Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 123 – 136 (Kesalahan Kaum Aad)

Ayat 123: Sekarang kita masuk ke Dalil Naqli yang keempat. Dari ayat ini sehingga ke ayat 140 adalah Perenggan Makro Keenam dan ia membawa kisah Kaum Aad pula.

Ini cerita dari Allah Swt. tentang hamba dan rasul-Nya Hud a.s. Sesungguhnya baginda menyeru kaumnya, iaitu kabilah Aad. Kaumnya tinggal di bukit-bukit pasir, yakni bukit yang berpasir dekat Hadramaut, letaknya bersebelahan dengan negeri Yaman; masa mereka sesudah masa kaum Nabi Nuh a.s.

كَذَّبَت عادٌ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

‘Aad denied the messengers

(MELAYU)

Kaum ‘Aad telah mendustakan para rasul.

 

Sekarang dibuka pula kisah Kaum Aad dan mereka itu tinggal tidak jauh daripada tempat Musyrikin Mekah itu tinggal. Kalau sebelum ini disebut tentang tempat-tempat yang jauh dari mereka dan sekarang Allah sebut tentang tempat yang dekat dengan mereka pula.

Mereka tidaklah tolak semua Rasul tapi kerana mereka menolak satu Rasul sahaja, tapi mereka dikatakan telah menolak semua Rasul. Kerana semua Rasul itu bawa ajaran yang sama sahaja.

Nota: Ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


Ayat 124:

إِذ قالَ لَهُم أَخوهُم هودٌ أَلا تَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When their brother Hūd said to them, “Will you not fear Allāh?

(MELAYU)

Ketika saudara mereka Hud berkata kepada mereka: “Mengapa kamu tidak bertakwa?

 

Rasul mereka adalah Nabi Hud a.s yang mengajak mereka kepada tauhid. Demikian itu kerana mereka memiliki kekuatan yang hebat, tubuh yang besar serta sangat tinggi dan rezeki yang berlimpah, harta benda yang banyak, kebun-kebun, sungai-sungai, tanam-tanaman, buah-buahan, juga mempunyai anak yang banyak.

Tetapi sekalipun demikian, mereka menyembah selain Allah disamping menyembah Allah, maka Allah mengutus Nabi Hud kepada mereka. Hud adalah seorang lelaki dari kalangan mereka, diangkat oleh Allah sebagai Rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan.

Baginda telah berdakwah kepada mereka mengajak taqwa kepada Allah. Kalimah yang sama pun telah dikatakan lama dahulu oleh Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim juga. Ini kerana ajakan dakwah para Nabi itu sama sahaja pada dasarnya – semua mengajak kepada taqwa.


Ayat 125:

إِنّي لَكُم رَسولٌ أَمينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I am to you a trustworthy messenger.

(MELAYU)

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,

Kalimah yang sama juga digunakan oleh Nabi Hud, sama seperti yang digunakan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh.


Ayat 126:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Ini juga sama dengan apa yang dikatakan oleh Nabi Nuh. Ini memberitahu kepada kita bahawa semua para Nabi dan Rasul itu memberikan dakwah pada perkara yang sama sahaja. Kerana itulah jikalau menolak satu Rasul bermaksud menolak semua Rasul.


Ayat 127:

وَما أَسئلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ ۖ إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

(MELAYU)

Dan sekali-kali aku tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

وَما أَسئلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ

Dan sekali-kali aku tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; 

Sama juga dengan apa yang dikatakan oleh Nabi Nuh. Para Nabi semua tidak minta upah dari dakwah dan ajaran mereka. Begitu juga dengan kita, tidak boleh minta upah dalam dakwah dan mengajar.

إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Yang kita harapkan adalah upah dari Allah sahaja. Kerana Allah boleh lebih lagi upah kalau dibandingkan dengan manusia. Kalau mengajar dan dakwah, pahalanya amat banyak sekali.


Ayat 128: Apakah perbuatan mereka yang memurkakan Tuhan selain daripada syirik?

أَتَبنونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءآيَةً تَعبَثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you construct on every elevation a sign,¹ amusing yourselves,

  • i.e., a symbol or indication of their wealth and power. They used to build lofty structures along the road to be seen by all who passed by.

(MELAYU)

Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main,

Iaitu mereka membina tugu dan monumen kerana suka-suka sahaja tanpa kegunaan yang penting. Mereka buat begitu sebab mereka banyak duit sangat sampai tak tahu nak buat apa, maka mereka bina monumen sebegini.

Mereka membuat bangunan tersebut hanyalah untuk bermain-main, bukan untuk tujuan yang diperlukan, melainkan hanya sekadar bermain-main, bersenang-senang, dan untuk menunjukkan kekuatan mereka. Kerana itulah maka Nabi mereka mengingkari perbuatan mereka yang demikian itu, kerana perbuatan mereka itu sama dengan menyia-nyiakan waktu, memayahkan diri tanpa ada faedahnya, serta menyibukkan diri dengan hal-hal yang tidak bermanfaat baik di dunia mahupun di akhirat.

Ini sebenarnya sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara yang kaya. Kita tengok di serata dunia kerajaan akan bina tugu peringatan dan monumen yang berharga mahal dan tidak ada guna pun. Mereka buang duit untuk melakukan perkara yang sia-sia sedangkan wang itu boleh digunakan untuk memberi kebaikan kepada orang lain.


Ayat 129:

وَتَتَّخِذونَ مَصانِعَ لَعَلَّكُم تَخلُدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And take for yourselves constructions [i.e., palaces and fortresses] that you might abide eternally?

(MELAYU)

dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?

 

Dan ada yang bina makam yang besar-besar seperti istana, patung, piramid dan sebagainya untuk dijadikan sebagai tempat pengebumian, seolah-olah dengan cara itu mereka akan diingati sampai bila-bila.

Seolah-olah mereka merasakan yang itulah cara untuk menyelamatkan mereka supaya tidak binasa. Ini kerana semua manusia tahu yang mereka akan mati. Bila mati, mereka takut mereka tidak dikenang lagi, habis begitu sahaja. Maka manusia yang kaya akan buat bangunan yang besar-besar, yang hebat-hebat dan namakan dengan nama mereka supaya mereka dikenang selagi bangunan itu ada.

Ibnu Abu Hatim rahimahullah telah meriwayatkan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Al-Hakam ibnu Musa, telah menceritakan kepada kami Al-Walid, telah menceritakan kepada kami Ibnu Ajian, telah menceritakan kepadaku Aun ibnu Abdullah ibnu Atabah, bahwa Abu Darda r.a. ketika menyaksikan pembaharuan yang dilakukan oleh kaum Muslim di Al-Gautah terhadap bangunan-bangunan mereka dan penanaman pepohonan. Maka dia berdiri di masjid mereka, lalu berseru, “Hai penduduk kota Dimasyq.” Maka mereka berkumpul kepadanya, dan dia memuji serta menyanjung Allah Swt., sesudah itu dia mengatakan, “Tidakkah kalian malu, tidakkah kalian malu, kalian mengumpulkan apa yang tidak kalian makan, dan kalian membangun apa yang tidak kalian huni, dan kalian mengangan-angankan hal yang tidak dapat kalian raih. Sesungguhnya telah terjadi di masa sebelum kalian banyak generasi yang menghimpunkan (keduniaan) sebanyak-banyaknya, mereka membangun bangunan-bangunan yang kukuh, dan mereka berangan-angan yang menyebabkan mereka tenggelam di dalamnya, pada akhirnya mereka terpedaya oleh angan-angan mereka, apa yang telah mereka kumpulkan semuanya musnah, dan rumah-rumah mereka menjadi kuburan-kuburan (mereka). Ingatlah, sesungguhnya kaum Aad memiliki kuda dan haiwan kenderaan yang memenuhi antara kawasan Aad dan Yaman. Maka siapakah yang mahu membeli harta peninggalan kaum Aad dengan harga dua dirham (yakni tiada ertinya lagi)?”


Ayat 130: Apa lagi kesalahan Kaum Aad itu?

وَإِذا بَطَشتُم بَطَشتُم جَبّارينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when you strike, you strike as tyrants.

(MELAYU)

Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang-orang kejam dan bengis.

 

Tetapi apabila mereka menyerang dan menyeksa orang lain, mereka seksa mereka seperti perangai binatang. Sudah tidak ada belas kasihan lagi. Macam harimau yang makan binatang buruannya, memang tidak nampak belas kasihan pun, bukan?

Inilah yang dilakukan oleh puak Quraisy yang telah menyeksa para sahabat yang beriman dengan Nabi. Mereka kaya dan mereka rasa mereka boleh buat apa buat apa saja. Mereka anggap para sahabat itu lemah, kerana ada antara mereka itu hamba sahaja.

Mereka tangkap dan mereka lakukan berbagai-bagai jenis seksaan terhadap para sahabat itu. Yang terkenal kita semua ingat, bagaimana Bilal dihempapkan batu atas dada beliau. Tapi ada ramai lagi sahabat lain yang telah diseksa.


Ayat 131:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

 

Nabi Hud mengingatkan kaumnya itu untuk bertaqwa kepada Allah dan caranya adalah dengan taat kepada baginda. Kerana para Rasul itu menyampaikan apa yang dikehendaki oleh Allah, maka hendaklah taat kepada para Rasul.

Macam kita sekarang sudah tidak ada Rasul di kalangan kita. Tapi hadith-hadith Rasulullah masih lagi kita boleh rujuk. Maka kita kena taat kepada ajaran dalam hadith-hadith itulah.


Ayat 132:

وَاتَّقُوا الَّذي أَمَدَّكُم بِما تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And fear He who provided you with that which you know,

(MELAYU)

Dan bertakwalah kepada Allah yang telah menganugerahkan kepadamu apa yang kamu ketahui.

 

Takut dan bertakwalah kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat kepada kamu. Dan kamu pun tahu apa nikmat yang telah diberikan kepada kamu itu. Begitu banyak nikmat yang telah diberikan kepada manusia. Semua itu Allah yang berikan.


 

Ayat 133: Dalam banyak-banyak nikmat itu, apakah nikmat yang utama?

أَمَدَّكُم بِأَنعٰمٍ وَبَنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Provided you with grazing livestock and children

(MELAYU)

Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak,

 

Allah telah beri banyak binatang ternak dan anak-anak lelaki pun ramai. Ini adalah kebanggaan masyarakat dahulu. Binatang ternak itu boleh digunakan untuk berbagai-bagai cara. Maka sesiapa yang ada banyak binatang ternak itu macam ada banyak kereta pada zaman sekarang.

Dan anak-anak yang ramai juga penting kerana anak-anak itu bukan sahaja menjadi kebanggaan, tapi boleh membantu dalam kehidupan dan mempertahankan keluarga.


 

Ayat 134:

وَجَنّٰتٍ وَعُيونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And gardens and springs.

(MELAYU)

dan kebun-kebun dan mata air,

 

Dan di sekeliling mereka ada berbagai-bagai taman dan mata air. Mata air penting kerana dengan mata air itulah kehidupan dapat hidup subur. Tanaman perlukan air, binatang perlukan air dan manusia juga perlukan air.

Dua perkara ini tidak ada di Mekah kerana Mekah itu padang pasir sahaja. Maka Musyrikin Mekah tidak payah nak berbangga sangat dengan apa yang mereka ada. Bandingkan dengan Kaum Aad pun mereka sudah kalah. Tapi walaupun Kaum Aad itu hebat, mereka tetap dimusnahkan. Maka senang sahaja kalau Allah nak musnahkan Musyrikin Mekah itu.

Ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an: kalimah عين asalnya bermaksud ‘mata’ dan ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata).

Jamak bagi عين adalah أعيُن dan عُيُون dan digunakan di dalam Bahasa Arab untuk jamak bagi mata dan juga mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah أعيُن sentiasa digunakan bagi mata dan kalimah عُيُون sentiasa digunakan bagi mata air.


Ayat 135:

إِنّي أَخافُ عَلَيكُم عَذابَ يَومٍ عَظيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I fear for you the punishment of a terrible day.”

(MELAYU)

sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar”.

 

Nabi Hud takut yang mereka akan dikenakan dengan azab seksa pada hari kiamat nanti. Ini adalah kerana baginda sayang dan belas kasihan kepada kaumnya itu. Begitu jugalah Nabi Muhammad. Baginda nak mereka selamat sahaja dunia dan akhirat.

Begitu juga apabila kita dakwah dan ajar wahyu kepada manusia, kerana kita sayang kepada mereka dan nak selamatkan mereka dari bahaya dunia akhirat.


 

Ayat 136: Tapi bagaimanakah balasan jawab dari Kaum Aad itu?

قالوا سَواءٌ عَلَينا أَوَعَظتَ أَم لَم تَكُن مِّنَ الوٰعِظينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “It is all the same to us whether you advise or are not of the advisors.

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Adalah sama saja bagi kami, apakah kamu memberi nasihat atau tidak memberi nasihat,

 

Puak kafir itu mengatakan yang mereka tidak akan berubah dan beriman dengan baginda walaupun baginda telah melakukan berbagai-bagai cara dakwah. Sama ada beri dakwah atau tidak, mereka tetap tidak akan beriman. Jadi mereka kata Nabi Hud itu buang masa sahaja menasihati mereka.

Iaitu mereka kata mereka tidak akan beranjak dari kebiasaan mereka, seperti pengertian yang terdapat di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَمَا نَحْنُ بِتَارِكِي آلِهَتِنَا عَنْ قَوْلِكَ وَمَا نَحْنُ لَكَ بِمُؤْمِنِينَ}

dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. (Hud: 53)

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Jun 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 112 – 122 (Doa Nabi Nuh)

Ayat 112: Apa jawapan dari Nabi Nuh kepada kata-kata kaumnya yang menghina sahabat baginda?

قالَ وَما عِلمي بِما كانوا يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “And what is my knowledge of what they used to do?

(MELAYU)

Nuh menjawab: “Bagaimana aku mengetahui apa yang telah mereka kerjakan?

 

Nabi Nuh kata baginda tidak layak dan tidak boleh menilai siapakah yang hina dan siapakah yang tidak, kerana baginda tidak ada pengetahuan tentang itu.

Nabi Nuh tidak tahu apakah yang dilakukan oleh pengikut-pengikut baginda yang sanggup beriman itu sama ada diterima atau tidak oleh Allah tetapi mereka telah sanggup untuk menyatakan keimanan mereka kepada baginda.

Kedudukan para pengikut yang rendah itu bukanlah pada zaman Nabi Nuh sahaja tapi pada zaman Rasulullah juga. Para sahabat baginda yang awal adalah dari kalangan mereka yang miskin dan lemah dalam masyarakat. Maka kedudukan itu juga menjadi isu di kalangan pemuka Mekah. Mereka rasa hina kalau kena duduk dengan para sahabat yang lemah dalam masyarakat.

Maka Allah ajar bagaimana nak jawab: bagaimanakah baginda nak tahu sama ada mereka yang beriman itu hina atau tidak? Kerana baginda tidak tahu apa yang mereka lakukan.


 

Ayat 113:

إِن حِسابُهُم إِلّا عَلىٰ رَبّي ۖ لَو تَشعُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their account is only upon my Lord, if you [could] perceive.

(MELAYU)

Perhitungan (amal perbuatan) mereka tidak lain hanyalah kepada Tuhanku, kalau kamu menyedari.

 

Kita tidak boleh hendak menilai siapakah yang mulia dan tidak, kerana penilaian itu hanya pada Allah sahaja. Allah sahaja yang tahu apa yang manusia lakukan dan Allah sahaja yang tahu apakah dalam hati manusia itu – sama ada ikhlas atau tidak.


 

Ayat 114:

وَما أَناْ بِطارِدِ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I am not one to drive away the believers.

(MELAYU)

Dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang beriman.

 

Kalimah طارد bermaksud menolak dan meninggalkan orang yang kita rasa tidak bernilai. Macam kalau peminta sedekah nak masuk dalam kedai makan, kadang-kadang tuan kedai akan halau orang itu.

Nabi Nuh jawab yang baginda tidak akan menghalau orang-orang mukmin yang mengikuti baginda walaupun mereka itu dikatakan sebagai orang-orang yang hina. Tugas baginda adalah sampaikan dakwah kepada sesiapa tanpa memilih bulu – sama ada mereka kalangan orang tinggi dalam masyarakat atau orang rendah.

Dan begitu juga dengan Nabi Muhammad. Walaupun ada dari kalangan pemuka Mekah yang suruh baginda sisirkan orang yang lemah, tapi baginda tidak akan lakukan.


 

Ayat 115:

إِن أَناْ إِلّا نَذيرٌ مُّبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

I am only a clear warner.”

(MELAYU)

Aku (ini) tidak lain melainkan pemberi peringatan yang menjelaskan”.

 

Nabi Nuh ingatkan yang baginda tidak lain hanyalah sebagai pemberi peringatan sahaja. Baginda kena beri peringatan itu kepada semua orang.

Dan baginda juga kena beri ancaman kepada kaumnya yang telah jauh dari agama. Ini kerana baginda nampak yang mereka semua sedang menuju kehancuran. Baginda kena beri ancaman kepada mereka, baginda tidak boleh senyapkan sahaja.

Begitu juga dengan kita sebagai pendakwah. Kita tidak boleh ajak ke arah kebaikan sahaja; kalau kita nampak masyarakat kita sudah buat benda salah, kita kena tegur. Tapi memang ini tidak disukai oleh manusia. Kalau kita tegur sahaja, akan ada yang ambil hati dan terasa mereka diserang. Maka ada antara mereka yang akan bertindak balas.


 

Ayat 116: Kaum Nabi Nuh beri ancaman balik kepada baginda.

قالوا لَئِن لَّم تَنتَهِ يٰنوحُ لَتَكونَنَّ مِنَ المَرجومينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “If you do not desist, O Noah, you will surely be of those who are stoned.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Sungguh jika kamu tidak (mahu) berhenti wahai Nuh, nescaya benar-benar kamu akan termasuk orang-orang yang direjam”.

 

Orang-orang kafir itu memberi ancaman kepada Nabi Nuh yang jikalau baginda tidak berhenti berdakwah, beri peringatan dan ancaman kepada mereka, maka mereka akan merejam baginda dengan batu. Maksudnya mereka ancam nak bunuh. Ini adalah satu ancaman yang besar, kerana mereka tidak tahan lagi.

Mereka tentunya mulakan dengan buat tidak tahu sahaja dakwah Nabi Nuh itu dengan harapan lama-lama baginda akan senyap sendiri sahaja. Tapi apabila baginda tidak berhenti, mereka tentu telah cuba buruk-burukkan baginda, ganggu orang yang beriman dengan baginda, tuduh baginda dan sahabat baginda dengan tuduhan sebagai pengacau dan sebagainya.

Bila semua itu tidak berjaya, Nabi Nuh tetap terus berdakwah, itulah sebabnya mereka buat keputusan untuk bunuh baginda.

Dan begitulah juga yang dihadapi oleh Rasulullah. Musyrikin Mekah telah lakukan berbagai-bagai cara untuk menghalang dakwah baginda. Tapi usaha mereka tidak berjaya kerana baginda dan sahabat terus berdakwah dan kerana itulah mereka akhirnya telah buat keputusan untuk bunuh baginda.

Jadi kisah Nabi Nuh ini adalah sebagai isyarat tentang apa yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat juga. Bukanlah Allah hendak cerita sahaja, tapi ianya memberi isyarat apa yang akan berlaku kepada baginda.


 

Ayat 117: Kerana mereka nak bunuh bagindalah baru Nabi Nuh berdoa. Kalau tidak selama itu baginda dakwah sahaja.

قالَ رَبِّ إِنَّ قَومي كَذَّبونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “My Lord, indeed my people have denied me.

(MELAYU)

Nuh berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah mendustakan aku;

 

Nabi Nuh mengadu kepada Allah yang kaumnya itu telah mendustakan baginda dan pengaduan baginda ini hanya berlaku setelah baginda berdakwah selama 950 tahun.

Maka kalau kita baru berdakwah setahun dua dan dikatakan sebagai Wahabi, tidak ada apalah kalau dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan kepada Nabi Nuh. Memang malu kalau kita mengadu tidak berjaya dalam dakwah apabila baca kisah-kisah Nabi Nuh ini. Begitu punya lama baginda berdakwah barulah baginda mengadu kepada Allah.


 

Ayat 118:

فَافتَح بَيني وَبَينَهُم فَتحًا وَنَجِّني وَمَن مَّعِيَ مِنَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then judge between me and them with decisive judgement and save me and those with me of the believers.”

(MELAYU)

maka itu adakanlah suatu keputusan antaraku dan antara mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang yang mukmin bersertaku”.

 

فَافتَح بَيني وَبَينَهُم فَتحًا

maka itu adakanlah suatu keputusan antaraku dan antara mereka,

Baginda meminta supaya baginda dipisahkan terus daripada umat baginda yang menentang itu. Maksudnya baginda meminta kemenangan ke atas mereka. Kerana kalimah فتح juga boleh bermaksud kemenangan.

Ini adalah kerana baginda tidak ada arah lain lagi kerana kerana baginda nampak yang baginda hanya dikalahkan sahaja oleh kaum baginda. Ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

فَدَعَا رَبَّهُ أَنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِرْ

Maka dia mengadu kepada Tuhannya, “Bahawasanya aku ini adalah orang yang dikalahkan. Oleh sebab itu, tolonglah (aku).” (Al-Qamar: 10), hingga akhir ayat.

 

وَنَجِّني وَمَن مَّعِيَ مِنَ المُؤمِنينَ

dan selamatkanlah aku dan orang-orang yang mukmin besertaku”.

Dan baginda meminta supaya diselamatkan baginda dan orang-orang yang beriman bersama baginda.

Dalam ayat ini, Musyrikin Mekah diingatkan bagaimana Nabi Nuh telah berdoa begini dan bagaimanakah nasib mereka akhirnya nanti (mereka dilemaskan dalam banjir besar). Maka Musyrikin Mekah kena fikirlah sikit, kalau Nabi Muhammad pun berdoa begitu juga, bagaimana? Ini adalah satu peringatan yang kuat kerana mereka pun tahu apa yang terjadi kepada umat Nabi Nuh itu.


 

Ayat 119: Allah makbulkan doa Nabi Nuh itu.

فَأَنجَينٰهُ وَمَن مَّعَهُ فِي الفُلكِ المَشحونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We saved him and those with him in the laden ship.

(MELAYU)

Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang bersertanya di dalam kapal yang penuh muatan.

 

Maka Allah telah memakbulkan doa Nabi Nuh dengan menyelamatkan baginda dan orang-orang yang beriman bersamanya di dalam kapal yang penuh sarat dan bergerak ke hadapan.


 

Ayat 120: Apa yang terjadi kepada penentang baginda?

ثُمَّ أَغرَقنا بَعدُ الباقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We drowned thereafter the remaining ones.

(MELAYU)

Kemudian sesudah itu Kami tenggelamkan orang-orang yang tinggal.

 

Dan setelah dimasukkan Nabi Nuh dan orang-orang yang beriman ke dalam bahtera itu maka telah ditenggelamkan orang-orang lain yang tidak beriman. Maka Musyrikin Mekah sepatutnya mendengar ayat ini dan takut bagaimanakah nasib mereka jikalau Nabi Muhammad sendiri berdoa seperti itu juga.


 

Ayat 121:

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

(MELAYU)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda

Musyrikin Mekah minta berbagai-bagai tanda tetapi Allah memberitahu yang apa yang telah diberikan dalam Al-Qur’an dalam bentuk kisah-kisah para Nabi terdahulu itu sudah cukup sebenarnya jikalau mereka mahu beriman.

Kisah-kisah bagaimana kaum terdahulu telah dimusnahkan kerana menentang Rasul mereka telah diberitahu tetapi setakat itu Nabi Muhammad masih belum lagi berdoa kepada Allah dan sepatutnya mereka bersyukur.

 

وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

Telah banyak hujah, dalil dan kisah diberikan, tapi masih ramai lagi manusia yang tidak mahu menggunakan akal fikiran mereka. Masih ramai lagi yang tidak mahu beriman. Begitulah kebanyakan dari manusia. Hanya sedikit sahaja dari manusia yang mahu beriman.

Maka jangan hairan kalau kita lihat ramai dari manusia tidak beriman. Kerana memang dari dahulu lagi ramai yang tidak beriman. Yang beriman sempurna itu adalah golongan minoriti dari dulu sampai sekarang.


 

Ayat 122:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ العَزيزُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord – He is the Exalted in Might, the Merciful.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 

Allah bersifat al-Aziz iaitu berkuasa untuk mengenakan azab itu. Tapi kalau kita lihat Allah tidak melakukan adalah Allah bersifat ar-Raheem juga. Allah masih lagi sayang dan beri peluang kepada manusia untuk mengubah cara mereka. Maka kenalah ambil peluang itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 99 – 111 (Nuh tidak minta upah)

Ayat 99:

وَما أَضَلَّنا إِلَّا المُجرِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And no one misguided us except the criminals.

(MELAYU)

Dan tiadalah yang menyesatkan kami kecuali orang-orang yang berdosa.

 

Mereka mengaku yang syaitan dan orang-orang yang berdosa yang telah menyesatkan mereka. Dulu semasa di dunia, mereka ikut syaitan dan orang berdosa yang lain. Sekarang baru menyesal apabila sudah masuk dalam neraka. Nampaknya sekarang mereka hendak memberi alasan kenapa mereka jadi sesat.


 

Ayat 100:

فَما لَنا مِن شٰفِعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So now we have no intercessors

(MELAYU)

Maka kami tidak mempunyai pemberi syafa’at seorang pun,

 

Mereka sedar pada hari itu yang tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi syafaat (rekomendasi) kepada mereka dan memberi rekomendasi yang baik terhadap mereka. Dulu mereka menyeru roh Nabi, wali dan malaikat kerana mereka diajar yang roh-roh itu boleh beri syafaat (pertolongan) kepada mereka. Tapi di akhirat nanti mereka akan sedar yang tidak ada sesiapa pun yang boleh beri syafaat.

Masalah masyarakat kita ini adalah kerana tidak faham tentang syafaat. Kerana salah faham tentang syafaat, maka ramai yang meminta terus syafaat kepada Nabi malah ada juga yang menyeru kepada wali untuk mendapatkan syafaat dari mereka.


 

Ayat 101: Bukan sahaja pemberi syafaat tidak boleh tolong, kawan pun tidak ada.

وَلا صَديقٍ حَميمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And not a devoted friend.

(MELAYU)

dan tidak pula mempunyai teman yang akrab,

 

Dan mereka sedar bahawa tidak ada lagi teman-teman rapat dengan mereka yang dapat membantu mereka kerana semuanya telah melarikan diri. Dulu semasa di dunia, kawan rapat yang akan ikut ke mana-mana. Kawan rapat yang akan sokong kalau bergaduh, kalau berhujah.

Kerana itu ramai yang berani menolak kebenaran. Kerana mereka ada kawan-kawan di belakang mereka. Jadi mereka rasa berani waktu itu. Kadang-kadang kalau seorang, senyap sahaja, tapi bila ada kawan, mulakan suara kuat. Kerana itu kalau kita lihat penentang jalan Sunnah, ada ramai yang menyokong.


 

Ayat 102: Bila sudah menyesal, mereka akan minta peluang kali kedua.

فَلَو أَنَّ لَنا كَرَّةً فَنَكونَ مِنَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then if we only had a return [to the world] and could be of the believers…”¹

  • The conclusion of this verse is estimated as “…we would do this or that.”

(MELAYU)

maka sekiranya kami dapat kembali sekali lagi (ke dunia) nescaya kami menjadi orang-orang yang beriman”.

 

Seperti biasa disebut di dalam surah-surah yang lain, ahli neraka akan meminta supaya mereka dikembalikan ke dunia kerana mereka hendak beriman dan beramal soleh. Mereka kata, kalau mereka dibenarkan pulang kembali, mereka pasti akan jadi orang yang soleh.

Akan tetapi, peluang itu hanya sekali sahaja dan tidak akan diberikan sesiapa pun untuk pulang ke dunia. Maka kita kenalah gunakan peluang semasa kita di dunia ini sekarang, jangan sia-siakan. Kerana memang tidak ada peluang langsung.


 

Ayat 103: 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

(MELAYU)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda

Orang-orang yang kufur degil itu meminta berbagai-bagai tanda untuk diberikan kepada mereka kerana mereka kata kalau mereka dapat tanda, maka mereka akan beriman. Maka Allah jawab di dalam ayat ini bahawa tanda-tanda dan bukti-bukti telah diberikan kepada mereka dan mereka tidak beriman itu kerana mereka degil sahaja.

Belajarlah dari kisah Nabi Ibrahim di atas dan bagaimana baginda berdakwah dan berhujah dengan kaum baginda. Sepatutnya dengan kisah-kisah dan hujah yang diberikan, sudah boleh menjadikan orang yang akalnya waras jadi orang beriman.

 

وَما كانَ أَكثَرُهُم مُؤمِنينَ

tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

Tetapi walaupun telah diberikan dengan berbagai-bagai ayat dan berbagai-bagai hujah tetapi kebanyakan manusia tidak akan beriman. Di awal surah ini telah disebut bagaimana Nabi hampir membunuh diri (sakit sampai boleh mematikan diri) baginda kerana sedih kerana baginda lihat ramai yang tidak beriman maka Allah beritahu bahawa memang telah ditakdirkan yang kebanyakan manusia tidak beriman. Maka janganlah baginda bersedih sangat.

Kerana memang ramai tidak akan beriman. Kalau diberi dengan berbagai-bukti dan ayat pun kepada mereka dengan berbagai-bagai cara, tetapi pasti kebanyakan manusia tidak beriman. Jadi, kita hanya boleh sampaikan sahaja.

Jadi jangan terikut dengan majoriti manusia. Kerana majoriti manusia memang akan masuk ke dalam neraka. Malangnya, ramai dari kalangan umat Islam rasa kena ikut pandangan majoriti dan amalan majoriti dalam beramal. Mereka sudah tidak tengok apakah dalil dan hujah yang diberikan. Ini tidak boleh kerana kalau kita ikut majoriti, ada kemungkinan amalan dan fahaman itu salah. Maka memang kita kena berhati-hati. Tidak salah kalau hendak ikut majoriti, tapi kenalah pandangan itu didasarkan dengan dalil.


 

Ayat 104:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ العَزيزُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord – He is the Exalted in Might, the Merciful.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 

Dan Allah tetap akan menilai manusia di atas perbuatan mereka dan jikalau mereka berdosa maka Allah bersifat al-Aziz dimana mereka akan dikenakan dengan azab; dan jikalau mereka itu orang yang beriman maka Allah akan bersifat ar-Rahim kepada mereka dan mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.


 

Ayat 105: Dari ayat ini sehingga ke ayat 122 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia mengandungi Kisah Nabi Nuh a.s. Jadi ianya adalah Dalil Naqli ketiga. Baginda adalah rasul pertama yang diutus oleh Allah untuk penduduk bumi setelah berhala dan tandingan-tandingan disembah-sembah oleh para penduduknya.

كَذَّبَت قَومُ نوحٍ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The people of Noah denied the messengers¹

(MELAYU)

Kaum Nuh telah mendustakan para rasul.

 

Bukan sahaja Nabi Muhammad dikatakan sebagai pendusta tetapi kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan Nabi Nuh. Dan walaupun mereka menolak satu Rasul sahaja, tapi mereka dikira telah menolak semua Rasul. Ini kerana apa yang disampaikan oleh para Rasul itu sama sahaja, jadi walaupun mereka tolak satu Rasul bermaksud mereka sebenarnya menolak semua Rasul.

Nota: Ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


 

Ayat 106:

إِذ قالَ لَهُم أَخوهُم نوحٌ أَلا تَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When their brother Noah said to them, “Will you not fear Allāh?

(MELAYU)

Ketika saudara mereka (Nuh) berkata kepada mereka: “Mengapa kamu tidak bertakwa?

 

Nabi Nuh tanya kepada mereka: “Kenapa kamu tidak mahu bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mempertahankan diri kamu daripada azab neraka?”

Begitulah kita dalam berdakwah, kadang-kadang kita mulakan dalam bentuk pertanyaan? Tak mahu ke syurgakah? Tak mahu tahukah tentang tauhid? Awak baca Al-Qur’an hari-hari, tidakkah awak mahu tahu apa yang awak baca itu?


 

Ayat 107:

إِنّي لَكُم رَسولٌ أَمينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I am to you a trustworthy messenger.

(MELAYU)

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,

 

Dan baginda memperkenalkan diri baginda kepada mereka sebagai seorang Rasul. Baginda telah diutus kepada kaum baginda sebagai Rasul yang amanah.

Amanah maksudnya baginda kena sampaikan ajaran yang Allah telah pertanggungjawabkan kepada baginda. Baginda tidak akan kurangkan dan tambahkan dari apa yang disampaikan kepada baginda. Begitulah kita dalam mengajar dan berdakwah: kena sampaikan semua sekali wahyu Allah, dan jangan sorok-sorok.

Dan أَمينٌ juga bermaksud ‘aman’. Maknanya, baginda mahukan kebaikan dan keamanan untuk mereka. Bukannya baginda hendak menyusahkan mereka.


Ayat 108:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

maka bertakwallah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

 

فَاتَّقُوا اللهَ

maka bertakwallah kepada Allah

Ajaran utama adalah tentang Allah. Kena kenalkan Allah dan ajak manusia bertaqwa kepada Allah dengan menjaga hukum. Mulanya kena takut kepada Allah dan kerana takut, sanggup jaga hukum. Sentiasa sedar yang Allah sedar memerhatikan kita.

 

وَأَطيعونِ

dan taatlah kepadaku.

Ayat ini sebagai dalil bahawa untuk berdakwah kepada Allah maka hendaklah taat dan ikut ajaran Rasul maka tidak boleh untuk kita tolak mana-mana Rasul sekalipun. Kalau tidak faham perkara ini maka amat merbahaya kerana ada golongan manusia yang kononnya tidak memerlukan ajaran daripada Rasul kerana mereka kononnya kata boleh mencintai Allah tanpa ikut para Rasul.

Ini tidak masuk akal kerana bagaimana kita tahu apakah yang Allah hendak sampaikan kalau bukan melalui para Rasul? Para Rasul yang tahu apakah kehendak Allah kerana mereka dapat wahyu terus dari Allah. Dan mereka dipantau oleh Allah – kalau mereka buat salah, Allah akan beri peringatan. Memang tugas mereka menyampaikan ajaran wahyu kepada kita.

Bagaimana cara untuk menghambakan diri kepada Allah dan beribadat kepada Allah tanpa diajar cara-caranya dari ajaran Rasul? Malangnya ada juga manusia bodoh yang berfikiran begini dan kalau ada yang berfahaman begini, maka rosak dunia ini kerana mana-mana manusia boleh kata apa-apa sahaja dan menyatakan mereka orang yang beriman.

Sebab itu dalam ajaran agama ini, kita amat mementingkan dalil. Kerana kalau tanpa dalil, semua orang boleh dakwa apa sahaja. Dan dalil itu antaranya adalah sabdaan Rasulullah.


 

Ayat 109:

وَما أَسأَلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ ۖ إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

(MELAYU)

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

 

وَما أَسأَلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu;

Nabi Nuh mengingatkan mereka yang baginda tidak pernah minta upah kepada mereka atas ajaran baginda dan ini mengajar kita bahawa kita tidak boleh meminta upah mengajar agama.

Ini kerana belajar agama ini wajib dan kalau guru letakkan harga, letak yuran masuk kelas, bagaimana orang miskin nak belajar? Nanti mereka ada hujah pula: “kami tak dapat belajar agama dan kami jadi jahil kerana kami tidak mampu bayar yuran pengajian….”. Ini tidak patut sama sekali.

Kerana itu kita tidak setuju dengan guru-guru agama yang meletakkan harga kalau ajak mereka datang mengajar. Mereka sepatutnya mengajar dengan ikhlas. Malangnya, kalau sudah terkenal, mulalah letak harga sampai beribu ringgit sekali bagi ceramah. Adakah mereka jadikan agama ini sebagai punca pendapatan?

 

إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العالَمينَ

upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Balasan yang kita harapkan hanyalah daripada Allah sahaja dan bukannya apa yang boleh diberikan oleh manusia. Ini kerana balasan dari Allah itu lebih besar dan lebih kekal daripada apa yang boleh diberikan oleh manusia.

Kalau ada orang datang menjemput kita mengajar, itu adalah satu nikmat kerana beri peluang kepada kita untuk mengajar mereka. Dan kalau mereka amalkan, kita akan dapat balasan pahala berpanjangan. Tidakkah itu sudah lebih dari cukup?

Salah satu daripada tuduhan Musyrikin Mekah kepada Nabi Muhammad adalah baginda mengharapkan balasan harta daripada mereka. Mereka kata baginda nak kaya. Ini adalah tuduhan palsu kerana baginda tidak pernah minta upah.


 

Ayat 110:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.”

(MELAYU)

Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku”.

 

فَاتَّقُوا اللهَ

Maka bertakwalah kepada Allah

Nabi Nuh ulang balik apa yang mereka perlu lakukan iaitu baginda berdakwah mengajak kepada Allah. Baginda hanya mengajak mereka taqwa kepada Allah. Ajaran para Nabi dan Rasul sama sahaja, iaitu mengajak taqwa kepada Allah.

 

وَأَطيعونِ

dan taatlah kepadaku”.

Dan cara untuk taqwa kepada Allah itu adalah dengan cara mengikuti ajaran baginda. Begitu juga dengan kita, kena ikutlah ajaran Nabi Muhammad. Dan untuk tahu, kenalah terima dan belajar hadith.

Lalu bagaimana ada fahaman anti-hadith boleh kata mereka itu benar? Macam mana nak taat kepada baginda kalau hadis baginda pun tidak diterima?


 

Ayat 111: Apakah balasan jawapan dari kaum baginda?

۞ قالوا أَنُؤمِنُ لَكَ وَاتَّبَعَكَ الأَرذَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Should we believe you while you are followed by the lowest [class of people]?”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Apakah kami akan beriman kepadamu, padahal yang mengikuti kamu ialah orang-orang yang hina?”.

 

Golongan penentang tauhid itu menolak untuk mengikut ajaran Nabi Nuh. Mereka memberi alasan yang tidak layak mereka mengikut baginda sedangkan yang mengikuti baginda adalah orang-orang hina di dalam masyarakat. Mereka kata yang ikut baginda adalah low class jadi takkan mereka nak jadi low class pula? Ini memang kata-kata orang yang sombong.

Beginilah fahaman sesetengah manusia. Mereka lihat siapakah yang bawa ajaran dan siapakah yang ada dalam kumpulan itu. Mereka bukannya lihat apakah yang disampaikan, tapi tengok ‘orang’. Kalau mereka tidak suka dengan rupa dan bangsa orang yang sampaikan, maka mereka tolak.

Atau, ada yang melihat kedudukan manusia dalam masyarakat. Mereka hanya mementingkan kekayaan dan kedudukan, maka kalau yang sampaikan ajaran itu orang miskin, tidak terkenal, tidak berpengaruh, mereka akan terus tolak. Bukan nak dengar dulu, tapi terus tolak.

Beginilah juga masalah yang dihadapi oleh Nabi Muhammad. Yang mula mengikut baginda adalah golongan lemah dan miskin. Maka golongan pemuka Quraish tidak mahu bercampur gaul dengan para sahabat yang miskin itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 4 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 84 – 98 (Keadaan di neraka)

Ayat 84: Sambungan doa Nabi Ibrahim as.

وَاجعَل لّي لِسانَ صِدقٍ فِي الآخِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And grant me a mention [i.e., reputation] of honor among later generations.

(MELAYU)

dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian,

 

Lebih kurang begini maksud doa baginda: “Jadikan mesej yang aku sampaikan ini berterusan, iaitu biarlah apabila orang bercakap tentang aku nanti, mereka akan bercakap tentang mesej yang aku bawa ini.”

Baginda berdoa begini kerana baginda telah melihat berbagai kesesatan yang dilakukan oleh manusia tetapi baginda berseorangan sahaja dan baginda berharap supaya mesej baginda ini dapat sampai kepada semua manusia. Walaupun pada masa hidup baginda ia tidak dapat sampai kepada ramai orang, tapi baginda berharap semoga nanti selepas baginda tiada, akidah tauhid itu akan dapat dipegang oleh ramai orang.

Juga baginda berharap ajaran yang dibawa oleh baginda itu tidak diputar belitkan atau diubah-ubah. Kerana selalu terjadi, ajaran yang benar telah disampaikan dengan cara yang salah oleh orang yang terkemudian.

Dan lihatlah bagaimana doa baginda ini telah dimakbulkan kerana kita sekarang belajar tentang baginda dan ajaran yang dibawa oleh baginda daripada Allah.


 

Ayat 85:

وَاجعَلني مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And place me among the inheritors of the Garden of Pleasure.

(MELAYU)

dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan,

 

Dan baginda berharap supaya baginda dapat mewarisi syurga iaitu dapat masuk ke dalam syurga. Mewarisi itu maknanya mewarisi dari Nabi Adam a.s. Kerana baginda telah pernah duduk di syurga.

Syurga itu penuh dengan nikmat yang berterusan dan tidak akan habis-habis. Kita semua pun berharap sangat supaya kita dimasukkan ke dalamnya. Dalam syurga hanya untuk menikmati nikmat sahaja, untuk memuaskan nafsu. Sudah tidak ada kerja lagi, malah ibadat pun tidak ada. Tentu kita nak masuk, bukan?


 

Ayat 86:

وَاغفِر لِأَبي إِنَّهُ كانَ مِنَ الضّالّينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And forgive my father. Indeed, he has been of those astray.

(MELAYU)

dan ampunilah bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah termasuk golongan orang-orang yang sesat,

 

Dan baginda meminta ampun bagi pihak ayahnya kerana ayahnya itu orang yang sesat. Oleh kerana ayahnya masih hidup, maka kita boleh juga andaikan yang baginda meminta taufik untuk ayahnya, supaya diberi hidayah. Kalau doa begini, memang tidak salah.

Tapi dari lafaz, nampaknya baginda memang minta ampun bagi pihak ayahnya yang musyrik dan kita tahu bahawa doa seperti ini tidak dibenarkan. Doa yang sama telah disebutkan oleh firman-Nya:

{رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ}

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku.(lbrahim: 41)

Tetapi dalam kes Nabi Ibrahim ini, larangan itu belum diberikan kepada baginda. Jadi baginda tidak bersalah kerana berdoa begitu. Hanya selepas itu barulah baginda dilarang dari memohon ampun untuk ayahnya. Maka hukum yang kita kena pegang adalah kita tidak boleh minta ampun jikalau ayah kita orang kafir dan juga orang musyrik.

Ini kerana doa itu telah dicabut kembali oleh Ibrahim a.s., seperti yang disebutkan oleh firman-Nya:

{وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لأبِيهِ إِلا عَنْ مَوْعِدَةٍ وَعَدَهَا}

Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. (At-Taubah: 114)

sampai dengan firman-Nya:

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لأوَّاهٌ حَلِيمٌ

Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun. (At-Taubah: 114)


 

Ayat 87:

وَلا تُخزِني يَومَ يُبعَثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And do not disgrace me on the Day they are [all] resurrected –

(MELAYU)

dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan,

 

Baginda bermohon supaya baginda tidak dimalukan di hari akhirat apabila mereka yang melakukan syirik itu dibangkitkan dan diberi dengan azab. Semoga baginda tidak termasuk dalam golongan mereka. Mereka yang dimaksudkan adalah ayah baginda dan kaum baginda yang telah melakukan syirik itu.

Baginda berkata begini kerana baginda tahu yang mereka itu akan dimurkai oleh Allah dan baginda berharap yang baginda tidak dimasukkan di dalam golongan mereka walaupun baginda adalah ahli keluarga mereka. Baginda telah cuba untuk berdakwah kepada mereka dengan sedaya upaya baginda tetapi tidak berjaya, maka janganlah salahkan baginda dan kaitkan baginda dengan mereka lagi.


 

Ayat 88: Ayat Idkhal Ilahi (pencelahan Tuhan).

يَومَ لا يَنفَعُ مالٌ وَلا بَنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Day when there will not benefit [anyone] wealth or children

(MELAYU)

(iaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,

 

Pada hari itu kekayaan di dunia dan juga anak yang banyak tidak dapat membantu langsung. Kalau di dunia, ramai manusia amat sayang kepada harta yang banyak dan anak pinak yang ramai. Mereka jadikan itu sebagai satu kebanggaan. Dan semasa di dunia, harta dan anak-anak itu memang bernilai kerana boleh bantu dalam kehidupan. Tapi nanti di akhirat, harta dan anak itu tidak dapat menyelamatkan sesiapa pun jikalau mereka telah meninggalkan agama.

Lainlah kalau mereka infakkan harta itu dan mereka didik anak-anak itu jadi anak yang soleh. Kerana kalau mereka pandai gunakan harta dan anak untuk kebaikan, maka ia dapat meninggikan kedudukan mereka.

Tapi harta dan anak yang ramai tetap tidak dapat menyelamatkan mereka kalau mereka ada mengamalkan syirik. Kerana kalau buat syirik, segala amal kebaikan seperti infak, sedekah dan juga anak yang soleh pun, tidak dapat membantu menyelamatkan dari neraka. Anak dan harta itu hanya bermanfaat kalau mereka ada tauhid dan ada iman.


 

Ayat 89: Siapakah yang selamat?

إِلّا مَن أَتَى اللهَ بِقَلبٍ سَليمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But only one who comes to Allāh with a sound heart.”

(MELAYU)

kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih,

 

Orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih dan baik, maka harta dan anak pinak mereka dapat membantu mereka. Kerana ada orang yang telah membelanjakan harta mereka di jalan Allah dan kerana itu harta itu memberi manfaat kepada mereka.

Maksud قَلبٍ سَليمٍ adalah hati yang selamat dan sejahtera, bersih daripada fahaman syirik dan kufur. Mujahid dan Al-Hasan serta lain-lainnya mengatakan, ‘hati yang bersih’ maksudnya bersih dari kemusyrikan.

Abu Usman An-Naisaburi mengatakan bahawa hati yang bersih ialah yang bersih dari bidaah dan mantap serta tenang dengan sunnah.

Dan kalau anak-anak kita dididik dengan baik dan mereka menjadi anak yang soleh, maka mereka dapat membantu kita seperti menaikkan darjat kita semasa di syurga nanti. Tapi kenalah masuk syurga dulu. Kalau sudah duduk dalam neraka kerana ada banyak dosa dan buat syirik, anak yang soleh pun tidak dapat nak keluarkan.


 

Ayat 90: Tabshir Ukhrawi

وَأُزلِفَتِ الجَنَّةُ لِلمُتَّقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Paradise will be brought near [that Day] to the righteous.

(MELAYU)

dan (di hari itu) didekatkan syurga kepada orang-orang yang bertakwa,

 

Kepada orang-orang yang mukmin, mereka akan ditunjukkan dengan syurga supaya mereka dapat melihatnya walaupun mereka belum boleh masuk ke dalamnya lagi. Ini adalah berita gembira. Sudah dapat tengok pun sudah suka, bukan?


 

Ayat 91: Takhwif Ukhrawi

وَبُرِّزَتِ الجَحيمُ لِلغاوينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Hellfire will be brought forth for the deviators,

(MELAYU)

dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat”,

 

Bukan sahaja syurga akan ditunjukkan, tetapi neraka juga akan ditunjukkan dan dibawa ke depan muka orang-orang yang sesat. Ini sebagai azab rohani kepada mereka. Mereka sudah nampak tempat mereka akan dimasukkan. Belum masuk lagi pun mereka sudah keluh kesah, menyesal dan menyalahkan diri mereka. Mereka akan rasa amat takut dan tidak keruan kerana sudah nampak neraka yang amat teruk itu.


 

Ayat 92: Allah beri lagi azab rohani kepada mereka. Allah tanya dalam bentuk penghinaan kepada mereka. Ayat ini juga sebagai nafi kepada syariat qahriyyah (syafaat kerana kasih sayang).

وَقيلَ لَهُم أَينَ ما كُنتُم تَعبُدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it will be said to them, “Where are those you used to worship

(MELAYU)

dan dikatakan kepada mereka: “Di manakah sembahan yang dahulu kamu selalu menyembah(nya)

 

Dan disakitkan hati ahli-ahli neraka itu dengan ditanya di manakah ilah-ilah yang mereka sembah dahulu semasa mereka di dunia. Kenapa ilah-ilah mereka itu tidak datang dan tolong penyembah-penyembah mereka dulu? Dulu tekun sangat sembah, iktikaf dan seru sana dan sini. Sekarang di mana mereka?

Tentu tidak tidak ada. Kerana itulah mereka akan putus asa.


 

Ayat 93:

مِن دونِ اللهِ هَل يَنصُرونَكُم أَو يَنتَصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Other than Allāh? Can they help you or help themselves?”

(MELAYU)

selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong diri mereka sendiri?”

 

مِن دونِ اللهِ

selain dari Allah?

Mana dia ilah-ilah selain Allah itu? Dulu ramai manusia yang tidak cukup dengan sembah dan puja Allah sahaja. Mereka ambil ilah-ilah sebagai sandaran dan tempat pengharapan mereka. Sekarang di mana mereka?

 

هَل يَنصُرونَكُم أَو يَنتَصِرونَ

Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong diri mereka sendiri?”

Adakah ilah-ilah yang disembah dan dipuja itu akan dapat menolong kamu atau balas dendam bagi pihak kamu kerana kamu diazab? Dulu Nabi Ibrahim berdakwah dengan kalimah yang seperti ini dan sekarang Allah beritahu yang Allah sendiri akan tanya kepada manusia yang engkar dengan soalan-soalan sebegitu. Sebab dulu mereka tidak mahu dengar dari penyeru tauhid, dan sekarang mereka kena dengar dari Allah pula.

Adakah yang disembah itu boleh tolong diri mereka sendiri? Sebenarnya yang disembah dan dipuja itu bukanlah Nabi, wali dan malaikat, tetapi yang menyuruh mereka melakukan sebegitu adalah syaitan. Kerana Nabi, wali dan malaikat tidak pernah suruh mereka disembah.

Maka sebenarnya yang disembah adalah syaitan. Jadi syaitan itu bukan sahaja tidak boleh membantu manusia yang menyembahnya tetapi dia sendiri tidak dapat membantu dirinya.


 

Ayat 94: Ini lebih jelas memberi makna bahawa yang disembah itu adalah syaitan. Kerana mereka akan sama-sama masuk neraka.

فَكُبكِبوا فيها هُم وَالغاوونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So they will be overturned into it [i.e., Hellfire], they and the deviators

(MELAYU)

Maka mereka (sembahan-sembahan itu) dijungkirkan ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang sesat,

 

Syaitan akan dimasukkan bersama-sama dengan orang-orang yang telah disesatkan olehnya. Pada hari itu ahli-ahli neraka itu akan diterbalikkan dan dilempar ke dalam neraka di mana mereka akan jatuh di atas muka mereka dahulu.


 

Ayat 95:

وَجُنودُ إِبليسَ أَجمَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the soldiers of Iblees, all together.

(MELAYU)

dan bala tentera iblis semuanya.

 

Dan tentera-tentera Iblis juga (iaitu syaitan) akan dimasukkan ke dalam neraka dan tidak ada seorang pun yang akan terlepas.


 

Ayat 96:

قالوا وَهُم فيها يَختَصِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will say while they dispute therein,

(MELAYU)

Mereka berkata sedang mereka bertengkar di dalam neraka:

 

Mereka akan berkata sesama mereka di mana mereka akan berkelahi dan bertengkar. Mereka akan menyalahkan sesama sendiri. Kerana sudah sama-sama masuk maka mereka nak menyalahkan yang lain.


 

Ayat 97:

تَاللهِ إِن كُنّا لَفي ضَلٰلٍ مُّبينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

“By Allāh, we were indeed in manifest error

(MELAYU)

“demi Allah: sungguh kita dahulu (di dunia) dalam kesesatan yang nyata,

 

Waktu itu mereka bersumpah dengan nama Allah. Mereka bersumpah dan mengaku yang mereka telah sesat semasa mereka di dunia dahulu.


 

Ayat 98:

إِذ نُسَوّيكُم بِرَبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When we equated you with the Lord of the worlds.

(MELAYU)

kerana kami mempersamakan kamu dengan Tuhan semesta alam”.

 

Mereka yang sesat dan telah berada di dalam neraka itu sedang bercakap kepada tentera-tentera syaitan itu di mana mereka mengatakan yang mereka dahulu telah menjadikan syaitan-syaitan itu sama kedudukan dengan Allah. Patutnya mereka sembah dan doa kepada Allah sahaja, tetapi mereka telah sembah dan doa kepada selain Allah, iaitu syaitan dan Iblis.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat seterusnya.

Kemaskini: 4 Jun 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 72 – 83 (Hujah Nabi Ibrahim)

Ayat 72: Nabi Ibrahim terus berhujah dengan mereka dengan hujah-hujah yang senang diterima.

قالَ هَل يَسمَعونَكُم إِذ تَدعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Do they hear you when you supplicate?

(MELAYU)

Berkata Ibrahim: “Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)?,

 

Lihat bagaimana Nabi Ibrahim berhujah dengan baik sekali mempersoalkan mereka kembali: “adakah berhala-berhala itu dapat dengar kalau kamu seru dia?”

Atau adakah roh-roh itu dengar? Tentu tidak. Dan mereka pun tahu yang patung-patung itu memang tidak dapat mendengar tetapi yang mereka maksudkan adalah pujaan kepada Nabi dan wali yang dihajati. Kerana pemujaan mereka itu bersambungan daripada amalan kaum Nabi Nuh lagi. Dan kita kena tahu yang kaum Nabi Nuh itu menyembah patung sebagai mengingati kepada wali-wali yang mereka hormati.

Begitu juga jikalau kita tanya kepada penganut Buddha mereka akan kata patung itu kiblat tawajjuh (tempat fokus) sahaja dan yang mereka sembah sebenarnya adalah Buddha. Oleh itu syirik yang dilakukan pada mana-mana zaman itu sama sahaja pada konsepnya. Cara amalan sahaja berbeza. Yang mereka sembah sebenarnya adalah roh-roh di sebalik patung dan gambar itu.

Maka zaman sekarang, kita boleh lihat ada pihak yang buat ibadat di kubur wali-wali dan Nabi. Ini nak membawa kepada penyembahan berhala. Tapi kerana jahil, akal mereka ditutup dari melihat bahawa apa yang mereka lakukan itu sama sahaja dengan penyembahan kaum Nabi Ibrahim. Cuma belum sampai ke tahap berhala lagi.

Tapi kalau tidak dibendung, boleh sampai ke tahap itu. Macam habib habib sekarang, mereka mulakan dengan letak gambar arwah habib mereka, bukan? Lama kelamaan mereka akan buat patung dan akan sembang patung itu. Kerana itulah permulaan kepada penyembahan patung oleh kaum Nabi Nuh.


 

Ayat 73:

أَو يَنفَعونَكُم أَو يَضُرّونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do they benefit you, or do they harm?”

(MELAYU)

atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudarat?”

Adakah patung itu dapat memberi manfaat atau mudarat kepada mereka? Dan apakah dalil yang perbuatan sembahan dan doa mereka itu memberi manfaat kepada penyembah?

Ataupun kalau tidak sembah berhala-berhala itu, adakah mereka akan mendapat mudarat? Adakah berhala atau roh-roh itu marah kalau tak disembah dan mereka akan beri bala kepada mereka sebab marah tidak disembah?

Memang tiada manfaat dan mudarat, maka kenapa nak sembah lagi?


 

Ayat 74: Setelah ditanya begitu oleh Nabi Ibrahim, maka ini adalah jawapan para penyembah.

قالوا بَل وَجَدنا ءآباءَنا كَذٰلِكَ يَفعَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “But we found our fathers doing thus.”

(MELAYU)

Mereka menjawab: “sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian”.

 

Hujah-hujah yang diberikan oleh Nabi Ibrahim itu tidak dapat dijawab oleh mereka dan akhirnya mereka kata kerana mereka buat apa yang dilakukan oleh tok nenek mereka sahaja. Mereka ikut dan sambung sahaja amalan tok nenek mereka.

Bila mereka mulakan dengan berkata بَل (bahkan tidak) itu bermaksud apa yang mereka lakukan itu tidaklah memberi manfaat dan menjauhkan mudarat. Mereka pun setuju yang sembahan mereka itu tidak beri manfaat dan mudarat.

Maka jawapan ini bermaksud mereka hanya ikut saja apa yang dilakukan oleh golongan yang terdahulu. Maka janganlah kita pun begini juga dan janganlah kita juga ajar anak-anak kita pun dengan cara begini dimana kita suruh mereka buat sahaja tanpa menggunakan akal dan dalil. Malangnya ramai ikut sahaja amalan tok nenek tanpa lihat apakah dalil bagi amalan itu.

Maka kita kena latih anak-anak kita lihat kepada dalil dan hujah. Jangan kita suruh anak-anak kita puasa kerana orang lain puasa atau solat kerana orang lain solat, tetapi kenalah kita beritahu kepada mereka kenapa kita perlu puasa dan solat. Itu akan mendidik masyarakat supaya ada ilmu tentang agama dan berfikir secara intelektual. Bukan hanya ikut sahaja tanpa periksa.

Tapi kita jangan kutuk agama ataupun fahaman orang lain tetapi gunakan strategi pertanyaan kepada mereka supaya memberi peluang kepada mereka untuk berfikir. Tanya mereka: “kenapa ya awak buat begini?”


 

Ayat 75: Maka Nabi Ibrahim terus berhujah.

قالَ أَفَرَأَيتُم مّا كُنتُم تَعبُدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Then do you see what you have been worshipping,

(MELAYU)

Ibrahim berkata: “Maka apakah kamu telah memperhatikan apa yang selalu kamu sembah,

 

Lihat bagaimana Nabi Ibrahim suruh mereka berfikir balik tentang apa yang mereka lakukan itu. Tengok balik amalan itu patut atau tidak? Adakah ikut amalan tok nenek itu pasti benar? Kalau mereka salah, macam mana? Takkan kamu nak ikut kesalahan mereka pula?


 

Ayat 76: 

أَنتُم وَءآباؤُكُمُ الأَقدَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You and your ancient forefathers?

(MELAYU)

kamu dan nenek moyang kamu yang dahulu?,

 

Dan adakah tok nenek yang kamu ikut amalan mereka itu berfikir tentang amalan yang mereka lakukan itu? Bukankah mereka juga ikut amalan tok nenek mereka juga? Maka ini bermaksud kesalahan mereka itu turun temurun.


 

Ayat 77: Nabi Ibrahim kemudian tolak amalan syirik itu.

فَإِنَّهُم عَدُوٌّ لّي إِلّا رَبَّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, they are enemies to me, except the Lord of the worlds,¹

  • The people worshipped idols in addition to Allāh.

(MELAYU)

kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan Semesta Alam,

 

Nabi Ibrahim mengatakan tok nenek yang mengajar ajaran agama tanpa dalil itu adalah musuh kepadanya; atau baginda bermaksud berhala-berhala yang disembah oleh masyarakat itu menjadi musuh baginya.

Maksudnya juga, Nabi Ibrahim tidak takut kepada berhala-berhala itu. Kalau baginda tidak mahu untuk menyembah berhala-berhala itu, tengoklah kalau ada apa-apa kejadian kepada diri baginda. Hal ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh Allah Swt. tentang perkataan Nuh yang disitir oleh firman-Nya:

{فَأَجْمِعُوا أَمْرَكُمْ وَشُرَكَاءَكُمْ}

kerana itu bulatkanlah keputusan kalian dan (kumpulkanlah) sekutu-sekutu kalian (untuk membinasakanku). (Yunus: 71), hingga akhir ayat.

Hal yang sama dikatakan oleh Ibrahim a.s. ketika berlepas diri dari berhala-berhala sembahan kaumnya, sebagaimana yang disebutkan oleh firman-Nya:

{وَكَيْفَ أَخَافُ مَا أَشْرَكْتُمْ وَلا تَخَافُونَ أَنَّكُمْ أَشْرَكْتُمْ بِاللَّهِ}

Bagaimana aku takut kepada sembahan yang kalian persekutukan (dengan Allah), padahal kalian tidak takut mempersekutukan Allah. (Al-An’am: 81), hingga akhir ayat.

Baginda tolak semua penyembahan mereka kecuali sembahan kepada Allah. Kerana mereka juga sembah Allah, cuma mereka tambah dengan sembahan kepada berhala juga.


 

Ayat 78: Kemudian baginda ingatkan mereka tentang siapakah Allah itu.

الَّذي خَلَقَني فَهُوَ يَهدينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who created me, and He [it is who] guides me.

(MELAYU)

(iaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,

 

Nabi Ibrahim berhujah yang kita ini sebagai manusia tentunya ada pencipta kita. Dan pencipta kita telah memberikan kita dengan intelek akal dan kita hendaklah menggunakan intelek itu.

Dan Tuhan yang telah mencipta kita tentunya akan memberi hidayah kepada kita dan tidaklah Dia membiarkan kita sahaja tanpa panduan.


 

Ayat 79:

وَالَّذي هُوَ يُطعِمُني وَيَسقينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it is He who feeds me and gives me drink.

(MELAYU)

dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,

 

Allah lah yang beri kita makan dan minum. Bukannya berhala itu. Kalau Allah sahaja yang beri makan dan minum, maka sembah dan doa kepada Allah sahajalah.


 

Ayat 80:

وَإِذا مَرِضتُ فَهُوَ يَشفينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when I am ill, it is He who cures me

(MELAYU)

dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,

 

Dan kalau sakit, Allah lah yang menyembuhkan. Bukannya berhala itu.

Lihat bagaimana adab Nabi Ibrahim dengan Allah di mana jika menyebut tentang nikmat yang diberikan oleh Allah baginda mengatakan Dia dan Dia beri itu dan ini, tetapi apabila menyebut tentang sakit, baginda tidak kata Allah yang beri sakit. Baginda cuma kata, “apabila aku sakit.”


 

Ayat 81:

وَالَّذي يُميتُني ثُمَّ يُحيينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And who will cause me to die and then bring me to life

(MELAYU)

dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),

 

Dan Allah sahaja yang boleh mematikan kita.

Dan kemudian Allah sahaja yang boleh menghidupkan kita semula. Dalam masa yang sama Nabi Ibrahim hendak mengingatkan mereka yang kita semua akan mati dan akan dihidupkan kembali.


 

Ayat 82:

وَالَّذي أَطمَعُ أَن يَغفِرَ لي خَطيئَتي يَومَ الدّينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And who I aspire that He will forgive me my sin on the Day of Recompense.”

(MELAYU)

dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat”.

 

Dan kepada Allahlah yang kita berharap supaya mengampuni segala dosa kita pada hari pembalasan nanti.

Nabi Ibrahim berkata dosa-dosa baginda tetapi ini adalah nisbah kepada doa sahaja dan bukanlah menjadi dalil yang Nabi Ibrahim telah melakukan dosa. Seperti akidah ahli sunnah, para Nabi maksum tidak berdosa. Mereka mungkin ada melakukan kesilapan sahaja, tapi bukan dosa.


 

Ayat 83: Banyak sekali kelebihan dan jasa Allah yang disebut oleh Nabi Ibrahim. Setelah baginda bodek Allah dengan menyebut sifat-sifatNya, maka inilah permintaan baginda. Maka beginilah yang kita patut lakukan di dalam berdoa. Iaitu puji-puji Allah dahulu sebelum kita lakukan permintaan kita.

Doa ini amatlah bagus sekali kerana di dalam hadis pun Nabi ada mengajar sahabat untuk doa begini.

رَبِّ هَب لي حُكمًا وَأَلحِقني بِالصّٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[And he said], “My Lord, grant me authority and join me with the righteous.

(MELAYU)

(Ibrahim berdoa): “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh,

 

رَبِّ هَب لي حُكمًا

(Ibrahim berdoa): “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah

Ada iltifad di dalam ayat ini kerana sekarang baginda bercakap kepada Allah Taala dalam pihak kedua, sedangkan sebelum ini baginda bercakap tentang Allah di dalam pihak ketiga. Kerana apabila kita berdoa, kita terus berdoa kepada Allah dan perkara ini kita boleh lihat juga berlaku di dalam Surah Fatihah.

Hikmah itu boleh ditafsirkan dengan ilmu berserta amalan. Iaitu Nabi Ibrahim doa kepada Allah minta diberikan ilmu dan kekuatan untuk beramal dengannya.

Atau baginda minta diberikan keteguhan‎. Memang Allah telah berikan keteguhan kepada baginda tetapi ini mengajar kita yang kita kena sentiasa meminta kepada Allah.

 

وَأَلحِقني بِالصّٰلِحينَ

dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh,

Dan baginda berdoa supaya dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Dan kerana itu jikalau kita pun beramal soleh dan menjadi orang yang soleh, maka kita pun akan bersama-sama dengan para Nabi dan Rasul itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 4 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir