Tafsir Surah al-A’raf Ayat 202 – 206 (Tinggalkan sombong dan lalai)

Ayat 202:

وَإِخوانُهُم يَمُدّونَهُم فِي الغَيِّ ثُمَّ لا يُقصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But their brothers¹ – they [i.e., the devils] increase them in error; then they do not stop short.

  • Those among mankind who listen to the devils and obey their orders.

MALAY

Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu).

وَإِخوانُهُم يَمُدّونَهُم فِي الغَيِّ

Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, 

Ini adalah manusia yang berkawan dengan syaitan, ikut bisikan syaitan. Oleh kerana sudah lama rapat dengan syaitan, mereka itu dibantu oleh syaitan untuk menjerumuskan lagi mereka lebih dalam kesesatan. Syaitan mulanya jadikan mereka sesat dan kemudian biarkan mereka terus sesat.

Ertinya, syaitan-syaitan membantu mereka dalam berbuat maksiat dan memudahkan perbuatan-perbuatan maksiat bagi mereka serta menghiasinya bagi mereka hingga mereka tertarik untuk mengerjakannya. Ibnu Kasir mengatakan bahawa makna al-maddu artinya ‘menambah’, yakni syaitan-syaitan itu menambahkan kebodohan dan kedunguan kepada mereka.

ثُمَّ لا يُقصِرونَ

kemudian mereka tidak berhenti-henti 

Dan kemudian mereka tidak berhenti dari ikut syaitan. Mereka berterusan ikut kata-kata syaitan. Syaitan sudah boleh arahkan mereka (dulu hanya bisikkan dan ajak sahaja). Ibnu Abbas mengatakan bahawa manusia itu tidak hentinya melakukan apa yang mereka kerjakan, dan syaitan pun tidak pernah berhenti dari menggoda mereka.

Mereka adalah jin yang memberikan ilham kepada teman-temannya dari kalangan manusia, kemudian tidak henti-hentinya menyesatkan mereka. Yang dimaksudkan dengan layuasirun ialah tidak bosan-bosannya menyesatkan mereka.

Seperti firman-Nya:

{أَلَمْ تَرَ أَنَّا أَرْسَلْنَا الشَّيَاطِينَ عَلَى الْكَافِرِينَ تَؤُزُّهُمْ أَزًّا}

Tidakkah kamu lihat bahawa Kami telah mengirim syaitan-syaitan itu kepada orang-orang kafir untuk menghasut mereka berbuat maksiat dengan sungguh-sungguh (Maryam: 83)


Ayat 203:

وَإِذا لَم تَأتِهِم بِآيَةٍ قالوا لَولَا اجتَبَيتَها ۚ قُل إِنَّما أَتَّبِعُ ما يوحىٰ إِلَيَّ مِن رَبّي ۚ هٰذا بَصائِرُ مِن رَبِّكُم وَهُدًى وَرَحمَةٌ لِقَومٍ يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when you, [O Muḥammad], do not bring them a sign [i.e., miracle], they say, “Why have you not contrived it?” Say, “I only follow what is revealed to me from my Lord. This [Qur’ān] is enlightenment from your Lord and guidance and mercy for a people who believe.”

MALAY

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): “Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan mukjizat itu?” Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Qur’an ini ialah panduan-panduan – yang membuka hati – dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

وَإِذا لَم تَأتِهِم بِآيَةٍ قالوا لَولَا اجتَبَيتَها

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): “Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan mukjizat itu?”

Lafaz ‘ayat’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ‘mukjizat’. Musyrikin Mekah banyak meminta Nabi menunjukkan mukjizat kepada mereka. Ada yang Nabi sudah tunjukkan. Tapi tidaklah semua yang mereka minta itu Nabi keluarkan. Kerana memang bukan Nabi Muhammad yang menentukan mukjizat.

Dan kalau Nabi tidak boleh bawa mukjizat seperti yang mereka minta, mereka akan ejek kenapa Nabi tidak boleh bawa mukjizat itu? Mereka kutuk, kenapa tidak boleh keluarkan mukjizat?

قُل إِنَّما أَتَّبِعُ ما يوحىٰ إِلَيَّ مِن رَبّي

Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku.

Nabi diajar untuk beritahu yang baginda hanya ikut wahyu dari Tuhan. Kalau Allah suruh buat, baru baginda buat. Dan baginda bukan tukang keluarkan mukjizat. Baginda tidak lain dan tidak bukan, cuma sampaikan sahaja.

Sedangkan mukjizat itu hak Allah. Kalau mereka nak sesuatu, kena minta dari Allah. Ini menunjukkan yang baginda itu adalah manusia sahaja. Baginda tidak boleh keluarkan mukjizat ikut suka baginda. Begitulah mukjizat dan begitulah juga dengan karomah.

Karomah pun hanya keluar kalau Allah benarkan untuk keluar. Oleh itu, kalau ada manusia yang boleh buat perkara pelik itu ikut kehendak mereka, itu bukanlah mukjizat, tapi itu adalah ‘sihir’. Maka kalau ada tok guru boleh tunjuk benda pelik-pelik, maka ketahuilah bahawa itu adalah sihir.

هٰذا بَصائِرُ مِن رَبِّكُم

Al-Qur’an ini ialah panduan-panduan – yang membuka hati – dari Tuhan kamu, 

Dan baginda disuruh untuk menarik perhatian mereka kepada Qur’an. Qur’an inilah penjelasan jelas dari Allah untuk buka minda dan hati manusia. Sebelum ini disebut tentang mukjizat dan Qur’an ini juga adalah mukjizat.

Ianya adalah mukjizat yang paling besar, bukannya perkara-perkara pelik yang mereka minta itu. Mereka mahu melihat sesuatu yang zahir supaya mata zahir mereka boleh melihatnya. Tapi yang Allah beri adalah sesuatu yang lebih hebat dari itu – sesuatu untuk بَصائِرُ ‘mata hati’ mereka.

Hebatnya Qur’an ini, ia mampu membuka hati manusia kepada kebenaran dengan izin Allah. Ini kerana hujah-hujah di dalamnya yang mantap dan hebat. Maka bila kita berdakwah kepada manusia, hendaklah menggunakan ayat-ayat Qur’an kerana ia mampu membuka hati manusia.

Tapi kenalah belajar dan fahami tafsir Qur’an dahulu. Kalau diri sendiri tidak tahu ajaran Qur’an, apakah perkara yang kita hendak dakwah kepada manusia? Kerana itu kita sedih kepada golongan dakwah seperti Jemaah Tabligh yang ada keinginan kepada usaha dakwah tapi ahlinya tidak belajar pun tafsir Qur’an dan Syarah hadis. Mereka nampaknya kurang bab penyampaian ilmu kepada jemaah mereka.

وَهُدًى وَرَحمَةٌ لِقَومٍ يُؤمِنونَ

dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang mahu beriman”.

Qur’an juga adalah sumber ilmu yang boleh beri petunjuk kepada manusia. Dan ianya sebagai rahmat apabila diikuti.

Lafaz يُؤمِنونَ bukan bermaksud ‘orang beriman’ sahaja, tapi ianya ‘orang yang mahu beriman’. Iaitu yang ada keinginan untuk mengetahui kebenaran. Kalau kaum yang mahu percaya, maka Qur’an itu akan menjadi petunjuk dan rahmat bagi mereka. Usaha pertama adalah dengan mencari kelas pengajian tafsir Qur’an yang semakin banyak zaman sekarang.


Ayat 204: Setelah Allah Swt. menyebutkan bahawa Al-Qur’an adalah bukti-bukti yang nyata bagi manusia dan petunjuk serta rahmat bagi mereka, lalu Allah Swt. memerintahkan agar mereka mendengarkannya baik-baik serta penuh perhatian dan tenang di saat Al-Qur’an dibacakan, untuk mengagungkan dan menghormatinya.

وَإِذا قُرِئَ القُرآنُ فَاستَمِعوا لَهُ وَأَنصِتوا لَعَلَّكُم تُرحَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So when the Qur’ān is recited, then listen to it and pay attention that you may receive mercy.

MALAY

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

وَإِذا قُرِئَ القُرآنُ فَاستَمِعوا لَهُ وَأَنصِتوا

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah

Ini adalah adab kita apabila dibacakan Qur’an. Kena dengarlah betul-betul dan jangan buat bising. Jangan ada gangguan waktu itu. Lafaz فَاستَمِعوا bermaksud: dengar baik-baik, betul-betul. Kena dengar dengan betul kerana hendak faham. Bukan dengar-dengar biasa sahaja.

Dan Allah tambah, kena senyap, kena diam. Jangan bercakap waktu itu. Inilah adab kita dengan Qur’an yang jarang orang kita sedar.

Inilah juga dalil bagi mengatakan tidak boleh kita nak pasang MP3 Qur’an dan biarkan ianya sebagai background music. Ramai yang buat macam itu. Mereka pasang Qur’an tapi lepas itu buat kerja lain – bukan nak dengar pun. Itu tidak beradab dengan Qur’an. Kalau Qur’an dibacakan, kita tidak boleh buat kerja lain dan kena dengar.

Begitulah juga kita semasa baca Qur’an dalam solat, bukan? Kita baca Qur’an dan kita dengar dengan baik dan cuba fahami apa yang kita sedang bacakan. Oleh itu, jangan pasang TV semasa kita sedang baca Qur’an kerana kalau begitu, tandanya kita tidak menumpukan perhatian kepada ayat yang kita baca.

Begitu juga, semasa belajar Qur’an atau belajar tafsir, kena tinggalkan perkara lain, jangan bersembang dengan kawan, jangan periksa telefon dan sebagainya – tumpukan perhatian kepada pengajaran.

Juga ini adalah dalil supaya kita senyap semasa imam membaca ayat-ayat Qur’an di dalam solat jemaah. Bukannya kita sibuk dengan membaca Fatihah. Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا”

Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka apabila imam bertakbir, bertakbirlah kalian; dan apabila imam membaca (Al-Qur’an), dengarkanlah (bacaannya) dengan penuh perhatian dan tenang.

Imam Ahmad dan para pemilik kitab Sunnah telah meriwayatkan melalui hadis Az-Zuhri, dari Abu Aktamah Al-Laisi, dari Abu Hurairah, bahawa setelah Rasulullah Saw. selesai dari salat yang keras bacaannya, baginda bersabda:

“هَلْ قَرَأَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مَعِي آنِفًا؟ ” قَالَ رَجُلٌ: نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ إِنِّي أَقُولُ: مَا لِي أُنَازَعُ الْقُرْآنَ؟ “

“Apakah ada seseorang di antara kalian yang ikut membaca bersamaku?” Seorang lelaki menjawab, “Ya saya wahai Rasulullah ” Rasulullah Saw. bersabda,“Sesungguhnya aku akan mengatakan, ‘Saya tidak akan bersaing dalam Al-Qur’an‘.”

Maka sejak saat itu orang-orang berhenti dari kebiasaan membaca bersama Rasulullah Saw. dalam salat yang keras bacaannya, iaitu sejak mereka mendengar hal tersebut dari Rasulullah Saw. Imam Turmuzi mengatakan bahawa hadis ini hasan, dan dinilai sahih oleh Abu Hatim Ar-Razi.

Abdullah ibnul Mubarak telah meriwayatkan dan Yunus, dari Az-Zuhri yang mengatakan bahawa orang yang berada di belakang imam tidak boleh ikut membaca dalam solat yang bacaannya dikeraskan oleh imam. Bacaannya sudah cukup ditanggung oleh bacaan imam, sekalipun imam tidak memperdengarkan bacaannya kepada mereka.

Tetapi mereka harus membaca dalam solat yang imam tidak mengeraskan bacaannya padanya, iaitu dengan suara yang perlahan dan hanya dapat didengar oleh mereka sendiri. Seseorang yang berada di belakang imam tidak layak pula ikut membaca bersama imam dalam salat jahriyah-nya, baik dengan bacaan perlahan maupun keras.

Ini juga berdasarkan sebuah hadis yang mengatakan:

“مَنْ كَانَ لَهُ إِمَامٌ فَقِرَاءَتُهُ لَهُ قِرَاءَةٌ”

Barang siapa yang mempunyai imam, maka bacaan yang dilakukan oleh imam merupakan bacaannya juga. 

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad-nya melalui Jabir secara marfu’. Di dalam kitab Muwatta’ Imam Malik hadis ini diriwayatkan melalui Wahb ibnu Kaisan, dari Jabir secara mauquf, dan apa yang disebutkan di dalam kitab Muwatta’ ini lebih sahih.

Pada awal Islam, dibolehkan lagi mereka yang solat bertegur sapa dalam solat, tapi kemudian ianya dilarang dengan turunnya ayat ini.

Ibnu Mas’ud pernah menceritakan, “Dahulu para sahabat biasa mengucapkan salam di antara sesamanya dalam salat, “maka turunlah ayat yang mengatakan: Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kalian mendapat rahmat. (Al-A’raf: 204)

لَعَلَّكُم تُرحَمونَ

supaya kamu beroleh rahmat.

Kalau kita beradab dengan Qur’an, kita akan mendapat rahmat. Kalau kita mahu mendengar dengan saksama, kita akan mendapat rahmat.

Dalam ayat yang lain, ada disebut yang Musyrikin Mekah tidak suka kalau Qur’an dibacakan. Mereka akan buat bising supaya orang lain tidak dengar Qur’an dibacakan. Kerana mereka lihat, kalau orang yang mendengar Qur’an dibacakan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat, ramai yang masuk Islam. Jadi mereka tidak mahu orang lain dengar kerana mereka tidak mahu ramai yang masuk Islam. Seperti firmanNya:

لَا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ

Janganlah kalian mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al-Qur’an ini dan buatlah hiruk pikuk terhadapnya. (Fussilat: 26)


Ayat 205:

وَاذكُر رَبَّكَ في نَفسِكَ تَضَرُّعًا وَخيفَةً وَدونَ الجَهرِ مِنَ القَولِ بِالغُدُوِّ وَالآصالِ وَلا تَكُن مِنَ الغافِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And remember your Lord within yourself in humility and in fear without being apparent in speech – in the mornings and the evenings. And do not be among the heedless.

MALAY

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

وَاذكُر رَبَّكَ في نَفسِكَ تَضَرُّعًا وَخيفَةً

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut

Ini adalah ‘zikir tauhid’. Semasa kita menyebut nama Allah, hendaklah ingat Allah dengan ingatan tauhid. Waktu itu kita mentauhidkan Allah, bukan sebut nama Allah dengan mulut sahaja. Oleh itu, kenalah faham apa yang kita sebut dengan mulut kita. Ramai yang berzikir, tapi hati mereka tidak khusyuk dengan lafaz zikir itu. Mereka tidak menghadirkan hati semasa berzikir dan ada ulama kata mereka tidak dapat pahala zikir kalau begitu.

Merendah diri itu maksudnya, sebutlah secara senyap-senyap. Jangan nyaringkan suara macam yang dilakukan oleh puak Tarekat itu. Mereka meraung-raung nama Allah. Kononnya mereka kata, mereka jauh dari Allah, maka kena kuatkan suara. Ini berlawanan dengan ayat Qur’an dan berlawanan dengan hadis yang sahih.

Waktu kita sebut nama Allah, hendaklah kita rendah diri. Kita kena sedar diri kita hina dina terutama di hadapan Allah. Kita kena sedar yang kita semua memerlukan pertolongan Allah.

وَدونَ الجَهرِ مِنَ القَولِ

dan dengan tidak pula menyaringkan suara, 

Dijelaskan lagi, zikir itu mestilah dengan suara yang perlahan. Waktu itu, kita dengan Allah sahaja. Bukan kita hendak menunjuk-nunjuk zikir kita itu.

Di dalam kitab Sahihain dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a. disebutkan bahawa orang-orang mengeraskan suaranya dalam berdoa ketika mereka sedang melakukan suatu perjalanan. Maka Nabi Saw. bersabda kepada mereka:

“أَيُّهَا النَّاسُ، ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ، فَإِنَّكُمْ لَا تدعون أصمَّ وَلَا غَائِبًا؛ إِنَّ الَّذِي تَدْعُونَهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ”

Hai manusia, tenangkanlah diri kalian, kerana sesungguhnya kalian bukan berdoa kepada Tuhan yang tuli, tidak pula yang ghaib. Sesungguhnya Tuhan yang kalian sedang menyeru-Nya Maha Mendengar lagi Maha dekat, Dia lebih dekat kepada seseorang di antara kalian daripada pegangan pelana unta kenderaannya

Carilah pertengahan antara nyaring dan senyap seperti firman-Nya:

{وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلا}

Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu, janganlah pula merendahkannya, dan carilah jalan tengah di antara keduanya itu.(Al-Isra: 110)

بِالغُدُوِّ وَالآصالِ

pada waktu pagi dan petang

Zikir itu hendaklah dilakukan pada waktu pagi dan petang. Maknanya setiap masa.

وَلا تَكُن مِنَ الغافِلينَ

dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Dan kita jangan jadi golongan lalai dari zikir tauhid ini. Kena berpegang dengan tauhid, dan jangan tinggalkan.

Ayat ini mengingatkan sekali lagi supaya jangan lalai – jangan lupa hukum Allah. Awal surah ini menceritakan bagaimana Nabi Adam lalai dan terlupa dengan hukum dan larangan Allah, maka kita kena ambil perhatian.


Ayat 206:

إِنَّ الَّذينَ عِندَ رَبِّكَ لا يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتِهِ وَيُسَبِّحونَهُ وَلَهُ يَسجُدونَ ۩

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who are near your Lord [i.e., the angels] are not prevented by arrogance from His worship, and they exalt Him, and to Him they prostrate.

MALAY

Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.

إِنَّ الَّذينَ عِندَ رَبِّكَ

Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu

Yang dimaksudkan adalah para malaikat. Malaikat sentiasa ada dengan Tuhan. Terutama malaikat yang rapat dengan Allah dan berada di kedudukan yang tinggi.

لا يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتِهِ

tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya,

Allah beritahu yang makhluk yang sentiasa zikir kepada Allah adalah malaikat. Malaikat itu adalah makhluk yang direka khas oleh Allah. Jika manusia tidak jadikan diri mereka sentiasa berzikir, malaikat tetap ada berzikir kepada Allah. Maknanya, Allah tidak perlukan zikir kita. Kalau nak makhluk berzikir kepadaNya, Allah sudah ada banyak malaikat yang berzikir kepadaNya.

Malaikat tidak pernah sombong untuk beribadat kepada Allah. Siapakah yang pertama sekali sombong? Itulah iblis. Dia sombong untuk ikut perintah Allah. Dua perkara yang ditekankan dalam surah ini adalah: lalai dan sombong. Lalai adalah contoh Nabi Adam dan sombong adalah contoh Iblis. Dua-dua kita kena elakkan dan kita telah sentuh perkara ini di awal surah ini.

وَيُسَبِّحونَهُ

dan mereka pula bertasbih bagiNya,

Dan para malaikat itu sentiasa menyucikan Allah. Maksudnya menyucikan Allah adalah: membersihkan Allah dari sifat-sifat syirik. Menidakkan kesyirikan yang dilakukan oleh makhluk.

وَلَهُ يَسجُدونَ

dan kepadaNyalah jua mereka sujud.

Dan para malaikat itu tunduk kepada Allah. Sebelum ini kita telah belajar bagaimana iblis tidak mahu tunduk sujud setelah Allah arahkan. Oleh itu, Allah akhiri surah ini tentang sujud.

Ayat ini merupakan Ayat Sajdah di dalam Al-Qur’an, iaitu salah satu di antara ayat-ayat yang disunatkan bagi pembaca dan pendengarnya melakukan sujud tilawah, menurut kesepakatan ijma.

Penutup: 

Sombong itu terjadi apabila kita mementingkan diri kita, kita sangka kita lebih baik dari orang lain. Apabila kita bandingkan diri kita dengan orang lain, kita akan lupa kepada Allah.

Dan lalai (ghaflah) adalah masalah besar manusia. Ada banyak perkara yang melalaikan kita sekarang. Dengan FB, youtube, TV, games, filem dan sebagainya. Banyak lagi. Semua itu boleh menyebabkan kita lupa kepada Allah. Syaitan memang suka kalau kita banyak meluangkan masa dengan perkara yang melalaikan.

Syaitan akan biarkan sahaja kita sibuk dengan benda-benda itu. Itulah sebabnya kalau main games, berjam-jam pun tidak perasan. Tapi kalau solat sekejap sahaja, atau baca Qur’an sekejap sahaja, sudah bosan. Ini kerana syaitan akan kacau kita bersungguh-sungguh kalau kita buat amal ibadat yang benar.

Kita sekarang ini terlalu banyak terikat dengan perkara yang melalaikan. Ianya membuka pintu kepada dosa. Memang kita nampak yang ianya tidak haram, tapi apabila kita sudah lalai, ianya membuka kepada banyak perkara dosa.

Benda-benda itu semua boleh merosakkan hati kita. Sebagai contoh, entah berapa banyak filem yang tidak elok yang menyebabkan kita jadi berdosa apabila menontonnya. Hati kita jadi gelap.

Oleh itu, kita kena hilangkan semua perkara itu dan gantikan dengan zikir kepada Allah. Kita kena jauhkan diri kita dari hiburan yang melalaikan. Mungkin ianya bermula dengan perkara biasa sahaja, tapi kalau kita layan, jadi benda lain. Sebagai contoh, kalau sibuk dengan permainan dan filem, kita sudah tidak buat ibadat. Masa kita banyak terluang dengan perkara sia-sia. Sepatutnya lepas Isyak, kita terus tidur, tapi kita sibuk dengan benda-benda lagha itu.

Hiburan itu semua bukannya memberi kebaikan kepada minda dan tubuh kita, malah ianya merosakkan fikiran kita. Lama-lama kita terbelenggu dengan kekotoran fikiran. Sebagai contoh, apabila kita lihat pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dalam tv, fikiran kita lama-lama melihatnya sebagai perkara biasa sahaja, sedangkan ianya adalah haram. Tapi sebab selalu tengok, jadi kita sudah tidak sensitif lagi.

Oleh itu, kita kena isikan diri kita dengan amalan yang baik. Isikan masa kita yang lapang dengan ibadat – baca Qur’an, solat, zikir dan sebagainya. Jaga masa kita di malam hari dan siang hari. Tidur awal dan bangun awal.

Allahu a’lam. Tamatlah sudah tafsir Surah al-A’raf ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah al-Anfal.

Kemaskini: 10 Februari 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

 

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

One thought on “Tafsir Surah al-A’raf Ayat 202 – 206 (Tinggalkan sombong dan lalai)”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s