Tafsir Surah Kahfi Ayat 109 – 110 (Nabi Muhammad ﷺ adalah manusia)

MENULIS ILMU ALLAH ﷻ

Kahf Ayat 109: Telah banyak ilmu yang Allah ﷻ telah sampaikan kepada kita sepanjang yang kita belajar di dalam surah ini, tetapi sebenarnya banyak lagi ilmu pada Allah ﷻ yang kita tidak akan dapat menggarapnya.

Dapat juga dikatakan bahwa setelah selesainya jawapan semua pertanyaan yang diajukan kaum musyrikin (yang disebut penerangannya di awal surah ini), maka boleh jadi ada yang berkata, “Mengapa terdapat sekian hal yang tidak dihuraikan-Nya?” Ayat ini menjawab bahawa jawapan yang diberikan hanyalah yang dapat menjadi pelajaran buat manusia. Kalau segala sesuatu —yang kecil dan besar – akan dikemukakan, maka itu akan menjadi sangat panjang dan tidak sesuai dengan kemaslahatan manusia. Bagaimana ia tidak panjang, padahal ilmu Allah ﷻ meliputi segala sesuatu, kecil dan besar, lahir dan batin. Manusia tidak akan mampu memahaminya.

قُل لَّو كانَ البَحرُ مِدادًا لِّكَلِمٰتِ رَبّي لَنَفِدَ البَحرُ قَبلَ أَن تَنفَدَ كَلِمٰتُ رَبّي وَلَو جِئنا بِمِثلِهِ مَدَدًا

Sahih International

Say, “If the sea were ink for [writing] the words of my Lord, the sea would be exhausted before the words of my Lord were exhausted, even if We brought the like of it as a supplement.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

 

قُلْ لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمٰتِ رَبِّي

Katakanlah: Kalaulah lautan itu dijadikan dakwat untuk tulis kalimat-kalimat Tuhanku;

Ulama’ tafsir berpendapat yang ayat ini turun sebagai komentar atas ucapan sebahagian orang Yahudi terhadap ayat Isra’: 85

وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلعِلمِ إِلَّا قَلِيلاً
dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.

Mereka berlagak dengan berkata: “Kami telah diberi Taurat, dan siapa yang diberi Taurat maka dia telah dianugerahi kebajikan yang banyak.” Maka turunlah ayat ini untuk menegur mereka.

Menjadi khilaf apakah maksud كَلِمٰتِ di dalam ayat ini. Ada ulama yang memahaminya dalam erti pengetahuan Allah ﷻ. Thahir Ibn ‘Asyur yang memahami demikian, menulis bahawa “Kalimat-kalimat Allah adalah apa yang menunjuk kepada ilmu-Nya daripada apa yang diwahyukan- Nya kepada para Rasul.”

Ilmu-Nya amat luas dan tidak akan habis kita belajar. Mati hidup semula pun tidak akan habis. Kerana itulah pengajaran bagi kita, hendaklah kita terus belajar. Apabila kita tahu ilmu Allah ﷻ luas dan meliputi segala sesuatu, mana-mana hukum Allah ﷻ kita terima dan amalkan sahaja, jangan banyak songeh.

Allah ﷻ suruh kita bayangkan kalau semua lautan di dunia ini dijadikan dakwat untuk menulis segala nikmat-nikmat yang Allah ﷻ berikan. Air laut tentunya amat banyak kalau dibandingkan dengan tanah. 4/5 daripada permukaan bumi adalah air laut. Nikmat Allah ﷻ amatlah banyak. Ambil satu kalimat sahaja sudah cukup sebagai bandingan. Contohnya, perkataan ‘Rahmat’. Satu perkataan itu pun tidak cukup tangan hendak ditulis kerana makna kalimat itu amat luas. Rahmat Allah ﷻ amat luas.

‘Kalimat’ itu juga bermaksud hukum-hukum-Nya dan ayat-ayat yang menunjukkan kekuasaan-Nya. Juga segala perbuatan-Nya, kerana Allah ﷻ tidak pernah berhenti daripada melakukan sesuatu. Setiap masa ada sahaja yang dilakukan-Nya.

 

لَنَفِدَ الْبَحْرُ

sudah tentu akan habis kering lautan itu 

Oleh kerana banyak sekali perbuatan-Nya dan Rahmat-Nya, maka tidak mungkin akan dapat ditulis semua sekali walaupun habis air laut itu dijadikan sebagai dakwat.

 

قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمٰتُ رَبِّي

sebelum habis kalimat-kalimat Tuhanku;

Tidak akan mampu tulis dan sebelum habis tulis, seluruh air laut yang dijadikan dakwat itu akan kering. Ini hendak menunjukkan banyaknya kalimat Allah ﷻ itu.

 

وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

walaupun Kami datangkan dengan lautan yang sebanyak itu juga; 

Seandainya Allah ﷻ datangkan lagi tujuh buah lautan untuk dijadikan sebagai dakwat, masih tidak akan mampu untuk menulisnya.

عن ابن عباس قال : قالت قريش ليهود : أعطونا شيئا نسأل عنه هذا الرجل . فقالوا : سلوه عن الروح . فسألوه ، فنزلت : ( ويسألونك عن الروح قل الروح من أمر ربي وما أوتيتم من العلم إلا قليلا ) قالوا : أوتينا علما كثيرا ، أوتينا التوراة ، ومن أوتي التوراة فقد أوتي خيرا كثيرا . قال : وأنزل الله : ( قل لو كان البحر مدادا لكلمات ربي لنفد البحر قبل أن تنفد كلمات ربي ولو جئنا بمثله مددا ) [ الكهف : 109 ] .
Daripada Ibnu Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا yang mengatakan bahawa orang-orang Quraisy pernah mengatakan kepada orang-orang Yahudi, “Berikanlah kepada kami sesuatu pertanyaan yang akan kami ajukan kepada lelaki ini.” Orang-orang Yahudi menjawab, “Tanyalah dia tentang roh.” Lalu orang-orang Quraisy bertanya kepada Nabi ﷺ tentang masalah roh. Maka turunlah firman-Nya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kalian diberi pengetahuan, melainkan sedikit.” (Al-Isra: 85) Orang-orang Yahudi berkata, “Kami telah diberi pengetahuan yang banyak, kami telah diberi kitab Taurat; dan barang siapa yang diberi kitab Taurat, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak.” Maka Allah menurunkan firman-Nya: Katakanlah, “Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu. (Al-Kahfi: 109), hingga akhir ayat.
(Riwayat Tirmidzi (3140), Nasa’i (11,314) dengan sanad yang sahih)


 

IMAN DAN AMAL SOLEH

Kahf Ayat 110: Khulasah (kesimpulan) surah dan juga khulasah Al-Qur’an sebenarnya.

قُل إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ مِّثلُكُم يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُم إِلَـٰهٌ وٰحِدٌ۬‌ۖ فَمَن كَانَ يَرجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَليَعمَل عَمَلاً صَـٰلِحًا وَلَا يُشرِك بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا

Sahih International

Say, “I am only a man like you, to whom has been revealed that your god is one God. So whoever would hope for the meeting with his Lord – let him do righteous work and not associate in the worship of his Lord anyone.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.

 

قُلْ إِنَّمَا أَنَاْ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ

Katakanlah (Wahai Muhammad): Bahawasanya aku ini manusia biasa seperti kamu juga;

Kita diajar dalam ayat ini yang Nabi Muhammad ﷺ itu pun manusia juga. Ini supaya manusia jangan merasa terlalu jauh daripada Nabinya. Sampai ada yang takut kepada baginda, gementar ketika berhadapan wajah dengan baginda, daripada sebab wibawa dan kebesarannya. Namun begitu baginda amatlah senang dirapati, boleh duduk sama sahaja dengan para sahabat yang lain.

Penekanan di sini juga yang baginda adalah manusia, bukan yang lain. Maka baginda bukanlah anak Tuhan ataupun manusia jenis lain. Maka banyak perkara yang baginda tidak tahu kerana baginda juga manusia biasa. Antaranya, baginda tidak tahu ilmu ghaib melainkan apa yang baginda diberitahu sahaja.

Maka akidah kita sebagai Ahli Sunnah adalah baginda seorang manusia biasa, cuma bezanya baginda diberi wahyu dan kita tidak diberi wahyu. Bagaimana dengan kita sekarang pula? Kita adalah orang yang *belajar* wahyu Allah ﷻ. Guru-guru sepatutnya belajar dan mengajar wahyu Allah ﷻ. Namun sekarang di masjid-masjid, kebanyakan guru yang mengajar itu tidak mula belajar pun lagi Al-Qur’an 30 juzuk ini.

Kalau mereka sendiri tidak belajar, bermakna mereka tidak memandang tinggi Al-Qur’an. Kalau mereka tidak belajar, mereka sendiri tidak faham agama. Bagaimanakah mereka hendak mengajar perkara yang benar kalau mereka sendiri tidak tahu? Mereka itulah ulama yang jahat. Selalunya mereka hendak dapat duit sahaja. Akan tetapi mereka mengaku sebagai ulama. Padahal Nabi ﷺ kata baginda tinggalkan Al-Qur’an dan Sunnah kepada kita supaya kita tidak sesat.

Bukan itu sahaja, mereka kata orang yang belajar Al-Qur’an dan Sunnah pula yang sesat. Mereka kata kita bawa ajaran baru pula sedangkan kita bawa ajaran sunnah daripada Nabi ﷺ. Sedangkan mereka yang amalkan amalan yang bukan daripada agama.

Contohnya, Al-Qur’an melarang tawasul, sebaliknya mereka pula yang menjadi kepala majlis-majlis yang mengamalkan tawasul. Maka, kita kena tanya ustaz-ustaz yang mengajar itu sama ada mereka sudah belajar tafsir Al-Qu’ran 30 juzuk atau belum. Kerana itu adalah ilmu asas yang wajib dipelajari.

Ayat ini juga hendak menekankan bahawa Nabi ﷺ tidak tahu perkara ghaib. Maka di awal surah ini telah diceritakan bagaimana Musyrikin Mekah tanya tiga soalan kepada baginda dan baginda tidak dapat jawab. Baginda tidak tahu apakah jawapan kepada soalan mereka yang bertanya kepadanya jikalau Allah ﷻ tidak memberitahu kepada baginda. Ini menunjukkan Nabi ﷺ tidak mengetahui perkara ghaib. Kalau Nabi ﷺ sendiri pun tidak tahu, bagaimana ada yang kata guru-guru mereka mengetahui perkara ghaib? Adakah guru mereka lebih hebat daripada Nabi ﷺ?

Ayat ini juga sebagai dalil untuk mengatakan Nabi Muhammad ﷺ itu adalah manusia. Tidak ada kelebihan melainkan apa yang diberikan oleh Allah ﷻ sahaja. Ini penting kerana ada yang mengatakan Nabi ﷺ bukan manusia biasa. Ada yang sampai kepada tahap memuja Nabi ﷺ. Ada juga yang sampai mengatakan Nabi Muhammad ﷺ masih hidup lagi dan memantau apa yang terjadi dalam dunia ini.

Ada juga masyarakat Islam kita yang jahil menyanyi dan melagukan Marhaban yang di dalamnya mengandungi bait-bait yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ menghadiri majlis Marhaban mereka. Tidak mungkin Nabi ﷺ masih hidup lagi sedangkan sebagai manusia biasa, Nabi ﷺ sudah wafat sekian lama. Bukti baginda sudah wafat adalah baginda telah ditanam dan kita tidak tanam orang hidup, bukan? Namun ramai juga yang mengatakan baginda masih hidup. Ini ada satu akidah sebahagian umat Islam yang dipanggil akidah hayati (Nabi ﷺ masih ada hayat). Itu semua adalah pemahaman sesat. Mereka buat itu adalah kerana tidak faham kebenaran kerana belajar dengan guru yang salah.

Baginda adalah manusia, bukannya Nur (cahaya). Baginda mempunyai bayang seperti manusia yang lain. Pendapat yang mengatakan baginda tidak mempunyai bayang adalah mengarut. Sampaikan ada yang kononnya hendak tentukan rambut Nabi ﷺ adalah dengan meletakkan pada cahaya (kalau ada bayang, itu bukan rambut Nabi ﷺ). Ini adalah akidah Nur Muhammad yang sesat, sangat sesat. Malangnya ramai umat Islam memegang akidah sesat ini. Mereka merujuk kepada sumber hadith palsu yang datang entah dari mana.

Ini adalah jenis fahaman yang asalnya datang daripada akidah sufi tarekat sesat tetapi telah terserap ke dalam masyarakat orang ramai. Selalunya fahaman sufi tarekat ini memang rahsiakan dan diberikan kepada pengikut mereka sahaja. Ini kerana mereka kena pastikan pengikut mereka memang benar-benar bodoh (percaya apa sahaja yang diberitahu) barulah mereka akan ajar ilmu mengarut. Namun malangnya entah bagaimana, fahaman Nur Muhammad ini berleluasa sampaikan nasyid Nur Muhammad pun boleh muncul di kaca TV sejak sekian lama.

Inilah bahayanya jika terlalu meninggikan kedudukan Nabi Muhammad ﷺ melebihi kedudukan manusia, menyebabkan manusia memuja Nabi ﷺ. Sampaikan ada yang puja ke tahap baginda dianggap sebagai Tuhan. Sampaikan ada yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ bersemayam di Arasy sebagai Tuhan dan turun ke bumi sebagai Muhammad. Akidah sesat ini sebenarnya sudah lama ada di dalam masyarakat tetapi ramai yang tidak tahu kerana diajar di dalam fahaman sufi tarekat sahaja.

Maka di dalam ayat ini, Nabi ﷺ disuruh untuk mengajar kepada manusia bahawa segala pujian hanya untuk Allah ﷻ sahaja. Jangan kita jadi seperti masyarakat Kristian yang memuja Nabi Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berlebihan sampaikan mereka memberikan taraf Tuhan kepada baginda. Namun sekiranya umat Islam turut meninggikan kedudukan Nabi Muhammad ﷺ melebihi sifat manusia, maka lama kelamaan umat Islam pun memuja Nabi Muhammad ﷺ sebagaimana Kristian memuja Nabi Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

 

يُوحَىٰ إِلَيَّ

Aku telah diberi wahyu;

Walaupun Nabi Muhammad ﷺ adalah manusia, tetapi tentulah tidak sama dengan kita. Beza Nabi Muhammad ﷺ dan kita adalah baginda telah diturunkan wahyu kepadanya. Kita pula yang belajar ini adalah penerima wahyu. Kita telah menerima ajaran wahyu daripada guru-guru kita. Seterusnya kita akan mengajar kepada masyarakat pula.

Apakah perkara utama yang disampaikan dalam wahyu yang diberikan kepada baginda?

 

أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وٰحِدٌ

Bahawasanya Tuhan kamu yang layak dipuja dan disembah adalah Tuhan yang satu;

Inilah adalah khulasah kepada wahyu Al-Qur’an. Hanya Allah ﷻ sahaja ilah dan tidak ada yang lain. Wali, Nabi dan Malaikat bukan ilah kerana mereka tidak ada sifat ilah. Benda-benda lain pun tidak ada sifat ilah. Maka kena faham apakah maksud ‘ilah’ itu sendiri. Secara ringkasnya ia adalah tempat sandaran hati kita. Iaitu tempat kita berharap dan meminta tolong. Maka ini sepatutnya diberikan kepada Allah ﷻ sahaja.

Namun begitu malang sekali masyarakat kita ada yang mengamalkan syirik kerana berharap kepada objek seperti cincin keramat, contohnya. Mereka kata lepas mereka memakai cincin keramat itu, rezeki mereka bertambah. Padahal rezeki itu diberikan oleh Allah ﷻ. Maka bila mereka kata cincin itu beri rezeki, mereka telah melakukan syirik.

Atau ada yang kata, selepas mereka dimandikan oleh seseorang ‘ustaz’ untuk membuang sial pada dirinya, kehidupannya sudah semakin baik. Itu semua adalah fahaman yang syirik kerana yang menyelesaikan masalah kita adalah Allah ﷻ. Yang tertipu dengan perkara ini adalah mereka yang jauh daripada wahyu sahaja.

 

فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ

Sesiapa yang berharap untuk berjumpa dengan Tuhannya,

Inilah pengharapan yang kita kena simpan dalam diri kita – untuk bertemu dengan Allah ﷻ. Tidakkah kita ingin untuk bertemu dengan Allah ﷻ yang telah menjadikan kita? Oleh itu berniatlah untuk bertemu dengan Allah ﷻ kerana itulah nikmat yang paling besar sekali.

Apabila kita berharap untuk bertemu dengan Allah ﷻ, maka kita boleh menolak sifat kebendaan (materialisme) dalam diri kita. Apabila kita telah menyemat keinginan itu ke dalam diri kita, keindahan dunia ini tidak membawa makna apa-apa kerana hendak berjumpa dengan Allah ﷻ itu yang lebih utama.

Hasilnya dunia ini hanya sebagai tempat untuk kita berbuat amal supaya kita akan dibalas dengan baik di akhirat kelak. Tujuan hidup kita bukanlah di dunia ini, tetapi untuk menuju kepada akhirat.

 

فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صٰلِحًا

Maka hendaklah dia buat amal soleh;

Kalau hendak bertemu dengan Allah ﷻ hendak beramal iaitu amal ibadat yang datang daripada Al-Qur’an dan Hadith. Bukannya sebarang amal tetapi mestilah amal yang soleh iaitu yang Sunnah. Ini memerlukan pembelajaran yang berterusan. Kena luangkan masa untuk belajar agama dan melihat kepada ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith untuk dapat memastikan sama ada sesuatu amalan itu sunnah atau tidak.

Namun begitu masyarakat masih berbuat amalan bid’ah kerana diajar oleh guru-guru agama yang tidak mengamalkan sunnah. Lebih malang lagi golongan inilah yang menguasai suasana keagamaan sekarang. Merekalah yang dipanggil untuk mengajar umat manusia sekarang ini. Merekalah yang dipanggil untuk menjawab kemusykilan agama masyarakat di TV dan media lain.

Akan tetapi apa yang mereka ajarkan itu adalah tidak tepat. Maka kita sendiri kena belajar supaya dapat membezakan mana yang benar dan mana yang tidak.

 

وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Dan jangan sekali-kali dia mempersekutukan dalam ibadat kepada Tuhannya dengan satu apa pun;

Jangan buat amalan syirik dalam ibadat. Maka, jangan bertawasul (tawasul yang salah). Contohnya bila makan ubat, sepatutnya sebut nama Allah ﷻ sahaja. Jangan sebut nama lain, termasuk nama Nabi Muhammad ﷺ sekalipun. Kerana yang menyembuhkan kita adalah Allah ﷻ, bukan Nabi Muhammad ﷺ. Namun manusia sekarang, hendak makan ubat sahaja, baca selawat kepada Nabi ﷺ. Janganlah buat begitu kerana ia boleh membawa kepada syirik kalau ada sangkaan yang Nabi ﷺ boleh menyembuhkan. Jangan letak harapan kepada Nabi ﷺ tetapi sangkutlah harapan kita kepada Allah ﷻ sahaja.

Malah ada banyak lagi perkara syirik yang manusia tidak faham. Maka kena belajar tafsir Al-Qur’an supaya dapat faham apakah syirik itu supaya kita dapat tinggalkan. Kalau kita perhatikan amalan dan fahaman masyarakat Muslim di negara Malaysia, memang lemahlah bab Tauhid dan syirik ini. Sampaikan ramai yang ada fahaman syirik tanpa sedar kerana mereka tidak belajar ilmu wahyu.

Ada pendapat yang mengkhususkan syirik di dalam ayat ini kepada riya’. Riya’ adalah perbuatan menunjuk-nunjuk amalan kita supaya dipandang orang dan kita nampak sebagai orang yang soleh. Ini adalah salah kerana amal soleh itu mestilah ikhlas dan kalau ada riya’, itu sudah syirik tetapi syirik khafi (syirik tersembunyi).

Menukil Syarah Riyadhush Shalihin tulisan Syaikh Muhammad al-Utsaimin , riya’ dalam Islam adalah mereka yang beribadah kepada Tuhannya agar dilihat orang lain dan menuai pujian. Mereka yang riya’ tidak ikhlas semata mengharap redha Allah ﷻ dalam mengerjakan amalnya. Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah ﷻ berfirman :

أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِى غَيْرِى تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
“Aku bebas daripada segala sekutu yang ada pada amalan yang dilakukan di mana dia mensyirikkan-Ku dengan yang lain. Maka aku akan tinggalkannya dan sekutunya itu.”
(Riwayat Muslim (7666))

Syarah: Al-Qadhi Iyadh menyebut: “Hadith ini membawa makna (seakan-akan Allah menyebut) Aku menolak amalannya. Sifat riya’ itu adalah dalil kebodohan, pandangan yang teruk dan juga tanda buruknya amalan.” Rujuk Faid al-Qadir (4/483)

Dalam hadith yang lain, Nabi ﷺ pernah menjelaskan tentang makna riya’. Sabda Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Mahmud Bin Labid;

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً
”Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya: apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah. Nabi ﷺ bersabda: Itulah Riya’. Allah عَزَّ وَجَلَّ akan berfirman pada hari kiamat kelak: pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalan kamu).”
(Riwayat Ahmad (23630) di dalam Musnadnya)

Ia lebih ditakuti Rasulullah ﷺ daripada Dajjal seperti sabda baginda:

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِيْ مِنَ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ قَالَ قُلْنَا بَلَى فَقَالَ الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ يَقُوْمَ الرَّجُلُ يُصَلِّيْ فَيُزَيِّنُ صَلاَتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ “
“Mahukah aku khabarkan kepada kalian sesuatu yang lebih tersembunyi di sisiku atas kalian daripada Masih ad Dajjal?” Dia berkata,” Kami mahu,” maka Rasulullah ﷺ berkata, iaitu syirkul khafi; iaitu seseorang solat, lalu menghiasi (memperindah) solatnya, kerana ada orang yang memperhatikan solatnya.”
(HR. Ibnu Majah No. 4204)
Darjat: Hasan (Darussalam)

 

Allahu a’lam. Lompat ke surah seterusnya, Surah Maryam.

Kemaskini: 30 Jun 2024

Ringkasan Surah Kahf


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Ustaz Solahudin

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Kahfi Ayat 106 – 108 (Ajakan belajar ilmu Wahyu)

Kahf Ayat 106: Tempat kembalian mereka adalah ke neraka

ذٰلِكَ جَزآؤُهُم جَهَنَّمُ بِما كَفَروا وَاتَّخَذوٓا ءآيٰتي وَرُسُلي هُزُوًا

Sahih International

That is their recompense – Hell – for what they denied and [because] they took My signs and My messengers in ridicule.

Malay

(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

 

ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُمْ جَهَنَّمُ

Demikian balasan bagi mereka iaitu Neraka Jahannam; 

Balasan bagi mereka yang mengamalkan amalan syirik dan bid’ah adalah neraka. Mereka susah payah buat amalan itu tetapi akhirnya masuk neraka. Tidakkah rugi?

 

بِمَا كَفَرُوا

terhadap apa yang mereka dulu engkar dan kufur;

Ini adalah kerana mereka ingkar dengan wahyu Allah ﷻ. Mereka buat tidak endah kepada larangan-larangan dalam ayat-ayat Al-Qur’an. Al-Qur’an beritahu jangan buat amalan syirik dan bid’ah tetapi mereka buat juga. Berbagai alasan dan hujah yang mereka keluarkan untuk membenarkan apa yang mereka lakukan itu namun semuanya bukan daripada dalil yang sah.

Itu semua adalah kerana mereka tidak mahu belajar tafsir Al-Qur’an dan belajar Sunnah kerana kalau mereka belajar, mereka akan faham apakah yang mereka baca dalam Al-Qur’an. Juga pasti mereka akan faham apakah yang Nabi ﷺ katakan dalam hadith. Kalau tidak belajar atau belajar juga tetapi dengan guru yang salah, memang akan mudah sahaja tertipu.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah semua ayat-ayat Allah ﷻ itu kita ikut dan amalkan? Kufur itu bermaksud ingkar, adakah kita selamat daripada ingkar kepada ayat-ayat Allah ﷻ? Bagaimana dengan arahan Allah ﷻ untuk menutup aurat tetapi ramai yang tidak endahkan? Bagaimana dengan larangan Allah ﷻ di dalam Al-Qur’an daripada mengumpat tetapi selamba sahaja kita lakukan? Maka hendaklah ditanya soalan ini kepada diri sendiri: Adakah tidak ada langsung ayat-ayat Allah ﷻ yang kita ingkar?

 

وَاتَّخَذُوٓا ءآيٰتِي

Mereka mengambil ayat-ayat-Ku;

Macam-macam ayat mereka baca sebagai amalan mereka. Surah Yaasin, ayat Kursi dan banyak lagi. Namun sebelum mereka baca ayat-ayat itu, mereka akan baca kalimah tawasul kepada Nabi, Wali dan Malaikat dulu. Maka, apabila mereka buat begitu, mereka telah mempersendakan ayat Al-Qur’an. Ini kerana ayat Al-Qur’an juga yang melarang perbuatan mereka itu namun mereka lakukan juga. Mereka tidak endah ayat-ayat Al-Qur’an.

Mereka memang ada menggunakan ayat Al-Qur’an tetapi ayat Al-Qur’an itu sebenarnya diejek-ejek oleh mereka tanpa mereka sedari. Mereka membacakan ayat Al-Qur’an yang jelas melarang perbuatan yang mereka lakukan itu. Contohnya, mereka baca ayat Al-Qur’an yang melarang melakukan tawasul yang salah (kerana ada tawasul yang benar), namun dalam masa yang sama, mereka sendiri mengamalkan tawasul. Perbuatan itu adalah seperti mengejek ayat Al-Qur’an – mereka baca tetapi mereka berbuat yang sebaliknya daripada yang dilarang oleh ayat itu.

 

وَرُسُلِي

dan rasul-rasul (yang mengajar ayat itu);

Bukan Al-Qur’an sahaja dipersendakan tetapi Nabi ﷺ juga dipersendakan. Mereka mengaku Nabi Muhammad ﷺ itu adalah rasul mereka, tetapi suruhan Nabi ﷺ mereka tidak ikut, larangan Nabi ﷺ mereka buat. Bukankah itu mengejek namanya? Apa yang Nabi ﷺ ajar, mereka tidak belajar dan amalkan; sebaliknya mereka reka dan amalkan amalan yang entah datang dari mana.

 

هُزُوًا

sebagai ejek-ejekan.

Mereka tahu Allah ﷻ itu Tuhan dan Nabi Muhammad ﷺ itu Rasul. Mereka tahu yang Al-Qur’an dan Sunnah adalah sumber agama tetapi mereka tidak beri perhatian. Apabila mereka melakukan perkara yang dilarang oleh Al-Qur’an dan Sunnah, maka mereka sebenarnya telah mengejek-ngejek wahyu daripada Allah ﷻ itu.

Maka inilah masalah umat Islam kita pun. Jauh sangat daripada ilmu wahyu. Tidak diajar Tafsir Al-Qur’an dan syarah Hadith-hadith Nabi secara umum supaya semua orang tahu. Yang belajarnya adalah golongan tertentu seperti ustaz sahaja. Itu pun bukan semua ustaz belajar tafsir dan hadith. Ramainya belajar daripada ajaran yang bukan daripada ambilan wahyu. Akibatnya sudah bercampur aduk yang benar dengan yang salah. Maka mereka sebagai orang agama pun tidak faham hadis, ajar pula kepada orang awam yang lagilah tidak faham.

Kerana itulah sekarang berleluasa hadith-hadith yang tidak sahih. Selamba sahaja diajar oleh ustaz selebriti di media massa dan media sosial tanpa rasa bersalah dan tanggungjawab. Semua orang angguk-angguk rasa wah hebatnya ustaz ni cerita benda yang tidak pernah dengar: Nabi ada ‘first love’, Nabi makan anggur masam tetapi senyum dan banyak lagi. Dek kerana mereka ini ustaz selebriti, maka mereka terpaksa menceritakan kisah-kisah yang wow, yang orang tidak pernah dengar. Maka mereka ambil sahaja kisah daripada kitab-kitab merapu lah. Lagi pun kerana sudah selebriti, mereka tidak sempat hendak sambung belajar, mengkaji, periksa nota sebelum ajar, kerana mereka ke sana sini memenuhi agenda yang telah disusun. Mereka gunapakai sahaja apa yang mereka sempat baca dan sempat dengar.

Diajar pula kepada masyarakat yang sukakan kisah-kisah pelik tidak pernah didengar. Maka asatizah selebriti ini banyaknya lebih kepada qussas (tukar cerita) sahaja. Begitulah apabila masyarakat jauh daripada ilmu wahyu semenjak kecil lagi. Maka mudah sahaja yang jahil ‘digoreng’ dan diperbodohkan dengan kisah-kisah tidak sahih dan berdasarkan hadith dhaif sahaja. Sedangkan kalaulah masyarakat kita ini memiliki ilmu asas, mereka boleh mempersoalkan apa yang telah disampaikan. Sebenarnya kalau mereka dengar kisah yang berbunyi mengarut sedikit sahaja, boleh terus bertanyakan dalil. Malang sekali ustaz selebriti memang marah kalau ditanya dalil. Tentulah mereka marah kerana mereka ajar bukannya ada dalil, semberono sahaja diajar dan dijaja kisah dan hadith dhaif asalkan sedap dan menarik didengar.

Masalah lebih buruk lagi mereka ini sombong. Kalau ditegur oleh masyarakat, mereka melenting. Dikutuknya pula masyarakat kita yang kononnya bukannya faham kalau diberitahu dalil pun. Apabila ada yang sudah berani bertanya dan mempersoalkan mereka perli masyarakat pula kononnya sudah terlebih pandai daripada ulama dan macam-macam lagi. Begitulah kalau ditegur pula oleh orang yang berkelayakan, mereka menentang juga dengan berbagai-bagai alasan dan hujah diberikan. Maka semakin peninglah masyarakat kita untuk memahamai mana yang benar. Untuk golongan yang belajar dengan benar, dapatlah mereka menilai, namun amat menyedihkan sekali apabila kebanyakan masyarakat kita bukannya belajar tetapi suka dengar-dengar sahaja. Mereka akan lihat kepada perawakan sahaja. Mereka memandang ustaz selebriti sebagai benar kerana para ustaz sebegitu memang pandai bermain perasaan orang awam.


 

MEREKA YANG BERUNTUNG

Kahf Ayat 107: Tabshir Ukhrawi (beri gembira di akhirat). Setelah Allah ﷻ sebut tentang golongan yang rugi, Allah ﷻ imbangkan pula dengan sebut tentang golongan yang selamat.

إِنَّ الَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ كانَت لَهُم جَنّٰتُ الفِردَوسِ نُزُلًا

Sahih International

Indeed, those who have believed and done righteous deeds – they will have the Gardens of Paradise as a lodging,

Malay

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

 

إِنَّ الَّذِينَ ءآمَنُوا

Adapun orang-orang yang beriman;

Iaitu orang-orang yang beriman ‘sempurna’, tidak ada syirik kepada Allah ﷻ. Ini kerana bukan kena beriman sahaja, tetapi kena beriman ‘sempurna’, iaitu iman tanpa syirik. Untuk tahu apakah syirik, kena belajar tafsir Al-Qur’an. Kalau tidak belajar, memang tidak akan tahu. Kerana sumber pengajaran tentang manakah fahaman syirik itu ada dalam Al-Qur’an.

Malangnya kebanyakan dalam masyarakat kita tidak tahu tentang perkara ini kerana mereka tidak belajar. Mereka sangka kalau mereka orang Islam tentulah mereka tidak melakukan syirik. Mereka sangka syirik itu hanyalah kalau sembah patung sahaja. Ini adalah fahaman yang salah kerana terdapat banyak lagi fahaman syirik.

 

وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ

Dan beramal amalan yang soleh;

Iaitu mereka beramal dengan amalan yang diambil daripada ajaran Nabi ﷺ. Mereka tidak buat amalan yang bid’ah. Amalan yang mereka lakukan, mereka pastikan yang ianya diambil dalilnya daripada Al-Qur’an dan Sunnah. Mereka pastikan yang ia adalah daripada amalan sahabat-sahabat Nabi ﷺ.

Tentunya ini memerlukan pembelajaran dan kerana itulah Islam mewajibkan pembelajaran agama kepada semua penganutnya. Sekarang ini kita lihat banyak pertentangan pendapat antara umat Islam tentang mana amalan bid’ah dan tidak. Jalan penyelesaian adalah dengan ajak mereka belajar Ilmu Sunnah. Selagi tidak belajar, selama itulah akan ada percanggahan pendapat kerana cara belajar tidak sama. Yang kita kata bid’ah, mereka tidak akan faham kerana sandaran ilmu mereka berlainan daripada yang biasa mereka belajar. Kita kena sedar yang ajaran Sunnah sudah lama tidak digunakan di negara ini dan yang diamalkan sejak sekian lama adalah amalan bid’ah. Maka ramai dalam kalangan umat kita hanya nampak amalan yang sudah diterima turun temurun itu sahaja. Hasilnya mereka akan menentang kita apabila kita menegur amalan kita. Kenapa? Kerana cara belajar tidak sama.

Sebab itulah kita kena ajak mereka belajar ilmu wahyu supaya mereka janganlah terus berada dalam kejahilan. Janganlah hanya menggunakan ilmu yang kita belajar di sekolah rendah dan menengah itu sahaja. Jangan hanya menggunakan ilmu yang diajar di pondok-pondok itu sahaja. Kenalah tambah ilmu pengetahuan agama bagi pandai sikit. Ini adalah kerana banyak ajaran yang salah dan kalau tidak belajar, tidak akan tahu.

 

كَانَتْ لَهُمْ جَنّٰتُ الْفِرْدَوْسِ

bagi mereka syurga-syurga Firdaus;

Alangkah beruntungnya mereka kerana dapat dimasukkan ke dalam syurga dan syurga itu pula Tingkatan Firdaus. Kalimah الْفِرْدَوْسِ daripada katadasar ف ر د س yang bermaksud tanah subur, taman yang mengandungi segalanya, kebun, lembah yang subur, tempat terbaik di dalam syurga. Dari segi bahasa ia difahami dalam erti kebun kurma, atau kebun anggur.

Ulama’ khilaf sama ada ia berasal daripada bahasa Arab, Parsi, Suryani atau lain-lain bahasa. Ini adalah kerana ada juga kalimah di dalam Al-Qur’an yang diambil daripada bahasa selain bahasa Arab. Agama Kristian pula ambil kalimah الْفِرْدَوْسِ ini jadi Paradise. Ini kerana mereka pun sudah tidak tahu apa-apa tentang hari akhirat, maka mereka terpaksa ceduk sahaja daripada ajaran Islam. Itulah kesannya apabila kitab wahyu mereka disisihkan, menggunakan kata-kata orang agama sahaja. Seandainya kita umat Islam pun buat begitu juga, maka tidak mustahil kita pun akan ceduk amalan dan fahaman agama daripada agama lain. Ini sudah terjadi sepertimana ajaran sufi tarekat yang asalnya daripada agama Nasrani; fahaman sesat capal itu pula diambil daripada agama Hindu; Tahlilan asalnya daripada amalan agama Hindu; pembinaan kubur kita pun lama-lama sudah semakin hendak sama dengan kubur Kristian dan Hindu; dan macam-macam lagi lah.

Apakah sifat الْفِرْدَوْسِ itu? Itu adalah tingkatan syurga yang paling tinggi. Ia juga adalah di tengah. Maka ada khilaf sama ada ia tertinggi atau di tengah-tengah syurga. Yang sebetulnya ia yang paling tinggi dan kedudukannya juga di tengah-tengah. Ia menjadi tempat yang kita sepatutnya dambakan. Oleh kerana itu, apabila kita berdoa untuk masuk syurga, mohonlah untuk masuk Syurga Firdaus.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَبِرَسُولِهِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَصَامَ رَمَضَانَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ جَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ جَلَسَ فِي أَرْضِهِ الَّتِي وُلِدَ فِيهَا فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُبَشِّرُ النَّاسَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ أُرَاهُ فَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ فُلَيْحٍ عَنْ أَبِيهِ وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ
Daripada [Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] berkata; Rasulullah ﷺ bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah, menegakkan solat, berpuasa bulan Ramadhan, maka sudah pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, baik apakah dia berjihad di jalan Allah atau dia hanya duduk tinggal di tempat di mana dia dilahirkan”. Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah tidak sebaiknya kami sampaikan berita gembira ini kepada orang-orang?” Baginda bersabda: “Sesungguhnya di syurga itu ada seratus darjat (kedudukan) yang Allah sediakannya buat para mujahid di jalan Allah di mana jarak antara dua darjat seperti jarak antara langit dan bumi. Untuk itu bila kalian minta kepada Allah maka mintalah Syurga Firdaus kerana ia adalah tengahnya syurga dan yang paling tinggi. Aku pernah diperlihatkan bahawa di atas Firdaus itu adalah singgahsana-Nya Allah Yang Maha Pemurah di mana darinya mengalir sungai-sungai syurga”.
(Sahih Bukhari (2581))

Begitulah malangnya masyarakat Melayu kita yang jahil agama ini, terdapat sebuah syair yang mereka suka benar membacanya malah telah dijadikan lagu dialun dengan indah sekali oleh kumpulan nasyid tersohor negara ini. Mereka sangka ia adalah zikir yang bagus dan ada pula yang mendakwa ia adalah daripada Imam Syafie رَحِمَهُ اللَّهُ. Perhatikan erti bait-bait syair popular ini:

إِلَهِي لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلَا
وَلَا أَقوَى عَلَى النَّارِ الْجَحِيمِ
فَهَبْ لِي تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوبِي
فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنبِ الْعَظِيمِ
Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu
Namun aku tidak sanggup ke neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Bait-bait di atas sebenarnya bukanlah zikir yang thabit daripada zikir Rasulullah ﷺ. Tidak ditemukan di dalam mana-mana kitab hadith sama ada khutub sittah (kitab hadith yang enam) seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Ibn Majah, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi,dan Sunan an-Nasai’e mahupun kitab hadith yang lainnya seperti Al-Muwaththa’ Al- Imam Malik, Musnad Imam Ahmad, Sunan ad-Darimi, Sahih Ibnu Khuzaimah, Sahih Ibnu Hibban, Mu’jam Al-Kabir, Mu’jam Al-Ausath, Mu’jam As-Saghir (at-Thabarani), Sunan ad-Daruquthni, Mustadrak Al-Hakim mahupun Sunan al-Kubra al-Bahaqi.

Sepanjang kajian, bait-bait ini dinisbahkan kepada beberapa tokoh tertentu antaranya ialah:

1. Daripada al-Imam As-Syafie رَحِمَهُ اللَّهُ dalam kitab Diiwaan al-Imam al-Syafie. Tidak ditemukan bait-bait di atas di dalam al-Diiwaan sebagaimana yang didakwakan.
2. Daripada Rabiatul Adawiyah. Dakwaan di atas tiada asalnya, tiada bukti yang menunjukkannya dan tiada dinuqilkan dalam mana-mana kitab kibar ulama’.
3. Daripada Syair Abu Nawas.
4. Daripada Ash-Sha’raaniyy dalam kitab I’aanah At-Taalibiin karya Ad-Dimyati As-Syafie.

Maka yang thabit adalah datangnya daripada seorang tokoh sufi bernama Ash-Sha’raaniyy sebagaimana yang dimuatkan oleh Al-Dimyaati dalam kitab I’aanah At-Taalibiin yang menyebut bahawa orang yang mengamalkan membacanya secara tetap pada hari Jumaat maka dia akan mati dalam Islam tanpa syak. Sebahagian berpendapat ia dibaca 5 kali selepas solat Jumaat. Seperti kita telah banyak sebut, golongan sufi adalah golongan jahil agama yang suka reka amalan dan meletakkan fadhilat yang berlebihan yang mereka ambil dari angin sahaja.

Maka jelas sekali bait di atas bukanlah bait zikir yang thabit daripada Rasulullah ﷺ dan ia tidak boleh diamalkan sebagai zikrullah baik ketika sesudah solat, ketika qiamullail dan sebagainya atas dasar ibadah. Sebagai umat Islam, kita seharusnya memohon kepada Allah ﷻ akan rahmatnya untuk ke syurga dan bukannya terus kata tidak layak. Maka berhentilah lagi daripada mengamalkan ‘zikir’ ini kerana ia berlawanan dengan hadith suruhan dan saranan daripada Nabi ﷺ sendiri.

Ia adalah idea karut daripada orang sufi jahil sahaja. Mereka itu suka reka fahaman-fahaman baru. Kalau kita dengar hujah mereka, boleh juga termakan sebab logik juga. Contohnya, bukankah ia nampak seperti merendahkan diri kita di hadapan Allah ﷻ? Merendah diri rasa tidak layak mendapat nikmat syurga daripada Allah ﷻ? Nampak macam baik, bukan? Sebab itulah ramai terjerumus ke dalam kesesatan sufi tarekat sebab memang akan nampak baik kalau jahil. Ia nampak baik pada akal kita sahaja tetapi tidak selari dengan wahyu. Kita telah lihat hadith Rasulullah ﷺ sendiri suruh kita minta Syurga Firdaus. Kemudian ada ayat Al-Qur’an sendiri yang ajar kita minta rumah dalam syurga. Lihat Tahreem: 11 di mana Allah ﷻ ulang doa Asiah isteri Firaun.

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذينَ ءآمَنُوا امرَأَتَ فِرعَونَ إِذ قالَت رَبِّ ابنِ لي عِندَكَ بَيتًا فِي الجَنَّةِ
Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika dia berkata: “Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga

Seandainya salah cara Asiah berdoa ini, takkan Allah ﷻ ulang semula doa beliau?

 

نُزُلًا

sebagai tempat tinggal;

Kita telah pernah sebutkan sebelum ini kalimah نُزُلًا adalah hidangan tetamu yang istimewa. Hidangan itu bergantung kepada tuan rumah. Untuk orang kampung lain hidangannya, bagi orang kaya lain, untuk Perdana Menteri lain pula hidangannya dan untuk Agong pun tentulah lain. Sekarang yang tuan rumah adalah Raja Agong yang Maha Agong iaitu Allah ﷻ, maka sudah pasti ini adalah hidangan sambutan yang paling hebat.

Inilah tempat tinggal yang sebaik-baiknya yang kita kehendaki. Bandingkan dengan tempat tinggal ahli neraka yang amat teruk. Maka sekarang kita buatlah pilihan sendiri: Sama ada hendak syurga atau neraka. Akan tetapi kita sebagai manusia beriman akan tahu dan sedar bahawa jalan ke syurga berbeza sekali dengan jalan ke neraka. Hendak tahu jalan ke syurga, hendaklah telusuri ayat-ayat Al-Qur’an kerana ia telah dijelaskan di dalam Al-Qur’an sendiri.


 

Kahf Ayat 108:

خٰلِدينَ فيها لا يَبغونَ عَنها حِوَلًا

Sahih International

Wherein they abide eternally. They will not desire from it any transfer.

Malay

Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

 

خٰلِدِينَ فِيهَا

Mereka kekal di dalamnya;

Ahli syurga bukan duduk sekejap sahaja di dalam syurga itu tetapi selama-lamanya kerana kalau duduk sekejap sahaja, tentu tidak menarik. Sepertimana juga kita kalau duduk hotel termahal sekali pun, kita pun tahu yang kita akan keluar, bukan? Maka itu mengurangkan kenikmatan duduk di hotel itu.

Manusia mahukan tempat tinggal yang tetap. Kerana itulah manusia teringin sangat untuk memiliki rumahnya sendiri dan tidaklah menyewa sampai mati. Allah ﷻ amat tahu sifat manusia begitu dan kerana itulah Allah ﷻ berikan tempat tinggal yang tetap kepada mereka yang beriman sempurna dan mengamalkan amalan soleh. Ganjarannya terbaik untuk mereka tidak akan dikeluarkan sampai bila-bila.

 

لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

Dia tidak ingin pertukaran dari syurga itu;

Kalimah حِوَلًا bermaksud tukar. Di sini kita dapat tahu yang penghuni syurga itu tidak akan mahu pun untuk keluar dari syurganya itu dan bertukar dengan tempat lain. Kalau kita di dunia sekarang, kalau ada kawan ajak keluar, kita mungkin keluar. Namun di syurga nanti, hendak keluar jumpa kawan pun tidak mahu. Sebab sedang sibuk menikmati segala nikmat-nikmat yang Allah ﷻ berikan itu.

Walaupun sudah lama duduk di dalam syurga nanti, penghuni syurga tidak akan berasa bosan dan tidak akan hendak berpindah darinya. Kalau kita di dunia, kalau sudah lama duduk di sesuatu tempat, tentulah ada rasa hendak berpindah ke mana-mana, pergi melancong sekejap ke luar negara, tetapi ini tidak akan terjadi apabila tinggal dalam syurga nanti. Nikmat yang diberikan kepada penghuninya tidak akan membosankan kerana sentiasa sahaja bertambah dan akan bertukar-tukar.

Ini adalah kerana nikmat yang Allah ﷻ berikan kepada manusia tidak akan sama. Akan berubah-ubah dan semakin baik dan semakin baik. Maka memang tidak akan menjadi bosan. Manusia akan sentiasa ternanti-nanti apakah yang mereka akan dapat. Setiap waktu teruja sahaja menunggu nikmat apa yang akan Allah ﷻ sediakan. Oh, alangkah indahnya, bukan?

Allah ﷻ akan hilangkan rasa bosan dan jemu yang sekarang ada di dunia. Ini sepertimana Allah ﷻ boleh menghilangkan rasa dengki atau ghil seperti yang disebut di dalam Hijr: 15

وَنَزَعنا ما في صُدورِهِم مِّن غِلٍّ إِخوٰنًا عَلىٰ سُرُرٍ مُّتَقٰبِلينَ
Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sehingga mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.

Bahawa di suyrga nanti penghuninya telah mencapai puncak tertinggi kemanusiaannya setelah berhasil melaksanakan peranannya di pentas hidup duniawi, maka di sana dan ketika itu Allah ﷻ mencabut dari lubuk hati manusia sumber rasa dengki dan permusuhan, sehingga yang ada di syurga tidak lain kecuali persaudaraan yang tulus lagi sangat bersahabat.

Nah, demikian juga dengan kebosanan menghadapi sesuatu. Rasa jemu dan keinginan mengganti serta selalu ingin meraih yang lebih baik, ditanamkan Allah ﷻ dalam jiwa manusia agar mereka terus mengembangkan diri di dunia dalam rangka memakmurkannya dan mencapai sukses setinggi mungkin. Akan tetapi di syurga nanti rasa jemu dan kebosanan itu tidak diperlukan lagi kerana manusia telah mencapai puncak daripada segala puncak yang dapat dicapainya, maka Allah ﷻ mencabut naluri tersebut dari dalam jiwa penghuni syurga sehingga mereka semua hidup dalam keadaan puas dan tidak mengharapkan lagi kelebihan atau peralihan kepada yang lain. Ini kerana kalau ada rasa bosan, rasa kurang dengan pemberian, maka ia akan mengurangkan nikmat di dalam syurga pula. Sedangkan syurga itu adalah tempat nikmat abadi.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 30 Jun 2024

Ringkasan Surah Kahf


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solahudin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Kahfi Ayat 102 – 105 (Amalan bid’ah sia-sia)

Kahf Ayat 102: Sekarang kita masuk ke Ruku’ 12 dan terakhir bagi surah ini.

أَفَحَسِبَ الَّذينَ كَفَروٓا أَن يَتَّخِذوا عِبادي مِن دونيٓ أَولِياءَ ۚ إِنّآ أَعتَدنا جَهَنَّمَ لِلكٰفِرينَ نُزُلًا

Sahih International

Then do those who disbelieve think that they can take My servants instead of Me as allies? Indeed, We have prepared Hell for the disbelievers as a lodging.

Malay

Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

 

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوٓا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِيٓ

Apakah orang-orang kafir menyangka mereka boleh mengambil hamba-hamba-Ku; 

Mereka yang berfahaman syirik sangka mereka boleh meminta pertolongan kepada selain Allah ‎ﷻ. Mereka seru dan sembah kepada selain Allah ﷻ. Ini termasuklah kalau seru dan puja Nabi, wali dan malaikat. Bukan orang bukan Islam sahaja yang buat, tetapi ada orang Islam yang jauh daripada wahyu juga melakukan perkara ini. Ini adalah kerana mereka jahil dengan wahyu.

Kalimah yang digunakan di sini adalah عِبَادِيٓ yang digunakan untuk makhluk dan hamba Allah ﷻ yang soleh. Ia bermaksud malaikat, Nabi dan juga wali kerana memang golongan itu orang yang baik-baik dan soleh. Akan tetapi golongan inilah yang dijadikan sebagai ilah sembahan (ma’bud bathil) oleh golongan kafir musyrik. Sebagai contoh golongan malaikat yang disembah oleh Musyrikin Mekah, Nabi Isa  yang dipuja oleh golongan Nasrani, dan wali-wali yang dipuja seperti penganut Buddha itu. Golongan orang Islam pun telah melakukan kesalahan yang sama juga kerana jahil wahyu. Ramai yang minta tolong kepada Nabi Muhammad ﷺ, golongan Syiah yang memuja Ali dan Hussein, golongan Habib yang memuja wali rekaan mereka dan ada yang meminta tolong terus kepada malaikat. Ini semua adalah kesesatan yang nyata.

Ada juga pendapat yang mengatakan kalimah عِبَادِيٓ di sini bermaksud jin dan syaitan. Ini bermaksud manusia mengikut bisikan jin dan syaitan dan melakukan dosa syirik dengan menyembah dan memuja selain Allah ‎ﷻ. Ada yang mengatakan pendapat ini tidak sekuat pendapat yang pertama di atas kerana kalimah عِبَادِيٓ selalunya digunakan untuk hamba yang taat sedangkan kalimah عَبِيد pula digunakan untuk hamba yang ingkar.

Akan tetapi ini juga mungkin tidak benar kerana kalau diperhatikan di dalam ayat-ayat yang lain, ada juga digunakan kalimah عِبَادِيٓ untuk merujuk kepada hamba-Nya yang bergelumang dengan dosa seperti disebut di dalam Zumar: 53

قُل يٰعِبادِيَ الَّذينَ أَسرَفوا عَلىٰ أَنفُسِهِم لا تَقنَطوا مِن رَّحمَةِ اللهِ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah

 

مِنْ دُونِيٓ

selain daripada-Ku;

Adakah mereka sangka perbuatan mereka mengambil selain Diri-Nya sebagai wali itu tidak menyebabkan Allah ﷻ murka?! Tentu sekali Allah ﷻ murka! Adakah mereka sangka Allah ﷻ akan berdiam diri sahaja?! Tentu tidak!

Ilah hanya Allah ﷻ sahaja, tetapi ada manusia yang menyeru dan menyembah selain Allah ﷻ, iaitu para wali, para Nabi dan para malaikat. Macam agama Buddha, yang mereka sembah itu sebenarnya wali mereka; dalam agama Kristian pula mereka sembah Nabi (Nabi Isa ) manakala dalam agama Hindu, mereka sembah malaikat. Begitu juga Musyrikin Mekah sembah dan seru para malaikat.

Bagaimana pula dengan orang Islam kita? Ramai yang tidak faham dengan wahyu kerana tidak belajar, maka mereka tidak tahu tentang syirik dan ciri-cirinya. Mereka pun ramai yang sembah dan seru semua sekali Nabi, wali dan malaikat! Ini dilakukan tanpa sedar. Ada yang sembah Nabi Muhammad ﷺ, ada yang sembah Syaikh Abdul Qadir, ada yang minta tolong kepada para malaikat.

 

أَوْلِيَاءَ

sebagai pemimpin-pemimpin, pelindung-pelindung, pembantu-pembantu?;

Kalimah أَوْلِيَاءَ jamak kepada وَلِى dan ada banyak makna di dalam bahasa Arab. Di sini ia bermaksud entiti yang menyelesaikan perkara dan masalah, memenuhi permintaan. Ini adalah hak Allah ﷻ akan tetapi orang jahil telah meletakkan kedudukan ini kepada selain-Nya pula. Begitulah masyarakat kita yang jauh daripada ilmu wahyu telah menjadikan Nabi, wali dan malaikat sebagai pelindung, perantara dan tempat pengharapan. Amalan inilah yang dinamakan tawasul, iaitu ‘perantaraan’.

Ini dilakukan selalunya dengan memberi salam kepada mereka. Macam orang kita sekarang, banyak mengambil Nabi Muhammad ﷺ sebagai perantara. Selain daripada itu mereka juga menggunakan Nabi-nabi lain sebagai perantara, wali-wali seperti Sheikh Abdul Qadir Jailani dan lain-lain. Mereka tidak sedar tentang kesalahan ini kerana tidak belajar tafsir.

Yang selalu tertipu dalam perkara ini adalah golongan sufi tarekat. Ini adalah kerana mereka ini orang bodoh yang senang ditipu. Mereka tidak ada ilmu agama yang asas (terutama dalam ilmu wahyu) tetapi mempunyai keinginan terhadap agama. Mereka telah tersalah pilih gerakan tarekat yang pada luarannya nampak baik sahaja, nampak alim, nampak warak. Akan tetapi malangnya golongan ini jahil agama yang sudah ditipu syaitan. Mereka percaya apa sahaja yang diajar oleh tok guru mereka. Mereka disibukkan oleh amalan bid’ah yang banyak seperti zikir beribu kali; hasilnya mereka tidak sempat belajar agama. Maka mereka ini bodoh sampai mati. Beruntunglah mereka yang membuka juga minda mereka kepada teguran orang lain dan selamat keluar daripada gejala kebodohan pekat ini. Ramai yang sudah selamat, namun ramai lagi yang masih berdegil.

Muqaddar dalam ayat ini: adakah mereka menyangka yang Allah ﷻ tidak murka dengan perbuatan mereka itu? Tentu sekali Allah ﷻ murka dan kerana itu Allah ﷻ akan sediakan neraka jahannam untuk mereka.

Satu muqaddar yang disebut ahli tafsir: adakah mereka sangka perbuatan mereka mengambil wali sebagai ilah itu akan memberi kebaikan kepada mereka? Tentu sekali tidak!

 

إِنَّآ أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكٰفِرِينَ

Sesungguhnya Kami sediakan Neraka Jahannam kepada orang kafir

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita bahawa kalau bertawasul kepada makhluk, boleh menjadikan seseorang itu kufur musyrik kerana ini adalah perbuatan orang kafir. Oleh kerana salah faham tentang tawasul inilah yang menjadikan agama selain daripada Islam. Mereka itu asal menjadi kafir kerana salah faham tentang tawasul.

Seperti agama Kristian, Yahudi dan mungkin penganut Buddha dan Hindu itu pun, berasal daripada agama Islam sebenarnya. Akan tetapi dek kerana salah faham tentang tawasul, maka mereka telah menggunakan Nabi, wali dan malaikat sebagai perantara dalam doa. Lama kelamaan, mereka telah menyembah Nabi Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, Nabi Uzair عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, Buddha dan dewa-dewa Hindu itu.

Maka kepada mereka yang mengamalkan tawasul yang salah (ada tawasul yang dibenarkan), maka mereka akan masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya. Kepada mereka yang sangka boleh meminta tolong kepada selain daripada Allah ﷻ, maka Allah ﷻ sediakan Neraka Jahannam kepada mereka.

 

نُزُلًا

sebagai tempat tinggal; 

Neraka itu akan menjadi tempat tinggal bagi mereka. Kalimah نزل ini asalnya bermaksud tempat sambutan tetamu. Maknanya ia merupakan makanan pertama pada hari pertama tetamu datang dan ia pasti adalah hidangan yang terbaik kerana menyambut tetamu. Akan tetapi kenapa digunakan di sini pula untuk neraka?

Ini kerana Allah ﷻ sedang memerli mereka. Ini samalah seperti seorang warden penjara yang berkata kepada banduan yang baru masuk: “Silakan masuk ke bilik hotel 5 bintang ya tuan…” Itu bukanlah sambut baik tetapi kata-kata sinis sahaja. Maknanya Allah ﷻ siapkan neraka untuk sambut mereka di akhirat kelak. Inilah balasan bagi mereka. Keburukan neraka telah diceritakan dalam banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang lain.


 

MEREKA YANG RUGI

Kahf Ayat 103: Bermula ayat ini sehingga ke hujung surah adalah Perenggan Makro Keenam dan ia adalah Penutup kepada surah ini.

قُل هَل نُنَبِّئُكُم بِالأَخسَرينَ أَعمٰلًا

Sahih International

Say, [O Muhammad], “Shall we [believers] inform you of the greatest losers as to [their] deeds?

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

 

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ

Katakanlah kepada mereka: Mahukah Kami khabarkan kepada kamu 

Allah ‎ﷻ suruh Nabi Muhammad ﷺ sampaikan ajaran yang amat penting. Kerana itu ada kalimah قُلْ (katakanlah) di sini. Padahal semua ayat Nabi ﷺ kena sampaikan walau tidak disebut قُلْ pun. Akan tetapi apabila ditambah قُلْ, ia bermaksud ini adalah sesuatu yang amat penting untuk disampaikan.

Kita boleh lihat lagi digunakan kalimah naba‘ dalam ayat ini yang membawa erti berita yang lebih besar daripada khabar sahaja. Ia merupakan sesuatu yang harus diberikan perhatian. Bukan sahaja kena beri perhatian, tetapi kena ada tindakan. Maka Allah ﷻ tarik perhatian pembaca Al-Qur’an dengan kalimat ini, seolah-olah berkata: “Kamu nak tahu tak?”

 

بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمٰلًا

tentang mereka yang paling rugi dalam amalan-amalan mereka? 

Allah ﷻ suruh Nabi Muhammad ﷺ beritahu tentang mereka yang beramal, tetapi amalan mereka itu rugi sahaja, sia-sia sahaja. Yang mengamalkannya sangka mereka dapat pahala dan kebaikan dengan mengamalkannya, tetapi sebenarnya tidak.

عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ سَأَلْتُ أَبِي { قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا } هُمْ الْحَرُورِيَّةُ قَالَ لَا هُمْ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى أَمَّا الْيَهُودُ فَكَذَّبُوا مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَّا النَّصَارَى فَكَفَرُوا بِالْجَنَّةِ وَقَالُوا لَا طَعَامَ فِيهَا وَلَا شَرَابَ وَالْحَرُورِيَّةُ { الَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ } وَكَانَ سَعْدٌ يُسَمِّيهِمْ الْفَاسِقِينَ
Daripada [Mush’ab bin Sa’ad] dia berkata; Aku bertanya kepada bapaku mengenai firman Allah; Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Apakah mereka orang Haruriy (nama sebuah desa kaum khawarij)? [bapaku] menjawab; bukan, mereka adalah Yahudi dan Nasrani. Adapun orang-orang Yahudi, mereka telah mendustakan Nabi ﷺ. Sedangkan Nasrani mereka telah mengingkari syurga. Mereka mengatakan; di dalamnya tidak ada makanan dan minuman. Adapun Haruriy mereka adalah orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh… dan Sa’ad menamakan mereka sebagai orang-orang yang fasik.
(Sahih Bukhari (4359))

Maka di sini kita kena perhatikan tentang sifat-sifat orang yang rugi ini. Takut kita pun termasuk juga dalam dalam kalangan orang yang rugi. Mungkin kita perasan kita telah selamat, tetapi adakah itu benar? Cuba lihat ayat-ayat di dalam Surah Asr:

إِنَّ الإِنسانَ لَفي خُسرٍ
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

Di sini Allah ﷻ beritahu manusia itu automatik sudah rugi. Belum apa-apa pun sudah rugi. Melainkan jikalau melakukan 4 perkara. Sudahkah kita melakukannya?

إِلَّا الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّبرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati kepada kesabaran.

Kalau kita belum lagi melakukan 4 perkara ini, bagaimana kita rasa kita selamat dan tidak rugi di akhirat?


 

Kahf Ayat 104:

الَّذينَ ضَلَّ سَعيُهُم فِي الحَيَوٰةِ الدُّنيا وَهُم يَحسَبونَ أَنَّهُم يُحسِنونَ صُنعًا

Sahih International

[They are] those whose effort is lost in worldly life, while they think that they are doing well in work.”

Malay

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

 

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَوٰةِ الدُّنْيَا

Iaitu orang-orang yang sia-sia sahaja usaha gigih mereka dalam kehidupan dunia;

Iaitu sia-sia sahaja ibadat syirik dan ibadat-ibadat bid’ah yang mereka buat selama mereka di dunia dulu. Mereka bersusah payah melakukan ibadat-ibadat itu dulu. Ibadat syirik adalah seruan-seruan yang diberikan kepada selain daripada Allah ﷻ. Contohnya, menyeru Nabi dan malaikat, seperti yang banyak diamalkan oleh masyarakat kita sekarang.

Ibadat bid’ah pula adalah ibadat yang tidak diajar oleh Nabi ﷺ. Perkara ini perlu sangat diberi perhatian oleh orang-orang kita. Ramai yang ambil ringan sahaja perkara ini. Mereka sibukkan diri mereka dengan amalan bid’ah, tanpa melihat ia sebagai perkara yang salah. Lebih-lebih lagi suka sahaja untuk sedapkan hati mereka, mereka kata ia adalah ‘Bid’ah Hasanah’. Itu adalah nama untuk bagi sedap hati sahaja. Namun begitu tidak kiralah nama apa yang mereka gunakan, yang salah tetap salah. Takkan pula ada syirik hasanah, babi hasanah pula, bukan?

Malah yang lebih penting adalah pemahaman tentang syirik. Ini penting sangat kerana jikalau manusia masih berada dalam syirik, apa-apa sahaja amalan yang mereka lakukan, walaupun amalan yang sunnah, amalan itu tidak diterima. Ini kerana syarat untuk sesuatu amalan ibadah diterima adalah orang itu mesti Muslim. Maka kalau dia ada lagi mempunyai fahaman syirik dalam hatinya dan perbuatannya, dia belum lagi beriman sempurna – belum lagi Muslim yang sempurna.

 

وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

Dan mereka menyangka mereka sudah buat usaha yang terbaik;

Malangnya mereka yang jauh daripada wahyu maka mereka sememangnya tidak sedar yang amalan mereka itu sia-sia sahaja. Sebagai contohnya mereka bersusah payah sambut Maulid Nabi (Birthday Nabi), mengadakan Majlis Tahlil dan jemput orang datang makan, panggil orang zikir dan doa, baca puisi kepada Nabi ﷺ dan bermacam-macam lagi. Semua itu memerlukan kos dan masa untuk dilakukan.

Mereka sangka itu adalah amalan yang baik dan mereka sangka ia adalah amalan dalam agama. Ini kerana amalan ini sudah lama dilakukan turun temurun dan kebanyakan masyarakat kita pun masih melakukannya. Mereka sangka mereka dapat pahala yang banyak dengan beramal dengannya. Mereka sangka amalan mereka itu sudah cukup baik. Golongan dahulu pun sudah ada masalah ini. Lihatlah kisah Ibnu Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا melarang orang berselawat ketika bersin diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi رَحِمَهُ اللَّهُ:

عَنْ نَافِعٍ، أَنَّ رَجُلاً، عَطَسَ إِلَى جَنْبِ ابْنِ عُمَرَ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ‏.‏ قَالَ ابْنُ عُمَرَ وَأَنَا أَقُولُ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَلَيْسَ هَكَذَا عَلَّمَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَّمَنَا أَنْ نَقُولَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ زِيَادِ بْنِ الرَّبِيعِ ‏.‏
Daripada Nafi’, bahawa seorang lelaki bersin berhampiran dengan Ibnu ‘Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا, lalu lelaki itu membaca: Segala puji bagi Allah, salam ke atas Rasulullah ﷺ. Ibnu ‘Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا berkata: Aku juga membaca ‘Segala puji bagi Allah, salam ke atas Rasulullah’ akan tetapi bukan begini Rasulullah ﷺ mengajar kami. Baginda mengajar kami menyebut: Alhamdulillah, ‘ala kulli haal (segala puji bagi Allah atas setiap keadaan).
(Jami’ at-Tirmidzi, Kitab al-Adab, Hadith No. 2957, gharib)

Lelaki yang ditegur oleh Ibnu Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا itu sangka dengan tambah selawat, ia baik. Namun ia tidak baik kerana menambah amalan yang telah diajar oleh Nabi ﷺ. Mereka sangka mereka sudah buat perkara yang memberi pahala kepada mereka, tetapi sebenarnya mereka mengumpul dosa sahaja! Kerana amalan itu semua adalah usaha sia-sia disebabkan itu adalah amalan bid’ah. Sahabat dan ulama salaf tidak pernah buat dan menganjurkan amalan-amalan sebegitu. Kalaulah ia adalah amalan yang baik, sudah tentu mereka akan buat terlebih dahulu kerana mereka amat kuat beribadah.

Malah lebih malang lagi kadangkala dalam amalan-amalan itu ada perbuatan syirik kerana mereka akan bertawasul kepada Nabi ﷺ sebelum mereka memulakan buat Majlis Tahlil atau Doa Selamat. Mereka sangka dengan mereka sedekah Fatihah kepada Nabi ﷺ, baginda akan ingat mereka dan akan memberikan syafaat kepada mereka dan akan memberkati majlis bid’ah itu. Lebih teruk lagi ada fahaman karut mereka sangka Nabi Muhammad ﷺ akan datang! Ini adalah salah faham yang besar.

Padahal, Nabi ﷺ tidak berkuasa untuk memberi syafaat. Nabi Muhammad ﷺ hanya menyampaikan syafaat kepada mereka yang layak menerima syafaat sahaja. Kalau Nabi Muhammad ﷺ boleh menentukan siapa yang menerima syafaat, tentulah baginda akan memberikan syafaat kepada bapa saudaranya, Abu Talib, kerana baginda amat sayangkan Abu Talib dan Abu Talib sendiri telah banyak membantu baginda dalam dakwah baginda.

Abu Talib juga telah banyak memberi perlindungan kepada Nabi ﷺ semasa di Mekah. Namun tidak begitu jadinya kerana kalau Abu Talib tidak sanggup menerima agama Islam, tetap Nabi Muhammad ﷺ tidak dapat membantunya.

Oleh kerana itu, perkara ini perlu diperhatikan dengan saksama. Malang sekali kalau pelaku amalan syirik dan bid’ah itu berbangga dengan amalan-amalan yang mereka lakukan sebaliknya ia hanyalah mengundang dosa sahaja. Mereka luangkan banyak masa, tenaga dan wang namun malang sekali, kerana sia-sia sahaja amalan-amalan mereka itu. Allah ﷻ sebut di dalam Ghasyiyah: 3-4

عامِلَةٌ ناصِبَةٌ
bekerja keras lagi kepayahan,

تَصلىٰ نارًا حامِيَةً
memasuki api yang sangat panas (neraka),

Bertahun-tahun membuat amalan susah payah dengan segala modal, tetapi akhirnya masuk neraka, buat apa? Sungguh tidak bijak kalau begitu! Namun ramai yang tidak faham hal bid’ah ini kerana tidak belajar dengan betul. Sedangkan Rasulullah ﷺ setiap memulai khutbah biasanya beliau mengucapkan,

أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Amma ba’du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad ﷺ. Sejelek-jelek perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan.”
(HR. Muslim No. 867)


 

Kahf Ayat 105:

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِم وَلِقَآٮِٕهِۦ فَحَبِطَت أَعمَـٰلُهُم فَلَا نُقِيمُ لَهُم يَومَ ٱلقِيَـٰمَةِ وَزنًا

Sahih International

Those are the ones who disbelieve in the verses of their Lord and in [their] meeting Him, so their deeds have become worthless; and We will not assign to them on the Day of Resurrection any importance.

Malay

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

 

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِم

Orang yang bersifat seperti ini ialah mereka-mereka yang kufur dengan ayat-ayat Tuhan mereka;

Iaitu orang-orang yang berbuat syirik dan amalan ibadat yang bid’ah seperti yang kita telah sebutkan dalam ayat sebelum ini. Mereka itu sebenarnya kufur dengan wahyu Allah ﷻ. Mereka tidak hiraukan ajaran dalam wahyu dan kerana mereka itu tidak belajar. Ini adalah kerana mereka rasa ia tidak penting. Maka mereka terus menjadi jahil dalam agama. Kalau sumber dalam agama pun mereka tidak belajar (tafsir Al-Qur’an), bagaimanakah lagi caranya mereka dapat memahami agama yang sebenarnya?

Maka, jangan sangka kalau sudah dilahirkan dalam keluarga Muslim, nama pun nama Muslim, mengamalkan sesetengah ajaran Islam, tidak tinggalkan solat dan puasa, akan tetapi kalau ajaran wahyu tidak diendahkan, maka mereka itu boleh menjadi kufur. Kufur di mata Allah ﷻ walaupun mereka nampak Muslim di mata manusia. Ini yang kita amat takuti.

Ini kita kena faham dan luaskan fahaman kita. Jangan kita sangka orang bukan Islam sahaja yang boleh ‘kufur’. Walaupun bergelar Muslim, tetapi wahyu mereka langgar, mereka juga kufur, kerana makna kufur adalah ‘ingkar’. Maka jangan kita jadi seperti mereka. Sebaliknya bagaimana pula orang mukmin? Lihat Anfal: 2

إِنَّمَا المُؤمِنونَ الَّذينَ إِذا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَت قُلوبُهُم وَإِذا تُلِيَت عَلَيهِم ءآيٰتُهُ زادَتهُم إيمٰنًا وَعَلىٰ رَبِّهِم يَتَوَكَّلونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal.

Inilah hubungan yang kita mahu dengan Al-Qur’an. Namun bagaimana boleh kita dapat kelebihan ini jikalau kita tidak faham pun apa yang kita baca? Jangan perasanlah boleh bertambah iman kalau tidak faham tafsir Al-Qur’an.

 

وَلِقَآٮِٕهِۦ

dan kufur dengan perjumpaan dengan-Nya;

Mereka ingkar perjumpaan mereka dengan Allah ﷻ yang pasti berlaku. Mereka bagaikan tidak ingat yang mereka nanti akan mengadap Allah ﷻ dan kena jawab atas segala perbuatan mereka itu. Kalau ada amalan mereka bukan daripada agama, maka bagaimana mereka mahu jawab nanti? Mereka tidak takutkah bertemu dengan Allah ﷻ nanti?

Bagi pelaku-pelaku bid’ah pula, mereka tidak takutkah? Nanti di hadapan Allah ﷻ kalau Allah ﷻ tanya mana dalil amalan kamu ini, bagaimana hendak jawab? Apa mereka sangka mereka tidak akan ditanya di hadapan Allah ﷻ nanti?

 

فَحَبِطَتْ أَعْمٰلُهُمْ

Maka gugur semua amal ibadat mereka;

Amalan-amalan syirik dan bid’ah itu tidak ada pahala. Gugur segala amalan itu dan tidak diganti dengan pahala langsung, malah akan mendapat dosa pula. Inilah masalah yang besar dalam amalan kita kalau tidak faham perkara ini.

Kalimah حَبِطَتْ ialah laksana perut yang kembung besar kerana masuk angin. Kelihatan sepintas lalu perutnya besar kerana kenyang, padahal isinya hanya angin! Serupa dengan orang yang ditimpa penyakit busung lapar. Perut kembung isinya tidak ada. Akhirnya jadi penyakit. Angin keluar, dan perut yang buncit menjadi kempis dan yang keluar itu sangatlah busuknya! Kalimah حَبِطَتْ ini juga digunakan oleh orang Arab untuk binatang yang sakit kerana telah menelan sejenis tumbuhan yang mengakibatkan perutnya kembung sampai akhirnya mati. Begitulah amalan bid’ah itu, banyak amalannya tetapi tidak ada pahala langsung! Buang masa, tenaga dan wang ringgit sahaja.

Rasulullah ﷺ sendiri pernah memberi perumpamaan tentang kalimah حبطا ini di dalam satu hadith,

أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُا قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَطَبَ النَّاسَ فَقَالَ لَا وَاللَّهِ مَا أَخْشَى عَلَيْكُمْ أَيُّهَا النَّاسُ إِلَّا مَا يُخْرِجُ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنْيَا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأْتِي الْخَيْرُ بِالشَّرِّ فَصَمَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَاعَةً ثُمَّ قَالَ كَيْفَ قُلْتَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأْتِي الْخَيْرُ بِالشَّرِّ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْخَيْرَ لَا يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ أَوَ خَيْرٌ هُوَ إِنَّ كُلَّ مَا يُنْبِتُ الرَّبِيعُ يَقْتُلُ حَبَطًا أَوْ يُلِمُّ إِلَّا آكِلَةَ الْخَضِرِ أَكَلَتْ حَتَّى إِذَا امْتَلَأَتْ خَاصِرَتَاهَا اسْتَقْبَلَتْ الشَّمْسَ ثَلَطَتْ أَوْ بَالَتْ ثُمَّ اجْتَرَّتْ فَعَادَتْ فَأَكَلَتْ فَمَنْ يَأْخُذْ مَالًا بِحَقِّهِ يُبَارَكْ لَهُ فِيهِ وَمَنْ يَأْخُذْ مَالًا بِغَيْرِ حَقِّهِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الَّذِي يَأْكُلُ وَلَا يَشْبَعُ
[Abu Sa’id Al Khudhri رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] berkata: Suatu ketika Rasulullah ﷺ pernah berdiri dan menyampaikan khutbah di depan manusia. Baginda berkata: Tidak, Demi Allah, tidak ada sesuatu yang lebih aku khuatirkan menimpa kalian selain daripada kenikmatan dunia yang Allah lapangkan untuk kalian. Seorang sahabat bertanya: Wahai Rasulullah ﷺ, apakah harta yang didapati dari jalan yang baik juga boleh mendatangkan keburukan? Rasulullah ﷺ terdiam sesaat, lalu baginda berkata: Apa yang engkau tanyakan? Dia berkata: aku pun mengulangi pertanyaanku; Wahai Rasulullah ﷺ, apakah harta yang didapati dari jalan yang baik juga boleh mendatangkan keburukan? Baginda menjawab: Sesungguhnya kebaikan yang hakiki hanya akan membuahkan kebaikan, apapun kebaikan tersebut. Sesungguhnya semua tanaman yang tumbuh di musim bunga hanya akan membinasakan haiwan-haiwan yang rakus yang melahap semua jenis tumbuhan atau sekurang-kurangnya akan membuatnya sakit, kecuali haiwan yang hanya memakan sayur-sayuran sahaja. Ia makan, lalu jika kedua sisi perutnya telah penuh dengan makanan iapun menghadap matahari untuk buang air besar dan kecil, kemudian ia kembali mengunyah makanan lagi dan menelannya. Maka barangsiapa yang mengambil harta yang menjadi haknya maka akan diberikan keberkahan kepadanya, Dan barangsiapa yang mengambil harta yang bukan menjadi haknya maka dia adalah seperti haiwan yang selalu makan dan tidak pernah merasa kenyang”.
(Sahih Bukhari (1742))

Menariknya hadith ini pada kalimah حَبَطًا أَوْ يُلِمُّ yang digunakan oleh Rasulullah ﷺ kepada binatang yang makan bunga di musim bunga. Binatang itu sangka ia bagus kerana cantik warnanya dan harum baunya, tetapi ia memberi penyakit dan boleh membawa ajal. Begitulah dengan amalan syirik dan bid’ah. Ia mungkin nampak cantik kepada orang yang jahil; yang mengajarnya pula mungkin orang yang berperawakan warak dan alim, pakai serban macam beg bagasi; akan tetapi ia bahaya sekali. Jangan tertipu dengan orang sebegitu!

Malah bukan itu sahaja, kalau kita ada masalah dengan tauhid, maka segala amalan yang kita lakukan walaupun ikhlas, walaupun ikut syarak dan ikut sunnah, tidak ada nilai. Segala amalan itu akan musnah begitu sahaja. Kerana syarat untuk amalan diterima adalah seorang itu kenalah seorang Muslim. Namun kalau dia ada fahaman syirik, maka itu tandanya dia bukan seorang Muslim sejati dan amalan orang kafir tidak diterima.

Maka di sini mengajar kita bahawa amalan yang baik, akan tetapi jikalau melanggar syarat-syaratnya, maka ia boleh sahaja gugur begitu sahaja. Ini seperti disebut contohnya di dalam Baqarah: 264

يَـٰٓأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تُبطِلوا صَدَقٰتِكُم بِالمَنِّ وَالأَذىٰ كَالَّذي يُنفِقُ مالَهُ رِئَاءَ النّاسِ وَلا يُؤمِنُ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفوانٍ عَلَيهِ تُرابٌ فَأَصابَهُ وابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلدًا ۖ لّا يَقدِرونَ عَلىٰ شَيءٍ مِّمّا كَسَبوا ۗ وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الكٰفِرينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

 

فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ وَزْنًا

Maka Kami tidak menegakkan baginya pertimbangan pada hari kiamat sebarang timbangan;

Malang sekali mereka yang sebegitu kerana tidak ada satu benda yang boleh dinilai sebagai pahala. Tidak ada amal ibadat yang layak untuk ditimbang kerana ibadat mereka adalah ibadat yang syirik dan bid’ah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيمُ السَّمِينُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَزِنُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ وَقَالَ اقْرَءُوا { فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا }
Daripada [Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] daripada Rasulullah ﷺ bersabda: “Sungguh pada hari kiamat akan datang seseorang yang berbadan gemuk namun di sisi Allah timbangannya tidak dapat melebihi berat sayap seekor nyamuk. Bacalah ayat; …dan kami tidak memberikan penimbangan terhadap (amal) mereka pada hari kiamat, (Al Kahfi: 105).
(Sahih Bukhari (4360))

Bid’ah sebenarnya adalah satu pekerjaan yang menggantikan kerja Nabi ﷺ kerana yang sepatutnya memberitahu manusia tentang amal ibadat adalah kerja Nabi ﷺ. Mereka yang buat amal ibadah yang syirik dan bid’ah adalah menipu atas nama Allah ﷻ. Ini terjadi apabila dia kata Tuhan akan beri pahala sekian-sekian kalau buat amalan itu, padahal Allah ‎ﷻ tidak pernah cakap pun.

Atau apabila mereka kata amalan mereka itu walaupun Nabi ﷺ tidak buat tetapi ia adalah ‘bid’ah hasanah’. Begitulah mereka mendakwa Allah ﷻ suka kalau kita buat, padahal Nabi ﷺ tidak pernah kata tentang amalan bid’ah hasanah itu. Status ‘bid’ah hasanah’ itu mereka sendiri yang letak.

Apakah kesannya kalau tiada timbangan amal? Allah ﷻ telah jawab di dalam A’raf: 9

وَمَن خَفَّت مَوٰزينُهُ فَأُولٰئِكَ الَّذينَ خَسِروا أَنفُسَهُم بِما كانوا بِئآيٰتِنا يَظلِمونَ
Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 30 Jun 2024

Ringkasan Surah Kahf


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solahudin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Kahfi Ayat 98 – 101 (Kemunculan Ya’juj Ma’juj)

Kahf Ayat 98:

قَالَ هَـٰذَا رَحمَةٌ مِّن رَّبِّى‌ۖ فَإِذَا جَآءَ وَعدُ رَبِّى جَعَلَهُ ۥ دَكَّآءَ‌ۖ وَكَانَ وَعدُ رَبِّى حَقًّا

Sahih International

[Dhul-Qarnayn] said, “This is a mercy from my Lord; but when the promise of my Lord comes, He will make it level, and ever is the promise of my Lord true.”

Malay

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

 

قَالَ هَٰذَا رَحْمَةٌ مِّنْ رَّبِّي

Dzul-Qarnain berkata: Dinding ini adalah suatu rahmat daripada Tuhanku.

Rahmat daripada dinding itu adalah dapat menghalang Ya’juj Ma’juj daripada keluar membunuh manusia. Sudah sekian lama ia menghalang mereka kepada kita. Maka di sini kita dapat tahu bahawa rahmat itu bukan sahaja bermaksud pemberian sesuatu benda akan tetapi termasuk juga perlindungan daripada mara bahaya. Kadangkala kita berdoa kepada sesuatu akan tetapi kita tidak dapat perkara yang kita minta itu. Akan tetapi mungkin Allah telah beri sesuatu yang lebih baik kepada kita iaitu menyelamatkan kita, dan bukankah ini lebih baik? Oleh itu, jangan kecewa kalau kita tidak dapat apa yang kita minta kerana mungkin Allah ‎ﷻ beri yang lebih baik lagi. Perhatikan hadith ini:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ
دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا قَالُوا إِذًا
نُكْثِرُ قَالَ اللَّهُ أَكْثَرُ
“Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandungi dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahim, melainkan Allah akan mengabulkannya dengan tiga cara;
(1) Allah akan mengabulkan doanya dengan segera,
(2) Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak,
(3) Allah akan memalingkan daripadanya keburukan seumpamanya.
Mereka (para sahabat) berkata: “Kalau begitu, kami akan memperbanyak berdoa.” Nabi ﷺ bersabda: “Allah akan banyak mengabulkan doa-doa kamu.”
(Riwayat Ahmad 3/18 – Sahih)

Dzul-Qarnain terlibat secara langsung dalam pembinaan dinding itu. Lihatlah bagaimana beradabnya Dzul-Qarnain. Beliau telah membantu untuk membina tembok itu, tetapi beliau tetap berkata dengan rahmat Allah ﷻlah tembok itu boleh disiapkan. Beliau tidak sesekali berkata yang beliau yang bina tetapi beliau pulangkan kembali kepada Allah ﷻ. Maknanya tidaklah beliau mendabik dada dengan hasil usahanya, sebaliknya beliau memulangkan usahanya itu kepada Allah ﷻ. Kalau bukan Allah ﷻ yang bantu, maka tidaklah mampu beliau berbuat apa yang telah dilakukan itu. Maka kita boleh ambil pengajaran daripada sikap beliau ini. Jangan hanya letak kejayaan sesuatu pekerjaan itu pada diri kita sahaja. Kita boleh lihat contoh kata-kata Nabi Sulaiman عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ di dalam Naml: 40

قالَ الَّذي عِندَهُ عِلمٌ مِّنَ الكِتٰبِ أَناْ ءآتيكَ بِهِ قَبلَ أَن يَرتَدَّ إِلَيكَ طَرفُكَ ۚ فَلَمّا رَءآهُ مُستَقِرًّا عِندَهُ قالَ هٰذا مِن فَضلِ رَبّي لِيَبلُوَني ءأَشكُرُ أَم أَكفُرُ ۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّما يَشكُرُ لِنَفسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبّي غَنِيٌّ كَريمٌ
Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu daripada Al Kitab: “Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip”. Maka tatkala dia melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, dia pun berkata: “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”.

 

فَإِذَا جَآءَ وَعدُ رَبِّى جَعَلَهُ ۥ دَكَّآءَ‌ۖ

Dan apabila datang janji Tuhanku, nescaya Allah akan jadikan dinding ini hancur;

Memang tembok itu kukuh, tetapi tidaklah sampai bila-bila kerana akan sampai masanya yang dinding itu akan hancur juga, iaitu janji untuk mengatakan Hari Kiamat. Kalimah دَكَّآءَ‌ daripada katadasar د ك ك yang bermaksud menghancurkan; runtuh sama rata dengan bumi; hancur berkeping-keping; hancur sepenuhnya dan hancur berkeping-keping. Apabila itu terjadi, Ya’juj Ma’juj akan keluar. Ia sudah ada dalam takdir Allah ﷻ. Memang sudah ada perancangan Allah ﷻ dalam hal ini dan tentunya dengan kebijaksanaan-Nya.

 

وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا

Dan adalah janji Tuhanku benar;

Sudah pasti Allah ﷻ akan hancurkan tembok itu pada satu masa nanti. Sebagaimana pastinya hari Kiamat itu akan berlaku seperti yang dijanjikan Allah ﷻ, begitu jugalah tembok itu akan pecah. Ini sebenarnya amat menakutkan. Semoga kita diselamatkan daripada mengalaminya.


 

Kahf Ayat 99: Apa yang akan berlaku apabila tempoh itu tiba dan dinding itu hancur? Ini jikalau kita melihat ayat ini sebagai sambungan daripada kisah DzulQarnain lagi. Akan tetapi ada juga yang mengatakan kisah DzulQarnain telah tamat dan sekarang adalah Takhwif Ukhrawi, menceritakan kejadian pada Hari Kiamat.

۞ وَتَرَكنا بَعضَهُم يَومَئِذٍ يَموجُ في بَعضٍ ۖ وَنُفِخَ فِي الصّورِ فَجَمَعنٰهُم جَمعًا

Sahih International

And We will leave them that day surging over each other, and [then] the Horn will be blown, and We will assemble them in [one] assembly.

Malay

Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.

 

وَتَرَكْنَا بَعْضَهُمْ يَوْمَئِذٍ يَمُوجُ فِي بَعْضٍ

Dan Kami biarkan sebahagian mereka bercampur baur pada hari itu;

Pada hari yang ditakdirkan itu, Ya’juj dan Ma’juj dapat keluar dari tempat itu dan akan bercampur antara manusia biasa dan Ya’juj dan Ma’juj. Kalimah يَمُوجُ daripada katadasar م و ج yang bermaksud menjadi gelisah; bermasalah; membengkak; lonjakan; menekan dengan kuat seperti ombak; kemarahan. Mereka begitu ramai sampai dibayangkan mereka seperti ombak yang membelah pantai. Seperti yang telah disebut sebelum ini: nisbah kita adalah satu dan mereka 99 orang. Apabila mereka keluar ramai-ramai, manusia waktu itu memang akan dilanggar oleh mereka begitu sahaja.

Mereka akan melakukan kerosakan kepada harta manusia dan segala sesuatu yang mereka miliki. Mana-mana manusia yang mereka jumpa, mereka akan bunuh. Senang sahaja mereka bunuh seperti memijak budak-budak sahaja nanti. Tidak pernah terjadi kejadian macam itu dalam sejarah manusia. Itu akan terjadi sebelum kiamat dan setelah keluar Dajjal. Apabila Ya’juj Ma’juj telah keluar, itu adalah tanda tidak lama lagi akan kiamat. Ini telah disebut di dalam Anbiya’: 96

حَتّىٰ إِذا فُتِحَت يَأجوجُ وَمَأجوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلونَ
Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

Kemunculan mereka amat menakutkan. Ini seperti disebutkan dalam riwayat Al-Imam Ahmad رَحِمَهُ اللَّهُ, daripada Ibnu Harmalah, daripada makciknya, beliau berkata:

خَطَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَاصِبٌ إِصْبَعَهُ مِنْ لَدْغَةِ عَقْرَبٍ فَقَالَ: إِنَّكُمْ تَقُولُونَ لاَ عَدُوَّ وَإِنَّكُمْ لاَ تَزَالُونَ تُقَاتِلُونَ عَدُوًّا حَتَّى يَأْتِيَ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ عِرَاضُ الْوُجُوهِ صِغَارُ الْعُيُونِ شُهْبُ الشِّعَافِ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ
Rasulullah ﷺ berkhutbah dalam keadaan jarinya dibalut kerana disengat kala jengking. Baginda bersabda: “Kamu mengatakan tidak ada musuh. Padahal sesungguhnya kamu akan terus memerangi musuh sampai datangnya Ya’juj dan Ma’juj, lebar mukanya, kecil (sepet) matanya, dan ada warna putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai.”
(Riwayat Ahmad di dalam Musnad: 22331)
Status: Dhaif

Sekalipun hadith di atas Dhaif, tetapi rujuk pula hadith sahih selepas ini. Ia menceritakan yang Ya`juj dan Ma`juj ketika keluar tidaklah melalui sesuatu kecuali dirosaknya. Tidaklah melalui danau kecuali meminumnya hingga habis. Tidaklah mendapati manusia kecuali dibunuhnya sampai ketika mereka merasa menang membantai seluruh penduduk bumi, mereka menentang pula penduduk langit. Inilah kesombongan yang luar biasa Ya`juj wa Ma`juj.

ثُمَّ يَسِيرُونَ حَتَّى يَنْتَهُوا إِلَى جَبَلِ الْـخُمَرِ وَهُوَ جَبَلُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَيَقُولُونَ: لَقَدْ قَتَلْنَا مَنْ فِي اْلأَرْضِ هَلُمَّ فَلْنَقْتُلْ مَنْ فِي السَّمَاءِ. فَيَرْمُونَ بِنُشَّابِهِمْ إِلَى السَّمَاءِ فَيَرُدُّ اللهُ عَلَيْهِمْ نُشَّابَهُمْ مَخْضُوبَةً دَمًا
“Kemudian mereka berjalan dan berakhir di gunung Khumar, iaitu salah satu gunung di Baitul Maqdis. Kemudian mereka berkata: “Kita telah membantai penduduk bumi, mari kita membantai penduduk langit.” Maka mereka melemparkan panah-panah dan tombak-tombak mereka ke langit. Maka Allah kembalikan panah dan tombak-tombak mereka dalam keadaan berlumuran darah.”
(Riwayat Muslim dalam kitab Al-Fitan wa Asyrathus Sa’ah)

Seperti yang telah disebut, ada juga ulama’ yang mengatakan ini ayat ini menceritakan keadaan di akhirat kelak. Allah ‎ﷻ akan biarkan mereka yang derhaka itu bercampur aduk satu sama lain.

Sebenarnya kita boleh lihat bagaimana tafsiran ulama’ berkenaan mereka ini berubah mengikut zaman. Golongan ulama’-ulama’ yang terdahulu tidak berani untuk memberitahu dengan spesifik siapakah golongan Ya’juj dan Ma’juj ini tetapi golongan yang kemudian mula membuka minda mereka untuk merujuk kepada sesuatu kaum.

Antara pendapat moden tentang mereka ini adalah merujuk kepada bangsa Eropah kerana mereka itu datang dari tempat yang tinggi dan mereka datang menakluk negara-negara yang mundur dan kaum mereka telah memakan hasil daripada negara-negara mundur itu.

Kita tidak tahu dengan pasti bagaimanakah pemahaman yang sebenarnya tetapi kita hendak memberitahu bagaimana pentafsiran sesuatu ayat itu berubah mengikut zaman. Maknanya persekitaran semasa sedikit sebanyak memberi warna kepada tafsiran kita kepada Al-Qur’an. Tambahan pula akal manusia berlainan tahap dan berlainan jenis. Maka kerana itu tafsiran ulama’ berbeza-beza. Kita pilihlah mana yang sesuai dan rapat dengan dalil yang ada.

Ya’juj dan Ma’juj itu akan turun dari tempat-tempat yang tinggi dan mereka akan membunuh mana-mana sahaja manusia yang mereka temui. Di dalam kitab tafsir disebut bahawa yang selamat hanyalah mereka yang duduk di dalam masjid sahaja. Oleh kerana mereka dikatakan turun dari tempat tinggi, itu memberi isyarat yang pergerakan mereka laju. Bukanlah seperti zombie dalam filem yang bergerak perlahan sahaja.

Pada pendapat kita, perkara ini lambat lagi terjadi. Dalam riwayat disebut bagaimana mereka itu akan keluar apabila matahari naik dari arah barat sampai tengahari dan turun semula ke barat. Dari mula kejadian itu sebagai alamat terakhir, kiamat akan berlaku 120 tahun selepas itu.

Waktu matahari naik dari arah barat dan sebelum turun itu adalah waktu terakhir untuk bertaubat. Maknanya taubat selepas itu tidak akan diterima selama 120 tahun. Kiamat akan berlaku kepada orang-orang yang tidak beriman. Semoga kita diselamatkan daripada keadaan itu kerana ia adalah amat menakutkan sekali.

Hadith panjang yang dapat memberi gambaran tentang kejadian ini adalah seperti hadith di bawah. Ia dimulai dengan kisah Dajjal kerana keluarnya Ya’juj dan Ma’juj adalah selepas Dajjal keluar dan selepas Nabi Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ turun ke bumi:

قَالَ [الْإِمَامُ] أَحْمَدُ أَيْضًا: حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ أَبُو الْعَبَّاسِ الدِّمَشْقِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ يَزِيدَ بْنِ جَابِرٍ، حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ جَابِرٍ الطَّائِيُّ -قَاضِي حِمْصَ-حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ جُبَير بْنِ نُفَير الْحَضْرَمِيُّ، عَنِ أَبِيهِ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّوّاس بْنَ سمْعانَ الْكِلَابِيَّ قَالَ: ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالَ ذَاتَ غَداة، فخَفَض فِيهِ ورَفَع، حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ، [فَلَمَّا رُحْنَا إِلَيْهِ عَرَفَ ذَلِكَ فِي وُجُوهِنَا، فَسَأَلْنَاهُ فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَكَرْتَ الدَّجَّالَ الْغَدَاةَ، فَخَفَّضْتَ فِيهِ وَرَفَّعْتَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ]. فَقَالَ: “غَيْرُ الدَّجَّالِ أخْوَفُني عَلَيْكُمْ، فَإِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا فِيكُمْ فَأَنَا حَجِيجُه دُونَكُمْ، وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ، وَاللَّهُ خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ: إنه شاب جَعْدُ قَطَط عينه طَافِيَةٌ، وَإِنَّهُ يَخْرُجُ خَلَةَ بَيْنَ الشَّامِ وَالْعِرَاقِ، فَعَاثَ يَمِينًا وَشِمَالًا يَا عِبَادَ اللَّهِ اثْبُتُوا”. قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا لُبْثُهُ فِي الْأَرْضِ؟ قَالَ: “أَرْبَعِينَ يَوْمًا، يَوْمٌ كَسَنَةٍ، وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ، وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ، وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ”.قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَذَاكَ الْيَوْمُ الَّذِي هُوَ كَسَنَةٍ، أَتَكْفِينَا فِيهِ صَلَاةُ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ؟ قَالَ: “لَا اقْدِرُوا لَهُ قَدْرَهُ”.قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَمَا إِسْرَاعُهُ فِي الْأَرْضِ؟ قَالَ: “كَالْغَيْثِ اسْتَدْبَرَتْهُ الرِّيحُ”. قَالَ: “فَيَمُرُّ بِالْحَيِّ فَيَدْعُوهُمْ فَيَسْتَجِيبُونَ لَهُ، فَيَأْمُرُ السَّمَاءَ فَتُمْطِرُ، وَالْأَرْضَ فَتُنْبِتُ، وَتَرُوحُ عَلَيْهِمْ سَارِحَتُهُمْ وَهِيَ أَطْوَلُ مَا كَانَتْ ذُرَى، وَأَمَدُّهُ خَوَاصِرَ، وَأَسْبَغُهُ ضُرُوعًا. وَيَمُرُّ بِالْحَيِّ فَيَدْعُوهُمْ فَيَرُدُّونَ عَلَيْهِ قولَه، فَتَتْبَعُهُ أَمْوَالُهُمْ، فَيُصْبِحُونَ مُمْحلين، لَيْسَ لَهُمْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ. وَيَمُرُّ بالخَربة فَيَقُولُ لَهَا: أَخْرِجِي كُنُوزَكِ، فَتَتْبَعُهُ كُنُوزُهَا كَيَعَاسِيبِ النَّحْلِ”. قَالَ: “وَيَأْمُرُ بِرَجُلٍ فيُقتَل، فَيَضْرِبُهُ بِالسَّيْفِ فَيَقْطَعُهُ جَزْلتين رَمْيَةَ الغَرَض، ثُمَّ يَدْعُوهُ فَيُقْبِلُ إِلَيْهِ [يَتَهَلَّلُ وَجْهُهُ]. فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ، إِذْ بَعَثَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ، فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ، شَرْقِيَّ دِمَشْقَ، بَيْنَ مَهْرُودَتَين وَاضِعًا يَدَه عَلَى أَجْنِحَةِ مَلَكين، فَيَتْبَعُهُ فَيُدْرِكُهُ، فَيَقْتُلُهُ عِنْدَ بَابِ لُدّ الشَّرْقِيِّ”. قَالَ: “فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ، إِذْ أَوْحَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ: أَنِّي قَدْ أَخْرَجْتُ عِبَادًا مِنْ عِبَادِي لَا يَدَانِ لَكَ بِقِتَالِهِمْ، فَحَوّز عِبَادِي إِلَى الطُّورِ، فَيَبْعَثُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَهُمْ كَمَا قَالَ اللَّهُ: {مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ} فَيَرْغَبُ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، فَيُرْسِلُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ نَغَفًا فِي رِقَابِهِمْ، فَيُصْبِحُونَ فَرْسى، كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ. فَيَهْبِطُ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ، فَلَا يَجِدُونَ فِي الْأَرْضِ بَيْتًا إِلَّا قَدْ مَلَأَهُ زَهَمُهم ونَتْنهُم، فَيَرْغَبُ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللَّهِ، فَيُرْسِلُ عَلَيْهِمْ طَيْرًا كَأَعْنَاقِ البُخْت، فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ”.
قَالَ ابْنُ جَابِرٍ فَحَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ يَزِيدَ السَّكْسَكيّ، عَنْ كَعْبٍ -أَوْ غَيْرِهِ-قَالَ: فَتَطْرَحُهُمْ بالمَهْبِل. [قَالَ ابْنُ جَابِرٍ: فَقُلْتُ: يَا أَبَا يَزِيدَ، وَأَيْنَ المَهْبِل؟] ، قَالَ: مَطْلَعُ الشَّمْسِ.
قَالَ: “وَيُرْسِلُ اللَّهُ مَطَرًا لَا يَكُنَّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَر وَلَا وَبَر أَرْبَعِينَ يَوْمًا، فَيَغْسِلُ الْأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كالزّلَقَةِ، وَيُقَالُ لِلْأَرْضِ: أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ، ورُدي بَرَكَتَكِ”. قَالَ: “فَيَوْمَئِذٍ يَأْكُلُ النَّفَرُ مِنَ الرُّمَّانَةِ وَيَسْتَظِلُّونَ بقحْفها، ويُبَارك فِي الرَسْل، حَتَّى إِنَّ اللَّقْحَةَ مِنَ الْإِبِلِ لَتَكْفِي الفِئَامَ مِنَ النَّاسِ، وَاللَّقْحَةَ مِنَ الْبَقَرِ تَكْفِي الْفَخِذَ، وَالشَّاةَ مِنَ الْغَنَمِ تَكْفِي أَهْلَ الْبَيْتِ”. قَالَ: “فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ (، إِذْ بَعَثَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ رِيحًا طَيِّبَةً تَحْتَ آبَاطِهِمْ، فَتَقْبِضُ رُوحَ كُلِّ مُسْلِمٍ -أَوْ قَالَ: كُلِّ مُؤْمِنٍ-وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ يَتَهَارَجُونَ تَهَارُجَ الْحَمِيرِ، وَعَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ”.
Imam Ahmad رَحِمَهُ اللَّهُ telah mengatakan pula, telah menceritakan kepada kami Al-Walid ibnu Muslim, Abul Abbas Ad-Dimasyqi, telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman ibnu Yazid ibnu Jabir, telah menceritakan kepadaku Yahya ibnu Jabir At-Ta-i (kadi Himsa), telah menceritakan kepadaku Abdur Rahman ibnu Jubair ibnu Nafir Al-Hadrami, daripada ayahnya; dia mendengar An-Nawwas ibnu Sam’an Al-Kalabi mengatakan bahawa pada suatu siang hari Rasulullah ﷺ menceritakan tentang Dajjal dengan suara yang terdengar adakalanya rendah dan adakalanya keras, sehingga kami menduga baginda berada di dalam kebun kurma. Nabi ﷺ bersabda, “Bukan Dajjal yang aku khuatirkan akan memudaratkan kalian. Kerana jika Dajjal muncul, sedangkan aku masih berada di antara kalian, maka akulah yang akan menghadapinya, bukan kalian. Jika dia muncul, sedangkan aku tidak lagi berada di antara kalian, maka setiap orang muslim wajib membela dirinya, dan Allah-lah yang menjaga setiap orang muslim sepeninggalanku. Sesungguhnya Dajjal adalah seorang yang berusia muda, berambut keriting, dengan bola mata yang menonjol. Dan sesungguhnya pasukan berkudanya memenuhi kawasan antara negeri Syam dan Iraq, lalu menyebar ke segala penjuru. Hai hamba-hamba Allah, berpendirian teguhlah kalian.”
Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lamakah Dajjal tinggal di bumi?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Empat puluh hari; sehari ada yang lamanya sama dengan satu tahun, sehari ada yang lamanya sama dengan satu bulan, sehari ada yang lamanya sama dengan satu minggu, sedangkan hari-hari lainnya sama dengan hari-hari kalian sekarang ini.”
Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, tentang sehari yang lamanya sama dengan satu tahun, apakah cukup bagi kita mengerjakan solat sehari semalam di dalamnya?” Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidak boleh, tetapi tentukanlah perhitungan waktunya oleh kalian.”
Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kecepatan perjalanan Dajjal (dan pasukannya) di muka bumi ?” Rasulullah ﷺ bersabda, “Seperti hujan yang diiringi dengan angin besar. Lalu melewati suatu kampung, maka Dajjal dan bala tenteranya menyeru mereka. Dan bila mereka menerima seruannya, maka Dajjal memerintahkan kepada langit untuk hujan, lalu turunlah hujan; dan memerintahkan kepada bumi untuk menumbuhkan tumbuhan, maka tumbuhlah tumbuhan dengan suburnya, sehingga ternakan mereka berkembang dengan pesat dan berbadan gemuk-gemuk serta berlimpah air susunya. Bila Dajjal melewati suatu kampung dan menyeru mereka, tetapi mereka menolaknya, maka harta benda mereka (yakni ternakan mereka) mengikuti Dajjal, sehingga mereka tidak mempunyai harta lagi, tiada sesuatu pun yang tersisa daripada milik mereka. Bila Dajjal melewati suatu daerah yang tandus, maka dia berkata, ‘Keluarkanlah semua perbendaharaanmu.” Maka semua perbendaharaan tanah tandus itu muncul dan mengikutinya bagaikan lebah mengikuti ratunya.”
Rasulullah ﷺ melanjutkan kisahnya, bahawa Dajjal memerintahkan untuk membunuh seorang lelaki, lalu lelaki itu dipukulnya dengan pedang hingga terpotong menjadi dua bahagian dalam keadaan terpental jauh. Kemudian Dajjal memanggilnya, ternyata lelaki itu hidup kembali dan datang kepadanya. Ketika Dajjal dan pasukannya dalam keadaan demikian, Allah menurunkan Al-Masih Isa putra Maryam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ turun di menara putih yang ada di sebelah timur kota Dimasyq dengan memakai dua lapis baju berwarna kuning seraya meletakkan kedua tangannya di antara sayap dua malaikat. Lalu Isa putra Maryam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ mengejar Dajjal dan dapat mengalahkannya di pintu gerbang sebelah timur Kota Ladd, lalu Dajjal dibunuhnya.
Rasulullah ﷺ melanjutkan kisahnya, bahawa ketika mereka dalam keadaan demikian (bersama Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ), tiba-tiba Allah menurunkan wahyu-Nya kepada Isa putra Maryam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, “Bahawasanya Aku telah mengeluarkan sebahagian daripada hamba-hamba-Ku yang tidak akan mampu bagimu memerangi mereka, maka selamatkanlah hamba-hamba-Ku yang beriman ke Bukit Thur.”
Lalu Allah mengeluarkan Ya’juj dan Ma’juj, sebagaimana yang disebutkan oleh firman-Nya: dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. (Al-Anbiya: 96) Maka Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan sahabat-sahabatnya berdoa kepada Allah dengan penuh harap. Kemudian Allah mengirimkan wabak ulat yang menjangkiti tengkuk Ya’juj dan Ma’juj, sehingga mereka mati semuanya bagaikan matinya seseorang kerana wabak tersebut. Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan para sahabatnya turun, mereka tidak menjumpai suatu rumah pun melainkan dipenuhi dengan bangkai dan bau busuk Ya’juj dan Ma’juj. Lalu Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan para sahabatnya kembali memohon kepada Allah dengan penuh harap (agar dibebaskan daripada bencana itu). Maka Allah mengirimkan burung-burung yang besar tiap seekornya sama dengan unta yang paling besar, lalu burung-burung itu membawa bangkai Ya’juj dan Ma’juj untuk membuangnya ke tempat yang dikehendaki oleh Allah.
Ibnu Jabir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Ata ibnu Yazid As-Saksaki, dari Ka’b atau lainnya yang mengatakan bahawa burung-burung itu membuang bangkai Ya’juj dan Ma’juj ke Al-Mahyal. Ibnu Jabir bertanya, “Hai Abu Yazid, di manakah Al-Mahyal itu ?” Abu Yazid menjawab, “Tempat terbitnya matahari.”
Abu Yazid melanjutkan kisahnya, bahawa lalu Allah menurunkan hujan lebat yang melanda semua bangunan kota dan kampung-kampung selama empat puluh hari tanpa berhenti; hujan itu mencuci bumi sehingga menjadi bersih dan licin. Lalu dikatakan kepada bumi, “Keluarkanlah tumbuhanmu dan keluarkanlah keberkatanmu.” Maka pada masa itu satu buah delima dapat mencukupi bagi beberapa orang makan, mereka dapat bernaung di bawah daunnya. Ternakan diberkati pula sehingga perahan susu seekor unta betina dapat mencukupi untuk minum sejumlah besar orang, perahan susu daripada seekor sapi betina dapat mencukupi banyak orang, dan perahan susu seekor kambing betina cukup untuk satu keluarga. Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang berbau harum, lalu angin itu menerpa bahagian bawah ketiak mereka dan mencabut roh setiap orang muslim, atau setiap orang mukmin. Sehingga yang tertinggal di bumi ini hanyalah orang-orang jahat saja, sikap mereka sama dengan sekumpulan keldai liar, maka hari kiamat terjadi di atas mereka.
(HR. Ahmad 5/196, Muslim no. 5361, Hakim no. 8732)

Daripada hadith ini dan beberapa hadith lain, ia menunjukkan kemunculan Ya’juj dan Ma’juj ini datang berdekatan dengan Kiamat. Ia berlaku selepas kemunculan Imam Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Oleh itu, ia menolak pendapat yang mengatakan Ya’juj dan Ma’juj sudah keluar sampaikan ada dikatakan mereka itulah bangsa Tartar, bangsa Eropah, Mongolia dan berbagai pendapat lagi. Itu semua tidak benar.

 

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ

Maka Kami akan tiupkan sangkakala;

Tidak lama selepas dikeluarkan Ya’juj Ma’juj itu, maka Kiamat akan berlaku. Akan ditiupkan sangkakala untuk mematikan semua makhluk yang ada di dalam alam ini. Setelah semuanya hancur, mereka akan dikumpulkan. Tiupan yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah Tiupan Kedua iaitu apabila hendak dikumpulkan semua makhluk di Mahsyar.

 

فَجَمَعْنٰهُمْ جَمْعًا

Kami akan kumpulkan mereka bersama;

Semua makhluk akan dikumpulkan di Mahsyar. Ini adalah peringatan tentang Hari Kiamat. Ringkas sahaja diceritakan di sini, sebab di tempat lain sudah banyak diceritakan dengan panjang lebar.

Di sini kalimah جَمْعًا adalah maf’ul mutlaq. Maksudnya berkumpul sebenar-benar berkumpul, ertinya tidak ada yang akan ketinggalan dan tidak akan ada perbezaan penghargaan kerana semua manusia sama di sisi Allah ‎ﷻ. Cuma di atas dunia ini juga manusia yang kerapkali meminta keistimewaan penghargaan kononnya darjat mereka yang berbeza. Maka ketika akan menghadapi perhitungan dan penelitian amal, akan samalah darjat kesemua manusia, tidak ada yang mendapat pengecualian.

Selesai kisah DzulQarnain. Begitulah dapat kita fahami di sini bahawa tidak kiralah betapa hebat sekalipun DzulQarnain itu dengan segala kekuatan yang telah diberikan kepada beliau, ternyata tidak dapat beliau mengalahkan Ya’juj Ma’juj itu. Beliau hanya dapat mengurung mereka sahaja di sebalik tembok besi. Begitulah juga nanti dengan Nabi Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, pun tidak dapat mengalahkan Ya’juj Ma’juj itu, melainkan baginda mesti meminta bantuan Allah ‎ﷻ juga akhirnya.

Akan tetapi kenapa kita tidak dapat nampak Ya’juj Ma’juj ini sekarang? Sudah banyak kajian telah dilakukan oleh berbagai pihak, eksplorasi dan sebagainya, masih lagi tidak tahu kedudukan mereka yang sebenar. Jawapannya kerana sekarang ini tidak ada sesiapa yang menguasai semua wilayah dunia sebagaimana DzulQarnain itu. Maka ada kawasan yang tidak dapat dimasuki oleh kerajaan sekarang.


 

NASIB MUSYRIK DI HARI PENGHAKIMAN

Kahf Ayat 100:

وَعَرَضنا جَهَنَّمَ يَومَئِذٍ لِّلكٰفِرينَ عَرضًا

Sahih International

And We will present Hell that Day to the Disbelievers, on display –

Malay

Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;

 

Neraka akan ditarik keluar oleh malaikat ke Mahsyar untuk ditunjukkan kepada makhluk yang berada di Mahsyar terutama sekali kepada ahli neraka. Neraka akan dipanaskan sekali ganda daripada kehangatan dunia. Manusia akan dapat mendengar neraka itu menggelegak. Kejadian ini juga disebut di dalam Fajr: 23

وَجِيءَ يَومَئِذٍ بِجَهَنَّمَ ۚ يَومَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الإِنسٰنُ وَأَنّىٰ لَهُ الذِّكرىٰ
Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya.

Berapa besar neraka itu sampai boleh dibawa-bawa pula?

Daripada Ibnu Mas’ud رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, Nabi ﷺ bersabda,
يُؤتى بالنارِ يومَ القيامةِ لها سبعون ألفَ زمامٍ مع كلِّ زمامٍ سبعون ألفَ ملَكٍ يجرُّونَها
“Neraka (Jahannam) pada hari kiamat akan didatangkan, ia memiliki 70,000 tali. Pada setiap talinya terdapat 70,000 malaikat yang menariknya”
(Riwayat Sahih Muslim No. 2842)

Ternyata neraka bukanlah kecil tetapi amat besar. Ia akan ditarik ke Mahsyar kelak untuk ditunjukkan kepada ahli neraka. Kejadian ini adalah untuk beri mereka azab takut dahulu dengan melihat neraka sebelum benar-benar dimasukkan ke dalamnya.


 

Kahf Ayat 101: Penjelasan siapakah orang kafir itu. Bagaimana keadaan mereka di dunia.

الَّذينَ كانَت أَعيُنُهُم في غِطاءٍ عَن ذِكري وَكانوا لا يَستَطيعونَ سَمعًا

Sahih International

Those whose eyes had been within a cover [removed] from My remembrance, and they were not able to hear.

Malay

(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

 

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ

Iaitu orang-orang yang mata mereka dulu dalam tutupan;

Maksudnya semasa mereka hidup di dunia, mereka lalai dan leka daripada menerima pengajaran agama. Mata hati mereka tertutup daripada wahyu Al-Qur’an. Kalimah غِطَاءٍ adalah daripada katadasar غ ط ي yang bermaksud penutup; tudung; kejahilan. Apabila ditunjukkan kebenaran kepada mereka, mereka tidak mampu melihatnya kerana ada tutupan maknawi (dari segi makna sahaja) pada mata mereka.

Kita boleh lihat ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an: kalimah عين asalnya bermaksud ‘mata’ dan ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata). Jamak عين adalah أعيُن bagi mata dan عُيُون bagi mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah أعيُن sentiasa digunakan bagi mata dan kalimah عُيُون sentiasa digunakan bagi mata air.

 

عَنْ ذِكْرِي

dari peringatan Kami;

Yang ditutup itu adalah daripada peringatan Allah ‎ﷻ. Yang dimaksudkan ‘peringatan’ itu adalah sama ada pengajaran daripada Al-Qur’an atau dari mana-mana guru yang mengajar. Mata mereka bagaikan tertutup dan kerana itu mereka tidak dapat melihat kebenaran walaupun ia ada di depan mata mereka.

 

وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

dan mereka tidak dapat mendengar;

Bukan sahaja mata mereka tertutup daripada melihat kebenaran, telinga mereka tidak dapat mendengar wahyu daripada Allah ‎ﷻ. Bila dibacakan ayat Al-Qur’an kepada mereka, mereka tidak dapat terima kerana telinga mereka bagai ditutup. Macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Tidak sanggup mendengar, ertinya bahawa tiap-tiap dibicarakan orang di hadapannya suatu seruan kebenaran, tidak sanggup telinganya mendengarkan, kerana hidupnya telah terpukau oleh nafsu-nafsu yang jahat, sampai dia merasa berat akan meninggalkan kejahatan itu. Sebab itu dia merasa lebih baik jangan didengarkan sahaja seruan-seruan orang kepada kebenaran itu. Seumpama seseorang itu diajak mendengarkan ajaran-ajaran agama, dia tidak mahu menuruti ajakan itu kerana dia takut kata-kata guru yang mengajar itu akan menyindir dirinya saja. Atau mengancam akan masuk neraka barangsiapa yang melanggar perintah Tuhan. Sehingga ada mereka yang mencela ahli-ahli dakwah itu, katanya tidak pandai menarik hati orang, hanya mengancam saja. Padahal yang disampaikan itu bukanlah kehendak orang yang mengatakan itu, melainkan seruan Allah ﷻ jua, namun telinganya tidak sanggup mendengarkannya, dia takut dikritik.

Sekian Ruku’ ke 11 daripada 12 ruku’ surah ini.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat seterusnya

Kemaskini: 28 Jun 2024

Ringkasan Surah Kahf


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solahudin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Kahfi Ayat 94 – 97 (Kisah Ya’juj Ma’juj)

Kahf Ayat 94: Apa kata mereka kepada Dzul-Qarnain?

قَالُواْ يَـٰذَا ٱلقَرنَينِ إِنَّ يَأجُوجَ وَمَأجُوجَ مُفسِدُونَ فِى ٱلأَرضِ فَهَل نَجعَلُ لَكَ خَرجًا عَلَىٰٓ أَن تَجعَلَ بَينَنَا وَبَينَهُم سَدًّ۬ا

Sahih International

They said, “O Dhul-Qarnayn, indeed Gog and Magog are [great] corrupters in the land. So may we assign for you an expenditure that you might make between us and them a barrier?”

Malay

Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

 

قَالُواْ يَـٰذَا ٱلقَرنَينِ إِنَّ يَأجُوجَ وَمَأجُوجَ مُفسِدُونَ فِى ٱلأَرضِ

Mereka berkata: Wahai Dzul-Qarnain, sesungguhnya kaum Ya’juj dan Ma’juj berbuat kerosakan di muka bumi;

Ya’juj Ma’juj itu adalah keturunan manusia juga iaitu daripada keturunan Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ kerana semua manusia daripada keturunan baginda berdasarkan kepada ayat Saffat: 77

وَجَعَلنا ذُرِّيَّتَهُ هُمُ الباقينَ
Dan Kami jadikan anak cucunya orang-orang yang melanjutkan keturunan.

Penduduk di situ menceritakan kadang-kadang Ya’juj dan Ma’juj akan datang mengambil makanan mereka dan merosakkan tanaman mereka. Sebelum ini telah disebut kedudukan mereka بَينَ السَّدَّينِ iaitu dua gunung yang menjadi penghalang mereka daripada Ya’juj Ma’juj. Akan tetapi oleh kerana masih ada bukaan, maka Ya’juj dan Ma’juj masih boleh masuk dan mengganggu kaum itu.

Maka kaum itu mengadu kepada DzulQarnain dan berharap beliau dapat menolong mereka mengawal golongan Ya’juj dan Ma’juj itu. Mereka lihat bahawa DzulQarnain berkemampuan untuk membantu mereka.

Sekarang kita cuba bahaskan siapakah Ya’juj dan Ma’juj ini. Sebenarnya, ia banyak dibahaskan oleh para ulama’ dalam Asyrat Al-sa’ah (tanda-tanda Kiamat) dan juga hadith fitan (ujian akhir zaman). Justeru, amat penting umat Islam memahami akan perihal Ya’juj dan Ma’juj yang sebenarnya. Semoga dengan pencerahan ini akan memberikan sebuah kefahaman yang jelas.

Para ulama’ bahasa telah khilaf berkenaan dengan perkataan “يأجوج ومأجوج”. Apakah kedua-duanya musytaq atau nama ‘ajam? Ajam bermaksud ‘bukan Arab’ maknanya nama itu diambil daripada luar dunia Arab.

Pendapat pertama ia adalah isytiqaq. Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab menukilkan pandangan mereka yang isytiqaq kedua-duanya daripada Bahasa Arab daripada perkataan (أجَّتِ النار) membuat-buat api atau daripada perkataan (الماء الأجاج) daripada air yang sangat masin. (Lihat Lisan al-Arab, 2/207)

Perkataan Ya’juj atas wazan (يفعول) dan Ma’juj pula atas wazan (مفعول). Ia seolah-olah api yang menggelegak dan membara. Ini menggambarkan seolah-olah gerakan mereka tiada siapa yang mampu menahannya.

Ini jika kedua nama ini daripada Bahasa Arab. Namun sebaliknya, jika daripada Bahasa Ajam, maka tiada musytaq.

Pengarang kitab Asyrat al-Sa’ah berkata: Ya’juj dan Ma’juj berasal daripada bahasa Arab. Ya’juj yang berakar kata “ujaj” (أُجَاجٌ) yang bererti mengering kemudian mengeras, dan satu lagi daripada kata “al-ajj” (الْأَجُّ) yang ertinya ketika musuh datang dengan cepat sekali, sedangkan Ma`juj berasal daripada kata “maaja” (مَاجَ) yang bererti goncang.

Menurut Abu Hatim pula, ma’juj berasal daripada maaja, iaitu kekacauan. Ma’juj berasal daripada mu’juj, iaitu malaja. Namun, menurut pendapat yang sahih, Ya’juj dan Ma’juj bukan isim musytaq, melainkan isim ‘ajam dan laqab (gelaran). Setiap daripada akar kata ini memiliki kesesuaian dengan sifat kaum Ya`juj dan Ma`juj tersebut. (Lihat Asyrath al-Sa’ah oleh Yusuf al-Wabil hlm. 365-366)

Pendapat yang rajih adalah ia bukan musytaq tetapi bahasa ‘ajam dan termasuk dalam “ممنوع من الصرف” kerana sifat ‘alamiyah dan ‘ajamnya. Inilah pendapat yang kuat kerana dua qabilah tersebut telah wujud sebelum orang Arab.

Abu al-Kalam Azad pula menyatakan bahawa perkataan Ya’juj dan Ma’juj berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog dan Magog. Sebab kalau perasan, kalau Ya’juj dan Ma’juj diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, kita akan lihat Gog dan Magog digunakan.

Ibn Kathir رَحِمَهُ اللَّهُ berkata: Ya’juj dan Ma’juj termasuk daripada keturunan Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ sebagaimana yang ditegaskan di dalam al-Sahihain.

Ada beberapa hadith yang menyebut tentang mereka yang memberi sedikit gambaran kepada kita. Antaranya, hadith daripada Abi Sa’id al-Khudri رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, Rasulullah ﷺ bersabda:

يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى يَا آَدَمُ فَيَقُولُ لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ فَيَقُولُ أَخْرِجْ بَعْثَ النَّارِ قَالَ وَمَا بَعْثُ النَّارِ قَالَ مِنْ كُلِّ أَلْفٍ تِسْعَمِئَةٍ وَتِسْعَةً وَتِسْعِينَ فَعِنْدَهُ يَشِيبُ الصَّغِيرُ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللهِ شَدِيدٌ قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ وَأَيُّنَا ذَلِكَ الْوَاحِدُ قَالَ أَبْشِرُوا فَإِنَّ مِنْكُمْ رَجُلٌ وَمِنْ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ أَلْفٌ…
Allah berfirman, “Wahai Adam!” Kemudian Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berkata, “Labbaik wa sa’daik! Kebaikan berada di tangan-Mu.” Allah pun berkata, “Pisahkanlah penghuni-penghuni neraka!” Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berkata, “Siapakah penghuni-penghuni neraka itu?” Allah berkata, “Di setiap seribu orang ada sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang.” Itu adalah ketika anak kecil akan beruban, setiap wanita hamil akan keguguran dan kamu melihat manusia seolah-olah mabuk, padahal mereka tidak mabuk. Akan tetapi, azab Allahlah yang sangat pedih.”
Para sahabat pun berkata, “Ya Rasulullah! Siapakah di antara kami satu orang tersebut?” Kemudian Baginda ﷺ menjawab, “Bergembiralah kamu. Sesungguhnya daripada setiap orang daripada kamu, maka daripada Ya’juj dan Ma’juj ada seribu orang…”
(Riwayat Bukhari (3348))

Hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa orang kafir selain daripada Ya’juj dan Ma’juj akan masuk ke neraka bersama dengan Ya’juj dan Ma’juj. Selain itu, hadith tersebut juga memberi gambaran kepada kita bahawa betapa ramainya bilangan Ya’juj dan Ma’juj ini serta sedikitnya daripada golongan orang yang beriman masuk ke dalam neraka. Hal ini boleh difahami melalui sebuah hadith Nabi ﷺ yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi رَحِمَهُ اللَّهُ daripada Imran bin Husain bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

ذَلِكَ يَوْمٌ يُنَادِي اللَّهُ فِيهِ آدَمَ فَيُنَادِيهِ رَبُّهُ فَيَقُولُ: يَا آدَمُ ابْعَثْ بَعْثَ النَّارِ، فَيَقُولُ: أَيْ رَبِّ، وَمَا بَعْثُ النَّارِ؟ فَيَقُولُ: مِنْ كُلِّ أَلْفٍ تِسْعُ مِائَةٍ وَتِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ إِلَى النَّارِ وَوَاحِدٌ فِي الجَنَّةِ ” فَيَئِسَ القَوْمُ، حَتَّى مَا أَبَدَوْا بِضَاحِكَةٍ، فَلَمَّا رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي بِأَصْحَابِهِ قَالَ: «اعْمَلُوا وَأَبْشِرُوا فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنَّكُمْ لَمَعَ خَلِيقَتَيْنِ مَا كَانَتَا مَعَ شَيْءٍ إِلَّا كَثَّرَتَاهُ، يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ، وَمَنْ مَاتَ مِنْ بَنِي آدَمَ وَبَنِي إِبْلِيسَ» قَالَ: فَسُرِّيَ عَنِ القَوْمِ بَعْضُ الَّذِي يَجِدُونَ، فَقَالَ: اعْمَلُوا وَأَبْشِرُوا فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ مَا أَنْتُمْ فِي النَّاسِ إِلَّا كَالشَّامَةِ فِي جَنْبِ البَعِيرِ أَوْ كَالرَّقْمَةِ فِي ذِرَاعِ الدَّابَّةِ
“Itu adalah hari di mana Allah berfirman kepada Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ: Wahai Adam, utuslah utusan-utusan ke neraka.” Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ bertanya: “Wahai Rabb, apakah itu utusan neraka?.” Allah menjawab: “Daripada setiap seribu, sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang ke neraka dan satu sahaja yang akan ke syurga.” Semua yang berada di situ merasa berputus asa sehingga tidak ada yang tertawa lagi.
Apabila Rasulullah ﷺ melihat keadaan para sahabat, Rasulullah ﷺ bersabda: “Beramallah dan bergembiralah kerana demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya kamu tidak termasuk di dalam ciptaan Allah yang jumlahnya jauh lebih besar dibandingkan dengan yang lain, Ya’juj dan Ma’juj serta orang yang mati daripada keturunan Adam dan juga keturunan iblis.”
Imran berkata: Mereka pun bergembira dengan sebahagian hal yang mereka temukan. Baginda ﷺ bersabda: “Beramallah dan bergembiralah kerana demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, tidaklah kamu berada di tengah-tengah manusia melainkan seperti tahi lalat di sebelah unta atau seperti tanda di lengan binatang ternakan.”
(Riwayat Tirmidzi (3169))
Imam Tirmidzi menilai hadith ini sebagai hasan sahih

Kemunculan Ya’juj dan Ma’juj adalah salah satu dari tanda dekatnya Kiamat. Imam Muslim رَحِمَهُ اللَّهُ dengan sanadnya merekodkan bahawa Huzaifah bin Asid al-Ghiffary bercerita:

اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ، فَقَالَ: «مَا تَذَاكَرُونَ؟» قَالُوا: نَذْكُرُ السَّاعَةَ، قَالَ: ” إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ – فَذَكَرَ – الدُّخَانَ، وَالدَّجَّالَ، وَالدَّابَّةَ، وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ، وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنَ الْيَمَنِ، تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ
Suatu hari Rasulullah ﷺ datang kepada kami dalam keadaan kami sedang berbincang-bincang. Lantas baginda bertanya: “Apakah yang kamu bincangkan?” Mereka mengatakan: “Kami membincangkan tentang Hari Kiamat”. Nabi ﷺ bersabda: “Ia tidak akan berlaku melainkan sebelumnya kamu melihat 10 tanda.” Lalu Nabi ﷺ menyebutkan tandanya – “Asap, Dajjal, Binatang melata, keluar matahari dari arah terbenamnya (barat), turunnya Isa bin Maryam , Ya’juj dan Ma’juj, serta tiga gempa iaitu di timur, barat dan kepulauan Arab. Akhir sekali ialah api yang keluar dari Yaman sehingga menghalau manusia ke tempat pengumpulan mereka.”
(Riwayat Muslim (2901))

 

فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا

Maka bolehkah kami nak beri kamu upah bayaran untuk menjadikan antara kami dan mereka itu satu dinding;

Mereka berniat untuk mengumpulkan harta dalam kalangan mereka untuk diberikan kepada DzulQarnain untuk membina sebuah tembok besar bagi memisahkan antara mereka dan Ya’juj Ma’juj. Maknanya mereka hendak bayar upah atau ufti tahunan kepada DzulQarnain di atas khidmatnya itu.

Kalimah خَرْجًا daripada katadasar خ ر ج yang bermaksud ‘keluar’. Maka ia bermaksud belanja yang dikeluarkan untuk diberikan kepada orang lain. Ini adalah pelik kerana rakyat hendak bayar kepada raja yang kaya.

Banyaklah pendapat yang dikeluarkan untuk menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan tempat itu, dan siapakah Ya’juj dan Ma’juj itu. Antaranya mengatakan mereka itu datang dari negara China dan tembok yang dimaksudkan adalah Tembok Besar China. Itu adalah tidak benar berdasarkan daripada kajian sejarah. Maka ini adalah di kawasan lain. Terdapat banyak kajian dan eksplorasi telah dijalankan tetapi tidak dapat dipastikan tempatnya.


 

Kahf Ayat 95: Adakah Dzul-Qarnain menerima upah mereka itu? Tentulah tidak. Raja menyambut penyerahan penaklukan mereka dengan satu kebijaksanaan tertinggi, kebijaksanaan sambil mendidik.

قالَ ما مَكَّنّي فيهِ رَبّي خَيرٌ فَأَعينوني بِقُوَّةٍ أَجعَل بَينَكُم وَبَينَهُم رَدمًا

Sahih International

He said, “That in which my Lord has established me is better [than what you offer], but assist me with strength; I will make between you and them a dam.

Malay

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

 

قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ

Dzul-Qarnain berkata: Apa yang dianugerahkan kepadaku oleh Tuhanku lebih baik (daripada upah itu);

DzulQarnain tidak memerlukan upah mereka dan beliau tidak akan ambil. Beliau akan bantu mereka dengan percuma. Ini adalah kerana apa yang beliau dapat dari segi kekayaan dan kekuasaan daripada Allah ‎ﷻ adalah lebih lagi daripada apa yang mereka boleh beri.

Tambahan pula beliau adalah seorang raja yang memiliki kerajaan yang baik, maka tentunya beliau yang akan menguruskan khidmat kepada mereka. Ini adalah seperti kerajaan yang membina jalan dan sebagainya, yang tidak akan mahu mengambil duit daripada rakyat pula sedangkan itu adalah tanggungjawab mereka. Maka di sini DzulQarnain beritahu, tidak perlu diberi upah kepadanya. Beliau akan buat secara percuma.

Atau, maksud Dzul-Qarnain di sini adalah lebih baik mereka tunduk di bawah kerajaan beliau berbanding mereka bayar upah itu. Apabila berada di bawah kerajaannya itu, beliau akan menjaga mereka. Itu adalah lebih baik berbanding mereka bagi upah kemudian menguruskan sendiri hal mereka. Tentu mereka tidak mampu.

 

فَأَعينوني بِقُوَّةٍ

Maka kamu tolonglah aku dengan kekuatan;

DzulQarnain pun meminta tolong juga walaupun beliau seorang raja. Ini kerana penduduk tempat itu ada kemahiran juga, cuma mereka tidak tahu cara untuk membina tembok itu sahaja. DzulQarnain pula datang dengan tenteranya sahaja. Tidak ada bahan mentah dan pembina-pembina yang datang bersamanya. Maka sama-samalah mereka bergabung tenaga untuk kebaikan bersama.

Ini mengajar kita yang DzulQarnain ini juga memerlukan dan berhajat kepada bantuan. Bukanlah beliau mempunyai kelebihan luarbiasa melebihi manusia yang lain. Maka tidak patut kalau memujanya, tidak patut untuk menyerunya sebagai ilah seperti yang dilakukan oleh puak musyrik.

Penduduk tempat itu boleh membantu dengan memberi tenaga buruh dan alat perkakas binaan kerana kemungkinan besar DzulQarnain datang dengan tentera sahaja. Juga supaya mereka pun buat juga kerja, tidaklah hanya duduk dan melihat sahaja. Dengan sambutan yang demikian nampaklah bahawa “Yang Empunya Dua Tanduk” membawa rakyat itu bekerjasama dan menanamkan dalam diri mereka rasa tanggungjawab, sehingga jangan sampai merasa bahawa kalau ufti telah dibayar tiap tahun, kewajipan menjaga negeri tidak ada lagi pada mereka, cukup pada balatentara beliau sahaja.

Ayat ini memberikan kepada kita suatu “ilmu politik” pemerintahan tertinggi, iaitu sesuatu kekuasaan tidaklah akan dapat terus tegak sekiranya rakyat yang telah mengakui tunduk dan takluk tidak dibawa ikut serta bertanggungjawab, terlibat di dalam pengurusan negara.

 

أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا

Dengannya aku akan jadikan antara kamu dan mereka, satu tembok.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan رَدْمًا bukan sahaja bermaksud ‘dinding’. Ini kerana yang kaum ini minta adalah سَدًّا tetapi yang Dzul-Qarnain akan bina adalah رَدْمًا. Ia lebih hebat dan lebih baik dan berkesan berbanding سَدًّا. Ini bermakna kerajaan Dzul-Qarnain adalah kerajaan yang baik kerana memberikan benda yang lebih baik daripada yang diminta.

Ada pendapat yang mengatakan ia adalah dua lapis tembok yang ada pasir di antaranya. Dengan adanya pasir itu, tembok itu dapat menghadapi gegaran gempa bumi.

Sementara ada pula pendapat yang mengatakan, apabila digunakan kalimah رَدْمًا, ia bermaksud bukan tepi sahaja yang ditutup, tetapi bahagian atas sekali. Pendapat ini mengatakan, kerana itulah puak Ya’juj Ma’juj ini tidak dapat dikesan kerana mereka dilindungi oleh dinding dari arah tepi dan atas sekali.


 

Kahf Ayat 96:

ءَاتُونِى زُبَرَ ٱلحَدِيدِ‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا سَاوَىٰ بَينَ ٱلصَّدَفَينِ قَالَ ٱنفُخُواْ‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَعَلَهُ ۥ نَارًا قَالَ ءَاتُونِىٓ أُفرِغ عَلَيهِ قِطرًا

Sahih International

Bring me sheets of iron” – until, when he had leveled [them] between the two mountain walls, he said, “Blow [with bellows],” until when he had made it [like] fire, he said, “Bring me, that I may pour over it molten copper.”

Malay

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila dia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

 

آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ

Datangkan kepadaku kepingan-kepingan besi;

DzulQarnain meminta bantuan penduduk tempat itu untuk membawa bahan mentah untuk dijadikan tembok. Melalui ayat ini, kita dapat tahu bahawa struktur asas binaan dinding itu adalah daripada besi.

 

حَتَّىٰ إِذَا سَاوَىٰ بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ

sehinggalah terkumpul besi itu dengan ketinggian sama dengan puncak dua gunung itu;

Kepingan besi itu dikumpulkan dan diikat sampai sama tinggi dengan puncak gunung. Kalimah الصَّدَفَيْنِ bermaksud dua gunung yang mengadap satu sama lain. Ia daripada katadasar ص د ف yang bermaksud berpaling; mengelak ke tepi; menghalang; mencegah; penghalang; melarang; sekatan; pencegahan; gangguan; had; larangan; semak; sisi curam gunung.

Daripada apa yang kita baca ini kita dapat tahu yang besar betul binaan itu. Apakah teknologi yang mereka gunakan? Kita selalu sangka bangsa dahulu itu primitif dan kita lebih hebat daripada mereka. Akan tetapi melalui binaan yang kita dapat lihat hari ini seperti piramid dan binaan DzulQarnain ini, kita boleh tahu yang mereka sebenarnya lebih hebat daripada kita.

 

قَالَ انْفُخُوا

Dzul-Qarnain berkata: “tiuplah/bakarlah besi itu”;

Kemudian beliau mengarahkan agar besi-besi itu dibakar untuk meleburkannya. Api besar itu ditiup menggunakan alat tiupan supaya nyalaan itu menyala membakar besi itu. Maknanya pada zaman itu sudah ada cara untuk mengeluarkan api dengan besar dan kuat. Bukanlah beliau memiliki kuasa sakti untuk membina dinding itu sendiri tetapi beliau juga adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan orang lain.

 

حَتَّىٰٓ إِذَا جَعَلَهُ ۥ نَارًا

sehingga kepingan itu jadi macam api,

Api itu membakar besi itu sampai merah menyala seperti api.

 

قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا

Dzul-Qarnain berkata: Datangkan kepadaku tembaga cair supaya aku tuangkan ke struktur besi itu;

Struktur asas dinding itu adalah dari besi dan Dzul-Qarnain telah melepanya dengan tembaga cair. Bahan mentah untuk buat dinding itu datang dari penduduk di situ, tapi ilmu pembinaan itu dari Dzul-Qarnain. Mereka mungkin kaum yang primitif, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak buat tembok itu.

Dengan adanya tembaga meliputi besi itu, maka tidak akan berkaratlah dinding itu. Dan dinding itu licin supaya golongan Ya’juj Ma’juj tidak boleh panjat dinding tembok itu. Tambahan pula salah satu cara yang ditempuh dewasa ini untuk menguatkan besi adalah mencampurkannya dengan kadar tertentu dari tembaga. Dengan demikian petunjuk yang diberikan Allah kepada Dzul-Qarnain itu dan diabadikan dalam kitab suci Al-Qur’an ini merupakan salah satu hakikat yang mendahului penemuan ilmiah sekian abad lamanya.


 

Kahf Ayat 97: Apabila telah dibina dinding itu.

فَمَا ٱسطَـٰعُوٓاْ أَن يَظهَرُوهُ وَمَا ٱستَطَـٰعُواْ لَهُ ۥ نَقبًا

Sahih International

So Gog and Magog were unable to pass over it, nor were they able [to effect] in it any penetration.

Malay

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

 

فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ

Maka mereka tidak dapat memanjat dinding tembok itu; 

Oleh kerana kuat dan licinnya binaan tembok itu, kaum Ya’juj dan Ma’juj tidak dapat memanjatnya. Sudahlah tinggi, licin pula. Kalimah ظهر bermaksud ‘belakang’ iaitu tidak boleh memanjat belakang binaan itu.

 

وَمَا ٱستَطَـٰعُواْ لَهُ ۥ نَقبًا

dan tidak dapat mereka menebuknya;

Mereka tidak dapat menebuk dinding itu kerana telah dilepa dengan tembaga yang kuat. Dalam hadith Nabi ﷺ, semenjak dibina dinding itu sehinggalah sekarang, Ya’juj Ma’juj asyik cuba menebuk dinding itu. Mereka rajin benar dalam kerja mereka itu. Apabila petang, mereka tinggalkan apa yang mereka telah buat itu untuk disambung esok kerana sudah lewat dan mereka pun penat. Pada malam harinya para malaikat menutup kembali pecahan yang mereka buat itu. Esoknya mereka sambung semula. Semasa zaman Nabi ﷺ, mereka sudah nampak bukaan sebesar duit syiling. Namun akhirnya telah ditutup semula.

Ini akan berlaku sehinggalah akhir zaman, apabila dinding itu ditakdirkan akan pecah. Iaitu apabila ada antara kaum Ya’juj dan Ma’juj itu yang kata: “In sha Allah, esok akan pecah dinding ini”. Maka, disebabkan oleh kalimat ‘in sha Allah’ mereka itu, Allah ‎ﷻ akan bantu mereka untuk melubangi dinding tembok itu. Sekali lagi timbul hal in sha Allah ini.

Maka mereka akan keluar berduyun-duyun dari gunung-gunung dengan banyak sekali dan cepat sekali. Ia akan terjadi pada zaman sesudah Nabi Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ diturunkan semula. Mereka akan bunuh dan makan manusia selain daripada tanaman-tanaman. Sesungguhnya manusia tidak boleh berurusan dengan mereka. Langsung tidak boleh dibawa berunding dengan mereka untuk berdamai.

Kemunculan mereka ini memang amat menakutkan. Kita tidak tahu adakah kita akan selamat daripada mereka atau tidak. Diriwayatkan daripada Zainab binti Jahsy رضي الله عنها, beliau berkata:

لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَيْلٌ لِلْعَرَبِ مِنْ شَرٍّ قَدِ اقْتَرَبَ، فُتِحَ اليَوْمَ مِنْ رَدْمِ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مِثْلُ هَذِهِ» وَحَلَّقَ بِإِصْبَعِهِ الإِبْهَامِ وَالَّتِي تَلِيهَا، قَالَتْ زَيْنَبُ بِنْتُ جَحْشٍ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ: أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ؟ قَالَ: «نَعَمْ إِذَا كَثُرَ الخَبَثُ»
“Nabi ﷺ bangun tidur dan baginda mengucapkan: “Laa ilaaha illallah, celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang semakin hampir, ketika ini benteng penghalang Ya’juj dan Ma’juj telah terbuka seperti ini.” Nabi ﷺ melingkarkan jari telunjuk dan ibu jarinya. Aku (Zainab) bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sementara di tengah-tengah kami ada orang-orang soleh?” Baginda menjawab: “Ya, bila kemaksiatan telah bermaharajalela (menyebar).”
(Sahih Bukhari, no. 6602, Sahih Muslim, no. 5129, Sunan At-Tirmidzi, no. 2113, hasan sahih, Sunan Ibnu Majah, no. 3943, Musnad Ahmad, no. 26146)

Balaghah: Hazf wa zikru: jenis الإختزال (al-ikhtizal)

Ini terjadi di mana ada hazaf huruf dalam lafaz ayat Al-Qur’an. Ini seumpama penggunaan ‘shorthand’. Ada hazaf daripada fi’il. Dibuang huruf untuk menunjukkan peristiwa itu lebih kecil atau kurang dari segi kuantiti; atau masa kejadian itu lebih pendek.

Sebagai contoh, kalaulah penggunaan al-ikhtizal ini ada dalam bahasa Melayu, kalau digunakan kalimah ‘makan’, itu bermaksud makan yang biasa. Akan tetapi, kalau dibuang huruf ‘n’ dan perkataan makan itu menjadi ‘maka’, maksudnya makan yang sekejap sahaja tidak seperti biasa, atau makan sikit sangat tidak seperti biasa. Namun begitu tidaklah penggunaan ikhtizal ini ada dalam bahasa Melayu. Bahasa kita tidak sekaya bahasa Arab.

Ada dua kalimah dalam ayat ini yang lebih kurang sama tetapi ada kelainan sikit. Mulanya kalimah اسْطَاعُوا dan kemudian اسْتَطَاعُوا. Wazannya sama, dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu pun sama juga (membawa maksud ‘mampu’). Akan tetapi kenapa lain dalam teks Arabnya?

Satu اسْطَاعُوا digunakan untuk aktiviti ‘memanjat’ tembok itu dan satu lagi اسْتَطَاعُوا digunakan untuk ‘menebuk’ tembok itu. Dari segi bahasa, sepatutnya lafaz اسْتَطَاعُوا adalah dalam wazan yang lengkap. Namun ada hazaf huruf ت dalam lafaz اسْطَاعُوا yang menunjukkan elemen pengurangan.

Oleh kerana kurangnya dalam lafaz اسْطَاعُوا dalam menyebut tentang memanjat, bermaksud lebih senang memanjat daripada menebuk dinding itu. Ini adalah kerana dinding itu amat keras dan kalau dibandingkan menebuk dengan memanjat, lebih senang memanjat. Memang kedua-duanya memang susah, namun lebih susah lagi kalau menebuk.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat seterusnya

Kemaskini: 26 Jun 2024

Ringkasan Surah Kahf


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solahudin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah