Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 97 – 101 (Kiamat dah dekat)

Ayat 97: Takhwif Ukhrawi sebagai penakutan untuk kita.

وَاقتَرَبَ الوَعدُ الحَقُّ فَإِذا هِيَ شٰخِصَةٌ أَبصٰرُ الَّذينَ كَفَروا يٰوَيلَنا قَد كُنّا في غَفلَةٍ مِّن هٰذا بَل كُنّا ظٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [when] the true promise [i.e., the resurrection] has approached; then suddenly the eyes of those who disbelieved will be staring [in horror, while they say], “O woe to us; we had been unmindful of this; rather, we were wrongdoers.”

(MELAYU)

Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim”.

 

وَاقتَرَبَ الوَعدُ الحَقُّ

Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar 

Allah hendak memberitahu kita yang Kiamat yang dijanjikan itu sudah hampir. Janganlah leka lagi dengan dunia. Kerana dunia ini akan hancur tidak lama lagi. Kita sahaja yang rasa Hari Kiamat itu macam jauh, tapi sebenarnya tidak.

Apabila Nabi Muhammad sudah diangkat menjadi Rasul, itu sudah tanda dekatnya Kiamat. Kerana baginda adalah Nabi terakhir dan tidak ada Nabi lagi selepas baginda, yang ada hanyalah Kiamat sahaja.

 

فَإِذا هِيَ شٰخِصَةٌ أَبصٰرُ الَّذينَ كَفَروا

maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir.

Kalimah شٰخِصَةٌ dari katadasar ش خ ص yang bermaksud mata yang memandang tepat ke arah sesuatu. Apabila sudah Kiamat nanti dan realiti Kiamat sudah ada di depan mata, maka waktu itu mata orang-orang yang kafir itu akan terbelalak kerana sangat-sangat takut.

Tidak boleh nak berkelip lagi mata mereka. Kerana perkara yang mereka tolak dulu sekarang sudah ada depan mata. Dulu mereka tak kisah tentang kiamat, mereka buat main-main sahaja, nah sekarang nak lari ke mana?

 

يٰوَيلَنا قَد كُنّا في غَفلَةٍ مِّن هٰذا

(Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini,

Waktu itu mereka akan tersedar kesalahan mereka dan mereka akan menangisi nasib mereka. Mereka menyesal kerana mereka lalai tentang akhirat, tidak bersedia langsung. Maka mereka sendiri sudah tahu yang mereka akan jadi celaka, tak payah diberitahu lagi.

 

بَل كُنّا ظٰلِمينَ

bahkan kami dulu adalah orang-orang yang zalim”.

Dan mereka juga akan mengaku yang mereka dulunya orang-orang yang zalim. Zalim itu banyak perkara dan zalim yang paling besar adalah melakukan syirik kepada Allah. Semasa di dunia dulu, sudah ramai yang mengajak mereka kepada tauhid dan meninggalkan syirik, tapi mereka tak mahu dengar dan tak mahu ikut. Bila di akhirat baru nak mengaku, sudah terlambat.


 

Ayat 98: Waktu itu akan dikatakan kepada mereka.

إِنَّكُم وَما تَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنتُم لَها وٰرِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, you [disbelievers] and what you worship other than Allāh are the firewood of Hell. You will be coming to [enter] it.

(MELAYU)

Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah kayu api Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya.

 

إِنَّكُم وَما تَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ

Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah kayu api Jahannam, 

Ada berbagai jenis bahan bakar dan jenis حَصَبُ ini adalah dari jenis batu kerikil seperti batu arang yang digunakan sebagai bahan bakar (macam keretapi lama). Ibnu Abbas mengatakan yang dimaksudkan dengan حَصَبُ ialah bahan bakar yang menambah besar api Jahanam.

Allah beritahu yang disembah selain Allah itu akan dijadikan bahan bakar di neraka. Tapi tentulah ini bukanlah Nabi, wali dan malaikat yang disembah. Kerana Nabi, wali dan malaikat itu tidaklah bersalah walaupun mereka disembah puak musyrik. Ini adalah kerana mereka tidak pernah suruh diri mereka dipuja dan disembah.

Jadi حَصَبُ merujuk kepada benda-benda lain yang syaitan telah suruh manusia sembah seperti berhala, pokok dan sebagainya. Dan ada pendapat yang lebih kuat mengatakan yang dimaksudkan adalah syaitan yang akan jadi bahan bakar itu. Kerana syaitanlah yang menyuruh manusia untuk mensyirikkan Allah dan kerana itu mereka yang akan dijadikan bahan bakar di dalam neraka nanti, termasuk dengan manusia sekali. Maka حَصَبُ adalah manusia dan syaitan, dan juga berhala sembahan manusia.

 

أَنتُم لَها وٰرِدونَ

kamu pasti masuk ke dalamnya.

Kalimah وٰرِدونَ dari katadasar و ر د yang bermaksud hadhir, datang, mendekat kepada sesuatu tempat. Syaitan dan manusia syirik pasti akan dihumban ke dalam neraka itu. Tidak boleh nak lari lagi. Tidak ada sesiapa yang akan tolong untuk menyelamatkan mereka atau mengeluarkan mereka. Tidak ada hujah untuk mereka lagi pada waktu itu. Mereka tidak diberi peluang langsung.


 

Ayat 99:

لَو كانَ هٰؤُلاءِ آلِهَةً مّا وَرَدوها ۖ وَكُلٌّ فيها خٰلِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Had these [false deities] been [actual] gods, they would not have come to it, but all are eternal therein.

(MELAYU)

Andaikata ilah-ilah itu Tuhan, tentulah mereka tidak masuk neraka. Dan semuanya akan kekal di dalamnya.

 

لَو كانَ هٰؤُلاءِ آلِهَةً مّا وَرَدوها

Andaikata ilah-ilah itu Tuhan, tentulah mereka tidak masuk neraka.

Kalau yang disembah itu memang benar ilah yang sebenar, tentulah mereka tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, bukan? Jadi ilah-ilah palsu yang mereka sembah itu bukanlah ilah dan langsung tidak dapat menyelamatkan mereka. Sudahlah tak dapat selamatkan, mereka sendiri akan masuk dalam neraka.

 

وَكُلٌّ فيها خٰلِدونَ

Dan semuanya akan kekal di dalamnya.

Tetapi mereka akan masuk dalam neraka dan akan kekal dalam neraka itu. Kekal dalam neraka bermaksud tidak ada peluang untuk keluar langsung. Kerana kalau manusia beriman dan tidak melakukan tauhid, tapi ada banyak dosa, mereka akan masuk ke dalam neraka juga, tapi tidak kekal. Mereka itu dikenali sebagai Jahannamiyyun.

Tapi mereka yang melakukan syirik, atau ada fahaman syirik, mereka akan kekal dalam neraka. Tidak kira sama ada mereka itu Muslim atau tidak. Ya, kalau Muslim tapi ada fahaman syirik, pun akan kekal dalam neraka.


 

Ayat 100:

لَهُم فيها زَفيرٌ وَهُم فيها لا يَسمَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

For them therein is heavy sighing, and they therein will not hear.

(MELAYU)

Mereka merintih di dalam api dan mereka di dalamnya tidak mendengar.

 

لَهُم فيها زَفيرٌ

Mereka merintih di dalam api

Kalimah زَفيرٌ adalah bunyi nafas yang keluar dari sesuatu yang amat menakutkan. Ia juga digunakan apabila kita meletakkan terlalu banyak beban di atas keldai sampai bunyi kedai itu akan merintih nyaring dan begitulah bunyi-bunyian yang akan didengari di neraka kelak. Ini amat menakutkan.

 

وَهُم فيها لا يَسمَعونَ

dan mereka di dalamnya tidak mendengar.

Ilah-ilah dan tuhan-tuhan palsu yang dijadikan sembahan oleh manusia itu akan berada di sebelah mereka sahaja, sama-sama kena azab. Mereka merintih meminta pertolongan tetapi walau bagaimana kuat pun jeritan minta tolong mereka itu tidak akan didengari.

Dan ia juga bermaksud, oleh kerana semua penghuni neraka akan berbunyi begitu dengan hiruk pikuknya maka tidak ada sesiapa pun yang mendengar mereka. Semua sibuk dengan hal masing-masing dan dengan seksaan yang dikenakan kepada diri mereka. Mereka yang diazab itu memanggil-manggil sesiapa yang boleh tolong mereka, tapi tidak ada yang dengar untuk beri pertolongan.

Atau, tidak dapat dengar suara mereka kerana bisingnya bunyi neraka nanti.


 

Ayat 101: Sekarang ayat tabshir pula sebagai perbezaan perbandingan.

إِنَّ الَّذينَ سَبَقَت لَهُم مِّنَّا الحُسنىٰ أُولٰئِكَ عَنها مُبعَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those for whom the best [reward] has preceded from Us – they are from it far removed.

(MELAYU)

Bahawasanya orang-orang yang telah ada untuk mereka ketetapan yang baik dari Kami, mereka itu dijauhkan dari neraka,

 

إِنَّ الَّذينَ سَبَقَت لَهُم مِّنَّا الحُسنىٰ

Bahawasanya orang-orang yang telah ada untuk mereka ketetapan yang baik dari Kami, 

Ini adalah mereka yang telah melakukan banyak amal-amal kebaikan semasa mereka hidup dan seolah-olah mereka telah سبق (menghantar) amal kebaikan mereka itu ke hadapan. Amalan mereka itu akan menunggu mereka di akhirat kelak.

Ataupun ia bermaksud orang-orang yang telah ditakdirkan oleh Allah yang akan menjadi ahli syurga iaitu mereka yang Allah beritahu kepada mereka untuk beramal dengan akidah tauhid dan beramal dengan amal-amal kebaikan dan mereka telah taat. Mereka akan mendapat الحُسنىٰ (kebaikan) dari Allah.

 

أُولٰئِكَ عَنها مُبعَدونَ

mereka itu dijauhkan dari neraka,

Mereka itu akan dijauhkan sejauh-jauhnya daripada neraka, sampaikan mereka tidak akan mendengar, menghidu ataupun melihat neraka langsung. Inilah yang kita hendak kerana kita tak sanggup nak tengok pun apa yang terjadi dalam neraka itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 17 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 91 – 96 (Ya’juj dan Ma’juj)

Ayat 91: Dalil Naqli lagi dan kali ini berkenaan kisah Maryam pula. Sebelum ini telah disebut kisah Nabi Zakariya. Nabi Zakariya hidup sezaman dengan Maryam dan Nabi Zakariya yang menjaga Maryam.

Demikianlah Allah menyebutkan kisah Maryam dan puteranya (iaitu Isa a.s.) secara bergandingan dengan kisah Zakariya dan anaknya (iaitu Yahya a.s.) Mula-mula Allah Swt. menyebutkan kisah Nabi Zakariya, lalu mengiringinya dengan kisah Maryam, kerana kedua kisah mempunyai kaitan yang rapat.

Pertama, terlahirkan seorang anak dari pasangan yang sudah sangat lanjut usianya, sejak muda mereka belum punya anak. Dan yang kedua adalah kisah Maryam, kisahnya jauh lebih menghairankan dari kisah yang pertama, kerana dia melahirkan anak tanpa campur tangan lelaki, seperti yang telah diterangkan di dalam Surah Ali Imran dan Surah Maryam.

وَالَّتي أَحصَنَت فَرجَها فَنَفَخنا فيها مِن رّوحِنا وَجَعَلنٰها وَابنَها آيَةً لِّلعٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] the one who guarded her chastity [i.e., Mary], so We blew into her [garment] through Our angel [i.e., Gabriel], and We made her and her son a sign for the worlds.

(MELAYU)

Dan (ingatlah kisah) seorang yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam.

 

وَالَّتي أَحصَنَت فَرجَها

Dan (ingatlah kisah) seorang yang telah memelihara kehormatannya,

Ayat ini sekarang merujuk kepada Maryam yang ‘memelihara farajnya’ yang bermaksud memelihara kehormatannya. Maknanya beliau tidak pernah berzina. Allah bersihkan nama ibu Nabi Isa ini kerana dalam agama Kristian dan  Yahudi, ada fahaman yang mengatakan beliau berzina sampai menyebabkan lahirnya Nabi Isa a.s.

 

فَنَفَخنا فيها مِن رّوحِنا

lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya ruh dari Kami

Telah ditiupkan ke dalam diri Maryam itu ‘roh dari Allah’ yang bermaksud roh yang dimiliki oleh Allah. Kerana roh itu adalah ciptaan Allah. Maka ianya kepunyaan Allah.

Jadi jangan kita tafsir sebagai ‘roh Allah’ pula. Apabila ditafsir sebagai ‘roh Allah’ lah yang menyebabkan kekeliruan manusia yang terlalu mengangkat darjat Nabi Isa.

 

وَجَعَلنٰها وَابنَها آيَةً لِّلعٰلَمينَ

dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam.

Dan Allah menjadikan Maryam dengan anaknya Nabi Isa sebagai tanda mukjizat kepada manusia keseluruhannya. Allah hendak tunjukkan bagaimana Qudrat Allah itu boleh melahirkan manusia tanpa ada bapa pun. Kerana kalau Allah nak jadikan sesuatu, ianya dengan semudah kalimah ‘kun’ sahaja.

Aalamin yang dimaksudkan adalah golongan jin dan manusia kerana merekalah yang dipertanggungjawabkan dengan tuntutan syariat agama.

Kisah Nabi Isa ini penting kerana padanya terdapat mukjizat semasa kelahirannya dan mukjizat semasa kematiannya kerana baginda akan turun semula ke dunia ini sebelum kiamat. Maknanya sekarang baginda tidak mati lagi dan ada di langit. Apabila baginda turun apabila dekat dengan kiamat, baginda akan memaklumkan kepada semua manusia tentang kebenaran Nabi Muhammad SAW. Jadi itu adalah satu perkara yang amat besar.


 

Ayat 92: Khulasah tentang ajaran agama.

إِنَّ هٰذِهِ أُمَّتُكُم أُمَّةً وٰحِدَةً وَأَناْ رَبُّكُم فَاعبُدونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed this, your religion, is one religion,¹ and I am your Lord, so worship Me.

•i.e., a collective way of life or course of conduct followed by a community.

(MELAYU)

Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.

 

إِنَّ هٰذِهِ أُمَّتُكُم أُمَّةً وٰحِدَةً

Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu

Selepas menyebut secara ringkas kisah-kisah para Nabi itu, maka Allah memberi rangkuman keseluruhan agama. Walaupun telah diceritakan dengan berbagai Rasul dan Nabi yang berlainan tempat tetapi Allah memberitahu bahawa kita semua adalah umat yang satu kerana mereka itu menyembah Tuhan yang satu dan berdoa kepada Allah yang sama juga.

Maka kita ini semuanya adalah satu umat sahaja sebenarnya. Bukanlah ajaran tauhid mereka berlainan dengan ajaran tauhid yang Nabi Muhammad SAW sampaikan. Maka kembalilah kepada ajaran tauhid itu.

 

وَأَناْ رَبُّكُم فَاعبُدونِ

dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.

Maka sebagai satu ummah, maka kita kena terima yang Allah itu adalah Tuhan kita dan kita bersama-sama menghambakan diri kepadaNya sahaja. Jangan hambakan diri kepada selain Allah, jangan sembah kepada selain Allah dan jangan seru doa kepada selain Allah (jangan tawasul).


 

Ayat 93: Sepatutnya semua umat manusia bersatu atas satu ajaran tauhid. Tapi apa yang terjadi?

وَتَقَطَّعوا أَمرَهُم بَينَهُم ۖ كُلٌّ إِلَينا رٰجِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [yet] they divided their affair [i.e., that of their religion] among themselves,¹ [but] all to Us will return.

•Becoming sects and denominations.

(MELAYU)

Dan mereka telah memotong-motong urusan (agama) mereka di antara mereka. Kepada Kamilah masing-masing golongan itu akan kembali.

 

وَتَقَطَّعوا أَمرَهُم بَينَهُم

Dan mereka telah memotong-motong urusan (agama) mereka di antara mereka. 

Allah menegur manusia yang membeza-bezakan agama seperti mana yang kebanyakan daripada manusia lakukan. Mereka salah sangka yang para Nabi itu bawa agama yang baru sedangkan semuanya bawa ajaran tauhid yang sama. Semua sekali adalah beragama Islam.

Kemudian dalam agama pula dipecah-pecahkan kumpulan kepada mazhab-mazhab dan kumpulan tertentu – ada kumpulan Katolik, Protestan dan sebagainya. Dalam agama Yahudi pun begitu juga. Dan malangnya dalam agama Islam pun ada banyak kumpulan. Mereka membezakan antara satu sama lain – ada golongan sufi, syiah, salafi, aswaja dan macam-macam lagi.

Dan ada juga mereka yang memilih-milih bahagian agama yang mereka hendak fokus. Sebagai contoh ada yang pilih Tasauf, ada yang pilih tumpukan perhatian kepada jenis feqah sahaja, dan ada yang pilih akidah sahaja. Mereka tumpukan satu bahagian sahaja tanpa melihat agama ini secara keseluruhan.

Dan Allah menegur manusia yang mahu bezakan diri mereka dan bandingkan diri mereka dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Malangnya selepas itu mereka telah melebihi-lebihkan diri mereka dan kumpulan mereka dari kumpulan yang lain. Mereka rasa mereka lebih hebat dan lebih benar.

Berada di dalam kumpulan tertentu pada asalnya tidaklah salah tetapi apabila taksub dengan kumpulan itu sampai benci kepada kumpulan yang lain dan sampai rasa yang kumpulannya itu sentiasa sahaja betul, maka itu sudah ada masalah. Ini adalah salah satu dari Talbis Iblis dimana Iblis akan pecahkan umat Islam. Bila sudah berpecah, maka akan ada banyak masalah dan melemahkan kita.

 

كُلٌّ إِلَينا رٰجِعونَ

Kepada Kamilah masing-masing golongan itu akan kembali.

Mereka bandingkan dan bezakan tapi mereka lupa yang mereka semua tidak terlepas akan kembali kepada Allah. Di hadapan Allah nanti mereka kena jawab kenapa mereka membeza-bezakan.

Mereka juga sibuk nak cari kesalahan orang lain tapi lupa kesalahan diri sendiri. Maka Allah ingatkan: jangan lupa diri sendiri kerana nanti kamu akan mengadapNya dan kena jawab semua perkara yang kamu lakukan. Sudahkah bersedia? Kenapa nak sebok sangat dengan orang lain sedangkan diri sendiri pun belum tentu selamat lagi?


 

Ayat 94: Dari ayat ini sehingga ke ayat 106 adalah Perenggan Makro Ketujuh. Ia memberitahu balasan bagi amalan buruk dan balasan bagi amalan yang baik.

فَمَن يَعمَل مِنَ الصّٰلِحاتِ وَهُوَ مُؤمِنٌ فَلا كُفرانَ لِسَعيِهِ وَإِنّا لَهُ كٰتِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So whoever does righteous deeds while he is a believer – no denial will there be for his effort,¹ and indeed We [i.e., Our angels], of it, are recorders.

•Such a person will not be deprived of his due reward.

(MELAYU)

Maka barang siapa yang mengerjakan amal saleh, sedang dia beriman, maka tidak ada pengingkaran terhadap amalannya itu dan sesungguhnya Kami menuliskan amalannya itu untuknya.

 

فَمَن يَعمَل مِنَ الصّٰلِحاتِ

Maka barang siapa yang mengerjakan amal saleh,

Amal-amal yang soleh itu tidak terhad kepada amal-amal ibadat tertentu sahaja asalkan ianya baik dan ada sandaran dari sunnah. Pastikan ianya adalah amalan sunnah, bukan amalan bidaah.

Amal yang soleh perlu dilakukan dengan berkualiti. Maka kena belajar bagaimana cara melakukan amal ibadat itu. Kena lengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan tentang agama. Maka kena belajar dan terus belajar.

 

وَهُوَ مُؤمِنٌ

sedang dia beriman, 

Satu syarat yang paling utama adalah orang itu hendaklah beriman yang sempurna. Iman sempurna adalah iman tanpa syirik. Kerana ada orang yang beriman dengan Allah dan perkara yang perlu diimani, tapi dalam masa yang sama, ada pula iman kepada perkara yang salah.

Sebagai contoh, mereka percaya yang ada makhluk lain yang boleh mendengar doa mereka walaupun yang diseru itu sudah mati. Ini adalah fahaman syirik. Untuk tahu, kenalah belajar tafsir Qur’an sampai habis.

 

فَلا كُفرانَ لِسَعيِهِ

maka tidak ada pengingkaran terhadap amalannya itu

Maksudnya, kalau cukup syarat (amal soleh dan tidak ada syirik), maka amalan mereka itu diterima. Kalau salah satu tak lengkap, maka amalan itu tertolak.

Maksud tidak ada pengingkaran adalah: amalan mereka itu diterima. Tidak akan ditolak, tidak akan hilang, tidak akan ditutup. Ia akan dibalas dengan sempurna oleh Allah. Malah, Allah akan beri balasan yang lebih baik lagi dari amalan itu sendiri.

وَإِنّا لَهُ كٰتِبونَ

dan sesungguhnya Kami menuliskan amalannya itu untuknya.

Allah memberitahu yang Dia menulis segala apa yang dilakukan oleh manusia dari amalan-amalan soleh itu yang bermakna, Allah akan membalasnya. Allah rekod semua itu kerana Allah hendak balas. Tidak ada yang tertinggal. Tidak ada yang tidak dihargai usaha mereka. Semuanya akan dibalas sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda.


 

Ayat 95:

وَحَرٰمٌ عَلىٰ قَريَةٍ أَهلَكنٰها أَنَّهُم لا يَرجِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it is prohibited to [the people of] a city which We have destroyed that they will [ever] return¹

•They cannot return to this world, nor can they repent to Allāh.

(MELAYU)

Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami).

 

Ayat ini merujuk kepada puak-puak yang telah dimusnahkan kerana engkar kepada Allah dan Rasul mereka. Maka haram dan tidak mungkin mereka dapat kembali lagi ke dunia ini untuk melakukan kebaikan.

Banyak ayat-ayat dalam Qur’an menceritakan bagaimana mereka yang engkar itu merayu untuk pulang ke dunia untuk beriman dan mengerjakan kebaikan. Mereka sudah nampak kebenaran dan sudah beriman penuh, tapi semua doa mereka itu hampa belaka kerana telah diharamkan untuk kembali ke dunia. Dunia pun sudah hancur, nak kembali ke mana?

Atau ayat ini bermaksud, haram untuk mereka dapat beriman. Iaitu kepada mereka yang akan dibinasakan. Mereka tidak akan meninggalkan syirik kerana hati mereka telah ditutup oleh Allah. Kerana mereka telah banyak menentang ajaran tauhid dan akhirnya Allah buat keputusan yang mereka akan dimatikan dalam kufur. Ini dinamakan Khatmul Qalbi iaitu apabila kufur itu pada peringkat keempat. Mereka sudah lama kufur dan sudah lama menentang kebenaran, sampaikan pada satu tahap, Allah buat keputusan untuk haramkan mereka dari beriman.

Allah sedang berkata kepada puak Quraisy yang sedang menentang Rasulullah yang mereka itu masih ada peluang lagi kerana mereka belum dihancurkan. Maka hendaklah mereka mengambil peluang itu dan jangan sia-siakan.


 

Ayat 96:

حَتّىٰ إِذا فُتِحَت يَأجوجُ وَمَأجوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Until when [the dam of] Gog and Magog has been opened and they, from every elevation, descend

(MELAYU)

Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

 

حَتّىٰ إِذا فُتِحَت يَأجوجُ وَمَأجوجُ

Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj,

Ini adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang telah diberitahu kepada kita melalui hadis. Ya’juj dan Ma’juj ini adalah satu kaum yang ganas. Mereka sekarang sedang terkepung dalam kepungan besi yang telah dibuat oleh Dzulkarnain. Kisah mereka ini telah disebut dalam Surah Kahfi.

Sampai masanya nanti, mereka akan keluar dari tempat mereka dan mereka akan bermaharajalela menyerang dan membunuh manusia. Ini sesuai dengan firman-Nya:

{هَذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا. وَتَرَكْنَا بَعْضَهُمْ يَوْمَئِذٍ يَمُوجُ فِي بَعْضٍ وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَجَمَعْنَاهُمْ جَمْعًا}

Dinding ini adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar. Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain. (Al-Kahfi:98-99), hingga akhir ayat.

 

وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلونَ

dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

Kalimah حَدَبٍ adalah tempat yang tinggi dan kalimah يَنسِلونَ bermaksud lari menurun dari tempat yang tinggi. Maksudnya mereka akan bergerak dengan laju dan manusia tidak boleh buat apa untuk mempertahankan diri.

Golongan Yakjuj dan Makjuj disebut di dalam surah ini dan ada juga disebut di dalam surah-surah yang lain. Siapakah mereka menjadi satu perbincangan yang hebat di dalam kalangan umat Islam dari dulu sampai sekarang.

Sebenarnya kita boleh lihat bagaimana tafsiran ulama berkenaan mereka ini berubah mengikut zaman. Golongan ulama-ulama yang terdahulu tidak berani untuk memberitahu dengan spesifik siapakah golongan Yakjuj dan Makjuj ini tetapi golongan yang kemudian mula membuka minda mereka untuk menunjuk kepada sesuatu kaum.

Antara pendapat moden tentang mereka ini adalah merujuk kepada bangsa Eropah kerana mereka itu datang daripada tempat yang tinggi dan mereka datang menakluk negara-negara yang mundur dan kaum mereka telah memakan hasil dari negara-negara mundur itu.

Kita tidak tahu dengan pasti bagaimanakah pemahaman yang sebenarnya tetapi kita hendak memberitahu bagaimana pentafsiran sesuatu ayat itu berubah mengikut zaman. Maknanya persekitaran semasa sedikit sebanyak memberi warna kepada tafsiran kita kepada Qur’an. Tambahan pula akal manusia berlainan tahap dan berlainan jenis. Maka kerana itu tafsiran ulama berbeza-beza. Kita pilihlah mana yang sesuai dan rapat dengan dalil yang ada.

Yakjuj dan Makjuj itu akan turun dari tempat-tempat yang tinggi dan mereka akan membunuh mana-mana sahaja manusia yang mereka jumpa. Di dalam kitab tafsir disebut bahawa yang selamat hanyalah mereka yang duduk di dalam masjid sahaja. Oleh kerana mereka dikatakan turun dari tempat tinggi, itu memberi isyarat yang pergerakan mereka laju. Bukanlah macam zombie dalam filem yang bergerak perlahan sahaja.

Pada pendapat kita, perkara ini lambat lagi terjadi. Dalam riwayat disebut bagaimana mereka itu akan keluar apabila matahari naik dari barat sampai tengahari dan turun balik ke barat. Dari mula kejadian itu sebagai alamat terakhir, kiamat akan berlaku 120 tahun selepas itu.

Waktu matahari naik daripada sebelah barat dan sebelum turun itu adalah waktu terakhir untuk bertaubat. Maknanya taubat selepas itu tidak akan diterima selama 120 tahun. Dan kiamat akan berlaku kepada orang-orang yang tidak beriman. Semoga kita diselamatkan dari keadaan itu. Kerana ianya amat menakutkan.

Kisah Ya’juj dan Ma’juj diketahui dari banyak hadis. Antaranya:

قَالَ [الْإِمَامُ] أَحْمَدُ أَيْضًا: حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ أَبُو الْعَبَّاسِ الدِّمَشْقِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ يَزِيدَ بْنِ جَابِرٍ، حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ جَابِرٍ الطَّائِيُّ -قَاضِي حِمْصَ-حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ جُبَير بْنِ نُفَير الْحَضْرَمِيُّ، عَنِ أَبِيهِ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّوّاس بْنَ سمْعانَ الْكِلَابِيَّ قَالَ: ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالَ ذَاتَ غَداة، فخَفَض فِيهِ ورَفَع، حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ، [فَلَمَّا رُحْنَا إِلَيْهِ عَرَفَ ذَلِكَ فِي وُجُوهِنَا، فَسَأَلْنَاهُ فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَكَرْتَ الدَّجَّالَ الْغَدَاةَ، فَخَفَّضْتَ فِيهِ وَرَفَّعْتَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ]. فَقَالَ: “غَيْرُ الدَّجَّالِ أخْوَفُني عَلَيْكُمْ، فَإِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا فِيكُمْ فَأَنَا حَجِيجُه دُونَكُمْ، وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ، وَاللَّهُ خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ: إنه شاب جَعْدُ قَطَط عينه طَافِيَةٌ، وَإِنَّهُ يَخْرُجُ خَلَةَ بَيْنَ الشَّامِ وَالْعِرَاقِ، فَعَاثَ يَمِينًا وَشِمَالًا يَا عِبَادَ اللَّهِ اثْبُتُوا”. قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا لُبْثُهُ فِي الْأَرْضِ؟ قَالَ: “أَرْبَعِينَ يَوْمًا، يَوْمٌ كَسَنَةٍ، وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ، وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ، وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ”.قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَذَاكَ الْيَوْمُ الَّذِي هُوَ كَسَنَةٍ، أَتَكْفِينَا فِيهِ صَلَاةُ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ؟ قَالَ: “لَا اقْدِرُوا لَهُ قَدْرَهُ”.قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَمَا إِسْرَاعُهُ فِي الْأَرْضِ؟ قَالَ: “كَالْغَيْثِ اسْتَدْبَرَتْهُ الرِّيحُ”. قَالَ: “فَيَمُرُّ بِالْحَيِّ فَيَدْعُوهُمْ فَيَسْتَجِيبُونَ لَهُ، فَيَأْمُرُ السَّمَاءَ فَتُمْطِرُ، وَالْأَرْضَ فَتُنْبِتُ، وَتَرُوحُ عَلَيْهِمْ سَارِحَتُهُمْ وَهِيَ أَطْوَلُ مَا كَانَتْ ذُرَى، وَأَمَدُّهُ خَوَاصِرَ، وَأَسْبَغُهُ ضُرُوعًا. وَيَمُرُّ بِالْحَيِّ فَيَدْعُوهُمْ فَيَرُدُّونَ عَلَيْهِ قولَه، فَتَتْبَعُهُ أَمْوَالُهُمْ، فَيُصْبِحُونَ مُمْحلين، لَيْسَ لَهُمْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ. وَيَمُرُّ بالخَربة فَيَقُولُ لَهَا: أَخْرِجِي كُنُوزَكِ، فَتَتْبَعُهُ كُنُوزُهَا كَيَعَاسِيبِ النَّحْلِ”. قَالَ: “وَيَأْمُرُ بِرَجُلٍ فيُقتَل، فَيَضْرِبُهُ بِالسَّيْفِ فَيَقْطَعُهُ جَزْلتين رَمْيَةَ الغَرَض، ثُمَّ يَدْعُوهُ فَيُقْبِلُ إِلَيْهِ [يَتَهَلَّلُ وَجْهُهُ]. فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ، إِذْ بَعَثَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ، فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ، شَرْقِيَّ دِمَشْقَ، بَيْنَ مَهْرُودَتَين وَاضِعًا يَدَه عَلَى أَجْنِحَةِ مَلَكين، فَيَتْبَعُهُ فَيُدْرِكُهُ، فَيَقْتُلُهُ عِنْدَ بَابِ لُدّ الشَّرْقِيِّ”. قَالَ: “فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ، إِذْ أَوْحَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ: أَنِّي قَدْ أَخْرَجْتُ عِبَادًا مِنْ عِبَادِي لَا يَدَانِ لَكَ بِقِتَالِهِمْ، فَحَوّز عِبَادِي إِلَى الطُّورِ، فَيَبْعَثُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَهُمْ كَمَا قَالَ اللَّهُ: {مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ} فَيَرْغَبُ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، فَيُرْسِلُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ نَغَفًا فِي رِقَابِهِمْ، فَيُصْبِحُونَ فَرْسى، كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ. فَيَهْبِطُ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ، فَلَا يَجِدُونَ فِي الْأَرْضِ بَيْتًا إِلَّا قَدْ مَلَأَهُ زَهَمُهم ونَتْنهُم، فَيَرْغَبُ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللَّهِ، فَيُرْسِلُ عَلَيْهِمْ طَيْرًا كَأَعْنَاقِ البُخْت، فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ”.

قَالَ ابْنُ جَابِرٍ فَحَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ يَزِيدَ السَّكْسَكيّ، عَنْ كَعْبٍ -أَوْ غَيْرِهِ-قَالَ: فَتَطْرَحُهُمْ بالمَهْبِل. [قَالَ ابْنُ جَابِرٍ: فَقُلْتُ: يَا أَبَا يَزِيدَ، وَأَيْنَ المَهْبِل؟] ، قَالَ: مَطْلَعُ الشَّمْسِ.

قَالَ: “وَيُرْسِلُ اللَّهُ مَطَرًا لَا يَكُنَّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَر وَلَا وَبَر أَرْبَعِينَ يَوْمًا، فَيَغْسِلُ الْأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كالزّلَقَةِ، وَيُقَالُ لِلْأَرْضِ: أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ، ورُدي بَرَكَتَكِ”. قَالَ: “فَيَوْمَئِذٍ يَأْكُلُ النَّفَرُ مِنَ الرُّمَّانَةِ وَيَسْتَظِلُّونَ بقحْفها، ويُبَارك فِي الرَسْل، حَتَّى إِنَّ اللَّقْحَةَ مِنَ الْإِبِلِ لَتَكْفِي الفِئَامَ مِنَ النَّاسِ، وَاللَّقْحَةَ مِنَ الْبَقَرِ تَكْفِي الْفَخِذَ، وَالشَّاةَ مِنَ الْغَنَمِ تَكْفِي أَهْلَ الْبَيْتِ”. قَالَ: “فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ (، إِذْ بَعَثَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ رِيحًا طَيِّبَةً تَحْتَ آبَاطِهِمْ، فَتَقْبِضُ رُوحَ كُلِّ مُسْلِمٍ -أَوْ قَالَ: كُلِّ مُؤْمِنٍ-وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ يَتَهَارَجُونَ تَهَارُجَ الْحَمِيرِ، وَعَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ”.

Imam Ahmad telah mengatakan pula, telah menceritakan kepada kami Al-Walid ibnu Muslim, Abul Abbas Ad-Dimasyqi, telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman ibnu Yazid ibnu Jabir, telah menceritakan kepadaku Yahya ibnu Jabir At-Ta-i (kadi Himsa), telah menceritakan kepadaku Abdur Rahman ibnu Jubair ibnu Nafir Al-Hadrami, dari ayahnya; dia mendengar An-Nawwas ibnu Sam’an Al-Kalabi mengatakan bahawa pada suatu siang hari Rasulullah Saw. menceritakan tentang Dajjal dengan suara yang terdengar adakalanya rendah dan adakalanya keras, sehingga kami menduga beliau berada di dalam kebun kurma. Nabi Saw. bersabda, “Bukan Dajjal yang aku khawatirkan akan memudaratkan kalian. Karena jika Dajjal muncul, sedangkan aku masih berada di antara kalian, maka akulah yang akan menghadapinya, bukan kalian. Jika dia muncul, sedangkan saya tidak lagi berada di antara kalian, maka setiap orang muslim wajib membela dirinya, dan Allah-lah yang menjaga setiap orang muslim sepeninggalku. Sesungguhnya Dajjal adalah seorang yang berusia muda, berambut keriting, dengan bola mata yang menonjol. Dan sesungguhnya pasukan berkudanya memenuhi kawasan antara negeri Syam dan Irak, lalu menyebar ke segala penjuru. Hai hamba-hamba Allah, berpendirian teguhlah kalian.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lamakah Dajjal tinggal di bumi?” Rasulullah Saw. menjawab, “Empat puluh hari; sehari ada yang lamanya sama dengan satu tahun, sehari ada yang lamanya sama dengan satu bulan, sehari ada yang lamanya sama dengan satu minggu, sedangkan hari-hari lainnya sama dengan hari-hari kalian sekarang ini.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, tentang sehari yang lamanya sama dengan satu tahun, apakah cukup bagi kita mengerjakan salat sehari semalam di dalamnya?” Rasulullah Saw. bersabda, “Tidak boleh, tetapi tentukanlah perhitungan waktunya oleh kalian.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kecepatan perjalanan Dajjal (dan pasukannya) di muka bumi ?” Rasulullah Saw. bersabda, “Seperti hujan yang diiringi dengan angin besar. Lalu melewati suatu kampung, maka Dajjal dan bala tenteranya menyeru mereka. Dan bila mereka menerima seruannya, maka Dajjal memerintahkan kepada langit untuk hujan, lalu turunlah hujan; dan memerintahkan kepada bumi untuk menumbuhkan tumbuhan, maka tumbuhlah tumbuhan dengan suburnya, sehingga ternak mereka berkembang dengan pesat dan bertubuh gemuk-gemuk serta berlimpah air susunya. Bila Dajjal melewati suatu kampung dan menyeru mereka, tetapi mereka menolaknya, maka harta benda mereka (yakni ternak mereka) mengikuti Dajjal, sehingga mereka tidak mempunyai harta lagi, tiada sesuatu pun yang tersisa dari milik mereka. Bila Dajjal melewati suatu daerah yang tandus, maka dia berkata, ‘Keluarkanlah semua perbendaharaanmu,” maka semua perbendaharaan tanah tandus itu muncul dan mengikutinya bagaikan lebah mengikuti ratunya.” Rasulullah Saw. melanjutkan kisahnya, bahawa Dajjal memerintahkan untuk membunuh seorang lelaki, lalu lelaki itu dipukulnya dengan pedang hingga terpotong menjadi dua bahagian dalam keadaan terpental jauh. Kemudian Dajjal memanggilnya, ternyata lelaki itu hidup kembali dan datang kepadanya. Ketika Dajjal dan pasukannya dalam keadaan demikian, Allah Swt. menurunkan Al-Masih Isa putra Maryam a.s. Isa turun di menara putih yang ada di sebelah timur kota Dimasyq dengan memakai dua lapis baju berwarna kuning seraya meletakkan kedua tangannya di antara sayap dua malaikat. Lalu Isa putra Maryam mengejar Dajjal dan dapat menjumpainya di pintu gerbang sebelah timur kota Ladd, lalu Dajjal dibunuhnya. Rasulullah Saw. melanjutkan kisahnya, bahawa ketika mereka dalam keadaan demikian (bersama Isa), tiba-tiba Allah menurunkan wahyu-Nya kepada Isa putra Maryam a.s, “Bahwasanya Aku telah mengeluarkan sebahagian dari hamba-hamba-Ku yang tidak akan mampu bagimu memerangi mereka, maka selamatkanlah hamba-hamba-Ku yang beriman ke Bukit Tur.” Lalu Allah mengeluarkan Ya-juj dan Ma-juj, sebagaimana yang disebutkan oleh firman-Nya: dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. (Al-Anbiya: 96) Maka Isa dan sahabat-sahabatnya berdoa kepada Allah Swt. dengan penuh harap. Kemudian Allah mengirimkan wabah ulat yang menjangkiti tengkuk Ya-juj dan Ma-juj, sehingga mereka mati semuanya bagaikan matinya seseorang kerana wabah tersebut. Isa dan para sahabatnya turun, mereka tidak menjumpai suatu rumah pun melainkan dipenuhi dengan bangkai dan bau busuk Ya-juj dan Ma-juj . Lalu Isa dan para sahabatnya kembali memohon kepada Allah dengan penuh harap (agar dibebaskan dari bencana itu). Maka Allah mengirimkan burung-burung yang besar tiap ekornya sama dengan unta yang paling besar, lalu burung-burung itu membawa bangkai Ya-juj dan Ma-juj untuk membuangnya ke tempat yang dikehendaki oleh Allah.

Ibnu Jabir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Ata ibnu Yazid As-Saksaki, dari Ka’b atau lainnya yang mengatakan bahawa burung-burung itu membuang bangkai Ya-juj dan Ma-juj ke Al-Mahyal. Ibnu Jabir bertanya, “Hai Abu Yazid, di manakah Al-Mahyal itu ?” Abu Yazid menjawab, “Tempat terbitnya matahari.”

Abu Yazid melanjutkan kisahnya, bahawa lalu Allah menurunkan hujan lebat yang melanda semua bangunan kota dan kampung-kampung selama empat puluh hari tanpa berhenti; hujan itu mencuci bumi sehingga menjadi bersih dan licin. Lalu dikatakan kepada bumi, “Keluarkanlah tumbuhanmu dan keluarkanlah keberkatanmu.” Maka pada masa itu satu buah delima dapat mencukupi beberapa orang, mereka dapat bernaung di bawah daunnya. Ternak diberkati pula sehingga perahan susu seekor unta betina dapat mencukupi untuk minum sejumlah besar orang, perahan susu dari seekor sapi betina dapat mencukupi banyak orang, dan perahan susu seekor kambing betina cukup untuk satu keluarga. Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba Allah Swt. mengirimkan angin yang berbau harum, lalu angin itu menerpa bahagian bawah ketiak mereka dan mencabut roh setiap orang muslim, atau setiap orang mukmin. Sehingga yang tertinggal di bumi ini hanyalah orang-orang jahat saja, sikap mereka sama dengan sekumpulan keldai liar, maka hari kiamat terjadi di atas mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 17 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 87 – 90 (Cara Nabi berdoa)

Ayat 87: Ayat dalil naqli kelapan.

وَذَا النّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغٰضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقدِرَ عَلَيهِ فَنادىٰ فِي الظُّلُمٰتِ أَن لّا إِلٰهَ إِلّا أَنتَ سُبحٰنَكَ إِنّي كُنتُ مِنَ الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] the man of the fish [i.e., Jonah], when he went off in anger¹ and thought that We would not decree [anything] upon him.² And he called out within the darknesses,³ “There is no deity except You; exalted are You. Indeed, I have been of the wrongdoers.”

•At the disbelief of his people.

•Or “would not restrict him” in the belly of the fish.

•That of the night, of the sea, and of the fish’s interior.

(MELAYU)

Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka dia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: “Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”.

 

وَذَا النّونِ

Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (yang memiliki ikan),

Yang dimaksudkan adalah Nabi Yunus a.s. kerana baginda telah duduk di dalam perut ikan selama beberapa hari. النّونِ bermaksud ikan yang besar. Mungkin kita boleh bayangkan ikan paus.

Yunus ibnu Mata  a.s. diutus oleh Allah kepada penduduk kota Nainawi, iaitu suatu kota besar yang terletak di negeri Mausul. Yunus menyeru mereka untuk menyembah Allah, tetapi mereka menolak dan tetap tenggelam di dalam kekafiran. Maka Yunus pergi meninggalkan mereka dalam keadaan marah seraya mengancam mereka bahawa dalam waktu tiga hari lagi akan datang azab dari Allah.

Masalahnya, baginda belum dapat arahan Allah untuk meninggalkan mereka lagi. Kaum itu memang akan dimusnahkan, tapi baginda kena tunggu arahan dari Allah.

 

إِذ ذَّهَبَ مُغٰضِبًا

ketika dia pergi dalam keadaan marah,

Latarbelakang kisah ini. Nabi Yunus telah lama berdakwah kepada kaum baginda tapi mereka menolak. Akhirnya baginda telah tidak tahan lagi dan telah pergi meninggalkan kaum baginda itu dengan marah kerana merajuk kepada kaum baginda. Dan mereka pun marah kepada baginda kerana kalimah مُغاضِبًا digunakan, dan ianya dalam bentuk wazan yang timbal-balik. Maka mereka sama-sama marah.

 

فَظَنَّ أَن لَّن نَّقدِرَ عَلَيهِ

lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya

Baginda tidak rasa yang baginda akan dihukum kerana baginda tidak rasa yang baginda ada buat salah. Kerana baginda lihat kaumnya itu sangat tebal kedegilan mereka dan kerana itu baginda rasa yang baginda sudah boleh meninggalkan mereka. Itulah maksudnya yang baginda telah melakukan ijtihad.

Tetapi baginda telah membuat salah perkiraan/ijtihad, kerana baginda belum diarahkan untuk meninggalkan kaumnya lagi. Akan tetapi baginda seorang Nabi yang maksum jadi kesilapan yang baginda lakukan itu bukanlah kesilapan yang besar yang sampai membawa kepada dosa.

Maka kita kena berhati-hati di dalam mentafsir ayat-ayat sebegini. Jangan sesekali kita menuduh para Nabi melakukan dosa. Kena beradab dalam hal mereka.

Oleh kerana Nabi Yunus meninggalkan mereka sebelum mendapat arahan dari Allah, maka akhirnya Allah tidak jadi menurunkan azab kepada mereka. Kisah ini disebutkan oleh Allah Swt. melalui firman-Nya:

{فَلَوْلا كَانَتْ قَرْيَةٌ آمَنَتْ فَنَفَعَهَا إِيمَانُهَا إِلا قَوْمَ يُونُسَ لَمَّا آمَنُوا كَشَفْنَا عَنْهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَى حِينٍ}

Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang tertentu. (Yunus: 98)

Jadi baginda telah lari meninggalkan kaumnya dan telah menaiki satu kapal dan ditakdirkan oleh Allah yang laut telah bergelora dan nakhoda kapal itu mengatakan kalau terjadi begini, selalu kerana ada yang tidak kena dengan penumpang di mana ada penumpang yang telah lari dari tuannya.

Dan untuk menyelamatkan keadaan, hamba yang melarikan diri dari tuannya itu mestilah terjun ke dalam laut dan balik ke pantai kerana jika tidak laut itu akan terus bergelora. Akan tetapi tidak ada sesiapa pun yang mengaku. Tidak ada sesiapa pun yang mahu mengaku kerana tidak ada yang rasa bersalah termasuklah Nabi Yunus sendiri.

Maka nakhoda kapal telah membuat keputusan untuk membuat undian. Di dalam undian itu, ia telah kena kepada Nabi Yunus dan telah dilakukan sekali lagi kerana mereka sangka takkan baginda yang bersalah kerana baginda adalah seorang nabi.

Akan tetapi apabila sudah tiga kali kena begitu, maka sedarlah Nabi Yunus bahawa hamba yang melarikan diri dari tuannya itu adalah baginda sendiri kerana baginda telah pergi meninggalkan kaumnya sebelum diperintahkan/dibenarkan oleh Allah. Hal ini disebutkan oleh Allah Swt. melalui firman-Nya:

{فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِينَ}

kemudian dia ikut berundi, lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. (Ash-Shaffat: 141)

Dan baginda telah terjun ke dalam laut dan waktu itulah ikan paus telah menelan baginda. Waktu itu Allah telah memerintahkan kepada ikan paus dari Laut Hijau —menurut apa yang diceritakan oleh Ibnu Mas’ud— membelah lautan dan sampai di tempat Nabi Yunus, lalu menelannya ketika Yunus melompat ke laut.

Allah telah memerintah­kan kepada ikan paus itu, “Janganlah kamu memakan sedikit pun dari dagingnya, jangan pula mematahkan tulangnya, kerana sesungguhnya Yunus itu bukanlah rezeki makananmu, melainkan perutmu Aku jadikan sebagai penjara buatnya.”

 

فَنادىٰ فِي الظُّلُمٰتِ أَن لّا إِلٰهَ إِلّا أَنتَ

maka dia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: “Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. 

Waktu itu baginda berada di dalam tiga kegelapan: iaitu kegelapan perut ikan, kegelapan laut, dan kegelapan malam. Begitulah Ibnu Mas’ud r.a. mengatakan bahawa kalimah الظُّلُمٰتِ itu dalam bentuk jamak, maksudnya gelapnya perut ikan paus, gelapnya lautan, dan gelapnya malam hari.

Dan ini adalah doa baginda semasa di dalam perut ikan paus itu. Sa’id ibnu Abul Hasan Al-Basri mengatakan bahawa Nabi Yunus tinggal di dalam perut ikan besar selama empat puluh hari.

Pertamanya baginda menyatakan kalimah tauhid – tidak ada ilah selain Allah. Ini adalah penting: kena tsabitkan ketauhidan Allah dalam doa kita. Jadi sekarang Allah sedang mengajar kita cara berdoa.

 

سُبحٰنَكَ إِنّي كُنتُ مِنَ الظّٰلِمينَ

Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”.

Selepas menyebut kalimah tauhid, baginda telah memuji Allah dengan bertasbih.

Dan akhirnya baginda mengaku yang baginda telah bersalah. Maksud Nabi Yunus baginda telah melakukan ‘kezaliman’ adalah kesalahan membuat keputusan di dalam ijtihad baginda. Baginda tidak berdosa kerana buat ijtihad itu, tapi hanya Allah sahaja yang boleh beritahu sama ada dia salah atau tidak.

Maka ini adalah doa orang yang duduk dalam penjara. Dan ini adalah lafaz istighfar yang boleh kita amalkan kerana ada riwayat dari Nabi yang mengatakan jikalau sesiapa yang dikenakan dengan musibah yang besar, maka boleh berdoa dengan lafaz ini dan ada riwayat daripada sahabat yang telah ditangkap dan mereka telah berzikir dengan ayat ini dan mereka telah diselamatkan.

Yang penting dalam doa ini, mengaku kesalahan kita. Apabila kita mengaku kesalahan dan dosa kita, maka kita sedang merendahkan diri kepada Allah. Dan Allah lebih lembut untuk mengabulkan permintaan kita. Mengaku salah lah semasa di dunia; jangan hanya mengaku di akhirat sahaja, kerana itu sudah terlambat.


 

Ayat 88:

فَاستَجَبنا لَهُ وَنَجَّينٰهُ مِنَ الغَمِّ ۚ وَكَذٰلِكَ نُنجِي المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We responded to him and saved him from the distress. And thus do We save the believers.

(MELAYU)

Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.

 

فَاستَجَبنا لَهُ

Maka Kami telah memperkenankan doanya

Allah mendengar doa baginda di dalam perut ikan itu dan Allah telah memperkenankan doa baginda.

 

وَنَجَّينٰهُ مِنَ الغَمِّ

dan Kami telah menyelamatkannya daripada kedukaan. 

Maka Allah telah selamatkan baginda daripada kegelapan dan kesedihan yang dialami oleh baginda.

 

وَكَذٰلِكَ نُنجِي المُؤمِنينَ

Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.

Begitulah Allah menyelamatkan orang mukmin. Maknanya bukan saja Nabi Yunus yang diselamatkan tetapi Allah juga akan menyelamatkan mukminin yang lain. Kerana itu  apabila ditimpa musibah, hendaklah kita kembali kepada tauhid dan istighfar kepada Allah.

Nota: ayat ini selalu digunakan sebagai azimat oleh kebanyakan manusia yang jahil. Digantung di rumah-rumah dan di pejabat juga di kedai-kedai. Ketahuilah yang itu adalah cara menggunakan Qur’an yang salah. Ayat-ayat Qur’an hendaklah diamalkan dan bukannya digantung-gantung sebegitu rupa. Ini adalah penyalahgunaan ayat Qur’an.


 

Ayat 89: Dalil Naqli ke-lapan. Sekarang masuk ke dalam kisah Nabi Zakariya a.s. pula.

وَزَكَرِيّا إِذ نادىٰ رَبَّهُ رَبِّ لا تَذَرني فَردًا وَأَنتَ خَيرُ الوٰرِثينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] Zechariah, when he called to his Lord, “My Lord, do not leave me alone [with no heir], while You are the best of inheritors.”

(MELAYU)

Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala dia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.

 

وَزَكَرِيّا إِذ نادىٰ رَبَّهُ

Dan (ingatlah kisah) Zakaria, ketika dia menyeru Tuhannya:

Nabi Zakariya a.s. juga telah menyeru dalam doa kepada Allah. Maka ini adalah satu persamaan dalam ayat-ayat penceritaan para Nabi dalam surah ini: mereka sentiasa menyeru Allah dalam doa.

Ini adalah kerana doa adalah senjata orang saleh dan mereka menggunakan doa ini sebagai pengharapan kepada Allah. Maka kita pun kenalah banyak berdoa dan berharap kepada Allah kerana Allah suka kalau kita berharap dan menyerah diri kepadaNya.

 

رَبِّ لا تَذَرني فَردًا

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri

Nabi Zakaria berdoa kepada Allah supaya baginda diberikan waris (anak). Kerana baginda seolah-olah hidup bersendirian tanpa waris. Walaupun baginda ada isteri dan pengikut-pengikut baginda, tapi baginda rasa baginda tidak ada orang yang layak untuk meneruskan kerja dakwah baginda.

Jadi baginda minta supaya baginda diberikan dengan anak supaya baginda dapat melatih dan mengajar anak itu untuk meneruskan kerja dakwah dan mengajar umat Bani Israil.

 

وَأَنتَ خَيرُ الوٰرِثينَ

dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.

Dan Nabi Zakariya memuji Allah yang menjadi pewaris segala yang ada di dunia ini kerana apabila semua manusia telah tiada lagi, maka Allah lah yang akan mewarisi alam ini. Memang Allah yang akhirnya akan mewarisi segala yang ada di dunia ini dan Allah lah sebaik-baik pewaris yang ada, tapi Nabi Zakariya mahu juga diberikan kepada dirinya seorang pewaris.


 

Ayat 90:

فَاستَجَبنا لَهُ وَوَهَبنا لَهُ يَحيىٰ وَأَصلَحنا لَهُ زَوجَهُ ۚ إِنَّهُم كانوا يُسٰرِعونَ فِي الخَيرٰتِ وَيَدعونَنا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكانوا لَنا خٰشِعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We responded to him, and We gave to him John, and amended for him his wife. Indeed, they used to hasten to good deeds and supplicate Us in hope and fear, and they were to Us humbly submissive.

(MELAYU)

Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami baiki isterinya untuk baginda. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.

 

فَاستَجَبنا لَهُ

Maka Kami memperkenankan doanya,

Allah telah memakbulkan doa Nabi Zakaria itu. Doa para Nabi memang makbul, tambahan pula cara doa mereka adalah yang terbaik, kerana mendapat ilham dari Allah. Maka kita kena tengok cara-cara para Nabi itu berdoa.

Dan dalam banyak-banyak doa Nabi yang diajar dalam Qur’an ini, adakah mereka bertawasul walaupun sekali? Tentu tidak ada sekali. Maka amalan tawasul dalam doa kepada Nabi, wali dan malaikat itu amat buruk sekali kerana tidak ada caranya diajar oleh mana-mana Nabi pun. Banyak sudah doa yang kita belajar dalam surah ini dan tidak sekali pun mereka bertawasul kepada makhluk. Yang mereka gunakan sebagai wasilah hanya iman mereka dan amalan mereka.

 

وَوَهَبنا لَهُ يَحيىٰ

dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya

Allah makbulkan doa baginda dengan memberi pemberian yang besar iaitu anaknya yang bernama Yahya. Anak adalah satu pemberian yang besar dan kerana itu Allah gunakan kalimah و ه ب yang bermaksud ‘anugerah’, ‘hadiah’.

Begitu juga, anak-anak kita adalah anugerah dari Allah juga, maka kenalah kita hargai mereka dan jaga mereka. Kita kena didik mereka dengan ajaran agama Islam yang sebenar dan latih diri mereka untuk menjadi pendakwah.

 

وَأَصلَحنا لَهُ زَوجَهُ

dan Kami baiki isterinya untuk baginda. 

Allah memberitahu yang Allah telah membaiki keadaan isterinya yang sebelum itu tidak boleh melahirkan anak. Ini kerana isterinya itu sudah tua dan tentulah ada kekurangan dari segi fizikalnya. Kalau orang kita sudah tua pun tak dapat melahirkan anak, bukan?

Dan penggunaan bahasa juga amat menarik; kerana apabila menyebut tentang isteri baginda yang tidak dapat melahirkan anak, kalimah imra’ah digunakan. Kalimah ini bermaksud isteri juga, tetapi digunakan jikalau ada kekurangan pada isteri itu. Isteri baginda pernah digunakan kalimah imra’ah di tempat yang lain dalam Qur’an.

Satu lagi kalimah yang digunakan adalah زَوجَهُ apabila ada kesempurnaan. Oleh itu apabila isteri Nabi Zakariya telah dibaiki dan dia sudah boleh melahirkan anak, maka kalimah زَوجَهُ digunakan untuk dirinya. Sementara di dalam ayat-ayat lain semasa beliau tidak dapat melahirkan anak, kalimah imra’ah yang digunakan. Qur’an memang akan menggunakan bahasa yang tepat.

 

إِنَّهُم كانوا يُسٰرِعونَ فِي الخَيرٰتِ

Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik

Mereka yang telah tersebut itu (semua para Nabi yang telah disebut sebelum ini) selalu bersegera dan berlumba-lumba di dalam melakukan kebaikan. Mereka beriman dan mereka buktikan iman itu dengan amal kebaikan.

 

وَيَدعونَنا رَغَبًا وَرَهَبًا

dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas.

Apakah yang dimaksudkan dengan harap dan cemas itu?

  1. Mereka sentiasa berdoa kepada Allah dengan harapan yang tinggi supaya doa mereka dimakbulkan. Kerana mereka tahu Allah sahaja yang boleh makbulkan doa mereka. Kalau Allah tak makbulkan, tidak ada tempat lain lagi untuk mereka.
  2. dan mereka takut jikalau doa mereka tidak dimakbulkan. Kerana doa kepada Allah adalah wajib, tapi harus sahaja untuk Allah makbulkan atau tidak. Tidak wajib Allah makbulkan doa kita. Dan kalau Allah tidak makbulkan, memang tidak ada harapan perkara itu terjadi. Kerana itu mereka takut kalau Allah tidak makbulkan doa.

As-Sauri pula mengatakan, maksudnya berharap atas pahala yang ada di sisi Allah dan cemas (takut) terhadap seksa yang ada di sisiNya.

Maka, kita pun kenalah sematkan dua perasaan ini dalam doa kita. Kerana kita belajar cara doa kepada Allah dan tentunya cara paling baik adalah dengan meniru cara yang dilakukan oleh para Nabi.

 

وَكانوا لَنا خٰشِعينَ

Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.

Dan mereka tawajuh (fokus) dalam khusyuk kepada Allah iaitu mereka hanya takut kepada Allah sahaja. Mereka tidak takut kepada selain dari Allah. Kerana itu kalimah لَنا (kepada Kami) dalam bentuk taqdim. Itu menunjukkan elemen eksklusif. Maksudnya *hanya* kepada Allah sahaja kita boleh takut.

Jadi di atas adalah syarat-syarat diperkenankan doa. Maka amalkanlah syarat-syarat itu. Kita kenalah belajar cara doa yang betul – jadi tidak perlu nak minta ustaz, tok imam dan orang lain untuk doakan hajat kita tapi kita sendiri yang doa. Kerana doa kita lebih makbul kerana kita lebih ikhlas dalam doa kita.

Tidak perlu nak wakilkan hal doa kepada orang lain. Cuma masalahnya, orang kita tidak tahu cara doa kerana amat jahil dalam agama – maka telah disebutkan banyak kali cara-cara doa dalam Qur’an ini. Apabila kita sudah faham, maka kita akan senang sahaja untuk doa. Malangnya orang kita tidak belajar tafsir Qur’an dan kerana itu mereka tidak tahu cara berdoa yang betul.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 17 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 82 – 86 (Menguasai Syaitan)

Ayat 82: Sambungan kelebihan Nabi Sulaiman. Memang baginda diberikan dengan banyak kelebihan keduniaan.

وَمِنَ الشَّيٰطينِ مَن يَغوصونَ لَهُ وَيَعمَلونَ عَمَلًا دونَ ذٰلِكَ ۖ وَكُنّا لَهُم حٰفِظينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And of the devils [i.e., jinn] were those who dived for him and did work other than that. And We were of them a guardian.¹

•Preventing any disobedience or deviation by them from Solomon’s instructions and protecting him from being harmed by them.

(MELAYU)

Dan Kami telah tundukkan (pula kepada Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang menyelam (ke dalam laut) untuknya dan mengerjakan pekerjaan selain daripada itu, dan adalah Kami memelihara mereka itu,

 

وَمِنَ الشَّيٰطينِ مَن يَغوصونَ لَهُ

Dan Kami telah tundukkan (pula kepada Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang menyelam (ke dalam laut) untuknya

Jin Syaitan juga dapat dikuasai oleh Nabi Sulaiman di mana mereka bekerja untuk baginda dan dijadikan sebagai penyelam untuk mengangkut harta-harta rezeki di dalam laut seperti mutiara dan sebagainya.

Sebahagian dari syaitan sahaja dan bukan  semua yang dijadikan sebagai pekerja baginda.

 

وَيَعمَلونَ عَمَلًا دونَ ذٰلِكَ

dan mengerjakan pekerjaan selain daripada itu,

Dan mereka juga ada melakukan kerja-kerja yang lain untuk baginda. Antara yang kita tahu, mereka dijadikan sebagai kuli untuk membina Masjidil Aqsa. Seperti yang disebutkan oleh Allah dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَالشَّيَاطِينَ كُلَّ بَنَّاءٍ وَغَوَّاصٍ وَآخَرِينَ مُقَرَّنِينَ فِي الأصْفَادِ}

dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu. (Shad: 37-38)

 

وَكُنّا لَهُم حٰفِظينَ

dan adalah Kami memelihara mereka itu,

Allah menjaga semua mereka, bermaksud Allah boleh saja matikan syaitan-syaitan itu tetapi Allah jadikan mereka sebagai pekerja kepada Nabi Sulaiman dan Allah memerhatikan semua yang mereka lakukan.

Juga bermaksud Allah yang mengawal syaitan syaitan itu daripada melakukan perbuatan khianat. Kerana kalau syaitan, tentulah mereka jahat tapi mereka tidak dapat lakukan kejahatan terhadap baginda. Ini kerana kalau mereka engkar sahaja kepada Sulaiman, mereka akan dimatikan kerana Allah mengawal mereka.

Jadi hanya Nabi Sulaiman saja yang diberikan dengan mukjizat dapat menguasai sebahagian dari syaitan. Baginda mendapat mukjizat ini kerana doa daripada baginda yang meminta supaya diberikan kepadanya kerajaan yang tidak diberikan kepada orang lain.

Maka kerana itulah apabila Nabi Muhammad dapat menangkap jin, baginda teringat kepada doa Nabi Sulaiman ini  baginda lepaskan sahaja jin itu. Tapi ada pula orang yang mengarut di kalangan kita yang boleh tangkap jin, boleh kurung jin, bakar jin, hantar jin, tembak jin, berkawan dengan jin, kahwin dengan jin.

Macam-macam kekeliruan yang timbul hal jin ini kerana tidak belajar tentang jin dengan cara sunnah. Ramai ada sangkaan-sangkaan sahaja tentang jin dan diambil sebahagian besarnya dari bomoh-bomoh yang sudah ditipu oleh jin. Maka banyaklah perkara tidak benar tentang jin yang disampaikan kepada manusia.


 

Ayat 83: Ayat dalil Naqli keenam. Kisah Nabi Ayyub a.s.

۞ وَأَيّوبَ إِذ نادىٰ رَبَّهُ أَنّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرحَمُ الرّٰحِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] Job, when he called to his Lord, “Indeed, adversity has touched me, and You are the most merciful of the merciful.”

(MELAYU)

dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika dia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa kesusahan dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.

 

وَأَيّوبَ إِذ نادىٰ رَبَّهُ أَنّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ

dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika dia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa kesusahan

Dalam riwayat ada disebut bagaimana baginda mendapat banyak sakit. Maka baginda mengadu kepada Allah. Tapi lihatlah bagaimana baginda tidak kata pun Allah yang berikan baginda sakit. Baginda cuma kata: “aku telah ditimpa kesusahan.” Maknanya baginda tidak salahkan Allah pun. Baginda cuma sebut yang baginda telah ditimpa kesusahan.

Memang para Nabi itu mendapat dugaan yang amat besar. Nabi Saw. pernah bersabda sehubungan dengan masalah ini:

“أَشَدُّ النَّاسِ بَلَاءً الْأَنْبِيَاءُ، ثُمَّ الصَّالِحُونَ، ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ”

Orang yang paling keras dugaannya ialah para nabi, kemudian orang-orang saleh, lalu menyusul orang-orang yang utama dan orang-orang yang di bawahnya.

 

وَأَنتَ أَرحَمُ الرّٰحِمينَ

dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.

Baginda terus puji Allah sahaja. Inilah adab yang kita kena ada dengan Allah. Kita ini adalah hambaNya dan tidak boleh kita nak salahkan Allah atas kesusahan kita. Maka yang kita boleh lakukan adalah mengadu sahaja dengan Allah dan berharap semoga Allah berkenan untuk memberi kebaikan kepada kita dengan angkat musibah itu.


 

Ayat 84: Maka dengan doa baginda itu maka Allah telah menyembuhkan penyakitnya.

فَاستَجَبنا لَهُ فَكَشَفنا ما بِهِ مِن ضُرٍّ ۖ وَآتَينٰهُ أَهلَهُ وَمِثلَهُم مَّعَهُم رَحمَةً مِّن عِندِنا وَذِكرىٰ لِلعٰبِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We responded to him and removed what afflicted him of adversity. And We gave him [back] his family and the like thereof with them as mercy from Us and a reminder for the worshippers [of Allāh].

(MELAYU)

Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan kesusahan yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.

 

فَاستَجَبنا لَهُ فَكَشَفنا ما بِهِ مِن ضُرٍّ

Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan kesusahan yang ada padanya

Setelah Nabi Ayyub berdoa kepada Allah, maka Allah telah memakbulkan doa baginda dan mengangkat penyakit yang ada pada baginda. Ringkas sahaja doa baginda tapi kerana kena caranya, Allah makbulkan.

Kita pun tidak pasti apakah penyakit yang dikenakan kepada baginda. Ada yang mengatakan penyakit itu adalah penyakit kulit yang menjijikkan. Tapi pendapat itu dikritik kerana tidak mungkin Allah mengenakan penyakit yang buruk sampai menjauhkan manusia dari RasulNya. Kerana nanti manusia ada alasan pula kalau mereka disoal kenapa tidak beriman, kerana mereka boleh jawab: “macam mana kami nak beriman sedangkan Rasul itu amat menjijikkan”.

Tidak pasti berapa lama baginda mengalami masalah penyakit ini. Ada yang kata 13 tahun, ada yang 17 tahun dan ada yang 18 tahun.

 

وَآتَينٰهُ أَهلَهُ

dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya,

Ada yang mengatakan oleh kerana penyakit baginda itu teruk sampai telah menyebabkan ahli keluarganya meninggalkan baginda. Maka setelah Allah menyembuhkan penyakit baginda, maka keluarga baginda telah kembali.

 

وَمِثلَهُم مَّعَهُم

dan Kami lipat gandakan bilangan mereka,

Dan ayat ini mungkin bermaksud baginda ditambah dengan keluarga yang baru. Atau dia mendapat tambahan anak-anak.

 

رَحمَةً مِّن عِندِنا

sebagai suatu rahmat dari sisi Kami

Semua itu adalah rahmat dari Allah. Allah sahaja yang boleh berikan rahmat kepada manusia. Maka kenalah berdoa kepada Allah dan minta rahmat dariNya. Doa terus sahaja kepada Allah dan jangan guna perantara dalam doa itu. Jangan amalkan tawasul.

Dan kemudian bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Antaranya nikmat keluarga yang diberikan kepada kita. Kerana keluarga itu adalah tempat kita menenangkan diri kita dan bergaul baik dengan mereka.

 

وَذِكرىٰ لِلعٰبِدينَ

dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.

Kisah ini adalah pengajaran dan peringatan yang besar kepada manusia. Mungkin ada ahli keluarga kita atau kita sendiri jatuh sakit atau kena penyakit yang teruk. Atau kita melihat ahli keluarga orang lain yang sakit, maka kita akan terkenangkan betapa sabarnya Nabi  Ayyub dengan penyakitnya. Maka kalau Nabi Ayyub boleh bersabar, maka kita pun kenalah sabar juga.


 

Ayat 85: Ini adalah dalil naqli ketujuh. Masuk kepada kisah Nabi-nabi lain pula.

وَإِسمٰعيلَ وَإِدريسَ وَذَا الكِفلِ ۖ كُلٌّ مِنَ الصّٰبِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] Ishmael and Idrees and Dhul-Kifl; all were of the patient.

(MELAYU)

Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.

 

وَإِسمٰعيلَ وَإِدريسَ وَذَا الكِفلِ

Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli.

Sekarang disebut Nabi Ismail pula. Baginda adalah anak kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad adalah dari keturunan baginda. Kisah baginda ada disebut dalam ayat-ayat yang lain.

Tapi berkenaan Nabi Idris tidak banyak maklumat tentang baginda. Dikatakan bahawa baginda adalah Nabi antara Nabi Adam  dan Nabi Nuh. Allahu a’lam.

Begitu juga tentang Nabi Dzulkiflee tidak ada maklumat tentang baginda. Ada juga ulama yang kata baginda sebenarnya adalah Gautama Buddha. Ini sebelum ajaran baginda diubah menjadi agama lain.

Dan ada juga pendapat yang mengatakan yang Dzulkiflee ini bukanlah seorang Nabi tapi seorang lelaki saleh, Allahu a’lam. Baginda dinamakan Zulkifli kerana dia telah sanggup akan melakukan puasa di siang hari dan beribadah pada malam harinya, serta dia berjanji akan memutuskan peradilan di antara orang-orang dan tidak akan marah. Kemudian ternyata dia memenuhi apa yang telah dijanjikannya itu.

 

كُلٌّ مِنَ الصّٰبِرينَ

Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.

Semua Nabi-nabi yang disebut tadi mempunyai sifat yang sama iaitu: sabar. Sebagai contoh, Nabi Ismail kita tahu  bagaimana baginda membenarkan ayahnya Nabi Ibrahim menyembelih baginda.

Dan kalau kita baca kisah Gautama Buddha pun (kalau kita terima pendapat yang mengatakan beliau adalah Nabi Dzulkiflee) ada kisah bagaimana baginda bersabar dengan dugaan ke atas dirinya. Allahu a’lam. Ada ulama yang melakukan kajian terhadap kisahnya dan konklusi mereka adalah Nabi Dzulkiflee adalah Gautama Buddha.


 

Ayat 86:

وَأَدخَلنٰهُم في رَحمَتِنا ۖ إِنَّهُم مِّنَ الصّٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We admitted them into Our mercy. Indeed, they were of the righteous.

(MELAYU)

Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang saleh.

 

وَأَدخَلنٰهُم في رَحمَتِنا

Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami.

Allah telah memasukkan mereka ke dalam rahmat khas dariNya. Mereka telah diangkat menjadi Nabi dan tentunya mereka akan dapat masuk syurga.

 

إِنَّهُم مِّنَ الصّٰلِحينَ

Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang saleh.

Mereka adalah orang soleh tetapi soleh Darjat Kenabian. Maka kalau kita pun beramal soleh, maka kita akan dapat bertemu dengan mereka di syurga dan dapat tanya sendiri kisah mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 17 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 78 – 81 (Kelebihan Nabi Sulaiman)

Ayat 78: Ini adalah dalil naqli yang kelima. Sekarang masuk kepada kisah Nabi Daud  dan Nabi Sulaiman a.s. pula.

وَداوودَ وَسُلَيمٰنَ إِذ يَحكُمانِ فِي الحَرثِ إِذ نَفَشَت فيهِ غَنَمُ القَومِ وَكُنّا لِحُكمِهِم شٰهِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] David and Solomon, when they judged concerning the field – when the sheep of a people overran it [at night],¹ and We were witness to their judgement.

•Eating and destroying the crops.

(MELAYU)

Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirosak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu,

 

وَداوودَ وَسُلَيمٰنَ إِذ يَحكُمانِ فِي الحَرثِ

Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman,

Allah membuka kisah ketika kedua mereka buat keputusan tentang pertelingkahan berkenaan tanaman. Waktu itu Nabi Daud mendapat kelebihan menjadi Nabi dan juga menjadi raja. Tidak ramai para Nabi yang mendapat kedudukan ini. Begitu juga anaknya Nabi Sulaiman juga mendapat pangkat Raja selepas ayahnya.

 

إِذ نَفَشَت فيهِ غَنَمُ القَومِ

kerana tanaman itu dirosak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya.

Kejadian itu bermula apabila kambing-kambing kepunyaan seorang lelaki keluar daripada kandang pada waktu malam dan makan tanaman jirannya. Kalimah نفش bermaksud memakan tanaman pada waktu malam tanpa pengetahuan tuannya.

Maka tentunya ini terjadi tanpa pengetahuan tuannya. Tuan punya ladang telah mengadu kepada Nabi Daud dan mereka berdua dibawa untuk berhujah di hadapan baginda. Maka Daud memutuskan agar ternak kambing itu diserahkan kepada pemilik kebun anggur sebagai gantinya.

Anak Nabi Daud adalah Nabi Sulaiman yang waktu itu masih muda lagi. Apabila mendengar keputusan yang diberikan oleh ayahnya, Nabi Sulaiman beri cadangan yang lain. Untuk memberi ganti rugi kepada pihak yang telah rugi iaitu pemilik kebun, Nabi Sulaiman mencadangkan supaya diberikan kambing-kambing itu kepada tuan punya ladang tapi buat sementara waktu sahaja.

Dalam waktu itu tuan punya kambing kena membaiki kebun itu sampai kebun itu kembali seperti sediakala. Sementara kebun itu dibaiki, pemilik kebun dapat menikmati hasil daripada kambing-kambing itu seperti susunya. Dan setelah kebun dibaiki, bolehlah kebun dan kambing dikembalikan kepada tuan punya asal masing-masing.

 

وَكُنّا لِحُكمِهِم شٰهِدينَ

Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu,

Allah telah memuji cadangan yang diberikan oleh Nabi Sulaiman itu di dalam ayat ini. Kerana keputusan itu lebih adil dan kedua pihak mendapat balasan yang sepatutnya.


 

Ayat 79:

فَفَهَّمنٰها سُلَيمٰنَ ۚ وَكُلًّا آتَينا حُكمًا وَعِلمًا ۚ وَسَخَّرنا مَعَ داوودَ الجِبالَ يُسَبِّحنَ وَالطَّيرَ ۚ وَكُنّا فٰعِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We gave understanding of it [i.e., the case] to Solomon, and to each [of them] We gave judgement and knowledge. And We subjected the mountains to exalt [Us], along with David and [also] the birds. And We were doing [that].¹

•Meaning that Allāh has always been capable of accomplishing whatever He wills.

(MELAYU)

maka Kami telah memberikan pemahaman kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat); dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya.

 

فَفَهَّمنٰها سُلَيمٰنَ

maka Kami telah memberikan pemahaman kepada Sulaiman tentang hukum

Allah mengatakan bahawa Dialah yang memberikan pemahaman tentang perkara itu kepada Nabi Sulaiman. Berbanding dengan ayahnya Nabi Daud. Ilham untuk memberi keputusan yang lebih tepat itu telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Sulaiman.

Ini adalah kerana Nabi Daud telah membuat keputusan yang tuan kambing kena berikan kambing itu kepada tuan tanaman. Jadi apabila Nabi Sulaiman mendengar keputusan itu dari ayahnya Maka baginda telah memberikan cara penghakiman yang lain dengan memberi adil. Apabila Nabi Daud mendengar cadangan dari anaknya itu baru baginda sedar bahawa cadangan itu adalah yang lebih baik dari penghakimannya sebelum itu.

 

وَكُلًّا آتَينا حُكمًا وَعِلمًا

dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu

Tapi memang kedua-dua Nabi itu telah diberikan dengan kefahaman agama dan ilmu wahyu kenabian. Lihatlah bagaimana Allah telah memuji Nabi Sulaiman tapi tidaklah mencela Nabi Daud.

Ada juga pendapat yang kata kedua-dua keputusan mereka itu dari wahyu. Cuma yang disampaikan oleh Nabi Sulaiman itu datang kemudian, bermakna ia memansukhkan wahyu yang pertama diberikan kepada Nabi Daud.

Para Nabi itu adalah orang-orang yang ma’sum lagi mendapat bantuan dari Allah dalam penghakiman mereka. Kalau mereka ada buat kesilapan dalam keputusan mereka, Allah akan baiki kesilapan itu. Hal ini merupakan suatu masalah yang tidak diperselisihkan lagi di kalangan ulama ahli tahqiq, baik dari kalangan ulama Salaf mahu pun ulama Khalaf.

Adapun mengenai selain para nabi, maka telah disebutkan di dalam kitab Sahih Bukhari sebuah hadis melalui Amr ibnul As yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِذَا اجْتَهَدَ الْحَاكِمُ فَأَصَابَ فَلَهُ أجران، وَإِذَا اجْتَهَدَ فَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ”

Apabila seorang hakim berijtihad, lalu benar, maka dia memperoleh dua pahala. Dan apabila ia berijtihad, lalu keliru, maka baginya satu pahala.

Maknanya, manusia lain mungkin tidak beri keputusan yang tepat kerana mereka bukan Nabi. Maka tidaklah semua ijtihad ulama itu benar. Ada kemungkinan ia salah. Tapi kerana mereka telah berusaha untuk mencapai keputusan berdasarkan ilmu mereka, maka Allah balas dengan pahala.

 

وَسَخَّرنا مَعَ داوودَ الجِبالَ يُسَبِّحنَ وَالطَّيرَ

dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. 

Nabi Daud mempunyai suara yang merdu sampaikan apabila baginda memuji Allah dan membaca kitab Zabur, bukit dan burung turut bertasbih bersama baginda. Nabi Daud memerintahkan gunung-gunung dan burung-burung untuk ikut bertasbih bersamanya bila dia mengalami kelesuan, hingga dia menjadi semangat lagi dalam bertasbih.

Ketika Nabi Saw. melewati Abu Musa Al-Asy’ari r.a yang sedang membaca Al-Qur’an di malam hari, Abu Musa Al-Asy’ari mempunyai suara yang sangat merdu, maka Nabi Saw. berhenti dan mendengarkan bacaannya. Dan Rasulullah Saw. bersabda:

“لَقَدْ أُوتِيَ هَذَا مَزَامِيرَ آلِ دَاوُدَ”

Sesungguhnya orang ini telah dianugerahi sebahagian dari kemerduan (keindahan) suara keluarga Nabi Daud yang merdu bagaikan suara seruling.

Maka Abu Musa Al-Asy’ari menjawab, “Wahai Rasulullah, seandainya aku mengetahui bahawa engkau mendengarkan bacaanku, tentulah aku akan memperindah suaraku dengan seindah-indahnya demi engkau.”

 

وَكُنّا فٰعِلينَ

Dan Kamilah yang melakukannya.

Allah mengatakan yang Dialah yang melakukannya, bukan Nabi Daud. Bukannya dari qudrat baginda. Memang ia nampak pelik dan aneh, tapi Allah mampu melakukannya kerana Dia adalah Tuhan.


 

Ayat 80: Kelebihan Nabi Daud lagi.

وَعَلَّمنٰهُ صَنعَةَ لَبوسٍ لَّكُم لِتُحصِنَكُم مِّن بَأسِكُم ۖ فَهَل أَنتُم شٰكِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We taught him the fashioning of coats of armor to protect you from your [enemy in] battle. So will you then be grateful?

(MELAYU)

Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, untuk memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka adakah kamu mahu bersyukur?

 

وَعَلَّمنٰهُ صَنعَةَ لَبوسٍ لَّكُم

Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu,

Jangan kita sangka yang kehidupan baginda hanya dalam ibadat sahaja sambil menyanyi-nyanyi dengan lagu yang indah tetapi ketahuilah bahawa baginda juga berperang. Agama ini bukan menyanyi-nyanyi macam ditunjuk oleh golongan Habib itu.

Nabi Daud diberikan dengan ilmu untuk buat baju besi kerana baginda adalah seorang Hanifah iaitu seorang yang banyak melakukan jihad. Baginda adalah orang pertama dalam sejarah manusia yang tahu bagaimana menjadikan baju besi itu.

Kalimah صَنعَةَ dari ص ن ع yang bermaksud buat, usaha. Dan لَبوسٍ bermaksud sesuatu yang menutupi seperti pakaian. Dan kalau penutup dalam perang, ia bermaksud baju besi.

 

لِتُحصِنَكُم مِّن بَأسِكُم

untuk memelihara kamu dalam peperanganmu;

Sebelum itu baju besi perang yang digunakan oleh manusia adalah dalam bentuk kepingan yang besar dan diletakkan di hadapan dan di belakang pemakainya. Maka tentulah berat dan kerana itu Nabi Daud telah cipta baju besi dalam bentuk rantai yang boleh dilentur.

Seperti yang disebutkan oleh Al­lah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ. أَنِ اعْمَلْ سَابِغَاتٍ وَقَدِّرْ فِي السَّرْدِ}

dan Kami telah melunakkan besi untuknya, (yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya. (Saba: 10-11)

Sampai ke hari ini manusia tahu menggunakan peralatan pertahanan badan di dalam perang. Armor dan sebagainya adalah penambahbaikan dari apa yang Allah telah ajar kepada Nabi Daud.

Maknanya Allah nak beritahu yang Dialah yang mengajar dan memberi ilham itu kepada Nabi Daud. Bukanlah ia idea Nabi Daud tapi Allah yang campak idea itu dalam minda baginda.

 

فَهَل أَنتُم شٰكِرونَ

Maka adakah kamu mahu bersyukur? 

Ayat ini juga mengajar kepada kita untuk bersyukur dan berterima kasih kepada orang-orang yang terdahulu yang telah mencipta banyak peralatan kerana dari permulaan mereka itulah kehidupan kita semakin maju.

Dan bersyukur kepada Allah kerana Allah lah yang menjadikan semua itu realiti. Banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.


 

Ayat 81: Kelebihan Nabi Sulaiman pula.

وَلِسُلَيمٰنَ الرّيحَ عاصِفَةً تَجري بِأَمرِهِ إِلَى الأَرضِ الَّتي بٰرَكنا فيها ۚ وَكُنّا بِكُلِّ شَيءٍ عٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Solomon [We subjected] the wind, blowing forcefully, proceeding by his command toward the land which We had blessed. And We are ever, of all things, Knowing.

(MELAYU)

Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.

 

وَلِسُلَيمٰنَ الرّيحَ عاصِفَةً

Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya

Kalimah عاصِفَةً bermaksud angin kencang yang tidak kisah dengan apa sahaja dan menghancurkan apa-apa sahaja yang di dalam perjalanannya. Ini bermaksud yang angin itu juga dijadikan sebagai senjata oleh Nabi Sulaiman.

Juga bermaksud angin itu ditundukkan kepada Nabi Sulaiman di mana baginda boleh memberi arahan kepada angin itu untuk membawa baginda ke mana-mana sahaja yang baginda mahu pergi.

Di dalam surah ini disebut yang angin itu bergerak kencang tetapi di dalam surah lain disebut angin itu lembut. Ini adalah kerana hendak memberi isyarat bahawa angin itu bergerak laju untuk membawa Nabi Sulaiman ke destinasinya. Tetapi pada Nabi Sulaiman sendiri yang berada di atas angin itu, adalah lembut baginya.

 

تَجري بِأَمرِهِ إِلَى الأَرضِ الَّتي بٰرَكنا فيها

yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya.

Dengan dapat menguasai angin itu, baginda menjadikannya sebagai alat kenderaan yang membawa baginda ke destinasi, antaranya ke negeri Syam. Itu maksud الأَرضِ الَّتي بٰرَكنا فيها. Kerana Negeri Syam itu banyak keberkatan dan banyak para Nabi dibangkitkan di sana.

 

وَكُنّا بِكُلِّ شَيءٍ عٰلِمينَ

Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.

Begitulah Allah mengetahui semua ilmu dan semua ilmu yang ada pada manusia itu diberikan oleh Allah. Tidak ada ilmu yang kita dapat sendiri. Kita memang bergantung dengan Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 17 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain