Tafsir Surah ar-Ra’d Ayat 6 – 9 (Jangan lagi minta mukjizat)

Ayat 6: Ayat zajrun dan takhwif duniawi.

وَيَستَعجِلونَكَ بِالسَّيِّئَةِ قَبلَ الحَسَنَةِ وَقَد خَلَت مِن قَبلِهِمُ المَثُلاتُ ۗ وَإِنَّ رَبَّكَ لَذو مَغفِرَةٍ لِلنّاسِ عَلىٰ ظُلمِهِم ۖ وَإِنَّ رَبَّكَ لَشَديدُ العِقابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They impatiently urge you to bring about evil before good,¹ while there has already occurred before them similar punishments [to what they demand]. And indeed, your Lord is full of forgiveness for the people despite their wrongdoing, and indeed, your Lord is severe in penalty.

  • They said, challenging the Prophet () in ridicule, “Bring on the punishment, if you are truthful,” rather than asking for mercy and forgiveness from Allāh.

(MALAY)

Mereka meminta kepadamu supaya disegerakan (datangnya) siksa, sebelum (mereka meminta) kebaikan, padahal telah terjadi bermacam-macam contoh seksa sebelum mereka. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai ampunan (yang luas) bagi manusia sekalipun mereka zalim, dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar sangat keras seksanya.

 

وَيَستَعجِلونَكَ بِالسَّيِّئَةِ قَبلَ الحَسَنَةِ

Mereka meminta kepadamu supaya disegerakan (datangnya) seksa, sebelum (mereka meminta) kebaikan,

Amat pelik sekali apa yang mereka lakukan: mereka minta ditunjukkan azab untuk mereka. Iaitu mereka minta disegerakan azab (mereka kata kalau betul mereka akan kena azab atas kesalahan mereka, bawalah ke mari, segerakanlah!).

Ini adalah permintaan yang kurang ajar dan amat bodoh sekali. Sepatutnya mereka minta  kebaikan tapi mereka minta azab pula. Ini amat menghairankan sekali. Banyak sekali disebut tentang permintaan mereka ini di dalam ayat-ayat yang lain. Antaranya:

{يَسْتَعْجِلُ بِهَا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِهَا وَالَّذِينَ آمَنُوا مُشْفِقُونَ مِنْهَا وَيَعْلَمُونَ أَنَّهَا الْحَقُّ}

Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat meminta supaya hari (kiamat) itu disegerakan datangnya dan orang-orang yang beriman merasa takut kepadanya dan merasa yakin bahawa kiamat itu adalah benar (akan terjadi). (Asy-Syura: 18)

 

وَقَد خَلَت مِن قَبلِهِمُ المَثُلاتُ

padahal telah terjadi bermacam-macam contoh seksa sebelum mereka. 

Macam mana mereka sanggup minta begitu, sedangkan telah datang banyak contoh-contoh azab kepada umat terdahulu sebagai contoh untuk mereka. Iaitu apa yang terjadi kepada kaum-kaum sebelum mereka. Mereka pun lalu di kawasan kaum-kaum yang telah dimusnahkan itu seperti kaum Aad dan Tsamud.

Sepatutnya mereka tengok apa yang terjadi kepada mereka engkar, ambillah pengajaran – janganlah buat macam mereka. Apa mereka sangka mereka akan selamatkah?

 

وَإِنَّ رَبَّكَ لَذو مَغفِرَةٍ لِلنّاسِ عَلىٰ ظُلمِهِم

Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai ampunan (yang luas) bagi manusia sekalipun mereka zalim,

Sepatutnya mereka minta ampun dari kesalahan mereka kerana Allah Maha Pemaaf. Allah tidak tutup pintu ampun lagi – jadi kenapa mereka cepat nak minta azab?

Allah masih sanggup untuk ampunkan mereka walaupun mereka banyak buat salah dan kezaliman, maka ambillah peluang itu. Janganlah pula minta disegerakan azab.

Kita ini tentulah ada banyak dosa, tapi Allah sentiasa memaafkan kesalahan dan dosa kita. Kalaulah Allah terus balas dengan azab atas segala dosa-dosa kita, maka tentulah kita semua ini sudah lama tiada atas muka bumi ini. Seperti sabda baginda:

قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ المسَيَّب قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ: {وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو مَغْفِرَةٍ لِلنَّاسِ عَلَى ظُلْمِهِمْ وَإِنَّ رَبَّكَ لَشَدِيدُ الْعِقَابِ} قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “لَوْلَا عفوُ اللَّهِ وتجاوُزه، مَا هَنَّأَ أَحَدًا الْعَيْشَ وَلَوْلَا وَعِيدُهُ وَعِقَابُهُ، لَاتَّكَلَ كُلُّ أَحَدٍ”

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Musa ibnu Ismail, telah menceritakan kepada kami Hammad, dari Ali ibnu Zaid, dari Sa’id ibnul Musayyab yang mengatakan bahawa ketika ayat berikut diturunkan: Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai ampunan (yang luas) bagi manusia, sekalipun mereka zalim. (Ar-Ra’d: 6), hingga akhir ayat. Maka Rasulullah Saw. bersabda: Seandainya tidak ada pemaafan dan ampunan Allah, tentulah tiada seorang manusia pun yang hidup tenang; dan seandainya tidak ada ancaman dan seksa-Nya, nescaya semua orang akan bertawakal.

 

وَإِنَّ رَبَّكَ لَشَديدُ العِقابِ

dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar sangat keras seksaNya.

Walaupun Allah maha pengampun, tapi jangan sangka Allah akan sentiasa memafkan sahaja. Allah maha berkuasa untuk beri hukuman kepada makhluk.

Oleh itu jangan senang hati sangat. Kalau mereka minta azab, Allah boleh sahaja berikan azab kepada mereka. Yang pasti, kalau mereka tidak ubah perangai mereka, mereka akan kena azab di akhirat kelak.


 

Ayat 7: Ayat syikayah

وَيَقولُ الَّذينَ كَفَروا لَولا أُنزِلَ عَلَيهِ آيَةٌ مِن رَبِّهِ ۗ إِنَّما أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَومٍ هادٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who disbelieved say, “Why has a sign not been sent down to him from his Lord?” You are only a warner, and for every people is a guide.

(MALAY)

Orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) suatu tanda (kebesaran) dari Tuhannya?” Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.

 

وَيَقولُ الَّذينَ كَفَروا لَولا أُنزِلَ عَلَيهِ آيَةٌ مِن رَبِّهِ

Orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) suatu tanda (kebesaran) dari Tuhannya?”

Salah satu dari hujah golongan musyrik untuk menolak Nabi Muhammad, mereka berhujah begini: “kenapa Muhammad itu tidak dapat mukjizat?” Sebenarnya, Nabi Muhammad sudah pernah tunjuk mukjizat kepada mereka untuk membuktikan kerasulan baginda. Tapi mereka masih juga minta lagi dan lagi.

Mereka pernah pula mengatakan dengan nada ingkar yang isinya meminta agar Nabi Saw. mengubah Bukit Safa menjadi emas buat mereka, dan semua bukit di Mekah dilenyapkan, lalu digantikan dengan ladang-ladang dan sungai-sungai. Allah berfirman menjawab mereka dalam ayat lainnya:

{وَمَا مَنَعَنَا أَنْ نُرْسِلَ بِالآيَاتِ إِلا أَنْ كَذَّبَ بِهَا الأوَّلُونَ}

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasaan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. (Al-Isra: 59), hingga akhir ayat.

 

إِنَّما أَنتَ مُنذِرٌ

Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; 

Baginda tidak ada kuasa untuk mendatangkan mukjizat setiap kali Musyrikin Mekah minta. Bukan kerja baginda nak buat magik dengan mereka kerana baginda tugas hanya sebagai pemberi peringatan sahaja, bukan seorang yang memiliki mukjizat. Maka baginda jangan lagi minta mukjizat ditunjukkan kepada mereka yang masih tidak mahu beriman.

Allah memberitahu bahawa tugas baginda hanyalah menyampaikan risalah Allah yang diperintahkan kepadanya untuk menyampaikannya:

{لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ}

bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. (Al-Baqarah: 272)

Oleh itu, bukanlah kerja baginda nak bawa keluar mukjizat sahaja (bila minta sahaja, dapat). Kita kena faham dengan perkara-perkara khawariqul adah (mencarik adat) iaitu perkara luar biasa. Antaranya mukjizat dan karamah. Mukjizat untuk para Nabi dan karamah untuk para wali.

Para Nabi dan para wali tidak mempunyai mukjizat dan karamah. Mereka hanya diberikan pada ketika-ketika tertentu sahaja, apabila Allah nak beri sahaja. Bukanlah mereka ada kuasa itu sendiri – bukanlah kalau mereka nak pakai sahaja, ada mukjizat/karamah itu. Ianya hanya berlaku sekali sekala sahaja.

Selalunya di dalam ayat-ayat lain ada diberitahu yang Nabi itu menyampaikan amaran dan berita baik. Tapi tidak ada dalam surah ini – disebut مُنذِرٌ sahaja. Ini adalah kerana surah ini adalah surah yang mengandungi banyak ancaman.

 

وَلِكُلِّ قَومٍ هادٍ

dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.

Nabi Muhammad itu adalah pemberi peringatan dan setiap umat ada Nabi/pemimpin/pendakwah yang mengajak kepada kebenaran dan menyampaikan wahyu Tuhan. Ini juga ada disebut melalui firman-Nya yang lain:

{وَإِنْ مِنْ أُمَّةٍ إِلا خَلا فِيهَا نَذِيرٌ}

Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan. (Fathir: 24)

Oleh itu semua umat ada pemberi petunjuk. Dan ini tidak semestinya seorang manusia. Kerana Qur’an juga adalah pemberi petunjuk juga dan ia bukanlah manusia. Oleh itu apabila dikatakan setiap umat akan mendapat petunjuk, ianya bermaksud dengan berbagai cara – ada yang nampak mukjizat, ada yang nampak kebenaran yang dibawa oleh para Rasul, ada yang dapat baca ilmu wahyu dan sebagainya.

Macam kita tidak ada lagi Nabi dan Rasul tapi kita ada Qur’an dan pendakwah yang mengajar dan mengajar kepada Qur’an. Maka Allah yang tentukan manusia dapat petunjuk jenis apa.

Habis Ruku’ 1 dari 6 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 8: Dalil aqli tanbih ke 2. Allah Swt. menyebutkan tentang ilmu-Nya Yang Maha sempurna

اللهُ يَعلَمُ ما تَحمِلُ كُلُّ أُنثىٰ وَما تَغيضُ الأَرحامُ وَما تَزدادُ ۖ وَكُلُّ شَيءٍ عِندَهُ بِمِقدارٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh knows what every female carries¹ and what the wombs lose [prematurely] or exceed.² And everything with Him is by due measure.

  • With absolute knowledge inclusive of every aspect of the fetus’ existence.
  • Beyond their normal period of pregnancy and/or the number of fetuses therein.

(MALAY)

Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap betina, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.

 

اللهُ يَعلَمُ ما تَحمِلُ كُلُّ أُنثىٰ

Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap betina,

Allah hendak memberitahu yang Allah kenal makhluk itu sebelum mereka itu lahir lagi; Allah tahu tentang mereka sebelum mereka kenal diri mereka lagi. Sebab itu Allah beritahu apa yang ada dalam perut ibu yang hamil. Allah tahu dengan segala maklumat yang lengkap walaupun kadang-kadang ibu itu sendiri tidak tahu yang dia sedang hamil. Bukan manusia sahaja, tapi semua betina.

Kalau ibu itu tahu yang dia sedang mengandung pun, dia tidak tahu bagaimanakah kandungannya itu – sihat atau tidak, akal sempurna atau tidak, sihat atau cacat, ada satu atau lebih, dan sebagainya. Allah sudah tahu segala-galanya.

Perihalnya sama dengan yang disebutkan oleh firman-Nya:

{هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الأرْضِ وَإِذْ أَنْتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ فَلا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى}

Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) kalian ketika Dia menjadikan kalian dari tanah dan ketika kalian masih janin. (An-Najm: 32), hingga akhir ayat.

 

وَما تَغيضُ الأَرحامُ

dan kandungan rahim yang kurang

Tapi ada rahim yang mulanya menyimpan kandungan tapi selepas itu ‘berkurang’. Maksudnya kandungan itu gugur tidak menjadi. Begitu ramai yang ada keadaan begini. Kebanyakan ibu dan ayah berharap semoga kandungan itu sihat sampai dapat melahirkan, tapi semuanya ditentukan oleh Allah.

 

وَما تَزدادُ

dan yang bertambah.

Dan Allah tahu bila rahim jadi semakin besar. Ini tentang kandungan yang berterusan membesar dalam kandungan ibunya itu. Mulanya kandungan itu ringan tapi lama-lama ia menjadi berat.

Tapi begitu pun, tidak ada sesiapa pun yang dapat pastikan berapa lama kandungan itu akan lahir. Maka ada tempoh kehamilan yang panjang dan ada yang pendek; semuanya itu adalah dalam taqdir Allah taala. Ada yang kurang dari 9 bulan dan ada juga yang sampai lebih dari 9 bulan.

 

وَكُلُّ شَيءٍ عِندَهُ بِمِقدارٍ

Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.

Semua yang terjadi itu adalah dikira dalam qadar Allah. Allah jaga setiap perkara, kecil atau besar. Sama ada kandungan itu menjadi atau tidak, berapa lama kandungan itu dalam perut, semua itu dalam penentuan Allah. Semua perkara itu telah Allah tentukan. Di dalam hadis ada disebutkan:

“فَيَقُولُ الْمَلَكُ: أيْ رَبِّ، أَذَكَرٌ أَمْ أُنْثَى؟ أَيْ رَبِّ، أَشَقِيٌّ أَمْ سَعِيدٌ؟ فَمَا الرِّزْقُ؟ فَمَا الْأَجَلُ؟ فَيَقُولُ اللَّهُ، وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ”

Maka malaikat itu bertanya, ” Wahai Tuhanku, apakah dia laki-laki atau perempuan. Wahai Tuhanku, apakah dia bernasib celaka atau bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Berapa lamakah usianya?” Maka Allah menjawabnya dan malaikat itu mencatatnya.

Lalu bagaimana puak musyrikin itu berani meminta azab?

Allah juga memberitahu yang apa sahaja yang kamu lakukan, Allah rekod. Kalau Allah boleh rekod keadaan kamu dalam rahim ibumu, tentu Allah boleh sahaja nak rekod apa yang kamu telah dan sedang lakukan.


Ayat 9: Akidah kita tentang sifat Allah.

عالِمُ الغَيبِ وَالشَّهادَةِ الكَبيرُ المُتَعالِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[He is] Knower of the unseen and the witnessed, the Grand, the Exalted.

(MALAY)

Yang mengetahui semua yang ghaib dan yang nampak; Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi.

 

عالِمُ الغَيبِ وَالشَّهادَةِ

Yang mengetahui semua yang ghaib dan yang nampak;

Allah Maha Mengetahui segala perkara sama ada zahir atau pun tidak. Lihatlah bagaimana keadaan kandungan dalam perut pun Allah tahu. Allah tahu perkara yang makhluk nampak dan benda yang kita tidak nampak pun, Allah pasti nampak. Pandangan kita terhad, nampak yang zahir sahaja; tapi pandangan Allah tidak terhad.

 

الكَبيرُ

Yang Maha Besar

Dan Allah itu Maha Besar. Manusia kecil sahaja semasa dalam perut ibu mereka. Apabila sudah keluar pun, masih kecil lagi. Maka tidak perlulah nak berlagak dan sombong di atas dunia ini.

 

المُتَعالِ

Maha Tinggi.

Kedudukan Allah amat tinggi. Manusia itu dan segala makhluk amat rendah kalau dibandingkan dengan Allah. Maka tunduklah semua diri kepada­Nya, dan takluklah semua hamba kepada-Nya, baik dengan senang hati ataupun terpaksa.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 29 Mac 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s