Tafsir Surah Hajj Ayat 35 – 38 (Cara sembelih unta)

Ayat 35: Ayat tabshir. Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang mereka yang baik – yang lembut hatinya dan merendahkan diri mereka. Allah sambung lagi dengan sifat mereka.

الَّذينَ إِذا ذُكِرَ اللهُ وَجِلَت قُلوبُهُم وَالصّٰبِرينَ عَلىٰ ما أَصابَهُم وَالمُقيمِي الصَّلَوٰةِ وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who, when Allāh is mentioned, their hearts are fearful, and [to] the patient over what has afflicted them, and the establishers of prayer and those who spend from what We have provided them.

(MELAYU)

(iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.

 

الَّذينَ إِذا ذُكِرَ اللهُ وَجِلَت قُلوبُهُم

(iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka,

Hati mereka gentar kerana mereka terkesan dengan lafaz Allah. Ia bukanlah nama biasa bagi mereka tetapi mempunyai maksud yang tinggi. Ini adalah kerana mereka takut kepada Allah. Mereka takut kepada Allah kerana mereka kenal Allah dari pembelajaran ilmu wahyu.

Mereka sentiasa melakukan zikir dan mereka sedar (faham) apa yang mereka lafazkan itu. Tidaklah mereka sebut sahaja tanpa memberi kesan kepada diri mereka.

Mereka yang boleh dapat kesan ini adalah mereka yang kenal Allah melalui Qur’an. Allah kenalkan DiriNya dalam Qur’an mereka telah belajar tafsir Qur’an dan kerana itu mereka kenal Allah. Maksudnya hendak kenal Allah, kena kenal dari Qur’an.

 

وَالصّٰبِرينَ عَلىٰ ما أَصابَهُم

dan orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka,

Setiap manusia akan dikenakan dengan musibah sebagai dugaan untuk manusia. Manusia yang beriman sedar bahawa mereka tidak dapat halang dari dikenakan dengan musibah itu. Maka mereka sabar dengan musibah yang dikenakan kepada mereka. Mereka redha dengan musibah itu.

Mereka sedar yang sebagai hamba Allah, Allah boleh berikan apa sahaja kepada mereka. Dan mereka tidak marah kepada Allah kerana dikenakan dengan musibah itu kerana mereka tahu yang itu semua adalah ujian. Mereka redha dengan musibah itu.

 

وَالمُقيمِي الصَّلَوٰةِ

dan orang-orang yang mendirikan sembahyang 

Mereka taat kepada arahan Allah untuk mendirikan solat. Disebut solat sebagai mewakili amal ibadah yang berhubung antara manusia dan Allah (hablu minallah). Ianya adalah ibadat yang terpenting dan kerana itu ia disebut dahulu. Tapi bukanlah dia hanya mendirikan solat sahaja kerana ibadat-ibadat lain pun dia jaga juga.

 

وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ

dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.

Ini pula adalah tentang hubungan baik sesama makhluk (hablu minannas). Ini dipanggil ‘adat’. Hubungan yang baik dengan makhluk pun dijaga juga dan diwakili dengan ibadah zakat kerana ianya adalah yang terbaik. Yang wajib adalah zakat dan yang sunat adalah derma dan sedekah.


 

Ayat 36:

وَالبُدنَ جَعَلنٰها لَكُم مِّن شَعائِرِ اللهِ لَكُم فيها خَيرٌ ۖ فَاذكُرُوا اسمَ اللهِ عَلَيها صَوافَّ ۖ فَإِذا وَجَبَت جُنوبُها فَكُلوا مِنها وَأَطعِمُوا القانِعَ وَالمُعتَرَّ ۚ كَذٰلِكَ سَخَّرنٰها لَكُم لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the camels and cattle We have appointed for you as among the symbols [i.e., rites] of Allāh; for you therein is good. So mention the name of Allāh upon them when lined up [for sacrifice]; and when they are [lifeless] on their sides, then eat from them and feed the needy [who does not seek aid] and the beggar. Thus have We subjected them to you that you may be grateful.

(MELAYU)

Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.

 

وَالبُدنَ جَعَلنٰها لَكُم مِّن شَعائِرِ اللهِ

Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah,

Unta yang telah diniatkan sebagai binatang sembelihan semasa Haji dinamakan البُدنَ. Orang-orang Arab memang suka kepada unta dan mereka hidup dengan unta, maka mereka ada banyak nama-nama untuk unta. Ia dari katadasar ب د ن yang bermaksud sesuatu yang besar.

Macam kita sekarang ada berbagai-bagai jenis kereta untuk membezakan antara satu jenis kereta dengan kereta yang lain maka begitu jugalah orang Arab dengan unta mereka. Kalimah البُدنَ diambil dari kalimah yang bermaksud ‘badan’ kerana unta yang dibawa untuk disembelih di Mekah adalah unta-unta yang besar tubuh badannya.

Korban unta itu juga dikira sebagai syiar Allah juga kerana ianya mengingatkan kita kepada Allah. Kita korbankan unta itu bukan suka-suka tapi kerana taat kepada suruhan Allah.

 

لَكُم فيها خَيرٌ

kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, 

Allah memberitahu yang pada unta itu ada kebaikan untuk manusia dunia dan akhirat. Kebaikan dunia itu adalah kerana mereka boleh dimakan dan digunakan sebagai tunggangan dan untuk akhirat pula kerana boleh disembelih sebagai tanda taat dan kerana untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Diriwayatkan dari Sulaiman ibnu Yazid Al-Ka’bi,dari Hisyam ibnu Urwah, dari ayahnya, dari Aisyah, bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“مَا عَمِل ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلًا أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هِرَاقه دَمٍ، وَإِنَّهُ لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَشْعَارِهَا، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ، فطِيبُوا بِهَا نَفْسًا”

Tidaklah seorang anak Adam melakukan suatu amal yang lebih disukai oleh Allah di Hari Raya Kurban selain dari mengalirkan darah (haiwan) kurban. Sesungguhnya kelak di hari kiamat haiwan kurbanku benar-benar datang dengan tanduk, kuku, dan bulunya; dan sesungguhnya darahnya itu benar-benar diterima di sisi Allah, sebelum terjatuh ke tanah. Maka berbahagialah kalian dengan kurban itu.

Allah yang telah menjadikan unta itu untuk kita dan ia dijadikan sebagai salah satu daripada Syiar Allah.

 

فَاذكُرُوا اسمَ اللهِ عَلَيها صَوافَّ

maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri

Allah menyuruh kita untuk mengingat kepadaNya ketika menyembelih unta-unta itu iaitu ketika dibariskan untuk disembelih satu persatu. Kalimah صَوافَّ dari katadasar ص ف ف yang bermaksud ‘barisan’ seperti barisan saf dalam solat.

Diriwayatkan dari Al-Muttalib ibnu Abdullah ibnu Hantab, dari Jabir ibnu Abdullah yang mengatakan bahawa dia pernah salat bersama Rasulullah Saw. di Hari Raya Kurban. Setelah bersalam dari salatnya, didatangkan kepada baginda seekor domba, lalu baginda menyembelihnya seraya mengucapkan:

“بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهِ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ هَذَا عَنِّي وَعَمَّنْ لَمَّ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِي”.

Dengan menyebut nama Allah, Allah Mahabesar. Ya Allah, domba ini adalah kurbanku dan kurban orang-orang dari kalangan umatku yang tidak berkurban. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, dan Imam Turmuzi.

Dan unta itu bukan seperti binatang-binatang sembelihan yang lain kerana ianya tinggi maka mereka disembelih ketika berdiri dengan ditusuk tengkuknya. Kalau dibaringkan seperti sembelih kambing, memang tak mampu nak buat, memang akan kena tendang. Kerana itu unta-unta itu kena berdiri seperti berdiri di dalam saf.

 

فَإِذا وَجَبَت جُنوبُها فَكُلوا مِنها

Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya

Dan ingatlah nama Allah ketika unta-unta itu telah jatuh di atas sisi mereka kerana mereka. Kalimah وجب bermaksud telah jatuh setelah disembelih. Kena pastikan yang unta itu telah benar-benar mati baru boleh dilapah. Kerana takut nanti kena tendang pula. Di dalam sebuah hadis berpredikat marfu’ telah disebutkan:

“وَلَا تُعجِلُوا النفوسَ أَنْ تَزْهَق”

Janganlah kalian tergesa-gesa mendahului nyawa sebelum (nyata-nyata) rohnya telah dicabut.

Hendaklah kita berlaku baik terhadap binatang yang disembelih itu. Hal ini dikuatkan oleh hadis Syaddad ibnu Aus yang ada di dalam kitab Sahih Muslim, iaitu:

“إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا القِتْلة، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ ولْيُحدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَته، ولْيُرِحْ ذَبِيحته”

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik terhadap segala sesuatu. Maka apabila kalian membunuh, lakukanlah dengan cara yang baik. Dan apabila kalian menyembelih lakukanlah dengan cara yang baik dan hendaklah seseorang di antara kalian menajamkan mata pisaunya serta letakkanlah haiwan sembelihannya pada posisi yang enak.

Malangnya kalau kita lihat cara sembelih binatang korban di negara ini, kita boleh lihat bagaimana binatang itu terseksa. Kerana diikat dengan teruk sekali sampaikan kita pasti yang binatang itu dalam keadaan sakit. Ada yang diikat kaki mereka dengan tali dan kayu, tentu sakit, bukan?

Cara untuk menyembelih unta itu adalah dengan mengikat salah satu daripada kaki unta itu dan ditusuk kepada tengkuk unta itu dan unta itu akan jatuh pada sisinya. Mengikut riwayat, yang diikat adalah kaki kiri depan.

Cara ikat kaki unta

 

وَأَطعِمُوا القانِعَ وَالمُعتَرَّ

dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.

Dan berilah makan dari daging sembelihan itu kepada mereka yang memerlukan tetapi mereka tidak meminta-minta. Kalimah القانِعَ dari katadasar ق ن ع yang bermaksud rasa cukup, tidak meminta-minta dengan teruk. Selalu disebut sifat ‘qana’ah’ adalah orang yang rasa cukup dengan apa yang mereka ada.

Kerana mereka tidak meminta, maka kena cari mereka dan berikan kepada mereka kerana mereka sendiri tidak akan mencari-cari   Kita boleh kenal mereka dari keadaan mereka yang nampak dalam kepayahan.

Dan bolehlah juga beri kepada mereka yang meminta. Kalimah وَالمُعتَرَّ dari katadasar ع ر ر yang bermaksud yang terhina, malu, yang memerlukan sampai mereka terpaksa meminta kepada orang lain.

 

كَذٰلِكَ سَخَّرنٰها لَكُم لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.

Begitulah Allah telah menundukkan binatang-binatang yang besar seperti unta itu untuk memudahkan manusia yang mengerjakan Haji untuk menyembelih mereka.

Bayangkan bagaimana unta itu nampak kawan-kawan yang di hadapan mereka disembelih tetapi mereka tidak lari dan mereka tetap memberikan tengkok mereka untuk disembelih. Pernah Nabi sendiri bariskan 100 unta untuk disembelih dan baginda sendiri sembelih 60 ekor sebelum diberikan kepada Saidina Ali untuk menghabiskannya.

Kalau bukan Allah yang tundukkan mereka untuk kita, tentu kita tak dapat nak sembelih mereka kerana unta itu lebih kuat dari kita.


 

Ayat 37:

لَن يَنالَ اللهَ لُحومُها وَلا دِماؤُها وَلٰكِن يَنالُهُ التَّقوىٰ مِنكُم ۚ كَذٰلِكَ سَخَّرَها لَكُم لِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلىٰ ما هَدٰكُم ۗ وَبَشِّرِ المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their meat will not reach Allāh, nor will their blood, but what reaches Him is piety from you. Thus have We subjected them to you that you may glorify Allāh for that [to] which He has guided you; and give good tidings to the doers of good.

(MELAYU)

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapaiNya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

 

لَن يَنالَ اللهَ لُحومُها وَلا دِماؤُها

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai Allah, 

Segala penyembelihan itu bukanlah diperlukan oleh Allah kerana daging binatang yang disembelih itu dan darahnya tidak sampai pun kepada Allah. Musyrikin Mekah melakukan perkara yang karut iaitu mereka akan memercikkan darah binatang sembelihan kepada berhala mereka.

 

وَلٰكِن يَنالُهُ التَّقوىٰ مِنكُم

tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapaiNya.

Tetapi Allah memberitahu yang sampai kepadaNya adalah sifat takwa orang-orang yang mengerjakan Haji dan korban itu. Seperti yang telah disebutkan di dalam kitab sahih, melalui sabda Rasulullah Saw.:

“إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَلَا إِلَى أَمْوَالِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ”

Sesungguhnya Allah Swt. tidak melihat kepada bentuk (rupa) dan harta kalian, tetapi melihat kepada hati dan amal perbuatan kalian.

Dan sebuah hadis yang menyatakan:

“إِنَّ الصَّدَقَةَ تَقَعُ فِي يَدِ الرَّحْمَنِ قَبْلَ أَنْ تَقَعَ فِي يَدِ السَّائِلِ، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ”

Sesungguhnya sedekah itu benar-benar diterima di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah sebelum sedekah itu diterima oleh tangan pemintanya. Dan sesungguhnya darah (haiwan kurban) itu benar-benar diterima di sisi Allah sebelum darah itu menyentuh tanah.

Maka ini mengajar kita bahawa bukanlah perbuatan itu yang menyebabkan diterima segala amalan itu melainkan Allah akan melihat apa yang di dalam hati kita.

Maka kalau ada orang yang zalim ataupun menggunakan wang yang haram untuk pergi mengerjakan Haji dan dia telah menyembelih 100 unta pun maka janganlah mereka sangka yang binatang-binatang itu akan sampai kepada Allah. Kalau tidak ada taqwa dalam hati, tidak bernilai apa yang mereka lakukan itu. Kerana yang penting adalah keikhlasan hati.

 

كَذٰلِكَ سَخَّرَها لَكُم لِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلىٰ ما هَدٰكُم

Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. 

Begitulah Allah telah menundukkan binatang-binatang korban itu kepada kita semua. Perihalnya sama dengan apa yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُمْ مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَامًا فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ}

Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakan binatang ternak untuk mereka, iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami sendiri, lalu mereka menguasainya? (Yasin: 71)

Hendaklah kita membesarkan Allah semasa kita melakukan ibadah korban itu kerana Allah yang suruh kita lakukan. Dalam Qur’an disebut dua kali tentang membesarkan Allah selepas ibadat. Iaitu membesarkan Allah  selepas Ramadhan dan selepas Haji. Kerana itu di dalam Aidilfitri dan Aidiladha kita akan banyak melakukan takbir.

Kita besarkan Allah kerana kita bersyukur di atas pemberian hidayah dariNya. Kerana hidayah Allah lah kita berpuasa dan mengerjakan Haji.

 

وَبَشِّرِ المُحسِنينَ

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

Dan lihat bagaimana Allah suruh berikan berita gembira kepada mereka yang muhsin (dan bukan Muslim sahaja) kerana mereka yang telah mengerjakan Haji itu telah dibersihkan dari dosa-dosanya dan orang yang bersih dari dosa adalah muhsin.

Mereka juga ada tauhid dan orang yang mentauhidkan Allah adalah orang yang memiliki hati yang baik.

Ibadat korban ini amatlah dianjurkan, sampaikan ada ulama yang mengatakan ianya wajib (tapi ada yang mengatakan ianya sunat sahaja). Abu Hanifah mengatakan ianya wajib menggunakan alasan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Ibnu Majah yang semua perawinya berpredikat tsiqah, melalui Abu Hurairah secara marfu‘, iaitu:

“مَنْ وَجَدَ سَعَة فَلَمْ يُضَحِّ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلانا”

Barang siapa yang mempunyai kemampuan (berkurban), lalu dia tidak berkurban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat salat kami.


 

Ayat 38:

۞ إِنَّ اللهَ يُدٰفِعُ عَنِ الَّذينَ آمَنوا ۗ إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوّانٍ كَفورٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh defends those who have believed. Indeed, Allāh does not like everyone treacherous and ungrateful.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.

 

إِنَّ اللهَ يُدٰفِعُ عَنِ الَّذينَ آمَنوا

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman.

Waktu ayat ini diturunkan Mekah masih di dalam penguasaan Musyrikin dan para sahabat berada di Madinah tetapi Allah memberitahu yang Allah akan membela (melindungi) mereka. Kalimah يُدٰفِعُ dari katadasar د ف ع yang bermaksud menghalang, melencongkan, mempertahan.

Tetapi kenapa Allah nak lindung mereka kerana mereka selamat di Madinah? ini adalah kerana tidak lama selepas itu akan ada pertelingkahan dan peperangan di antara Muslim dan Musyrikin Mekah iaitu di dalam Perang Badar, dan juga perang-perang lain. Allah hendak beri kata semangat kepada mereka supaya mereka jangan takut. Mereka akan tetap selamat.

 

إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوّانٍ كَفورٍ

Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.

Allah tidak suka kepada orang orang yang sentiasa melakukan khianat seperti Musyrikin Mekah itu. Ini adalah kerana kalimah خَوّانٍ itu di dalam bentuk mubalaghah (ekstrem). Kerana setiap tahun (dalam ibadah Haji) mereka melakukan fitnah kepada ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim walaupun mereka itu tidak malu mengaku yang mereka itu mengikut Nabi Ibrahim.

Mereka dikatakan sebagai kufur kerana mereka tidak menghargai nikmat keberadaan mereka di Mekah itu yang kerananya menyebabkan seluruh penduduk Arab menghormati mereka kerana mereka adalah penjaga Kaabah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Mei 2010


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 31 – 34 (Ibadat korban berbeza-beza)

Hajj Ayat 31: Ayat Tauhid dan penjelasan tentang Syirik.

حُنَفاءَ ِللهِ غَيرَ مُشرِكينَ بِهِ ۚ وَمَن يُشرِك بِاللهِ فَكَأَنَّما خَرَّ مِنَ السَّماءِ فَتَخطَفُهُ الطَّيرُ أَو تَهوي بِهِ الرّيحُ في مَكانٍ سَحيقٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Inclining [only] to Allāh, not associating [anything] with Him. And he who associates with Allāh – it is as though he had fallen from the sky and was snatched by the birds or the wind carried him down into a remote place.

(MELAYU)

dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah dia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.

 

حُنَفاءَ ِللهِ غَيرَ مُشرِكينَ بِهِ

dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia.

Sewaktu mengerjakan Haji itu fikiran manusia hendaklah fokus kepada Allah. Jangan memikirkan perkara lain dan sibuk tentang perkara-perkara lain tetapi hendaklah fikiran mereka tertumpu kepada Allah sahaja. Jangan sibuk nak tengok orang, jangan sibuk nak ambil gambar selfie dan sebagainya.

Jangan sibuk nak sembang benda yang lagha. Sudah susah nak sampai ke Mekah untuk mengerjakan Haji itu, maka ambillah peluang itu untuk beribadat dan fokus kepada Allah.

Kita kena tahu apakah falsafah Haji itu iaitu perkumpulan manusia untuk mengingatkan mereka semua kepada perhimpunan di Mahsyar nanti. Sama juga nanti di Mahsyar iaitu ramai orang pada satu tempat dan ada persamaan dalam keadaan mereka.

Semasa mengerjakan Haji itu, kita pakai pakaian ihram yang sama dan di Mahsyar nanti semua akan sama-sama bertelanjang. Maka kerana itu hendaklah kita membayangkan keadaan itu semasa mengerjakan Haji. Ianya akan menyentuh jiwa kita dan mengubah dalaman kita. Dan kalau kita dapat menumpukan perhatian kita, maka tidaklah kita sibuk lagi untuk melakukan atau memikirkan perkara-perkara yang lain.

Dan satu lagi maksud ‘hanif’ adalah tauhid. Fokus iman kita kepada Allah sahaja. Ibadat dan doa hanya kepada Allah sahaja. Oleh itu jangan melakukan syirik kepada Allah. Ini kerana syirik itu adalah perkara yang amat buruk dan akan menyebabkan masuk neraka.

Ramai yang beriman dengan Allah tapi tidak tauhid. Mereka percaya Allah itu Tuhan, tapi mereka dalam masa yang sama, beriman juga dengan perkara yang syirik. Mereka ada yang buat ibadat kepada selain Allah. Maka itu bukan hanif.

 

وَمَن يُشرِك بِاللهِ فَكَأَنَّما خَرَّ مِنَ السَّماءِ

Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit

Tetapi bagaimana kalau seseorang itu melakukan syirik kepada Allah? Sekarang Allah beri perumpamaan apakah syirik itu supaya manusia boleh faham. Ini kerana manusia senang faham dengan perumpamaan.

Mereka itu Allah umpamakan seperti seseorang yang jatuh dari langit. Kalau kita ingat sebelum ini ada ayat tentang bagaimana seseorang yang putus harap dengan Allah seolah-olah mereka memotong tali dan mereka akan jatuh ke bawah. Jadi orang-orang yang melakukan syirik adalah mereka yang putus harap dengan Allah sebenarnya.

Mereka tak berharap dengan Allah dan kerana itu mereka rasa mereka kena sembah dan minta pertolongan kepada selain Allah. Kalau mereka benar yakin dengan Allah, maka tentunya mereka patut serahkan segala harapan mereka kepada Allah. Tidaklah mereka berdoa kepada Nabi, wali dan malaikat. Maka oleh itu, putus harapan dengan Allah adalah salah satu daripada kesyirikan manusia.

Yang menarik tentang ayat ini adalah kalimah خَرَّ مِنَ السَّماءِ (jatuh dari langit). Pengkritik Al-Qur’an dahulu mengatakan karut ayat ini kerana mana ada manusia jatuh dari langit? Akan tetapi bermula dari awal abad ke 20 sudah ada payung terjun direka dan manusia mula terjun dari ketinggian yang tinggi seperti dari kapalterbang. Dan kadangkala ada yang putus talinya dan mereka waktu itu jatuh tanpa boleh buat apa-apa. 1,400 tahun dahulu Al-Qur’an sudah menyebut perkara yang akan terjadi pada abad ke 20 dan ini adalah salah satu dari mukjizat sejarah Al-Qur’an.

 

فَتَخطَفُهُ الطَّيرُ

lalu disambar oleh burung, 

Allah beri perumpamaan untuk jelaskan betapa teruknya syirik itu. Mereka itu seolah-olah jatuh daripada langit dan sebelum sampai ke tanah, mereka telah dirobek-robek oleh burung.

Tapi bagaimanakah nak dapat bayangkan ayat ini kerana ia adalah sesuatu yang tidak mungkin terjadi, bukan? Dan kerana itu ada golongan orientalis yang kritik ayat ini kerana ia memberi perumpamaan kepada benda yang tidak mungkin terjadi. Kerana kalau seseorang itu ‘jatuh dari langit’ itu pun sudah satu perkara yang mustahil dan bagaimana pula boleh ada burung-burung yang boleh merobek-robek orang itu dalam masa yang sama? Sedangkan kalau memberi contoh kepada manusia sepatutnya hendaklah diberikan contoh yang senang difahami, bukan?

Mereka yang kata begitu kerana tidak faham lenggok bahasa yang digunakan di dalam bahasa Arab. Ini kerana ‘jatuh dari langit’ itu adalah pepatah yang bermaksud jatuh daripada tempat yang tinggi seperti gunung. Kerana apabila seseorang itu jatuh dari gunung, orang Arab kata mereka itu ‘jatuh dari langit’. Jadi kena faham lenggok bahasa yang digunakan. Kalau baca sendiri sahaja memang takkan nak faham.

Pepatah ini selalu digunakan dalam bahasa Arab Klasik untuk merujuk kepada askar yang berlawan dengan musuh yang berada di bawah. Sepatutnya pasukan yang berada di atas ada kelebihan kerana mereka sudah ada di tempat yang tinggi. Musuh yang di bawah yang susah nak naik ke atas dari segi strategi peperangan. Kerana senang sahaja kalau pasukan yang di atas mempertahankan kedudukan mereka.

Tapi bagaimana kalau pasukan musuh dari bawah boleh sampai naik ke atas dan mengalahkan pasukan yang di atas kawasan tinggi, bunuh mereka  dan membuang mayat mereka ke bawah (jatuh dari gunung)? Ini adalah sesuatu yang teruk sekali, amat memalukan, bukan? Kalau Arab Mekah teringat dan terbayang keadaan ini, mereka akan rasa teruk sangat. Mereka kata kalau ini terjadi, pasukan yang di atas itu telah ‘jatuh dari langit’.

Jadi Allah gunakan perumpamaan ini kerana hendak memberikan fahaman kepada Musyrikin Mekah yang tidak tahu betapa teruknya perbuatan syirik mereka itu. Mereka tidak faham konsep syirik itu maka mereka kena diberikan dengan perumpamaan yang mereka boleh faham. Supaya mereka faham, teruk sangat syirik ini.

Musyrikin Mekah itu tahu yang akhirnya mereka akan mati juga dan mereka amat mementingkan kenangan yang mereka akan tinggalkan kepada orang selepas mereka. Kerana itu mereka amat mementingkan kematian dalam keadaan yang terhormat. Kerana mereka tidak percaya yang mereka akan dihidupkan kembali jadi perkara paling penting kepada mereka selepas mati adalah dikenang kehebatan mereka.

Mereka mahu orang buat puisi dan syair tentang kehebatan mereka dan keberanian mereka semasa perang. Kalau mereka dikenang sebagai kalah perang walaupun mereka berada di atas, itu adalah sesuatu yang amat memalukan sampai mereka tak sanggup dikenang begitu.

Kerana itulah juga ramai orang-orang kafir yang tidak percaya kepada hari akhirat, sebelum mereka mati mereka akan menderma wang yang banyak kepada mana-mana institusi dengan harapan yang institusi itu akan menamakan bangunan dengan nama mereka, jalan dengan nama mereka, atau apa-apa sahaja, kerana mereka ingin dikenang sampai bila-bila. Mereka rasa seolah-olah mereka hidup kekal kalau begitu.

Jadi Musyrikin Mekah itu akan berperang dengan berani dan mereka mahu keturunan selepas mereka mengenang bagaimana mereka telah bunuh ramai musuh atau telah berjaya mengalahkan serangan musuh seorang diri dan sebagainya. Tetapi kalau mereka itu kalah dengan pasukan musuh yang asalnya duduk di bawah dan kemudian mereka dibunuh dan tubuh mereka dibuang ke bawah bukankah itu sesuatu yang amat-amat memalukan bagi mereka?

Ini adalah sesuatu yang amat buruk bagi mereka maka Allah memberi perumpamaan bagaimana buruknya syirik. Allah menerangkan dengan menggunakan situasi yang mereka boleh faham.

Dan bagaimana pula keadaan badan mereka setelah mereka kalah? Selalunya walaupun kalah, tetapi masih ada lagi saki baki pasukan mereka yang masih hidup yang dapat mencari jenazah mereka dan menanam mayat mereka dengan baik. Akan tetapi satu penghinaan yang lebih teruk lagi adalah apabila tidak ada sesiapa pun yang mencari mayat mereka dan menanam mayat mereka dengan baik, sebaliknya mayat mereka itu dimakan oleh burung-burung yang memakan bangkai.

Jadi sudahlah mereka itu kalah dan dibuang ke kawasan rendah tetapi yang lebih teruk lagi adalah mayat mereka itu tidak ada dicari orang dan terbiar begitu sahaja sampai dimakan oleh burung yang memakan bangkai. Pada mereka ini memang hina sungguh.

Jadi begitulah perumpamaan penghinaan yang digunakan. Sudah jatuh dari tempat tinggi, dimakan oleh burung bangkai. Jadi digunakan perumpamaan seorang yang jatuh dari langit dan sambil itu dimakan oleh burung. Harapnya sekarang ayat ini dapat difahami.

Tapi burung apakah yang dimaksudkan di dalam ayat ini? Ini ada satu mukjizat yang ada di dalam Al-Qur’an berkenaan Zoologi. Burung biasanya memakan dengan paruh mereka. Tapi ada jenis burung pemangsa (raptors) yang menangkap mangsa dengan kaki mereka. Dan di dalam ayat ini disebut mereka ‘tangkap’ dan bukan ‘makan’, jadi ini adalah jenis yang tangkap dengan kaki yang ada cakarnya. Ia adalah maklumat kajian moden tapi Al-Qur’an sudah menyebutnya 1,400 tahun dahulu kerana ia adalah Kalamullah.

 

أَو تَهوي بِهِ الرّيحُ في مَكانٍ سَحيقٍ

atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.

Dan satu lagi perumpamaan yang digunakan bagi syirik adalah seolah-olah orang itu ditiup oleh angin yang kuat dan pergi ke dalam tanah yang jauh atau ditinggalkan.

Mungkin ada orang yang tidak nampak kepentingan ayat ini. Kerana dia kira, di mana orang itu akan jatuh tidak penting lagi, kerana kalau dia jatuh dari langit tentulah dia akan mati dan tempat jatuh itu tidak beri kesan apa-apa pun.

Ini juga satu penghinaan tambahan bagi orang Arab. Bayangkan keadaan ini: Sudahlah mereka kalah dan mayat mereka dibiarkan dimakan oleh burung tetapi ada lagi saki baki tubuh mereka yang burung pun tidak makan. Hina sangat sampai burung bangkai pun tak mahu nak makan tubuh mereka.

Maka ke manakah perginya saki baki tubuh mereka itu? Ianya akan hancur dan hanya ditiup oleh angin masuk ke dalam hutan dan ke tempat-tempat yang tidak dilalui oleh orang.

Ini adalah satu penghinaan tambahan untuk mereka. Allah nak jelaskan hinanya syirik itu kerana mereka tidak faham apakah syirik itu. Mereka rasa, apa salahnya kalau mereka sembah selain Allah, doa kepada selain Allah, terima ada ilah selain Allah? Maka Allah terangkan dalam analogi yang mereka boleh faham. Maka barulah mereka nampak maka hina sangat dan bahaya sangat kalau amalkan syirik itu.


 

Hajj Ayat 32:

ذٰلِكَ وَمَن يُعَظِّم شَعٰئِرَ اللهِ فَإِنَّها مِن تَقوَى القُلوبِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That [is so]. And whoever honors the symbols [i.e., rites] of Allāh – indeed, it is from the piety of hearts.

(MELAYU)

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.

 

ذٰلِكَ

Demikianlah

Kalimah ذٰلِكَ ini boleh bermaksud: Jadi kamu sudah faham sekarang tentang keburukan syirik itu?

 

وَمَن يُعَظِّم شَعٰئِرَ اللهِ فَإِنَّها مِن تَقوَى القُلوبِ

Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.

Syiar dalam agama adalah perkara-perkara yang apabila kita lihat kepadanya, ianya akan mengingatkan kita kepada Allah dan dapat meningkatkan iman kita. Sebagai contoh apabila kita minum air Zam-Zam, kita akan teringat kepada pengorbanan Hajar yang mengikut arahan Allah untuk ditinggalkan di Mekah.

Begitu juga, apabila kita solat di dalam Masjid Nabi, maka kita akan terkenang bagaimana Rasulullah juga pernah solat di tempat itu. Jadi air Zam-Zam dan Masjid Nabawi itu adalah sebahagian dari syiar Allah.

Mereka yang membesarkan syiar-syiar Allah itu dengan pergi melawat kepadanya menunjukkan yang mereka ada takwa di dalam hati mereka. Antara syiar yang besar adalah Kaabah dan Tanah Haram.

Ada yang mengatakan bahawa maksudnya adalah memperelokkan haiwan yang akan dijadikan binatang korban itu. Haiwan-haiwan korban itu dinamakan Sya’aair disebabkan kesyiarannya yakni kesemarakannya, disebabkan haiwan-haiwan tersebut telah diberi tanda yang menunjukkan, bahawa mereka untuk dikurbankan, iaitu seperti dicap dengan besi panas pada punggungnya, sehingga menambah semaraknya suasana hari raya.

Kerana itulah binatang kurban kena dipilih dari binatang yang baik-baik kualitinya. Diriwayatkan dari Al-Barra, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:

“أَرْبَعٌ لَا تَجُوزُ فِي الْأَضَاحِي: الْعَوْرَاءُ الْبَيِّنُ عَوَرها، وَالْمَرِيضَةُ الْبَيِّنُ مَرَضها، وَالْعَرْجَاءُ الْبَيِّنُ ظَلَعها، وَالْكَسِيرَةُ الَّتِي لَا تُنقِي”

Ada empat macam haiwan yang tidak boleh dipakai untuk kurban, iaitu: Haiwan yang buta, yang jelas butanya; haiwan yang sakit, yang jelas parah sakitnya; haiwan yang pincang, yang jelas pincangnya; dan haiwan yang patah tulang kakinya, tak dapat disembuhkan.

Hadis riwayat Imam Ahmad dan ahlus sunan, dinilai sahih oleh Imam Turmuzi.

Aib-aib yang disebut di atas mengurangi daging haiwan yang bersangkutan, kerana binatang itu tentunya lemah dan tidak mampu mencukupi keperluan makannya, kerana kambing-kambing yang sihat telah mendahuluinya merebut makanan.

Oleh sebab itu, haiwan-haiwan tersebut tidak boleh dijadikan kurban kerana kurang mencukupi, menurut pendapat Imam Syafii dan imam-imam lainnya, sesuai dengan makna lahiriah hadis.


 

Hajj Ayat 33:

لَكُم فيها مَنٰفِعُ إِلىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ مَحِلُّها إِلَى البَيتِ العَتيقِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

For you therein [i.e., the animals marked for sacrifice] are benefits for a specified term;¹ then their place of sacrifice is at the ancient House.²

  • i.e., they may be milked or ridden (in the case of camels) before the time of slaughter.
  • i.e., within the boundaries of the Ḥaram, which includes Minā.

(MELAYU)

Bagi kamu pada binatang-binatang hadyu itu ada beberapa manfaat, sampai kepada waktu yang ditentukan, kemudian tempat wajib (serta akhir masa) menyembelihnya ialah setelah sampai ke Baitul Atiq (Baitullah).

 

لَكُم فيها مَنٰفِعُ إِلىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى

Bagi kamu pada binatang-binatang hadyu itu ada beberapa manfaat, sampai kepada waktu yang ditentukan,

Binatang-binatang sembelihan itu boleh diambil manfaat daripadanya seperti boleh ditunggangi untuk ke Mekah, juga ada yang diambil susunya sepanjang perjalanan itu, selagi belum disembelih lagi. Selagi hal itu tidak membuatnya bahaya atau cacat.

Ini menjadi dalil bahawa kita masih boleh menggunakan haiwan itu selagi belum sampai masa untuk menyembelihnya. Seperti apa yang telah ditetapkan di dalam kitab Sahihain melalui sahabat Anas r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. melihat seorang lelaki sedang menggiring haiwan budnah-nya. Maka beliau Saw. bersabda:

ارْكَبْهَا”. قَالَ: إِنَّهَا بَدنَة. قَالَ: “ارْكَبْهَا، وَيْحَكَ”، فِي الثَّانيَةِ أَوِ الثَّالِثَةِ

“Naikilah!” Lelaki itu menjawab, “Sesungguhnya ternak ini adalah untuk kurban.” Nabi Saw. bersabda, “Celakalah kamu, naikilah, ” untuk kedua atau ketiga kalinya.

 

ثُمَّ مَحِلُّها إِلَى البَيتِ العَتيقِ

kemudian tempat wajib (serta akhir masa) menyembelihnya ialah setelah sampai ke Baitul Atiq (Baitullah).

Apabila telah selesai mengerjakan Haji, maka bintang itu disembelih. Tempat sembelih binatang-binatang itu adalah berdekatan dengan Baitullah iaitu di dalam Tanah Haram.

Selepas disembelih, daging binatang itu boleh dimakan dan diagih-agihkan kepada mereka yang susah dan memerlukan.


 

Hajj Ayat 34: Sambung perbincangan tentang ibadat penyembelihan.

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلنا مَنسَكًا لِّيَذكُرُوا اسمَ اللهِ عَلىٰ ما رَزَقَهُم مِّن بَهيمَةِ الأَنعٰمِ ۗ فَإِلٰهُكُم إِلٰهٌ واحِدٌ فَلَهُ أَسلِموا ۗ وَبَشِّرِ المُخبِتينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And for all religion We have appointed a rite [of sacrifice]¹ that they may mention the name of Allāh over what He has provided for them of [sacrificial] animals. For your god is one God, so to Him submit. And, [O Muḥammad], give good tidings to the humble [before their Lord]

  • i.e., the right of sacrifice has always been a part of Allāh’s revealed religion.

(MELAYU)

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),

 

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلنا مَنسَكًا

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan ibadat penyembelihan

Setiap umat Nabi-nabi  terdahulu telah diberikan dengan cara ibadat (manasik) penyembelihan. Bukan umat Nabi Muhammad sahaja yang ada ibadat korban. Tapi cara ibadat mereka itu  berlainan dengan kita. Ini kerana mereka ada syariat dan cara mereka sendiri.

Yang sama adalah: setiap kali korbankan dan sembelih, kena sebut nama Allah sahaja. Ini biasa sahaja kerana syariat setiap Nabi tidak semestinya sama. Tapi akan ada sahaja yang jadikan ini sebagai isu. Kerana mereka ada perasaan untuk membanggakan apa yang ada pada mereka.

Kerana itu apabila diberitahu kepada Yahudi tentang cara-cara korban syariat Nabi Muhammad, maka mereka mengatakan itu berlainan dengan cara mereka dan memang benar pun, kerana cara mereka dan cara kita tidak sama. Mereka mengatakan cara penyembelihan umat Islam adalah seperti cara penyembelihan Musyrikin Mekah, iaitu golongan musyrik.

Memang benar pun sama dan ini tidak menjadi masalah kerana ia adalah tradisi Nabi Ibrahim yang menyembelih Nabi Ismail dan kejadian itu memang berlaku di Mekah dan hanya setelah sekian lama barulah ia menjadi sesuatu yang dimasukkan elemen syirik di dalamnya.

Kita umat Islam memang ikut sebahagian dari syariat Nabi Ibrahim pun. Maka memang tidak ada masalah kerana memang baginda pun Nabi kita. Dan ini bukan perkara yang perlu diperpanjangkan dan menjadi hujah untuk menolak Islam dan ibadat korban. Jadi kalau ahli kitab nak kutuk amalan ibadat korban umat Islam memang tidak patut.

 

لِّيَذكُرُوا اسمَ اللهِ عَلىٰ ما رَزَقَهُم مِّن بَهيمَةِ الأَنعٰمِ

supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, 

Tujuan ibadah korban itu adalah supaya manusia bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan. Bukan kaifiat itu yang lebih penting. Jangan bandingkan mana kaifiat yang lebih bagus. Asalkan kita ikut dan taat dengan cara yang Allah telah berikan.

 

فَإِلٰهُكُم إِلٰهٌ واحِدٌ

maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa,

Hukum dan cara melakukan ibadat ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa. Kepada Allah sahaja kita taat. Kerana Allah adalah Tuhan kita. Kalau Allah suruh buat begitu, kita buat; kalau Allah suruh buat begini, kita buat juga.

 

فَلَهُ أَسلِموا

kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. 

Kita hendaklah taat sepenuhnya kepada Allah. Tidak ada keinginan dalam diri kita nak bantah apa yang Allah suruh kita lakukan. Itulah maksud ‘Islam’ iaitu menyerahkan sepenuhnya diri kepada Allah. Apa sahaja yang Allah suruh, kita akan lakukan; mana yang Allah larang, kita tinggalkan.

Maka cara mengerjakan ibadat korban itu adalah arahan dari Allah dan diajar oleh Nabi Muhammad melalui wahyu yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW. Maka kita ikut sahaja. Bukan hak kita persoal kenapa Allah suruh begini untuk kita dan begitu untuk Nabi lain.

 

وَبَشِّرِ المُخبِتينَ

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh

Asal kalimah المُخبِتينَ dari خ ب ت yang  bermaksud tanah yang lembut. Allah memberi isyarat bahawa mereka yang mengerjakan Haji itu hati mereka telah menjadi lembut hatinya.

Ia juga bermaksud rendah kerana tanah itu rendah. Mereka yang sanggup mengerjakan ibadat Haji itu kerana mereka sanggup merendahkan diri mereka untuk taat kepada arahan Allah.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 17 Jun 2023


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 28 – 30 (Perlakuan semasa Haji)

Ayat 28: Allah beritahu apakah tujuan Haji itu.

لِيَشهَدوا مَنٰفِعَ لَهُم وَيَذكُرُوا اسمَ اللهِ في أَيّامٍ مَّعلومٰتٍ عَلىٰ ما رَزَقَهُم مِّن بَهيمَةِ الأَنعٰمِ ۖ فَكُلوا مِنها وَأَطعِمُوا البائِسَ الفَقيرَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That they may witness [i.e., attend] benefits for themselves and mention the name of Allāh on known [i.e., specific] days over what He has provided for them of [sacrificial] animals.¹ So eat of them and feed the miserable and poor.

  • Al-an‘ām: camels, cattle, sheep and goats.

(MELAYU)

supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.

 

لِيَشهَدوا مَنٰفِعَ لَهُم

supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka

‘Menyaksikan’ itu dengan maksud ‘mendatangi’. Dengan datang mengerjakan Haji itu manusia akan dapat banyak peluang. Antaranya, sepanjang perjalanan itu mereka boleh mendapat peluang perniagaan. Seperti yang disebutkan oleh firman-Nya dalam ayat lain, iaitu:

{لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَبْتَغُوا فَضْلا مِنْ رَبِّكُمْ}

Tidak ada dosa bagi kalian untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhan kalian. (Al-Baqarah: 198)

Atau sepanjang perjalanan itu mereka boleh mendapat pengalaman spiritual yang meningkatkan lagi iman mereka. Bukan senang hendak mengerjakan Haji, maka mereka yang ada iman sahaja yang sanggup pergi. Dan kerana mereka mengerjakan Haji, iman mereka akan meningkat.

Jadi manfaat itu adalah dalam bentuk dunia dan akhirat.

 

وَيَذكُرُوا اسمَ اللهِ في أَيّامٍ مَّعلومٰتٍ

dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan

Dan supaya mereka mengingati Allah banyak-banyak sepanjang ibadah Haji itu. Ini adalah beberapa belas hari itu.

قَالَ الْبُخَارِيُّ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَة، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ سُلَيْمَانَ، عَنْ مُسْلِمٍ البَطِين، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “مَا الْعَمَلُ فِي أَيْامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ” قَالُوا: وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: “وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ، يَخْرُجُ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ”.

Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ur’urah, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Sulaiman, dari Muslim Al-Batin, dari Sa’id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas, dari Nabi Saw. yang telah bersabda: “Tiada suatu amal perbuatan di hari mana pun yang lebih utama daripada amal pada hari-hari ini.” Mereka bertanya, “Tidak pula berjihad di jalan Allah?” Rasulullah Saw. menjawab, “Tidak pula berjihad di jalan Allah, terkecuali seorang lelaki yang mengorbankan jiwa dan hartanya (di jalan Allah) dan yang pulang hanya namanya saja.”

Imam Ahmad telah meriwayatkan melalui Jabir secara marfu’ bahawa hari-hari belasan inilah yang disebutkan oleh Allah dalam sumpah-Nya melalui firman-Nya:

{وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ}

Demi fajar dan malam-malam yang sepuluh. (Al-Fajr: 1-2)

Pada garis besarnya, sepuluh hari ini dapat dikatakan hari-hari yang paling utama dalam tahunnya, sesuai dengan apa yang telah disebutkan di dalam hadis. Keutamaan sepuluh hari ini melebihi keutamaan sepuluh hari terakhir bulan Ramadan; kerana dalam sepuluh hari Zul Hijjah ini disyariatkan di dalamnya hal-hal yang juga disyariatkan di dalam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan, seperti salat, puasa, sedekah, dan lain-lainnya. Tetapi sepuluh hari Zul Hijjah ini mempunyai keistimewaan yang melebihinya, iaitu ibadah fardu Haji dilakukan di dalamnya.

Ada juga yang mengatakan maksud ingat kepada Allah ini adalah ketika menyembelih binatang. Ingatlah yang Allah yang beri binatang itu kepada kita dan mensyariatkan penyembelihan itu.

 

عَلىٰ ما رَزَقَهُم مِّن بَهيمَةِ الأَنعٰمِ

atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak.

Iaitu ingat kepada Allah ketika menyembelih binatang berkaki empat dengan menyebut nama Allah. Seperti yang telah dijelaskan di dalam tafsir surat Al-An’am, melalui firman-Nya:

{ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ} الْآيَةَ

(iaitu) lapan binatang yang berpasangan. (Al-An’am: 143), hingga akhir ayat.

 

فَكُلوا مِنها

Maka makanlah sebahagian daripadanya

Setelah sembelih binatang korban itu, maka yang mengorbankan itu boleh memakannya.

Sufyan As-Sauri telah meriwayatkan dari Mansur, dari Ibrahim sehubungan dengan makna firman-Nya: Maka makanlah sebagian darinya. (Al-Hajj:28) Bahawa dahulu orang-orang musyrik tidak mahu memakan sebahagian dari haiwan sembelihan mereka, kemudian hal tersebut diperbolehkan bagi kaum Muslim. Kerana itu barang siapa yang ingin memakannya, dia boleh memakannya; dan barang siapa yang tidak suka, boleh tidak memakannya.

 

وَأَطعِمُوا البائِسَ الفَقيرَ

dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.

Dan selebihnya berikan kepada mereka yang memerlukan. Berikan kepada mereka yang miskin dan fakir iaitu mereka yang tidak mencukupi. Ramai yang tidak berpeluang makan daging sepanjang tahun melainkan pada musim Haji sahaja.


 

Ayat 29: Kelebihan Kaabah.

ثُمَّ ليَقضوا تَفَثَهُم وَليوفوا نُذورَهُم وَليَطَّوَّفوا بِالبَيتِ العَتيقِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then let them end their untidiness and fulfill their vows and perform ṭawāf around the ancient House.”

(MELAYU)

Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan melakukan thawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah).

 

ثُمَّ ليَقضوا تَفَثَهُم

Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka

Kalimah يقض bermaksud menghabiskan dan kalimah ثفث bermaksud tidak menjaga kebersihan diri. Perjalanan untuk mengerjakan Haji itu amatlah jauh dan kerana itu ada para hujjaj itu yang dalam keadaan kotor kerana tidak dapat mendapat membersihkan diri dengan sempurna dalam perjalanan ke Mekah. Maka hendaklah mereka membersihkan diri mereka sebelum mengerjakan ibadah Haji itu.

Pendapat yang lain: Ali ibnu AbuTalhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa makna yang dimaksudkan ialah melepaskan ihram dengan bercukur, memakai pakaian biasa, memotong kuku, dan lain-lainnya. Iaitu selepas mereka selesai menunaikan manasik Haji itu. Jadi kalau begitu, maksud potongan ayat ini: hendaklah mereka menunaikan tanggungjawab mereka dalam Haji itu.

 

وَليوفوا نُذورَهُم

dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka

Kalimah وَليوفوا dari katadasar و ف ي yang bermaksud ‘menyempurnakan’. Mereka hendaklah memenuhi nazar dan janji mereka. Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa hendaklah orang yang bersangkutan menyembelih kurban yang dinazarkannya.

Juga boleh bermaksud menyempurnakan manasik Haji. Semua orang yang telah memasuki Haji diharuskan mengerjakan tawaf di Baitullah, sa’i di antara Safa dan Marwah, wuquf di Arafah dan Muzdalifah, dan melempar jumrah sesuai dengan apa yang telah diperintahkan kepada mereka untuk mengerjakannya. Telah di­riwayatkan pula dari Imam Malik hal yang semisal dengan pendapat ini.

 

وَليَطَّوَّفوا بِالبَيتِ العَتيقِ

dan hendaklah mereka melakukan melakukan thawaf sekeliling rumah yang tua itu

Mujahid mengatakan, makna yang dimaksudكان ialah tawaf wajib di Hari Raya Kurban.

Kalimah العَتيقِ bermaksud sesuatu yang suci dari asalnya lagi. Oleh itu Kaabah bukanlah sesuatu yang disucikan kemudian (kotor tapi kemudian disucikan) tetapi ia memang sudah suci dari dulu lagi. Sebagai contoh, kadang-kadang masjid zaman sekarang asalnya dulu adalah gereja tetapi kemudian baru ditukar kepada masjid. Jadi itu bukan العَتيقِ.

Ia juga bermaksud sesuatu yang lama tetapi kekal berharga. Ini kerana ia dari katadasar ع ت ق yang bermaksud lama, purba, mulia. Lihatlah bagaimana nilai Kaabah itu tidak berkurang langsung dari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila. Ia adalah rumah yang paling lama tetapi dia masih kekal sampai ke hari ini. Ianya amat dihormati sampai sekarang. Tidak ada tempat yang lebih hebat dari Kaabah yang tidak pernah lengang dari manusia.


 

Ayat 30:

ذٰلِكَ وَمَن يُعَظِّم حُرُمٰتِ اللهِ فَهُوَ خَيرٌ لَّهُ عِندَ رَبِّهِ ۗ وَأُحِلَّت لَكُمُ الأَنعٰمُ إِلّا ما يُتلىٰ عَلَيكُم ۖ فَاجتَنِبُوا الرِّجسَ مِنَ الأَوثٰنِ وَاجتَنِبوا قَولَ الزّورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That [has been commanded], and whoever honors the sacred ordinances of Allāh – it is best for him in the sight of his Lord. And permitted to you are the grazing livestock, except what is recited to you.¹ So avoid the uncleanliness of idols and avoid false statement,

(MELAYU)

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.

 

ذٰلِكَ

Demikianlah

Maka begitulah ayat-ayat pengajaran kepada kita, bagaimana mengerjakan Haji dan amalan-amalan bersangkutan. Maka hendaklah kita memerhatikan ayat-ayat sebelum ini. Kena baca dan hayati ayat-ayat itu. Dan kena belajar manasik Haji dan Umrah kerana ia telah diterangkan dengan panjang lebar dalam feqah.

 

وَمَن يُعَظِّم حُرُمٰتِ اللهِ فَهُوَ خَيرٌ لَّهُ عِندَ رَبِّهِ

Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. 

Mereka yang mendapat kebaikan adalah mereka yang membesarkan perkara-perkara yang Allah telah haramkan. Iaitu perkara-perkara yang Allah haramkan semasa mengerjakan Haji itu seperti berkelahi, marah orang dan mengadakan hubungan seksual. Mereka yang menjaga diri mereka dari melakukan perkara ini akan mendapat pahala.

Maknanya, bukan perlakukan sahaja akan dapat pahala, kalau kita tinggalkan perkara yang dilarang juga, akan dapat pahala. Kerana itu juga taat kepada Allah juga, bukan?

‘Haram’ juga bermaksud perkara-perkara yang perlu dihormati. Maka orang yang mengerjakan Haji itu mestilah menghormati perkara-perkara itu. Maknanya hendaklah kita memandang Ka’bah itu dengan pandangan yang hormat. Jangan kita buat seperti kampung kita sahaja. Kena jaga adab dan akhlak kita semasa berada di Tanah Haram kerana ianya adalah syiar Allah. Ianya ada kelebihan dalam agama kita.

Mereka yang dapat melakukan perkara-perkara itu akan mendapat kebaikan dari sisi Allah. Kerana Allah suka dengan perbuatan itu.

 

وَأُحِلَّت لَكُمُ الأَنعٰمُ إِلّا ما يُتلىٰ عَلَيكُم

Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, 

Binatang ternak dibenarkan untuk dimakan semasa mengerjakan Haji kecuali binatang-binatang yang telah diharamkan di dalam ayat-ayat sebelum itu. Kena rujuk balik hukuman tentang binatang apabila sedang mengerjakan Haji.

Juga kena rujuk pengharaman memakan binatang yang diharamkan. Misalnya haramnya bangkai, darah, daging babi, dan sembelihan yang disembelih bukan kerana Allah, haiwan ternak yang mati tercekik, dan lain sebagainya yang diharamkan. Ini banyak disebut dalam Surah Maidah.

Juga kena rujuk tentang pengharaman binatang ternak yang dilakukan oleh Musyrikin Mekah. Ini tidak ada kerana ianya adalah rekaan mereka sahaja. Mereka ada mengamalkan pantang yang mereka reka sendiri. Semua itu halal bagi manusia kerana Allah sekali-kali tidak pernah menyariatkan adanya bahirah, saibah, wasilah, dan ham.

Allah hendak memberitahu bahawa semua binatang ternak itu halal dimakan dan ini berlawanan dengan fahaman Musyrikin Mekah yang mengatakan ada setengah binatang ternak itu yang tidak boleh dimakan kerana mereka khususkan untuk sembahan-sembahan mereka. Ini adalah fahaman syirik amali. Banyak telah dibincangkan dalam Surah al-An’am.

 

فَاجتَنِبُوا الرِّجسَ مِنَ الأَوثٰنِ

maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu

Kalimah الأَوثٰنِ bermaksud patung-patung yang telah lama ada dan juga bermaksud batu-batu yang dipuja kerana dipandang sebagai mulia. Allah suruh umat Islam dan manusia seluruhnya untuk menjauhkan daripada perkara-perkara itu.

Ianya adalah amalan yang amat buruk sekali. Musyrikin Mekah telah menyembah berhala dan kalau zaman sekarang kita boleh tengok bagaimana penganut Hindu pun menyembah patung-patung. Kena ajak mereka kenal agama Islam dan tinggalkan agama sesat mereka.

 

وَاجتَنِبوا قَولَ الزّورِ

dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.

Dan kenalah meninggalkan perkara-perkara pembohongan dan ini disebut kerana ada orang-orang Islam yang dahulunya mengamalkan syirik dan pada mereka masih ada lagi perasaan mengagungkan patung-patung dan batu-batu itu. Maka jangan sebut perkataan-perkataan yang membawa kepada syirik.

Jadi apabila mereka mengerjakan Haji itu maka mereka bercerita tentang kisah-kisah dan sejarah patung-patung dan batu-batu itu. Mereka kata patung ini begitu dan begini, batu itu ada kisahnya dan macam-macam lagi. Kena tinggalkan fahaman sebegitu. Buang terus kasi licin segala perasaan kagum kepada perasaan itu. Jangan disebut-sebut lagi.

Kalau zaman sekarang, bayangkan bekas penganut agama Hindu yang telah membesar dengan melihat patung-patung dewa-dewa mereka sebagai sesuatu yang hebat, maka mereka kenalah meninggalkan fahaman-fahaman salah mereka itu.

Oleh kerana itu Abbas mengatakan ‘kata-kata pembohongan’ itu adalah kalimah-kalimah Syirik. Tinggalkan terus fahaman syirik yang ada dalam hati. Dan untuk hilangkan kena tingkatkan ilmu pengetahuan agama supaya senang nak tolak fahaman salah.

Termasuk ke dalam pengertian ‘perkataan dusta’ ialah kesaksian palsu. Di dalam kitab Sahihain telah disebutkan melalui Abu Bakrah, bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“أَلَا أُنْبِئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ؟ ” قُلْنَا: بَلَى، يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ: “الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ -وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ، فَقَالَ:-أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ، أَلَا وَشَهَادَةُ الزُّورِ”. فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا، حَتَّى قُلْنَا: لَيْتَهُ سكت

“Ingatlah, mahukah kalian aku beri tahu tentang dosa yang paling besar?” Kami (para sahabat) menjawab, “Tentu saja kami mahu, wahai  Rasulullah.”   Rasulullah   Saw. bersabda, “Mempersekutukan Allah dan menyakiti kedua orang tua, “pada mulanya baginda bersandar, lalu duduk dan bersabda, “Ingatlah, dan perkataan dusta; ingatlah, dan kesaksian palsu!” Rasulullah Saw. terus mengulang-ulang kalimat terakhir ini, sehingga kami berkata (dalam diri kami) mudah-mudahan baginda segera diam.

Kita kena ingat bahawa surah ini diturunkan semasa Nabi dan para sahabat sedang meninggalkan Mekah tetapi ia menceritakan tentang amalan-amalan mengerjakan Haji pula.

Oleh itu ini adalah isyarat daripada Allah bahawa walaupun umat Islam sudah meninggalkan Mekah iaitu tempat mengerjakan Haji, tetapi mereka jangan risau kerana mereka pasti akan dapat kembali untuk mengerjakan Haji nanti. Ini adalah janji dari Allah dan kita pun tahu bagaimana umat Islam berjaya mengerjakan Haji selepas Pembukaan Mekah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 19 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 24 – 27 (Seruan Haji diiklankan)

Ayat 24: Tabshir Ukhrawi.

وَهُدوا إِلَى الطَّيِّبِ مِنَ القَولِ وَهُدوا إِلىٰ صِرٰطِ الحَميدِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they had been guided [in worldly life] to good speech, and they were guided to the path of the Praiseworthy.

(MELAYU)

Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjuki (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji.

 

وَهُدوا إِلَى الطَّيِّبِ مِنَ القَولِ

Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik

Mereka telah diberi hidayah dengan kalimah yang terbaik iaitu kalimah la ilahaillallah. Dan juga kalimah-kalimah lain yang baik seperti subhanallah, alhamdulillah, astaghfirullah dan sebagainya.

Kalimah-kalimah itu nampak seperti pendek dan biasa sahaja kerana kita sudah selalu sebut dari kita kecil lagi, jadi mungkin kita rasa tak hebat mana. Akan tetapi sebenarnya kalimah-kalimah itu  mempunyai makna yang amat tinggi di dalam agama kita. Kerana walaupun ianya mudah untuk disebut sampaikan kanak-kanak pun boleh hafal, tetapi ianya mengandungi makna yang amat mendalam sekali.

Bandingkan dengan agama lain yang mengandungi kalimah-kalimah rahsia dan tinggi dalam agama mereka tetapi itu hanya dapat diketahui apabila mendalami agama mereka. Akan tetapi kalimah dalam agama kita adalah mudah untuk disebut dan diberitahu awal-awal lagi tanpa perlu mendalami agama pun sudah dapat tahu.

Ini kerana kalimah subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar itu adalah kalimah yang amat bermakna – kalau mendalami agama pun, akan sampai kepada kalimah-kalimah itu juga. Bukannya ada kalimah rahsia lain. Yang selalu reka kalimah rahsia adalah golongan sufi dan tarekat sahaja – kerana mereka yang reka sendiri, maka merekalah sahaja yang tahu.

Mereka rasa kalimah-kalimah tayyibah itu biasa, ceroi sahaja, sampai mereka rasa mereka kena reka kalimah-kalimah zikir yang baru. Mereka ini memang golongan yang amat-amat jahil.

Maka marilah kita mula kembali melihat kalimah-kalimah itu dengan pandangan yang lebih menghargainya. Jangan kita sangka yang ia adalah kalimah biasa sahaja. Jangan terjerumus dalam gerakan tarekat sufi yang menyesatkan.

Satu lagi tafsir ayat ini, maksudnya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dan mereka akan mendengar kalimah-kalimah yang baik sahaja. Makna ini ditafsirkan oleh ayat lain melalui firman-Nya:

{وَأُدْخِلَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلامٌ}

Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam surga itu ialah ‘Salam’. (Ibrahim: 23)

Sebahagian ulama tafsir mengatakan sehubungan dengan takwil firman-Nya: Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik. (Al-Hajj: 24) Bahawa yang dimaksudkan adalah Al-Qur’an.

 

وَهُدوا إِلىٰ صِرٰطِ الحَميدِ

dan mereka ditunjuki (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji.

Dan mereka yang beriman dan beramal soleh itu akan diberi hidayah untuk melalui jalan yang lurus, iaitu jalan Allah yang terpuji. Dengan mendapat hidayah kepada jalan itu, maka mereka akan beramal dengan amalan ahli syurga dan mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.

Ianya adalah jalan Allah kerana Allah Maha Terpuji. Maksud Allah ‘Maha terpuji’ itu adalah: Allah tidak memerlukan kita memujiNya kerana Allah itu tetap terpuji sama ada ada makhluk yang memujiNya ataupun tidak. Kalau manusia, memang akan naik kedudukannya jikalau ada yang memujinya. Kalau orang tidak puji, tidak ke mana.

Tapi Allah tidak perlukan sesiapa pun memujiNya untuk meninggikanNya kerana memang Allah sudah terpuji. Maka kalau kita memujiNya maka Allah suka dan akan membalasnya.


 

Ayat 25: Dari ayat ini sehingga ke ayat 38 adalah Perenggan Makro Kedua. Dalam perenggan ini, Allah memberitahu yang orang Islam sahaja yang layak menjadi penjaga Kaabah.

Asalnya Baitullah di Makkah itu dibina oleh Nabi Ibrahim dengan perintah menunaikan ibadat dengan tidak mensyirikkan Allah. Tetapi Arab Quraisy telah mencemarkan MasjidilHaram dengan berhala dan amalan-amalan yang mereka cipta dan ubahsuai.

Perenggan ini dimulakan dengan ayat Takhwif Ukhrawi terhadap golongan yang menghalang orang lain dari ajaran Tauhid. Dalam masa yang sama, Allah mengutuk Musyrikin Mekah yang mengaku sebagai Penjaga Kaabah itu.

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا وَيَصُدّونَ عَن سَبيلِ اللهِ وَالمَسجِدِ الحَرامِ الَّذي جَعَلنٰهُ لِلنّاسِ سَواءً العٰكِفُ فيهِ وَالبادِ ۚ وَمَن يُرِد فيهِ بِإِلحادٍ بِظُلمٍ نُّذِقهُ مِن عَذابٍ أَليمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who have disbelieved and avert [people] from the way of Allāh and [from] al-Masjid al-Ḥarām, which We made for the people – equal are the resident therein and one from outside – and [also] whoever intends [a deed] therein¹ of deviation [in religion] or wrongdoing – We will make him taste of a painful punishment.

  • Whether inside its boundaries or intending from afar to do evil therein. The Ḥaram is unique in that the mere intention of sin therein (whether or not it is actually carried out) is sufficient to bring punishment from Allāh.

(MELAYU)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah dan Masjidilharam yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang bermukim di situ mahupun di padang pasir dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian seksa yang pedih.

 

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا وَيَصُدّونَ عَن سَبيلِ اللهِ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah

Mereka itu kufur kerana mereka tidak menerima ajaran tauhid. Mereka menolak iman yang memang sepatutnya telah ada dalam diri mereka. Dan mereka bukan sahaja menahan diri mereka dari melakukan perkara yang benar, tidak mahu beriman dengan wahyu, tapi mereka juga menahan orang lain dari melakukan perkara yang baik.

Ini adalah tempelak kepada Musyrikin Mekah kerana Musyrikin Mekah itu menolak untuk mentauhidkan Allah. Mereka penjaga Kaabah dan sepatutnya mereka menegakkan agama tauhid, tapi sebaliknya mereka jadi ketua syirik pula. Kerana orang Arab ikut apa yang orang Mekah buat, maka berterusanlah amalan syirik diamalkan di Tanah Arab.

 

وَالمَسجِدِ الحَرامِ الَّذي جَعَلنٰهُ لِلنّاسِ

dan Masjidilharam yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, 

Mereka bukan sahaja menghalang orang lain dari tauhid, tapi mereka menahan juga manusia untuk pergi ke Masjidil Haram sedangkan Allah telah jadikan tempat itu sebagai pusat untuk sesiapa sahaja untuk mentauhidkanNya.

Sepatutnya MasjidilHaram itu adalah pusat tauhid tapi mereka jadikan sebagai pusat syirik pula. Mereka memang membenarkan orang pergi ke Kaabah tapi untuk amalan syirik sahaja (menyembah berhala). Sedangkan kalau para sahabat nak beribadat tauhid, mereka halang.

Allah menurunkan ayat ini semasa Nabi dan para sahabat sedang berhijrah ke Madinah kerana Allah hendak memberitahu mereka yang Allah tahu apa yang mereka sedang lalui. Allah tahu bagaimana mereka dihalang dari beribadat kepada Allah sahaja di Kaabah. Mereka amat sayangkan Kaabah tapi mereka terpaksa meninggalkannya kerana mereka hendak menjaga agama mereka.

Bayangkan kesedihan mereka waktu itu. Oleh kerana kesedihan mereka yang amat sangat, Allah pujuk mereka dalam ayat ini. Allah beritahu yang Allah tahu apa yang mereka lalui.

Di dalam ayat ini terkandung dalil yang menunjukkan bahawa ayat yang sedang kita bahas adalah ayat Madaniyyah, kerana mengandungi kisah menghalang dari Kaabah, sama halnya seperti yang disebutkan di dalam surat Al-Baqarah oleh firman-Nya:

{يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ}

Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah, “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. (Al-Baqarah: 217)

 

سَواءً العٰكِفُ فيهِ وَالبادِ

baik yang bermukim di situ mahupun di padang pasir

Masjidilharam itu adalah untuk orang-orang yang mahu melakukan iktikaf di situ iaitu duduk pada tempat-tempat yang dianggap mulia. Kerana itu iktikaf dilakukan di MasjidilHaram dan juga di masjid-masjid. Sepatutnya penduduk Mekah seperti para sahabat itu sudah boleh beriktikaf di Kaabah tapi mereka dihalang oleh Musyrikin Mekah.

Kaabah sepatutnya menjadi tempat iktikaf bagi mereka yang duduk di situ. Iaitu bagi mereka yang memang bermukim di Mekah dan yang tinggal berdekatan.

Ia juga adalah tempat untuk didatangi oleh orang-orang yang duduk jauh darinya. Kalimah البادِ merujuk kepada mereka yang tinggal di padang pasir. Iaitu mereka yang datang tinggal di padang pasir (golongan Badwi). Ia memang tempat tempat untuk dilawati dan didatangi oleh orang yang dekat mahupun jauh.

Nota: potongan ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

 

وَمَن يُرِد فيهِ بِإِلحادٍ بِظُلمٍ نُّذِقهُ مِن عَذابٍ أَليمٍ

dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian seksa yang pedih.

Kezaliman yang dimaksudkan adalah perlakuan syirik. Juga boleh bermaksud perbuatan zalim ini ialah bila melanggar kesucian tanah haram dengan melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Allah untuk melakukannya, seperti perbuatan menyakiti orang lain atau membunuh. Ini adalah kerana kalimah إِلحادٍ bermaksud melencong dari yang sepatutnya.

Dengan kata lain, menganiaya orang yang tidak menganiaya kamu dan membunuh orang yang tidak bermaksud membunuh. Apabila seseorang melakukan hal tersebut, pastilah baginya azab yang pedih.

Kerana kesalahan mereka itu, Allah memberi ancaman kepada mereka yang melakukan kesesatan dekat Kaabah itu. Allah janji yang mereka akan mendapat azab yang amat pedih. Maka para sahabat janganlah risau. Musyrikin Mekah itu akan kena balasan nanti.


 

Ayat 26: Dan sekarang kita masuk ke Bahagian Kedua surah ini. Bahagian kedua ini menafikan Syirik Amali (Syirik dalam perbuatan).

Sekarang Allah menceritakan tentang sejarah Kaabah itu untuk mengingatkan apa sebenarnya yang perlu dilakukan di Kaabah. Jadi ini adalah Dalil Naqli.

وَإِذ بَوَّأنا لِإِبرٰهيمَ مَكانَ البَيتِ أَن لّا تُشرِك بي شَيئًا وَطَهِّر بَيتِيَ لِلطّائِفينَ وَالقائِمينَ وَالرُّكَّعِ السُّجودِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention, O Muḥammad], when We designated for Abraham the site of the House, [saying], “Do not associate anything with Me and purify My House for those who perform ṭawāf¹ and those who stand [in prayer] and those who bow and prostrate.

(MELAYU)

Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan): “Janganlah kamu mensyirikkan sesuatu pun dengan Aku dan sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang-orang yang thawaf, dan orang-orang yang beribadat dan orang-orang yang ruku’ dan sujud.

 

وَإِذ بَوَّأنا لِإِبرٰهيمَ مَكانَ البَيتِ

Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah 

Allah telah menempatkan Nabi Ibrahim di Mekah. Ayat ini dan ayat-ayat lain memberi isyarat yang bukanlah Nabi Ibrahim manusia yang mula-mula membina Kaabah kerana Nabi Ibrahim hanya ‘membinanya’ kembali. Iaitu menaikkan kembali tapak Kaabah yang telah sedia ada.

Oleh itu kita berpegang kepada pendapat bahawa Kaabah ini sudah ada pada zaman Nabi Adam lagi dan kerana ia ditelan oleh zaman, maka Nabi Ibrahim membinanya kembali sahaja. Allah Swt. telah berfirman:

{إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ. فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيم}

Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk (tempat beribadah) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkati. (Ali-Imran: 96), hingga akhir ayat berikutnya.

Tabawwu’ bermaksud memindahkan seseorang ke tempat yang sempurna. Maksudnya bukanlah hanya memindahkan sahaja tetapi telah membawa seseorang itu ke tempat yang amat baik sekali. Itu telah diberikan kepada Nabi Ibrahim apabila baginda bawa anaknya Nabi Ismail ke situ.

 

أَن لّا تُشرِك بي شَيئًا

(dengan mengatakan): “Janganlah kamu mensyirikkan sesuatu pun dengan Aku

Dalam ayat ini Allah mengajar Nabi Ibrahim bagaimana menjaga masjid itu: jangan kotori masjid itu dengan syirik dan jangan kotori dengan najis. Kena muliakan Kaabah itu. Yang pertama tentunya jangan melakukan syirik di Kaabah.

 

وَطَهِّر بَيتِيَ لِلطّائِفينَ وَالقائِمينَ وَالرُّكَّعِ السُّجودِ

dan sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang-orang yang thawaf, dan orang-orang yang beribadat dan orang-orang yang ruku’ dan sujud.

Kena bersihkan Kaabah bagi para pelawatnya. Diutamakan Baitullah itu untuk orang yang melakukan tawaf kerana di Kaabah sahaja boleh tawaf. Dan kerana itu walaupun ada orang sedang solat di Kaabah itu maka dibenarkan untuk berjalan tawaf di hadapan mereka.

Antara kalimah rukuk dan sujud tidak ada huruf و, kerana ia adalah di dalam perlakuan solat yang sama.


 

Ayat 27: Iklan kepada mengerjakan Haji.

وَأَذِّن فِي النّاسِ بِالحَجِّ يَأتوكَ رِجالًا وَعَلىٰ كُلِّ ضامِرٍ يَأتينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَميقٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And proclaim to the people the ḥajj [pilgrimage]; they will come to you on foot and on every lean camel; they will come from every distant pass –

(MELAYU)

Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh,

 

وَأَذِّن فِي النّاسِ بِالحَجِّ

Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji,

Dan Nabi Ibrahim disuruh untuk mengajak manusia mengerjakan haji di Kaabah. Tentulah secara logiknya seruan Nabi Ibrahim itu tidak akan sampai ke seluruh manusia tetapi Allah lah yang akan sampaikan seruan itu ke dalam hati-hati manusia.

Menurut suatu pendapat, Nabi Ibrahim berkata, “Wahai Tuhanku, bagaimanakah aku menyampaikan seruan itu kepada manusia, sedangkan suara aku tidak dapat mencapai mereka?” Allah Swt. berfirman, “Berserulah kamu, dan Akulah yang menyampaikannya.” Maka Ibrahim berdiri di maqamnya.

Dan menurut pendapat yang lainnya lagi, bahawa Ibrahim menaiki bukit Abu Qubais, lalu berseru, “Hai manusia, sesungguhnya Tuhan kalian telah membuat sebuah rumah (Baitullah), maka berhajilah (berziarahlah) kalian kepadanya.”

Oleh kerana itu kita kena ingat bahawa seruan untuk mengerjakan haji ini mula-mula dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan dikekalkan di dalam Qur’an dan kerana seruan dari Nabi Ibrahim itulah yang menyebabkan Musyrikin Mekah masih kenal lagi dengan amalan haji dan tawaf. Mereka masih buat tawaf dan mengerjakan Haji, tapi mereka telah tokok tambah.

 

يَأتوكَ رِجالً

nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, 

Allah memberitahu bagusnya ibadat haji dan Allah memberitahu pasti manusia akan datang berjalan kaki ke Mekah itu. Kerana hati mereka telah diseru untuk datang ke Kaabah, mereka sanggup datang berjalan kaki.

 

وَعَلىٰ كُلِّ ضامِرٍ

dan mengendarai unta yang kurus 

Dan manusia akan datang di atas kenderaan yang kurus. Kenapa sebut kurus? Ini kerana perjalanan itu jauh dan walaupun mereka naik unta yang gemuk di awal perjalanan tetapi apabila sampai ke Mekah, ia sudah kurus.

 

يَأتينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَميقٍ

yang datang dari segenap penjuru yang jauh,

Yang dimaksudkan dengan kata فَجٍّ ialah jalan atau penjuru. Manusia pasti akan datang dari setiap penjuru bumi ini dan kerana itu apabila kita ke Mekah mengerjakan Haji dan Umrah kita akan lihat berjenis-jenis manusia dari segala tempat.

Kalimah عَميقٍ ertinya jauh, menurut Mujahid, Ata, As-Saddi, Qatadah, Muqatil ibnu Hayyan, dan As-Sauri serta lain-lainnya yang bukan hanya seorang.

Bayangkan iklan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ini yang sampai sekarang telah tiba kepada kita. Sebab itu apabila kita di sana, kita lafaz: “Labbaik allaahumma Labbaika”, artinya: Ya Allah, kami penuhi panggilan-Mu, Ya Allah, kami penuhi panggilan-Mu.

Iklan itu berterusan dan mendapat sambutan sampaikan kalau kita hendak pergi mengerjakan haji sekarang bukan mudah kerana kena menunggu susunan masa kerana terlalu ramai manusia hendak datang.

Maka tiada seorang pun yang memeluk agama Islam, melainkan hatinya rindu ingin melihat Ka’bah dan melakukan tawaf di sekelilingnya, kaum Muslim dari segala penjuru dunia bertujuan untuk menziarahinya. Ada yang kena tunggu kuota 20 tahun baru dapat. Kalau yang sudah pergi, hatinya sentiasa rindu kepada Kaabah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 19 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 19 – 23 (Pakai sutera tak masuk syurga)

Hajj Ayat 19: Takhwif Ukhrawi.

۞ هٰذانِ خَصمانِ اختَصَموا في رَبِّهِم ۖ فَالَّذينَ كَفَروا قُطِّعَت لَهُم ثِيابٌ مِّن نّارٍ يُصَبُّ مِن فَوقِ رُءوسِهِمُ الحَميمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

These¹ are two adversaries who have disputed over their Lord. But those who disbelieved will have cut out for them garments of fire. Poured upon their heads will be scalding water

  • i.e., the believers and the disbelievers.

(MELAYU)

Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.

 

هٰذانِ خَصمانِ اختَصَموا في رَبِّهِم

Inilah dua golongan yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka.

Ini adalah tentang dua puak yang bertelagah. Satu puak mukmin dan satu lagi kafir. Mereka berbantah-bantah tentang mentauhidkan Allah. Yang mukmin nak ikut tauhid dan yang kafir tidak mahu. Maka memang sentiasa sahaja akan ada perbezaan pendapat antara dua golongan ini dan perdebatan.

Di dalam kitab Sahihain telah disebutkan melalui hadis Abu Mijlaz, dari Qais ibnu Abbad, dari Abu Zar, bahawa Abu Zar pernah bersumpah sehubungan dengan ayat ini, iaitu firman-Nya: Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. (Al-Hajj:19) Bahawa sesungguhnya ayat ini diturunkan berkenaan dengan Hamzah dan kedua temannya, serta Atabah dan kedua temannya (di pihak yang lain), saat mereka perang tanding dalam Perang Badar.

Kemudian ada pendapat yang lain pula:

Sa’id ibnu Abu Arubah telah mengatakan dari Qatadah sehubungan dengan makna firman-Nya: Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. (Al-Hajj:19) Bahawa kaum Muslim bertengkar dengan kaum Ahli Kitab. Ahli Kitab mengatakan, “Nabi kami sebelum nabi kalian, dan kitab kami sebelum kitab kalian, maka kami lebih utama kepada Allah daripada kalian.” Kaum muslim berkata, “Kitab kami memutuskan terhadap kitab kalian semuanya, nabi kami adalah penutup para nabi, maka kami lebih utama kepada Allah daripada kalian.” Kemudian Allah memenangkan agama Islam atas semua agama yang menentangnya. Dan Allah menurunkan firman-Nya: Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. (Al-Hajj: 19)

Dan pendapat lain lagi:

Syu’bah telah meriwayatkan dari Qatadah sehubungan dengan makna firman-Nya: Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. (Al-Hajj:19) Bahawa yang bertengkar itu adalah golongan yang membenarkan dan golongan yang mendustakan.

Mereka ditegur kerana bertengkar dengan kuat. Digunakan kalimah Rabb di dalam ayat ini kerana hendak menekankan bahawa hamba tidak patut bertengkar dengan kuat di hadapan tuannya. Kita pun tahu perasaan ini kerana bayangkan kalau kita sedang berkata tidak baik tentang ketua kita tanpa kita sedari yang dia ada di belakang kita.

Dan kalau kita tiba-tiba tahu dia ada mendengar apa yang kita katakan itu tentu kita pun rasa takut dan malu sangat, bukan? Kerana kita tahu yang ketua kita itu boleh melakukan sesuatu terhadap kita, mungkin boleh buang kerja kita dan sebagainya. Bagaimana kalau kita memperkatakan tentang Allah dan memang Allah sedang memerhatikan?

Oleh itu tidak layak langsung kalau kita memperkatakan tentang Tuhan dalam keadaan yang merendahkan Allah seolah-olah Allah tidak ada atau tidak mendengar apa yang kita katakan itu. Sedangkan kita tahu yang Allah sentiasa mendengar apa sahaja yang kita katakan, bukan?

Maka berhati-hatilah kita apabila memperkatakan tentang Allah kerana Allah tentunya sedang memerhatikan kita. Ini penting kerana kadang-kadang kita memperkatakan tentang di mana Allah, apa Allah sedang buat sekarang, dan sebagainya sampai kadang-kadang kita meninggikan suara atau menggunakan bahasa yang tidak patut sesama kita orang Islam atau bukan Muslim.

Ini adalah kalau berdebat tidak tentu pasal. Maka kita kena pandai memilih perkara-perkara yang hendak dibincangkan kerana kadang-kadang perkara yang dibincangkan itu bukanlah perkara yang penting dan tidak menambah iman pun apabila dibincangkan.

Contohnya sekarang ramai yang bertelagah tentang di mana Allah, bukan? Punyalah ramai sibuk berbincang perkara ini dengan panjang lebar dan sampai bertegang urat. Padahal bukan benda yang perlu dibincangkan pun.

 

فَالَّذينَ كَفَروا قُطِّعَت لَهُم ثِيابٌ مِّن نّارٍ

Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. 

Allah memberi ancaman bahawa mereka yang bertengkar tentang Allah sampai menghina Allah akan dipakaikan dengan pakaian lengkap diperbuat daripada api. Akan dibuatkan pakaian untuk mereka dari api neraka. Bayangkanlah betapa seksanya!

 

يُصَبُّ مِن فَوقِ رُءوسِهِمُ الحَميمُ

Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.

Sudahlah pakai baju daripada api, mereka akan dicurahkan dengan air panas menggelegak dengan banyak sekali ke atas mereka.

Muqaddar: Maksudnya air panas itu akan dimasukkan dalam mulut mereka dengan cara paksa. Kerana mereka takkan minum sendiri tetapi kena dipaksa untuk mereka minum. Mulut mereka akan dibukakan dengan paksa dan akan dicurahkan air panas itu ke dalam mulut mereka.


 

Hajj Ayat 20: Kesan apabila dimasukkan air ke dalam mulut mereka.

يُصهَرُ بِهِ ما في بُطونِهِم وَالجُلودُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

By which is melted that within their bellies and [their] skins.

(MELAYU)

Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit (mereka).

 

Kalimah يُصهَرُ dari katadasar ص ه ر yang bermaksud mencairkan, mencairkan sesuatu seperti lemak dan seumpamanya, terkena panas teruk, masak dengan api, panggang, goreng, perhubungan, kedekatan dengan saudara, yang suci atau tidak boleh dilanggar, ikatan perhubungan dengan perkahwinan. Kalimah صَهَرَ bermaksud lemak yang cair disebabkan suhu tinggi.

Jadi Allah hendak menceritakan betapa beratnya azab itu. Air yang panas itu akan mencairkan apa yang ada di dalam perut mereka seperti lemak dan tentunya kulit-kulit mereka juga.

قَالَ ابْنُ جَرِيرٍ: حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ أَبُو إِسْحَاقَ الطالَقاني، حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ سَعِيدِ بْنِ زَيْدٍ، عَنِ أَبِي السَّمْح، عَنِ ابْنِ حُجَيرة، عَنْ أَبِي هُرَيرة، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلم قال: “إِنْ الْحَمِيمَ ليُصَب عَلَى رُءُوسِهِمْ، فينفُد الجمجمةَ حَتَّى يَخْلُصَ إِلَى جَوْفِهِ، فَيَسْلِتُ مَا فِي جَوْفِهِ، حَتَّى يَبْلُغَ قَدَمَيْهِ، وَهُوَ الصِّهْرُ، ثُمَّ يُعَادُ كَمَا كَانَ”

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Muhammad ibnul Musanna, telah menceritakan kepadaku Ibrahim Abu Ishaq At-Taliqani, telah menceritakan kepada kami Ibnul Mubarak, dari Sa’id ibnu Yazid, dari Abus Samah, dari Ibnu Hujairah, dari Abu Hurairah, dari Nabi Saw. yang telah bersabda: Sesungguhnya air yang sangat panas benar-benar dituangkan di atas kepala mereka, lalu air panas itu menembus kepala mereka dan menembus sampai ke perutnya sehingga hancur luluhlah semua isi perutnya, lalu terus menembus sampai kepada kedua telapak kakinya; hamim itu adalah logam yang dilebur. Kemudian diulangi lagi seperti semula.

Penceritaan begini sepatutnya menakutkan kita kalau kita bayangkan. Ayat-ayat ini bukan main-main kerana ianya daripada Allah. Kalau Allah yang beritahu maka tentu ianya akan dilakukan. Bagaimana kalau kita yang kena? Maka tak takutkah? Jangan kita sangka kita pastinya selamat. Kalau kita buat perangai seperti yang disebut dalam ayat ini maka kita pun boleh kena.


 

Hajj Ayat 21:

وَلَهُم مَقامِعُ مِن حَديدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And for [striking] them are maces of iron.

(MELAYU)

Dan untuk mereka cambuk-cambuk dari besi.

 

Dan mereka akan dipukul dan dirotan dengan besi, dengan cemeti. Atau jenis alat pemukul.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ مُوسَى، حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعة، حَدَّثَنَا دَرَّاج، عَنْ أَبِي الْهَيْثَمِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “لَوْ أَنَّ مِقْمَعا مِن حَديد وُضِع فِي الْأَرْضِ، فَاجْتَمَعَ لَهُ الثَّقَلَانِ مَا أقَلُّوه مِنَ الْأَرْضِ”

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hasan ibnu Musa, telah menceritakan kepada kami Ibnu Lahi’ah, telah menceritakan kepada kami Diraj, dari Abul Haisam, dari Abu Sa’id, dari Rasulullah Saw. yang telah bersabda: Seandainya cambuk besi itu diletakkan di bumi, lalu jin dan manusia dikumpulkan untuk mengangkatnya, tentulah mereka tidak dapat mengangkatnya dari tanah.


 

Hajj Ayat 22:

كُلَّما أَرادوا أَن يَخرُجوا مِنها مِن غَمٍّ أُعيدوا فيها وَذوقوا عَذابَ الحَريقِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Every time they want to get out of it [i.e., Hellfire] from anguish, they will be returned to it, and [it will be said], “Taste the punishment of the Burning Fire!”

(MELAYU)

Setiap kali mereka hendak ke luar dari neraka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (Kepada mereka dikatakan), “Rasailah azab yang membakar ini”.

 

كُلَّما أَرادوا أَن يَخرُجوا مِنها مِن غَمٍّ أُعيدوا فيها

Setiap kali mereka hendak ke luar dari neraka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. 

Tentunya mereka tidak suka duduk di dalam neraka dalam keadaan begitu maka mereka akan cuba untuk melarikan diri untuk keluar, tetapi Allah beritahu yang mereka akan dimasukkan kembali. Seolah-olah mereka cuba melarikan diri ke pintu neraka tetapi mereka akan ditarik dan dibawa ke tengah neraka kerana tengah neraka itu adalah tempat yang paling panas.

 

وَذوقوا عَذابَ الحَريقِ

“dan rasailah azab yang membakar ini”.

Dan mereka akan dibakar dengan api iaitu jenis api yang menghancurkan semua sekali sampai tidak ada kesan langsung. Bukan setakat rentung sahaja, tapi hilang jadi abu. Tapi mereka tidak akan mati. Dalam ayat lain disebut yang kulit mereka akan diganti dengan kulit baru untuk terus mereka disakiti.


 

Hajj Ayat 23: Ayat tabshir. Jadi ayat-ayat yang disebut sebelum ini adalah berita-berita yang amat menakutkan maka sekarang lihatlah apakah yang akan diberikan kepada mereka yang sanggup untuk beriman dan mengerjakan amal soleh.

إِنَّ اللهَ يُدخِلُ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ يُحَلَّونَ فيها مِن أَساوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤلُؤًا ۖ وَلِباسُهُم فيها حَريرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh will admit those who believe and do righteous deeds to gardens beneath which rivers flow. They will be adorned therein with bracelets of gold and pearl, and their garments therein will be silk.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera.

 

إِنَّ اللهَ يُدخِلُ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. 

Banyak sekali ayat sebegini diberikan sebagai janji Allah kepada mereka yang sanggup beriman. Iaitu iman yang sempurna tanpa syirik dan amal yang soleh tanpa bidaah. Balasannya adalah syurga dan syurga itu amat hebat sampaikan ada air sungai yang mengalir di bawahnya. Allah suruh kita bayangkan.

Selalu disebut sungai yang mengalir sebagai motivasi. Kerana manusia suka kepada air. Kalau rumah ada air, tentu itu rumah yang hebat.

 

يُحَلَّونَ فيها مِن أَساوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤلُؤًا

Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, 

Dan mereka akan dihiasi dengan perhiasan yang dibuat daripada emas. Dan mereka akan dipakaikan dengan perhiasan dari mutiara juga. Ini adalah perhiasan di dunia yang dipakai oleh orang-orang kaya. Dan emas mutiara syurga itu bukan seperti emas dan mutiara dunia. Kerana yang di dunia itu hanyalah tiruan sahaja kepada yang di akhirat.

Bandingkan dengan pakaian penghuni neraka yang diperbuat daripada api tadi. Tentu tak sama. Maka Allah suruh kita pilih nak pakai yang mana? Maka buatlah keputusan semasa kita hidup di dunia ini, nak beramal amalan ahli syurga atau amalan ahli neraka?

 

وَلِباسُهُم فيها حَريرٌ

dan pakaian mereka adalah sutera.

Dan mereka akan dipakaikan dengan pakaian dari sutera. Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan kerana di syurga nanti tidak ada larangan untuk memakai emas dan sutera untuk lelaki. Dan sutera dunia hanyalah tiruan sahaja kepada sutera dunia.

Kenapa disebut pakaian sutera? Kerana pakaian sutera adalah pakaian mewah yang dipakai untuk berehat dan bukan untuk bekerja kerana syurga bukan tempat buat kerja tapi tempat berehat.

Lelaki tidak boleh pakai sutera di dunia tapi ahli syurga lelaki dapat pakai sutera di akhirat. Di dalam sebuah hadis sahih disebutkan:

“لَا تَلْبَسُوا الْحَرِيرَ وَلَا الدِّيبَاجَ فِي الدُّنْيَا، فَإِنَّهُ مَنْ لَبِسَهُ فِي الدُّنْيَا لَمْ يَلْبَسْهُ فِي الْآخِرَةِ”

Janganlah kalian memakai sutera, jangan pula kain sutera tebal. Kerana sesungguhnya barang siapa yang memakainya di dunia tidak akan dapat memakainya di akhirat.

Abdullah ibnuz Zubair mengatakan bahawa barang siapa yang tidak dapat memakai sutera di akhirat, bererti dia tidak masuk syurga, kerana Allah Swt. telah berfirman: dan pakaian mereka adalah sutera. (Al-Hajj: 23).

Maka jangan sesekali orang lelaki pakai sutera di dunia. Kerana kalau pakai sutera di dunia, tidak dapat pakai sutera di akhirat – dan kalau tidak pakai sutera di akhirat, maksudnya tidak dapat masuk syurga lah.

Tapi mungkin ada orang yang kata, mereka tidak suka kepada perhiasan, termasuk tidak suka kepada pakaian dari sutera, lalu bagaimana? Mereka kata apa yang ditawarkan oleh Allah ini tidak menarik untuk mereka. Maka kita kena ingat bahawa penceritaan di dalam ayat ini adalah bersesuaian dengan zaman semasa ayat ini diturunkan.

Pada zaman itu, pakaian sebeginilah yang paling mewah. Maka kita kena sesuaikan dengan pemahaman kita pada zaman ini kerana manusia pada zaman ini pun ada pakai perhiasan juga seperti jam-jam yang mahal dan pakaian-pakaian yang mahal juga yang bersesuaian dengan fesyen zaman semasa.

Cuma yakinlah yang pakaian yang kita pakai itu adalah pakaian yang hebat-hebat dan benda-benda yang penghuni syurga itu akan dapat adalah perkara yang memang mereka akan suka.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 1 September 2023

Ringkasan Surah Hajj


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain