Tafsir Surah Hajj Ayat 6 – 11 (Muslim kalau untung sahaja)

Ayat 6: Sebelum ini Allah ceritakan dengan panjang lebar tentang kejadian manusia. Kenapa Allah beritahu semua perkara itu?

ذٰلِكَ بِأَنَّ اللهَ هُوَ الحَقُّ وَأَنَّهُ يُحيِي المَوتىٰ وَأَنَّهُ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That is because Allāh is the Truth and because He gives life to the dead and because He is over all things competent

(MELAYU)

Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah, Dialah yang haq dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu,

 

ذٰلِكَ بِأَنَّ اللهَ هُوَ الحَقُّ

Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah, Dialah yang haq

Semua yang Allah telah beritahu itu adalah supaya kita yakin bahawa Allahlah yang berkuasa dan mempunyai Qudrat untuk menjadikan apa-apa sahaja yang Dia akan jadikan. Jadi segala perkara yang Allah beritahu tentang agama dan tentang kebangkitan semula itu adalah benar. Allah memang boleh lakukan.

 

وَأَنَّهُ يُحيِي المَوتىٰ

dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati

Jadi, apabila Allah beritahu yang Dia akan  menghidupkan segala makhluk yang telah mati itu apabila bermulanya akhirat, maka itu adalah kebenaran. Memang Allah boleh buat. Kerana Allah boleh jadikan manusia dari tidak ada kepada ada, Allah boleh hidupkan tanah yang gersang dan mati dengan berikan air hujan, maka Allah boleh sahaja hidupkan makhluk yang telah mati itu.

 

وَأَنَّهُ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu,

Allah boleh jadikan apa-apa sahaja yang Allah kehendaki. Allah berkuasa penuh dan QudratNya tidak ada had. Jadi jangan persoalkan sama ada boleh atau tidak Allah nak hidupkan kembali semua makhluk itu.


 

Ayat 7:

وَأَنَّ السّاعَةَ آتِيَةٌ لّا رَيبَ فيها وَأَنَّ اللهَ يَبعَثُ مَن فِي القُبورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [that they may know] that the Hour is coming – no doubt about it – and that Allāh will resurrect those in the graves.

(MELAYU)

dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.

 

وَأَنَّ السّاعَةَ آتِيَةٌ لّا رَيبَ فيها

dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya;

Allah mengingatkan tentang kedatangan kiamat yang pasti akan berlaku. Kerana Allah berkuasa untuk menjadikannya dan Allah telah berjanji untuk menjadikannya.

 

وَأَنَّ اللهَ يَبعَثُ مَن فِي القُبورِ

dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.

Semasa kita dilahirkan Allah mengeluarkan kita dari perut ibu kita, dan nanti apabila kita dibangkitkan kembali kita akan dikeluarkan dari perut juga, iaitu perut bumi.

Kalimah ‘kubur’ itu bukan sahaja bermaksud kubur yang di tanah itu tetapi di dalam hadis Nabi telah memberi isyarat bahawa kubur itu adalah alam barzah di mana Allah akan mengeluarkan manusia dari Alam Barzakh itu dan dihidupkan kembali.


 

Ayat 8: Ulangan zajrun dalam ayat 3 surah ini iaitu tentang mereka yang membantah tanpa ilmu.

وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِي اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَلا هُدًى وَلا كِتٰبٍ مُّنيرٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And of the people is he who disputes about Allāh without knowledge or guidance or an enlightening book [from Him],

(MELAYU)

Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya,

 

وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِي اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَلا هُدًى

Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, dan tanpa petunjuk 

Tapi malangnya masih ada lagi manusia yang berbantah tentang Allah tanpa menggunakan ilmu. Mereka tidak ada dalil tetapi mereka hendak juga berbantah-bantahan.

Membantah Allah itu bermaksud membantah dalam perkara tauhid iaitu mereka tidak mengamalkan tauhid di mana mereka menyembah dan menyeru selain Allah. Dan bila kita beritahu tentang hal tauhid, mereka akan tolak dan beri hujah-hujah tanpa dalil bukti.

 

وَلا كِتٰبٍ مُّنيرٍ

dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya,

Dan mereka tidak berhujah menggunakan petunjuk dari wahyu. Mereka guna akal mereka sahaja. Mereka tidak menggunakan wahyu dari Qur’an untuk berhujah.

Kalimah مُّنيرٍ dari katadasar ن و ر  (cahaya) dan مُّنيرٍ bermaksud sesuatu yang mengeluarkan cahaya dan dalam ayat ini, ia memberi isyarat kepada Qur’an. Kerana Qur’an menerangi dengan cahaya iman. Untuk mendapat cahaya ini kenalah kita belajar tafsir Qur’an kerana kita tidak akan faham kalau tidak belajar tafsir Qur’an.

Sepertimana kita memerlukan cahaya untuk berjalan di dalam dunia, kita juga memerlukan cahaya untuk mengetahui tentang agama. Mata dunia memerlukan cahaya matahari atau lampu, tapi mata hati memerlukan cahaya wahyu untuk melihat.

Kalimat بِغَيرِ عِلمٍ bermaksud tanpa ‘dalil aqli’.

Kalimat وَلا هُدًى bermaksud tanpa ‘dalil wahyi’.

Dan kalimah وَلا كِتابٍ مُنيرٍ bermaksud ‘dali naqli’.

Maknanya, ketiga-tiga jenis dalil itu mereka tidak ada tetapi mereka tetap membantah.


 

Ayat 9: Dalil kena ada, tapi bagaimana cara penentang itu menentang? Mereka menentang bukan dengan dalil tapi dengan nafsu mereka sahaja. Maka apakah balasan bagi mereka? Ayat ini adalah Takhwif untuk mereka yang menentang.

ثانِيَ عِطفِهِ لِيُضِلَّ عَن سَبيلِ اللهِ ۖ لَهُ فِي الدُّنيا خِزيٌ ۖ وَنُذيقُهُ يَومَ القِيٰمَةِ عَذابَ الحَريقِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Twisting his neck [in arrogance] to mislead [people] from the way of Allāh. For him in the world is disgrace, and We will make him taste on the Day of Resurrection the punishment of the Burning Fire [while it is said],

(MELAYU)

dengan memalingkan lehernya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Dia mendapat kehinaan di dunia dan di hari kiamat Kami merasakan kepadanya azab neraka yang membakar.

 

ثانِيَ عِطفِهِ لِيُضِلَّ عَن سَبيلِ اللهِ

dengan memalingkan lehernya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah.

Kalimah ثانِيَ bermaksud memalingkan dan عِطفِ bermaksud leher. Mereka memalingkan leher mereka (dengan sombong) dan bergerak pergi sambil menunjukkan kesombongan mereka. Ini adalah isyarat kepada penolakan mereka. Tentunya memalingkan leher itu sambil menjuihkan mulut mereka.

Mereka berpaling kerana mereka rasa mereka tidak perlu kepada pengajaran dari Qur’an ini. Mereka rasa buang masa untuk belajar tafsir. Kerana itu ramai yang tidak belajar tafsir pun. Mereka tidak nampak kepentingan Qur’an ini dalam kehidupan mereka. Kerana segala maklumat dunia mereka sudah belajar tapi tafsir Qur’an tak belajar lagi. Kalau orang yang belajar agama, sudah bermacam kitab agama mereka sudah baca dan belajar, tapi mereka tak baca lagi kitab tafsir.

Kenapa mereka dikatakan menyesatkan orang lain pula? Kerana dengan perbuatan mereka meninggalkan pembelajaran wahyu itu bukan sahaja mereka yang sesat, tetapi mereka juga menyesatkan orang lain. Kerana mungkin mereka itu orang di dalam masyarakat yang dipandang tinggi, dijadikan contoh. Maka apabila mereka tidak mahu menerima wahyu Qur’an ini maka ramailah yang ikut mereka.

Manusia lain pun rasa macam tak perlu belajar tafsir Qur’an kerana orang yang mereka pandang tinggi pun tak belajar. Jadi Allah mengatakan mereka juga bertanggungjawab kerana menyesatkan orang lain kerana ramai yang ikut mereka. Dosa mereka sendiri mereka akan tanggung dan dosa orang lain yang mereka sesatkan juga mereka akan tanggung.

Inilah masalah yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang terdedah kepada golongan-golongan yang menjadi artis, ahli sukan dan sebagainya. Kerana mereka itu boleh memberikan contoh yang buruk. Anak-anak muda nak ikut cara hidup artis sahaja yang kebanyakan mereka bukan kisah tentang agama pun.

Kalau sudah artis selalunya sibuk dengan hiburan dan ahli sukan sibuk dengan sukan. Kita jarang sekali dengar para artis dan ahli sukan berkata tentang agama. Maka kalau anak-anak kita menjadikan mereka sebagai idola mereka, apa agaknya yang akan diberi perhatian oleh anak-anak kita?

 

لَهُ فِي الدُّنيا خِزيٌ

baginya kehinaan di dunia 

Allah mengatakan yang Allah akan memastikan yang mereka itu akan mendapat kehinaan semasa di dunia lagi.

Ayat ini asalnya berkenaan Abu Jahal. Memang dia mendapat kehinaan di dunia apabila dia kalah di Medan Badr dan dibunuh di sana.

 

وَنُذيقُهُ يَومَ القِيٰمَةِ عَذابَ الحَريقِ

dan di hari kiamat Kami merasakan kepadanya azab neraka yang membakar.

Dan di akhirat nanti mereka akan mendapat azab api yang amat besar yang menghanguskan semua benda. Api itu akan kasi hangus sampai tidak ada kesan lagi. Oleh itu manusia itu akan jadi abu sahaja. Tapi mereka tidak mati kerana tiada kematian di akhirat nanti.


 

Ayat 10: Kenapa mereka dikenakan dengan azab itu?

ذٰلِكَ بِما قَدَّمَت يَداكَ وَأَنَّ اللهَ لَيسَ بِظَلّٰمٍ لِّلعَبيدِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

“That is for what your hands have put forth and because Allāh is not ever unjust to [His] servants.”

(MELAYU)

(Akan dikatakan kepadanya): “Yang demikian itu, adalah disebabkan perbuatan yang dikerjakan oleh kedua tangan kamu dahulu dan sesungguhnya Allah sekali-kali bukanlah zalim terhadap hamba-hamba-Nya”.

 

ذٰلِكَ بِما قَدَّمَت يَداكَ

“Yang demikian itu, adalah disebabkan perbuatan yang dikerjakan oleh kedua tangan kamu dahulu

Muqaddar: kalimat ini dikatakan kepada mereka semasa mereka dikenakan dengan azab itu. Ini sebagai takzib rohani (azab emosi).

Mereka akan diberitahu yang mereka dikenakan dengan azab itu kerana perbuatan yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri. Bukan salah orang lain, tetapi salah mereka sendiri. Mereka sendiri yang memasukkan diri mereka ke dalam neraka kerana segala perbuatan mereka semasa mereka di dunia dulu.

 

وَأَنَّ اللهَ لَيسَ بِظَلّٰمٍ لِّلعَبيدِ

dan sesungguhnya Allah sekali-kali bukanlah zalim terhadap hamba-hamba-Nya”.

Allah menegaskan di dalam ayat ini bahawa segala perbuatan Allah itu bukanlah zalim kepada hamba-hambaNya. Kita kena ingat yang Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNya dan tidak akan berlaku zalim bila-bila masa pun. Memang patut mereka dimasukkan ke dalam neraka kerana kesalahan mereka sendiri. Walaupun azab itu nampak keras, tapi mereka memang layak kena.


 

Ayat 11: Ayat Zajrun ke 2. Ada manusia yang berpegang kepada agama jikalau ada kepentingan sahaja.

وَمِنَ النّاسِ مَن يَعبُدُ اللهَ عَلىٰ حَرفٍ ۖ فَإِن أَصابَهُ خَيرٌ اطمَأَنَّ بِهِ ۖ وَإِن أَصابَتهُ فِتنَةٌ انقَلَبَ عَلىٰ وَجهِهِ خَسِرَ الدُّنيا وَالآخِرَةَ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الخُسرانُ المُبينُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And of the people is he who worships Allāh on an edge.¹ If he is touched by good, he is reassured by it; but if he is struck by trial, he turns on his face [to the other direction]. He has lost [this] world and the Hereafter. That is what is the manifest loss.

  • At the edge of his religion, so to speak, i.e., with uncertainty, hypocrisy or heedlessness.

(MELAYU)

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika dia memperoleh kebajikan, tetaplah dia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, dia memusingkan wajahnya ke belakang. Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.

 

وَمِنَ النّاسِ مَن يَعبُدُ اللهَ عَلىٰ حَرفٍ

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi;

Ini adalah orang yang jenis lain pula. Mereka juga ada masalah dengan agama. Allah memberi penerangan dalam bentuk gambaran (imagery) bagaimana mereka ini menyembah Allah di ‘tepi gaung’.

Maknanya mereka berada di atas jalan yang sempit kerana jalan gaung itu tentunya sempit. Dan senang sahaja nak jatuh kerana kedudukan itu bahaya. Mereka ini adalah jenis yang tak duduk di tengah tapi duduk di tepi kerana lemah keyakinan mereka terhadap Allah dan terhadap agama.

Mujahid dan Qatadah serta lain-lainnya mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: dengan berada di tepi. (Al-Hajj: 11) Yakni berada dalam keraguan.

 

فَإِن أَصابَهُ خَيرٌ اطمَأَنَّ بِهِ

maka jika dia memperoleh kebajikan, tetaplah dia dalam keadaan itu, 

Mereka ini orang Islam yang tidak menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka nak tengok-tengok dulu – kalau Islam itu memberi kelebihan kepada mereka, maka mereka mengaku Muslim dan mengamalkan Islam dengan sepenuhnya. Kalimah اطمَأَنَّ dari ط م ن yang bermaksud ‘tenang’ (selalu kita gunakan untuk mutma’innah)

Nota: potongan ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

 

وَإِن أَصابَتهُ فِتنَةٌ انقَلَبَ عَلىٰ وَجهِهِ

dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, dia memusingkan wajahnya ke belakang.

Akan tetapi jikalau mereka lihat Islam itu tidak menguntungkan mereka, maka mereka akan mudah untuk tinggalkan Islam. Maknanya, mereka sanggup tinggalkan akhirat atau rosakkan akidah mereka.

Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibrahim ibnul Haris, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Abu Bukair, telah menceritakan kepada kami Israil, dari Abul Husain, dari Sa’id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna firman-Nya: Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi. (Al-Hajj: 11) Dahulu seorang lelaki datang ke Madinah. Jika isterinya melahirkan bayi laki-laki serta kudanya beranak pula, maka dia mengatakan bahawa Islam adalah agama yang baik (membawa keberuntungan). Tetapi jika isterinya tidak melahirkan serta kudanya tidak melahirkan juga, maka dia mengatakan bahwa Islam adalah agama yang buruk (pembawa kesialan).

Nota: potongan ayat ini juga adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

 

خَسِرَ الدُّنيا وَالآخِرَةَ

Rugilah dia di dunia dan di akhirat. 

Orang-orang yang sebegini sudah mendapat kerugian di dunia lagi dan tambahan pula di akhirat, mereka akan dapat kerugian yang amat-amat teruk.

 

ذٰلِكَ هُوَ الخُسرانُ المُبينُ

Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.

Kalimah الخُسرانُ adalah dalam bentuk mubalaghah kerana ada tambahan ان. Maknanya, kerugian itu bersangatan dan jelas nyata sejelas-jelasnya nanti. Itu adalah di akhirat kelak.

Dan kita telah beritahu yang mereka juga akan dapat kerugian di dunia lagi kerana mereka tidak akan ada ketenangan semasa hidup di dunia.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 5 (Proses kejadian manusia)

Ayat 5: Ayat dalil aqli yang pertama dalam surah ini.

يا أَيُّهَا النّاسُ إِن كُنتُم في رَيبٍ مِّنَ البَعثِ فَإِنّا خَلَقنٰكُم مِّن تُرابٍ ثُمَّ مِن نُّطفَةٍ ثُمَّ مِن عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُم ۚ وَنُقِرُّ فِي الأَرحامِ ما نَشاءُ إِلىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخرِجُكُم طِفلًا ثُمَّ لِتَبلُغوا أَشُدَّكُم ۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلىٰ أَرذَلِ العُمُرِ لِكَيلا يَعلَمَ مِن بَعدِ عِلمٍ شَيئًا ۚ وَتَرَى الأَرضَ هامِدَةً فَإِذا أَنزَلنا عَلَيهَا الماءَ اهتَزَّت وَرَبَت وَأَنبَتَت مِن كُلِّ زَوجٍ بَهيجٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O people, if you should be in doubt about the Resurrection, then [consider that] indeed, We created you from dust, then from a sperm-drop, then from a clinging clot, and then from a lump of flesh, formed and unformed¹ – that We may show you.² And We settle in the wombs whom We will for a specified term, then We bring you out as a child, and then [We develop you] that you may reach your [time of] maturity. And among you is he who is taken in [early] death, and among you is he who is returned to the most decrepit [old] age so that he knows, after [once having] knowledge, nothing. And you see the earth barren, but when We send down upon it rain, it quivers and swells and grows [something] of every beautiful kind.

  • That which is incomplete. This may include what is aborted at that stage.
  • Our power and creative ability.

(MELAYU)

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

 

يا أَيُّهَا النّاسُ إِن كُنتُم في رَيبٍ مِّنَ البَعثِ

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan

Allah hendak memberitahu kepada mereka yang ragu-ragu tentang hari kebangkitan itu yang sebenarnya mereka itu ragu dengan Qudrat Allah. Mereka seolah-olah ragu Allah boleh melakukannya, maka dalam ayat ini Allah menceritakan tentang QudratNya yang hebat.

 

فَإِنّا خَلَقنٰكُم مِّن تُرابٍ

maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah,

Allah mengingatkan manusia bahawa mereka sendiri dijadikan olehNya. Dan manusia dijadikan pula dari tanah. Iaitu merujuk kepada Nabi Adam a.s. Kalau kita tengok tanah itu, tak dapat kita nak bayangkan bagaimana boleh jadi manusia macam kita. Tapi Allah boleh jadikan Nabi Adam itu dari tanah itu.

 

ثُمَّ مِن نُّطفَةٍ

kemudian dari setitis mani,

Keturunan Nabi Adam tidaklah dijadikan dari tanah tapi asalnya dari air mani. Dan bukan kesemua air mani itu tapi sperma yang ada dalam air mani itu.

 

ثُمَّ مِن عَلَقَةٍ

kemudian dari segumpal darah,

Setelah air mani lelaki bertemu dengan ovum wanita, maka terjadilah persenyawaan. Dalam ayat ini digunakan kalimah عَلَقَةٍ. Al-Alaq adalah sesuatu yang melekat dan yang dimaksudkan adalah ketulan darah yang melekat pada rahim ibu yang boleh dilihat apabila scan. Dalam bahasa saintifik, ia dipanggil zigot.

 

ثُمَّ مِن مُّضغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُم

kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu

Kalimah مُّضغَةٍ bermaksud seketul daging dan rupanya seperti dikunyah-kunyah. Ini adalah kerana bentuk janin itu tidaklah kemas sangat.

Kalimah مُّخَلَّقَةٍ bermaksud ‘yang terbentuk dengan sempurna’, atau akan menjadi sempurna. Ia membawa maksud, dari janin itu ia akan terus terbentuk menjadi manusia akhirnya. Dari asalnya berbentuk seperti daging dikunyah sahaja, lama-kelamaan ia akan menjadi bentuk yang boleh dikenali seperti tangan, kepala dan kaki. Seperti kita ini termasuk dalam kategori ini.

Ada janin yang di dalam perut ibu itu cukup sifat dan ada yang tidak cukup sifat. Kalimat غَيرِ مُخَلَّقَةٍ bermaksud janin yang tidak akan jadi sempurna. Kerana ada janin yang gugur tidak menjadi bayi.

Allah hendak menjelaskan kepada kita kebenaran tentang QudratNya. Semua proses-proses ini adalah proses yang terjadi di dalam perut ibu dan tentunya zaman Nabi Muhammad tidak dapat dilihat perkara ini. Akan tetapi ianya tepat dan sudah dibuktikan dengan kajian sains. Dan ini menambah iman kita apabila kita lihat bagaimana tepatnya pemberitahuan Allah tentang proses kejadian manusia satu persatu ini.

 

وَنُقِرُّ فِي الأَرحامِ ما نَشاءُ إِلىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى

dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, 

Yang mana akan menjadi bayi, janin itu akan ditetapkan dalam rahim itu sampai masa yang telah ditetapkan. Allah yang tetapkan bila akan keluar; dan Allah yang tetapkan jikalau janin itu digugurkan.

Apabila kita baca ayat-ayat sebegini, maka ingatlah bahawa Allah lah yang telah membesarkan kita dalam rahim ibu. Memang ibu itu menjaga sungguh kandungan di dalam perutnya, tapi sebenarnya Allah lah yang menjaga janin dan bayi itu pada hakikatnya.

 

ثُمَّ نُخرِجُكُم طِفلًا

kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, 

Apabila sampai masanya, Allah yang mengeluarkan kita sebagai bayi sewaktu kita keluar dari perut ibu kita. Untuk mengeluarkan pun satu usaha juga sampaikan ibu itu rasa nak mati pun ada. Tapi Allah bantu sampai bayi itu boleh dilahirkan.

Allah boleh menceritakan satu persatu proses kejadian manusia ini kerana Dia yang menjadikan manusia itu. Kalau tidak percaya maka tanyalah kepada doktor yang telah melihat dan belajar bagaimana proses kejadian manusia itu bagaimana segala proses yang disebutkan sini memang tepat terjadi seperti yang disebut.

 

ثُمَّ لِتَبلُغوا أَشُدَّكُم

kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan,

Dari kecil, kemudian boleh berjalan, boleh berlari dan membesar menjadi dewasa. Allah juga yang menentukan perkara ini kerana ada yang mati semasa kecil dan ada yang mati semasa dewasa dan ada yang mati setelah tua.

 

وَمِنكُم مَّن يُتَوَفّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلىٰ أَرذَلِ العُمُرِ

dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyuk,

Ada yang diwafatkan semasa muda dan yang mati semasa sudah tua. Yang pasti, semua akan mati. Malah, setiap pagi kita akan dikembalikan kepada kehidupan kita kerana setiap malam kita ‘mati’ sebenarnya dalam tidur.

Kalimah أَرذَلِ dari katadasar ر ذ ل yang bermaksud rendah, rosak, keji, tercela. Maksudnya umur yang tua sampai tidak bagus, nyanyuk. Ada yang kembali kepada kehidupan yang permulaan semasa bayi kerana mereka sudah lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa. Kesihatan pun sudah tidak baik dan ada banyak masalah kepada mereka kerana mereka sudah tua. Mereka sudah tidak dapat nak jaga diri mereka sendiri. Orang lain pula yang kena jaga mereka.

 

لِكَيلا يَعلَمَ مِن بَعدِ عِلمٍ شَيئًا

supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya.

Apabila mereka sudah tua sangat mereka sudah tidak tahu perkara-perkara yang dulunya mereka tahu. Dia berasal daripada tidak tahu iaitu selepas lahir tidak tahu apa-apa dan kemudian dia belajar satu persatu perkara tentang dunia dan agama dan akhirnya apabila dia sudah tua sangat, dia langsung lupa segala perkara yang diketahuinya dulu.

Sehubungan dengan hal ini Ikrimah mengatakan, “Barang siapa yang biasa membaca Alquran, nescaya dia tidak akan mengalami nasib yang demikian itu, yakni terlalu tua dan nyanyuk.”

Maknanya orang itu akan menjadi nyanyuk dan dari ini kita tahu bahawa nyanyuk itu pun adalah kudrat dari Allah juga, iaitu Allah yang menjadikan orang itu nyanyuk kerana ada orang yang sampai ke hari kematiannya dia tidak nyanyuk.

Mereka akan ada masalah kerana banyak benda yang mereka tidak boleh buat lagi. Mereka berharap bantuan dari orang lain seperti seorang bayi memerlukan bantuan dari orang dewasa. Nak mandi dan berak pun orang lain yang kena lakukan.

Tapi, merekalah juga yang menjaga kita dulu semasa kita kecil. Bayangkan masalah sosial yang berlaku sekarang di mana anak-anak tidak mengenang jasa ibu bapa mereka yang menjaga mereka sewaktu kecil dulu. Ibubapa menjaga anak itu tanpa keluh kesah tetapi sekarang apabila anak-anak itu yang kena jaga ayah mereka, waktu itulah mereka jadi resah.

Bayangkan betapa sedihnya orang tua apabila mereka melihat anak-anak mereka seperti tidak suka menjaga mereka. Mereka masih ada perasaan dan mereka dapat rasa apa yang dibuat oleh kata-kata dan memek muka anak-anak mereka itu. Kadang ada anak yang merengus dengan kelakukan ibu bapa mereka yang telah tua itu.

Maka kenalah jaga percakapan kita di hadapan mereka dan jaga muka kita. Ingatlah bahawa peluang besar sungguh kerana dapat jaga emak dan ayah di masa tua mereka. Rugi kalau ibubapa ada lagi, tapi kita tidak ambil peluang untuk menjadikan mereka sebagai punca kita masuk syurga.

 

وَتَرَى الأَرضَ هامِدَةً

Dan kamu lihat bumi ini kering, 

Dan sekarang Allah memberi perbandingan kehidupan manusia dengan tanah yang gersang. Kering kerana tidak ada air diturunkan kepadanya. Bila kering, maka tumbuhan tidak dapat hidup. Ini adalah isyarat kepada manusia yang telah mati. Sebagaimana tanah itu mati, begitu juga manusia boleh mati.

 

فَإِذا أَنزَلنا عَلَيهَا الماءَ اهتَزَّت وَرَبَت

kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah

Mudah sahaja bagi Allah untuk menghidupkan kembali tanah itu. Iaitu dengan diberikan air hujan kepadanya. Dengan adanya air, maka tumbuhan dari hidup kerana tumbuhan memerlukan air.

Begitu juga lah mudah bagi Allah nak hidupkan kita semua dari mati kita. Kalau Allah boleh jadikan dari tidak ada kepada ada; kalau Allah boleh hidupkan tanah yang mati dengan air sahaja, maka kenapa pula Allah tidak boleh nak hidupkan kita kembali? Mudah sahaja bagi Allah.

 

وَأَنبَتَت مِن كُلِّ زَوجٍ بَهيجٍ

dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. 

Kalimah بَهيجٍ digunakan untuk tanah yang ada banyak tanaman yang indah-indah. Banyak pokok dan bunga yang indah.

Allah memberi isyarat tanah yang gersang ini kepada manusia yang akan dihidupkan kembali. Oleh itu setiap kali kita melihat air hujan maka sepatutnya kita ingat bahawa kita ini akan dihidupkan kembali seperti tanah yang gersang itu dihidupkan dengan siraman air sahaja. Mudah sahaja bagi Allah untuk menghidupkan kita kembali sebagaimana mudahnya Dia nak menghidupkan tanah yang gersang.

Tadi telah disebut dengan panjang lebar tentang kejadian manusia – itu pun Allah yang hidupkan kita. Maka kalau kita mati, maka tentulah boleh Allah nak hidupkan kita kerana dari asal, Dia juga yang menjadikan kita, bukan?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 1 – 4 (Kiamat yang dahsyat)

Pengenalan:

Surah al-Hajj ini menyambung perbincangan di dalam Surah Anbiya’ sebelumnya iaitu tentang hari Kiamat.

Dalam surah ini selain daripada menyentuh tentang tauhid, ia juga mengandungi perbandingan-perbandingan yang tidak ada dalam surah-surah yang lain.

Dalam Surah Anbiya’ sebelum ini, telah disebut bagaimana seruan para Nabi adalah kepada Allah taala sahaja (tauhid fid dua’) untuk menghilangkan kesusahan mereka. Dalam Surah Hajj ini pula, menekankan bahawa sebagaimana Allah diseru dalam kesusahan, maka segala ibadah seperti korban, nazar dan sumpah hendaklah dilakukan hanya untuk Allah taala sahaja. Sebagaimana jika seseorang yang menyeru untuk mendapat pertolongan kepada selain Allah semasa kesusahan membawa kepada syirik, begitu juga membuat korban dan penyembelihan kepada selainNya juga menyebabkan syirik.

Surah ini terbahagi kepada dua bahagian:

Ayat 1 – 25: bahagian pertama surah ini. Ia memperkatakan tentang Syirik Iktiqaadi (fahaman syirik). Syirik  yang disentuh di dalamnya adalah syirik fi tasarruf (pengurusan).

Ayat 26 sehingga ke akhir surah: bahagian kedua surah ini dan dari segi akidahnya ia menolak Syirik Amali (amalan syirik).

Surah ini diturunkan di Mekah dan juga di Madinah. Jadi ia adalah surah campuran. Ayat 1 – 24 diturunkan di Mekah pada tahun 13 Kenabian dan selebihnya diturunkan di Madinah.


 

Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 6 perenggan makro. Ayat ini sehingga ke ayat 24 adalah Perenggan Makro Pertama. Ia membincangkan akidah tauhid dan juga tentang Hari Akhirat.

Untuk membuktikannya, Allah mendatangkan berbagai hujah-hujah akal tentang adanya akhirat. Perhatikan kejadian manusia, kehidupannya dan akhirnya mati. Juga tumbuh-tumbuhan yang hidup dan mati. Al-Qur’an yang diturunkan merupakan petunjuk yang nyata, tapi cuma sebahagian orang sahaja yang dapat petunjuk.

Perenggan ini dimulakan dengan ayat Takhwif Ukhrawi.

يا أَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُم ۚ إِنَّ زَلزَلَةَ السّاعَةِ شَيءٌ عَظيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Al-Ḥajj: The Pilgrimage.

O mankind, fear your Lord. Indeed, the convulsion of the [final] Hour is a terrible thing.

(MELAYU)

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).

 

يا أَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُم

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu;

Surah ini bermula dengan menujukan syarahnya kepada seluruh manusia dan ini dijadikan dalil yang ianya adalah Surah Makkiyah kerana selalunya surah-surah Madaniyyah dimulai dengan syarah kepada orang-orang yang beriman.

Ulama berbeza pendapat samada surah ini adalah surah Makkiyyah atau surah Madanniyyah. Kita memilih surah ini mengandungi campuran kedua-duanya seperti yang telah disebut di atas.

 

إِنَّ زَلزَلَةَ السّاعَةِ شَيءٌ عَظيمٌ

sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).

Bertakwalah kepada Allah kerana hari goncangan pada hari Kiamat itu amatlah teruk sampaikan manusia tidak dapat berdiri tegak. Dan goncangan itu akan berterusan tidak berhenti. Ini tidak sama seperti gempa bumi kerana gempa bumi hanya berlaku sekejap sahaja (beberapa saat) tetapi pada hari Kiamat nanti gempa bumi itu akan berterusan sampailah bumi ini hancur.

Bayangkan beberapa saat sahaja bumi ini dilanda dengan gempa bumi berapa banyak kerosakan yang dilakukannya? Tetapi kalau goncangan itu tidak berhenti, bagaimana? Tentu akan hancur sahaja bumi ini dan memang itulah yang akan terjadi.

Cara untuk bertaqwa adalah dengan melakukan taat kepada segala arahan Allah. Maka kenalah belajar apa yang perlu ditaati. Dan untuk tahu itu adalah dengan belajar tafsir Qur’an dan juga Sunnah.

Allah menekankan yang hari itu amat besar dan dahsyat kerana dalam surah sebelum ini telah disebut bagaimana orang-orang kafir itu memperlekehkan kedatangan hari Kiamat itu. Maka sekarang Allah beri penerangan tentang apakah yang akan terjadi pada hari itu. Janganlah memperkecil-kecilkan hari itu. Mereka tidak takut kepada Kiamat itu adakah mereka sangka yang mereka akan selamat? Jangan begitu, nanti menyesal tak sudah.


 

Ayat 2: Ini adalah huraian kepada kalimah ‘goncangan’ yang telah disebut dalam ayat sebelum ini. Allah jelaskan lagi supaya kita dapat bayangkan. Supaya tambah takut lagi dengan hari itu.

يَومَ تَرَونَها تَذهَلُ كُلُّ مُرضِعَةٍ عَمّا أَرضَعَت وَتَضَعُ كُلُّ ذاتِ حَملٍ حَملَها وَتَرَى النّاسَ سُكٰرىٰ وَما هُم بِسُكٰرىٰ وَلٰكِنَّ عَذابَ اللهِ شَديدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

On the Day you see it every nursing mother will be distracted from that [child] she was nursing, and every pregnant woman will abort her pregnancy, and you will see the people [appearing] intoxicated while they are not intoxicated; but the punishment of Allāh is severe.

(MELAYU)

(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya.

 

يَومَ تَرَونَها تَذهَلُ كُلُّ مُرضِعَةٍ عَمّا أَرضَعَت

Pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya

Pada hari itu ibu-ibu yang sedang menyusukan anaknya, tidak kira sama ada manusia ataupun binatang, akan melepaskan anaknya itu. Kalimah تَذهَلُ bermaksud melupakan sesuatu kerana terkejut sangat. Mereka sudah tak hiraukan anaknya lagi. Maknanya ibu-ibu itu sudah tidak sedar tentang anak-anak mereka lagi kerana ada benda yang lebih menakutkan mereka iaitu kejadian Kiamat itu.

Allah beri isyarat betapa teruknya hari itu kerana seorang ibu tentunya amat menjaga anak-anaknya terutama anak-anak yang masih lagi menyusu. Kerana kalau anak sedang menyusu itu memang dijaga bersungguh-sungguh, selalu didukung sahaja. Tetapi kerana dahsyat sangat hari Kiamat itu, mereka akan lepaskan anaknya itu dan sudah tidak menghiraukannya lagi.

 

وَتَضَعُ كُلُّ ذاتِ حَملٍ حَملَها

dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, 

Dan semua makhluk sama ada manusia atau binatang yang sedang hamil akan mengalami keguguran kerana teruknya gegaran bumi pada hari itu. Perempuan mengandung yang trauma sampai boleh gugur kerana ketakutan atau emosi terganggu.

 

وَتَرَى النّاسَ سُكٰرىٰ وَما هُم بِسُكٰرىٰ

dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk,

Dan kita boleh cuba bayangkan bagaimana semua orang dalam keadaan seolah-olahnya mabuk. Allah beri dalam bentuk imagery supaya kita boleh bayangkan. Allah beritahu yang itu mereka itu nampak macam mabuk teruk tetapi bukanlah mereka itu mabuk arak kerana mereka tak minum arak pun. Cuba bayangkan bagaimana orang yang sedang mabuk laut di atas kapal yang sedang terumbang ambing.

 

وَلٰكِنَّ عَذابَ اللهِ شَديدٌ

akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya.

Keadaan pada waktu itu amatlah menakutkan dan mengerikan sesiapa sahaja yang terpaksa melaluinya. Melihat neraka itu sendiri sudah satu azab.

Walaupun kita mungkin diselamatkan daripada mengalami keadaan yang amat teruk ini (kerana orang mukmin akan dimatikan sebelum terjadinya kiamat) tetapi kita boleh mengambil pengajaran darinya: bahawa dunia ini tidak akan kekal maka tidaklah perlu untuk kita terlalu berlebihan di dalam dunia ini dan terlalu berpegang dengannya. Ianya akan hancur juga akhirnya.


 

Ayat 3: Ayat zajrun.

وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِي اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيطٰنٍ مَّريدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And of the people is he who disputes about Allāh without knowledge and follows every rebellious devil.

(MELAYU)

Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,

 

وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِي اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ

Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan

Ayat ini diturunkan berkenaan dengan Nadhr bin Harits dan para pengikutnya. Mereka mengatakan para Malaikat itu adalah anak-anak perempuan Allah.

Begitulah kebanyakan dari manusia, walaupun telah diberikan dengan berbagai hujah dan dalil, tetapi ada sahaja manusia yang suka untuk membantah dan berdebat berkenaan Allah seolah-olah ianya adalah perkara yang ringan.

Mereka membantah ayat-ayat tentang tauhid itu بِغَيرِ عِلمٍ iaitu tanpa memberikan sebarang dalil. Mereka memang sengaja hendak membantah sahaja kerana tidak bersetuju. Kita bukanlah larang untuk sesiapa membantah tetapi kalau hendak membantah pun kenalah ada ilmu dan ilmu itu bermaksud dalil yang sahih.

 

وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيطٰنٍ مَّريدٍ

dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,

Mereka itu telah mengikut syaitan yang jahat مَّريدٍ yang terkehadapan atau yang berlebih-lebihan kejahatannya. Iaitu teruk sangat, ganas sangat. Itulah sifat syaitan. Maknanya, mereka itu telah ikut telunjuk syaitan yang menggerakkan mereka untuk menentang.

Dan idea mereka menentang itu datang dari syaitan. Dan ini amat bahaya terutama sekali pada zaman sekarang kerana maklumat senang sangat untuk didapati oleh manusia dan ianya bercampur baur antara yang benar dan yang palsu.

Kalau seseorang itu tidak mempunyai asas yang kuat dalam agama, dan mereka membaca di internet tentang perbincangan orang-orang kafir dan orang-orang yang tidak beriman atau mempunyai akidah yang sesat, maka kadang-kadang boleh termakan dengan hujah-hujah mereka yang teruk. Kerana kadang-kadang apabila kita baca sesuatu pendapat itu walaupun waktu itu kita tidak percaya terus, tetapi ada sesuatu yang tertinggal di dalam benak kita.

Oleh itu mereka yang membaca penulisan yang sebegitu mungkin rasa mereka bertambah ilmu tetapi sebenarnya mereka telah melemahkan iman mereka kerana penulisan seperti itu akan mula menjauhkan mereka dari kebenaran. Kepala mereka sudah berfikir macam macam… entah-entah ada yang cakap dalam hati: “eh, betul juga dia kata tu..” dan kata-kata ini adalah dari orang yang jahil wahyu. Ini kerana mereka tidak ada asas dari Qur’an untuk menolak fahaman-fahaman yang jauh dari wahyu. Kalau sudah mantap fahaman wahyu, tidaklah seseorang itu termakan dengan diayah-diayah yang mengarut itu.

Oleh kerana sudah mula membaca tentang persoalan-persoalan bodoh dan cetek tentang perbincangan ilmu wahyu yang diutarakan oleh manusia, maka kadang-kadang kita akan berjumpa dengan soalan-soalan yang pelik seperti ada yang bertanya: kenapa Allah menghukum manusia di neraka, sedangkan Dia bersifat Rahman? Dan apabila kita jawab berdasarkan penerangan yang ada di dalam Qur’an, mereka tidak dapat menerimanya kerana pada mereka ianya tidak sampai kepada logik akal mereka.

Ini adalah kerana hati mereka sudah jauh dari wahyu. Sampaikan apa yang telah disampaikan oleh wahyu mereka rasa boleh tolak pula kalau tidak kena dengan tekak mereka. Kerana pada mereka sifat ketuhanan itu mesti kena ikut logik akal mereka pula, padahal kita sepatutnya tertakluk kepada apa yang Allah telah beritahu di dalam wahyuNya. Kerana kita kena ingat yang kita ini semua adalah hamba dan sebagai seorang hamba mestilah taat dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh Allah.

Ketahuilah yang ini semua datangnya daripada bisikan-bisikan syaitan yang menyebabkan mereka memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu difikirkan dan bahaya untuk difikirkan. Maka kita kena berhati-hati dengan apa yang kita baca di media massa dan internet. Sepatutnya terus belajar agama dengan baik supaya kita tidak tertipu dengan diayah-diayah yang pelik yang datang dari luar ini.


 

Ayat 4: Kalau ikut syaitan, memang tidak akan selamat.

كُتِبَ عَلَيهِ أَنَّهُ مَن تَوَلّاهُ فَأَنَّهُ يُضِلُّهُ وَيَهديهِ إِلىٰ عَذابِ السَّعيرِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It has been decreed for him [i.e., every devil] that whoever turns to him – he will misguide him and will lead him to the punishment of the Blaze.

(MELAYU)

yang telah ditetapkan terhadap syaitan itu, bahawa barangsiapa yang berkawan dengan dia, tentu dia akan menyesatkannya, dan membawanya ke azab neraka.

 

كُتِبَ عَلَيهِ أَنَّهُ مَن تَوَلّاهُ فَأَنَّهُ يُضِلُّهُ

Telah ditetapkan terhadap syaitan itu, bahawa barangsiapa yang berkawan dengan dia, tentu dia akan menyesatkannya,

Allah telah tetapkan yang sesiapa sahaja yang berkawan dengan syaitan itu, maka syaitan itu akan menyesatkannya. Di dunia lagi syaitan sudah menyesatkannya. Tidak pernah syaitan akan bawa kebaikan kepada manusia.

 

وَيَهديهِ إِلىٰ عَذابِ السَّعيرِ

dan membawanya ke azab neraka.

Dan ke mana syaitan itu akan bawa orang itu kalau tidak ke neraka yang apinya panas membakar. Di dunia lagi syaitan sudah menyesatkannya dan di akhirat nanti syaitan akan membawanya ke neraka.

Maka untuk menyelamatkan diri kita daripada terjerumus ke dalam bisikan dan panduan syaitan ini maka hendaklah kita rapat dengan wahyu kerana jikalau sesuatu hujah itu tidak diberikan dengan wahyu, maka itu ada kemungkinan itu adalah hujah daripada syaitan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 106 – 112 (Khulasah Surah)

Ayat 106: Ayat targhib kepada mempelajari dan memahami Qur’an.

إِنَّ في هٰذا لَبَلٰغًا لِّقَومٍ عٰبِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, in this [Qur’ān] is notification for a worshipping people.

(MELAYU)

Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surat) ini, benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah (Allah).

Dalam Qur’an ini ada maklumat yang akan بلغ (sampai) ke dalam hati manusia. Iaitu maklumat yang besar kepada orang-orang yang sanggup untuk beribadat kepada Allah.

Maka kita kena sampaikan kepada manusia tentang ajaran dalam ayat-ayat Qur’an ini. Ianya adalah mukjizat yang dapat membuka hati manusia. Kerana ianya dari Allah dan kalau dibacakan kepada manusia, ia akan sampai (balagh).

Kita tidak tahu manakah ayat yang memberi kesan kepada seseorang itu. Jadi kita bacakan dan tafsirkan sahaja mana-mana ayat. Pasti ada ayat yang menyentuh jiwanya – kalau bukan ayat ini, ayat lain.


 

Ayat 107: Dari ayat ini sehingga ke hujung surah adalah Perenggan Makro Kelapan. Ia menganjur manusia untuk menerima ajaran Nabi Terakhir iaitu Nabi Muhammad. Baginda telah diutuskan sebagai rahmat sekalian alam.

Manusia juga diajar supaya berserah diri kepada Allah.

وَما أَرسَلنٰكَ إِلّا رَحمَةً لِّلعٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have not sent you, [O Muḥammad], except as a mercy to the worlds.

(MELAYU)

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

 

Nabi Muhammad diberitahu yang baginda diangkat sebagai rahmat kepada setiap manusia dan setiap tempat. Dengan kata lain, Dia mengutusnya sebagai rahmat buat mereka.

Maka barang siapa yang menerima rahmat ini dan mensyukurinya, berbahagialah dia di dunia dan akhiratnya. Dan barang siapa yang menolak serta mengingkarinya, maka rugilah dia di dunia dan akhiratnya.

قَالَ مُسْلِمٌ فِي صَحِيحِهِ: حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا مَرْوَانُ الفَزَاريّ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ كَيْسَان، عَنِ ابْنِ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ادْعُ عَلَى الْمُشْرِكِينَ، قَالَ: “إِنِّي لَمْ أبعَثْ لَعَّانًا، وَإِنَّمَا بُعثْتُ رَحْمَةً”

Imam Muslim mengatakan di dalam kitab sahihnya, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Umar, telah menceritakan kepada kami Marwan Al-Fazzari, dari Yazid ibnu Kaisan, dari Ibnu Abu Hazim, dari Abu Hurairah yang mengatakan, bahawa pernah dikatakan kepada Rasulullah Saw, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan orang-orang musyrik.” Maka Rasulullah Saw. menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan sebagai pelaknat, melainkan aku diutus sebagai pembawa rahmat.

Kerana itulah mereka masih selamat kerana Rasulullah tidak terus berdoa kepada Allah untuk kehancuran mereka. Kerana kalau baginda berdoa dan Allah makbulkan, maka pasti mereka akan musnah terus.

Maka terimalah rahmat Allah ini, dengan mengikut ajaran dari Rasulullah. Jangan sia-siakan kehidupan kita di dunia ini. Memang baginda adalah rahmat kepada alam. Walaupun ada yang tidak beriman kepada baginda, mereka masih lagi dapat rahmat dari kerana baginda.

Abul Qasim At-Tabrani telah meriwayatkannya dari Abdan ibnu Ahmad, dari Isa ibnu Yunus Ar-Ramli, dari Ayyub ibnu Suwaid, dari Al-Mas’udi, dari Habib ibnu Abu Sabit, dari Sa’id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna firman-Nya: Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Al-Anbiya: 107) Ibnu Abbas mengatakan bahawa orang-orang yang mengikutinya beroleh rahmat di dunia ini dan di akhirat kelak. Sedangkan orang-orang yang tidak mengikutinya dapat terhindar dari cubaan berupa ditenggelamkan ke bumi, dikutuk, dan ditimpa azab yang pernah dialami oleh umat-umat lain sebelum mereka.

Maknanya, kalau pun menolak ajaran Rasulullah, tidaklah mereka dikenakan dengan azab dunia seperti yang telah diberikan kepada kaum-kaum dahulu yang dihancurkan sampai tidak tinggal kesan langsung. Ini pun satu rahmat juga. Kerana kalau umat-umat dulu menolak Rasul mereka, mereka dimusnahkan terus dari muka bumi. Tapi selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Nabi, perkara itu tidak berlaku lagi.


 

Ayat 108: Dalil Wahyi. Setelah diangkat menjadi Rasul dan rahmat kepada alam, apakah tugas baginda?

قُل إِنَّما يوحىٰ إِلَيَّ أَنَّما إِلٰهُكُم إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۖ فَهَل أَنتُم مُّسلِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “It is only revealed to me that your god is but one God; so will you be Muslims [in submission to Him]?”

(MELAYU)

Katakanlah: “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku adalah: “Bahawasanya Tuhanmu adalah Tuhan Yang Esa. Maka adakah kamu berserah diri (kepada-Nya)”.

 

قُل إِنَّما يوحىٰ إِلَيَّ أَنَّما إِلٰهُكُم إِلٰهٌ وٰحِدٌ

Katakanlah: “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku adalah: “Bahawasanya Tuhanmu adalah Tuhan Yang Esa.

Nabi Muhammad diarahkan untuk memberitahu tentang tauhid kepada umat manusia  iaitu yang boleh disembah hanyalah Allah sahaja. Kerana ilah itu hanya Allah sahaja dan tidak ada ilah-ilah yang lain seperti yang direka oleh manusia.

Dalam masyarakat Arab yang telah rosak agama mereka, maka Nabi diarahkan oleh Allah untuk betulkan balik fahaman mereka. Kerana mereka faham ada lagi ilah-ilah yang lain selain Allah.

Maka kita juga kena ingatkan kepada masyarakat kita. Kerana masyarakat Islam kita pun sudah tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan ilah itu. Mereka sibuk tentang dunia sampaikan mereka tidak belajar agama melalui pemahaman Qur’an, maka mereka telah ditipu oleh syaitan.

 

فَهَل أَنتُم مُّسلِمونَ

Maka adakah kamu berserah diri (kepada-Nya)”.

Setelah kamu mengetahui perkara ini wahai manusia, adakah kamu akan meninggalkan segala salah faham syirik yang telah kamu lakukan itu? Adakah kamu tidak mahu untuk serahkan diri kamu kepada Allah sahaja?

Maka kita kena faham apakah maksud ‘Muslim’ itu. Secara ringkasnya ia bermaksud menyerahkan sepenuhnya diri kita kepada Allah. Iaitu serah dengan taat kepada segala arahanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Jadi bukanlah Muslim itu pada nama sahaja, tapi ada perkara yang perlu dilakukan dan difahami. Untuk memahaminya, kena belajar. Tapi malangnya umat Islam sekarang tidak kisah tentang ilmu agama. Mereka leka dengan dunia dan selesa dalam kejahilan agama. Mereka macam tidak rasa bersalah pun bila mereka jahil tentang agama. Seolah-olah mereka rasa bila mereka lahir dalam keluarga yang mengaku Muslim, mereka sudah selamat. Adakah begitu?


 

Ayat 109: Bila disampaikan ajaran agama, ada yang terima dan ada yang tolak, bukan?

فَإِن تَوَلَّوا فَقُل آذَنتُكُم عَلىٰ سَواءٍ ۖ وَإِن أَدري أَقَريبٌ أَم بَعيدٌ مّا توعَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if they turn away, then say, “I have announced to [all of] you equally.¹ And I know not whether near or far is that which you are promised.

•The Prophet () made this message known to all people, not concealing any of it from anyone or preferring any group over another.

(MELAYU)

Jika mereka berpaling, maka katakanlah: “Aku telah menyampaikan kepada kamu sekalian (ajaran) yang sama (antara kita) dan aku tidak mengetahui apakah yang diancamkan kepadamu itu sudah dekat atau masih jauh?”.

 

فَإِن تَوَلَّوا فَقُل آذَنتُكُم عَلىٰ سَواءٍ

Jika mereka berpaling, maka katakanlah: “Aku telah menyampaikan kepada kamu sekalian (ajaran) yang sama

Maksudnya kalau mereka tolak ajakan tauhid, maka Nabi Muhammad kena beritahu yang tugas baginda hanya memastikan yang mereka dengar dakwah dari baginda. Tugas baginda adalah menyampaikan sahaja dan baginda tidak dapat memastikan mereka terima.

Begitu juga kita, kena sampaikan sahaja, tapi kita tidak boleh nak pastikan orang yang didakwah itu terima. Tapi kita sudah sampaikan kah?

Kalimah سَواءٍ bermaksud ‘sama’. Iaitu Nabi Muhammad kena menyampaikan dakwah tauhid dan agama ini kepada umat dengan sama rata. Tidak boleh pilih kasih (ada yang disampaikan dan ada yang tidak disampaikan). Segala wahyu yang Allah sampaikan kepada baginda baginda kena sampaikan semuanya. Tidak boleh tinggalkan walaupun satu ayat. Dan semua itu telah disampaikan oleh baginda.

Maka, kita apabila mengajar tafsir ini, hendaklah sampaikan semuanya. Jangan ada yang kita simpan, sorok dari manusia. Kerana mungkin ada perkara yang kita rasa berat untuk disampaikan. Walaupun berat, tetap kita kena sampaikan juga.

 

وَإِن أَدري أَقَريبٌ أَم بَعيدٌ مّا توعَدونَ

dan aku tidak mengetahui apakah yang diancamkan kepadamu itu sudah dekat atau masih jauh”.

Salah satu perkara penting yang baginda ingatkan kepada manusia adalah tentang hari Kiamat dan hari Akhirat. Tapi baginda boleh ingatkan sahaja kerana baginda tidak tahu bilakah ia akan terjadi.

Baginda sendiri tidak tahu sama ada ia sudah hampir atau masih jauh. Ini kerana apabila baginda sebut tentang akhirat, Musyrikin Mekah tanya balik: bilakah datangnya Kiamat itu? Mereka tanya sebab nak ejek. Maka Allah ajar kepada baginda bagaimana nak jawab. Jawab sahaja tidak tahu.


 

Ayat 110: Kenalkan manusia tentang Allah SWT. Beritahu manusia tentang sifatNya.

إِنَّهُ يَعلَمُ الجَهرَ مِنَ القَولِ وَيَعلَمُ ما تَكتُمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, He knows what is declared of speech, and He knows what you conceal.

(MELAYU)

Sesungguhnya Dia mengetahui perkataan (yang kamu ucapkan) dengan terang-terangan dan Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan.

 

إِنَّهُ يَعلَمُ الجَهرَ مِنَ القَولِ

Sesungguhnya Dia mengetahui perkataan (yang kamu ucapkan) dengan terang-terangan 

Allah tahu apa yang manusia ucapkan secara terang-terangan. Ini termasuk penentangan manusia terhadap dakwah Rasulullah. Allah nak beritahu yang Dia tahu apa yang mereka katakan.

 

وَيَعلَمُ ما تَكتُمونَ

dan Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan.

Allah juga tahu apa yang mereka sembunyikan dalam hati mereka. Sebagai contoh, Musyrikin Mekah tidak tanya terus kepada Nabi Muhammad tentang bilakah akan terjadinya kiamat itu. Allah terus jawab dalam ayat ini dan ini tentu mengejutkan mereka.

Maknanya Allah jawab soalan mereka yang ada dalam hati mereka. Ini sepatutnya membuka hati mereka kepada Islam dan takut kepada Allah kerana Allah tahu segala-galanya. Banyak ayat-ayat dalam Qur’an dimana Allah membongkar apa yang dalam hati mereka.


 

Ayat 111: Nabi kena beritahu yang baginda seorang manusia sahaja dan baginda tidak tahu perkara ghaib.

وَإِن أَدري لَعَلَّهُ فِتنَةٌ لَّكُم وَمَتٰعٌ إِلىٰ حينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I know not; perhaps it¹ is a trial for you and enjoyment for a time.”

•The postponement of punishment.

(MELAYU)

Dan aku tiada mengetahui, boleh jadi hal itu cubaan bagi kamu dan kesenangan sampai kepada suatu waktu.

 

وَإِن أَدري لَعَلَّهُ فِتنَةٌ لَّكُم

Dan aku tiada mengetahui, boleh jadi hal itu cubaan bagi kamu

Antara perkara yang diejek-ejek oleh Musyrikin Mekah adalah: “kalau benar Kiamat itu benar, maka datangkanlah segera kepada mereka.” Maka Allah ajar bagaimana nak jawab: Beritahu mereka yang baginda tidak tahu kenapa Allah melewatkan azab itu kepada mereka. Baginda tidak tahu kenapa tidak dikenakan mereka dengan azab serta merta.

Mungkin ini semua adalah ujian bagi mereka supaya mereka masih ada masa lagi untuk hidup di dunia ini. Kalau begitu, maka ambillah peluang untuk bertaubat dan kembali kepada tauhid.

 

وَمَتٰعٌ إِلىٰ حينٍ

dan kesenangan sampai kepada suatu waktu.

Atau, ianya hanya masa untuk beri mereka hidup dalam kesenangan sahaja. Iaitu kesenangan hidup yang boleh menyebabkan manusia lupa dengan kedatangan kiamat itu kerana apabila manusia hidup senang dan mewah, kebanyakan dari mereka itu lupa kepada kedatangan hari kiamat. Nanti kiamat akan datang secara tiba-tiba sewaktu mereka tidak sangka ia akan berlaku.


 

Ayat 112: Akhir sekali Rasulullah berdoa.

قٰلَ رَبِّ احكُم بِالحَقِّ ۗ وَرَبُّنَا الرَّحمٰنُ المُستَعانُ عَلىٰ ما تَصِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[The Prophet ()] has said, “My Lord, judge [between us] in truth. And our Lord is the Most Merciful, the one whose help is sought against that which you describe.”¹

•i.e., their lies and disbelief.

(MELAYU)

(Muhammad) berkata: “Ya Tuhanku, berilah keputusan dengan adil. Dan Tuhan kami ialah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Yang dimohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu katakan”.

 

قٰلَ رَبِّ احكُم بِالحَقِّ

(Muhammad) berkata: “Ya Tuhanku, berilah keputusan dengan adil.

Nabi Muhammad minta Allah tetapkan apa yang sepatutnya berlaku. Berilah keputusan segera dengan adil. Kerana Nabi Muhammad sudah tidak tahan lagi dengan perangai mereka yang menentang itu. Sama ada beri azab kepada mereka sekarang atau beri bantuan kepada baginda untuk mengalahkan mereka.

 

وَرَبُّنَا الرَّحمٰنُ

Dan Tuhan kami ialah Tuhan Yang Maha Pemurah

Rasulullah memuji Allah dengan mengatakan Allah itu adalah Tuhan yang maha pengasih. Walaupun Nabi minta Allah buat keputusan dengan segera, tapi kerana sifat Rahman Allah, Allah tidak menghancurkan mereka serta merta. Allah masih lagi beri peluang.

 

المُستَعانُ عَلىٰ ما تَصِفونَ

Yang dimohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu katakan”.

Iaitu apa yang mereka kata terhadap Allah dan terhadap baginda, hanya kepada Allah sahaja Nabi Muhammad minta bantuan. Nabi Muhammad tidak ada kuasa untuk mengalahkan mereka, maka baginda bergantung kepada Allah sahaja.

Memang hanya Allah sahaja tempat diminta pertolongan. Segala kesalahan yang kamu lakukan, hanya Allah sahaja yang boleh tentukan. Maka kalau kita ditentang, dihina dan dituduh bermacam-macam kerana menyampaikan ajaran tauhid ini, maka kita berdoa kepada Allah untuk beri kemenangan kepada kita.

Allahu a’lam. Sekian, tamat tafsir Surah Anbiya’ ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah Hajj.

Kemaskini: 18 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 102 – 105 (Bumi digulung macam skrol)

Ayat 102: Ayat Tabshir, berkenaan mereka yang masuk ke dalam syurga.

لا يَسمَعونَ حَسيسَها ۖ وَهُم في مَا اشتَهَت أَنفُسُهُم خٰلِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will not hear its sound, while they are, in that which their souls desire, abiding eternally.

(MELAYU)

mereka tidak mendengar sedikit pun suara api neraka, dan mereka kekal dalam menikmati apa yang diingini oleh mereka.

 

لا يَسمَعونَ حَسيسَها

mereka tidak mendengar sedikit pun suara api neraka, 

Kalimah حَسيسَ adalah bunyi kebakaran kerana kalau api sedang membakar sesuatu, kita boleh dengar bunyi dia, bukan? Dan apa yang dibakar dalam api neraka? Manusia, jin dan yang berhala yang disembah seperti yang disebut dalam ayat sebelum ini. Bunyinya amat kuat dan amat menakutkan. Tapi orang beriman akan diselamatkan.

Oleh itu, ahli syurga tidak dengar bunyi api neraka. Kerana kalau dengar, mereka pun tidak selesa kerana ianya amat menyayat hati. Sedangkan ahli syurga hanya menikmati nikmat sahaja. Maka mereka duduk di tempat yang tenang-tenang sahaja. Kita pun tak mahu nak dengar dan lihat neraka itu.

 

وَهُم في مَا اشتَهَت أَنفُسُهُم خٰلِدونَ

dan mereka kekal dalam menikmati apa yang diingini oleh mereka.

Ahli syurga berada pada tempat yang mereka boleh dapat apa sahaja yang mereka hendak dan mereka akan kekal di dalamnya. Itulah syurga tempat memenuhi kehendak syahwat. Apa sahaja yang terfikir di dalam hati mereka akan terus diberikan kepada mereka.

Mereka juga akan kekal di dalam syurga itu. Oleh itu, mereka tidak rasa resah langsung. Tidak takut yang mereka kena tinggalkan syurga itu. Kerana kalau duduk di hotel paling mahal pun, kita tahu yang akhirnya kita kena keluar juga, bukan? Dan itu mengurangkan nikmat tinggal di hotel itu, bukan? Maka kalau sudah masuk ke dalam syurga, akan kekal selama-lamanya.


 

Ayat 103:

لا يَحزُنُهُمُ الفَزَعُ الأَكبَرُ وَتَتَلَقّٰهُمُ المَلائِكَةُ هٰذا يَومُكُمُ الَّذي كُنتُم توعَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will not be grieved by the greatest terror,¹ and the angels will meet them, [saying], “This is your Day which you have been promised” –

•The events of the Last Hour or of the Resurrection.

(MELAYU)

Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar (pada hari kiamat), dan mereka disambut oleh para malaikat. (Malaikat berkata): “Inilah harimu yang telah dijanjikan kepadamu”.

 

لا يَحزُنُهُمُ الفَزَعُ الأَكبَرُ

Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar 

Kalimah الفَزَعُ dari katadasar ف ز ع yang bermaksud menjadi takut sangat. Kalimat الفَزَعُ الأَكبَرُ merujuk kepada ketakutan yang paling besar iaitu ketakutan menghadapi Hari Kiamat. Ianya sangat-sangat mengerikan kalau dilihat.

Orang-orang mukmin akan diselamatkan daripada kacau-bilau semasa tiupan sangkakala yang pertama itu. Itulah waktu kiamat bermula dan itu adalah satu kejadian yang amat menakutkan, maka orang-orang mukmin akan diselamatkan daripada perkara itu.

Ini adalah kerana tidak ada seorang pun orang mukmin ada semasa hari kiamat itu terjadi. Di dalam riwayat kita belajar bagaimana sebelum kiamat berlaku, ada angin yang akan mematikan semua orang mukmin dan kehidupan akan terus berjalan tetapi yang tinggal hanyalah orang-orang yang kafir sahaja.

Orang-orang kafir itu rasa suka kerana tidak ada lagi agama waktu itu tetapi Allah akan kenakan mereka dengan azab yang teruk iaitu mereka akan merasai kejadian kiamat yang amat-amat teruk.

 

وَتَتَلَقّٰهُمُ المَلائِكَةُ

dan mereka disambut oleh para malaikat.

Para malaikat akan datang untuk mengucapkan tahniah kepada orang mukmin ahli syurga itu dan mungkin malaikat-malaikat itulah yang mendampingi orang-orang mukmin itu semasa di dunia dahulu.

 

هٰذا يَومُكُمُ الَّذي كُنتُم توعَدونَ

(Malaikat berkata): “Inilah harimu yang telah dijanjikan kepadamu”.

Malaikat itu memuji dan memberi tahniah kepada ahli syurga itu dengan mengatakan “ini adalah hari kamu”. Inilah hari yang telah dijanjikan kepada kamu dulu semasa kamu hidup di dunia. Kamu percaya dengan janji itu dan kerana itu kamu jaga amalan kamu dan kamu buat persediaan untuk masuk ke dalam syurga ini.

Malaikat akan sambut ahli syurga itu dari masa mati mereka, semasa masuk kubur dan semasa di Mahsyar. Malaikat ini akan sambut kerana semua tempat-tempat itu adalah tempat baru bagi manusia. Dan kalau kita pergi ke tempat baru, kita pun risau, canggung dan tidak selesa, bukan? Tambah pula tentu kita akan takut. Maka malaikat akan sambut ahli syurga supaya mereka tak takut.


 

Ayat 104: Keadaan pada hari Kiamat nanti.

يَومَ نَطوِي السَّماءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلكُتُبِ ۚ كَما بَدَأنا أَوَّلَ خَلقٍ نُّعيدُهُ ۚ وَعدًا عَلَينا ۚ إِنّا كُنّا فٰعِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Day when We will fold the heaven like the folding of a [written] sheet for the records. As We began the first creation, We will repeat it. [That is] a promise binding upon Us. Indeed, We will do it.¹

•More literally, “Indeed, We are ever doers” of what We will.

(MELAYU)

(Iaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti ke atas Kami; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya.

 

يَومَ نَطوِي السَّماءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلكُتُبِ

(Iaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. 

Allah memberitahu bagaimana Dia akan طوي (menggulung) langit itu sebagaimana طَيِّ السِّجِلِّ (skrol lembaran kertas) digulung. Apabila seseorang telah selesai menulis di atas kertas, dia akan menggulung dan ikat skrol itu untuk disimpan.

Begitulah perumpamaan Allah berikan berkenaan alam ini apabila tibanya Kiamat nanti. Ini adalah apabila terjadi tiupan sangkakala pertama. Kita pun tidak dapat bayangkan.

Contoh skrol

 

كَما بَدَأنا أَوَّلَ خَلقٍ نُّعيدُهُ

Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. 

Apa-apa yang telah dicipta pada mula-mula kejadian dulu akan dikembalikan untuk hidup semula. Sebagaimana manusia diciptakan dalam keadaan telanjang bogel dan tanpa ada apa-apa, begitulah juga nanti mereka akan dibangkitkan.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا وَكِيع وَابْنُ جَعْفَرٍ الْمَعْنَى، قَالَا : حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ النُّعْمَانِ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْر، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَوْعِظَةٍ فَقَالَ: “إِنَّكُمْ مَحْشُورُونَ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلا كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ، وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ”

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Waki’, Abu Ja’far, dan Ubaidah Al-Ammi. Mereka mengatakan, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Al-Mugirah ibnun Nu’man, dari Sa’id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa di suatu waktu Rasulullah Saw. berdiri di antara kami untuk menyampaikan nasihatnya kepada kami, lalu baginda Saw. bersabda: Sesungguhnya kalian akan digiring menghadap kepada Allah Swt. dalam keadaan tak beralas kaki, telanjang lagi tidak disunat, “Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama, begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya.” 

 

وَعدًا عَلَينا

Itulah suatu janji yang pasti ke atas Kami; 

Ini adalah janji yang Allah telah kenakan keatas DiriNya. Maka kalau begitu, maksudnya Allah pasti akan buat.

 

إِنّا كُنّا فٰعِلينَ

sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya.

Dan apabila Allah berjanji, Dia akan tepati. Maksudnya memang Kiamat itu akan terjadi. Allah memang telah merancang untuk melakukan perkara ini sejak azali lagi dan ia bukanlah sesuatu keputusan yang baru dibuat oleh Allah.

Maka, kalau ianya pasti berlaku, maka tak boleh nak elak lagi. Cuma kena bersedia sahaja. Tidak perlu nak agak-agak sangat bilakah ia akan terjadi, tapi yang lebih penting adalah: apakah persediaan kita untuk menghadapinya?


 

Ayat 105:

وَلَقَد كَتَبنا فِي الزَّبورِ مِن بَعدِ الذِّكرِ أَنَّ الأَرضَ يَرِثُها عِبادِيَ الصّٰلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have already written in the book [of Psalms]¹ after the [previous] mention² that the land [of Paradise] is inherited by My righteous servants.

Az-Zabūr can also mean “scriptures” in general.

•i.e., the Torah. The “mention” may also refer to the original inscription with Allāh, i.e., the Preserved Slate (al-Lawḥ al-Maḥfūth).

(MELAYU)

Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) al-Kitab, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh.

 

وَلَقَد كَتَبنا فِي الزَّبورِ

Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur

Kitab Zabur itu adalah Kitab yang diberikan kepada Nabi Daud a.s. Dalam istilah Kristian, ia dipanggil Psalm. Ia mengandungi peringatan-peringatan yang indah sebagai bacaan tetapi di dalamnya juga ada maklumat yang hendak disampaikan tentang akhirat.

Atau, ia boleh juga bermaksud umum, iaitu semua kitab-kitab terdahulu. Kerana perkara yang sama diulang-ulang dalam semua kitab.

 

مِن بَعدِ الذِّكرِ

sesudah (Kami tulis dalam) al-Kitab, 

Tapi ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa Zabur itu boleh merujuk kepada Kitab Zabur Nabi Daud atau ia boleh merujuk kepada semua kitab-kitab yang sebelum Qur’an (Taurat, Injil, Zabur, suhuf-suhuf dan lain-lain lagi yang kita tidak tahu).

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Kitab itu? Ia boleh merujuk kepada Lauh Mahfuz atau Qur’an yang di Lauh Mahfuz. Maksudnya, maklumat yang ditulis ini adalah selepas Kitab-kitab itu ditulis di Lauh Mahfuz. Apakah maklumat yang hendak disampaikan?

 

أَنَّ الأَرضَ يَرِثُها عِبادِيَ الصّٰلِحونَ

bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh.

Mujahid telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas tentang firman-Nya: bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh. (Al-Anbiya: 105 ) Bahawa yang dimaksud dengan ‘bumi’ ialah bumi syurga.

Allah tulis di dalam Zabur itu yang syurga itu akan diwarisi oleh orang-orang yang soleh. Kalau beramal soleh semasa di dunia, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, bukanlah Qur’an sahaja memperkatakan perkara ini, tapi ada dalam kitab-kitab yang lain juga.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain