Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 160 – 170 (Homoseksual)

Ayat 160: Dari ayat ini sehingga ke ayat 175 adalah Perenggan Makro Kelapan dan ia adalah ayat Dalil Naqli yang keenam. Sekarang kita masuk ke dalam kisah Nabi Luth a.s. pula.

كَذَّبَت قَومُ لوطٍ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The people of Lot denied the messengers

(MELAYU)

Kaum Luth telah mendustakan rasul-rasul,

 

Dia adalah Luth ibnu Haran ibnu Azar yang bererti dia adalah anak saudara Nabi Ibrahim a.s.

Kaum Luth juga telah tolak Rasul mereka. Dan walaupun mereka tolak satu Rasul sahaja, tapi mereka dikira telah tolak semua Rasul kerana sama sahaja apa yang dibawa oleh Rasul-rasul itu. Jadi kalau sudah tolak satu, maksudnya menolak semua ajaran Rasul dan menolak semua Rasul.

Nota: Ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


 

Ayat 161:

إِذ قالَ لَهُم أَخوهُم لوطٌ أَلا تَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When their brother Lot said to them, “Will you not fear Allāh?

(MELAYU)

ketika saudara mereka, Luth, berkata kepada mereka: mengapa kamu tidak bertakwa?”

 

Kepada kaum itu telah diberikan dengan Nabi Luth a.s. Pertanyaan baginda sama sahaja seperti yang diberikan oleh para Rasul sebelum ini: “kenapa tidak bertaqwa? Tidakkah kamu takut kepada Allah? Tidakkah kamu mahu bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala hukumNya?” Lihatlah bagaimana sama sahaja apa yang didakwah oleh mereka semua. Iaitu bertaqwa kepada Allah.


 

Ayat 162:

إِنّي لَكُم رَسولٌ أَمينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I am to you a trustworthy messenger.

(MELAYU)

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,

 

Baginda juga memperkenalkan diri baginda sebagai Rasul kepada mereka. Iaitu utusan dari Allah SWT. Bukannya para Rasul itu sampaikan ajaran dari kehendak mereka, tapi mereka sampaikan apa yang dikehendaki oleh Allah sahaja.

Kepada kita yang menyampaikan ajaran wahyu ini, kita kenalkan yang kita sudah belajar tafsir dan sekarang kita sampaikan kepada mereka pula.


 

Ayat 163:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

 

Dan Nabi Luth juga mengajak mereka bertaqwa kepada Allah dan itu didapati dengan taat kepada ajaran baginda. Sama sahaja apa yang dikatakan oleh baginda dengan Rasul yang lain sebelum ini, maka kita tidak panjangkan lagi penerangan tentangnya.


 

Ayat 164:

وَما أَسأَلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ ۖ إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

(MELAYU)

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

 

وَما أَسأَلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu;

Sekali lagi, disebut yang para Nabi tidak minta upah dari ajaran mereka. Maka kita pun tidak boleh minta upah dalam dakwah dan mengajar.

 

إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Yang diharapkan oleh para Rasul adalah balasan dari Allah. Dan kita juga hendaklah begitu juga.


 

Ayat 165: Ini adalah tentang kesalahan lain yang mereka lakukan selain daripada syirik. Oleh kerana tentang syirik telah disentuh di dalam surah-surah yang lain, maka yang disebut di dalam ayat ini adalah tentang kesalahan besar mereka iaitu homoseksual.

أَتَأتونَ الذُّكرانَ مِنَ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you approach males among the worlds¹

  • i.e., Are there, out of all Allāh’s creatures, any besides you who commit this unnatural act?

(MELAYU)

Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia,

 

Nabi Luth tegur mereka: “Patutkah kamu datang kepada lelaki?” Maksudnya datang untuk melakukan seks, bukannya datang bersembang. Mereka pergi kepada lelaki untuk memuaskan nafsu mereka.

Mereka melakukan ‘liwath’ iaitu satu kalimah yang diambil dari nama Nabi Luth. Dari لوط menjadi لواط. Maka Nabi Luth tanya kepada mereka: “sudah habiskah wanita dalam alam ini sampai kamu nak cari lelaki?”


 

Ayat 166:

وَتَذَرونَ ما خَلَقَ لَكُم رَبُّكُم مِّن أَزوٰجِكُم ۚ بَل أَنتُم قَومٌ عادونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And leave what your Lord has created for you as mates? But you are a people transgressing.”

(MELAYU)

dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”.

 

وَتَذَرونَ ما خَلَقَ لَكُم رَبُّكُم مِّن أَزوٰجِكُم

dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu,

Dan mereka meninggalkan apa yang Allah telah jadikan untuk mereka dari fitrah manusia. Iaitu dari kalangan wanita yang boleh dijadikan isteri-isteri mereka. Isteri sudah ada, tapi masih pergi kepada lelaki untuk memuaskan nafsu? Teruk sekali apa yang mereka lakukan itu.

 

بَل أَنتُم قَومٌ عادونَ

bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”.

Mereka melampau terhadap Allah. Oleh itu mereka menjadi musuh Allah. Mereka melampau sebagai manusia. Malah lebih teruk dari binatang kerana binatang pun tak buat kerja ini.

Inilah hukum Al-Qur’an tentang homoseksual. Ianya adalah perkara haram dan tidak boleh dilakukan. Tidak ada alasan untuknya kerana ianya bukan tentang genetik, tapi pilihan yang teruk. Ini penting untuk kita faham kerana ada hujah dan kajian (konon) yang kata, keinginan kepada kaum sejenis ini adalah disebabkan genetik.

Kajian itu tidak benar pun. Kerana ia dilakukan lebih 30 tahun dahulu oleh lelaki gay juga. Dan tidak ada kajian baru kerana kalau ada yang buat, nanti dituduh sebagai anti-homoseks. Zaman sekarang manusia takut hendak dikatakan anti-homo sedangkan memang Islam anti-homo pun.

Jadi mereka kata, orang-orang yang homoseksual dan lesbian itu kerana mereka memang telah dijadikan begitu. Mereka nak salahkan Allah kerana jadikan mereka begitu. Atau mereka nak kata, kalau memang mereka telah dijadikan begitu, tidaklah mereka salah. Seolah-olah sama macam makan – manusia memang dijadikan kena makan, makan tidaklah salah.

Akan tetapi, kita kena tahu yang kajian itu sudah berusia 30 tahun, tidak layak dipakai lagi. Ia memerlukan kajian lain yang lebih terkini untuk mencari sebab kenapakah mereka jadi begitu. Tapi kajian seperti ini tidak dijalankan lagi dan kalau ada yang nak buat kajian tentangnya, tidak akan dilayan.

Mereka yang buat kajian pula yang akan kena sisih, tidak dilayan dan dikutuk oleh orang. Ini kerana propaganda dalam kalangan media telah menerima homoseksual ini. Jadi gerakan untuk menerima pilihan mereka itu sudah lama bermula dan tidak boleh dihalang lagi. Seolah-olah kalau mereka dikaji lagi, itu seperti menentang hak mereka sebagai manusia.

Oleh kerana itu, kita kena buat kajian kita sendiri. Ini kena dilakukan kerana kita kena bukakan keburukan perkara ini. Dan perlu dilakukan segera kerana keadaan sudah jadi teruk sekarang. Ramai sekali yang melakukannya. Dan orang politik pun seolah-olah terpaksa terima kerana kalau mereka tidak terima, nanti mereka tidak dapat undi pula.

Ada dokumentari yang dilakukan tentang amalan homoseksual yang dilakukan oleh masyarakat di Pakistan dan Afganistan. Mereka melakukan liwat terhadap kanak-kanak lelaki. Mereka ada majlis di mana ada pertunjukan tarian kanak-kanak lelaki dan kemudian kalau nak teruskan dengan liwat budak-budak itu pun boleh juga. Ini amat menakutkan. Nama sahaja negara yang ramai penduduk Islam tapi perangai macam syaitan!

Dan ini juga berlaku di negara kita juga. Sudah mula ada golongan homoseksual yang mula keluar di khalayak ramai. Mereka seolah-olah tidak malu lagi dengan keinginan mereka itu. Ada persatuan Homoseksual Muslim pun ada juga. Jadi mereka tafsir ayat-ayat Al-Qur’an untuk membenarkan perangai syaitan mereka. Tentunya mereka akan pusing ayat Al-Qur’an seolah-olah Allah benarkan pula amalan liwat ini. Padahal dengan jelas, dalam Al-Qur’an melarangnya, seperti dalam ayat ini.

Dan gerakan untuk menerima mereka ini dalam masyarakat pun sudah lama bermula. Kita yang kutuk mereka pula yang kena kutuk balik kerana tidak memberi kebebasan untuk mereka. Jadi perkara ini perlu diambil perhatian.

Mereka tidak boleh dibenarkan untuk menonjolkan diri mereka. Jangan anak-anak kita melihat perkara ini biasa sahaja seolah-olah tidak ada salahnya. Mereka seperti ini perlulah dikutuk dan disisihkan dari masyarakat. Jangan dibenarkan mereka ini senang sahaja untuk amalkan amalan syaitan mereka. Jangan beri kedudukan kepada mereka dalam masyarakat. Mereka ini ada penyakit dan penyakit kena diubati, bukannya diterima pula seolah-olah ia tidak ada masalah.


 

Ayat 167: Apakah jawapan balas dari kaumnya itu.

قالوا لَئِن لَّم تَنتَهِ يٰلوطُ لَتَكونَنَّ مِنَ المُخرَجينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “If you do not desist, O Lot, you will surely be of those evicted.”

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang-orang yang diusir”

 

قالوا لَئِن لَّم تَنتَهِ يٰلوطُ

Mereka menjawab: “Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti,

Nabi Luth yang memberi nasihat kepada mereka pula yang dipaksa untuk senyapkan sahaja mulut baginda. Beginilah yang terjadi sekarang, orang yang hendak mempersoalkan pilihan homoseksual pula yang dianggap sebagai orang yang teruk. Keadaan sudah jadi terbalik – yang bagi nasihat pula yang dikatakan teruk.

Dalam media massa dan dalam filem pun sudah ada gerakan untuk menonjolkan mereka ini sebagai manusia yang  normal. Mereka orang yang baik, yang tidak kacau orang, baik dengan orang dan banyak menolong. Dan golongan yang menolak mereka pula yang ditonjolkan sebagai jumud, anti-sosial dan tidak prihatin dengan manusia lain. Kena ingat yang itu adalah filem dan filem boleh diadun ikut kehendak sutradaranya. Maka jangan terkesan pula.

 

لَتَكونَنَّ مِنَ المُخرَجينَ

benar-benar kamu termasuk orang-orang yang diusir”

Mereka ancam Nabi Luth, kalau baginda tak berhenti dakwah dan tegur mereka, mereka akan buang baginda dari negeri Sodom itu. Kiranya nak buang daerahlah. Ini sama seperti disebut dalam ayat lain:

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِنْ قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

Maka tidak lain jawab kaumnya melainkan mengatakan, “Usirlah Luth berserta keluarganya dari negeri kalian, kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwakan) dirinya bersih.” (An-Naml: 56)

Begitulah teruknya mereka sampaikan tidak boleh ditegur. Orang yang tegur pula yang jadi salah. Begitulah ramai manusia yang tidak boleh diganggu gugat apa yang mereka telah lakukan. Kerana itu jalan Sunnah di negara ini mendapat tentangan. Kerana ramai dari orang Islam tidak dapat nak terima teguran. Kita yang menegur untuk kebaikan mereka pula yang ditentang.


 

Ayat 168:

قالَ إِنّي لِعَمَلِكُم مِّنَ القالينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Indeed, I am, toward your deed, of those who detest [it].

(MELAYU)

Luth berkata: “Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu”.

 

Tapi baginda tetap juga menegur perbuatan mereka itu. Kerana kebenaran tetap kena disampaikan. Baginda beritahu yang baginda benci dengan apa yang dilakukan. Kerana perkara yang salah tetap kena dikatakan salah. Kita kena tetap dengan pendirian kita.

Ini adalah pernyataan yang baginda tidak nampak lagi mereka itu boleh diubah. Baginda sudah rasa yang baginda kena tinggalkan mereka. Kerana baginda tidak restui apa yang mereka lakukan dan baginda hendak berlepas diri dari mereka.


 

Ayat 169: Maka Nabi Luth telah berdoa kepada Allah untuk beri bantuan kepada baginda.

رَبِّ نَجِّني وَأَهلي مِمّا يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

My Lord, save me and my family from [the consequence of] what they do.”

(MELAYU)

(Luth berdoa): “Ya Tuhanku selamatkanlah aku berserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan”.

 

Baginda minta kepada Allah untuk selamatkan baginda dan ahli keluarga baginda dari mereka. Atau dari akibat buruk dari perbuatan mereka itu. Kerana perbuatan dosa itu akan memberi kesan buruk dan baginda tidak mahu baginda pun kena tempias juga.

Baginda sudah cuba untuk berdakwah tapi sampai satu masa, sudah nampak yang mereka itu tidak boleh didakwah lagi. Kerana mereka itu kaum yang amat degil. Apabila itu sudah berlaku, maka para Rasul akan angkat tangan dan doa kepada Allah.

Maka Allah hendak beri peringatan kepada Musyrikin Mekah: bagaimana kalau Nabi Muhammad sendiri berdoa begitu? Setakat ini baginda tidak doa lagi begitu, maka jangan sampai baginda doa begitu pula.


 

Ayat 170: Allah makbulkan doa baginda.

فَنَجَّينٰهُ وَأَهلَهُ أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We saved him and his family, all,

(MELAYU)

Lalu Kami selamatkan dia berserta keluarganya semua,

 

Allah selamatkan baginda dan keluarga dari kaum itu. Nanti akan diceritakan bagaimana baginda diselamatkan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Jun 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 149 – 159 (Minta mukjizat dan diberi)

Ayat 149:

وَتَنحِتونَ مِنَ الجِبالِ بُيوتًا فٰرِهينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you carve out of the mountains, homes, with skill.

(MELAYU)

Dan kamu pahat sebahagian dari gunung-gunung untuk dijadikan rumah-rumah dengan rajin;

 

وَتَنحِتونَ مِنَ الجِبالِ بُيوتًا

Dan kamu pahat sebahagian dari gunung-gunung untuk dijadikan rumah-rumah

Mereka diberikan kelebihan boleh memahat gunung ganang untuk dijadikan sebagai rumah dan tempat tinggal mereka. Ini bukan kerja senang tapi mereka mampu melakukannya.

 

فٰرِهينَ

dengan rajin;

Dengan mudah kerana mereka mempunyai kemahiran yang Allah berikan kepada mereka. Mereka juga melakukannya untuk menunjuk-nunjuk kehebatan dan kebolehan mereka kepada orang lain.

Kalimah فٰرِهينَ ini menjadi perbincangan juga. Ibnu Abbas dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang mengatakan bahwa فٰرِهينَ ertinya ‘dengan cerdik’. Tetapi menurut riwayat lain yang juga bersumber dari Ibnu Abbas, ertinya ‘tamak lagi jahat’. Pendapat yang terakhir inilah yang dipilih oleh Mujahid dan sejumlah ulama.

Tidak ada pertentangan di antara kedua pendapat tersebut, kerana sesungguhnya mereka membuat rumah-rumah pahatan di gunung-gunung itu dengan tujuan kesombongan, ketamakan, dan main-main, bukan kerana keperluan untuk tempat tinggal. Dan mereka adalah orang-orang yang ahli dalam hal pahat-memahat seperti yang dapat disaksikan dari bekas peninggalan mereka. Jadi semua adjektif yang digunakan boleh dipakai.


 

Ayat 150:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku;

 

فَاتَّقُوا اللهَ

maka bertakwalah kepada Allah

Allah sudah beri segala nikmat, maka Nabi Saleh ingatkan mereka yang mereka kena taqwalah. Macam zaman sekarang banyak negara yang mempunyai segala kemewahan dan ketinggian teknologi. Maka itu semua adalah kurniaan daripada Allah maka kenalah bertakwa dan menghargai apa yang Allah telah berikan.

Sebaliknya ramai yang telah lupa dan semakin jauh dengan Allah apabila semakin majunya mereka.

 

وَأَطيعونِ

dan taatlah kepadaku;

Untuk taqwa kepada Allah, kenalah taat kepada Rasul. Iaitu dalam kes ini, Nabi Saleh a.s. Mereka kena ikut apa yang baginda sampaikan kepada mereka. Ini kerana para Nabi itu memang ditugaskan untuk menyampaikan ajaran agama kepada manusia.


 

Ayat 151: Allah memberitahu kita kenapa manusia banyak yang lupa kepada Allah apabila semakin mereka maju.

وَلا تُطيعوا أَمرَ المُسرِفينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And do not obey the order of the transgressors,

(MELAYU)

dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melewati batas,

 

Allah larang mengikut orang-orang yang berlebih-lebihan di dalam kehidupan mereka dan melampau dalam menghabiskan wang dan juga masa. Inilah yang dinamakan israaf.

Begitulah yang terjadi kepada kebanyakan manusia yang suka hendak meniru golongan yang terkenal dan kaya raya seperti golongan artis dan pemimpin. Padahal mereka yang diikuti itu menjalani hidup mereka dengan berlebih-lebihan dan melakukan pembaziran tetapi mereka yang lemah akalnya sentiasa terpesona dengan apa yang mereka lihat dilakukan oleh golongan yang popular. Dan mereka berangan-angan untuk menjadi seperti artis, ahli sukan, pemimpin dan peniaga yang kaya raya itu.

Dari segi tauhid, Rasul ingatkan mereka supaya jangan ikut kepala-kepala syirik yang sedang menyesatkan mereka. Jangan terus ikut sahaja apa yang dilakukan oleh ketua agama. Kerana kadang-kadang ada ketua agama yang bukannya mengajak kepada sunnah tapi mengajak kepada bidaah dan syirik.


 

Ayat 152: Kenapa tidak boleh ikut golongan melampau itu?

الَّذينَ يُفسِدونَ فِي الأَرضِ وَلا يُصلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who cause corruption in the land and do not amend.”

(MELAYU)

yang membuat kerosakan di muka bumi dan tidak mengadakan pembaikan”.

 

الَّذينَ يُفسِدونَ فِي الأَرضِ

yang membuat kerosakan di muka bumi

Tidak boleh ikut mereka kerana mereka tidak buat kebaikan. Malah mereka buat kerosakan dalam agama dan akhlak. Mereka ini ada juga derma dan sebagainya, tapi kerosakan yang mereka buat itu lebih besar dari kebaikan yang mereka lakukan.

Ia juga bermaksud mereka buat kerosakan dengan mengerjakan amalan syirik. Apabila mereka buat amalan syirik, kemudian mereka diikuti oleh mereka yang lemah akalnya. Jadi kerosakan itu bertambah-tambah lagi.

 

وَلا يُصلِحونَ

dan tidak mengadakan pembaikan”.

Dan mereka tidak mengadakan pembaikan dengan tidak melakukan taat kepada hukum Allah. Mereka buat perkara ikut akal dan nafsu mereka sahaja. Mereka tidak fikir pun sama ada apa yang mereka lakukan itu benar atau tidak dalam agama. Mereka sangka mereka melakukan kebaikan tapi sebenarnya tidak.


 

Ayat 153: Setelah dengar dakwah dari Nabi Saleh itu, apakah respon dari umat baginda?

قالوا إِنَّما أَنتَ مِنَ المُسَحَّرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “You are only of those affected by magic.

(MELAYU)

Mereka berkata: “Sesungguhnya kamu adalah salah seorang dari orang-orang yang kena sihir;

 

Ini adalah tuduhan dari mereka yang menentang. Mereka tuduh Nabi Saleh sudah terkena sihir kerana itu baginda jadi macam itu, cakap benda yang merepek sahaja (pada pendapat mereka).

Begitu jugalah tuduhan Musyrikin Mekah kepada Nabi Muhammad. Mereka kata baginda ajar benda-benda yang baginda ajar itu kerana kena sihir. Oleh itu mereka ada juga menawarkan untuk bayar perawat untuk merawat baginda.

Teringat kisah bagaimana Husain Ye dahulu semasa beliau masuk Islam. Mak ayah dia kata yang dia kena rasuk jin sebab itu masuk Islam. Maka mereka bawa beliau jumpa pakciknya iaitu seorang bomoh. Dan bomoh itu cuba rawat dengan suruh beliau minum air jampi. Maka memang begitulah juga fahaman sesetengah manusia yang mengatakan kalau beriman dan masuk Islam, itu adalah kerana kena sihir atau kena rasuk jin.


 

Ayat 154: Kemudian mereka serang peribadi Nabi Saleh dengan mereka mengejek.

ما أَنتَ إِلّا بَشَرٌ مِّثلُنا فَأتِ بِئايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ الصّٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You are but a man like ourselves, so bring a sign, if you should be of the truthful.”

(MELAYU)

Kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami; maka datangkanlah sesuatu mukjizat, jika kamu memang termasuk orang-orang yang benar”.

 

ما أَنتَ إِلّا بَشَرٌ مِّثلُنا

Kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami;

Mereka tolak dengan merendahkan peribadi Nabi Saleh pula. Mereka kata baginda itu manusia sama macam mereka sahaja, tidak lebih dari itu. Maka kenapa pula baginda lebih dari mereka? Kenapa pula baginda dapat wahyu dan mereka tidak dapat? Kenapa mereka kena ikut baginda sedangkan baginda pun manusia juga? Dan macam-macam lagi hujah yang termasuk dalam perkara ini.

Ini adalah jenis manusia yang akalnya cetek. Mereka lihat kepada luaran sahaja. Mereka lihat Nabi Saleh itu manusia, maka mereka terus nak tolak. Sedangkan sepatutnya mereka dengarlah apa yang disampaikan oleh baginda.

Begitu jugalah hujah yang digunakan oleh Musyrikin Mekah terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka tidak dapat terima yang ada manusia yang terima wahyu terus dari Tuhan. Maka mereka kata baginda telah menipu tentang baginda dapat wahyu itu. Ini seperti yang diceritakan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَؤُلْقِيَ الذِّكْرُ عَلَيْهِ مِنْ بَيْنِنَا بَلْ هُوَ كَذَّابٌ أَشِرٌ * سَيَعْلَمُونَ غَدًا مَنِ الْكَذَّابُ الأشِرُ}

Apakah wahyu itu diturunkan kepadanya di antara kita? Sebenarnya dia adalah seorang yang amat pendusta lagi sombong. Kelak mereka akan mengetahui siapakah yang sebenarnya amat pendusta lagi sombong. (Al-Qamar: 25-26)

 

فَأتِ بِئايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ الصّٰدِقينَ

maka datangkanlah sesuatu mukjizat, jika kamu memang termasuk orang-orang yang benar”.

Dan mereka cabar Nabi Saleh untuk bawa sesuatu yang mereka boleh tengok. Mereka minta baginda turunkan satu tanda dari langit untuk mereka. Mereka kononnya kata kalau Nabi Saleh boleh buat begitu, maka mereka akan beriman dengan baginda.

Perkara ini telah disentuh di awal surah ini. Allah kata Dia boleh sahaja berikan tanda dari langit untuk menjadikan manusia beriman. Tapi Allah tidak mahu manusia beriman dengan cara begitu.

Musyrikin Mekah juga telah minta berbagai-bagai mukjizat dari Rasulullah untuk membuktikan kebenaran. Maka Allah nak beritahu kepada baginda, bukan umat baginda sahaja yang minta begitu, tapi umat-umat sebelum itu pun telah minta perkara yang sama.


 

Ayat 155: Setelah permintaan mereka begitu dan janji mereka untuk beriman, maka Allah turunkan mukjizat kepada mereka. Allah beri kerana hendak memberi contoh.

قالَ هٰذِهِ ناقَةٌ لَّها شِربٌ وَلَكُم شِربُ يَومٍ مَّعلومٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “This is a she-camel.¹ For her is a [time of] drink, and for you is a [time of] drink, [each] on a known day.

  • Miraculously sent to them as a sign by Allāh.

(MELAYU)

Saleh menjawab: “Ini seekor unta betina, ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air, dan kamu mempunyai giliran pula untuk mendapatkan air di hari yang tertentu.

 

قالَ هٰذِهِ ناقَةٌ

Shaleh menjawab: “Ini seekor unta betina,

Apabila Musyrikin Mekah meminta berbagai jenis mukjizat dari Rasulullah, Allah memberitahu bahawa memang Allah sudah pernah beri mukjizat seperti yang diminta oleh umat terdahulu.

Kepada Kaum Tsamud, Allah telah pernah berikan unta mukjizat kepada mereka. Orang-orang terkemuka mereka berkumpul dan meminta kepada Nabi Saleh agar mengeluarkan seekor unta betina yang telah beranak dari sebuah batu besar saat itu juga, sedangkan batu besar itu telah ditunjuk oleh mereka yang mempunyai ciri khas anu dan anu.

Maka pada saat itu juga Nabi Saleh mengambil janji dan ikrar dari mereka, bahawa sesungguhnya baginda sanggup memenuhi permintaan mereka, tetapi mereka sungguh akan beriman kepadanya dan mengikutinya, lalu mereka setuju dengan syarat itu.

Nabi Saleh a.s. berdiri, lalu melakukan solat. Sesudah itu baginda berdoa kepada Allah, memohon agar Dia mengabulkan permintaan mereka. Maka terbelahlah batu besar itu yang ditunjuk oleh mereka, dan keluarlah darinya seekor unta betina yang telah beranak menurut spesifikasi yang mereka minta. Maka sebahagian dari mereka beriman, sedangkan kebanyakan dari mereka ingkar.

 

لَّها شِربٌ وَلَكُم شِربُ يَومٍ مَّعلومٍ

ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air, dan kamu mempunyai giliran pula untuk mendapatkan air di hari yang tertentu.

Mereka telah diberikan mukjizat seperti yang mereka minta, tapi ada syarat yang perlu dipenuhi. Unta itu ada masa minum di telaga dan manusia ada masa minum mereka. Ini kerana ada satu telaga sahaja yang dikongsi bersama. Apabila hari untuk unta itu minum, manusia tidak boleh ambil air di telaga itu.

Kenapa pula sampai begitu? Kerana unta itu apabila ia minum, ia akan minum dengan banyak sampai habis air di telaga itu. Kerana itu digunakan kalimah شِربٌ dalam bentuk mubalaghah kerana apabila unta itu minum, ia akan minum dengan sangat banyak.

Dan waktu untuk manusia air dari telaga itu, unta itu akan duduk jauh dan tidak ganggu air itu. Maka unta itu tinggal di kalangan mereka selama beberapa lama; unta itu mendapat giliran minumnya seperti biasanya, dan ia makan dedaunan serta rerumputan, sedangkan mereka dapat mengambil manfaat air susunya yang mereka perah dari unta itu dalam jumlah yang cukup buat mereka minum.


 

Ayat 156:

وَلا تَمَسّوها بِسوءٍ فَيَأخُذَكُم عَذابُ يَومٍ عَظيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And do not touch her with harm, lest you be seized by the punishment of a terrible day.”

(MELAYU)

Dan janganlah kamu sentuh unta betina itu dengan sesuatu kejahatan, yang menyebabkan kamu akan ditimpa oleh azab hari yang besar”.

 

وَلا تَمَسّوها بِسوءٍ

Dan janganlah kamu sentuh unta betina itu dengan sesuatu kejahatan,

Dan satu lagi syarat: jangan kacau unta itu. Jangan buat tak pasal dengan unta itu. Jangan sakiti unta itu dan sebagainya.

 

فَيَأخُذَكُم عَذابُ يَومٍ عَظيمٍ

yang menyebabkan kamu akan ditimpa oleh azab hari yang besar”.

Ancaman telah diberikan: kalau mereka ganggu juga, mereka akan ditimpa dengan azab. Mereka sendiri yang minta unta itu dan sekarang telah diberi, maka mereka kena bertanggungjawab.


 

Ayat 157: Tapi Kaum Tsamud itu degil, telah memungkiri janji mereka.

فَعَقَروها فَأَصبَحوا نٰدِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But they hamstrung her and so became regretful.

(MELAYU)

Kemudian mereka membunuhnya, lalu mereka menjadi menyesal,

 

فَعَقَروها

Kemudian mereka membunuhnya,

Setelah hal itu berlangsung cukup lama di kalangan mereka, lalu muncullah orang-orang yang celaka di antara mereka, selanjutnya orang-orang celaka itu membuat kesepakatan untuk membunuh dan me­nyembelih unta betina tersebut.

Maka mereka telah membunuh unta itu dengan menebuk leher unta itu. Itulah maksud عقر. Dan memang begitulah cara untuk menyembelih unta untuk korban. Bukannya dijatuhkan macam lembu dan kambing. Kena tebuk dulu tengkuknya dan kemudian apabila unta itu jatuh, baru disembelih. Ini kerana unta adalah binatang yang besar dan tidak boleh disembelih macam lembu dan kambing.

 

فَأَصبَحوا نٰدِمينَ

lalu mereka menjadi menyesal,

Mereka telah buat keputusan yang salah dan kemudiannya mereka menyesal.

Allah ceritakan tentang mereka kerana tempat tinggal mereka itu tidak jauh dari tempat tinggal orang Mekah. Allah nak beritahu kepada Musyrikin Mekah, kaum Tsamud itu juga minta mukjizat macam kamu juga, tapi kemudian mereka telah menyesal.

Mereka diberi dengan apa yang mereka minta tapi mereka tidak dapat nak penuhi janji mereka. Mereka telah dikenakan dengan azab. Mereka diberi masa tangguh selama tiga, dan selepas tiga hari itu tamat, mereka telah dikenakan dengan azab yang menghancurkan mereka.


 

Ayat 158:

فَأَخَذَهُمُ العَذابُ ۗ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَما كانَ أَكثَرُهُم مُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the punishment seized them. Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

(MELAYU)

maka mereka ditimpa azab. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat bukti yang nyata. Dan adalah kebanyakan mereka tidak beriman.

 

فَأَخَذَهُمُ العَذابُ

maka mereka ditimpa azab.

Maka kerana kedegilan mereka, maka mereka telah dikenakan dengan azab yang menghancurkan mereka.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat bukti.

Sepatutnya kisah mereka itu menjadi tanda kepada mereka yang mahu mengambil pengajaran. Jangan melawan dan engkar seperti Kaum Tsamud itu.

 

وَما كانَ أَكثَرُهُم مُؤمِنينَ

Dan adalah kebanyakan mereka tidak beriman.

Tapi ramainya yang tidak mahu mengambil pengajaran. Mereka mungkin dengar kisah itu dibacakan kepada mereka, tapi mereka ambil sebagai kisah kosong sahaja. Amat malang sekali.


 

Ayat 159:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ العَزيزُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord – He is the Exalted in Might, the Merciful.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 

Maka ingatlah Allah maha berkuasa untuk beri azab pada bila-bila masa sahaja. Tapi Allah tangguh azab kepada manusia yang engkar semasa mereka hidup di dunia kerana memberi peluang kepada mereka. Maka ambillah peluang itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 137 – 148 (Kisah Kaum Tsamud)

Ayat 137:

إِن هٰذا إِلّا خُلُقُ الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

This is not but the custom of the former peoples,

(MELAYU)

(agama) ini tidak lain hanyalah adat kebiasaan orang dahulu.

 

Allah memberitahu beginilah hujah puak yang menentang daripada dulu sampailah sekarang. Mereka itu kata, tidaklah apa yang Nabi Hud bawa itu melainkan resam orang-orang terdahulu sahaja dan bukan daripada Tuhan pun. Mereka nak kata yang ianya adalah kisah-kisah dongeng sahaja, entah benar entahkan tidak.

Ini sama juga dengan tuduhan Musyrikin Mekah terhadap Al-Qur’an:

{وَقَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِيَ تُمْلَى عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا}

Dan mereka berkata, “Dongengan-dongengan orang-orang dahulu dimintanya supaya dituliskan, maka dibacakanlah dongengan itu kepadanya setiap pagi dan petang.” (Al-Furqan: 5)


 

Ayat 138:

وَما نَحنُ بِمُعَذَّبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And we are not to be punished.”

(MELAYU)

dan kami sekali-kali tidak akan diazab.

 

Oleh kerana mereka kuat, maka mereka tidak sangka yang mereka akan dikenakan dengan azab. Mereka rasa mereka golongan terpilih oleh Allah kerana kehebatan mereka, sampai takkan mereka kena azab.

Atau mereka tidak percaya dengan apa yang disampaikan, maka mereka kata takkanlah mereka akan kena azab. Pada mereka, azab itu kisah dongeng sahaja.


 

Ayat 139:

فَكَذَّبوهُ فَأَهلَكنٰهُم ۗ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they denied him, so We destroyed them. Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

(MELAYU)

Maka mereka mendustakan Hud, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

 

فَكَذَّبوهُ فَأَهلَكنٰهُم

Maka mereka mendustakan Hud, lalu Kami binasakan mereka.

Oleh kerana mereka mendustakan Nabi Hud, maka mereka diberikan kematian yang membinasakan dan teruk. Ini kerana kalimah هلك bermaksud mati dengan teruk. Mengenai kebinasaan mereka telah disebutkan di dalam Al-Qur’an bukan hanya pada satu tempat saja, bahawa Allah mengirimkan angin kencang yang dingin lagi kuat.

Maka azab inilah yang mengakibatkan kebinasaan mereka, iaitu azab yang sesuai dengan tubuh mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah makhluk yang paling kejam. Oleh sebab itulah maka Allah menimpakan azab yang lebih kuat dan lebih ganas daripada mereka. Seperti yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ }

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. (Al-Fajr: 6-7)

{وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ}

Adapun kaum ‘Ad, maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang. (Al-Haqqah: 6)

Angin kencang itu menerbangkan setiap orang dari mereka dan membunuhnya, lalu menerbangkannya ke udara, kemudian menjatuhkannya dalam keadaan kepala di bawah sehingga kepalanya hancur, dan angin itu menjatuhkannya seakan-akan mereka seperti tunggul-tunggul pohon kurma yang telah lapuk.

Padahal mereka berlindung di dalam bukit-bukit dan gua-gua serta tempat-tempat perlindungan berupa parit-parit yang mereka gali sampai tubuh mereka tidak kelihatan, tetapi hal tersebut tidak dapat memberikan manfaat sedikit pun kepada mereka dari azab Allah.

 

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda

Ini adalah tanda pengajaran yang sepatutnya diambil oleh Musyrikin Mekah kerana mereka boleh lihat kesan tinggalan kaum Aad itu. Mereka kena sedar yang Allah boleh lakukan perkara yang sama terhadap mereka. Maka mereka kena ambil pengajaran dari tanda-tanda itu.

 

وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

Tapi malangnya memang kebanyakan manusia memang tidak mahu nak mengambil pengajaran dari apa yang telah disampaikan. Ini kerana mereka tidak lihat masa hadapan mereka.


 

Ayat 140:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ العَزيزُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord – He is the Exalted in Might, the Merciful.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 

Allah ingatkan sekali lagi yang Allah mampu untuk terus memberikan apa sahaja azab kepada manusia. Allah boleh beri azab itu di akhirat tapi Allah juga boleh kenakan azab itu di dunia lagi.

Tapi Allah tidak terus berikan azab dunia kerana Allah beri peluang kepada manusia untuk mengubah diri mereka dan kembali ke pangkal jalan.


 

Ayat 141: Dari ayat ini sehingga ke ayat 159 adalah Perenggan Makro Ketujuh dan adalah Dalil Naqli yang kelima, iaitu masuk ke dalam kisah Kaum Tsamud pula.

كَذَّبَت ثَمودُ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Thamūd denied the messengers

(MELAYU)

Kaum Tsamud telah mendustakan rasul-rasul.

 

Sekarang masuk kepada kisah Kaum Tsamud yang telah diutuskan Nabi Saleh kepada mereka. Kaum Tsamud ini datang selepas Kaum Aad dimusnahkan tetapi sebelum masa Nabi Ibrahim a.s.

Kaum Tsamud adalah bangsa Arab yang tinggal di Kota Hajar yang terletak di antara Lembah Qura dan negeri Syam. Bekas tempat tinggal mereka telah dikenal dan termasyhur. Dalam pembahasan Surah Al-A’raf telah disebutkan hadis-hadis yang menceritakan tentang berlalunya Rasulullah di bekas tempat kediaman mereka pada ketika baginda hendak menyerang negeri Syam.


 

Ayat 142:

إِذ قالَ لَهُم أَخوهُم صٰلِحٌ أَلا تَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When their brother Ṣāliḥ said to them, “Will you not fear Allāh?

(MELAYU)

Ketika saudara mereka, Saleh, berkata kepada mereka: “Mengapa kamu tidak bertakwa?

 

Rasul yang diutuskan kepada mereka adalah Nabi Saleh a.s. Baginda juga berdakwah dengan cara yang sama seperti Rasul-rasul yang telah disebut sebelum ini. Baginda tanya mereka: kenapa kamu tidak mahu bertaqwa kepada Allah?


 

Ayat 143:

إِنّي لَكُم رَسولٌ أَمينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I am to you a trustworthy messenger.

(MELAYU)

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,

 

Dan baginda memperkenalkan diri baginda kepada mereka. Baginda memberitahu mereka bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah. Tugas baginda adalah untuk menyampaikan segala amanah yang telah diletakkan di atas bahu baginda. Baginda akan ajar segala perkara yang perlu diketahui oleh mereka dalam hal agama.


 

Ayat 144:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

 

Maka kenalah mereka takut dan bertaqwa kepada Allah.

Dan caranya adalah dengan taat kepada ajaran baginda. Ini adalah kerana baginda menyampaikan kehendak Allah kepada mereka.


 

Ayat 145:

وَما أَسأَلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ ۖ إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العالَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

(MELAYU)

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

 

Lihat bagaimana mesej yang diberikan oleh Nabi Saleh pun sama juga dengan mesej yang diberikan oleh Nabi Hud dan Nabi Nuh sebelum itu. Mereka semua tidak minta upah dari kaum mereka dalam menyampaikan agama ini. Bukanlah harta dan upah yang dikejar oleh mereka tapi mereka menjalankan tugas yang disampaikan oleh Allah kepada mereka.

Yang mereka harapkan adalah balasan dari Allah, bukan balasan dari manusia. Apa yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang menyebar agamaNya adalah lebih baik dan lebih banyak. Jadi buat apa lagi nak berharap kepada pemberian manusia?


 

Ayat 146: 

أَتُترَكونَ في ما هٰهُنا ءآمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Will you be left in what is here, secure [from death],

(MELAYU)

Adakah kamu akan dibiarkan tinggal di sini (di negeri kamu ini) dengan aman,

 

Baginda tanya mereka: Kamu rasa yang kamu akan selamat duduk di sini? Kamu sangka yang kamu akan tetap hidup tidak mati-mati? Kamu sangka kamu akan dibiarkan begitu sahaja?


 

Ayat 147: Kemudian Nabi Saleh mengingatkan mereka dengan nikmat yang mereka ada.

في جَنّٰتٍ وَعُيونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Within gardens and springs

(MELAYU)

di dalam kebun-kebun serta mata air,

 

Iaitu di dalam taman-taman dan mata air mereka. Mereka berbangga dengan apa yang mereka ada itu dan mereka tidak sangka yang mereka akan mati-mati. Mereka rasa macam mereka akan terus hidup sahaja dalam kenikmatan yang mereka nikmati itu.

Begitulah sikap manusia apabila mereka hidup dalam kemewahan. Mereka sangka mereka akan terus berada dalam nikmat itu. Mereka sangka mereka tidak akan mati kerana mereka telah lupa yang akhirnya mereka akan mati.

Ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an: kalimah عين asalnya bermaksud ‘mata’ dan ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata).

Jamak bagi عين adalah أعيُن dan عُيُون dan digunakan di dalam Bahasa Arab untuk jamak bagi mata dan juga mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah أعيُن sentiasa digunakan bagi mata dan kalimah عُيُون sentiasa digunakan bagi mata air.


 

Ayat 148:

وَزُروعٍ وَنَخلٍ طَلعُها هَضيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And fields of crops and palm trees with softened fruit?

(MELAYU)

dan tanam-tanaman dan pohon-pohon kurma yang mayangnya lembut.

 

Dan mereka ada ladang dengan tanaman yang hebat-hebat. Pokok kurma mereka amat lebat sampai buah terjuntai sampai ke bawah. Al-Aufi meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahwa yang dimaksudkan dengan هَضيمٌ ialah mekar dan masak. Bila sudah masak, ia akan bergayut rendah ke bawah. Ia boleh melendut ke bawah kerana mayangnya lembut.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Jun 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 123 – 136 (Kesalahan Kaum Aad)

Ayat 123: Sekarang kita masuk ke Dalil Naqli yang keempat. Dari ayat ini sehingga ke ayat 140 adalah Perenggan Makro Keenam dan ia membawa kisah Kaum Aad pula.

Ini cerita dari Allah Swt. tentang hamba dan rasul-Nya Hud a.s. Sesungguhnya baginda menyeru kaumnya, iaitu kabilah Aad. Kaumnya tinggal di bukit-bukit pasir, yakni bukit yang berpasir dekat Hadramaut, letaknya bersebelahan dengan negeri Yaman; masa mereka sesudah masa kaum Nabi Nuh a.s.

كَذَّبَت عادٌ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

‘Aad denied the messengers

(MELAYU)

Kaum ‘Aad telah mendustakan para rasul.

 

Sekarang dibuka pula kisah Kaum Aad dan mereka itu tinggal tidak jauh daripada tempat Musyrikin Mekah itu tinggal. Kalau sebelum ini disebut tentang tempat-tempat yang jauh dari mereka dan sekarang Allah sebut tentang tempat yang dekat dengan mereka pula.

Mereka tidaklah tolak semua Rasul tapi kerana mereka menolak satu Rasul sahaja, tapi mereka dikatakan telah menolak semua Rasul. Kerana semua Rasul itu bawa ajaran yang sama sahaja.

Nota: Ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


Ayat 124:

إِذ قالَ لَهُم أَخوهُم هودٌ أَلا تَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When their brother Hūd said to them, “Will you not fear Allāh?

(MELAYU)

Ketika saudara mereka Hud berkata kepada mereka: “Mengapa kamu tidak bertakwa?

 

Rasul mereka adalah Nabi Hud a.s yang mengajak mereka kepada tauhid. Demikian itu kerana mereka memiliki kekuatan yang hebat, tubuh yang besar serta sangat tinggi dan rezeki yang berlimpah, harta benda yang banyak, kebun-kebun, sungai-sungai, tanam-tanaman, buah-buahan, juga mempunyai anak yang banyak.

Tetapi sekalipun demikian, mereka menyembah selain Allah disamping menyembah Allah, maka Allah mengutus Nabi Hud kepada mereka. Hud adalah seorang lelaki dari kalangan mereka, diangkat oleh Allah sebagai Rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan.

Baginda telah berdakwah kepada mereka mengajak taqwa kepada Allah. Kalimah yang sama pun telah dikatakan lama dahulu oleh Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim juga. Ini kerana ajakan dakwah para Nabi itu sama sahaja pada dasarnya – semua mengajak kepada taqwa.


Ayat 125:

إِنّي لَكُم رَسولٌ أَمينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I am to you a trustworthy messenger.

(MELAYU)

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,

Kalimah yang sama juga digunakan oleh Nabi Hud, sama seperti yang digunakan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh.


Ayat 126:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Ini juga sama dengan apa yang dikatakan oleh Nabi Nuh. Ini memberitahu kepada kita bahawa semua para Nabi dan Rasul itu memberikan dakwah pada perkara yang sama sahaja. Kerana itulah jikalau menolak satu Rasul bermaksud menolak semua Rasul.


Ayat 127:

وَما أَسئلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ ۖ إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

(MELAYU)

Dan sekali-kali aku tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

وَما أَسئلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ

Dan sekali-kali aku tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; 

Sama juga dengan apa yang dikatakan oleh Nabi Nuh. Para Nabi semua tidak minta upah dari dakwah dan ajaran mereka. Begitu juga dengan kita, tidak boleh minta upah dalam dakwah dan mengajar.

إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Yang kita harapkan adalah upah dari Allah sahaja. Kerana Allah boleh lebih lagi upah kalau dibandingkan dengan manusia. Kalau mengajar dan dakwah, pahalanya amat banyak sekali.


Ayat 128: Apakah perbuatan mereka yang memurkakan Tuhan selain daripada syirik?

أَتَبنونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءآيَةً تَعبَثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you construct on every elevation a sign,¹ amusing yourselves,

  • i.e., a symbol or indication of their wealth and power. They used to build lofty structures along the road to be seen by all who passed by.

(MELAYU)

Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main,

Iaitu mereka membina tugu dan monumen kerana suka-suka sahaja tanpa kegunaan yang penting. Mereka buat begitu sebab mereka banyak duit sangat sampai tak tahu nak buat apa, maka mereka bina monumen sebegini.

Mereka membuat bangunan tersebut hanyalah untuk bermain-main, bukan untuk tujuan yang diperlukan, melainkan hanya sekadar bermain-main, bersenang-senang, dan untuk menunjukkan kekuatan mereka. Kerana itulah maka Nabi mereka mengingkari perbuatan mereka yang demikian itu, kerana perbuatan mereka itu sama dengan menyia-nyiakan waktu, memayahkan diri tanpa ada faedahnya, serta menyibukkan diri dengan hal-hal yang tidak bermanfaat baik di dunia mahupun di akhirat.

Ini sebenarnya sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara yang kaya. Kita tengok di serata dunia kerajaan akan bina tugu peringatan dan monumen yang berharga mahal dan tidak ada guna pun. Mereka buang duit untuk melakukan perkara yang sia-sia sedangkan wang itu boleh digunakan untuk memberi kebaikan kepada orang lain.


Ayat 129:

وَتَتَّخِذونَ مَصانِعَ لَعَلَّكُم تَخلُدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And take for yourselves constructions [i.e., palaces and fortresses] that you might abide eternally?

(MELAYU)

dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?

 

Dan ada yang bina makam yang besar-besar seperti istana, patung, piramid dan sebagainya untuk dijadikan sebagai tempat pengebumian, seolah-olah dengan cara itu mereka akan diingati sampai bila-bila.

Seolah-olah mereka merasakan yang itulah cara untuk menyelamatkan mereka supaya tidak binasa. Ini kerana semua manusia tahu yang mereka akan mati. Bila mati, mereka takut mereka tidak dikenang lagi, habis begitu sahaja. Maka manusia yang kaya akan buat bangunan yang besar-besar, yang hebat-hebat dan namakan dengan nama mereka supaya mereka dikenang selagi bangunan itu ada.

Ibnu Abu Hatim rahimahullah telah meriwayatkan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Al-Hakam ibnu Musa, telah menceritakan kepada kami Al-Walid, telah menceritakan kepada kami Ibnu Ajian, telah menceritakan kepadaku Aun ibnu Abdullah ibnu Atabah, bahwa Abu Darda r.a. ketika menyaksikan pembaharuan yang dilakukan oleh kaum Muslim di Al-Gautah terhadap bangunan-bangunan mereka dan penanaman pepohonan. Maka dia berdiri di masjid mereka, lalu berseru, “Hai penduduk kota Dimasyq.” Maka mereka berkumpul kepadanya, dan dia memuji serta menyanjung Allah Swt., sesudah itu dia mengatakan, “Tidakkah kalian malu, tidakkah kalian malu, kalian mengumpulkan apa yang tidak kalian makan, dan kalian membangun apa yang tidak kalian huni, dan kalian mengangan-angankan hal yang tidak dapat kalian raih. Sesungguhnya telah terjadi di masa sebelum kalian banyak generasi yang menghimpunkan (keduniaan) sebanyak-banyaknya, mereka membangun bangunan-bangunan yang kukuh, dan mereka berangan-angan yang menyebabkan mereka tenggelam di dalamnya, pada akhirnya mereka terpedaya oleh angan-angan mereka, apa yang telah mereka kumpulkan semuanya musnah, dan rumah-rumah mereka menjadi kuburan-kuburan (mereka). Ingatlah, sesungguhnya kaum Aad memiliki kuda dan haiwan kenderaan yang memenuhi antara kawasan Aad dan Yaman. Maka siapakah yang mahu membeli harta peninggalan kaum Aad dengan harga dua dirham (yakni tiada ertinya lagi)?”


Ayat 130: Apa lagi kesalahan Kaum Aad itu?

وَإِذا بَطَشتُم بَطَشتُم جَبّارينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when you strike, you strike as tyrants.

(MELAYU)

Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang-orang kejam dan bengis.

 

Tetapi apabila mereka menyerang dan menyeksa orang lain, mereka seksa mereka seperti perangai binatang. Sudah tidak ada belas kasihan lagi. Macam harimau yang makan binatang buruannya, memang tidak nampak belas kasihan pun, bukan?

Inilah yang dilakukan oleh puak Quraisy yang telah menyeksa para sahabat yang beriman dengan Nabi. Mereka kaya dan mereka rasa mereka boleh buat apa buat apa saja. Mereka anggap para sahabat itu lemah, kerana ada antara mereka itu hamba sahaja.

Mereka tangkap dan mereka lakukan berbagai-bagai jenis seksaan terhadap para sahabat itu. Yang terkenal kita semua ingat, bagaimana Bilal dihempapkan batu atas dada beliau. Tapi ada ramai lagi sahabat lain yang telah diseksa.


Ayat 131:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

 

Nabi Hud mengingatkan kaumnya itu untuk bertaqwa kepada Allah dan caranya adalah dengan taat kepada baginda. Kerana para Rasul itu menyampaikan apa yang dikehendaki oleh Allah, maka hendaklah taat kepada para Rasul.

Macam kita sekarang sudah tidak ada Rasul di kalangan kita. Tapi hadith-hadith Rasulullah masih lagi kita boleh rujuk. Maka kita kena taat kepada ajaran dalam hadith-hadith itulah.


Ayat 132:

وَاتَّقُوا الَّذي أَمَدَّكُم بِما تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And fear He who provided you with that which you know,

(MELAYU)

Dan bertakwalah kepada Allah yang telah menganugerahkan kepadamu apa yang kamu ketahui.

 

Takut dan bertakwalah kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat kepada kamu. Dan kamu pun tahu apa nikmat yang telah diberikan kepada kamu itu. Begitu banyak nikmat yang telah diberikan kepada manusia. Semua itu Allah yang berikan.


 

Ayat 133: Dalam banyak-banyak nikmat itu, apakah nikmat yang utama?

أَمَدَّكُم بِأَنعٰمٍ وَبَنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Provided you with grazing livestock and children

(MELAYU)

Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak,

 

Allah telah beri banyak binatang ternak dan anak-anak lelaki pun ramai. Ini adalah kebanggaan masyarakat dahulu. Binatang ternak itu boleh digunakan untuk berbagai-bagai cara. Maka sesiapa yang ada banyak binatang ternak itu macam ada banyak kereta pada zaman sekarang.

Dan anak-anak yang ramai juga penting kerana anak-anak itu bukan sahaja menjadi kebanggaan, tapi boleh membantu dalam kehidupan dan mempertahankan keluarga.


 

Ayat 134:

وَجَنّٰتٍ وَعُيونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And gardens and springs.

(MELAYU)

dan kebun-kebun dan mata air,

 

Dan di sekeliling mereka ada berbagai-bagai taman dan mata air. Mata air penting kerana dengan mata air itulah kehidupan dapat hidup subur. Tanaman perlukan air, binatang perlukan air dan manusia juga perlukan air.

Dua perkara ini tidak ada di Mekah kerana Mekah itu padang pasir sahaja. Maka Musyrikin Mekah tidak payah nak berbangga sangat dengan apa yang mereka ada. Bandingkan dengan Kaum Aad pun mereka sudah kalah. Tapi walaupun Kaum Aad itu hebat, mereka tetap dimusnahkan. Maka senang sahaja kalau Allah nak musnahkan Musyrikin Mekah itu.

Ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an: kalimah عين asalnya bermaksud ‘mata’ dan ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata).

Jamak bagi عين adalah أعيُن dan عُيُون dan digunakan di dalam Bahasa Arab untuk jamak bagi mata dan juga mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah أعيُن sentiasa digunakan bagi mata dan kalimah عُيُون sentiasa digunakan bagi mata air.


Ayat 135:

إِنّي أَخافُ عَلَيكُم عَذابَ يَومٍ عَظيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I fear for you the punishment of a terrible day.”

(MELAYU)

sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar”.

 

Nabi Hud takut yang mereka akan dikenakan dengan azab seksa pada hari kiamat nanti. Ini adalah kerana baginda sayang dan belas kasihan kepada kaumnya itu. Begitu jugalah Nabi Muhammad. Baginda nak mereka selamat sahaja dunia dan akhirat.

Begitu juga apabila kita dakwah dan ajar wahyu kepada manusia, kerana kita sayang kepada mereka dan nak selamatkan mereka dari bahaya dunia akhirat.


 

Ayat 136: Tapi bagaimanakah balasan jawab dari Kaum Aad itu?

قالوا سَواءٌ عَلَينا أَوَعَظتَ أَم لَم تَكُن مِّنَ الوٰعِظينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “It is all the same to us whether you advise or are not of the advisors.

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Adalah sama saja bagi kami, apakah kamu memberi nasihat atau tidak memberi nasihat,

 

Puak kafir itu mengatakan yang mereka tidak akan berubah dan beriman dengan baginda walaupun baginda telah melakukan berbagai-bagai cara dakwah. Sama ada beri dakwah atau tidak, mereka tetap tidak akan beriman. Jadi mereka kata Nabi Hud itu buang masa sahaja menasihati mereka.

Iaitu mereka kata mereka tidak akan beranjak dari kebiasaan mereka, seperti pengertian yang terdapat di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَمَا نَحْنُ بِتَارِكِي آلِهَتِنَا عَنْ قَوْلِكَ وَمَا نَحْنُ لَكَ بِمُؤْمِنِينَ}

dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. (Hud: 53)

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Jun 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 112 – 122 (Doa Nabi Nuh)

Ayat 112: Apa jawapan dari Nabi Nuh kepada kata-kata kaumnya yang menghina sahabat baginda?

قالَ وَما عِلمي بِما كانوا يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “And what is my knowledge of what they used to do?

(MELAYU)

Nuh menjawab: “Bagaimana aku mengetahui apa yang telah mereka kerjakan?

 

Nabi Nuh kata baginda tidak layak dan tidak boleh menilai siapakah yang hina dan siapakah yang tidak, kerana baginda tidak ada pengetahuan tentang itu.

Nabi Nuh tidak tahu apakah yang dilakukan oleh pengikut-pengikut baginda yang sanggup beriman itu sama ada diterima atau tidak oleh Allah tetapi mereka telah sanggup untuk menyatakan keimanan mereka kepada baginda.

Kedudukan para pengikut yang rendah itu bukanlah pada zaman Nabi Nuh sahaja tapi pada zaman Rasulullah juga. Para sahabat baginda yang awal adalah dari kalangan mereka yang miskin dan lemah dalam masyarakat. Maka kedudukan itu juga menjadi isu di kalangan pemuka Mekah. Mereka rasa hina kalau kena duduk dengan para sahabat yang lemah dalam masyarakat.

Maka Allah ajar bagaimana nak jawab: bagaimanakah baginda nak tahu sama ada mereka yang beriman itu hina atau tidak? Kerana baginda tidak tahu apa yang mereka lakukan.


 

Ayat 113:

إِن حِسابُهُم إِلّا عَلىٰ رَبّي ۖ لَو تَشعُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their account is only upon my Lord, if you [could] perceive.

(MELAYU)

Perhitungan (amal perbuatan) mereka tidak lain hanyalah kepada Tuhanku, kalau kamu menyedari.

 

Kita tidak boleh hendak menilai siapakah yang mulia dan tidak, kerana penilaian itu hanya pada Allah sahaja. Allah sahaja yang tahu apa yang manusia lakukan dan Allah sahaja yang tahu apakah dalam hati manusia itu – sama ada ikhlas atau tidak.


 

Ayat 114:

وَما أَناْ بِطارِدِ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I am not one to drive away the believers.

(MELAYU)

Dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang beriman.

 

Kalimah طارد bermaksud menolak dan meninggalkan orang yang kita rasa tidak bernilai. Macam kalau peminta sedekah nak masuk dalam kedai makan, kadang-kadang tuan kedai akan halau orang itu.

Nabi Nuh jawab yang baginda tidak akan menghalau orang-orang mukmin yang mengikuti baginda walaupun mereka itu dikatakan sebagai orang-orang yang hina. Tugas baginda adalah sampaikan dakwah kepada sesiapa tanpa memilih bulu – sama ada mereka kalangan orang tinggi dalam masyarakat atau orang rendah.

Dan begitu juga dengan Nabi Muhammad. Walaupun ada dari kalangan pemuka Mekah yang suruh baginda sisirkan orang yang lemah, tapi baginda tidak akan lakukan.


 

Ayat 115:

إِن أَناْ إِلّا نَذيرٌ مُّبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

I am only a clear warner.”

(MELAYU)

Aku (ini) tidak lain melainkan pemberi peringatan yang menjelaskan”.

 

Nabi Nuh ingatkan yang baginda tidak lain hanyalah sebagai pemberi peringatan sahaja. Baginda kena beri peringatan itu kepada semua orang.

Dan baginda juga kena beri ancaman kepada kaumnya yang telah jauh dari agama. Ini kerana baginda nampak yang mereka semua sedang menuju kehancuran. Baginda kena beri ancaman kepada mereka, baginda tidak boleh senyapkan sahaja.

Begitu juga dengan kita sebagai pendakwah. Kita tidak boleh ajak ke arah kebaikan sahaja; kalau kita nampak masyarakat kita sudah buat benda salah, kita kena tegur. Tapi memang ini tidak disukai oleh manusia. Kalau kita tegur sahaja, akan ada yang ambil hati dan terasa mereka diserang. Maka ada antara mereka yang akan bertindak balas.


 

Ayat 116: Kaum Nabi Nuh beri ancaman balik kepada baginda.

قالوا لَئِن لَّم تَنتَهِ يٰنوحُ لَتَكونَنَّ مِنَ المَرجومينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “If you do not desist, O Noah, you will surely be of those who are stoned.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Sungguh jika kamu tidak (mahu) berhenti wahai Nuh, nescaya benar-benar kamu akan termasuk orang-orang yang direjam”.

 

Orang-orang kafir itu memberi ancaman kepada Nabi Nuh yang jikalau baginda tidak berhenti berdakwah, beri peringatan dan ancaman kepada mereka, maka mereka akan merejam baginda dengan batu. Maksudnya mereka ancam nak bunuh. Ini adalah satu ancaman yang besar, kerana mereka tidak tahan lagi.

Mereka tentunya mulakan dengan buat tidak tahu sahaja dakwah Nabi Nuh itu dengan harapan lama-lama baginda akan senyap sendiri sahaja. Tapi apabila baginda tidak berhenti, mereka tentu telah cuba buruk-burukkan baginda, ganggu orang yang beriman dengan baginda, tuduh baginda dan sahabat baginda dengan tuduhan sebagai pengacau dan sebagainya.

Bila semua itu tidak berjaya, Nabi Nuh tetap terus berdakwah, itulah sebabnya mereka buat keputusan untuk bunuh baginda.

Dan begitulah juga yang dihadapi oleh Rasulullah. Musyrikin Mekah telah lakukan berbagai-bagai cara untuk menghalang dakwah baginda. Tapi usaha mereka tidak berjaya kerana baginda dan sahabat terus berdakwah dan kerana itulah mereka akhirnya telah buat keputusan untuk bunuh baginda.

Jadi kisah Nabi Nuh ini adalah sebagai isyarat tentang apa yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat juga. Bukanlah Allah hendak cerita sahaja, tapi ianya memberi isyarat apa yang akan berlaku kepada baginda.


 

Ayat 117: Kerana mereka nak bunuh bagindalah baru Nabi Nuh berdoa. Kalau tidak selama itu baginda dakwah sahaja.

قالَ رَبِّ إِنَّ قَومي كَذَّبونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “My Lord, indeed my people have denied me.

(MELAYU)

Nuh berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah mendustakan aku;

 

Nabi Nuh mengadu kepada Allah yang kaumnya itu telah mendustakan baginda dan pengaduan baginda ini hanya berlaku setelah baginda berdakwah selama 950 tahun.

Maka kalau kita baru berdakwah setahun dua dan dikatakan sebagai Wahabi, tidak ada apalah kalau dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan kepada Nabi Nuh. Memang malu kalau kita mengadu tidak berjaya dalam dakwah apabila baca kisah-kisah Nabi Nuh ini. Begitu punya lama baginda berdakwah barulah baginda mengadu kepada Allah.


 

Ayat 118:

فَافتَح بَيني وَبَينَهُم فَتحًا وَنَجِّني وَمَن مَّعِيَ مِنَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then judge between me and them with decisive judgement and save me and those with me of the believers.”

(MELAYU)

maka itu adakanlah suatu keputusan antaraku dan antara mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang yang mukmin bersertaku”.

 

فَافتَح بَيني وَبَينَهُم فَتحًا

maka itu adakanlah suatu keputusan antaraku dan antara mereka,

Baginda meminta supaya baginda dipisahkan terus daripada umat baginda yang menentang itu. Maksudnya baginda meminta kemenangan ke atas mereka. Kerana kalimah فتح juga boleh bermaksud kemenangan.

Ini adalah kerana baginda tidak ada arah lain lagi kerana kerana baginda nampak yang baginda hanya dikalahkan sahaja oleh kaum baginda. Ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

فَدَعَا رَبَّهُ أَنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِرْ

Maka dia mengadu kepada Tuhannya, “Bahawasanya aku ini adalah orang yang dikalahkan. Oleh sebab itu, tolonglah (aku).” (Al-Qamar: 10), hingga akhir ayat.

 

وَنَجِّني وَمَن مَّعِيَ مِنَ المُؤمِنينَ

dan selamatkanlah aku dan orang-orang yang mukmin besertaku”.

Dan baginda meminta supaya diselamatkan baginda dan orang-orang yang beriman bersama baginda.

Dalam ayat ini, Musyrikin Mekah diingatkan bagaimana Nabi Nuh telah berdoa begini dan bagaimanakah nasib mereka akhirnya nanti (mereka dilemaskan dalam banjir besar). Maka Musyrikin Mekah kena fikirlah sikit, kalau Nabi Muhammad pun berdoa begitu juga, bagaimana? Ini adalah satu peringatan yang kuat kerana mereka pun tahu apa yang terjadi kepada umat Nabi Nuh itu.


 

Ayat 119: Allah makbulkan doa Nabi Nuh itu.

فَأَنجَينٰهُ وَمَن مَّعَهُ فِي الفُلكِ المَشحونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We saved him and those with him in the laden ship.

(MELAYU)

Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang bersertanya di dalam kapal yang penuh muatan.

 

Maka Allah telah memakbulkan doa Nabi Nuh dengan menyelamatkan baginda dan orang-orang yang beriman bersamanya di dalam kapal yang penuh sarat dan bergerak ke hadapan.


 

Ayat 120: Apa yang terjadi kepada penentang baginda?

ثُمَّ أَغرَقنا بَعدُ الباقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We drowned thereafter the remaining ones.

(MELAYU)

Kemudian sesudah itu Kami tenggelamkan orang-orang yang tinggal.

 

Dan setelah dimasukkan Nabi Nuh dan orang-orang yang beriman ke dalam bahtera itu maka telah ditenggelamkan orang-orang lain yang tidak beriman. Maka Musyrikin Mekah sepatutnya mendengar ayat ini dan takut bagaimanakah nasib mereka jikalau Nabi Muhammad sendiri berdoa seperti itu juga.


 

Ayat 121:

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

(MELAYU)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda

Musyrikin Mekah minta berbagai-bagai tanda tetapi Allah memberitahu yang apa yang telah diberikan dalam Al-Qur’an dalam bentuk kisah-kisah para Nabi terdahulu itu sudah cukup sebenarnya jikalau mereka mahu beriman.

Kisah-kisah bagaimana kaum terdahulu telah dimusnahkan kerana menentang Rasul mereka telah diberitahu tetapi setakat itu Nabi Muhammad masih belum lagi berdoa kepada Allah dan sepatutnya mereka bersyukur.

 

وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

Telah banyak hujah, dalil dan kisah diberikan, tapi masih ramai lagi manusia yang tidak mahu menggunakan akal fikiran mereka. Masih ramai lagi yang tidak mahu beriman. Begitulah kebanyakan dari manusia. Hanya sedikit sahaja dari manusia yang mahu beriman.

Maka jangan hairan kalau kita lihat ramai dari manusia tidak beriman. Kerana memang dari dahulu lagi ramai yang tidak beriman. Yang beriman sempurna itu adalah golongan minoriti dari dulu sampai sekarang.


 

Ayat 122:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ العَزيزُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord – He is the Exalted in Might, the Merciful.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 

Allah bersifat al-Aziz iaitu berkuasa untuk mengenakan azab itu. Tapi kalau kita lihat Allah tidak melakukan adalah Allah bersifat ar-Raheem juga. Allah masih lagi sayang dan beri peluang kepada manusia untuk mengubah cara mereka. Maka kenalah ambil peluang itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir