Tafsir Surah Hajj Ayat 70 – 72 (Ada yang nak terkam pendakwah)

Ayat 70: Ayat ini mengajar kita yang ilmu Allah itu sempurna.

أَلَم تَعلَم أَنَّ اللهَ يَعلَمُ ما فِي السَّماءِ وَالأَرضِ ۗ إِنَّ ذٰلِكَ في كِتٰبٍ ۚ إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللهِ يَسيرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you not know that Allāh knows what is in the heaven and earth? Indeed, that is in a Record.¹ Indeed that, for Allāh, is easy.

  • The Preserved Slate (al-Lawḥ al-Maḥfūth), which is with Allāh.

(MELAYU)

Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.

 

أَلَم تَعلَم أَنَّ اللهَ يَعلَمُ ما فِي السَّماءِ وَالأَرضِ

Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?;

Pengetahuan dan ilmu Allah meliputi segala-galanya. Bayangkan betapa besarnya langit dan bumi itu yang meliputi seluruh alam ini, dan Allah tahu segala yang ada dan segala yang berlaku – kecil atau besar.

 

إِنَّ ذٰلِكَ في كِتٰبٍ

bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab 

Semua yang berlaku sudah ada tertulis di dalam ‘Kitab’. ‘Kitab’ itu boleh bermaksud Lauh Mahfuz atau ianya bermaksud ilmu Ilahi. Ini adalah ayat mutashabihat dan kita tidak tahu dengan pasti apakah yang dimaksudkan. Yang kita pasti, Allah tahu segala-galanya. Tidak ada yang berlaku tanpa pengetahuan Allah.

Pendapat yang lebih kuat adalah ia merujuk kepada Kitab Lauh Mahfuz. Hal tersebut telah dicatat-Nya pada kitab­Nya yang terpelihara, seperti yang telah disebutkan di dalam kitab Sahih Muslim melalui Abdullah ibnu Amr yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِنَّ اللهَ قَدَّرَ مَقَادِيرَ الْخَلَائِقِ قَبْلَ خلق السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ”

Sesungguhnya Allah telah merencanakan penciptaan seluruh makhluk sebelum menciptakan langit dan bumi dalam jarak masa lima puluh ribu tahun, sedangkan Arasy-Nya berada di atas air.

 

إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللهِ يَسيرٌ

Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.

Kita sikit punya susah nak dapatkan maklumat yang terjadi dalam rumah kita atau pejabat kita – itu pun kita tahu sedikit sahaja. Tapi bagi Allah mudah sahaja Allah dapatkan maklumat. Ini kerana semua adalah dalam perancanganNya. Semua yang berlaku adalah dalam rancangan Allah.

Maka jangan kita pelik dan bandingkan ilmu Allah dengan ilmu kita. Kita memang tidak akan dapat nak capai bagaimanalah Allah boleh tahu segalanya? Allah kata mudah sahaja bagiNya.

Di dalam kitab-kitab sunan telah disebutkan melalui hadis sejumlah sahabat, bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“أَوَّلُ مَا خَلَقَ اللهُ الْقَلَمَ، قَالَ لَهُ: اكْتُبْ، قَالَ: وَمَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبْ مَا هُوَ كَائِنٌ. فَجَرَى الْقَلَمُ بِمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ”

Mula-mula yang diciptakan oleh Allah ialah Qalam. Allah berfirman kepadanya, “Tulislah!” Qalam berkata, “Apa yang harus hamba tulis?” Allah berfirman, “Tulislah segala sesuatu yang akan terjadi.” Maka Qalam menulis semua yang akan terjadi sampai hari kiamat.


 

Ayat 71: Walaupun hanya Allah sahaja yang tahu segala perkara, tapi masih ada juga manusia yang menyembah selain Allah. Allah kutuk mereka dalam ayat ini.

وَيَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ ما لَم يُنَزِّل بِهِ سُلطٰنًا وَما لَيسَ لَهُم بِهِ عِلمٌ ۗ وَما لِلظّٰلِمينَ مِن نَصيرٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they worship besides Allāh that for which He has not sent down authority and that of which they have no knowledge. And there will not be for the wrongdoers any helper.

(MELAYU)

Dan mereka menyembah selain Allah, apa yang Allah tidak menurunkan keterangan tentang itu, dan apa yang mereka sendiri tiada mempunyai pengetahuan terhadapnya. Dan bagi orang-orang yang zalim sekali-kali tidak ada seorang penolong pun.

 

وَيَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ ما لَم يُنَزِّل بِهِ سُلطٰنًا

Dan mereka menyembah selain Allah, apa yang Allah tidak menurunkan keterangan tentang itu,

Mereka puja juga selain Allah tanpa ada dalil pun. Dan dalil yang dimaksudkan dalam potongan ayat ini adalah dalil naqli. Mereka sahaja memandai melakukan perkara yang tidak ada dalil. Lalu dari mana mereka dapat ajaran itu?

Selalunya ia datang dari ajaran tok nenek yang telah lama diamalkan dalam masyarakat. Dan asal sebenarnya adalah dari ajaran syaitan yang dibisikkan kepada manusia. Tapi kerana tidak belajar dan hanya tahu ikut sahaja apa yang diajar, maka ramai yang berbuat amalan yang salah dan sesat.

Inilah bahaya kalau tidak tahu wahyu dan tidak tahu bagaimana hendak mengambil dalil yang benar. Allah nak ajar bahawa dalam hal agama, kena ada bukti dari nas yang sahih. Amalan agama kena ada bukti. Kalau semua orang boleh buat ikut suka, maka rosaklah agama kita ini.

Maka janganlah ikut sahaja apa yang disampaikan oleh ustaz-ustaz di luar sana. Kalau tok nenek sudah lama amalkan sesuatu ajaran, tidak semestinya ia benar. Kena tanya datang dari mana sesuatu fahaman dan amalan itu.

 

وَما لَيسَ لَهُم بِهِ عِلمٌ

dan apa yang mereka sendiri tiada mempunyai pengetahuan terhadapnya. 

Dan ini bermaksud dalil aqli. Mereka amalkan perkara yang mereka tidak ada dalil aqli pun tentangnya. Malangnya begitulah fahaman kebanyakan dari manusia. Jadi Dalil Naqli tidak ada, Dalil Aqli pun tidak ada. Memang mereka yang menyembah selain Allah itu tidak ada dalil langsung. Yang mereka ada hanyalah hujah bathil sahaja.

 

وَما لِلظّٰلِمينَ مِن نَصيرٍ

Dan bagi orang-orang yang zalim sekali-kali tidak ada seorang penolong pun.

Mereka dikatakan zalim kerana menyembah selain Allah. Maksud ‘zalim’ dalam ayat ini adalah syirik. Kerana zalim yang paling besar adalah syirik kepada Allah.

Nanti mereka akan dikenakan dengan azab dan waktu itu mereka tidak akan ada sebarang penolong pun yang akan menyelamatkan mereka dari azab Allah. Ini menolak fahaman sesat mereka yang mengatakan Nabi, wali dan malaikat yang mereka sembah itu akan beri pertolongan kepada mereka.

Mereka yang musyrik itu menyembah dan berdoa kepada Nabi, wali dan malaikat dengan harapan dapat ditolong. Tapi Allah tegaskan yang mereka tidak akan ada penolong, termasuklah Nabi, wali atau malaikat. Ini membatalkan fahaman sesat mereka.


 

Ayat 72: Bagaimana reaksi musyrikin atau mereka yang ada sifat musyrik di dalam hati mereka apabila dibacakan ayat-ayat Allah?

وَإِذا تُتلىٰ عَلَيهِم ءآيٰتُنا بَيِّنٰتٍ تَعرِفُ في وُجوهِ الَّذينَ كَفَرُوا المُنكَرَ ۖ يَكادونَ يَسطونَ بِالَّذينَ يَتلونَ عَلَيهِم ءآيٰتِنا ۗ قُل أَفَأُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذٰلِكُمُ ۗ النّارُ وَعَدَهَا اللهُ الَّذينَ كَفَروا ۖ وَبِئسَ المَصيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when Our verses are recited to them as clear evidences, you recognize in the faces of those who disbelieve disapproval. They are almost on the verge of assaulting those who recite to them Our verses. Say, “Then shall I inform you of [what is] worse than that?¹ [It is] the Fire which Allāh has promised those who disbelieve, and wretched is the destination.”

  • i.e., worse than the rage you feel against those who recite Allāh’s verses or worse than your threats against them.

(MELAYU)

Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat Kami yang terang, nescaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang engkar itu. Hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami di hadapan mereka. Katakanlah: “Apakah akan aku khabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu, iaitu neraka?” Allah telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. Dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.

 

وَإِذا تُتلىٰ عَلَيهِم ءآيٰتُنا بَيِّنٰتٍ

Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat Kami yang terang,

Ini adalah tentang reaksi mereka yang ragu-ragu dengan wahyu. Apabila disebutkan ajaran-ajaran yang ada di dalam wahyu kepada mereka, kita boleh lihat bagaimana muka mereka yang tidak menerimanya berubah dan buat muka pelik. Kita sudah boleh agak yang ia bermaksud mereka tidak suka dengan apa yang kita sampaikan itu. Lebih-lebih lagi kalau ayat-ayat tauhid.

Sedangkan ayat-ayat itu telah jelas nyata bagi mereka yang membuka hati mereka kepada kebenaran. Mereka sahaja yang degil untuk menerimanya.

Perkara ini anda akan boleh lihat kalau ada sudah mula berdakwah. Memang ramai yang akan jadi begini. Allah sudah beritahu siap-siap dalam ayat ini. Memang pelik tindakan mereka itu, padahal yang kita bacakan adalah ayat-ayat Qur’an sendiri. Kalau mereka tak percaya apa yang kita baca itu, mereka sendiri boleh baca.

 

تَعرِفُ في وُجوهِ الَّذينَ كَفَرُوا المُنكَرَ

nescaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang engkar itu. 

Muka mereka berkerut, tanda muka yang tidak puas hati. Gelisah sahaja muka mereka kerana tak suka dengan apa yang disampaikan. Ini adalah kerana sudah ada akidah syirik dalam diri mereka. Dalaman mereka sudah tidak betul, jadi apabila datangnya haq, mereka susah nak terima.

Padahal yang kita sampaikan adalah dari Qur’an sendiri. Tapi mereka rasa pelik kerana ianya berlainan dari apa yang mereka pelajari. Merah padam dan kembang kempis hidung mereka menahan marah.

 

يَكادونَ يَسطونَ بِالَّذينَ يَتلونَ عَلَيهِم ءآيٰتِنا

Hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami di hadapan mereka. 

Ini ada yang jenis lebih teruk. Ada yang sangat benci dan tidak setuju dengan ayat-ayat wahyu yang disampaikan itu sampaikan syaitan di dalam diri mereka hampir-hampir berjaya menggerakkan mereka untuk tangkap dan menyakiti orang yang membacakan wahyu itu kepada mereka. Nampak macam mereka nak melompat dan terkam kita sahaja.

Kadangkala mereka tidak serang dengan tangan, tapi mereka serang dengan mulut mereka. Mereka memang tidak ada dalil, jadi mereka tidak dapat berdebat dan berhujah dengan baik. Maka yang mereka ada hanyalah kata-kata nista sahaja. Memang kalau kita dengar hujah mereka, yang dibawakan adalah hujah-hujah bodoh sahaja.

Tapi mungkin kerana mereka jenis garang, ramai pengikut mereka, maka bolehlah mereka nak cakap kasar sikit. Kalau dengan orang sebegini, kena sabar sahajalah. Kerana tidak layak kalau kita nak lawan balik. Jangan kita jadi bodoh seperti mereka. Kita ada hujah, maka kita berhujah dengan dalil sahaja. Jangan kita keluarkan kata-kata huduh seperti mereka.

Kalau kita berdebat dengan mereka dan mereka menggunakan kata-kata hina, maka tahulah kita yang mereka tidak ada hujah lagi sebenarnya. Selalunya yang mereka akan kata: “ha inilah dia puak Wahabi!”. Itu sahaja yang mereka mampu kata. Maka dalam hal ini, kita senyum sahajalah. Kerana sudah tahu mereka tidak ada hujah.

 

قُل أَفَأُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذٰلِكُمُ

Katakanlah: “Apakah akan aku khabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu,

Kepada mereka itu Allah ada pesanan: Kamu tidak suka dengan wahyu yang disampaikan ini, tetapi mahukah kamu mendengar yang lebih teruk dari itu? Apakah yang lebih teruk dari kemarahan dan kebencian kamu itu? Kamu nak serang orang yang sampaikan ajaran tauhid dari wahyu itu, tapi kamu tahu tak apa yang lebih teruk dari serangan kamu itu?

 

النّارُ وَعَدَهَا اللهُ الَّذينَ كَفَروا

iaitu neraka?” Allah telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. 

Yang lebih teruk dari itu adalah neraka. Iaitu kalau tidak mahu dengar dan terima, maka neraka lah tempat akhir kamu. Yang kamu marah sangat ini adalah kebenaran. Yang kamu nak lawan itu adalah orang yang nak ajar kamu untuk menyelamatkan kamu dari neraka jahannam. Jadi yang kamu marah sangat ni, kenapa? Tahukah kamu yang tindakan kamu ini akan memasukkan kamu ke dalam neraka?

 

وَبِئسَ المَصيرُ

Dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.

Kamu pun tahu yang neraka itu tempat yang amat teruk sekali. Kamu tak akan sanggup nak menghadapinya. Kamu pun tak mahu nak masuk neraka, bukan? Maka dengarlah ajaran dari Qur’an ini. Bukan orang yang menyampaikan itu reka sendiri ajaran ini tapi ianya datang dari Qur’an.

Cuma bezanya, orang yang sampaikan itu telah belajar dahulu tafsir Qur’an dari kamu. Maka dengarlah dahulu, jangan nak terus marah. Dengar dan fikirkan apakah ada kebenaran di dalamnya? Kalau kamu tidak pernah dengar lagi, maka jangan terus tolak. Cuba fikir-fikirkan dulu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 22 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 65 – 69 (Allah kawal langit)

Ayat 65:Ayat dalil aqli.

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ سَخَّرَ لَكُم مّا فِي الأَرضِ وَالفُلكَ تَجري فِي البَحرِ بِأَمرِهِ وَيُمسِكُ السَّماءَ أَن تَقَعَ عَلَى الأَرضِ إِلّا بِإِذنِهِ ۗ إِنَّ اللهَ بِالنّاسِ لَرَءوفٌ رَّحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you not see that Allāh has subjected to you whatever is on the earth and the ships which run through the sea by His command? And He restrains the sky from falling upon the earth, unless by His permission. Indeed Allāh, to the people, is Kind and Merciful.

(MELAYU)

Apakah kamu tiada melihat bahawasanya Allah menundukkan bagimu apa yang ada di bumi dan bahtera yang berlayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan Dia menahan (benda-benda) langit jatuh ke bumi, melainkan dengan izin-Nya? Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada Manusia.

 

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ سَخَّرَ لَكُم مّا فِي الأَرضِ

Apakah kamu tidak melihat bahawasanya Allah menundukkan bagimu apa yang ada di bumi

Allah mengingatkan kita yang Dia telah mudahkan kita hidup di bumi ini. Segala yang ada di dunia ini adalah untuk kita gunakan. Kita boleh menguasai binatang dan tanaman. Kita boleh gunakan tanah, air, angin, matahari dan lain-lain. Sebagai contoh, Allah beri ilham kepada kita bagaimana nak gunakan air untuk buar kincir angin untuk mengeluarkan tenaga elektrik.

 

وَالفُلكَ تَجري فِي البَحرِ بِأَمرِهِ

dan bahtera yang berlayar di lautan dengan perintah-Nya.

Dan Allah tundukkan juga laut untuk kita. Maksudnya Allah memperjalankan kapal dengan izinNya. Kita diberi ilham untuk buat kapal dan Allah ajar bagaimana nak belayar di laut yang besar. Kita boleh pergi ke tempat-tempat yang jauh. Boleh berniaga, melancong dan mengerjakan Haji (tema surah ini) dan sebagainya.

 

وَيُمسِكُ السَّماءَ أَن تَقَعَ عَلَى الأَرضِ إِلّا بِإِذنِهِ

Dan Dia menahan (benda-benda) langit jatuh ke bumi, melainkan dengan izin-Nya

Allah memberitahu bahawa Dia yang menahan langit dari jatuh ke bumi. Maksud langit itu adalah apa-apa sahaja yang berada di atas kepala kita termasuklah segala bintang-bintang, segala meteor, segala pancaran-pancaran yang membahayakan kita.

Semua itu Allah tahan daripada mengenai kita. Sebagai contoh, atmosfera bumi menghalang meteor besar dari mengenai bumi. Hanya yang kecil-kecil sahaja yang jatuh ke bumi. Dan medan magnet yang dinamakan Van-Allen Belt menahan sinaran yang merbahaya dari matahari.

Semua itu di dalam pemeliharaan Allah Ta’ala. Maka kerana itu jangan kita risau dengan kata-kata para Saintis yang mengatakan kita akan dilanggar meteor dan sebagainya. Selagi belum sampai masanya Kiamat, Allah akan elak perkara itu dari terjadi.

 

إِنَّ اللهَ بِالنّاسِ لَرَءوفٌ رَّحيمٌ

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada Manusia.

Semua kelebihan yang Allah berikan kita, pemeliharaan yang Allah telah adakan untuk kita, adalah kerana Allah amat sayang kepada kita.

Maka kenalah kita menghargai jasa Allah ini dan sembahlah Dia sahaja, berdoa kepada Allah lah sahaja.


 

Ayat 66: Ayat dalil aqli.

وَهُوَ الَّذي أَحياكُم ثُمَّ يُميتُكُم ثُمَّ يُحييكُم ۗ إِنَّ الإِنسٰنَ لَكَفورٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And He is the one who gave you life; then He causes you to die and then will [again] give you life. Indeed, mankind is ungrateful.

(MELAYU)

Dan Dialah Allah yang telah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu (lagi), sesungguhnya manusia itu, benar-benar sangat mengingkari nikmat.

 

وَهُوَ الَّذي أَحياكُم ثُمَّ يُميتُكُم ثُمَّ يُحييكُم

Dan Dialah yang telah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu (lagi),

Ayat ini ada persamaan dengan ayat di dalam Surah Al-Baqarah kerana surah ini ada banyak persamaan dengan Surah Baqarah. Iaitu ayat,

{كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ}

Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu asalnya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nyalah kalian dikembalikan? (Al-Baqarah: 28)

Mulanya kita dihidupkan ke atas dunia ini. Kemudian bila sampai masanya, kita akan mati. Dan kemudian kita akan dihidupkan di akhirat kelak.

Ini adalah proses kehidupan manusia. Semua ini dalam qudrat Allah, dan hanya Allah sahaja yang menentukannya. Kita tak boleh nak tentukan bila nak mati dan hidup balik. Maka hendaklah kita mengabdikan diri kepada Allah sahaja. Hendaklah berdoa kepada Allah sahaja.

 

إِنَّ الإِنسٰنَ لَكَفورٌ

sesungguhnya manusia itu, benar-benar sangat mengingkari nikmat.

Tapi manusia banyak yang kufur tidak menghargai nikmat yang Allah beri dengan melakukan syirik. Mereka lupa bahawa Allah yang telah menghidupkan mereka pertama kali di dunia dan akan menghidupkan mereka sekali lagi di akhirat kelak. Mereka tidak bersyukur atas segala nikmat dunia, nikmat Allah beri keselamatan kepada mereka.

Allah sahaja yang beri segala keperluan kita tapi ada juga manusia sembah dan doa kepada selain Allah. Tetapi manusia yang engkar dengan wahyu telah engkar dengan larangan Allah. Ramai yang melakukan syirik seperti berdoa kepada selain Allah, sembah kepada selain Allah dan macam-macam lagi perkara syirik yang manusia lakukan dalam kehidupan mereka. Ini mereka lakukan tanpa sedar atau tidak.


 

Ayat 67:

لِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلنا مَنسَكًا هُم ناسِكوهُ ۖ فَلا يُنٰزِعُنَّكَ فِي الأَمرِ ۚ وَادعُ إِلىٰ رَبِّكَ ۖ إِنَّكَ لَعَلىٰ هُدًى مُّستَقيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

For every religion We have appointed rites which they perform. So, [O Muḥammad], let them [i.e., the disbelievers] not contend with you over the matter but invite them to your Lord. Indeed, you are upon straight guidance.

(MELAYU)

Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syari’at tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah kamu dalam urusan (syari’at) ini dan serulah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus.

 

لِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلنا مَنسَكًا هُم ناسِكوهُ

Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syari’at tertentu yang mereka lakukan, 

Setiap umat ada syariat dan cara ibadat yang Allah ajar termasuk cara mengerjakan Korban. Setiap umat ada cara-cara korban yang telah Allah syariatkan kepada mereka maka janganlah hendak mengatakan cara mereka itu lebih baik daripada cara yang lain.

Memang cara syariat berlainan antara satu sama lain. Akidah sahaja yang sama. Maka apabila puak Yahudi tegur cara korban umat Nabi Muhammad, itu tidak benar.

Ibnu Jarir mengatakan bahawa asal kata mansak menurut istilah bahasa ertinya tempat yang biasa didatangi oleh manusia yang dia selalu bolak-balik kepadanya, adakalanya untuk tujuan baik atau tujuan buruk. Kerana itulah ‘manasik haji’ dinamakan dengan memakai kata ini, mengingat banyak manusia yang berdatangan kepada­nya dan bermukim padanya.

Dan jika makna yang dimaksudkan ialah bagi tiap-tiap umat Allah telah tetapkan syariat tertentu dengan ketetapan secara takdir, bererti maknanya sama dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya:

{وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا}

Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang dia menghadap kepadanya. (Al-Baqarah: 148)

 

فَلا يُنٰزِعُنَّكَ فِي الأَمرِ

lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah kamu dalam urusan (syari’at) ini

Jadi tidak patut mereka bantah cara syariat Islam dalam ibadah korban. Tidak perlu berbantah dengan mereka untuk menegakkan mana cara yang lebih baik. Jangan nak persoalkan syariat Islam sekarang. Taurat dan Injil memang lain tapi sekarang sudah kena pakai cara yang diajar dalam Islam. Apabila Nabi Muhammad telah naik menjadi Rasul, maka segala syariat yang lepas sudah tidak terpakai lagi.

Ada juga perbantahan dari Musyrikin Mekah. Mereka kutuk cara Islam yang menyembelih binatang dan tidak makan bangkai yang mati tanpa disembelih. Mereka berhujah yang kata binatang yang mati sendiri itu dimatikan oleh Allah. Maka mereka kata itu patutnya lebih mulia kerana Allah sendiri yang mematikan binatang itu.

Allah kata jangan berbantah dengan mereka dalam hal ini. Tidak perlu dilayan hujah-hujah karut mereka itu.

 

وَادعُ إِلىٰ رَبِّكَ

dan serulah kepada Tuhanmu.

Yang pasti sama adalah berkenaan tauhid. Maka ajak manusia kepada tauhid. Ajak kepada kenal Allah dan hargai Allah sebagaimana yang sepatutnya. Yang sepatutnya adalah menghargai Allah dalam fahaman tauhid. Ini hanya dapat difahami kalau belajar tafsir Qur’an. Kerana kalau tidak belajar, tidak akan faham.

 

إِنَّكَ لَعَلىٰ هُدًى مُّستَقيمٍ

Sesungguhnya engkau benar-benar berada pada jalan yang lurus.

Dan Allah tekankan yang Nabi Muhammad sudah berada di atas jalan yang lurus. Oleh kerana itu kena ikut cara syariat Nabi, kena ikut arahan Nabi.

Maka jangan sangsi lagi kalau umat sebelum itu hendak melecehkan apa yang baginda ajar. Maka kalau ada yang kata apa-apa dan nak berdebat tentang perkara itu, tidak perlu dilayan kerana lebih baik tumpukan perhatian kepada ibadat saja. Tetaplah teguh di atas syariat Nabi Muhammad.

 


Ayat 68:

وَإِن جٰدَلوكَ فَقُلِ اللهُ أَعلَمُ بِما تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if they dispute with you, then say, “Allāh is most knowing of what you do.

(MELAYU)

Dan jika mereka membantah kamu, maka katakanlah: “Allah lebih mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan”.

 

وَإِن جٰدَلوكَ

Dan jika mereka membantah kamu,

Allah beritahu yang memang ada yang akan bantah. Semakin kita menghampiri penghujung surah ini kita akan kembali melihat isu tentang perdebatan yang telah disebut di awal surah ini. Allah nak sentuh lagi perkara itu. Manusia memang akan ada sahaja yang membantah perkara yang mereka tidak tahu, perkara yang mereka tidak setuju.

 

فَقُلِ اللهُ أَعلَمُ بِما تَعمَلونَ

maka katakanlah: “Allah lebih mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan”.

Apabila kalimah yang digunakan adalah تَعمَلونَ (kamu perbuat), ia bermaksud perbuatan dan juga niat; yang memberi isyarat bahawa Allah bukan saja tahu apa yang mereka lakukan tetapi Allah tahu niat mereka di dalam melakukannya.

Allah tahu apa yang mereka lakukan maka pandailah Allah nak balas mereka atas segala perbuatan mereka. Jangan nak sibuk bantah syariat yang Nabi Muhammad bawakan. Jangan kamu rasa yang kamu hebat, kerana Allah tahu apa yang kamu telah perbuat. Ada banyak kesalahan yang kamu telah lakukan dan semua itu Allah tahu.

Apabila Allah kata Dia tahu apa yang mereka lakukan, ini sebenarnya adalah peringatan dan ancaman. Allah nak beritahu yang apa yang mereka buat itu akan dibalas nanti akhirnya. Jangan sangka Allah tengok sahaja.


 

Ayat 69:

اللهُ يَحكُمُ بَينَكُم يَومَ القِيٰمَةِ فيما كُنتُم فيهِ تَختَلِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh will judge between you on the Day of Resurrection concerning that over which you used to differ.”

(MELAYU)

Allah akan mengadili di antara kamu pada hari kiamat tentang apa yang kamu dahulu selalu berselisih padanya.

 

Perkara yang kamu perdebatkan dan tidak bersetuju dan berbalah bantah antara satu sama lain itu akan dihukum oleh Allah di akhirat kelak. Waktu itu akan dilakukan pengadilan secara amali. Waktu itu akan pasti mana yang benar dan mana yang salah.

Tapi semasa di dunia ini telah diberitahu mana yang benar dan mana yang salah. Maka kenalah kita belajar semasa di dunia dan kita amalkan. Janganlah baru tahu di akhirat kelak kerana waktu itu sudah terlambat untuk baiki diri kita. Waktu itu sangatlah menyesal. Kerana waktu itu bukan nak jelaskan siapa yang bersalah sahaja, tapi yang bersalah akan dimasukkan ke dalam neraka. Maka kalau baru tahu salah amalan mereka, sudah terlambat untuk buat apa-apa lagi.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 22 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 60 – 64 (Allah bantu yang dizalimi)

Ayat 60:

۞ ذٰلِكَ وَمَن عاقَبَ بِمِثلِ ما عوقِبَ بِهِ ثُمَّ بُغِيَ عَلَيهِ لَيَنصُرَنَّهُ اللهُ ۗ إِنَّ اللهَ لَعَفُوٌّ غَفورٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That [is so]. And whoever responds [to injustice] with the equivalent of that with which he was harmed and then is tyrannized – Allāh will surely aid him. Indeed, Allāh is Pardoning and Forgiving.¹

  • In spite of His ability to take vengeance. The statement contains a suggestion that the believers pardon as well.

(MELAYU)

Demikianlah, dan barangsiapa membalas seimbang dengan penganiayaan yang pernah dia derita kemudian dia dianiaya (lagi), pasti Allah akan menolongnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

 

ذٰلِكَ وَمَن عاقَبَ بِمِثلِ ما عوقِبَ بِهِ

Demikianlah, dan barangsiapa membalas seimbang dengan penganiayaan yang pernah dia derita

Puak Musyrikin Mekah itu telah menentang para sahabat dan orang mukmin kerana mereka rasa mereka menentang ajaran sesat orang Islam. Pada mereka, Nabi Muhammad itu bawa ajaran sesat maka mereka rasa tidaklah salah apabila mereka menentang baginda dan menyerang puak Muslim.

Dan tidaklah salah apabila puak Muslim telah menyerang balik. Mereka memang ada hak untuk mempertahankan diri mereka. Mereka balas seperti apa yang telah dikenakan kepada mereka. Begitu juga kita, kalau kita dianiaya, kita boleh balas balik. Tapi kena seimbang, tidak boleh lebih dari yang dikenakan kepada kita. Kita kena jaga supaya jangan zalim. Kalau balas lebih, itu sudah zalim.

 

ثُمَّ بُغِيَ عَلَيهِ

kemudian dia dianiaya (lagi),

Allah beritahu yang kemudian puak kufar akan melakukannya lagi walaupun selepas mereka kalah dalam Perang Badar. Kita tahu yang Musyrikin Mekah telah menyerang kembali pada Perang Uhud, Khandak dan lain-lain.

Dalam ayat ini Allah memberitahu yang puak mukmin akan diserang berkali-kali dan Allah memberi berita baik yang mereka tidak memerlukan tentera pun kerana Allah akan membantu mereka.

 

لَيَنصُرَنَّهُ اللهُ

pasti Allah akan menolongnya.

Allah hendak memberitahu dalam ayat ini bahawa mereka yang dizalimi akan sentiasa mendapat bantuan Allah. Doa mereka akan dimakbulkan oleh Allah. Mereka akan diselamatkan oleh Allah walaupun mereka diserang berkali-kali oleh pihak kuffar.

Ia juga mengajar kita supaya jangan berlaku zalim kerana kalau orang yang dizalimi itu berdoa kepadaNya, Allah akan makbulkan. Kalau mereka angkat tangan dan doa kepada Allah terhadap yang menzalimi mereka, maka Allah akan bantu dengan makbulkan doa itu.

Oleh itu, kalau kita dizalimi dan kita balas sama seperti yang telah dilakukan kepada kita mengikut lunas undang-undang, itu dibenarkan. Ini dinamakan qisas. Maka kerajaan Islam kena benarkan qisas ini berjalan. Kena jalankan undang-undang ini.

Dan kalau selepas itu orang itu masih lagi dizalimi, maka Allah akan bantu dia.

 

إِنَّ اللهَ لَعَفُوٌّ غَفورٌ

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

Allah maha pengampun dan akan maafkan mereka yang melakukan kezaliman tapi kemudian meminta ampun. Maka kalau kita ada zalimi orang lain, maka berhentilah dan mintalah ampun kepada Allah dan minta maaf kepada orang yang kita telah zalimi.

Kalimah afwun lebih kuat dari ghafur. Kalau Allah ghafir, itu bermaksud dosa itu akan dipotong. Tapi kalau afwun, bermaksud dosa itu akan dihilangkan terus, dalam rekod pun tidak ada.

Kenapa Allah sebut tentang pengampunan pula? Kerana kalau umat Islam terpaksa menyerang orang kafir di Bulan Haram, maka Allah boleh ampunkan mereka.


 

Ayat 61: Allah nak beritahu Dia berkuasa penuh. Diantaranya Dia boleh bantu orang yang dizalimi.

ذٰلِكَ بِأَنَّ اللهَ يولِجُ اللَّيلَ فِي النَّهارِ وَيولِجُ النَّهارَ فِي اللَّيلِ وَأَنَّ اللهَ سَميعٌ بَصيرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That¹ is because Allāh causes the night to enter the day and causes the day to enter the night and because Allāh is Hearing and Seeing.

  • i.e., Allāh’s capability to give assistance or victory to the oppressed.

(MELAYU)

Yang demikian itu, adalah kerana sesungguhnya Allah (kuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan bahawasanya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

 

ذٰلِكَ بِأَنَّ اللهَ يولِجُ اللَّيلَ فِي النَّهارِ

Yang demikian itu, adalah kerana sesungguhnya Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang

Siang dan malam adalah dalam Qudrat Allah. Allah yang menjadikan sian gdan malam dan ia tidak terjadi sendiri. Apa kena siang dan malam ini dengan peperangan?

Allah hendak memberitahu bahawa siang dan malam berubah, begitu juga musim, dan begitu juga zaman pemerintahan. Sebagaimana Allah boleh ubah siang dan malam, begitu juga pemerintahan dan kekuasaan. Maka Allah berkuasa untuk beri kemenangan kepada umat Islam kalau Dia mahu.

Kalau waktu itu kekuatan ada pada puak Quraisy, ia tidak lama kerana mereka akan dijatuhkan dan puak Islam akan naik. Mereka kena ingat yang mereka tidak akan kekal kerana seperti juga siang dan malam akan berubah, kekuasaan mereka juga akan berubah.

 

وَيولِجُ النَّهارَ فِي اللَّيلِ

dan memasukkan siang ke dalam malam

Allah sahaja yang buat malam dan siang. Manusia lihat sahaja ia berlaku tanpa boleh buat apa-apa. Kalau malam dan siang pun Allah boleh ubah, takkan kekuasaan manusia pun Allah tak boleh ubah?

 

وَأَنَّ اللهَ سَميعٌ بَصيرٌ

dan bahawasanya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Allah melihat dan mendengar apa sahaja yang manusia lakukan. Allah akan balas percakapan dan perbuatan manusia. Kalau ada yang menzalimi orang lain, maka Allah akan balas di akhirat kelak kalau Allah tidak balas di dunia lagi. Kerana Allah boleh sahaja balas di dunia, tak payah tunggu akhirat. Tapi kalau tidak dibalas di dunia, Allah akan balas di akhirat juga nanti.

Allah juga mendengar doa permintaan orang Mukmin dan berdoa kepadaNya meminta kemenangan. Allah beri isyarat yang Allah akan makbulkan permintaan mereka dan kemenangan akan diberikan kepada mereka nanti.


 

Ayat 62:

ذٰلِكَ بِأَنَّ اللهَ هُوَ الحَقُّ وَأَنَّ ما يَدعونَ مِن دونِهِ هُوَ البٰطِلُ وَأَنَّ اللهَ هُوَ العَلِيُّ الكَبيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That is because Allāh is the Truth, and that which they call upon other than Him is falsehood, and because Allāh is the Most High, the Grand.

(MELAYU)

(Kuasa Allah) yang demikian itu, adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) Yang Haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah, itulah yang batil, dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

 

ذٰلِكَ بِأَنَّ اللهَ هُوَ الحَقُّ

Yang demikian itu, adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) Yang Haq 

Allah boleh balas kerana Dia yang al-haq. Allah berkuasa penuh untuk buat apa sahaja yang Dia kehendaki. Kebenaran ada pada Allah dan Allah akan tegakkan kebenaran itu.

Allah yang sepatutnya diseru dan disembah. Oleh kerana itu, peperangan yang dijalankan oleh umat Islam itu adalah kerana hendak menegakkan agama Tauhid, maka apa yang mereka lakukan itu adalah benar.

 

وَأَنَّ ما يَدعونَ مِن دونِهِ هُوَ البٰطِلُ

dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah, itulah yang batil, 

Kezaliman itu ada banyak jenis. Kalau zalim kepada orang pun sudah teruk tapi yang paling zalim adalah zalim kepada Allah. Zalim yang dimaksudkan adalah kesyirikan. Ini adalah kerana ada manusia yang menyeru selain Allah dalam doa mereka, seperti yang dilakukan oleh Musyrikin Mekah itu. Allah tekankan yang mereka seru selain Allah itu adalah perbuatan bathil.

Maka golongan musyrik itu perlu dikalahkan supaya agama Tauhid dapat ditegakkan. Maka jangan takut untuk memerangi orang kafir.

 

وَأَنَّ اللهَ هُوَ العَلِيُّ الكَبيرُ

dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Hanya Allah sahaja yang boleh diseru dalam doa. Kerana Allah sahaja yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Oleh itu sesiapa yang menyeru Allah sahaja yang akan diberikan kemenangan. Perkara ini banyak disebut dalam ayat-ayat yang lain.


 

Ayat 63: Dari ayat ini sehingga ke ayat 76 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia mengandungi Dalil Tauhid. Allah menjelaskan lagi sifat-sifat RubbubiyahNya mencipta dan mengatur alam ini. Allah juga berkata tuhan yang mereka seru itu nak cipta lalat pun tak mampu.

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ أَنزَلَ مِنَ السَّماءِ ماءً فَتُصبِحُ الأَرضُ مُخضَرَّةً ۗ إِنَّ اللهَ لَطيفٌ خَبيرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you not see that Allāh has sent down rain from the sky and the earth becomes green? Indeed, Allāh is Subtle and Acquainted.¹

  • With His creation and with the needs of His creatures.

(MELAYU)

Apakah kamu tiada melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

 

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ أَنزَلَ مِنَ السَّماءِ ماءً

Apakah kamu tiada melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit,

Allah memberi isyarat menggunakan tanaman yang tumbuh kerana air hujan yang Allah turunkan. Ini kerana Allah hendak mengingatkan yang walaupun orang-orang mukmin itu akan mati tetapi jangan risau kerana mereka akan dihidupkan kembali di syurga.

 

فَتُصبِحُ الأَرضُ مُخضَرَّةً

lalu jadilah bumi itu hijau

Dengan menggunakan air hujan yang turun dari langit, tanam tanaman boleh tumbuh menghijau dengan segar.

إِنَّ اللهَ لَطيفٌ خَبيرٌ

Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

Allah yang menjadikan makhlukNya maka Allah tahu segala-galanya tentang makhlukNya. Yang halus dan yang kasar pun Allah tahu belaka. Kalimah خَبيرٌ bermaksud tahu dengan mendalam.


 

Ayat 64:

لَهُ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ ۗ وَإِنَّ اللهَ لَهُوَ الغَنِيُّ الحَميدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

To Him belongs what is in the heavens and what is on the earth. And indeed, Allāh is the Free of need, the Praiseworthy.

(MELAYU)

Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

 

لَهُ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ

Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi.

Allah pemilik segalanya. Langit dan bumi dan apa yang ada di dalam keduanya, di antaranya, semua milik Allah belaka.

 

وَإِنَّ اللهَ لَهُوَ الغَنِيُّ الحَميدُ

Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Allah memberitahu yang Dia الغَنِيُّ Maha Kaya – maksudnya Allah tidak memerlukan apa-apa dan sesiapa sahaja. Allah tidak perlukan ibadah dari kita. Allah tidak perlukan ketaatan dari kita. Kalau kita buat ibadah kepada Allah atau tidak, Allah tetap الحَميدُ terpuji. Allah tidak memerlukan sesiapa memujiNya kerana Allah tetap terpuji sama ada ada yang memujiNya atau tidak.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 21 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 56 – 59 (Balasan kepada Muhajireen)

Ayat 56:

المُلكُ يَومَئِذٍ ِللهِ يَحكُمُ بَينَهُم ۚ فَالَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ في جَنّٰتِ النَّعيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[All] sovereignty that Day is for Allāh;¹ He will judge between them. So they who believed and did righteous deeds will be in the Gardens of Pleasure.

  • None will compete with Him for authority at that time.

(MELAYU)

Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan.

 

المُلكُ يَومَئِذٍ ِللهِ يَحكُمُ بَينَهُم

Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka.

Pada hari kiamat itu akan jelas nyata bahawa kekuasaan penuh adalah milik Allah. Bukan di akhirat sahaja Allah berkuasa, tapi di dunia ini lagi. Mungkin pada dunia ini ramai manusia yang sangka mereka ada kuasa walaupun sebenarnya tidak, tetapi di akhirat kelak mereka pasti akan mengaku bahawa Allah sahaja yang Maha berkuasa.

Allah akan buat hukum secara amali di akhirat kelak kerana hukum secara teori sudah diberikan di dalam wahyu dan penghukuman di akhirat itu hanyalah secara amali sahaja. Waktu itu hendak bahagikan mana ahli syurga dan mana ahli neraka sahaja. Maka kita kenalah tengok wahyu untuk tahu mana betul dan mana salah. Jangan di akhirat kelak baru tahu.

 

فَالَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ في جَنّٰتِ النَّعيمِ

Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan.

Setelah dibuat hukuman secara amali itu, mereka yang beriman sempurna dan beramal dengan amalan soleh dan sunnah akan dimasukkan ke dalam syurga. Semoga kita termasuk golongan ini. Aameen.


 

Ayat 57: Ayat takhwif ukhrawi. Kalau yang beriman dan beramal soleh masuk syurga, yang kafir masuk mana?

وَالَّذينَ كَفَروا وَكَذَّبوا بِئايٰتِنا فَأُولٰئِكَ لَهُم عَذابٌ مُّهينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they who disbelieved and denied Our signs – for those there will be a humiliating punishment.

(MELAYU)

Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, maka bagi mereka azab yang menghinakan.

 

وَالَّذينَ كَفَروا وَكَذَّبوا بِئايٰتِنا

Dan orang-orang yang engkar dan mendustakan ayat-ayat Kami,

Kita tulis ‘engkar’ dan bukan kafir kerana nak meluaskan maknanya. Supaya jangan ada salah faham: yang masuk neraka bukan orang non-Muslim sahaja. Kita kena faham yang kalau dilahirkan dalam keluarga Islam, nama pun Islam dan buat amal ibadat seperti solat dan puasa, belum tentu masuk syurga lagi.

Kalau seseorang itu mengaku Muslim tapi dalam masa yang sama dia mendustakan ayat-ayat Allah, wahyu Qur’an dan hadis, mereka itu tidak selamat juga. Berapa ramai umat Islam sendiri yang tolak wahyu? Mereka tak belajar tafsir Qur’an dan kerana jahil wahyu maka mereka tolak ajaran tauhid yang ada dalam Qur’an.

Dan apabila ada pendakwah tauhid datang kepada mereka dan memberitahu makna-makna dari ayat Qur’an, mereka bantah. Maka kerana mereka bantah lah yang menyebabkan mereka jadi kufur.

Maka perkara ini bukan main-main. Maka janganlah kita ambil ringan perkara ini. Kalau tidak setuju, janganlah terus tolak tapi dengarlah dulu. Belajarlah dan carilah maklumat sampai puas hati.

 

فَأُولٰئِكَ لَهُم عَذابٌ مُّهينٌ

maka bagi mereka azab yang menghinakan.

Bagi mereka hanya ada azab yang menghinakan untuk mereka. Mereka jadi hina kerana masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya. Alangkah malangnya kalau sudah lahir dalam keluarga Islam, tapi akhirnya masuk neraka!


 

Ayat 58: Ayat ini ada berkaitan dengan jihad iaitu selepas kebenaran jihad diberikan kepada umat Islam. Apabila umat Islam sudah menjalankan jihad, maka daerah umat Islam akan bertambah luas dan daerah kufur akan semakin kecil.

Begitulah keadaan di Madinah dimana asalnya negara Islam hanya kecil sahaja tetapi ia telah berkembang dan semakin besar apabila umat Islam menjalankan jihad. Ini mengajar kita yang jihad kena dijalankan.

وَالَّذينَ هاجَروا في سَبيلِ اللهِ ثُمَّ قُتِلوا أَو ماتوا لَيَرزُقَنَّهُمُ اللهُ رِزقًا حَسَنًا ۚ وَإِنَّ اللهَ لَهُوَ خَيرُ الرّٰزِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who emigrated for the cause of Allāh and then were killed or died – Allāh will surely provide for them a good provision. And indeed, it is Allāh who is the best of providers.

(MELAYU)

Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka dibunuh atau mati, benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik (syurga). Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.

 

وَالَّذينَ هاجَروا في سَبيلِ اللهِ

Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah,

Allah memuji mereka yang berhijrah di jalan Allah. Apabila daerah umat Islam sudah banyak maka menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk berhijrah pergi ke tempat-tempat kediaman umat Islam yang lain. Jangan lagi tinggal di negara kafir yang menghalang seorang Muslim untuk menjalankan agamanya dengan sempurna.

Maka untuk itu, Khalifah Islam kena pastikan ada daerah Islam yang luas. Supaya orang Muslim dapat tinggal di negara Islam itu. Supaya senang untuk mereka beramal dengan amalan Islam.

Allah puji mereka yang berhijrah kerana mereka sanggup untuk meninggalkan kampung halaman mereka, harta dan kaum kerabat mereka kerana hendak menjaga agama. Kerana mungkin kalau tempat tinggal di tempat asal mereka, mereka tidak dapat hendak beramal agama Islam, maka hendaklah mereka meninggalkan tempat tinggal.

Kerana agama yang lebih penting dari tempat tinggal yang disayangi. Begitulah yang dilakukan oleh para sahabat yang berada di Mekah. Kerana Mekah bukan lagi tempat yang selamat untuk mereka mengamalkaan agama Islam.

Allah puji dan akan beri balasan yang banyak kerana meninggalkan tanah halaman asal, keluarga dan sanak saudara, harta dan segala kelengkapan hidup di tempat lama, bukanlah senang.

 

ثُمَّ قُتِلوا أَو ماتوا

kemudian mereka dibunuh atau mati, 

Disebut mereka yang dibunuh dalam ayat ini. Tapi waktu ayat ini diturunkan, umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, bukan? Kalau begitu bukankah sudah tidak ada yang dibunuh? Memang mereka sudah berhijrah tapi Allah hendak memberi isyarat bahawa ada peperangan yang akan berlaku. Jadi akan ada yang akan mati dalam peperangan.

Dan mungkin semasa dalam perjalanan hijrah itu, ada yang mati di dalam perjalanan. Atau mereka tidak berperang tapi akhirnya mati di tempat yang mereka hijrah. Maka kepada mereka yang mati dan terbunuh itu apakah balasan bagi mereka?

 

لَيَرزُقَنَّهُمُ اللهُ رِزقًا حَسَنًا

benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik

Untuk Hijrah itu para sahabat telah meninggalkan rumah kampung halaman dan segala harta mereka tetapi Allah memberitahu yang Dia akan membalas dan menggantikan segala itu dan Allah adalah yang sebaik-baik pemberi. Allah pasti akan memberi rezeki yang baik.

Maka Allah nak pujuk supaya mereka jangan risau kalau mereka tinggalkan kampung halaman mereka, harta benda dan kaum kerabat mereka kerana mereka akan dapat yang lebih dari itu.

Kalimat رِزقًا حَسَنًا bermaksud sama ada nikmat khas dalam syurga atau dapat melihat wajah Allah.

Ayat ini sama halnya dengan apa yang disebutkan di dalam firman-Nya:

{وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللهِ}

Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. (An-Nisa: 100)

 

وَإِنَّ اللهَ لَهُوَ خَيرُ الرّٰزِقينَ

Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.

Tidak ada yang boleh beri lebih baik dari Allah. Kalau Allah beri, ianya amat hebat dan berkekalan. Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam firman-Nya:

{وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ}

Janganlah kalian mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. (Ali Imran: 169)


 

Ayat 59:

لَيُدخِلَنَّهُم مُّدخَلًا يَرضَونَهُ ۗ وَإِنَّ اللهَ لَعَليمٌ حَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He will surely cause them to enter an entrance with which they will be pleased, and indeed, Allāh is Knowing and Forbearing.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah akan memasukkan mereka ke dalam suatu tempat (syurga) yang mereka menyukainya. Dan sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.

 

لَيُدخِلَنَّهُم مُّدخَلًا يَرضَونَهُ

Sesungguhnya Allah akan memasukkan mereka ke dalam suatu tempat (syurga) yang mereka menyukainya. 

Kalimah مُدخَلًا yang digunakan menunjukkan bahawa tempat masuk syurga itu sendiri sudah hebat, apatah lagi yang di dalamnya. Pintunya pun sudah hebat, tambahan pula segala kelengkapan di dalamnya.

Syurga adalah tempat yang mereka akan redha dengannya. Apabila mereka masuk ke dalam syurga, mereka pasti akan redha dengan apa yang ada di dalamnya.

 

وَإِنَّ اللهَ لَعَليمٌ حَليمٌ

Dan sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.

Allah bersifat حَليمٌ yang bermaksud Allah tahu segala dugaan yang kita lalui. Bukannya Allah tak tahu, tapi Allah biarkan sebagai dugaan untuk kita. Allah tahu bukan senang nak tinggalkan kampung halaman. Allah tahu bukan senang untuk pergi ke tempat yang baru, tempat yang tidak biasa.

Allah janji yang semua dugaan itu akan menjadi pahala dan mendapat balasan syurga kalau mereka bersabar dengannya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 21 Mei 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 52 – 55 (Syaitan ganggu para Nabi)

Ayat 52:

وَما أَرسَلنا مِن قَبلِكَ مِن رَّسولٍ وَلا نَبِيٍّ إِلّا إِذا تَمَنّىٰ أَلقَى الشَّيطٰنُ في أُمنِيَّتِهِ فَيَنسَخُ اللهُ ما يُلقِي الشَّيطٰنُ ثُمَّ يُحكِمُ اللهُ ءآيٰتِهِ ۗ وَاللهُ عَليمٌ حَكيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not send before you any messenger or prophet except that when he spoke [or recited], Satan threw into it [some misunderstanding]. But Allāh abolishes that which Satan throws in; then Allāh makes precise His verses.¹ And Allāh is Knowing and Wise.

  • Clarifying those issues which were misunderstood to remove any doubt.

(MELAYU)

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul pun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila dia mempunyai sesuatu keinginan, syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, Allah menghilangkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

 

وَما أَرسَلنا مِن قَبلِكَ مِن رَّسولٍ وَلا نَبِيٍّ

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul pun dan tidak (pula) seorang nabi, 

Dari ayat ini apabila Allah meletakkan Rasul dan Nabi di dalam satu ayat, bermaksud ada perbezaan antara seorang Nabi dan seorang Rasul, iaitu mereka itu tidak sama. Rasul adalah Nabi yang bawa syariat baru tapi Nabi menggunakan syariat yang dibawa oleh Rasul. Semua Rasul adalah Nabi tapi tidaklah setiap Nabi itu seorang Rasul.

Dalam ayat ini, Allah hendak menceritakan dugaan yang dihadapi oleh para Nabi dan Rasul itu.

 

إِلّا إِذا تَمَنّىٰ أَلقَى الشَّيطٰنُ في أُمنِيَّتِهِ

melainkan apabila dia mempunyai sesuatu keinginan, syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, 

Ayat ini ada masalah untuk ditafsirkan kerana ada ahli tafsir yang mengatakan apabila Nabi atau Rasul itu mempunyai keinginan, maka syaitan akan membisikkan was-was ke dalam hati mereka. Ini tidak tepat.

Untuk memahami ayat ini kita kena tahu apakah kehendak para rasul dan nabi itu; bukankah mereka hendak supaya semakin ramai umat mereka yang masuk Islam? Dan kerana itu mereka berharap supaya pemuka-pemuka masyarakat mereka akan masuk Islam kerana dengan itu akan menyebabkan ramai lagi orang masuk Islam.

Para Rasul beranggapan, dengan cara itu akan mempercepatkan cara menarik orang ke dalam Islam. Kerana masyarakat awam selalunya akan ikut kelakuan pemimpin mereka.

Ini memang ada dalam keinginan manusia dan kerana itu orang-orang kita selalu suka kalau dengar orang-orang besar atau orang terkenal (seperti artis dan ahli sukan) masuk Islam, kerana ianya tentu akan menarik minat orang lain untuk masuk ke dalam agama Islam. Dan kerana itulah Nabi Muhammad berdoa supaya Umar masuk Islam.

Ini kerana Umar itu adalah orang yang berwibawa dan apabila dia masuk Islam, ramai orang akan tertarik kepada Islam. Sekurang-kurangnya, ia menarik orang lain untuk tengok apakah sebenarnya agama Islam itu.

Begitulah keinginan para Rasul dan Nabi itu. Akan tetapi syaitan tidak akan membiarkan rancangan rasul dan nabi itu menjadi kenyataan dan kerana itu mereka akan gunakan segala usaha untuk menggagalkan rancangan itu. Lihatlah kisah seperti mana Nabi Nuh dengan anaknya – apabila baginda mahu anaknya beriman, syaitan berusaha keras untuk menghalang anaknya dari beriman dan dari masuk Islam.

Dan begitu juga yang terjadi kepada Nabi Muhammad dengan bapa saudaranya Abu Talib  – di mana syaitan akan menghantar segala bala tentera untuk menghalang Abu Talib dari masuk Islam. Inilah yang dimaksudkan godaan syaitan itu. Bukannya digoda kepada para Nabi dan Rasul tetapi mereka yang rapat dengan para Nabi dan Rasul itu.

 

فَيَنسَخُ اللهُ ما يُلقِي الشَّيطٰنُ

Allah menghilangkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, 

Apabila itu terjadi maka tentulah para nabi dan rasul itu akan putus semangat dalam berdakwah. Akan tetapi Allah tidak membenarkannya dimana Allah akan menaikkan semangat kepada Nabi dan Rasul itu kembali.

Satu lagi kesan, syaitan hendak membantutkan dakwah para Rasul itu. Kerana mereka nak orang tolak ajaran Rasul itu. Orang akan berhujah: tengoklah keluarga dia sendiri pun tak beriman dengan dia, kenapa kita pula nak beriman dengan dia? Maka Allah halang perkara ini dari berlaku. Walaupun ahli keluarga sendiri menentang, tapi akan ada sahaja orang lain yang menerima dakwah itu.

 

ثُمَّ يُحكِمُ اللهُ ءآيٰتِهِ

dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. 

Dan Allah kemudian menguatkan tanda-tandaNya.

Satu lagi maksud ayat ini adalah apabila Nabi dan pendakwah membacakan ayat-ayat Qur’an kepada manusia maka syaitan akan membisikkan ke dalam hati orang-orang kafir untuk menolaknya. Syaitan akan ambil kesempatan itu dan kemungkinan yang terjadi adalah dua – iaitu sama ada orang kafir itu mendengar bisikan syaitan itu ataupun Allah buka hati orang itu untuk menerima wahyu.

Itulah maksudnya Allah menghilangkan apa yang dibisikkan oleh syaitan itu. Kemudian Allah teguhkan ayat-ayat Qur’an yang dibacakan oleh Nabi itu ke dalam hati orang itu. Allah beri kefahaman ayat Qur’an itu kepada orang itu dan kerananya dia beriman.

 

وَاللهُ عَليمٌ حَكيمٌ

Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

Allah lebih mengetahui siapa yang layak untuk menerima dakwah dari wahyu itu dan siapa yang tidak layak menerima wahyu itu.

Dan Allah Maha Bijaksana bagaimana membuat keputusan siapakah yang layak menerima agama dan siapa yang tidak layak.


 

Ayat 53:

لِّيَجعَلَ ما يُلقِي الشَّيطٰنُ فِتنَةً لِّلَّذينَ في قُلوبِهِم مَّرَضٌ وَالقاسِيَةِ قُلوبُهُم ۗ وَإِنَّ الظّٰلِمينَ لَفي شِقاقٍ بَعيدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[That is] so He may make what Satan throws in [i.e., asserts] a trial for those within whose hearts is disease¹ and those hard of heart. And indeed, the wrongdoers are in extreme dissension.

  • See footnote to 2:10.

(MELAYU)

agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar hatinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar-benar dalam permusuhan yang sangat,

 

لِّيَجعَلَ ما يُلقِي الشَّيطٰنُ فِتنَةً

agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, sebagai cubaan

Rancangan syaitan itu menjadi ujian bagi manusia. Rancangan apa? Iaitu mereka berhujah yang keluarga para Nabi dan Rasul itu sendiri tidak beriman. Ini adalah ujian yang besar. Kalau zaman sekarang pun kita boleh dengar kadangkala hujah penentang akan berkata: “kau tengoklah sendiri, ahli keluarga dia pun tak terima apa yang dia sampaikan itu…. “

 

لِّلَّذينَ في قُلوبِهِم مَّرَضٌ وَالقاسِيَةِ قُلوبُهُم

bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang keras hatinya. 

Rancangan itu berjaya bagi orang lemah sahaja. Dan syaitan amat pandai kerana menggunakan situasi itu untuk menghalang manusia yang ada penyakit di dalam hati mereka dari masuk Islam. Ini adalah kerana mereka akan melihat bagaimana Nabi Muhammad contohnya tidak dapat mengislamkan bapa saudaranya sendiri, maka tentulah agama Islam itu tidak benar, mereka kata.

Dan kerana penyakit itu hati mereka menjadi amat keras. Walaupun disampaikan wahyu Allah kepada mereka, mereka tetap tidak menerimanya.

Ayat ini juga bermaksud Allah menjadikan bisikan syaitan itu sebagai ujian bagi orang-orang yang ada penyakit ragu-ragu di dalam hati mereka. Iaitu kepada orang Islam yang ada penyakit munafik di dalam diri mereka dan walaupun mereka duduk bersama Nabi ataupun bersama orang orang mukmin yang lain, mereka tidak dapat menerima fahaman wahyu itu.

Dan ada satu golongan lagi yang amat keras hati mereka sampaikan mereka tidak mahu duduk di dalam majlis Nabi. Iaitu orang yang memang zalim dan degil.

 

وَإِنَّ الظّٰلِمينَ لَفي شِقاقٍ بَعيدٍ

Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar-benar dalam permusuhan yang sangat,

Zalim yang dimaksudkan adalah syirik. Mereka yang ada fahaman syirik memang sangat memusuhi ajaran tauhid. Mereka langsung tidak pergi kepada Nabi.

Kalau golongan munafik, ada juga yang sanggup datang kepada Nabi walaupun berpura-pura. Tapi kerana mereka sanggup duduk dekat dengan Nabi, ada kemungkinan ada ayat yang mereka dengar yang membuka hati mereka. Maka mereka ini ada harapan lagi.


 

Ayat 54: Ini pula tentang orang yang ada sifat inabah (cenderung kepada kebenaran) di dalam dirinya.

وَلِيَعلَمَ الَّذينَ أوتُوا العِلمَ أَنَّهُ الحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤمِنوا بِهِ فَتُخبِتَ لَهُ قُلوبُهُم ۗ وَإِنَّ اللهَ لَهادِ الَّذينَ آمَنوا إِلىٰ صِرٰطٍ مُّستَقيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And so those who were given knowledge may know that it is the truth from your Lord and [therefore] believe in it, and their hearts humbly submit to it. And indeed is Allāh the Guide of those who have believed to a straight path.

(MELAYU)

dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, menyakini bahawasanya Al Qur’an itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

 

وَلِيَعلَمَ الَّذينَ أوتُوا العِلمَ

dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, menyakini

Dalam ayat sebelum ini Allah telah memberitahu rancangan syaitan untuk menghalang orang-orang yang ada penyakit di dalam hati mereka dari beriman. Mereka akan melihat bagaimana  Nabi dan Rasul (juga para pendakwah) itu tidak dapat mengislamkan ahli keluarga mereka sendiri maka dengan itu mereka mengatakan Islam itu tidak benar.

Apabila orang yang ada ilmu tentang wahyu melihat perkara ini benar-benar terjadi di hadapan mata mereka, maka ini akan menambah iman mereka kerana mereka sedar bahawa Allah telah beritahu perkara ini awal-awal lagi. Mereka lihat sendiri bagaimana hujah ini digunakan oleh manusia. Maka yakinlah mereka bahawa Qur’an ini memang benar. Qur’an memang menceritakan apa yang ada dalam hati manusia.

Satu persatu ayat-ayat dalam Qur’an ini menjadi kenyataan. Kerana itu memang menarik apabila belajar tafsir dan kita boleh lihat bagaimana apa yang ada dalam Qur’an ini menjelma di depan mata kita.

 

أَنَّهُ الحَقُّ مِن رَّبِّكَ

menyakini bahawasanya Al Qur’an itulah yang hak dari Tuhan-mu

Memang Qur’an ini bawa kebenaran dari Tuhan. Maka ayat-ayat ini akan mengukuhkan hati pelajar Qur’an kerana mereka akan melihat bagaimana Allah menzahirkan perbuatan-perbuatan manusia di hadapan mata mereka dan waktu itu mereka akan terpesona dan yakin bahawa ayat-ayat Qur’an ini memang bukan tulisan manusia.

 

فَيُؤمِنوا بِهِ فَتُخبِتَ لَهُ قُلوبُهُم

lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya

Maka mereka akan beriman dan bertambah keimanan mereka. Mereka akan percaya dengan ayat-ayat yang lain. Mereka akan taat sepenuhnya kerana hati mereka sudah lembut untuk menerimanya.

 

وَإِنَّ اللهَ لَهادِ الَّذينَ آمَنوا إِلىٰ صِرٰطٍ مُّستَقيمٍ

dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

Allah beritahu yang Dia pasti akan memberi hidayah. Iaitu kepada mereka yang ada inabah dalam hati mereka.

Kalau baca tentang kerja dan rancangan syaitan yang amat hebat sebelum ini, maka mungkin ada yang kata: “bagaimanalah nak dakwah kepada orang lain.” Maka Allah nak beritahu jangan risau kerana Allah ada cara nak beri hidayah kepada manusia. Asalkan mereka ada keinginan kepada kebenaran, Allah akan tarik hati mereka kepada jalan yang lurus.


 

Ayat 55: Ayat takhwif ukhrawi. Sekarang Allah sebut tentang orang yang tidak ada inabah.

وَلا يَزالُ الَّذينَ كَفَروا في مِّريَةٍ مِنهُ حَتّىٰ تَأتِيَهُمُ السّاعَةُ بَغتَةً أَو يَأتِيَهُم عَذابُ يَومٍ عَقيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who disbelieve will not cease to be in doubt of it until the Hour comes upon them unexpectedly or there comes to them the punishment of a barren Day.¹

  • One which will not be followed by night and therefore will not give birth to a new day, referring to the Day of Resurrection.

(MELAYU)

Dan tidak berhenti orang-orang kafir itu berada dalam keragu-raguan terhadap Al Qur’an, hinggalah datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat.

 

وَلا يَزالُ الَّذينَ كَفَروا في مِّريَةٍ مِنهُ

Dan tidak berhenti orang-orang kafir itu berada dalam keragu-raguan terhadap Al Qur’an,

Orang-orang kafir itu sentiasa sahaja ragu-ragu dengan perkara yang tidak perlu diragukan pun. Miryah adalah ragu kepada perkara yang tidak patut diragui. Sebagai contohnya ragu tentang kepanasan matahari. Yang ragu kepadanya memang karut, bukan? Adakah patut ragu tentang matahari sedangkan ia amat jelas?

Dan kebenaran Islam itu memang jelas-jelas nyata kalau kita mempelajarinya. Yang meraguinya memang tidak patut. Kebenaran Islam itu lebih jelas daripada panasnya matahari. Tapi orang yang kafir, mereka akan tetap ragu. Sampai bila?

 

حَتّىٰ تَأتِيَهُمُ السّاعَةُ بَغتَةً

hinggalah datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba

Mereka duduk dalam keraguan sampaikan mereka akhirnya mati dan sudah terlambat untuk berbuat apa-apa lagi.

Keraguan adalah perkara yang biasa sebenarnya. Ramai yang mulanya ragu apabila dibawakan dengan ajaran tauhid yang berlainan dengan fahaman mereka. Tapi keraguan itu perlu dibaiki dengan membuat kajian. Tanya orang atau pun buat pembacaan untuk mencari jawapan. Cari dengan niat untuk mengetahui apakah kebenaran. Akhirnya dengan meneliti dalil dan hujah yang dibawa, keraguan itu boleh hilang.

Tapi orang tetap kafir, mereka akan terus menerus dalam keraguan mereka. Kerana mereka tidak mahu mencari kebenaran. Sampai bila? Mereka akan terus berada dia dalam keadaan ragu-ragu sehinggalah kematian itu datang kepada mereka dengan tiba-tiba. Mereka tidak ada usaha nak memikirkan sama ada ajaran yang dibawa itu benar atau tidak. Akhirnya mereka tetap dalam keraguan sampailah mereka mati.

 

أَو يَأتِيَهُم عَذابُ يَومٍ عَقيمٍ

atau datang kepada mereka azab hari kiamat.

Dan mereka akan terima nasibnya di Hari Kiamat nanti. Kalimah عَقيمٍ bermaksud sesuatu yang tidak ada kebaikan padanya dan tidak akan berhenti atau berkurangan; dan digunakan juga untuk wanita yang mandul kerana mereka tidak dapat mengeluarkan anak; ia juga digunakan untuk tanah yang tidak dapat menumbuhkan apa-apa tanaman.

Oleh itu hari Kiamat dan Hari akhirat adalah hari yang tidak ada kebaikan langsung kepada mereka yang terus berada dalam keraguan dan mati dalam kafir.

Jangan kita sangka ayat ini untuk orang yang bukan Islam sahaja. Kalau seseorang itu namanya sahaja Muslim tapi hatinya engkar kepada wahyu, mereka juga akan mengalami nasib yang sama.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 21 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain