Tafsir Surah al-Layl Ayat 1 – 4 (Perbezaan manusia yang pelbagai)

Pengenalan:

Surah ini diturunkan dalam Peringkat Ke-2 Kenabian. Sekitar tahun 4 – 6 di Makkah. Kaitan persamaan dan perbezaan dengan surah sebelum ini, Surah Syams:

1. Dalam Surah Asy-Syams, siang disebut dahulu, tetapi dalam surah ini, malam disebut dahulu.

2. Dalam Surah Asy-Syams, disebut bahawa malam menutup’nya’ – dan kita tahu bahawa ‘nya’ dalam ayat itu adalah merujuk kepada cahaya matahari. Tetapi dalam surah ini, hanya dikatakan ‘malam dan yang ia tutupi’, tanpa disebut apakah yang ia tutupi.

Dari Surah Asy-Syams, kita dapat agak bahawa yang ditutupi itu juga adalah cahaya matahari. Maka, seperti Allah ﷻ suruh kita merujuk kepada Surah Asy-Syams juga dalam membaca surah ini. Maka ini adalah isyarat kaitan yang amat kuat antara surah ini dan Surah Asy-Syams.

3. Surah Asy-Syams berkisar tentang perbezaan akidah antara manusia, sedangkan Surah al-Layl pula tentang perbezaan amal. Kalau akidah berbeza, tentulah amalan pun berbeza juga.

4. Apabila dikatakan malam menutup siang (وَاللَّيلِ إِذا يَغشىٰ), ianya disebut dalam fi’il mudhari’ (present tense) (يَغشىٰ dalam bentuk fi’il mudhari’). Tetapi apabila disebut siang yang memperlihatkan matahari dengan jelas (وَالنَّهارِ إِذا تَجَلّىٰ), ianya disebut dalam bentuk fi’il madhi (past tense) kerana جَلّىٰ adalah dalam bentuk fi’il madhi.

Dalam Al-Qu’ran, apabila digunakan fi’il madhi, ianya menunjukkan ‘ketentuan’, ‘kepastian’ atau ‘keseluruhan’. Tapi apabila digunakan fi’il mudhari’, ia menunjukkan sebahagian atau sesuatu yang tidak lengkap. Kenapa begini?

Kerana kalau malam terjadi, ia tak tutup matahari atau siang terus, kerana ada sikit-sikit lagi cahaya dari matahari – iaitu dari bulan – maknanya tidak lengkap. Sebaliknya apabila siang terjadi, tiada langsung kesan malam, semua akan jadi terang habis.

Ini menjelaskan kenapa Al-Qu’ran menggunakan fi’il yang berlainan. Ini adalah perkara yang halus yang hendak disampaikan. Menunjukkan keindahan bahasa Al-Qu’ran yang tepat dengan apa yang berlaku. Ini sebahagian dari ilmu balaghah.

5. Dalam Surah Asy-Syams, disebut tentang langit dan bumi. Dalam Surah al-Layl, disebut tentang lelaki dan perempuan pula. Langit dan bumi ada perbezaan sifat, seperti juga perbezaan sifat antara lelaki dan perempuan. Akan tetapi dua-dua pasangan itu menghasilkan sesuatu apabila bersama.

Langit dan bumi bergabung menghasilkan tanaman di muka bumi dan lelaki perempuan apabila bersama akan menghasilkan keturunan. Jadi walaupun ianya berbeza, tetapi bila bergabung ia akan menjadikan sesuatu.

6. Dalam Surah Asy-Syams, Allah ﷻ berkata-kata dalam kata ganti ketiga (ghaibah). Tapi dalam Surah Al-Layl, Allah ﷻ bercakap dalam kata ganti kedua (mukhatab) – Ini bermaksud Allah ﷻ bercakap terus kepada kita. Apakah kepentingan perbezaan ini?

Kalau bercakap dalam pihak ketiga, ianya dalam bentuk umum sahaja. Tetapi apabila dalam kata ganti kedua, ia lebih berbentuk peribadi dan lebih rapat. Maknanya ada nasihat yang terus diberikan kepada penerima wahyu ini.

Maknanya, pengajaran itu untuk kita yang sedang membaca Al-Qur’an. Jangan kata untuk orang lain pula. Kerana kalau digunakan dalam kata ganti ketiga, kita mungkin kata: “ah, ini untuk orang lain, tidak kena mengena dengan aku.”

7. Dalam Surah Asy-Syams, Allah ﷻ berkata bahawa manusia telah diberikan dua jenis fitrah: kesedaran tentang kebaikan dan kesedaran tentang keburukan. Ini adalah naluri dalaman yang Allah ﷻ telah berikan (fitrah).

Dalam Surah Al-Layl, Allah ﷻ berkata tentang orang yang walaupun tahu tentang keburukan, tetapi masih lagi nak ikut keburukan itu. Begitulah manusia, walaupun mereka sudah tahu mana yang salah, tetapi mereka masih buat juga lagi. Allah ﷻ menegur mereka yang sebegitu dalam surah ini.

8. Dalam Surah Asy-Syams, Allah ﷻ berkata tentang penyucian jiwa (nafs) iaitu tentang pembersihan dalaman. Dalam Surah Al-Layl pula Allah ﷻ bercakap tentang usaha luaran. Jadi, Surah Asy-Syams tentang penyakit hati, dan Surah Al-Layl tentang penyakit amalan.

9. Dalam Surah Asy-Syams, Allah ﷻ berkata tentang beruntunglah mereka yang membersihkan hatinya. Dalam Surah Al-Layl, Allah ﷻ mengajar tentang bagaimanakah hendak membersihkan hati itu.

10. Dalam Surah Asy-Syams, disebut tentang mereka yang tidak melakukan yang sepatutnya iaitu mereka telah mengotorkan jiwa mereka. Dalam surah ini Allah ﷻ menceritakan apakah yang mereka telah lakukan sampai telah mengotorkan diri nafs mereka. Jadi Surah Al-Layl ini menyambung apa yang telah disentuh dalam Surah Asy-Syams.

11. Dalam Surah Asy-Syams, ianya tentang kaum Tsamud yang engkar kepada Nabi Saleh عليه السلام dan Allah ﷻ. Dalam surah ini, ianya tentang orang yang merasa cukup: istaghna. Mereka rasa cukup, sampai tidak perlukan kepada orang lain dan Allah ﷻ lagi. Jadi ini adalah tentang harta kekayaan.

Biasanya, orang yang ada harta dan kaya, mereka rasa kehidupan mereka sudah cukup, tidak perlu sesiapa lagi kerana mereka rasa mereka semua sudah ada. Tetapi mereka lupa yang harta itu tidak akan dapat menyelamatkan mereka. Dalam surah ini, kepada mereka yang rasa sudah cukup itu, Allah ﷻ mengingatkan mereka bahawa وَإِنَّ لَنا لَلآخِرَةَ وَالأولىٰ “Sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan dunia”

12. Ada orang yang rasa mereka mendapat hidayah kerana usaha ibadat mereka. Dan kerana mereka banyak buat ibadah, mereka sangka mereka telah selamat. Allah ﷻ mengingatkan mereka dalam surah ini, bahawa hidayah itu dari Allah ﷻ, bukan hasil usaha kita, apabila Allah ﷻ berfirman: إِنَّ عَلَينا لَلهُدىٰ Sesungguhnya ke atas Kamilah untuk memberi petunjuk”.

Petunjuk itu kita kena minta berterusan. Sebab itu kita asyik minta petunjuk dalam Surah Fatihah – ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ. Jangan kita rasa selamat tetapi sentiasalah berharap dengan Allah ﷻ untuk beri hidayah dan taufik.

13. Dalam surah ini akan disebut tentang mereka yang berpaling dari ajaran Al-Qur’an:  الَّذي كَذَّبَ وَتَوَلّىٰ “Yang telah mendustakan kebenaran dan berpaling ingkar”. Dalam Surah Asy-Syams, telah disebut tentang mereka yang membunuh unta mukjizat فَكَذَّبوهُ فَعَقَروها فَدَمدَمَ عَلَيهِم رَبُّهُم بِذَنبِهِم فَسَوّاها.

Tetapi bagaimana pula dengan Musyrikin Mekah, apakah kesalahan mereka? Mereka juga telah melakukan kesalahan kepada mukjizat juga. Iaitu mukjizat dalam bentuk Al-Qur’an kerana Al-Qur’an juga adalah mukjizat. Apa kesalahan yang mereka telah lakukan? – mereka berpaling darinya.

Kaum Tsamud disuruh menjauhkan diri dari unta dan mereka kufur. Musyrikin Mekah sebaliknya disuruh mendekatkan diri dengan Al-Qur’an, tetapi mereka menjauhkan diri pula. Unta itu kena tinggalkan, sebaliknya dengan Al-Qur’an, jangan tinggalkan tetapi sepatutnya kena dekatkan diri dengan Al-Qur’an.

14. Dalam Surah Asy-Syams, Nabi Saleh عليه السلام yang memberi peringatan kepada mereka supaya jangan kacau unta itu. Kerana kalau kacau, akan menyebabkan mereka kena azab. Dalam Surah Al-Layl ini, Allah ﷻ sendiri yang beri peringatan tentang azab api neraka.

Maka amaran ini lebih kuat dari kata-kata amaran dari seorang Rasul. Jadi, kena sedarlah, walaupun ancaman dan peringatan itu diberikan melalui Nabi, tapi ianya datang dari Allah ﷻ.

15. Dalam Surah Asy-Syams, disebutkan tentang ‘ashqa’ – orang yang paling buruk. Dalam Surah Al-Layl, disebutkan tentang apakah yang terjadi kepada ‘ashqa’ itu. Akan diberitahu yang mereka akan dimasukkan ke neraka.

16. Kepada orang yang yang paling malang seperti disebut dalam Surah Asy-Syams, Allah ﷻ beritahu yang mereka dikenakan dengan hukuman dimasukkan ke dalam neraka. Sebaliknya kepada orang yang baik, mereka akan dinaikkan darjat oleh Allah ﷻ. Allah ﷻ tidak sebut dengan jelas, maknanya banyak sangat yang mereka akan terima nanti sampaikan tidak dapat disebut.

17. Dalam Surah Balad disebut bukit yang susah untuk didaki. Tetapi dalam surah ini Allah ﷻ kata yang perjalanan itu akan dimudahkan.

18. Orang yang kaya sangka kedudukan mereka tinggi kerana kekayaan mereka, seperti disebut dalam Surah Asy-Syams, tetapi dalam Surah Al-Layl, Allah ﷻ beritahu yang mereka yang infak hartalah yang berada di kedudukan yang tinggi.

 

Oleh itu, kita boleh lihat yang selalu diulang-ulang dalam surah ini adalah tentang kekayaan harta. Kita akan belajar kenapakah perkara ini penting dan bahaya kepada manusia.

Kita juga akan diajar supaya bersihkan diri kita dengan memperbetulkan pandangan kita terhadap harta dan kekayaan. Memang tidak ada salah memiliki harta, tetapi boleh jadi bahaya kalau harta itu sudah masuk ke dalam hati sampaikan kita cinta (hubb) kepada dunia.

Dalam ayat-ayat Al-Qur’an, Allah ﷻ tidak marah memiliki harta, tetapi Allah ﷻ tegur kerana manusia ‘cinta’ hubb kepada harta itu. Itu kalau sampaikan mereka melupakan langsung untuk melakukan persediaan kepada akhirat. Itulah masalah yang banyak dihadapi oleh manusia. Jadi kerana itu topik ini diulang-ulang banyak kali dalam surah ini.


 

Layl Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 5 perenggan makro. Ayat 1 – 4 adalah Perenggan Makro Pertama. Ia memberitahu kita yang usaha manusia membawa akibat. Ia menghasilkan buah yang berbeza.

Ayat 1 ini adalah sumpah Allah ﷻ yang pertama dalam surah ini.

وَاللَّيلِ إِذا يَغشىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Al-Layl: The Night.

By the night when it covers¹

  • With darkness.

(MALAY)

Demi malam apabila menutupi (cahaya siang),

 

Tidak disebut dalam ayat ini apakah yang diselubungi oleh malam itu, akan tetapi kalau mengikut surah sebelum ini, ianya bermaksud menyelubungi cahaya matahari. Maknanya untuk memahami satu-satu ayat, Allah ﷻ menyuruh kita merujuk kepada surah yang lain.

Ini mengajar kita yang Allah ﷻ menyuruh kita menggunakan akal dan pengetahuan kita. Allah ﷻ tidak beritahu semua perkara, maka kena pakai akal dan kajian untuk mendapatkan maklumat dan melakukan kajian. Inilah salah satu keindahan Al-Qur’an, supaya kita jadi orang yang berfikir.

Kalimah يَغشىٰ bermaksud menyelubungi seperti yang telah disebut. Tetapi ia juga memberi isyarat kegelapan kufur. Oleh itu, apabila Allah ﷻ menyebut tentang cahaya siang, Dia memberi isyarat kepada cahaya wahyu yang menghilangkan kegelapan kufur yang menyelubungi manusia sebelum itu.


 

Layl Ayat 2: Sumpah kedua.

وَالنَّهارِ إِذا تَجَلّىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] the day when it appears

(MALAY)

Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;

 

Juga tidak disebut apakah yang ditunjukkan dengan jelas. Kita kena tengok surah sebelum surah ini, jadi kita faham bahawa yang dimaksudkan adalah cahaya matahari. Cahaya siang itu juga isyarat merujuk kepada cahaya dakwah.

Allah ﷻ menarik perhatian kita kepada perbezaan antara malam dan siang. Malam mengambil masa untuk menjadi – dari waktu asar membawa ke senja, kemudian maghrib dan bermula kegelapan pun sikit-sikit. Maknanya tidak terus gelap terus, bukan? Tetapi siang, terus terjadi dengan cepat. Apabila cahaya matahari keluar sikit sahaja, terus mula nampak cahaya. Terus hilang malam itu dengan datangnya cahaya matahari.

Begitulah juga dengan cahaya Islam. Cepat sungguh ia merebak. Kegelapan kemungkaran yang terjadi telah mengambil masa yang lama untuk menjadi, sedikit demi sedikit manusia menjadi kafir, bukannya terus jadi kafir. Beratus tahun masyarakat Arab berada dalam kegelapan mungkar tapi Islam hanya mengambil masa 23 tahun sahaja untuk menghilangkan kemungkaran itu.


 

Layl Ayat 3: Kegelapan itu Allah ﷻ yang buat dan cerah pun Allah ﷻ yang buat juga. Apa lagi yang Allah ﷻ cipta? Ini adalah sumpah ketiga.

وَما خَلَقَ الذَّكَرَ وَالأُنثىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] He who created the male and female,

(MALAY)

dan penciptaan laki-laki dan perempuan,

 

Dan demi Yang menciptakan makhluk jantan dan betina. Iaitu Allah ﷻ hendak memberitahu kita yang Dialah yang menciptakan segalanya termasuk jantina lelaki dan perempuan. Dari air mani yang satu jenis, tapi boleh jadi lelaki dan boleh jadi wanita. Ia dari qudrat Allah.

Kalimah ‘ما’ juga boleh bermaksud ketakjuban kejadian alam yang ada dua elemen itu – alangkah hebatnya Yang menjadikan lelaki dan perempuan itu! Ini bermaksud kalimah ما itu adalah dalam bentuk ma mawsoolah – hebat sekali yang menjadikan lelaki dan wanita itu. Alangkah hebatnya.

Kalimah ما itu juga boleh dalam bentuk ma masdariyah – merujuk kepada kejadian lelaki dan perempuan itu sendiri. Hendak menekankan betapa hebat sekali kejadian lelaki dan perempuan itu.

Sebenarnya, dari segi bahasa kalimah الذَّكَرَ وَالأُنثىٰ bukan hanya digunakan kepada lelaki dan perempuan (manusia) sahaja tetapi untuk semua jenis kehidupan. Semua yang ada jantan dan betina – seperti binatang, pokok dan lain-lain. Seperti yang kita tahu, Allah ﷻ menjadikan semua makhluk dalam dunia ini berpasang-pasangan.

Dan malah dunia ini sendiri ada pasangannya – pasangan kepada dunia ini adalah akhirat nanti. Kerana itu kita pasti yang akhirat itu ada. Kerana takkan dunia ini begini sahaja? Takkan habis begitu sahaja, bukan?

Jadi kerana Allah ﷻ telah jadikan pasangan untuk setiap perkara, maka kita kena hargai pasangan-pasangan yang ada itu. Kerana kehidupan dalam dunia memerlukan pasangan masing-masing. Sepertimana juga seorang lelaki memang perlu kepada wanita.

Sebagai contoh, wanitalah yang menenangkan mereka, begitu juga wanita memerlukan lelaki dalam hidup mereka. Kalau tidak ada salah satu, maka mereka akan ada kekurangan sedikit sebanyak. Pasangan saling memerlukan antara satu sama lain dan bukan hanya terhad kepada jenis manusia sahaja. Segala perkara dalam kehidupan ini ada pasangan dan memerlukan pasangan masing-masing. Kalau tidak ada pasangannya, ia tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sebagai contoh, bayangkan kalau malam sahaja yang ada, siang tiada – tentu susah untuk kita bekerja, bukan? Bayangkan juga kalau perempuan tidak ada, lelaki sahaja yang ada, maka tidak adalah zuriat dalam dunia ini. Kita memerlukan pasangan lawan kita. Seperti kita telah lihat dalam surah sebelum ini, perkara ini kena ada keseimbangan, barulah lengkap hidup ini.


 

Layl Ayat 4: Inilah jawabul qasm surah ini, selepas diberikan sumpah-sumpah tadi.

إِنَّ سَعيَكُم لَشَتّىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, your efforts are diverse.

(MALAY)

sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza.

 

Ayat 1 – 3 adalah sumpah dari Allah ﷻ. Selepas sumpah, ada jawab kepada sumpah itu. Iaitu apakah yang hendak ditekankan oleh Allah ﷻ. Inilah ayat selepas sumpah itu. Inilah perkara penting dalam surah ini. Dan selepas ini ayat 5 – 11 akan menceritakan dengan lebih panjang lagi apakah usaha manusia itu.

Allah ﷻ hendak menekankan yang sesungguhnya amal usaha manusia ada berbagai-bagai. Ada yang baik dan ada yang tidak. Dan apabila berbeza, balasan di akhirat juga berbeza-beza. Kalau baik dibalas baik; kalau tidak baik, dibalas dengan azab di neraka.

Allah ﷻ bercakap terus dalam ayat ini kepada puak Quraisy. Namun ada juga yang mengatakan كم dalam ayat ini merujuk kepada semua manusia. Maka, kita pun kena ambil perhatian dari pendapat ini kerana ayat ini ditujukan kepada kita juga.

Kalimah سَعى bermaksud bergerak deras untuk melakukan sesuatu dalam usaha kita. Maknanya, usaha yang bersungguh-sungguh. Seperti kita sai’e di Mekah, ada berlari-lari sikit, bukan? Begitulah apabila kita sedang melakukan sesuatu yang penting, kita akan bergerak dengan cepat. Tidak sampai tahap berlari tapi bergerak dengan agak laju.

Kalimah سَعى itu boleh juga merujuk keduniaan dan untuk akhirat juga. Dua-dua boleh menggunakan kalimah ini. Maknanya, ada yang berusaha keras untuk dunia dan ada yang berusaha keras untuk akhirat. Kalau dalam dunia, ramai yang mahu jadi kaya maka mereka berusaha keras. Tapi sebenarnya kita juga boleh jadi kaya di akhirat kelak. Kalau ikhlas kepada Allah ﷻ, maka seseorang itu akan berusaha keras untuk menghantar pahala ke akhirat dan nanti, dia akan menjadi ‘kaya’ di akhirat.

Bagaimana dengan dunia? Tidak salah untuk kita ada harta di dunia, cuma jangan cinta sangat dalam hati kita kepada harta sampai menghalang kita dari berbuat kebaikan. Kita kena lebih berusaha untuk akhirat daripada dunia. Kerana akhirat itu akan kekal dan dunia ini sementara sahaja.

Kalimah شَتّىٰ bermaksud: merata-rata tempat, tidak di satu sahaja. Asalnya ia adalah satu tetapi sudah terpecah merata-rata. Sudah terbahagi ke beberapa bahagian. Ini merujuk kepada manusia seluruhnya. Dulu kita semua adalah di bawah satu agama tapi sekarang sudah berpecah kepada bermacam-macam agama.

Allah ﷻ mengatakan kita berpecah dari segi agama. Dulu asalnya, semua orang adalah Muslim belaka. Ingat kembali apakah agama Nabi Adam عليه السلام dan anak beranaknya? Tentulah mereka juga mengamalkan agama Islam kerana hanya ada satu agama sahaja dalam dunia ini yang sah.

Akan tetapi lama kelamaan agama manusia sudah berubah. Orang Islam menjalankan usaha untuk mengikut suruhan Allah ﷻ. Tapi sebaliknya, orang kafir menentang suruhan Allah ﷻ, mereka berusaha untuk melemahkan agama Islam.

Ia juga bermaksud manusia semuanya mempunyai kerja dan pegangan dan usaha masing-masing. Semua dengan usaha dan pekerjaan masing-masing. Tidak sama semuanya.

Ayat sebelum ini pula tentang jantan dan betina. Itu pun perpecahan dan perbezaan juga. Allah ﷻ hendak menerangkan kepada kita bahawa kita hidup dalam dunia tidak sama pegangan, ada sahaja perbezaan. Janganlah kita hairan kalau ada orang yang berlainan fahaman dan amalan dengan kita kerana memang itu adalah lumrah manusia. Yang penting kita kena lihat di pihak manakah kita. Adakah kita di pihak yang benar dan melakukan amalan yang benar atau tidak?

Ini juga adalah peringatan kepada Nabi ﷺ dan para pendakwah, bahawa manusia itu macam-macam jenis dan fahaman. Maka jangan hairan sangat.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 24 September 2023

Ringkasan Surah Layl


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah at-Tariq ayat 9 – 17 (Bila rahsia akan terbongkar)

Ayat 9: Apakah yang akan terjadi pada hari yang manusia akan dibangkitkan semula?

يَومَ تُبلَى السَّرائِرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Day when secrets will be put on trial,¹

  • i.e., exposed, examined and judged.

(MALAY)

Pada hari dinampakkan segala rahsia,

 

Pada hari yang segala rahsia yang dijaga selama itu akan dikeluarkan. السَّرائِرُ adalah rahsia yang memang dijaga dengan baik sekali. Ini tidak sama dengan kalimah سر yang bermaksud rahsia sahaja. Kalimah السَّرائِرُ ini adalah rahsia yang dijaga sampai tidak mahu sesiapa pun tahu, walau macam mana pujuk hendak tahu pun, orang itu tidak akan memberitahunya.

‘Rahsia’ juga adalah salah satu dari tema surah ini. Dan kita pun tahu bagaimana manusia banyak rahsia. Banyak perkara yang dilakukan oleh persatuan, parti politik, kerajaan dan sebagainya dan mereka rahsiakan daripada orang awam. Kadangkala kita dapat tahu sesetengah rahsia yang terbongkar, kita pun terkejut dengan apa yang telah dilakukan. Kita tidak sangka ada manusia yang sanggup melakukan perkara yang terkutuk seperti yang dilakukan mereka. Tetapi begitulah manusia.

Kerana mereka tidak mahu rahsia mereka terbongkar, manusia amat menjaga segala rahsia itu. Tetapi akhirnya akan terbongkar juga di akhirat nanti. Segala rahsia mereka akan dibogelkan.

Ini memberi peringatan kepada kita, berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan. Walaupun kita terselamat dari diketahui oleh orang kerana kita pandai simpan, tetapi akan sampai masanya, segala rahsia yang kita jaga bermati-matian itu, akan terbongkar juga. Dan kalau kesalahan yang kita lakukan, kita akan dibalas dengan balasan azab yang setimpal.


 

Ayat 10: Lalu apa terjadi apabila segala rahsia telah dikeluarkan?

فَما لَهُ مِن قُوَّةٍ وَلا ناصِرٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then he [i.e., man] will have no power or any helper.

(MALAY)

maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu suatu kekuatan pun dan tidak (pula) seorang penolong.

 

Pada hari itu manusia tidak mempunyai kekuatan dan penolong. Penolong amat penting di hari akhirat nanti. Tetapi orang kafir tidak mempunyainya. Dalam Surah al-Burooj sebelum ini, telah disebut tentang tentera yang membunuh orang-orang mukmin dan dimasukkan ke dalam lubang berapi. Mereka ada kekuatan waktu itu, tolong menolong sesama sendiri. Tetapi di akhirat kelak mereka tidak ada penolong langsung.

Kita memerlukan kekuatan untuk menyimpan rahsia kita. Di akhirat nanti segala rahsia akan terbongkar kerana sudah tidak ada kekuatan untuk menyimpannya.

Kalau kita tidak kuat, maka kita memerlukan pertolongan orang lain untuk menjaga rahsia kita. Di akhirat juga tidak ada sesiapa yang akan menolong mereka.


Ayat 11: Ini adalah sumpah lagi dari Allah ﷻ. Ayat 11 – 14 adalah Perenggan Makro Ketiga. Allah ﷻ memberitahu di dalam perenggan ini yang Al-Qur’an bukan gurauan.

وَالسَّماءِ ذاتِ الرَّجعِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

By the sky which returns [rain]

(MALAY)

Demi langit yang memulangkan

 

Allah ﷻ menggunakan langit sekali lagi sebagai sumpah. Demi langit yang ‘memulangkan’. Memulangkan apa? Allah ﷻ menyebut salah satu sifat langit yang memulangkan apa yang sampai kepadanya. Sebagai contoh, langit memulangkan air yang turun dalam bentuk hujan dan kembali naik menjadi wap dan naik ke atas dan kemudian diturunkan kembali air yang sama dalam bentuk hujan. Jadi ada kitaran naik dan turun.

Satu lagi adalah apabila memulangkan radiasi dari ozon dan signal satelit. Ini semua adalah proses lantunan yang berlaku pada langit dan ianya berlaku berulang-ulang kali.


 

Ayat 12: Sumpahan lagi. Tadi dengan langit, sekarang dengan bumi pula.

وَالأَرضِ ذاتِ الصَّدعِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] the earth which cracks open,¹

  • With the growth of plants.

(MALAY)

dan bumi yang mempunyai rekahan,

 

Dan Allah ﷻ bersumpah demi bumi yang mempunyai sifat merekah. Apabila bumi merekah, ia dapat menerima air dari langit dan cahaya matahari yang membolehkan proses fotosintesis berlaku dan menumbuhkan tumbuhan.

Allah ﷻ membuat analogi kejadian manusia dengan pertumbuhan tanaman. Ini adalah kerana kedua-dua melibatkan air dan memerlukan air untuk kelangsungan hidup. Manusia memerlukan air mani dan tumbuhan memerlukan air hujan. Kedua-duanya menerima air dan dua-dua hidup dan mati.


 

Ayat 13: Sudah ada dua sumpah di atas tadi. Setiap sumpah ada jawabal qasm dan ini adalah jawabal qasm kepada dua sumpah itu.

إِنَّهُ لَقَولٌ فَصلٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, it [i.e., the Qur’ān] is a decisive statement,

(MALAY)

sesungguhnya Al Qur’an itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang bathil.

 

Yang dimaksudkan adalah Al-Qur’an. Sumpah Allah ﷻ sebelum ini adalah hendak menekankan tentang Al-Qur’an. Sesungguhnya Al-Qur’an itu bersifat فَصلٌ iaitu membezakan antara satu perkara dengan perkara yang lain, membezakan yang benar dan salah.

Allah ﷻ menjadikan analogi air hujan itu seperti wahyu yang masuk ke hati manusia seperti air hujan masuk ke dalam tanah dan menyuburkan tanah itu. Dan memang ada dalam hadis bagaimana Nabi ﷺ menggunakan air sebagai analogi kepada ilmu. Ini terdapat dalam Bab Kelebihan Orang Yang Berilmu Dan Mengajarkan `Ilmu Pengetahuannya, Kitab Sahih Bukhari.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاءِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتِ الْكَلا وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لا تُمْسِكُ مَاءً وَلا تُنْبِتُ كَلا فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ قَالَ أبو عَبْد اللَّهِ قَالَ إِسْحَاقُ وَكَانَ مِنْهَا طَائِفَةٌ قَيَّلَتِ الْمَاءَ قَاعٌ يَعْلُوهُ الْمَاءُ وَالصَّفْصَفُ الْمُسْتَوِي مِنَ الارْض.ِ

Muhammad Bin al-‘Ala’ telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad Bin Usamah telah meriwayatkan kepada kami daripada Buraid Bin `Abdullah daripada Abu Burdah daripada Abu Musa daripada Nabi ﷺ, sabdanya: “Perbandingan petunjuk dan `ilmu yang Allah utuskan aku membawanya adalah seperti hujan yang lebat yang menimpa bumi. Di antara bumi itu ada yang Naqiyah (subur), ia menerima air dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput. Di antaranya ada yang Ajadib (yang hanya menampung air), ia menampung air tetapi tidak menyerap air. Maka Allah memanfaatkan tanah itu kepada manusia, mereka dapat minum dan memberi minum kepada ternakan mereka serta bercucuk tanam daripada air itu. Hujan yang turun itu menimpa sebahagian tanah yang lain, ia merupakan Qi’an (tanah gersang), tanah itu tidak dapat menampung air ataupun menyerap air sehingga dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Itulah perbandingan orang yang mendalam `ilmunya tentang agama Allah. Allah memberi manfaat kepadanya dengan apa yang Allah utuskan aku membawanya lalu dia mendapat `ilmu dan mengajarkan kepada orang lain. Dan juga, perbandingan dengan orang yang tidak mengangkat langsung kepalanya terhadap `ilmu dan petunjuk yang dibawa olehku itu, dia tidak menerima petunjuk yang Allah utuskan kepadaku.

Abu `Abdullah berkata: Ishaq berkata dari Abu Usamah: “Di antara tanah itu ada sekumpulan tanah yang menerima air, tanah lapang yang menakung air, dan tanah rata di bumi”. [Sahih Bukhari no. 79; Sahih Muslim no. 2282]

Dalam hadis di atas, air itu umpama wahyu dan tanah itu adalah manusia. Ada manusia yang baik dan menerima wahyu dan menyampaikan kepada manusia lain. Ada yang hanya dapat memanfaatkan untuk dirinya sahaja dan ada yang langsung tidak memberi manfaat.


 

Ayat 14: Masih lagi tentang Al-Qur’an.

وَما هُوَ بِالهَزلِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it is not amusement.

(MALAY)

dan sekali-kali bukanlah ia senda gurau.

 

Dan apa yang disampaikan dalam Al-Qur’an itu bukan perkara olok-olok. الهَزلِ adalah sesuatu yang tidak bernilai. Dan ia juga boleh bermaksud kata yang sia-sia.

Al-Qur’an itu bukanlah bacaan ringan sebagai halwa telinga sahaja. Ia juga bukan hanya untuk memberi pengetahuan sahaja tetapi adalah untuk digunakan sebagai panduan hidup. Al-Qur’an bukanlah sebagai penghibur sahaja kepada manusia untuk didengari sahaja. Memang ia sedap didengar dan lebih baik dari musik dan lagu. Tetapi bukanlah itu tujuan Al-Qur’an diturunkan.

Malangnya ramai dari kalangan kita yang buat itu sahaja. Iaitu memang mereka baca dan dengar Al-Qur’an tetapi sebagai halwa telinga sahaja. Ini adalah kerana mereka tidak faham dan kerana itu tidak dapat hendak amalkan apa yang disampaikan dalam Al-Qur’an itu kerana mereka tidak belajar.

Akhirnya mereka baca sebagai sekadar entertainment sahaja, sesuatu yang menarik  sahaja, tetapi bukan hendak amalkan sebagai panduan hidup. Jadi, itu bukanlah sepatutnya kita lakukan terhadap Al-Qur’an itu. Kita kena belajar tafsir Al-Qur’an dan fahami apa yang Allah ﷻ hendak sampaikan dalam Al-Qur’an dan amalkan. Kemudian sebarkan kepada orang lain.


 

Ayat 15: Ayat 15 – 17 adalah Perenggan Makro Keempat dan terakhir surah ini. Allah ﷻ memberitahu yang orang kafir hanya lepas bebas sementara sahaja di dunia.

إِنَّهُم يَكيدونَ كَيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, they are planning a plan,

(MALAY)

Sesungguhnya mereka itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya.

 

‘Mereka’ yang dimaksudkan adalah musuh-musuh Islam yang hendak menjatuhkan Islam dengan berbagai cara. Sesungguhnya mereka menjalankan rancangan jahat secara rahsia. Kalimah yang digunakan adalah كيد dan ini tidak sama dengan مكر yang juga bermaksud perancangan.

Kalimah كيد bermaksud perancangan rahsia. Ini bertepatan dengan tema surah ini yang banyak tentang kerahsiaan.

Kalimah مكر pula bermaksud rancangan untuk memperdayakan pihak musuh yang sangka mereka akan menang, tetapi akhirnya menyebabkan mereka kalah.

Dalam ayat ini, Allah ﷻ membuka rahsia yang memang musuh ada buat rancangan jahat untuk menjatuhkan Islam. Ini pasti kerana Allah ﷻ sendiri sebut dalam ayat ini. Sebagai contoh, memang Musyrikin Mekah ada buat rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad ﷺ untuk mematikan terus agama Islam.

Dan dari ayat ini kita dapat tahu bahawa ada banyak kumpulan yang ingin membuat sesuatu kepada Nabi ﷺ, bukan satu kumpulan sahaja. Tetapi mereka tidaklah bersatu. Begitulah dengan kumpulan-kumpulan kufur. Mereka buat rancangan bersendirian tetapi mereka sendiri tidak bersatu. Mereka pun ada perbalahan dan perbezaan pendapat antara mereka.


 

Ayat 16: Kalau pihak musuh ada buat perancangan, tidakkah ini membahayakan umat Islam? Allah ﷻ jawab dalam ayat ini.

وَأَكيدُ كَيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But I am planning a plan.

(MALAY)

Dan Aku pun membuat rencana (pula) dengan sebenar-benarnya.

 

Mereka merancang sedangkan Allah ﷻ juga merancang. Allah ﷻ tidak letak perkataan إِنَّ (sesungguhnya) seperti dalam ayat sebelum ini, kerana kalau ada kalimah إِنَّ, menunjukkan bahawa ada usaha yang diperlukan. Tentunya Allah ﷻ tidak memerlukan usaha kerana senang sahaja bagi Allah ﷻ untuk melakukan apa sahaja.

Tidak perlu susah kalau Allah ﷻ hendak buat dan rancangan Allah ﷻ pasti berjaya. Rancangan mereka banyak dan macam-macam tetapi rancangan Allah ﷻ satu sahaja. Rancangan mereka belum tentu berjaya, tetapi rancangan Allah ﷻ pastinya berjaya.

Jadi ini sebagai tasliah (pujukan) untuk Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم. Memang musuh ada buat rancangan tetapi biarkan mereka buat rancangan, jangan takut. Kerana Allah ﷻ pun ada rancangan juga. Kita kena tawakal kepada Allah ﷻ kerana Allah ﷻ tetap akan memenangkan agamaNya dan tidak biarkan orang mukmin dalam kekalahan.


 

Ayat 17: Ayat takhwif.

فَمَهِّلِ الكافِرينَ أَمهِلهُم رُوَيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So allow time for the disbelievers. Leave them awhile.¹

  • i.e., Do not be in haste for revenge, for you will see what will become of them.

(MALAY)

Kerana itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu iaitu beri tangguhlah mereka itu barang sebentar.

 

فَمَهِّلِ الكافِرينَ

Kerana itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu

Selepas Allah ﷻ sebut tentang perancangan yang dibuat orang kafir untuk menjatuhkan Islam, Allah ﷻ beritahu kepada Nabi ﷺ untuk beri peluang kepada mereka. Allah ﷻ kata: Oleh itu berilah sedikit masa lagi kepada mereka.

Kalimah تمهل digunakan apabila kita memberi masa tambahan untuk beri peluang kepada orang. Sebagai contoh, beri masa tambahan untuk seseorang bayar hutang. Kalimah إمهل juga bermaksud biarkan sahaja secara keseluruhan. Maknanya beri peluang kepada mereka.

Bagaimana boleh jadi begitu? Padahal Nabi ﷺ dan orang mukmin sedang diseksa masa itu? Bagaimana pula Nabi ﷺ yang diminta untuk beri peluang kepada kaum kafir? Sedangkan permintaan ini selalunya dikatakan kepada mereka yang sedang berkuasa, bagaimana hendak kata yang Nabi Muhammad ﷺ sedang berada dalam kedudukan berkuasa waktu itu?

Maksudnya, Allah ﷻ minta Nabi ﷺ jangan doakan kebinasaan mereka lagi. Ini seperti doa Nabi Nuh عليه السلام dan para Rasul lain عليهم السلام yang menyebabkan kemusnahan kaum mereka. Sebab kalau Nabi Muhammad ﷺ doa, Allah ﷻ akan makbulkan dan akan musnahlah bangsa Arab.

Maknanya, doa Nabi ﷺ itu adalah senjata Nabi ﷺ dan kalau Nabi ﷺ doa sahaja, Allah ﷻ akan buat apa yang baginda minta, iaitu hancurkan mereka. Ini menunjukkan bahawa kekuatan sebenarnya ada pada Nabi ﷺ. Memang secara fizikal tidak nampak, tetapi sebenarnya kekuatan ada pada Nabi ﷺ.

Allah ﷻ suruh Nabi ﷺ tangguhkan berdoa untuk kemusnahan mereka kerana Allah ﷻ sudah ada rancangan untuk menjatuhkan mereka. Jadi jangan risau kerana Allah ﷻ akan buat apa yang patut.

Dan Allah ﷻ juga mahu memberi peluang kepada ramai Musyrikin Mekah untuk beriman. Memang pada peringkat awal mereka menentang (atau tidak kisah tentang Islam) akan tetapi sedikit demi sedikit ramai yang masuk Islam. Dan akhir sekali, berbondong manusia masuk Islam semasa Pembukaan Mekah nanti.

Ayat ini menunjukkan kekuatan pada doa. Bukan Nabi ﷺ sahaja boleh berdoa tetapi kita pun ada doa juga. Kalau kita nampak lemah, jangan kita rasa rendah sangat, kerana kita ada doa. Allah ﷻ dengar doa kita dan kalau Allah ﷻ mahu, Dia boleh makbulkan.

 

أَمهِلهُم رُوَيدًا

iaitu beri tangguhlah mereka itu barang sebentar.

Beri peluang bukan sehingga akhir, tetapi seketika sahaja. Kalimah رُوَيدًا bermaksud ‘sekejap sahaja lagi’ (ini isim tasghir). Ini kerana Allah ﷻ sudah rancang untuk puak Muslim berhijrah, nanti akan ada Perang Badr, Uhud dan macam-macam lagi yang akan berlaku. Akhirnya tidak lama lagi, kemenangan akan diberikan kepada puak Muslim semasa Pembukaan Mekah pada tahun 10 Hijrah.

Nota: dalam keseluruhan surah ini, Allah ﷻ hanya berkata-kata kepada Nabi ﷺ sahaja. Langsung tidak bercakap kepada orang kafir. Ini adalah sebagai penghinaan kepada mereka. Tidak layak Allah ﷻ berkata kepada mereka. Ini menunjukkan Allah ﷻ sangat murka dengan mereka.

Ayat-ayat dalam surah-surah selepas ini adalah tentang tauhid. Akan banyak ditekankan tentang tauhid dan perkara-perkara yang menghalang kepada manusia untuk menerima tauhid, iaitu dunia. Allah ﷻ tahu manusia tolak tauhid kerana terlalu sayangkan dunia maka Allah ﷻ beritahu apakah hakikat dunia itu. Ini supaya manusia sedar dan tidaklah tertipu dengan dunia lagi.

Allahu a’lam. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah al-A’la. 

Kemaskini: 30 September 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Usul 7: Tafsir Al-Qur’an Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepas

(7) Tafsir Al-Qur’an Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepas ( تفسير القرآن بما سبق وما لحق من القرأن )

Di sana terdapat beberapa istilah untuk menyatakan usul ketujuh ini. Tafsir al-Qur’aan berdasarkan

(a) Kesesuaian antara ayat-ayatnya (بالنظر إلى تناسب الايات)
(b) Perkaitan antara ayat-ayatnya (ربط الايات)
(c) Perhubungan antara ayat-ayatnya (ربط الكلام)
(d) Berdasarkan ayat selepas dan sebelumnya atau siyaaq dan sibaaqnya.


Usul ketujuh ini sangat istimewa dan penting kerana beberapa sebab berikut:

(i) ia menampakkan wujudnya keseragaman dan kesinambungan di dalam firman Allah,

(ii) ia membuktikan tertib kitabi al-Qur’an (tertib al-Qur’an seperti yang terdapat di dalam Mushaf hari ini) benar-benar diredhai Allah dan ia termasuk dalam perkara tauqifi (perkara yang ditentukan oleh Allah melalui RasulNya). Tidak ada sebarang campur tangan manusia, baik Sahabat mahupun Tabi’in dalam penyusunannya,

(iii) tertib al-Qur’an seperti yang terdapat di dalam Mushaf hari ini, meskipun tidak mengikut tertib nuzulnya, tetap mengandungi ciri-ciri i’jaz.

(iv) Pengaplikasian usul ketujuh ini dengan baik akan memadamkan kritikan dan kemusykilan sesetengah pihak yang menda’wa susunan ayat-ayat al-Qur’an berkecamuk dan tidak menarik.

(v) Keperluan siyaaq dan sibaaq untuk menentukan ma’na dan maksud asal sesuatu ayat lebih-lebih lagi diperlukan apabila terdapat riwayat tentang sebab nuzulnya yang kelihatan janggal dan tidak secocok dengan ayat-ayat selepas dan sebelumnya.

(vi) Da’waan golongan sesat dan menyeleweng seperti Syi’ah Rafidhah dan lain-lain bahawa sesetengah ayat al-Qur’an tergantung kerana ada beberapa ayat sebelum dan selepasnya telah dibuang oleh para Sahabat dengan sendirinya akan lenyap apabila anda berjaya mempertautkan ayat berkenaan dengan siyaaq dan sibaaqnya.

(vii) Sebagaimana siyaaq dan sibaaq (ayat yang tersebut selepas dan sebelum sesuatu perkataan) banyak membantu kita memahami ma’na dan maksud sesuatu perkataan di dalam sesuatu ayat, begitu juga ia banyak membantu kita memahami ma’na dan maksud sesuatu ayat itu sendiri.

Sebelum mengemukakan contoh-contoh ma’na dan maksud ayat yang difahami berdasarkan siyaaq dan sibaaq, elok kiranya dilihat terlebih dahulu betapa siyaaq dan sibaaq memainkan peranan yang penting dalam menentukan ma’na dan maksud sesuatu perkataan di dalam sesuatu ayat.


Di bawah ini dikemukakan beberapa contohnya:

(i) Perkataan الحكمة misalnya, menurut Abu Hayyan mempunyai 30 ma’na. la pada asalnya bererti kebijaksanaan. Inilah ertinya yang masyhur dan popular. Tetapi jika anda membaca ayat 261 hingga 274 di dalam Surah al-Baqarah, anda akan dapati 14 ayat berkenaan berbicara tentang berbelanja di jalan Allah. Di dalam ayat 269 daripadanya tersebut firman Allah yang terkandung di dalamnya perkataan الحكمة.

Firman Allah: يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا, apakah di sini juga perkataan itu seharusnya dipakai dengan makna popularnya atau dengan makna-mananya yang lain? Para ulama yang mengambil kira siyaaq dan sibaaqnya akan berkata, makna-makna yang lain kurang sesuai dipakai di sini. Ia di sini lebih sesuai dipakai dengan erti sifat murah hati, sifat suka berderma dan berbelanja dijalan Allah.

(ii) Perkataan المتقين disebut Allah sebanyak 41 kali di dalam al-Qur’aan. Ma’na asalnya ialah orang-orang yang bertaqwa. Ia dipakai oleh para mufassirin dengan maksud-maksud yang sesuai dengan siyaaq dan sibaaqnya. Di dalam Surah at-Taubah ayat 4, ia dipakai dengan ma’na orang-orang yang menepati dan memenuhi janji-janjinya. Berdasarkan siyaaq dan sibaaq, ia secara khususnya digunakan untuk orang-orang yang menepati dan memenuhi janji-janjinya dalam konteks polisi dan dasar luar negara. Lihat Surah at-Taubah, ayat 1 – 7. Di dalam Surah at-Qashash ayat 83, mengambil kira siyaaq dan sibaaq, perkataan المتقين seharusnya dipakai dengan ma’na orang-orang yang menggunakan kuasa dalam batas-batas peraturan dan undang-undang. Dan ia secara lebih khusus berkaitan dengan pihak berkuasa. Di dalam Surah an-Naba’ ayat 31 pula ia digunakan dengan ma’na orang-orang yang menjalani kehidupan dunia dengan penuh kesedaran dan keyakinan tentang akan adanya hari kiamat dan hari pembalasan. Perkataan المتقين digunakan di situ sebagai lawan kepada perkataan الطاغين yang telah disebutkan sebelumnya itu di dalam ayat 22. Perkataan الطاغين di sini telah dipakai dengan erti yang lebih khusus, laitu orang-orang yang menjalani kehidupan dunia dengan melampaui batas hukum Tuhan serta tidak mempunyai kesedaran kepercayaan akan adanya hari kiamat dan hari pembalasan. Lihat Surah an-Naba ayat 21 -36.

(iii) Perkataan المسرفين disebut Allah  sebanyak 7 kali di dalam al-Qur’an. Ma’na asal dan popularnya ialah berbelanja melebihi keperluan dalam perkara-perkara yang diharuskan. Tetapi pada beberapa tempat, melihat kepada siyaaq dan sibaaq, ma’na itu langsung tidak sesuai dengannya. Fir’aun juga dikatakan termasuk salah seorang dari kalangan المسرفين. Jadi ma’na المسرفين yang sesuai dengan orang-orang seperti Fir’aun ialah orang-orang yang melampaui batas dalam keganasan dan kekejamannya. Lihat ayat 31 di dalam Surah ad-Dukhan. Juga ayat 83 di dalam Surah Yunus dan ayat 43 Surah Ghafir.

Sekarang tibalah masanya untuk dikemukakan contoh-contoh  ma’nadari  maksud ayat yang difahami berdasarkan siyaaq dan sibaaqnya. Di bawah ini diberikan hanya 3 contoh sahaja sebagai panduan dan pedoman:

(i) Ayat ke 16, 17, 18 dan 19 di dalam Surah al-Qiyamah. Zahirnya tidak bersesuaian dengan siyaaq dan sibaaq. Keempat-empainya kelihatan tergantung di tengah-tengah ayat-ayat lain yang berbicara tentang apa yang akan berlaku di hari kiamat nanti. Perhatikan ayat-ayat berkenaan dan terjemahannya di bawah ini:

لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Aku bersumpah dengan hari kiamat. (1)

وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ

dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri) (2)

أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُ

Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? (3)

بَلَىٰ قَادِرِينَ عَلَىٰ أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُ

bukan demikian,sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. (4)

بَلْ يُرِيدُ الْإِنسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ

bahkan manusia itu hendak membuat ma’shiat terus menerus. (5)

يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ

Ia bertanya (secara mengejek)-“Bilakah hari kiamat itu?”(6)

فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ

Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), (7)

وَخَسَفَ الْقَمَرُ

dan apabila bulan telah hilang cahayanya, (8)

وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ

dan matahari dan bulan dikumpulkan, (9)

يَقُولُ الْإِنسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ

(maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?” (10)

كَلَّا لَا وَزَرَ

Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (11)

إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ

hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali, (12)

يُنَبَّأُ الْإِنسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ

pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. (13)

بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ

bahkan manusia itu menjadi saksi terhadap dirinya sendiri. (14)

وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ

Meskipun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (15)

لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ

Janganlah engkau (wahai Muhammad) – kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu),(16)

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ

Sesungguhnya Kami jamin untuk mengumpulkannya (di dalam dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya, (17)

فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ

Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril), maka bacalahmenurut  bacaannya itu; (18)

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ

Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). (19)

كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ

Sekali-kali janganlah demikian.(Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (20)

وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ

Dan meninggalkan (kehidupan) akhirat (yang kekal abadi kehidupannya), (21).

Tetapi berdasarkan tafsiran al-Qaffaal yang mengambil kira siyaaq dan  sibaaqnya tidak ada sebarang keadaan  ketergantungan (ayat 16-19) pada firman Allah di dalam Surah aI-Qiyaamah tadi. Ini kerana menurut beliau, keempat-empat ayat tersebut juga berkaitan dengan hari kiamat. Orang yang dihadap cakap oleh Allah di dalam firmanNya:

 لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ

itu bukanlah Nabi s.a.w. Sebaliknya ia ditujukan kepada seluruh umat manusia. Kerana setiap manusia di hari Qamar kelak akan membaca buku suratanamalan  masing-masing berdasarkan firman Allah s.w.t. di dalam ayat

اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا

Bermaksud: Bacalah buku (suratan amalanmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). (Al-Isra’:14).

Menurut al-Qaffaal, perkara ini telahdijelaskan  oleh Allah s.w.t. di dalam Sibaaq ayat-ayat tersebut, lalu di dalam ayal ke tiga belas sebelumnya:

يُنَبَّأُ الْإِنسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ

Bermaksud: Pada hari itu, manusia akan diberitahu tentang apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. (al-Qiyaamah: 13).

Lalu apabila bacaan mereka sampai kepada catitan-catitan amalan buruk  masing-masing, mereka akan mempercepatkan bacaan kerana gerun dan takut kepada balasan yang akan diterima serta malu untuk  mendedahkannya di hadapan khalayak ramai di Mahsyar nanti.

Pada ketika itulah dikatakan kepadanya:

لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ

Menurut al-Qaffaal, maksudnya ialah  janganlah engkau membaca dengan cepat suratan amalanmu itu. Kerana,

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ

Qaffaal mentafsirkannya dengan kata beliau: “Sesungguhnya Kami telah mengumpulkan segala-galanya di dalam buku suratan amalanmu itu dan Kami pasti akan membacanya (di hadapanmu)” Ayat kelapan belas selepasnya, iaitu:

فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ

Menurut tafsiran al-Qaffaal adalah: Apabila Kami selesai membacanya, terima sajalah kandungan apa yang dibawa itu”. Ayat kesembilan belas selepasnya pula. iaitu:

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ

Menurut tafsiran al-Qaffaal adalah: “Kemudian Kami akan menjelaskan balasan bagi setiap amalan buruk yang telah kamu lakukan.

Tatsiran al-Qaffaal ini sesuai sangat dengan siyaaq dan sibaaqnya, meskipun ia tidak selaras dengan tafsiran Ibnu ‘Abbaas, di mana beliau mengaitkannya dengan peristiwa Nabi s.a.w. mempercepatkan bacaan Baginda untuk mengikuti bacaan Jibril yang menjadi asbabun Nuzul bagi ayat-ayat yang berkenaan. Kebanyakan penterjemah al-Qur’an dalam bahasa Melayu memilih tafsiran Ibnu ‘Abbaas di sini. Apa yang perlu sekali diketahui dan difahami ialah tatsiran ibnu Abbaas itu sebenarnya  merupakan tafsiran kedua  baginya sedangkan tafsiran pertama dan asal baginya adalah seperti yang diberikan oleh al-Qaffaal tadi.


(ii) Contoh kedua: Allah berfirman di dalam Surah Shaad:

۞ وَهَل أَتاكَ نَبَأُ الخَصمِ إِذ تَسَوَّرُوا المِحرابَ

Bermaksud: dan sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat; (21)

إِذ دَخَلوا عَلىٰ داوودَ فَفَزِعَ مِنهُم ۖ قالوا لا تَخَف ۖ خَصمانِ بَغىٰ بَعضُنا عَلىٰ بَعضٍ فَاحكُم بَينَنا بِالحَقِّ وَلا تُشطِط وَاهدِنا إِلىٰ سَواءِ الصِّراطِ

iaitu ketika mereka masuk kepada (Nabi) Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya; “Janganlah takut. (kami ini) dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zaliin kepada yang lain; oleh iu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yaug lurus,(22)

إِنَّ هٰذا أَخي لَهُ تِسعٌ وَتِسعونَ نَعجَةً وَلِيَ نَعجَةٌ واحِدَةٌ فَقالَ أَكفِلنيها وَعَزَّني فِي الخِطابِ

“Sebenarnya orang ini ialah saudara (seagama)ku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; Dalam pada itu, ia (mendesakku dengan) berkata: ‘Serahkanlah yang seekor itu kepadaku’, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu .(23)

قالَ لَقَد ظَلَمَكَ بِسُؤالِ نَعجَتِكَ إِلىٰ نِعاجِهِ ۖ وَإِنَّ كَثيرًا مِنَ الخُلَطاءِ لَيَبغي بَعضُهُم عَلىٰ بَعضٍ إِلَّا الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ وَقَليلٌ ما هُم ۗ وَظَنَّ داوودُ أَنَّما فَتَنّاهُ فَاستَغفَرَ رَبَّهُ وَخَرَّ راكِعًا وَأَنابَ ۩

Berkata dia (Nabi Daud); “Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambmg-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengah yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh; sedang mereka amatlah sedikit! dan (Nabi) Daud (setetah berfikir sejurus) mengetahui bahawa sebenaraya Kami sedang mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat),(24)

فَغَفَرنا لَهُ ذٰلِكَ ۖ وَإِنَّ لَهُ عِندَنا لَزُلفىٰ وَحُسنَ مَآبٍ

Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).(25) (Shaad: 21-25).

Persoalan mungkin timbul di dalam hati sesetengah orang bahawa apakah yang dimaksudkan Allah dengan firmanNya di dalam ayat 24 dan 25 dari Surah Shaad yang dikemukakan di atas?

Apakah bentuk ujian dan cobaan Allah terhadap Nabi Daud a.s.? Apakah Nabi Daud telah melakukan apa-apa dosa besar sehingga beliau memohon ampun kepada Tuhan sambil merebahkan diri bersujud dan bertaubat?

Untuk memecahkan persoalan ini macam-macam jawapan telah diberikan oleh para mufassirin. Ada di antara mereka mengemukan riwayat-riwayat Israiliyat yang menunjukkan memang Nabi Daud telah melakukan dosa besar. Dosa besar yang dilakukan beliau ialah membunuh Uria, seorang pahlawan yang amat setia kepada beliau dengan sengaja menghantarnya ke medan perang supaya ia terbunuh. Dan memang ia terbunuh. Maksud Daud melakukan begitu tidak lain hanyalah untuk dapat mengahwini isterinya Batsyeba.

Ada yang mengatakan, kesalahan Daud sebenamya terletak pada beliau terus  memenangkan pihak yang memiliki seekor anak kambing tanpa mendengar terlebih dahulu keterangan pihak yang memiliki 99 ekoi kambing. Sepatutnya beliau mendengar terlebih dahulu keterangan dari kedua-dua belah pihak yang berselisih sebelum membuat sesuatu keputusan. Kesilapan itulah yang mendorong Daud beristighfar dan bertaubat kepada Allah, apabila mengingatkan apa yang berlaku kepadanya itu sebenarnya merupakan ujian Allah.

Ada pula yang mengatakan, orang-orang yang datang dengan memanjat pagar atau dinding istana Daud sememangnya bermaksud membunuh beliau. Setelah mereka mendapati ada ramai pengawal di kawasan mihrab tempat Nabi Daud beribadat, mereka berpura-pura mengemukakan kes seperti tersebut di dalam ayat 22-23 Surah Shaad. Nabi Daud mengetahui maksud sebenar mereka. Beliau telah bertekad untuk menghukumi mereka dengan seberat-berat hukunum. Tetapi setelah berfikir bahawa semua itu adalah ujian Allah kepadanya, beliau membatalkan maksud asalnya hendak menghukum mereka. Nabi Daud sedar bahawa tindakan yang paling layak dan sesuai dengan kedudukan beliau ialah mema’afkan, bukan membalas dendam. Maka beliau terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas ketelanjurannya itu. Oleh kerana Daud telah betul-betul insaf, Allah terus mengampunkan kesalahan dan keterlanjurannya, dan macam-macam lagi…Namun semuanya tidak mengambil kira siyaaq dan sibaaq ayat-ayat tersebut.

Maulana Hifzur Rahman Sevhaarwi di dalam Qasas al-Qur’annya berbeza daripada mufassir-mufassir yang lain kerana beliau mengaitkan ayat-ayat tersebut dengan siyaaq dan sibaaqnya. Menurut beliau, berdasarkan riwayat Ibnu ‘Abbaas yang dihukum sahih oleh al-Haakim dan az-Zahabi, Nabi Daud telah membahagikan hari-hari dalam kehidupannya kepada empat bahagian. Satu hari khusus untuk beribadat kepada Allah. Satu hari untuk menyelesaikan kes-kes yang dikemukakan kepada beliau. Satu hari khusus untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarganya dan satu hari pula untuk memimpin dari membimbing kaumnya, Bani Israil. Pembahagian hari-hari seperti itu kurang sesuai dengan kedudukan seorang khalifah dan raja. Seorang khalifah dan raja seperti Nabi Daud tidak sepatutnya mengkhususkan sehari suntuk untuk beribadat semata-mata, walaupun ibadat adalah sesuatu yang amai disukai Allah dan merupakan tujuan sebenar kejadian Jin dan manusia. Kerana pada hari-hari yang lain juga tentunya Nabi Daud ada beribadat. Sama sekali tidak dapat dibayangkan adanya hari-hari seseorang nabi yang langsung tidak diisi dengan sebarang ibadat. Ibadat tentu ada dalam amalan harian seseorang nabi. Cuma mengkhususkan satu hari untuk ibadat semata-mata, di mana ia langsung tidak dapat dihubungi dan ditemui sesiapa pun dalam keadaan bagaimana sekalipun adalah sesuatu yang tidak layak dan tidak sesuai dengan kedudukan seorang nabi lagi raja seperti Daud. Itulah sebabnya Allah berfirmian di dalam ayat berikutnya begini:

يا داوودُ إِنّا جَعَلناكَ خَليفَةً فِي الأَرضِ فَاحكُم بَينَ النّاسِ بِالحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الهَوىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذينَ يَضِلّونَ عَن سَبيلِ اللَّهِ لَهُم عَذابٌ شَديدٌ بِما نَسوا يَومَ الحِسابِ

Bermaksud: Wahai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan hukum syariat yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (Shaad: 26)

Sebagai seorang khalifah beliau seharusnya mengutamakan masyarakat daripada kepentingan dan kesukaan peribadi sendiri. Beliau sepatutnya lebih banyak memberi masa untuk membimbing dan menyelesaikan masalali ra’yat jelatanya.

Akibat daripada pembahagian hari-hari seperti itulah berlaku apa yang telah berlaku. la diceritakan oleh Allah di dalam Surah Shaad bermula dari ayat 21 hingga 25. Peristiwa yang tersebut di dalam ayat 21 hingga 25 ini merupakan sindiran dan teguran Allah secara tidak langsung kepada Daud. Namun Daud dapat menangkapnya, kerana beliau seorang yang bijaksana. Beliau terus beristightar, bersujud dan bertaubat kepada Allah atas ketelanjurannya itu. Maka taubatnya diterima Allah. Selepas iu pembahagian hari-hari dalam kehidupan Nabi Daud tidak lagi berjalan seperti sebelumnya.

Perhatikan siyaaqnya, iaitu ayat 26 Surah Shaad yang dikemukakan tadi. Dan perhatikan pula sibaaqnya di bawah ini:

وَشَدَدنا مُلكَهُ وَآتَيناهُ الحِكمَةَ وَفَصلَ الخِطابِ

Bermaksud: dan Kami kuatkan kerajaannya serta Kami berikan kepadanya hikmah dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan. (Shaad:20).

Bukankah kedua-duanya berada dalam jalinan yang sangat teguh dan indah bersama-sama dengan beberapa ayat dari Surah Shaad yang mengisahkan ujian Allah terhadap Nabi Daud a.s ? Tafsiran ini kuat dan menarik kerana selain ia mengambil kira siyaaq dan sibaaq ayat, ia juga mengambil kira riwayat dan dirayat hadits berkenaannya.


(iii) Contoh ketiga: Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah dengan ‘Ahlul Bait’ di akhir ayat 33 Surah al-Ahzaab ini?

إِنَّما يُريدُ اللَّهُ لِيُذهِبَ عَنكُمُ الرِّجسَ أَهلَ البَيتِ وَيُطَهِّرَكُم تَطهيرًا

Bermaksud: Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya,

Adakah ia isteri-isteri Rasulullah s.a.w. atau keluarga Baginda seumumnya atau individu-individu tertentu seperti kata golongan Syiah?
Menerima orang-orang lain selain isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sebagai Ahlul Bait di dalam ayat ini bererti memutuskannya daripada kalam Allah sebelum dan selepasnya. Jika dilihat kepada siyaaq dan sibaaqnya, jelas yang dimaksudkan dengannya ialah isteri-isteri Rasulullah s.a w. Mengatakan bukan isteri-isteri Rasulullah yang dimaksudkan di sini bererti melakukan penyelewengan terhadap ma’na al-Qur’an (التحريف المعنوي للقرآن).

Di bawah ini dikemukakan ayat berkenaan lengkap dengan siyaaq dan sibaaqnya:

يا نِساءَ النَّبِيِّ مَن يَأتِ مِنكُنَّ بِفاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ يُضاعَف لَهَا العَذابُ ضِعفَينِ ۚ وَكانَ ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسيرًا

Bermaksud; Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. (30)

۞ وَمَن يَقنُت مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسولِهِ وَتَعمَل صالِحًا نُؤتِها أَجرَها مَرَّتَينِ وَأَعتَدنا لَها رِزقًا كَريمًا

Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia. (31)

يا نِساءَ النَّبِيِّ لَستُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّساءِ ۚ إِنِ اتَّقَيتُنَّ فَلا تَخضَعنَ بِالقَولِ فَيَطمَعَ الَّذي في قَلبِهِ مَرَضٌ وَقُلنَ قَولًا مَعروفًا

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti wanita yang lain, kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembul manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah (dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan) (32)

وَقَرنَ في بُيوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجنَ تَبَرُّجَ الجاهِلِيَّةِ الأولىٰ ۖ وَأَقِمنَ الصَّلاةَ وَآتينَ الزَّكاةَ وَأَطِعنَ اللَّهَ وَرَسولَهُ ۚ إِنَّما يُريدُ اللَّهُ لِيُذهِبَ عَنكُمُ الرِّجسَ أَهلَ البَيتِ وَيُطَهِّرَكُم تَطهيرًا

dan hendaklah kamu tetap diam di rumahmu serta janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (33)

وَاذكُرنَ ما يُتلىٰ في بُيوتِكُنَّ مِن آياتِ اللَّهِ وَالحِكمَةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ لَطيفًا خَبيرًا

dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumahmu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (34). (al-Ahzaab:30-34).

Mengatakan ganti nama jama’ muzakkar yang tersebut di dalam firman Allah: إِنَّما يُريدُ اللَّهُ لِيُذهِبَ عَنكُمُ الرِّجسَ أَهلَ البَيتِ وَيُطَهِّرَكُم تَطهيرًا menghalang perkataan Ahlul Bait dipakai dengan erti isteri-isteri nabi sa.w. adalah berpunca daripada kejahilan tentang bahasa ‘Arab dan kurangnya penelitian terhadap kalam Allah di dalam al-Qur’an.

Sambung ke Usul yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Asri

Usul 6: Tafsir al-Qur’an menggunakan aqal

(6) Tafsir a]-Qur’an menggunakan aqal fikiran (تفسير القرآن بالرأي)

Usul keenam ialah menyatakan pendapat setelah meneliti, merenung dan mengkaji al-Qur’an berpandukan usul-usul yang tersebut di atas. Allah mengurniakan aqal kepada manusia. Al-Qur’an pula menggesa manusia menggunakan aqalnya. Maka seseorang ahli tafsir hendaklah sentiasa menggunakan ‘aqal dalam kajiannya terhadap al-Qur’an. Dengan menggunakan ‘aqal, wujudlah kefahaman yang mendalam tentang agama (تفقه في الدين). Lihailah bagaimana doa Rasulullah s.a.w. untuk Ibnu ‘Abbaas, seorang yang kemudiannya terbilang sebagai tokoh utama dalam tafsir. Bukankah baginda mendoakan agar beliau mendapat kefahaman yang mendalam tentang agama dan agar diajar Allah kepadanya ilmu tafsir al-Qur’an? Begini doanya:

اللهم فقهه فى الذين و علمه في التأويل

Bermaksud: “Ya Allah, kurniakanlah kepadanya (Ibnu ‘Abbaas) kefahaman yang mendalam tentang agama dan ajarlah dia ilmu tafsir al-Qur’an.” (Hadits riwayat Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah).

Saiyyidina ‘Ali pernah berkata: tidak ada apa-apa ilmu khusus atau rahsia pada kami, selain kefahaman tentang al-Quran yang Allah kurniakan kepada seseorang إلّا فهما يعطيه الله رجلا في القرأن. (Atsar riwayat al-Bukhari). Kata-kata Saiyyidina Ali ini selain menolak da’waan golongan Bathiniah, menonjolkan juga betapa istimewanya kefahaman hasil kajian terhadap al-Qur’an dengan menggunakan aqal fikiran. Kefahaman dan pemahaman al-Qur’an secara mendalam itulah sebenarnya yang dikatakan tafsir al-Qur’an menggunakan fikiran (التفسير بالرأي المذموم).

Peringatan:

Perlu sekali difahami dengan baik pengertian mentafsir al-Qur’an dengan menggunakan fikiran. Sesetengah orang mengharamkan semua bentuk tafsir yang menggunakan ‘aqal fikiran. Sesetengah yang lain pula mengambil kesempatan daripadanya dan bertindak mentafsirkan al-Qur’an dengan sewenang-wenang dan sesuka hati. Imam Ibnu Taimiyyah di dalam Muqaddimah Usul Tafsirnya telah menulis beberapa panduan penting berhubung dengan perkara ini. Penulis akan menyaringnya menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas. Kata beliau: “Tafsir menggunakan fikiran terbahagi kepada dua.

(a) Tafsir menggunakan fikiran yang terpuji (تفسير بالرأي المحمود).

(b) Tafsir menggunakan akal fikiran yang tercela (تفسير بالرأي المذموم)

Tafsir menggunakan fikiran yang terpuji ialah mentafsir sesuatu ayat al-Qur’an secara bersepadu. Dengan cara mengemukakan ayat-ayat lain yang ada kaitan dengannya, mengemukakan hadits-hadits sahih yang membantu penafsirannya disamping membatalkan hadits-hadits dha’if dan maudhu’ yang dikaitkan dengannya, menyebutkan ijma’ Sahabat jika ada, membawa beberapa pendapat mereka dan mentarjihkan mana yang rajih daripadanya, menyatakan pendapat Tabi’in yang boleh dan tidak boleh dijadikan dalil, membincangkannya berdasarkan qaedah bahasa ‘Arab secara tuntas, lalu mengemukakan pendapat atau membuat kesimputan dan keputusan berlandaskan dalil-dalil yang kukuh dan teguh. Mentafsirkan al-Qur’an dengan cara seperri itulah yang dikatakan ‘tafsir menggunakan fikiran yang terpuji’. Tafsir seperti ini memang terpuji dan menjamin kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Tafsir menggunakan fikiran yang tercela pula ialah tafsir dengan menggunakan fikiran semata-mata tanpa menghiraukan segala usul yang telah disebutkan sebelum ini. Orang yang mentafsir al-Qur’an menggunakan fikiran tercela akan mencari dalil-dalil atau sokongan-sokongan daripada al-Qur’an untuk menyokong dan menguatkan sesuatu fahaman yang telah sedia padanya. Dia mengutamakan aqalnya dan menolak hadits-hadits sahih yang bercanggah dengannya. Dia tidak percayakan mukjizat. Dia bahkan selalu saja menyalahi qaedah-qaedah bahasa Arab yang disepakati ahli-ahli bahasa. Pentafsir seperti ini bukan sekadar tercela malah akan diseksa Allah di akhirat nanti. Ini kerana ia bukan sahaja menyesatkan dirinya, malah menyebabkan orang-orang lain juga sesat. Semoga AIlah melindungi kita semua daripada perbuatan sebegini. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah r.a. perbuatan mentafsir al-Qur’an dengan menggunakan ‘aqal semata-mata adalah haram. Setelah menukilkan sekian banyak kata-kata Sahabat dan Tabi’in tentang tafsir menggunakan fikiran yang terpuji, beliau berkata, tidak salah mentafsirkan al-Qur’an menggunakan fikiran yang terpuji itu. Mana ada ahli tafsir di dunia ini yang langsung tidak mengguna fikirannya, kemudian menyatakan pendapatnya ketika mentafsir al-Qur’an? Kata beliau lagi: “Adapun orang yang mahir dalam bahasa Arab dan alim tentang syariat, maka tidak mengapa ia mentafsir al-Qur’an menurut pendapatnya.” Para ulama salaf akan memberikan pendapat mereka tentang sesuatu ayat al-Qur’an, jika mereka mempunyai pengetahuan tentangnya. Dalam keadaan mereka tidak mempunyai pengetahuan pula, mereka akan mendiamkan diri sahaja. Mendiamkan diri dalam keadaan anda mempunyai pengetahuan tentang al-Qur’an adalah satu dosa besar. la termasuk dalam menyembunyikan agama Allah.

Seorang ahli tafsir, biar bagaimana hebat dan ikhlas sekalipun, tetap mungkin melakukan kesilapan. Kerana ia tetap seorang manusia. la hanya seorang umat, bukan seorang nabi atau rasul yang ma’shum. Bagaimanapun ada perbezaan di antara kesilapan yang berlaku pada seorang pentafsir ahli as-Sunnah yang ikhlas dan pentafsir dari kalangan ahli bid’ah. Pentafsir dari kalangan ahli as-Sunnah yang ikhlas dan menggunakan qaedah-qaedah usul tafsir dengan sebaik-baiknya diampunkan jika tersalah dalam pentafsirannya. Sedangkan pentafsir dari kalangan ahli bid’ah tetap dikira bersalah, meskipun benar dalam pentafsirnnnya. Ini kerana kebenaran dan ketepatan tafsirannya hanyalah satu kebetulan semata-mata.

Perincian Yang Tidak Berfaedah Dalam Tafir

Seseorang pelajar tafsir hendaklah mengetahui bahawa di dalam sesetengah tafsir yang menjadi rujukan umat terdapat sekian banyak cerita yang dikaitkan dengan sesuatu firman Allah s.w.t. Padahal ia langsung tidak berasas dan tidak bersanad. Malah terdapat juga di dalamnya perincian-perincian yang tidak berfaedah. Oleh itu apabila mentafsir al-Qur’an, anda hendaklah berpada dengan riwayat-riwayat yang sahih meskipun ia tidak terperinci. Sibuk mencari ma’lumat tentang berapakah panjang dan lebar bahtera Nabi Nuh a.s. adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak berfaedah. Berapakah bilangan bilangan Ashab al-Kahfi juga sesuatu yang tidak perlu dipastikan. Kalau ia betul-betul diperlukan, tentu Allah dan RasulNya telah memberitahu tentangnya. Apa yang perlu ditekankan sebenarnya ialah tentang maksud al-Qur’an mengemukakan sesuatu cerita. Kenapa misalnya Allah telah memerintah Nabi Nuh supaya membuat bahtera? Kenapa Ashab al-Kahfi terpaksa berlindung di dalam gua tempat persembunyian mereka. Apakah perkara yang mendorong mereka lari ke gua itu?

Sambung ke Usul yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Asri

Usul 5: Tafsir Quran dengan Qaedah Bahasa Arab

(5) Tafsir Al-Qur’an Berpandukan Qaedah-Qaedah Bahasa ‘Arab (تفسير القرآن بقواعد اللغة العربية)

Usul kelima ialah mentafsir al-Qur’an berpandukan qaedah-qaedah bahasa Arab. Usul ini tidak kurang pentingnya daripada usul-usul yang tersebut sebelumnya.

Pentafsir mestilah seorang yang mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bahasa ‘Arab. la mestilah mahir dalam ilmu Nahu, Sharaf, bahasa ‘Arab dan Balaghah dengan segala cabang-cabangnya. la mestilah mengetahui semua bentuk tasybih, ist’arah, kinayah dan sebab-sebab ijaaz serta ithnaab, selain mampu mengesan sesuatu yang mahzuf (dibuang) di dalam sesuatu ayat, dan lain-lain perbahasan yang termasuk di bawah ilmu Bayan, Ma’ani dan Badi’ yang menipakan cabang-cabang ilmu Balaghah.

Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa ‘Arab. Tanpa penguasaan bahasa ‘Arab seseorang tidak mungkin dapat memahami al-Qur’an. Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. juga dalam bahasa ‘Arab. Baginda s.a.w. bahkan merupakan orang Arab yang paling fasih. Oleh itu seseorang yang hendak mentafsir al-Qur’an mestilah mengetahui selok-belok bahasa ‘Arab fusha yang digunakan di zaman Nabi s.a.w. Sya’er-sya’er Arab Jahiliah juga mestilah dijadikan rujukan, kerana ia merupakan contoh penggunaan bahasa Arab fusha (standard) yang tulen. Itulah sebabnya Ibnu ‘Abbaas berkata: Jika timbul apa-apa kemusykilan (berhubung dengan bahasa ‘Arab) kepadamu, carilah jawapannya di dalam Sya’er (Arab jahiliah). Kerana Sya’er (Arab jahiliah) itu adalah kamus bahasa’Arab.

Di bawah ini akan dikemukakan dua contoh penyelewengan dalam tafsir akibat mengabaikan usul kelima.

(a) Ada golongan anti hadits yang tidak mengerti bahasa ‘Arab menterjemahkan firman Allah: اضرب بعاك الحجر yang sebenarnya bererti: “pukullah batu itu dengan tongkatmu”, tapi mereka salah terjemah: “bawalah pengikutmu berjalan di bukit”. Penterjemah anti hadits itu tidak mengetahui bahawa ضرب yang muta’addi bi nafsih bererti pukul atau memukul. Perkataan ضرب yang muta’addi dengan في sahaja bererti berjalan, berpergian atau bersiar-siar.

(b) Seorang sufi sesat pula mentafsirkan firman Allah di dalam ayat ke 69 Surah al’Ankabut: وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ المُحسِنينَ yang makna sebenarnya ialah: “dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik”, tapi dia salah tafsir “dan sesungguhnya Allah benar-benar telah menggilap orang-orang sufi.” Si jahil ini tidak sedar bahawa لام pada perkataan لَمَعَ bukan فاء fi’il, tetapi لام التأكيد (Lam yang merupakan kata penguat pada khabar إِنَّ.

Sambung ke Usul yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Asri