Tafsir Surah Naml Ayat 64 – 68 (Siapa tahu bila kiamat?)

Ayat 64:

أَمَّن يَبدَؤا الخَلقَ ثُمَّ يُعيدُهُ وَمَن يَرزُقُكُم مِّنَ السَّماءِ وَالأَرضِ ۗ أَءِلٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ قُل هاتوا بُرهٰنَكُم إِن كُنتُم صٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Is He [not best] who begins creation and then repeats it and who provides for you from the heaven and earth? Is there a deity with Allāh? Say, “Produce your proof, if you should be truthful.”

(MELAYU)

Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudian mengulanginya (lagi), dan siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)?. Katakanlah: “Bawalah bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar”.

 

أَمَّن يَبدَؤا الخَلقَ ثُمَّ يُعيدُهُ

Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudian mengulanginya (lagi), 

Allahlah yang mula-mula menjadikan makhluk tanpa contoh, dari tiada kepada ada (maksud bid’ah); dan kemudian Dia akan masukkan kita kembali ke dalam ibu kita yang baru iaitu bumi ini dan akan mengeluarkan kita kembali. Maknanya Allah ulang balik kejadian kita.

Ini juga mengingatkan kita yang kita akan mati dan akan dibangkitkan kembali. Maka kenalah kita fikirkan keadaan itu nanti. Bagaimana kita mahu nasib kita ketika dibangkitkan – adakah dalam keadaan baik atau dalam keadaan buruk?

 

وَمَن يَرزُقُكُم مِّنَ السَّماءِ وَالأَرضِ

dan siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi

Dan Allah tanya: siapa yang memberikan rezeki kepada kamu daripada langit dan bumi? Hanya Allah sahaja yang menurunkan rezeki dan mengeluarkan rezeki, tidak ada yang lain. Maka kalau hendak rezeki, kena minta dengan Allah.

 

أَءِلٰهٌ مَّعَ اللهِ

Apakah disamping ilah ada tuhan (yang lain)?

Maka adakah lagi ilah selain Allah yang kamu sembah dan puja? Memang tidak patut kalau begitu, kerana Allah yang beri rezeki, tapi kamu sembah dan puja selain Allah?

 

قُل هاتوا بُرهٰنَكُم إِن كُنتُم صٰدِقينَ

Katakanlah: “Bawalah bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar”.

Kalau ada ilah selain Allah, maka bawalah bukti. Dan kalimah haatu dalam nada marah. Kerana kalau biasa, pakai a’tu sahaja.

Ini juga mengajar kita yang agama ini adalah agama dalil. Bukan boleh senang cakap sahaja atau berikan kata-kata manusia sahaja seperti yang dilakukan oleh puak tarekat dan puak Habib. Kena bawa dalil dari Al-Qur’an dan sunnah. Ini yang diajar berkali-kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 65: Selepas ini ada empat ayat yang dimulai dengan kalimah قُل. Ayat-ayat ini nisbah kepada dakwa 1 – ilmu Allah sempurna dan tidak ada yang memiliki sifat ini selain Allah.

قُل لّا يَعلَمُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ الغَيبَ إِلَّا اللهُ ۚ وَما يَشعُرونَ أَيّانَ يُبعَثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “None in the heavens and earth knows the unseen except Allāh, and they do not perceive when they will be resurrected.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.

 

قُل لّا يَعلَمُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ الغَيبَ إِلَّا اللهُ

Katakanlah: “Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”,

Tidak ada yang tahu ilmu ghaib melainkan Allah Ta’ala sahaja. Ini adalah akidah pegangan ahli sunnah: Hanya Allah tahu ilmu ghaib.

Ramai juga yang tidak faham perkara ini. Ada yang sangka para Rasul tahu perkara ghaib. Mereka beri contoh yang Nabi tahu siapakah golongan munafik. Ini adalah salah faham sahaja kerana Nabi bukannya ‘tahu’ sendiri siapa yang munafik tapi ianya disampaikan kepada baginda melalui wahyu. Kalau tak diberitahu, maka baginda pun tidak tahu kerana apa yang ada dalam hati manusia seperti sifat nifak, adalah termasuk perkara ghaib.

Dalam masa yang sama, jangan terkeliru dengan akidah sesat dalam kalangan kelompok yang ada masalah seperti puak Syiah dan golongan Sufi. Puak Syiah mengatakan Imam-imam mereka tahu perkara ghaib. Kalau mereka cerita tentang kehebatan Imam-imam mereka, sudah melebihi para Rasul pula.

Dan ahli sufi dan tariqat pula, kalau bercerita tentang guru-guru mereka dan para wali, pun macam itu juga – seolah-olah para wali dan guru sufi itu lebih hebat dari para Rasul. Maka tidak hairanlah kalau ada pertalian rapat akidah dan fahaman Syiah dan ahli-ahli sufi itu.

Maka janganlah terlibat dengan dua golongan ini dari mula lagi. Kerana kalau tidak ada ilmu, memang susah untuk keluar dari dua golongan ini. Ini adalah syirik fil ilmi (Syirik berkenaan ilmu). Biarlah mereka yang jahil sahaja yang masuk ke dalam Syiah dan tarekat.

 

وَما يَشعُرونَ أَيّانَ يُبعَثونَ

dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.

Ilmu ghaib adalah hak Allah taala sahaja, makhluk memang tidak ada ilmu ini melainkan yang disampaikan sahaja. Dan disampaikan pun kepada para Nabi sahaja. Banyak sekali perkara ghaib yang tidak ada manusia tahu. Antaranya, tidak ada sesiapa pun yang tahu bilakah mereka akan dihidupkan kembali dari mati mereka.

Hari Kebangkitan itu juga boleh bermakna Hari Kiamat. Tidak ada yang tahu bilakah hari kiamat itu melainkan Allah Taala sahaja. Jangan katakan manusia biasa, Nabi Muhammad pun tidak tahu dan Jibrail pun tidak tahu. Inilah akidah ahli sunnah.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Ali ibnul Ja’d, telah menceritakan kepada kami Abu Ja’far Ar-Razi, dari Daud ibnu Abu Hindun, dari Asy-Sya’bi, dari Masruq, dari Aisyah r.a. yang mengatakan bahawa barang siapa yang menduga bahawa dia (Nabi Saw.) mengetahui apa yang akan terjadi esok, maka sesungguhnya dia telah berdusta besar terhadap Allah, kerana Allah Swt. telah berfirman: Katakanlah, “Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah.” (An-Naml: 65)


 

Ayat 66:

بَلِ ادّٰرَكَ عِلمُهُم فِي الآخِرَةِ ۚ بَل هُم في شَكٍّ مِّنها ۖ بَل هُم مِّنها عَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Rather, their knowledge is arrested concerning the Hereafter. Rather, they are in doubt about it. Rather, they are, concerning it, blind.

(MELAYU)

Sebenarnya pengetahuan mereka tentang akhirat tidak sampai (ke sana) malahan mereka ragu-ragu tentang akhirat itu, lebih-lebih lagi mereka buta daripadanya.

 

بَلِ ادّٰرَكَ عِلمُهُم فِي الآخِرَةِ

Sebenarnya pengetahuan mereka tentang akhirat tidak sampai

Kalimah درك bermaksud ‘turun’. Sedikit demi sedikit mereka telah mendapat ilmu tentang hari akhirat. Iaitu ilmu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepada mereka. Kalau tidak disampaikan, maka mereka tidak akan tahu.

Tafsir lainnya, pengetahuan mereka tidak mampu dan lemah untuk mengetahui waktu terjadinya hari kiamat. Seperti yang disebutkan di dalam hadis Sahih Muslim, bahawa Rasulullah Saw. dalam jawapannya terhadap Malaikat Jibril yang menanyakan kepadanya tentang waktu hari kiamat mengatakan:

مَا الْمَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ

Tiadalah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Yakni keduanya sama-sama tidak mengetahui bilakah hari kiamat terjadi, baik orang yang ditanya mahupun sipenanya.

Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna firman-Nya: Sebenarnya pengetahuan mereka tentang akhirat tidak sampai (ke sana). (An-Naml: 66) Iaitu tidak dapat menjangkau, kerana perkara terjadinya hari kiamat adalah hal yang ghaib.

Qatadah telah mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Sebenarnya pengetahuan mereka tentang akhirat tidak sampai (ke sana). (An-Naml: 66) Kerana ketidaktahuan mereka terhadap Tuhannya, maka pengetahuan mereka tidak dapat menembus tentang hari akhirat (kiamat); ini merupakan pendapat yang lain.

Ibnu Juraij telah meriwayatkan dari Ata Al-Khurrasani dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna firman-Nya: Sebenarnya pengetahuan mereka tentang akhirat tidak sampai (ke sana). (An-Naml: 66) Yakni di saat pengetahuan tidak ada manfaatnya lagi.

 

بَل هُم في شَكٍّ مِّنها

malahan mereka ragu-ragu tentang akhirat itu,

Tapi mereka masih ada lagi syak-wasangka terhadap maklumat yang mereka terima dari baginda.

Atau, kerana pengetahuan mereka tidak sampai, maka mereka meragui tentang adanya Kiamat dan hari kebangkitan. Maka mereka tidak bersedia untuk menghadapinya.

 

بَل هُم مِّنها عَمونَ

lebih-lebih lagi mereka buta daripadanya.

Tentang hal akhirat ini mereka memilih untuk membutakan sahaja mata mereka dan tidak mahu beriman dengannya. Bukan mata mereka yang buta tetapi mata hati mereka. Ini adalah kerana kalau mereka terima, mereka kena terima yang segala perbuatan salah mereka akan dipertanggungjawabkan ke atas mereka, dan mereka tidak mahu.

Mereka tidak mahu kerana mereka nak buat apa sahaja yang mereka hendak buat dan mereka tidak suka dipertanggungjawabkan. Maka mereka akan butakan sahaja mata mereka (atau buat pekak sahaja).


 

Ayat 67: Apakah hujah Musyrikin Mekah menolak adanya kebangkitan semula?

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا أَءِذا كُنّا تُرٰبًا وَءآباؤُنا أَئِنّا لَمُخرَجونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who disbelieve say, “When we have become dust as well as our forefathers, will we indeed be brought out [of the graves]?

(MELAYU)

Berkatalah orang-orang yang kafir: “Apakah setelah kita menjadi tanah dan (begitu pula) bapa-bapa kita; apakah sesungguhnya kita akan dikeluarkan (dari kubur)?

 

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا أَءِذا كُنّا تُرٰبًا

Berkatalah orang-orang yang kafir: “Apakah setelah kita menjadi tanah

Musyrikin Mekah tahu yang mereka akan mati dan akan jadi tanah. Maknanya mereka terima yang mereka akan mati.

 

وَءآباؤُنا أَئِنّا لَمُخرَجونَ

dan (begitu pula) bapa-bapa kita; apakah sesungguhnya kita akan dikeluarkan (dari kubur)?

Mereka juga tahu yang tok nenek mereka pun jadi tanah juga. Dan apabila Nabi Muhammad beritahu yang semua yang mati akan dihidupkan semula satu hari nanti, mereka tidak percaya kerana mereka kata takkan apabila mereka telah jadi tanah dah hancur dalam kubur itu mereka akan dikembalikan semula ke dunia?

Kalau mereka yang baru mati, ada juga kemungkinan dihidupkan semula. tapi apabila mereka lihat kepada tulang belulang tok nenek mereka yang telah hancur, mereka tak dapat bayangkan yang tulang-tulang itu akan dihidupkan semula. Mereka rasa ianya mustahil sungguh kerana sudah lama sangat tok nenek mereka mati.


 

Ayat 68:

لَقَد وُعِدنا هٰذا نَحنُ وَءآباؤُنا مِن قَبلُ إِن هٰذا إِلّا أَسٰطيرُ الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We have been promised this, we and our forefathers, before. This is not but legends of the former peoples.”

(MELAYU)

Sesungguhnya kami telah diberi ancaman dengan ini dan (juga) bapa-bapa kami dahulu; ini tidak lain hanyalah dongengan-dongengan orang dahulu kala”.

 

لَقَد وُعِدنا هٰذا نَحنُ وَءآباؤُنا مِن قَبلُ

Sesungguhnya kami telah diberi ancaman dengan ini dan (juga) bapa-bapa kami dahulu;

Ayat ini menunjukkan yang mereka bukannya tidak tahu langsung tentang kebangkitan semula itu kerana mereka kata tok nenek mereka pun ada juga bercakap tentang perkara ini. Mereka rasa macam mereka pernah dengar. Ini adalah kerana Rasul mereka dulu adalah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail maka tentulah ada sampai sedikit sebanyak ajaran dari mereka.

 

إِن هٰذا إِلّا أَسٰطيرُ الأَوَّلينَ

ini tidak lain hanyalah dongengan-dongengan orang dahulu kala”.

Akan tetapi Musyrikin Mekah memilih untuk mengatakan yang kisah kebangkitan semula yang mereka pernah dengar itu hanyalah kisah-kisah dongeng sahaja. Jadi pada mereka apa yang Nabi Muhammad sampaikan kepada mereka itu bukanlah benar-benar perkara yang baru tetapi mereka memang sudah tahu. Kerana mereka dulu pun ada nabi dan rasul juga dan maklumat itu telah sampai kepada mereka.

Mereka ada juga dengar desas desus tentang perkara itu. Tapi pada mereka, itu semua adalah kisah dongeng sahaja, tidak boleh dipercayai. Dan mereka kata Nabi Muhammad pun dapat kisah itu dari dongengan dahulukala juga.

Mereka hendak memberi isyarat yang orang-orang dulu itu tidak tinggi pemikiran mereka dan kerana itu boleh percaya dengan kisah-kisah yang tidak masuk akal itu. Tapi mereka kononnya berakal tinggi dan tak mudah nak terima kisah-kisah dongeng itu.

Atau, mereka nak kata: dari dulu sampai sekarang tidak pernah pun ada yang orang dulu mati dan hidup balik. Ini pun hujah yang bodoh. Sebab Nabi tidak kata orang mati hidup balik di dunia, tapi hidup balik di akhirat kelak (bukannya sekarang).

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 8 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Naml Ayat 61 – 63 (Maksud khalifah)

Ayat 61: 

أَمَّن جَعَلَ الأَرضَ قَرارًا وَجَعَلَ خِلٰلَها أَنهٰرًا وَجَعَلَ لَها رَوٰسِيَ وَجَعَلَ بَينَ البَحرَينِ حاجِزًا ۗ أَءلٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Is He [not best] who made the earth a stable ground and placed within it rivers and made for it firmly set mountains and placed between the two seas a barrier? Is there a deity with Allāh? [No], but most of them do not know.

(MELAYU)

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat tetap, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung padanya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.

 

أَمَّن جَعَلَ الأَرضَ قَرارًا

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat tetap,

Allah mengingatkan mereka, siapakah yang menjadikan bumi ini kukuh dan stabil untuk kita diami? Kalaulah alam ini tidak stabil, macam mana kita nak hidup di bumi ini? Kalau gempa bumi sekejap beberapa saat sahaja pun, sudah banyak kerosakan yang dialami oleh manusia dan binaan, apatah lagi kalau bumi ini keseluruhannya asyik bergegar sahaja?

Bayangkan bumi ini sedang bergerak dengan lajunya di angkasa, mengelilingi matahari tapi kita tenang sahaja.

 

وَجَعَلَ خِلٰلَها أَنهٰرًا

dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya,

Allah yang menjadikan sungai-sungai sebagai sumber air kepada manusia. Sungai menjadi sumber kehidupan untuk banyak manusia. Dengan air itu dapat menyuburkan tanaman dan menjadi sumber minuman untuk binatang dan manusia.

Allahlah yang menjadikan sungai-sungai di bumi yang airnya tawar lagi baik, sungai-sungai itu membelah di celah-celahnya, lalu mengalirkan air di bumi, ada yang besar dan yang kecil; ada yang ke timur dan yang ke barat; dan ada yang ke selatan atau ada yang ke utara, sesuai dengan keperluan hamba-hamba-Nya di berbagai belahan bumi.

Ini semua kerana Allah telah menyebarkan mereka di muka bumi dan memudahkan bagi mereka jalan rezekinya menurut apa yang mereka perlukan.

 

وَجَعَلَ لَها رَوٰسِيَ

dan yang menjadikan gunung-gunung padanya

Dan Allah menjadikan gunung ganang sebagai pasak untuk bumi. Apabila ada gunung ganang, maka kerak bumi ini tidaklah bergerak dan dapatlah kita hidup dengan tenang. Fenomena ini dinamakan isostasi. Ini boleh dibaca di sini: http://www.miracles-of-quran.com/mountains.htm

 

وَجَعَلَ بَينَ البَحرَينِ حاجِزًا

dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? 

Allah jadikan tanah, bumi dan gunung ganang sebagai pemisah antara laut-laut yang banyak. Kerana laut yang lebih besar daripada daratan sebenarnya. Kerana itu tanah dikira sebagai penghalang. Kalau bukan kerana tanah dan gunung, maka tentulah air laut akan bercantum dan kita tidak ada tempat tinggal lagi.

Satu lagi maksud ayat ini, Allah memisahkan antara air tawar di sungai dan air laut yang masin dengan tanah. Ini supaya air tawar itu tidak tercemar dengan air masin kerana kita tidak boleh minum air masin.

 

أَءلٰهٌ مَّعَ اللهِ

Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? 

Setelah Allah menceritakan segala apa yang dijadikanNya itu untuk kebaikan kita, Allah tanya adakah ilah-ilah lain selain daripada Allah? Adakah sembahan-sembahan selain Allah yang dipuja manusia itu buat apa-apa?

Tentu tidak ada lagi ilah-ilah lain. Hanya Allah sahaja ilah yang kita sembah, puja dan tempat kita doa.

 

بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ

Bahkan kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.

Tapi kebanyakan daripada manusia memang tidak mengetahui tentang tauhid. Kerana kebanyakan tidak memikirkan perkara ini. Mereka tidak mahu memikirkan siapakah sebenarnya yang menjadikan alam ini dan menjaganya. Kerana itu ramai manusia yang kufur dengan Allah.

Umat Islam pun ramai yang tidak tahu kerana mereka jauh dari ilmu wahyu.


 

Ayat 62:

أَمَّن يُجيبُ المُضطَرَّ إِذا دَعاهُ وَيَكشِفُ السّوءَ وَيَجعَلُكُم خُلَفاءَ الأَرضِ ۗ أَءِلٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ قَليلًا مّا تَذَكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Is He [not best] who responds to the desperate one when he calls upon Him and removes evil and makes you inheritors of the earth?1 Is there a deity with Allāh? Little do you remember.

  • Generation after generation.

(MELAYU)

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).

 

أَمَّن يُجيبُ المُضطَرَّ إِذا دَعاهُ

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya,

Allah tanya lagi: siapa yang telah membantu orang-orang yang meminta bantuan dan membantu pula dengan segera? Hanya Allah sahaja yang dengar doa-doa makhluk dan Dia sahaja yang boleh memperkenankan doa-doa itu. Maka doa kepada selain Allah itu adalah sia-sia sahaja. Kerana tidak ada selain Allah yang mendengar doa permintaan hamba.

 

وَيَكشِفُ السّوءَ

dan yang menghilangkan kesusahan

Dan Allah mengingatkan yang Dia sahaja yang boleh angkat kesusahan yang dialami oleh makhluk. Kita semua sekali sekala akan mengalami kesusahan dan waktu itu kita amat berharap semoga masalah itu diangkat (diselesaikan). Kepada Allah sahaja tempat kita berharap. Tapi malangnya ramai yang tidak sedar tentang perkara ini dan ramai yang berdoa kepada selain Allah.

Lebih malang lagi, orang Islam pun tidak sedar tentang perkara ini dan ramai yang berdoa kepada selain Allah. Mereka jadikan roh-roh Nabi, wali dan malaikat sebagai wasilah mereka untuk menyampaikan doa kepada Allah dan ini adalah perbuatan syirik.

 

وَيَجعَلُكُم خُلَفاءَ الأَرضِ

dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? 

Dan Allah mengingatkan yang Dia juga yang telah menjadikan kita manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Dalam banyak-banyak makhluk yang dijadikanNya, Dia telah memilih kita untuk berada di kedudukan yang tinggi sebagai khalifah di muka bumi.

Apakah maksud ‘khalifah’ itu? Iaitu suatu umat sesudah umat yang lain dan suatu generasi sesudah generasi yang lain, dan suatu kaum sesudah kaum yang lain. Seandainya Allah menghendaki, boleh sahaja Dia menjadikan manusia semua dalam waktu yang sama, dan tidak menjadikan sebahagian dari mereka sebagai keturunan dari sebahagian yang lain.

Bahkan seandainya Dia menghendaki, tentulah Dia menciptakan mereka semuanya sekaligus sebagaimana Dia menciptakan Adam dari tanah. Dan seandainya Allah menghendaki, Dia dapat menjadikan sebahagian dari mereka keturunan sebahagian yang lain, tetapi tidak mematikan seorang pun dari mereka agar kematian mereka bersamaan sekaligus; dan tentulah bumi ini akan penuh sesak dengan manusia, sebagaimana penghidupan dan mata pencarian mereka akan menjadi sempit pula; sebahagian dari mereka membahayakan sebahagian yang lainnya.

Akan tetapi, hikmah dan takdir Allah telah menetapkan penciptaan mereka dari satu diri, kemudian membuat mereka banyak dalam jumlah yang tak terhitung, lalu menyebarkan mereka di bumi ini dan menjadikan mereka generasi demi generasi dan umat demi umat, sehingga masa keberadaan mereka habis —begitu pula semua makhluk lainnya— sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah Swt. dan sebagaimana yang telah dihitung dan dijumlahkan secermat-cermatnya oleh-Nya.

Kemudian Allah menjadikan hari kiamat, lalu setiap orang yang beramal ditunaikan balasan amal perbuatannya, bila hari kiamat telah terjadi.

 

أَءِلٰهٌ مَّعَ اللهِ

Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)?

Oleh itu, ini adalah soalan yang amat penting: Adakah ilah lain selain daripada Allah? Tentunya tidak ada. Maka jadikanlah Allah sahaja sebagai ilah iaitu tempat pengharapan kita dalam doa. Jangan doa kepada selain Allah.

 

قَليلًا مّا تَذَكَّرونَ

Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).

Malangnya ramai manusia yang tidak ingat perkara ini. Kita semua ada fitrah dibekalkan oleh Allah sebelum kita lahir lagi – kita kenal Allah dan kenal tauhid; tapi kerana jauh dari ajaran wahyu, ramai dari kita lupa perkara ini.


 

Ayat 63: Dalil aqli

أَمَّن يَهديكُم في ظُلُمٰتِ البَرِّ وَالبَحرِ وَمَن يُرسِلُ الرِّيٰحَ بُشرًا بَينَ يَدَي رَحمَتِهِ ۗ أَءِلٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ تَعٰلَى اللهُ عَمّا يُشرِكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Is He [not best] who guides you through the darknesses of the land and sea and who sends the winds as good tidings before His mercy? Is there a deity with Allāh? High is Allāh above whatever they associate with Him.

(MELAYU)

Atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di dataran dan lautan dan siapa (pula)kah yang menghantar angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan (dengan-Nya).

 

أَمَّن يَهديكُم في ظُلُمٰتِ البَرِّ وَالبَحرِ

Atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di dataran dan lautan

Siapakah lagi yang memberi panduan jalan apabila kamu bermusafir di daratan dan juga di lautan? Allah beri hidayah dengan memberikan bintang-bintang sebagai penunjuk arah. Bangsa Arab banyak melakukan musafir dan mereka menggunakan bintang-bintang di langit sebagai GPS mereka. Ianya amat berguna kerana langit itu boleh dilihat sama ada di daratan atau lautan.

 

وَمَن يُرسِلُ الرِّيٰحَ بُشرًا بَينَ يَدَي رَحمَتِهِ

dan siapa (pula)kah yang menghantar angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya? 

Dan Allah memberi berita baik dengan turunnya hujan, tetapi sebelum turun hujan itu Allah memberikan angin supaya manusia dapat tahu bahawa tidak lama lagi hujan akan turun. Dengan angin itu sahaja manusia sudah boleh bergembira.

 

أَءِلٰهٌ مَّعَ اللهِ

Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)? 

Adakah ilah lain yang patut disembah dan dipuja selain Allah? Adakah ada ilah lain yang telah memberikan segala keperluan kita?

 

تَعٰلَى اللهُ عَمّا يُشرِكونَ

Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan (dengan-Nya).

Allah lebih tinggi daripada ilah-ilah yang manusia puja selain Allah itu. Manusia syirik telah meletakkan kelebihan-kelebihan kepada ilah-ilah selain Allah yang disembah itu. Tapi ia semua adalah rekaan sahaja. Ianya tidak benar.

Manusia ada yang meletakkan sifat-sifat yang tidak patut kepada Allah. Antaranya mereka kata Allah ada mengambil anak. Ini tidak benar sama sekali kerana Allah lebih tinggi dari sifat memerlukan anak itu.

Ada yang meletakkan kuasa pada ilah-ilah mereka sampai menyamai sifat Tuhan. Ini juga tidak benar kerana Allah lebih tinggi dari apa yang mereka katakan tentang ilah-ilah mereka.

Maka kita kena kenal Allah sebagaimana yang diajarNya kepada kita melalui wahyu dan para RasulNya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 8 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Naml Ayat 56 – 60 (Allah selamatkan orang beriman)

Naml Ayat 56: Setelah ditegur oleh Nabi Luth kerana perbuatan buruk mereka, inilah balasan dari kata-kata kaum itu.

۞ فَما كانَ جَوابَ قَومِهِ إِلّا أَن قالوا أَخرِجوا ءآلَ لوطٍ مِّن قَريَتِكُم ۖ إِنَّهُم أُناسٌ يَتَطَهَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But the answer of his people was not except that they said, “Expel the family of Lot from your city. Indeed, they are people who keep themselves pure.”

(MELAYU)

Maka tidak lain jawapan kaumnya melainkan mengatakan: “Usirlah Luth berserta keluarganya dari negerimu; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwakan dirinya) bersih”.

 

فَما كانَ جَوابَ قَومِهِ إِلّا أَن قالوا

Maka tidak lain jawapan kaumnya melainkan mengatakan:

Mereka bukan ada jawapan pun, tapi mereka gunakan kata-kata kasar sahaja. Nak bagi alasan apa lagi? Memang tidak ada alasan untuk membenarkan perbuatan hina mereka. Maka golongan LGBT janganlah nak guna apa-apa hujah pun.

 

أَخرِجوا ءآلَ لوطٍ مِّن قَريَتِكُم

“Usirlah Luth berserta keluarganya dari negerimu; 

Balasan dari dakwah Nabi itu, mereka suruh supaya dikeluarkan baginda dan ahli-ahli keluarga baginda daripada negeri itu. Ini nak buang daerah lah sahaja.

Begitulah puak-puak jahat. Mereka tidak ada jawapan dari kesalahan yang mereka lakukan. Macam juga puak anti sunnah di negara kita. Apabila mereka rasa tergugat dengan hujah-hujah ustaz Sunnah, maka mereka gunakan alasan tidak ada tauliah dan mereka halang dari masuk negeri mereka.

 

إِنَّهُم أُناسٌ يَتَطَهَّرونَ

kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwakan dirinya) bersih”.

Mereka suruh keluarkan Nabi Luth dan orang beriman dari tempat mereka kerana mereka itu rasa mereka itu suci sangat. Ini adalah ejekan daripada kaum itu. Mereka nak kata: “Kalau rasa suci sangat, keluar sahajalah dari sini.”

Ini kerana mereka nak buat benda yang mereka nak buat dan rimas bila ada orang yang tegur mereka. Ini macam budak-budak nakal yang tidak senang duduk kalau ada ustaz di sekeliling mereka. Mulalah mereka berdoa semoga ustaz itu cepat berlalu dari situ.


 

Naml Ayat 57: 

فَأَنجَينٰهُ وَأَهلَهُ إِلَّا امرَأَتَهُ قَدَّرنٰها مِنَ الغٰبِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We saved him and his family, except for his wife; We destined her to be of those who remained behind.

(MELAYU)

Maka Kami selamatkan dia berserta keluarganya, kecuali isterinya. Kami telah mentakdirkan dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan).

 

فَأَنجَينٰهُ وَأَهلَهُ

Maka Kami selamatkan dia berserta keluarganya,

Apabila kaumnya telah buat keputusan hendak mencederakan Rasul mereka maka Allah akan beri azab kepada kaum itu dan menyelamatkan Rasul dan mereka yang beriman bersamanya. Ini termasuklah keluarganya. Mereka disuruh meninggalkan tempat itu dengan segera. Ini diceritakan dalam surah yang lain.

 

إِلَّا امرَأَتَهُ قَدَّرنٰها مِنَ الغٰبِرينَ

kecuali isterinya. Kami telah mentakdirkan dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan).

Dan ahli keluarga baginda juga akan diselamatkan kecuali isterinya kerana isterinya itu bersekongkol dengan kaumnya. Ini memberitahu kita bahawa bukanlah semua ahli keluarga akan selamat. Hanya mereka yang beriman sahaja yang akan selamat.

Jadi kalau ahli keluarga Rasulullah seperti Abu Lahab dan ahli keluarga lain yang tidak beriman maka mereka juga tidak akan selamat. Kerana keselamatan bukanlah kerana pertalian kekeluargaan, tapi keimanan.  Keluarga yang sebenar adalah keluarga yang ada ikatan keimanan. Begitu juga dengan anak Nabi Nuh pun tidak selamat walaupun anaknya sendiri. Maka kalau anak ulama, anak ustaz, belum tentu selamat lagi.

Isterinya itu termasuk orang-orang yang dibinasakan bersama kaumnya, kerana isteri Nabi Luth menolong perbuatan mereka dan menyetujui perbuatan mereka yang buruk itu. Isteri Nabi Luthlah yang memberitahukan kepada mereka tentang kedatangan tamu-tamu Luth (para malaikat) itu dengan tujuan agar mereka mengerjainya.

Makna yang dimaksudkan bukan bererti bahawa isteri Nabi Luth mengerjakan perbuatan keji itu, dan ini sebagai penghormatan terhadap Nabi Luth a.s., bukan terhadap isterinya. Ini kerana kita kena jaga nama baik Rasul. Para isteri Nabi tidak mungkin melakukan zina kerana mereka itu adalah isteri para Nabi. Walaupun mereka mungkin berdosa, tapi tidaklah kerana dosa buruk seperti zina.


 

Naml Ayat 58:

وَأَمطَرنا عَلَيهِم مَّطَرًا ۖ فَساءَ مَطَرُ المُنذَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We rained upon them a rain [of stones], and evil was the rain of those who were warned.

(MELAYU)

Dan Kami turunkan hujan atas mereka (hujan batu), maka amat buruklah hujan yang ditimpakan atas orang-orang yang diberi peringatan itu.

 

وَأَمطَرنا عَلَيهِم مَّطَرًا

Dan Kami turunkan hujan atas mereka (hujan batu),

Mereka dihujani dengan hujan batu yang menghancurkan mereka. Kisah panjang disebut dalam surah-surah yang lain. Kawasan tempat tinggal mereka diangkat ke langit dan mereka dihujani dengan batu panas. Setiap batu itu ada nama mangsanya. Sampaikan ada penduduk Sodom yang bermusafir ke negeri lain pun, batu dia cari dia juga dan membunuhnya di tempat lain.

 

فَساءَ مَطَرُ المُنذَرينَ

maka amat buruklah hujan yang ditimpakan atas orang-orang yang diberi peringatan itu.

Kalau hujan air, tidaklah mengapa, tapi Allah berikan hujan batu yang telah tertulis nama mereka untuk membunuh mereka. Mereka dikenakan dengan azab yang teruk kerana mereka telah diberi peringatan oleh Nabi mereka sendiri tapi mereka menolaknya. Dan mereka bukan sahaja tidak menerima, tapi hendak menghalau pula Nabi mereka. Maka kesalahan mereka besar.


 

Naml Ayat 59: Sekarang Allah beri natijah daripada ke empat-empat cerita para Rasul sebelum ini. Allah memiliki Qudrat yang sempurna dan Allah boleh hukum bila-bila masa sahaja.

Ayat 59 ini adalah Perenggan Makro Keenam. Ia mengandungi seruan para Nabi yang sama sahaja sepanjang zaman.

قُلِ الحَمدُ ِللهِ وَسَلٰمٌ عَلىٰ عِبادِهِ الَّذينَ اصطَفىٰ ۗ آللهُ خَيرٌ أَمّا يُشرِكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, [O Muḥammad], “Praise be to Allāh, and peace upon His servants whom He has chosen. Is Allāh better or what they associate with Him?”

(MELAYU)

Katakanlah: “Segala puji bagi Allah dan kesejahteraan atas hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya. Apakah Allah yang lebih baik, ataukah apa yang mereka persekutukan dengan Dia?”

 

قُلِ الحَمدُ ِللهِ

Katakanlah: “Segala puji bagi Allah

Pujian yang khusus hanyalah bagi Allah. Ini kita telah bincangkan di dalam Surah Fatihah. Pujilah Allah atas segala nikmat-Nya yang telah Dia limpahkan kepada hamba-hamba-Nya; nikmat-nikmat-Nya tak terhingga banyaknya dan tidak dapat dihitung.

Segala puji bagi Allah atas sifat-sifat-Nya Yang Mahatinggi dan asma-asma-Nya yang terbaik, juga atas salam-Nya yang telah Dia limpahkan kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih, iaitu para rasul dan para nabi-Nya yang mulia-mulia.

 

وَسَلٰمٌ عَلىٰ عِبادِهِ الَّذينَ اصطَفىٰ

dan kesejahteraan atas hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya. 

Allah akan tetap memberi keselamatan kepada orang-orang yang beriman. Allah yang pilih mereka untuk menjadi orang yang beriman kerana keinginan mereka sendiri. Kerana mereka ada kehendak untuk beriman, maka Allah akan tarik mereka kepada keimanan.

Makna yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah bahawa setelah Allah menceritakan tentang apa yang telah dilakukan-Nya terhadap kekasih-kekasih-Nya —iaitu menyelamatkan mereka, menolong dan mendukung mereka, lalu menimpakan kehinaan azab dan kekalahan terhadap musuh-musuh­Nya—, maka Allah memerintahkan kepada Rasul-Nya dan orang-orang yang mengikutinya untuk memuji Allah atas semua yang telah dilakukan-Nya. Dan hendaknya mereka memohonkan kesejahteraan buat hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya.

 

آللهُ خَيرٌ أَمّا يُشرِكونَ

Apakah Allah yang lebih baik, ataukah apa yang mereka persekutukan dengan Dia?”

Adakah Allah yang lebih baik atau pujaan-pujaan mereka itu yang lebih baik? Ramai manusia yang tidak hanya menyembah dan berdoa kepada Allah sahaja. Dalam mereka menyembah Allah, mereka ada juga sembah dan berdoa kepada selain Allah.

Tapi adakah roh-roh sembahan mereka itu lebih baik? Tentu tidak sama sekali. Kerana itu kita kenalah menghambakan diri dan berharap kepada Allah sahaja. Jangan kita sembah selain Allah dan jangan kita berdoa kepada selain Allah.

AKHIR JUZ 19.


 

Naml Ayat 60: Dari ayat ini sehingga ke ayat 69 adalah Perenggan Makro Ketujuh. Ia mengandungi pengajaran Tauhid Uluhiyyah atau Hakimiyyah. Untuk membuktikan Allah lebih baik, maka Dia telah berikan berbagai-bagai dalil.

أَمَّن خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ السَّماءِ ماءً فَأَنبَتنا بِهِ حَدائِقَ ذاتَ بَهجَةٍ مّا كانَ لَكُم أَن تُنبِتوا شَجَرَها ۗ أَإِلٰهٌ مَعَ اللهِ ۚ بَل هُم قَومٌ يَعدِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[More precisely], is He [not best] who created the heavens and the earth and sent down for you rain from the sky, causing to grow thereby gardens of joyful beauty which you could not [otherwise] have grown the trees thereof? Is there a deity with Allāh?¹ [No], but they are a people who ascribe equals [to Him].

  • Three meanings are implied: “Is there another god who did all of this with Allāh?” or “Is there any deity worthy to be worshipped along with Allāh?” or “Is there a deity to be compared with Allāh?”

(MELAYU)

Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).

 

أَمَّن خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ

Siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi

Adakah Allah yang memberi segala itu lebih baik atau roh-roh syirik yang mereka sembah itu yang lebih baik? Adakah roh-roh sembahan manusia itu boleh cipta alam ini? Tentu tidak, bukan? Kerana yang menjadikan langit dan bumi ini hanyalah Allah sahaja. Adakah ilah lain boleh mencipta apa-apa? Tentu tidak.

 

وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ السَّماءِ ماءً

dan yang menurunkan air untukmu dari langit, 

Allah mengingatkan air yang Dia turunkan dari langit. Siapa lagi yang boleh turunkan air hujan dari langit itu?

 

فَأَنبَتنا بِهِ حَدائِقَ ذاتَ بَهجَةٍ

lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, 

Air hujan itu amat penting untuk kehidupan kita. Dengannya tumbuh-tumbuhan dapat hidup. Binatang dan kita dapat minum air itu. Dan apabila tumbuh-tumbuhan itu dapat air, maka ia akan hidup subur dan menjadi makanan bagi binatang ternak dan manusia. Dan kita pun makan dari binatang ternak itu juga.

Kalimah حَدائِقَ bermaksud taman-taman. Ini adalah kerana tumbuhan menghijau dan berbagai warna itu menjadi seperti kebun di dunia ini.

Dan kalimah بَهجَةٍ dari katadasar ن ه ج yang bermaksud cantik, cerah, terang, hebat, menggembirakan. Manusia memang suka tengok taman yang indah. Kita suka berehat di dalam taman bersama dengan keluarga. Maka setiap kali kita duduk dalam taman, maka kenanglah ayat ini. Kenanglah yang Allahlah yang menjadikan kebun itu cantik. Kalimah بَهْجَةٍ juga boleh diterjemahkan sebagai kegembiraan.

Terdapat peningkatan kesedaran di kalangan penyelidik dan pengamal kesihatan tentang potensi manfaat kesihatan yang diperoleh daripada aktiviti berkebun. Malah, kajian moden menunjukkan bahawa berkebun meningkatkan kepuasan hidup, semangat, kesejahteraan psikologi, kesan positif, rasa berkomuniti dan meningkatkan fungsi kognitif individu. Pengurangan tekanan, kemarahan, keletihan, dan gejala kemurungan dan kebimbangan juga telah didokumenkan. Akibatnya, penglibatan dengan berkebun semakin diiktiraf sebagai bukan sahaja campur tangan kesihatan yang kos efektif tetapi juga rawatan atau terapi pekerjaan bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan psikologi, yang dipanggil “terapi hortikultur”.

Meluangkan masa di taman atau berkebun dikatakan sebagai antidepresan semula jadi. Walau bagaimanapun ini telah digambarkan dalam Al-Qur’an 1400 tahun sebelum ia ditemui. Ini adalah bukti lagi bahawa Al-Qur’an adalah kalamullah dan mukjizat.

 

مّا كانَ لَكُم أَن تُنبِتوا شَجَرَها

yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? 

Allah beri segala pokok dan tumbuhan itu yang manusia sendiri tahu yang mereka tidak boleh menghidupkannya sendiri. Allahlah yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan di alam ini untuk kebaikan kita semua.

 

أَإِلٰهٌ مَعَ اللهِ

Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)?

Kemudian Allah tanya: adakah ilah selain Allah? Kita kena jawab: “tidak!”

Telah disebut tentang kesalahan kaum-kaum para Rasul sebelum ini, seperti Kaum Nabi Luth dengan dosa homoseksual mereka. Tapi yang lebih teruk lagi, mereka itu adalah kaum yang melakukan syirik dan ini bermakna yang kesalahan mereka bukan sahaja kesalahan homoseksual tetapi kesalahan yang lebih besar adalah melakukan syirik kepada Allah.

 

بَل هُم قَومٌ يَعدِلونَ

Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).

Kerana mereka tidak menghambakan diri kepada Allah sahaja, maka mereka telah menghambakan diri kepada nafsu mereka. Dan kerana itulah mereka telah melakukan kesalahan dan dosa yang dilarang oleh Allah. Maka kalau kita pun tidak menghambakan diri kepada Allah, maka kita pun boleh jadi seperti mereka juga.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 2 Ogos 2023


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Naml Ayat 50 – 55 (Kaum Nabi Luth)

Ayat 50: Orang jahat dari kalangan kaum Tsamud buat rancangan untuk bunuh Nabi Saleh a.s.

وَمَكَروا مَكرًا وَمَكَرنا مَكرًا وَهُم لا يَشعُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they planned a plan, and We planned a plan, while they perceived not.

(MELAYU)

Dan mereka pun merencanakan makar dengan sungguh-sungguh dan Kami merencanakan makar (pula), sedang mereka tidak menyedari.

 

وَمَكَروا مَكرًا

Dan mereka pun buat rancangan jahat dengan sungguh-sungguh

Mereka pun duduklah berbincang di tempat rahsia dalam keadaan rahsia. Kerana mereka nak kena pastikan rancangan mereka itu berjaya. Kerana apa yang mereka nak buat itu adalah perkara besar. Maka, kenalah setiap inci perkara kena difikirkan.

 

وَمَكَرنا مَكرًا

dan Kami merencanakan makar (pula), 

Tapi mereka fikir mereka sahaja buat rancangan, Allah tak buat rancangan? Mereka sangka mereka boleh apa sahaja terhadap RasulNya dan Allah biarkan sahaja?

 

وَهُم لا يَشعُرونَ

sedang mereka tidak menyedari.

Mereka memang bodoh. Mereka merancang tetapi Allah juga merancang dan mereka tidak tahu perancangan Allah. Rancangan mereka Allah tahu; tapi mereka tidak tahu rancangan Allah.

Mereka tidak kenal Allah – mereka sangka Allah itu macam manusia agaknya – tidak tahu rahsia perbincangan mereka kalau mereka buat senyap-senyap. Mereka sangka Allah tidak menguasai segala sesuatu, sampaikan mereka boleh buat rancangan untuk menggagalkan RasulNya atau Allah sendiri.


 

Ayat 51:

فَانظُر كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ مَكرِهِم أَنّا دَمَّرنٰهُم وَقَومَهُم أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then look how was the outcome of their plan – that We destroyed them and their people, all.

(MELAYU)

Maka perhatikanlah betapa sesungguhnya akibat makar mereka itu, bahawasanya Kami membinasakan mereka dan kaum mereka semuanya.

 

فَانظُر كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ مَكرِهِم

Maka perhatikanlah betapa sesungguhnya akibat makar mereka itu,

Maka bacalah apa kesan yang telah dikenakan kepada mereka kerana rancangan jahat mereka itu.

 

أَنّا دَمَّرنٰهُم وَقَومَهُم أَجمَعينَ

bahawasanya Kami membinasakan mereka dan kaum mereka semuanya.

Mereka dan kaum mereka telah dilenyekkan kerana rancangan mereka itu. Tapi kenapa pula kaum mereka kena sekali, sedangkan mereka tidak buat apa pun? Sebab mereka tidak buat apalah, sebab kaum yang lain itu tengok sahaja. Kaum mereka pun tidak menghalang apa yang dilakukan oleh ketua-ketua mereka. Walaupun mereka tidak buat, tapi kerana mereka tidak menolak rancangan itu, maka mereka dikira bersubahat.

Begitulah kita ini sekarang, kalau tengok sahaja kemungkaran yang dilakukan oleh manusia lain, tak tegur. Kita rasa kita selamat kerana kita sendiri tak buat, tapi tak kuasa nak tegur. Maka kita pun bersalah juga dan kalau Allah turunkan bala, dengan kita sekali pun kena bala itu juga.


 

Ayat 52:

فَتِلكَ بُيوتُهُم خاوِيَةً بِما ظَلَموا ۗ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لِّقَومٍ يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So those are their houses, desolate because of the wrong they had done. Indeed in that is a sign for people who know.

(MELAYU)

Maka itulah rumah-rumah mereka dalam keadaan runtuh disebabkan kezaliman mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) pelajaran bagi kaum yang mengetahui.

 

فَتِلكَ بُيوتُهُم خاوِيَةً بِما ظَلَموا

Maka itulah rumah-rumah mereka dalam keadaan runtuh disebabkan kezaliman mereka.

Musyrikin Mekah diingatkan bagaimana rumah-rumah Kaum Tsamud itu telah roboh. Kaum itu tinggalnya tidak jauh daripada penduduk Mekah dan mereka sendiri boleh pergi lihat apakah tinggalan kaum yang telah dihancurkan itu. Tengoklah sendiri – adakah kamu nak jadi macam mereka?

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لِّقَومٍ يَعلَمونَ

Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) pelajaran bagi kaum yang mengetahui.

Itu semua menjadi tanda bagi kaum yang mahu mengambil pengajaran. Itu pengajaran bahawa Allah boleh menghukum mereka yang engkar kepadanya. Kalau orang yang buka minda dan mata hatinya, apabila mereka tengok kaum yang telah dimusnahkan dulu, tentulah mereka akan terfikir: “takkan aku nak jadi macam ini juga.” Maka kenalah dia berfikir apa yang benar dan apa yang tidak.


 

Ayat 53: Siapa sahaja yang selamat?

وَأَنجَينَا الَّذينَ ءآمَنوا وَكانوا يَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We saved those who believed and used to fear Allāh.

(MELAYU)

Dan telah Kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka itu selalu bertakwa.

 

Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang beriman dan orang orang yang mahu menjadi orang-orang yang bertakwa. Ini adalah mereka yang betul-betul beriman dan mereka menunjukkan keimanan mereka.

Dan mereka melakukan amar makruf nahi mungkar. Kalau mereka melihat kepada kemungkaran yang dilakukan, mereka akan menegur mereka yang melakukan kemungkaran itu – tidaklah mereka senyap dan tengok sahaja.

Maka Allah telah selamat Nabi Saleh dan pengikut baginda. Mereka telah disuruh keluar awal-awal lagi sebelum azab itu dikenakan ke tempat itu.


 

Ayat 54: Sekarang kita masuk kepada kisah yang baru pula iaitu kisah kaum Nabi Luth. Kisah keempat ini juga berkenaan Qudrat Allah Taala.

Dari ayat ini sehingga ke ayat 58 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia berkenaan kisah Nabi Luth dan ia mengandungi penjelasan tambahan kepada kisah yang telah disebut dalam surah Asy-Syuara’.

وَلوطًا إِذ قالَ لِقَومِهِ أَتَأتونَ الفٰحِشَةَ وَأَنتُم تُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] Lot, when he said to his people, “Do you commit immorality¹ while you are seeing?²

  • Homosexual acts.
  • i.e., openly. Another meaning is “…while you are aware [that it is wrong].”

(MELAYU)

Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah itu sedang kamu memperlihatkan(nya)?”

 

وَلوطًا إِذ قالَ لِقَومِهِ أَتَأتونَ الفٰحِشَةَ

Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah itu

Nabi Luth menegur kaum itu kerana mereka melakukan dosa yang memalukan iaitu perbuatan homoseksual – mengadakan perhubungan seks sama jenis. Ini adalah perbuatan yang amat buruk sekali.

Kalimah الفٰحِشَةَ merujuk kepada perbuatan yang memalukan. Selalunya berkenaan dengan seksual. Iaitu perkara yang kita sendiri malu kalau orang lain tahu kita ada buat. Ia termasuklah homoseksual, penzinaan, melancap, melihat pornografi, kata-kata kotor dan macam-macam lagi.

Dalam kes Kaum Nabi Luth ini, fahisyah yang mereka lakukan adalah homoseksual, kiranya yang paling teruklah dari perbuatan fahisyah itu. Tapi malangnya, ia sekarang banyak dilakukan oleh masyarakat oleh golongan LGBT. Dan ramai yang memberi ruang kepada mereka, kononnya sebagai hak mereka sebagai manusia.

 

وَأَنتُم تُبصِرونَ

sedang kamu memperlihatkan(nya)?”

Ada dua maksud dari kalimat ini:

1. Mereka melakukan perbuatan hina itu di khalayak ramai tanpa rasa malu. Macam sekarang, belum lagi berlaku begini. Tidak ada orang buat seks homoseksual di pentas lagi. Tapi golongan Luth itu sudah mula keluar di khalayak ramai. Mereka sudah tidak malu lagi mengatakan diri mereka ‘gay’ atau ‘lesbian’.

Sepatutnya mereka malu dan rasa hina, tapi media telah berusaha untuk menggambarkan yang golongan hina seperti ‘normal’. Maka mereka sudah rasa tidak malu. Maka kita janganlah layan mereka seperti ‘normal’ pula kerana mereka itu tidak normal. Kalau kita layan mereka seperti mereka tidak buat salah, maka teruslah mereka dalam perbuatan hina mereka itu.

2. Maksud kedua, mereka sendiri sudah nampak betapa salahnya perbuatan mereka itu. Maknanya, bukanlah mereka rasa normal perbuatan mereka itu. Mereka sendiri sudah rasa perbuatan mereka itu salah, berdosa, di luar tabe’i manusia normal – tapi mereka teruskan juga.

Ini adalah amat teruk sekali – kerana kalau ada orang yang buat kesalahan kerana dia tidak tahu dia bersalah, maka ada juga alasan; tapi kalau diri sendiri sudah tahu ianya bersalah tapi masih buat juga, ini adalah orang yang amat engkar.

Ada orang-orang yang jahil berhujah: tidak salah homoseksual ini dan Al-Qur’an tidak kata pun salah. Mereka kata yang salah itu kalau memaksa orang lain untuk berzina homo sahaja. Dan mereka bacakan ayat kaum Luth yang meminta diberikan para malaikat yang mereka lihat kacak itu.

Jadi mereka yang jahil dan bodoh itu kata kalau paksa, barulah Allah marah. Mereka tidak belajar semua ayat Al-Qur’an, mereka cuma ambil satu sahaja dan mereka tafsir sendiri. Sedangkan dalam ayat ini jelas yang Nabi Luth telah menegur mereka dan ini bukanlah peristiwa mereka meminta secara paksa para malaikat itu. Inilah terjadi kalau orang jahil nak berlagak pandai.


 

Ayat 55:

أَئِنَّكُم لَتَأتونَ الرِّجالَ شَهوَةً مِّن دونِ النِّساءِ ۚ بَل أَنتُم قَومٌ تَجهَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you indeed approach men with desire instead of women? Rather, you are a people behaving ignorantly.”

(MELAYU)

“Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan (mendatangi) wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat perbuatanmu)”.

 

أَئِنَّكُم لَتَأتونَ الرِّجالَ شَهوَةً مِّن دونِ النِّساءِ

“Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan (mendatangi) wanita?

Salah satu daripada dosa yang memalukan yang mereka lakukan adalah homoseksual. Ada banyak lagi kesalahan yang mereka lakukan, tapi yang paling teruk adalah perbuatan homo itu.

 

بَل أَنتُم قَومٌ تَجهَلونَ

Sebenarnya kamu adalah kaum yang jahil”.

Kamu ini memang kaum yang ikut hawa nafsu. Kita kena faham maksud ‘jahil’. Jahil itu adalah orang yang tidak dapat mengawal nafsunya. Dia tahu salah tapi dia ikut juga apa kehendak nafsunya itu. Ini adalah kerana dia tak dapat kawal. Kerana orang berakal adalah mereka yang menggunakan akalnya untuk menundukkan nafsu.

Kerana nafsu memang akan minta macam-macam. Tapi kalau tidak dapat nak kawal, akan rosaklah manusia itu. Seperti yang terjadi kepada kaum Nabi Luth itu. Mereka sudah tidak dapat nak tahu mana benar dan tidak lagi. Apa sahaja yang nafsu mereka minta, mereka tunaikan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 8 Jun 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Naml Ayat 45 – 49 (Komplot untuk bunuh Nabi Saleh)

Ayat 45: Sekarang kita masuk kepada kisah yang baru. Ini adalah kisah yang ketiga. Kisah ini sebagai dalil Dakwa yang Allah sahaja yang mengurus dan mentadbir segala-galanya.

Dari ayat ini sehingga ke ayat 53 adalah Perenggan Makro Keempat. Ia berkenaan kisah Nabi Saleh dan kaum Tsamud. Ia mengandungi pengulangan kisah daripada surah sebelumnya dan melihat dari sudut berbeza dengan memasukkan maklumat tambahan.

وَلَقَد أَرسَلنا إِلىٰ ثَمودَ أَخاهُم صٰلِحًا أَنِ اعبُدُوا اللهَ فَإِذا هُم فَريقانِ يَختَصِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We had certainly sent to Thamūd their brother Ṣāliḥ, [saying], “Worship Allāh,” and at once they were two parties conflicting.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus kepada (kaum) Tsamud saudara mereka Saleh (yang berseru): “Sembahlah Allah”. Tetapi tiba-tiba mereka (jadi) dua golongan yang bermusuhan.

 

وَلَقَد أَرسَلنا إِلىٰ ثَمودَ أَخاهُم صٰلِحًا

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus kepada (kaum) Tsamud saudara mereka Saleh

Sekarang kita masuk kepada kisah Nabi Saleh a.s dan kaumnya, Tsamud. Banyak kisah ini disebut dalam Al-Qur’an. Ini adalah kerana Musyrikin Mekah kenal mereka dan lalu kawasan tempat tinggal mereka.

 

أَنِ اعبُدُوا اللهَ

(yang berseru): “Sembahlah Allah”. 

Nabi Saleh seperti juga Rasul-rasul yang lain, termasuk Nabi Muhammad, mengajak dan mengajar kaumnya tentang tauhid. Maka Allah hendak beritahu yang ajaran Nabi Muhammad SAW itu sama dengan ajaran Rasul dan Nabi sebelum baginda. Jadi tidak ada apa yang hendak dihairankan.

Begitu juga dengan kita yang mementingkan akhirat. Hendaklah kita menyampaikan ajaran tauhid kepada masyarakat. Tauhid perlu kemas dahulu sebelum perkara-perkara lain. Kalau bab feqah kemas, tapi kalau tauhid tidak kemas, tidak bermakna juga kerana kalau ada masalah dengan akidah, akan menyebabkan seseorang itu kekal dalam neraka. Segala amal ibadatnya walau banyak mana pun, tidak dapat menyelamatkannya.

 

فَإِذا هُم فَريقانِ يَختَصِمونَ

Tetapi tiba-tiba mereka (jadi) dua golongan yang bermusuhan.

Apabila Nabi Saleh sampaikan ajaran tauhid, umat baginda berpecah dua: ada yang terima dan ada yang tidak. Mujahid mengatakan bahawa ada yang mukmin dan ada yang kafir, sama dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya:

{قَالَ الْمَلأ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِنْ قَوْمِهِ لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِمَنْ آمَنَ مِنْهُمْ أَتَعْلَمُونَ أَنَّ صَالِحًا مُرْسَلٌ مِنْ رَبِّهِ قَالُوا إِنَّا بِمَا أُرْسِلَ بِهِ مُؤْمِنُونَ قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا بِالَّذِي آمَنْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ}

Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka, “Tahukah kalian bahawa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?” Mereka menjawab, “Sesungguh­nya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya.” Orang-orang yang menyombongkan diri berkata, “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kalian imani.” (Al-A’raf: 75-76)

Selalu Allah kaitkan apa-apa kisah yang ada di dalam Al-Qur’an ini kepada kisah Musyrikin Mekah semasa zaman Nabi Muhammad itu. Ini kerana mereka itulah penerima pertama wahyu Al-Qur’an. Selepas Nabi Saleh sampaikan ajaran tauhid, Kaum Tsamud berpecah kepada dua golongan yang beriman dan tidak beriman seperti juga kaum Musyrikin Mekah itu. Jadi memang berulang sejarah dari dulu sampai sekarang.

Dan kena kaitkan dengan keadaan kita sekarang juga – kerana Allah sebutkan dalam Al-Qur’an bukanlah kerana nak cerita sahaja tentang orang dahulu, tapi nak beri nasihat kepada kita; dan Allah nak tunjukkan bahawa memang manusia sama sahaja dari dulu sampai sekarang.

Kerana itulah apabila kita cuba ajak manusia kepada tauhid, ada manusia yang terima dan ada yang tidak terima. Mereka pun terpecah kepada dua golongan. Ini biasalah, tidak perlu dihairankan lagi. Semoga kita dan ahli keluarga kita termasuk orang yang boleh terima tauhid yang benar. Walaupun ianya berlainan dengan amalan masyarakat setempat, asalkan ianya benar, kita akan terima sahaja.


 

Ayat 46: Ini teguran Nabi Saleh kepada kaumnya yang menolak ajakan tauhid itu.

قالَ يٰقَومِ لِمَ تَستَعجِلونَ بِالسَّيِّئَةِ قَبلَ الحَسَنَةِ ۖ لَولا تَستَغفِرونَ اللهَ لَعَلَّكُم تُرحَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “O my people, why are you impatient for evil before [i.e., instead of] good?1 Why do you not seek forgiveness of Allāh that you may receive mercy?”

  • By challenging Ṣāliḥ to bring on the promised punishment rather than asking for mercy from Allāh.

(MELAYU)

Dia berkata: “Hai kaumku mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum (kamu minta) kebaikan? Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat”.

 

قالَ يٰقَومِ لِمَ تَستَعجِلونَ بِالسَّيِّئَةِ قَبلَ الحَسَنَةِ

Dia berkata: “Hai kaumku mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum (kamu minta) kebaikan?

Nabi Saleh menegur mereka kerana mereka tidak percaya dengan azab yang ditakutkan kepada mereka. Dan yang lebih teruk lagi, mereka kata kalau ada azab itu, berilah azab itu sekarang. Kerana itulah Nabi Saleh menegur mereka: kerana nak minta azab itu dipercepatkan pula? Ini permintaan yang teruk sekali.

Sepatutnya manusia minta rahmat dari Allah; tapi mereka minta azab pula.

 

لَولا تَستَغفِرونَ اللهَ لَعَلَّكُم تُرحَمونَ

Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat”.

Nabi Saleh nasihat mereka: Kenapa kamu tidak istighfar sahaja kepada Allah dan minta ampun atas kesalahan mereka kerana itu lebih baik bagi mereka. Janganlah pula kurang ajar dan minta keburukan untuk diri mereka sendiri pula.


 

Ayat 47: Kaumnya tuduh kata baginda bawa sial pula.

قالُوا اطَّيَّرنا بِكَ وَبِمَن مَّعَكَ ۚ قالَ طٰئِرُكُم عِندَ اللهِ ۖ بَل أَنتُم قَومٌ تُفتَنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “We consider you a bad omen, you and those with you.” He said, “Your omen [i.e., fate] is with Allāh. Rather, you are a people being tested.”1

  • Or “being tempted [by Satan].”

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang bersertamu”. Saleh berkata: “Nasibmu ada pada sisi Allah, (bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu kaum yang diuji”.

 

قالُوا اطَّيَّرنا بِكَ وَبِمَن مَّعَكَ

Mereka menjawab: “Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang besertamu”. 

Sekali lagi burung disebut di dalam surah ini (sebelum ini kisah burung Hud-hud) di mana burung ini pada zaman dahulu dikaitkan dengan sial. Mereka gelar tatayyur dan sampai kepada kita ia menjadi ‘tahyul’.

Mereka menuduh Nabi Saleh dan orang-orang yang beriman dengannya itu bawa sial kepada tempat mereka itu. Ini kerana mereka telah berpecah dan mereka telah dikenakan dengan musibah seperti kemarau dan tanaman tidak subur dan sebagainya.

Ini terjadi kerana memang Allah selalu mengenakan musibah kepada sesuatu kaum itu apabila Rasul datang untuk merendahkan ego mereka supaya mereka senang untuk menerima ajaran wahyu. Kerana apabila manusia dalam kesenangan dan kemewahan, mereka lupa kepada Tuhan kerana mereka rasa semua cukup dan tidak memerlukan apa-apa lagi.

Tetapi mereka mengaitkan apa yang terjadi itu sebagai sial yang dibawa oleh Nabi Saleh dan mereka yang beriman. Mereka tidak mahu salahkan diri mereka tapi mereka nak salahkan orang lain pula. Dan yang senang mereka tuduh adalah Nabi Saleh kerana mereka benci dengan apa yang dibawa oleh baginda.

Ini biasa sahaja kerana ada kaum lain yang berfikir macam itu juga seperti firman Allah Swt. yang menceritakan tentang penduduk suatu kota ketika kedatangan utusan-utusan Allah:

{قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ. قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ}

Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kalian, sesungguhnya jika kalian tidak berhenti (menyeru kami), nescaya kami akan merejam kalian dan kalian pasti akan mendapat seksa yang pedih dari kami.” Utusan-utusan itu menjawab, “Kemalangan kalian itu adalah kerana kalian sendiri.” (Yaasin: 18-­19), hingga akhir ayat.

Dan mereka juga menuduh baginda telah menyebabkan mereka berpecah. Sebelum itu semua mereka akidah sama sahaja, tapi dengan dakwah Nabi Saleh itu, mereka telah berpecah. Sama juga dengan zaman sekarang. Apabila dibawa ajaran tauhid, boleh dikatakan masyarakat kita berpecah. Dan mereka yang menentang ajaran Sunnah telah menuduh kita menyebabkan perpecahan.

Kita bawa ajaran yang benar. Takkan semata-mata nak bersatu, kita biarkan sahaja manusia duduk dalam akidah yang salah? Itu pun lagi salah, bukan?

Dan biasa sahaja manusia berpecah. Kalau bukan bab akidah, bab politik, bab bolasepak dan lain-lain lagi. Jadi sifat manusia memang akan berpecah belah pun, ia bukan perkara baru.

 

قالَ طٰئِرُكُم عِندَ اللهِ

Saleh berkata: “Nasibmu ada pada sisi Allah,

Nabi Saleh beritahu yang musibah yang dikenakan kepada mereka itu adalah kerana mereka menolak tauhid. Ianya adalah takdir dari Allah. Allah tahu apa yang ada pada mereka dan apa yang mereka lakukan. Maka Allah kenakan mereka dengan musibah yang patut mereka kena.

Begitu jugalah dengan kita. Kalau kita ada buat salah, Allah akan ingatkan kita dengan beri musibah dan bala yang sedikit supaya kita ingat balik apa kesalahan yang kita lakukan. Maka kita kenalah minta ampun dan banyakkan istighfar supaya Allah angkat bala itu. Jangan pula salahkan orang lain, tapi lihatlah apa kesalahan yang kita sendiri buat.

 

بَل أَنتُم قَومٌ تُفتَنونَ

tetapi kamu kaum yang diuji”.

Nabi Saleh ingatkan yang mereka itu sedang diuji. Maksud diuji dengan syaitan yang sedang menipu mereka. Dan memang itulah ujian dari Allah juga kerana kalau dapat lepas ujian itu, barulah layak masuk syurga. Takkan nak masuk syurga, tapi tidak ada ujian. Dan salah satu ujian adalah melepasi bisikan dan hasutan syaitan.


 

Ayat 48:

وَكانَ فِي المَدينَةِ تِسعَةُ رَهطٍ يُفسِدونَ فِي الأَرضِ وَلا يُصلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there were in the city nine family heads causing corruption in the land and not amending [its affairs].

(MELAYU)

Dan adalah di kota itu sembilan orang laki-laki yang membuat kerosakan di muka bumi, dan mereka tidak berbuat kebaikan.

 

وَكانَ فِي المَدينَةِ تِسعَةُ رَهطٍ

Dan adalah di kota itu sembilan orang laki-laki

Di dalam negeri itu sudah ada sembilan golongan yang melakukan kerosakan. Ini jenis keluarga besar yang berkuasa di kota itu. Mereka yang menjadi golongan berkuasa dan terkenal di situ. Mereka itu yang banyak harta, mengawal apa yang terjadi di kota itu. Kiranya, golongan bangsawan di sana. Dan kerana itu mereka banyak pengikut. Maka bukanlah 9 orang sahaja, tapi 9 golongan yang berpihak kepada setiap orang besar itu.

Begitu juga di Mekah pada waktu itu ada beberapa puak yang kuat. Maka Allah hendak memberi isyarat kepada apa yang dialami oleh Nabi Muhammad dan para sahabat. Ada puak-puak di Mekah itu yang tidak puas hati dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. Maka merekalah yang banyak menentang baginda dan kerana itu dari puak yang kuat, maka kata-kata mereka itu dipegang oleh kebanyakan Arab Mekah.

Kebanyakan dari manusia tentunya tidak berani nak melawan kehendak kaum yang kuat. Hanya mereka yang kuat iman sahaja yang sanggup. Tapi yang banyaknya tidak berani nak melawan. Maka ramai menikus sahaja dan tunggu melihat apa yang terjadi.

 

يُفسِدونَ فِي الأَرضِ وَلا يُصلِحونَ

yang membuat kerosakan di muka bumi, dan mereka tidak berbuat kebaikan.

Sembilan golongan keluarga yang besar itu tidak ada usaha untuk beri kebaikan dalam beriman kepada Allah. Mereka itu buat kerosakan dalam masyarakat sahaja. Ini hendak menceritakan yang mereka itu bukanlah golongan yang baik. Ini golongan yang buat onar sahaja.

Al-Aufi telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa merekalah orang-orang yang menyembelih unta mukjizat. Setelah menyembelih unta itu mereka berkata sesama mereka, “Sungguh kita akan menyerang Saleh berserta keluarganya di malam hari ini, lalu kita bunuh mereka. Sesudah itu kita katakan kepada ahli waris mereka bahawa kita tidak mengetahui apa-apa tentang kejadian tersebut, dan kita sama sekali tidak terlibat di dalamnya.” Akhirnya Allah membinasakan mereka semuanya sebelum niat mereka tercapai.

Maka Allah sudah memberi isyarat kepada Nabi Muhammad dengan menceritakan rancangan kaum itu. Kerana Musyrikin Mekah pun ada buat rancangan untuk membunuh Rasulullah.


 

Ayat 49: Allah menceritakan rancangan jahat 9 keluarga itu.

قالوا تَقاسَموا بِاللهِ لَنُبَيِّتَنَّهُ وَأَهلَهُ ثُمَّ لَنَقولَنَّ لِوَلِيِّهِ ما شَهِدنا مَهلِكَ أَهلِهِ وَإِنّا لَصٰدِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Take a mutual oath by Allāh that we will kill him by night, he and his family. Then we will say to his executor,1 ‘We did not witness the destruction of his family, and indeed, we are truthful.’ ”

  • i.e., the one responsible for executing his will and avenging his blood.

(MELAYU)

Mereka berkata: “Bersumpahlah kamu dengan nama Allah, bahawa kita sungguh-sungguh akan menyerangnya dengan tiba-tiba berserta keluarganya di malam hari, kemudian kita katakan kepada warisnya (bahawa) kita tidak menyaksikan kematian keluarganya itu, dan sesungguhnya kita adalah orang-orang yang benar”.

 

قالوا تَقاسَموا بِاللهِ لَنُبَيِّتَنَّهُ وَأَهلَهُ

Mereka berkata: “Bersumpahlah kamu dengan nama Allah, bahawa kita sungguh-sungguh akan menyerangnya dengan tiba-tiba berserta keluarganya di malam hari,

Mereka bersumpah sesama mereka. Lihatlah yang mereka itu bersumpah dengan nama Allah, bukan nama lain. Maka kita tahulah yang mereka itu kenal Allah. Tapi kenal Allah tidak semestinya tidak melakukan syirik dan keburukan dalam dunia. Kerana tidak faham tauhid, orang yang kenal Allah pun boleh buat syirik juga.

Sama juga dengan masyarakat kita yang mengamalkan syirik. Mereka bukannya tidak beriman dengan Allah. Cuma iman mereka tidak sempurna. Dalam hati mereka ada iman, dan ada juga syirik kerana jauh dari ajaran wahyu.

Semua sembilan kumpulan ataupun keluarga itu berjanji untuk bekerjasama memusnahkan dakwah Nabi Saleh. Mereka tentunya sudah melakukan bermacam-macam cara mereka nak jatuhkan Nabi Saleh dan dakwah baginda – tohmah, kutuk, seksa pengikut dan sebagainya. Tapi kerana tidak berjaya, maka mereka bercadang untuk buat rancangan yang paling jahat sekali – bunuh sahaja Nabi Saleh dan keluarga baginda.

Mereka telah lama berniat untuk membunuh Nabi Saleh tetapi jikalau satu kumpulan sahaja yang bunuh, maka ahli keluarga Saleh boleh balas dendam. Oleh itu, mereka buat keputusan nak bunuh ahli keluarga Saleh semua sekali kerana apabila mereka datang hendak membunuh tentu ahli keluarga itu ada juga dan mereka boleh menjadi saksi maka mereka juga kena dibunuh.

Dan kena bunuh semua sekali ahli keluarga baginda, supaya tidak ada tindakan balas dari keluarga Saleh kerana semuanya telah dibunuh.

Rancangan mereka ini sama sahaja seperti yang dirancangkan oleh puak-puak penentang Nabi Muhammad di Mekah dahulu. Allah beritahu dengan beri isyarat kepada Nabi Muhammad di dalam ayat ini bagaimanakah rancangan yang hendak dilakukan oleh musyrikin itu.

Puak-puak Arab Mekah telah bergabung dan berbincang untuk bunuh baginda. Di Arab Mekah, sistem puak adalah amat tinggi sekali. Kalau ada ahli suku dibunuh, maka ahli suku yang lain akan ambil tindakan balas. Maka mereka buat rancangan untuk bergabung – biar semua puak ada bahagian dalam membunuh Nabi Muhammad. Setiap puak akan hantar seorang wakil – supaya semuanya bersekongkol. Oleh itu, kalau puak Bani Hashim (puak Nabi Muhammad) hendak balas dendam, takkan mereka nak serang semua puak-puak Arab yang banyak itu? Tentu mereka tidak mampu.

 

ثُمَّ لَنَقولَنَّ لِوَلِيِّهِ ما شَهِدنا مَهلِكَ أَهلِهِ

kemudian kita katakan kepada warisnya (bahawa) kita tidak menyaksikan kematian keluarganya itu, 

Dan apabila mereka ditanya tentang pembunuhan Nabi Saleh itu oleh ahli-ahli puak Nabi Saleh, mereka berjanji akan kata mereka tidak tahu menahu tentang hal itu. Kalimah مَهلِكَ adalah isim dzarf. Maknanya mereka hendak kata yang mereka tidak tahu tentang tempat dan masa pembunuhan Nabi Saleh itu. Mereka nak kata mereka tidak akan mengaku mereka terlibat.

Dan perkara ini masih lagi dilakukan pada zaman sekarang di mana ada rancangan rahsia dari kerajaan-kerajaan (covert operation) dan mereka tidak mengaku yang mereka terlibat. Mereka akan hantar pasukan untuk bunuh seseorang tapi pasukan itu bukanlah pasukan rasmi (bukan tentera negara) jadi mereka boleh kata: “kami tidak terlibat”.

Jadi Allah cerita perangai manusia zaman berzaman. Allah nak beritahu yang perbuatan ini adalah perbuatan terkutuk.

 

وَإِنّا لَصٰدِقونَ

dan sesungguhnya kita adalah orang-orang yang benar”.

Mereka akan bersungguh-sungguh kata yang mereka adalah orang yang baik-baik belaka. Mereka nak tipu manusia, tapi adakah mereka juga sangka yang mereka boleh tipu Allah?

Muhammad ibnu Ishaq mengatakan bahawa kesembilan orang itu setelah menyembelih unta Nabi Saleh berkata, “Marilah kita pergi untuk membunuh Saleh. Jika dia benar (seorang nabi), bererti kita men­dahuluinya sebelum kita tertimpa azab. Dan jika dia dusta, bererti kita susulkan dia bersama untanya.”

Lalu mereka mendatanginya di malam hari di rumah keluarganya. Tetapi sebelum niat mereka tercapai, para malaikat menghujani mereka dengan batu. Setelah teman-teman mereka merasakan bahwa teman mereka yang sembilan orang itu datang terlambat kepada mereka maka mereka mendatangi rumah Nabi Saleh, ternyata mereka menjumpai kesembilan orang itu telah mati dalam keadaan kepalanya pecah semuanya kerana tertimpa batu-batuan. Lalu mereka berkata kepada Saleh, “Kamu telah membunuh mereka.”

Ketika mereka hendak menyerang Saleh, maka keluarga Saleh a.s. bangkit menghalang-halangi mereka dengan menyandang senjata lengkap untuk membelanya. Lalu mereka berkata kepada kaumnya, “Demi Allah, kalian jangan membunuhnya, dia telah menjanjikan kepada kalian bahawa azab akan datang menimpa kalian dalam tiga hari ini. Jika dia benar, bererti Tuhan sangat murka terhadap kalian. Dan jika dia dusta, maka terserah kalian apa yang hendak kalian lakukan terhadapnya.” Maka pada malam itu juga mereka pulang ke rumah masing-masing.

Abdur Rahman ibnu Abu Hatim mengatakan bahawa setelah mereka menyembelih unta itu, Nabi Saleh berkata kepada mereka: Bersukarialah kalian di rumah kalian selama tiga hari, itu adalah janji yang tidak dapat didustakan. (Hud: 65) Mereka mengatakan, “Saleh menduga bahawa dia akan selesai dari kita tiga hari kemudian, padahal kita akan menyelesaikannya beserta keluarganya sebelum tiga hari.”

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 8 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir