Tafsir Surah al-An’am Ayat 147 – 149

Ayat 147:

6:147
Sahih International

So if they deny you, [O Muhammad], say, “Your Lord is the possessor of vast mercy; but His punishment cannot be repelled from the people who are criminals.”

Malay

Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: “Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah, dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa”.

فَإِن كَذَّبُوكَ

Maka jika mereka mendustakan kamu,

Musyrikin Mekah masih mendustakan Nabi setelah diberi dalil dan hujah-hujah yang bernas. Mereka tetapi masih lagi berdegil walaupun mereka tidak ada hujah balas. Maka, ayat ini adalah sebagai satu penenang kepada Nabi Muhammad yang terpaksa menghadapi mereka yang masih berdegil itu. Tentunya Nabi Muhammad rasa resah dan gelisah dengan kedegilan kaumnya itu. Allah memberitahu Nabi bahawa Allah tahu apa yang Nabi sedang hadapi itu.

Memang ada sahaja kaum yang degil. Macam masyarakat kita juga, walaupun telah diberi dengan berbagai dalil yang sahih dari Qur’an dan hadis, ramai yang masih lagi mahu menolak hujah yang sahih. Mereka masih lagi mahu mengikut kata guru dan ustaz mereka walaupun tidak ada dalil disertakan. Mereka masih lagi mahu mengamalkan amalan yang syirik dan bidaah.

Cuma kalau di negara ini, mereka selalunya tidak tolak terang-terangan. Mereka selalunya akan berkata: “Betul dah apa yang kamu cakap ni… Tapi….” Sebenarnya, perkataan ‘tapi’ itu adalah kata penolakan. Maknanya mereka tolak dengan hati mereka cuma mereka tak berani nak cakap terus. Mereka menggunakan bahasa yang lembut dan tersirat untuk menolak hujah kita. Tapi ketahuilah, bahawa itu adalah penolakan sebenarnya. Dan apa yang mereka tolak itu adalah ayat-ayat Allah dan hadis Nabi.

فَقُل رَّبُّكُمْ ذُو رَحْمَةٍ وَاسِعَةٍ

katakanlah: “Tuhanmu mempunyai rahmat yang luas;

Katakan kepada mereka yang masih lagi mahu menolak itu: kenapa kamu masih nak engkar dengan Allah, padahal rahmat Allah itu meliputi segala sesuatu.

Antara rahmat Allah adalah melambat-lambatkan azab kepada kita semasa di dunia ini. Allah tak terus beri azab kepada kita walaupun kita telah melakukan dosa yang banyak. Allah masih beri peluang kepada kita untuk bertaubat. Hanya selepas mati sahaja Allah akan beri hukuman dan azab.

Bayangkan berapa besar rahmatNya kepada kita. Kalaulah dibandingkan dengan kita, anak kita buat salah sahaja kita sudah marah. Tapi Allah yang telah mencipta kita, telah memberikan segalanya kepada kita, tapi apabila kita engkar kepadaNya, Allah masih beri peluang lagi kepada kita.

Setelah Allah memberikan rahmat yang banyak tidak terhingga itu, kenapa lagi masih berani menolak wahyuNya? Ini seperti seorang ayah yang mengingatkan anaknya dengan segala budi yang telah ditabur kepada anaknya. Kalau sudah banyak ayah itu berbudi, kenapa tak mahu dengar cakap lagi?

Dalam ayat ini juga Allah mengingatkan yang Dia ada banyak lagi rahmah yang boleh dilimpahkan kepada mereka yang mahu beriman. Rahmah itu boleh diberi di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Maka kejarlah rahmat itu dengan melakukan taat kepadaNya.

وَلَا يُرَدُّ بَأْسُهُ

dan tidak dapat ditolak siksa-Nya

Tadi Allah memberi peringatan tentang rahmat yang Dia telah berikan. Itu sebagai satu motivasi untuk mengikut cakap. Tapi, selain dari memberi motivasi, Allah juga memberi peringatan dan ancaman dengan seksa yang menakutkan. Allah nak beritahu yang kalau tetap masih engkar, seksa Allah tidak dapat ditolak. Peringatan sebegini diberikan kerana ada manusia yang lebih takut dengan ancaman dibandingkan motivasi dengan perkara yang mereka akan dapat.

Seksa yang Allah akan kenakan tidak akan dapat ditolak. Apabila seorang manusia telah mati dan dia diseksa di dalam kubur, dan kemudian di dalam neraka, dia tidak akan dapat menyelamatkan dirinya. Maknanya, dia akan diseksa dari sejak dia mati lagi dan tidak akan berhenti-henti.

Begitu juga, bala dari Allah tidak dapat ditolak kalau Allah turunkan. Tapi yang peliknya, ada guru dan ustaz di negara ini yang kata, boleh ‘tolak bala’. Siap buat amalan ‘tolak bala’ pula tu. Antaranya, mereka berakidah yang dengan memandikan kereta dan motor dengan air bacaan tertentu dan doa tertentu, bala dapat ditolak dari kereta itu.

Ataupun apabila mereka beli kereta, mereka akan beri dulu ustaz mereka pakai supaya kereta itu kononnya selamat dari bahaya. Begitulah kelirunya faham keagamaan di negara ini. Ini kerana tidak belajar apakah sunnah. Dan kerana tidak belajar tafsir Qur’an.

Yang lebih menyedihkan, ajaran ini disampaikan oleh ‘ustaz-ustaz’ yang terkenal dan kadang-kadang sampai keluar di kaca TV. Maka, masyarakat yang jahil akan terima ajaran yang salah dan mereka akan sangka yang ianya adalah ajaran yang benar kerana ianya datang dari ustaz yang dapat sambutan orang ramai.

عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

dari kaum yang berdosa”.

Kalau orang yang berdosa itu telah melakukan syirik, dia akan mendapat azab dan azab itu tidak akan diangkat walaupun anaknya yang soleh mendoakan untuknya. Walaupun anaknya itu seorang wali sekalipun. Kerana syarat untuk terima hasil doa orang lain walaupun dari anak sendiri, seseorang itu mestilah tidak mati di dalam syirik.

Kalau dia mati dalam syirik dan tidak sempat bertaubat, maka dia akan terus berada dalam neraka dan tidak keluar sampai bila-bila. Ini kerana Allah telah kata bahawa Allah boleh untuk mengampunkan dosa yang banyak sekalipun, melainkan dosa syirik.

Jadi, ini adalah amaran Allah kepada mereka yang masih menolak kata-kata Nabi dan juga pendakwah tauhid.


Ayat 148:

6:148
Sahih International

Those who associated with Allah will say, “If Allah had willed, we would not have associated [anything] and neither would our fathers, nor would we have prohibited anything.” Likewise did those before deny until they tasted Our punishment. Say, “Do you have any knowledge that you can produce for us? You follow not except assumption, and you are not but falsifying.”

Malay

Orang-orang musyrik akan mengatakan: “Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun”. Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta”.

سَيَقُولُ الَّذِينَ أَشْرَكُوا

Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, akan mengatakan:

Allah kata ‘mereka akan mengatakan’, bermakna mereka tak cakap lagi, tapi Allah sudah siap-siap beritahu apa yang mereka akan katakan. Kerana Allah sudah tahu apa yang dalam hati mereka. Inilah hebatnya Qur’an yang memberitahu apa yang di dalam hati manusia.

Lihatlah apa orang-orang yang berfikiran syirik itu cakap. Tidak kira sama ada Musyrikin Mekah atau Musyrikin Malaysia, sama sahaja apa yang mereka kata.

لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكْنَا

“Jika Allah menghendaki, nescaya kami tidak mempersekutukan-Nya

Mereka kata, kalau Allah tak suka dengan apa yang mereka lakukan, tidaklah Allah benarkan mereka buat apa yang mereka buat. Maknanya, mereka nak kata apa yang mereka buat itu tidaklah salah. Mereka kata, kalau Allah buat tak tahu sahaja dengan apa yang mereka lakukan, tentulah benar apa yang mereka buat.

Sebagai contoh, mereka ber ya hanana satu stadium, tidak jadi apa-apa pun, tidaklah runtuh stadium itu, bermakna tentulah Allah suka, mereka kata.

Kesesatan mereka itu ditambah lagi dengan sebab amalan mereka itu ‘menjadi’. Kadang-kadang apa yang mereka hendak itu mereka boleh dapat. Sebagai contoh, ada yang mengamalkan ‘Ilmu Penunduk’. Dengan amalan mereka itu, mereka boleh melembutkan hati orang lain. Mereka boleh bagi orang lain dengar cakap mereka. Maka, mereka pun rasa yang amalan mereka itu mujarab. Mereka beranggapan, kalau ianya salah, takkan ianya ‘menjadi’.

Atau, kepada mereka yang mengamalkan ‘Perubatan Islam’, mereka telah ‘berjaya’ mengeluarkan jin-jin dari pesakit mereka. Mereka kadang-kadang boleh ‘islamkan’ jin-jin itu pula. Kalau mereka baca ayat-ayat tertentu dari amalan mereka, jin-jin itu mengerang kesakitan, minta tolong, dan sebagainya. Pesakit yang mulanya datang dalam keadaan lemah tidak bermaya, sudah boleh bercakap, sudah nampak lega.

Mereka pun rasa hebat dan sangka betullah amalan mereka. Padahal, mereka tidak tahu sama ada jin-jin itu berlakon sahaja atau tidak, kerana memang jin itu makhluk yang ghaib, dan kerana itu kita tidak tahu apakah yang mereka lakukan dan apakah mereka menipu kita atau tidak.

وَلَا آبَاؤُنَا

dan tidak juga bapa-bapa kami

Mereka nak kata yang amalan yang dibuat oleh tok nenek  mereka, yang sampai sekarang masih ada lagi, tentulah sebagai satu tanda yang amalan itu benar. Kalaulah ia salah, tentu Allah telah beri isyarat kepada mereka untuk meninggalkannya. Tapi kalau sampai sekarang masih ada lagi, tentunya ia adalah amalan yang benar.

Dan mereka tambah, sekarang pun ramai yang amalkan juga, dan Allah biarkan sahaja, tentu Allah redha; itulah hujah-hujah akal mereka yang bukan berasaskan dalil tapi dari akal yang tidak beriman sahaja.

وَلَا حَرَّمْنَا مِن شَيْءٍ

dan tidak (pula) kami mengharamkan barang sesuatu apapun”.

Mereka nak kata, apa yang buat itu adalah kemahuan Allah. Kalau Allah tak suka, tentu Allah halang mereka dari mengharamkan binatang dan makanan-makanan itu kepada diri mereka. Itulah alasan bathil mereka.

Allah memang berkuasa untuk menahan manusia daripada melakukan dosa dan kesalahan. Jangan pula ada yang beranggapan yang Allah tidak boleh menghalang manusia dari melakukan dosa. Allah boleh tahan manusia atau makhlukNya yang lain dari berbuat kesalahan sampai bila-bila.

Tetapi Allah tidak mahu buat begitu. Allah beri peluang kepada manusia (dan jin) untuk melakukan apa yang mereka mahu. Tetapi tidaklah Allah redha dengan perbuatan mereka itu. Allah telah siap-siap beritahu kepada manusia apakah yang Dia suka dan apakah yang Dia benci. Maka manusialah yang perlu untuk mengetahui apakah suruhan dan larangan Allah itu. Itulah sebab kita kena belajar Qur’an dan Hadis untuk mengetahuinya.

كَذَٰلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

Demikian pulalah orang-orang sebelum mereka telah mendustakan

Ramai sudah cakap begini dari dahulu lagi, dari sebelum Musyrikin Mekah lagi. Orang Islam sekarang pun ramai yang beranggapan begitu. Ramai sudah orang kita tiru alasan musyrikin. Bila kita baca ayat-ayat Qur’an dan belajar tafsir, kita boleh lihat yang cara mereka serupa sahaja. Ini adalah kerana syaitan yang mengajar itu adalah syaitan yang sama sahaja.

حَتَّىٰ ذَاقُوا بَأْسَنَا

sampai mereka merasakan seksaan Kami.

Bila Allah sudah kenakan azab, barulah mereka akan menyesal. Dan kalau Allah seksa mereka, ini menunjukkan Allah tak suka. Mereka kata tentu Allah suka kalau Allah tak buat apa-apa. Tapi, sekarang Allah kata yang Allah akan seksa mereka.

Ini menunjukkan bahawa Allah tak redha dengan apa yang mereka lakukan itu. Tidaklah bermakna Allah tidak berbuat apa-apa sekarang, bermakna Allah redha dan suka dengan apa yang mereka lakukan itu. Nanti akan sampai masanya yang mereka akan merasai azab dari Allah itu.

قُلْ هَلْ عِندَكُم مِّنْ عِلْمٍ

Katakanlah: “Adakah kamu mempunyai sesuatu pengetahuan

Nabi disuruh minta bukti dari mereka. Iaitu kalau mereka ada dalil maka bawakan dalil itu. Dan dalil itu mestilah dari wahyu Allah. Kalau zaman sekarang, dalil itu kena sama ada dari Qur’an atau hadis.

Beginilah yang kita perlu lakukan kepada ustaz-ustaz dan guru-guru kita. Kalau mereka mengatakan sesuatu dari hal agama, hendaklah mereka beri dalil. Dan tidak salah kalau kita meminta dalil dari mereka. Allah pun suruh Nabi minta dalil dari Musyrikin Mekah. Kerana memang agama ini memerlukan dalil. Kalau tidak didasari dengan dalil, maka manusia boleh kata apa-apa sahaja. Tidaklah boleh begitu, kerana kalau kita biarkan manusia bercakap tanpa dalil, maka agama ini akan rosak jadinya.

فَتُخْرِجُوهُ لَنَا

sehingga dapat kamu mengemukakannya kepada Kami?”

Kalau ada, keluarkan bukti dan dalil itu. Tak payahlah simpan-simpan. Apabila Allah berkata begini, jawabnya memang tidak ada dalil. Apa yang mereka lakukan itu bukan berdasarkan kepada dalil yang sah. Tapi ianya hanya dari anggapan mereka sahaja, dari hawa nafsu mereka sahaja.

Maka, begitulah juga golongan yang mengeluarkan perkara baru dalam agama. Mereka memang tidak ada dalil sebenarnya. Kerana itu apabila kita minta dalil dari mereka, mereka akan mengeluarkan hujah-hujah yang batil sahaja. Antaranya hujah dari akal mereka, dari kata-kata manusia, dari kitab itu dan ini hasil dari karangan manusia dan sebagainya. Mereka tidak boleh mengeluarkan hujah dari Qur’an dan hadis kerana memang tidak ada.

إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ

Kamu tidak mengikuti kecuali persangkaan belaka,

Allah beritahu kepada kita bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah berdasarkan sangkaan mereka sahaja. Samalah juga dengan golongan agama di negara ini yang mengamalkan bidaah. Perkara bidaah dan syirik yang mereka lakukan itu adalah berdasarkan sangkaan mereka sahaja.

Persangkaan bukanlah dalil. Kerana persangkaan itu datang dari akal kita yang lemah sahaja. Perkara agama bukan boleh didasari oleh akal semata-mata.

وَإِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَخْرُصُونَ

dan kamu tidak lain hanyalah berdusta.

Apabila masih lagi memberi hujah dari persangkaan, maka mereka dikatakan ‘berdusta’. Tambahan lagi kalau mereka dengan selamba mengatakan yang perkara bidaah dan syirik yang mereka lakukan itu adalah disukai oleh Allah. Itu adalah satu dusta yang amat besar.


Ayat 149:

6:149
Sahih International

Say, “With Allah is the far-reaching argument. If He had willed, He would have guided you all.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad: “Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Ia menghendaki tentulah Ia akan memberi hidayah petunjuk kepada kamu semuanya”.

قُلْ فَلِلَّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ

Katakanlah: “Allah sahaja yang mempunyai hujjah yang jelas lagi kuat;

Hujah adalah pernyataan yang jitu dan tidak boleh dikalahkan.

Kalimah الْبَالِغَةُ pula bermaksud sesuatu yang telah cukup matang atau telah masak. Dalam ayat ini, ia bermaksud hujah yang sampai kepada hati manusia. Hujah itu tidak dapat dikalahkan lagi.

Oleh itu, ayat ini bermaksud yang hujah dari Allah adalah hujah yang tepat dan jitu dan akan mengalahkan hujah-hujah batil yang diberikan oleh puak musyrikin dan juga mereka yang tidak mengendahkan agama.

Hujah yang kuat adalah dalam Qur’an dan hadis. Semua hujah sudah ada di dalamnya untuk mempertahankan agama ini. Maka ini juga mengajar kita untuk berdakwah kepada manusia dengan menggunakan Qur’an. Apabila Qur’an tidak digunakan dalam berhujah, maka manusia mula menggunakan benda yang lain sebagai hujah. Kerana itu, ramai antara kita yang menggunakan akal sahaja untuk berhujah kerana tidak mahir dan tidak faham dengan Qur’an. Ini adalah salah. Sumber rujukan utama kita sepatutnya ayat-ayat Qur’an.

Sahabat Nabi gunakan Qur’an sebagai khutbah untuk mereka. Khutbah ialah sesuatu yang memberi nasihat kepada kita. Dalam zaman sekarang, kita biasa dengan khutbah pada hari Jumaat sahaja. Tapi itu hanya sekali seminggu sahaja. Itu pun tidak banyak yang disebutkan sampaikan menjadikan jemaah Jumaat kebosanan dengan topik-topik yang disampaikan.

Selalunya topik di negara ini adalah tentang mesej-mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan yang tidak menyentuh pun permasalahan masyarakat semasa. Sudahlah disampaikan dengan nada yang membosankan dari khatib yang tidak diberi latihan bagaimana bercakap. Oleh itu, medan utama yang Allah telah sediakan untuk memberi mesej agama telah tidak digunakan sepenuhnya.

Tapi, kepada para sahabat, mereka faham Qur’an yang mereka baca. Oleh itu, setiap kali Qur’an dibaca dalam solat mereka, itulah khutbah kepada diri mereka. Iaitu, mereka dididik oleh Qur’an. Malangnya, masyarakat kita amat jauh dari Qur’an, mereka pun tidak faham apa yang mereka baca. Jadi, tidak ada kesan apa-apa dengan ayat-ayat Qur’an yang mereka baca.

Ayat Qur’an sepatutnya dijadikan hujah dalam perbincangan agama kita. Ianya adalah kalam Allah. Apabila ia kalam Allah, maka kata-kata di dalamnya menusuk terus ke dalam hati manusia. Kita pun tidak tahu bagaimana Qur’an itu dapat mengetuk hati manusia. Ada kalangan manusia yang hanya dengar satu ayat sahaja, terus mengubah personaliti mereka dari tidak endahkan agama, kepada berminat kepada agama.

Itulah mukjizat Qur’an. Oleh itu, hendaklah kita berhujah dengan ayat Qur’an, kerana kita tidak tahu ayat manakah nanti yang membuka hati mereka kepada Islam.

فَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ

maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya”.

Allah berkuasa untuk memaksa semua makhlukNya menjadi beriman tetapi bukan begitu cara Allah. Allah memberi peluang kepada kita untuk melakukan apa yang kita mahu. Allah beri peluang kepada kita untuk memilih manakah jalan yang kita mahu ikuti, sama ada jalan yang benar atau pun jalan yang salah.

Sesiapa yang ingin jalan yang benar, maka Allah akan beri petunjuk kepada mereka. Maka, seperti yang kita tahu, sekarang ini ramai yang sedang keliru. Banyak sangat jenis pandangan agama sekarang. Ada jalan itu dan ini. Ustaz A kata begini, Ustaz B pula kata begitu. Seperti ada pertentangan antara ulama-ulama. Sampaikan masyarakat umum keliru mana satukah yang benar. Lalu apakah nasihat kita kepada mereka yang mengalami masalah ini?

Hendaklah kita ajar mereka untuk bermohon kepada Allah untuk menunjukkan jalan mana yang benar kepada kita. Mintalah kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Iaitu hati yang mahukan kebenaran. Kita minta Allah tunjuk manakah yang benar. Kerana hanya Allah sahaja yang boleh membuka hati kita kepada kebenaran dan kepada hidayah. In Sha Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 29 Januari 2019


Rujukan:

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Surah al-An’am Ayat 145 – 146

Ayat 145:

6:145
Sahih International

Say, “I do not find within that which was revealed to me [anything] forbidden to one who would eat it unless it be a dead animal or blood spilled out, or the flesh of swine – for indeed, it is impure – or it be [that slaughtered in] disobedience, dedicated to other than Allah. But whoever is forced [by necessity], neither desiring [it] nor transgressing [its limit], then indeed, your Lord is Forgiving and Merciful.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana terpaksa) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ

Katakanlah: “Tiadalah aku dapati dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku,

Ayat ini hendak memberitahu kepada kita bahawa hanya ada beberapa perkara sahaja yang diharamkan untuk kita dalam pengharaman binatang ternak. Dan yang selain dari itu semuanya dibenarkan. Ayat ini hendaklah diselarikan dengan hadis Nabi juga. Kerana kalau salah faham, nanti ada yang sangka hanya yang disebut dalam ayat ini sahaja yang haram.

Kita kena baca ayat ini dengan konteks surah ini. Ayat ini dikeluarkan selepas disebut tentang bangsa Arab yang mengharamkan memakan ‘binatang ternak’ yang tertentu. Oleh itu, ayat ini berkenaan ‘binatang ternak’. Akan disebutkan nanti pengharaman yang berkenaan binatang ternak. Jadi, konteks ayat ini adalah tentang binatang ternak.

Oleh kerana itu, jangan kita kata yang disebut dalam ayat ini sahaja yang diharamkan. Ada lagi hadis Nabi yang mengharamkan memakan benda-benda lain. Sebagai contoh, ada hadis Nabi yang mengharamkan memakan binatang yang ada taring.

Maka, kita kena ambil kira hadis. Itulah sebabnya Qur’an perlu dibaca dengan hadis. Kerana Qur’an menyebut hukum dengan umum sahaja. Penjelasan diberikan dalam Hadis Nabi. Sebagai contoh, Qur’an menyebut arahan untuk solat, tapi bagaimana melakukan ibadat solat itu, perlu dirujuk kepada hadis.

Kalimah أُوحِيَ bermaksud ‘yang diwahyukan kepadaku’ – yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad. Kita kena ingat bahawa yang diwahyukan kepada Nabi bukan sahaja Qur’an. Hadis yang sampai kepada kita dalam bentuk hukum juga adalah wahyu dari Allah juga. Tapi disampaikan dalam lafaz Nabi.

Ini penting untuk kita tahu dalam konteks ayat ini kerana ada pengharaman yang ada disebut dalam Quran dan ada juga yang diharamkan dari hadis Nabi. Bukanlah Nabi bercakap dari dirinya sendiri tapi Allah juga yang memberitahu Nabi. Ramai yang menolak hadis, kerana mereka tidak faham. Bacalah apa yang Allah sebut dalam Najm:3-4

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ

dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya.

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ

Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).

Dalam ayat ini, menunjukkan kepada kita bahawa perkataan dari hadis Nabi tentang agama adalah datang dari wahyu yang diberikan kepada Nabi Muhammad juga.

Ayat ini mengajar kepada kita, bahawa dalam pengharaman, ianya mestilah berdasarkan kepada wahyu. Nabi pun ikut wahyu maka kita pun kenalah ikut juga.

مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ

sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya,

‘Memakan’ dalam ayat ini termasuk minum sekali. Kerana kalau dari binatang ternak itu, bermaksud ada juga susu dari binatang-binatang itu.

Ayat ini juga mengajar kita yang hukum asal makanan adalah halal, kecuali kalau ada dalil yang mengharamkannya. Jadi, kalau ada makanan yang ditanya kepada kita sama ada boleh makan atau tidak, maka kita periksa sama ada ada pengharaman atau tidak. Kalau tidak ada pengharaman, maka ianya boleh dimakan. Selagi ianya baik, tidak memudharatkan kesihatan, tiada larangan, maka ia boleh dimakan.

إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً

kecuali kalau makanan itu bangkai,

Iaitu binatang yang mati sendiri. Seperti kena langgar, mati kerana sakit dan sebagainya. Atau yang kita terjumpa di tengah jalan, sudah mati. Ianya haram untuk dimakan dan sepatutnya kita pun tak lalu nak makan.

أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا

atau darah yang mengalir

Hanya darah ‘yang mengalir’ sahaja yang diharamkan. Tapi darah yang melekat dengan daging, tidaklah haram. Itulah darah yang melekat dengan daging. Kadang-kadang kalau kita makan ayam contohnya, kita perasan ada darah lagi pada daging itu. Darah itu tidak ada masalah.

Apabila ada darah pada daging, hanya lalukan air sahaja dan tidak perlu basuh habis langsung darah itu. Ada yang teruk sangat, sampaikan daging itu jadi putih tanpa darah. Itu tidak perlu sampai begitu kerana Allah kata darah yang mengalir sahaja yang tidak boleh.

Oleh itu, kita tidak boleh memakan darah yang mengalir. Iaitu kalau kita sembelih binatang, akan ada darah yang memancut keluar. Darah itu memang banyak dan bahaya pun untuk dimakan.

Kenapa disebut darah mengalir dalam ayat ini? Kerana, dalam agama lain seperti Kristian, mereka suka makan darah di mana mereka akan membekukan darah itu dan mereka memakannya. Contohnya, mereka ada satu makanan yang dinamakan ‘Blood Sausage’. Begitu juga ada bangsa yang suka meminum darah seperti bangsa asli di Afrika contohnya. Kita orang Islam tidak boleh buat begitu. Kalau orang Arab, mereka menggunakan darah binatang itu sebagai kuah untuk makanan mereka. Islam melarang mereka melakukan begitu lagi.

blood sausage

أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ

atau daging babi

Jadi dalam ayat ini jelas mengatakan yang kita tidak boleh makan daging babi seperti yang semua kita sudah tahu. Tetapi tidaklah dalam ayat ini mengharamkan kita menggunakan bahan lain daripada babi itu seperti kulitnya dan juga bulunya. Selalu bulunya digunakan untuk menjadi berus kerana ianya adalah sejenis bulu yang berkualiti. Jadi, kalau kita pakai kasut kulit babi, tidak ada masalah, sebab yang diharamkan adalah memakan ‘daging babi’.

Tidak ada dalil yang sah mengatakan yang kulit babi apabila kita pegang atau tersentuh, perlu disertu. Yang jelas dalam dalil yang sah adalah kalau air liur anjing terkena bekas makanan kita. Bekas itu yang perlu disertu dengan air tanah. Yang memberi pendapat bahawa apabila tersentuh kulit babi dan perlu disamak dengan air tanah itu datangnya daripada pendapat Imam Nawawi.

Walaupun begitu, kita perlu menerima pendapat itu sebagai pendapatnya sahaja kerana tidak ada dalil yang sah dari Qur’an ataupun dari hadis Nabi. Kalau ada pengharaman menyentuh babi, tentu sudah ada larangan tersebut, sedangkan babi sudah ada pada zaman Nabi.

Ini mengajar kita bahawa dalam apa-apa perkara untuk mengharamkan sesuatu, memerlukan dalil yang sah. Jadi kalau ada yang kata kalau tersentuh kulit babi ataupun bulu babi, kita perlu sertu, maka mereka perlu membawakan dalil. Kerana dalam agama ini perlu ada dalil.

Timbul banyak persoalan di antara masyarakat kenapakah kita tidak boleh memakan daging babi. Berbagai-bagai teori dikeluarkan. Ada yang mengatakan kerana ada ulat di dalam daging babi yang tidak mati walaupun daging itu dimasak. Ada pula yang mengatakan kerana babi ini adalah jenis binatang yang makan tahi. Ada pula yang mengatakan kerana babi ini mempunyai perangai yang buruk iaitu dia suka menyondol babi-babi yang lain.

Itu semua adalah teori-teori dan andaian-andaian sahaja. Kita sebenarnya tidak akan tahu kenapa daging babi diharamkan kita memakannya dengan tepat. Ini adalah kerana tidak diberitahu dengan jelas kepada kita sebab-sebabnya. Berhentilah kita dari membuat andaian-andaian begitu.

Kerana kalau kita kata ianya tidak baik untuk kesihatan, lalu bagaimana dengan bangsa-bangsa lain yang selalu memakan daging babi itu tanpa masalah apa-apa? Mereka hidup sihat sahaja walaupun mereka dari kecil sampai ke-tua, memakan daging babi.

Dan mereka yang mengatakan yang daging babi itu diharamkan kerana ada ulat yang tidak boleh dibunuh, tanyakan kepada mereka, jikalau di masa hadapan nanti ada cara untuk membunuh ulat-ulat itu, lalu adakah waktu itu daging babi sudah halal dimakan? Tentu tidak boleh sama sekali kerana hukum pengharaman ini tetap berdiri sampai ke hari kiamat. Oleh itu kita tidak boleh kata Allah haramkan kerana ulat itu atau sebab-sebab lain. Yang pasti, ianya telah diharamkan oleh Allah.

Maka, kalau kita ditanya kenapa daging babi diharamkan, jawapan yang tepat adalah: kerana Allah haramkan kepada kita memakannya. Kerana ini adalah arahan dari Allah. Tidak cukupkah dengan jawapan itu? Kita tidak memakan daging babi kerana ianya haram kepada kita walaupun daging babi itu sedap sekali. Beginilah Allah uji kita adakah kita boleh ikut laranganNya tanpa soal. Dan kerana itulah kita tidak makan kerana kita taat kepada suruhan dan larangan Allah.

Begitulah kebanyakan daripada arahan Allah kepada kita dalam hal-hal ibadat. Kita tidak tahu dengan tepat apakah hikmat arahan Allah itu. Tentunya ada hikmat dan kelebihan amalan itu tapi kita tidak tahu dengan pasti. Sebagai contoh, bolehkah kita jelaskan kenapa kita disuruh tawaf keliling Ka’bah tujuh kali? Begitu juga dengan perbuatan sa’ie yang dilakukan oleh kita?

Ada yang kata kita sa’ie kerana ikut perbuatan Siti Hajar semasa beliau dengan Nabi Ismail mencari air. Sebenarnya kita buat kerana kita ikut arahan Allah. Bukan sebab tiru Siti Hajar. Kerana kalau nak ikut betul-betul, maka kita kena gendong anak sama semasa bersa’ie kerana waktu itu Siti Hajar sedang mengendong anaknya Nabi Ismail.

Begitu juga dengan baling Jamrah semasa haji. Ada yang kata itu sebab nak baling kepada syaitan. Bukan sebab nak baling syaitan. Kalau kita baling syaitan, takkan syaitan nak duduk di situ lagi, tentu sudah lama lari. Yang sebenarnya, ianya adalah arahan dari Allah, maka kita ikut. Kerana kita taat kepada Allah.

فَإِنَّهُ رِجْسٌ

karena sesungguhnya semua itu kotor

Kalimah رِجْسٌ bermaksud kotor dari segi intelek dan syariat. Akal yang sihat pun akan menolaknya.

Tiga perkara yang disebut sebelum ini adalah kotor – iaitu bangkai, darah yang mengalir dan daging babi. Sebagai contoh, kalau pun kita tengok bangkai pun kita sudah geli tak suka. Takkan kita sanggup nak makan bangkai, bukan?

Ini juga memberitahu kepada kita bahawa benda-benda kotor tidak boleh dimakan. Janganlah kita sangka hanya tiga benda yang disebut dalam ayat ini sahaja yang haram dimakan. Benda-benda lain yang kotor juga tidak boleh dimakan. Sebagai contoh, ular, tikus, kumbang, dan lain-lain. Memang ada kaum yang makan benda-benda sebegitu. Macam bangsa Cina, mereka suka makan ular. Mereka kata ianya ada kebaikan untuk kesihatan pula. Lalu bagaimana dengan ayat ini?

Itulah sebabnya kita kena lihat kepada bangsa Arab. Mereka perlu dijadikan sebagai kayu ukur. Kita kena lihat apakah yang dipandang kotor atau tidak elok oleh mereka. Kalau tidak, maka jadi semua benda dalam dunia ini bolehlah dimakan.

Sebagai contoh, ular yang kita sebut tadi. Ada sahaja bangsa yang tidak memandangnya sebagai kotor. Begitu juga dengan burung gagak. Kalau kita guna hujah dengan kata ada bangsa yang tidak memandang jijik binatang-binatang itu, maka semua binatang boleh dimakanlah jawapnya.

Lihatlah kepada satu hadis Nabi:

“Lima jenis haiwan yang harus dibunuh, baik di tanah haram mahu pun di tanah biasa, iaitu : ular, kala jengking, tikus, anjing buas dan burung rajawali” (HR. Abu Daud) dalam riwayat lain disebutkan juga burung gagak.

Dalam hadis lain riwayat Ummu Syarik ra.:

Bahawa Nabi saw. menyuruhnya untuk membunuh cicak. Dan dalam hadis Ibnu Abu Syaibah: Dia menyuruh. (Shahih MuslimNo.4152)

Dari hadis-hadis di atas, menunjukkan bahawa haiwan-haiwan itu tidak elok, dipandang jijik, maka tentulah juga tidak boleh dimakan. Jadi bangsa Arab menjadi kayu ukur kepada kita.

أَوْ فِسْقًا

atau berdosa

Memakannya adalah berdosa – perbuatan fasiq. Kerana Allah telah mengharamkannya.

أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ

atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah.

Satu lagi binatang yang haram dimakan adalah binatang ternak yang semasa disembelih, nama selain Allah yang disebut. Atau, jika tiada disebut nama apa-apa pun. Iaitu yang disembelih begitu sahaja. Itu pun tidak boleh.

Tapi, kita tidaklah disuruh untuk periksa sama ada dibaca atau tidak nama Allah. Tapi, kalau kita tahu yang memang disebut nama selain Allah, atau tidak dibacakan nama Allah, kita tidak boleh makan daging sembelihan itu. Kalau yang menyembelihnya itu adalah orang Islam, atau ahli Kitab, kita sudah boleh makan tanpa periksa lagi.

فَمَنِ اضْطُرَّ

Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa,

Kadang-kadang mungkin kita terpaksa makan benda-benda yang diharamkan itu. Terpaksa itu adalah kerana keadaan yang memaksa. Mungkin kita masuk hutan, kemudian tersesat, tidak ada makanan dan yang ada hanyalah babi hutan sahaja. Kalau tak makan, boleh mati.

Ataupun kita dipaksa makan oleh seseorang. Dan kalau kita tak makan, dia nak bunuh kita. Waktu itu, sudah jadi wajib kita makan kerana menjaga nyawa kita.

غَيْرَ بَاغٍ

sedang dia tidak menginginkannya

Ada dua syarat yang perlu dipenuhi kalau seseorang itu terpaksa memakan makanan yang haram dalam keadaan terdesak. Mulanya, ianya mestilah dalam keadaan terdesak dan terpaksa – kalau tak makan, boleh mati. Dan walaupun dalam keadaan terdesak, ada dua syarat pula.

Pertama, dia tidak ada keinginan untuk memakannya. Bukanlah dia makan kerana nak makan. Bukanlah juga dia hendak melawan hukum Allah. Kerana ada orang yang teringin sangat nak makan benda yang haram. Dia selalu tengok orang makan babi macam sedap sahaja, maka dia teringin nak rasa walaupun dia tahu yang ianya haram.

وَلَا عَادٍ

dan tidak (pula) melampaui batas,

Perkataan عَادٍ dari ع  د  و yang bermaksud ‘melampau’. Iaitu makan dengan banyak sekali.

Bermaksud orang yang terpaksa makan benda yang haram itu tidaklah dia makan dengan banyak. Memang dibenarkan memakan benda yang haram itu apabila mereka terpaksa memakannya di dalam keadaan terdesak, tapi jangan makan lebih-lebih. Maknanya, bukanlah makan sampai kenyang.

Cukup untuk alas perut supaya tidak mati. Sebagai contoh, semasa makan babi itu, tidaklah dia makan lebih kerana memang daging babi itu sedap. Dan memang kalau ditanya kepada mereka yang pernah makan daging babi, mereka akan kata yang daging babi itu sedap. Lebih sedap dari daging-daging yang kita biasa makan.

Jangan gunakan peluang dalam keadaan terdesak untuk makan dengan banyak.

فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Allah mengampuni mereka yang terpaksa memakan makanan yang haram. Ini adalah kerana Allah sayang kepada hambaNya. Allah tidak mahu hambaNya kesusahan.


Ayat 146: Kita dilarang dari membantah wahyu-wahyu Allah. Jangan jadi seperti orang Yahudi yang telah berbuat begitu. Atas kesalahan mereka itu, mereka telah didenda.

6:146
Sahih International

And to those who are Jews, We prohibited every animal of uncloven hoof; and of the cattle and the sheep We prohibited to them their fat, except what adheres to their backs or the entrails or what is joined with bone. [By] that We repaid them for their injustice. And indeed, We are truthful.

Malay

Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku, dan dari lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya, atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka; dan sesungguhnya Kamilah yang benar.

وَعَلَى الَّذِينَ هَادُوا

Dan kepada orang-orang Yahudi,

Ini adalah hukum tentang makanan yang telah diberikan kepada orang Yahudi. Asalnya, semua makanan dihalalkan kepada mereka. Hanya kemudian baru diharamkan dan itu pun kerana kesalahan mereka sendiri. Seperti yang tersebut dalam Nisa:160

فَبِظُلْمٍ مِّنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَن سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيرًا

Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, kami haramkan atas (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah.

حَرَّمْنَا كُلَّ ذِي ظُفُرٍ

Kami haramkan segala binatang yang berkuku

Kalimah ظُفُرٍ bermaksud ‘kuku’. Kuku juga ada pada manusia. Tapi kepada binatang, kuku itu digunakan untuk keperluan kehidupan mereka. Kepada kita, kita kena potong kuku kita sebab tidak ada guna kuku itu untuk kita.

Kuku yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah kuku yang tidak terbelah. Iaitu kuku itu satu sahaja. Iaitu kuku yang ada pada kuda, unta, arnab dan luak. Allah tidak mengharamkan kepada mereka, tapi mereka yang mengharamkan kepada diri mereka sendiri. Maka kemudian Allah telah menghukum mereka dengan meneruskan pengharaman itu.

Kuku kuda yang tidak terbelah

Kuku unta yang tidak terbelah

Luak (Rock Badger)

وَمِنَ الْبَقَرِ وَالْغَنَمِ

dan dari sapi dan domba,

Ada pengharaman juga kepada sapi/lembu dan domba/biri-biri. Mereka boleh makan lembu dan biri-biri itu, tapi ada bahagian lembu dan biri-biri itu yang mereka tidak boleh makan.

الْغَنَمِ (domba)

حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ شُحُومَهُمَا

Kami haramkan atas mereka lemak dari kedua binatang itu,

Bukanlah tidak boleh makan daging kedua binatang yang disebut di atas itu. Kena baca dengan penuh. Iaitu, lemak-lemak dari binatang-binatang yang telah disebut itu yang diharamkan kepada mereka. Sebab itu kalau kita lihat mereka menyediakan makanan mereka, mereka akan buang lemak-lemak itu.

إِلَّا مَا حَمَلَتْ ظُهُورُهُمَا

selain lemak yang melekat di belakang keduanya

Lemak yang melekat di belakang kedua binatang itu, dibolehkan mereka makan. Iaitu lemak yang melekat di tulang belakang.

أَوِ الْحَوَايَا

atau yang di usus kecil

Atau lemak yang ada di usus. Kerana susah untuk dibuang.

أَوْ مَا اخْتَلَطَ بِعَظْمٍ

atau yang bercampur dengan tulang.

Lemak-lemak yang dibenarkan yang telah disebut dalam ayat ini dibenarkan kerana susah nak bersihkan. Jadi, dibenarkan kepada mereka. Lemak yang selain dari itu, tidak boleh.

ذَٰلِكَ جَزَيْنَاهُم بِبَغْيِهِمْ

Demikianlah Kami hukum mereka disebabkan kedurhakaan mereka;

Yahudi diharamkan memakan perkara-perkara yang disebut di atas kerana kesalahan mereka. Oleh itu, kalau kita mengharamkan sesuatu yang halal kepada diri kita, bermakna kita menyatakan bahawa kita adalah orang berdosa (seperti orang Yahudi itu). Oleh itu, orang Arab yang mengharamkan sesetengah makanan kepada diri mereka itu, sebenarnya seperti mereka mengatakan yang mereka orang yang bersalah pula.

Begitulah yang kita boleh lihat bagaimana pengharaman diberikan kepada mereka yang bersalah seperti yang telah dikenakan kepada bangsa Yahudi. Tentulah kita sepatutnya tidak suka meniru mereka yang tidak baik (seperti Yahudi itu). Sebagai contoh, takkan kita suka berpakaian seperti orang gay, kerana itu memalukan diri kita sendiri. Bodoh betul diri kita kalau suka nak ikut mereka yang buruk perangai mereka.

Apakah kesalahan bangsa Yahudi sampai mereka telah diberikan dengan pengharaman itu? Makanan yang diharamkan kepada mereka itu adalah binatang yang biasa waktu itu. Ianya menyebabkan mereka kehilangan sumber makanan yang besar. Maka, ini adalah satu pengharaman yang menyusahkan mereka.

Mereka diberikan dengan hukum itu kerana mereka telah mengubah-ngubah agama ikut nafsu mereka. Mereka juga telah mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Yang buat begitu adalah pendeta-pendeta mereka dan diikuti oleh penganut mereka. Itu adalah dosa yang besar.

Antaranya yang mereka haramkan ke atas diri mereka adalah memakan unta. Pada asalnya, ia tidak haram kepada diri mereka, tapi mereka yang memandai haramkan. Mereka haramkan kepada diri mereka kerana pernah Nabi Yaakob tidak boleh makan daging unta kerana suatu penyakit. Tetapi kerana sebab Nabi Yaakob tidak makan waktu itu, mereka mengharamkan kepada diri mereka pula. Padahal, yang tak boleh makan adalah Nabi Yaakob sahaja sebab dia ada penyakit tak boleh makan unta. Kenapa pula mereka yang ikut?

وَإِنَّا لَصَادِقُونَ

dan sesungguhnya Kami adalah Maha Benar.

Allah memberitahu bahawa apa yang diberitahu ini adalah satu kebenaran. Kerana ianya datang dari Allah sendiri. Apa yang Allah beritahu adalah benar.

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 28 Januari 2019


Rujukan:

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Surah al-An’am Ayat 143 – 144

Ayat 143:

6:143
Sahih International

[They are] eight mates – of the sheep, two and of the goats, two. Say, “Is it the two males He has forbidden or the two females or that which the wombs of the two females contain? Inform me with knowledge, if you should be truthful.”

Malay

(Binatang ternak itu) lapan ekor – (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul kamu orang-orang yang benar”.

ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ

(iaitu) delapan binatang yang berpasangan,

Allah telah menjadikan empat jenis binatang yang berpasangan. Empat pasang menjadi lapan jenis binatang. Perkataan أَزْوَاجٍ bermaksud ‘pasangan’. Yang melengkapkan satu sama lain. Kerana pasangan kena ada dua.

مِّنَ الضَّأْنِ اثْنَيْنِ

sepasang domba, dua

Bermaksud sepasang Kibas, jantan dan betina. Ia adalah binatang kecil yang ada bulu.

وَمِنَ الْمَعْزِ اثْنَيْنِ

dari kambing, dua

Bermaksud sepasang kambing, jantan dan betina.

الْمَعْزِ

قُلْ آلذَّكَرَيْنِ حَرَّمَ

Katakanlah: “Apakah dua yang jantan yang diharamkan Allah

Adakah benar Allah telah mengharamkan pemakanan kibas yang jantan atau kambing yang jantan? Itu adalah soalan retorik dari Allah. Allah nak tanya kepada Musyrikin Mekah, benarkah Allah telah mengharamkan pemakanan dua-dua jenis binatang itu?

Bacaan perkataan آلذَّكَرَيْنِ itu dalam tajwid adalah pembacaan yang berlainan dari biasa. Sila dengar bacaan qari dari audio. Ianya dipanjangkan kerana menekankan soalan itu. Kerana bentuk soalan itu menunjukkan kemarahan.

Kenapa pula ada pengharaman kepada memakan binatang yang jantan? Sedangkan sama sahaja yang jantan dan betina itu. Musyrikin Mekah sahaja yang memandai-memandai meletakkan perbezaan itu sedangkan Allah tak pernah bezakan. Dua-dua jantan atau betina boleh dimakan sebenarnya. Yang mengharamkan itu hanyalah ajaran dari syaitan supaya mereka jadi sesat.

أَمِ الْأُنثَيَيْنِ

ataukah dua yang betina,

Atau adakah Allah pernah mengharamkan memakan yang betina? Kenapa pula ada pengharaman kepada memakan yang betina? Sedangkan sama sahaja yang jangan dan betina itu.

Ini adalah soalan-soalan dari Allah untuk menunjukkan bahawa apa yang mereka haramkan tidak masuk akal.

أَمَّا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ أَرْحَامُ الْأُنثَيَيْنِ

ataukah yang ada dalam kandungan dua betinanya?”

Atau adakah Allah pernah mengharamkan apa yang ada dalam perut binatang yang betina itu. Dalam ayat 139, telah diberitakan bagaimana mereka mengharamkan apa yang ada dalam perut binatang yang betina. Iaitu mereka mengharamkan kandungan binatang itu dari dimakan oleh perempuan. Inilah asal kepada diskriminasi perempuan.

نَبِّئُونِي بِعِلْمٍ

Terangkanlah kepadaku dengan berdasar pengetahuan

Kalau kamu ada dalil, maka bawakan dalil. Ini mengajar kita, kena ada dalil kalau betul ada pengharaman. Tak boleh cakap begitu sahaja. Ini mengajar kita, dalam hal pengharaman atau hal agama, kena bawa dalil. Memang sebenarnya mereka tidak ada dalil.

Begitulah juga zaman sekarang, banyak dari amalan atau fahaman masyarakat Islam kita sebenarnya tanpa dalil. Kerana dari dulu lagi, masyarakat kita diajar untuk percaya kepada kata-kata orang. Iaitu kata-kata orang tua, kata-kata ustaz dan guru dan juga perbuatan orang yang banyak. Mereka tidak diajar untuk berpandukan kepada dalil yang sah. Maka, masyarakat kita terus dibodohkan dengan pegangan yang salah.

إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

jika kamu memang orang-orang yang benar,

Orang yang benar, tentu akan dapat mendatangkan dalil yang sah. Kalau betul-betul ada pengharaman yang telah ditetapkan oleh Allah, bawalah ke mari dalil itu. Allah mencabar mereka untuk menceritakan fahaman mereka supaya akhirnya akan terbongkar bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak ada dasar sama sekali. Melainkan rekaan-rekaan daripada mereka yang telah dipesongkan oleh syaitan.

Begitu jugalah dengan ahli bidaah di negara ini. Kalau kita minta dalil, mereka tidak boleh beri. Mereka akan beri hujah batil mereka sahaja. Secara dasarnya, ada lima hujah batil mereka, yang mengeja perkataan KUMAN, untuk senang diingati. Kita ringkaskan apakah hujah mereka.

1. Kitab – Mereka kata ada dalam kitab itu dan ini. Padahal kitab-kitab karangan manusia sepatutnya kenalah berdasarkan kepada ayat Qur’an dan hadis. Tapi kitab yang mereka bawa hanyalah pendapat manusia sahaja yang tidak lari dari melakukan kesalahan.

2. Ulama, Ustaz – Mereka kata ustaz itu kata boleh, ustaz ini kata benda ini molek dibuat. Mereka berselindung dengan alasan: “ulama sudah lama bincang perkara ini sudah selesai lama”. Ini juga hujah yang bathil kerana kata-kata manusia bukan hujah.

3. Majoriti – Mereka kata kalau ramai yang buat, takkan ramai-ramai salah. Dalam ayat 116 dari surah al-An’am ini sendiri kita sudah belajar yang kalau kita ikut orang ramai, kita akan sesat.

4. Adat – Mereka kata tok nenek kita sidah lama buat, takkan tok nenek kita nak masuk neraka semuanya. Ini juga hujah yang lemah. Kita bukan nak ikut amalan orang dahulu, kita nak ikut Nabi dan para sahabat.

Akal – Satu lagi dalil yang digunakan oleh ahlul bida’ah adalah ‘akal’. Mereka menggunakan hujah akal mereka untuk membenarkan sesuatu perkara. Selalunya mereka gunakan hujah ‘takkan’: “takkan lah salah kalau buat begitu”.

5. Niat – Ahli bidaah akan kata, tentu Allah akan beri pahala kalau mereka niat ikhlas dalam melakukan ibadat itu. Ini juga adalah hujah yang amat bathil. Banyak dalam Qur’an menyatakan amalan hendaklah ikhlas dan soleh. Makna ‘soleh’ adalah, ibadat itu dari ajaran Nabi. Niat yang baik sahaja, tidak menentukan yang ianya benar.


Ayat 144:

6:144
Sahih International

And of the camels, two and of the cattle, two. Say, “Is it the two males He has forbidden or the two females or that which the wombs of the two females contain? Or were you witnesses when Allah charged you with this? Then who is more unjust than one who invents a lie about Allah to mislead the people by [something] other than knowledge? Indeed, Allah does not guide the wrongdoing people.”

Malay

Dan dari unta dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari lembu dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad): “Adakah yang diharamkan Allah itu dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Ataupun kamu ada menyaksikan ketika Allah menyuruh serta menentukan kepada kamu (atau kepada datuk nenek kamu) dengan yang demikian ini?” Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

وَمِنَ الْإِبِلِ اثْنَيْنِ

dan unta, sepasang

Sepasang unta, jantan dan betina.

وَمِنَ الْبَقَرِ اثْنَيْنِ

dan dari lembu, sepasang

Jantan dan betina.

الْبَقَرِ

قُلْ آلذَّكَرَيْنِ حَرَّمَ

Katakanlah: “Apakah dua yang jantan yang diharamkan

Soalan yang sama Allah ulang lagi dalam ayat ini – Adakah benar Allah mengharamkan yang jantan dari dimakan?

أَمِ الْأُنثَيَيْنِ

ataukah dua yang betina,

Ataukah ada pernah Allah mengharamkan unta atau lembu betina dari dimakan?

أَمَّا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ أَرْحَامُ الْأُنثَيَيْنِ

ataukah yang ada dalam kandungan dua betinanya?

Atau yang diharamkan adalah kandungan dalam lembu dan unta betina itu? Yang mana satukah yang mereka maksudkan?

أَمْ كُنتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ وَصَّاكُمُ اللَّهُ بِهَٰذَا

Apakah kamu menyaksikan di waktu Allah menetapkan ini bagimu?

Perkataan وَصَّاكُمُ dari katadasar و ص ي yang bermaksud ‘arahan yang penting’. Seperti juga kita gunakan perkataan ‘wasiat’ sebagai satu arahan apa yang mesti dilakukan kepada peninggalan kita yang penting.

Mereka ditanya lagi: kalau kamu tidak boleh membawakan dalil kenapa kamu mengharamkan makanan-makanan itu, maka mungkin boleh jadi Allah sendiri yang beritahu kepada kamu? Adakah kamu ada sekali dalam majlis itu, semasa Allah sendiri beri hukum  yang makanan-makanan itu tidak boleh dimakan atau dikhususkan kepada lelaki atau kepada perempuan sahaja?

Begitulah pertanyaan-pertanyaan Allah dalam bentuk sinis yang diberikan kepada mereka untuk mematahkan hujah-hujah mereka. Hujah mereka sepatutnya terputus kerana memang mereka tidak boleh bawa dalil. Ini semua untuk menunjukkan bahawa apa yang mereka buat itu tidak ada dalil langsung.

Walaupun apa yang mereka buat itu tidak ada dalil, tetapi kenapakah mereka masih lagi melakukannya? Pemuka-pemuka agama masyarakat mereka meneruskan tradisi itu kerana dengannya mereka boleh mengawal masyarakat bawahan. Apabila mereka membuat undang-undang atau hukum dan masyarakat mengikutinya, itu bermaksud bahawa masyarakat di bawah mereka akan menurut sahaja apa kata mereka. Itu juga bermaksud mereka berada di tempat yang tinggi di dalam masyarakat dan mereka akan mendapat habuan dari kedudukan mereka itu.

فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا

Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah

Tidak ada lagi orang yang lebih zalim daripada orang yang mengada-ngadakan dusta bagi pihak Allah. Mereka adalah penjenayah yang paling besar. Mereka akan mendapat dosa dari perbuatannya itu. Dan dia akan mendapat dosa orang lain yang mengikut amalan bidaah itu.

Begitulah juga amalan bidaah yang dilakukan manusia. Bagaimanakah yang dikatakan mereka berdusta? Mereka dusta dengan kata yang amalan bidaah itu Allah suka, padahal Allah tidak pernah kata begitu dan Nabi pun tak pernah sampaikan kata-kata Allah sebegitu. Mereka sendiri yang kata Allah suka, bermakna mereka berdusta atas nama Allah! Sedangkan berdusta atas nama manusia lain pun orang dah marah, apatah pula kalau berdusta atas nama Allah!

Atau mereka kata akan dapat pahala kalau buat amalan itu sedangkan tidak ada diberitahu oleh Allah atau NabiNya. Malangnya, mereka tak perasan yang mereka sudah buat perkara yang amat salah. Kerana sudah biasa sangat buat, sampai mereka tidak kisah, macam biasa sahaja cipta hukum sendiri.

لِّيُضِلَّ النَّاسَ بِغَيْرِ عِلْمٍ

untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan”

Mereka yang tidak mempunyai pengetahuanlah yang senang diperdayakan. Mereka hanya mengikut sahaja apa yang orang lain cakap tanpa usul periksa. Mereka menerima sesuatu amalan itu dengan tanggapan sahaja. Apabila kita tegur perbuatan mereka, hujah mereka antaranya: “Takkan ustaz itu salah; ramai orang buat, takkan salah; dan sebagainya.”

Ini kerana masyarakat kita malangnya tidak mahu belajar. Mereka sangka mereka sudah tahu tentang agama sebab mereka ada kelas agama masa sekolah rendah dulu. Ilmu itulah yang mereka pakai sampai mereka mati. Padahal, kalau belajar ilmu lain, mereka luangkan masa sampai masuk universiti, dapat ijazah, dapat PHD. Tapi dalam hal agama, mereka tak ingin nak belajar. Hasilnya, mereka tahu tentang hal dunia, tapi jahil tentang agama.

Ayat ini mengingatkan kepada kita betapa penting untuk kita belajar bab agama. Kita kena jaga agama kita. Kita kena tahu apakah akidah yang benar. Kita kena tahu bagaimana nak beribadah mengikut dalil yang benar. Kita pun akan ada keluarga yang perlu kita ajar kerana mengajar anak isteri adalah tanggungjawab bapa dan suami.

Kalau kita tidak tahu dalil sesuatu amalan, ada sebaiknya kita jangan amalkan lagi. Lebih baik tidak buat sesuatu amalan, daripada kita buat, tapi rupanya bukan dari agama Islam. Kita kena tanya dan kaji, dari manakah amalan itu datang. Dari pendapat manusiakah atau benar-benar dari arahan Allah?

Ada masanya amalan yang selama ini kita buat adalah salah. Maka kita terima bahawa kita ada buat kesalahan dan kemudian tinggalkan amalan itu. Janganlah kerana amalan itu sudah lama kita amalkan, atau tok nenek kita ada amalkan, kita nak pertahankan juga. Tidak ada faedahnya untuk kita pertahankan perkara yang tidak ada dalil.

إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Yang zalim adalah mereka yang menipu atas nama Allah. Allah tidak akan memberi hidayah kepada mereka. Amat malang sekali kalau sudah jadi begitu kerana tandanya sudah jadi ahli neraka. Tidak mendapat hidayah bermaksud mereka akan terus berada di dalam kesesatan.

Kita amat memerlukan hidayah dari Allah. Tapi kalau Allah sudah tidak mahu beri hidayah, bagaimana lagi? Allah tidak terus menghalang hidayah dari sampai kepada makhlukNya. Allah cuma akan tahan hidayah itu apabila mereka berterusan menolak kebenaran.

Habis Ruku’ 17 dari 20 ruku’ dalam surah ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 28 Januari 2019


Rujukan:

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Surah al-An’am Ayat 140 – 142

Ayat 140: Hasil daripada hasutan syaitan, mulanya tentang pantang makanan sahaja. Tapi lama kelamaan, syaitan sampai menyuruh mereka membunuh anak-anak mereka. Itulah bahayanya kalau sentiasa mengikut bisikan syaitan. Mereka akan merosakkan agama kita sedikit demi sedikit.

Mulanya nampak macam tidak ada apa yang kita buat. Tapi lama kelamaan, apabila kita dah selalu sangat ikut kata syaitan, maka kita akan terus ikut tanpa soal segala arahan dan pujukan mereka, walau apa pun yang mereka suruh kita buat. Apabila kita dah selalu sangat ikut kata syaitan, syaitan itu akan menguasai kita.

6:140
Sahih International

Those will have lost who killed their children in foolishness without knowledge and prohibited what Allah had provided for them, inventing untruth about Allah . They have gone astray and were not [rightly] guided.

Malay

Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada sekalian makhluknya), dan juga (rugilah orang-orang yang) mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.

قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ قَتَلُوا أَوْلَادَهُمْ

Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka,

Bukan semua daripada puak bangsa Arab yang membunuh anak-anak mereka. Dikatakan bahawa hanya beberapa puak sahaja yang berbuat begitu. Termasuk yang dikatakan mengamalkan pembunuhan anak-anak adalah puak Rabi’ dan Mudhar.

Bangsa Quraish tidak melakukan perkara ini. Jadi kisah Sayidina Umar membunuh anak perempuannya tidak benar sama sekali. Itu hanyalah tohmahan dari puak Syiah sahaja.

Amat bodoh sekali mereka kerana mereka merugikan diri mereka. Mereka rugi di dunia kerana mereka kekurangan anak – anak boleh membantu kerja-kerja dan sebagai penenang hati dan sebagainya; dan mereka akan rugi di akhirat kelak kerana mereka akan dihukum dengan amat teruk sekali.

سَفَهًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

karena kebodohan lagi tidak mengetahui

Semua yang mereka lakukan itu adalah kerana kebodohan mereka. Ibn Abbas pernah berkata, jikalau kamu hendak tahu betapa bodohnya mereka di zaman Jahiliah, maka bacalah perbuatan-perbuatan mereka di dalam surah al-An’am ini bermula daripada ayat 136 dan seterusnya. Apabila membaca bagaimanakah perbuatan mereka, kita boleh nampak bagaimana bodohnya perkara-perkara yang mereka lakukan.

وَحَرَّمُوا مَا رَزَقَهُمُ اللَّهُ

dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezeki-kan pada mereka

Allah telah memberi kita dan mereka dengan berbagai-bagai rezeki, antaranya termasuklah makanan dan juga anak-anak. Tetapi mereka telah mengharamkan makanan yang boleh dimakan dan mereka juga telah membunuh anak-anak mereka. Itulah sebabnya mereka dikatakan amat rugi.

Mereka rugi di dunia kerana tidak dapat menikmati rezeki itu dan mereka akan rugi di akhirat kerana mereka akan dibalas di atas perbuatan mereka mereka-reka hukum yang baru.

افْتِرَاءً عَلَى اللَّهِ

dengan semata-mata mengada-adakan pembohongan terhadap Allah.

Perbuatan mereka itu adalah mengadakan dusta terhadap Allah. Allah tak pernah haramkan makanan yang mereka haramkan tapi mereka yang memandai haramkan. Samalah juga dengan mereka yang mencipta ibadah-ibadah bidaah dalam agama. Mereka yang reka amalan, kemudian mereka kata amalan itu Allah suka.

Mereka sangka mereka buat perkara yang baik dan akan mendapat pahala, tapi rupanya nanti mereka akan dihukum kerana dosa mengamalkan benda baru yang Allah tak ajar pun.

Sebagai contoh, ada ulama yang reka zikir baru, dan mereka ‘beri’ pahala kepada amalan zikir itu. Mereka kata kalau mengamalkan zikir itu, pahalanya sebanyak langit dan bumi.

Sebagai contoh, amalan tarekat Ahmadiyah adalah:

لاَاِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
Ertinya:- Bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah.

Ini adalah satu amalan rekaan yang timbul lama selepas Nabi wafat. Mereka yang mengamalkan amalan ini mengatakan sekali baca zikir ini, pahalanya sebanyak langit dan bumi. Tentu tidak ada dalil kerana zikir ini tidak pernah ada pada zaman Nabi. Dan ketahuilah zikir ini adalah zikir yang kufur kerana ianya berzikir kepada Allah dan dalam masa berzikir kepada Nabi Muhammad juga. Kita tidak boleh berzikir kepada selain Allah. Tapi, apabila zikir ini diulang-ulang, ianya telah menjadi satu zikir.

قَدْ ضَلُّوا

Sesungguhnya mereka telah sesat

Mereka sangka mereka terpimpin, tapi sebenarnya tidak. Mereka sangka apa yang diberitahu oleh pemimpin-pemimpin mereka itu, mestilah benar. Pemuka-pemuka Quraish lah yang mengatakan bahawa makanan ini boleh dimakan atau tidak, sembelihan ini boleh dimakan atau tidak. Mereka ikut sahaja.

Begitulah juga dengan kebanyakan dari masyarakat kita. Apabila sesuatu hukum itu diberitahu oleh ustaz mereka, mereka terus terima walaupun ustaz mereka itu tidak beri dalil pun. Mereka sangka mereka terpimpin dengan buat amalan itu tapi sebenarnya tidak. Amalan itu adalah amalan yang sesat. Kita kena tahu bahawa amalan bidaah adalah amalan yang sesat. Kerana inilah hadis yang Nabi telah beritahu kepada kita. Dan setiap yang sesat itu masuk neraka.

وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.

Petunjuk dalam dunia ini adalah dari Qur’an dan Hadis sahih. Semua Muslim sepatutnya tahu dan menjadikan dua sumber itu sebagai rujukan yang utama. Tapi malangnya, mereka masih lagi menerima pendapat dari manusia – dari ulama, ustaz, tok nenek keturunan mereka dan sebagainya.

Mereka amat jahil dengan nas yang sah. Apabila mereka bercakap, kita tahu yang mereka langsung tidak tahu dalil dari Qur’an dan sunnah. Tapi nada bahasa yang digunakan oleh mereka, macamlah mereka itu pandai sangat. Padahal, hujah mereka adalah hujah akal sahaja. Ini amat menyedihkan.

Habis Ruku’ 16 dari 20 ruku’ dalam surah ini.


Ayat 141: Dalam ayat ini Allah menceritakan kepada kita nikmat-nikmat yang telah diberikanNya kepada kita. Dengan kita mengetahui segala nikmat-nikmat, itu maka kita lebih mengenali Allah dan lebih menghargai Allah. Dalam masa yang sama, Allah menceritakan tentang alam ini kepada kita. Dunia ini telah dijadikan dengan berbagai-bagai keindahan yang perlu kita amati dan kita perlu hargai kerana ianya telah diberikan kepada kita oleh Allah.

Dalam ayat ini Allah ceritakan tentang tumbuh-tumbuhan yang telah Allah ciptakan untuk kita.

6:141

Sahih International

And He it is who causes gardens to grow, [both] trellised and untrellised, and palm trees and crops of different [kinds of] food and olives and pomegranates, similar and dissimilar. Eat of [each of] its fruit when it yields and give its due [zakah] on the day of its harvest. And be not excessive. Indeed, He does not like those who commit excess.

Malay

Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.

وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ

Dan Dialah yang menaikkan kebun-kebun yang berjunjung

Perkataan أَنشَأَ bermaksud mencipta sesuatu dan menyebabkan ia tumbuh dan hidup. Allah mengingatkan kita dalam ayat ini bahawa Dia lah yang telah menjadikan kebun-kebun dan menyebabkan kebun-kebun itu hidup subur dan berkembang biak. Kita sangka kita yang tanam pokok tu, tapi Allah beritahu yang Dia yang jadikan kebun-kebun itu. Kerana segalanya dari Allah. Tanah dari Allah, benih dari Allah dan cara tanam pun Allah yang ajarkan.

Maka, Allah lah yang menumbuhkan dan menyuburkan tanaman. Dan tanaman itu telah berkembang biak itu sedikit demi sedikit. Sebab kalau dengan tumbuhan, tidaklah kita tanam hari ini, esok dah jadi banyak. Ianya akan mengambil masa. Itu semua dalam perancangan Allah.

Perkataan جَنَّاتٍ adalah jamak kepada جَنَّة yang bermaksud ‘taman’. Syurga juga dipanggil جَنَّة dalam bahasa Arab. Perkataan جَنَّة bermaksud ‘tanaman yang lebat’. Iaitu apabila bumi dipenuhi dengan tanaman yang menghijau. Sampaikan susah nak nampak tanah apabila tanaman menghijau memenuhi kawasan itu.

Perkataan مَّعْرُوشَاتٍ dari عرش yang bermaksud ‘singgahsana’. Sifat singgahsana ialah ditinggikan daripada benda-benda lain yang di sekelilingnya. Oleh itu, مَّعْرُوشَاتٍ adalah tanaman jenis berpara seperti buah anggur, kacang panjang dan sebagainya. Kerana jenis-jenis tanaman seperti itu naik meninggi. Dan ia memerlukan para untuk ia memanjat kerana ia tidak cukup kuat kalau tidak ada para.

Ada juga pendapat yang mengatakan yang مَّعْرُوشَاتٍ bermaksud pokok yang ‘tinggi’ seperti pokok Tamar. Allahu a’lam.

وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ

dan yang tidak berjunjung,

Selain daripada pokok yang memerlukan junjung/para, terdapat juga pokok yang melata di tanah yang tidak berpara. Tanaman itu tidak boleh menggunakan junjung atau para kerana ianya berat seperti labu dan tembikai.

وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ

pohon kurma dan tanam-tanaman yang bermacam-macam jenis pengeluarannya

Buah-buahan dan biji-bijian yang dikeluarkan oleh tanaman itu berbagai bagai jenis dari segi warna, rasa, rupa dan sebagainya. Itulah satu dari maksud أُكُلُهُ – pengeluarannya, atau hasilnya.

Begitu banyak sekali jenis-jenis tanaman, sampaikan kadang-kadang kita tidak tahu apakah jenis biji-bijian dan buah-buahan yang ada di supermarket apabila kita pergi membeli belah. Ada yang kita tahu, tapi ada juga yang kita macam tak pernah tengok pun. Kita pun tidak tahu di mana ianya ditanam, dari negeri manakah ia datang dan bagaimanakah cara untuk memakannya.

Cara tanam tanaman itu dimakan juga berbeza-beza. Ini adalah makna kedua dari perkataan أُكُلُهُ – cara pemakanannya. Ada yang kena kupas kulitnya dahulu sebelum dimakan dan ada yang boleh dimakan dengan kulit-kulitnya sekali. Ada yang dimakan terus dan ada yang kena masak dahulu baru boleh dimakan.

Ada pula hasil tanaman yang boleh dibuat sup dan ada pula tumbuhan yang dimakan begitu sahaja. Ada juga yang perlu dihancurkan untuk dimakan dan ada juga yang dijadikan dalam bentuk roti. Berbagai-bagai cara memakannya. Begitulah Allah telah berikan pilihan kepada kita sebagai nikmat untuk kita.

Maka, makanlah dengan apa cara yang sesuai. Janganlah pula kita haramkan memakan sesuatu tanaman yang Allah telah berikan sebagai rezeki untuk kita.

وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا

zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya)

Ada buah-buahan yang nampak sama sahaja jenisnya, tetapi tidak semestinya ianya sama dari sifatnya. Nampak sahaja sama.

وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ

dan tidak sama (rasanya).

Daun pokok zaitun dan delima itu hampir serupa, tetapi buahnya berlainan rasa. Ada banyak jenis lagi tanaman yang nampak ada persamaan tapi berbeza.

Ada buah yang memang sama jenis, tetapi ada yang warna berlainan dan ada yang rasa berlainan. Sebagai contoh, buah epal ada banyak jenis Allah keluarkan untuk kita.

Begitulah juga, Allah boleh jadikan dua biji dari buah yang sama tetapi tidak sama dari segi sifatnya. Mungkin ada persamaan dari segi saiz dan dari warna buah itu tetapi rasa tidak sama. Ada yang buah yang rasa manis tapi ada yang masam. Macam kalau kita makan durian, ada yang rasa lain dan ada yang rasa sama walaupun dari pokok yang sama pun.

كُلُوا مِن ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ

Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah,

Allah mengajar kepada kita hukum untuk memakan buah-buahan dari tanam-tanaman yang Allah telah jadikan untuk kita. Secara dasarnya, semua buah-buahan dan semua biji-bijian boleh dimakan oleh kita.

Kecuali jikalau buah-buahan ataupun biji-bijian itu tidak boleh dimakan kerana akan memberi kesan tidak baik kepada kita – sebagai contoh, kita boleh terkena racun dan sebagainya. Kalau dalam keadaan itu, ia telah menjadi haram untuk dimakan.

Ada juga yang asalnya halal, tapi boleh jadi haram kalau disalahgunakan. Sebagai contoh, buah anggur itu halal dimakan tetapi apabila ia dijadikan arak maka ia sudah menjadi haram. Begitu juga barli boleh dimakan tetapi kalau diproses menjadi tuak kita tidak boleh minum kerana akan memabukkan.

وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ

dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya;

Iaitu, berilah zakat bila telah sampai masa menuai. Perkataan حَصَادِهِ diertikan sebagai ‘masa menuai’. Masa menuai adalah masa yang sesuai untuk menuai hasil tanaman itu, tidak terlalu awal kerana buah masih muda dan tidak terlalu lewat kerana buah sudah terlalu masak dan mungkin sudah busuk.

Selalunya zakat dikeluarkan apabila telah cukup setahun. Tetapi zakat tanam-tanaman dikeluarkan apabila selesai menuai. Dikeluarkan sebanyak satu persepuluh daripada hasil tanaman itu atau separuh daripadanya. Perbezaan ini perlu dipelajari dalam hukum fekah.

Ada juga yang mengatakan perkataan حَقَّهُ bermaksud hakNya – hak Allah. Bermaksud ayat ini adalah suruhan untuk mengeluarkan ‘sedekah’. Ini kerana, seperti yang kita tahu, surah al-An’am ini adalah surah Makkiyah dimana belum lagi difardhukan hukum zakat. Arahan zakat difardhukan hanya apabila Nabi telah berhijrah ke Madinah. Jadi semasa ayat ini diturunkan di Makkah, ia mungkin bermaksud ‘sedekah’ tapi bila kita membacanya sekarang ianya sudah bermaksud mengeluarkan zakat pada hari menuai.

Ada yang menggunakan ayat ini sebagai dalil untuk mengatakan yang zakat pertanian hendaklah dikeluarkan pada hari yang sama tanaman itu dituai. Tetapi ada juga Ulamak yang mengatakan tidak semestinya dikeluarkan pada hari menuai itu tetapi boleh dilakukan kemudian.

Seeloknya zakat itu dikeluarkan pada hari yang sama kerana apabila tanaman telah berbuah, maka mereka yang layak mendapat zakat itu mungkin telah melihatnya dan mereka telah mengharap untuk mendapatkannya pada hari itu juga. Kalau kita melengah-lengahkan mengeluarkan zakat pada hari itu, ditakuti barakah berzakat itu akan berkurangan. Allahu a’lam.

وَلَا تُسْرِفُوا

dan janganlah kamu berlebih-lebihan.

Janganlah kamu tidak mengeluarkan zakat bila telah sampai masanya.

Ataupun ayat ini memberi peringatan kepada petani petani yang menuai hasil tanaman mereka. Para petani mendapat hasil mereka mungkin setahun sekali. Tidak sama dengan kita yang bekerja makan gaji kerana kita dapat gaji selalunya sebulan sekali. Apabila kita dapat gaji sebulan sekali, maka senanglah untuk kita mengatur keperluan hidup kita. Kerana kita bayar bil dan membeli makanan mengikut keperluan bulan itu.

Tetapi bayangkan keadaan para petani yang mendapat gaji mereka setahun sekali. Mereka kena pandai untuk mengatur kewangan mereka supaya mereka dapat bertahan sehingga ke masa menuai tahun hadapan. Kalau mereka boros, berlebih-lebihan, maka mereka akan mempunyai masalah untuk menjalani hidup mereka sehingga sampai ke masa menuai yang seterusnya.

Dan janganlah kita melampau-lampau dalam agama dengan mengharamkan makanan yang halal untuk dimakan. Dan jangan pandai-pandai menetapkan manakah makanan yang boleh dimakan oleh lelaki dan mana yang boleh dimakan untuk perempuan. Itu pun dikira berlebih-lebih dalam agama.

Boleh juga bermaksud, jangan berlebih-lebihan dalam memakan hasil tanaman itu sampaikan tidak dapat mengeluarkan zakat yang perlu dikeluarkan. Jangan kita dapat hasil, kita makan sampai habis, sampai termakan bahagian yang sepatutnya kita keluarkan untuk zakat.

Ia juga bermaksud jangan berlebih-lebihan dalam berbelanja. Iaitu yang lebih daripada kemampuan. Katakanlah gaji seseorang iaitu 3,000 ringgit sebulan maka janganlah mengeluarkan belanja sampai habis 3,000 ringgit. Kerana kalau seseorang melakukan begitu, bermakna dia telah menyusahkan dirinya dan juga diri orang orang yang di bawah tanggungannya.

Termasuklah dalam hal ini, jikalau seseorang itu mengeluarkan sedekah yang terlalu banyak sampaikan dia tidak dapat memberikan kepada mereka-mereka yang di bawah tanggungannya. Walaupun sedekah itu adalah satu perbuatan yang mulia dan dituntut, tapi kita hendaklah mendahulukan keperluan mereka yang dalam tanggungan kita.

Potongan ayat ini juga bermaksud: jangan membazir. Katakanlah tanam-tanaman kita mengeluarkan buah-buahan yang banyak melebihi dari apa yang kita boleh makan. Dalam keadaan begitu, janganlah kita membazir dengan membuang buah-buahan yang berlebih itu tetapi berilah kepada mereka yang memerlukannya.

Begitu juga jikalau kita membeli makanan terlalu banyak sampaikan kita tidak mampu menghabiskannya. Janganlah kita menyimpannya di dalam peti ais di rumah kita sahaja sampai tidak boleh dimakan lagi dan kemudian kita terpaksa membuangnya. Ataupun, kita ada pakaian yang banyak yang kita sudah tidak mahu pakai lagi. Bila kita tidak mahu pakai lagi, berikanlah kepada mereka yang mahu menggunakannya.

Jangan juga berlebih-lebihan di dalam membeli pakaian yang cantik-cantik dan mahal-mahal sampaikan dikira bazir. Ada orang yang membeli pakaian terlalu banyak sampaikan tidak ada masa pun untuk pakai pakaian itu. Sebagai contoh, apabila berkahwin, orang kita selalu beli pakaian yang mahal, tapi pakai hanya sekali itu sahaja. Apa salahnya beli pakaian yang boleh dipakai kemudian hari?

Bayangkan orang-orang miskin yang tidak dapat membeli pakaian walaupun mereka amat memerlukan pakaian itu. Mereka mungkin ada sehelai sahaja pakai atau beberapa pakaian yang mereka terpaksa pakai sampai lusuh. Jangan lupakan keperluan mereka. Tidakkah kita malu dengan Allah kerana kita membazir dengan pakaian, tetapi dalam masa yang sama entah berapa ramai orang miskin yang tidak mampu membeli pakaian.

Juga bermaksud jangan berbelanja untuk perkara-perkara ke arah dosa. Dalam surah ini diceritakan bagaimana Musyrikin Mekah akan memberikan sebahagian dari tanaman mereka kepada berhala mereka. Itu adalah perbuatan yang amat berdosa. Maka kita pun janganlah berbelanja untuk perkara-perkara yang haram.

Sebagai contoh, jangan beri makanan kepada orang kerana disuruh tok bomoh yang menyembuhkan penyakit kita. Ini selalu dilakukan oleh orang-orang kita. Apabila mereka sakit, tok bomoh akan kata kena sembelih ayam, kambing atau lembu sebab nak jamu ‘penunggu’. Ma sha Allah, itu pun sudah sama macam beri makanan kepada berhala! Tapi begitulah orang-orang kita yang jahil.

إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.

Dalam ayat ini ada tiga arahan Allah kepada kita:

Pertama, makanlah dari hasil tanam-tanaman itu. Janganlah kita kononnya zuhud sangat sampaikan apabila ada makanan yang sedap, kita tidak memakannya. Ada mereka yang kononnya zuhud sangat, sampaikan tidak boleh memakan makanan yang sedap-sedap – kononnya kerana itu semua adalah nikmat dunia dan nanti takut akan terlalu sayang sangat dunia.

Tiada siapa yang ajar untuk buat begitu melainkan mereka yang sesat sahaja. Ingatlah bahawa segala makanan yang Allah telah berikan kepada kita ini adalah sebagai nikmat yang diberikan kepada kita. Allah dah suruh kita makan makanan itu, bermakna kalau kita makan, itu pun adalah satu ibadah juga kepada diri kita.

Lihatlah bagaimana memakan hasil tanaman pun adalah satu ibadah kerana itu adalah arahan dari Allah. Bila kita mengikut arahan Allah maka ianya adalah satu ibadah. Allah mahu kita menikmati nikmat yang diberikanNya, maka itulah sebabnya Allah telah menjadikan berbagai-bagai jenis tanaman dan buah-buahan dan biji-bijian untuk kita.

Allah pun tidak mengharamkan mana-mana buah-buahan atau biji-bijian. Semuanya kita boleh makan. Apabila kita menggunakan nikmat yang Allah berikan kepada kita, itu adalah satu perbuatan bersyukur sebenarnya.

Kedua, tunaikanlah zakat apabila sampai masanya, atau keluarkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya.

Ketiga, jangan berlebih-lebihan. Dalam kehidupan dan juga dalam beragama.


Ayat 142:

6:142
Sahih International

And of the grazing livestock are carriers [of burdens] and those [too] small. Eat of what Allah has provided for you and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.

