Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 73 – 77 (Nabi Luth dan LGBTQ)

Ayat 73: Sambungan tentang Nabi Ibrahim dan keturunan baginda. Keluarga baginda telah diberikan dengan kelebihan yang banyak. Baginda telah banyak berkorban dan sebagai balasannya, Allah berikan banyak nikmat kepada baginda.

وَجَعَلنٰهُم أَئِمَّةً يَهدونَ بِأَمرِنا وَأَوحَينا إِلَيهِم فِعلَ الخَيرٰتِ وَإِقامَ الصَّلوٰةِ وَإيتاءَ الزَّكوٰةِ ۖ وَكانوا لَنا عٰبِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We made them leaders guiding by Our command. And We inspired to them the doing of good deeds, establishment of prayer, and giving of zakāh; and they were worshippers of Us.

(MELAYU)

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin ikutan masyarakat yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, terutamanya mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah,

 

وَجَعَلنٰهُم أَئِمَّةً يَهدونَ بِأَمرِنا

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin ikutan masyarakat yang memberi petunjuk dengan perintah Kami

Ramai dari keturunan Nabi Ibrahim yang dijadikan Nabi dan Rasul. Mereka mengajar masyarakat tentang agama dan amalan yang benar.Mereka sampaikan ajaran dari Allah. Iaitu ilmu wahyu. Dan inilah yang kena disampaikan kepada masyarakat dari dulu sampai sekarang.

Maka kerana itu para ustaz kita kena mahir dengan ilmu wahyu supaya mereka sampaikan kepada masyarakat. Malangnya sekarang ilmu wahyu ini seperti amat jauh dari masyarakat sampaikan mereka tidak kenal mana satu wahyu dan mana satu tidak.

 

وَأَوحَينا إِلَيهِم فِعلَ الخَيرٰتِ

dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan,

Mereka semua diwahyukan dengan amal ibadat dan amal kebaikan yang perlu dilakukan oleh mereka dan pengikut mereka.

Mereka juga diberi taufik untuk melakukan amal kebaikan itu. Kerana untuk dapat beramal dengan amalan kebaikan, memerlukan bantuan dari Allah. Kalau tidak, kita pun tidak mampu untuk melakukannya.

 

وَإِقامَ الصَّلوٰةِ وَإيتاءَ الزَّكوٰةِ

dan mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat,

Dalam banyak-banyak amal ibadat, yang ditekankan adalah solat dan zakat. Kerana solat mewakili ibadat antara hamba dan Allah; zakat pula mewakili amal kebaikan antara hamba dan hamba. Jadi, bukanlah dua ini sahaja yang kena dilakukan. Disebut keduanya dengan ringkas sebagai mewakili amal ibadat dan kebajikan yang lain.

Ayat ini memberi maklumat kepada kita yang umat Nabi Ibrahim dan keturunannya iaitu Bani Israil juga kena menunaikan solat dan mengerjakan zakat.

 

وَكانوا لَنا عٰبِدينَ

dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah,

Dan mereka hanya menghambakan diri, menyembah dan seru kepada Allah sahaja. Maknanya mereka itu mengamalkan tauhid. Kerana tauhid lah amalan yang paling penting. Dan itulah ajaran pertama yang kena disampaikan kepada umat.

Apabila kalimah لَنا ditakdimkan (didahulukan), bermakna menghambakan diri itu eksklusif untuk Allah sahaja. Maknanya tidak menghambakan diri (taat dalam agama) kepada selain Allah. Juga tidak sembah dan buat ibadat kepada selain Allah. Dan tidak seru dalam doa kepada selain Allah. Jadi doa pun tidak boleh menggunakan perantaraan (tawasul).


 

Ayat 74: Ayat dalil naqli ketiga. Sekarang masuk kepada kisah Nabi Luth pula. Sebelum ini telah disebut bagaimana baginda telah meninggalkan kampung halamannya dengan Nabi Ibrahim.

وَلوطًا آتَينٰهُ حُكمًا وَعِلمًا وَنَجَّينٰهُ مِنَ القَريَةِ الَّتي كانَت تَعمَلُ الخَبٰئِثَ ۗ إِنَّهُم كانوا قَومَ سَوءٍ فٰسِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Lot We gave judgement and knowledge, and We saved him from the city that was committing wicked deeds. Indeed, they were a people of evil, defiantly disobedient.

(MELAYU)

dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik,

 

وَلوطًا آتَينٰهُ حُكمًا وَعِلمًا

dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu,

Nabi Luth adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Namanya Luth ibnu Haran ibnu Azar; baginda telah beriman kepada Ibrahim a.s. dan mengikutinya serta ikut hijrah bersamanya. Seperti yang disebutkan oleh firman-Nya:

{فَآمَنَ لَهُ لُوطٌ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي}

Maka Lut membenarkan (kenabian)nya. Dan berkatalah Ibrahim, “Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku).” (Al-‘Ankabut: 26)

Baginda diberikan dengan kepandaian dan yang dimaksudkan adalah ilmu wahyu, ilmu keagamaan.

Dan memang para Nabi dan Rasul juga diberikan dengan kepandaian dan akal fikiran yang bijaksana. Kerana mereka kena menghadapi pelbagai masyarakat dan mereka hendaklah bijak dalam cara menyampaikan ajaran kepada manusia. Juga mereka kena pandai untuk menangkis segala penolakan manusia.

 

وَنَجَّينٰهُ مِنَ القَريَةِ الَّتي كانَت تَعمَلُ الخَبٰئِثَ

dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. 

Baginda diselamatkan dari penduduk Kota Sodom. Mereka akhirnya telah dihancurkan kerana mereka melakukan perbuatan yang amat keji iaitu homoseksual.

 

إِنَّهُم كانوا قَومَ سَوءٍ فٰسِقينَ

Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik,

Mereka itu memang kaum yang sangat buruk. Perbuatan mereka amat jahat sekali. Mereka sentiasa melakukan dosa dan tidak kisah dengan ancaman dan nasihat yang diberikan oleh Nabi mereka iaitu Nabi Luth a.s.

Maka homoseksual adalah dosa yang amat berat. Disebut berkali-kali di dalam Qur’an. Tapi malangnya ramai yang kalah dengan nafsu mereka. Malangnya, ada juga yang menggunakan hujah homoseksual atau LGBTQ itu tidak ada apa-apa. Sampai ada yang gunakan ayat Qur’an pun ada untuk menghalalkan kerosakan akhlak mereka. Ini sudah melampau sekali kebodohannya!

Maka kita sebagai umat Islam tidak boleh benarkan ini berlaku. LGBTQ adalah satu penyakit dan kena dilayan sebagai satu penyakit. Kalau sesiapa ada masalah ini, maka ia hendaklah diubati, bukannya kita terima ia sebagai sebahagian dari kehidupan kita. Maka gerakan untuk membiasakan LGBTQ ini tidak boleh dibenarkan berleluasa.


 

Ayat 75:

وَأَدخَلنٰهُ في رَحمَتِنا ۖ إِنَّهُ مِنَ الصّٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We admitted him into Our mercy. Indeed, he was of the righteous.

(MELAYU)

dan Kami masukkan dia ke dalam rahmat Kami; kerana sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang saleh.

 

وَأَدخَلنٰهُ في رَحمَتِنا

dan Kami masukkan dia ke dalam rahmat Kami;

Baginda dimasukkan ke dalam rahmat khas yang diberikan oleh Allah taala. Maknanya baginda dimasukkan ke dalam syurga.

 

إِنَّهُ مِنَ الصّٰلِحينَ

kerana sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang saleh.

Baginda adalah seorang yang soleh dan diselamatkan dari melakukan dosa.


 

Ayat 76: Ayat dalil naqli keempat. Masuk kepada kisah Nabi Nuh pula.

وَنوحًا إِذ نادىٰ مِن قَبلُ فَاستَجَبنا لَهُ فَنَجَّينٰهُ وَأَهلَهُ مِنَ الكَربِ العَظيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] Noah, when he called [to Allāh]¹ before [that time], so We responded to him and saved him and his family from the great affliction [i.e., the flood].

•i.e., supplicated against his people who had persisted in denial and animosity. See 71:2628.

(MELAYU)

Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa, dan Kami memperkenankan doanya, lalu Kami selamatkan dia berserta keluarganya dari bencana yang besar.

 

وَنوحًا إِذ نادىٰ مِن قَبلُ

Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa,

Nabi Nuh hidup sebelum Nabi Ibrahim dan Nabi Luth lagi. Ini kerana baginda adalah Rasul selepas Nabi Adam.

Dalam ayat ini disebut dengan ringkas tentang doa Nabi Nuh selepas baginda disakiti oleh umat Baginda, Maka baginda meminta pertolongan kepada Allah dan Allah sebut dengan ringkas tentang doa baginda di sini.

Allah Swt. menceritakan tentang perkenaan-Nya kepada hamba-Nya dan Rasul-Nya (yaitu Nuh a.s.) saat Nuh berdoa memohon kepada-Nya untuk kebinasaan kaumnya kerana telah mendustakannya, seperti yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{فَدَعَا رَبَّهُ أَنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِرْ}

Maka dia mengadu kepada Tuhannya, bahawasanya aku ini adalah orang yang dikalahkan. Oleh sebab itu, tolonglah (aku). (Al-Qamar: 10)

Dan ucapan Nuh yang disebutkan dalam firman-Nya:

{وَقَالَ نُوحٌ رَبِّ لَا تَذَرْ عَلَى الأرْضِ مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا. إِنَّكَ إِنْ تَذَرْهُمْ يُضِلُّوا عِبَادَكَ وَلا يَلِدُوا إِلا فَاجِرًا كَفَّارًا}

Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat kafir. (Nuh: 26-27)

 

فَاستَجَبنا لَهُ

dan Kami memperkenankan doanya,

Doa baginda dimakbulkan dimana kaumnya dikenakan dengan azab banjir besar yang menghancurkan semua yang engkar.

 

فَنَجَّينٰهُ وَأَهلَهُ مِنَ الكَربِ العَظيمِ

lalu Kami selamatkan dia berserta keluarganya dari bencana yang besar.

Baginda dan ahli keluarga baginda  yang beriman dan juga mereka yang beriman diselamatkan dari bencana yang sangat besar. Seperti yang kita sudah tahu, mereka itu dimasukkan ke dalam bahtera yang menyelamatkan mereka dari banjir besar itu.

Yang dimaksudkan dengan أَهلَهُ ialah orang-orang yang beriman kepadanya sahaja, seperti yang dijelaskan oleh Allah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَأَهْلَكَ إِلا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ وَمَنْ آمَنَ وَمَا آمَنَ مَعَهُ إِلا قَلِيلٌ}

dan keluargamu kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman. Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit. (Hud: 40)

Oleh kerana itu, ada anak Nabi Nuh yang tidak diselamatkan kerana dia tidak beriman, padahal dia anak Nabi Nuh sendiri.


 

Ayat 77:

وَنَصَرنٰهُ مِنَ القَومِ الَّذينَ كَذَّبوا بِآيٰتِنا ۚ إِنَّهُم كانوا قَومَ سَوءٍ فَأَغرَقنٰهُم أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We aided [i.e., saved] him from the people who denied Our signs. Indeed, they were a people of evil, so We drowned them, all together.

(MELAYU)

Dan Kami telah menolongnya dari kaum yang telah mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, maka Kami tenggelamkan mereka semuanya.

 

وَنَصَرنٰهُ مِنَ القَومِ الَّذينَ كَذَّبوا بِآيٰتِنا

Dan Kami telah menolongnya dari kaum yang telah mendustakan ayat-ayat Kami.

Maka dengan Allah selamatkan baginda dari banjir itu, Allah telah menyelamatkan baginda dari kaum baginda yang sudah teruk itu.

Yakni baginda telah diselamatkan dari kesengsaraan, pendustaan, dan gangguan; kerana sesungguh­nya Nabi Nuh tinggal di kalangan kaumnya selama seribu tahun kurang lima puluh tahun sambil menyeru mereka untuk menyembah Allah sahaja. Akan tetapi, tidak ada yang beriman dari mereka kecuali hanya sedikit orang saja.

Mereka juga selalu menimpakan gangguan yang menyakitkan kepada baginda, dan saling mewasiatkan kepada generasi pelanjut mereka —generasi demi generasi— untuk bersikap menentang Nuh.

 

إِنَّهُم كانوا قَومَ سَوءٍ

Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, 

Mereka amat jahat sekali sampaikan mereka telah menyembah berhala-berhala sebagai peringatan kepada orang terdahulu yang alim dan warak. Asalnya ianya sebagai tanda peringatan sahaja tapi lama kelamaan telah dijadikan sebagai ilah pula.

Akhirnya Kaum Nabi Nuh telah melakukan kesyirikan. Dan syirik mereka sama dengan apa yang dilakukan oleh Musyrikin Mekah yang juga menyembah berhala.

Memang golongan awal bukan hendak menyembah berhala. Mereka cuma jadikan bentuk sebagai peringatan kepada orang yang alim dan warak. Supaya bila mereka lihat bentuk itu, memberi semangat kepada mereka untuk beramal. Tapi syaitan telah mengambil peluang kepada generasi kemudian dengan mengatakan: itulah ilah kamu.

Maka kerana itu gambar yang digantung amat bahaya. Kerana kita tidak tahu generasi akan datang akan rasa dengan gambar-gambar itu. Dan malang sekali kalau ada yang sudah mengagung-agungkan orang yang telah mati. Seperti yang kita dilakukan oleh golongan Habib dari Yaman sekarang. Mereka suka hias gambar Habib mereka yang telah mati (kononnya dikatakan wali) dan mereka letak di kuburan dan dihiasi kuburan itu dengan berbagai-bagai perkara pelik.

Kalau tengok, sudah tidak jauh bezanya dengan kubur Hindu. Maka golongan ini kena ditolak dan disebarkan bahawa mereka itu golongan sesat lagi menyesatkan. Malangnya ramai golongan jahil yang sudah terikut-ikut dengan mereka.

 

فَأَغرَقنٰهُم أَجمَعينَ

maka Kami tenggelamkan mereka semuanya.

Oleh kerana teruknya mereka itu maka mereka semua telah diberikan dengan azab banjir itu. Mereka semua telah ditenggelamkan dalam banjir itu supaya mereka dan keturunan mereka dimatikan terus. Supaya mereka tidak buat kerosakan lagi. Ini sesuai dengan doa Nabi Nuh a.s. sendiri. Kerana kalau ada baki dari keturunan mereka, akan ada yang menyambung kesesatan itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 17 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 66 – 72 (Nabi Ibrahim dibakar)

Ayat 66: Sebelum ini telah disebut bagaimana kaum Nabi Ibrahim sudah mula terkesan dengan hujah mantap yang diberikan oleh Nabi Ibrahim. Maka dalam keadaan mereka itu maka Nabi Ibrahim mengambil kesempatan untuk berdakwah lagi kepada mereka.

قالَ أَفَتَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ ما لا يَنفَعُكُم شَيئًا وَلا يَضُرُّكُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Then do you worship instead of Allāh that which does not benefit you at all or harm you?

(MELAYU)

Ibrahim berkata: Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun dan tidak (pula) memberi mudharat kepada kamu?”

 

قالَ أَفَتَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ

Ibrahim berkata: Maka apakah kamu menyembah selain Allah

Nabi Ibrahim berdakwah kepada mereka dengan mengutuk mereka kerana menyembah selain Allah.

 

ما لا يَنفَعُكُم شَيئًا

yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun 

Ilah selain Allah yang mereka sembah itu tidak dapat memberi manfaat pun kepada mereka. Kalau nak sembah dan puja sesuatu pun, patutnya adalah kebaikan kepada mereka, bukan? Tapi berhala dan ilah-ilah yang mereka sembah itu tidak dapat beri keuntungan pun kepada mereka.

 

وَلا يَضُرُّكُم

dan tidak (pula) memberi mudharat kepada kamu.”

Dan benda yang mereka sembah itu bukan sahaja tidak boleh memberi manfaat kepada mereka, malah tidak boleh memberi mudarat pun. Kalau disembah kerana takut ia boleh memudaratkan kalau tak disembah, masuk akal lah juga. Barulah ada alasan nak sembah, bukan?

Tapi kalau tak sembah berhala dan ilah itu, mereka tak buat apa-apa pun. Tak sakit dan jadi kudis pun kalau tak sembah. Maka kenapa nak sembah juga? Inilah hujah mantap dari Nabi Ibrahim a.s.


 

Ayat 67:

أُفٍّ لَّكُم وَلِما تَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ ۖ أَفَلا تَعقِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Uff¹ to you and to what you worship instead of Allāh. Then will you not use reason?”

•An exclamation of anger and displeasure.

(MELAYU)

Ah (celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?

 

أُفٍّ لَّكُم

Ah (celakalah) kamu

Kalimah أُفٍّ bermaksud menyatakan kejelekan terhadap sesuatu. Nak faham, bayangkan jikalau kita pergi ke sesuatu tempat yang kotor dan busuk maka kita boleh gunakan kalimah ini. Digunakan kalimah ini oleh Nabi Ibrahim kerana jelek dan kotor sekali fahaman akidah yang diamalkan oleh masyarakatnya itu.

 

وَلِما تَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ

dan apa yang kamu sembah selain Allah.

Baginda jijik terhadap mereka yang melakukan penyembahan itu dan terhadap benda-benda yang mereka sembah itu. Kerana yang mereka sembah itu adalah selain Allah. Maka baginda sensitif dengan keadaan itu.

 

أَفَلا تَعقِلونَ

Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?

Baginda tanya mereka kenapakah mereka  tidak menggunakan akal mereka, sampai mereka sanggup buat perkara ini? Kalau mereka gunakan akal mereka, takkan mereka lakukan perkara itu.


 

Ayat 68: Walaupun hujah yang diberikan sudah kuat dan jelas dan logik akal mereka pun sudah dapat menerimanya seperti disebut dalam ayat-ayat sebelum ini, tetapi mereka tetap tolak juga kerana kedegilan. Begitulah juga dengan masyarakat kita yang degil. Mereka tolak bukan kerana tidak faham tapi kerana degil sahaja.

Maka kerana marah dengan Nabi Ibrahim dan sedar bahayanya apa yang disampaikan oleh baginda kerana dapat mengubah pandangan masyarakat, maka mereka telah ambil langkah drastik untuk menutup mulut baginda.

قالوا حَرِّقوهُ وَانصُروا آلِهَتَكُم إِن كُنتُم فٰعِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Burn him and support your gods – if you are to act.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”.

 

قالوا حَرِّقوهُ

Mereka berkata: “Bakarlah dia

Kalimah حرّق  bermaksud bakar sampai hancur sampai tidak ada tulang langsung, tidak ada kesan langsung, semua jadi abu. Itulah perbuatan tahriq. Mereka ambil keputusan untuk kenakan hukuman ini kepada Nabi Ibrahim. Memang baginda betul tapi kena bakar juga.

Mereka telah buat unggun api yang besar dan sebelum mereka lempar baginda ke dalam api itu, baginda telah dibogelkan. Maka kerana itulah Nabi Ibrahim adalah manusia pertama yang akan dapat pakaian di akhirat kelak kerana baginda sanggup dibogelkan untuk mempertahankan akidah tauhid.

 

وَانصُروا آلِهَتَكُم

dan bantulah tuhan-tuhan kamu,

Mereka kata bakarlah Nabi Ibrahim itu supaya mereka boleh menolong tuhan-tuhan mereka. Maknanya mereka juga mengaku bahawa tuhan-tuhan mereka itu tidak dapat membalas dendam bagi pihak mereka sendiri maka merekalah yang kena bantu untuk balas dendam. Ini memalukan mereka sebenarnya. Kerana kalau berhala itu tuhan, mereka sendirilah yang boleh musnahkan penentang mereka.

Ini adalah satu lagi tindakan balas yang digunakan oleh orang-orang yang engkar. Iaitu jikalau mereka kalah tiada hujah maka mereka akan menggunakan kuasa mereka untuk mengancam sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan mereka.

Mereka juga gunakan kekuatan dan kekuasaan yang mereka ada untuk menyakiti seseorang. Itu akan dilakukan apabila orang-orang yang engkar itu tiada hujah dan apabila mereka menggunakan ancaman seperti itu maka bermaksud mereka memang tidak ada hujah.

Kerana itu apabila kita berdebat dengan ahli-ahli bidaah, lama kelamaan mereka akan menggunakan bahasa-bahasa yang buruk dan caci memaki kerana mereka tidak ada hujah. Ada juga yang menggunakan kuasa mereka untuk memenjarakan ustaz-ustaz sunnah. Kerana kalau mereka ada hujah maka kenalah mereka berikan hujah itu tetapi malangnya mereka memang tidak ada hujah dan dalil.

 

إِن كُنتُم فٰعِلينَ

jika kamu benar-benar hendak bertindak”.

Mereka kata kalau tak buat apa-apa pun inilah sahaja yang mereka boleh lakukan. Sekiranya nak pertahankan ilah-ilah mereka itu.

Mereka buat begitu kerana Qarin mereka tidak benarkan mereka terima kebenaran. Kerana mereka telah lama ikut cakap qarin mereka, maka qarin mereka boleh beri arahan kepada mereka.


 

Ayat 69: Sekarang Nabi Ibrahim sudah dilemparkan ke dalam api. Kisah api itu banyaklah dalam kisah-kisah israiliyat. Kisah-kisah itu tidak penting kerana Yahudi nak heret jauh dari pengajaran. Maka jangan kita layan kisah-kisah itu. Kita pakai kisah yang sahih sahaja.

قُلنا يٰنارُ كوني بَردًا وَسَلٰمًا عَلىٰ إِبرٰهيمَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We [i.e., Allāh] said, “O fire, be coolness and safety upon Abraham.”

(MELAYU)

Kami berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”,

 

قُلنا يٰنارُ كوني بَردًا

Kami berfirman: “Hai api menjadi dinginlah,

Allah memberi arahan kepada api untuk menjadi sejuk. Allah memang boleh arahkan kerana Dia Tuhan dan menguasai segalanya. Dialah Tuhan Api dan kerana itu api kena ikut arahanNya.

 

وَسَلٰمًا عَلىٰ إِبرٰهيمَ

dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”,

Dan jadilah selamat untuk Nabi Ibrahim. Keadaan di dalam api itu amat selamat sampaikan Nabi Ibrahim rasa aman di dalam api yang membakar itu. Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim tidak pernah rasa seaman itu sepanjang hidup baginda. Maknanya keadaan di dalam api itu menjadi amat menyenangkan bagi baginda. Allah boleh buat jadi sebegitu.

Sebelum ini telah dikatakan yang tuhan-tuhan mereka tidak dapat beri manfaat atau mudharat dan sekarang Allah menunjukkan bahawa Dia sahaja ada kuasa untuk menyejukkan api itu. Kerana Allah ada kuasa, bolehlah buat begitu. Bandingkan dengan ilah-ilah yang mereka puja dan sembah itu, langsung tidak ada kuasa.

Dan api itu memang amat besar. Sampaikan apabila ada burung yang lalu atas unggun api itu, burung itu akan mati kerana panas sangat dan jatuh dalam unggun api itu. Sampaikan kerana panas sangat, mereka tak dapat nak masukkan Nabi Ibrahim dengan cara biasa, sampaikan mereka kena guna manjanik (catapult) untuk humban baginda ke dalamnya dari jauh. Kerana mereka tidak dapat datang dekat kepada api itu sebab panas sangat. Maknanya, Nabi Ibrahim kena humban itu pun baginda masih selamat lagi.

Yang menariknya, Nabi Ibrahim tidak tahu yang api itu akan menjadi sejuk kalau baginda  masuk. Hanya apabila baginda telah dimasukkan ke dalam api itu barulah Allah memberi arahan kepada api itu untuk menjadi sejuk. Baginda tidak tahu yang baginda akan selamat tapi kerana baginda amat yakin dengan Allah, sampaikan baginda tidak melawan apa yang dilakukan oleh kaum baginda terhadap iaitu hendak membunuh baginda. Baginda rela dimasukkan ke dalam api itu. Baginda rela mati mempertahankan kebenaran.

Ini mengajar kita bahawa pertolongan Allah akan diberikan selepas kita sanggup mengorbankan diri kita. Kadang-kadang kita tidak tahu pun yang kita akan selamat atau tidak. Tapi kerana yakin, kita teruskan juga. Begitulah semasa Perang Badar di mana para malaikat itu tidaklah menunjukkan diri mereka dari awal lagi dan hanya apabila para sahabat telah berada di medan perang dan bersedia untuk berperang dan mula berperang, barulah malaikat datang untuk bantu. P

ara sahabat waktu itu yakin dengan janji Allah dan Rasulullah sampaikan mereka sanggup berhadapan dengan pasukan tentera musuh yang lebih ramai dari mereka.

Waktu Nabi Ibrahim hendak dimasukkan ke dalam api, Jibrail datang dan bertanya kepada baginda adakah baginda memerlukan bantuan. Baginda kata baginda memang memerlukan bantuan tapi bukan dengan Jibrail. Baginda sebut hasbiyallah wanikmat wakil. Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pembantu.

Iaitu baginda berharap kepada Allah sahaja. Allah tahu keadaan baginda dan cukuplah begitu. Baginda bergantung terus kepada Allah dan tidak berharap kepada makhluk. Maka kalau kita pun dapat buat begitu, maka alangkah eloknya. Maknanya kita dapat tawakal kepada Allah sahaja.

Dan perlu diingatkan yang api itu sejuk untuk Nabi Ibrahim waktu itu sahaja dan di situ sahaja. Jadi apabila kita dengar ada riwayat yang mengatakan api seluruh dunia jadi sejuk, ketahuilah yang itu tidak benar.

Ada kisah tentang cicak dalam hal kejadian ini. Qatadah mengatakan bahawa pada hari itu semua haiwan yang ada, datang berusaha untuk memadamkan api agar tidak membakar Nabi Ibrahim, terkecuali cicak. Az-Zuhri mengatakan, Nabi Saw. memerintahkan agar cicak dibunuh dan baginda memberinya nama fuwaisiq.

قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا أَبُو عُبَيْدِ اللَّهِ ابْنُ أَخِي ابْنِ وَهْبٍ، حَدَّثَنِي عَمِّي، حَدَّثَنَا جَرِيرُ بْنُ حَازِمٍ، أَنَّ نَافِعًا حَدَّثَهُ قَالَ: حَدَّثَتْنِي مَوْلَاةُ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ الْمَخْزُومِيِّ قَالَتْ: دَخَلْتُ عَلَى عَائِشَةَ فَرَأَيْتُ فِي بَيْتِهَا رُمْحًا. فَقُلْتُ: يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ، مَا تَصْنَعِينَ بِهَذَا الرُّمْحِ؟ فَقَالَتْ: نَقْتُلُ بِهِ هَذِهِ الْأَوْزَاغَ، إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حِينَ أُلْقِيَ فِي النَّارِ، لَمْ يَكُنْ فِي الْأَرْضِ دَابَّةٌ إِلَّا تُطْفِئُ النَّارَ، غَيْرَ الوَزَغ، فَإِنَّهُ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ”، فَأَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَتْلِهِ

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdullah anak saudara Ibnu Wahb, bahwa telah menceritakan kepadaku pamanku, telah menceritakan kepada kami Jarir ibnu Hazm; Nafi’ pernah mencerita­kan kepadanya bahwa budak perempuan Al-Fakih ibnul Mugirah Al-Makhzumi pernah bercerita kepadanya, bahawa dia masuk ke dalam rumah Siti Aisyah, lalu dia melihat sebuah tombak di dalam rumahnya itu. Maka dia bertanya, “Wahai Ummul Mu’minin, untuk apakah tombak ini?” Siti Aisyah menjawab, “Saya gunakan untuk membunuh cicak-cicak ini, kerana sesungguhnya Rasulullah Saw. pernah bersabda: Bahawa sesungguhnya Ibrahim saat dilemparkan ke dalam nyala api, tiada seekor haiwan melata pun melainkan berusaha memadamkan api itu, selain cicak, kerana sesungguhnya cicak meniup api itu agar membakar Ibrahim. Maka Rasulullah Saw. memerintahkan kepada kami untuk membunuhnya”


 

Ayat 70:

وَأَرادوا بِهِ كَيدًا فَجَعَلنٰهُمُ الأَخسَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they intended for him a plan [i.e., harm], but We made them the greatest losers.

(MELAYU)

mereka hendak berbuat rancangan terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi.

 

وَأَرادوا بِهِ كَيدًا

mereka hendak berbuat rancangan terhadap Ibrahim,

Mereka buat rancangan jahat untuk mendesak Nabi Ibrahim meninggalkan dakwah dan ikut buat syirik sama dengan mereka. Kerana itu mereka gertak Nabi Ibrahim tapi baginda tidak hairan dan tidak terkesan dengan rancangan mereka. Baginda tetap teguh atas iman dan akidah tauhid.

 

فَجَعَلنٰهُمُ الأَخسَرينَ

maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi.

Dan akhirnya merekalah orang-orang yang paling rugi. Ibrahim yang hendak dibakar tidak hangus pun, tapi mereka yang buat rencana itu yang rugi sungguh. Mereka tidak berjaya membunuh Nabi Ibrahim dan mereka nanti akan dimasukkan ke dalam neraka kerana perbuatan mereka itu. Mereka telah kalah dan mereka nanti akan jadi orang yang paling rugi.


 

Ayat 71:

وَنَجَّينٰهُ وَلوطًا إِلَى الأَرضِ الَّتي بٰرَكنا فيها لِلعٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We delivered him and Lot to the land which We had blessed for the worlds [i.e., peoples].

(MELAYU)

Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.

 

وَنَجَّينٰهُ وَلوطًا إِلَى الأَرضِ

Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri

Selepas kejadian pembakaran Nabi Ibrahim itu, Allah tidak memberitahu yang Nabi Ibrahim diselamatkan, tetapi Allah terus beritahu yang baginda diselamatkan. Allah pendekkan kisah dalam ayat ini. Jadi tidak disebut dengan panjang lebar apakah yang terjadi selepas api jadi sejuk dan apakah yang terjadi kepada baginda dan apakah reaksi kaum baginda setelah lihat baginda selamat.

Disebut sekarang tentang Nabi Luth. Nabi Luth adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Asal nama beliau adalah Haran. Nabi Luth sahaja yang beriman dengan baginda. Maka mereka telah berhijrah meninggalkan kampung mereka itu kerana mereka tidak boleh lagi duduk di situ. Nabi Ibrahim kemudian tinggal di negeri Palestina sedangkan Nabi Luth di Mu’tafikah; jarak antara kedua negeri itu dapat ditempuh dalam sehari.

 

الَّتي بٰرَكنا فيها لِلعٰلَمينَ

yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.

Nabi Ibrahim dan Nabi Luth telah meninggalkan Babylon, Iraq menuju ke Syams. Tanah itu diberkati kerana ramai para nabi yang akan dibangkitkan di sana. Ianya adalah tempat yang berkat baik dari segi agama atau keduniaan.

Menurut satu pendapat, negeri Syam adalah tanah mahsyar dan berbangkit, di negeri Syam juga Isa putra Maryam diturunkan, dan di negeri Syam pula Dajjal menemui ajalnya.


 

Ayat 72:

وَوَهَبنا لَهُ إِسحٰقَ وَيَعقوبَ نافِلَةً ۖ وَكُلًّا جَعَلنا صٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We gave him Isaac and Jacob in addition, and all [of them] We made righteous.

(MELAYU)

Dan Kami telah memberikan kepada-nya (Ibrahim) lshak dan Ya’qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). Dan masing-masingnya Kami jadikan orang-orang yang saleh

 

وَوَهَبنا لَهُ إِسحٰقَ وَيَعقوبَ نافِلَةً

Dan Kami telah memberikan kepada-nya (Ibrahim) lshak dan Ya’qub, sebagai suatu anugerah tambahan

Selepas baginda berpindah, baginda diberikan dengan berita gembira yang baginda akan mendapat anak yang bernama Ishak a.s. Dan kemudian baginda juga diberikan dengan berita gembira tambahan iaitu baginda akan mendapat cucu yang namanya Ya’kub dan ini adalah tambahan kerana kalimah نافِلَةً bermaksud tambahan.

Maknanya baginda bukan sahaja tahu baginda akan dapat anak, tapi tahu akan dapat cucu sekali. Kerana kita selalunya ada anak, tapi kita tidak pasti sama ada kita akan dapat cucu atau tidak. Tapi Nabi Ibrahim diberikan dengan berita gembira itu.

 

وَكُلًّا جَعَلنا صٰلِحينَ

Dan masing-masingnya Kami jadikan orang-orang yang saleh

Dan kesemua mereka itu menjadi orang yang soleh. Ini adalah berita yang amat besar diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana anak dan cucunya sekali adalah golongan Nabi. Tentunya ia berita amat gembira.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 16 Mei 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 58 – 65 (Nabi Ibrahim pecahkan berhala)

Ayat 58: Sambungan kisah Nabi Ibrahim a.s.

فَجَعَلَهُم جُذٰذًا إِلّا كَبيرًا لَّهُم لَعَلَّهُم إِلَيهِ يَرجِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So he made them into fragments, except a large one among them, that they might return to it [and question].

(MELAYU)

Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung yang lain; agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya.

 

فَجَعَلَهُم جُذٰذًا

Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong,

Dalam ayat sebelum ini telah disebut rancangan Nabi Ibrahim untuk melakukan sesuatu terhadap berhala-berhala di kuil kaumnya itu. Dalam ayat ini kita diberitahu yang baginda memecahkan berhala-berhala itu. Kalimah جذذ bermaksud serpihan-serpihan paling kecil (macam kita kata juzuk Qur’an).

Maksudnya baginda menghancurkan berhala-berhala itu sampai jadi bahagian-bahagian yang kecil. Kerana kalau baginda patahkan sahaja maka tentu masih ada lagi bahagian yang boleh diselamatkan dan nanti mereka akan pakai balik pula untuk dipuja. Maka baginda hancurkan sehancur-hancurnya supaya tidak boleh diguna langsung lagi.

 

إِلّا كَبيرًا لَّهُم

kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung yang lain;

Semua berhala-berhala dalam kuil itu dihancurkan, tapi baginda tidak hancurkan berhala yang paling besar sekali. Baginda tidak sentuh pun berhala itu. Dalam riwayat lain disebut baginda letak kapak yang baginda guna pada berhala besar itu.

 

لَعَلَّهُم إِلَيهِ يَرجِعونَ

agar mereka kembali kepadanya.

Tujuan Nabi Ibrahim lakukan itu adalah mudah-mudahan kaumnya itu akan kembali melihat kepada berhala besar itu. Ini adalah kerana baginda hendak mengajar akidah kepada kaum baginda. Ini adalah rancangan baginda yang tentunya dipandu oleh Allah.


 

Ayat 59: Apabila kaumnya kembali ke kuil mereka.

قالوا مَن فَعَلَ هٰذا بِآلِهَتِنا إِنَّهُ لَمِنَ الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Who has done this to our gods? Indeed, he is of the wrongdoers.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim”.

 

قالوا مَن فَعَلَ هٰذا بِآلِهَتِنا

Mereka berkata: “Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, 

Tentunya apabila kaumnya itu pulang dari majlis mereka di luar pekan, mereka kehairanan yang amat sangat dan tertanya-tanya siapakah yang melakukan perbuatan yang mereka anggap amat buruk itu.

Lihatlah bagaimana mereka tidak kata ‘patung-patung’ tetapi mereka kata ‘ilah-ilah’ mereka kerana memang yang dipuja itu bukanlah patung itu tetapi ilah yang di sebalik patung-patung itu. Patung berhala itu hanya sebagai representasi / tempat tawajjuh / tempat fokus minda sahaja.

 

إِنَّهُ لَمِنَ الظّٰلِمينَ

sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim”.

Mereka kata orang yang melakukan perkara itu adalah orang yang amat zalim. Mereka amat marah dengan kejadian itu. Sekarang bayangkan jikalau ada orang yang memusnahkan patung-patung Hindu di kuil – tentu mereka marah dan mereka akan mencari-cari orang yang melakukan perkara itu dan mereka akan mengamuk.

Maka jangan kita buat perkara itu. Walaupun mereka memang buat perkara yang berat salahnya, tapi bukan begitu caranya. Bayangkan kalau mereka rosakkan masjid kita, tentu kita pun marah, bukan?


 

Ayat 60:

قالوا سَمِعنا فَتًى يَذكُرُهُم يُقالُ لَهُ إِبرٰهيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “We heard a young man mention them who is called Abraham.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim”.

 

قالوا سَمِعنا فَتًى يَذكُرُهُم

Mereka berkata: “Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini 

Kalimah فَتًى bermaksud ‘anak muda’. Maka ini menguatkan pendapat yang mengatakan yang kejadian dalam ayat-ayat ini adalah ketika Nabi Ibrahim a.s. masih muda lagi. Mereka teringat kata-kata seorang pemuda yang mengatakan sesuatu berkenaan dengan berhala-berhala itu. Tetapi mereka waktu itu tidak pasti siapa.

Kalimah يَذكُرُهُم bermaksud mengeji ilah-ilah mereka. Ia dari kalimah ذ ك ر yang bermaksud ingat dan juga menyebut-nyebut. Yang mereka maksudkan baginda menyebut tentang berhala itu dengan cara yang tidak patut. Kerana mereka kata Nabi Ibrahim itu telah menghina berhala-berhala mereka.

 

يُقالُ لَهُ إِبرٰهيمُ

yang bernama Ibrahim”.

Mereka rasa yang nama pemuda itu adalah Ibrahim. Sebab macam pernah dengar nama itu disebut-sebut. Waktu ini mereka tidak tahu dengan pasti siapakah yang melakukannya dan mereka hanya meneka-neka sahaja. Kerana dalam kampung itu tidak ada orang lain melainkan Ibrahim sahaja yang mengatakan ilah-ilah itu tidak ada kuasa untuk menyempurnakan hajat mereka.


 

Ayat 61: Arahan dikeluarkan untuk cari Nabi Ibrahim.

قالوا فَأتوا بِهِ عَلىٰ أَعيُنِ النّاسِ لَعَلَّهُم يَشهَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Then bring him before the eyes of the people that they may testify.”¹

•To what they had heard him say. It may also mean “…that they may witness [what will be done to him as punishment].”

(MELAYU)

Mereka berkata: “(Kalau demikian) bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang banyak, agar mereka menyaksikan”.

 

قالوا فَأتوا بِهِ عَلىٰ أَعيُنِ النّاسِ

Mereka berkata: “bawalah dia di hadapan mata khalayak ramai,

Mereka suruh dibawakan Nabi Ibrahim itu di hadapan semua orang. Iaitu di hadapan khalayak ramai. Dan inilah juga yang dikehendaki oleh Nabi Ibrahim kerana baginda nak sampaikan mesejnya kepada seramai yang boleh. Dia nak kaumnya itu berfikir.

Ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an: kalimah عين asalnya bermaksud ‘mata’ dan ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata).

Jamak bagi عين adalah أعيُن dan عُيُون dan digunakan di dalam Bahasa Arab untuk jamak bagi mata dan juga mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah أعيُن sentiasa digunakan bagi mata dan kalimah عُيُون sentiasa digunakan bagi mata air.

 

لَعَلَّهُم يَشهَدونَ

agar mereka menyaksikan”.

Supaya nanti ada orang yang boleh jadi saksi bahawa memang benar dia pernah mendengar Nabi Ibrahim mengatakan sesuatu yang buruk tentang berhala-berhala itu. Maknanya, nak cari bukti kukuh sebab sebelum ini, diberitahu yang mereka tidak pasti, bukan?

Juga boleh bermaksud kaum itu suruh dibawakan Nabi Ibrahim ke khalayak ramai supaya boleh ditunjukkan kepada mereka apakah hukuman yang akan dikenakan kepada baginda. Supaya baginda menjadi contoh kepada orang lain – jangan berani nak kutuk berhala-berhal dan ilah-ilah mereka.


 

Ayat 62: Setelah Nabi Ibrahim ditangkap, inilah proses soal-jawab kepada baginda.

قالوا أَأَنتَ فَعَلتَ هٰذا بِآلِهَتِنا يٰإِبراهيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Have you done this to our gods, O Abraham?”

(MELAYU)

Mereka bertanya: “Apakah kamu, yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?”

 

Sekarang mereka sedang menyoal Nabi Ibrahim dan mereka sedang menakutkan baginda dengan menyebut dua kali kepada diri baginda. Sekali pada أَأَنتَ (adakah kamu) dan sekali lagi pada فَعَلتَ (kamu telah lakukan). Kemudian disebut pula nama baginda lagi sekali. Ini adalah teknik untuk menakutkan seseorang.


 

Ayat 63: Lihatlah jawapan dari Nabi Ibrahim a.s.

قالَ بَل فَعَلَهُ كَبيرُهُم هٰذا فَاسأَلوهُم إِن كانوا يَنطِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Rather, this – the largest of them – did it, so ask them, if they should [be able to] speak.”

(MELAYU)

Ibrahim menjawab: “Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala-berhala itu, jika mereka dapat berbicara”.

 

قالَ بَل فَعَلَهُ كَبيرُهُم هٰذا

Ibrahim menjawab: “Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya,

Nabi Ibrahim kata, berhala yang besar itulah yang telah menghancurkan berhala-berhala yang lain. Kerana sebelum ini Nabi Ibrahim telah menghancurkan berhala-berhala yang kecil dan baginda meninggalkan berhala yang besar itu tanpa diusik. Dalam riwayat yang lain, baginda letak kapak di tangan berhala besar itu.

Nabi Ibrahim kata, sebab berhala-berhala kecil itu tidak mahu sembah kepada berhala besar itu, maka berhala besar itu marah dan menghancurkan berhala-berhala yang kecil itu.

Beginilah cara baginda berdakwah kepada kaumnya itu dengan menggunakan helah dan logik akal.  Dan kita boleh lihat di dalam ayat-ayat yang lain bagaimana baginda buat sesuatu kerana baginda hendak kaum baginda menggunakan akal dan mempersoalkan kembali akidah mereka.

Lihatlah kisah bagaimana baginda mencari Tuhan di dalam surah yang lain. Iaitu baginda tengok bintang, kemudian tengok bulan dan kemudian tengok matahari. Baginda bukan tidak tahu yang itu semua bukan Tuhan, tapi baginda menggunakan cara itu pun untuk menggerakkan kaum baginda menggunakan akal mereka yang waras. Baginda hendak menunjukkan kepada mereka betapa bodohnya mereka mempercayai tuhan-tuhan selain Allah.

Berkenaan dengan kejadian ini, ada satu perbincangan di kalangan ulama tentangnya, kerana nampak seperti Nabi Ibrahim telah menipu. Di dalam kitab Sahihain disebutkan sebuah hadis melalui Hisyam ibnu Hissan, dari Muhammad ibnu Sirin, dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِنَّ إِبْرَاهِيمَ، عَلَيْهِ السَّلَامُ، لَمْ يَكْذِبْ غَيْرَ ثَلَاثٍ: ثِنْتَيْنِ فِي ذَاتِ اللَّهِ، قَوْلُهُ: {بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَذَا} وَقَوْلُهُ {إِنِّي سَقِيمٌ} قَالَ: “وَبَيْنَا هُوَ يَسِيرُ فِي أرض جبار من الجبابرة ومعه سَارَةُ، إِذْ نَزَلَ مَنْزِلًا فَأَتَى الْجَبَّارَ رَجُلٌ، فَقَالَ: إِنَّهُ قَدْ نَزَلَ بِأَرْضِكَ رَجُلٌ مَعَهُ امْرَأَةٌ أَحْسَنُ النَّاسِ، فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ فَجَاءَ، فَقَالَ: مَا هَذِهِ الْمَرْأَةُ مِنْكَ؟ قَالَ: هِيَ أُخْتِي. قَالَ: فَاذْهَبْ فَأَرْسِلْ بِهَا إِلَيَّ، فَانْطَلَقَ إِلَى سَارَةَ فَقَالَ: إِنَّ هَذَا الْجَبَّارَ سَأَلَنِي عَنْكِ فَأَخْبَرْتُهُ أَنَّكِ أُخْتِي فَلَا تُكَذِّبِينِي عِنْدَهُ، فَإِنَّكِ أُخْتِي فِي كِتَابِ اللَّهِ، وَأَنَّهُ لَيْسَ فِي الْأَرْضِ مُسْلِمٌ غَيْرِي وَغَيْرُكِ، فَانْطَلَقَ بِهَا إِبْرَاهِيمُ ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي. فَلَمَّا أَنْ دَخَلَتْ عَلَيْهِ فَرَآهَا أَهْوَى إِلَيْهَا، فَتَنَاوَلَهَا، فَأُخِذَ أَخْذًا شَدِيدًا، فَقَالَ: ادْعِي اللَّهَ لِي وَلَا أَضُرُّكِ، فَدَعَتْ لَهُ فَأُرْسِلَ، فَأَهْوَى إِلَيْهَا، فَتَنَاوَلَهَا فَأُخِذَ بِمِثْلِهَا أَوْ أَشَدَّ. فَفَعَلَ ذَلِكَ الثَّالِثَةَ فَأُخِذَ، [فَذَكَرَ] مِثْلَ الْمَرَّتَيْنِ الْأُولَيَيْنِ فَقَالَ ادْعِي اللَّهَ فَلَا أَضُرُّكِ. فَدَعَتْ، لَهُ فَأُرْسِلَ، ثُمَّ دَعَا أَدْنَى حُجَّابِهِ، فَقَالَ: إِنَّكَ لَمْ تَأْتِنِي بِإِنْسَانٍ، وَإِنَّمَا َتَيْتَنِي بِشَيْطَانٍ، أَخْرِجْهَا وَأَعْطِهَا هَاجَرَ، فَأُخْرِجَتْ وَأُعْطِيَتْ هَاجَرَ، فَأَقْبَلَتْ، فَلَمَّا أَحَسَّ إِبْرَاهِيمُ بِمَجِيئِهَا انْفَتَلَ مِنْ صِلَاتِهِ، قَالَ: مَهْيَم؟ قَالَتْ: كَفَى اللَّهُ كَيْدَ الْكَافِرِ الْفَاجِرِ، وَأَخْدَمَنِي هَاجَرَ”

Sesungguhnya Ibrahim as. tidak berdusta selain dalam tiga hal. Dua di antaranya terhadap Zat Allah, iaitu yang disebutkan di dalam firman-Nya, “Sebenarnya patung yang besar itu yang melakukannya” (Al-Anbiya: 63). Dan apa yang disebutkan oleh firman-Nya, “Sesungguhnya aku sakit” (Ash-Shaffat: 89). Dan ketika Ibrahim sedang berjalan di suatu negeri yang berada di bawah kekuasaan seorang raja yang angkara murka, saat itu dia membawa Sarah —isterinya—lalu dia turun istirehat di suatu tempat. Maka ada seseorang melaporkan kepada raja yang angkara murka itu, bahawa sesungguhnya telah singgah di negerimu ini seorang lelaki dengan membawa seorang wanita yang sangat cantik. Maka si raja zalim itu mengirimkan utusannya memanggil Ibrahim, kemudian Ibrahim datang menghadap, dan si raja zalim bertanya, “Siapakah wanita yang kamu bawa itu?” Ibrahim Menjawab, “Saudara perempuanku.” Si raja berkata, “Pergilah kamu dan bawalah dia menghadap kepadaku.” Maka Ibrahim pergi menuju ke tempat Sarah, lalu dia berkata kepadanya, “Sesungguhnya si raja zalim ini telah bertanya kepadaku tentang kamu, saya jawab bahawa engkau adalah saudara perempuanku, maka janganlah kamu mendustakan aku di hadapannya. Kerana sesungguhnya engkau adalah saudara perempuanku menurut Kitabullah. Dan sesungguhnya di muka bumi ini tiada seorang muslim pun selain aku dan kamu.” Ibrahim membawa Sarah pergi, lalu Ibrahim melakukan salat. Setelah Sarah masuk ke dalam istana raja dan si raja melihatnya. Maka si raja menubruknya dengan maksud akan memeluknya, tetapi si raja mendadak menjadi sangat kaku sekujur tubuhnya. Lalu dia berkata, “Doakanlah kepada Allah untuk kesembuhanku, maka aku tidak akan meng­ganggumu.” Sarah berdoa untuk kesembuhan si raja. Akhirnya si raja sembuh, tetapi si raja kembali menubruknya dengan maksud memeluknya. Tiba-tiba dia mendadak mengalami peristiwa yang pertama tadi, bahkan kali ini lebih parah. Raja melakukan hal itu sebanyak tiga kali; setiap kali dia melakukannya, dia ditimpa musibah itu seperti kejadian yang pertama dan yang kedua. Akhirnya si raja berkata, “Doakanlah kepada Allah, maka aku tidak akan mengganggumu lagi.” Sarah berdoa untuk kesembuhan si raja, dan si raja sembuh seketika itu juga. Sesudah itu si raja memanggil penjaga (pengawal)nya yang terdekat dan berkata, “Sesungguhnya yang kamu datangkan kepadaku bukanlah manusia melainkan setan. Keluarkanlah dia dan berikanlah Hajar kepadanya.” Maka Sarah dikeluarkan (dibebaskan) dan diberi hadiah seorang budak wanita bernama Hajar, lalu pulang (ke tempat suaminya). Setelah Ibrahim merasakan kedatangan isterinya, dia berhenti dari salatnya, lalu bertanya, “Bagaimanakah beritanya?” Sarah menjawab, “Allah telah melindungiku dari tipu daya si kafir yang durhaka itu dan memberiku seorang pelayan bernama Hajar.”

 

فَاسأَلوهُم إِن كانوا يَنطِقونَ

maka tanyakanlah kepada berhala-berhala itu, jika mereka dapat berbicara”.

Dan baginda perli mereka lagi dengan suruh kaum baginda tanya kepada berhala-berhala itu, kalaulah berhala itu boleh bercakap. Maknanya baginda hendak memberitahu bahawa berhala itu memang tidak boleh bercakap, maka kenapakah mereka bodoh sangat sampai menyembah berhala itu?

Sampai bercakap pun tidak boleh, kenapa nak jadikan sebagai tuhan atau sebagai sembahan?


 

Ayat 64: Selepas dengar hujah dari Nabi Ibrahim itu, mereka pun terfikirlah juga.

فَرَجَعوا إِلىٰ أَنفُسِهِم فَقالوا إِنَّكُم أَنتُمُ الظّٰلِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So they returned to [blaming] themselves and said [to each other], “Indeed, you are the wrongdoers.”

(MELAYU)

Maka mereka telah kembali kepada kesedaran dan lalu berkata: “Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)”,

 

فَرَجَعوا إِلىٰ أَنفُسِهِم

Maka mereka telah kembali kepada kesedaran

Mereka lihat ke dalam diri mereka. Maksudnya mereka mula memikirkan. Mereka mula berfikir selepas Nabi Ibrahim membuka minda mereka.

 

فَقالوا إِنَّكُم أَنتُمُ الظّٰلِمونَ

dan mereka lalu berkata: “Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya 

Dan mereka bercakap kepada diri mereka sendiri, seolah-olah ianya adalah kata-kata dari pihak ketiga. Mereka kata yang mereka itu adalah orang-orang yang zalim sebenarnya kerana telah melakukan syirik. Kerana zalim itu dalam ertikata melakukan kesyirikan.


 

Ayat 65:

ثُمَّ نُكِسوا عَلىٰ رُءوسِهِم لَقَد عَلِمتَ ما هٰؤُلاءِ يَنطِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then they reversed themselves,¹ [saying], “You have already known that these do not speak!”

•After first admitting their error, they were seized by pride and obstinacy.

(MELAYU)

kemudian kepala mereka jadi tertunduk (lalu berkata): “Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara”.

 

ثُمَّ نُكِسوا عَلىٰ رُءوسِهِم

kemudian kepala mereka jadi tertunduk

Bermaksud merendahkan kepala mereka kerana malu. Tetapi kalimah نُكِسوا (direndahkan) itu dalam bentuk majhul, bermaksud mereka direndahkan dalam kehinaan. Mereka tertunduk kepala mereka kerana malu kerana mereka tidak ada hujah untuk balas kepada Nabi Ibrahim. Kerana hujah yang diberikan oleh baginda itu memang benar dan jelas.

 

لَقَد عَلِمتَ ما هٰؤُلاءِ يَنطِقونَ

(lalu berkata): “Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara”.

Mereka berkata kepada diri mereka yang dari dulu lagi mereka sudah tahu yang berhala itu tidak boleh bercakap, maka itu bukanlah perkara baru. Maka kenapakah mereka dulu jadi bodoh?

Atau, mereka jawab balik kepada Nabi Ibrahim: kenapa kau suruh kami tanya kepada berhala-berhala itu sedangkan kamu sendiri tahu yang mereka tidak dapat berkata-kata?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 16 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 51 – 57 (Nabi Ibrahim berdakwah kepada kaumnya)

Ayat 51: Dari ayat ini sehinggalah ke ayat 93 adalah Perenggan Makro Keenam. Ia mengandungi sejarah dan peranan para Nabi.

Ada banyak Nabi yang disebut dan senarainya:
Nabi Ibrahim [51-71]
Ishaq dan Ya’qub [72-73]
Lut [74-75] Nuh [76-77]
Daud dan Sulaiman [78-82]
Ayub [83-84]
Ismail, Idris, dan Zulkifli [85-86]
Yunus [87-88]
Zakariya, Yahya [89.90]
Maryam dan Isa [91].

Sekarang kita mulakan dengan Dalil Naqli iaitu kisah Nabi Ibrahim a.s sebagai pengajaran untuk kita.

۞ وَلَقَد آتَينا إِبرٰهيمَ رُشدَهُ مِن قَبلُ وَكُنّا بِهِ عٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We had certainly given Abraham his sound judgement before,¹ and We were of him well-Knowing

•i.e., before Moses. Allāh had guided him from early youth.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan Harun), dan adalah Kami mengetahui (keadaan)nya.

 

وَلَقَد آتَينا إِبرٰهيمَ رُشدَهُ مِن قَبلُ

Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelumnya

Iaitu hidayah itu diberikan kepada baginda sebelum mendapat wahyu lagi. Nabi Ibrahim telah dianugerahkan dengan akal yang hebat sebelum baginda diberikan dengan wahyu lagi.

Ini diberikan kepada baginda sebelum ada Taurat dan sebelum ada Injil lagi. Waktu itu juga baginda belum dapat suhuf lagi. Belum dilantik menjadi Nabi pun lagi. Maknanya ini adalah semasa baginda muda lagi. Juga bermaksud baginda diberikan dengan hujah dari Allah itu sebelum adanya Nabi Musa.

 

وَكُنّا بِهِ عٰلِمينَ

dan adalah Kami mengetahui (keadaan)nya.

Allah beri hidayah kepada Nabi Ibrahim sebelum baginda baligh lagi kerana Allah kenal Nabi Ibrahim. Allah juga tahu apa sahaja yang baginda lakukan. Allah sebut tentang perkara ini kerana baginda ada buat perkara yang nampak macam salah, bukan? Sebagai contoh,

Baginda pernah cuba hendak menyembelih anaknya bukan?

Baginda juga pernah meninggalkan isteri dan anaknya di padang pasir yang tidak ada kehidupan yang kalau kita fikirkan balik seperti membiarkan mereka untuk mati.

Baginda pernah memusnahkan berhala-berhala di kuil, bukan? Dan kalau kononnya kita nak ikut sunah Nabi Ibrahim, kita kena pergi ke kuil Hindu dan pecahkan patung-patung mereka. Itu salah sekali dan memang ada orang bodoh yang buat begitu. Dikatakan pernah terjadi di Malaysia. Semoga kita terselamat dari jadi bodoh sampai begitu sekali. Bukan begitu caranya nak amalkan sunnah Nabi Ibrahim dan cara nak dakwah agama Islam ini.

Memang kalau nak ikut betul, kena buat macam bagindalah. Tapi itu bukanlah sunnah kerana itu hanya dugaan kepada baginda sahaja. Begitu juga dengan Nabi Muhammad ada amalan untuk baginda sahaja. Tahajjud contohnya, wajib untuk baginda sahaja. Baginda tidak suruh orang lain wajibkan atas diri mereka pun. Jadi kena pandai bezakan antara perkara-perkara itu. Ini perlu belajar dengan akal yang sihat.

Jadi, segala apa yang Nabi Ibrahim buat itu, semuanya itu adalah atas arahan spesifik dari Allah. Bukanlah apabila Nabi buat sahaja, kita terus boleh ikut.

Ayat ini bermaksud Allah tahu apa yang difahami oleh Nabi Ibrahim iaitu faham dari segi akidah. Walaupun nampak macam salah sahaja perbuatan baginda itu, tapi Allah tahu apa yang baginda lakukan dan ianya tidak salah.


 

Ayat 52: Dalil kefahaman Nabi Ibrahim tentang akidah.

إِذ قالَ لِأَبيهِ وَقَومِهِ ما هٰذِهِ التَّماثيلُ الَّتي أَنتُم لَها عٰكِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When he said to his father and his people, “What are these statues to which you are devoted?”

(MELAYU)

(Ingatlah), ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?”

 

إِذ قالَ لِأَبيهِ وَقَومِهِ

(Ingatlah), ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya:

Ada kata yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ayah Nabi Ibrahim sendiri dan ada juga yang kata itu adalah pakcik Nabi Ibrahim, kerana mereka tidak dapat terima yang ayah seorang Rasul melakukan syirik.

Baginda sanggup berdakwah kepada ayahnya sendiri dan kaumnya. Ini kerana dia telah cakap dengan ayahnya tetapi ayahnya tidak mahu menerima. Maka dia bertanya kepada kaumnya dan cuba untuk bercakap kepada mereka dengan menggunakan cara logik akal. Dari kecil lagi baginda telah diberikan kefahaman yang tinggi.

 

ما هٰذِهِ التَّماثيلُ الَّتي أَنتُم لَها عٰكِفونَ

“Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?”

Apa التَّماثيلُ ‘representasi’ yang kamu iktikaf padanya? Kalimah التَّماثيلُ dari م ث ل yang bermaksud misalan. Mereka menjadikan berhala-berhala itu sebagai misalan (representasi kepada perkara lain), sebagai wakil. Inilah soalan yang Nabi Ibrahim tanya kepada bapa dan kaumnya itu. Kerana mereka melakukan perkara yang salah.

Mereka yang sembah berhala itu tahu yang berhala itu bukan tuhan, tapi sebagai tawajuh (fokus) sahaja. Iaitu mewakili ilah-ilah mereka sahaja. Kalau Hindu yang tinggi ilmunya pun tahu perkara ini. Tapi penganut Hindu yang awam tengok berhala itulah tuhan.

Begitulah kalau orang awam. Banyak yang tak faham perkara yang tinggi sikit kerana mereka faham perkara luaran sahaja. Kerana itu banyak puisi-puisi yang disalahfahami oleh manusia kerana orang yang menulisnya maksud lain dan orang yang membacanya memahami dengan maksud lain.

Itulah sebabnya bahaya kalau mempopularkan kalimah-kalimah yang ditulis oleh manusia kerana ramai akan salah faham. Sebaiknya kita kena popularkan ayat-ayat Al-Qur’an kerana ayat-ayat itu senang untuk difahami.

Jadi jangan kita salah faham tentang patung-patung itu kerana mereka bukan memuja patung itu tetapi asalnya adalah memuja wali, Nabi dan malaikat yang diwakili oleh patung-patung itu. Kerana kalau kita kata salah menyembah patung sahaja maka tidak salahlah orang-orang kita yang menyeru Nabi, wali dan malaikat kerana tidak ada patung.

Sebenarnya orang kita yang menyeru Nabi, wali dan malaikat itu juga salah walaupun tidak ada patung yang terlibat dalam penyembahan itu. Jadi kita kena luaskan pemahaman kita. Kerana kalau sembah patung itu salah, maka menyembah Nabi, wali dan malaikat juga salah, walaupun tanpa patung.

Iktikaf pula bermaksud duduk-duduk sekeliling patung-patung itu. Mereka duduk memuja dan menyeru-nyeru patung-patung itu. Yang sebenarnya mereka memuja siapa yang diwakili oleh patung itu. Ini semua adalah amalan ibadat yang Allah telah tetapkan hanya kepada Dia sahaja. Kerana iktikaf hanya boleh dilakukan untuk Allah sahaja.

Malangnya ada orang kita yang duduk iktikaf di kuburan para wali dan Nabi kerana tidak faham agama. Ini yang sekarang dipopularkan oleh golongan Habib yang memang menyembah kubur wali mereka. Ada yang bertapa dengan menyebut lafaz-lafaz tertentu di kubur dan ada yang sembelih binatang di situ. Kadang-kadang ada yang tawaf kubur itu. Sedangkan tawaf hanya dilakukan di Kaabah dan Safa dan Marwah sahaja.

Nabi Ibrahim menegur perbuatan mereka yang beribadat kepada patung-patung itu. Ianya perbuatan yang salah dan syirik kerana bagaimanakah ia dapat menolong mereka? Bagaimana patung-patung itu boleh bantu mereka sedangkan mereka sendiri yang buat patung-patung itu, bukan?


 

Ayat 53: Ini adalah jawapan masyarakat Nabi Ibrahim apabila baginda menegur mereka.

قالوا وَجَدنا آباءَنا لَها عٰبِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “We found our fathers worshippers of them.”

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Kami mendapati bapa-bapa kami menyembahnya”.

 

Mereka yang menyembah berhala itu cuba menjelaskan fahaman mereka kepada Nabi Ibrahim tetapi baginda tidak memahaminya kerana memang hujah-hujah itu adalah hujah-hujah yang bodoh. Maka akhir sekali hujah mereka adalah mereka hanya mengikut amalan-amalan tok nenek mereka sahaja.

Mereka juga marah kepada Nabi Ibrahim kerana mempersoalkan amalan yang telah lama diamalkan turun temurun. Begitulah juga alasan yang diberikan oleh golongan bidaah apabila kita memberitahu kesalahan amalan-amalan masyarakat kita yang salah. Mereka juga kata: “amalan ini kita sudah lama dibuat orang dulu…….” Mereka seolah-olah mengatakan kita menghina golongan-golongan yang terdahulu.

Jadi kalau masyarakat kita juga memberi jawapan yang sama tentang amalan-amalan mereka, ianya adalah amat bahaya kerana itu adalah jawapan golongan-golongan syirik pada zaman dahulu. Takkan mereka nak kata mereka sama dengan golongan itu pula, bukan? Tapi mereka jawab sama kerana memang mereka tak belajar tafsir dan tak perasan pun jawapan mereka sama sahaja dengan golongan musyrik.

Nabi Ibrahim waktu itu muda dan apabila baginda mempersoalkan amalan-amalan syirik itu, maka baginda dipandang serong kerana baginda muda. Begitulah juga apabila kita sebagai orang yang nampaknya biasa sahaja di dalam masyarakat, bukan ustaz dan bukanlah ulama tetapi apabila kita menegur mereka, maka mereka memandang kita atas dan bawah dan memperlecehkan kata-kata nasihat kita itu.

Mereka akan kata orang-orang dulu sudah buat perkara itu maka kenapa kita sekarang yang pandai-pandai hendak mengatakan amalan itu salah? Sampai sekarang golongan yang hendak menegakkan sunnah masih dipanggil ‘Kaum Muda’. Seolah-olah kita golongan yang masih lagi tidak tahu tentang agama, tapi memandai nak ajar orang tua.


 

Ayat 54:

قالَ لَقَد كُنتُم أَنتُم وَآباؤُكُم في ضَلٰلٍ مُّبينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “You were certainly, you and your fathers, in manifest error.”

(MELAYU)

Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan bapa-bapamu berada dalam kesesatan yang nyata”.

 

Nabi Ibrahim dengan beraninya memberitahu bahawa mereka, dan bukan hanya mereka sahaja tetapi keturunan mereka termasuk tok nenek dulu, telah sesat dan sesat itu adalah sesat jenis yang nyata. Baginda amat berani berkata begitu.

Baginda berani kerana benar. Jadi, tidaklah salah kalau kita kata seseorang itu beramal dengan amalan yang sesat, jikalau ianya telah jelas nyata.


 

Ayat 55: Apabila Nabi Ibrahim berkata begitu maka mereka amat terkejut.

قالوا أَجِئتَنا بِالحَقِّ أَم أَنتَ مِنَ اللّٰعِبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Have you come to us with truth, or are you of those who jest?”

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh atau kah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main?”

 

قالوا أَجِئتَنا بِالحَقِّ

Mereka menjawab: “Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh

Dalam bahasa kita sekarang, beginilah kata mereka yang terkejut dengan dakwaan Nabi Ibrahim itu: “Biar biar benar kamu ini?” Ini kerana mereka tidak pernah dikatakan sebegitu. Amalan mereka itu tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa pun sebelum itu.

 

أَم أَنتَ مِنَ اللّٰعِبينَ

atau kah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main?”

Mereka terkejut dengan dakwaan baginda dan kata: “Adakah kamu bercakap betul-betul ini atau kamu cakap main-main sahaja? Tentu kamu bercakap lepas sahaja kerana kamu sekarang sedang mempersoalkan keturunan kita yang dahulu. Takkanlah kau nak kata begitu, bukan?”

Mereka tanya kepada baginda adakah baginda ada bukti untuk mengatakan yang mereka itu sesat?


 

Ayat 56: Jawapan dari Nabi Ibrahim a.s.

قالَ بَل رَّبُّكُم رَبُّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ الَّذي فَطَرَهُنَّ وَأَنا عَلىٰ ذٰلِكُم مِّنَ الشّٰهِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “[No], rather, your Lord is the Lord of the heavens and the earth who created them, and I, to that, am of those who testify.

(MELAYU)

Ibrahim berkata: “Sebenarnya Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakannya: dan aku termasuk orang-orang yang bersaksi atas yang demikian itu”.

 

قالَ بَل رَّبُّكُم رَبُّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ الَّذي فَطَرَهُنَّ

Ibrahim berkata: “Sebenarnya Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakannya:

Nabi Ibrahim menjawab soalan mereka, bukan baginda yang bawa hujah itu tetapi ianya adalah dari Allah, Tuhan langit dan bumi. Allah lah yang buat langit dan bumi itu. Itulah Tuhan dan Dialah Tuhan yang sebenar dan bukannya apa yang mereka sembah dan puja itu.

Kaum Nabi Ibrahim bukan tidak kenal Allah. Apabila Nabi Ibrahim sebut nama Allah, ini menunjukkan mereka kenal. Cuma mereka ada fahaman dan amalan syirik. Allah mereka sembah, dan ilah lain pun mereka sembah juga. Sama dengan golongan musyrik sekarang dari kalangan orang Islam. Mereka sembah Allah dan dalam masa yang sama, mereka beribadat kepada selain Allah dan mereka berdoa kepada selain Allah.

 

وَأَنا عَلىٰ ذٰلِكُم مِّنَ الشّٰهِدينَ

dan aku termasuk orang-orang yang bersaksi atas yang demikian itu”.

Dan Nabi Ibrahim bersaksi, iaitu bermaksud baginda akan menjadi saksi ke atas kesalahan mereka ini. Iaitu apabila di hadapan Allah Ta’ala nanti baginda akan beritahu kepada Allah dan menjadi saksi atas kesalahan syirik yang mereka semua sedang lakukan ini.

Juga bermaksud yang Nabi Ibrahim bersaksi dengan akidah tauhid baginda dan baginda yakin dengan apa yang baginda pegang itu. Kerana baginda ada dalil bukti.


 

Ayat 57: Rancangan Nabi Ibrahim a.s. terhadap berhala-berhala itu.

وَتَاللهِ لَأَكيدَنَّ أَصنٰمَكُم بَعدَ أَن تُوَلّوا مُدبِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [I swear] by Allāh, I will surely plan against your idols after you have turned and gone away.”

(MELAYU)

Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan rancangan terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya.

 

وَتَاللهِ لَأَكيدَنَّ أَصنٰمَكُم

Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan rancangan terhadap berhala-berhalamu 

Kalimah sumpah تَاللهِ ini digunakan apabila seseorang itu marah sampaikan kalimah Wallahi tidak cukup. Ini adalah kerana baginda amat marah sekali dengan perbuatan mereka dan kita kena ingat yang waktu ini baginda adalah seorang yang muda.

As-Saddi mengatakan bahawa ketika hari raya itu sudah dekat masanya, ayah Nabi Ibrahim berkata, “Hai anakku, seandainya kamu keluar bersama kami menuju ke tempat perayaan kami, nescaya kamu akan kagum kepada agama kami.” Maka Ibrahim keluar (berangkat) bersama mereka.

Ketika di tengah jalan, Ibrahim menjatuhkan dirinya ke tanah dan berkata, “Sesungguhnya aku sakit.” Ketika kaumnya melaluinya, sedangkan dia dalam keadaan tergeletak, mereka bertanya, “Mengapa kamu?” Ibrahim menjawab, “Sesungguhnya saya sakit.”

 

بَعدَ أَن تُوَلّوا مُدبِرينَ

sesudah kamu pergi meninggalkannya.

Baginda merancang untuk melakukan sesuatu terhadap berhala-berhala mereka itu. Iaitu apabila mereka meninggalkan berhala mereka untuk ramai-ramai pergi ke tempat lain (perayaan syirik mereka yang dilakukan di tempat lain). Akan tetapi apabila baginda katakan begini kepada masyarakatnya, mereka tidak percaya.

Ada juga yang mengatakan Nabi Ibrahim bukan beritahu kepada kaum baginda tetapi baginda mengatakan di dalam hati sahaja. Ini adalah baru rancangan sahaja.

Baginda buat perancangan ini kerana baginda tahu yang tidak lama lagi masyarakat baginda akan buat pesta syirik di mana mereka akan menyembah berhala dan kemudian keluar berpesta meninggalkan kuil berhala mereka. Dan kemudian mereka akan kembali ke kuil itu untuk menyambung ibadat mereka.

Orang kita pun ada juga yang melakukan pesta syirik sebegini seperti pesta air, pesta laut, semah padi dan sebagainya kerana orang kita pun ada fahaman syirik dan lebih teruk daripada golongan musyrik zaman dahulu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 16 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 45 – 50 (Qur’an sebagai furqan)

Ayat 45: Ini adalah jawapan apabila manusia marah apabila kita berdakwah.

قُل إِنَّما أُنذِرُكُم بِالوَحيِ ۚ وَلا يَسمَعُ الصُّمُّ الدُّعاءَ إِذا ما يُنذَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “I only warn you by revelation.” But the deaf do not hear the call when they are warned.

(MELAYU)

Katakanlah (hai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan wahyu dan tiadalah orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka diberi peringatan”

 

قُل إِنَّما أُنذِرُكُم بِالوَحيِ

Katakanlah (hai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan wahyu 

Musyrikin Mekah itu amat marah kepada Rasulullah kerana baginda memberi ancaman-ancaman seolah-olah baginda kuat. Allah memberitahu dengan menyuruh Rasulullah memberitahu mereka bahawa walaupun kalimah ancaman itu keluar dari mulut baginda, tetapi ia sebenarnya wahyu dari Allah dimana Allah sendiri yang mengancam mereka dan Allah berhak untuk mengancam mereka kerana Dia Tuhan.

Maka beritahu kepada manusia yang kita hanya sampaikan apa yang Allah suruh sampaikan sahaja. Memang itu sudah tugas kita. Janganlah marah dengan kita yang sampaikan pula.

 

وَلا يَسمَعُ الصُّمُّ الدُّعاءَ إِذا ما يُنذَرونَ

dan tiadalah orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka diberi peringatan”

Tetapi Allah menghina mereka lagi dengan mengatakan mereka itu pekak kerana orang pekak tidak akan dengar apabila mereka diberi ancaman. Ini adalah kerana hati mereka telah ditutup.

Oleh itu jangan hairan kalau ada manusia yang jenis tidak faham-faham apabila kita sampaikan ajaran wahyu kepada mereka.


 

Ayat 46: Ayat takhwif duniawi.

وَلَئِن مَّسَّتهُم نَفحَةٌ مِّن عَذابِ رَبِّكَ لَيَقولُنَّ يٰوَيلَنا إِنّا كُنّا ظٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if [as much as] a whiff of the punishment of your Lord should touch them, they would surely say, “O woe to us! Indeed, we have been wrongdoers.”

(MELAYU)

Dan sesungguhnya, jika mereka ditimpa sedikit saja dari azab Tuhan-mu, pastilah mereka berkata: “Aduhai, celakalah kami, bahawasanya kami adalah orang yang menganiaya diri sendiri”.

 

وَلَئِن مَّسَّتهُم نَفحَةٌ مِّن عَذابِ رَبِّكَ

Dan sesungguhnya, jika mereka ditimpa sedikit saja dari azab Tuhan-mu, 

Apabila digunakan kalimah لَئِن ini, ia bermaksud yang kebarangkalian ia akan terjadi adalah lemah. Kalaulah mereka ‘disentuh’ dengan sedikit pun dengan azab dari Allah itu. Maknanya mereka memang akan kena. Allah firman: ‘kalaulah’ yang bermaksud mereka memang akan kena. Mereka bukan kena ‘sentuh’ sahaja, tapi mereka memang akan kena azab itu.

Kalimah نَفحَةٌ adalah angin sejuk yang keluar dari bilik kalau di buka pintu bilik itu di mana orang-orang yang di luar itu akan terasa sedikit dari kesejukan itu. Contohnya kalau buka peti ais, akan terasa kesejukan daripada dalam peti ais itu bukan?

Oleh itu bayangkan keadaan mereka sekarang iaitu mereka belum masuk di dalam neraka lagi tetapi bayangkan pintu neraka telah terbuka sedikit dan mereka dirasakan sedikit sahaja dengan haba dari neraka itu. Dan ia bukannya haba yang panas tapi haba yang sejuk sahaja pun. Ianya sejuk kalau dibandingkan dengan panasnya api neraka yang sebenar. Maknanya, ia tidaklah sejuk, tapi sudah amat panas melampau.

Maknanya tak rasa lagi keseluruhan haba dari neraka itu lagi. Sentuh dari cara angin sahaja. Kerana kita boleh disentuh dengan pepejal, air atau angin. Dan yang paling kurang adalah dengan cara angin, bukan? Kiranya mereka dikenakan dengan cara yang paling kurang pun mereka akan rasa azab sangat dah.

 

لَيَقولُنَّ يٰوَيلَنا إِنّا كُنّا ظٰلِمينَ

pastilah mereka berkata: “Aduhai, celakalah kami, bahawasanya kami adalah orang yang menganiaya diri sendiri”.

Mereka akan berkata berterusan, “celakanya kami…. celakanya kami….” ini adalah kerana kalimah ويل adalah kalimah yang bermaksud celaka. Tapi mereka belum masuk lagi pun, baru rasa angin sahaja sudah kata begitu. Kalau sudah masuk lagilah teruk.

Selalunya kalau penjenayah kena tangkap mereka tak mengaku kesalahan mereka. Mereka mulanya akan menidakkan kesilapan mereka. Siap minta peguam lagi untuk cuba lari dari hukuman. Tapi kalau seseorang itu kena seksaan, lama-lama dia sudah tak tahan dan akan mengaku sahaja.

Begitulah apabila ahli neraka sudah kena azab teruk, mereka terus mengaku. Nak minta peguam, pun memang tidak akan ada peguam yang akan bela mereka. Kerana itu mereka terus mengaku walaupun baru dapat rasa angin neraka sahaja – bukan azab yang sebenar lagi pun. Itu pun mereka sudah mengaku diri mereka zalim dah kerana mereka sudah tak tahan kerana itu pun sudah amat teruk sekali. Semoga kita diselamatkan dari neraka.


 

Ayat 47:

وَنَضَعُ المَوٰزينَ القِسطَ لِيَومِ القِيٰمَةِ فَلا تُظلَمُ نَفسٌ شَيئًا ۖ وَإِن كانَ مِثقالَ حَبَّةٍ مِّن خَردَلٍ أَتَينا بِها ۗ وَكَفىٰ بِنا حٰسِبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We place the scales of justice for the Day of Resurrection, so no soul will be treated unjustly at all. And if there is [even] the weight of a mustard seed,¹ We will bring it forth. And sufficient are We as accountant.

•i.e., anything as small or insignificant as a mustard seed.

(MELAYU)

Kami akan memasang timbangan yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah dianiaya seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan.

 

وَنَضَعُ المَوٰزينَ القِسطَ لِيَومِ القِيٰمَةِ

Kami akan memasang timbangan yang adil pada hari kiamat,

Allah akan mengadakan penimbang amal yang amat adil di akhirat kelak dan tidak ada yang lebih adil dari penimbang itu.

 

فَلا تُظلَمُ نَفسٌ شَيئًا

maka tiadalah dianiaya seseorang barang sedikit pun.

Tidak akan ada sesiapa pun yang akan dizalimi dalam penimbangan amal mereka. Kerana timbangan amal ini amat tepat.

 

وَإِن كانَ مِثقالَ حَبَّةٍ مِّن خَردَلٍ أَتَينا بِها

Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. 

Kalau ada apa-apa amalan, walaupun sekecil biji sawi pun ia akan ditimbang dan akan dibalas dengan secukupnya. Allah boleh balas kerana Allah Maha Tahu apa yang kita lakukan. Bandingkan kalau kita buat kerja lebih masa di pejabat, bos di pejabat tak bagi pun gaji lebih kerana dia tak tahu pun kita kerja lebih masa, bukan?

Begitu juga hukuman akan diberikan atas kesalahan kerana Allah tahu apa yang kita buat. Dalam ayat yang lain, disebut yang kerlingan mata manusia pun Allah tahu dan rekodkan.

 

وَكَفىٰ بِنا حٰسِبينَ

Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan.

Dan cukuplah Allah sebagai penghitung amal-amal kita kerana Allah tahu segala galanya.

Akan tetapi mungkin timbul persoalan: kenapa ada para malaikat yang menulis amal-amal kita dan kenapa ada mahkamah dimana makhluk akan dibicarakan di atas perbuatan mereka sedangkan Allah kata Dia telah tahu? Kerana kalau kita fikirkan, Allah tidak perlu ada penulis amal-amal dan Allah tidak perlu adakan mahkamah pun kerana Allah boleh terus masukkan makhluk ke dalam syurga ataupun neraka.

Allah tidak perlukan semua itu tetapi Allah lakukan semua itu untuk memuaskan hati kita kerana kalau manusia tidak melihat bagaimana proses keadilan itu dijalankan mereka tidak akan puas hati. Kerana keadilan mesti ada dan keadilan perlu dinampakkan.

Maka kalau telah ditunjukkan segala amal perbuatan manusia semasa di dunia dulu, dan mahkamah telah diadakan untuk beri peluang kepada manusia untuk mempertahankan diri, maka barulah nampak keadilan itu. Maka selepas itu tidak ada lagi alasan atau ketidakpuasan hati manusia dan jin. Memang mereka akan sedar yang apa sahaja hukuman atas balasan yang dikenakan kepada mereka adalah adil. Tak boleh nak bantah lagi dan kena terima sahaja.


 

Ayat 48: Ayat 48-50 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia memberi ringkasan pengajaran Kitab terdahulu. Allah memberitahu yang Taurat dan Qur’an berisi pengajaran tentang Tauhid dan Hari Pembalasan.

Ayat ini memberi dalil naqli tafsili.

وَلَقَد آتَينا موسىٰ وَهٰرونَ الفُرقانَ وَضِياءً وَذِكرًا لِّلمُتَّقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We had already given Moses and Aaron the criterion and a light and a reminder¹ for the righteous

•These are three qualities of the Torah.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa dan Harun Kitab Pembeza dan penerangan serta peringatan bagi orang-orang yang bertakwa.

 

وَلَقَد آتَينا موسىٰ وَهٰرونَ الفُرقانَ

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa dan Harun Kitab Pembeza

Yang diberikan kepada Bani Israil adalah Kitab Taurat. Sifatnya adalah ‘furqan’. ‘Furqan’ bermaksud pembeza dan pemisah antara haq dan batil dan bunyi an yang digunakan di hujungnya adalah dalam bentuk mubalaghah. Iaitu bersangatan. Maksudnya ia adalah satu alat yang dapat memisahkan dengan jelas sejelas-jelasnya, manakah yang benar dan manakah yang tidak.

Begitu juga umat manusia sekarang yang ada Qur’an. Ia juga bersifat furqan. Telah dijelaskan dengan kemas manakah tauhid dan manakah syirik. Penjelasan telah diberikan dan kalau ada yang tidak tahu, itu adalah kerana mereka tidak meluangkan masa untuk belajar sahaja. Bukan salah sesiapa tapi salah mereka sendiri. Perkara telah jelas tapi mereka yang degil untuk menerimanya. Jadi tidak ada alasan: “maaf saya tidak tahu”.

Kesimpulannya ialah semua Kitab samawi (turun dari langit) di dalamnya terkandung pemisah antara perkara yang hak dan perkara yang batil, jalan hidayah dan jalan sesat, kekeliruan dan kebenaran, halal dan haram. Sebagaimana kitab samawi pun mengandung cahaya penerang bagi hati, hidayah, membangkitkan rasa takut, dan berserah diri kepada Allah.

 

وَضِياءً

dan penerangan

Kitab Taurat juga bersifat terang. Kalimah وَضِياءً bermaksud cahaya dan ini lain daripada nur kerana ia adalah cahaya yang panas. Sedangkan nur adalah cahaya yang lembut dan sejuk. Mungkin digunakan kalimah ضِياءً ini sebagai isyarat bahawa syariat yang diberikan kepada Bani Israil itu lebih susah dan lebih berat kalau dibandingkan dengan syariat yang diberikan kepada kita.

Memang banyak syariat-syariat mereka yang lebih berat dari kita. Sebagai contoh, hari khas untuk mereka adalah hari Sabtu dan mereka langsung tidak boleh bekerja pada hari itu. Tetapi hari khas untuk kita adalah hari Jumaat tapi kita masih boleh bekerja pada hari itu, cuma berhenti sewaktu Solat Jumaat sahaja.

Dan kalimah ini boleh juga bermaksud cahaya yang terang benderang yang sampai boleh menunjukkan dan menjelaskan mana yang tauhid dan mana yang syirik. Kerana kita perlukan cahaya untuk melihat. Mata fizikal memerlukan cahaya dan mata hati juga memerlukan cahaya wahyu untuk melihat kebenaran. Asalkan mahu belajar untuk memahaminya.

 

وَذِكرًا لِّلمُتَّقينَ

serta peringatan bagi orang-orang yang bertakwa.

Dan mereka diberikan dengan peringatan dan ini kita kena bezakan dengan syariat semata-mata. Wahyu bukan hanya hukum syariat semata-mata. Mungkin manusia ramai yang merasakan yang syari’at dari Allah ini adalah sebagai hukum untuk melakukan sesuatu dan larangan untuk melakukan sesuatu sahaja. (The do’s and don’ts). Tetapi Allah mengatakan yang ianya adalah ‘peringatan’. Kalau ianya peringatan, maka ianya kena selalu diingatkan.

Maksudnya wahyu itu kena selalu dibaca kerana kalau ianya hanya undang-undang ataupun hukum sahaja, maka kita hanya perlu baca sekali dan kita sudah tahu. Tetapi bila ianya peringatan, maka kena selalu dibaca.  Bayangkan kalau kita ada aplikasi yang digunakan untuk mengingatkan kita waktu solat maka bukankah aplikasi itu akan sentiasa mengingatkan kita berkali-kali dan bukanlah ia memberitahu kita sekali sahaja?

Maka kerana itu sesiapa yang sentiasa membaca peringatan yang diberikan oleh Allah di dalam wahyu, maka mereka akan mendapat taqwa. Maka jadikan kebiasaan kita untuk selalu baca Qur’an ini setiap hari supaya kita dapat mendengar peringatan dari Allah selalu.

Qur’an ini bukan untuk dikhatam sekali seumur hidup seperti yang banyak dilakukan oleh masyarakat kita. Selalunya mereka khatam Qur’an semasa kecil dan kemudian sudah tak buka lagi Qur’an ini. Amat malang sekali kerana Qur’an ini kena dibaca dari kecil sampailah kita tua.


 

Ayat 49: Maka siapakah orang yang bertaqwa? Bagaimanakah sifat mereka?

الَّذينَ يَخشَونَ رَبَّهُم بِالغَيبِ وَهُم مِّنَ السّاعَةِ مُشفِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who fear their Lord unseen,¹ while they are of the Hour apprehensive.

•Which can mean “Him being unseen” by them or “though they are unseen” by others.

(MELAYU)

(iaitu) orang-orang yang takut akan (azab) Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka merasa takut akan (tibanya) hari kiamat.

 

الَّذينَ يَخشَونَ رَبَّهُم بِالغَيبِ

(iaitu) orang-orang yang takut akan Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, 

Mereka takut kepada Allah yang ghaib.  Maksudnya walaupun mereka tidak nampak Allah, tetapi mereka tetap takut dan tetap menjaga hukum Allah sentiasa dan di mana sahaja mereka berada.

Ia juga boleh bermaksud mereka yang ghaib, iaitu mereka bukan takut kepada Allah semasa di khalayak ramai sahaja tetapi sewaktu mereka tidak berada di khalayak ramai. Ramai orang boleh jaga hukum kalau depan orang tapi susah nak jaga kalau bersendirian atau kalau pergi ke negara luar. Waktu itu mereka dah tak malu buat maksiat lagi. Tapi sifat orang mukmin, mereka tetap takut buat dosa walau di mana sahaja mereka berada.

 

وَهُم مِّنَ السّاعَةِ مُشفِقونَ

dan mereka merasa takut akan hari kiamat.

Dan mereka amat takut dengan akhirat. Kalimah ش ف ق itu bermaksud yang ketakutan itu meliputi diri mereka. Mereka sentiasa ingat yang mereka akan mati dan akan bertemu dengan kiamat nanti. Maka ada kesan kepada diri mereka iaitu mereka akan jaga hukum sentiasa.


 

Ayat 50:

وَهٰذا ذِكرٌ مُّبارَكٌ أَنزَلنٰهُ ۚ أَفَأَنتُم لَهُ مُنكِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And this [Qur’ān] is a blessed message which We have sent down. Then are you with it unacquainted?¹

•i.e., pretending ignorance, disapproving or refusing to acknowledge it?

(MELAYU)

Dan Al Qur’an ini adalah suatu kitab (peringatan) yang mempunyai berkah yang telah Kami turunkan. Maka adakah kamu mengingkarinya?

 

وَهٰذا ذِكرٌ مُّبارَكٌ أَنزَلنٰهُ

Dan Al Qur’an ini adalah suatu kitab (peringatan) yang mempunyai berkah yang telah Kami turunkan.

Sebelum ini telah disebut tentang Taurat yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun. Sekarang adalah penerangan tentang Qur’an pula. Qur’an itu bukan saja peringatan tetapi peringatan yang mempunyai barakah di dalamnya. Bayangkan yang ianya sudahlah memberi kita pengajaran, tetapi setiap huruf yang kita baca itu akan digandakan dengan 10 pahala sekurang-kurangnya. Pahala yang diberikan amat banyak.

Barakah itu bermaksud sesuatu yang bertambah-tambah menjadi semakin banyak, maka ini mengajar kita yang kebaikan yang diberikan dengan Qur’an ini kepada kita akan bertambah sehingga kita pun tidak tahu banyak mana. Ada kebaikan yang Allah akan tolong dalam kehidupan kita. Maka teruskan untuk terus mempelajari dan baca Qur’an kerana keberkatannya tidak akan berkurangan.

 

أَفَأَنتُم لَهُ مُنكِرونَ

Maka adakah kamu mengingkarinya?

Adakah kamu engkar dengan perkara ini? Adakah kamu buat tidak kisah sahaja dengan Qur’an ini? Kamu tak percayakah yang Qur’an ini mampu memberi keberkatan kepada kita semua? Adakah kamu seperti orang biasa yang tidak kisah dengan Qur’an ini dan tidak mahu belajar tafsir Qur’an?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 16 Mei 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain