Pengenalan Surah Mumtahanah
Surah ini ada kena-mengena dengan Surah Tawbah di mana di dalam surah itu disebut arahan untuk menyerang Mekah. Apabila itu terjadi, maka ada para sahabat yang sangsi dengan arahan itu, kerana di Mekah itu ada juga orang-orang Islam yang telah beriman secara rahsia dan para sahabat takut kalau mereka itu akan terganggu. Takut nanti mereka akan terbunuh sekali dalam serangan dari golongan Muslim.
Ada seorang sahabat (yang bernama Hatib bin Abi Balta’a) yang masih mempunyai keluarganya di Mekah dan dia takut jikalau terjadi peperangan nanti, maka orang-orang Mekah akan menyakiti keluarganya ataupun membunuh mereka. Kerana keluarganya adalah pendatang sahaja di Mekah dan tidak ada puak di sana yang akan melindungi mereka kerana mereka itu orang menumpang sahaja. Ini kerana Musyrikin Mekah telah bertindak ganas kepada ahli keluarga muhajireen yang masih ada di Mekah. Kalau ada bantuan dari puak mereka sendiri, maka mungkin selamat.
Tapi Saidina Hatib dan keluarganya berasal dari Yaman. Mereka tidak ada pelindung. Maka dia nak beri maklumat kepada puak Mekah itu supaya mereka tetap memberi perlindungan kepada keluarganya di Mekah. Supaya golongan Musyrikin Mekah terhutang budi dengannya dan memberi perlindungan kepada keluarganya di sana. Dia yakin yang Allah pasti akan memberi kemenangan kepada Islam dan pembocoran maklumat darinya itu tidak akan memberi kesan kepada kalah atau menangnya mereka nanti.
Atau, keluarganya itu belum masuk Islam lagi, tapi dia yakin yang kalau dia dakwah lagi kepada mereka, mereka tentu akan masuk Islam. Ini adalah sangkaan dia sahaja. Maka dia berharap kalau dia sampaikan maklumat kepada mereka, maka mereka akan melarikan diri ke tempat lain dahulu untuk menyelamatkan diri mereka.
Maka dia telah memberi surat secara rahsia kepada keluarganya yang di Mekah itu untuk memberitahu rancangan umat Islam untuk menyerang Mekah. Dia nak suruh mereka lari keluar dahulu.
Surat itu amat bahaya kerana ia membocorkan rahsia rancangan umat Islam. Rasulullah ﷺ telah mendapat wahyu daripada Allah ﷻ tentang surat itu dan baginda telah memberi arahan kepada Saidina Ali رضي الله عنه dan beberapa sahabat yang lain (Zubair dan Miqdad bin Aswad) untuk mengambil surat itu dan baginda telah memberitahu dengan siapakah surat itu dan di mana pembawa surat itu berada. Baginda ﷺ beritahu yang surat itu ada pada seorang wanita dan dipendekkan cerita mereka mendapat surat itu daripada wanita itu.
Kalimah الممتحنة dari kata dasar م ح ن yang bermaksud ‘periksa’. Kerana itulah ‘peperiksaan’ dipanggil ‘imtihan’. Ini adalah kerana apabila Ali رضي الله عنه dan sahabat yang lain berjumpa dengan wanita itu, dia tidak mengaku ada surat padanya. Mereka cuba cari pada kenderaannya tapi tidak ada. Jadi Ali رضي الله عنه beritahu yang kalau dia tidak keluarkan juga surat itu juga, mereka akan bogelkan dia dan periksa dia juga kerana Rasulullah ﷺ tidak akan menipu kerana baginda ﷺ telah mendapat wahyu. Setelah dikatakan begitu, barulah wanita itu mengeluarkan surat itu.
Apabila surat itu dibawa kepada Rasulullah ﷺ dan sahabat itu (Habib) dibawa ke hadapan baginda, Umar رضي الله عنه sudah hendak membunuhnya tetapi Rasulullah ﷺ mengatakan yang sahabat itu adalah Ahli Badr dan kesalahan beliau telah diampunkan oleh Allah ﷻ maka sahabat itu selamat dari pedang Umar رضي الله عنه.
Nabi Muhammad ﷺ juga memberitahu yang alasan dari sahabat itu adalah normal dan dia bukanlah munafik tetapi apa yang dia lakukan itu memang salah. Cuma kerana kedudukannya sebagai Ahli Badr, dia telah diselamatkan.
قال الإمام أحمد: حدثنا سفيان، عن عَمْرو، أَخْبَرَنِي حَسَن بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ، أَخْبَرَنِي عُبَيد اللَّهِ بْنُ أَبِي رَافِعٍ -وَقَالَ مُرَّةُ: إِنَّ عُبَيْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي رَافِعٍ أَخْبَرَهُ: أَنَّهُ سَمِعَ عَلِيًّا، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، يَقُولُ: بَعَثَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا وَالزُّبَيْرَ وَالْمِقْدَادَ، فَقَالَ: “انْطَلِقُوا حَتَّى تَأْتُوا رَوْضَةَ خَاخٍ، فَإِنَّ بِهَا ظَعِينة مَعَهَا كِتَابٌ، فَخُذُوهُ مِنْهَا”. فَانْطَلَقْنَا تَعَادى بِنَا خَيْلُنَا حَتَّى أَتَيْنَا الرَّوْضَةَ، فَإِذَا نَحْنُ بِالظَّعِينَةِ، قُلْنَا: أَخْرِجِي الْكِتَابَ. قَالَتْ: مَا مَعِي كِتَابٌ. قُلْنَا: لَتُخْرِجِنَّ الْكِتَابَ أَوْ لنُلقين الثِّيَابَ. قَالَ: فَأَخْرَجَتِ الْكِتَابَ مِنْ عِقَاصها، فَأَخَذْنَا الْكِتَابَ فَأَتَيْنَا بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَإِذَا فِيهِ: من حاطب بن أبي بلتعة إِلَى نَاسٍ مِنَ الْمُشْرِكِينَ بِمَكَّةَ، يُخْبِرُهُمْ بِبَعْضِ أَمْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “يَا حَاطِبُ، مَا هَذَا؟ “. قَالَ: لَا تَعْجَلْ عَلَيَّ، إِنِّي كُنْتُ امْرَأً مُلصَقًا فِي قُرَيْشٍ، وَلَمْ أَكُنْ مِنْ أَنْفُسِهِمْ، وَكَانَ مَنْ مَعَكَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ لَهُمْ قَرَابَاتٌ يَحْمُونَ أَهْلِيهِمْ بِمَكَّةَ، فَأَحْبَبْتُ إِذْ فَاتَنِي ذَلِكَ مِنَ النَّسَبِ فِيهِمْ أَنْ أَتَّخِذَ فِيهِمْ يَدًا يَحْمُونَ بِهَا قَرَابَتِي، وَمَا فَعَلْتُ ذَلِكَ كُفْرًا وَلَا ارْتِدَادًا عَنْ ديني ولا رضى بِالْكُفْرِ بَعْدَ الْإِسْلَامِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّهُ صَدَقكم”. فَقَالَ عُمَرُ: دَعْنِي أَضْرِبْ عُنُقَ هَذَا الْمُنَافِقِ. فَقَالَ: “إِنَّهُ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا، مَا يُدْرِيكَ لَعَلّ اللَّهَ اطَّلَعَ إِلَى أَهْلِ بَدْرٍ فَقَالَ: اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ”.Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari pamannya, telah menceritakan kepadaku Hasan ibnu Muhammad ibnu Ali, telah menceritakan kepadaku Abdullah ibnu Abu Rafi’. Murrah mengatakan, sesungguhnya Ubaidillah ibnu Abu Rafi’ menceritakan kepadanya bahawa dia pernah mendengar Ali r.a. menceritakan hadis berikut, bahawa Rasulullah Saw. pernah mengutusnya bersama Az-Zubair dan Al-Miqdad seraya berpesan: Berangkatlah kalian bertiga menuju ke kebun Khakh, kerana sesungguhnya di situ kalian akan berjumpa dengan seorang wanita dalam perjalanan. Dia membawa surat, maka ambillah surat itu darinya. Maka kami berangkat dengan memacu kuda kami hingga sampailah kami di kebun tersebut. Ternyata di kebun itu kami menjumpai seorang wanita yang sedang dalam perjalanannya. Maka kami perintahkan kepada wanita itu, “Keluarkanlah surat itu!” Wanita itu berhelah, “Aku tidak membawa surat apa pun.” Kami berkata mengancam, “Kamu harus serahkan kitab itu kepada kami atau kamu akan kami telanjangi.” Akhirnya wanita itu mengeluarkan surat tersebut dari gelung rambutnya, maka kami ambil kitab itu dan membawanya kepada Rasulullah Saw. Ternyata isi surat tersebut dari Hatib ibnu Abu Balta’ah, ditujukan kepada sejumlah orang-orang musyrik di Mekah, memberitahukan kepada mereka rencana yang akan dilakukan oleh Rasulullah Saw. Maka Rasulullah Saw. bertanya, “Hai Hatib, surat apakah ini?” Hatib menjawab, “Jangan engkau tergesa-gesa mengambil keputusan terhadapku, sesungguhnya aku adalah seorang yang hidup menumpang kepada orang-orang Quraisy, dan aku bukanlah seseorang dari kalangan mereka sedangkan di antara kaum Muhajirin yang ada bersama engkau mempunyai kaum kerabat di Mekah yang dapat melindungi keluarganya yang tertinggal. Maka kerana aku tidak mempunyai hubungan kekerabatan dengan mereka, aku bermaksud menggantinya dengan jasa kepada mereka. Dan tidaklah aku berbuat demikian kerana kekafiran, bukan pula kerana murtad dari agamaku, serta tidak pula redha dengan kekufuran sesudah aku masuk Islam.” Maka Rasulullah Saw. bersabda: Dia berkata benar kepada kalian. Umar tidak sabar, dia mengatakan, “Biarkanlah aku memenggal batang leher orang munafik ini.” Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya dia telah ikut dalam Perang Badr, dan tahukah kamu, barangkali Allah melihat kepada ahli Badr, lalu berfirman kepada mereka, “Berbuatlah menurut apa yang kalian kehendaki, sesungguhnya Aku telah memberikan ampunan bagimu.”
Begitulah kisah ini disebut di awal surah ini.
Surah ini memberitahu kepada orang-orang yang beriman untuk memutuskan hubungan dengan orang-orang kafir kerana mereka tidak patut ada hubungan yang rapat dengan orang-orang kafir. Ini telah disentuh dalam ayat terakhir surah sebelum ini, Surah Mujaadilah.
Jadi ayat ini adalah teguran kepada orang-orang mukmin. Ini tidak seperti surah-surah yang lain sebelum ini iaitu teguran kepada orang-orang Munafik.
Surah ini seperti juga Surah Hashr sebelum ini adalah berkenaan perang. Akan disambung perbincangan tentang jihad di dalam surah ini. Dan surah ini adalah surah keempat dari rentetan sepuluh surah yang membincangkan dua perkara iaitu infak dan jihad. Ringkasannya:
1. Hadid – Infak & Jihad
2. Mujadilah – Jihad
3. Hashr – Jihad
4. Mumtahanah – Jihad
5. Saff – Jihad
6. Jumuah – Infak
7. Munafiqun – Infak
8. Taghabun – Infak
9. Talaq – Infak
10. Tahreem – Jihad & Infak
Mumtahanah Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 4 perenggan makro. Ayat 1 – 7 adalah Perenggan Makro Pertama mengajar kita yang kaum mukmin akan setia kepada negaranya. Allah ﷻ mengajar jangan khianati jamaah Muslimin/Negara Islam dengan membocorkan rahsia ketenteraan atau keselamatan negara.
Latar belakang ayat: Nabi Muhammad ﷺ telah mengadakan perbincangan dengan para sahabat untuk menyerang Mekah pada tahun 8 hijrah. Tapi ada sahabat yang sangsi dengan keputusan itu dan ada yang hendak menyelamatkan kawan/keluarga mereka. Ini kerana mereka rapat dengan golongan yang tidak masuk Islam lagi. Maka Allah ﷻ menegur mereka dalam surah ini.
Dalam perenggan ini juga Allah ﷻ suruh kita jadikan Nabi Ibrahim عليه السلام sebagai contoh, kerana baginda ﷺ sanggup berlepas diri dan memutus hubungan dengan kerabat yang kafir yang memusuhi agama Allah ﷻ.
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَتَّخِذوا عَدُوّي وَعَدُوَّكُم أَولِياءَ تُلقونَ إِلَيهِم بِالمَوَدَّةِ وَقَد كَفَروا بِما جاءَكُم مِّنَ الحَقِّ يُخرِجونَ الرَّسولَ وَإِيّاكُم ۙ أَن تُؤمِنوا بِاللهِ رَبِّكُم إِن كُنتُم خَرَجتُم جِهٰدًا في سَبيلي وَابتِغاءَ مَرضاتي ۚ تُسِرّونَ إِلَيهِم بِالمَوَدَّةِ وَأَنا أَعلَمُ بِما أَخفَيتُم وَما أَعلَنتُم ۚ وَمَن يَفعَلهُ مِنكُم فَقَد ضَلَّ سَواءَ السَّبيلِ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Al-Mumtaḥinah: That (Sūrah) Which Examines. Also called “al-Mumtaḥanah,” meaning “The Woman Examined.”
O you who have believed, do not take My enemies and your enemies as allies,¹ extending to them affection while they have disbelieved in what came to you of the truth, having driven out the Prophet and yourselves [only] because you believe in Allāh, your Lord. If you have come out for jihād [i.e., fighting or striving] in My cause and seeking means to My approval, [take them not as friends]. You confide to them affection [i.e., instruction], but I am most knowing of what you have concealed and what you have declared. And whoever does it among you has certainly strayed from the soundness of the way.
* i.e., close associates and friends.
(MELAYU)
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah engkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keredhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَتَّخِذوا عَدُوّي وَعَدُوَّكُم أَولِياءَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia
Teguran ini diberikan kepada para sahabat yang mukmin. Allah ﷻ menegur sahabat yang cuba untuk dapatkan perlindungan daripada Musyrikin Mekah dengan memberitahu bahawa puak Muslim akan menyerang mereka.
Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya dalam ayat yang lain, iaitu:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ}
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. (Al-Maidah: 51)
Seperti yang telah disebut, ada sahabat yang telah memberitahu tentang rancangan umat Islam kepada Musyrikin Mekah. Dia lakukan kerana hendak mengharapkan belas kasihan dari mereka. Tapi Allah ﷻ hendak beritahu yang ini adalah sia-sia sahaja dan tidak akan terjadi kerana mereka itu tidak boleh diharap.
Maka Allah ﷻ larang mereka dan juga kita, dari menjadikan orang-orang kafir sebagai teman setia. Orang-orang kafir itu tidak boleh dipercayai. Kena faham, ‘kafir’ itu adalah mereka yang menentang agama Islam dan orang Islam. Jadi kena bezakan antara ‘non-Muslim’ dan ‘anti-Muslim’ (inilah yang dipanggil kafir). Kalau setakat non-Muslim sahaja, kita masih boleh berkawan dengan mereka dan berbuat baik kepada mereka.
تُلقونَ إِلَيهِم بِالمَوَدَّةِ
yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita), kerana rasa kasih sayang;
Kadangkala orang Islam rasa sayang dengan kenalan atau keluarga mereka yang masih dalam golongan kafir. Maka mereka melakukan perkara untuk kebaikan mereka.
Kerana itulah Asbabun Nuzul (sebab turun) ayat ini adalah tentang sahabat yang beri maklumat rahsia kepada mereka. Bukannya kerana apa tapi kerana sahabat itu sayang kepada orang yang diberi maklumat itu.
Ini menyentuh satu konsep yang dinamakan wala’ wal bara’. Tunjuk sayang dan tunjuk benci. Tunjuk sayang kepada orang yang baik dan tunjuk benci kepada orang yang tidak baik. Begitu juga kita tunjuk suka kepada amalan sunnah dan tunjuk benci kepada amalan bid’ah.
وَقَد كَفَروا بِما جاءَكُم مِّنَ الحَقِّ
padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu,
Tapi Allah ﷻ mengingatkan yang kalau mereka itu kafir (yang menentang Islam), mereka tetap musuh walaupun ada talian kekeluargaan. Ini kerana mereka telah menolak dan menentang kebenaran yang sampai kepada mereka. Kalimah الحق yang disebut dalam ayat ini boleh merujuk kepada Al-Qur’an atau merujuk kepada agama Islam.
Dan menentang keduanya. Maka jangan jadikan mereka sebagai teman rapat. Ini adalah kerana mereka telah ingkar wahyu. Mana boleh orang yang ingkar wahyu dipercayai?
يُخرِجونَ الرَّسولَ وَإِيّاكُم
mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu
Allah ﷻ mengingatkan para sahabat bagaimana Musyrikin Mekah itu telah menghalau Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم dari Mekah. Ini adalah kemuncak permusuhan mereka. Dan jika mereka menghalau manusia yang paling baik (Rasulullah ﷺ) dan mereka percaya itu perbuatan yang benar, maka bagaimana lagi para sahabat boleh berharap mereka akan berbaik dengan mereka?
أَن تُؤمِنوا بِاللهِ رَبِّكُم
kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu.
Allah ﷻ beritahu kenapa Musyrikin Mekah itu menentang dan hendak menyakiti umat Islam bukan kerana kesalahan pun. Ianya kerana para sahabat itu hendak beriman dengan iman tauhid sahaja. Bukannya sebab lain dan bukan kerana ada kesalahan yang dilakukan oleh Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم.
Ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:
{وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللهِ. الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ}
Dan mereka tidak menyeksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha perkasa lagi Maha Terpuji. (Al-Buruj: 8)
Maka Allah ﷻ nak ingatkan yang golongan musyrikin itu bukan teman kepada orang Mukmin. Maka ini adalah teguran untuk kebaikan. Jangan lagi nak berharap kepada mereka yang jelas-jelas menentang agama Islam.
إِن كُنتُم خَرَجتُم جِهٰدًا في سَبيلي وَابتِغاءَ مَرضاتي
Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keredhaan-Ku
Kalau umat Islam berhijrah dahulu dan kemudian keluar untuk berjuang menegakkan agama Allah ﷻ, maka kena tunjuk cara orang berjuang. Perjuangan itu kerana hendak mencari redha Allah ﷻ, bukan sebab yang lain. Jangan berkawan baik dan berharap dengan orang kafir yang menentang Islam.
Maka kalau begitu, jangan belot kepada umat Islam. Jika kamu benar-benar mencari redha Allah ﷻ, maka kenalah terima hakikat ini. Kenalah terima nasihat ini. Jangan cari redha manusia, tapi carilah redha Allah.
تُسِرّونَ إِلَيهِم بِالمَوَدَّةِ
Kamu memberitahukan secara rahsia kepada mereka, kerana rasa kasih sayang.
Allah ﷻ menegur perbuatan sahabat dan orang lain yang memberi maklumat rahsia kepada musuh Islam. Mereka yang melakukan perbuatan itu kerana mereka kasih kepada orang kafir itu. Mereka bukannya hendak menjatuhkan agama, tapi kerana sayang kepada orang sahaja. Tidak salah berkasih dengan orang lain, tapi kena lebih setia kepada Negara Islam.
وَأَنا أَعلَمُ بِما أَخفَيتُم وَما أَعلَنتُم
dan Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.
Walaupun mereka melakukan pembocoran rahsia itu dengan segala macam cara untuk merahsiakannya, tapi Allah ﷻ ingatkan mereka yang Allah ﷻ tahu apa yang mereka lakukan. Tidak ada yang tersembunyi dari Allah ﷻ. Lihatlah dalam kes Hatib ini, Allah tunjukkan secara nyata bahawa Dia tahu apa yang telah dilakukan olehnya. Walaupun dia telah melakukan langkah berahsia sungguh-sungguh.
Allah juga tahu perasaan kasih sayang mereka terhadap golongan kufar. Mereka mungkin sembunyikan, tapi Allah tahu.
وَمَن يَفعَلهُ مِنكُم فَقَد ضَلَّ سَواءَ السَّبيلِ
Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.
Sesiapa yang ada hubungan baik dengan Kafir Harbi sampai membocorkan rahsia kerajaan Islam, maka dia telah sesat dari jalan yang lurus. Ianya adalah dosa yang amat-amat besar.
Ada yang mengatakan Hatib dimaafkan kerana apa yang dia lakukan adalah diplomasi yang dilakukan untuk menyelamatkan keluarganya. Ini seperti firman Allah ﷻ lainnya yang menyebutkan:
{لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ}Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah dia dari pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (seksa)-Nya. (Ali Imran: 28)
Mumtahanah Ayat 2: Allah ﷻ memberitahu kenapa sia-sia sahaja berharap kepada kasih orang kafir. Kerana ia seperti bertepuk sebelah tangan sahaja. Mereka tidak akan membantu umat Islam dan agama Islam.
Orang Islam sahaja yang rasa kasih kepada orang kafir itu, tetapi orang kafir itu tidak kasih pun kepada mereka (kerana mereka benci kepada Islam). Dan orang kafir itu tidak akan layan orang Islam seperti yang diharapkan. Maka, ini umpama orang Islam sahaja terhegeh-hegeh kepada orang kafir. Dan ini tidak patut. Maka Allah ﷻ sekarang beritahu apa yang ada di dalam hati golongan kafir itu.
إِن يَثقَفوكُم يَكونوا لَكُم أَعداءً وَيَبسُطوا إِلَيكُم أَيدِيَهُم وَأَلسِنَتَهُم بِالسّوءِ وَوَدّوا لَو تَكفُرونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
If they gain dominance over you, they would be [i.e., behave] to you as enemies and extend against you their hands and their tongues with evil, and they wish you would disbelieve.
(MELAYU)
Jika mereka menangkap kamu, nescaya mereka bertindak sebagai musuh bagimu dan melepaskan tangan dan lidah mereka kepadamu dengan menyakiti(mu); dan mereka ingin supaya kamu (kembali) kafir.
إِن يَثقَفوكُم يَكونوا لَكُم أَعداءً
Jika mereka menangkap kamu, nescaya mereka bertindak sebagai musuh bagimu
Sekarang Allah ﷻ beritahu apa yang ada dalam hati orang kafir itu. Kerana manusia tidak tahu apa yang ada dalam hati orang lain, maka Allah ﷻ yang beritahu. Allah ﷻ beritahu yang jikalau golongan musyrikin itu dapat tangkap orang Islam itu, mereka pasti akan menyakiti orang Islam. Mereka akan tangkap sebagai musuh, bukan sebagai kawan.
Mungkin ada golongan musuh yang berbaik dengan kita sebelum mereka memang. Tapi sekarang Allah beritahu, kalau mereka menang, mereka akan tunjukkan belang mereka yang sebenar.
وَيَبسُطوا إِلَيكُم أَيدِيَهُم
dan melepaskan tangan mereka kepadamu
Golongan kafir itu akan memanjangkan tangan mereka kepada orang Islam, maksudnya akan bertindak dan berusaha untuk menyakiti orang Islam. Sama ada dengan cara mencederakan, seksa atau bunuh.
وَأَلسِنَتَهُم بِالسّوءِ
dan lidah dengan menyakiti(mu);
Dan mereka akan menggunakan lidah mereka untuk menyakiti umat Islam. Mereka akan kata macam-macam, beri berbagai tuduhan, penipuan dan diayah yang palsu-palsu untuk memburukkan nama Islam.
وَوَدّوا لَو تَكفُرونَ
dan mereka ingin supaya kamu kafir.
Mereka buat itu semua kerana mereka tidak redha dengan keislaman umat Islam. Mereka ingin sangat umat Islam jadi kafir seperti mereka. Mereka tidak suka kalau umat Islam mengamalkan agama. Mereka amat suka kalau kita meninggalkan agama Islam.
Jadi kalau kita berbaik dengan mereka untuk mendapatkan redha mereka, mereka tidak akan redha. Kerana keinginan mereka sebenarnya adalah supaya umat Islam jadi murtad. Takkan kita sampai hendak murtad untuk dapatkan keredhaan mereka?
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Tarikh: 26 Ogos 2021
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi
Maariful Qur’an
TafsirWeb