu, adakah tertulis dalam mana-mana kitab yang terdahulu yang mereka akan selamat?

Tentulah tidak ada. Keturunan atau dekatnya dengan seseorang yang baik tidaklah menjadi syarat bahawa seseorang itu akan selamat. Atau mana-mana sebab pun. Kalau anak Nabi pun belum tentu selamat, apatah lagi kita yang bukan anak sesiapa pun.


 

Ayat 44:

أَم يَقولونَ نَحنُ جَميعٌ مُّنتَصِرٌ

Sahih International

Or do they say, “We are an assembly supporting [each other]”?

Malay

(Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!

 

أَمْ يَقُولُونَ

Atau apakah mereka mengatakan:

Ini ada satu lagi hujah yang Allah buka kepada kita tentang mereka yang melakukan keengkaran itu.

 

نَحْنُ جَمِيعٌ مُّنتَصِرٌ

“Kami adalah satu golongan yang bersatu yang pasti menang”.

Musyrikin Mekah kata mereka ramai dan kerana itu mereka boleh membantu sesama mereka. Mereka sangka kalau azab Allah dikenakan kepada mereka, mereka boleh lawan.

Ada yang rasa kerana mereka ramai, mereka akan selamat. Sebagai contoh, lihatlah betapa ramainya golongan yang ber’ya hanana’ sampai penuh satu stadium buat syirik. Adakah mereka sangka, mereka ramai itu mereka akan selamat?


 

Ayat 45:

سَيُهزَمُ الجَمعُ وَيُوَلّونَ الدُّبُرَ

Sahih International

[Their] assembly will be defeated, and they will turn their backs [in retreat].

Malay

Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.

 

سَيُهْزَمُ الْجَمْعُ

Golongan itu pasti akan dikalahkan

Tidak kira berapa ramai pun mereka, mereka akan dikalahkan. Kalimah سَيُهْزَمُ dari katadasar ه ز م yang bermaksud mengalahkan, diatasi, dilawan. Kisah ini tentang perang Badr di mana waktu itu Musyrikin Mekah itu ramai dari umat Islam Madinah, tapi mereka kalah juga dan mereka sampai terpaksa melarikan diri. Kerana kemenangan dan kekuatan bukan pada diri sendiri tapi dengan bantuan Allah.

 

وَيُوَلُّونَ الدُّبُرَ

dan mereka akan mundur ke belakang.

Apabila Nabi hendak menyerang sesuatu tempat, Allah akan tanamkan ketakutan dalam diri musuh baginda walaupun mereka itu ramai. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi dan kata-kata mereka yang dulunya menentang Islam dan kemudian masuk Islam, apabila mereka menceritakan pengalaman mereka dalam kufur dan berperang dengan tentera Islam.

Mereka kata semasa mereka berperang dengan Nabi dan tentera Islam dulu, mereka amat takut dengan tentera Islam walaupun bilangan mereka ramai dan kelengkapan perang mereka lebih hebat. Dalam hadis ada disebut bagaimana walaupun jarak Nabi dari mereka seribu batu pun, mereka sudah rasa takut.

Jadi, ini adalah ramalan apa yang akan terjadi kepada Musyrikin Mekah di Perang Badr, Uhud dan Ahzab. Allah sudah beritahu kejayaan yang akan diterima oleh golongan Islam terhadap Musyrikin Mekah.

Begitu juga dengan puak-puak syirik dan bidaah sekarang. Puak-puak syirik dan bidaah ini, kalau kita berhujah dengan mereka, mereka akan mengundur ke belakang. Katakanlah kita berhujah dengan salah seorang dari mereka, penyokong-penyokongnya tidak akan membantunya dalam berhujah. Mereka akan biarkan sahaja.

Mereka akan berundur ke belakang. Mereka tidak akan menyokong kawannya yang sedang berhujah dengan kita. Kerana mereka tahu yang mereka tidak ada hujah. Maka dalam kita berhujah dengan mereka semasa berdakwah dengan mereka, hendaklah kita berharap dengan berdoa kepada Allah untuk bantu kita beri hujah kepada mereka. Allah akan membantu kita memberi hujah dalam melawan mereka kerana hujah-hujah itu datang dari Allah.


 

Ayat 46:

بَلِ السّاعَةُ مَوعِدُهُم وَالسّاعَةُ أَدهىٰ وَأَمَرُّ

Sahih International

But the Hour is their appointment [for due punishment], and the Hour is more disastrous and more bitter.

Malay

(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.

 

بَلِ السَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ

Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka

Allah telah beri janji bahawa mereka itu akan diazab. Azab yang mereka kena di dunia itu tidak ada apa-apa kalau dibandingkan dengan azab neraka. Walaupun mereka selamat di dunia, mereka tidak akan selamat di Akhirat.

 

وَالسَّاعَةُ أَدْهَىٰ وَأَمَرُّ

dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit.

Kalimah أَدْهَىٰ dari katadasar د ه ي yang bermaksud musibah yang manusia tidak mampu nak tanggung, yang tak boleh dielak. أَدْهَىٰ bermaksud ‘lebih dahsyat’. Azab neraka lebih dahsyat lagi dari azab dunia.

Kalimah أَمَرُّ bermaksud ‘lebih pahit’, lebih teruk lagi. Azab Neraka itu lebih pahit, lebih teruk lagi dari azab dunia. Maka azab nerakalah yang kita kena takut. Kalau kita selamat di dunia, belum tentu selamat di akhirat nanti. Kita kena sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatan kita. Kalau silap langkah, kita akan terjerumus ke dalam lembah kehinaan di Akhirat kelak.


 

Ayat 47:

إِنَّ المُجرِمينَ في ضَلٰلٍ وَسُعُرٍ

Sahih International

Indeed, the criminals are in error and madness.

Malay

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.

 

 

Golongan musyrikin Mekah dalam kebengongan. Begitulah juga keadaan puak-puak Musyrikin dan ahli-ahli bidaah sekarang, apabila kita memberitahu kepada mereka ajaran tauhid yang ada di dalam Al-Qur’an. Mereka akan melihat kita dengan penuh kebingungan. Ajakan tauhid itu amat asing dan pelik sangat kepada mereka. Sampai mereka jadi bingung.

Tetapi mereka susah untuk menolak ayat-ayat yang ada di dalam Al-Qur’an kerana mereka tidak belajar tafsir Al-Qur’an. Tetapi hati mereka masih juga tak mahu terima. Oleh itu mereka hanya dapat melihat kita dengan penuh kebingungan. Mereka nak terima apa hujah yang kita bawa, ianya berlawanan dengan pemahaman mereka; tapi hendak dilawan, mereka tak berani kerana ayat Al-Qur’an yang kita bawakan. Maka, mereka jadi bengong.

Mereka bingung dengan hal agama. Sebagai contoh, mereka diajar bagaimana kalau mati, perlu ditalqin si-mati dalam kubur itu. Semasa panggil si-mati dalam kubur itu, kena ‘bin’kan kepada emaknya, kononnya kalau di’bin’kan kepada ayah, tak sampai talqin itu. Dari ajaran mana, kita pun tak tahu.

Talqin ini adalah ajaran yang bidaah. Adakah boleh kita nak ajar aqidah kepada mereka yang sudah mati? Kalau begitu, tak perlu belajar agama semasa hidup, tunggu mati sahaja. Dan alangkah ruginya mereka yang mati dalam hutan dibaham harimau, sebab tidak ditalqinkan lagi. Atau rugilah orang Islam yang tidak tinggal di Malaysia ini sebab ajaran mazhab mereka tidak ada bacaan talqin. Adakah begitu?

Tempat lain tidak ada talqin sebab ini bukanlah ajaran Islam tapi rekaan manusia sahaja. Dan ianya berlawanan dengan ayat Al-Qur’an Fathir:22

وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلَا الْأَمْوَاتُ إِنَّ اللَّهَ يُسْمِعُ مَن يَشَاءُ وَمَا أَنتَ بِمُسْمِعٍ مَّن فِي الْقُبُورِ

dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tidak boleh menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar.

Kalau kita berikan hujah yang jelas ini untuk mengatakan bahawa orang mati tidak boleh dengar apa yang kita katakan kepada mereka, mereka akan termanggu-manggu kebingungan kerana mereka tidak tahu ada dalil selama ini yang mengatakan bahawa orang yang sudah mati tidak boleh mendengar. Mereka hanya ‘sangka’ sahaja orang mati dalam kubur itu boleh dengar.

Mereka terima tanpa usul periksa kerana talqin itu bukan dibaca oleh orang lain, tapi tok-tok imam mereka, ustaz-ustaz mereka – jadi mereka rasa, takkan salah kalau perbuatan itu dibuat oleh mereka yang ‘alim’.

Kalimah سُعُرٍ ditafsirkan dengan ‘gila’. Mereka gila kerana masih lagi mahu menolak ajakan dakwah dan tidak takut azab neraka. Kalau mereka takut azab neraka, tentulah mereka akan mengubah cara hidup mereka.

Kalimah سُعُرٍ juga boleh ditafsirkan sebagai ‘Api Neraka’. Oleh kerana mereka ضَلَالٍ (sesat) di dunia, mereka akan merasa سُعُرٍ (api) di neraka. Ini kerana katadasar س ع ر bermaksud menyalakan api, membangkitkan kerosakan, gila, dirasuk, lapar dan dahaga yang amat sangat.


 

Ayat 48:

يَومَ يُسحَبونَ فِي النّارِ عَلىٰ وُجوهِهِم ذوقوا مَسَّ سَقَرَ

Sahih International

The Day they are dragged into the Fire on their faces [it will be said], “Taste the touch of Saqar.”

Malay

Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka.

 

يَوْمَ يُسْحَبُونَ فِي النَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ

(Ingatlah) pada hari mereka diseret di neraka atas muka mereka.

Mulanya mereka akan kena ikat, kemudian kena seret pula. Mereka kena seret kerana mereka tak mahu pergi ke neraka sendiri. Mereka nak lari jauh, tapi mereka akan kena tangkap, diikat, kemudian diseret. Alangkah hinanya, alangkah sakitnya. Mereka dipegang di kaki dan muka mereka terseret di tanah. Kalau kena seret belakang badan pun sudah sakit, apatah lagi kalau diseret di atas muka!

 

ذُوقُوا مَسَّ سَقَرَ

(Dikatakan kepada mereka): “Rasakanlah sentuhan api neraka!”

Kalimah سَقَرَ itu adalah ‘bahang api neraka’. Bukan kena api neraka lagi, tapi kalau kena bahang pun sudah boleh terbakar. Bayangkan kalau kita buka oven yang panas, walaupun kita tak kena apinya, tapi kita pun sudah rasa bahangnya. Itu baru api oven, bagaimana pula kalau kena terus api neraka?

Sebagai seorang yang beriman dengan Hari Akhirat, kita kena tahu hal syurga dan neraka. Dalam Al-Qur’an telah disebut tentang neraka dan ada lebih banyak maklumat lag maklumat tentangnya ada dalam hadis. Jadi kalau sesiapa yang mengamalkan sunnah, mestilah tahu tentang syurga dan neraka. Barulah dikatakan beriman dengan hari akhirat.

Kalau setakat tahu yang Syurga itu ‘tempat sedap’, Neraka itu ‘ada api’, itu belum boleh dikira beriman lagi dengan Hari Akhirat.


 

Ayat 49: Ini adalah ayat Dakwa Surah ini. Allah telah takdirkan semuanya, maka kita wajib mempercayai dan menerimanya. Mesti ada takut dan harap terhadap Allah. Tapi dalam masa yang sama, jangan lupa jasa-jasa Allah terhadap kita. Kalau orang yang senang kenang jasa Allah, itu alamat yang dia itu senang mendapat taqdir yang baik.

إِنّا كُلَّ شَيءٍ خَلَقنٰهُ بِقَدَرٍ

Sahih International

Indeed, all things We created with predestination.

Malay

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).

 

Musyrikin Mekah sangka mereka akan terus berkuasa, tapi Allah memberitahu dalam ayat ini, bahawa semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Berapa lama mereka akan berkuasa juga telah ditetapkan oleh Allah. Berapa lama mereka hidup juga telah ditentukan. Ditentukan oleh siapa? Oleh Allah yang Maha Berkuasa.

Semuanya yang ada dalam alam ini adalah mengikut ketentuan Allah. Sebagai contoh, lihatlah tangan kita. Betapa cantiknya dengan bilangan jarinya, dengan saiznya yang sesuai dan sebagainya.

Begitu juga lihatlah kejadian matahari yang Allah ciptakan. Tidaklah Allah buat matahari itu sembrono sahaja. Ada ukuran yang tepat. Berapa besarnya ia, kekuatan habanya, kedudukan berapa jauh dari bumi dan planet yang lain, bilakah waktu bergeraknya dan macam-macam lagi.

Semuanya itu mengikut kadar yang tepat sebagaimana yang sesuai untuknya dan sebagai yang telah ditetapkan Allah. Kalau bergerak sedikit sahaja dari tempatnya, boleh hancur musnah bumi ini kerana kepanasannya.

Kadar itu ditentukan Allah sebelum sesuatu itu dijadikan lagi. Apa yang kita lalui juga adalah dalam kadar ketetapan Allah. كُلَّ شَيْءٍ itu bermaksud semua sekali. Tidak ada yang tertinggal dari ketetapan dan ketentuan Allah.

Kalau Allah menentukan segalanya itu, maka kita sebagai hambaNya kenalah menerima ketetapan Allah itu. Jangan kita persoalkan keputusan dan apa-apa yang telah ditentukan oleh Allah. Kerana semua itu ada hikmah di sebaliknya. Kalau hujan turun, jangan marah; kalau banjir, jangan marah.

Ia juga bermaksud, kalau kita ada masalah dan cabaran dalam perjalanan hidup kita, kita kena terima dan berharap kepada Allah. Kerana Allahlah sahaja yang boleh mengubahnya. Tidak ada yang lain. Kerana yang menetapkan kejadian sesuatu perkara itu adalah Allah. Jangan kita putus harap dengan Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat seterusnya.

Kemaskini: 16 Ogos 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s