Tafsir Surah Hajj Ayat 16 – 18 (Langit dan bumi sujud kepada Allah)

Ayat 16: Allah telah beri dalil tentang agama ini dalam Qur’an dengan jelas. Maka kenalah belajar tafsir Qur’an. Kerana kalau setakat baca sahaja, takkan faham.

وَكَذٰلِكَ أَنزَلنٰهُ ءآيٰتٍ بَيِّنٰتٍ وَأَنَّ اللهَ يَهدي مَن يُريدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And thus have We sent it [i.e., the Qur’ān] down as verses of clear evidence and because Allāh guides whom He intends.

(MELAYU)

Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Qur’an yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahawasanya Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

 

وَكَذٰلِكَ أَنزَلنٰهُ ءآيٰتٍ بَيِّنٰتٍ

Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Qur’an yang merupakan ayat-ayat yang nyata,

Qur’an yang Allah telah berikan kepada kita ini sebenarnya jelas nyata dan senang difahami. Iaitu kepada mereka yang mahu belajar dan mahu memahami. Kalau tak belajar, memanglah tidak faham.

 

وَأَنَّ اللهَ يَهدي مَن يُريدُ

dan bahawasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.

Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki yang boleh bermaksud yang Allah kehendaki; atau orang itu sendiri yang berkehendak. Kerana kalau orang itu berkehendak kepada agama (dan kepada kebenaran), maka Allah akan bantu. Iaitu kepada mereka yang ada sifat inabah. Allah akan tarik dia sedikit demi sedikit ke arah kebenaran.


 

Ayat 17: Takhwif Ukhrawi.

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا وَالَّذينَ هادوا وَالصّٰبِئينَ وَالنَّصٰرىٰ وَالمَجوسَ وَالَّذينَ أَشرَكوا إِنَّ اللهَ يَفصِلُ بَينَهُم يَومَ القِيٰمَةِ ۚ إِنَّ اللهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ شَهيدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who have believed and those who were Jews and the Sabeans and the Christians and the Magians and those who associated with Allāh – Allāh will judge between them on the Day of Resurrection. Indeed Allāh is, over all things, Witness.

(MELAYU)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, orang-orang Shaabi-iin orang-orang Nasrani, orang-orang Majusi dan orang-orang musyrik, Allah akan memberi keputusan di antara mereka pada hari kiamat. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.

 

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman,

Iaitu mereka yang beriman dengan Allah SWT dan juga dengan Rasulullah SAW.

وَالَّذينَ هادوا

dan orang-orang Yahudi,

Orang yang berpegang dengan Nabi Musa dan juga dengan Kitab Taurat.

وَالصّٰبِئينَ

dan orang-orang Shaabi-iin 

Dalam Tafsir Jalalain disebut yang mereka ini adalah salah satu mazhab dari agama Yahudi. Ada juga yang mengatakan mereka ini adalah pemuja bintang-bintang. Tidak jelas siapakah mereka ini.

وَالنَّصٰرىٰ

dan orang-orang Nasrani,

Yang beriman dengan Nabi Isa dan juga dengan Kitab Injil.

وَالمَجوسَ

dan orang-orang Majusi 

Banyak golongan yang disebut di dalam ayat ini. Golongan Majusi adalah mereka yang menyembah api atau menyembah gambar atau selalu dikatakan sebagai golongan Zoroastrian.

 

وَالَّذينَ أَشرَكوا

dan orang-orang musyrik, 

Orang-orang yang syirik itu bukan bermaksud golongan Musyrikin Mekah sahaja tetapi termasuk sekali dengan golongan-golongan agama lain yang mengamalkan syirik. Kalau orang Islam, tapi dia ada fahaman syirik atau beramal dengan amalan syirik, termasuk juga.

Allah sebut tentang golongan-golongan ini kerana inilah golongan yang akan sentiasa ada sampai kiamat.

 

إِنَّ اللهَ يَفصِلُ بَينَهُم يَومَ القِيٰمَةِ

Allah akan memberi keputusan di antara mereka pada hari kiamat.

Semua golongan-golongan itu jangan rasa yang mereka akan selamat kerana Allah akan buat penghakiman di akhirat kelak. Allah akan buat keputusan untuk mereka. Segala akidah dan amalan mereka akan diteliti. Jangan sangka yang mereka selamat lagi. Kalau dia beriman, dia akan selamat; kalau tidak, maka mereka akan menerima akibat buruk.

 

إِنَّ اللهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ شَهيدٌ

Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.

Allah taala maha menyaksikan segala perbuatan manusia. Oleh kerana itulah Allah boleh buat keputusan dengan tepat kerana segala maklumat di dalam tanganNya. Dia akan membuat keputusan yang tepat kerana Dia tahu apa yang kita lakukan.


 

Ayat 18: Dalil aqli ke 2 dalam surah ini; kenapa Allah sahaja yang berhak disembah.

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ يَسجُدُ لَهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَمَن فِي الأَرضِ وَالشَّمسُ وَالقَمَرُ وَالنُّجومُ وَالجِبالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوابُّ وَكَثيرٌ مِّنَ النّاسِ ۖ وَكَثيرٌ حَقَّ عَلَيهِ العَذابُ ۗ وَمَن يُهِنِ اللهُ فَما لَهُ مِن مُكرِمٍ ۚ إِنَّ اللهَ يَفعَلُ ما يَشاءُ ۩

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you not see [i.e., know] that to Allāh prostrates whoever is in the heavens and whoever is on the earth and the sun, the moon, the stars, the mountains, the trees, the moving creatures and many of the people? But upon many the punishment has been justified.¹ And he whom Allāh humiliates – for him there is no bestower of honor. Indeed, Allāh does what He wills.

  • And therefore decreed.

(MELAYU)

Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.

 

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ يَسجُدُ لَهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَمَن فِي الأَرضِ

Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi,

Tidakkah kamu lihat (tidakkah kamu tahu) bagaimana semua yang di langit dan semua yang di bumi sujud kepada Allah? Apakah maksud ayat ini kerana kalau kita lihat kebanyakan daripada manusia tidak sujud kepada Allah pun?

Jadi kita kena faham bahawa diri kita ini terbahagi kepada physical dan metafizikal. Mungkin orang itu secara fizikalnya tidak tunduk kepada Allah tetapi metafizikalnya sujud iaitu taat kepada Allah kerana mereka mengikut arahan Allah.

Sebagai contoh, jantungnya, paru-parunya, pembuluh darahnya dan sel-sel di dalam badannya tunduk dan sujud kepada Allah. Maksudnya mereka itu taat kepada Allah (sujud bermaksud taat patuh) sebenarnya. Tapi tubuh mereka sahaja.

 

وَالشَّمسُ وَالقَمَرُ وَالنُّجومُ وَالجِبالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوابُّ

dan matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata 

Segala makhluk itu tunduk sujud kepada Allah dengan cara mereka. Memang kita tidak nampak tapi sebenarnya mereka sentiasa taat kepada Allah.

Di dalam kitab Sahihain disebutkan melalui Abu Zar r.a. bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda kepadanya:

“أَتَدْرِي أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ الشَّمْسُ؟ “. قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: “فَإِنَّهَا تَذْهَبُ فَتَسْجُدُ تَحْتَ الْعَرْشِ، ثُمَّ تُسْتَأْمَرُ فَيُوشِكُ أَنْ يُقَالَ لَهَا: ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ”

“Tahukah kamu, ke manakah matahari ini pergi?” Abu Zar menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya matahari ini pergi dan bersujud di bawah Arasy, kemudian ia diperintahkan lagi (untuk terbit). Dan sudah dekat masanya akan diperintahkan kepadanya, “Kembalilah kamu dari arah kamu datang’ (yakni terbit dari arah barat).”

 

وَكَثيرٌ مِّنَ النّاسِ

dan sebahagian besar daripada manusia

Dan sebahagian besar manusia pun taat juga kepada Allah. Walaupun ramai yang tidak taat kepada Allah, tapi ada juga yang taat.

وَكَثيرٌ حَقَّ عَلَيهِ العَذابُ

Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. 

Tapi ada yang tidak taat dan kebanyakan daripada mereka itu telah ditetapkan azab untuk mereka kerana mereka tidak taat. Kerana mereka sombong untuk beriman dengan sempurna. Mereka itu tunggu mati sahaja untuk dikenakan dengan azab dalam kubur dan akhirnya nanti akan dimasukkan ke dalam neraka. Ini kerana telah ada ketetapan dari Allah yang mereka itu pasti akan masuk neraka.

 

وَمَن يُهِنِ اللهُ فَما لَهُ مِن مُكرِمٍ

Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorang pun yang memuliakannya. 

Allah lah yang memuliakan dan Allah yang menghinakan. Sesiapa yang masuk ke dalam neraka, mereka itu telah dihina sehina hinanya. Tidak akan ada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan mereka.

إِنَّ اللهَ يَفعَلُ ما يَشاءُ

Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.

Kerana tidak ada sesiapa yang boleh halang kehendak dan perbuatan Allah. Kalau Allah telah takdirkan akan berlaku, ia tetap akan berlaku.

Ini adalah Ayat Sajdah. Maka disunatkan untuk sujud di mana sahaja apabila kita baca ayat ini. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِذَا قَرَأَ ابنُ آدَمَ السَّجْدَةَ اعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِي يَقُولُ: يَا وَيْلَهُ. أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ، فَلَهُ الْجَنَّةُ، وأمِرتُ بِالسُّجُودِ فأبيتُ، فَلِيَ النَّارُ”

Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, maka setan menjauh seraya menangis dan mengatakan, “Celakalah (aku), anak Adam diperintahkan untuk bersujud, lalu dia bersujud, maka baginya syurga. Sedangkan aku diperintahkan untuk sujud dan aku membangkang, maka bagiku neraka.” (Riwayat Muslim)

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 19 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 12 – 15 (Marah kepada Rasulullah)

Ayat 12: Ayat zajrun ke 3. Teguran Allah kerana kebodohan manusia yang menyembah selainNya.

يَدعو مِن دونِ اللهِ ما لا يَضُرُّهُ وَما لا يَنفَعُهُ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الضَّلٰلُ البَعيدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He invokes instead of Allāh that which neither harms him nor benefits him. That is what is the extreme error.

(MELAYU)

Dia menyeru selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat dan tidak (pula) memberi manfaat kepadanya. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.

 

يَدعو مِن دونِ اللهِ ما لا يَضُرُّهُ وَما لا يَنفَعُهُ

Dia menyeru selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat dan tidak (pula) memberi manfaat kepadanya.

Allah mengutuk manusia yang menyeru kepada selain Allah dengan sesuatu yang tidak boleh memberi mudarat dan manfaat pun kepada mereka. Kalau ada manfaat atau kalau tak sembah dia, dia akan beri mudharat, maka patutlah kalau nak sembah pun. Tapi kalau tidak ada segala itu, kenapa nak sembah?

Mereka inilah yang senang percaya kepada benda-benda yang karut seperti percaya kepada nombor-nombor bertuah, baju bertuah, hari bertuah dan sebagainya. Orang-orang sebegini lah juga yang takut kepada nombor empat, nombor 13 dan sebagainya.

Orang-orang sebegini lah juga yang walaupun berpelajaran tinggi, tetapi masih percaya kepada tukang-tenung nasib dan orang yang baca tapak tangan untuk merenung nasib. Semua itu perkara karut sahaja. Malangnya orang Islam pun ada buat juga rupanya.

 

ذٰلِكَ هُوَ الضَّلٰلُ البَعيدُ

Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.

Itu adalah sesat yang jauh. Jauh maksudnya susah nak diperbetulkan. Macam kita panggil orang yang jauh, kena jerit betul dan belum tentu dia boleh dengar lagi. Maka kena panggil berkali-kali. Tapi kerana jauh, amat susah untuk kembali.


 

Ayat 13: Ayat Zajrun ke 4.

يَدعو لَمَن ضَرُّهُ أَقرَبُ مِن نَّفعِهِ ۚ لَبِئسَ المَولىٰ وَلَبِئسَ العَشيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He invokes one whose harm is closer than his benefit – how wretched the protector and how wretched the associate.

(MELAYU)

Dia menyeru sesuatu yang sebenarnya mudharatnya lebih dekat dari manfaatnya. Sesungguhnya yang diserunya itu adalah sejahat-jahat kawan.

 

يَدعو لَمَن ضَرُّهُ أَقرَبُ مِن نَّفعِهِ

Dia menyeru sesuatu yang sebenarnya mudharatnya lebih dekat dari manfaatnya. 

Mereka yang musyrik itu sebenarnya menyeru sesuatu yang menyebabkan mudharat kepada mereka. Manfaat memang tak dapat langsung. Mereka nak perlindungan dan pertolongan dalam menyeru ilah lain tetapi yang mereka dapat sebenarnya adalah bahaya.

 

لَبِئسَ المَولىٰ وَلَبِئسَ العَشيرُ

Sesungguhnya yang diserunya itu adalah sejahat-jahat kawan.

Yang diseru itu adalah kawan yang buruk. Kalimah العَشيرُ bermaksud seseorang yang duduk sekali dengan kita macam keluarga. Dan yang kita berinteraksi dengan mereka seperti isteri dan keluarga.

Yang mereka seru sebenarnya adalah syaitan dan syaitan itu rapat dengan mereka dan kerana itu mereka selalu ikut bisikan syaitan itu. Syaitan itu sudah jadi seperti kawan atau keluarga mereka tapi syaitan adalah kawan atau keluarga yang buruk dan jahat sebenarnya. Yang menyeru itu sangka mereka menyeru Nabi, wali atau malaikat, tapi sebenarnya yang mereka seru adalah syaitan.


 

Ayat 14: Ayat tabshir ukhrawi kepada mereka yang yakin dengan akidah tauhid dan mengamalkan amal soleh.

إِنَّ اللهَ يُدخِلُ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحاتِ جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ ۚ إِنَّ اللهَ يَفعَلُ ما يُريدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh will admit those who believe and do righteous deeds to gardens beneath which rivers flow. Indeed, Allāh does what He intends.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.

 

إِنَّ اللهَ يُدخِلُ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحاتِ جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai.

Allah akan masukkan orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga. Mereka lahir dan hidup, kemudian mati dan kemudian akan dibangkitkan untuk hidup dalam syurga. Alangkah indahnya!

Tapi kena penuhi syarat:

  1. Kena beriman sempurna – tiada syirik
  2. Kena amal amalan yang soleh – tidak boleh amal amalan bidaah.

 

إِنَّ اللهَ يَفعَلُ ما يُريدُ

Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.

Allah buat apa sahaja yang Dia berkehendak. Termasuk memuliakan orang yang taat kepada-Nya dan menghinakan orang yang durhaka kepada-Nya. Semuanya ikut kehendak Allah sahaja, keputusan di tangan Allah sahaja. Maka tidak boleh kita pertikaikan apakah yang ditentukan oleh Allah.


 

Ayat 15: Ayat Zajrun ke 5.

مَن كانَ يَظُنُّ أَن لَّن يَنصُرَهُ اللهُ فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ فَليَمدُد بِسَبَبٍ إِلَى السَّماءِ ثُمَّ ليَقطَع فَليَنظُر هَل يُذهِبَنَّ كَيدُهُ ما يَغيظُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Whoever should think that Allāh will not support him [i.e., Prophet Muḥammad ()] in this world and the Hereafter – let him extend a rope to the ceiling, then cut off [his breath],¹ and let him see: will his effort remove that which enrages [him]?

  • i.e., strangle himself.

(MELAYU)

Barangsiapa yang menyangka bahawa Allah sekali-kali tiada menolongnya di dunia dan akhirat, maka hendaklah dia merentangkan tali ke langit, kemudian hendaklah dia memotongnya, kemudian hendaklah dia lihat apakah tipu dayanya itu dapat melenyapkan apa yang menyakitkan hatinya.

 

مَن كانَ يَظُنُّ أَن لَّن يَنصُرَهُ اللهُ فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ

Barangsiapa yang menyangka bahawa Allah sekali-kali tiada menolongnya di dunia dan akhirat,

Ada beberapa pendapat tentang maksud ayat ini kerana ayat ini tidak jelas kalau dibaca sahaja tanpa melihat perbincangan ulama tentangnya.

Untuk cuba memahaminya, kita boleh bayangkan seorang lelaki yang mahu menjaga agamanya dan berkhidmat untuk agamanya. Dia adalah seorang yang mahu memperbaiki dirinya tetapi mungkin dia tidak nampak tangga kejayaan. Mungkin dia rasa ilmunya tidak bertambah setelah sekian lama, ataupun dia tidak dapat rasa peningkatan rohani yang berlaku dalam dirinya.

Mungkin dia ada cuba baca Qur’an dan cuba tadabbur Qur’an itu, tapi dia rasa tidak rasa apa-apa dari usahanya itu. Mungkin juga dia seorang yang cuba untuk berdakwah atau anjurkan program-program Islam tetapi sekian lama tidak berjaya.

Dan dia sudah mula berasa putus asa. Jadi mungkin dia rasa Allah tidak akan membantunya di dunia dan kalau Allah tidak membantunya di dunia tentu Allah tidak membantunya di akhirat juga. Maka ayat ini adalah orang yang risau tentang keadaan itu.

 

فَليَمدُد بِسَبَبٍ إِلَى السَّماءِ

maka hendaklah dia merentangkan tali ke langit, 

Perumpamaan yang digunakan adalah ‘tali’. Dan tali yang dimaksudkan adalah ‘tali Allah’. Dan tali Allah itu bermaksud tali yang panjang; satu hujung dipegang oleh kita dan satu lagi dipegang oleh Allah. Kemudian Allah suruh panjatlah tali itu, yang bermaksud: naik ke atas iaitu dengan memperbaiki diri.

 

ثُمَّ ليَقطَع فَليَنظُر

kemudian hendaklah dia memotongnya, kemudian hendaklah dia lihat

Dan kemudian Allah suruh putuskan tali itu. Tetapi tidakkah itu membahayakan diri?

 

هَل يُذهِبَنَّ كَيدُهُ ما يَغيظُ

apakah usahanya itu dapat melenyapkan apa yang menyakitkan hatinya?

Maksudnya, kalau mereka putuskan tali itu dan mereka jatuh ke bawah, adakah kerisauan yang dirasai pada mula-mula itu akan hilang? Tentu tidak hilang, kerana orang itu akan jadi lebih teruk lagi kerana dia telah memutuskan tali yang sepatutnya memberi harapan kepada dirinya.

Jadi Allah hendak memberitahu: jangan berputus asa. Teruskan buat apa yang perlu dilakukan. Kalau tidak nampak kesan dari amalan ibadat dia, tidak mengapa. Kerana kalau tidak buat amalan itu, adakah kebaikan? Tentu sahaja tidak ada. Ini adalah tafsiran pertama.

Tafsiran kedua bagi ayat ini adalah berkenaan manusia yang tidak yakin yang Allah akan menolongnya, maka dia telah berdoa kepada selain dari Allah. Dia menggunakan tawasul dalam berdoa atau dia minta terus kepada selain Allah.

Kemudian dia memasang tali ke bumbung rumahnya dan kemudian dia menjerut lehernya. Adakah dengan membunuh dirinya dapat menghalang kemarahan kepada Allah kerana tidak menolongnya?

Begitulah Allah beri perumpamaan tentang orang yang jahil agama dan berharap kepada selain Allah. Mereka menyeru kepada selain Allah kerana seolah-olah mereka tidak yakin yang Allah dapat menyelesaikan masalahnya. Macam dia marah pula kepada Allah kerana tidak memakbulkan doanya maka dia telah minta kepada selain Allah.

Tafsir ketiga: ia adalah kiasan kepada Arab Mekah yang marah kepada Allah kerana tolong Nabi Muhammad. Maka Allah suruh mereka ikat tali dan naik ke atas dan kemudian potong tali itu. Adakah ia dapat menghilangkan kemarahan mereka itu? Tentu tidak kerana Allah tetap akan tolong Rasulullah. Allah Swt. telah berfirman:

{إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الأشْهَادُ}

Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat). (Al-Mu’min: 51)

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 19 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 6 – 11 (Muslim kalau untung sahaja)

Ayat 6: Sebelum ini Allah ceritakan dengan panjang lebar tentang kejadian manusia. Kenapa Allah beritahu semua perkara itu?

ذٰلِكَ بِأَنَّ اللهَ هُوَ الحَقُّ وَأَنَّهُ يُحيِي المَوتىٰ وَأَنَّهُ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That is because Allāh is the Truth and because He gives life to the dead and because He is over all things competent

(MELAYU)

Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah, Dialah yang haq dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu,

 

ذٰلِكَ بِأَنَّ اللهَ هُوَ الحَقُّ

Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah, Dialah yang haq

Semua yang Allah telah beritahu itu adalah supaya kita yakin bahawa Allahlah yang berkuasa dan mempunyai Qudrat untuk menjadikan apa-apa sahaja yang Dia akan jadikan. Jadi segala perkara yang Allah beritahu tentang agama dan tentang kebangkitan semula itu adalah benar. Allah memang boleh lakukan.

 

وَأَنَّهُ يُحيِي المَوتىٰ

dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati

Jadi, apabila Allah beritahu yang Dia akan  menghidupkan segala makhluk yang telah mati itu apabila bermulanya akhirat, maka itu adalah kebenaran. Memang Allah boleh buat. Kerana Allah boleh jadikan manusia dari tidak ada kepada ada, Allah boleh hidupkan tanah yang gersang dan mati dengan berikan air hujan, maka Allah boleh sahaja hidupkan makhluk yang telah mati itu.

 

وَأَنَّهُ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu,

Allah boleh jadikan apa-apa sahaja yang Allah kehendaki. Allah berkuasa penuh dan QudratNya tidak ada had. Jadi jangan persoalkan sama ada boleh atau tidak Allah nak hidupkan kembali semua makhluk itu.


 

Ayat 7:

وَأَنَّ السّاعَةَ آتِيَةٌ لّا رَيبَ فيها وَأَنَّ اللهَ يَبعَثُ مَن فِي القُبورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [that they may know] that the Hour is coming – no doubt about it – and that Allāh will resurrect those in the graves.

(MELAYU)

dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.

 

وَأَنَّ السّاعَةَ آتِيَةٌ لّا رَيبَ فيها

dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya;

Allah mengingatkan tentang kedatangan kiamat yang pasti akan berlaku. Kerana Allah berkuasa untuk menjadikannya dan Allah telah berjanji untuk menjadikannya.

 

وَأَنَّ اللهَ يَبعَثُ مَن فِي القُبورِ

dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.

Semasa kita dilahirkan Allah mengeluarkan kita dari perut ibu kita, dan nanti apabila kita dibangkitkan kembali kita akan dikeluarkan dari perut juga, iaitu perut bumi.

Kalimah ‘kubur’ itu bukan sahaja bermaksud kubur yang di tanah itu tetapi di dalam hadis Nabi telah memberi isyarat bahawa kubur itu adalah alam barzah di mana Allah akan mengeluarkan manusia dari Alam Barzakh itu dan dihidupkan kembali.


 

Ayat 8: Ulangan zajrun dalam ayat 3 surah ini iaitu tentang mereka yang membantah tanpa ilmu.

وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِي اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَلا هُدًى وَلا كِتٰبٍ مُّنيرٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And of the people is he who disputes about Allāh without knowledge or guidance or an enlightening book [from Him],

(MELAYU)

Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya,

 

وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِي اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَلا هُدًى

Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, dan tanpa petunjuk 

Tapi malangnya masih ada lagi manusia yang berbantah tentang Allah tanpa menggunakan ilmu. Mereka tidak ada dalil tetapi mereka hendak juga berbantah-bantahan.

Membantah Allah itu bermaksud membantah dalam perkara tauhid iaitu mereka tidak mengamalkan tauhid di mana mereka menyembah dan menyeru selain Allah. Dan bila kita beritahu tentang hal tauhid, mereka akan tolak dan beri hujah-hujah tanpa dalil bukti.

 

وَلا كِتٰبٍ مُّنيرٍ

dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya,

Dan mereka tidak berhujah menggunakan petunjuk dari wahyu. Mereka guna akal mereka sahaja. Mereka tidak menggunakan wahyu dari Qur’an untuk berhujah.

Kalimah مُّنيرٍ dari katadasar ن و ر  (cahaya) dan مُّنيرٍ bermaksud sesuatu yang mengeluarkan cahaya dan dalam ayat ini, ia memberi isyarat kepada Qur’an. Kerana Qur’an menerangi dengan cahaya iman. Untuk mendapat cahaya ini kenalah kita belajar tafsir Qur’an kerana kita tidak akan faham kalau tidak belajar tafsir Qur’an.

Sepertimana kita memerlukan cahaya untuk berjalan di dalam dunia, kita juga memerlukan cahaya untuk mengetahui tentang agama. Mata dunia memerlukan cahaya matahari atau lampu, tapi mata hati memerlukan cahaya wahyu untuk melihat.

Kalimat بِغَيرِ عِلمٍ bermaksud tanpa ‘dalil aqli’.

Kalimat وَلا هُدًى bermaksud tanpa ‘dalil wahyi’.

Dan kalimah وَلا كِتابٍ مُنيرٍ bermaksud ‘dali naqli’.

Maknanya, ketiga-tiga jenis dalil itu mereka tidak ada tetapi mereka tetap membantah.


 

Ayat 9: Dalil kena ada, tapi bagaimana cara penentang itu menentang? Mereka menentang bukan dengan dalil tapi dengan nafsu mereka sahaja. Maka apakah balasan bagi mereka? Ayat ini adalah Takhwif untuk mereka yang menentang.

ثانِيَ عِطفِهِ لِيُضِلَّ عَن سَبيلِ اللهِ ۖ لَهُ فِي الدُّنيا خِزيٌ ۖ وَنُذيقُهُ يَومَ القِيٰمَةِ عَذابَ الحَريقِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Twisting his neck [in arrogance] to mislead [people] from the way of Allāh. For him in the world is disgrace, and We will make him taste on the Day of Resurrection the punishment of the Burning Fire [while it is said],

(MELAYU)

dengan memalingkan lehernya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Dia mendapat kehinaan di dunia dan di hari kiamat Kami merasakan kepadanya azab neraka yang membakar.

 

ثانِيَ عِطفِهِ لِيُضِلَّ عَن سَبيلِ اللهِ

dengan memalingkan lehernya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah.

Kalimah ثانِيَ bermaksud memalingkan dan عِطفِ bermaksud leher. Mereka memalingkan leher mereka (dengan sombong) dan bergerak pergi sambil menunjukkan kesombongan mereka. Ini adalah isyarat kepada penolakan mereka. Tentunya memalingkan leher itu sambil menjuihkan mulut mereka.

Mereka berpaling kerana mereka rasa mereka tidak perlu kepada pengajaran dari Qur’an ini. Mereka rasa buang masa untuk belajar tafsir. Kerana itu ramai yang tidak belajar tafsir pun. Mereka tidak nampak kepentingan Qur’an ini dalam kehidupan mereka. Kerana segala maklumat dunia mereka sudah belajar tapi tafsir Qur’an tak belajar lagi. Kalau orang yang belajar agama, sudah bermacam kitab agama mereka sudah baca dan belajar, tapi mereka tak baca lagi kitab tafsir.

Kenapa mereka dikatakan menyesatkan orang lain pula? Kerana dengan perbuatan mereka meninggalkan pembelajaran wahyu itu bukan sahaja mereka yang sesat, tetapi mereka juga menyesatkan orang lain. Kerana mungkin mereka itu orang di dalam masyarakat yang dipandang tinggi, dijadikan contoh. Maka apabila mereka tidak mahu menerima wahyu Qur’an ini maka ramailah yang ikut mereka.

Manusia lain pun rasa macam tak perlu belajar tafsir Qur’an kerana orang yang mereka pandang tinggi pun tak belajar. Jadi Allah mengatakan mereka juga bertanggungjawab kerana menyesatkan orang lain kerana ramai yang ikut mereka. Dosa mereka sendiri mereka akan tanggung dan dosa orang lain yang mereka sesatkan juga mereka akan tanggung.

Inilah masalah yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang terdedah kepada golongan-golongan yang menjadi artis, ahli sukan dan sebagainya. Kerana mereka itu boleh memberikan contoh yang buruk. Anak-anak muda nak ikut cara hidup artis sahaja yang kebanyakan mereka bukan kisah tentang agama pun.

Kalau sudah artis selalunya sibuk dengan hiburan dan ahli sukan sibuk dengan sukan. Kita jarang sekali dengar para artis dan ahli sukan berkata tentang agama. Maka kalau anak-anak kita menjadikan mereka sebagai idola mereka, apa agaknya yang akan diberi perhatian oleh anak-anak kita?

 

لَهُ فِي الدُّنيا خِزيٌ

baginya kehinaan di dunia 

Allah mengatakan yang Allah akan memastikan yang mereka itu akan mendapat kehinaan semasa di dunia lagi.

Ayat ini asalnya berkenaan Abu Jahal. Memang dia mendapat kehinaan di dunia apabila dia kalah di Medan Badr dan dibunuh di sana.

 

وَنُذيقُهُ يَومَ القِيٰمَةِ عَذابَ الحَريقِ

dan di hari kiamat Kami merasakan kepadanya azab neraka yang membakar.

Dan di akhirat nanti mereka akan mendapat azab api yang amat besar yang menghanguskan semua benda. Api itu akan kasi hangus sampai tidak ada kesan lagi. Oleh itu manusia itu akan jadi abu sahaja. Tapi mereka tidak mati kerana tiada kematian di akhirat nanti.


 

Ayat 10: Kenapa mereka dikenakan dengan azab itu?

ذٰلِكَ بِما قَدَّمَت يَداكَ وَأَنَّ اللهَ لَيسَ بِظَلّٰمٍ لِّلعَبيدِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

“That is for what your hands have put forth and because Allāh is not ever unjust to [His] servants.”

(MELAYU)

(Akan dikatakan kepadanya): “Yang demikian itu, adalah disebabkan perbuatan yang dikerjakan oleh kedua tangan kamu dahulu dan sesungguhnya Allah sekali-kali bukanlah zalim terhadap hamba-hamba-Nya”.

 

ذٰلِكَ بِما قَدَّمَت يَداكَ

“Yang demikian itu, adalah disebabkan perbuatan yang dikerjakan oleh kedua tangan kamu dahulu

Muqaddar: kalimat ini dikatakan kepada mereka semasa mereka dikenakan dengan azab itu. Ini sebagai takzib rohani (azab emosi).

Mereka akan diberitahu yang mereka dikenakan dengan azab itu kerana perbuatan yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri. Bukan salah orang lain, tetapi salah mereka sendiri. Mereka sendiri yang memasukkan diri mereka ke dalam neraka kerana segala perbuatan mereka semasa mereka di dunia dulu.

 

وَأَنَّ اللهَ لَيسَ بِظَلّٰمٍ لِّلعَبيدِ

dan sesungguhnya Allah sekali-kali bukanlah zalim terhadap hamba-hamba-Nya”.

Allah menegaskan di dalam ayat ini bahawa segala perbuatan Allah itu bukanlah zalim kepada hamba-hambaNya. Kita kena ingat yang Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNya dan tidak akan berlaku zalim bila-bila masa pun. Memang patut mereka dimasukkan ke dalam neraka kerana kesalahan mereka sendiri. Walaupun azab itu nampak keras, tapi mereka memang layak kena.


 

Ayat 11: Ayat Zajrun ke 2. Ada manusia yang berpegang kepada agama jikalau ada kepentingan sahaja.

وَمِنَ النّاسِ مَن يَعبُدُ اللهَ عَلىٰ حَرفٍ ۖ فَإِن أَصابَهُ خَيرٌ اطمَأَنَّ بِهِ ۖ وَإِن أَصابَتهُ فِتنَةٌ انقَلَبَ عَلىٰ وَجهِهِ خَسِرَ الدُّنيا وَالآخِرَةَ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الخُسرانُ المُبينُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And of the people is he who worships Allāh on an edge.¹ If he is touched by good, he is reassured by it; but if he is struck by trial, he turns on his face [to the other direction]. He has lost [this] world and the Hereafter. That is what is the manifest loss.

  • At the edge of his religion, so to speak, i.e., with uncertainty, hypocrisy or heedlessness.

(MELAYU)

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika dia memperoleh kebajikan, tetaplah dia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, dia memusingkan wajahnya ke belakang. Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.

 

وَمِنَ النّاسِ مَن يَعبُدُ اللهَ عَلىٰ حَرفٍ

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi;

Ini adalah orang yang jenis lain pula. Mereka juga ada masalah dengan agama. Allah memberi penerangan dalam bentuk gambaran (imagery) bagaimana mereka ini menyembah Allah di ‘tepi gaung’.

Maknanya mereka berada di atas jalan yang sempit kerana jalan gaung itu tentunya sempit. Dan senang sahaja nak jatuh kerana kedudukan itu bahaya. Mereka ini adalah jenis yang tak duduk di tengah tapi duduk di tepi kerana lemah keyakinan mereka terhadap Allah dan terhadap agama.

Mujahid dan Qatadah serta lain-lainnya mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: dengan berada di tepi. (Al-Hajj: 11) Yakni berada dalam keraguan.

 

فَإِن أَصابَهُ خَيرٌ اطمَأَنَّ بِهِ

maka jika dia memperoleh kebajikan, tetaplah dia dalam keadaan itu, 

Mereka ini orang Islam yang tidak menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka nak tengok-tengok dulu – kalau Islam itu memberi kelebihan kepada mereka, maka mereka mengaku Muslim dan mengamalkan Islam dengan sepenuhnya. Kalimah اطمَأَنَّ dari ط م ن yang bermaksud ‘tenang’ (selalu kita gunakan untuk mutma’innah)

Nota: potongan ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

 

وَإِن أَصابَتهُ فِتنَةٌ انقَلَبَ عَلىٰ وَجهِهِ

dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, dia memusingkan wajahnya ke belakang.

Akan tetapi jikalau mereka lihat Islam itu tidak menguntungkan mereka, maka mereka akan mudah untuk tinggalkan Islam. Maknanya, mereka sanggup tinggalkan akhirat atau rosakkan akidah mereka.

Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibrahim ibnul Haris, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Abu Bukair, telah menceritakan kepada kami Israil, dari Abul Husain, dari Sa’id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna firman-Nya: Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi. (Al-Hajj: 11) Dahulu seorang lelaki datang ke Madinah. Jika isterinya melahirkan bayi laki-laki serta kudanya beranak pula, maka dia mengatakan bahawa Islam adalah agama yang baik (membawa keberuntungan). Tetapi jika isterinya tidak melahirkan serta kudanya tidak melahirkan juga, maka dia mengatakan bahwa Islam adalah agama yang buruk (pembawa kesialan).

Nota: potongan ayat ini juga adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

 

خَسِرَ الدُّنيا وَالآخِرَةَ

Rugilah dia di dunia dan di akhirat. 

Orang-orang yang sebegini sudah mendapat kerugian di dunia lagi dan tambahan pula di akhirat, mereka akan dapat kerugian yang amat-amat teruk.

 

ذٰلِكَ هُوَ الخُسرانُ المُبينُ

Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.

Kalimah الخُسرانُ adalah dalam bentuk mubalaghah kerana ada tambahan ان. Maknanya, kerugian itu bersangatan dan jelas nyata sejelas-jelasnya nanti. Itu adalah di akhirat kelak.

Dan kita telah beritahu yang mereka juga akan dapat kerugian di dunia lagi kerana mereka tidak akan ada ketenangan semasa hidup di dunia.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 5 (Proses kejadian manusia)

Ayat 5: Ayat dalil aqli yang pertama dalam surah ini.

يا أَيُّهَا النّاسُ إِن كُنتُم في رَيبٍ مِّنَ البَعثِ فَإِنّا خَلَقنٰكُم مِّن تُرابٍ ثُمَّ مِن نُّطفَةٍ ثُمَّ مِن عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُم ۚ وَنُقِرُّ فِي الأَرحامِ ما نَشاءُ إِلىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخرِجُكُم طِفلًا ثُمَّ لِتَبلُغوا أَشُدَّكُم ۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلىٰ أَرذَلِ العُمُرِ لِكَيلا يَعلَمَ مِن بَعدِ عِلمٍ شَيئًا ۚ وَتَرَى الأَرضَ هامِدَةً فَإِذا أَنزَلنا عَلَيهَا الماءَ اهتَزَّت وَرَبَت وَأَنبَتَت مِن كُلِّ زَوجٍ بَهيجٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O people, if you should be in doubt about the Resurrection, then [consider that] indeed, We created you from dust, then from a sperm-drop, then from a clinging clot, and then from a lump of flesh, formed and unformed¹ – that We may show you.² And We settle in the wombs whom We will for a specified term, then We bring you out as a child, and then [We develop you] that you may reach your [time of] maturity. And among you is he who is taken in [early] death, and among you is he who is returned to the most decrepit [old] age so that he knows, after [once having] knowledge, nothing. And you see the earth barren, but when We send down upon it rain, it quivers and swells and grows [something] of every beautiful kind.

  • That which is incomplete. This may include what is aborted at that stage.
  • Our power and creative ability.

(MELAYU)

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

 

يا أَيُّهَا النّاسُ إِن كُنتُم في رَيبٍ مِّنَ البَعثِ

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan

Allah hendak memberitahu kepada mereka yang ragu-ragu tentang hari kebangkitan itu yang sebenarnya mereka itu ragu dengan Qudrat Allah. Mereka seolah-olah ragu Allah boleh melakukannya, maka dalam ayat ini Allah menceritakan tentang QudratNya yang hebat.

 

فَإِنّا خَلَقنٰكُم مِّن تُرابٍ

maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah,

Allah mengingatkan manusia bahawa mereka sendiri dijadikan olehNya. Dan manusia dijadikan pula dari tanah. Iaitu merujuk kepada Nabi Adam a.s. Kalau kita tengok tanah itu, tak dapat kita nak bayangkan bagaimana boleh jadi manusia macam kita. Tapi Allah boleh jadikan Nabi Adam itu dari tanah itu.

 

ثُمَّ مِن نُّطفَةٍ

kemudian dari setitis mani,

Keturunan Nabi Adam tidaklah dijadikan dari tanah tapi asalnya dari air mani. Dan bukan kesemua air mani itu tapi sperma yang ada dalam air mani itu.

 

ثُمَّ مِن عَلَقَةٍ

kemudian dari segumpal darah,

Setelah air mani lelaki bertemu dengan ovum wanita, maka terjadilah persenyawaan. Dalam ayat ini digunakan kalimah عَلَقَةٍ. Al-Alaq adalah sesuatu yang melekat dan yang dimaksudkan adalah ketulan darah yang melekat pada rahim ibu yang boleh dilihat apabila scan. Dalam bahasa saintifik, ia dipanggil zigot.

 

ثُمَّ مِن مُّضغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُم

kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu

Kalimah مُّضغَةٍ bermaksud seketul daging dan rupanya seperti dikunyah-kunyah. Ini adalah kerana bentuk janin itu tidaklah kemas sangat.

Kalimah مُّخَلَّقَةٍ bermaksud ‘yang terbentuk dengan sempurna’, atau akan menjadi sempurna. Ia membawa maksud, dari janin itu ia akan terus terbentuk menjadi manusia akhirnya. Dari asalnya berbentuk seperti daging dikunyah sahaja, lama-kelamaan ia akan menjadi bentuk yang boleh dikenali seperti tangan, kepala dan kaki. Seperti kita ini termasuk dalam kategori ini.

Ada janin yang di dalam perut ibu itu cukup sifat dan ada yang tidak cukup sifat. Kalimat غَيرِ مُخَلَّقَةٍ bermaksud janin yang tidak akan jadi sempurna. Kerana ada janin yang gugur tidak menjadi bayi.

Allah hendak menjelaskan kepada kita kebenaran tentang QudratNya. Semua proses-proses ini adalah proses yang terjadi di dalam perut ibu dan tentunya zaman Nabi Muhammad tidak dapat dilihat perkara ini. Akan tetapi ianya tepat dan sudah dibuktikan dengan kajian sains. Dan ini menambah iman kita apabila kita lihat bagaimana tepatnya pemberitahuan Allah tentang proses kejadian manusia satu persatu ini.

 

وَنُقِرُّ فِي الأَرحامِ ما نَشاءُ إِلىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى

dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, 

Yang mana akan menjadi bayi, janin itu akan ditetapkan dalam rahim itu sampai masa yang telah ditetapkan. Allah yang tetapkan bila akan keluar; dan Allah yang tetapkan jikalau janin itu digugurkan.

Apabila kita baca ayat-ayat sebegini, maka ingatlah bahawa Allah lah yang telah membesarkan kita dalam rahim ibu. Memang ibu itu menjaga sungguh kandungan di dalam perutnya, tapi sebenarnya Allah lah yang menjaga janin dan bayi itu pada hakikatnya.

 

ثُمَّ نُخرِجُكُم طِفلًا

kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, 

Apabila sampai masanya, Allah yang mengeluarkan kita sebagai bayi sewaktu kita keluar dari perut ibu kita. Untuk mengeluarkan pun satu usaha juga sampaikan ibu itu rasa nak mati pun ada. Tapi Allah bantu sampai bayi itu boleh dilahirkan.

Allah boleh menceritakan satu persatu proses kejadian manusia ini kerana Dia yang menjadikan manusia itu. Kalau tidak percaya maka tanyalah kepada doktor yang telah melihat dan belajar bagaimana proses kejadian manusia itu bagaimana segala proses yang disebutkan sini memang tepat terjadi seperti yang disebut.

 

ثُمَّ لِتَبلُغوا أَشُدَّكُم

kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan,

Dari kecil, kemudian boleh berjalan, boleh berlari dan membesar menjadi dewasa. Allah juga yang menentukan perkara ini kerana ada yang mati semasa kecil dan ada yang mati semasa dewasa dan ada yang mati setelah tua.

 

وَمِنكُم مَّن يُتَوَفّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلىٰ أَرذَلِ العُمُرِ

dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyuk,

Ada yang diwafatkan semasa muda dan yang mati semasa sudah tua. Yang pasti, semua akan mati. Malah, setiap pagi kita akan dikembalikan kepada kehidupan kita kerana setiap malam kita ‘mati’ sebenarnya dalam tidur.

Kalimah أَرذَلِ dari katadasar ر ذ ل yang bermaksud rendah, rosak, keji, tercela. Maksudnya umur yang tua sampai tidak bagus, nyanyuk. Ada yang kembali kepada kehidupan yang permulaan semasa bayi kerana mereka sudah lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa. Kesihatan pun sudah tidak baik dan ada banyak masalah kepada mereka kerana mereka sudah tua. Mereka sudah tidak dapat nak jaga diri mereka sendiri. Orang lain pula yang kena jaga mereka.

 

لِكَيلا يَعلَمَ مِن بَعدِ عِلمٍ شَيئًا

supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya.

Apabila mereka sudah tua sangat mereka sudah tidak tahu perkara-perkara yang dulunya mereka tahu. Dia berasal daripada tidak tahu iaitu selepas lahir tidak tahu apa-apa dan kemudian dia belajar satu persatu perkara tentang dunia dan agama dan akhirnya apabila dia sudah tua sangat, dia langsung lupa segala perkara yang diketahuinya dulu.

Sehubungan dengan hal ini Ikrimah mengatakan, “Barang siapa yang biasa membaca Alquran, nescaya dia tidak akan mengalami nasib yang demikian itu, yakni terlalu tua dan nyanyuk.”

Maknanya orang itu akan menjadi nyanyuk dan dari ini kita tahu bahawa nyanyuk itu pun adalah kudrat dari Allah juga, iaitu Allah yang menjadikan orang itu nyanyuk kerana ada orang yang sampai ke hari kematiannya dia tidak nyanyuk.

Mereka akan ada masalah kerana banyak benda yang mereka tidak boleh buat lagi. Mereka berharap bantuan dari orang lain seperti seorang bayi memerlukan bantuan dari orang dewasa. Nak mandi dan berak pun orang lain yang kena lakukan.

Tapi, merekalah juga yang menjaga kita dulu semasa kita kecil. Bayangkan masalah sosial yang berlaku sekarang di mana anak-anak tidak mengenang jasa ibu bapa mereka yang menjaga mereka sewaktu kecil dulu. Ibubapa menjaga anak itu tanpa keluh kesah tetapi sekarang apabila anak-anak itu yang kena jaga ayah mereka, waktu itulah mereka jadi resah.

Bayangkan betapa sedihnya orang tua apabila mereka melihat anak-anak mereka seperti tidak suka menjaga mereka. Mereka masih ada perasaan dan mereka dapat rasa apa yang dibuat oleh kata-kata dan memek muka anak-anak mereka itu. Kadang ada anak yang merengus dengan kelakukan ibu bapa mereka yang telah tua itu.

Maka kenalah jaga percakapan kita di hadapan mereka dan jaga muka kita. Ingatlah bahawa peluang besar sungguh kerana dapat jaga emak dan ayah di masa tua mereka. Rugi kalau ibubapa ada lagi, tapi kita tidak ambil peluang untuk menjadikan mereka sebagai punca kita masuk syurga.

 

وَتَرَى الأَرضَ هامِدَةً

Dan kamu lihat bumi ini kering, 

Dan sekarang Allah memberi perbandingan kehidupan manusia dengan tanah yang gersang. Kering kerana tidak ada air diturunkan kepadanya. Bila kering, maka tumbuhan tidak dapat hidup. Ini adalah isyarat kepada manusia yang telah mati. Sebagaimana tanah itu mati, begitu juga manusia boleh mati.

 

فَإِذا أَنزَلنا عَلَيهَا الماءَ اهتَزَّت وَرَبَت

kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah

Mudah sahaja bagi Allah untuk menghidupkan kembali tanah itu. Iaitu dengan diberikan air hujan kepadanya. Dengan adanya air, maka tumbuhan dari hidup kerana tumbuhan memerlukan air.

Begitu juga lah mudah bagi Allah nak hidupkan kita semua dari mati kita. Kalau Allah boleh jadikan dari tidak ada kepada ada; kalau Allah boleh hidupkan tanah yang mati dengan air sahaja, maka kenapa pula Allah tidak boleh nak hidupkan kita kembali? Mudah sahaja bagi Allah.

 

وَأَنبَتَت مِن كُلِّ زَوجٍ بَهيجٍ

dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. 

Kalimah بَهيجٍ digunakan untuk tanah yang ada banyak tanaman yang indah-indah. Banyak pokok dan bunga yang indah.

Allah memberi isyarat tanah yang gersang ini kepada manusia yang akan dihidupkan kembali. Oleh itu setiap kali kita melihat air hujan maka sepatutnya kita ingat bahawa kita ini akan dihidupkan kembali seperti tanah yang gersang itu dihidupkan dengan siraman air sahaja. Mudah sahaja bagi Allah untuk menghidupkan kita kembali sebagaimana mudahnya Dia nak menghidupkan tanah yang gersang.

Tadi telah disebut dengan panjang lebar tentang kejadian manusia – itu pun Allah yang hidupkan kita. Maka kalau kita mati, maka tentulah boleh Allah nak hidupkan kita kerana dari asal, Dia juga yang menjadikan kita, bukan?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 1 – 4 (Kiamat yang dahsyat)

Pengenalan:

Surah al-Hajj ini menyambung perbincangan di dalam Surah Anbiya’ sebelumnya iaitu tentang hari Kiamat.

Dalam surah ini selain daripada menyentuh tentang tauhid, ia juga mengandungi perbandingan-perbandingan yang tidak ada dalam surah-surah yang lain.

Dalam Surah Anbiya’ sebelum ini, telah disebut bagaimana seruan para Nabi adalah kepada Allah taala sahaja (tauhid fid dua’) untuk menghilangkan kesusahan mereka. Dalam Surah Hajj ini pula, menekankan bahawa sebagaimana Allah diseru dalam kesusahan, maka segala ibadah seperti korban, nazar dan sumpah hendaklah dilakukan hanya untuk Allah taala sahaja. Sebagaimana jika seseorang yang menyeru untuk mendapat pertolongan kepada selain Allah semasa kesusahan membawa kepada syirik, begitu juga membuat korban dan penyembelihan kepada selainNya juga menyebabkan syirik.

Surah ini terbahagi kepada dua bahagian:

Ayat 1 – 25: bahagian pertama surah ini. Ia memperkatakan tentang Syirik Iktiqaadi (fahaman syirik). Syirik  yang disentuh di dalamnya adalah syirik fi tasarruf (pengurusan).

Ayat 26 sehingga ke akhir surah: bahagian kedua surah ini dan dari segi akidahnya ia menolak Syirik Amali (amalan syirik).

Surah ini diturunkan di Mekah dan juga di Madinah. Jadi ia adalah surah campuran. Ayat 1 – 24 diturunkan di Mekah pada tahun 13 Kenabian dan selebihnya diturunkan di Madinah.


 

Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 6 perenggan makro. Ayat ini sehingga ke ayat 24 adalah Perenggan Makro Pertama. Ia membincangkan akidah tauhid dan juga tentang Hari Akhirat.

Untuk membuktikannya, Allah mendatangkan berbagai hujah-hujah akal tentang adanya akhirat. Perhatikan kejadian manusia, kehidupannya dan akhirnya mati. Juga tumbuh-tumbuhan yang hidup dan mati. Al-Qur’an yang diturunkan merupakan petunjuk yang nyata, tapi cuma sebahagian orang sahaja yang dapat petunjuk.

Perenggan ini dimulakan dengan ayat Takhwif Ukhrawi.

يا أَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُم ۚ إِنَّ زَلزَلَةَ السّاعَةِ شَيءٌ عَظيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Al-Ḥajj: The Pilgrimage.

O mankind, fear your Lord. Indeed, the convulsion of the [final] Hour is a terrible thing.

(MELAYU)

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).

 

يا أَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُم

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu;

Surah ini bermula dengan menujukan syarahnya kepada seluruh manusia dan ini dijadikan dalil yang ianya adalah Surah Makkiyah kerana selalunya surah-surah Madaniyyah dimulai dengan syarah kepada orang-orang yang beriman.

Ulama berbeza pendapat samada surah ini adalah surah Makkiyyah atau surah Madanniyyah. Kita memilih surah ini mengandungi campuran kedua-duanya seperti yang telah disebut di atas.

 

إِنَّ زَلزَلَةَ السّاعَةِ شَيءٌ عَظيمٌ

sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).

Bertakwalah kepada Allah kerana hari goncangan pada hari Kiamat itu amatlah teruk sampaikan manusia tidak dapat berdiri tegak. Dan goncangan itu akan berterusan tidak berhenti. Ini tidak sama seperti gempa bumi kerana gempa bumi hanya berlaku sekejap sahaja (beberapa saat) tetapi pada hari Kiamat nanti gempa bumi itu akan berterusan sampailah bumi ini hancur.

Bayangkan beberapa saat sahaja bumi ini dilanda dengan gempa bumi berapa banyak kerosakan yang dilakukannya? Tetapi kalau goncangan itu tidak berhenti, bagaimana? Tentu akan hancur sahaja bumi ini dan memang itulah yang akan terjadi.

Cara untuk bertaqwa adalah dengan melakukan taat kepada segala arahan Allah. Maka kenalah belajar apa yang perlu ditaati. Dan untuk tahu itu adalah dengan belajar tafsir Qur’an dan juga Sunnah.

Allah menekankan yang hari itu amat besar dan dahsyat kerana dalam surah sebelum ini telah disebut bagaimana orang-orang kafir itu memperlekehkan kedatangan hari Kiamat itu. Maka sekarang Allah beri penerangan tentang apakah yang akan terjadi pada hari itu. Janganlah memperkecil-kecilkan hari itu. Mereka tidak takut kepada Kiamat itu adakah mereka sangka yang mereka akan selamat? Jangan begitu, nanti menyesal tak sudah.


 

Ayat 2: Ini adalah huraian kepada kalimah ‘goncangan’ yang telah disebut dalam ayat sebelum ini. Allah jelaskan lagi supaya kita dapat bayangkan. Supaya tambah takut lagi dengan hari itu.

يَومَ تَرَونَها تَذهَلُ كُلُّ مُرضِعَةٍ عَمّا أَرضَعَت وَتَضَعُ كُلُّ ذاتِ حَملٍ حَملَها وَتَرَى النّاسَ سُكٰرىٰ وَما هُم بِسُكٰرىٰ وَلٰكِنَّ عَذابَ اللهِ شَديدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

On the Day you see it every nursing mother will be distracted from that [child] she was nursing, and every pregnant woman will abort her pregnancy, and you will see the people [appearing] intoxicated while they are not intoxicated; but the punishment of Allāh is severe.

(MELAYU)

(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya.

 

يَومَ تَرَونَها تَذهَلُ كُلُّ مُرضِعَةٍ عَمّا أَرضَعَت

Pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya

Pada hari itu ibu-ibu yang sedang menyusukan anaknya, tidak kira sama ada manusia ataupun binatang, akan melepaskan anaknya itu. Kalimah تَذهَلُ bermaksud melupakan sesuatu kerana terkejut sangat. Mereka sudah tak hiraukan anaknya lagi. Maknanya ibu-ibu itu sudah tidak sedar tentang anak-anak mereka lagi kerana ada benda yang lebih menakutkan mereka iaitu kejadian Kiamat itu.

Allah beri isyarat betapa teruknya hari itu kerana seorang ibu tentunya amat menjaga anak-anaknya terutama anak-anak yang masih lagi menyusu. Kerana kalau anak sedang menyusu itu memang dijaga bersungguh-sungguh, selalu didukung sahaja. Tetapi kerana dahsyat sangat hari Kiamat itu, mereka akan lepaskan anaknya itu dan sudah tidak menghiraukannya lagi.

 

وَتَضَعُ كُلُّ ذاتِ حَملٍ حَملَها

dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, 

Dan semua makhluk sama ada manusia atau binatang yang sedang hamil akan mengalami keguguran kerana teruknya gegaran bumi pada hari itu. Perempuan mengandung yang trauma sampai boleh gugur kerana ketakutan atau emosi terganggu.

 

وَتَرَى النّاسَ سُكٰرىٰ وَما هُم بِسُكٰرىٰ

dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk,

Dan kita boleh cuba bayangkan bagaimana semua orang dalam keadaan seolah-olahnya mabuk. Allah beri dalam bentuk imagery supaya kita boleh bayangkan. Allah beritahu yang itu mereka itu nampak macam mabuk teruk tetapi bukanlah mereka itu mabuk arak kerana mereka tak minum arak pun. Cuba bayangkan bagaimana orang yang sedang mabuk laut di atas kapal yang sedang terumbang ambing.

 

وَلٰكِنَّ عَذابَ اللهِ شَديدٌ

akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya.

Keadaan pada waktu itu amatlah menakutkan dan mengerikan sesiapa sahaja yang terpaksa melaluinya. Melihat neraka itu sendiri sudah satu azab.

Walaupun kita mungkin diselamatkan daripada mengalami keadaan yang amat teruk ini (kerana orang mukmin akan dimatikan sebelum terjadinya kiamat) tetapi kita boleh mengambil pengajaran darinya: bahawa dunia ini tidak akan kekal maka tidaklah perlu untuk kita terlalu berlebihan di dalam dunia ini dan terlalu berpegang dengannya. Ianya akan hancur juga akhirnya.


 

Ayat 3: Ayat zajrun.

وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِي اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيطٰنٍ مَّريدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And of the people is he who disputes about Allāh without knowledge and follows every rebellious devil.

(MELAYU)

Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,

 

وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِي اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ

Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan

Ayat ini diturunkan berkenaan dengan Nadhr bin Harits dan para pengikutnya. Mereka mengatakan para Malaikat itu adalah anak-anak perempuan Allah.

Begitulah kebanyakan dari manusia, walaupun telah diberikan dengan berbagai hujah dan dalil, tetapi ada sahaja manusia yang suka untuk membantah dan berdebat berkenaan Allah seolah-olah ianya adalah perkara yang ringan.

Mereka membantah ayat-ayat tentang tauhid itu بِغَيرِ عِلمٍ iaitu tanpa memberikan sebarang dalil. Mereka memang sengaja hendak membantah sahaja kerana tidak bersetuju. Kita bukanlah larang untuk sesiapa membantah tetapi kalau hendak membantah pun kenalah ada ilmu dan ilmu itu bermaksud dalil yang sahih.

 

وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيطٰنٍ مَّريدٍ

dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,

Mereka itu telah mengikut syaitan yang jahat مَّريدٍ yang terkehadapan atau yang berlebih-lebihan kejahatannya. Iaitu teruk sangat, ganas sangat. Itulah sifat syaitan. Maknanya, mereka itu telah ikut telunjuk syaitan yang menggerakkan mereka untuk menentang.

Dan idea mereka menentang itu datang dari syaitan. Dan ini amat bahaya terutama sekali pada zaman sekarang kerana maklumat senang sangat untuk didapati oleh manusia dan ianya bercampur baur antara yang benar dan yang palsu.

Kalau seseorang itu tidak mempunyai asas yang kuat dalam agama, dan mereka membaca di internet tentang perbincangan orang-orang kafir dan orang-orang yang tidak beriman atau mempunyai akidah yang sesat, maka kadang-kadang boleh termakan dengan hujah-hujah mereka yang teruk. Kerana kadang-kadang apabila kita baca sesuatu pendapat itu walaupun waktu itu kita tidak percaya terus, tetapi ada sesuatu yang tertinggal di dalam benak kita.

Oleh itu mereka yang membaca penulisan yang sebegitu mungkin rasa mereka bertambah ilmu tetapi sebenarnya mereka telah melemahkan iman mereka kerana penulisan seperti itu akan mula menjauhkan mereka dari kebenaran. Kepala mereka sudah berfikir macam macam… entah-entah ada yang cakap dalam hati: “eh, betul juga dia kata tu..” dan kata-kata ini adalah dari orang yang jahil wahyu. Ini kerana mereka tidak ada asas dari Qur’an untuk menolak fahaman-fahaman yang jauh dari wahyu. Kalau sudah mantap fahaman wahyu, tidaklah seseorang itu termakan dengan diayah-diayah yang mengarut itu.

Oleh kerana sudah mula membaca tentang persoalan-persoalan bodoh dan cetek tentang perbincangan ilmu wahyu yang diutarakan oleh manusia, maka kadang-kadang kita akan berjumpa dengan soalan-soalan yang pelik seperti ada yang bertanya: kenapa Allah menghukum manusia di neraka, sedangkan Dia bersifat Rahman? Dan apabila kita jawab berdasarkan penerangan yang ada di dalam Qur’an, mereka tidak dapat menerimanya kerana pada mereka ianya tidak sampai kepada logik akal mereka.

Ini adalah kerana hati mereka sudah jauh dari wahyu. Sampaikan apa yang telah disampaikan oleh wahyu mereka rasa boleh tolak pula kalau tidak kena dengan tekak mereka. Kerana pada mereka sifat ketuhanan itu mesti kena ikut logik akal mereka pula, padahal kita sepatutnya tertakluk kepada apa yang Allah telah beritahu di dalam wahyuNya. Kerana kita kena ingat yang kita ini semua adalah hamba dan sebagai seorang hamba mestilah taat dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh Allah.

Ketahuilah yang ini semua datangnya daripada bisikan-bisikan syaitan yang menyebabkan mereka memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu difikirkan dan bahaya untuk difikirkan. Maka kita kena berhati-hati dengan apa yang kita baca di media massa dan internet. Sepatutnya terus belajar agama dengan baik supaya kita tidak tertipu dengan diayah-diayah yang pelik yang datang dari luar ini.


 

Ayat 4: Kalau ikut syaitan, memang tidak akan selamat.

كُتِبَ عَلَيهِ أَنَّهُ مَن تَوَلّاهُ فَأَنَّهُ يُضِلُّهُ وَيَهديهِ إِلىٰ عَذابِ السَّعيرِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It has been decreed for him [i.e., every devil] that whoever turns to him – he will misguide him and will lead him to the punishment of the Blaze.

(MELAYU)

yang telah ditetapkan terhadap syaitan itu, bahawa barangsiapa yang berkawan dengan dia, tentu dia akan menyesatkannya, dan membawanya ke azab neraka.

 

كُتِبَ عَلَيهِ أَنَّهُ مَن تَوَلّاهُ فَأَنَّهُ يُضِلُّهُ

Telah ditetapkan terhadap syaitan itu, bahawa barangsiapa yang berkawan dengan dia, tentu dia akan menyesatkannya,

Allah telah tetapkan yang sesiapa sahaja yang berkawan dengan syaitan itu, maka syaitan itu akan menyesatkannya. Di dunia lagi syaitan sudah menyesatkannya. Tidak pernah syaitan akan bawa kebaikan kepada manusia.

 

وَيَهديهِ إِلىٰ عَذابِ السَّعيرِ

dan membawanya ke azab neraka.

Dan ke mana syaitan itu akan bawa orang itu kalau tidak ke neraka yang apinya panas membakar. Di dunia lagi syaitan sudah menyesatkannya dan di akhirat nanti syaitan akan membawanya ke neraka.

Maka untuk menyelamatkan diri kita daripada terjerumus ke dalam bisikan dan panduan syaitan ini maka hendaklah kita rapat dengan wahyu kerana jikalau sesuatu hujah itu tidak diberikan dengan wahyu, maka itu ada kemungkinan itu adalah hujah daripada syaitan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain