Tafsir Surah al-A’raf Ayat 196 – 201 (Nasihat tentang dakwah)

Ayat 196: Allah suruh kita bergantung harap dengan Dia sahaja, jangan berharap kepada selain dariNya.

إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذي نَزَّلَ الكِتابَ ۖ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصّالِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, my protector is Allāh, who has sent down the Book; and He is an ally to the righteous.

MALAY

“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan”

إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذي نَزَّلَ الكِتابَ

“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), 

Wali kita yang sebenar adalah Allah. Maka dalam setiap perkara, kita hendaklah meletakkan pengharapan kepada Allah, terutama sekali dalam perkara luar asbab (perkara yang hanya Allah boleh lakukan. Sebagai contoh: penyembuhan penyakit).

Kalau perkara luar asbab (tolong angkat barang), maka bolehlah untuk kita meminta tolong kepada makhluk lain, cuma kita tidak boleh juga bergantung harap sepenuhnya dengan makhluk. Kerana makhluk tidak boleh melakukan apa-apa tanpa izin dari Allah.

Ini adalah sambungan kata-kata yang Allah suruh Rasulullah sebut: Allah-lah yang melindungiku dan memberikan kecukupan kepadaku, Dialah yang menolongku, hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan hanya kepada-Nya aku berlindung, Dia adalah Pelindungku di dunia dan akhirat. Dia adalah Pelindung semua orang yang saleh sesudahku.

Allah telah menurunkan Qur’an dan telah memperjelaskan segala perkara tentang agama yang kita perlu faham. Maka hendaklah kita mempelajari tafsir Qur’an untuk memahami Qur’an itu.

وَهُوَ يَتَوَلَّى الصّالِحينَ

dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan”

Allah bukan sahaja menjaga Nabi Muhammad sahaja, tapi Dia juga menjaga orang soleh yang lain. Maka kalau kita mahukan pertolongan dari Allah maka hendaklah kita menjadi insan yang Soleh. Jadi kita kenalah berharap kepada Allah sahaja.


Ayat 197: Pengulangan semula ayat berkenaan sia-sia meminta dan berharap kepada selain Allah.

وَالَّذينَ تَدعونَ مِن دونِهِ لا يَستَطيعونَ نَصرَكُم وَلا أَنفُسَهُم يَنصُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those you call upon besides Him are unable to help you, nor can they help themselves.”

MALAY

Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.

وَالَّذينَ تَدعونَ مِن دونِهِ لا يَستَطيعونَ نَصرَكُم

Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, 

Ketahuilah, roh-roh yang kamu seru itu, sama ada Nabi, wali, malaikat atau jin, mereka tidak mampu pun menolong kamu. Sia-sia sahaja kalau kamu meletakkan pengharapan kepada mereka.

وَلا أَنفُسَهُم يَنصُرونَ

bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.

Bagaimana mungkin mereka boleh menolong kamu, sedangkan diri mereka sendiri pun mereka tidak boleh bantu.

Banyak kali Allah ulang-ulang tentang perkara akidah ini kerana Qur’an sedang bercakap kepada kaum yang degil (Musyrikin Mekah) yang tidak mahu mendengar kebenaran. Maka mereka kena diberitahu berkali-kali.

Begitulah juga kepada orang kita pun, ramai yang masih tidak faham-faham tentang kesalahan syirik ini kerana mereka tidak mahir tentang tauhid. Maka banyak amalan mereka yang jelas-jelas syirik dan ada yang mungkin termasuk dalam syirik.


Ayat 198:

وَإِن تَدعوهُم إِلَى الهُدىٰ لا يَسمَعوا ۖ وَتَراهُم يَنظُرونَ إِلَيكَ وَهُم لا يُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if you invite them to guidance, they do not hear; and you see them looking at you while they do not see.

MALAY

Dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya; dan engkau nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka tidak melihat.

وَإِن تَدعوهُم إِلَى الهُدىٰ لا يَسمَعوا

Dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya;

Dan kalaulah manusia seru kepada sembahan-sembahan selain Allah itu, minta kepada hidayat, mereka yang diseru itu tidak dapat dengar pun. Maka ianya adalah perkara sia-sia sahaja.

وَتَراهُم يَنظُرونَ إِلَيكَ وَهُم لا يُبصِرونَ

dan engkau nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka tidak melihat.

Dan kalau patung itu ada diukir mata padanya, nampak macam tengok kita, tapi pastinya patung itu tidak melihat pun kepada kita. Itu bukannya mata betul pun dan Musyrikin Mekah pun tahu perkara ini.

Allah nak membatalkan fahaman syirik yang berlaku di kalangan masyarakat Mekah yang menyeru selain Allah untuk selesaikan masalah mereka. Allah nak beritahu yang perbuatan mereka itu sia-sia sahaja, kerana mereka tidak mendengar dan tidak melihat pun.

Begitulah juga kepada masyarakat kita yang masih tidak faham hal syirik ini dan kerana itu mereka menyeru Nabi, wali dan malaikat. Mereka yang diseru selain Allah itu tidak mendengar pun sekian manusia. Maka sia-sia sahaja seruan itu.


Ayat 199:

خُذِ العَفوَ وَأمُر بِالعُرفِ وَأَعرِض عَنِ الجاهِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Take what is given freely,¹ enjoin what is good, and turn away from the ignorant.

  • From the dispositions of men or from their wealth. In other words, be easy in dealing with them and avoid causing them difficulty.

MALAY

Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).

خُذِ العَفوَ

Jadilah engkau pemaaf,

Berpeganglah dengan kemaafan. Dan kalau mereka masih degil juga tidak mahu berpegang kepada tauhid, setelah banyak kali kita ingatkan mereka, maka biarkanlah sahaja mereka. Ini kerana tidak ada paksaan dalam agama.

Allah memerintahkan Nabi Saw. agar bersifat pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi orang-orang musyrik selama sepuluh tahun (surah ini diturunkan di hujung-hujung masa baginda di Mekah sebelum hijrah). Kemudian Nabi Saw. diperintahkan untuk bersikap kasar terhadap mereka (apabila arahan berperang nanti setelah Muslim kuat di Madinah nanti). Pendapat inilah yang dipilih oleh Ibnu Jarir.

Ini adalah sunnah – kita belajar bagaimana Nabi Muhammad begitu pemaaf dan lembut dalam dakwah baginda. Memang Allah layak untuk murka kepada mereka yang mengamalkan syirik, tapi kita kena ada berperasaan lemah lembut kepada manusia.

Kerana kita sedang berdakwah dan sikap yang lembut penting dalam dakwah. Manusia bukan tengok apa yang kita cakap sahaja tapi manusia pun melihat dan menilai sikap kita.

Sekalipun hal ini merupakan perintah kepada Nabi-Nya, sesungguhnya hal ini juga merupakan pelajaran bagi makhluk-Nya untuk bersikap sabar dalam menghadapi gangguan orang-orang yang berbuat aniaya kepada mereka dan memusuhi mereka.

Tetapi pengertiannya bukan bererti berpaling dari orang-orang yang tidak mengerti perkara yang hak lagi wajib yang termasuk hak Allah, tidak pula bersikap toleransi terhadap orang-orang yang ingkar kepada Allah, tidak mengetahui keesaan-Nya, maka hal tersebut harus diperangi oleh kaum Muslim.

Kena pandai menilai bilakah masa berlembut dan bilakah pula kita kena berkeras. Ini memang payah hendak ditentukan jadi kena mereka yang sedang berada dalam suasana itu yang perlu menilainya sendiri.

وَأمُر بِالعُرفِ

dan suruhlah dengan perkara yang baik,

Dan teruslah berdakwah dengan memberitahu perkara yang betul dalam syariat kepada mereka. Kena jalankan amar makruf nahi mungkar. Tegur tetap kena tegur walaupun ramai tidak suka dengan teguran.

Perkara ‘makruf’ bermaksud perkara yang memang telah diketahui sebagai baik. Tidak perlu dijelaskan sangat kerana manusia memang sudah tahu mana baik dan mana buruk sebenarnya. Cuma perlu diingatkan sahaja kerana manusia mudah lupa.

وَأَعرِض عَنِ الجاهِلينَ

serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil

Dan jangan peduli terhadap sambutan dan balasan dari orang yang jahil. Mereka yang menentang, pasti akan berkata dengan perkataan yang bodoh, kerana mereka tidak ada ilmu. Kalau mereka tidak suka dengan dakwah kita, ada yang memaki, ada yang mencarut dan ada yang menuduh macam-macam tuduhan.

Jangan dilayan kata-kata mereka, kerana kalau dilayan, lagilah mereka akan naik minyak kerana mereka sudah dapat ‘tangkap’ kita. Apabila kita tidak layan persoalan bodoh mereka, tentu mereka sendiri yang akan rasa ‘kepanasan’. Kalau kita sibuk melayan kebodohan mereka, kita sendiri terjerumus dalam kebodohan dan buang masa kita. Adalah lebih baik, kita layan mereka yang mahu mendengar dan ikhlas untuk mengetahui.


Ayat 200:

وَإِمّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيطانِ نَزغٌ فَاستَعِذ بِاللَّهِ ۚ إِنَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if an evil suggestion comes to you from Satan, then seek refuge in Allāh. Indeed, He is Hearing and Knowing.

MALAY

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

وَإِمّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيطانِ

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan,

Dalam kita berdakwah kepada manusia, ada keadaan berlaku perkara yang mengganggu jiwa yang datang dari bisikan syaitan. Kita sibuk dakwah, tapi ada juga yang kacau, caci kita, kutuk kita, hina kita dan tanya soalan yang bodoh, sampai menyebabkan kita jadi marah, benci dan sebagainya. Ini memang biasa sahaja terjadi kalau sudah mula berdakwah.

Memang panas hati kita kalau dibalas begitu. Tapi ingatlah jangan kita ‘sembur’ mereka pula dengan mengeluarkan kata-kata nista. Kerana kalau marah tidak dikawal, entah apa yang kita akan ucapkan dari mulut kita dan riak wajah kita. Itu semua adalah kerana bisikan dan hasutan dari syaitan yang mengapi-apikan perasaan kita (“takkan kamu nak biar dia cakap macam itu????). Syaitan mahu orang benci dengan kita disebabkan oleh sikap panas baran kita.

Sehubungan dengan pengertian ini disebutkan di dalam firman-Nya:

{وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزغُ بَيْنَهُمْ}

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. (Al-Isra: 53)

Apabila ini berlaku, Allah ajar nak buat macam mana.

نَزغٌ فَاستَعِذ بِاللَّهِ ۚ

maka mintalah perlindungan kepada Allah,

Kalau ada godaan dari syaitan supaya kita marah kepada orang yang tolak kebenaran, maka cepat-cepat berlindung dengan Allah dari marah yang datang dari syaitan itu. Ucaplah:

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِ وَهَامَّةٍ وَمِن كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

dan lafaz-lafaz yang sewaktu dengannya. Tidak semestinya dengan lafaz di atas.

Telah disebutkan sebuah hadis tentang dua orang lelaki yang saling mencaci di hadapan Nabi Saw. Kemudian salah seorangnya marah, sehingga hidungnya mekar kerana emosinya. Maka Rasulullah Saw. bersabda:

“إِنِّي لِأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ“. فَقِيلَ لَهُ، فَقَالَ: مَا بِي مِنْ جُنُونٍ

Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui suatu kalimat, seandainya dia mengucapkannya, niscaya akan lenyaplah dari dirinya emosi yang membakarnya, iaitu: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk”Ketika disampaikan kepada lelaki itu apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah Saw., maka si lelaki yang emosi itu menjawab, “aku tidak gila.”

Kita kena tahan kerana ada marah yang tidak patut. Kita tidak boleh marah tak tentu pasal kerana orang yang tidak terima kebenaran, bukan kerja kita nak beri hidayah kepada mereka, nak jaga mereka. Tugas kita hanya menyampaikan sahaja.

Dan kalau kita marah, ianya tidak elok dalam rangka dakwah kerana orang akan lari dari kita. Lainlah kalau mereka itu di bawah jagaan kita, maka kita bolehlah marah mereka. Contohnya, anak isteri kita. Tapi kalau orang yang engkar itu bukan bawah jagaan kita, kita tidak rugi pun kalau mereka tidak ikut kita. Kita masih dapat pahala kerana kita sudah dakwah kepada dia.

Kita kena pandai nilai keadaan. Kerana ada keadaan yang membolehkan kita marah. Kerana kalau tidak marah, tidak ada perasaan langsung, itu sudah macam keldai pula. Sebagai contoh kalau anak-anak kita tidak taat kepada Allah, maka kita kena marah.

إِنَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Mintalah perlindungan dengan Allah dari syaitan kerana Allah tahu apa yang terjadi setelah kita sampaikan wahyu. Allah dengar permintaan kita itu.

Allah dengar apa yang dikatakan oleh penentangan kebenaran. Tapi kena juga ingat, Allah tahu kalau kita membalas kata-kata mereka dengan kemarahan.


Ayat 201: Ayat Tabshir. Allah Swt menceritakan perihal hamba-hamba-Nya yang bertakwa, iaitu orang-orang yang taat dalam menjalankan semua perintah-Nya dan meninggalkan semua hal yang dilarang-Nya.

إِنَّ الَّذينَ اتَّقَوا إِذا مَسَّهُم طائِفٌ مِنَ الشَّيطانِ تَذَكَّروا فَإِذا هُم مُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who fear Allāh – when an impulse touches them from Satan, they remember [Him] and at once they have insight.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

إِنَّ الَّذينَ اتَّقَوا إِذا مَسَّهُم طائِفٌ مِنَ الشَّيطانِ تَذَكَّروا

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada Allah)

Syaitan tidak akan lepaskan kita begitu sahaja. Sudah memang kerja mereka akan menghasut manusia. Dan kita apabila ditimpa oleh gangguan syaitan, jadi marah dan sebagainya, maka kita kena ingat kepada Allah dan minta perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan itu.

Begitulah yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman. Maksudnya, mereka teringat akan azab Allah, pahala-Nya yang berlimpah, janji, dan ancaman-Nya. Kerana itu, lalu mereka bertaubat dan memohon perlindungan kepada Allah serta segera kembali kepada-Nya.

Apabila ingat kepada Allah, kita akan segera ingat nasihat Allah dan ingat kembali hukum-hukum Allah. Memang tugas dakwah itu amat mencabar. Kalau ianya mudah, tentu semua orang sudah buat. Memang ia susah tapi ianya adalah tugas yang mulia yang memerlukan orang yang hebat untuk melakukannya.

Perkara ini banyak disebut dalam Surah Fussilat kerana surah itu adalah tentang dakwah yang mengajar kita bagaimana kita kena tenang dan sabar dalam menyampaikan dakwah.

فَإِذا هُم مُبصِرونَ

maka dengan itu mereka nampak.

Mereka yang ingat kepada Allah akan diberi ‘basirah’ – penjelasan dalam hati. Yakni mereka bangkit dan sedar dari keadaan sebelumnya. Hati mereka akan tenang dan tidak marah lagi.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 10 Februari 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s