Tafsir Surah al-A’raf Ayat 165 – 170 (ulama ambil rasuah)

Ayat 165:

فَلَمّا نَسوا ما ذُكِّروا بِهِ أَنجَينَا الَّذينَ يَنهَونَ عَنِ السّوءِ وَأَخَذنَا الَّذينَ ظَلَموا بِعَذابٍ بَئيسٍ بِما كانوا يَفسُقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they [i.e., those advised] forgot that by which they had been reminded, We saved those who had forbidden evil and seized those who wronged, with a wretched punishment, because they were defiantly disobeying.

MALAY

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

فَلَمّا نَسوا ما ذُكِّروا بِهِ

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, 

Mereka yang menangkap ikan pada hari Sabtu tetap tidak menghiraukan nasihat yang diberikan oleh golongan kedua (yang memberi nasihat). Mereka telah menggali lubang pada pantai, dan bila air pasang, ikan-ikan masuk dalam lubang itu dan bila air surut balik, ikan-ikan yang banyak itu telah terperangkap di dalamnya.

Begitulah cara mereka menangkap ikan hari Sabtu itu. Tidaklah mereka benar-benar pergi turun menangkap ikan pun. Mereka ‘pusing cerita’ sedikit, nak tunjuk macam mereka tidak tangkap, tapi tangkap juga sebenarnya. Ini kerana Allah murka juga dan tidak terima alasan mereka itu.

Berapa banyak dalam kalangan kita yang cuba ‘pusing cerita’ dalam hal agama? Sebagai contoh, bersanding semasa kahwin itu adalah haram, dan kita tidak boleh pergi ke majlis sebegitu. Tapi ada yang kata mereka pergi ‘sebelum’ atau ‘selepas’ persandingan itu. Tidakkah itu dikira sebagai ‘pusing’ juga? Hakikatnya, kamu masih lagi meraikan majlis itu, bukan?

أَنجَينَا الَّذينَ يَنهَونَ عَنِ السّوءِ

Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, 

Allah selamatkan golongan yang buat amar makruf nahi mungkar, iaitu mereka yang memberi nasihat. Inilah golongan kedua yang memberi nasihat itu.

وَأَخَذنَا الَّذينَ ظَلَموا بِعَذابٍ بَئيسٍ

dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat,

Dan mereka yang degil untuk menerima nasihat dan terus melakukan kesalahan yang dilarang, mereka telah dikenakan dengan azab. Nanti akan diberitahu ang mereka telah ditukar menjadi kera. Selepas tiga hari, mereka mati.

بِما كانوا يَفسُقونَ

disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

Bukan Allah suka-suka nak kenakan azab kepada mereka, tapi kerana mereka fasik, tidak mahu taat kepada hukum.

Dalam ayat ini, Allah beritahu yang Dia selamatkan golongan yang memberi nasihat. Tapi bagaimana pula dengan golongan ketiga? Mereka tidak tangkap ikan itu, tapi mereka tidak menegur orang yang buat kesalahan itu. Malah apabila ada golongan yang menegur, golongan ketiga ini pula menegur golongan yang menegur, mereka kata buang masa nak tegur. Bagaimana dengan mereka?

Ada khilaf pendapat tentang nasib mereka. Ada yang kata, azab yang dikenakan itu hanya kepada kumpulan yang menangkap ikan sahaja. Tapi ada juga yang mengatakan, mereka yang senyap tidak menegur itu pun dikenakan dengan azab juga. Kerana kesalahan tidak menegur mereka yang buat salah.

Inilah yang terjadi kalau kita senyap membisu apabila agama Allah dikhianati dan hukumNya dirobek. Kita tak buat salah, tapi bila tak tegur, orang yang buat salah itu tidak ada rasa bersalah. Mereka senang sahaja buat kesalahan tapi tidak ada orang yang tegur.


Ayat 166: Penjelasan tentang apakah azab yang dikenakan.

فَلَمّا عَتَوا عَن ما نُهوا عَنهُ قُلنا لَهُم كونوا قِرَدَةً خاسِئينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So when they were insolent about that which they had been forbidden, We said to them, “Be apes, despised.”

MALAY

Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.

فَلَمّا عَتَوا عَن ما نُهوا عَنهُ

Maka setelah mereka berlaku sombong takbur kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya,

Mereka tidak berhenti dari buat perkara yang dilarang. Memang ramai manusia macam ini. Jenis tidak dengar kata, tidak mahu terima nasihat yang baik.

قُلنا لَهُم كونوا قِرَدَةً خاسِئينَ

Kami katakan kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.

Mereka ditukarkan menjadi kera yang hina dina. Mereka hanya dapat hidup tiga hari sahaja dan mati belaka selepas itu. Kena diberitahu yang mereka itu mati kemudiannya, sebab kalau tidak diberitahu, ada sahaja yang akal tidak berapa betul, menggunakan hujah ini sebagai dalil yang kata kera-kera sekarang adalah keturunan dari mereka. Jadi, hujah bodoh itu ditutup dengan kita beritahu, mereka tidak sempat nak membiak pun, tiga hari sudah mati.


Ayat 167:

وَإِذ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبعَثَنَّ عَلَيهِم إِلىٰ يَومِ القِيامَةِ مَن يَسومُهُم سوءَ العَذابِ ۗ إِنَّ رَبَّكَ لَسَريعُ العِقابِ ۖ وَإِنَّهُ لَغَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] when your Lord declared that He would surely [continue to] send upon them until the Day of Resurrection those who would afflict them with the worst torment. Indeed, your Lord is swift in penalty; but indeed, He is Forgiving and Merciful.

MALAY

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

وَإِذ تَأَذَّنَ رَبُّكَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu:

Ini adalah pengumuman dari Allah. Pengumuman yang kuat.

لَيَبعَثَنَّ عَلَيهِم إِلىٰ يَومِ القِيامَةِ مَن يَسومُهُم سوءَ العَذابِ

Bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya 

Kepada mereka yang telah menangkap ikan hari Sabtu itu, mereka dikenakan dengan azab hingga ke hari kiamat. Kaum mereka juga tidak dihargai dan mereka tidak akan ada negara untuk mereka. Mereka dibenci dari zaman berzaman.

Lihatlah sekarang bagaimana semua negara di dunia ini tidak suka kepada mereka. Kerana benci kepada merekalah, Hitler telah membunuh ramai dari kalangan mereka. Mereka sampai kena tumpang dengan kuasa lain. Mereka dilayan kerana mereka ada kekayaan dan kepandaian keduniaan mereka sahaja. Sampai sekarang, kita boleh lihat bagaimana Israel itu kena bergantung kepada kuasa Amerika.

Dan negara pun tidak ada, sampai kena ambil negara orang lain – Palestin. Begitulah kehinaan yang diberikan kepada mereka, sebagaimana pengumuman dari Allah ini.

إِنَّ رَبَّكَ لَسَريعُ العِقابِ

Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, 

Allah boleh kenakan azab kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Kalau Allah mahu kenakan azab, Allah boleh segerakan azab itu. Tidak ada sesiapa yang boleh halang atau tangguhkan.

وَإِنَّهُ لَغَفورٌ رَحيمٌ

dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tetapi dalam masa yang sama, kalau ada yang sanggup untuk meminta ampun, sanggup mengubah keadaan mereka dari tidak taat kepada kembali taat kepada Allah, Allah amat pengampun. Kerana Allah amat mengasihani hambaNya.


Ayat 168:

وَقَطَّعناهُم فِي الأَرضِ أُمَمًا ۖ مِنهُمُ الصّالِحونَ وَمِنهُم دونَ ذٰلِكَ ۖ وَبَلَوناهُم بِالحَسَناتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُم يَرجِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We divided them throughout the earth into nations. Of them some were righteous, and of them some were otherwise. And We tested them with good [times] and bad that perhaps they would return [to obedience].

MALAY

Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).

وَقَطَّعناهُم فِي الأَرضِ أُمَمًا

Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak dunia ini.

Kita boleh lihat bagaimana golongan Yahudi dahulu sesama sendiri pun banyak puak. Dan sampai sekarang pun sampai hujung zaman. Mereka terpecah di berbagai-bagai tempat di merata-rata tempat. Bukan sahaja fizikal mereka berpecah, tapi begitu juga mereka mempunyai berbagai-bagai fahaman.

Nanti apabila hampir kiamat, Allah akan satukan mereka dan merekalah nanti yang akan berperang dengan Imam Mahdi. Maknanya, waktu itu mereka akan bersatu tapi mereka bersatu dengan Dajjal Laknatullah. Nanti mereka bersatu di bawah pimpinan Dajjal yang akan mengarahkan mereka kepada kesesatan dan keburukan. Tetapi sebelum itu mereka memang berpecah belah dari segi fahaman dan tempat tinggal mereka. Mereka tidak lagi menjadi satu umat lagi.

مِنهُمُ الصّالِحونَ وَمِنهُم دونَ ذٰلِكَ

Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian. 

Tetapi kita kena ingat, kita tidak boleh pukul rata terhadap mereka, kerana ada antara mereka yang masuk Islam dan jadi orang soleh. Yang kita lawan bukanlah ‘keturunan’ mereka, tapi ‘sifat’ buruk mereka itu. Sampai sekarang pun, ada orang yang asalnya Yahudi, tapi kemudian telah masuk Islam dan menjadi Muslim yang baik. Tapi itu adalah bilangan yang kecil.

وَبَلَوناهُم بِالحَسَناتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُم يَرجِعونَ

Dan Kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).

Dan Allah uji mereka dengan berbagai ujian dunia, ada yang kaya raya dan ada yang jatuh sakit dan miskin. Ini sepertimana Allah uji makhluk Dia yang lain. Diberikan dengan ujian itu, mudah-mudahan mereka bersabar dan kembali kepada Allah. Pintu taubat kepada mereka masih terbuka selagi mereka belum mati.


Ayat 169:

فَخَلَفَ مِن بَعدِهِم خَلفٌ وَرِثُوا الكِتابَ يَأخُذونَ عَرَضَ هٰذَا الأَدنىٰ وَيَقولونَ سَيُغفَرُ لَنا وَإِن يَأتِهِم عَرَضٌ مِثلُهُ يَأخُذوهُ ۚ أَلَم يُؤخَذ عَلَيهِم ميثاقُ الكِتابِ أَن لا يَقولوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الحَقَّ وَدَرَسوا ما فيهِ ۗ وَالدّارُ الآخِرَةُ خَيرٌ لِلَّذينَ يَتَّقونَ ۗ أَفَلا تَعقِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there followed them successors who inherited the Scripture [while] taking the commodities¹ of this lower life and saying, “It will be forgiven for us.” And if an offer like it² comes to them, they will [again] take it. Was not the covenant of the Scripture [i.e., the Torah] taken from them that they would not say about Allāh except the truth, and they studied what was in it? And the home of the Hereafter is better for those who fear Allāh, so will you not use reason?

  • i.e., unlawful gains and pleasures.
  • i.e., a similar temptation.

MALAY

Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: “Akan diampunkan kelak dosa kami” Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti?

فَخَلَفَ مِن بَعدِهِم خَلفٌ وَرِثُوا الكِتابَ

Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). 

Mereka diganti dengan generasi yang tidak bersyukur dan tidak ikut cara hidup yang baik. Kalau lafaz خَلفٌ (khalfun) yang digunakan, ia merujuk untuk golongan yang derhaka. Kerana kalau untuk golongan yang taat, yang digunakan adalah lafaz خَلَفٌ (khalafun).

Yang berbeza adalah sama ada digunakan ‘lam sukun’ atau tidak. Itulah satu keindahan bahasa Arab, ubah kedudukan tanda pun sudah membawa maksud yang berbeza. Maka kerana itu penting untuk kita belajar bahasa Arab dan cuba belajar balaghah supaya dapat memahami perbezaan yang tersirat.

يَأخُذونَ عَرَضَ هٰذَا الأَدنىٰ

Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini

Mereka memang dikatakan beragama, kerana mereka mewarisi Kitab Taurat. Tetapi ianya tidak berguna kerana mereka telah mengubah agama kepada satu industri untuk menguntungkan mereka. Para agamawan mereka bercakaran antara satu sama lain untuk mendapat kedudukan siapa yang lebih tinggi.

Mereka menjual sokongan dan fatwa mereka untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka mementingkan keduniaan dengan menolak akhirat. Mereka sanggup tukar fatwa agama, asalkan boleh buat untung. Inilah yang dimaksudkan ‘menjual agama’.

Jadi, kalau orang Islam pun macam itu juga, maka mereka pun dikira menjual agama juga. Perangai macam orang Yahudi juga, kena kutuk dengan Allah juga. Ada pemuka agama, yang menjadi penasihat kepada pemerintah untuk menghalalkan tindakan pemerintah. Mereka sanggup beri pendapat yang berlawanan dengan agama asalkan kedudukan mereka dimata pemerintah selamat. Nauzubillahi min dzaalik.

Oleh itu, mereka dapat kitab Taurat dari tok nenek mereka, tapi kitab sahaja yang mereka ambil tapi amalan dari kitab itu tidak diambil. Maknanya, walaupun mereka ada kitab, tapi mereka tidak ikut pun.

Bagaimana dengan kita yang telah mewarisi Qur’an, tapi tidak menggunakannya? Apakah tidak sama dengan puak Yahudi itu? Ada Qur’an, tapi tak pakai, tidak faham apa yang disampaikan dalam wahyu Qur’an itu. maka sama sahajalah dengan golongan Yahudi yang dikutuk dalam ayat-ayat Qur’an itu.

وَيَقولونَ سَيُغفَرُ لَنا

sambil berkata: “Akan diampunkan kelak dosa kami”

Mereka tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu salah, tapi mereka kata ianya bukan dosa besar, dosa kecil sahaja. Mereka sangka, lambat laun Allah akan ampun dosa mereka. Ini adalah kerana mereka rasa mereka insan terpilih yang Allah tidak akan azab lama.

Sedangkan menukar syariat dari yang sepatutnya adalah dosa besar yang dikenali sebagai suhtun, malah ianya lebih besar dari dosa riba. Maka mereka sebenarnya tidak akan selamat. Mereka akan kekal dalam neraka sebenarnya.

وَإِن يَأتِهِم عَرَضٌ مِثلُهُ يَأخُذوهُ

Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi.

Mereka sangka mereka buat dosa yang kecil sahaja dan akan diampunkan, dan jika datang lagi peluang untuk mendapatkan habuan dunia lain seperti itu, mereka ambil lagi. Maknanya, mereka tidak berhenti dari menggunakan agama ini untuk kepentingan dunia. Tapi masih dalam hati mereka, mereka sangka Allah akan ampunkan dosa mereka. Mereka sampai sudah jadikan agama itu sebagai sumber pendapatan mereka.

Mungkin mereka telah sedar mereka buat salah, dan mereka mungkin minta ampun. Tapi bila ada peluang datang lagi untuk buat untung lagi, mereka ambil peluang itu lagi. Maknanya, bila mereka minta ampun, mereka tidak bersungguh-sungguh. Masih ada kelumit kesesatan dalam diri mereka.

As-Saddi telah mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat). (Al-A’raf: 169) sampai dengan firman-Nya: padahal mereka telah mempelajari apa yang tersebut di dalamnya (Al-A’raf: 169) bahawa dahulu orang-orang Bani Israil tidak sekali-kali meminta pengadilan dari seorang hakim melainkan main suap dalam keputusan hukumnya. Dan sesungguhnya orang-orang terkemuka mereka meng­adakan pertemuan, lalu mengadakan kesepakatan di antara sesama mereka yang mereka tuangkan ke dalam suatu perjanjian, bahawa mereka tidak akan melakukan hal itu lagi dan tidak akan melakukan penyuapan.

Kemudian ada seorang lelaki dari kalangan mereka yang tetap melakukan suap dalam perkaranya. Ketika ditanyakan kepadanya, “Mengapa engkau masih tetap memakai suap dalam hukum?” Dia menjawab bahawa Allah akan memberikan ampunan kepadanya. Maka semua orang dari kalangan Bani Israil mencela perbuatan yang telah dilakukannya itu.

Tetapi apabila dia mati atau dipecat, maka kedudukan­nya diganti oleh orang yang tadinya termasuk orang-orang yang mencelanya. Tetapi pada akhirnya si pengganti ini pun melakukan suap pula. Kerana itulah dalam ayat ini disebutkan, “Apabila datang kepada yang lainnya harta benda duniawi, maka mereka mengambilnya juga.”

أَلَم يُؤخَذ عَلَيهِم ميثاقُ الكِتابِ أَن لا يَقولوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الحَقَّ

Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar?

Sanggup mereka melakukan penipuan dalam agama, sedangkan tidakkah mereka telah ambil perjanjian dengan Allah, jangan sekali-kali mereka mengatakan sesuatu tentang agama Allah melainkan yang benar sahaja?

Jadi kenapa mereka berani mengatakan perkara yang tidak benar? Sanggup mereka memperkatakan sesuatu dari agama tapi mereka tahu bukannya datang dari Allah, dari wahyu? Tidakkah mereka sedar yang mereka sedang bercanggah dengan perjanjian mereka itu?

وَدَرَسوا ما فيهِ

Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya?

Dan mereka belajar pun isi kandungan dalam Taurat itu. Maknanya, mereka bukannya orang yang tidak tahu tanggungjawab mereka kerana mereka telah belajar dalam Taurat itu apa yang mereka perlu lakukan. Maknanya, mereka ini bukan orang jahil, tapi degil sahaja.

Jadi, ayat ini ditujukan kepada golongan para ulama. Iaitu mereka yang ada ilmu, yang menjadi rujukan masyarakat. Ulama Yahudi telah menyalahgunakan ilmu yang mereka ada untuk kepentingan keduniaan mereka. Mereka ambil keuntungan dari apa yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Mereka hanya sampaikan apa yang masyarakat mahu dengar. Mereka sanggup katakan sesuatu yang tidak benar dalam agama, asalkan masyarakat suka dengan apa yang mereka cakap. Kerana apabila masyarakat suka, mereka akan bayar upah kepada golongan ulama ini.

Jadi, kalau ulama kita pun berperangai macam ini, maka ayat ini pun kena tepat kepada mereka. Jangan kita salah faham dengan mengatakan ayat ini hanya memperkatakan tentang ulama Yahudi sahaja kerana mereka itu dijadikan sebagai contoh apakah kesalahan yang kita kena elak. Kita kena ambil pengajaran dari pengalaman mereka.

وَالدّارُ الآخِرَةُ خَيرٌ لِلَّذينَ يَتَّقونَ

Dan negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.

Sudahkah mereka lupa bahawa syurga itu lebih baik dari segenap segi? Mereka sepatutnya tahu tapi mereka lupa yang ianya adalah bagi orang yang dapat jaga hukum Allah sahaja. Mereka telah ditipu oleh keindahan dunia.

أَفَلا تَعقِلونَ

Tidakkah kamu mahu mengerti?

Ini adalah tempelak dari Allah: benda mudah macam ini pun kamu tak boleh faham? Apa sudah jadi dengan kamu?


Ayat 170: Ayat tabshir.

وَالَّذينَ يُمَسِّكونَ بِالكِتابِ وَأَقامُوا الصَّلاةَ إِنّا لا نُضيعُ أَجرَ المُصلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who hold fast to the Book [i.e., the Qur’ān] and establish prayer – indeed, We will not allow to be lost the reward of the reformers.

MALAY

Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).

وَالَّذينَ يُمَسِّكونَ بِالكِتابِ

Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah

Ayat ini untuk golongan Ahli Kitab yang ikut ajaran yang ada dalam kitab itu. Mereka mengikut sungguh-sungguh apa yang disebut dalam wahyu dan mereka terima semuanya. Mereka buat segala yang patut diikuti.

وَأَقامُوا الصَّلاةَ

serta mendirikan sembahyang, 

Ini adalah isyarat mereka yang jaga syariat. Mereka yang jaga syariat akan jaga ibadat mereka. Disebut solat kerana ianya adalah ibadat yang terpenting. Maknanya, bukanlah kena jaga solat sahaja tapi semua ibadah kena dijaga.

إِنّا لا نُضيعُ أَجرَ المُصلِحينَ

sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki 

Allah tidak akan hampakan mereka yang baiki keadaan mereka dari seorang yang kufur kepada menjadi seorang yang taat. Mereka juga bukan sahaja memperbaiki keadaan peribadi mereka, tapi mereka juga memperbaiki masyarakat. Mereka melakukan islah (pembaikan) dalam masyarakat. Mereka itulah orang yang tetap akan dapat pahala dari Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 8 Februari 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s