Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 25 – 30 (Big Bang Theory)

Ayat 25: Ayat Dalil Naqli Ijmali kerana disebut sekelian Nabi secara umum sahaja.

وَما أَرسَلنا مِن قَبلِكَ مِن رَّسولٍ إِلّا نوحي إِلَيهِ أَنَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا أَنا فَاعبُدونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We sent not before you any messenger except that We revealed to him that, “There is no deity except Me, so worship Me.”

(MELAYU)

Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.

 

وَما أَرسَلنا مِن قَبلِكَ مِن رَّسولٍ إِلّا نوحي إِلَيهِ

Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya:

Semua para Rasul dan Nabi yang telah diutus sebelum Nabi Muhammad menerima mesej yang sama iaitu mesej tauhid. Maknanya setiap Rasul mesti akan membawa ajaran tauhid. Apakah mesej itu?

 

لا إِلٰهَ إِلّا أَنا فَاعبُدونِ

“Bahawasanya tidak ada ilah (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.

Kesimpulan daripada seluruh wahyu yang Allah sampaikan adalah: tidak ada ilah selain Allah dan kerana itu kita kena menghambakan diri dan melakukan ibadah hanya kepada Allah. Dan dalam berdoa, hanya boleh berdoa kepada Allah sahaja. Ini adalah kerana, ilah itu adalah tempat sandaran hati dan tempat pengharapan kita semua. Jangan berdoa kepada selain Allah dan jangan jadikan makhluk sebagai perantara dalam doa.


 

Ayat 26: Ayat syikayah kerana ramai manusia yang menolak mesej tauhid itu. Mereka tidak amalkan tauhid dan Allah ulang kata-kata mereka yang bathil itu.

وَقالُوا اتَّخَذَ الرَّحمٰنُ وَلَدًا ۗ سُبحٰنَهُ ۚ بَل عِبادٌ مُّكرَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “The Most Merciful has taken a son.” Exalted is He! Rather, they¹ are [but] honored servants.

•Those they claim to be “children” of Allāh, such as the angels, Ezra, Jesus, etc.

(MELAYU)

Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak”, Maha Suci Allah. Sebenarnya mereka itu adalah hamba-hamba yang dimuliakan,

 

وَقالُوا اتَّخَذَ الرَّحمٰنُ وَلَدًا

Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak”, 

Setelah disampaikan ajaran tauhid dengan jelas kepada manusia, tetapi ada ramai di kalangan manusia yang melakukan syirik dengan mengatakan yang Allah mengambil anak.

Sebenarnya yang dimaksudkan bukanlah anak sebenar Allah, tetapi ‘wakil’ atau ‘naqib’. Mereka mengatakan Allah mempunyai wakil-wakil yang boleh menyampaikan doa mereka kepada Allah. Mereka jadikan wakil-wakil itu sebagai wasilah.

Ini adalah kerana mereka kata Allah tidak layan permintaan doa kita kerana kita hina dan banyak dosa, tapi kalau doa itu disampaikan oleh wakilNya, ia akan makbul. Ini adalah alasan yang tidak benar kerana Allah tidak pernah kata begitu. Dan bukankah Dakwa Surah ini Allah maha mendengar? Maka kerana Allah maha mendengar, maka terus sahaja berdoa kepadaNya.

 

سُبحٰنَهُ

Maha Suci Allah.

‘Subhanallah’ bermaksud tidak boleh merendahkan seseorang yang terlalu tinggi. Allah maha tinggi maka tidak boleh nak samakan Allah dengan makhluk yang hanya bersifat makhluk. Kalau makhluk, memanglah ada anak dan ada wakil dalam pemerintahan kerajaan.

Sebagai contoh, kalau kita nak jumpa menteri, mungkin payah kerana kita rakyat jelata sahaja. Maka kerana itu selalunya manusia akan berjumpa dengan wakil menteri untuk sampaikan permintaan, bukan?

Tapi itu adalah sifat makhluk! Itulah adalah kerajaan dunia sahaja. Kerajaan Allah tentu tidak sama dengan kerajaan makhluk. Allah tidak perlukan wakil untuk dengar permintaan doa kita kerana Allah Maha Mendengar, Maha Melihat. Dan Allah tahu apa yang kita perlukan. Allah rapat dengan kita, maka apa lagi perlunya wakil!? Salah faham inilah yang amat bahaya di kalangan manusia.

 

بَل عِبادٌ مُّكرَمونَ

Sebenarnya mereka itu adalah hamba-hamba yang dimuliakan,

Tapi kerana ada fahaman yang syirik, maka manusia melantik sendiri wakil-wakil Allah walaupun Allah tidak pernah ajar begitu. Manusia akan melantik ilah-ilah dari kalangan Nabi, wali dan malaikat. Sedangkan tidak pernah Allah melantik mereka itu sebagai wakil dalam doa kepadaNya.

Memang tidak patut orang musyrik mengatakan sedemikian kerana individu-individu yang mereka katakan sebagai ‘anak Allah’ itu adalah makhluk yang mulia. Ini adalah kerana mereka itu adalah Nabi, wali dan malaikat. Dan memang kerana salah faham manusia, mereka akan mengambil Nabi, wali dan malaikat ini sebagai perantara kepada Allah kerana mereka berfahaman bahawa mereka itu mulia, maka Allah memberi kelebihan menyampaikan doa kepadaNya.

Memang mereka mulia, dan kerana itu mereka takkan pernah kata yang mereka itu adalah anak Allah atau wakil Allah. Mereka tidak pernah mengaku yang mereka akan menjadi perantara antara makhluk dan Allah. Tidak pernah ada dalil sebegini, tapi syaitan telah berjaya menyusup fahaman bathil ini dalam fikiran manusia. Oleh kerana ramai yang tidak mengendahkan dalil, maka mereka terima sahaja fahaman ini berdasarkan akal mereka sahaja.


 

Ayat 27: Kenapa mereka itu mulia di sisi Allah?

لا يَسبِقونَهُ بِالقَولِ وَهُم بِأَمرِهِ يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They cannot precede Him in word, and they act by His command.

(MELAYU)

mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.

 

لا يَسبِقونَهُ بِالقَولِ

mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan

Dalam ayat sebelum ini Allah telah  menghormati mereka yang rapat denganNya dan di dalam ayat ini ditunjukkan bagaimana mereka pun amat menghormati Allah.

Mereka tidak bercakap sebelum Allah bercakap dan ini adalah tanda penghormatan. Macam kita sebagai pelajar pun, tentu tidak beradab jikalau kita cakap sebelum guru kita bercakap. Dan kalau guru bercakap kita kena biarkan guru itu bercakap sampai habis. Jangan potong kata kata guru.

Dan maksud yang kedua, mereka tidak mendahului Allah dengan mengatakan perkara yang Allah tidak pernah cakap. Maka adakah pernah Nabi, wali dan malaikat itu kata yang mereka itu adalah wakil Allah dalam menyampaikan doa? Tentu tidak pernah. Jadi kenapa kamu wahai manusia memandai-mandai mengatakan makhluk yang mulia itu sebagai wakil Allah?

 

وَهُم بِأَمرِهِ يَعمَلونَ

dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.

Dan apa saja arahan yang diberikan oleh Allah, mereka pasti melakukannya. Mereka taat dan tidak akan melanggarnya. Apa sahaja yang Allah suruh mereka buat, mereka akan lakukan.

Bukannya macam musyrikin yang sentiasa melanggar arahan Allah. Allah larang jadikan ilah selain DiriNya tapi ramai manusia yang langgar perintah itu. Allah suruh amalkan tauhid, tapi mereka buat syirik pula.


 

Ayat 28:

يَعلَمُ ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم وَلا يَشفَعونَ إِلّا لِمَنِ ارتَضىٰ وَهُم مِن خَشيَتِهِ مُشفِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He knows what is [presently] before them and what will be after them,¹ and they cannot intercede except on behalf of one whom He approves. And they, from fear of Him, are apprehensive.

•See footnote to 2:255.

(MELAYU)

Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafa’at melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.

 

يَعلَمُ ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم

Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, 

Allah mengetahui apa yang sedang berlaku dan apa yang telah berlaku. Maka tidak perlu nak ajar Allah. Segala maklumat dalam tangan Allah.

Syafaat sebenarnya adalah ‘rekomendasi’ sahaja. Orang-orang yang dibenarkan memberi syafaat itu memberi cadangan sahaja kepada Allah untuk menyelamatkan sesiapa. Tapi kalau di dunia, kita memberi rekomendasi kepada orang yang tidak tahu. Sebagai contoh, kita carikan kerja bagi kawan kita, maka kita beritahu kepada majikan yang kawan kita itu pandai buat kerja dan jujur. Ini adalah kerana majikan kita tidak kenal kawan kita.

Tapi, bagaimana kita nak rekomendasi kepada Allah tentang seseorang yang Allah lebih kenal dari kita? Tentu tidak perlu kerana Allah tahu segala-galanya, depan dan belakang tentang orang itu.

 

وَلا يَشفَعونَ إِلّا لِمَنِ ارتَضىٰ

dan mereka tiada memberi syafa’at melainkan kepada orang yang diredhai Allah,

Dan mereka tidak akan memberi syafaat kepada sesiapa pun melainkan hanya kepada mereka yang diredhai oleh Allah. Ini disebut dalam firman-Nya dalam ayat lain.

{وَلا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ}

Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafaat itu. (Saba: 23)

Sebelum ini telah disebut yang Allah tahu segala apa yang terjadi – depan dan belakang – masa hadapan dan masa lampau.

Dalam memberi Syafaat, sebenarnya mereka yang memberi Syafaat itu, hanya memberikan rekomen sahaja. Maka Nabi, wali dan malaikat itu hanya boleh beri Syafaat kepada mereka yang Allah sendiri telah redha untuk menerima Syafaat. Maka mereka yang layak sahaja yang boleh dapat Syafaat.

Mereka yang boleh dapat syafaat itu memang Allah telah sedia redha kepada mereka. Kerana mereka beramal dengan amalan tauhid. Jadi kalau manusia ada buat syirik, memang tidak layak dapat Syafaat langsung. Maka kalau mereka berharap Nabi, wali dan malaikat yang mereka sembah itu akan bantu dengan beri Syafaat, mereka amat tersasar jauh.

 

وَهُم مِن خَشيَتِهِ مُشفِقونَ

dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.

Bagaimanakah para Nabi, wali dan malaikat itu boleh memberi syafaat kepada sesiapa sahaja sedangkan mereka sendiri takut dengan hal keadaan mereka sendiri? Kalau mereka sendiri sudah takut kepada Allah, adakah kamu rasa yang mereka berani nak rekomen kamu yang buat syirik?

Kerana itu di dalam satu hadis yang masyhur, kita telah belajar bagaimana di Mahsyar nanti apabila manusia pergi meminta syafaat daripada Rasul-rasul mereka, Rasul mereka menjawab: nafsi, nafsi (diriku, diriku). Mereka sendiri pun risaukan keadaan diri mereka. Maka jangan haraplah kamu ada peluang kalau kamu ada mengamalkan syirik semasa di dunia.

Mereka itu takut kepada Allah kerana mereka itu kenal Allah. Mereka tahu Allah boleh buat apa sahaja yang Dia mahu. Mereka takut jikalau mereka ada melakukan kesalahan atau kesilapan yang berlainan dengan kehendak Allah. Itulah sifat yang mulia – tidak terus yakin yang diri mereka selamat.  Mereka yang yakin mereka selamat, itulah yang tidak selamat.


 

Ayat 29:

۞ وَمَن يَقُل مِنهُم إِنّي إِلٰهٌ مِّن دونِهِ فَذٰلِكَ نَجزيهِ جَهَنَّمَ ۚ كَذٰلِكَ نَجزِي الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever of them should say, “Indeed, I am a god besides Him” – that one We would recompense with Hell. Thus do We recompense the wrongdoers.

(MELAYU)

Dan barangsiapa di antara mereka, mengatakan: “Sesungguhnya aku adalah tuhan selain daripada Allah”, maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim.

 

وَمَن يَقُل مِنهُم إِنّي إِلٰهٌ مِّن دونِهِ فَذٰلِكَ نَجزيهِ جَهَنَّمَ

Dan barangsiapa di antara mereka, mengatakan: “Sesungguhnya aku adalah ilah selain daripada Allah”, maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, 

Kalimah itu dalam bentuk majzoom tetapi tidak ada penjelasannya maka ia bermaksud: ‘jika ada mereka berkata begitu’. Kerana Allah berkata tentang para rasul, wali dan malaikat yang dikatakan oleh orang syirik yang mereka telah mengaku sebagai ilah. Sekarang Allah berkata ‘jika’ ada sahaja, kerana pasti mereka tidak akan berkata begitu. Ini hanya hypothetical sahaja.

 

كَذٰلِكَ نَجزِي الظّٰلِمينَ

demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim.

Kalaulah ada para Nabi, wali dan malaikat itu yang mengatakan mereka itu ilah selain Allah, maka pasti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka sebagai balasan yang setimpal. Tapi seperti kita telah sebut, mereka tidak ada pun berkata begitu. Golongan manusia yang jahil sahaja yang mengatakan demikian. Yang dipuja itu sendiri tidak mengaku.

Begitu juga, kalau ada yang mengatakan ada ilah selain Allah, mereka juga kena azab juga nanti.


 

Ayat 30: Dari ayat ini sehingga ke ayat 41 adalah Perenggan Makro Ketiga. Ia menyebut Tauhid Kholiqiyah Rububiyyah. Allah lah yang mencipta alam semesta. Kemudian Dia mengatur perubahan waktu malam dan siang. Dia juga yang menghidupkan dan mematikan makhlukNya.

Allah menguji manusia dengan kebaikan dan kejahatan sebelum semuanya dikembalikan untuk diberi pembalasan. Maka ayat ini adalah Dalil Aqli.

أَوَلَم يَرَ الَّذينَ كَفَروا أَنَّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ كانَتا رَتقًا فَفَتَقنٰهُما ۖ وَجَعَلنا مِنَ الماءِ كُلَّ شَيءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلا يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have those who disbelieved not considered that the heavens and the earth were a joined entity, and We separated them and made from water every living thing? Then will they not believe?

(MELAYU)

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?

 

أَوَلَم يَرَ الَّذينَ كَفَروا أَنَّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ كانَتا رَتقًا

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu,

Tidakkah mereka yang kufur itu lihat dan memikirkan bahawa langit dan bumi itu asalnya bersatu? Iaitu tidak terpisah seperti sekarang.

Kalimah ‘tengok’ yang digunakan dalam ayat ini bermaksud ‘tahu’ – “tidakkah kamu tahu?”. Ini adalah kerana tidak ada sesiapa pun yang melihat awal kejadian alam ini.

Memanglah kita tidak tahu perkara ini kerana kita tak mampu nak capai maklumat itu kerana ianya berlaku lama sebelum kita sendiri lahir. Maka tujuan Allah tanya itu adalah caraNya untuk memberitahu maklumat ini kepada kita.

 

فَفَتَقنٰهُما

kemudian Kami pisahkan antara keduanya. 

Kemudian Allah pisahkan antara langit dan bumi itu. Ada yang mengatakan ayat ini menceritakan tentang Teori Big Bang. Dan memang ada persamaan teori itu dan apa yang disebut dalam ayat ini. Ini adalah salah satu mukjizat Qur’an yang mempunyai persamaan dengan pemahaman sains. Ini adalah kerana Qur’an tidak berlawanan dengan sains.

Mengikut Teori Big Bang, alam ini asalnya adalah satu gumpalan (Primary Nebula) dan kemudian ada letupan (Secondary Separation) yang menjadikan galaksi-galaksi. Dan dari galaksi-galaksi itu menjadi bintang, planet, matahari, bulan dan seterusnya. Semua ini adalah dalam takdir Allah.

Allah memang suruh kita buat kajian tentang alam. Ini menambahkan kefahaman dan iman kita kepada Allah. Semoga semakin ramai umat Islam menceburi bidang kajian ini supaya dapat menjelaskan tentang alam ini dari perspektif Islam. Kita memang memerlukan sains ditafsir dalam kaca mata Islam. Kerana Islam tidak berlawanan dengan sains dan apabila kita lihat sains dan Qur’an sama sahaja, ini akan menambahkan keimanan kita.

 

وَجَعَلنا مِنَ الماءِ كُلَّ شَيءٍ حَيٍّ

Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.

Dan Allah menjadikan semua benda yang hidup dari air. Dan memang kajian Sains sekarang pun sudah menerima bahawa asal kejadian semua yang hidup adalah dari air. Kerana itu kalau kajian pada planet selain bumi, yang dicari adalah sumber air kerana jikalau ada sumber air di planet itu, ia menunjukkan bahawa ada kemungkinan ada kehidupan di situ, atau pernah ada kehidupan di situ.

Akan tetapi timbul persoalan kenapa orang-orang yang engkar itu disuruh melihat kejadian alam ini sedangkan mereka tidak boleh lihat pun. Mereka tidak ada kemungkinan untuk mengkajinya. Waktu itu mereka hanya disuruh untuk memikirkan sahaja dari pada mana asal mereka tetapi kita sekarang hidup pada zaman yang dapat lebih memahami ayat ini.

Allah hendak memberitahu bahawa Dia lah yang menjadikan alam ini maka dia sahaja yang boleh menceritakan satu persatu kejadian itu. Maka setelah tahu yang Allah yang menjadikan alam ini, maka pujuklah Allah sahaja dan berdoalah kepada Allah sahaja dan mengapa hendak memujuk dan berdoa kepada selain Allah?

 

أَفَلا يُؤمِنونَ

Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?

Maka elok kalau untuk lebih memahami ayat-ayat sebegini kita mencari maklumat maklumat sains yang dapat menguatkan lagi fahaman kita tentang alam ini. Dan memang banyak dokumentari yang menceritakan tentang kejadian alam ini dan kita boleh lihat bagaimana pemberita yang memberitahu dokumentari itu sangat takjub dengan alam ini tetapi kita hairan kenapa mereka tidak takjub dengan Allah, Tuhan yang menjadikan alam ini?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat seterusnya.

Kemaskini: 15 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Dr. Zakir Naik

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 19 – 24 (Kalau ada banyak ilah)

Ayat 19: Ini adalah dalil aqli kedua. Sebelum ini telah disebut tentang fahaman syirik manusia yang mengatakan para malaikat itu adalah anak-anak Allah, maka sekarang Allah jelaskan siapakah malaikat itu.

وَلَهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ وَمَن عِندَهُ لا يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتِهِ وَلا يَستَحسِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

To Him belongs whoever is in the heavens and the earth. And those near Him [i.e., the angels] are not prevented by arrogance from His worship, nor do they tire.

(MELAYU)

Dan kepunyaan-Nya-lah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih.

 

وَلَهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ

Dan kepunyaan-Nya-lah segala yang di langit dan di bumi.

Hanya Allah sahaja yang memiliki alam ini. Allah tidak perlukan anak-anak seperti kita yang memerlukan anak untuk melangsungkan kehidupan kita di dunia ini. Kita mahu kepada anak kerana kita mahu ada sesuatu yang kita tinggalkan di dunia ini setelah kita tiada nanti. Tapi Allah memiliki alam ini, tidak memerlukan anak seperti itu.

Oleh kerana Allah yang memiliki alam ini, maka kepada Allah sahajalah tempat kita menghambakan diri, melakukan ibadah dan seruan dalam doa. Janganlah sembah kepada selain Allah dan bertawasul kepada Nabi, wali atau malaikat.

 

وَمَن عِندَهُ لا يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتِهِ

Dan mereka yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya

Yang ‘rapat dengan Allah’ adalah malaikat-malaikat dan juga manusia-manusia yang bertakwa kepada Allah. Mereka mempunyai darjat yang tinggi kerana iman mereka dan amalan mereka. Mereka itu tidak merasa sombong untuk beribadah dan juga menghambakan diri hanya kepada Allah.

Kita tekankan perkataan ‘menghambakan’ kerana kalimah عبد bukan sahaja bermaksud ‘ibadat’ tetapi ia juga asalnya bermaksud ‘hamba’. Ada orang yang ‘beribadat’ kepada Allah, tapi tidak ‘menghambakan’ diri kepada Allah. Kerana itu mereka solat dan puasa, tapi mereka tidak taat kepada hukum-hukum Allah yang lain.

Allah beritahu yang malaikat dan manusia yang rapat dengan Allah ini tidak rasa rendah diri pun untuk menghambakan diri mereka kepada Allah. Mereka merendahkan diri di hadapan Allah dan juga mengagungkan Allah seagung-agungnya. Mereka tidak rasa sombong pun untuk menjadi hamba kepada Allah. Malangnya ada manusia yang sombong diri padahal mereka itu kerdil sahaja.

 

وَلا يَستَحسِرونَ

dan tiada merasa letih.

Kalimat يَستَحسِرونَ ini bermaksud penat seperti digunakan di dalam surah al-Mulk yang menceritakan kepenatan orang yang mencari keretakan pada langit. Memang takkan jumpa, dan kalau benda yang dicari-cari tidak jumpa, akhirnya kita akan penat sendiri, bukan?

Mereka yang rapat dengan Allah itu tidak rasa lelah dan penat ataupun bosan di dalam melakukan ibadah kepada Allah dan tidaklah mereka seperti kita yang apabila melakukan solat kepada Allah, sentiasa rasa penat sahaja. Kadang-kadang kita bosan sahaja semasa solat dan nak habiskan dengan cepat sahaja, bukan?


 

Ayat 20: Apakah contoh ibadah yang mereka lakukan?

يُسَبِّحونَ اللَّيلَ وَالنَّهارَ لا يَفتُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They exalt [Him] night and day [and] do not slacken.

(MELAYU)

Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya.

 

يُسَبِّحونَ اللَّيلَ وَالنَّهارَ

Mereka selalu bertasbih malam dan siang

Mereka bertasbih memuji Allah siang dan malam. Apabila digunakan kalimah ‘siang dan malam’, maksudnya ‘sentiasa’. Mereka sentiasa melakukan ibadah kepada Allah dan sentiasa ingat kepada Allah.

 

لا يَفتُرونَ

tiada henti-hentinya.

Kalimah يَفتُرونَ dari katadasar ف ت ر yang bermaksud bermula dengan laju dan hebat pada awalnya tetapi lama kelamaan menjadi lemah.

Sekarang bayangkan orang-orang yang melakukan solat tarawih yang mulanya laju dan bersemangat tetapi setelah di tengah-tengah Ramadhan sudah jadi lemah. Masa awal Ramadhan ramai berjemaah di masjid tapi bila sudah hujung Ramadhan ramai yang mula sibuk buat kuih dan bikin baju raya. Itulah ف ت ر.

Allah beritahu yang mereka yang rapat dengan Allah ini tidak begitu. Mereka sentiasa bersemangat untuk beribadat kepada Allah. Semoga kita juga mendapat semangat ini.


 

Ayat 21: Zajrun. Sekarang Allah menegur golongan yang berbeza dari golongan sebelum ini.

أَمِ اتَّخَذوا ءآلِهَةً مِّنَ الأَرضِ هُم يُنشِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or have they [i.e., men] taken for themselves gods from the earth who resurrect [the dead]?

(MELAYU)

Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang-orang mati)?

 

أَمِ اتَّخَذوا ءآلِهَةً مِّنَ الأَرضِ

Apakah mereka mengambil ilah-ilah dari bumi,

Adakah mereka, iaitu orang-orang musyrik itu menjadikan ilah-ilah selain Allah? Dan ilah-ilah itu ada di bumi (sedangkan Allah ada di langit).

 

هُم يُنشِرونَ

yang dapat menghidupkan?

Allah tanya mereka: adakah ilah-ilah yang mereka ambil itu boleh menghidupkan dan mengumpulkan manusia selepas makhluk mati? Adakah ilah-ilah itu ada kuasa untuk menghidupkan makhluk yang telah mati dan mengumpulkan mereka seperti Allah yang akan mengumpulkan semua makhluk di Mahsyar nanti?

Tentu tidak boleh. Maka Allah ejek penyembah ilah selain Allah itu. Kenapakah mereka boleh jadi bodoh sangat sampai sembah makhluk yang tidak ada kuasa?


 

Ayat 22: Allah berikan logik untuk menunjukkan kesalahan mereka itu. Allah suruh mereka fikirkan hujah ini.

لَو كانَ فيهِما ءآلِهَةٌ إِلَّا اللهُ لَفَسَدَتا ۚ فَسُبحٰنَ اللهِ رَبِّ العَرشِ عَمّا يَصِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Had there been within them [i.e., the heavens and earth] gods besides Allāh, they both would have been ruined. So exalted is Allāh, Lord of the Throne, above what they describe.

(MELAYU)

Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.

 

لَو كانَ فيهِما ءآلِهَةٌ إِلَّا اللهُ لَفَسَدَتا

Sekiranya ada di langit dan di bumi ilah-ilah selain Allah, tentulah keduanya itu telah binasa.

Allah suruh manusia berfikir: yang kalaulah di langit dan di bumi itu ada ilah selain Allah, tentunya langit dan bumi itu akan hancur lama dari dulu lagi kerana tentu akan ada pergaduhan antara ilah-ilah itu. Ayat ini semakna dengan firman-Nya:

{مَا اتَّخَذَ اللَّهُ مِنْ وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَهٍ إِذًا لَذَهَبَ كُلُّ إِلَهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ}

Allah sekali-kali tidak mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) berserta-Nya. Kalau ada tuhan berserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu. (Al-Mu’minun: 91)

Kerana itu kalau kita lihat agama-agama yang kata ada banyak tuhan, kita boleh lihat bagaimana tuhan-tuhan itu berkelahi dan berperang dan berbunuhan sesama mereka. Kerana kalau mereka itu memang benar ilah, tentu mereka ada kuasa dan tentu tidak boleh ada yang lebih kuasa dari mereka.

Kerana kalau nak jadi ilah, mesti ada kuasa penuh dan mengalahkan semua yang lain. Kerana kalau tidak ada kuasa yang penuh, maka ia bukanlah ilah.

 

فَسُبحٰنَ اللهِ رَبِّ العَرشِ عَمّا يَصِفونَ

Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.

Maha suci Allah dari ada ilah selainNya. Itu semua adalah rekaan manusia sahaja. Allah lebih tinggi daripada sifat-sifat yang disebut tentangNya. Hanya Allah sahaja ilah dan tidak ada ilah lain melainkan itu semua adalah rekaan manusia sahaja.

Hanya ada satu Arasy dan hanya ada satu Tuhan sahaja. Hanya Allah sahaja yang ada Arasy itu. Dan Arasy itu adalah makhluk Allah yang paling besar sekali. Ia adalah makhluk yang paling tinggi sekali dan Allah di atas lagi dari Arasy itu. Maknanya kedudukan Allah itu tertinggi – lalu bagaimana Allah boleh direndahkan dan disamakan dengan makhluk? Ini adalah syirik!

Manusia musyrik dan kafir, apabila mereka menceritakan tuhan-tuhan mereka, mereka akan berikan maklumat yang terperinci tentang tuhan-tuhan itu: siapa namanya, siapa bapanya, siapa isterinya, siapa anaknya, apa kuasa yang dia ada dan sebagainya.

Dan sekarang kita lihat bagaimana kisah-kisah itu dijadikan sebagai filem. Dan kerana itu amat bahaya kalau ditonton kerana apabila manusia melihatnya, sedikit sebanyak ada perasaan yang lain macam di dalam hati mereka.

Tambah bahaya lagi kalau anak-anak kita yang tengok. Maka kita kena jaga apakah yang ditonton oleh anak-anak kita. Takut mereka terpesona dan terkesan pula dengan apa yang mereka lihat.


 

Ayat 23: Allah menceritakan tentang DiriNya.

لا يُسأَلُ عَمّا يَفعَلُ وَهُم يُسئَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He is not questioned about what He does, but they will be questioned.

(MELAYU)

Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya dan merekalah yang akan ditanyai.

 

لا يُسأَلُ عَمّا يَفعَلُ

Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya

Allah tidak akan ditanya dan Allah tidak boleh dipersoalkan tentang apa sahaja yang dilakukan olehnya kerana Dia adalah Tuhan. Mana boleh kita nak persoalkan tentang apa sahaja yang Allah lakukan.

Malangnya kadangkala kita dengar kata-kata manusia yang kena musibah kata begini: “ya Allah, kenapa kau matikan suami aku….? Kenapa kau matikan emak aku…..?” Ini adalah kata-kata yang amat bahaya kerana seperti mempersoalkan tindakan Allah pula.

 

وَهُم يُسئَلونَ

dan merekalah yang akan ditanyai.

Akan tetapi makhluk lah yang akan ditanya tentang segala perbuatan mereka semasa di dunia. Semua perbuatan kita ditulis oleh malaikat dan akan dipersoal oleh Allah nanti.

Lalu bagaimana kita nak jawab kalau apa yang kita lakukan itu bertentangan dengan apa yang Allah suruh? Maka kena fikirkan apakah amalan kita semasa di dunia ini. Jangan kita menyesal nanti di akhirat.


 

Ayat 24:

أَمِ اتَّخَذوا مِن دونِهِ ءآلِهَةً ۖ قُل هاتوا بُرهٰنَكُم ۖ هٰذا ذِكرُ مَن مَّعِيَ وَذِكرُ مَن قَبلي ۗ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ الحَقَّ ۖ فَهُم مُّعرِضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or have they taken gods besides Him? Say, [O Muḥammad], “Produce your proof. This [Qur’ān] is the message for those with me and the message of those before me.”1 But most of them do not know the truth, so they are turning away.

•All previous prophets called for the worship of Allāh alone.

(MELAYU)

Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan selain-Nya? Katakanlah: “Tunjukkanlah hujjahmu! (Al Quran) ini adalah peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan peringatan bagi orang-orang yang sebelumku”. Sebenarnya kebanyakan mereka tiada mengetahui yang hak, kerana itu mereka berpaling.

 

أَمِ اتَّخَذوا مِن دونِهِ ءآلِهَةً

Apakah mereka mengambil ilah-ilah selain-Nya?

Allah menunjukkan kehairananNya tentang manusia yang mengambil ilah-ilah selain DiriNya. Kenapakah mereka tidak memikirkan tindakan mereka itu? Kenapa mereka buat perkara yang tidak ada dalil dan jauh dari logik akal?

 

قُل هاتوا بُرهٰنَكُم

Katakanlah: “Unjukkanlah hujjahmu! 

Kalimah هاتوا bermaksud suruh bawa/datang dengan segera. Macam kisah Zulaikha panggil Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf.

Kalimah برهان bermaksud bukti yang tidak dapat disangkal.

Ini adalah cabaran yang Allah berikan kepada manusia yang engkar dengan tauhid. Kalau ada dalil dan hujah yang tidak dapat disangkal, bawa keluarlah dan beritahu. Jangan simpan pula. Tapi sudah pasti tidak ada dalil dan tidak ada hujah.

 

هٰذا ذِكرُ مَن مَّعِيَ

ini adalah peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, 

Nabi Muhammad disuruh untuk memberitahu bahawa wahyu yang ada pada Baginda iaitu Qur’an adalah untuk mereka yang beriman dengan baginda.

Sebelum ini mereka disuruh bawa dalil tentang fahaman syirik mereka itu. Tapi tentulah tidak ada. Sedangkan wahyu dalam Qur’an ini berlainan sekali dengan apa yang mereka katakan itu. Memang tidak ada dalil lain melainkan Qur’an ini sahaja. Ia menjadi sumber peringatan kepada mereka yang mahu beriman dengan baginda.

 

وَذِكرُ مَن قَبلي

dan peringatan bagi orang-orang yang sebelumku”.

Wahyu yang ada bersama Nabi adalah Qur’an dan wahyu yang sebelum Nabi Muhammad adalah kitab-kitab yang dahulu. Bukan sahaja tidak ada dalil tentang ilah selain Allah dalam Qur’an, dalam wahyu langit sebelum Qur’an juga tidak ada seperti dalam Taurat, Injil dan Zabur.

Allah hendak memberitahu bahawa cerita tentang tauhid ini bukan hanya berada di dalam Qur’an sahaja tetapi berada di dalam kitab kitab wahyu sebelum Qur’an. Sama sahaja maklumat tentang Tauhid, Risalah dan Akhirat.

 

بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ الحَقَّ

Sebenarnya kebanyakan mereka tiada mengetahui yang haq,

Kebanyakan manusia tidak tahu tentang kebenaran dan mereka melakukan kesilapan dengan menyangka perkara yang mereka tidak tahu itu tidak penting. Mereka rasa mereka hidup senang sahaja dan selamat sahaja tanpa mengetahui tentang wahyu dan tentang agama.

 

فَهُم مُّعرِضونَ

kerana itu mereka berpaling.

Jadi kerana rasa wahyu tidak penting, maka mereka rasa tak perlu nak ambil tahu. Kerana itu ramai yang tidak kisah pun untuk belajar agama, belajar tafsir Qur’an dan sebagainya. Mereka rasa sudah selamat, mereka rasa sudah cukup dengan ilmu yang mereka ada. Alangkah malangnya mereka kerana berfikiran begitu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 14 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 11 – 18 (Lawan haq dan bathil)

Ayat 11: Ayat takhwif duniawi.

وَكَم قَصَمنا مِن قَريَةٍ كانَت ظالِمَةً وَأَنشَأنا بَعدَها قَومًا ءآخَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And how many a city which was unjust¹ have We shattered and produced after it another people.

    •    i.e., its inhabitants persisting in wrongdoing.

(MELAYU)

Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang zalim yang telah Kami binasakan, dan Kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain (sebagai penggantinya).

 

وَكَم قَصَمنا مِن قَريَةٍ كانَت ظالِمَةً

Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang zalim yang telah Kami binasakan, 

Kalimah قصم bermaksud ‘pecah’, ‘hancurkan’. Allah mengingatkan kepada kita bawa telah banyak sekali kaum-kaum yang telah dimusnahkan kerana mereka itu telah berlaku zalim. Tidak ada masalah bagi Allah untuk menghancurkan mana-mana kaum pun kerana mereka degil.

 

وَأَنشَأنا بَعدَها قَومًا ءآخَرينَ

dan Kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain

Dan kemudian setelah Allah hancurkan mereka, Allah boleh bangkitkan kaum yang lain pula di tempat itu. Ini menunjukkan bahawa tidak susah pun bagi Allah untuk menghancurkan mana-mana kaum dan kemudian gantikan dengan kaum yang lain. Ini sudah banyak terjadi. Sebagai contoh, kaum Aad dihancurkan dan digantikan dengan kaum Tsamud.

Maka janganlah Musyrikin Mekah itu ataupun kita sendiri rasa kita ini hebat sampaikan Allah takkan hancurkan. Musyrikin Mekah mungkin sangka yang mereka itu kaum terpilih kerana mereka penjaga Kaabah. Allah beritahu, Allah tak kira. Kalau Allah nak ganti, Allah boleh sahaja gantikan.


 

Ayat 12:

فَلَمّا أَحَسّوا بَأسَنا إِذا هُم مِنها يَركُضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they [i.e., its inhabitants] perceived Our punishment, at once they fled from it.

(MELAYU)

Maka tatkala mereka merasakan azab Kami, tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya.

 

فَلَمّا أَحَسّوا بَأسَنا

Maka tatkala mereka merasakan azab Kami,

Kalimah أَحَسّوا dari katadasar ح س س yang bermaksud ‘bagi seseorang merasa’. Allah merasakan azab kepada mereka yang degil. Azab yang disebut dalam ayat sebelum ini adalah daripada Allah. Mereka sangka mereka melawan siapa? Mereka sangka mereka lawan Nabi Muhammad sahaja kah?

 

إِذا هُم مِنها يَركُضونَ

tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya.

Apabila mereka nampak azab yang telah datang itu barulah mereka hendak melarikan diri. Waktu itu mereka akan kelam kabut dan menceceh-ceceh hendak melarikan diri.

Kalimah يَركُضونَ dari katadasar ر ك ض yang bermaksud menggerakkan kaki, lari, terbang.


 

Ayat 13:

لا تَركُضوا وَارجِعوا إِلىٰ ما أُترِفتُم فيهِ وَمَسٰكِنِكُم لَعَلَّكُم تُسئَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Some angels said], “Do not flee but return to where you were given luxury and to your homes – perhaps you will be questioned.”¹

    •    About what happened to you. This is said to them in sarcasm and ridicule.

(MELAYU)

Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu (yang baik), supaya kamu ditanya.

 

لا تَركُضوا

Janganlah kamu lari tergesa-gesa;

Akan tetapi mereka tidak dapat melarikan diri. Maka akan diejek kepada mereka: “tak payahlah kamu nak lari ke mana-mana”. Yang berkata itu adalah para malaikat.

 

وَارجِعوا إِلىٰ ما أُترِفتُم فيهِ

kembalilah kamu kepada nikmat yang dulu kamu rasakan

Mereka akan cuba nak lari tapi mereka akan dipulangkan ke tempat tinggal mereka yang dulunya mereka hidup dengan mewah.

 

وَمَسٰكِنِكُم

dan kepada tempat-tempat kediamanmu

Ini adalah perli daripada Allah. Baliklah ke tempat tinggal kamu yang kamu hidup senang lenang dahulu. Kalau bolehlah.

 

لَعَلَّكُم تُسأَلونَ

supaya kamu ditanya.

Maksudnya dulu kamu ada ramai pembantu yang tanya apa yang kamu hendak? Macam orang gaji kamu yang tanya apakah yang kamu hendak minum dan sebagainya. Kerana dahulu biasanya mereka yang engkar itu adalah orang orang yang kaya dan tentu ada banyak pembantu.

Ditanya oleh pembantu atau hamba itu memang menyenangkan. Tapi ingat yang kamu juga akan ditanya juga nanti. Kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu lakukan semasa kamu hidup dan persoalan itu akan diadakan di akhirat kelak. Yang ini memang susah nak jawab.

Waktu itu mereka akan diminta bertanggungjawab tentang perbuatan mereka, apakah mereka telah mensyukuri nikmat-nikmat yang mereka peroleh? Rezeki Allah semua mereka pakai, tapi kenapa kepada Allah mereka tidak taat? Ingat percuma sahaja kah semua nikmat yang kamu pakai itu? Bayarannya adalah ketaatan kepada Allah. Kalau tak boleh bayar, maka tunggulah nanti azab di neraka kelak.


 

Ayat 14:

قالوا يا وَيلَنا إِنّا كُنّا ظٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “O woe to us! Indeed, we were wrongdoers.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Aduhai, celaka kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim”.

 

Waktu kena tanya tentang amalan semasa di dunia, waktu itu baru mereka akan menyesali kesalahan dan kesyirikan yang mereka telah lakukan semasa mereka hidup dulu. Waktu itu mereka akan mengaku segala kesalahan mereka dahulu.

Mereka akan menangis dan melaung. Tangisan mereka ini akan berterusan sampai bila-bila. Kerana peluang sudah tidak ada untuk memperbaiki kesalahan dulu.


 

Ayat 15:

فَما زالَت تِلكَ دَعوٰهُم حَتّىٰ جَعَلنٰهُم حَصيدًا خٰمِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And that declaration of theirs did not cease until We made them [as] a harvest [mowed down], extinguished [like a fire].

(MELAYU)

Maka tidak berhenti keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi.

 

فَما زالَت تِلكَ دَعواهُم

Maka tidak berhenti keluhan mereka,

Mereka akan terus mengeluh dan menjerit-jerit menangisi kesilapan mereka. Sampai bila?

 

حَتّىٰ جَعَلناهُم حَصيدًا خامِدينَ

sehingga Kami jadikan mereka sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi.

Sehinggalah mereka dimusnahkan.

Kalimah حَصيدًا adalah ladang yang telah dilenyek-lenyek oleh traktor. Bayangkan ladang yang telah dituai. Atau ladang yang sudah kena bakar. Biasanya ladang selepas dituai akan dibakar. Hanya tinggal kesan-kesan hancur sahaja. Maka apabila ladang itu telah dihancurkan dan kalau ada orang yang datang ke tempat itu semula, mereka akan lihat bagaimana hanya ada kesan-kesan yang manusia pernah hidup di situ tetapi tidak ada lagi orang yang  tinggal di situ.

Begitulah perumpamaan yang Allah berikan kepada azab yang akan dikenakan kepada mereka. Mereka akan dilenyek-lenyek, dibakar sampai rupa mereka pun tiada lagi.

Kalimah خامِدينَ pula adalah perkataan yang amat menakutkan. Dari segi bahasa ia digunakan apabila telah kebah dari demam. Ataupun digunakan untuk benda panas seperti arang yang setelah dihilangkan api yang membakarnya. Sekarang akan menjadi semakin sejuk. Maknanya kepanasan semakin menghilang memberi isyarat kepada hampir mati. Jadi ianya digunakan untuk kematian yang perlahan-lahan dan amat menyakitkan. Begitulah mereka nanti apabila dibakar dalam neraka. Amat menakutkan!


 

Ayat 16: Dari ayat ini sehingga ke ayat 29 adalah Perenggan Makro Kedua. Ia mengandungi peringatan bahawa para Rasul iaitu semuanya menyeru kepada tauhid.

Ayat 16 ini mengandungi Dalil Aqli. Allah suruh tengok alam ini kerana Dia jadikan langit dan bumi ini supaya kita memikirkan dan kita kenal Dia.

وَما خَلَقنَا السَّماءَ وَالأَرضَ وَما بَينَهُما لٰعِبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not create the heaven and earth and that between them in play.

(MELAYU)

Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.

 

Tidaklah Allah menjadikan alam ini sebagai main-main saja tanpa ada tujuan. Ingatlah yang alam ini dijadikan untuk kita kenal Allah. Kalau alam yang begitu punya hebat, tentu ada yang menjadikannya, bukan? Tentu yang menjadikannya itu lebih hebat? Maka takkan kita tidak mahu kenal kepada Yang menjadikan alam ini?

Di awal surah ini Allah telah memberitahu bagaimana orang yang engkar itu menjadikan agama ini sebagai main-main sahaja dan sekarang Allah memberitahu bahawa alam ini bukan permainan. Bukan Allah main-main buat alam ini (tidak ada kerja nak buat alam pula).

Ini penting kerana memang ada orang yang kononnya pandai berfikir dan mereka kata entah-entah Allah menjadikan alam ini kerana nak lihat apa yang kita buat sahaja. Maka Allah jawab yang ianya bukanlah permainan dan tidak layak untuk Allah buat sebegitu. Allah tak buat benda yang sia-sia.

Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam firman-Nya:

{وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلا ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ}

Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu kerana mereka akan masuk neraka. (Shad: 27)


 

Ayat 17: Zajrun.

لَو أَرَدنا أَن نَّتَّخِذَ لَهوًا لَاّتَّخَذنٰهُ مِن لَّدُنّا إِن كُنّا فٰعِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Had We intended to take a diversion,¹ We could have taken it from [what is] with Us – if [indeed] We were to do so.

    •    Such as a wife or a child.

(MELAYU)

Sekiranya Kami hendak membuat sesuatu permainan, (isteri dan anak), tentulah Kami membuatnya dari sisi Kami. Jika Kami menghendaki berbuat demikian, (tentulah Kami telah melakukannya).

 

لَو أَرَدنا أَن نَّتَّخِذَ لَهوًا لَاّتَّخَذنٰهُ مِن لَّدُنّا

Sekiranya Kami hendak membuat sesuatu permainan, (isteri dan anak), tentulah Kami membuatnya dari sisi Kami.

Allah beritahu yang kalau Allah hendak jadikan alam ini sebagai permainan, seperti isteri dan anak-anak, tentulah Allah akan buat sendiri. Dan kemudian tentulah  Allah akan beritahu kepada kita, siapakah isteriNya dan siapakah anak-anakNya. Allah akan beritahu, supaya kita tak payah nak reka sendiri siapa pasangan Allah dan siapa anak-anak Allah.

Kerana begitulah yang dilakukan oleh agama yang sesat. Mereka sendiri yang reka-reka siapakah anak-anak Allah. Ada yang kata Nabi Isa, ada yang kata Nabi Uzair dan ada yang kata para malaikat itu anak-anak Allah.

Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya:

{لَوْ أَرَادَ اللهُ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا لاصْطَفَى مِمَّا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ سُبْحَانَهُ}

Kalau sekiranya Allah hendak mengambil anak, tentu Dia akan memilih apa yang dikehendaki-Nya di antara ciptaan-ciptaan yang telah diciptakan-Nya, Mahasuci Allah. Dialah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. (Az-Zumar: 4)

Maka Allah bukanlah jadikan alam ini sebagai suka-suka sahaja, sebagai alat permainan. Tapi alam ini dijadikan dengan tujuan. Kerana itulah kejadian dalam alam ini amat hebat sekali. Kalau nak buat main-main sahaja, tak payahlah nak jadikan alam ini begini punya hebat, bukan?

 

إِن كُنّا فٰعِلينَ

Jika Kami menghendaki berbuat demikian, 

Kalau Allah nak buat permainan, Allah Allah boleh buat. Tapi memang Allah tak buat pun begitu kerana Allah tak beritahu pun kepada kita. Kerana Allah tidak memerlukan anak isteri untuk menghibur hatiNya. Tak macam kita yang memerlukan keluarga untuk menghibur hati kita, tempat kita bermain-main dengan mereka, tempat kita melepaskan penat dan sebagainya. Ini semua adalah keperluan makhluk dan Allah tidak perlukan.

Qatadah, As-Saddi, Ibrahim An-Nakha’i, dan Mugirah ibnu Miqsam mengatakan bahawa makna ayat ini ialah ‘Kami tidak akan melakukan hal itu’. Mujahid mengatakan bahawa semua lafaz إِن yang ada di dalam ayat ini mengandung makna ingkar atau bantahan. Maknanya, memang Allah tidak buat pun.

Allah bebas dari melakukan sesuatu tanpa keperluan dan tanpa haq. Kalau Allah jadikan sesuatu, mesti ia ada sebab.


 

Ayat 18: Allah hendak memberitahu yang fahaman bathil itu duduk dalam kepala manusia. Tubuh itu sebagai askar sahaja.

بَل نَقذِفُ بِالحَقِّ عَلَى البٰطِلِ فَيَدمَغُهُ فَإِذا هُوَ زاهِقٌ ۚ وَلَكُمُ الوَيلُ مِمّا تَصِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Rather, We dash the truth upon falsehood, and it destroys it,¹ and thereupon it departs. And for you is destruction from that which you describe.²

    •    Literally, “strikes its brain,” disabling or killing it.

    •    Of untruth concerning Allāh, particularly here, the claim that He has a son or other “partner” in divinity.

(MELAYU)

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya).

 

بَل نَقذِفُ بِالحَقِّ عَلَى البٰطِلِ فَيَدمَغُهُ

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya,

Allah menggunakan imageri dalam ayat ini.  Ini kerana kalimah نَقذِفُ dari katadasar ق ذ ف  yang bermaksud ‘membaling’. Selalu digunakan untuk baling batu kepada seseorang sampai memecahkan kepalanya. Kalimah فَيَدمَغُهُ dari katadasar د م غ yang bermaksud merosakkan, memecahkan otak.

Bayangkan seorang lelaki hendak menangkap seseorang yang sedang melarikan diri. Sebab orang itu lari laju, maka dia cuma boleh ambil batu dan baling kepada lelaki yang lari itu untuk memberhentikannya. Tapi kerana kuat balingannya, sampai memecahkan kepala orang itu. Maka pecahlah otak orang yang lari itu.

Ini merujuk kepada peperangan antara kebenaran dan kebathilan. Kebenaran tidak suka kepada kebathilan. Tetapi cara Allah menunjukkan kebencian kebenaran kepada kebathilan itu sangat kuat, sampai gunakan ibarat baling sampai pecah kepala. Untuk memahaminya bayangkan kebathilan dan kebenaran ini adalah dua orang lelaki yang berkelahi.

Kadang-kadang apabila manusia berkelahi dan marah sangat, ada yang memaki lawannya. Ada pula yang lebih marah, sampai dia menumbuk lawannya itu kerana marah sangat. Ada yang marah sangat sampai pukul lagi teruk. Ada yang lagi marah maka dia memecahkan kepala lawannya itu. Maknanya, kalau sampai pecahkan kepala, itu tahap marah yang amat tinggi.

Apabila kalimah نَقذِفُ digunakan, ia menunjukkan yang mereka berdua duduk berjauhan. Maksudnya tidaklah dua lelaki ini boleh duduk di dalam satu bilik yang sama kerana marah sangat. Begitulah Allah gambarkan kebencian kebenaran kepada kebathilan. Dan kebenaran akan memusnahkan kebathilan apabila ada peluang. Dan kebenaran selalunya berada di atas dan kebathilan selalu akan lari apabila datangnya kebenaran.

Ia juga memberi isyarat yang kebenaran itu untuk dimasukkan dalam otak. Wahyu itu macam peluru untuk masuk dalam kepala. Apabila wahyu masuk otak, ia akan menghancurkan fahaman salah. Kerana fahaman salah dan benar tidak boleh duduk sekali.

Itulah yang sepatutnya terjadi, tetapi lihatlah dunia sekarang: siapakah yang lebih kuat? Malangnya orang bathil yang lebih kuat daripada orang-orang kebenaran. Jadi dunia ini sudah terbalik sebenarnya. Sepatutnya yang benar yang duduk di atas dan tinggi, tapi kita yang kena duduk di bawah pula dikalahkan oleh puak yang mengamalkan kebathilan itu.

 

فَإِذا هُوَ زاهِقٌ

maka dengan serta merta yang bathil itu lenyap.

Kalimah زاهِقٌ dari katadasar ز ه ق yang bermaksud pergi meninggalkan, rosak, mati, tiada hasil. Ia bermaksud seseorang yang lari kerana kalah dalam peperangan. Ia juga digunakan untuk binatang yang terlalu gemuk atau terlalu kurus. Digunakan untuk binatang jenis itu kerana apabila binatang dikejar, yang terlalu gemuk tidak dapat dari jauh kerana gemuk dan berat; dan binatang yang kurus tidak dapat dari jauh kerana lemah.

Allah gunakan kalimah ini hendak memberi isyarat yang lemahnya kebathilan itu sampai akan lari dan akan kalah.

 

وَلَكُمُ الوَيلُ مِمّا تَصِفونَ

Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifatkan

Ini adalah tentang rekaan sifat Tuhan yang dijadikan oleh manusia. Mereka reka sifat-sifat Allah yang tidak ada dalam wahyu. Antaranya mereka kata Allah memerlukan wakil dalam doa. Mereka kata Allah ada anak dan sebagainya.

Dan mereka jadikan ‘wakil-wakil’ itu ada sifat-sifat tertentu. Kalau agama lain, mereka jadikan dewa-dewa itu dengan sifat begitu dan begini, ada ayah dan emak, jaga kawasan itu dan ini, malah macam-macam lagi cerita rekaan.

Dan begitu juga orang Islam yang jahil wahyu pun ada reka sifat-sifat Nabi, wali dan malaikat. Sebagai contoh, yang puja Syeikh Abdul Qadir Jilani itu, mereka kata beliau jaga masa lah, jaga itu dan inilah. Nabi Khidr pula mereka kata jaga hutan lah. Dan macam-macam lagi perkara karut yang manusia reka, tidak kira sama ada orang bukan Islam atau orang Islam sendiri (yang jauh dari wahyu).

Maka Allah kutuk mereka dengan mengatakan mereka akan mendapat kehinaan nanti. Kerana mereka memandai reka benda-benda itu. Benda tidak ada dalil dari wahyu, tapi sedap sahaja mereka buat cerita.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 15 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 5 – 10 (Para Rasul itu golongan manusia)

Ayat 5: Dalam ayat sebelum ini telah disebut bagaimana Musyrikin Mekah menolak Nabi Muhammad dengan menuduh sesiapa yang mengikut baginda itu telah terkena sihir. Tapi mereka bukan  kata sihir sahaja. Ada lagi tuduhan mereka.

بَل قالوا أَضغٰثُ أَحلٰمٍ بَلِ افتَرٰهُ بَل هُوَ شاعِرٌ فَليَأتِنا بِئٰيَةٍ كَما أُرسِلَ الأَوَّلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But they say, “[The revelation is but] a mixture of false dreams; rather, he has invented it; rather, he is a poet. So let him bring us a sign just as the previous [messengers] were sent [with miracles].”

(MELAYU)

Bahkan mereka berkata (pula): “(Al Qur’an itu adalah) mimpi-mimpi yang kalut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaknya dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana rasul-rasul yang telah lalu diutus”.

 

بَل قالوا أَضغٰثُ أَحلٰمٍ

Bahkan mereka berkata (pula): “(Al Qur’an itu adalah) mimpi-mimpi yang kalut,

Mereka nak kata yang apa yang dialami oleh Nabi Muhammad itu adalah mimpi buruk sahaja dan cerita di dalamnya kelam kabut, sampaikan apa yang diberitahu itu tidak masuk akal. Mereka kata apa yang diterima oleh baginda adalah mimpi karut sahaja.

Tuduhan ini lagi teruk dari tuduhan sihir kerana kalau sihir, ia tetap kena belajar. Tapi apabila dikatakan mimpi buruk, itu bermaksud mereka tuduh Nabi Muhammad terima sahaja dan entah dari mana datangnya.

 

بَلِ افتَرٰهُ

malah diada-adakannya,

Lagi teruk lagi, mereka kata yang Nabi Muhammad menipu dengan reka sahaja apa yang disampaikan itu. Ini tuduhan ketiga pula (selepas kata ia sihir, kemudian kata ia mimpi).

 

بَل هُوَ شاعِرٌ

bahkan dia sendiri seorang penyair,

Kemudian ada pula yang kata Nabi Muhammad itu seorang penyair pula.

Jadi kita boleh lihat bagaimana mereka menggunakan berbagai-bagai hujah dan tohmahan yang diberikan kepada khalayak ramai. Mereka bagi banyak pilihan, supaya adalah salah satu yang dipercayai oleh orang ramai.

Sebenarnya ini menunjukkan kecelaruan mereka. Mereka pun sudah tidak tahu nak label Qur’an itu apa. Sepatutnya nak kata sihir, pilihlah satu tuduhan sahaja. Tapi kejap mereka kata sihir, kejap kata mimpi, kejap kata rekaan, kejap kata ia adalah syair pula.

Macam juga penentang sunnah sekarang. Macam-macam tuduhan yang dikenakan kepada mereka yang hendak mengamalkan sunnah. Tidak dapat dilawan dengan hujah, dikoreknya segala hal peribadi para pendakwah dan diserang menggunakan isu peribadi. Bila kita dengar tuduhan dan tohmahan mereka, tahulah kita yang mereka sudah ketandusan hujah, macam juga Musyrikin Mekah sudah ketandusan hujah.

 

فَليَأتِنا بِئٰيَةٍ كَما أُرسِلَ الأَوَّلونَ

maka hendaknya dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana rasul-rasul yang telah lalu diutus”.

Dan ada juga yang beri cadangan untuk Nabi Muhammad mengeluarkan mukjizat untuk membuktikan kenabian baginda. Mereka maksudkan mukjizat-mukjizat seperti unta Nabi Saleh, mukjizatnya tongkat Musa dan mukjizat Nabi Isa.

Musyrikin Mekah memang banyak meminta-minta mukjizat ditunjukkan kepada mereka. Memang berat-berat sekali perkara yang mereka mintakan itu. Dan walaupun Allah boleh melakukannya tetapi Allah tidak mahu melakukannya. Allah telah jawab di dalam surah Al Isra bahawa Allah tidak memberikannya kepada mereka kerana Allah tahu yang jikalau diberikan juga, mereka tidak akan beriman seperti yang telah berlaku kepada kaum-kaum yang terdahulu.

Ada yang telah meminta mukjizat ditunjukkan kepada mereka dan Allah beri mukjizat itu. Tapi kemudiannya mereka tolak juga Rasul mereka walaupun mukjizat telah diberikan. Perkara ini banyak diberitakan dalam ayat-ayat yang lain. Allah sebut tentang ini dalam ayat yang lain:

وَمَا مَنَعَنَا أَنْ نُرْسِلَ بِالآيَاتِ إِلا أَنْ كَذَّبَ بِهَا الأوَّلُونَ وَآتَيْنَا ثَمُودَ النَّاقَةَ مُبْصِرَةً فَظَلَمُوا بِهَا}

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasaan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. (Al-Isra: 59), hingga akhir ayat.

Dan kerana mereka telah menolak mukjizat yang mereka minta sendiri maka mereka telah dihancurkan. Maka Allah tidak mahu itu terjadi kepada umat Nabi Muhammad kerana umat Nabi Muhammad adalah umat yang terakhir. Kerana jikalau mereka dihancurkan semua sekali, maka tidaklah ada lagi umat manusia. Jadi kita kena sedar bahawa penolakan Allah ini adalah di atas sifat rahmatNya.


 

Ayat 6: Jawab kepada syikayah dan takhwif duniawi.

ما ءآمَنَت قَبلَهُم مِّن قَريَةٍ أَهلَكنٰها ۖ أَفَهُم يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Not a [single] city which We destroyed believed before them,¹ so will they believe?

•    Even though they had witnessed signs and miracles.

(MELAYU)

Tidak ada (penduduk) suatu negeri pun yang beriman yang Kami telah membinasakannya sebelum mereka; maka apakah mereka akan beriman?

 

ما ءآمَنَت قَبلَهُم مِن قَريَةٍ أَهلَكنٰها

Tidak ada (penduduk) suatu negeri pun yang beriman yang Kami telah membinasakannya sebelum mereka;

Allah beritahu di dalam ayat ini bahawa tidak ada satu kaum pun sebelum mereka yang beriman setelah ditunjukkan mukjizat yang mereka minta. Sudah diberikan mukjizat pun mereka tidak terima.

Maka kerana itu kalau diberikan juga mukjizat yang diminta oleh mereka itu, Allah sudah tahu yang mereka memang tidak akan beriman juga.

{إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الألِيمَ}

Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat Tuhanmu, tidaklah akan beriman, meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan, hingga mereka menyaksikan azab yang pedih. (Yunus: 96-97)

Kerana mereka menolak untuk beriman setelah diberikan dengan mukjizat yang diminta, Allah musnahkan mereka. Maka memang lebih baik apabila Allah tidak berikan mukjizat kepada mereka.

 

أَفَهُم يُؤمِنونَ

maka apakah mereka akan beriman?

Banyak daerah yang kufur dan mereka dimusnahkan. Mereka nak jadi macam itukah? Mana-mana yang minta mukjizat dan dizahirkan, kaum itu derhaka juga. Maka tak payahlah minta-minta mukjizat lagi. Sebaliknya hendaklah mereka segera beriman.

Atau, ayat ini bermaksud: adakah mereka akan beriman setelah diberikan dengan mukjizat yang mereka minta itu? Tentu tidak. Kerana Allah sudah tahu degilnya hati mereka.


 

Ayat 7: Jawapan lagi kepada kesamaran mereka.

وَما أَرسَلنا قَبلَكَ إِلّا رِجالًا نّوحي إِلَيهِم ۖ فَاسئلوا أَهلَ الذِّكرِ إِن كُنتُم لا تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We sent not before you, [O Muḥammad], except men to whom We revealed [the message], so ask the people of the message [i.e., former scriptures] if you do not know.

(MELAYU)

Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

 

وَما أَرسَلنا قَبلَكَ إِلّا رِجالًا

Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki

Dan Allah berhujah kepada mereka yang menolak Nabi itu: kalau kamu rasa Rasulullah itu hanya seorang manusia (sampai tidak boleh dipercayai dan diikuti), maka ketahuilah bahawa sebelum baginda pun, yang dinaikkan menjadi Rasul adalah dari kalangan manusia juga, bukan golongan malaikat pun.

Maka jangan pelik lah apabila Rasul yang menyampaikan ajaran agama ini dari kalangan manusia bukannya dari kalangan jin. Memang Nabi Muhammad bukanlah Rasul yang pertama seperti firman Allah:

{قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعًا مِنَ الرُّسُلِ}

Katakanlah “Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul.” (Al-Ahqaf: 9)

Apabila dikatakan yang Rasul-Rasul dahulu dari kalangan manusia, maknanya tidak ada Nabi dari kalangan perempuan dan jin. Kerana kalimah ‘rijal’ bermaksud lelaki dewasa. Maknanya: mesti lelaki dan dan mesti dari kalangan manusia.

 

نّوحي إِلَيهِم

yang Kami beri wahyu kepada mereka,

Mereka itu semuanya manusia, tapi bezanya mereka itu dapat wahyu.

Kita pun sama sahaja dengan orang yang kita dakwahkan, cuma bezanya kita telah belajar wahyu sebelum orang lain.

 

فَاسئلوا أَهلَ الذِّكرِ إِن كُنتُم لا تَعلَمونَ

maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

Dan kalau kamu tidak tahu perkara itu kerana kamu tidak pernah ada kitab wahyu, maka tanyalah kepada ahli-ahli kitab yang ada pengetahuan tentang perkara itu. Yang dimaksudkan adalah golongan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasara).

Kalimah الذِّكرِ dalam Qur’an  bermaksud ‘wahyu’. Mereka itu golongan yang ada kitab pada mereka (Taurat dan Injil). Mereka orang yang telah sampai ajaran agama kepada mereka. Maka boleh dikatakan mereka itu orang yang berilmu dan kerana itu mereka digelar ‘Ahli Kitab’.

Tentu kalau ditanya kepada ahli-ahli kitab itu, mereka akan memberitahu bahawa dari mula kejadian lagi, para rasul dan nabi adalah dari kalangan manusia dan mereka juga makan dan beristeri, pergi ke pasar dan ada ahli keluarga, jatuh sakit dan sebagainya. Sama macam manusia biasa juga.

Jadi ini bukanlah perkara baru. Jadi kenapa mereka nak berhujah yang tidak patut seorang Rasul itu manusia? Kenapa nak tolak dakwah Nabi Muhammad semata-mata baginda seorang manusia seperti mereka? Melainkan itu adalah alasan untuk menolak sahaja.


 

Ayat 8: Ini adalah jawapan kepada hujah mereka yang kata kalau benar Nabi Muhammad itu seorang Rasul, mestilah ada sifat luar biasa.

وَما جَعَلنٰهُم جَسَدًا لّا يَأكُلونَ الطَّعامَ وَما كانوا خٰلِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not make them [i.e., the prophets] forms not eating food,{{Like the angels. Rather, they were human beings with human attributes. nor were they immortal [on earth].

(MELAYU)

Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal.

 

وَما جَعَلنٰهُم جَسَدًا لّا يَأكُلونَ الطَّعامَ

Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan,

Dan memang Allah angkat Rasul itu dari kalangan manusia dan tidaklah tubuh mereka tidak memerlukan makanan. Jasad mereka macam jasad manusia lain juga. Tidaklah jasad Nabi Muhammad itu dijadikan dari cahaya sampaikan tidak ada bayang pula. Dalam ayat lain Allah berfirman:

{وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلا إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي الأسْوَاقِ}

Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. (Al-Furqan: 20)

Sifat kemanusiaan yang dimiliki oleh para Rasul ini tidak sedikit pun merendahkan martabat mereka sebagai utusan Allah.

 

وَما كانوا خالِدينَ

dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal.

Dan tidaklah para rasul sebelum Nabi Muhammad itu kekal abadi. Sampai habis ajal mereka, maka mereka akan mati juga.

Ini juga menolak fahaman akidah mereka yang ghuluw yang mengatakan Nabi Muhammad tidak mati. Apabila mereka kata baginda tidak wafat itulah yang menyebabkan ada yang berdoa kepada baginda, sangka baginda datang ke majlis-majlis selawat dan sebagainya. Itu adalah fahaman yang salah.


 

Ayat 9: Ayat tasliah kepada Nabi.

ثُمَّ صَدَقنٰهُمُ الوَعدَ فَأَنجَينٰهُم وَمَن نَّشاءُ وَأَهلَكنَا المُسرِفينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then¹ We fulfilled for them the promise, and We saved them and whom We willed and destroyed the transgressors.

    •    Once they had conveyed the message.

(MELAYU)

Kemudian Kami tepati janji kepada mereka. Maka Kami selamatkan mereka dan orang-orang yang Kami kehendaki dan Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.

 

ثُمَّ صَدَقنٰهُمُ الوَعدَ

Kemudian Kami tepati janji kepada mereka.

Dan Allah telah menepati janji yang diberikanNya kepada para Nabi. Apakah janji yang dimaksudkan? Jikalau mereka tidak menerima wahyu dan melakukan kezaliman, maka mereka akan dihancurkan. Dan kalau mereka menyampaikan wahyu, mereka akan diselamatkan.

 

فَأَنجَينٰهُم وَمَن نَشاءُ

Maka Kami selamatkan mereka dan orang-orang yang Kami kehendaki

Dan apabila Allah telah mengenakan azab yang menghancurkan kepada sesuatu kaum itu, Allah akan menyelamatkan para rasul itu dan sesiapa yang Allah mahu selamatkan dari pengikut mereka. Mereka akan disuruh untuk keluar menyelamatkan diri mereka sebelum azab dikenakan kepada satu-satu kampung itu.

 

وَأَهلَكنَا المُسرِفينَ

dan Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.

Allah pasti akan menghancurkan kaum yang melampau batas. Iaitu bukan sahaja mereka melampau dalam perkara akidah, tapi mereka melampau dengan penyebar tauhid. Mereka menolak dakwah yang disampaikan oleh penyeru tauhid.

Iaitu mereka hendak menyakiti para Rasul dan para pendakwah. Apabila Rasul dan pendakwah itu berdoa kepada Allah, maka Allah akan kabulkan doa itu dengan menghancurkan mereka yang melampau itu.


 

Ayat 10: Targhib kepada mempelajari Qur’an. Maka Allah menceritakan kelebihan Qur’an itu.

لَقَد أَنزَلنا إِلَيكُم كِتٰبًا فيهِ ذِكرُكُم ۖ أَفَلا تَعقِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We have certainly sent down to you a Book [i.e., the Qur’ān] in which is your mention.¹ Then will you not reason?

    •    This implies the honor of having been mentioned or addressed. Another meaning is “your reminder.”

(MELAYU)

Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat penyebutan tentangmu. Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?

 

لَقَد أَنزَلنا إِلَيكُم كِتٰبًا

Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab

Allah memberitahu yang Dia telah menurunkan kitab untuk manusia. Ianya untuk seluruh manusia, bukan panduan kepada orang Islam sahaja. Kandungan di dalam Qur’an itu pula memang berkenaan mereka.

Oleh kerana ayat ini tidak dimulai dengan siapakah yang dimaksudkan, maka ianya bermaksud seluruh manusia. Allah memberitahu bahawa kandungan di dalam kitab-kitab itu adalah berkenaan manusia itu sendiri.

 

فيهِ ذِكرُكُم

yang di dalamnya terdapat penyebutan tentangmu.

Ada beberapa tafsir berkenaan ayat ini.

Kisah-kisah di dalam kitab itu relevan dengan apa yang dialami oleh kita. Sebagai contoh, apabila kita membaca kisah Nabi Ibrahim dengan ayahnya di dalam Qur’an, maka kita akan terkenang bagaimana perhubungan kita dengan ayah kita juga. Kadangkala kita pun kena dakwah kepada ayah kita juga dan ayah kita pula menentang  Apabila kita membaca kisah Nabi Yusuf dan bagaimana dugaan dengan nafsu yang dialaminya, maka kita teringat kepada cubaan kepada kita yang berkenaan dengan nafsu juga.

Maksud kedua ayat ini, Qur’an ini sepatutnya digunakan sebagai zikr harian kita. Dalam banyak-banyak lafaz zikr, kalimah Qur’an adalah yang terbaik sekali.

Ketiganya, di dalam Qur’an itu mengandungi peringatan kepada hukum-hukum Allah yang kita kena taati. Dan hukum yang Allah kenakan kepada kita itu adalah amat bersesuaian dengan zaman kita. Maka janganlah ada yang kata hukum-hukum itu tidak sesuai untuk di amalkan.

Yang keempat, Ibnu Abbas mengatakan, makna ذِكرُكُم ialah ‘sebab-sebab kemuliaan bagi kalian’. Maknanya Arab Quraish itu menjadi terkenal sampai bila-bila kerana merekalah orang pertama yang menerima wahyu Qur’an ini. Ianya memperkatakan tentang diri mereka yang dijadikan contoh sepanjang zaman. Sama ada baik atau buruk, ianya tentang mereka dan sikap mereka.

 

أَفَلا تَعقِلونَ

Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?

Maka lihatlah ayat-ayat Qur’an itu dan pelajarilah. Tadabburlah ayat-ayat Qur’an itu supaya kita dapat ambil pengajaran darinya. Ia ada banyak hikmah di dalamnya. Semakin dibaca semakin menarik dan memberi manfaat. Tidakkah kamu mahu menggunakan akal kamu dan mengenali Qur’an ini?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 14 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 1 – 4 (Allah Maha Mendengar)

Pengenalan:

Dalam Surah Taha ada disebut kisah Nabi Musa dan Nabi Adam. Kali ini disebut kisah para Nabi yang lain. Mereka ini telah bersusah payah menyampaikan risalah Allah kepada umat mereka. Tujuannya supaya manusia taat kepada Allah sebelum mereka mati.

Dan supaya manusia itu dimasukkan ke dalam syurga. Kerana tujuan yang mulia inilah yang menyebabkan mereka bertungkus lumus menyampaikan mesej dakwah kepada manusia.

Dakwa Surah ini ada dalam ayat ketiga. Iaitu hendak memberitahu sifat Allah yang Maha Mengetahui. Kerana itu kena seru Dia sahaja dalam ibadat dan doa kerana Dia sahaja yang tahu semua perkara. Kalau kita berdoa kepada selain Allah, mereka tidak dapat nak memberikan apa-apa kerana mereka tidak mengetahui segala-galanya. Kerana kalau kita minta sesuatu, tentulah kita nak berharap kepada Tuhan yang tahu apa yang kita hendak dan perlukan.

Kita juga berharap kepada Tuhan yang tahu bagaimana hendak memberikan apa yang kita hendak.

Dan surah ini juga hendak memberitahu yang Allah tiada wakil atau perantara dalam doa. Dan Allah murka kepada hamba yang kata Allah memerlukan wakil dalam doa. Kita kena doa terus kepada Allah dan jangan menggunakan wasilah.


Ayat 1: Dari ayat ini sehingga ke ayat 15 adalah Perenggan Makro Pertama. Surah ini mempunyai 8 Perenggan kesemuanya. Perenggan pertama ini memberitahu akan binasanya kaum yang mempersenda Rasul dan Kitab.

Mereka itu binasa disebabkan terpedaya dengan kesenangan dunia. Kerana dunia, manusia menolak dan mengolok-olok peringatan tentang tauhid dan hari pembalasan. Kaum yang engkar akan dibinasakan dan diganti dengan kaum yang lain. Maka ayat ini adalah Ayat Zajrun.

اقتَرَبَ لِلنّاسِ حِسابُهُم وَهُم في غَفلَةٍ مُعرِضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Al-Anbiyā’: The Prophets.

[The time of] their account has approached for the people, while they are in heedlessness turning away.

(MELAYU)

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).

 

اقتَرَبَ لِلنّاسِ حِسابُهُم

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka,

Ingatlah yang Hari Kiamat itu sudah dekat – kita sahaja sangka ia lama, tapi ia akan datang tidak lama lagi. Apabila Allah menceritakan tentang hari hisab yang sudah hampir, ini bermakna yang surah ini banyak mengandungi ancaman-ancaman di dalamnya.

Ini memberi isyarat kepada apa yang kita akan hadapi selepas ini, kerana kadang-kadang Allah memulakan surah dengan berita Rahmah dan kadang-kadang dengan ancaman.

Apabila sudah mati, tidak ada peluang nak bertaubat lagi. Maka kenalah kita ambil peluang semasa masih hidup ini untuk bertaubat dan ubah cara hidup kita.

 

وَهُم في غَفلَةٍ مُعرِضونَ

sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling

Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beri perhatian kepada akhirat kerana lalai dengan dunia. Kerana itu mereka menolak kebenaran kerana mereka lebih sayangkan dunia. Oleh kerana itu, mereka tidak buat persiapan untuk menghadapi akhirat. Mereka lalai dari belajar wahyu dan memahami arahan dari Allah. Mereka hidup mengikut cara yang mereka suka sahaja.


 

Ayat 2: Ini adalah huraian kepada maksud hati yang lalai.

ما يَأتيهِم مِّن ذِكرٍ مِّن رَّبِّهِم مُّحدَثٍ إِلَّا استَمَعوهُ وَهُم يَلعَبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

No mention [i.e., revelation] comes to them anew from their Lord except that they listen to it while they are at play

(MELAYU)

Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Qur’an pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main,

 

ما يَأتيهِم مِن ذِكرٍ مِن رَبِّهِم مُحدَثٍ

Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Qur’an pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka,

Kalimah ذِكرٍ bermaksud apa yang disampaikan dalam Qur’an ini bukanlah perkara yang baru (cuma nak ingatkan sahaja). Kerana kalau kita ‘ingatkan’ seseorang, ia bermaksud mengingatkan dia kepada perkara yang dia sudah tahu pun. Ini adalah kerana apa yang disampaikan dalam Qur’an ini adalah perkara yang sudah ada fitrah manusia.

Jadi apa yang disampaikan dalam Qur’an ini adalah perkara yang manusia sudah tahu pun, tetapi apabila dibacakan kepada mereka, seolah-olah mereka mendengarnya buat pertama kali dan kerana itu digunakan kalimah مُحدَثٍ (perkara baru). Kerana mereka lupa apa yang telah ada dalam fitrah mereka.

Atau ia bermaksud sesuatu yang memang baru kalau dibandingkan dengan wahyu yang sebelumnya. Memang apa yang disampaikan dalam Qur’an ini sudah ada dalam kitab-kitab samawi yang dahulu, tapi ia disampaikan dengan cara baru. Tambahan pula kitab-kitab yang awal itu telah diubah oleh mereka, maka inilah kitab baru (Qur’an) untuk menggantikan kitab-kitab itu.

 

إِلَّا استَمَعوهُ وَهُم يَلعَبونَ

melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main,

Mereka memang dengar, tapi dengar dalam keadaan bermain-main tidak bersungguh nak tahu apakah yang hendak disampaikan dalam wahyu. Kerana mereka tidak kisah pun dengan kepentingannya. Mereka rasa ia tidak penting.

Mereka dengar akan tetapi mereka tidak beri perhatian kepada apa yang disampaikan. Mereka bukannya tidak dengar, tetapi semasa mereka mendengar itu mereka tidak beri perhatian dan buat perkara lain, iaitu bermain-main.

Ini seperti juga kalau di dalam kelas pengajian, tetapi main handphone. Ini pun salah juga. Maka adab dalam belajar, tidak boleh nak buat benda lain.

Sama juga kalau baca Qur’an tapi tidak faham apa yang dibaca. Kerana itu mereka main-main sahaja. Ini terjadi apabila tidak belajar tafsir Qur’an. Mereka sangka mereka sudah baik kerana banyak baca Qur’an, tapi sebenarnya kalau mereka langgar apa yang mereka baca, itu lebih teruk lagi dari tidak baca.


 

Ayat 3:

لاهِيَةً قُلوبُهُم ۗ وَأَسَرُّوا النَّجوَى الَّذينَ ظَلَموا هَل هٰذا إِلّا بَشَرٌ مِّثلُكُم ۖ أَفَتَأتونَ السِّحرَ وَأَنتُم تُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

With their hearts distracted. And those who do wrong conceal their private conversation, [saying], “Is this [Prophet] except a human being like you? So would you approach magic while you are aware [of it]?”

(MELAYU)

(lagi) hati mereka dalam keadaan lalai. Dan mereka yang zalim itu merahsiakan pembicaraan mereka: “Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu, maka apakah kamu menerima sihir itu, padahal kamu menyaksikannya?”

 

لاهِيَةً قُلوبُهُم

hati mereka dalam keadaan lalai.

Hati mereka di dalam keadaan lalai. Iaitu lalai dari peringatan wahyu. Mereka dengar ayat Qur’an dibacakan tapi mereka lalai dari memikirkan maknanya.

Begitulah juga kalau kita tidak belajar tafsir Qur’an ini. Kita akan lalai dan terpesona dengan dunia sahaja. Selalu buang masa dengan buat benda-benda yang tidak perlu. Begitulah kebanyakan manusia. Mereka hidup untuk menunggu mati sahaja. Lalai dengan perkara keduniaan.

 

وَأَسَرُّوا النَّجوَى الَّذينَ ظَلَموا

Dan mereka yang zalim itu merahsiakan pembicaraan mereka:

Ini adalah Syikayah. Selepas apa yang disampaikan oleh Rasulullah, Musyrikin Mekah yang zalim itu pun selalu berbincang-bincang sesama mereka tentang apakah yang disampaikan oleh Rasulullah. Kerana ada juga yang rasa macam apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu benar. Jadi mereka pun ada sedikit rasa takut dalam hati mereka.

Mereka rahsiakan perbincangan mereka itu kerana tak mahu Nabi dengar, tapi Allah sekarang beritahu apa yang mereka katakan sesama mereka itu – ini tentunya mengejutkan mereka (macam mana Muhammad tahu apa yang kita cakap ini?). Apakah yang mereka katakan sesama mereka?

 

هَل هٰذا إِلّا بَشَرٌ مِّثلُكُم

“Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu,

Akhirnya setelah berbincangan sesama sendiri, mereka buat keputusan bahawa apa yang disampaikan oleh Rasulullah itu tidak penting kerana baginda juga adalah manusia seperti mereka sahaja. Baginda pun nampaknya tidak ada yang luar biasa.

Jadi mungkin ada di kalangan mereka yang rasa Rasulullah mengatakan benda yang benar dan baginda benar-benar seorang Rasul, tetapi akan ada yang berhujah yang mereka tidak perlu beri perhatian kerana Muhammad itu adalah manusia sahaja. Mereka kata: “Kenapa kamu nak percaya kepada Muhammad itu, dia kan manusia macam kita juga?”.

 

أَفَتَأتونَ السِّحرَ وَأَنتُم تُبصِرونَ

maka apakah kamu menerima sihir itu, padahal kamu menyaksikannya?”

Mereka berhujah begini kepada mereka yang macam mahu nak terima apa yang disampaikan oleh Rasulullah: “Kenapa kamu nak pergi dengar dia lagi, adakah kamu telah kena sihir? Memang nampak dia cakap hebat tetapi kau kena tahu yang itu adalah sihir sahaja.” Beginilah lebih kurang kata-kata mereka untuk menghalang orang lain dari beriman.

Begitulah zaman sekarang, kadang-kadang apabila ada kawan yang mahu buat kebaikan dan menerima kebenaran, akan ada kawan-kawannya yang tidak bersedia lagi yang akan menariknya kembali ke dalam kancah kegelapan. Mereka kata: “marilah kita puaskan hidup kita, tak payahlah nak belajar agama, tak payahlah nak tutup aurat” dan macam-macam lagi.


 

Ayat 4: Allah jawab kata-kata mereka. Dan ini adalah Dakwa Surah ini. Allah menekankan yang Dia Maha Mendengar.

قالَ رَبّي يَعلَمُ القَولَ فِي السَّماءِ وَالأَرضِ ۖ وَهُوَ السَّميعُ العَليمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He [the Prophet (ṣ)] said, “My Lord knows whatever is said throughout the heaven and earth, and He is the Hearing, the Knowing.”

(MELAYU)

Berkatalah (Muhammad kepada mereka): “Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

 

قالَ رَبّي يَعلَمُ القَولَ فِي السَّماءِ وَالأَرضِ

Berkata (Muhammad kepada mereka): “Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi

Allah suruh Nabi Muhammad beritahu yang percakapan-percakapan rahsia yang mereka sangka hanya antara mereka itu sebenarnya didengari oleh Allah. Bukan sahaja Allah boleh dengar perbuatan mereka, tapi Allah boleh dengar apa-apa sahaja di langit dan bumi.

 

وَهُوَ السَّميعُ العَليمُ

dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Inilah Dakwa surah ini. Kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, maka kenalah sembah dan seru kepada Allah sahaja. Allah sahaja yang dengar seruan doa kita dan Allah sahaja yang tahu apa yang kita perlukan. Tidak ada ilah lain yang boleh lakukan apa yang Allah boleh buat dan boleh beri apa yang Allah sahaja boleh beri. Maka tinggalkanlah doa dan seruan kepada selain Allah itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 14 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain