Tafsir Surah Talaq Ayat 9 – 12 (Bumi tujuh lapis)

Ayat 9:

فَذاقَت وَبالَ أَمرِها وَكانَ عٰقِبَةُ أَمرِها خُسرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it tasted the bad consequence of its affair [i.e., rebellion], and the outcome of its affair was loss.

(MELAYU)

Maka mereka merasakan akibat yang buruk dari perbuatannya, dan adalah akibat perbuatan mereka kerugian yang besar.

فَذاقَت وَبالَ أَمرِها

Maka mereka merasakan akibat yang buruk dari perbuatannya,

Azab yang dikenakan kepada mereka itu akan dirasakan kepada mereka. Mereka tidak akan terlepas.

وَكانَ عٰقِبَةُ أَمرِها خُسرًا

dan adalah akibat perbuatan mereka kerugian yang besar.

Azab itu dikenakan kepada mereka kerana kesalahan mereka sendiri dan bukan sebab lain.

Mereka akan sedar kerugian besar itu. Mereka ada peluang untuk menyelamatkan diri mereka tapi mereka tidak ambil peluang itu dahulu.


Ayat 10:

أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم عَذابًا شَديدًا ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ يٰأُولِي الأَلبٰبِ الَّذينَ ءآمَنوا ۚ قَد أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيكُم ذِكرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh has prepared for them a severe punishment; so fear Allāh, O you of understanding who have believed. Allāh has sent down to you a message [i.e., the Qur’ān].¹

  • Some scholars have interpreted “dhikr” here as “a reminder,” meaning the Messenger (ṣ), since he is mentioned in the following verse.

(MELAYU)

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang mempunyai akal; (yaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu,

أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم عَذابًا شَديدًا

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras,

Kerana kesalahan mereka tidak taat kepada hukum Allah, maka mereka disediakan dengan azab yang teruk. Mereka tidak akan mampu untuk menahannya.

فَاتَّقُوا اللَّهَ يٰأُولِي الأَلبٰبِ الَّذينَ ءآمَنوا

maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang mempunyai akal; (yaitu) orang-orang yang beriman.

Maka takutlah kamu dengan ancaman ini. Wahai orang-orang yang boleh berfikir, fikirkanlah. Gunakanlah akal yang Allah telah berikan itu.

Allah memberitahu dalam ayat ini yang orang beriman adalah mereka yang menggunakan akal mereka. Mereka memikirkan kesan dari segala perbuatan mereka.

قَد أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيكُم ذِكرًا

Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu,

Allah telah beri peringatan kepada kita semua. Bukannya Allah jadikan kita dan kemudian biarkan kita begitu sahaja tanpa peringatan.

‘Peringatan’ yang dimaksudkan adalah ‘Nabi Muhammad’ kerana disebut dalam ayat seterusnya.


Ayat 11:

رَّسولًا يَتلو عَلَيكُم ءآيٰتِ اللَّهِ مُبَيِّنٰتٍ لِّيُخرِجَ الَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ مِنَ الظُّلُمٰتِ إِلَى النّورِ ۚ وَمَن يُؤمِن بِاللَّهِ وَيَعمَل صٰلِحًا يُدخِلهُ جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها أَبَدًا ۖ قَد أَحسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزقًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[He sent] a Messenger [i.e., Muḥammad (ṣ)] reciting to you the distinct verses of Allāh that He may bring out those who believe and do righteous deeds from darknesses into the light. And whoever believes in Allāh and does righteousness – He will admit him into gardens beneath which rivers flow to abide therein forever. Allāh will have perfected for him a provision.

(MELAYU)

(Dan mengutus) seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum) supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kegelapan kepada cahaya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang soleh niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.

رَّسولًا يَتلو عَلَيكُم ءآيٰتِ اللَّهِ مُبَيِّنٰتٍ

seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan

Peringatan dari Allah adalah dengan Nabi. Maka jangan rendahkan nasihat dan ajaran Nabi. Nabi yang sampaikan peringatan dari Allah. Tanpa baginda, kita tidak tahu kehendak Allah terhadap kita. 

Cara baginda beri peringatan kepada kita adalah dengan menyampaikan wahyu kepada kita. Baginda ajar kepada kita maksud wahyu itu supaya kita dapat amalkan.

Maka kita kena faham wahyu sebagaimana baginda faham. Maka wahyu Qur’an kena dibaca dengan hadis Nabi.

لِّيُخرِجَ الَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ مِنَ الظُّلُمٰتِ إِلَى النّورِ

supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kegelapan kepada cahaya. 

Ini adalah tujuan wahyu dan juga tujuan baginda. Iaitu mengeluarkan manusia dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid. Mereka yang berjaya keluar itu adalah mereka yang beriman sempurna. Iaitu bukan sahaja beriman dengan yang sepatutnya diimani, tetapi mereka juga meninggalkan syirik.

Seperti halnya firman-Nya:
{كِتَابٌ أَنزلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ}
Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya. (Ibrahim: 1)
Dan firman-Nya:
{اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ}

Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). (Al-Baqarah: 257)

Dan kerana surah ini berkenaan perhubungan dan perceraian antara suami isteri, kita boleh lihat bagaimana peraturan yang ditetapkan oleh Allah itu adalah yang terbaik. Kalau dulu, manusia tidak ada hukum yang baik untuk diamalkan maka perkahwinan dan perceraian telah menjadi sesuatu yang buruk dan menyebabkan ketidakpuasan hati manusia. Tapi sekarang dengan adanya hukum dari Allah, manusia keluar dari kemelut itu.

Ketetapan yang ada itu hanya perlu diamalkan sahaja. Ia tidak perlu nak diperbaharui atau diperbaiki. Malangnya ramai yang tidak tahu tentang perkara ini dan kerana itulah ada pasangan yang dizalimi dalam hal ini.

Dan bukan sahaja kita mesti beriman tapi kena amal ikut kehendak Allah. Inilah maksud amal yang Soleh. Bukannya amal bidaah seperti yang banyak diamalkan oleh kebanyakan dari masyarakat kita sekarang. 

وَمَن يُؤمِن بِاللَّهِ وَيَعمَل صٰلِحًا يُدخِلهُ جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang soleh niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai;

Sekarang Allah beri motivasi kepada kita. Kalau beriman dengan iman yang sempurna dan beramal dengan amalan yang Soleh, maka kita akan dimasukkan ke dalam syurga.

Dan hebatnya syurga itu tidak dapat dibayangkan. Cuma Allah boleh beritahu yang rumah di syurga itu ada sungai yang mengalir di bawahnya. Ini amat hebat sekali. Allah sebut air sungai kerana manusia memang suka rumah yang ada air.

خٰلِدينَ فيها أَبَدًا

mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. 

Ahli syurga tidaklah tinggal sementara di syurga. Sesiapa yang masuk ke dalam syurga akan terus kekal di dalamnya sampai bila-bila.

Ini penting kerana syurga adalah tempat nikmat. Kalau ahli syurga tidak pasti samada mereka kekal atau tidak di dahan syurga, maka tentu itu akan mengurangkan nikmat faham syurga. Maka Allah berjanji yang ahli syurga akan terus kekal di dalamnya. Maka legalah ahli syurga itu.

قَد أَحسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزقًا

Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.

Rezeki paling besar adalah di akhirat kelak, bukan di dunia. Maka kita kena berharap kepada rezeki di sana dan bukan berharap sangat dengan rezeki di dunia.

Ini kerana rezeki di dunia bukannya hebat sangat dan tidak kekal. Lebih baik kita tumpukan kepada nikmat dan rezeki yang kekal abadi. Maka kita kenalah lebihkan akhirat dari dunia.


Ayat 12:

اللَّهُ الَّذي خَلَقَ سَبعَ سَمٰوٰتٍ وَمِنَ الأَرضِ مِثلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الأَمرُ بَينَهُنَّ لِتَعلَموا أَنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَد أَحاطَ بِكُلِّ شَيءٍ عِلمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is Allāh who has created seven heavens and of the earth, the like of them.¹ [His] command descends among them so you may know that Allāh is over all things competent and that Allāh has encompassed all things in knowledge.

  • i.e., a similar number: seven.

(MELAYU)

Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.

اللَّهُ الَّذي خَلَقَ سَبعَ سَمٰوٰتٍ

Allah-lah yang menciptakan tujuh langit

Allah lah yang mencipta langit yang hebat itu. Dan Allah beritahu kepada kita yang langit itu ada tujuh lapis. Kita pun tidak tahu dimana ia bermula dan berakhir antara lapisan-lapisan itu. Ini adalah misteri yang kita tidak dapat nak bongkar. Kerana selagi ada bintang di langit, itu masih lagi langit pertama/langit dunia.

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kamj Amr ibnu Ali, telah menceritakan kepada kami Waki’, telah menceritakan kepada kami Al-A’masy, dari Ibrahim ibnu Muhajir, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna firman-Nya: tujuh langit dan seperti itu pula bumi. (Ath-Thalaq: 12) Bahawa seandainya aku ceritakan kepada kalian mengenai tafsirnya, tentulah kalian akan mengingkarinya, dan keingkaran kalian itu ialah mendustakan makna ayat ini.

Ini kerana Ibn Abbas takut mereka tidak dapat memahaminya dan menolak apa yang telah disampaikan.

Ibnu Jarir mengatakan pula, telah menceritakan kepada kami Ibnu Humaid, telah menceritakan kepada kami Ya’qub ibnu Abdullah ibnu Sa’d Al-Qummi Al-Asy’ari, dari Ja’far ibnu Abul Mugirah Al-Khuza’i, dari Sa’id ibnu Jubair yang mengatakan bahawa pernah seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Abbas tentang makna firman-Nya: Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. (Ath-Thalaq: 12), hingga akhir ayat. Maka Ibnu Abbas menjawab, “Apakah yang menjamin bahawa jika aku ceritakan kepadamu maka kamu tidak mengingkarinya?”

Ibnu Jarir mengatakan pula, telah menceritakan kepada kami Amr ibnu Murrrah, dari Abud Duha, dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna ayat ini, yaitu firman-Nya: Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. (Ath-Thalaq: 12) Amr mengatakan bahawa Ibnu Abbas mengatakan, “Pada tiap-tiap lapis bumi terdapat orang yang seperti Nabi Ibrahim dan yang semisal dengan jumlah makhluk yang ada di atas bumi.”

Ini yang menyebabkan Ibn Abbas takut manusia tidak dapat terima kerana perkara ini berbunyi agak pelik.

Imam Baihaqi telah meriwayatkan di dalam Kitabul Asma was Sifat asar ini dari Ibnu Abbas dengan lafaz yang lebih rinci. Untuk itu ia mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Abdullah Al-Hafrz, telah menceritakan kepada kami Ahmad ibnu Ya’qub, telah menceritakan kepada kami Ubaid ibnu Ganam An-Nakha’i, telah menceritakan kepadaku Ali ibnu Hakim, telah menceritakan kepada kami Syarik, dari Ata ibnus Saib, dari Abud Duha, dari Ibnu Abbas, bahawa dia telah mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. (Ath-Thalaq: 12) Yakni tujuh lapis bumi, dan pada tiap lapis bumi terdapat seorang nabi seperti nabi kalian, Adam seperti Adam, Nuh seperti Nuh, Ibrahim seperti Ibrahim, dan Isa seperti Isa.

وَمِنَ الأَرضِ مِثلَهُنَّ

dan seperti itu pula bumi.

Ini adalah salah satu ayat mutashabihat. Tadi Allah sebut yang langit itu ada tujuh lapis dan sekarang Allah beritahu kita yang bumi juga ada tujuh lapis. Seperti yang dijelaskan di dalam sebuah hadis yang terdapat di dalam kitab Sahihain, yaitu:

“مَنْ ظَلَمَ قيدَ شِبر مِنَ الْأَرْضِ طُوِّقه مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ “

Barang siapa yang merebut tanah orang lain barang sejengkal, maka Allah akan mengalungkannya (pada lehernya) dari tujuh lapis bumi.

Tapi walaupun kita duduk di atas bumi, ini pun kita masih tidak mampu nak kaji lagi kerana kemahiran saintis tidak sampai lagi. 

Dalam usaha nak menjelaskan ayat ini, ada pendapat yang kata bahawa yang dimaksudkan dengan ‘tujuh’ itu adalah ‘tujuh benua’. 

Atau, ia hendak memberitahu kita yang sebagaimana bumi ini ada penghuninya, langit juga ada penghuninya. Kita sekarang mungkin tidak jumpa lagi mereka itu tapi keberangkalian itu memang ada.

يَتَنَزَّلُ الأَمرُ بَينَهُنَّ

Perintah Allah berlaku padanya,

Allah telah memberi perintah kepada langit dan bumi untuk berjalan dan bergerak seperti kehendakNya. Dan langit dan bumi taat kepada Allah, tidak seperti kebanyakan manusia yang degil.

لِتَعلَموا أَنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, 

Allah telah mencipta langit dan bumi ini adalah untuk menzahirkan kekuasaanNya. Dia mampu lakukan apa sahaja.

Oleh kerana itu, penciptaan bumi bukan kerana ‘Nur Muhammad’. Ada pendapat sesat dalam masyarakat yang kata kalau tidak kerana Nur Muhammad, Allah tidak cipta alam ini. Pendapat ini dibawa oleh golongan sufi tarekat berdasarkan ilmu khayalan mereka. Ia tidak ada maklumat yang sahih dan hadis yang mereka jadikan sandaran adalah palsu. Tapi kerana mereka itu orang jahil sebenarnya, maka semuanya mereka terima tanpa periksa.

Malangnya masyarakat awam kita pun ramai yang jahil dan terkesan dengan fahaman sesat ini. Maka mereka yang berkata begitu adalah orang-orang yang jahil agama dan tidak boleh dipercayai. Hadis palsu seperti fahaman mereka itu telah pernah ada pada agama yang dahulu pun di mana orang Yahudi kata kalau tidak kerana Uzair, tidaklah bumi ini dicipta.

Dan puak Nasrani pula kata kalau tidak kerana Nabi Isa, tidaklah bumi ini dicipta. Dan datang pula Syiah, mereka berkata kalau bukan kerana Ali tidaklah bumi ini dicipta. Senang sahaja kerja syaitan, recycle sahaja hujah lama kerana akan ada sahaja yang bodoh dan akan terima penipuan itu.

Ini semua adalah penipuan belaka sedangkan Allah sebut di dalam ayat ini bahawa alam ini dicipta dengan makhluk-nya supaya mereka mengenali Allah. 

وَأَنَّ اللَّهَ قَد أَحاطَ بِكُلِّ شَيءٍ عِلمًا

dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.

Allah tahu segala perkara dan kerana itu Allah sahaja yang boleh menyampaikan maklumat-maklumat sebegini. Kalau ikut kepandaian dan ilmu kita yang sedikit, kita tidak akan tahu yang langit ada tujuh lapis dan bumi pun ada tujuh lapis.

Maka kita kena bergantung kepada ilmu Allah. Dan antara ilmu Allah itu disampaikan dalam Qur’an. Maka kita kenalah belajar memahami ayat-ayat Qur’an.

Allahu a’lam. Tamat tafsir Surah Talaq ini. Sambung ke surah seterusnya, Surah Tahreem. 

Tarikh: 20 Mei 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s