Malay

Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

وَمِنَ الْأَنْعَامِ حَمُولَةً

Dan di antara haiwan ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan

Dalam masyarakat Arab, mereka yang mempunyai binatang ternak adalah mereka yang dikira mendapat kenikmatan. Kerana mereka ada binatang yang boleh diminum susunya dan boleh diguna sebagai pengangkutan dan pengangkat barang. Dan apabila diperlukan, mereka boleh menyembelih binatang ternak itu. Selepas disembelih dan dimakan dagingnya, kulit binatang itu pula boleh digunakan. Lihatlah bagaimana banyaknya kegunaan binatang ternak itu kepada manusia.

Salah satu sifat binatang ternak itu yang ditetapkan di dalam ayat ini adalah kegunaan binatang itu untuk mengangkut barang muatan yang berat. Ini adalah binatang-binatang yang mempunyai empat kaki yang boleh digunakan untuk mengangkat muatan.

Zaman sekarang, mungkin kita tidak terasa sangat kerana kita pakai kereta sekarang. Tapi lihatlah bagaimana ada lagi di negara-negara lain yang masih lagi menggunakan binatang itu sebagai alat pengangkutan dan tunggangan.

وَفَرْشًا

dan ada binatang yang kecil untuk disembelih.

Perkataan وَفَرْشًا dari ف ر ش yang bermaksud ‘dekat dengan tanah’ kerana binatang-binatang itu lebih kecil dari binatang yang boleh digunakan sebagai tunggangan. Binatang jenis ini tidak boleh digunakan untuk tunggangan dan mengangkat muatan berat kerana badan mereka lebih kecil. Tetapi hasil yang boleh diambil dari mereka adalah susu yang dikeluarkan dan mereka boleh disembelih untuk dimakan dagingnya.

Binatang ternak ini termasuk binatang ternak yang kecil seperti ayam, itik, angsa, dan sebagainya iaitu ia digunakan sebagai makanan dan tidak boleh untuk ditunggang. Kita memang ternak untuk disembelih sebagai makanan.

Allah menceritakan kepada kita bagaimana Dia telah memberikan segala nikmat kepada kita dalam ayat ini. Berbagai-bagai kegunaan diberikan kepada kita.

كُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ

Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu,

Ayat ini mengandungi hukum kebenaran memakan binatang-binatang ternak. Walaupun ada binatang-binatang itu selalunya digunakan untuk ditunggangi ataupun digunakan untuk mengangkat muatan, seperti unta. Kecuali kalau ada dalil yang sah yang mengharamkan memakannya.

Oleh itu, kita boleh memakan kuda walaupun kuda itu selalunya digunakan untuk tunggangan. Tetapi kita tidak boleh makan keldai kerana ada hadis Nabi yang mengharamkannya. Begitupun keldai yang diharamkan adalah Keldai jinak yang dibela. Jikalau keldai itu jenis liar, ia masih boleh dimakan lagi. Oleh itu, kita boleh memakan Zebra kerana ianya seperti keldai yang liar.

Allah telah mencipta binatang-binatang itu sebagai rezeki untuk kita makan, maka hendaklah kita memakannya dan janganlah kita mengharamkan apa yang Allah telah halalkan kepada kita.

وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ

dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.

Ikut langkah syaitan bermaksud: mengharamkan apa yang Allah telah halalkan. Daripada hasutan syaitanlah yang menyebabkan Musyrikin Mekah mengharamkan sesetengah makanan, mengharamkan binatang digunakan untuk tunggangan, dan sebagainya.

Begitulah juga yang terjadi di dalam masyarakat kita, apabila mereka mengharamkan sesuatu makanan kepada diri mereka. Sama ada dalam bentuk pantang selepas bersalin, pantang semasa mengamalkan amalan-amalan zikir keramat, atau mengharamkan makanan kepada sesuatu puak kerana sebab-sebab tertentu. Mereka yang tidak belajar tafsir Qur’an tidak tahu pun bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah satu kesalahan yang besar, malah boleh jadi syirik!

إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Sentiasalah ingat bahawa Syaitan adalah musuh bagi kita. Seorang musuh tidak akan suka jikalau musuhnya mendapat sesuatu kebaikan. Kerana itulah syaitan tidak suka kita menikmati nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Kadang-kadang musuh itu tidak menentang kita dengan nyata. Apatah lagi dengan syaitan yang sudahlah kita tidak nampak, dan dalam masa yang sama dia menghasut kita secara senyap. Dia membisikkan ajaran-ajaran sesat ke dalam hati kita tanpa kita mengetahuinya.

Kadang-kadang musuh kita tidak memberitahu yang mereka memusuhi kita. Tetapi lihatlah bagaimana Iblis telah berjanji dan mengaku untuk memusuhi dan menjatuhkan kita dari dahulu lagi. Itulah maksudnya syaitan adalah ‘musuh yang nyata’ bagi kita. Kerana mereka telah menyatakan permusuhan mereka terhadap kita. Mereka tidak pernah lupa kepada kita, tapi kita yang selalu lupa kepada mereka. Oleh kerana lupa, kita tidak berhati-hati.

Ayat ini lebih kurang sama seperti ayat di dalam surah Al-Baqarah apabila Allah memperkatakan tentang makanan. Syaitan memang akan mengganggu manusia di dalam hal pemakanan. Mereka akan suruh kita makan benda yang haram dan mengharamkan memakan benda yang halal.

Mereka juga akan menghasut kita untuk mendapatkan rezeki dari jalan-jalan yang haram. Dan ingatlah bagaimana Iblis memulakan kerja menghasut dan menyesatkan manusia ini dengan menghasut Nabi Adam untuk memakan pokok yang terlarang. Dari situ sampai sekarang dan sampailah hari kiamat nanti, Iblis dan syaitan tidak akan berhenti menghasut manusia di dalam hal pemakanan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 28 Januari 2019


Rujukan:

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Surah al-An’am Ayat 138 – 139

Ayat 138: Halal dan haram adalah hukum yang hanya Allah sahaja yang boleh tentukan. Ianya akan disampaikan kepada Nabi melalui wahyu. Nabi sendiri pun tidak berani berbuat hukum sendiri. Banyak hadis bagaimana Nabi akan mendiamkan diri apabila ditanya dengan sesuatu perkara sampai baginda diberikan dengan wahyu menjawab pertanyaan para sahabat.

Jadi, jikalau kita mengatakan sesuatu perkara itu haram untuk dimakan atau dilakukan, maka kita hendaklah membawa wahyu daripada Allah sama ada dalam bentuk ayat Quran ataupun hadis Nabi yang sahih.

Mereka mengatakan Nabi Muhammad sesat kerana membawa ajaran baru. Sekarang Allah menyebutkan satu persatu kesalahan fahaman akidah mereka kepada semua. Ini menjadi pengajaran kepada kita.

Kita kena lihat sama ada ada yang kena dengan kita kerana Allah menceritakan tentang amalan dan akidah Musyrikin Mekah ini supaya kita periksa sama ada kita ada melakukan perbuatan yang sama dengan mereka. Bukanlah Allah memberitahu kepada kita sebagai satu kisah sejarah sahaja. Ini adalah kefahaman yang salah masyarakat kita. Mereka kutuk perbuatan Musyrikin Mekah, tanpa mereka memeriksa sama ada mereka pun ada mengamalkan amalan yang sama.

6:138
Sahih International

And they say, “These animals and crops are forbidden; no one may eat from them except whom we will,” by their claim. And there are those [camels] whose backs are forbidden [by them] and those upon which the name of Allah is not mentioned – [all of this] an invention of untruth about Him. He will punish them for what they were inventing.

Malay

Dan mereka berkata lagi: “Ini adalah binatang-binatang ternak dan tanaman-tanaman yang dilarang, yang tidak boleh seorang pun memakannya kecuali sesiapa yang kami kehendaki”, – menurut anggapan mereka; dan (sejenis lagi) binatang-binatang ternak yang dilarang menunggangnya; dan (sejenis lagi) bintang-bintang ternak yang tidak mereka sebutkan nama Allah ketika menyembelihnya; (semuanya itu mereka lakukan dengan) berdusta terhadap Allah. Allah akan membalas mereka disebabkan apa yang mereka telah ada-adakan itu.

وَقَالُوا هَٰذِهِ أَنْعَامٌ وَحَرْثٌ

Dan mereka mengatakan: “Inilah haiwan ternak dan tanaman

Mereka telah mengatakan ada jenis-jenis haiwan dan tanaman yang haram dimakan dalam keadaan tertentu dan orang-orang tertentu.

Dalam Maidah:103, ada disebut tentang perkara ini:

مَا جَعَلَ اللَّهُ مِنْ بَحِيرَةٍ وَلَا سَائِبَةٍ وَلَا وَصِيلَةٍ وَلَا حَامٍ ۙ وَلَٰكِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۖ وَأَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ
Allah sekali-kali tidak pernah mensyari’atkan adanya bahiirah, saaibah, washiilah dan haam. Akan tetapi orang-orang kafir membuat-buat kedustaan terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak mengerti.

Allah tak pernah syariatkan hukum yang sebegitu, tapi mereka yang memandai-mandai buat hukum baru.

حِجْرٌ لَّا يَطْعَمُهَا

yang dilarang; tidak boleh memakannya,

Perkataan حِجْرٌ dari حجر yang bermaksud ‘batu’. Apabila orang-orang Arab menggali tanah dan mereka sampai kepada batu, maka mereka terhalang dari menggali lagi. Ataupun bermaksud, batu adalah tak boleh dimakan. Jadi, perkataan حِجْرٌ  dalam ayat ini bermaksud sesuatu yang terhalang atau terlarang.

Terdapat beberapa halangan kepada sesetengah binatang dan sesetengah makanan yang akan disebutkan nanti. Halangan dan larangan itu adalah hukum yang direka-reka oleh puak musyrikin. Mereka pandai-pandai melarang memakan makanan-makanan itu.

Dalam kefahaman karut mereka, wasilah ialah seekor kambing betina yang melahirkan anak kembar yang terdiri daripada jantan dan betina, maka yang jantan ini disebut wasilah,tidak boleh disembelih dan hanya boleh diserahkan pada berhala.

Ham adalah unta jantan yg tidak boleh diganggu gugat lagi, kerana telah dapat membuntingkan unta betina sepuluh kali. Binatang-binatang yang disebutkan itu dianggap haram oleh orang-orang musyrik tanpa dalil.

Zaman sekarang pun banyak dilakukan. Jangan kita ingat puak Musyrikin sahaja yang buat. Sebagai contohnya, kita boleh lihat pada zaman sekarang yang dilakukan oleh agama Hindu. Mereka tidak boleh makan lembu dan mereka cuma hanya boleh minum susu lembu sahaja. Ini adalah kerana lembu adalah binatang yang suci dalam agama mereka. Sampaikan kalau di negara India itu, kita boleh lihat lembu berkeliaran di merata-rata tempat.

Tidak boleh langsung kacau lembu-lembu itu. Sampaikan orang Islam pun tidak boleh menyembelih lembu terang-terangan dan tidak boleh memakannya di khalayak ramai kerana orang-orang Hindu akan marah kepada orang-orang Islam yang berbuat begitu. Boleh jadi berbunuhan pula nanti. Dan setiap lembu ada Surat Beranak, maka itu menyusahkan orang untuk menyembelih lembu-lembu itu. Dah jadi macam kalau kita bunuh orang pula. Jadi, kalau nak makan daging lembu di sana, kena bela lembu di kawasan terpencil secara senyap.

Lembu-lembu itu akan dibiarkan sehingga mereka mati kerana tua. Kalau mereka perlu menangkap lembu itu, mungkin kerana nak kena ubah sebab ia mengganggu rel keretapi, mereka sampai kena meminta maaf kepada lembu itu kerana takut mereka akan dikenakan bala. Begitulah teruknya syaitan menyesatkan manusia dalam hal binatang ternakan ini.

Bagaimana pula dengan orang kita? Adakah kita pun buat macam apa yang disebutkan oleh Allah dalam ayat ini? Malangnya, amat ramai yang melakukan perkara sebegini. Itulah mereka yang mengharamkan makanan yang halal di dalam ‘amalan berpantang’ selepas bersalin. Allah tidak pernah suruh haramkan makanan kepada sesiapa selepas bersalin, tapi ramai dalam masyarakat kita yang buat macam tu.

Yang diharamkan itu pula tidak masuk akal. Ada yang haramkan minum air, ada yang haramkan makan ayam. Tapi dalam masyarakat lain, mereka suruh minum air banyak suruh makan ayam banyak kerana ia baik untuk kesihatan.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan kata-kata ini. Mereka akan kata: “mana ada haram, cuma tak galakkan makan sahaja”. Itu adalah terminologi yang digunakan. Secara dasarnya, sama sahaja. Tak beri makan bermaksud mengharamkan makanan itu kerana sebab-sebab tertentu.

Bukan amalan pantang bersalin sahaja makanan diharamkan. Macam di Kelantan, Terubong Buluh Betung tidak boleh dimakan oleh keturunan raja-raja termasuk juga golongan Nik. Kerana mereka dikatakan daripada keturunan Buluh Betung. Ada fahaman karut yang mengatakan yang keturunan mereka dulu asalnya keluar daripada buluh betung. Itulah apabila masyarakat sudah tidak menggunakan akal lagi tapi percaya dengan cerita-cerita tahyul dan karut.

Ada pula keturunan yang tidak boleh makan ikan Kacang (Barracuda) kerana dikatakan suatu masa dahulu, ikan itu pernah menyelamatkan tok nenek mereka semasa menangkap ikan di laut dan perahu mereka bocor. Sebab hormatkan ikan itu, mereka telah mengharamkan anak keturunan mereka memakannya.

Sesiapa yang mengharamkan makan sesuatu makanan yang Allah telah halalkan, maka dia telah melakukan perbuatan yang kufur.

Ini berbeza dengan makanan yang tidak baik untuk kita. Sebagai contoh, ada makanan yang kita alah kepadanya. Kalau makan, naik bengkak muka dan sebagainya. Kalau dalam keadaan begitu, maka makanan itu kita tidak boleh makan dan ini tidak mengapa. Kerana Allah telah memberitahu kita untuk makan makanan yang halal dan ‘baik’ – halalan tayyiban.

Sebagai contoh, ada yang tidak boleh makan daging kambing kerana kalau dia makan, darah tingginya akan naik. Itu bermaksud makanan itu sudah tidak baik bagi dirinya. Tetapi ianya tidak baik untuk dirinya sahaja dan tidak boleh digunakan alasan itu kepada orang lain. Kerana orang lain mungkin tidak ada masalah dengan memakan kambing.

Ada juga makanan yang telah diberitahu oleh doktor tidak elok dimakan dalam sesuatu keadaan. Sebagai contoh, doktor beritahu kepada perempuan bersalin yang mereka tidak elok makan makanan yang tinggi kandungan gula, contohnya. Dan doktor itu pula akan beri arahan itu berdasarkan kepada keadaan pesakit itu. Kerana ada perempuan yang bersalin itu yang kena darah tinggi semasa bersalin, kena penyakit Kencing Manis sebagai bersalin dan sebagainya.

Ataupun pemakanan untuk perempuan yang dibedah berlainan dengan perempuan yang bersalin normal. Itu adalah hasil dari kajian mereka. Ada sebab untuk mereka kata begitu. Ini tidak termasuk dalam ‘mengharamkan’. Mereka ada asas. Tapi asas apa yang diberikan oleh Mak Bidan untuk mengharamkan minum air dan makan ayam kepada perempuan yang baru bersalin?

Maka jangan kita mengharamkan atau menidakkan sesuatu makanan kepada diri kita tanpa sesuatu sebab yang sah. Kalau dulu kita pernah berbuat begini, maka minta ampun kepada Allah dan makanlah makanan itu.

إِلَّا مَن نَّشَاءُ بِزَعْمِهِمْ

kecuali orang yang kami kehendaki”, menurut anggapan karut mereka,

Mereka khaskan orang tertentu atau golongan tertentu sahaja yang boleh makan sesuatu makanan. Mereka khususkan sesuatu binatang dan makanan itu hanya kepada golongan golongan yang dilantik untuk menjaga tuhan-tuhan berhala sembahan mereka. Hanya mereka sahaja yang boleh memakan dan orang lain tidak boleh memakannya.

Ini adalah satu kesalahan. Oleh itu, kalau kita mengkhaskan sesuatu binatang atau makanan itu hanya boleh dimakan segolongan manusia sahaja, maka itu pun sudah dikira kufur.

Mereka tetapkan sesuatu makanan itu tidak boleh makan hanya berdasarkan kepada fahaman karut mereka. Mereka tidak ada dalil. Macam juga fahaman masyarakat kita dalam mengharamkan makanan kepada diri mereka.

وَأَنْعَامٌ حُرِّمَتْ ظُهُورُهَا

dan ada binatang ternak yang diharamkan menungganginya

Musyirikin Makkah ada mengharamkan jenis jenis haiwan yang tidak boleh ditunggangi. Iaitu Saibah dan Bahiirah.

Bahiirah adalah unta betina yang telah beranak lima kali dan anak kelima itu jantan, lalu unta betina itu dibelah telinganya, dilepaskan, tidak boleh ditunggangi lagi dan tidak boleh diambil air susunya.

Sa’ibah adalah unta betina yang dibiarkan ke mana sahaja lantaran sesuatu nazar. Contohnya, jika seorang Arab jahiliyyah akan melakukan sesuatu atau perjalanan yang berat, maka dia biasa bernazar akan menjadikan unta Sa’ibah apabila maksud atau perjalanannya tercapai atau selamat.

وَأَنْعَامٌ لَّا يَذْكُرُونَ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا

dan ada binatang ternak yang mereka tidak menyebut nama Allah (waktu menyembelihnya,

Ada binatang yang mereka kata tidak boleh menyebut nama Allah semasa menyembelih binatang itu. Tidak boleh sebut nama Allah kerana binatang-binatang itu telah dikhususkan kepada tuhan-tuhan mereka yang lain. Inilah jenis unta yang dipanggil al-Bahiirah itu. Kita kena ingat bahawa mereka itu kenal Allah itu Tuhan.

Cuma dalam masa yang sama, mereka ada ‘tuhan-tuhan mini’ mereka yang lain dalam bentuk berhala. Latt dan Uzza yang kita selalu dengar itu adalah salah satu dari tuhan-tuhan mini mereka. Mereka pun ada juga menyembelih atas nama Allah. Tapi kalau mereka hendak memberikan sembelihan itu kepada tuhan-tuhan yang lain, mereka tidak boleh sebut nama Allah kepadanya.

Kalau Allah menceritakan sesuatu perbuatan syirik di dalam Quran, ini bermaksud amalan itu masih lagi dilakukan dalam dunia ini dan sampai bila-bila hingga kiamat. Mungkin kita tidak nampak berlaku dalam masyarakat kita tetapi pastinya ia berlaku di tempat lain.

افْتِرَاءً عَلَيْهِ

membuat-buat kedustaan terhadap Allah.

Mereka kata apa yang mereka buat itu adalah kerana untuk memuaskan hati Tuhan. Tetapi itu semua hanyalah hukum rekaan mereka sahaja.

Zaman Musyrikin Mekah waktu itu mereka telah mereka reka dusta terhadap Allah dengan mengatakan sesuatu itu baik dan elok untuk dilakukan pada hal Allah tidak pernah mengajar mereka begitu. Maka apakah bezanya dengan masyarakat kita sekarang yang mereka-reka perkara-perkara bidaah dalam agama dengan mengatakan yang perkara itu baik?

Sebagai contoh, mereka mengatakan elok untuk memberi makan kepada pengunjung yang datang semasa mengunjungi sesuatu kematian yang dinamakan ‘kenduri arwah’. Mereka kata apa salahnya beri makan kepada orang padahal perkara itu telah dilarang di dalam agama.

Cuma mereka sahaja yang tak tahu hukum haram menjamu orang yang datang makan ke rumah. Yang menjadi masalahnya adalah kerana ustaz-ustaz yang mengajar pun tak tahu tentang larangan itu. Ini adalah kerana proses pembelajaran di negara ini bukan berasaskan Quran dan hadis sahih, tapi berdasarkan ‘apa yang orang kata’. Mereka terima sahaja apa yang diajar oleh guru mereka, dan guru mereka pun begitu juga dulunya.

سَيَجْزِيهِم بِمَا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Kelak Allah akan membalas mereka terhadap apa yang selalu mereka ada-adakan.

Mereka yang mengadakan hukum-hukum baru dan tidak di beritahu oleh Allah atau Nabi maka mereka itu telah mengambil tugas Allah dan Nabi sebenarnya dan mereka akan dibalas atas perbuatan mereka itu.

Ayat-ayat dari surah ini adalah Allah menegur mereka dengan menyebut perbuatan perbuatan salah yang mereka lakukan. Allah sebut satu persatu fahaman dan kesalahan mereka kerana mereka telah diberi dakwah oleh Nabi sudah sekian lama tetapi mereka tidak mahu menerimanya. Nampak kasar apa yang Allah lakukan ini, tapi ini adalah satu metode dakwah juga. Apabila telah lama didakwah tapi masih lagi tidak mahu menerima, kita boleh menceritakan perbuatan salah mereka satu persatu.

Tapi janganlah dari mula-mula lagi kita dah sebut kesalahan yang mereka lakukan. Kerana itu boleh menyebabkan mereka melarikan diri kerana mereka belum sedia lagi untuk menerima kesalahan yang mereka telah lakukan. Kita kena berlembut dalam hal ini.


Ayat 139:

6:139
Sahih International

And they say, “What is in the bellies of these animals is exclusively for our males and forbidden to our females. But if it is [born] dead, then all of them have shares therein.” He will punish them for their description. Indeed, He is Wise and Knowing.

Malay

Dan mereka berkata lagi: “Apa yang ada dalam perut binatang-binatang ternak itu (jika ia lahirkan hidup) adalah halal bagi lelaki-lelaki kami dan haram bagi perempuan-perempuan kami”. Dan jika ia (dilahirkan) mati, maka mereka (lelaki perempuan) bersekutu padanya (bersama-sama memakannya). Allah akan membalas mereka tentang apa yang mereka tetapkan (mengenai halal dan haram) itu. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

وَقَالُوا مَا فِي بُطُونِ هَٰذِهِ الْأَنْعَامِ

Dan mereka mengatakan: “Apa yang ada dalam perut binatang ternak ini

Ini adalah kalau dalam perut binatang itu ada anak. Binatang yang dimaksudkan itu adalah al-Bahiirah.

Ada juga fahaman mengarut di Kelantan yang mengatakan bahawa lembu yang berbintik tidak boleh dijual.

خَالِصَةٌ لِّذُكُورِنَا

adalah khusus untuk kaum lelaki kami

Hanya orang lelaki sahaja yang boleh memakannya dan orang wanita diharamkan mereka untuk memakannya.

Memang masih ada lagi fahaman karut di negara kita yang mengkhususkan sesuatu makanan untuk lelaki sahaja dan ada makanan lain pula yang khusus untuk perempuan sahaja. Mereka kata perempuan tak boleh makan sebab akan jadi begini dan begitu.

وَمُحَرَّمٌ عَلَىٰ أَزْوَاجِنَا

dan diharamkan atas wanita kami,”

Ada juga sesetengah makanan yang hanya boleh dimakan oleh orang tua sahaja dan budak budak tidak boleh makan. Ini pun adalah fahaman yang karut juga.

Ini adalah permulaan diskriminasi antara lelaki dan perempuan. Ini adalah satu diskriminasi yang tidak elok. Sampaikan dibezakan manakah makanan yang hanya lelaki sahaja yang boleh makan.

Padahal Allah tidak pernah membezakan makanan untuk lelaki dan makanan untuk perempuan. Oleh itu jikalau zaman sekarang pun kita ada membeza-bezakan mana makanan yang elok dimakan untuk lelaki dan tidak elok dimakan oleh perempuan itu pun adalah satu perbuatan yang haram.

وَإِن يَكُن مَّيْتَةً

dan jika yang dalam perut itu dilahirkan mati,

Dia itu jika ada anak yang di dalam perut itu mati di dalam kandungan. Ataupun semasa hidupnya, wanita tidak boleh menikmati apa-apa hasil darinya – nak minum susu tidak boleh. Tapi apabila dah mati, baru boleh makan dagingnya.

فَهُمْ فِيهِ شُرَكَاءُ

maka lelaki dan wanita sama-sama boleh memakannya.

Kalau anak yang lahir daripada binatang itu mati maka lelaki ataupun perempuan boleh memakannya. Tetapi jikalau anak yang lahir itu hidup, maka lelaki saja yang dibenarkan untuk memakan binatang itu.

Memang tidak berapa jelas tentang hukum yang ditetapkan oleh Musyrikin Mekah itu. Ada beberapa pendapat tentang apakah yang dimaksudkan dengan Bahiirah, Hamm dan sebagainya. Ini adalah kerana ianya telah lama berlaku. Yang penting adalah pengajaran yang kita boleh ambil darinya. Iaitu tidak boleh buat hukum sendiri-sendiri dan tidak boleh ada fahaman yang karut marut.

سَيَجْزِيهِمْ وَصْفَهُمْ

Kelak Allah akan membalas mereka terhadap ketetapan mereka.

Kalimah وَصْفَهُمْ dari perkataan و ص ف yang bermaksud penentuan. Mereka pandai-pandai menentukan sesuatu yang tidak benar tentang Allah. Allah akan membalas perbuatan mereka menyifatkan sesuatu yang salah. Yang mereka pandai-pandai reka dan kemudian mereka katakan ianya sebahagian dari agama.

Mereka buat itu semuanya adalah hukumnya syirik kerana mereka mengharamkan apa yang halal untuk dimakan. Ianya adalah syirik kerana hal mengharamkan dan menghalalkan ialah keputusan Allah tetapi mereka telah pandai-pandai membuat hukum sendiri dan mengambil tugas Allah.

إِنَّهُ حَكِيمٌ عَلِيمٌ

Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Allah Maha Bijaksana dalam menentukan mana yang haram dan manakah makanan yang halal untuk dimakan. Apa yang haram itu tidak elok dimakan dan apa yang halal itu adalah elok untuk dimakan. Jadi, kita yang tidak tahu apakah hikmat yang telah ditetapkan oleh Allah itu, hendaklah kita mengikut sahaja apa yang Allah telah tetapkan.

Allah juga maha tahu tentang keperluan kita di dalam hidup dan kerana itu Allah telah menentukan makanan yang sesuai untuk kita.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 28 Januari 2019


Rujukan:

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair