Ayat 61:
أَمَّن جَعَلَ الأَرضَ قَرارًا وَجَعَلَ خِلٰلَها أَنهٰرًا وَجَعَلَ لَها رَوٰسِيَ وَجَعَلَ بَينَ البَحرَينِ حاجِزًا ۗ أَءلٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Is He [not best] who made the earth a stable ground and placed within it rivers and made for it firmly set mountains and placed between the two seas a barrier? Is there a deity with Allāh? [No], but most of them do not know.
(MELAYU)
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat tetap, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung padanya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
أَمَّن جَعَلَ الأَرضَ قَرارًا
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat tetap,
Allah mengingatkan mereka, siapakah yang menjadikan bumi ini kukuh dan stabil untuk kita diami? Kalaulah alam ini tidak stabil, macam mana kita nak hidup di bumi ini? Kalau gempa bumi sekejap beberapa saat sahaja pun, sudah banyak kerosakan yang dialami oleh manusia dan binaan, apatah lagi kalau bumi ini keseluruhannya asyik bergegar sahaja?
Bayangkan bumi ini sedang bergerak dengan lajunya di angkasa, mengelilingi matahari tapi kita tenang sahaja.
وَجَعَلَ خِلٰلَها أَنهٰرًا
dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya,
Allah yang menjadikan sungai-sungai sebagai sumber air kepada manusia. Sungai menjadi sumber kehidupan untuk banyak manusia. Dengan air itu dapat menyuburkan tanaman dan menjadi sumber minuman untuk binatang dan manusia.
Allahlah yang menjadikan sungai-sungai di bumi yang airnya tawar lagi baik, sungai-sungai itu membelah di celah-celahnya, lalu mengalirkan air di bumi, ada yang besar dan yang kecil; ada yang ke timur dan yang ke barat; dan ada yang ke selatan atau ada yang ke utara, sesuai dengan keperluan hamba-hamba-Nya di berbagai belahan bumi.
Ini semua kerana Allah telah menyebarkan mereka di muka bumi dan memudahkan bagi mereka jalan rezekinya menurut apa yang mereka perlukan.
وَجَعَلَ لَها رَوٰسِيَ
dan yang menjadikan gunung-gunung padanya
Dan Allah menjadikan gunung ganang sebagai pasak untuk bumi. Apabila ada gunung ganang, maka kerak bumi ini tidaklah bergerak dan dapatlah kita hidup dengan tenang. Fenomena ini dinamakan isostasi. Ini boleh dibaca di sini: http://www.miracles-of-quran.com/mountains.htm
وَجَعَلَ بَينَ البَحرَينِ حاجِزًا
dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut?
Allah jadikan tanah, bumi dan gunung ganang sebagai pemisah antara laut-laut yang banyak. Kerana laut yang lebih besar daripada daratan sebenarnya. Kerana itu tanah dikira sebagai penghalang. Kalau bukan kerana tanah dan gunung, maka tentulah air laut akan bercantum dan kita tidak ada tempat tinggal lagi.
Satu lagi maksud ayat ini, Allah memisahkan antara air tawar di sungai dan air laut yang masin dengan tanah. Ini supaya air tawar itu tidak tercemar dengan air masin kerana kita tidak boleh minum air masin.
أَءلٰهٌ مَّعَ اللهِ
Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)?
Setelah Allah menceritakan segala apa yang dijadikanNya itu untuk kebaikan kita, Allah tanya adakah ilah-ilah lain selain daripada Allah? Adakah sembahan-sembahan selain Allah yang dipuja manusia itu buat apa-apa?
Tentu tidak ada lagi ilah-ilah lain. Hanya Allah sahaja ilah yang kita sembah, puja dan tempat kita doa.
بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ
Bahkan kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
Tapi kebanyakan daripada manusia memang tidak mengetahui tentang tauhid. Kerana kebanyakan tidak memikirkan perkara ini. Mereka tidak mahu memikirkan siapakah sebenarnya yang menjadikan alam ini dan menjaganya. Kerana itu ramai manusia yang kufur dengan Allah.
Umat Islam pun ramai yang tidak tahu kerana mereka jauh dari ilmu wahyu.
Ayat 62:
أَمَّن يُجيبُ المُضطَرَّ إِذا دَعاهُ وَيَكشِفُ السّوءَ وَيَجعَلُكُم خُلَفاءَ الأَرضِ ۗ أَءِلٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ قَليلًا مّا تَذَكَّرونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Is He [not best] who responds to the desperate one when he calls upon Him and removes evil and makes you inheritors of the earth?1 Is there a deity with Allāh? Little do you remember.
- Generation after generation.
(MELAYU)
Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).
أَمَّن يُجيبُ المُضطَرَّ إِذا دَعاهُ
Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya,
Allah tanya lagi: siapa yang telah membantu orang-orang yang meminta bantuan dan membantu pula dengan segera? Hanya Allah sahaja yang dengar doa-doa makhluk dan Dia sahaja yang boleh memperkenankan doa-doa itu. Maka doa kepada selain Allah itu adalah sia-sia sahaja. Kerana tidak ada selain Allah yang mendengar doa permintaan hamba.
وَيَكشِفُ السّوءَ
dan yang menghilangkan kesusahan
Dan Allah mengingatkan yang Dia sahaja yang boleh angkat kesusahan yang dialami oleh makhluk. Kita semua sekali sekala akan mengalami kesusahan dan waktu itu kita amat berharap semoga masalah itu diangkat (diselesaikan). Kepada Allah sahaja tempat kita berharap. Tapi malangnya ramai yang tidak sedar tentang perkara ini dan ramai yang berdoa kepada selain Allah.
Lebih malang lagi, orang Islam pun tidak sedar tentang perkara ini dan ramai yang berdoa kepada selain Allah. Mereka jadikan roh-roh Nabi, wali dan malaikat sebagai wasilah mereka untuk menyampaikan doa kepada Allah dan ini adalah perbuatan syirik.
وَيَجعَلُكُم خُلَفاءَ الأَرضِ
dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi?
Dan Allah mengingatkan yang Dia juga yang telah menjadikan kita manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Dalam banyak-banyak makhluk yang dijadikanNya, Dia telah memilih kita untuk berada di kedudukan yang tinggi sebagai khalifah di muka bumi.
Apakah maksud ‘khalifah’ itu? Iaitu suatu umat sesudah umat yang lain dan suatu generasi sesudah generasi yang lain, dan suatu kaum sesudah kaum yang lain. Seandainya Allah menghendaki, boleh sahaja Dia menjadikan manusia semua dalam waktu yang sama, dan tidak menjadikan sebahagian dari mereka sebagai keturunan dari sebahagian yang lain.
Bahkan seandainya Dia menghendaki, tentulah Dia menciptakan mereka semuanya sekaligus sebagaimana Dia menciptakan Adam dari tanah. Dan seandainya Allah menghendaki, Dia dapat menjadikan sebahagian dari mereka keturunan sebahagian yang lain, tetapi tidak mematikan seorang pun dari mereka agar kematian mereka bersamaan sekaligus; dan tentulah bumi ini akan penuh sesak dengan manusia, sebagaimana penghidupan dan mata pencarian mereka akan menjadi sempit pula; sebahagian dari mereka membahayakan sebahagian yang lainnya.
Akan tetapi, hikmah dan takdir Allah telah menetapkan penciptaan mereka dari satu diri, kemudian membuat mereka banyak dalam jumlah yang tak terhitung, lalu menyebarkan mereka di bumi ini dan menjadikan mereka generasi demi generasi dan umat demi umat, sehingga masa keberadaan mereka habis —begitu pula semua makhluk lainnya— sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah Swt. dan sebagaimana yang telah dihitung dan dijumlahkan secermat-cermatnya oleh-Nya.
Kemudian Allah menjadikan hari kiamat, lalu setiap orang yang beramal ditunaikan balasan amal perbuatannya, bila hari kiamat telah terjadi.
أَءِلٰهٌ مَّعَ اللهِ
Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)?
Oleh itu, ini adalah soalan yang amat penting: Adakah ilah lain selain daripada Allah? Tentunya tidak ada. Maka jadikanlah Allah sahaja sebagai ilah iaitu tempat pengharapan kita dalam doa. Jangan doa kepada selain Allah.
قَليلًا مّا تَذَكَّرونَ
Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).
Malangnya ramai manusia yang tidak ingat perkara ini. Kita semua ada fitrah dibekalkan oleh Allah sebelum kita lahir lagi – kita kenal Allah dan kenal tauhid; tapi kerana jauh dari ajaran wahyu, ramai dari kita lupa perkara ini.
Ayat 63: Dalil aqli
أَمَّن يَهديكُم في ظُلُمٰتِ البَرِّ وَالبَحرِ وَمَن يُرسِلُ الرِّيٰحَ بُشرًا بَينَ يَدَي رَحمَتِهِ ۗ أَءِلٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ تَعٰلَى اللهُ عَمّا يُشرِكونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Is He [not best] who guides you through the darknesses of the land and sea and who sends the winds as good tidings before His mercy? Is there a deity with Allāh? High is Allāh above whatever they associate with Him.
(MELAYU)
Atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di dataran dan lautan dan siapa (pula)kah yang menghantar angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan (dengan-Nya).
أَمَّن يَهديكُم في ظُلُمٰتِ البَرِّ وَالبَحرِ
Atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di dataran dan lautan
Siapakah lagi yang memberi panduan jalan apabila kamu bermusafir di daratan dan juga di lautan? Allah beri hidayah dengan memberikan bintang-bintang sebagai penunjuk arah. Bangsa Arab banyak melakukan musafir dan mereka menggunakan bintang-bintang di langit sebagai GPS mereka. Ianya amat berguna kerana langit itu boleh dilihat sama ada di daratan atau lautan.
وَمَن يُرسِلُ الرِّيٰحَ بُشرًا بَينَ يَدَي رَحمَتِهِ
dan siapa (pula)kah yang menghantar angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya?
Dan Allah memberi berita baik dengan turunnya hujan, tetapi sebelum turun hujan itu Allah memberikan angin supaya manusia dapat tahu bahawa tidak lama lagi hujan akan turun. Dengan angin itu sahaja manusia sudah boleh bergembira.
أَءِلٰهٌ مَّعَ اللهِ
Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)?
Adakah ilah lain yang patut disembah dan dipuja selain Allah? Adakah ada ilah lain yang telah memberikan segala keperluan kita?
تَعٰلَى اللهُ عَمّا يُشرِكونَ
Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan (dengan-Nya).
Allah lebih tinggi daripada ilah-ilah yang manusia puja selain Allah itu. Manusia syirik telah meletakkan kelebihan-kelebihan kepada ilah-ilah selain Allah yang disembah itu. Tapi ia semua adalah rekaan sahaja. Ianya tidak benar.
Manusia ada yang meletakkan sifat-sifat yang tidak patut kepada Allah. Antaranya mereka kata Allah ada mengambil anak. Ini tidak benar sama sekali kerana Allah lebih tinggi dari sifat memerlukan anak itu.
Ada yang meletakkan kuasa pada ilah-ilah mereka sampai menyamai sifat Tuhan. Ini juga tidak benar kerana Allah lebih tinggi dari apa yang mereka katakan tentang ilah-ilah mereka.
Maka kita kena kenal Allah sebagaimana yang diajarNya kepada kita melalui wahyu dan para RasulNya.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 8 Jun 2019
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan