Tafsir Surah ar-Ra’d Ayat 38 – 43 (Taqdir Muallaq)

Ayat 38: Musyrikin Mekah mempersoalkan kenapa diangkat rasul dari kalangan manusia untuk mereka, kenapa tidak diturunkan malaikat sahaja. Pada mereka, Nabi Muhammad itu biasa sahaja, makan minum dan pergi ke pasar macam mereka sahaja, apa lebihnya?

Jadi ini adalah jawapan bagi persoalan mereka. Kita kena ingat yang orang Mekah itu adalah orang darat, tidak biasa ada Nabi dan kerana itu mereka nak rasul dari kalangan malaikat yang tidak makan minum dan tidak pergi ke pasar – maknanya bukan macam manusia biasa. Maka Allah jawap kata-kata mereka itu dalam ayat ini.

وَلَقَد أَرسَلنا رُسُلًا مِن قَبلِكَ وَجَعَلنا لَهُم أَزواجًا وَذُرِّيَّةً ۚ وَما كانَ لِرَسولٍ أَن يَأتِيَ بِآيَةٍ إِلّا بِإِذنِ اللهِ ۗ لِكُلِّ أَجَلٍ كِتابٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have already sent messengers before you and assigned to them wives and descendants. And it was not for a messenger to come with a sign except by permission of Allāh. For every term is a decree.

(MALAY)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu).

 

وَلَقَد أَرسَلنا رُسُلًا مِن قَبلِكَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu

Allah ingatkan kembali yang sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul, telah ada banyak Nabi lain sebelum baginda. Dan Nabi-nabi lain itu pun bukanlah malaikat, tapi manusia juga. Jadi Nabi dari kalangan manusia sepatutnya bukan perkara baru pun kerana orang Mekah pun tahu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail – mereka pun bukan malaikat. Jadi apa yang hairannya?

 

وَجَعَلنا لَهُم أَزواجًا وَذُرِّيَّةً

dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. 

Nabi dulu pun ada pasangan isteri dan anak cucu. Jadi kenapa pada Nabi Muhammad, tak boleh pula Rasul sebagai manusia ada anak isteri dan berhajat seperti manusia yang lain? Di dalam kitab Sahihain disebutkan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“أَمَّا أَنَا فَأَصُومُ وَأُفْطِرُ، وَأَقُومُ وَأَنَامُ، وَآكُلُ الدَّسَمَ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي”

Adapun aku berpuasa dan berbuka, berdiri (salat) dan tidur, makan daging dan mengahwini wanita. Maka barang siapa yang tidak suka dengan sunnah (tuntunanku), dia bukan termasuk golonganku.

Allah Swt. telah berfirman kepada rasul-Nya yang paling utama dan yang menjadi penutup para rasul:

{قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ}

Katakanlah, “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kalian, yang diwahyukan kepadaku.” (Al-Kahfi: 110)

 

وَما كانَ لِرَسولٍ أَن يَأتِيَ بِآيَةٍ إِلّا بِإِذنِ اللهِ

Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah.

Ini pula tentang soalan kedua orang Mekah itu: kenapa rasul tidak boleh tunjuk mukjizat yang mereka minta? Allah beritahu yang tidak ada Nabi yang boleh ada kuasa sendiri nak keluarkan mukjizat ikut suka mereka. Mukjizat tidak terjadi melainkan dari kehendak Allah, bukan kehendak rasul.

 

لِكُلِّ أَجَلٍ كِتابٌ

bagi setiap tempoh, ada ukuran dan tempoh tertentu.

Allah sudah tentukan bila sesuatu akan berlaku. Kalau mereka ditentukan dapat melihat mukjizat, mereka akan dapat tengok. Ini memberi isyarat bahawa memang akan ada mukjizat yang akan ditunjukkan kepada mereka.

Ia juga bermaksud, setiap sesuatu itu ada ajalnya yang akan tiba. Semuanya Allah telah tentukan dan ditulis di dalam Kitab Lauh Mahfuz, seperti firmanNya:

{أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاءِ وَالأرْضِ إِنَّ ذَلِكَ فِي كِتَابٍ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ}

Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi; bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuz)? Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah. (Al-Hajj: 70)

Ini pula adalah pendapat ketiga. Ad-Dahhak ibnu Muzahim mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu). (Ar-Ra’d: 38) Yakni bagi tiap kitab ada batas masanya.  Dengan kata lain, tiap kitab yang diturunkan dari langit ada batasan masa yang telah ditentukan di sisi Allah dan ada batas masa berlakunya. Ini juga pendapat yang kuat kerana bersambungan dengan ayat seterusnya.


 

Ayat 39: Ini pula ada satu lagi hujah: kenapa Allah ganti kitab wahyu yang telah ada (Taurat dan Injil) dengan kitab yang baru (Qur’an)? Kitab wahyu selain Qur’an telah sampai ajalnya dan sekarang telah diganti dengan Qur’an.

يَمحُو اللهُ ما يَشاءُ وَيُثبِتُ ۖ وَعِندَهُ أُمُّ الكِتابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh eliminates what He wills or confirms, and with Him is the Mother of the Book.¹

  • The Preserved Slate (al-Lawḥ al-Maḥfūth), in which is inscribed the original of every scripture revealed by Allāh.

(MALAY)

Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh mahfuzh).

 

يَمحُو اللهُ ما يَشاءُ وَيُثبِتُ

Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan

Allah boleh hapus dan boleh tetapkan. Ikut suka dan kehendak Allah semata-mata. Kalau Allah nak mansukhkan mana-mana kitab yang Dia sendiri yang turunkan dan naikkan mana-mana kitab wahyu, itu adalah kehendak Allah. Ayat ini semakna dengan firman-Nya dalam ayat yang lain:

{مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا}

Ayat apa saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya. (Al-Baqarah: 106), hingga akhir ayat.

 

وَعِندَهُ أُمُّ الكِتابِ

dan di sisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab

Di sisi Allah ada ‘ilmu ilahi’. Ummul Kitab itu ada di Lauh Mahfuz. Itulah tempat asal semua kitab yang diturunkan kepada manusia. Allah yang tetapkan mana yang akan ada dan yang akan dihilangkan. Itu adalah haq Allah nak buat apa.

Apabila telah sampai masa untuk Qur’an diturunkan dan ditetapkan sebagai kitab yang terpakai pada zaman itu, maka itulah yang manusia kena gunakan sebagai panduan dan hukum.

Sunaid ibnu Daud mengatakan, telah menceritakan kepadaku Mu’tamir, dari ayahnya, dari Yasar, dari Ibnu Abbas, bahawa dia pernah bertanya kepada Ka’b tentang makna Ummul Kitab. Maka Ka’b menjawab, “Ummul Kitab ialah ilmu Allah tentang apa yang Dia ciptakan dan apa yang diperbuat oleh ciptaan-Nya. Kemudian Allah berfirman kepada ilmu-Nya, ‘Jadilah engkau sebuah Kitab.’ Maka jadilah ia sebuah Kitab.

Ayat ini juga bermaksud, walaupun Allah telah tulis ketentuan sesuatu kejadian itu dalam kitab di Lauh Mahfuz, tapi Allah masih lagi boleh ubah. Maknanya, taqdir masih lagi boleh berubah, ikut kehendak Allah. Jadi ini adalah dalil adanya ‘Taqdir Muallaq’ iaitu taqdir tergantung.

Allah masih boleh ubah lagi berdasarkan kehendakNya. Maka kita hanya berdoa sahaja kalau ada apa-apa masalah atau kehendak kerana kita pun tidak tahu mana satu doa yang Allah akan perkenankan. Dan kita tidak tahu takdir apa yang Allah telah tentukan. Jangan kita tidak doa dan terima sahaja dengan kata: Ini sudah takdir.

Ibnu Jarir mengatakan bahawa telah menceritakan kepada kami Amr ibnu Ali, telah menceritakan kepada kami Mu’az ibnu Hisyam, telah menceritakan kepada kami ayahku, dari Abu Hakimah Ismah, dari Abu Usman An-Nahdi, bahawa Umar ibnul Khattab r.a. mengucapkan doa berikut dalam tawafnya di Baitullah seraya menangis: Ya Allah, jika Engkau telah mencatat nasibku celaka atau berdosa, maka hapuskanlah, kerana sesungguhnya Engkau menghapuskan apa yang Engkau kehendaki dan menetapkan apa yang Engkau kehendaki; dan di sisi-Mu terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuz), maka jadikanlah (catatan nasibku) bahagia dan mendapat ampunan.


 

Ayat 40: Penolakan mereka kepada kerasulan Nabi Muhammad itu akan dibalas.

وَإِن ما نُرِيَنَّكَ بَعضَ الَّذي نَعِدُهُم أَو نَتَوَفَّيَنَّكَ فَإِنَّما عَلَيكَ البَلاغُ وَعَلَينَا الحِسابُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whether We show you part of what We promise them or take you in death, upon you is only the [duty of] notification, and upon Us is the account.

(MALAY)

Dan sama ada Kami perlihatkan kepadamu sebahagian (siksa) yang Kami ancamkan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu (hal itu tidak penting bagimu) kerana sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan sahaja, sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka.

 

وَإِن ما نُرِيَنَّكَ بَعضَ الَّذي نَعِدُهُم

Dan sama ada Kami perlihatkan kepadamu sebahagian (seksa) yang Kami ancamkan kepada mereka

Sama ada Allah perlihatkan kepada Nabi Muhammad setengah azab (bukan semua) yang dijanjikan kepada mereka – Allah boleh buat iaitu tunjukkan kepada baginda semasa baginda hidup lagi. Maknanya, Nabi Muhammad akan nampak sendiri azab yang akan dikenakan kepada mereka.

 

أَو نَتَوَفَّيَنَّكَ

atau Kami wafatkan kamu

Atau Allah matikan Nabi terlebih dulu sampai tidak sempat lihat azab itu dikenakan kepada musuh baginda – pun Allah boleh buat. Yang pasti, mereka akan kena dengan azab itu juga akhirnya.

Dan kalau Nabi diangkat (wafat), tidak ada keperluan untuk mereka diberi peluang lagi. Punca mereka tidak dikenakan dengan azab terus adalah kerana Nabi Muhammad ada di kalangan mereka.

 

فَإِنَّما عَلَيكَ البَلاغُ

Maka sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, 

Allah ingatkan kepada Nabi Muhammad yang tugas baginda adalah menyampaikan sahaja. Bukan qudrat Nabi untuk tunjukkan azab kepada mereka. Dan Nabi Muhammad SAW telah melakukan tugas baginda. Ayat ini semakna dengan ayat lain:

{فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ لَسْتَ عَلَيْهِمْ بِمُصَيْطِرٍ إِلا مَنْ تَوَلَّى وَكَفَرَ فَيُعَذِّبُهُ اللَّهُ الْعَذَابَ الأكْبَرَ إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُمْ}

Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka, tetapi orang yang berpaling dan kafir, maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar. Sesungguhnya kepada Kamilah kembali mereka, kemudian sesungguhnya kewajipan Kamilah menghisab mereka. (Al-Ghasyiyah: 21-26)

 

وَعَلَينَا الحِسابُ

sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka.

Dan Allah nak tekankan yang Dia akan hisab amalan mereka dan akan hukum mereka nanti atas kesalahan mereka. Maka Nabi jangan risau dan susah hati atau rasa terkilan terhadap mereka yang menentang baginda dan menyakiti hati baginda. Mereka itu tetap akan dapat balasan mereka.


 

Ayat 41: Takhwif duniawi. Mereka sentiasa meminta ditunjukkan mukjizat sebagai tanda, maka Allah nak beritahu yang mereka akan ditunjukkan dengan mukjizat itu, tapi ikut kehendak Allah.

أَوَلَم يَرَوا أَنّا نَأتِي الأَرضَ نَنقُصُها مِن أَطرافِها ۚ وَاللهُ يَحكُمُ لا مُعَقِّبَ لِحُكمِهِ ۚ وَهُوَ سَريعُ الحِسابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have they not seen that We set upon the land, reducing it from its borders?¹ And Allāh decides; there is no adjuster of His decision. And He is swift in account.

  • Referring to the spread of Islām through Allāh’s Prophet () and the diminishing of those areas controlled by the polytheists.

(MALAY)

Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangi daerah-daerah (orang-orang kafir), lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendak-Nya), tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya; dan Dialah Yang Maha cepat hisab-Nya.

 

أَوَلَم يَرَوا أَنّا نَأتِي الأَرضَ نَنقُصُها مِن أَطرافِها

Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangi daerah-daerah (orang-orang kafir), lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya?

Mereka nak sangat tengok tanda, tapi tidakkah mereka tengok sendiri, Allah beri hidayat kepada kawasan lain dan mereka datang membuka negara-negara mereka, lebih ramai Muslim berbanding orang kafir? Maksudnya, Allah tukar daerah kafir kepada daerah Islam. Dan orang Mekah boleh tengok sendiri bagaimana agama Islam itu semakin berkembang dan kawasan yang tetap dalam kafir menjadi semakin sedikit.

Inilah kesan apabila Nabi menjalankan tugas baginda menyampaikan ajaran Qur’an ini. Ini menunjukkan kehebatan wahyu. Ianya senang diterima manusia yang berakal dan kalau orang Mekah tak terima, ada yang akan terima seperti penduduk Madinah.

Dari Madinah itu, ramai lagi yang terima. Akhirnya nanti, hanya tinggal Mekah sahaja yang tidak terima Islam lagi. Mereka tak perasan kah? Tidak cukupkah itu sebagai ‘tanda’?

 

وَاللهُ يَحكُمُ لا مُعَقِّبَ لِحُكمِهِ

Dan Allah menetapkan hukum, tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya;

Dan Allah lah yang buat keputusan, dan apabila Allah sudah buat keputusan, tidak boleh ditolak keputusan Allah itu.

 

وَهُوَ سَريعُ الحِسابِ

dan Dialah Yang Maha cepat hisab-Nya.

Dan nanti apabila telah sampai masa untuk Allah menghisab perbuatan mereka di dunia, Dia akan cepat menghitung. Begitulah dikatakan bahawa apabila Allah telah bukan mahkamah penghakiman di akhirat kelak, hanya mengambil masa selama setengah hari sahaja.


 

Ayat 42: Memang musuh-musuh Nabi Muhammad ada membuat perancangan untuk menjatuhkan baginda.

وَقَد مَكَرَ الَّذينَ مِن قَبلِهِم فَلِلَّهِ المَكرُ جَميعًا ۖ يَعلَمُ ما تَكسِبُ كُلُّ نَفسٍ ۗ وَسَيَعلَمُ الكُفّارُ لِمَن عُقبَى الدّارِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those before them had plotted, but to Allāh belongs the plan entirely. He knows what every soul earns, and the disbelievers will know for whom is the final home.

(MALAY)

Dan sungguh orang-orang kafir yang sebelum mereka (kafir Mekah) telah mengadakan tipu daya, tetapi semua tipu daya itu adalah dalam kekuasaan Allah. Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh setiap diri, dan orang-orang kafir akan mengetahui untuk siapa tempat kesudahan (yang baik) itu.

 

وَقَد مَكَرَ الَّذينَ مِن قَبلِهِم

Dan sungguh orang-orang kafir yang sebelum mereka (kafir Mekah) telah mengadakan tipu daya,

Orang dulu juga ada menghalang wahyu dan menyekat Rasul-rasul mereka, tapi tidak berkesan. Maka Allah nak beri pujukan dan ketenangan kepada Rasulullah: jangan takut wahai Nabi Muhammad.

Dalam ayat sebelum ini pun telah disebut yang Mekah akan tinggal seorang diri sahaja. Mereka tidak akan boleh nak buat apa. Maka percayalah dengan janji Allah.

 

فَلِلَّهِ المَكرُ جَميعًا

tetapi semua tipu daya itu adalah dalam kekuasaan Allah.

Rancangan mereka yang hendak menjatuhkan Nabi mereka itu akan gagal kerana Allah memiliki rancangan semua sekali. Allah yang luluskan dan batalkan rancangan yang manusia buat. Mereka tidak akan berjaya walaupun mereka berusaha keras. Ayat ini semakna dengan ayat lain yang disebutkan melalui firman-Nya:

{وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ}

Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya. (Al-Anfal: 30)

 

يَعلَمُ ما تَكسِبُ كُلُّ نَفسٍ

Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh setiap diri,

Allah mengetahui apa yang dilakukan setiap jiwa. Rancangan mereka itu mereka buat dengan rahsia, tapi Allah nak beritahu yang Allah tahu sahaja apa rancangan mereka.

 

وَسَيَعلَمُ الكُفّارُ لِمَن عُقبَى الدّارِ

dan orang-orang kafir akan mengetahui untuk siapa tempat kesudahan (yang baik) itu.

Nanti orang kafir degil itu kelak akan tahu syurga itu milik siapa. Mereka juga akan tahu di mana mereka akan duduk iaitu di neraka. Tunggu masa sahaja.


 

Ayat 43: Ayat syikayah.

وَيَقولُ الَّذينَ كَفَروا لَستَ مُرسَلًا ۚ قُل كَفىٰ بِاللهِ شَهيدًا بَيني وَبَينَكُم وَمَن عِندَهُ عِلمُ الكِتابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who have disbelieved say, “You are not a messenger.” Say, [O Muḥammad], “Sufficient is Allāh as Witness between me and you, and [the witness of] whoever has knowledge of the Scripture.”¹

  • i.e., those who recognize the truth through their knowledge of previous scriptures.

(MALAY)

Berkatalah orang-orang kafir: “Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul”. Katakanlah: “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, dan antara orang yang mempunyai ilmu Al Kitab”.

 

وَيَقولُ الَّذينَ كَفَروا لَستَ مُرسَلًا

Berkatalah orang-orang kafir: “Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul”.

Musyrikin Mekah kata Nabi Muhammad itu bukan rasul, baginda tidak pernah dipilih oleh Tuhan untuk menyampaikan wahyu kepada manusia. Mereka tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan inilah kufur mereka.

Dalam ayat ini disebut tentang bagaimana mereka menolak risalah. Ada tiga perkara penting dalam agama ini: Allah – risalah – akhirah. Dan ayat ini berakhir memperkatakan tentang risalah. Ketiga-tiga perkara ini kena diimani dan kalau salah satu tidak ada, tidak dikira beragama orang itu.

Ini penting kerana ada orang yang percaya kepada Tuhan dan hari akhirah tapi tidak mahu percaya kepada Nabi. Itu fahaman agama yang tidak lengkap kalau tidak terima ada Rasul yang menyampaikan agama. Ini macam agama Kristian, mereka terima ada tuhan dan hari akhirat, tapi mereka tidak terima Nabi Muhammad. Atau ada golongan yang percaya kepada Qur’an tapi tidak percaya kepada hadis.

Manusia tidak ada pilihan untuk terima atau tidak rasul itu. Manusia memang kena terima sahaja. Tapi ramai yang menolak kerana tidak dapat menerima orang atasan. Mereka tidak mahu dengar cakap orang yang di atas mereka. Mereka tidak boleh merendahkan diri mereka kepada orang lain. Mereka rasa: “kenapa aku kena ikut orang itu?” Mereka rasa macam tidak perlu nak ikut segala apa yang Nabi Muhammad lakukan itu.

Dan kerana itulah ada yang buat amalan bidaah kerana tidak mahu nak ikut apa yang Nabi amalkan. Mereka rasa mereka boleh buat benda yang lebih baik lagi. Mereka rasa apa yang Nabi buat itu sesuai untuk zaman baginda sahaja dan kalau zaman sekarang, memerlukan inovasi baru dalam agama.

Oleh itu kita hairan kalau ada yang memilih untuk tidak ikut amalan Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu amat penting dan kerana itu kita ikut baginda. Fikirkanlah: bagaimana nak taat kepada Allah kalau tidak taat kepada Nabi? Bagaimana nak percaya kepada akhirat kalau tidak percaya kepada Nabi? Kerana semua perkara itu datang dari Nabi Muhammad, bukan?

Kalau kata-kata baginda pun tidak terima dan tidak ditinggikan, bagaimana kita nak tahu tentang perkara-perkara ghaib yang kita tidak ada peluang pun untuk periksa sendiri?

Tapi kita sedar, memang susah untuk Musyrikin Mekah untuk terima Nabi Muhammad kerana baginda tinggal dengan mereka, membesar di kalangan mereka. Mereka lihat sendiri bagaimana Nabi Muhammad itu macam manusia biasa sahaja. Bandingkan dengan kita sekarang, senang sikit untuk kita terima baginda sebagai Rasul kerana kita telah dengar banyak kisah-kisah hebat tentang baginda. Tapi bayangkan musyrikin Mekah nak terima sepenuhnya.

Oleh itu, hanya mereka yang beriman penuh sahaja yang dapat terima Nabi Muhammad pada masa itu. Kalau kita ada di Mekah dulu entah kita jadi sahabat atau tidak, kita pun tidak tahu, bukan? Bayangkan mereka duduk-duduk dengan Nabi Muhammad, dan tiba-tiba baginda kata baginda baru sahaja dapat wahyu dari Allah, semasa dengan mereka. Baginda kata dapat dari Malaikat Jibrail sedangkan mereka sendiri tidak nampak Jibrail itu.

Jadi kita kena faham yang ini memerlukan iman yang besar. Oleh itu, bukan senang nak terima seorang lelaki yang dikatakan kita kena ikut baginda. Dan kalau ada masalah untuk terima orang atasan yang beri arahan atas kita, memang akan susah.

 

قُل كَفىٰ بِاللهِ شَهيدًا بَيني وَبَينَكُم

Katakanlah: “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu,

Allah ajar baginda untuk jawab sahaja: cukuplah Allah sebagai saksi antara baginda dan mereka. Baginda tak perlukan pengiktirafan dari orang lain. Pengiktirafan sebenarnya dari Allah. Kalau mereka tidak percaya, tidak perlu nak terkilan.

 

وَمَن عِندَهُ عِلمُ الكِتابِ

dan antara orang yang mempunyai ilmu Al Kitab”.

Yang mempunyai ilmu kitab itu sama ada para malaikat atau golongan ahli kitab. Sudah cukup para malaikat dan ulama-ulama yang ada kitab di sisi mereka sebagai saksi. Mereka lebih kenal siapakah Nabi Muhammad itu, bukan orang Mekah yang tidak ada ilmu kitab sebelum itu.

Dan kalau ahli-ahli kitab itu ikhlas dengan kitab mereka sendiri (Taurat atau Injil), mereka akan kata dengan yakin yang Nabi Muhammad itu benar-benar seorang Rasul. Kerana memang jelas disebut sifat-sifat baginda dalam kitab mereka dan memang sifat baginda apa yang baginda sebutkan (terutama dari segi Tauhid) ada dalam kitab mereka juga. Ianya bukan benda yang baru. Perihalnya sama dengan pengertian yang terkandung di dalam firman-Nya:

{وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالَّذِينَ هُمْ بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ} الْآيَةَ

dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.” (Iaitu), orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil. (Al-A’raf: 156-157)

Allahu a’lam. Tamat Surah ar-Ra’d ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah Ibrahim.

Kemaskini: 1 April 2019.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

2 thoughts on “Tafsir Surah ar-Ra’d Ayat 38 – 43 (Taqdir Muallaq)”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s