Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 160 – 170 (Homoseksual)

Ayat 160: Dari ayat ini sehingga ke ayat 175 adalah Perenggan Makro Kelapan dan ia adalah ayat Dalil Naqli yang keenam. Sekarang kita masuk ke dalam kisah Nabi Luth a.s. pula.

كَذَّبَت قَومُ لوطٍ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The people of Lot denied the messengers

(MELAYU)

Kaum Luth telah mendustakan rasul-rasul,

 

Dia adalah Luth ibnu Haran ibnu Azar yang bererti dia adalah anak saudara Nabi Ibrahim a.s.

Kaum Luth juga telah tolak Rasul mereka. Dan walaupun mereka tolak satu Rasul sahaja, tapi mereka dikira telah tolak semua Rasul kerana sama sahaja apa yang dibawa oleh Rasul-rasul itu. Jadi kalau sudah tolak satu, maksudnya menolak semua ajaran Rasul dan menolak semua Rasul.

Nota: Ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


 

Ayat 161:

إِذ قالَ لَهُم أَخوهُم لوطٌ أَلا تَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When their brother Lot said to them, “Will you not fear Allāh?

(MELAYU)

ketika saudara mereka, Luth, berkata kepada mereka: mengapa kamu tidak bertakwa?”

 

Kepada kaum itu telah diberikan dengan Nabi Luth a.s. Pertanyaan baginda sama sahaja seperti yang diberikan oleh para Rasul sebelum ini: “kenapa tidak bertaqwa? Tidakkah kamu takut kepada Allah? Tidakkah kamu mahu bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala hukumNya?” Lihatlah bagaimana sama sahaja apa yang didakwah oleh mereka semua. Iaitu bertaqwa kepada Allah.


 

Ayat 162:

إِنّي لَكُم رَسولٌ أَمينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I am to you a trustworthy messenger.

(MELAYU)

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,

 

Baginda juga memperkenalkan diri baginda sebagai Rasul kepada mereka. Iaitu utusan dari Allah SWT. Bukannya para Rasul itu sampaikan ajaran dari kehendak mereka, tapi mereka sampaikan apa yang dikehendaki oleh Allah sahaja.

Kepada kita yang menyampaikan ajaran wahyu ini, kita kenalkan yang kita sudah belajar tafsir dan sekarang kita sampaikan kepada mereka pula.


 

Ayat 163:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

 

Dan Nabi Luth juga mengajak mereka bertaqwa kepada Allah dan itu didapati dengan taat kepada ajaran baginda. Sama sahaja apa yang dikatakan oleh baginda dengan Rasul yang lain sebelum ini, maka kita tidak panjangkan lagi penerangan tentangnya.


 

Ayat 164:

وَما أَسأَلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ ۖ إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

(MELAYU)

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

 

وَما أَسأَلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu;

Sekali lagi, disebut yang para Nabi tidak minta upah dari ajaran mereka. Maka kita pun tidak boleh minta upah dalam dakwah dan mengajar.

 

إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Yang diharapkan oleh para Rasul adalah balasan dari Allah. Dan kita juga hendaklah begitu juga.


 

Ayat 165: Ini adalah tentang kesalahan lain yang mereka lakukan selain daripada syirik. Oleh kerana tentang syirik telah disentuh di dalam surah-surah yang lain, maka yang disebut di dalam ayat ini adalah tentang kesalahan besar mereka iaitu homoseksual.

أَتَأتونَ الذُّكرانَ مِنَ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you approach males among the worlds¹

  • i.e., Are there, out of all Allāh’s creatures, any besides you who commit this unnatural act?

(MELAYU)

Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia,

 

Nabi Luth tegur mereka: “Patutkah kamu datang kepada lelaki?” Maksudnya datang untuk melakukan seks, bukannya datang bersembang. Mereka pergi kepada lelaki untuk memuaskan nafsu mereka.

Mereka melakukan ‘liwath’ iaitu satu kalimah yang diambil dari nama Nabi Luth. Dari لوط menjadi لواط. Maka Nabi Luth tanya kepada mereka: “sudah habiskah wanita dalam alam ini sampai kamu nak cari lelaki?”


 

Ayat 166:

وَتَذَرونَ ما خَلَقَ لَكُم رَبُّكُم مِّن أَزوٰجِكُم ۚ بَل أَنتُم قَومٌ عادونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And leave what your Lord has created for you as mates? But you are a people transgressing.”

(MELAYU)

dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”.

 

وَتَذَرونَ ما خَلَقَ لَكُم رَبُّكُم مِّن أَزوٰجِكُم

dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu,

Dan mereka meninggalkan apa yang Allah telah jadikan untuk mereka dari fitrah manusia. Iaitu dari kalangan wanita yang boleh dijadikan isteri-isteri mereka. Isteri sudah ada, tapi masih pergi kepada lelaki untuk memuaskan nafsu? Teruk sekali apa yang mereka lakukan itu.

 

بَل أَنتُم قَومٌ عادونَ

bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”.

Mereka melampau terhadap Allah. Oleh itu mereka menjadi musuh Allah. Mereka melampau sebagai manusia. Malah lebih teruk dari binatang kerana binatang pun tak buat kerja ini.

Inilah hukum Al-Qur’an tentang homoseksual. Ianya adalah perkara haram dan tidak boleh dilakukan. Tidak ada alasan untuknya kerana ianya bukan tentang genetik, tapi pilihan yang teruk. Ini penting untuk kita faham kerana ada hujah dan kajian (konon) yang kata, keinginan kepada kaum sejenis ini adalah disebabkan genetik.

Kajian itu tidak benar pun. Kerana ia dilakukan lebih 30 tahun dahulu oleh lelaki gay juga. Dan tidak ada kajian baru kerana kalau ada yang buat, nanti dituduh sebagai anti-homoseks. Zaman sekarang manusia takut hendak dikatakan anti-homo sedangkan memang Islam anti-homo pun.

Jadi mereka kata, orang-orang yang homoseksual dan lesbian itu kerana mereka memang telah dijadikan begitu. Mereka nak salahkan Allah kerana jadikan mereka begitu. Atau mereka nak kata, kalau memang mereka telah dijadikan begitu, tidaklah mereka salah. Seolah-olah sama macam makan – manusia memang dijadikan kena makan, makan tidaklah salah.

Akan tetapi, kita kena tahu yang kajian itu sudah berusia 30 tahun, tidak layak dipakai lagi. Ia memerlukan kajian lain yang lebih terkini untuk mencari sebab kenapakah mereka jadi begitu. Tapi kajian seperti ini tidak dijalankan lagi dan kalau ada yang nak buat kajian tentangnya, tidak akan dilayan.

Mereka yang buat kajian pula yang akan kena sisih, tidak dilayan dan dikutuk oleh orang. Ini kerana propaganda dalam kalangan media telah menerima homoseksual ini. Jadi gerakan untuk menerima pilihan mereka itu sudah lama bermula dan tidak boleh dihalang lagi. Seolah-olah kalau mereka dikaji lagi, itu seperti menentang hak mereka sebagai manusia.

Oleh kerana itu, kita kena buat kajian kita sendiri. Ini kena dilakukan kerana kita kena bukakan keburukan perkara ini. Dan perlu dilakukan segera kerana keadaan sudah jadi teruk sekarang. Ramai sekali yang melakukannya. Dan orang politik pun seolah-olah terpaksa terima kerana kalau mereka tidak terima, nanti mereka tidak dapat undi pula.

Ada dokumentari yang dilakukan tentang amalan homoseksual yang dilakukan oleh masyarakat di Pakistan dan Afganistan. Mereka melakukan liwat terhadap kanak-kanak lelaki. Mereka ada majlis di mana ada pertunjukan tarian kanak-kanak lelaki dan kemudian kalau nak teruskan dengan liwat budak-budak itu pun boleh juga. Ini amat menakutkan. Nama sahaja negara yang ramai penduduk Islam tapi perangai macam syaitan!

Dan ini juga berlaku di negara kita juga. Sudah mula ada golongan homoseksual yang mula keluar di khalayak ramai. Mereka seolah-olah tidak malu lagi dengan keinginan mereka itu. Ada persatuan Homoseksual Muslim pun ada juga. Jadi mereka tafsir ayat-ayat Al-Qur’an untuk membenarkan perangai syaitan mereka. Tentunya mereka akan pusing ayat Al-Qur’an seolah-olah Allah benarkan pula amalan liwat ini. Padahal dengan jelas, dalam Al-Qur’an melarangnya, seperti dalam ayat ini.

Dan gerakan untuk menerima mereka ini dalam masyarakat pun sudah lama bermula. Kita yang kutuk mereka pula yang kena kutuk balik kerana tidak memberi kebebasan untuk mereka. Jadi perkara ini perlu diambil perhatian.

Mereka tidak boleh dibenarkan untuk menonjolkan diri mereka. Jangan anak-anak kita melihat perkara ini biasa sahaja seolah-olah tidak ada salahnya. Mereka seperti ini perlulah dikutuk dan disisihkan dari masyarakat. Jangan dibenarkan mereka ini senang sahaja untuk amalkan amalan syaitan mereka. Jangan beri kedudukan kepada mereka dalam masyarakat. Mereka ini ada penyakit dan penyakit kena diubati, bukannya diterima pula seolah-olah ia tidak ada masalah.


 

Ayat 167: Apakah jawapan balas dari kaumnya itu.

قالوا لَئِن لَّم تَنتَهِ يٰلوطُ لَتَكونَنَّ مِنَ المُخرَجينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “If you do not desist, O Lot, you will surely be of those evicted.”

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang-orang yang diusir”

 

قالوا لَئِن لَّم تَنتَهِ يٰلوطُ

Mereka menjawab: “Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti,

Nabi Luth yang memberi nasihat kepada mereka pula yang dipaksa untuk senyapkan sahaja mulut baginda. Beginilah yang terjadi sekarang, orang yang hendak mempersoalkan pilihan homoseksual pula yang dianggap sebagai orang yang teruk. Keadaan sudah jadi terbalik – yang bagi nasihat pula yang dikatakan teruk.

Dalam media massa dan dalam filem pun sudah ada gerakan untuk menonjolkan mereka ini sebagai manusia yang  normal. Mereka orang yang baik, yang tidak kacau orang, baik dengan orang dan banyak menolong. Dan golongan yang menolak mereka pula yang ditonjolkan sebagai jumud, anti-sosial dan tidak prihatin dengan manusia lain. Kena ingat yang itu adalah filem dan filem boleh diadun ikut kehendak sutradaranya. Maka jangan terkesan pula.

 

لَتَكونَنَّ مِنَ المُخرَجينَ

benar-benar kamu termasuk orang-orang yang diusir”

Mereka ancam Nabi Luth, kalau baginda tak berhenti dakwah dan tegur mereka, mereka akan buang baginda dari negeri Sodom itu. Kiranya nak buang daerahlah. Ini sama seperti disebut dalam ayat lain:

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِنْ قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

Maka tidak lain jawab kaumnya melainkan mengatakan, “Usirlah Luth berserta keluarganya dari negeri kalian, kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwakan) dirinya bersih.” (An-Naml: 56)

Begitulah teruknya mereka sampaikan tidak boleh ditegur. Orang yang tegur pula yang jadi salah. Begitulah ramai manusia yang tidak boleh diganggu gugat apa yang mereka telah lakukan. Kerana itu jalan Sunnah di negara ini mendapat tentangan. Kerana ramai dari orang Islam tidak dapat nak terima teguran. Kita yang menegur untuk kebaikan mereka pula yang ditentang.


 

Ayat 168:

قالَ إِنّي لِعَمَلِكُم مِّنَ القالينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Indeed, I am, toward your deed, of those who detest [it].

(MELAYU)

Luth berkata: “Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu”.

 

Tapi baginda tetap juga menegur perbuatan mereka itu. Kerana kebenaran tetap kena disampaikan. Baginda beritahu yang baginda benci dengan apa yang dilakukan. Kerana perkara yang salah tetap kena dikatakan salah. Kita kena tetap dengan pendirian kita.

Ini adalah pernyataan yang baginda tidak nampak lagi mereka itu boleh diubah. Baginda sudah rasa yang baginda kena tinggalkan mereka. Kerana baginda tidak restui apa yang mereka lakukan dan baginda hendak berlepas diri dari mereka.


 

Ayat 169: Maka Nabi Luth telah berdoa kepada Allah untuk beri bantuan kepada baginda.

رَبِّ نَجِّني وَأَهلي مِمّا يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

My Lord, save me and my family from [the consequence of] what they do.”

(MELAYU)

(Luth berdoa): “Ya Tuhanku selamatkanlah aku berserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan”.

 

Baginda minta kepada Allah untuk selamatkan baginda dan ahli keluarga baginda dari mereka. Atau dari akibat buruk dari perbuatan mereka itu. Kerana perbuatan dosa itu akan memberi kesan buruk dan baginda tidak mahu baginda pun kena tempias juga.

Baginda sudah cuba untuk berdakwah tapi sampai satu masa, sudah nampak yang mereka itu tidak boleh didakwah lagi. Kerana mereka itu kaum yang amat degil. Apabila itu sudah berlaku, maka para Rasul akan angkat tangan dan doa kepada Allah.

Maka Allah hendak beri peringatan kepada Musyrikin Mekah: bagaimana kalau Nabi Muhammad sendiri berdoa begitu? Setakat ini baginda tidak doa lagi begitu, maka jangan sampai baginda doa begitu pula.


 

Ayat 170: Allah makbulkan doa baginda.

فَنَجَّينٰهُ وَأَهلَهُ أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We saved him and his family, all,

(MELAYU)

Lalu Kami selamatkan dia berserta keluarganya semua,

 

Allah selamatkan baginda dan keluarga dari kaum itu. Nanti akan diceritakan bagaimana baginda diselamatkan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Jun 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s