Tafsir Surah al-A’raf Ayat 38 – 40 (Marah kepada orang dahulu)

Ayat 38:

قالَ ادخُلوا في أُمَمٍ قَد خَلَت مِن قَبلِكُم مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ فِي النّارِ ۖ كُلَّما دَخَلَت أُمَّةٌ لَعَنَت أُختَها ۖ حَتّىٰ إِذَا ادّارَكوا فيها جَميعًا قالَت أُخراهُم لِأولاهُم رَبَّنا هٰؤُلاءِ أَضَلّونا فَآتِهِم عَذابًا ضِعفًا مِنَ النّارِ ۖ قالَ لِكُلٍّ ضِعفٌ وَلٰكِن لا تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] will say, “Enter among nations which had passed on before you of jinn and mankind into the Fire.” Every time a nation enters, it will curse its sister¹ until, when they have all overtaken one another therein, the last of them² will say about the first of them,³ “Our Lord, these had misled us, so give them a double punishment of the Fire.” He will say, “For each is double, but you do not know.”

  • The nation preceding it.
  • The followers of evil leaders.
  • Their leaders.

MALAY

Allah berfirman: “Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: “Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka”. Allah berfirman: “Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui”.

قالَ ادخُلوا في أُمَمٍ قَد خَلَت مِن قَبلِكُم مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ فِي النّارِ

Allah berfirman: “Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. 

Oleh kerana kekafiran mereka semasa di dunia, Allah arahkan mereka untuk masuk ke dalam neraka dan sertai bersama umat-umat lain sebelum mereka yang seperti mereka. Iaitu keturunan mereka dahulu yang sudah buat kesalahan semasa di dunia.

Ada keturunan lama dan ada keturunan baru, mereka sama-sama akan masuk terperosok sekali dalam neraka. Yang baru masuk akan bertemu dengan golongan tok nenek yang di atas dari mereka, yang amalan mereka diikuti. Manusia akan menerima nasib itu, jin pun begitu juga.

Siapakah mereka ini? Mereka ini jenis orang yang ikut sahaja amalan tok nenek. Mereka tidak berfikir dan periksa sama ada amalan itu benar atau tidak. Dan apabila mereka ditegur oleh pendakwah, mereka jawab: benda ini orang dulu dah lama buat, kenapa tiba-tiba kau kata salah pula?”

كُلَّما دَخَلَت أُمَّةٌ لَعَنَت أُختَها

Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya

Setiap kali mana-mana kumpulan baru masuk neraka, mereka akan melaknat kumpulan yang lain dalam neraka. Iaitu kumpulan yang baru akan kutuk dan laknat kumpulan yang lama – iaitu tok nenek mereka. Mereka akan marah kepada tok nenek mereka kerana mereka lah yang mula-mula buat amalan bidaah dan syirik itu, dan golongan yang baru itu ikut sahaja.

Waktu itu memang mereka benci habis kepada tok nenek mereka. Tapi masa di dunia, kalau kita tegur amalan tok nenek yang salah, mereka cepat sangat nak pertahankan amalan tok nenek. Marah betul kepada kita yang menegur ini. Ayat ini semakna dengan firman-Nya:

{إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأسْبَابُ * وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُمْ بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ}

ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa, dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikut, “Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami.” Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka. (Al-Baqarah: 166-167)

إِذَا ادّارَكوا فيها جَميعًا قالَت أُخراهُم لِأولاهُم

hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: 

Apabila mereka semua sudah masuk neraka, bercampur satu sama lain, maka berlakulah pertengkaran sesama ahli neraka. Sudah ada tuduh menuduh, maki memaki. Memang banyak kali disebut dalam Qur’an tentang pertengkaran dalam neraka ini antara dua golongan itu. Ia adalah pertengkaran antara pemimpin dan pengikut, golongan terdahulu dan golongan yang terkemudian. Ada golongan pengikut dan ada golongan yang diikuti.

رَبَّنا هٰؤُلاءِ أَضَلّونا

“Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami;

Waktu itu, orang yang mengikut akan mengadu kepada Allah tentang orang-orang yang mereka ikut itu: mereka inilah yang telah menyesatkan kami semasa di dunia.

Waktu itu, mereka tidak pertahankan lagi golongan sebelum mereka yang mereka ikut dari tok nenek mereka; mereka sudah tidak pertahan lagi tok guru mereka yang mereka sanjung dulu semasa di dunia. Dulu kalau kita tegur ajaran guru mereka, marah betul mereka semasa di dunia dulu.

Tapi sekarang mereka menyalahkan tok nenek dan guru mereka pula. Perangai ini sama sahaja macam perangai Iblis. Tidakkah Iblis juga tidak menyalahkan diri sendiri, tapi salahkan Allah kerana menyesatkan dia? Bandingkan dengan Nabi Adam yang setelah tahu dia salah, dia terus mengaku salah dan minta ampun.

فَآتِهِم عَذابًا ضِعفًا مِنَ النّارِ

oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka”. 

Kerana marah sangat kepada golongan yang diikuti itu, mereka yang mengikuti itu mahu supaya orang yang telah sesatkan mereka itu kena dua kali ganda dari azab yang mereka kena.

Ini terjadi kerana marah punya pasal. Mereka tahu mereka pun kena azab juga, tapi mereka mahu golongan yang menyebabkan mereka sesat itu kena dua kali ganda, lagi teruk dari mereka.

قالَ لِكُلٍّ ضِعفٌ وَلٰكِن لا تَعلَمونَ

Allah berfirman: “Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui”.

Allah berfirman yang masing-masing dari mereka akan dapat bahagian masing-masing. Mereka sahaja yang tidak mengetahui. Tak payahlah nak arahkan kepada Allah siapa yang salah dan siapa yang tidak. Allah tahu bagaimana nak bagi azab. Setiap orang akan dapat apa yang mereka layak dapat, tidak lebih dan tidak kurang.

Tidakkah mereka tahu yang apabila golongan baru mengamalkan ajaran salah dari golongan sebelum mereka, mereka sudah menambah dosa kepada golongan yang mengajar ajaran salah itu? Kita kena ingat yang kalau kita ada ajar ajaran salah kepada orang, apabila orang itu mengamalkan ajaran salah itu, kita pun akan dapat dosa. Jadi, orang yang datang kemudian, telah awal-awal lagi pun sudah ditambahkan dosa kepada orang yang sebelum mereka.

Inilah bahayanya kalau buat amalan yang salah. Tambah teruk lagi kalau ajar kepada orang lain. Sudahlah kena tanggung dosa amalan salah sendiri, kena tanggung dosa dari orang yang amalkan setelah kita ajar pula.

Jadi sekarang kita mahu bertanya kepada orang yang buat amalan bidaah itu, berbaloilah segala amalan bidaah mereka itu? Tidak takutkah mereka menanggung dosa amalan itu? Kemudian ajar pula kepada anak-anak, kepada anak murid? Fikirkanlah sikit apa yang akan terjadi di akhirat kelak.


Ayat 39:

وَقالَت أولاهُم لِأُخراهُم فَما كانَ لَكُم عَلَينا مِن فَضلٍ فَذوقُوا العَذابَ بِما كُنتُم تَكسِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the first of them will say to the last of them, “Then you had not any favor over us, so taste the punishment for what you used to earn.”

MALAY

Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): “Tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami”. (Allah berfirman): “Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan”.

وَقالَت أولاهُم لِأُخراهُم فَما كانَ لَكُم عَلَينا مِن فَضلٍ

Dan berkatalah golongan pertama di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): “Tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami”. 

Pembesar atau golongan yang awal (tok nenek) akan berkata kepada pengikut mereka: tidak ada kelebihan kamu atas kami untuk meringankan azab kamu, atau nak melebihkan azab atas kami. Sebab kamu pun buat dosa juga. Kamu tidak kurang salahnya dari kami. Kamu sekarang pun sudah masuk neraka sama-sama dengan kami.

فَذوقُوا العَذابَ بِما كُنتُم تَكسِبونَ

“Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan”.

Allah jawab: kamu semua, sama ada pengikut atas pembesar, yang awal atau yang akhir, yang sudah masuk dalam neraka, rasalah azab yang kamu akan terima ini disebabkan oleh dosa yang kamu sendiri telah lakukan.

Habis Ruku’ 4 dari 24 ruku’ dalam surah ini.


Ayat 40: Ayat takhwif ukhrawi

إِنَّ الَّذينَ كَذَّبوا بِآياتِنا وَاستَكبَروا عَنها لا تُفَتَّحُ لَهُم أَبوابُ السَّماءِ وَلا يَدخُلونَ الجَنَّةَ حَتّىٰ يَلِجَ الجَمَلُ في سَمِّ الخِياطِ ۚ وَكَذٰلِكَ نَجزِي المُجرِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who deny Our verses and are arrogant toward them – the gates of Heaven will not be opened for them, nor will they enter Paradise until a camel enters into the eye of a needle [i.e., never]. And thus do We recompense the criminals.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang sombong (merasa dirinya lebih) untuk mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

إِنَّ الَّذينَ كَذَّبوا بِآياتِنا

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami

Yang dimaksudkan dengan kalimah كَذَّبوا adalah mendustakan ayat-ayat akidah. Mereka tidak mahu menerima ayat-ayat wahyu yang memperkatakan tentang akidah itu. Mereka tolak mentah-mentah apabila ianya disampaikan kepada mereka.

Semasa mereka tolak itu pun mereka tidak beri dalil untuk melawannya. Mereka tolak begitu sahaja. Mereka hanya kata orang yang membawakan dalil wahyu itu sebagai berdusta.

وَاستَكبَروا عَنها

dan yang sombong untuk mematuhinya, 

Lafaz وَاستَكبَروا (sombong) dalam ayat ini bermaksud mereka menolak untuk melakukan amal yang telah disampaikan dalam wahyu. Mereka rasa mereka lebih tinggi dan tidak perlu untuk mengamalkannya. Mereka rasa mereka lebih baik dan lebih faham dari orang yang menyampaikan.

لا تُفَتَّحُ لَهُم أَبوابُ السَّماءِ

tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit 

Untuk mereka yang ada dua sifat di atas, tidak akan dibuka pintu langit untuk mereka naik ke atas. Roh mereka tidak layak naik tinggi. Roh ahli neraka hanya layak duduk di sijjin, iaitu di bawah perut bumi. Roh mereka tak boleh naik ke langit kerana langit bukanlah tempat mereka kerana mereka tidak layak duduk di situ.

Mereka hanya layak duduk di bawah bumi lapis ketujuh sahaja. Mereka tidak boleh nak menerobos halangan untuk naik ke atas itu. Kalau roh mereka nak naik, ianya akan dilemparkan ke bawah.

Ada juga yang berpendapat, yang dimaksudkan tidak naik adalah doa untuk mereka. Tapi pendapat yang lebih kuat adalah roh yang tidak dapat naik. Pendapat ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir:

حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْب، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ المِنْهَال -هُوَ ابْنُ عَمْرٍو -عَنْ زَاذَانَ، عَنِ الْبَرَاءِ؛ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ قَبْض رُوحِ الْفَاجِرِ، وَأَنَّهُ يُصْعَد بِهَا إِلَى السَّمَاءِ، قَالَ: “فَيَصْعَدُونَ بِهَا، فَلَا تَمُرُّ عَلَى مَلَأٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إِلَّا قَالُوا: مَا هَذِهِ الرُّوحُ الْخَبِيثَةُ؟ فَيَقُولُونَ: فَلَانٌ، بِأَقْبَحِ أَسْمَائِهِ الَّتِي كَانَ يُدْعَى بِهَا فِي الدُّنْيَا، حَتَّى يَنْتَهُوا بِهَا إِلَى السَّمَاءِ، فَيَسْتَفْتِحُونَ بَابَهَا لَهُ فَلَا يُفْتَحُ لَهُ”. ثُمَّ قَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ [وَلا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ] }  الْآيَةَ.

telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib. telah menceritakan kepada kami Abu Bakar ibnu Ayyasy, dari Al-A’masy, dari Al-Minhal (yaitu Ibnu Amr), dari Zazan, dari Al-Barra, bahawa Rasulullah Saw. pernah menceritakan perihal pencabutan nyawa orang yang ahli maksiat. Lalu rohnya dibawa naik ke langit, dan mereka (para malaikat) yang membawanya tidak sekali-kali melewati segolongan malaikat, melainkan mereka yang dijumpai mengatakan, “Siapakah yang rohnya seburuk itu?” Maka para malaikat yang membawanya menjawab, “Rohnya si Jahat anu,” dengan menyebut nama julukannya yang paling buruk ketika di dunia. Setelah mereka sampai di pintu langit dengan roh tersebut, mereka minta izin untuk dibukakan pintu bagi roh itu. Tetapi ternyata roh itu tidak diizinkan masuk, pintu langit tidak dibukakan untuknya. Kemudian Rasulullah Saw. membacakan firman-Nya: sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit. (Al-A’raf: 40), hingga akhir ayat.

Demikianlah menurut riwayat Ibnu Jarir; dan hadis ini merupakan sebahagian dari hadis aslinya yang cukup panjang, diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam Nasai, dan Imam Ibnu Majah melalui berbagai jalur dari Al-Minhal ibnu Amr dengan sanad yang sama.

وَلا يَدخُلونَ الجَنَّةَ حَتّىٰ يَلِجَ الجَمَلُ في سَمِّ

dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum

Mereka tidak akan dapat masuk syurga, sehinggalah unta boleh masuk lubang jarum. Dan itu adalah mustahil sama sekali kerana lubang jarum amat kecil dan unta adalah amat besar. Maka, ini adalah perumpamaan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak akan dapat masuk syurga langsung.

وَكَذٰلِكَ نَجزِي المُجرِمينَ

dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Lafaz المُجرِمينَ adalah mereka yang berdosa dan dalam ayat ini, maksudnya musyrikin, tidak menerima dan mengamalkan akidah tauhid.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 2 Februari 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s