KISAH TIGA ORANG SAHABAT
Tawbah Ayat 118: Ayat 117 telah menyebut dua golongan Mukmin dan sikap mereka terhadap Perang Tabuk (satu terus pergi dan satu lagi goyang pada mulanya). Sekarang disebut golongan ketiga pula. Asalnya mereka itu ada 10 orang tetapi 7 daripada mereka telah disebut di dalam ayat 102 di mana mereka cepat menyesal dan terus mengikat diri mereka di tiang dan tidak akan melepaskan diri mereka sendiri melainkan Rasulullah ﷺ sendiri lepaskan.
Ayat ini menyebut 3 orang daripada 10 orang itu. Kisah mereka agak panjang.
وَعَلَى الثَّلٰثَةِ الَّذينَ خُلِّفوا حَتّىٰ إِذا ضاقَت عَلَيهِمُ الأَرضُ بِما رَحُبَت وَضاقَت عَلَيهِم أَنفُسُهُم وَظَنّوا أَن لّا مَلجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلّا إِلَيهِ ثُمَّ تابَ عَلَيهِم لِيَتوبوا ۚ إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوّابُ الرَّحيمُ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [He also forgave] the three who were left alone [i.e., boycotted, and then regretted their error] to the point that the earth closed in on them in spite of its vastness¹ and their souls confined [i.e., anguished] them and they were certain that there is no refuge from Allāh except in Him. Then He turned to them so they could repent. Indeed, Allāh is the Accepting of repentance, the Merciful.
- Thus it seemed to them in their extreme distress.
(MALAY)
dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (seksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
وَعَلَى الثَّلٰثَةِ الَّذينَ خُلِّفوا
dan terhadap tiga orang yang ditinggalkan/ditangguhkan
Ini adalah berkenaan tiga orang yang tertinggal; iaitu mereka tertinggal daripada berjihad. Mereka adalah Ka’b ibnu Malik, Hilal ibnu Umayyah, dan Mararah ibnu Rabi’ رضي الله عنهم, semuanya dalam kalangan Ansar. Hilal dan Mararah رضي الله عنهما sudah tua, kecuali Ka’ab رضي الله عنه masih muda. Mereka memang orang Mukmin, tetapi tertinggal kerana mereka leka dan sibuk sampai tidak buat persiapan untuk berjihad ke Tabuk. Mereka tidak sama seperti puak munafiqin yang memang tidak mahu pergi pun. Mereka ini ada banyak jasa kepada agama Islam kerana mereka telah terlibat di dalam Bai’atul Aqabah bersama Rasulullah ﷺ semasa baginda di Mekah lagi. Mereka bersumpah untuk mempertahankan baginda.
Atau ia boleh juga bermaksud: ke atas tiga orang yang dilewatkan penerimaan taubat mereka. Mereka mengaku mereka salah dan Nabi ﷺ suruh tunggu keputusan daripada Allah ﷻ. Allah ﷻ telah membuat keputusan supaya mereka itu dipulaukan – tidak boleh ditegur, beri salam pun tidak boleh dijawab, isteri mereka pun tidak boleh tidur sekali dengan mereka. Kejadian ini berlangsung selama 50 hari.
Mereka boleh sahaja pergi berjumpa Nabi Muhammad ﷺ dan beri alasan seperti alasan yang diberikan oleh golongan Munafik. Akan tetapi mereka ikhlas memberitahu bahawa mereka memang salah. Disebabkan kejujuran itulah mereka telah diuji dan kerana mereka jujur jugalah Allah ﷻ menerima taubat mereka.
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ وَكَانَ قَائِدَ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ كَعْبَ بْنَ مَالِكٍ يُحَدِّثُ حِينَ تَخَلَّفَ عَنْ قِصَّةِ تَبُوكَ فَوَاللَّهِ مَا أَعْلَمُ أَحَدًا أَبْلَاهُ اللَّهُ فِي صِدْقِ الْحَدِيثِ أَحْسَنَ مِمَّا أَبْلَانِي مَا تَعَمَّدْتُ مُنْذُ ذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى يَوْمِي هَذَا كَذِبًا وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { لَقَدْ تَابَ اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ وَالْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ إِلَى قَوْلِهِ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ }
Daripada [‘Abdullah bin Ka’ab bin Malik] – dia adalah pembantu Ka’ab bin Malik- dia berkata; Aku mendengar [Ka’ab bin Malik رضي الله عنه] bercerita mengenai ketertinggalannya daripada perang Tabuk. Demi Allah, setahu saya tidak ada seorang muslim yang telah diuji Allah dalam kejujuran ucapannya, yang ia lebih baik daripada apa yang telah diujikan Allah kepada saya sejak saya ceritakan hal ini kepada Rasulullah ﷺ, saya tidak pernah bermaksud untuk berdusta kepada Rasulullah ﷺ hingga sekarang ini. Allah ﷻ berfirman kepada Rasulullah-Nya: “Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin, dan orang-orang Ansar hingga ayat: ‘dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang jujur.’ (At-Tawbah (9): 117-119).
(Sahih Bukhari (3710))
حَتّىٰ إِذا ضاقَت عَلَيهِمُ الأَرضُ بِما رَحُبَت
hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas
Mereka dipulau dan mereka amat tertekan dengan kaedah itu, sehinggakan bumi Madinah yang luas itu terasa sempit. Bayangkan, tidak ada sesiapa pun yang boleh layan mereka, sampai kalau mereka beri salam pun orang Islam yang lain tidak dibenarkan untuk balas. Mereka rasa mereka bersendirian sahaja dalam dunia. Ini adalah kerana mereka sedar yang mereka telah melakukan kesalahan. Kesannya dada mereka rasa ketat sangat. Begitulah orang Mukmin kalau melakukan kesalahan, akan rasa begitu. Kalau tidak bersalah, duduk dalam penjara pun rasa aman sebagaimana yang disebut oleh Nabi Yusuf عليه السلام di dalam Yusuf: 33
قالَ رَبِّ السِّجنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمّا يَدعونَني إِلَيهِ
Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku.
Begitulah yang kita harapkan berlaku kepada kita iaitu ketenangan walau di mana pun kita berada dan betapa sulitnya situasi kita. Kita juga patut mengambil iktibar daripada kisah Ibnu Taimiyyah رحمه الله yang berkali-kali dipenjarakan dalam tempoh yang lama:
Ibnul Qayyim رحمه الله mengatakan, “Allah Taala pasti tahu bahawa aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih bahagia hidupnya daripada beliau, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Padahal kondisi kehidupan beliau sangat susah, jauh daripada kemewahan dan kesenangan duniawi, bahkan sangat prihatin. Ditambah lagi dengan seksaan dan penderitaan yang beliau alami di jalan Allah Taala, iaitu berupa seksaan dalam penjara, ancaman dan penindasan daripada musuh-musuh beliau. Namun bersamaan dengan itu semua, aku dapati bahawa beliau adalah termasuk orang yang paling bahagia hidupnya, paling lapang dadanya, paling tegar hatinya dan paling tenang jiwanya. Terpancar pada wajah beliau sinar kenikmatan hidup yang beliau rasakan. Kami (murid-murid Ibnu Taimiyyah), jika kami ditimpa perasaan gundah gulana atau muncul dalam diri kami prasangka-prasangka buruk atau ketika kami merasakan kesempitan hidup, kami segera mendatangi beliau untuk meminta nasihat, maka dengan hanya memandang wajah beliau dan mendengarkan nasihat beliau, serta merta hilang semua kegundahan yang kami rasakan dan berganti dengan perasaan lapang, tegar, yakin dan tenang”.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله pun sering mengatakan berulang kali pada Ibnul Qoyyim رحمه الله, “Apa yang dilakukan oleh musuh-musuhku terhadapku? Sesungguhnya keindahan syurga dan tamannya ada di hatiku.”
Begitu pula Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله pernah mengatakan tatkala beliau berada di dalam penjara, padahal di dalamnya penuh dengan kesulitan, namun beliau masih mengatakan, “Seandainya benteng ini dipenuhi dengan emas, tidak ada yang bisa menandingi kenikmatanku berada di sini.”
Namun begitu itu tidak dirasai oleh Ka’ab dan dua orang lagi sahabat رضي الله عنهم. Ini kerana mereka tahu yang mereka berdosa. Mereka amat menyesal dan amat takut. Inilah bezanya antara orang Mukmin dan ahli maksiat. Lain cara mereka memandang dosa mereka. Ini seperti disebut di dalam hadith,
عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا
Daripada Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه berkata, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya seorang mukmin (ketika) dia melihat dosa-dosanya, adalah seperti (ketika) dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya. Sedangkan seorang fajir (orang yang selalu berbuat dosa), ketika dia melihat dosa-dosanya adalah seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang (dia menganggap remeh dosa).”
(Sahih Bukhari No. 6309)
وَضاقَت عَلَيهِم أَنفُسُهُم
dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka,
Mereka dipulaukan hingga jiwa mereka terasa sempit. Mereka berasa amat takut sekali, kerana kalaulah mereka mati masa itu, mereka tahu mereka akan nahas di akhirat. Kalau di dunia, mereka tidak ditegur oleh puak mukmin yang lain, mereka amat takut kalau Allah ﷻ pun tidak tegur mereka di akhirat kelak. Jiwa mereka terasa sempit dan tertekan sekali dek kerana terlalu takut.
وَظَنّوا أَن لّا مَلجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلّا إِلَيهِ
serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (seksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja.
Kalimah ظَنّوا di sini bermaksud ‘mereka yakin’. Mereka amat tahu yang tidak ada keselamatan daripada Allah ﷻ, melainkan kena mengadap Allah ﷻ juga. Oleh itu, ke mana lagi mereka mahu pergi? Tidak ada tempat lain lagi, kecuali kepada Allah ﷻ jua! Misalnya anak-anak kecil kita yang berbuat salah dan kita marahi mereka, tentu mereka menangis, tetapi dia tidak dapat hendak pergi ke manapun kerana walaupun kita yang marah mereka, mereka tahu mereka tidak ada tempat lain lagi untuk pergi, kecuali kepada kita juga! Oleh itu, kalau kita marah mereka, mereka akan menangis dan nama Abba dan Ibbu juga yang mereka akan sebut.
Maka hikmah kepada tiga orang sahabat ini adalah mereka lebih yakin dengan penjagaan Allah ﷻ. Bagi mereka lagi mereka dipulau, lagi mereka sedar yang mereka tidak ada tempat lain untuk berlindung. Pengharapan mereka kepada Allah ﷻ semakin bertambah. Walaupun kita tidak melalui ujian kepada mereka itu tetapi kita sekarang sedang belajar mengenainya.
ثُمَّ تابَ عَلَيهِم لِيَتوبوا
Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya.
Hanya selepas 50 hari, baru Allah ﷻ menerima juga taubat mereka. Allah ﷻ telah menerima taubat mereka supaya mereka tetap berada di dalam taubat mereka. Alhamdulillah, Allah ﷻ terima juga taubat mereka dan alangkah gembiranya hati mereka itu. Allah ﷻ buat begitu supaya lain kali, kalau buat silap, manusia tahu yang mereka mesti bertaubat juga. Allah ﷻ mengajar kita yang kita kena sentiasa taubat dan kena terus mengharapkan penerimaan taubat daripada Allah ﷻ.
Ini adalah kelebihan yang diberikan kepada tiga orang sahabat ini. Iaitu mereka diberitahu yang taubat mereka diterima Allah ﷻ! Kita yang selalu bertaubat ini bukannya boleh tahu Allah ﷻ terima taubat kita ataupun tidak. Kerana itulah kita sentiasa takut entah-entah Allah ﷻ tidak terima taubat kita (maka hendaklah terus menerus kita bertaubat dan istighfar). Akan tetapi mereka bertiga ini disebut di dalam Al-Qur’an yang taubat mereka diterima! Alangkah hebatnya! Inilah kelebihan yang Allah ﷻ berikan kerana mereka jujur dan sanggup melalui kesusahan demi mendapatkan keampunan daripada Allah ﷻ.
Bacalah sendiri kisah ayat ini daripada mulut Ka’ab bin Malik رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ sendiri:
أَبِي كَعْبَ بْنَ مَالِكٍ وَهُوَ أَحَدُ الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ تِيبَ عَلَيْهِمْ أَنَّهُ لَمْ يَتَخَلَّفْ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةٍ غَزَاهَا قَطُّ غَيْرَ غَزْوَتَيْنِ غَزْوَةِ الْعُسْرَةِ وَغَزْوَةِ بَدْرٍ قَالَ فَأَجْمَعْتُ صِدْقِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضُحًى وَكَانَ قَلَّمَا يَقْدَمُ مِنْ سَفَرٍ سَافَرَهُ إِلَّا ضُحًى وَكَانَ يَبْدَأُ بِالْمَسْجِدِ فَيَرْكَعُ رَكْعَتَيْنِ وَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ كَلَامِي وَكَلَامِ صَاحِبَيَّ وَلَمْ يَنْهَ عَنْ كَلَامِ أَحَدٍ مِنْ الْمُتَخَلِّفِينَ غَيْرِنَا فَاجْتَنَبَ النَّاسُ كَلَامَنَا فَلَبِثْتُ كَذَلِكَ حَتَّى طَالَ عَلَيَّ الْأَمْرُ وَمَا مِنْ شَيْءٍ أَهَمُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَمُوتَ فَلَا يُصَلِّي عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ يَمُوتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَكُونَ مِنْ النَّاسِ بِتِلْكَ الْمَنْزِلَةِ فَلَا يُكَلِّمُنِي أَحَدٌ مِنْهُمْ وَلَا يُصَلِّي وَلَا يُسَلِّمُ عَلَيَّ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَوْبَتَنَا عَلَى نَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ بَقِيَ الثُّلُثُ الْآخِرُ مِنْ اللَّيْلِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ أُمِّ سَلَمَةَ وَكَانَتْ أُمُّ سَلَمَةَ مُحْسِنَةً فِي شَأْنِي مَعْنِيَّةً فِي أَمْرِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أُمَّ سَلَمَةَ تِيبَ عَلَى كَعْبٍ قَالَتْ أَفَلَا أُرْسِلُ إِلَيْهِ فَأُبَشِّرَهُ قَالَ إِذًا يَحْطِمَكُمْ النَّاسُ فَيَمْنَعُونَكُمْ النَّوْمَ سَائِرَ اللَّيْلَةِ حَتَّى إِذَا صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْفَجْرِ آذَنَ بِتَوْبَةِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَكَانَ إِذَا اسْتَبْشَرَ اسْتَنَارَ وَجْهُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ قِطْعَةٌ مِنْ الْقَمَرِ وَكُنَّا أَيُّهَا الثَّلَاثَةُ الَّذِينَ خُلِّفُوا عَنْ الْأَمْرِ الَّذِي قُبِلَ مِنْ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ اعْتَذَرُوا حِينَ أَنْزَلَ اللَّهُ لَنَا التَّوْبَةَ فَلَمَّا ذُكِرَ الَّذِينَ كَذَبُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الْمُتَخَلِّفِينَ وَاعْتَذَرُوا بِالْبَاطِلِ ذُكِرُوا بِشَرِّ مَا ذُكِرَ بِهِ أَحَدٌ قَالَ اللَّهُ سُبْحَانَهُ { يَعْتَذِرُونَ إِلَيْكُمْ إِذَا رَجَعْتُمْ إِلَيْهِمْ قُلْ لَا تَعْتَذِرُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكُمْ قَدْ نَبَّأَنَا اللَّهُ مِنْ أَخْبَارِكُمْ وَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ } الْآيَةَ
[Telah mengabarkan Ka’ab bin Malik رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] – dia adalah salah satu daripada tiga orang yang diterima taubatnya- bahawa dia tidak pernah tertinggal daripada Rasulullah ﷺ dalam peperangan yang baginda ikuti selain dua peperangan iaitu perang ‘Usrah dan perang Badar. Dia berkata; Maka aku pun berusaha untuk mengungkapkan kejujuranku kepada Rasulullah ﷺ di waktu dhuha. Kerana sudah menjadi tradisi baginda apabila datang dari suatu perjalanan baginda selalu Solat Dhuha. Baginda selalu ke masjid terlebih dahulu kemudian solat dua raka’at. Baginda melarangku dan kedua sahabatku untuk berbicara. Padahal baginda tidak melarang orang yang tertinggal selainku. Hingga orang-orang pun menjauhi untuk berbicara kepada kami. Hal itu terjadi begitu lama. Dan tidaklah yang membuatku cemas kecuali rasa takutku apabila aku mati sedangkan Nabi ﷺ tidak mahu mensolatiku. Atau Nabi ﷺ yang wafat, hingga aku termasuk orang yang buruk keadaannya, tidak seorang pun yang mahu berbicara denganku, dan tidak mahu mensolati serta mengucapkan salam kepadaku. Kemudian Allah ﷻ menurunkan ayat kepada Nabi ﷺ pada sepertiga malam terakhir yang memberitakan taubat kami. Pada waktu itu Rasulullah ﷺ berada di sisi Ummu Salamah رضي الله عنها. Ummu Salamah رضي الله عنها adalah orang yang senantiasa menyebut kebaikan-kebaikan urusanku dan membelaku. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Ya Ummu Salamah, Ka’ab telah diterima taubatnya.’ Ummu Salamah رضي الله عنها berkata; Apakah aku harus mengutus seseorang kepadanya untuk memberikan khabar gembira? Baginda bersabda: Jangan, nanti orang-orang akan memukuli kamu dan menahan kamu daripada tidur di malam hari. Hingga tatkala Rasulullah ﷺ solat Subuh baginda mengumumkan bahawa Allah ﷻ telah menerima taubat kami. Dan baginda apabila sedang memberi khabar gembira, wajah baginda kelihatan bersinar seperti bersinarnya sebahagian bulan. Dan kamilah yang dimaksudkan ayat, tiga orang yang menyelisihi perintah, yang kemudian diterima alasannya daripada orang-orang yang meminta izin untuk tidak berperang. Iaitu ketika Allah ﷻ menurunkan penerimaan taubat kami. Padahal dulu tatkala disebutkan orang-orang yang mendustakan Rasulullah ﷺ, iaitu orang-orang yang tidak ikut berperang dan beralasan dengan alasan yang batil. Mereka dikatakan sebagai sejelek-jelek manusia. Allah ﷻ berfirman: Mereka (orang-orang munafik) mengemukakan ‘uzurnya kepadamu, apabila kamu telah kembali kepada mereka (dari medan perang). Katakanlah: “Janganlah kamu mengemukakan ‘uzur; kami tidak percaya lagi kepadamu, (kerana) sesungguhnya Allah telah memberitahukan kepada kami beritamu yang sebenarnya. Dan Allah serta Rasul-Nya akan melihat pekerjaanmu…. (At Tawbah: 94).
(Sahih Bukhari (4309))
إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوّابُ الرَّحيمُ
Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Kita kena sedar yang sesungguhnya Allah ﷻ sangat suka menerima taubat orang yang mahu bertaubat. Allah ﷻ sanggup terima taubat manusia yang berkali-kali, tidak kira berapa kali mereka telah buat salah, berapa banyak pun kesalahan mereka. Inilah sebahagian daripada maksud التَّوّابُ itu kerana ia di dalam bentuk mubalaghah (ekstrem) iaitu Allah ﷻ sangat-sangat penerima taubat.
Allah ﷻ lebih suka kepada taubat kita, lebih lagi daripada seorang lelaki yang kehilangan untanya semasa dalam musafir, dan kemudian menjumpainya. Allah ﷻ beri perumpamaan ini di dalam sebuah hadith;
الَلَّهُ أَشَدُّ فَرَحًا بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ حِينَ يَتُوبُ إِلَيْهِ مِنْ أَحَدِكُمْ كَانَ عَلَى رَاحِلَتِهِ بِأَرْضِ فَلاَةٍ فَانْفَلَتَتْ مِنْهُ وَعَلَيْهَا طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ فَأَيِسَ مِنْهَا فَأَتَى شَجَرَةً فَاضْطَجَعَ فِى ظِلِّهَا قَدْ أَيِسَ مِنْ رَاحِلَتِهِ فَبَيْنَا هُوَ كَذَلِكَ إِذَا هُوَ بِهَا قَائِمَةً عِنْدَهُ فَأَخَذَ بِخِطَامِهَا ثُمَّ قَالَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ اللَّهُمَّ أَنْتَ عَبْدِى وَأَنَا رَبُّكَ.أَخْطَأَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ
“Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat pada-Nya melebihi kegembiraan seseorang di antara kalian yang berada di atas kenderaannya dan berada di suatu tanah yang luas (padang pasir), kemudian haiwan yang ditungganginya lari meninggalkannya. Padahal di haiwan tunggangannya itu ada bekalan makan dan minumnya. Sehingga dia pun menjadi putus asa. Kemudian dia mendatangi sebuah pohon dan tidur berbaring di bawah naungannya dalam keadaan hati yang telah berputus asa. Tiba-tiba ketika dia dalam keadaan seperti itu, kenderaannya tampak berdiri di sisinya, lalu dia mengambil ikatnya. Kerana sangat gembiranya, maka dia berkata, ‘Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Rabb-Mu.’ Dia telah salah mengucapkan kerana sangat gembiranya.”
(Sahih Muslim No. 2747)
Ini adalah kerana Allah ﷻ amat sayang dan kasih kepada hamba-Nya dan Dia akan memberi peluang kepada hamba-Nya berkali-kali. Asalkan mereka tetap mencari keampunan daripada-Nya. Malah Allah ﷻ tidak terus mengazab kita setiap kali kita melakukan dosa. Kalaulah Allah ﷻ buat begitu, tentu tidak ada manusia yang masih hidup lagi di atas muka bumi seperti firman-Nya dalam Fatir: 45
وَلَو يُؤاخِذُ اللهُ النّاسَ بِما كَسَبوا ما تَرَكَ عَلىٰ ظَهرِها مِن دابَّةٍ وَلٰكِن يُؤَخِّرُهُم إِلىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى
Dan kalau sekiranya Allah menyeksa manusia disebabkan usahanya, nescaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi suatu makhluk yang melata pun akan tetapi Allah menangguhkan (penyeksaan) mereka, sampai waktu yang tertentu;
Sekian Ruku’ 14 daripada 16 ruku’ dalam surah ini.
Tawbah Ayat 119:
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكونوا مَعَ الصّٰدِقينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
O you who have believed, fear Allāh and be with those who are true.
(MALAY)
Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ
Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah,
Sekarang ada pengajaran penting diberikan kepada orang-orang yang beriman (atau yang mengaku beriman). Hendaklah mereka bertaqwa. Namun bukankah taqwa itu sama seperti iman? Itulah apabila Allah ﷻ meletakkan iman dan taqwa di dalam satu ayat sebegini, ia menjelaskan kepada kita yang taqwa dan iman itu tidak sama. Taqwa itu lebih tinggi lagi tingkatannya daripada iman. Sebab itu kita tidak pernah dengar suruhan kepada orang bertaqwa untuk beriman kerana sudah pasti orang yang bertaqwa itu telah beriman. Akan tetapi orang yang beriman, belum tentu lagi bertaqwa.
Perkataan Taqwa (تَقْوَى) bermaksud ‘Takut kepada Allah ﷻ’. Akan tetapi ‘takut’ adalah sebahagian sahaja daripada maksud taqwa. Ia berasal daripada perkataan wiqaya (وقى) yang membawa erti ‘perlindungan, mempertahankan diri’. Orang yang bertaqwa digelar MUTTAQI. Taqwa dari segi syara’ membawa erti: orang yang benar-benar tunduk kepada perintah Allah ﷻ dan syariatnya, dan akan melahirkan rasa benar-benar takut akan Allah ﷻ. Syarat menjadi orang yang bertaqwa ialah seseorang mesti beriman dahulu.
Kerana itulah orang beriman disuruh berpuasa sebagai peningkatan kepada tahap taqwa. Ini disebut di dalam Baqarah: 183
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِّيامُ كَما كُتِبَ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Tingkatan taqwa adalah tingkatan yang tertinggi di sisi Allah ﷻ seperti firman-Nya di dalam Hujurat: 13
إِنَّ أَكرَمَكُم عِندَ اللهِ أَتقٰكُم
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu
Allah ﷻ berfirman di dalam Baqarah: 197
وَتَزَوَّدوا فَإِنَّ خَيرَ الزّادِ التَّقوىٰ
dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa;
Kerana itu adalah ulama’ yang membahagikan kedudukan Muslim kepada 5 tingkatan:
-
- Muslim – Orang Islam
- Mukmin – Orang Yang Beriman
- Muhsin – Orang yang memperbaiki amalan-amalannya agar berkualiti
- Mukhlis – Orang Yang Ikhlas di dalam amalan-amalannya
- Muttaqi – Orang yang mencapai maqam Taqwa.
Pendek kata, orang Islam yang beriman dan berusaha memperbaiki amalan (Ihsan) dan Ikhlas kepada Allah ﷻ, dengan izinnya akan mencapai maqam Taqwa. Begitulah serba ringkas hubung kait dan ciri-ciri Islam, Iman dan Taqwa.
وَكونوا مَعَ الصّٰدِقينَ
dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.
Kemudian Allah ﷻ mengingatkan kita semua hendaklah jadi orang yang benar sebagaimana tiga orang sahabat itu. Salah seorang daripada mereka adalah Ka’ab bin Malik رضي الله عنه. Beliau telah berkata walaupun asalnya beliau amat sedih, namun akhirnya beliau gembira kerana kisahnya ada dalam Al-Qur’an. Beliau amat berbangga kerana dijadikan contoh sebagai orang yang benar. Walaupun ia pahit pada mulanya sehingga beliau dipulaukan selama 50 hari, namun ia adalah perkara terbaik yang pernah beliau lakukan.
Memang berkata benar itu adalah sesuatu yang kita mesti lakukan walaupun ia payah. Rasulullah ﷺ selalu mengingatkan perkara ini antaranya seperti disebut di dalam hadith;
عَنْ أَبِي بَكْرٍ أَنَّهُ سَمِعَهُ حِينَ تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْأَوَّلِ مَقَامِي هَذَا ثُمَّ بَكَى ثُمَّ قَالَ عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّهُ مَعَ الْبِرِّ وَهُمَا فِي الْجَنَّةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّهُ مَعَ الْفُجُورِ وَهُمَا فِي النَّارِ وَسَلُوا اللَّهَ الْمُعَافَاةَ فَإِنَّهُ لَمْ يُؤْتَ رَجُلٌ بَعْدَ الْيَقِينِ شَيْئًا خَيْرًا مِنْ الْمُعَافَاةِ ثُمَّ قَالَ لَا تَقَاطَعُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Daripada [Abu Bakar رضي الله عنه], bahawasanya beliau mendengarnya ketika Rasulullah ﷺ wafat, beliau berkata; Rasulullah ﷺ berdiri di tahun pertama pada tempatku ini kemudian menangis lalu bersabda: “Berlaku jujurlah, kerana kejujuran bersama kebaikan dan keduanya berada di syurga, dan jauhilah dusta, kerana ia bersama dosa dan keduanya berada di neraka, dan mohonlah keselamatan kepada Allah, kerana sesungguhnya tidaklah seseorang diberi sesuatu setelah dia beriman yang lebih baik daripada keselamatan.” Kemudian baginda melanjutkan “Janganlah kalian saling memutus tali silaturahim, saling menghindar, saling membenci, dan jangan pula saling dengki, akan tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara.”
(Sahih Imam Bukhari (17))
Maka apakah yang dimaksudkan dengan الصّٰدِقينَ? Itulah apabila kita bercakap sama dengan apa yang di dalam hati kita. Percakapan kita juga sama dengan perbuatan kita. Adakah kita الصّٰدِقينَ? Kadangkala apa kita cakap tidak sama dengan apa yang kita buat. Sebagai contoh kita kata kita akan mati dan akan menghadapi Akhirat, tetapi perbuatan kita di dunia tidak menunjukkan pun yang kita buat persediaan kepada Akhirat. Seolah-olah kita hidup takkan mati-mati pula nampaknya. Perbuatan kita mengikut nafsu sahaja, bukan?
Ayat ini berbunyi وَكونوا مَعَ الصّٰدِقينَ (dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar) dan bukannya وَكونو الصّٰدِقينَ (dan jadilah kamu orang yang benar). Ini mengajar kita untuk memilih orang yang baik-baik untuk dijadikan sebagai kawan. Kalau salah memilih kawan maka kita akan terkesan dan ikut cara hidup mereka.
Terdapat banyak pengajaran daripada kisah Ka’ab bin Malik رضي الله عنه ini. Terasa rugi kalau tidak diberikan hadith yang penuh walaupun panjang. Mari kita perhatikan hadithnya dan pengajaran yang kita boleh ambil daripadanya. Mari kita lihat hadithnya.
Kemaskini: 23 Julai 2023
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan


