Tafsir Surah al-Maidah Ayat 3 – 4 (Senarai perkara yang haram dimakan)

Maidah Ayat 3: Kita lihat lagi ayat-ayat hukum dalam Surah Maidah ini.

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلٰمِ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلٰمَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Prohibited to you are dead animals, blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allāh, and [those animals] killed by strangling or by a violent blow or by a head-long fall or by the goring of horns, and those from which a wild animal has eaten, except what you [are able to] slaughter [before its death], and those which are sacrificed on stone altars, and [prohibited is] that you seek decision through divining arrows. That is grave disobedience. This day those who disbelieve have despaired of [defeating] your religion; so fear them not, but fear Me. This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islām as religion. But whoever is forced by severe hunger with no inclination to sin – then indeed, Allāh is Forgiving and Merciful.

MALAY

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,

Dalam ayat sebelum ini, telah disebut tentang makanan yang halal yang tidak boleh diharamkan. Dalam ayat ini pula adalah perkara-perkara haram yang tidak boleh dihalalkan. Kalau buat juga, itu juga termasuk dalam perkara syirik amali. Sekarang kita belajar makanan-makanan yang haram dimakan.

Yang pertama disebut adalah bangkai iaitu binatang yang mati sendiri tanpa melalui proses penyembelihan atau proses pemburuan (kerana kalau diburu, ada kemungkinan kita tidak sempat sembelih dan binatang itu sudah mati apabila kita sampai kepadanya, atau dibawa kepada kita oleh binatang buruan kita).

Semua bangkai binatang adalah haram dimakan kecuali dua sahaja: iaitu bangkai belalang dan ikan. Ini kerana ada hadith yang menyentuh berkenaan perkara ini:

Daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهما, Rasulullah ﷺ bersabda:

أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ الْحُوتُ وَالْجَرَادُ
Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai: ikan dan belalang.

(Sunan Ibn Majah (3218))

Dari segi saintifik, binatang yang mati dengan sendiri (bangkai) tidak elok dimakan kerana ia tidak disembelih dan kerana itu darahnya masih mendap dalam tubuhnya. Oleh kerana itu kekotoran dan bahan yang tidak elok di dalam darah itu akan masuk ke dalam badan kita kalau memakannya.

 

وَا  لدَّمُ

dan darah

Darah juga haram dimakan. Dalam ayat yang lain, disebut sebagai tambahan maklumat, darah yang haram itu adalah ‘darah yang mengalir’ (Rujuk An’am:145). Jadi, hati dan limpa walaupun berdarah, boleh dimakan.

Dan kalau ada sedikit darah yang melekat pada daging, itu tidak mengapa. Tidaklah perlu dibasuh daging itu sampai langsung tidak ada darah. Boleh rujuk pada ayat Baqarah:173

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Kasir ibnu Syihab Al-Mizhaji, telah menceritakan kepada kami Mu­hammad ibnu Sa’id ibnu Sabiq, telah menceritakan kepada kami Amr (yakni Ibnu Qais), daripada Sammak, daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas, baha­wa dia pernah ditanya mengenai limpa. Maka dia menjawab, “Makanlah limpa itu oleh kalian.” Mereka berkata, ‘Tetapi limpa itu adalah da­rah?” Maka Ibnu Abbas رضي الله عنهما menjawab, “Sesungguhnya yang diharamkan atas kalian itu hanyalah darah yang mengalir.”

Di dalam riwayat yang lain:

قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدُ بْنُ إِدْرِيسَ الشَّافِعِيُّ: حَدَّثَنَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “أحِلَّ لَنَا مَيْتَتَانِ ودمان، فأما الميتتان فالحوت والجراد، وأما الدمان فَالْكَبِدُ وَالطُّحَالُ”.

Abu Abdullah Muhammad ibnu Idris Asy-Syafii mengatakan bahawa telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman ibnu Zaid ibnu Aslam, daripada ayahnya, daripada Ibnu Umar secara marfu’ bahawa Ra­sulullah ﷺ telah bersabda: Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Adapun dua jenis bangkai iaitu ikan dan belalang, dan dua jenis darah iaitu hati dan limpa.

 

وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ

dan daging babi,

Daging babi seperti yang kita sedia maklum adalah haram, dan ini termasuk bulu, kulit dan tulangnya. Disebut daging sahaja dalam ayat ini kerana daging yang paling banyak daripada bahagian tubuh babi itu tetapi ia mewakili semua anggota tubuh babi itu. Jadi tidak bolehlah kalau hendak dimakan sup tulang babi pula.

 

وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللهِ بِهِ

dan yang disembelih atas nama selain Allah,

Iaitu binatang yang disembelih bukan kerana Allah ‎ﷻ. Kalau pada zaman Jahiliah, ada binatang yang asalnya halal dimakan tetapi disembelih atas nama berhala dan selain Allah ‎ﷻ.

Amat meyedihkan sekali, pada zaman sekarang pun ada juga perkara ini berlaku dalam kalangan orang Islam kita. Ini kerana ada yang jahil agama yang sembelih binatang mereka dengan tujuan untuk menjamu jin dan hantu. Ini juga adalah haram dimakan kerana tujuan mereka sembelih binatang itu adalah untuk membesarkan selain Allah ‎ﷻ. Daging sembelihan itu haram dimakan walaupun baca Basmalah semasa disembelih dan sembelih dengan cara Islam.

Balaghah (Taqdim wa Ta’khir): Di dalam ayat ini, Allah mendahulukan sebut بِهِ sebelum sebut لِغَيرِ ٱللَّهِ‌. Sedangkan di dalam Baqarah:173, susunan ini diterbalikkan,

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala.

Kenapa ada perbezaan? Di dalam Surah Baqarah maksud مَآ أُهِلَّ بِهِ ialah sesuatu yang disembelih dengan suara yang ditinggikan, iaitu binatang sembelihan. Kerana semasa sembelih kena disebut sembelih untuk siapa. Sedangkan di dalam Surah Maidah didahulukan لِغَيرِ ٱللَّهِ (selain dari Allah) kerana konteks ayat-ayat itu adalah tentang orang-orang yang mereka-reka hukum atas nama Allah, menghalalkan dan  mengharamkan menurut hawa nafsu mereka, lalu mendakwa ia daripada Allah. Perhatikan Maidah:1-4

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوفُواْ بِٱلعُقُودِ‌ۚ أُحِلَّت لَكُم بَہِيمَةُ ٱلأَنعَـٰمِ إِلَّا مَا يُتۡلَىٰ عَلَيۡكُم غَيرَ مُحِلِّى ٱلصَّيدِ وَأَنتُم حُرُمٌ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ يَحكُمُ مَا يُرِيدُ (١) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُحِلُّواْ شَعَـٰٓٮِٕرَ ٱللَّهِ وَلَا ٱلشَّہرَ ٱلحَرَامَ وَلَا ٱلۡهَدىَ وَلَا ٱلۡقَلَـٰٓٮِٕدَ وَلَآ ءَآمِّينَ ٱلۡبَيتَ ٱلحَرَامَ يَبتَغُونَ فَضلاً مِّن رَّبِّہِم وَرِضوٰنًا‌ۚ وَإِذَا حَلَلتُم فَٱصطَادُواْ‌ۚ وَلَا يَجرِمَنَّكُم شَنَـَٔانُ قَومٍ أَن صَدُّوڪُم عَنِ ٱلمَسجِدِ ٱلحَرَامِ أَن تَعتَدُواْ‌ۘ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلبِرِّ وَٱلتَّقوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثمِ وَٱلعُدوٰنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلعِقَابِ (٢) حُرِّمَت عَلَيكُمُ ٱلمَيتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحمُ ٱلخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيرِ ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلمُنخَنِقَةُ وَٱلمَوقُوذَةُ وَٱلمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيتُم وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَستَقسِمُواْ بِٱلۡأزۡلَـٰمِ‌ۚ ذٰلِكُمۡ فِسقٌ‌ۗ ٱلۡيَومَ يَٮِٕسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُم فَلَا تَخشَوهُمۡ وَٱخشَونِ‌ۚ ٱليوۡمَ أَكمَلتُ لَكُم دِينَكُم وَأَتمَمتُ عَلَيكُمۡ نِعمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسلَـٰمَ دِينًا‌ۚ فَمَنِ ٱضطُرَّ فِى مَخمَصَةٍ غَيرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثمٍ۬‌ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (٣) يَسـَٔلُونَكَ مَاذَآ أُحِلَّ لَهُمۡ‌ۖ قُل أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتُ‌ۙ وَمَا عَلَّمتُم مِّنَ ٱلجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَہُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ ٱللَّهُ‌ۖ فَكُلُواْ مِمَّآ أَمسَكنَ عَلَيكُمۡ وَٱذكُرُواْ ٱسمَ ٱللَّهِ عَلَيهِ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلحِسَابِ (٤)
Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Dia kehendaki. (1) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk korban) dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci) dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidilharam itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). / (2) Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. / (3) Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya. (4) 

Di sini jelas bahawa Allah menolak sebarang pihak selainNya yang cuba menetapkan halal dan haram, kerana itu adalah syirik. Maka, sesuai didahulukan لِغَيرِ ٱللَّهِ. Tambahan pula, di dalam ayat dari Maidah itu disebut tentang menyebut nama Allah pada sembelihan, sedangkan orang musyrik tidak menyebut nama Allah. Ada pun di dalam Surah Baqarah, konteksnya bukan tentang pihak lain yang menetapkan hukum, tetapi tentang rezeki dan makanan yang Allah kurniakan. Allah berfirman di dalam Baqarah:168,

يَـٰٓأَيُّهَا النّاسُ كُلوا مِمّا فِي الأَرضِ حَلٰلًا طَيِّبًا
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, 

Dan selepas itu Allah berfirman di dalam Baqarah:172-173,

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ڪُلُواْ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقنَـٰكُم وَٱشكُرُواْ لِلَّهِ إِن ڪُنتُم إِيَّاهُ تَعبُدُونَ (١٧٢) إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيڪُمُ ٱلۡميۡتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحمَ ٱلخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَيۡرِ ٱللَّهِ‌ۖ فَمَنِ ٱضطُرَّ غَيرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَآ إِثمَ عَلَيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (١٧٣)
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (172) Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (173) 

Maka kerana konteksnya adalah tentang makanan dan rezeki, Allah mendahulukan sebut بِهِ kerana ia kembali kepada sembelihan makanan.

 

وَالْمُنْخَنِقَةُ

dan yang tercekik,

Binatang yang mati tercekik juga haram dimakan. Sama ada dicekik secara sengaja atau tidak sengaja. Katakanlah kita tambat lembu kita dan mungkin ia hendak melarikan diri kerana ketakutan dan oleh kerana lehernya terikat, maka, lembu itu mati terjerut.

 

وَالْمَوْقُوذَةُ

dan yang terpukul,

Iaitu binatang yang dipukul sampai mati, iaitu dipukul dengan benda berat tetapi tidak tajam. Orang Arab Jahiliah biasa memukul sahaja binatang ternakan mereka sampai mati untuk dimakan.

 

وَالْمُتَرَدِّيَةُ

dan yang jatuh,

Ada binatang yang naik tempat yang tinggi dan kemudian terjatuh dari tempat tinggi itu dan mati. Ini pun haram dimakan kerana ia adalah bangkai.

 

وَالنَّطِيحَةُ

dan yang ditanduk, 

Ada binatang yang berkelahi sesama sendiri dan binatang yang lain menanduknya sampai mati. Atau yang dilanggar dengan kenderaan yang laju.

 

وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ

dan yang diterkam binatang buas,

Ada binatang yang dibaham binatang buas lain. Bintang buas seperti harimau dan anjing liar telah tangkap dan makan sedikit. Ini juga haram dimakan walaupun binatang buas itu menerkam bahagian sembelihan (tengkuk) binatang ternak itu.

 

إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ

kecuali yang sempat kamu menyembelihnya,

Kecuali kalau kita sempat sembelih sebelum binatang itu mati. Sama ada binatang itu telah tercekik, dipukul, ditanduk atau diterkam oleh binatang buas, tetapi sebelum sempat ia mati, kita sempat sembelih dan binatang itu mati dengan sembelihan kita. Jadi tentulah tidak termasuk 4 jenis yang disebut di awal ayat ini.

Mungkin kita nampak ada binatang yang hampir mati, tetapi sebelum mati kita terus menyembelihnya. Atau ada binatang buas yang sudah jatuhkan binatang yang boleh dimakan, dan mereka sedang memamah binatang itu, dan kita halau dan sembelih dengan segera semasa binatang itu hidup lagi.

Waktu itu haiwan yang dimaksudkan itu masih menggerak-gerakkan telinganya, atau menendang-nendang dengan kakinya atau matanya masih terkedip-kedip lagi, menandakan ia masih hidup. Maka cepat-cepatlah kita sembelih dan sembelihan itu boleh dimakan.

Hukum: Di dalam hal ini, ada perbincangan ulama’. Katakanlah kita jumpa haiwan yang tengah nyawa-nyawa ikan, tengah nazak, dan kita sembelih dia, adakah binatang itu halal dimakan? Titik perbezaannya adalah: Berapakah baki “nyawa” yang mesti ada pada haiwan yang tercedera/sakit itu supaya sembelihan tersebut dikira sah dan menghalalkannya? Berikut adalah peta pandangan mazhab-mazhab fiqh mengenainya:

1. Mazhab Syafi’i & Mazhab Hanbali. Dua mazhab ini berada dalam saf yang sama dan bersikap paling ketat dalam meletakkan kriteria. Sembelihan hanya memberi kesan menghalalkan haiwan yang cedera (seperti ditanduk, jatuh, diterkam harimau) jika semasa disembelih, ia masih mempunyai Hayat Mustaqirrah (nyawa yang stabil/utuh). Jika haiwan itu sudah berada dalam fasa Hayat Mazbuhah (nyawa-nyawa ikan), ia sudah pun dihukumkan sebagai “bangkai” oleh impak kemalangan tersebut. Maka, pengecualian (illa) dalam ayat tidak merangkumi haiwan yang sudah nazak, kerana sembelihan di fasa itu tidak lagi dianggap “menyembelih haiwan yang hidup”, tetapi sekadar mempercepatkan kematian bangkai.

2. Mazhab Maliki mengambil pendekatan yang lebih longgar dalam hal ini. Menurut Imam Malik, frasa “kecuali yang sempat kamu sembelih” bermaksud asalkan haiwan itu masih hidup semasa pisau diletakkan di lehernya, walaupun ia sudah berada dalam keadaan nazak (Hayat Mazbuhah). Menurut mereka, tanda haiwan itu masih hidup dan sah disembelih adalah apabila berlakunya rontaan atau pergerakan yang jelas (seperti kaki menghentak, ekor bergerak, atau darah keluar dengan sifat darah haiwan hidup) sejurus selepas disembelih.

Pengecualian: Mazhab Maliki hanya mengharamkannya jika haiwan itu mengalami kecederaan yang pasti membunuh (makruf dalam fiqh sebagai Makhufah seperti pecah otak atau putus tali gantung), yang mana pergerakan selepas itu hanyalah getaran saraf sahaja.

3. Mazhab Hanafi mempunyai formula tersendiri yang meletakkan ukuran pada jangka hayat haiwan tersebut jika dibiarkan.Pengecualian dalam ayat yang kita bincangkan ini adalah mutlak untuk haiwan yang masih bernyawa. Bagi mereka, syaratnya ialah haiwan tersebut diyakini boleh hidup lebih lama daripada tempoh proses sembelihan itu sendiri. Imam Abu Hanifah berpendapat, tidak disyaratkan haiwan itu mesti segar bugar (Hayat Mustaqirrah). Asalkan ia masih hidup (walaupun sakit teruk) dan sekiranya kita biarkan dia tanpa sembelih, dia tidak mati serta-merta pada saat itu juga, maka tindakan menyembelihnya adalah sah dan dagingnya halal. Cukup sekadar ada tanda-tanda hidup yang minima seperti mata berkelip, ekor bergerak sedikit, atau darah mengalir keluar.

Dalam menentukan pendapat mana yang paling kuat (rajih), para ulama usul fiqh dan muhaqqiqin (ulama pengkaji) akan menilai berdasarkan kekuatan hujah bahasa (linguistik) dan tujuan syariat (Maqasid Syariah). Di peringkat antarabangsa, majoriti ulama kontemporari dan institusi fatwa (termasuk JAKIM dan Lembaga Fiqh Islam Sedunia) menilai bahawa pendapat Mazhab Syafi’i dan Hanbali (yang mensyaratkan Hayat Mustaqirrah) adalah pendapat yang paling kuat dan paling selamat (Ahwat).

Sains moden menyokong penuh konsep Hayat Mustaqirrah. Apabila haiwan mengalami kecederaan kritikal otak atau organ dalaman (fasa nazak), sistem sarafnya sudah gagal dan jantungnya mula berhenti mengepam secara normal. Jika disembelih pada waktu ini, darah tidak akan keluar memancut kerana ketiadaan tekanan jantung. Darah yang tersumbat di dalam daging mengandungi toksin, bakteria, dan asid laktik yang tinggi, sekali gus menukarkan daging itu menjadi tidak sihat (menepati definisi “bangkai” yang memudaratkan dari sudut kesihatan). Sebaliknya, haiwan yang masih ada Hayat Mustaqirrah mempunyai sistem pendarahan yang berfungsi dengan baik, membolehkan darah kotor keluar sepenuhnya semasa disembelih.

 

وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ

dan yang disembelih untuk berhala.

Ada binatang yang disembelih di patung berhala. Ini pun tidak boleh dimakan. Ataupun disembelih dekat dengan berhala, pun haram juga untuk dimakan walaupun semasa menyembelihnya disebut nama Allah ‎ﷻ. Kita kena ingat bahawa masyarakat Arab kenal Allah ‎ﷻ dan anggap Allah ‎ﷻ itu Tuhan juga.

 

وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلٰمِ

Dan mengundi nasib dengan anak panah,

Kita juga diharamkan daripada mencari untung nasib dengan benda. Dahulu di masa Jahiliah orang-orang Arab sering melakukannya. Azlam merupakan tiga buah anak panah, pada salah satunya bertuliskan kata ‘lakukanlah’, pada yang kedua bertuliskan ‘jangan kamu lakukan’, sedangkan pada yang ketiganya tidak terdapat tulisan apa pun.

Menurut sebahagian orang, pada yang pertama bertuliskan ‘Tuhanku memerintahkan kepadaku’, pada yang kedua ber­tuliskan ‘Tuhanku melarangku’, dan pada yang ketiganya kosong, ti­dak ada tulisan. Kemudian mereka akan kocok anak-anak panah itu.

Jika telah dikocok, lalu keluarlah panah yang bertuliskan kata perintah, maka orang yang bersangkutan mengerjakannya; atau jika yang keluar kata larangan, maka dia meninggalkannya. Jika yang ke­luar adalah anak panah yang kosong, maka dia mengulanginya lagi.

Zaman sekarang, mungkin tidak menggunakan anak panah, tetapi ada juga yang membuat keputusan dengan menggunakan duit syiling atau dadu. Itu pun boleh termasuk dalam pengharaman ini juga.

وَرَوَى ابْنُ مَرْدُويه مِنْ طَرِيقِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ يَزِيدَ، عَنْ رَقَبةَ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْر، عَنْ رَجاء بْنِ حَيْوَة، عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “لَنْ يَلِج الدَّرَجَاتِ مَنْ تَكَهَّن أَوِ اسْتَقْسَمَ أَوْ رَجَعَ مِنْ سَفَرٍ طَائِرًا”.

Ibnu Murdawaih meriwayatkan melalui jalur Ibrahim ibnu Yazid, daripada Ruqabah, daripada Abdul Malik ibnu Umair, daripada Raja ibnu Haiwah, daripada Abu Darda yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ telah ber­sabda: Tidak akan masuk syurga orang yang melakukan tenung atau mengundi nasib atau kembali daripada berpergian kerana tatayyur.

Allah ‎ﷻ melarang melakukan perkara itu kerana melakukan perbuatan tersebut akan mengakibatkan kefasikan, kesesatan, kebodohan, dan kemusyrikan. Allah ‎ﷻ telah memerin­tahkan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, apabila mereka me­rasa ragu dalam urusan mereka, hendaknya mereka melakukan isti­kharah kepada-Nya, iaitu dengan menyembah-Nya, kemudian memo­hon petunjuk daripada-Nya tentang perkara yang hendak mereka lakukan.

Kenapa hal ini disebut tentang makanan sembelihan pula? Ini kerana pada zaman jahiliyah, mereka menggunakan hal ini untuk membahagikan binatang sembelihan di berhala. Asalnya mereka berkongsi binatang tetapi kemudian apabila sudah disembelih, mereka menggunakan anak panah pula untuk menentukan daging itu milik siapa. Jadi ada yang kehilangan bahagiannya terus.

 

ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ

itu adalah kefasikan. 

Yang telah disebut adalah jenis fasik sehingga mengakibatkan mereka boleh keluar agama, maknanya sampai menjadi kufur. Ini kerana ia termasuk dalam Syirik Amali. Malangnya ramai membuatnya kerana jahil agama.

Inilah bahayanya jahil kerana boleh masuk neraka sebab mereka hanya mengikut sahaja amalan yang salah. Syaitan akan membisikkan amalan-amalan yang salah kepada mereka dan mereka tidak menolaknya kerana mereka kosong tiada ilmu. Terutama sekali jika mereka jauh daripada ilmu Al-Qur’an dan hadith. Maka mereka terima semua yang diberitahu kepada mereka tanpa usul periksa.

 

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ

Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu,

Apabila turun surah-surah akhir ini termasuk Surah Maidah, maka orang-orang kafir telah berputus asa untuk menyesatkan umat Islam kerana kalau kita berpegang dengan Al-Qur’an, mereka tidak akan boleh mengalahkan kita. Ayat ini diturunkan di hari Arafah pada tahun Nabi Muhammad ‎ﷺ mengerjakan Haji. Ini bermakna, tanah Arab telah jatuh ke tangan Muslim.

Mereka tidak akan dapat memusnahkan Islam dan mereka tidak dapat mengembalikan agama mereka lagi atau mengembalikan orang Islam kepada agama lama mereka. Kerana itulah mereka akan menghalang orang Islam daripada memahami Al-Qur’an. Mereka melakukannya dengan cara melekakan umat Islam daripada mempelajari agama sehinggakan umat Islam sendiri hanya muslim dari segi nama sahaja, namun jauh daripada ilmu agama.

 

فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ

sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. 

Maka tidak perlu bimbanglah dengan orang kafir itu dan apa yang mereka rancang untuk lakukan. Kita tidak perlu takut kerana kita yakin yang Allah ‎ﷻ akan menolong kita atas mereka. Yang perlu kita lakukan adalah takut kepada Allah ‎ﷻ dan dengan takut itu, kita menjaga hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah ‎ﷻ. Jika dahulu umat Islam takut-takut kalau diserang pihak kufar, namun sekarang mereka boleh menumpukan perhatian kepada ibadah dan mengembangkan agama Islam.

 

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, 

Ini ayat yang amat penting untuk kita faham. Allah ‎ﷻ telah sempurnakan agama itu maksudnya agama telah sempurna dari segi hukum. Segala hukum yang sepatutnya turun, telah diturunkan.

Bukanlah bermakna segala ayat Al-Qur’an telah turun kerana ayat akhir turun adalah dalam Surah Baqarah. Namun segala ayat hukum untuk kita amalkan telah diturunkan dengan turunnya ayat ini dan selepas ini tidak ada lagi ayat hukum yang akan diturunkan. Hanya ada ayat-ayat yang tidak berkenaan hukum sahaja diturunkan. Dan 80 hari selepas ayat ini diturunkan, Nabi Muhammad ﷺ pun wafat.

Ayat ini sebagai dalil yang kukuh kepada puak Sunnah sebagai hujah untuk mengatakan yang agama ini telah lengkap dan tidak perlu ditambah dengan amalan-amalan yang bid’ah. Malangnya, ramai yang tidak faham ayat ini. Ramai yang menokok tambah hal dalam agama, seolah-olah agama belum lengkap lagi.

Sebagai contoh, kalau ada yang mati, akan dibuat Majlis Tahlil. Ini tidak dibuat pada zaman Nabi ﷺ (zaman agama telah lengkap). Apakah tidak ada orang mati pada zaman itu? Tentu ada, tapi tidaklah dilakukan amalan-amalan bid’ah seperti Majlis Tahlil itu.

 

وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي

dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, 

Maksudnya, kita tidak perlu nikmat daripada sesiapa lagi sebab Allah ‎ﷻ sudah berikan Al-Qur’an kepada kita.

Itmam – selesai sesuatu dan tidak perlu bantuan dari luar lagi. Contohnya kita telah siapkan rumah.

Ikmal – selesai projek ataupun apa yang kita hendak lakukan dan usaha kita itu telah keluarkan hasil. Islam sudah nampak berjaya.

Maka nikmat yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah kejayaan umat Islam dan kejatuhan musuh mereka yang syirik. Umat Islam sudah tidak perlu takut lagi dan boleh meneruskan usaha untuk mendakwah agama Islam ke seluruh dunia.

 

وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلٰمَ دِينًا

dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. 

Hanya Islam sahaja agama yang diiktiraf untuk kita amalkan. Tidak ada deen lain lagi. Deen – cara berurusan dengan apa sahaja. Semua perkara tentang agama telah Allah ‎ﷻ ajar dan telah disampaikan oleh Nabi ﷺ. Terdapat hadith yang menarik tentang ayat ini:

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ عَوْن، حَدَّثَنَا أَبُو العُمَيْس، عَنْ قَيْسِ بْنِ مُسْلِمٍ، عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ مِنَ الْيَهُودِ إِلَى عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ [رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ] فَقَالَ: يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ، إِنَّكُمْ تَقْرَءُونَ آيَةً فِي كِتَابِكُمْ، لَوْ عَلَيْنَا مَعْشَرَ الْيَهُودِ نَزَلَتْ لَاتَّخَذْنَا ذَلِكَ الْيَوْمَ عِيدًا. قَالَ: وَأَيُّ آيَةٍ؟ قَالَ قَوْلُهُ: {الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي} فَقَالَ عُمَرُ: وَاللَّهِ إني لَأَعْلَمُ الْيَوْمَ الَّذِي نَزَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَالسَّاعَةَ الَّتِي نَزَلَتْ فِيهَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، نَزَلَتْ عَشية عَرَفَة فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ja’far ib­nu Aun, telah menceritakan kepada kami Abul Umais, daripada Qais ibnu Muslim, daripada Tariq ibnu Syihab yang menceritakan bahawa ada se­orang lelaki Yahudi datang kepada Khalifah Umar ibnul Khattab, lalu berkata, “Hai Amirul Mu’minin, sesungguhnya kamu biasa membaca suatu ayat dalam Kitab kamu, seandainya hal itu diturunkan kepada kami golongan orang-orang Yahudi, nescaya kami akan menjadikan hari itu sebagai hari raya.” Khalifah Umar رضي الله عنه bertanya, “Ayat apakah itu?” Orang Yahudi tersebut membacakan firman-Nya: Pada hari ini telah Kusempurnakan bagi kalian agama kalian, dan telah Kucukupkan kepada kalian nikmat-Ku. (Al-Maidah: 3) Maka Khalifah Umar رضي الله عنه berkata, “Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar mengetahui hari ayat ini diturunkan kepada Rasulullah ﷺ dan saat penurunannya kepada Rasulullah ﷺ iaitu pada petang hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat.”
Imam Bukhari meriwayatkannya daripada Al-Hasan ibnus Sabbali, daripada Ja’far ibnu Aun dengan lafaz yang sama. Imam Muslim, Imam Turmuzi, dan Imam Nasai meriwayatkannya melalui pelbagai jalur daripada Qais ibnu Muslim dengan lafaz yang sama.

Dan sememangnya semasa penurunan itu adalah dua hari raya: Hari Jumaat sebagai hari raya mingguan dan juga Hari Raya Aidil Adha. Ini juga mengajar kita satu konsep perayaan dalam agama Islam. Kita tidak raikan kerana kejadian yang besar-besar seperti kelahiran atau kematian sesiapa, penaklukan negara atau kemerdekaan dan sebagainya.

Perayaan di dalam agama adalah kerana ibadah sahaja dan telah ditentukan oleh Islam semenjak dari zaman Rasulullah ﷺ lagi. Maka perayaan yang direka-reka oleh umat Islam tidak patut dilakukan seperti meraikan kelahiran Nabi Muhammad ﷺ, kematian ulama’ atau wali, kematian Sayyidina Hussein dan sebagainya. Perayaan kita tidaklah seperti Yahudi dan Nasrani yang mengingati hari-hari tertentu yang mereka rasa hari besar mereka.

 

فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ

Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, 

Allah ‎ﷻ mengajar dan suruh kita makan makanan yang halal kerana mengandungi kesan baik apabila kita makan makanan halal. Dan terdapat kesan buruk kalau kita makan makanan yang haram. Bukannya Allah ‎ﷻ hendak menyusahkan kita dengan mengurangkan jenis makanan untuk kita.

Walaupun Allah ‎ﷻ telah melarang, tetapi Islam adalah agama yang praktikal. Jika dalam keadaan terdesak, lain pula hukum yang digunakan. Dalam keadaan darurat, makanan tidak ada, dan dalam keadaan lapar, maka makanan yang asalnya haram dimakan, dibenarkan kita makan. Namun hendaklah lapar itu bukan lapar biasa sahaja, tetapi kena jenis lapar yang amat yang kalau tidak makan, boleh mati. Dan waktu itu tidak ada sumber makanan yang lain.

Mestilah juga dalam kita tidak ada condong hendak memakan benda haram. Bukannya kita sengaja cari peluang hendak merasa makan khinzir, tetapi kita terpaksa makan sebab lapar sangat dan takut mati kalau tidak makan.

 

فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dalam keadaan seperti di atas, maka tidaklah berdosa kalau kita makan. Malah kita kena makan kerana kita wajib menjaga nyawa kita. Allah ‎ﷻ mengampunkan dosa kita yang terpaksa makan itu kerana Allah ‎ﷻ maha pengampun dan Allah ‎ﷻ sayangkan kita dan Allah ‎ﷻ mahu kita meneruskan hidup kita, walaupun terpaksa makan makanan yang haram.


 

Maidah Ayat 4: 

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبٰتُ وَمَا عَلَّمْتُم مِّنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They ask you, [O Muḥammad], what has been made lawful for them. Say, “Lawful for you are [all] good foods and [game caught by] what you have trained of hunting animals¹ which you train as Allāh has taught you. So eat of what they catch for you, and mention the name of Allāh upon it, and fear Allāh.” Indeed, Allāh is swift in account.

  • Such as dogs, falcons, etc.

MALAY

Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?”. Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.

 

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ

Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?”. 

Setelah disebutkan perkara yang haram, sekarang ditanya pula manakah yang halal untuk mereka?

 

قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبٰتُ

Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik

Ini adalah jawapan secara umum. Semua yang baik itu dihalalkan untuk kita memakannya. Maknanya, apa yang Allah ‎ﷻ haramkan adalah tidak baik bagi kita sebenarnya. Begitulah hukum yang Allah ‎ﷻ berikan kepada kita adalah untuk kebaikan kita sebenarnya.

Banyak dalam dunia ini yang syariat tidak haramkan. Lebih banyak yang halal daripada yang haram. Kalau tidak ada dalil pengharaman, maka boleh sahaja makan kerana kembali kepada hukum asal: harus.

Kalau ada sesuatu perkara yang kita tidak pasti boleh dimakan atau tidak, Imam Syafi’iy رحمه الله berkata kena dilihat sama ada orang Arab Quraish makan ataupun tidak. Ini kerana Al-Qur’an turun kepada mereka dan seeloknya kita ikut selera mereka. Mereka itu dijadikan kayu ukur. Kalau sesuatu itu jijik bagi mereka, maka jijik jugalah sepatutnya untuk kita.

 

وَمَا عَلَّمْتُم مِّنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ

dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu;

Juga dihalalkan untuk memakan binatang yang ditangkap oleh binatang buruan kita. Ini orang Melayu rasanya tidak mengamalkannya jadi ia agak asing bagi kita. Selalunya binatang buruan yang digunakan adalah anjing. Anjing itu akan menangkap binatang yang hendak dimakan.

Kesimpulannya ialah jawarih ertinya haiwan-haiwan pemangsa, seperti anjing, burung helang, dan lain sebagainya yang serupa. Haiwan itu yang tangkapkan makanan bagi kita dan kita boleh makan makanan yang ditangkap itu, walaupun bila sampai kepada kita, binatang buruan itu sudah pun mati.

 

تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللهُ

kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu.

Boleh makan binatang yang ditangkap oleh binatang yang diajar memburu seperti anjing. Bukanlah anjing biasa, tetapi anjing yang telah dilatih. Allah ‎ﷻ beritahu dalam ayat ini bahawa Dia lah yang mengajar kita cara bagaimana melatih binatang itu. Kerana itu semasa ditangkap haiwan buruan itu, selalunya haiwan yang hendak dimakan itu cuma dicederakan tetapi belum mati lagi. Ini kerana anjing itu menangkap haiwan buruan itu untuk kita, bukan untuk dia.

Maka jika anjing bawakan binatang yang telah ditangkap itu dan anjing itu tidak makan daripada binatang itu. Kalau gunakan helang pula, tanda helang itu telah dilatih adalah ia akan ikut arahan. Kalau kita panggil dia, dia akan datang walaupun sedang mengejar buruan. Ini penting kerana kalau sudah dilatih, bermakna binatang pemburu itu memburu untuk kita, bukan untuk diri dia sendiri.

 

فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ

Maka makanlah daripada apa yang ditangkapnya untukmu, 

Maka binatang yang ditangkap oleh binatang buruan kita itu boleh dimakan. Walaupun kadang-kadang bila ia sampai kepada kita, binatang yang diburu itu telah mati pun.

Binatang yang kita gunakan sebagai binatang pemburuan ini dikenali sebagai Mukallibeen. Terdapat beberapa syarat:

    1. Kita kena ajar binatang itu bagaimana memburu. Oleh itu, bukan mereka pandai sendiri.
    2. Kita yang lepaskan binatang itu pergi. Oleh itu, dia pergi dengan arahan dan boleh berhenti kalau kita suruh. Maknanya binatang yang mendengar kata.
    3. Dan dia tidak makan sedikit pun daripada binatang  yang dia tangkap, kerana dia memang tangkap untuk kita. Mereka pegang sahaja dengan gigi mereka. Orang Arab banyak menggunakan anjing sebagai binatang pemburu. Selain daripada anjing, ada juga yang menggunakan burung helang (falcon). Maka tidak ada masalah kalau menggunakan anjing. Allah ‎ﷻ yang menjadikan anjing untuk kegunaan kita.

Maka jangan benci kepada anjing. Malangnya masyarakat kita salah faham tentang hukum sehinggakan budak-budak dan orang tua yang berperangai seperti budak dan akalnya seperti budak, bencikan anjing. Sampaikan ada yang baling anjing dengan batu kerana benci sahaja. Dan makin dahsyat ada yang sehingga sanggup membunuh pun.

 

وَاذْكُرُوا اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ

dan sebutlah nama Allah atas binatang itu

Ini ada satu lagi syaratnya: semasa kita melepaskan mukallibeen itu, kita baca bismillah. Jadi, mulut mukallibeen itu sebagai ganti kepada pisau. Oleh itu, ia bagaikan seolah-olah kita sembelih binatang itu (dengan gigi binatang mukallibeen itu). Kerana itulah kalau binatang itu sampai kepada kita sudah mati, kita boleh makan, kerana seumpama ia telah disembelih.

Disebut di dalam kitab Sahihain daripada Addi ibnu Hatim yang telah menceritakan:

قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي أُرْسِلُ الْكِلَابَ المعلَّمة وَأَذْكُرُ اسْمَ اللَّهِ. فَقَالَ: “إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ المعلَّم وَذَكَرْتَ اسْمَ اللَّهِ، فَكُلْ مَا أَمْسَكَ عَلَيْكَ“. قُلْتُ: وَإِنْ قَتَلْنَ؟ قَالَ: “وَإِنْ قَتَلْنَ مَا لَمْ يُشْرِكْهَا كَلْبٌ لَيْسَ مِنْهَا، فَإِنَّكَ إِنَّمَا سَمَّيْتَ عَلَى كَلْبِكَ وَلَمْ تُسَمِّ عَلَى غَيْرِهِ“. قُلْتُ لَهُ: فَإِنِّي أَرْمِي بالمِعْرَاض الصَّيْدَ فَأُصِيبُ؟ فَقَالَ: “إِذَا رَمَيْتَ بِالْمِعْرَاضِ فَخَزق فَكُلْهُ، وَإِنْ أَصَابَهُ بعَرْض فَإِنَّهُ وَقِيذٌ، فَلَا تَأْكُلْهُ

Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku melepaskan anjing pemburu yang telah dilatih dan aku menyebutkan asma Allah.” Rasulullah ﷺ menjawab, “Apabila kamu melepaskan anjing terlatihmu dan kamu sebut asma Allah, maka makanlah selagi anjingmu itu menangkap haiwan buruan untukmu.” Aku ber­tanya, “Sekalipun haiwan buruan itu telah dibunuhnya?” Rasu­lullah ﷺ bersabda, “Sekalipun telah dibunuhnya selagi tidak ditemani oleh anjing lain yang bukan daripada anjing-anjingmu, kerana sesungguhnya kamu hanya membaca tasmiyah untuk an­jingmu, bukan membacanya untuk anjing lain.” Aku bertanya ke­padanya, “Sesungguhnya aku melempar haiwan buruan dengan tombak dan mengenainya.” Rasulullah ﷺ menjawab, “Jika kamu melemparnya dengan tombak dan tombak itu menembus tubuhnya, maka makanlah. Tetapi jika yang mengenainya ialah bahagian sampingnya (tengahnya), sesungguhnya haiwan buruan itu mati kerana terpukul, jangan kamu makan.”

Menurut lafaz lain yang juga daripada keduanya (Imam Bukhari dan Imam Muslim) disebutkan seperti berikut:

إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ فَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ، فَإِنْ أَمْسَكَ عَلَيْكَ فَأَدْرَكْتَهُ حَيًّا فَاذْبَحْهُ، وَإِنْ أَدْرَكْتَهُ قَدْ قُتِلَ وَلَمْ يَأْكُلْ مِنْهُ فَكُلْهُ، فَإِنَّ أخْذ الْكَلْبِ ذَكَاتُهُ”

Jika kamu melepaskan anjing pemburumu, bacalah asma Allah; dan jika ia menangkap haiwan buruannya untukmu, lalu kamu jumpai masih hidup, sembelihlah haiwan buruan itu. Jika kamu menjumpainya telah mati dan anjingmu tidak memakannya, ma­kanlah, kerana sesungguhnya terkaman anjingmu itu merupakan sembelihannya.

Menurut riwayat lain yang ada pada Imam Bukhari dan Imam Mus­lim disebutkan seperti berikut:

“فَإِنْ أَكَلَ فَلَا تَأْكُلْ، فَإِنِّي أَخَافُ أَنْ يَكُونَ أَمْسَكَ عَلَى نَفْسِهِ.”

Dan jika anjingmu itu memakannya, maka janganlah kamu ma­kan, kerana sesungguhnya aku merasa khuatir bila anjingmu itu menangkapnya untuk dirinya sendiri.

Sebahagian ulama’ mengatakan yang dimaksudkan daripada ayat ini ialah perintah membaca bismillah sewaktu hendak makan. Seperti yang disebutkan di dalam hadith Sahihain, 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّم رَبِيبه عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ فَقَالَ: “سَمّ اللَّهَ، وكُل بِيَمِينِكَ، وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ”

bahawa Rasulullah ﷺ mengajari anak tirinya, iaitu Umar ibnu Abu Salamah. Untuk itu baginda ﷺ bersabda: Sebutlah asma Allah, dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah (makanan) yang dekat denganmu.

Di dalam kitab Sahih Bukhari disebutkan:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهُمْ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ قَوْمًا يَأْتُونَنَاحَدِيثٌ عَهْدُهُمْ بِكُفْرٍبلُحْمانٍ لَا نَدْرِي أَذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهَا أَمْ لَا؟ فَقَالَ: “سَمّوا اللَّهَ أَنْتُمْ وكلوا.”

Daripada Siti Aisyah رضي الله عنها bahawa mereka pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada suatu kaum yang baru masuk Islam datang kepada kami dengan membawa dua jenis daging, tanpa kami ketahui apakah mereka menyebut nama Allah (ketika menyembelihnya) atau tidak.” Rasulullah ﷺ bersab­da: Sebutlah nama Allah oleh kalian sendiri, lalu makanlah.

Maksud hadith ini adalah tidaklah perlu kita hendak periksa dengan terperinci sangat. Kalau yang sembelih itu orang Islam, maka kita bersangka baiklah yang dia sudah sembelih cara Islam. Tidaklah kita perlu sampai dilihat cara dia sembelih pula.

 

وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.

Yang penting, kita kena bertaqwa kepada Allah ‎ﷻ. Taqwa maksudnya taat atas apa sahaja hukum yang Allah ‎ﷻ telah tetapkan untuk kita. Maka kita kena belajar dahulu hukum-hukum yang Allah ‎ﷻ telah tetapkan kepada kita.

Takutlah kepada Allah ‎ﷻ kerana kalau kita tidak taat, Allah ‎ﷻ boleh mengenakan azab kepada kita dan azab Allah ‎ﷻ itu amat cepat. Maka jangan lupa kewajipan kepada Allah ‎ﷻ. Sebagai contoh, jangan sibuk memburu sampai lupa untuk salat pula.

Apabila Allah sebut hisabNya amat cepat, ia mempunyai tiga makna,

1. Hisab Allah sudah dekat, boleh datang bila-bila masa sahaja. Maka jangan lengah dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Dalilnya adalah Anbiya’:1

اقتَرَبَ لِلنّاسِ حِسابُهُم وَهُم في غَفلَةٍ مُعرِضونَ

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).

2. Hisab sebelum mati. Allah boleh beri terus balasan semasa di dunia lagi dan kadangkala ia sangat cepat. Contohnya selepas kita baca Al-Qur’an dan selepas solat, kita terus rasa tenang. Dan kalau kita buat dosa, selepas buat dosa sahaja kita rasa bersalah, bukan? Kadang selepas kita buat dosa, Allah terus beli balasannya secara ‘cash’. Sebagai contoh, maka kita melihat aurat orang lain, kemudian Allah beri kepala kita terlanggar dinding.

3. Apabila Allah buat pengiraan hisab di akhirat, ia cepat sahaja. Menunggu di Mahsyar yang lama, sampai keresahan yang amat besar sampaikan makhluk akan pergi dari satu Rasul ke Rasul yang lain untuk minta Allah percepatkan hisab. Dan apabila Mahkamah Pengadilan dimulakan, ia akan selesai dalam masa setengah hari sahaja. Ada yang kata satu hari dan ada yang kata selama memerah susu sahaja. Bagaimana mungkin Allah lakukan audit yang sebegini?

Pernah Saidina Ali ditanya tentang hal ini. Beliau jawab sebagaimana Allah mampu untuk memberikan rezeki kepada semua makhlukNya tanpa tertinggal, maka begitu jugalah Allah mampu untuk membuat pengiraan hisab itu serentak. Kita sahaja yang tidak dapat bayangkan kerana ia adalah perkara ghaib dan akal kita tidak mampu mencapai pemahaman itu.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 27 Mei 2026

Ringkasan Surah Maidah


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Maariful Qur’an

Published by

Unknown's avatar

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a comment