Tafsir Surah Talaq Ayat 3 – 5 (Nikah sebelum haidh)

Ayat 3:

وَيَرزُقهُ مِن حَيثُ لا يَحتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بٰلِغُ أَمرِهِ ۚ قَد جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيءٍ قَدرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allāh – then He is sufficient for him. Indeed, Allāh will accomplish His purpose. Allāh has already set for everything a [decreed] extent.

(MELAYU)

Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

وَيَرزُقهُ مِن حَيثُ لا يَحتَسِبُ

Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.

Ini adalah sambungan dari ayat sebelum ini. Sebelum ini telah disebut yang sesiapa sahaja yang bertaqwa, akan diberikan jalan keluar dari masalah. Dan sekarang diberitahu yang sesiapa yang bertawakal, Allah berjanji akan memberikan rezeki kepadanya.

Sebelum ini disebut tentang perceraian antara suami isteri. Kalau sudah diceraikan isteri itu, tapi kena lagi diberi nafkah, maka tentulah agak susah bagi para suami. Allah nak beritahu bahawa dalam keadaan begitu, kena taqwa sahaja. Serahkan kepada Allah dan Allah akan cukupkan bagi suami itu untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Dan ayat ini juga berbentuk umum dan kerana itu kita boleh faham bahawa kalau kita bertawakal, maka Allah akan beri kerja yang memberi pendapatan kepada kita, dan jika kita buka perniagaan dan bertawakal kepada Allah maka Allah akan berikan rezeki kepada kita dan bawa orang datang untuk beli barang-barang kita. Itu adalah contoh bagaimana Allah boleh beri rezeki kepada kita. 

Dan yang hebatnya, rezeki itu boleh datang daripada mana-mana arah sahaja yang kita tidak sangka-sangka dan kita tidak dapat bayangkan dan fikirkan. Allah boleh datangkan rezeki itu kerana Dia yang menguasai rezeki. 

وَمَن يَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسبُهُ

Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.

Ini pula ada anjuran bertawakal kepada Allah. Jikalau kita bertawakal kepada Allah maka kita akan rasa cukup, puas hati dan tenang sahaja.

Allah akan cukupkan kepada kita di mana hati kita akan menjadi tenang-tenang sahaja dan tiada rasa resah gelisah. Ini kerana orang yang bertawakal itu tahu bahawa dia telah serahkan urusan kepada Allah dan dia yakin dengan Allah. Kerana dia yakin Allah boleh buat apa-apa sahaja yang Dia kehendaki. Kalau kita serahkan kepada orang, belum tentu orang itu boleh buat.

Jangan salah faham pula dengan konsep tawakal ini. Ada orang orang terus serahkan kepada Allah tanpa usaha apa-apa. Ini adalah salah. Tawakal ini datang setelah usaha. Kena usaha dulu dan kemudian baru serah kepada Allah.

Dan selepas serah kepada Allah, terima sahaja apa keputusan Allah. Allah boleh buat apa sahaja dan Allah boleh jalankan usaha kita itu kepada kejayaan. Tapi kalau Allah tidak berikan kejayaan kepadanya, maknanya memang Allah tak tahu ia terjadi sebegitu. Maka kena redha sahaja. Terima sahaja.

Dan kerana itu kalau orang tawakal, dia akan tenang sahaja. Kalau kita bandingkan dengan orang yang tidak tawakal, ada bezanya kerana jika tidak bertawakal kepada Allah maka tidak habis-habis orang itu akan mengadu, menangisi nasib, memikirkan manakah salahnya dalam usaha dia dulu, marah kepada orang yang tidak tolong dia, dan sebagainya lagi. 

إِنَّ اللَّهَ بٰلِغُ أَمرِهِ

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya.

Allah pasti akan menjadikan perkara yang Dia kehendaki untuk berlaku. Dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalangNya kalau Dia sudah buat keputusan. Kalau Allah nak sesuatu itu terjadi, ia pasti akan terjadi.

Maka orang yang bertawakal kepada Allah akan redha sahaja dengan apa keputusan dari Allah. Kalau apa-apa sahaja terjadi, itu dalam kehendak Allah dan kita kena sedar yang kita ini ‘hamba’ sahaja. Apabila kita hamba, mana mungkin kita nak persoalkan keputusan yang Allah telah buat?

Maka serahkanlah kepada Allah sahaja segala urusan kita.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا وَكِيع، حَدَّثَنَا بَشِيرُ بْنُ سَلْمَانَ، عَنْ سَيَّارٍ أَبِي الْحَكَمِ، عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ -هُوَ ابْنُ مَسْعُودٍ-قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “مَنْ نَزَلَ بِهِ حَاجَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِالنَّاسِ كَانَ قَمِنًا أَنْ لَا تُسَهَّل حَاجَتُهُ، وَمَنْ أَنْزَلَهَا بِاللَّهِ أَتَاهُ اللَّهُ بِرِزْقٍ عَاجِلٍ، أَوْ بِمَوْتٍ آجِلٍ”.
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Waki’, telah menceritakan kepada kami Basyir ibnu Sulaiman, dari Sayyar Abul Hakam, dari Tariq ibnu Syihab, dari Abdullah ibnu Mas’ud yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda: Barang siapa yang mempunyai suatu keperluan, lalu dia menyerahkannya kepada manusia, maka dapat dipastikan bahawa keperluannya itu tidak dimudahkan baginya. Dan barang siapa yang menyerahkan keperluannya kepada Allah Swt., maka Allah akan mendatangkan kepadanya rezeki yang segera atau memberinya kematian yang ditangguhkan (usia yang diperpanjang).

قَد جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيءٍ قَدرًا

Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Setiap sesuatu itu telah ada qadar yang Allah tentukan. Allah telah tentukan bila sesuatu perkara itu terjadi dan bagaimana ia akan terjadi. Qadr ini telah tertulis lama di Lauh Mahfuz. Maka tidak ada sesiapa yang dapat mengubahnya. 

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا يُونُسُ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ، حَدَّثَنَا قَيْسِ بْنِ الْحَجَّاجِ، عَنْ حَنَش الصَّنْعَانِيِّ، عَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّهُ رَكِبَ خَلْفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “يَا غُلَامُ، إِنِّي مُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللَّهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ، لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ، وَلَوِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ، لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الْأَقْلَامُ، وَجَفَّتِ الصُّحُفُ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yunus, telah menceritakan kepada kami Lais, telah menceritakan kepada kami Qais ibnu Hajjaj, dari Hanasy As-San’ani, dari Abdullah ibnu Abbas yang telah menceritakan kepadanya bahwa di suatu hari dia pernah dibonceng di belakang Rasulullah Saw., lalu Rasulullah Saw. bersabda kepadanya:  hai para pemudasesungguhnya aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: Peliharalah (batasan-batasan) Allah, niscaya Dia akan memeliharamu. Ingatlah selalu Allah, niscaya engkau akan menjumpai-Nya di hadapanmu. Dan apabila kamu memohon, mohonlah kepada Allah; dan apabila kamu meminta tolong, maka minta tolonglah kepada Allah. Dan ketahuilah bahawa umat ini seandainya bersatu untuk memberimu manfaat, mereka tidak dapat memberimu manfaat kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu. Dan seandainya mereka bersatu untuk menimpakan mudarat terhadap dirimu, niscaya mereka tidak dapat menimpakan mudarat terhadapmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah akan menimpa dirimu. Qalam telah diangkat (takdir telah ditetapkan) dan semua lembaran telah kering (telah penuh dengan catatan).


 

Ayat 4: Allah memberikan hukum iddah kepada wanita yang tertentu:

وَاللّٰئي يَئِسنَ مِنَ المَحيضِ مِن نِّسائِكُم إِنِ ارتَبتُم فَعِدَّتُهُنَّ ثَلٰثَةُ أَشهُرٍ وَاللّٰئي لَم يَحِضنَ ۚ وَأُولٰتُ الأَحمالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعنَ حَملَهُنَّ ۚ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجعَل لَّهُ مِن أَمرِهِ يُسرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who no longer expect menstruation among your women – if you doubt, then their period is three months, and [also for] those who have not menstruated. And for those who are pregnant, their term is until they give birth.¹ And whoever fears Allāh – He will make for him of his matter ease.

  • The ruling concerning pregnancy applies also in the case of the husband’s death.

(MELAYU)

Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.

 

وَاللّٰئي يَئِسنَ مِنَ المَحيضِ مِن نِّسائِكُم

Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu

Jika ada wanita yang diceraikan tetapi dia tidak ada haid lagi (kerana sudah menopause) ataupun haidnya tidak teratur, maka tentu susah untuk di kira kitaran haid yang biasa (tiga kali suci). Maka Allah sekarang memberikan jalan keluar untuk mengira masa iddah mereka.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Kuraib dan Abus Sa’id, keduanya mengatakan bahawa telah menceritakan kepada kami Ibnu Idris, telah menceritakan kepadaku Mutarrif, dari Amr ibnu Salim yang mengatakan bahawa Ubay ibnu Ka’b pernah bertanya kepada Rasulullah Saw.,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada beberapa macam wanita yang tidak disebutkan idahnya di dalam Kitabullah, yaitu perempuan yang belum baligh, perempuan yang telah lanjut usia, dan perempuan yang sedang hamil. Amr ibnu Salim melanjutkan, bahawa lalu Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa idahnya), maka iddah mereka adalah tiga bulan, dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. (Ath-Thalaq: 4)

 

إِنِ ارتَبتُم فَعِدَّتُهُنَّ ثَلٰثَةُ أَشهُرٍ

jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan;

Pengiraan iddah untuk mereka adalah selama 3 bulan iaitu 90 Hari. Maka tidak dikira dari kitaran haidh lagi, tapi terus kira ikut hari. Ini lebih mudah untuk mereka yang haidh mereka tidak teratur. 

Yang jadi masalah kalau selepas dicerai, baru haidhnya tidak teratur. Sebagai contoh, dua bulan pertama dia datang haidh tapi selepas itu dia datang pula. Maka ijtihad Umar, wanita itu kena tunggu selama 9 bulan untuk memastikan yang dia mengandung atau tidak. Selepas 9 bulan itu, kena tunggu lagi tiga bulan dan selepas itu barulah dia boleh menikah dengan orang lain.

 

وَاللّٰئي لَم يَحِضنَ

dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. 

Pengiraan 90 hari ini juga untuk mereka yang tidak ada haidh dari dulu lagi. Kerana ada wanita yang dilahirkan tidak ada haidh. Ini jarang berlaku tapi ada juga yang sebegitu.

Atau, mereka menikah sebelum haidh mereka datang lagi. Ini menjadi dalil bahawa wanita itu boleh dikahwini walaupun mereka belum lagi datang haidh. Bukan sahaja mereka boleh dikahwini, tapi jimak dengan mereka juga dibenarkan.

 

وَأُولٰتُ الأَحمالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعنَ حَملَهُنَّ

Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.

Dan jikalau seorang perempuan itu diceraikan semasa mengandung, maka masa iddah mereka adalah apabila mereka melahirkan anak. Jadi pelahiran anak itu adalah penentu habisnya masa iddah dimana tidak kira sama ada masa itu sehari ataupun 8 bulan. Jadi bagi mereka, ia boleh jadi panjang atau boleh jadi pendek. 

Imam Bukhari telah meriwayatkan hadis ini di dalam kitab sahihnya, juga Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Nasai, dan Imam Ibnu Majah melalui berbagai jalur dari Subai’ah Al-Aslamiyah. Seperti yang dikatakan oleh Muslim ibnul Hajjaj, bahawa telah menceritakan kepadaku Abut Tahir, telah menceritakan kepadaku Ibnu Wahb, telah menceritakan kepadaku Yunus ibnu Yazid, dari Ibnu Syihab, telah menceritakan kepadaku Ubaidillah ibnu Abdullah ibnu Atabah, bahawa ayahnya pernah berkirim surat kepada Umar ibnu Abdullah ibnul Arqam Az-Zuhri yang memerintahkan kepadanya agar menemui Subai’ah bintil Haris Al-Aslamiyyah dan menanyakan kepadanya mengenai hadis yang dialaminya dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah Saw. kepadanya saat dia meminta fatwa kepadanya.
Maka Umar ibnu Abdullah membalas suratnya yang isinya memberitakan bahawa Subai’ah telah menceritakan kepadanya bahawa dahulu dia menjadi isteri Sa’d ibnu Khaulah, dia adalah salah seorang yang ikut dalam Perang Badar, Lalu Sa’d meninggal dunia di masa Haji Wada’, sedangkan dia dalam keadaan mengandung. Tidak lama kemudian sepeninggal suaminya, dia melahirkan kandungannya. Setelah habis masa nifasnya, dia merias dirinya dan siap untuk dipinang, lalu Abus Sanabil ibnu Ba’kak masuk menemuinya dan bertanya kepadanya, “Kulihat engkau sekarang telah merias dirimu, rupanya engkau ingin menikah lagi. Demi Allah, sesungguhnya engkau tidak boleh menikah sebelum menjalani masa iddahmu, yaitu empat bulan sepuluh hari.”
Subai’ah melanjutkan kisahnya, bahawa setelah aia mendengar perkataan Abus Sanabil itu, maka pada petang harinya ia mengemasi pakaiannya dan datang mertghadap kepada Rasulullah Saw., lalu menanyakan kepadanya tentang hal tersebut. Maka Rasulullah Saw. memberikan fatwa kepadanya bahawa dia telah halal sejak melahirkan kandungannya, dan menganjurkan kepadanya untuk kahwin jika dia menghendakinya. Demikianlah menurut lafaz yang ada pada Imam Muslim. Imam Bukhari meriwayatkannya secara ringkas. Kemudian Imam Bukhari sesudah meriwayatkan hadis yang pertama mengetengahkan hadis ini pada tafsir ayat ini.

 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجعَل لَّهُ مِن أَمرِهِ يُسرًا

Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.

Sekali lagi disebut tentang taqwa di dalam ayat ini dimana Allah memberitahu yang apa-apa hal pun kena bertakwa kepada Allah. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan mudahkan penyelesaian masalah mereka. Maka kena serahkan kepada Allah dan redha dengan ketentuan Allah.  


 

Ayat 5:

ذٰلِكَ أَمرُ اللَّهِ أَنزَلَهُ إِلَيكُم ۚ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّر عَنهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعظِم لَهُ أَجرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That is the command of Allāh, which He has sent down to you; and whoever fears Allāh – He will remove for him his misdeeds and make great for him his reward.

(MELAYU)

Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu, dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.

 

ذٰلِكَ أَمرُ اللَّهِ أَنزَلَهُ إِلَيكُم

Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu,

Kena ikutlah hukum Allah yang telah ditetapkan olehNya. Kita kena sedar yang kita ini hamba dan kena taat kepada arahan Tuan. Dan kita kena sedar yang segala penetapan hukum dari Allah ini ada hikmahnya. Kalau kita dapat terima ini, maka akan mudah bagi kita untuk menerima dengan rela segala hukum yang Dia telah tetapkan. 

Maka sebagai suami yang telah menceraikan isterinya, dan isteri yang telah diceraikan oleh suaminya, hendaklah taat kepada hukum-hukum yang telah disebut sebelum ini dan dalam ayat-ayat lain.

 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّر عَنهُ سَيِّئَاتِهِ

dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya 

Sekali lagi Allah berfirman tentang taqwa. Kalau taqwa Allah, Dia akan hapuskan dosa orang itu. Allah boleh ampukan semua dosa tidak kira banyaknya. Dan khususnya ayat ini tentang perhubungan antara suami isteri. Maka kerana mereka rapat dan hidup berdekatan, maka tentulah ada salah silap sesama mereka. Maka Allah boleh ampunkan kesalahan mereka itu. 

Masalah suami itu kadang-kadang boleh berbaik dengan semua orang tapi kalau dengan isteri, tidak pula begitu. Kerana itu kita ada dengar orang yang baik di luar tapi garang dengan isterinya sendiri. Kadangkala golongan isteri pun begitu juga. Mereka lebihkan orang lain dari suami mereka sendiri. 

 

وَيُعظِم لَهُ أَجرًا

dan akan melipat gandakan pahala baginya.

Bukan sahaja Allah akan ampunkan dosa orang yang bertaqwa itu, malahan Allah akan bagi pahala yang berganda-ganda. Ayat sebelum ini disebut kebaikan taqwa untuk kebaikan di dunia dan sekarang dah mula sebut kebaikan di akhirat pula. Maknanya taqwa dapat kebaikan dunia dan akhirat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 19 Mei 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s